Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 4:18 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Politik 'king maker' Pas tiada komitmen tumbangkan Umno-BN

Posted: 24 Jan 2017 10:30 PM PST

King Maker atau King Maki?
 Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berpendapat politik 'king maker' hanya menunjukkan Pas tidak mempunyai komitmen untuk menumbangkan Umno-BN termasuk memuktamadkan penggunaan satu logo dan manifesto bersama.

 Mengulas saranan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad supaya Amanah bergabung dengan DAP, beliau berkata, kenyataan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengheret kepada isu perkauman.

Menurutnya, kenyataan tersebut selari dengan nada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menyatakan dalam perhimpunan agung parti itu bahawa keindukan parti pembangkang adalah DAP.

"Pada masa yang sama, pemimpin Umno dan Pas cuba mengelirukan rakyat dengan memainkan propaganda bahawa DAP adalah parti cauvinis dan DAP yang akan mengetuai pakatan pembangkang.

"Propaganda ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu walaupun hakikatnya, ia tidak berasas. Amanah adalah parti yang berjuang atas dasar Islam berasaskan maqasid syariah.

"Perjuangan bersama PKR, DAP dan PPBM bertujuan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi dan ditindas oleh rejim Umno-BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Umno pada masa ini jelas tidak mempunyai modal politik selain daripada berterusan memainkan isu perkauman pada ketika skandal korupsi dan penyelewengan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda tidak mampu lagi dijawab oleh pemimpinannya.

"Maka, mereka cuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman.

"Ironinya, Pas yang dahulu pernah bersama DAP sehingga berjaya membentuk kerajaan bersama di Selangor dan Perak, kini mengambil sikap memusuhi DAP dalam masa sama turut mengheret Amanah bersama dalam permusuhannya," katanya.

Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan agenda perjuangan yang utama bagi rakyat pada masa ini adalah perjuangan bagi menyelamatkan negara daripada korupsi dan kleptokrasi.

"Sikap memusuhi DAP dan Amanah akan merugikan rakyat kerana rakyat memerlukan satu gabungan parti pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

"Jika Pas masih mengambil sikap memusuhi parti-parti pembangkang dan pada masa yang sama mengambil sikap senada dengan Umno dengan memainkan isu perkauman sebagai modal politik, maka Pas hanya akan menjadi 'spoiler' kepada perjuangan rakyat," bidasnya lagi. ~ sumber

PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI

Posted: 24 Jan 2017 05:32 PM PST


 Saya melihat politik Malaysia yg semakin menghampiri PRU-14 ini memerlukan parti2 gabungan dalam PH termasuk Bersatu memuktamadkan pembentukan kolisi alternatif rakyat kepada BN yg merupakan kolisi gabungan lebih kurang 14 buah parti yg diketuai Umno.

 Mutakhir ini, PAS beberapa kali telah menjelaskan pendirian tegasnya bahawa mereka sama sekali tidak akan menyertai PH.

 Dan pendirian tegas PAS ini seharusnya memberi kesedaran yg sebenar-benarnya kepada mana2 pemimpin2 PH dan Bersatu yang masih lagi mengharapkan komitmen PAS, bahawa sehingga "kucing bertanduk" sekalipun PAS akan tetap tidak akan bekerjasama dengan pembangkang utama kerana faktor wujudnya Amanah dalam pentas politik Malaysia dan penglibatan DAP sebagai komponen utama dalam PH.

 Berundinglah lagi walau 48 jam tanpa henti sekalipun, selagi adanya Amanah dan DAP, PAS tetap tidak akan berganjak untuk dari mengorbankan pendirian atau menjilat kembali ludah mereka.

 Jadi, biarlah noktahnya di sini sahaja. Tiada lagi perbincangan dan rundingan. Masa sudah terlalu suntuk bagi PH dan Bersatu untuk memikirkan sebuah parti Sang Kelembai yang "sepak dok reboh, gocoh dok sakit" ini. Biarlah PAS dengan cara politik mereka, ijtihad dan istiqamah mereka walaupun pada hakikatnya dalam sistem politik demokrasi Malaysia, parti Sang Kelembai itu sebenarnya sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati.

 Dan seperti yg disebut oleh Datuk Husam dan Tun Dr. Mahathir bahawa 3 penjuru adalah pilihan yg wajar masa kini, dan berdasarkan senario politik semasa, peluang PH yg menggabungkan empat parti politik utama iaitu Bersatu, Amanah, PKR dan DAP tetap mempunyai peluang besar untuk mengalahkan BN.

 Justeru dengan mengambilkira faktor2 berikut:

[1] Dapatan kajian Invoke bahawa 24% pengundi PAS akan menyokong PH; 
[2] Bersatu akan mengalihkan (swing) undi (Melayu) BN dalam PRU-13 kepada PH sekurang2nya 13%; 
[3] Sokongan pengundi Cina terhadap PH kekal 85-90% 
[4] Trend pengundi muda dan pengundi atas pagar memihak PH ekoran terkesan dengan kos kehidupan dari kegagalan dasar2 ekonomi kerajaan serta skandal2 besar seperti 1MDB dan lain2;

 Maka, saya mengira bahawa strategi 3 penjuru seluruh negara adalah "praktik politik" yang paling wajar buat masa ini dan seharusnya bermula hari ini seluruh komponen PH bersatu di bawah satu panji bagi menggerakkan kempen dan persiapan ke arah PRU-14.

 Dan takala di waktu pertandingan 3 penjuru telah berlaku yang menyaksikan persaingan antara BN, PH dan PAS-Ikatan di seluruh kawasan di Malaysia, percayalah bahawa pada masa itu, rakyat hanya melihat dua pilihan yg wujud iaitu:

(1) Pakatan Harapan, 
(2) Barisan Nasional.

 PAS-Ikatan hanya akan dilihat dan dinilai oleh rakyat tidak lebih sebagai sebuah parti atau calon bebas yg hanya mencari peluang dan mencuba nasib.

 DMA

Comments (0)