Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 3:51 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


ISU PEMBELIAN TANAH UNTUK SELAMATKAN MASJID JAUHAR???

Posted: 27 Jan 2017 08:00 AM PST


  Sejarah Masjid Jauhar bermula tahun 1989 apabila Pas Cawangan Guchil Hulu membina sebuah bangunan baru bagi menggantikan surau lama yg telah sedia ada di atas tanah tersebut. 

Kawasan ini dulunya ialah tempat JKR menyimpan batu kuari dan calbox dalam kawasan tepi ladang getah.

 Masjid ini dinamakan Masjid Jauhar sempena dengan nama seorang cina yang telah memeluk Islam yg pernah bekerja di ladang getah tersebut, Joahan Ann Juan yang menjaga masjid ini. 

Semasa pembinaan masjid ini dibuat, status tanah ini tidak diketahui pemiliknya.

 Selepas menang tahun 1990, Pas telah mengubahsuai bangunan tersebut dengan menjadikan tingkat atas sebagai Pejabat Pas (MTD) DUN Guchil. 

Selain itu Majlis Daerah Kuala Krai juga telah menbina 5 unit kedai makan di atas tanah tersebut. Ambo difahamkan kedai ini dikhususkan untuk bekas bekas penghulu Pas berniaga di sini. Bangunan ini juga menempatkan Pejabat PPWK Dun Guchil.

Pada 28/8/2016 Menteri Besar Kelantan telah merasmikan Tugu Banjir yang dipercayai telah dibina di atas tanah yang sama, walaupun ada dakwaan mengatakan ianya sebagai rizab jalan.

 Setelah menyedari tanah ini ada pemiliknya yang sah, Pas telah beberapa kali berusaha untuk mengubah status tanah tersebut termasuk melalui pengambilan tanah, namun semuanya gagal.

 Ada cadangan supaya masjid ini diserahkan kepada MAIK, namun cadangan ini ditolak kerana bimbang kepentingan dan kawalan Pas ke atas bangunan tersebut akan hilang bila berada bawah MAIK. 

Akhirnya ada pemimpin tinggi Kerajaan Kelantan mencadangkan Yayasan Amanah Tok Kenali membeli tanah tersebut. Setelah berunding, pemilik tanah bersetuju menjualnya dengan harga sebanyak RM300,000.

 Memandangkan objektif penubuhan Yayasan Amanah Tok Kenali ialah untuk tujuan pendidikan tinggi Islam dan pembangunan insan dengan fokus utamanya menganjurkan Program Pembangunan Ummat, saya berpandangan tindakan ini bukan sahaja satu pembaziran, bahkan ianya satu pengkhianatan.

 Pembelian tanah ini walaupun dibuat atas alasan menyelamatkan Masjid Jauhar, namun sejarah masjid tersebut secara jelas menunjukkan parti Pas berada di belakangnya, selain MDKK yang mempunyai kepentingan yg cukup kuat di atas tanah tersebut dengan adanya gerai gerai niaga dan Tugu Banjir yg kesemuanya berada bawah kawalan dan penguasaan MDKK.

 Kesimpulannya ambo mungkin boleh menerima kesilapan membina masjid dan markaz Pas di atas tanah tersebut sebagai satu kecuaian, namun apakah muslihat sebenar di sebalik penggunaan dana Yayasan Amanah Tok Kenali ini, sedangkan parti Pas sendiri, dengan kekayaan pemimpin mereka dan dana parti, RM300,000 bukanlah satu jumlah yang besar bagi Pas untuk membayar sendiri tanah tersebut jika benar hasrat mereka sekadar menyelamatkan Masjid Jauhar. ~ Che Ibrahim Mohamed.

Mu Tunggu, Zulkifli Datang.....

Posted: 27 Jan 2017 01:55 AM PST


Mu tunggu Zulkifli datang dengan paluan gendang kosongnya! Itulah umpamanya Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila memberi peringatan kepada ahli politik yang korup!

"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu.~ baca lagi  di sini

 Adakah amaran berani 'Kamu Tunggu' oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, itu ditujukan kepada MO1?

 Jika tidak, apa kredibiliti yang ada pada SPRM yang selama ini hanya akan menangkap ikan bilis manakala ikan jerung terus lepas bebas tanpa hukuman, tidak seperti jerung di China dan di Indonesia yang ditangkap, dibawa ke muka pengadilan dan dihukum!

 Selagi SPRM tidak bertindak keatas MO1, saya merasakan amaran Dzulkifli tersebut hanyalah satu tin kosong yang memang kuat bunyinya bila dipalu.

 Semua menteri-menteri Kabinet tidak akan ambil peduli secara serius kerana mereka berasa selamat berada di belakang MO1!

 Ketua-ketua Menteri Negeri (atau bekas Ketua Menteri), ataupun anak-anak Menteri (malahan Perdana Menteri) tidak langsung berasa tergugat biarpun dengan pelbagai pendedahan yang kontroversi.

  Sebanyak lapan kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat SPRM sebelum ini tidak dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Kes-kes berprofil tinggi yang lain termasuk yang melibatkan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), walaupun siasatan telahpun selesai dan telahpun dimajukan kepada pihak pendakwaan, masih lagi belum diputuskan  sama ada ia akan dibawa ke mahkamah atau tidak.

 Bertambah pelik, lagi bila Azalina boleh diangkat semula oleh Najib jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkuat kuasa 28 Jun lalu! Baca  di sini

 Dalam satu kajian oleh Transparency International Malaysia, mereka mendapati bahawa parti politik adalah pertubuhan paling korup di negara ini diikuti dengan polis serta penjawat awam.

 "Ahli politik dilihat paling korup dan menggantikan polis untuk menduduki tempat teratas pada tahun sebelumnya. Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya – Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia, dipetik dari Malaysiakini.

Kami rakyat Malaysia mahu melihat SPRM benar-benar mampu menunjukkan kuasa dan kapasitinya sebagai sebuah entiti pencegah rasuah yang bebas lagi berkeupayaan.Buktikan kata-kata dengan hasil kerja yang berintegriti!

 SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan, malahan dalam sesetengah kes, kertas siasatan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pula dikembalikan atas alasan 'tidak cukup keterangan' bagi membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan dalam kertas siasatan. 

Kerajaan Kelantan Mengaku Seleweng Dana Yayasan Tok Kenali beli tanah

Posted: 26 Jan 2017 07:45 PM PST

 Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Hj Wan Roslan Wan Hamat melalui laman fesbuk di sini telah mengakui menggunakan dana Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) untuk membeli lot tanah milik individu tertentu.

 Tanah yang dibeli itu bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina diatas tanah milik individu, katanya.

 Beliau menafikan Tugu Banjir yang dibina oleh Badan Bukan Kerajaan di Kuala Krai itu termasuk didalam tanah yang dibeli oleh Yayasan Tok Kenali seperti yang didakwa oleh Husam.

Beliau menganggap kenyataan Husam mengenai isu tersebut adalah tidak betul dan sangat tidak bertangungjawab.

YB Dato' Haji Husam Musa sebelum ini telah mendedahkan di sini mengenai pembaziran penggunaan wang Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) berjumlah RM300ribu dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai tahun lalu.

Husam mempersoalkan mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpukan sepenuhnya untuk pendidikan dan pembinaan insan.

 "Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan oleh rakyat Kelantan," katanya.

 Semua pihak maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini tidak selesai.

"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.

 Ekoran reaksi Hj Wan Roslan terhadap pendedahan Husam tersebut, Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad menyatakan rasa gembiranya diatas pengakuan Hj Wan Roslan menggunakan dana Yayasan Amanah Tok Kenali untuk membeli lot tanah tersebut.

 Banyak perkara-perkara lain berkaitan pembelian tanah tersebut telah didedahkan oleh Che Ibrahim Mohamad melalui tulisannya di laman fesbuknya :
 Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan telah mengaku Yayasan Amanah Tok Kenali telah menggunakan dananya untuk membeli dua lot tanah milik seorang cina kononnya bagi menyelamatkan Masjid Jauhar yg dibina di atas tanah tersebut.

Sepanjang pengetahuan ambo, Pas Kawasan Kuala Krai telah membina bangunan dua tingkat di atas tanah tersebut, tingkat bawah digunakan sebagai surau yg dinamakan Masjid Jauhar, manakala tingkat atas merupakan pusat aktiviti Pas/Majlis Tindakan Dun Guchil.

 Selepas itu Majlis Daerah Kuala Krai pula membina 5 unit kedai untuk disewa di atas tanah yg sama dan mengutip sewa drp penyewa2nya.

 Selepas berpuluh puluh (semenjak 1991) mendirikan bangunan di atas tanah tersebut, barulah disedari rupa2nya tanah tersebut adalah milik persendirian dan ada status hak milik yg sah.

 Bagi mengatasi isu ini, YATK telah di arah oleh TMB Kelantan supaya membeli tanah tersebut. Ambo difahamkan YATK merancang untuk membina bazar bazar jualan di atas tanah tersebut.

 Isu utama sekarang ialah;

 1. Mengapa Pas Kawasan Kuala Krai dan Majlis Daerah Kuala Krai membina bangunan kekal atas tanah persendirian tanpa menyelidik status hak milik tanah tersebut, sedangkan ternyata tanah itu dimiliki secara sah oleh seorang cina yang menetap di Kuala Lumpur.

2. Apa rasionalnya dana YATK telah digunakan untuk membeli tanah tersebut di mana perbelanjaannya jelas bercanggah dengan objektif penubuhan YATK, mengapa tidak menggunakan dana MDKK yg telah mendirikan dan mengutip sewa kedai kedai atas tanah tersebut atau mengarahkan MAIK membuat pengambilan semula tanah tersebut untuk diwakafkan sebagai tapak masjid?

3. Selepas tanah tersebut dibeli oleh YATK, bagaimana dengan status Pej MTD Guchil, dewan sebelah atas surau/masjid jauhar yg menjadi pusat kegiatan Pas serta kedai kedai yg telah dibina oleh MDKK, adakah ianya akan diserah kpd YATK atau mengekalkan status quo sebagaimana yang asal?

 Adapun isu Tugu Banjir insya Allah ambo akan ulas selepas Lot 2330 disahkan status terkininya.

Comments (0)