Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:20 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Posted: 31 Dec 2016 10:38 PM PST


Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.

Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian.

"Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.

"Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri.

Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut Mukhriz mencabar Tunku Aziz mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehnya berhubung perkara itu.

Katanya, sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

"Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Aziz) perlu mendedahkan siapakah pemberi maklumat tersebut.

"Kalau beliau tidak dedahkan saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini," beliau dilaporkan sebagai berkata menurut MalaysiaKini





Comments (0)