Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 4:11 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Mengejutkan ! Bukan didakwa atas kesalahan rasuah dan korupsi.

Posted: 13 Jan 2017 03:23 PM PST


Borneo Today melaporkan :
Awang Mohd Tahir, 54, Fauziah, serta bekas Timbalan Pengarah Lim Lam Beng, 62, didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana bersubahat dengan pelakuan pengubahan wang haram.
 Kenapa mereka bertiga bukan didakwa atas kesalahan rasuah dan korupsi.
Harap mereka yang tahu mengenai perundangan dapat memberikan kita sedikit pencerahan mengenainya.

 SPRM dalam menjawab isu Skandal Jabatan Air Negeri Sabah yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sabah, saudara Mohd Khairuddin bin Daud mengenai status siasatan isu berkenaan, telah mengesahkan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM, oleh itu tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA — No Further Action).

  Di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan isteri serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Negeri mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang.

 Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah atas 12 kesalahan melakukan penyelewengan dana infrastruktur berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan dan kenderaan mewah yang menyalahi undang-undang.

 Beliau juga mengaku tidak bersalah bersama isterinya, Fauziah Piut, 51, atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas secara tidak sah, manakala Fauziah juga menghadapi 19 pertuduhan lain, memiliki barangan kemas dan beg mewah serta mempunyai simpanan RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank. Baca lagi di sini

Tiada unsur RASUAH dan tiada tindakan lanjut

Posted: 13 Jan 2017 05:37 AM PST

 
  Jawapan SPRM terhadap kes melibatkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang didapati memiliki ratusan juta wang tunai di pejabatnya kepada ahli politik..
 Tiada unsur RASUAH dan tiada tindakan lanjut.

  Sebelum ini Bernama melaporkan pada 7 Oktober 2015 :
 Barang kemas yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah bernilai RM3.64 juta.

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

 "Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi suspek berjawatan timbalan pengarah dianggarkan dalam RM900,000," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

 Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

 Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

 Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

 Dalam sidang media pada Rabu lepas (5 Okt), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

 Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu siasatan.

  Pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu dakwaan rasuah membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
Nak tahu siapa malaunnya , sila baca lagi di sini

Comments (0)