Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Krisis Ezam-Zahid Md Arip tentang Felda ... Mahathir terpaksa merepek lagi!!!

Posted: 30 Dec 2016 09:45 PM PST


Baru tiga bulan, Bersatu sudah Berkecai.

Terpaksa Mahathir terus merepek mengenai BR1M dan Tabung Haji serta Rafizi sedia dimalukan untuk menetup krisis dalaman PPBM.

Mahathir GRIM?
BR1M makes people dependent on government



Sudaha tu dia kata Haji yang dibiayai 1MDB tidak mabrur. Dia ingat dia sudah tuhan ...





Presiden PPBM sudah masuk hari ke 6 berdiam di Eropah untuk holiday dan biarkan Mahathir keseorangan.


Rafizi cuba membantu dengan isu MrT tapi bertambah hari bertambah bodoh:



Dijangka krisis ini akan berterusan dan menambah-nambah:
Mulanya Anina, dan terkini salah seorang MT PPBM kutuk Anina:


Tariq aktivis ke?
Tariq, bapanya taufik dan pakcik2 & makcik2, hingga ke datokmya Tun Dr Ismail bukan gemar sangat Mahathir tapi hairan kenapa sertai PPBM???

http://www.utaranews.com/2016/12/bersatu-mahu-rakyat-malaysia-sanjung.html
Akramsyah cuba up kan Mahathir dan Wan Azizah. Cuba dia jawab kenapa bapanya Tan Sri Sanusi Junid tidak sertai PPBM? Adakah sebab dia tidak percaya pada Tan Sri Muhyiddin?

Kenapa Akram sibuk dapam PPBM sedang ayah tidak bersama PPBM sebagaimana Khairuddin Abu Hasan juga?

KINI TIMBUL PULA KRISIS BARU AKIBAT EZAM PENCACI DIBAYAR TETAPI KONON ALIM DAN PENENTANG RASUAH


Setiausaha Agong PPBM menafikan buat sementara ini, tetapi desas desus kuat:




Ini berlaku ekoran Ezam membuat laporan SPRM bersama Mazlan Aliman terhadap Felda, Tan Sri Isa Samad dll pihak pengurusan pada 29hb:


Persatuan anak peneroka desak SPRM siasat penyelewengan Felda

https://m.youtube.com/watch?v=YJuaW7GmGQo
Hari itu juga, keluar mesej berikut untuk laporan pada 30hb:
JEMPUTAN MEDIA

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, En Zahid Mat Arip akan membuat satu laporan SPRM terhadap Felda dan Tan Sri Isa Samad pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 30 Dis 2016 - Jumaat

Masa: 3 petang

Tempat: Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Satu sidang media akan diadakan di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya selepas laporan dibuat.
Tapi terbatal dan tiada penafian mahu pun penjelasan.
Adakah kawan baik Ezam, Zahid Md Arip tidak tahu akan laporan yang dibuat Ezam? 
Puak cytro cap bunga pasti menyalahkan pelbagai pihak, tetapi mungkinkah Eam cuba memaksa Zahid buat laporan terhaddap majikan dan booss lamanya, Felda dan Isa Samad? 
Zahid lebih ada locus standi untuk buat laporan dari Ezam. Baik Zahid dan Ezam bukan faham pun hal korporat untuk buat penjelasan pada MACC, Ezam hanya auta 6 kotak:


Tapi Zahid pernah bersama Felda dan Isa Samad. 
Adakah benar laporan RPK terhadap Isa Samad?
Isa Samad Bersama Najib Atau Mahathir?
Khabarnya Zahid hanya nak perdajalkan Najib dan bukan lebih dari itu, tetapi bukan Isa Samad. Adakah ini jadi sebab muncul khabar angin atau gimik Ezam akan keluar PPBM????


Mungkin juga ianya gimik Ezam. Dia pun penyamun:
http://snapshot2016.blogspot.com/2016/12/ezam-curi-duit-minyak-mof.html
 Tapi persoalannya kenapa Zahid, sebagai penggiat pembangkang, tidak mahu buat laporan bersama Ezam dan Mazlan Aliman terhadap Isa????

Adakah dia mahu buat bersendirian tapi Ezam potong jalan? 

Khabar tersebar kontrak Isa Samad tidak disambungkan. Apa motif Zahid Md Arip berdiam diri????

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:15 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Mahathir Kecam Jemaah Haji 1MDB Sebagai Tunai Haji Tidak Mabrur

Posted: 30 Dec 2016 08:30 AM PST

Detik Bermakna Dato Seri @NajibRazak Pada 2016

Posted: 30 Dec 2016 06:10 AM PST



YAB PM NAJIB RAZAK:-
30 Disember 2016
Banyak detik bermakna yang telah kita kongsi dan lalui bersama sepanjang 2016. Saya kongsikan beberapa daripadanya dalam video, semoga tahun baru 2017 yang akan tiba bawa lebih banyak detik bermakna sebegini, Insya-Allah.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib Razak corruption in overseas news

Posted: 30 Dec 2016 08:15 AM PST

1MDB Scandal: How Najib Razak Targets Critics

Posted: 30 Dec 2016 08:08 AM PST

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan solidariti Anwar

Posted: 30 Dec 2016 07:54 AM PST

Polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan yang didakwa cuba menghasut rakyat
Nik-Ros-Azhan-Nik-Abdul-Hamid
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 3 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3.00 petang tadi.
"Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.
"Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan 3 lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Katanya 3 lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.
Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, 3 papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak 2 hari lepas juga diturunkan oleh polis.
Read More / Baca Lagi >>

Atasi masalah buang pekerja tahun depan - AMK

Posted: 30 Dec 2016 06:06 AM PST

Semua pihak perlu mengambil langkah serius bagi menangani masalah pembuangan pekerja yang dijangka semakin meningkat menjelang tahun depan.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Tan Kar Hing berkata, isu tersebut akan memberi kesan terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat sekiranya tidak di atasi segera.
Atasi masalah buang pekerja tahun depan "Kami bimbang atas kenyataan jumlah pekerja yang akan diberhentikan hingga tahun hadapan akan meningkat kepada 50,000 orang disebabkan ketidakstabilan ekonomi negara.
"Selain sektor insurans dan kewangan yang paling terjejas, kami menjangkakan banyak kilang bakal ditutup akibat ekonomi yang tidak menentu. Ini akan mengakibatkan ramai tenaga kerja akan diberhentikan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah dan juga kuasa membeli rakyat akan menurun," katanya
Pada tahun 2014, jumlah pekerja yang diberhentikan telah mencecah ke 10,000 orang dan berlibat ganda menjadi 20,000 pada tahun lepas.
Menurut Kar Hing, kadar kemiskinan pula akan terus meningkat terutamanya di kalangan umur bawah 40 tahun yang banyak terlibat dengan sektor pekerjaan.
"Lebih merunsingkan lagi apabila badan kebajikan sekarang tidak dapat menampung keperluan akibat peningkatan ketara kos pengangkutan dan perubatan yang berpunca dari kejatuhan matawang negara.
"Pentadbiran Putrajaya harus mengambil berat tentang trend terkini yang memberi kesan negatif kepada ekonomi dan sosial rakyat. Langkah-langkah mengatasi perlu dilakukan segera jika tidak kesannya turut menyumbang kepada kes jenayah, cerai dan pendidikan anak-anak turut terjejas," ujarnya lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan dan kesatuan-kesatuan pekerja perlu memastikan kebajikan para pekerja dijaga dengan baik, diberikan latihan dan motivasi untuk terus relevan dan dapat menyesuaikan diri dengan masalah ekonomi yang meruncingkan.

Kementerian Kewangan: Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini

Posted: 30 Dec 2016 05:51 AM PST

Datuk Lokman Noor AdamHarga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.
Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.
Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.
Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.
"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.
"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.
"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.
Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor, Amirudin tinggalkan FAS

Posted: 30 Dec 2016 04:45 AM PST

SHAH ALAM, 30 DIS: Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersama Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Amirudin Shari mengumumkan peletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dan Pengurus Pasukan berkuat kuasa serta merta.
the-red-giants-2Dalam satu kenyataan media bersama lewat petang ini, mereka mengumumkan pengunduran susulan keengganan barisan Exco FAS komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor.

"Saya dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bolasepak Negeri Selangor," katanya.
Menurut Mohamed Azmin, beliau menyambut baik perlantikannya sebagai Presiden FAS menerusi Kongres Luar Biasa pada Disember 2014 dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS dan juga pembangunan sukan bolasepak Negeri Selangor.
"Setelah hampir dua tahun kami bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan Exco FAS untuk mendukung perubahan.
THE RED GIANTS"Barisan Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama – "excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality,"katanya.
"Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bolasepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang 2018.
"Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Negeri Selangor," katanya.
Walaupun meletakkan jawatan, Mohamed Azmin memberikan jaminan Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bolasepak Negeri Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak.
"Kami memberi jaminan kepada penyokong bolasepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bolasepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti," katanya.

Azmin Ali umum letak jawatan Presiden FAS, Exco FAS bila pula..??

Posted: 30 Dec 2016 04:28 AM PST

Kementerian: Subsidi minyak pukal menguntungkan orang kaya

Posted: 30 Dec 2016 04:21 AM PST

Kementerian Kewangan mempertahankan peralihan kepada sistem subsidi bersasar selepas PKR menggesa subsidi minyak diperkenalkan semula
lokman-adam-1
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan hari ini mempertahankan pemansuhan sistem subsidi pukal dan pelaksanaan sistem apungan terkawal kerana pendekatan lalu tidak sampai kepada golongan miskin.
Pengarah komunikasi strategik, Lokman Noor Adam berkata, "ramai yang masih tidak boleh terima" kerajaan perlu beralih kepada sistem subsidi bersasar, membandingkannya kepada 2014 ketika golongan berada turut mendapat subsidi RON95 sebanyak RM0.6843 seliter.
Beliau menjelaskan kenderaan golongan berada menggunakan kuantiti minyak yang lebih banyak berbanding pengguna kereta Kancil dan motorsikal Honda Cup.
Ini bermakna kerajaan terpaksa membayar 3 kali ganda lebih besar untuk mensubsidikan petrol golongan berada.
"Adakah ini adil?" soal Lokman dalam satu kenyataan petang tadi.
Sebelum ini, PKR mahu Putrajaya memperkenalkan semula subsidi petrol kerana harga RON95 dijangka naik tahun depan.
Naib Presiden Rafizi Ramli berkata, RON95 akan naik kepada RM2.20 seliter daripada RM1.90, mengikut formula penetapan harga kerajaan, memandangkan harga minyak mentah sudah naik 18%.
Kerajaan memberhentikan subsidi minyak pada 2014, yang dilaporkan akan membantu kerajaan menjimatkan AS$6 bilion (RM26.92 bilion) setahun.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Minyak RON95 Bermula Januari 2017 Ke Mac 2017 RM2.20 Seliter Kecuali Subsidi Dikembalikan

Posted: 30 Dec 2016 04:18 AM PST

Pada 20 Disember 2016 yang lepas, saya telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016
harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Minggu berakhirHarga rujukan per liter mengikut MOPSHarga RON95 per liter mengikut formula
2 Disember 2016RM1.69RM2.02 (RM1.69 + 32 sen)
9 Disember 2016RM1.80RM2.12 (RM1.80 + 32 sen)
16 Disember 2016RM1.85RM2.17 (RM1.85 + 32 sen)
Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.
Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:
1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
Saya sertakan carta harga minyak mentah Brent dan kadar tukaran ringgit/dolar bagi bulan Disember 2016 untuk menunjukkan pergerakan dari minggu ke minggu seperti berikut:

Harga minyak mentah Brent semakin naik dari USD54.78 (19 Disember 2016) kepada USD56.14 (29 Disember 2016)

Nilai ringgit juga semakin susut dari RM4.4785 (19 Disember 2016) kepada RM4.4850 (29 Disember 2016)

Read More / Baca Lagi >>

PENGIKUT PALSU NAJIB....

Posted: 30 Dec 2016 04:17 AM PST

Semalam Najib Razak melahirkan rasa bangga kerana pengikutnya di laman Twitter sudah mencecah seramai 3.2 juta orang.

"Alhamdulillah, jumlah follower Twitter saya kini 3.2 juta. Terima kasih semua yang bersama saya di sini, Insya Allah kita akan terus berhubung," kata Najib dalam tulisannya itu.
Bagaimanapun, jika diperiksa melalui laman Twitteraudit.com, didapati hampir 2 juta pengikut Najib itu adalah terdiri daripada akaun-akaun palsu.

Hanya sejuta lebih sikit saja pengikutnya terdiri daripada pemilik akaun tulen.

Maka, kenapa Najib perlu bangga?

Bagaimana pula di dunia nyata? 

Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, kakitangan kerajaan atau di antara 31 juta rakyat Malaysia, berapa ramai pula sebenarnya yang sedang menampakkan diri mereka sebagai pengikut palsu kepada Najib?

Tun M: Kenapa saya kata BR1M adalah rasuah

Posted: 30 Dec 2016 04:10 AM PST

Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.
Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.
Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.
Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."
BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.
Ini secara nyata, membeli undi pengundi.
Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.
Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.
Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.
Kelayakan BR1M
Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.
Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.
Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.
Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1, 200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.
Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.
Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.
BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.
Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.
Kos sara hidup
Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.
Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.
Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.
Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.
Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.
Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal FGV - Peter Sandakh

Posted: 30 Dec 2016 04:09 AM PST

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Saya ditanya oleh seorang kawan, juga seorang wartawan kanan berbahasa Iggeris yang bertanyakan siapa ganti Isa Samad di Felda dan FGV.
Saya jawab mudah, pertama Felda dan FGV bukan emak bapak Isa Samad yang punya dan harta warisan dia, Felda dan FGV ada BoD atau Lembaga Pengarah sebarang keputusan mengikut kehendak undang-undang tubuh Felda dan FGV.
Kedua Isa Samad bukan kuasa tertinggi dalam membuat keputusan.. Setiap kertas mesyuarat mesti mendapat arahan atau kelulusan Menteri yang menjaga Felda dan FGV setiap keputusan dasar ada resolusi dari Lembaga Felda dan BoD FGV.
Pembelian ladang yang kecuh di Indoneia ialah disebabkan pemilik asal Peter Sondakh ada hubungan peribadi dengan Najib Razak. Tetapi semua orang tahu Peter Sondakh juga melabur dalam harta tanah khasnya perhotelan di Langkawi dan Kuala Lumpur.

Ketiga pembelian harga tinggi itu.. Menjadi kecuh ialah kerana pelobi.. Ini adalah perkara biasa dalam pedagangan. Ada satu pihak ambil kesempatan atas kerugian Felda atau FGV untok MBO@Management BuyOut dengan meminta Kerajaan bagi pinjaman mudah Rm4Billion. Khabarny ada BANK yang bersedia menguruskan dan jika berjaya fees yang kena bayar,, juta2 RM juga.. Itu sebab ada komen dari seorang adik.. Soal nak menyamun tak kira adik beradik.
Keempat pembelian Ladang di Indonesia ialah hendak berlumba sama dengan ladang di Indonesia dengan tenaga buruh yang rendah dan mudah, berbeza di Malaysia.. Itu kita sama-sama tahu. lagi pun jika ada pemulauan minyak sawit dari tekanan antarabangsa dalam isu human right atau alam sekitar, kelapa sawit dari Ladang di Indonesia tidak akan terjejas.
Kesimpulannya pandangan masa depan perlu di lihat keuntongan dalam berbagai perkara. Dan tidak ada keperluan Isa Abd Samad hendak ditukar atau diganti orang lain jadi Pengerusi Felda atau FGV.

Pakatan Harapan Sabah akan dilancarkan pada 8 Januari depan

Posted: 30 Dec 2016 04:00 AM PST

KOTA KINABALU: Parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Amanah Negara (AMANAH); Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) Sabah, bersetuju untuk melancarkan Pakatan Harapan Sabah pada 8 Januari 2017.
Bercakap kepada media, Adun Api-Api, Christina Liew yang juga Pengerusi MPN PKR berkata, majlis pelancaran tersebut akan diadakan di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bermula jam 10 pagi.
Katanya, majlis pelancaran akan dihadiri oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti, Dato Sri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu serta rombongan parti masing-masing.
Christina berkata, pelancaran ini akan turut menampilkan agenda Pakatan Harapan dan jentera pilihan raya Pakatan Harapan negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong pula berkata, antara intipati majlis adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti.
Katanya, deklarasi akan ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin utama Pakatan Harapan daripada pusat yang bertujuan untuk menggariskan rundingan secepat mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara parti.
"Untuk itu, kita pastikan Pakatan Harapan akan bertanding 1 lawan 1 pada PRU14 yang akan datang", ujarnya.
Stephen Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah, memberitahu, semua surat jemputan sudah dihantar kepada mereka yang berkenaan.
"Kami jemput semua parti pembangkang tak kira nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis ini.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH tuntut penjelasan SPRM isu mengecilkan Bahagian Operasi Khas

Posted: 30 Dec 2016 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: AMANAH meminta satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperincikan dakwaan mengapa segmen penting Bahagian Operasi Khas badan itu yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi telah dikecilkan.
Tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, bahagian sepenting ini yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti berkaitan dengan 1MDB, Felda dan lain-lain tidak perlu dikecilkan sebaliknya ia diperkasakan bagi mengisi desakan mutakhir ini.
"Apatah lagi, kita didedahkan dengan perkembangan dan penemuan baharu mengenai skandal 1MDB yang menuntut siasatan kes ini dibuka semula," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jika laporan berkenaan pengecilan Bahagian Operasi Khas ini benar, AMANAH berasa sangat kecewa dan menyifatkan ianya satu langkah terkebelakang.
Salahuddin berharap, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad dapat menjelaskan perkara ini bagi memastikan badan tersebut terus dilihat berwibawa dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Demokrasi akan jadi kleptokrasi, penyanggak tadbir negara

Posted: 30 Dec 2016 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat, kini kesal kerana sistem demokrasi disalah-gunakan.
Demokrasi, katanya, berdasarkan premis bahawa rakyat akan memilih pemimpin yang baik.
"Bagaimanapun, hari ini, ramai yang kesal kerana mereka memilih demokrasi.
"Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.
"Pemimpin ini akan menjadi diktator," kata Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dalam satu catatan blognya hari ini.
Mahathir berkata, demokrasi berjaya di kebanyakan negara-negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi ini tidak berlaku di negara ini.
"Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.
"Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.
"Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Tak ada logo halal taruh logo haram," cadang Rani Kulup kepada Jakim

Posted: 30 Dec 2016 02:50 AM PST

Ezam mahu tumpu pada NGO, bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin

Posted: 30 Dec 2016 02:48 AM PST


Datuk Mohamad Ezam Mohd NoorDatuk Mohamad Ezam Mohd NoorParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan kononnya bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor keluar parti ekoran kecewa dengan haluan parti dan krisis membabitkan jawatan Anina Saadudin.
Ketua Penerangannya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau memaklumi Ezam mengambil keputusan tidak menyertai parti itu ekoran beliau memilih untuk kekalkan jawatannya  selaku Pengerusi sebuah NGO yang berpengkalan di Indonesia.
"Ezam selaku Pengerusi Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
"NGO ini mengawasi salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini.
"Apa yang saya maklum Hibah telah membuat keputusan mana-mana pemegang jawatan kanan NGO itu tidak boleh aktif atau menyertai mana-mana pertubuhan politik.
"Jadi dia akur dengan keputusan itu dan memilih untuk keluar parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas tentang laporan portal Free Malaysia Today  hari ini yang memetik sumber, menyebut bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu,telah memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung parti dalam suratnya untuk keluar dari Bersatu.
Sumber yang memberitahu FMT juga menyebut Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Kata Kamarudin lagi beliau tidak tahu bila NGO itu meletakkan syarat sedemikian kerana sebelum ini Ezam juga telah menjadi ahli Umno selepas keluar dari PKR sebelum mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai Bersatu pada Oktober lalu.
"Dalam tempoh dua bulan dia sertai parti saya tidak pasti sama ada arahan itu baru dikuatkuasakan atau bagaimana?...tetapi itulah yang saya dimaklumi sebab dia keluar parti.
"Mungkin dengan memegang jawatan penting dalam NGO dia merasakan lebih bebas untuk menegur mana-mana pimpinan parti  dalam sesebuah negara yang diperjuangkan oleh NGO itu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama Malaysiakini yang merujuk laporan sama melaporkan Ezam mengesahkannya dan turut menyatakan sebab beliau meninggalkan parti itu seperti dinyatakan sumber adalah kurang tepat.
Ezam dipetik berkata,  laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
"Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari Bersatu kepada setiausaha agungnya," lapor Malaysiakini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

Posted: 30 Dec 2016 02:47 AM PST

Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Kerajaan digesa kekalkan harga syiling RON95 RM2 seliter pada 2017

Posted: 30 Dec 2016 02:45 AM PST


Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.
Kerajaan harus mengekalkan paras syiling kenaikan harga minyak kepada RM2 seliter dari kenaikan harga minyak mentah dunia, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, RM2 seliter itu perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi di bawah pentadbiran kerajaan hasil dari kenaikan harga minyak mentah.
"Mengambil kira suasana ekonomi global yang menunjukkan harga minyak mentah akan kekal melebihi paras USD55/tong bagi beberapa bulan akan datang dan nilai ringgit yang kekal lemah, maka saya menjangkakan harga RON95 mengikut formula kerajaan akan kekal sekitar RM2.20 bagi beberapa bulan pertama 2017.
"Oleh itu, saya mendesak supaya harga siling RM2 seliter bagi RON95 dikuatkuasakan dengan mengembalikan subsidi minyak yang saya perjuangkan sejak tahun 2012 lagi.
"Sebarang kenaikan harga melepasi RM2 seliter perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi pentadbiran Datuk Seri Najib hasil dari kenaikan harga minyak mentah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulangi pendedahan yang pernah dilakukannya pada 20 Disember lalu yang telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016 harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.

Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:

1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
Read More / Baca Lagi >>

Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi

Posted: 30 Dec 2016 02:44 AM PST


Oleh Al-Abror Mohd Yusuf 
Mengapa perlu buku setebal lebih 800 muka surat untuk sebuah buku tentang Ahmad Lutfi Othman dan hal sekitar kebebasan media? Judul Lorong Sunyi Media Bebas memang agak menjanjikan, terutama di kalangan seseorang yang pernah - atau masih - bergelumang dengan dunia kewartawanan atau persuratkhabaran.


Selain itu mungkin hanya orang yang berminat kepada dunia berkenaan yang ingin mengetahui apa yang terkandung dalam buku ini. Juga sesiapa yang mengenali nama Ahmad Lutfi yang terkenal itu. Lorong Sunyi Media Bebas dibidani sebagai suatu 'hadiah' kepada bekas ketua pengarang Harakah yang terlibat selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan.
Keuzuran membuatkan buku ini diusahakan oleh "rakan-rakan Ahmad Lutfi" yang karib.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dipisah-pisahkan pula oleh bab berasingan.
Bahagian pertama memuatan dua temu bual agak panjang bersama Ahmad Lutfi, manakala kedua berisi 54 rencana daripada 54 penulis berbeza yang bercerita mengenai Ahmad Lutfi.
Beberapa bab (entah mengapalah agaknya ia diberi nama "bab" bagi memisahkan seorang penulis dengan penulis lain) awal memang menggiurkan.
Bermula dengan prakata oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, tulisan awal bahagian kedua itu dengan mudah mengasyikkan.
Penulis terlalu ramai
Sebahagiannya memberikan gambaran dan maklumat awal mengenai Ahmad Lutfi dan kesukaran - serta kegigihannya - memperjuangkan kebebasan media.
Janet Steel misalnya menghidangkan tulisan yang santai, selesa dan bersahaja tapi tetap memberitahu banyak tentang Ahmad Lutfi. Malah dari sisi tertentu tulisannya begitu terasa berbeza berbanding penulis lain.
Melalui pertemuan Janet dan Ahmad Lutfi, pembaca diberitahu bahawa sebahagian wartawan media arus perdana "tidak ada semangat dan keinginan untuk berjuang".
Ia mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang tetapi hal yang sudah disedari sejak sekian lama oleh sebahagian yang lain.
Janet juga bercerita bagaimana Ahmad Lutfi sendiri mendedahkan "orang politik, secara umumnya" tidak suka kepada media bebas.
Selepas itu ada beberapa nama lain menulis mengenai Ahmad Lutfi, seperti Zin Mahmud, Noor Azam Shairi, Shahbudin Husin, Helmi Khalid dan anak Ahmad Lutfi sendiri, Ahmad Luqman Hakim.
Jumlah penulis yang terlalu ramai itulah masalahnya, kadang-kadang. Selain cara penyampaian yang sesekali amat lewah, pengulangan beberapa maklumat berkali-kali agak mengganggu.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Adnan tentukan jika Najib boleh teruskan saman fitnah

Posted: 30 Dec 2016 02:42 AM PST

Peguam perdana menteri berkata anak guamnya adalah 'pendakwa yang serius' dan bersedia memberi keterangan untuk membuktikan pengkritiknya salah.
najib-razak-adnan-yaakobPETALING JAYA: Lima saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Razak terhadap lawannya akan ditentukan tahun depan sama ada perdana menteri, sebagai pegawai awam, mempunyai kapasiti undang-undang mendapatkan remedi.
Bagaimanapun, ini hanya boleh ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang samannya terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dibatalkan kerana tindakan itu difailkan atas sifat rasminya.
Ini berlaku selepas mahkamah menerima pakai keputusan prinsip undang-undang dalam kes Derbyshire County lawan Times Newspapers Ltd pada 1993.
Dalam kes itu, mahkamah memutuskan pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang berdasarkan kritikan awam.
Mahkamah tertinggi menetapkan 13 Feb ini untuk mendengar rayuan Adnan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi "mangsa" pertama apabila Mahkamah Rayuan pada 20 Dis menolak saman terhadap 2 kumpulan media dikaitkan dengan Umno dan 3 yang lain pada bantahan awal.
Mahkamah Tinggi tahun lalu menganugerahkan Lim RM550,000 sebagai ganti rugi kerana melabel beliau sebagai "perisik Singapura".
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusannya hingga 23 Mac sama ada untuk membatalkan saman Najib terhadap bekas menteri Tun Ling Liong Sik, yang mendakwa perdana menteri "mengambil wang rakyat" berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin mahu menunggu keputusan akhir keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Adnan kerana keputusan mahkamah tertinggi itu akan mengikat Mahkamah Tinggi.
Kes lain yang belum selesai di Mahkamah Tinggi adalah saman Najib terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua dan pemilik Mediarakyat.net Chan Chee Kong atas komen yang dibuat ahli Parlimen itu pada majlis makan malam mengumpul dana DAP, yang kemudiannya dimuat naik ke laman web berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Persatuan mahasiswa minta bantuan tandatangani petisyen bebaskan Asheeq Ali

Posted: 30 Dec 2016 02:40 AM PST




KUALA LUMPUR, 30 DIS: Pertubuhan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Student Unity Front (SUF) hari ini meminta jasa baik orang ramai untuk menandatangani petisyen mendesak universiti itu menggugurkan segala dakwaan ke atas aktivis mahasiswa, Asheeq Ali. Petisyen itu boleh ditandatangani di laman web http://www.ipetitions.com/petition/asheequkm
Asheeq yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Malaysia sebelum ini telah dikenakan hukuman gantung satu semester dan denda RM200 hanya kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1 yang diadakan di ibu negara pada 27 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Asheeq bertegas bahawa beliau hanya mahu mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap 'Malaysian Official 1', individu yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika sebagai terlibat dengan penyelewengan dana syarikat 1MDB.
Setiausaha SUF, Chong Kar Yan berkata alasan UKM bahawa keterlibatan Asheeq dalam perhimpunan TangkapMO1 sebagai memalukan universiti dan melanggar undang-undang adalah karut sama sekali.
Malah, katanya, UKM harus berhenti menghukum pelajar hanya kerana berani menyatakan pendirian politik mereka kepada umum.
Read More / Baca Lagi >>

Memang kelas pertengahan lebih miskin, kata MTUC

Posted: 30 Dec 2016 02:37 AM PST

MTUC mahu pembuat dasar melihat sendiri, atau merasai, kesusahan orang kebanyakan.
MTUC
KUALA LUMPUR: Pekerja Malaysia menerima akibat daripada dasar yang gagal sejak beberapa dekad lalu, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
"Soalan ini perlu dijawab: 'Siapa yang untung? (daripada pendekatan ini)," kata MTUC dalam satu kenyataan.
Gaji, kata kesatuan itu, tidak naik seiring dengan kos kehidupan.
Paras gaji terus ditekan melalui dasar pekerjaan yang gagal. Antaranya kehadiran pekerja asing.
MTUC berkata sudah tiba masanya untuk pembuat dasar melihat sendiri, atau merasai, kesusahan orang kebanyakan.
Kongres terkejut seorang bekas penjawat awam kanan, Ramon Navaratnam, mempertikaikan dapatan Prof madya Shanker Chelliah daripada Universiti Sains Malaysia yang mendapati golongan kelas pertengahan 40% lebih miskin.
"Orang ramai nampak itulah hakikatnya," kata MTUC.
Kongres bersetuju paras pendapatan sebenar sudah menurun, seperti yang disebut Chelliah.
Pertamanya, kata MTUC, kos kehidupan semakin meningkat; dan kedua, beberapa dasar yang tidak baik menyebabkan paras gaji ditekan.
Sementara itu, penunjuk seperti indeks harga pengguna pula terpisah daripada realiti, kata kongres.
MTUC menyarankan kos kehidupan dikaji berdasarkan makanan dan sewa dalam beberapa tahun ini. "Kos kehidupan menyaksikan kenaikan eksponen dengan adanya cukai barangan dan perkhidmatan."
Harga makanan ringkas – sarapan, makan tengah hari dan makan malam – adalah contoh terbaik, tambah kenyataan itu.

BR1M: Dr M ingatkan apa orang kampung kata

Posted: 30 Dec 2016 02:35 AM PST

Selepas pertikaian demi pertikaian, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah rasuah.
"Saya tetap pertahan bahawa ia satu bentuk rasuah. Ini jelas dalam komen penerima dari kampung.
"Katanya, 'saya akan sokong Najib kerana beri saya duit. Mahathir tidak beri saya duit'," jelas bekas perdana menteri keempat itu.

Anak aktivis alam sekitar dakwa rakyat ditindas, hidup ketakutan

Posted: 30 Dec 2016 02:12 AM PST

Sharifah Fareena membidas mereka yang mengutuk aktivis kerana berjuang bagi pihak yang tidak mampu bersuara.
sabrina
PETALING JAYA: Anak perempuan aktivis alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bersuara terhadap penahanan ibunya baru-baru ini dan melabelkannya sebagai tindakan ketidakadilan.
Sharifah Fareena Syed Yusof dalam satu kenyataan yang disiarkan Sabrina di Facebook, meluahkan perasaan sedih dengan kejadian menimpa ibunya yang dikurung 3 hari.
teks
Fareena turut membidas mereka yang mengutuk aktivis kerana berjuang untuk mereka yang tidak mampu bersuara.
"Entah bagaimana orang ramai membuatkan ia seolah-olah salah memperjuangkan apa yang kita percayai dan salah memperjuangkan bagi pihak tidak mampu bersuara," tulis Fareena.
Beliau kemudian berkata, ibunya adalah seorang pejuang yang akan terus berjuang bukan sahaja untuk beliau dan keluarga, tetapi juga untuk masa depan.
"Beliau berjuang untuk anda semua dan paling penting, untuk alam semula jadi.
"Ibu saya akan terus berjuang untuk perkara yang betul dan kami akan berdiri teguh bersama, selama-lamanya dan sentiasa."
Sabrina, presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), dan pentadbir organisasi Norhayati Shahrom ditahan minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>