Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:14 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


PAS Akan Kerjasama Dengan UMNO Dalam 'Himpunan 355

Posted: 18 Jan 2017 07:00 AM PST


Pas sekali lagi akan bekerjasama dengan Umno dalam menganjurkan perhimpunan raksasa bagi menyokong Rang Undang-undang 355 yang bakal berlangsung 18 Februari depan di ibu negara. 

Sehubungan itu, pengarah perhimpunan Nasrudin Hassan bersama Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengunjungi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pertemuan itu, mereka menyerahkan baju-T rasmi perhimpunan yang berwarna ungu (purple). 

Sebelum ini, Pas bekerjasama dengan Umno dalam menjayakan Himpunan Solidariti untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

Tempat yang sama dicadangkan kerajaan untuk menjadi tapak Himpunan 355 ini. Nasrudin Hassan menyifatkan, Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple".

Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

Himpunan 355 (H355) yang juga bertemakan ungu akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur.

Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara, tulis Nasrudin dalam kolumnya di Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Temerloh itu, ramai yang bertanya beliau kenapa purple?

"Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup," katanya lapor Malaysiadateline

Felda Dilapor Akan Menjual Lebih Banyak Aset

Posted: 18 Jan 2017 03:58 AM PST


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bakal meneliti kemungkinan menjual aset luar negara yang tidak menjana keuntungan bersesuaian dengan pasaran.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata langkah itu perlu diambil untuk mengimbangi aliran kewangan FELDA dan beberapa anak syarikat lembaga berkenaan yang sebelum ini dilaporkan mengalami siri kerugian.

"Semua aset di luar negara akan diteliti semula dan kita akan jual jika taksiran menunjukkan ia tidak mampu menjana keuntungan seperti diharapkan, sekali gus memberi bebanan kewangan tambahan kepada FELDA.

"Setakat ini, kita sudah putuskan untuk menjual aset hotel FELDA di London kerana nilainya mengalami penyusutan mendadak," katanya pada sidang media khas di Menara FELDA, di Kuala Lumpur.

Shahrir berkata, pencairan aset hotel di London itu dijangka menjana pulangan antara RM500 juta hingga RM1 bilion, manakala penjualan pegangan saham FELDA di Maybank mampu meraih RM280 juta.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa penjualan pegangan saham Maybank itu adalah untuk menampung pembiayaan dalam membeli 37 peratus ekuiti firma Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).

"Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP.

"Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan FELDA dan anak syarikat," katanya.

Shahrir berkata, penjajaran semula kepemimpinan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan ditentukan menerusi perbincangan lembaga pengarah selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata, hala tuju Felda Global Ventures (FGV) pula akan dinilai semula secepat mungkin dan proses berkenaan dijangka mengambil tempoh antara enam hingga lapan bulan.

"FGV ada fokus tersendiri, manakala FELDA akan memberi tumpuan kepada menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara," katanya lapor Berita Harian di SINI



Anwar Dibenar Cabar Keputusan Lembaga Pengampunan

Posted: 18 Jan 2017 12:17 AM PST


Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan dua persoalan undang-undang berkaitan cabarannya terhadap bidang kuasa Lembaga Pengampunan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim juga mengarahkan kes berkenaan didengar di mahkamah tinggi.

Pengurusan bagi kes berkenaan ditetapkan pada 2 Februari ini. Keputusan sebulan suara itu dibuat tiga hakim diketuai Datuk Rohana Yusuf,

Dua lagi hakim ialah Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Mary Lim. Ekoran keputusan itu, Anwar menyatakan rasa lega dan syukurnya.

"Alhamdulillah. Saya di sini untuk menghadapi perjuangan yang sukar tetapi keputusan ini dialu-alukan," katanya.

Sebelum ini tanggapan meluas mengenai Lembaga Pengampunan ialah keputusannya tidak boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Anwar membangkitkan persoalan undang-undang berdasarkan kes di United Kingdom dan pindaan Artikel 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1994.

Peguam Anwar, N Surendran, berkata keputusan itu mempunyai implikasi besar bahawa Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan mereka, keputusan Lembaga Pengampunan boleh dipersoalkan.

"Ini memberi kesan kepada hak semua banduan, terutama mereka yang berdepan hukuman mati.

"Jika Mahkamah Rayuan membenarkannya, hak banduan untuk di dengar di depan Lembaga Pengampunan akan dibuat," katanya lapor Malaysiakini



Mengapa Hanya Larang Kapcai?

Posted: 17 Jan 2017 06:47 PM PST


Penunggang jalan raya membantah cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kenderaan berkapasiti enjin kecil atau "kapcai" memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan pencemaran.

Mohd Nazri Amri, 38, berkata cadangan dibuat menteri Wilayah Persekutuan itu tidak logik dan praktikal.

"Semua kenderaan ada pelepasan karbon. Kalau macam itu, larang semua kenderaan masuk ke Kuala Lumpur.

"Beliau ada guna kenderaan awam? Tak ada. Rakyat bukan kaya sangat. Sehari guna pengangkutan awam berapa pula kosnya?" katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Tengku Adnan menyatakan motosikal berkapasiti enjin kecil atau "kapcai" mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.

Mengulas lanjut, Nazri yang menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja tidak dapat menerima cadangan itu.

"Majoriti rakyat menggunakan motosikal. Kami tak berkemampuan. Ini sahaja yang mampu," katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Shazri, 30, turut melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan saranan menteri itu.

"Mengapa hanya motosikal kapcai sahaja yang kena? Kenapa kereta, motosikal berkuasa tinggi dan lain-lain kenderaan tidak dilarang?

"Jika nak larang, laksanakan kepada semua jenis kenderaan. Kita menggunakan kenderaan seperti motosikal untuk pergi kerja, nak elak kesesakan lalu lintas," katanya.

Mengulas isu yang sama, pemilik kedai membaiki motosikal di Jalan Raja Laut, LW Low, 50, melahirkan kegusaran jika cadangan itu benar-benar dilaksanakan kerajaan.

Ini menurutnya akan memberi kesan buruk kepada sumber pendapatan, sekaligus menjejaskan perniagaannya.

"Kalau motosikal tak masuk Kuala Lumpur, macam mana saya nak berniaga? Saya tak dapat untung dan akhirnya perniagaan terpaksa ditutup.

"Sudahlah sewa kedai mahal, perniagaan dan ekonomi negara pula teruk. Sekarang kerajaan nak larang motosikal masuk Kuala Lumpur? Matilah kami," katanya lapor FMT



Comments (0)