Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bila Haji Hadi Kutuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tak Pandang Kiri Kanan..

Posted: 27 Jan 2017 07:36 AM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hmm.. entah siapalah yang bagi maklumat yang salah kepada Presiden PAS ni..

Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, syiar Islam terus berkembang jauh melebihi ketika Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu.

Bajet hal ehwal agama pernah mencecah sehingga 300% melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu hinggakan GERAKAN pernah mengecam secara terbuka pentadbiran Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bajuet yang lebih besar berbanding zaman Barisan Nasional dulu.

Pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu oleh Kerajaan Negeri.

SSehingga kini lebih RM14Juta telah disalurkan untuk membantu institusi-institusi tersebut.

Ijtimakdan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, KonvensyenAl-Islam Rahmatun Lil Alamin untuk mengangkat martabat umat Islam diperkenalkan..

Itu semua jawapan YB Dato Abdul Malik Kassim, EXCO Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang kepada dakwaan Haji Hadi.

Jadi apa yang Hj Hadi maksudkan dengan DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam??

Laporan berkaitan.. 

PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi "menyelamatkan" Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.

Laporan penuh sila baca di SINI

Dalam mengutuk kerajaan negeri Pulau Pinang itu adakah Haji Hadi terlupa bahawa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada wakil tunggal dari PAS sendiri juga?

YB Dato' Ustaz Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari Parti Islam Se-Malaysia ataupun PAS.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh di negeri Pulau Pinang.

Juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP yang dikatakan telah telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang oleh Haji Hadi itu..

Boleh dikatakan segala urusan mengenai Hal Ehwal Islam dalam negeri Pulau Pinang akan melalui ADUN tunggal dari PAS itu..

Jadi siapa sebenarnya yang Haji Hadi maksudkan  telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang ini?


Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?

Posted: 27 Jan 2017 04:59 AM PST


Mungkin sebab nak pilihanraya dah kot pasal tu mamat ni muncul lagi.. kali nia dia muncul dengan cerita baru pulak mencari publisiti..

Kali pertama mamat ni muncul dalam persada politik negara kalau tak silap aku ialah semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh..

Mamat ni muncul dengan bersumpah dalam Masjid yang kemudiannya dipersoalkan pelbagai pihak antaranya Gabungan Mahasiswa UKM.

Gabungan Mahasiswa UKM menyifatkan si Saiful telah melakukan kesalahan besar dan jahil agama dalam isu tersebut.

Beliau tidak perlu bersumpah sekiranya beliau diliwati. Cukuplah bawa 4 orang saksi sahaja dan bukannya beliau yang bersumpah.

Orang boleh bersumpah dengan nama Allah untuk menghalalkan perkara yang haram. Ia seringkali berlaku pada zaman Nabi S.A.W. Dan dalam kes Saiful, budak Aspirasi yang tak lulus exam dan dihambat keluar UNITEN ini, beliau sebenarnya perlu bersumpah bahawa rekod perubatan di Puspawi tempoh hari adalah palsu... sepenuhnya bacalah di SINI

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din ketika itu turut mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari  yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid.

"Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."

"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia pada tahun 2008.

Tambahnya lagi "Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?

"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.

Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, kemukakan empat orang saksi, bukannya menghebahkan ke serata dunia dengan membuat sumpah di masjid."

Menurut beliau orang yang kena tuduh, ia boleh mengemukakan hujahnya melalui peguam di Mahkamah Syariah, umpamanya sebagai contoh tarikh kejadian itu berlaku tidak betul, atau pun bangunan tempat kejadian itu belum wujud lagi.

Selepas itu, kalau yang dituduh itu tidak mampu mengemukakan bukti menyanggah dakwaan itu, barulah yang kena tuduh itu boleh membuat sumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah, bukannya yang menuduh buat sumpah dalam masjid, jelasnya.. laporan penuh sila baca di SINI 

Kini disaat jentera-jentera pilihanraya UMNO/BN dilaporkan mula bergerak.. Saiful muncul lagi dengan cerita barunya..

SHAH ALAM - Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta dia memohon pengampunan diraja bagi membebaskan bekas Ketua Pembangkang itu.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, permintaan kenalan rapat Anwar itu dikatakan turut mewakili keluarga Ketua Umum PKR tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya. Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Yang di-Pertuan Agong agar Anwar dibebaskan tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.

"Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Beliau mohon saya maafkan Anwar," katanya dalam laman Facebook miliknya.

Menurutnya, kenalan rapat Anwar itu mendakwa Mohd Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat II mempunyai locus standi untuk memohon pengampunan itu.

"Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf. Jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut ada locus standi.

"Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan," katanya.

Mohd Saiful berkata, dia akan memikirkan terlebih dahulu cadangan itu sebelum membuat keputusan. "Saya ucap terima kasih kepada beliau kerana memberi pencerahan.

Saya kata nanti saya fikir-fikirkan dan bincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum saya membuat sebarang keputusan.

"Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti... laporan penuh bacalah di SINI

Persoalannya.. siapa individu yang dimaksudkan oleh mamat itu.. apa perlunya individu itu merayu Saiful untuk memohon pengampunan DiRaja?

Kan lebih mudah kalau individu itu rayu supaya Saiful tarik balik kes sebab Anwar pun telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf..

Kah.. kah.. kah... tapi persoalannya utamanya ialah boleh percaya ke si Saiful tu??

Comments (0)