Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:11 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Strategi 'King Maker' PAS, Strategi Tiada Pendirian..

Posted: 22 Jan 2017 08:30 AM PST


Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, Pas terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.

"Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total Amanah dan DAP, sementara pengikut parti itu di peringkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno.

"Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kajian terbaru oleh Invoke Malaysia (INVOKE) yang mendapati Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.

Sany menegaskan, mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah kerana ia tidak mampu memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa.

"Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa," katanya.

Menurut Sany, Pas terpaksa bergantung kepada 'pengundi keliru' iaitu pengundi yang kurang terdedah dengan perkembangan politik dan menganggap bahawa Pas masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.

Bagaimanapun katanya, pengundi keliru ini dijangka akan berkurangan menjelang PRU14 apabila Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penerangan ke seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara.

"Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar," katanya lapor MalaysiaDateline



Zahid Akui Majoriti ‘Cybertrooper’ Menentang Kerajaan

Posted: 22 Jan 2017 07:14 AM PST


Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.

"Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.

"Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.

"Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?

"Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Umno termasuk sayap Wanita supaya keluar daripada kepompong lama dan tidak terlalu bergantung kepada media konvensional, tetapi guna media baharu untuk menerangkan agenda kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

"Ini hakikat, kalau kita masih guna sistem konvensional maka tidak akan berlaku transformasi minda, sedangkan peperangan sekarang dikuasai peperangan pemikiran," katanya lapor FMT



Comments (0)