Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:33 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Sejak Bila Aziz Kaprawi Jadi Jurucakap PAS Ni?

Posted: 23 Jan 2017 11:22 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yakin PAS tidak akan menerima pelawaan untuk bekerjasama dengan DAP kerana parti Islam itu tidak mahu dikhianati lagi.

Ab Aziz berkata, pelawaan DAP hanya menyaksikan 'pusingan U' berikutan parti itu sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PAS.

"Ini u-turn (pusingan u) DAP. Dulu dia yang 'keluarkan' PAS. Kalau nak pikat balik PAS, dia tidak mempunyai prinsip yang jelas.

"Saya rasa PAS tidak mahu dikhianati kali kedua. Saya yakin pihak PAS tidak akan terima pelawaan DAP kerana sebelum ini telah mengkhianati PAS," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Mines Selatan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad lalu menyuarakan kesanggupannya untuk bekerjasama sekali lagi dengan Presiden PAS sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Ab Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, pelawaan itu hanya akan menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang berikutan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bekerjasama dengan PAS.

"Pelawaan DAP itu hanya akan mewujudkan pertelagahan dalam pakatan pembangkang," katanya.

Dilaporkan, Dr Mahathir bersedia menutup sebarang pintu rundingan dengan PAS ekoran keengganan parti Islam tersebut bekerjasama dengan parti sekutu PPBM dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan menamatkan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, selain menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur lapor mStar

Pilihan Raya Awal Akan Diadakan Di Sabah?

Posted: 23 Jan 2017 07:59 PM PST


Spekulasi bertiup kencang mengenai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman merancang untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal dan bukannya diadakan semasa Pilihan Raya Umum ke-14, yang seharusnya diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

"Semuanya berkemungkinan," kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan secara berseloroh ketika ditanya mengenai spekulasi politik yang sedang diperkatakan mengenai Sabah akan mengadakan pilihan raya lebih awal, sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Semuanya... spekulasi, yang menjadikan ia menarik tetapi semua pihak diberitahu untuk bersiap sedia," kata Pairin, yang bakal bersara dari dunia politik akhir penggal ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Musa baru-baru ini supaya para pemimpin turun padang dan "bekerja seperti seolah-olah pilihan raya diadakan setiap hari".

Cakap-cakap politik di negeri itu adalah mengenai Musa berhasrat untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal berikutan Barisan Nasional (BN) Sabah yakin untuk memenangi lebih banyak kerusi sekiranya ia tidak ditenggelamkan oleh isu-isu nasional yang membolehkan pembangkang di peringkat pusat melancarkan serangan sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu pada 2013. 

Beberapa kumpulan politik mendakwa pilihan raya boleh berlaku seawal April sekiranya BN tidak merancang untuk menggunakan tambahan 13 kerusi baharu yang disyorkan pada tahun lepas dan dijangka dibentangkan Parlimen pada Mac.

Sabah ketika ini mempunyai 60 kerusi.

Bercakap kepada pemberita di sini, Isnin, Pairin yang merupakan Ahli Parlimen Keningau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, beliau sendiri "begitu pasti 99 peratus" tidak akan bertanding selepas beliau pada awal bulan ini menyerahkan teraju kepimpinannya sebagai presiden Parti Bersatu Sabah kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memangku jawatan tersebut.

"Saya mahu memberi peluang kepada orang muda. Lambat laun, setiap orang perlu bersara dan saya perlu memberi notis terlebih dahulu," kata ahli politik veteran Sabah itu yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya sejak beliau mula bertanding untuk kerusi Tambunan pada 1976.

Beliau berkata, semuanya akan diaturkan bagi sesiapa yang akan menggantikan beliau di dua kerusi yang disandangnya.

"Saya tidak tahu apakah rancangan saya seterusnya, sama ada saya akan kembali ke universiti, tanam padi atau bela kerbau... tetapi saya pastinya akan menghabiskan masa bersama cucu," ujar Pairin lapor mStar



MCA Pernah Tuntut Jawatan TPM Tahun 2009 Lah Najib...

Posted: 23 Jan 2017 04:00 PM PST

Mudahnya Najib memperbodohkan macai-macai yang menyokongnya membabi buta, tanpa usul periksa mereka percaya bulat-bulat apa yang dinyatakan Najib itu, lantas menyerang Mahathir.

Kononnya... MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri mulai 2009.

Najib menyifatkan dakwaan seperti itu sebagai satu pembohongan dan menafikan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pernah membuat permintaan tersebut.

"Sejak saya jadi Perdana Menteri, MCA tidak pernah minta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya menafikannya dan meminta MCA juga membuat penafian tersebut.

"MCA dapat jawatan tiga menteri pun mereka sudah ucap terima kasih. Jadi jangan buat u-turn lagi. Sudah banyak kali u-turn," katanya dalam ucapan dalam majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBTM) lapor lidah Rasmi UMNO..

Dan macai-macai terus mempercayainya...

Tapi hakikatnya pada tahun 2009 Timbalan setiausaha agung MCA telah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow. 

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya..

Laporan penuh bacalah di SINI

Dan Bekas Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow mengesahkan bahawa pada tahun 2009, pernah mencadangkan jawatan timbalan perdana menteri kedua diberikan kepada wakil MCA.



Comments (0)