Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO MENARIK: KISAH PAS MAKAN KELILING DANCERAMAH HUSAM MUSA

Posted: 27 Dec 2016 07:07 PM PST




Husam Musa AMANAH-PAS Pemain Simpanan Kerajaan BN Najib Razak 1MDB Di Kelantan


HENTI BELI PT EAGLE, CARI DI MANA MODAL RM2 BILION? – ANAK

Posted: 27 Dec 2016 06:59 PM PST

2016: RINGGIT MEROSOT, EKSPORT TAK BERTAMBAH, PENGANGGURAN MEMUNCAK

Posted: 27 Dec 2016 06:57 PM PST

DI MANA LEBIH BANYAK PAHALA, BERIBADAH ATAU MELAWAN RASUAH?

Posted: 27 Dec 2016 06:51 PM PST


Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian.

Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata beliau.
Seperti biasa, inilah selalunya wajah sebenar para mufti, kecuali seorang dua iaitu diam atau tidak berani menegur segala kebejatan pemerintah, tetapi pantas membuka mulut kepada orang lain yang berani mengkritik kerajaan?

Apakah saranan agar memperbaiki amalan sendiri itu suatu perkara yang betul dan perlu diutamakan pada pandangan ulama dan agamawan apabila berdepan kekalutan yang kronik dalam negara?

Apakah Harussani faham mengenai skandal 1MDB, SRC International, pemecatan Peguam Negara, perlambakan kontrak-kontrak kerajaan pada harga tinggi kepada China, pembelian Eagle High oleh Felda yang lebih RM1.43 bilion berbanding harga pasaran serta  seribu satu kemungkaran yang lain yang berlaku silih berganti?

Bila Harussani mahu menegur Najib berkaitan semua perkara di atas, termasuk berkaitan pembaziran serta kemewahan melampau yang menjadi budaya keluarga Perdana Menteri  sejak menduduki Seri Perdana?

Tidakkah apabila Tun Mahathir bersuara, beliau sebenarnya telah melakukan amalan fardu kifayah yang turut mendatangkan pahala, bukan saja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain?

Selain itu, mana Harussani tahu Tun Mahathir tidak memperbaiki dan meningkatkan amalan peribadinya di hujung usia?

Apakah pahala dan bekalan ke akhirat hanya ada di atas sejadah sahaja?

Antara meningkat dan memperbaiki amalan peribadi dengan berjuang dalam konteks yang lebih besar untuk menyelamatkan negara, yang manakah memberi pahala lebih besar?

Apabila Harussani menegur Tun Mahathir, sebenarnya rakyat negara ini lebih banyak lagi pertanyaan untuk ditujukan kepadanya sehingga ada yang bertanya, sudah cukupkah amalan peribadi mufti itu sendiri untuk menampung dosa atas sikapnya yang lebih condong kepada kerajaan kleptokrasi sekarang ini?

Apakah menegur Tun Mahathir yang sedang berjuang menyelamatkan negara memberi pahala lebih besar bagi Harussani berbanding bersekongkol dan mengampu kerajaan dan pemimpinnya yang terang-terang kesalahannya diperkatakan di seluruh dunia? (SH 28/12/2016).

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kempen "Pas Pilihanku" bermula tahun depan - Datuk Iskandar

Posted: 27 Dec 2016 09:20 PM PST

KUALA LUMPUR - Pas akan melancarkan kempen Pas Pilihanku yang akan bermula dari 1 Januari hingga 15 April 2017.
Pengarah Kempen Pas Pilihanku, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kempen tersebut adalah untuk menggalakkan Pas kawasan dan negeri menambah keahlian dalam parti.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad "Kempen ini akan dilancarkan di seluruh negara mulai awal tahun depan.
"Kempen akan dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 21 Januari di Shah Alam. Pas Negeri akan mengadakan pelancaran mereka sebelum tarikh tersebut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Katanya lagi, pihaknya telah menetapkan sasaran penambahan ahli untuk Kedah dengan 25,808 penambahan, diikuti dengan Kelantan iaitu sebanyak 18,255 dan Selangor, 15,759 penambahan.
Buat masa kini, katanya lagi, jumlah ahli Pas bagi seluruh negara adalah seramai 874,838 ahli.
"Pas melihat terdapat minat yang tinggi terhadap Pas maka adalah wajar kempen ini dilancarkan agar jentera parti dapat manfaatkam mereka.
"Kami yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan trend penambahan ahli sebelum ini," katanya lagi.

AMANAH mula pamer belang, kata PAS

Posted: 27 Dec 2016 09:17 PM PST

PAS hari ini mendakwa parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH) mula menunjukkan belang sebenar mereka apabila mahu mencuri kerusi rakan-rakannya walaupun masih bersama Pakatan Harapan.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata tindakan AMANAH itu membuktikan apa yang diperkatakan oleh parti itu adalah benar.
"Bermakna dengan sendirinya AMANAH sudah tunjukkan sikap sedangkan mereka bersama PKR dalam Pakatan Harapan.
"Tetapi sekarang mereka hendak curi kerusi PKR, bermakna segala apa yang kami katakan sebelum ini tentang AMANAH adalah benar.
"Kenyataan beliau (Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad) membenarkan perkara-perkara yang kami nyatakan tentang AMANAH.
"Sebab itu kami panggil PAN, bukan AMANAH Kalau duduk dalam Pakatan Harapan pun hendak curi kerusi, saya tak mahu komen," katanya dalam sidang media PAS Pilihanku di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Semalam Khalid berkata parti itu mahu bertanding di kira-kira 40 kerusi Parlimen, termasuk yang dimiliki oleh PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Justeru, AMANAH, katanya nekad untuk mengemukakan senarai 40 kerusi yang mahu ditandinginya pada mesyuarat HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang di jadual pada Januari nanti berhubung isu pengagihan kerusi.

ADAKAH NAJIB MENGARAHKAN FELDA YANG KERUGIAN BERBILION RINGGIT MEMBELI SAHAM EAGLE PLANTATIONS?

Posted: 27 Dec 2016 09:12 PM PST


Pada 23 Disember 2016, Felda melalui satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh New Straits Times mengesahkan pembelian pegangan 37% di dalam PT Eagle High Plantations Tbk (sering dirujuk dengan kependekan EHP) pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion (pada kadar tukaran semasa 1 USD = RM4.4767).
Kenyataan media Felda itu juga mengesahkan perkara-perkara berikut:
i. Pembelian ini akan menggunakan sebuah syarikat khas ("special purpose vehicle") milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP). Saya sertakan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa FICP mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda. Syarikat ini juga tidak pernah mempunyai sebarang urusniaga sejak ditubuhkan dan bergantung sepenuhnya kepada Felda.
ii. Felda melalui FICP telah pun menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (atau Sales Purchase Agreement "SPA") dan kini menunggu kelulusan dari pihak berkuasa di kedua-dua buah negara.
Pembelian pegangan 37% di dalam Eagle High Plantations bukanlah satu perkara baru dan hampur-hampir dimuktamadkan dalam tahun 2015 melalui Felda Global Ventures (FGV). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui bercampur pula dengan kedudukan kewangan FGV yang kian merosot dan tekanan politik, pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak meneruskan hasrat membeli 37% pegangan di dalam Eagle High Plantantions ini dalam tahun 2015.
Rakyat kemudian dikejutkan dengan pengesahan bahawa pembelian itu diteruskan melalui sebuah anak syarikat milik penuh Felda seperti kenyataan media Felda yang dilaporkan oleh NST di atas.
Pembelian 37% pegangan di dalam EHP pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion ini adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga saham purata EHP sejak setahun lepas (atau dua kali ganda lebih mahal berdasarkan harga terkini EHP). Ini bermakna bukan sahaja Dato' Seri Najib membelanjakan wang Felda pada ketika kedudukan kewangan Felda semakin kronik (saya akan tunjukkan di bawah), wang itu digunakan untuk membayar saham-saham pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal.
Saya sertakan prestasi saham EHP (di dalam Rupiah) bagi tempoh 5 tahun seperti di bawah (sumber dari Bloomberg):
Read More / Baca Lagi >>

Felda rugi RM2.3b ('13) RM1b ('14) lagi mahu beli EHP RM2b..!!!

Posted: 27 Dec 2016 09:07 PM PST


Selepas Palestin, Bosnia, Syria kini Yaman sedang dimusnahkan

Posted: 27 Dec 2016 08:38 PM PST

Malaysia sekurang kurangnya mesti melakukan sesuatu didalam kemampuan pengaruh yang ada.Malaysia sekurang kurangnya mesti melakukan sesuatu didalam kemampuan pengaruh yang ada.
Resolusi bersejarah di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang mengharamkan Israel dari meluaskan serta membina rumah dan menduduki tanah Palestin telah di luluskan.

Tahniah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan, termasuk Malaysia, yang telah berusaha ke arah resolusi tersebut. Rakyat Palestin telah lama menderita dan nasib mereka sukar untuk di ubah dalam masa terdekat ini kerana dunia telah terlalu lama mengabaikan mereka.

Syria yang telah dan masih  mengalami peperangan yang amat dahsyat juga perlukan perhatian dan tindakan dari PBB serta dunia luar. Malangnya dunia keseluruhannya tidak bertindak seperti sepatutnya dan menyepi begitu lama untuk menyelesaikan persengketaan.
Malahan ada kuasa besar dan negara jiran Arab turut ambil bahagian dalam pengeboman dan membekalkan senjata kepada pihak tertentu. Hanya hampir di penghujung peperangan dan setelah begitu banyak Syria musnah, khususnya bandar Aleppo, baru dunia mula sibuk menunjukkan lebih banyak keperhatinan dan mengutuk apa yang telah dibenarkan berlaku.
Inilah sikap hipokrit dunia antarabangsa hari ini. Setelah musnah binasa dan kehilangan beratus ribu jiwa baru masing-masing mengangkat suara dan berlakon juara membela rakyat Syria. Ulangan kosong hipokrit gesaan tidak membenarkan trajedi kekejaman di Bosnia berlaku lagi bergema kembali. Trajedi Palestin, Bosnia, Syria telah berlaku dan kini yang dunia ingin dan pura-pura lupakan adalah trajedi Yaman yang sedang hebat bergolak dan berdarah.
Di Yaman hari ini dunia umum mengetahui angkatan tentera udara Arab Saudi serta sekutunya mengebom hospital, sekolah dan dewan awam semasa acara pengkebumian yang menyebabkan beratus orang terbunuh. Tentera laut Amerika Syarikat pula membedil bandar pelabuhan di pantai Yaman menyebabkan berpuluh terbunuh dalam satu serangan. Arab Saudi di antara negara berRaja terkaya di dunia sementara Amerika pula negara tentera terkuat dunia, dua gergasi yang menyerang negara kerdil serta termiskin Yaman.
Dunia dan PBB, berpura-pura tidak tahu dan kini menyepi semasa ini semua sedang berlaku. Media Britain menyiarkan berita penderitaan di Yaman.
Read More / Baca Lagi >>

The Star minta maaf kerana fitnah Guan Eng

Posted: 27 Dec 2016 08:36 PM PST

GEORGE TOWN, 28 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyambut baik permohonan maaf dari akhbar The Star yang sebelum ini memuatkan artikel berunsur fitnah ke atasnya dan Kerajaan Negeri.
Artikel bertajuk 'Pilihanraya mengejut di Pulau Pinang?' yang diterbitkan pada 17 Julai lalu itu memberi kenyataan salah berhubung isu tanah Taman Manggis serta tuduhan tidak berasas mengenai dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Menyedari kesilapan berkenaan, The Star kemudiannya menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP itu pada 25 Disember lepas.
Pegawai Khas Undang-Undang Ketua Menteri, Raja Syarafina Raja Shuib berkata pihaknya berharap agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi, memandangkan tuduhan liar ke atas Guan Eng semakin diperhebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
"Ketua Menteri sedang menjadi sasaran kepada usaha untuk menjatuhkan imej dan reputasi beliau menerusi fitnah dan penipuan agar beliau tidak lagi mendapat sokongan rakyat.
"Bidang kewartawanan di Malaysia seharusnya didasari fakta yang betul, bukannya hanya berpandukan sangkaan-sangkaan tidak tepat dan tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Difitnah cuba dapatkan jawatan TPM, Kit Siang pertimbang saman akhbar New Straits Times

Posted: 27 Dec 2016 08:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini meminta peguamnya mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas akhbar milik UMNO, New Straits Times (NST) berikutan laporan berunsur fitnah bertajuk 'Helah DAP untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.'
Laporan itu menyebut bahawa beliau 'bertemu dengan Tun Dr. Mahathir pada 3 Disember lalu dan memeterai perjanjian dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan menjadi Perdana Menteri, dan Kit Siang sebagai timbalannya'.
Bagaimanapun, jelasnya, laporan itu tidak benar sama sekali dan hanyalah satu fantasi semata-mata kerana beliau tidak pernah bertemu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berbincang mengenai hal tersebut.
"Saya tidak pernah bertemu Mahathir, sama ada pada 3 Disember atau sebelum itu untuk 'meterai perjanjian' dalam soal PM atau TPM jika UMNO Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Malah, saya tidak pernah sekalipun berbincang dengan Dr. Mahathir tentang hal ini," tegasnya.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, keberanian media arus perdana dalam menyebarkan fitnah seumpama itu adalah satu petanda bahawa standard moral dan etika penulisan berita telah jatuh begitu rendah di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M rasuah: Mufti Perak, Kelantan persoal Dr Mahathir

Posted: 27 Dec 2016 08:28 PM PST

Ia selepas bekas perdana menteri menyamakan BR1M seperti rasuah untuk membeli sokongan rakyat kepada parti pemerintah.
harussani-br1m
PETALING JAYA: Mufti Perak dan Kelantan tampil mempertahankan pemberian tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), selepas skim itu disifatkan sebagai "rasuah" oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
"Dakwaan ini adalah satu penghinaan kepada penerima dan juga pihak yang memberi bantuan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Menurutnya, ia banyak membantu golongan miskin yang tidak berpendapatan tetap.
"Oleh itu, berhenti daripada membuat dakwaan tidak berasas termasuk mengatakan BR1M sebagai rasuah," katanya.
Utusan turut memetik Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai berkata bantuan BR1M merupakan tanggungjawab kerajaan.
"Sekiranya Dr Mahathir tidak berpuas hati dan berasakan wujud unsur rasuah boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara," katanya.
Dr Mahathir dalam ucapannya baru-baru ini menyamakan BR1M dengan rasuah, dan boleh dianggap sebagai jenayah.
"Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberi biasiswa dan banyak lagi. Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?" kata Dr Mahathir dipetik Sinar Harian, Ahad lalu.
Ia mengundang reaksi keras daripada pemimpin kerajaan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Dr Mahathir gagal membezakan bantuan dan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal seperti 1MDB gagal diurus selagi institusi Peguam Negara tidak dirombak

Posted: 27 Dec 2016 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Institusi Peguam Negara yang mempunyai kuasa budi bicara mutlak untuk memulakan prosiding pendakwaan atau tidak mendakwa sesiapa atas sesuatu kesalahan, perlu dirombak dan Peguam Negara mesti bertanggungjawab di Parlimen atas segala keputusan yang diambil olehnya yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Untuk itu, tegas Pengerusi Biro Kanun AMANAH Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda supaya kes-kes yang melibatkan maruah negara dan kepentingan rakyat terbanyak seperti skandal 1MDB dapat diadili dengan seadil-adilnya dan pesalahnya didakwa di mahkamah, sepertimana yang sedang dilakukan oleh negara-negara lain yang lebih bermaruah dengan sistem perundangan penuh integriti.
Katanya, bagi merealisasikan hasrat tersebut bukanlah mudah kerana rakyat harus bangkit membuat perubahan besar dalam PRU15 tusak lama lagi dengan menumbangkan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat.
"Hanya dengan perubahan itulah maka reformasi menyeluruh sistem perundangan dan kehakiman negara dapat dipulihkan sebaiknya dan keadilan dapat ditegakkan," ujar beliau ketika dihubungi Amanahdaily.
Ahmad Zamri berkata, skandal 1MDB yang sudah menjadi bualan masyarakat antarabangsa pada masa ini telahpun menyaksikan sekurang-kurangnya tiga negara mengambil tindakan undang-undang berhubung "money laundering" berjumlah berbillion Ringgit Malaysia.
Di Singapura sahaja katanya, dua buah bank telahpun diarahkan oleh kerajaan Singapura untuk ditutup dan tiga orang pegawai bank yang terlibat dengan skandal 1MDB ini didakwa, dibicara dan dipenjarakan.
Ironinya, jelas bekas calon Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa itu, di Malaysia yang merupakan tanah kelahiran skandal kewangan terbesar di dunia ini, masih tidak kedengaran lagi apa-apapun tindakan undang-undang yang diambil terhadap pelaku-pelakunya.
"Jho Low, Riza Aziz dan Najib Razak yang terpalit dengan skandal raksasa ini masih terus disucikan oleh sistem perundangan yang tempang walaupun bukti-bukti yang dihidangkan di mahkamah luar negara sudah terlalu jelas dan nyata.
"Bukan sahaja masih tiada sebarang pendakwaan dibuat, malah siasatan pun telah dihentikan oleh pihak berkuasa!" beritahu beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi bandingkan Najib dengan Jamal Yunos?

Posted: 27 Dec 2016 08:01 PM PST

PAS & Strategi Makan Keliling

Posted: 27 Dec 2016 07:59 PM PST

PAS: Islam tiada paksaan, tapi sekali masuk tak boleh keluar

Posted: 27 Dec 2016 07:57 PM PST

Nasruddin turut menasihatkan umat Islam tidak menghina agama lain.
Nasrudin-Hassan-Tantawi
PETALING JAYA: PAS hari ini mempertahankan undnag-undang yang menghalang umat Islam keluar agama, dengan berkata ia kerana Islam dianuti oleh mereka dengan rela hati.
Sambil menyarankan umat Islam berlaku adil kepada bukan Islam, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata Islam hanya boleh diterima dengan kesedaran, walaupun "kita semua yakin bahawa agama mereka salah menurut pandangan Islam".
"Sebab itulah, apabila seseorang menganut ajaran Islam, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan mereka terpaksa berdepan dengan undang-undang murtad di dalam Islam kerana ia adalah satu penghinaan kepada ajaran Islam," kata ahli Parlimen Temerloh itu dalam artikel diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.
Dalam penulisannya, Nasruddin turut menasihati umat Islam memastikan keadilan bukan Islam terbela.
Menurutnya, agama bukan Islam juga tidak boleh dipersenda, sejajar dengan tuntutan Al-Quran.
Read More / Baca Lagi >>

DI MANA LEBIH BANYAK PAHALA, BERIBADAH ATAU MELAWAN RASUAH?

Posted: 27 Dec 2016 07:56 PM PST

Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian.

Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata beliau.
Seperti biasa, inilah selalunya wajah sebenar para mufti, kecuali seorang dua iaitu diam atau tidak berani menegur segala kebejatan pemerintah, tetapi pantas membuka mulut kepada orang lain yang berani mengkritik kerajaan?

Apakah saranan agar memperbaiki amalan sendiri itu suatu perkara yang betul dan perlu diutamakan pada pandangan ulama dan agamawan apabila berdepan kekalutan yang kronik dalam negara?

Apakah Harussani faham mengenai skandal 1MDB, SRC International, pemecatan Peguam Negara, perlambakan kontrak-kontrak kerajaan pada harga tinggi kepada China, pembelian Eagle High oleh Felda yang lebih RM1.43 bilion berbanding harga pasaran serta  seribu satu kemungkaran yang lain yang berlaku silih berganti?

Bila Harussani mahu menegur Najib berkaitan semua perkara di atas, termasuk berkaitan pembaziran serta kemewahan melampau yang menjadi budaya keluarga Perdana Menteri  sejak menduduki Seri Perdana?
Read More / Baca Lagi >>

BENARKAH PAS PARTI MAKAN KELILING?

Posted: 27 Dec 2016 07:55 PM PST


Apa? Pas parti makan keliling?
Siapa yang membuat dakwaan tersebut?
Jika PPBM yang membuat dakwaan seperti itu, mungkin ada logiknya juga kerana parti itu sedang dalam proses rundingan dengan Pas dan tarikh pertengahan Januari adalah tempoh yang ditetapkan untuk memuktamadkan kata putus mengenainya.
Begitu juga jika UMNO yang membuat dakwaan yang sama, ia barangkali boleh lagi diterima kerana setelah Najib Razak dan Hadi Awang saling sedondon berbaju merah jambu, kemudian berpimpin tangan pula atas nama Rohingya, tetapi dalam masa yang sama Pas nampaknya masih tetap membuka pintu hatinya untuk dipikat oleh PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.
Malah, jika PKR yang memberi tempat, kedudukan serta jawatan kepada Pas dalam kerajaan negeri Selangor melabelkan makan keliling itu, ia juga tidaklah sukar untuk difahami.
Namun, dakwaan Pas makan keliling itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar sendiri.
Menjawab kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang menyatakan parti itu terbuka untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas PRU 14, sama ada dengan Pakatan Harapan atau BN, Mahfuz menyifatkan ia suatu kenyataan yang menggambarkan Pas adalah oportunis, tidak berprinsip serta tidak boleh dipercayai dan mahu makan keliling tujuannya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa perlu persoalkan segalanya

Posted: 27 Dec 2016 07:53 PM PST

Seorang profesor berkata mahasiswa tidak sepatutnya dilazimkan untuk berfikir seperti hamba jika mereka mahu menjadi kreatif dan berjaya.
tajuddin-rasdi-1
PETALING JAYA: Pelajar universiti perlu menjadi kritikal terhadap semua perkara yang diajar kepada mereka dan mempersoalkan setiap pengajaran dan larangan dikeluarkan pihak berkuasa universiti, kata Tajuddin Rasdi.
Pensyarah jurusan seni bina di UCSI University itu berkata dengan cara itu saja, pelajar dapat memperoleh "pengetahuan sebenar".
"Universiti sepatutnya mengajar pelajar menjadi kritikal dan mempersoalkan segala-galanya. Dalam kuliah, anda perlu ada orang yang berbeza pandangan. Begitulah caranya anda temui pandangan baharu," katanya.
Beliau berkata malangnya keadaan itu tidak berlaku di universiti dalam negara pada masa ini.
"Hari ini, jika universiti itu menentang gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), ia akan mengadakan seminar anti LGBT. Bagaimana kita hendak melihat di sisi lain isu itu? Itu bukan pengetahuan, itu pelaziman," katanya.
Tajuddin berkata "pelaziman" bermaksud seseorang itu tidak digalakkan berfikir untuk diri sendiri, seolah-olah seseorang itu hamba.
"Anda lazimkan hamba untuk berfikir dalam cara tertentu dan buat kerja tertentu.
"Jika universiti bermaksud untuk melazimkan pelajar dan anda harap pelajar tidak buat perkara yang anda larang, maka anda tidak akan dapat perkembangan. Anda akan selalu terkebelakang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan 2 universiti awam yang menghukum aktivis pelajar Anis Syafiqah dan Asheeq Ali kerana menyertai himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada 27 Ogos.
Anis, pelajar Universiti Malaya (UM) dan 2 yang lain digantung pengajian satu semester dan denda RM400 sementara Asheeq dari Universiti Kebangsaan Malaysia digantung satu semester dan denda RM200.
Read More / Baca Lagi >>

Mengajar universiti untuk belajar

Posted: 27 Dec 2016 07:52 PM PST

Beberapa tahun kebelakangan ini beberapa peristiwa yang melibatkan mahasiswa digantung pengajian telah berlaku. Pada kebisaanya mereka yang didapati bersalah akan melakukan semakan undang-undang kepada universiti, dan pada kebisaaanya mereka akan menang di mahkamah awam seperti yang berlaku pada saudara Fahmi Zainal.
Terbaharu 4 orang mahasiswa Universiti Malaya telah didapati bersalah atas pertuduhan masing-masing berkaitan dengan demonstrasi Tangkap Malaysian Offical One yang berlangsung Ogos tahun ini. Tiga daripada mereka digantung satu semester manakala seorang lagi dikenakan denda.
Jika kita meneliti 'jenayah' yang dilakukan oleh kebanyakkan mahasiswa yang dikenakan tindakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) sejak akhir-akhir ini, kita akan mendapati apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang berlandaskan rasa tanggungjawab dan kebebasan berakademik.
Kita tidak mungkin melupai kisah Hanipa Mahpa dan Afiqah Zulkifli yang digantung oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akibat menganjurkan satu forum berkenaan government service tax (GST). Pada tanah suci universiti yang di dalamnya terdapat pakar-pakar ekonomi telah menggantung dua orang pelajar yang menganjurkan forum berkenaan cukai dan menjemput wakil dari pihak pembangkang dan kerajaan.
Ketika itu saya berfikir universiti kita seperti sudah hilang kewarasannya dalam menghukum mahasiswa. Kini empat orang mahasiswa ini pula dihukum kerana terlibat dengan demonstrasi aman.
Proses yang sama akan berulang, Universiti Malaya akan 'disaman' oleh kempat-empat mahasiswa ini, dan saya mempunyai keyakinan bahawa keempat-empat mahasiswa ini akan menang.
Masa untuk belajar
Tapi persoalan yang ingin saya lemparkan kepada diri saya dan kita semua, adakah universiti akan belajar daripada semua ini?
Saya fikir kegagalan universiti untuk belajar daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor yang kita mungkin terlepas pandang.
Pertama sekali, saya melihat penglibatan masyarakat dalam aktiviti mahasiswa masih terlalu kurang, masyarakat masih tidak melihat mahasiswa sebagai wakil yang boleh dipercayai untuk membawa suara dan memperjuangkan hak mereka.
Saya fikir kebanyakan aktivis mahasiswa perlu lebih banyak turun ke kampung-kampung dari mereka turun ke Parlimen menghantar memorandum.
Ketika turun di kampung-kampung pula, tugas utama mahasiswa bukanlah untuk sekadar berswafoto lalu memuat naik di media sosial, tapi cuba memahami masalah-masalah besar yang dihadapi oleh penduduk kampung. Melalui masalah-masalah yang ada, mahasiswa haruslah mencari solusi dengan tidak terlalu mengharapkan 'orang-orang besar' untuk menyumbang, sebaliknya berusaha membantu secara berdikari walaupun pada skala yang kecil.
Apabila jalinan seperti ini terbina, maka hubungan mahasiswa-masyarakat semakin intim.
Mahasiswa akan mula faham tentang ketenatan isu yang masyarakat hadapi, dan masyarakat pula akan mula mengembalikan kepercayaan kepada mahasiswa untuk membela nasib mereka.
Kemudian apabila ada mahasiswa dianiyai oleh pihak universiti maka mahasiswa akan mendapat sokongan penuh daripada masyarakat untuk mendesak universiti memberi keadilan. Sekarang, kelihatannya perjuangan mahasiswa yang ada hanya untuk golongan yang pintar dan terpelajar.
Hal ini menyebabkan golongan masyarakat yang kurang terpelajar 'malu' untuk turut serta dalam perjuangan tersebut. Akhirnya gerakkan mahasiswa hanya kelihatan 'gah' sesama mereka tapi dipandang sebagai 'syok sendiri' pada masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Anina mungkin hilang jawatan majlis tertinggi PPBM - Penganalisis politik

Posted: 27 Dec 2016 06:56 AM PST

Penganalisis politik berkata perkara biasa bagi ahli politik tempatan di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional dilempar dengan tuduhan fitnah.
awang-anina-1
PETALING JAYA: Jika "skandal mesej seks" benar-benar punca di sebalik penyingkiran Anina Saadudin daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), maka beliau mungkin boleh kehilangan kedudukan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya Prof Madya Azman Awang Pawi berkata setiausaha agung PPBM sudah pun memberi penjelasan yang jawatan ketua wanita parti itu masih belum diwujudkan lagi, jadi tindakan ini mungkin hanya sementara.
"Tetapi jika benar isu itu timbul kerana skandal baru-baru ini, beliau mungkin boleh kehilangan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran Anina daripada jawatan ketua wanita PPBM, minggu lalu.
Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
"Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya merujuk nama sayap itu.
Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.
Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan "kesilapan teknikal".
Read More / Baca Lagi >>

PPBM perlu pasukan bersatu, bukan pelakon drama Melayu

Posted: 27 Dec 2016 06:53 AM PST

Tariq Ismail menggesa ahli PPBM fokus kepada memperjuangkan nasib negara dan rakyat, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, masa depan anak dan generasi akan datang.
tariq-anina-1
PETALING JAYA: Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus fokus kepada isu sebenar yang berlaku bukanya isu melodrama, kata Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail.
"Apa tugas berat ini sehingga ia mampu mengatasi melodrama Melayu yang bermain sekarang?
"Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu sebuah pasukan yang bersatu, bukannya pelakon tambahan dalam episod buruk melodrama Melayu," katanya di status Facebook, hari ini.
Tugas berat yang dimaksudkan adalah memperjuangkan nasib negara dan rakyat, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, masa depan anak serta generasi akan datang.
"Walaupun kami menghadapi kerenah yang terbawa-bawa daripada penyatuan terdahulu, peringkat akar umbi kami semakin teguh bersatu dan tertumpu kepada tugas berat yang dikendong," katanya.
Tariq berkata demikian sebagai mengulas situasi terkini yang berlaku kepada Anina Saadudin apabila beliau dituduh terbabit dalam skandal mesej seks sehingga tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti itu, minggu lalu.
Satu "screenshots" dikatakan perbualan Anina menerusi Whatsapp dengan seorang lelaki yang tidak diketahui namanya tersebar di Internet.
Nama Anina yang juga bekas ahli Umno mula dikenali ramai apabila rakaman video menunjukkan beliau mengkritik Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan tahunan parti itu tersebar tahun lalu.
Anina secara lantang mengkritik tindakan Najib dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri yang akhirnya didedahkan wang berkenaan derma daripada keluarga diraja dari Arab.
Pada September tahun lalu, tindakan dan kritikan Anina itu menyebabkan beliau disingkirkan daripada Umno.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman menggesa ahli PPBM tidak terperangkap "dalam melodrama elitis ketamakan kuasa dan kekayaan".
Read More / Baca Lagi >>

‘Kita perlu berpegang kepada nilai kemanusiaan’ - PH

Posted: 27 Dec 2016 06:18 AM PST

Semua pihak perlu berpegang teguh terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan mengelakkan konflik berterusan yang melanda Aleppo dan etnik Rohingya.
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,  segala tindakan perlu diambil supaya keamanan sejagat terus terpelihara.
 Wan Azizah Wan Ismail "Mutakhir ini di penghujung 2016, isu-isu konflik kemanusiaan meledak. Tragedi penghapusan etnik di Myanmar. Bencana kemanusiaan yang menyebabkan  terbunuhnya ratusan ribu warga Aleppo di Syria. Tambah menggusarkan lagi masyarakat dunia adalah kejadian pembunuhan Duta Russia ke Turki 19 Disember lalu.
"Sudah mafhum masalah penganiayaan melalui pelbagai kaedah pembunuhan, pengusiran telah dilakukan sejak puluhan tahun lalu ke atas umat Islam Rohingya. Maka desakan tegas perlu diutarakan bagi menghentikan keganasan dan meningkatkan bantuan kemanusiaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pihaknya dalam masa sama turut mendesak Malaysia dan Asean agar lebih tegas menuntut agar dihentikan kezaliman.
"Kenyataan Asean setakat memulakan 'perbincangan' mengenai isu ini agak lewat 30 tahun.
"Begitulah lumrah konflik bersenjata dan perang saudara di dunia ini. Yang menjadi mangsa dan yang paling menderita adalah rakyat jelata dan orang awam yang tidak berdosa," ujarnya lagi.

BR1M jadi rasuah bila diperalat kepentingan politik

Posted: 27 Dec 2016 06:16 AM PST

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wujud unsur rasuah apabila pemimpin terdesak mengambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.
Pengerusi Hisbah Centre For Reform (HISBAH), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pada awalnya perancangan asal BR1M dari Bank Negara bermerit dari sudut ekonomi dan juga sosial, namun ia disalahgunakan pihak yang mahu mengekalkan kuasa.
"Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan Umno baru-baru ini Presiden Umno umum pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir diberikan melalui Umno bahagian.

"Disini wujud elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemberian BR1M menerusi parti politik dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana Umno adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan.
"Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan.Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli Umno sahaja.
"Mengapa Umno mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?" soal beliau.
Katanya, program BR1M merupakan satu dasar baik disalahgunakan pemimpin terdesak dan mahu terus kekal berkuasa dengan apa cara seklipun.
Mohamad Ezam juga menegaskan dakwaan dibuat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa terdapat unsur rasuah didalam BR1M mempunyai asas.

Anwar kekal calon Perdana Menteri

Posted: 27 Dec 2016 06:09 AM PST

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak wujud istilah 'tidak' untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika dalam Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sebaliknya beliau membayangkan parti itu terus optimis dengan pendirian mereka sebelum ini hanya bekas ketua pembangkang yang layak menggantikan tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Apa maksud awak dengan tidak? Jangan sekali kata tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu menolak permohonan semakan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes fitnah liwat 2 dihadapinya.
Keputusan itu menyaksikan Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara yang masih berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh.

Kontroversi pemimpin Pas rebut tanah di Rantau Panjang & kecoh Hadi ke Tehran

Posted: 27 Dec 2016 04:59 AM PST

Ada dua isu melingkungi parti agama (Pas) yang menarik untuk diperkatakan waktu ini. Walaupun kedua-dua isu itu bersifat personal tetapi kerana ia membabitkan pemimpin tinggi atau tokoh Pas maka ia secara tidak langsung mengheretkan parti agama itu dan mendamgekannya. Suka atau tidak ia diberi perhatian dan dijadikan modal kering dalam politik.
Pasti dalam Piraum 14 nanti kedua-dua isu itu akan digunakan oleh musuh Pas, khansya Umno sekiranya ia tidak dilengsai dengan baik. Atas kebimbangan itu maka kedua-dua isu itu penting perlu diberi tumpuan serta mencari penyelesaiannya.
Isu pertama ialah mengenai ziarah Abdul Hadi Awang ke Tehran bagi menghadiri satu seminar kononnya untuk mencari perdamaian di antara golongan Syiah dengan Sunni yang "bertikah" mengenai fahaman kedua-duak puak itu.
Bagaimana pun pemergian Hadi itu telah menimbulkan kontroversi kerana ia dibabitkan dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), yang mana pengkaitan itu menyebabkan timbul rasa kurang senang dari pihak KUIS termasuk pressidennya sendiri Yusof Qardhawi.
Hadi seperti dilaporkan mendakwa pemergiannya mewakili KUIS tetapi ia disangkal oleh pihak kesatuan itu sendiri menerusi setiausaha agungnya. Laporan dalam portal rasmi partinya juga katanya di delete. Why? Why?
Penafian oleh KUIS itu menunjukkan berlaku pembohongan fakta oleh pihak Hadi. Kegelabahan Hadi terhadap pertikaian itu dijelaskan pula menerusi sikapnya yang merendah-rendahkan upaya fizikal Yusof Qardhawi dengan mengatakan tokoh ulama itu sebagai kurang pendengaran dan mata juga kabur. Hadi memberi gambaran pertikaian Qardhawi terhadap kunjungan sebagai palsu.
Pemergian Hadi itu sebenarnya perkara biasa. Bukan pertama kali dia berjabat salam dan berpelukan cium pipi sambil memijak hujung jubah masing-masing dengan Ayutollah-Ayutolah dan pemimpin Syiah. Sudah acap benar lantaran itu Hadi tidak menoleh kepada perkembangan semasa sebelum memijak bumi Qom. Hadi tidak peka dan prihatin dengan keadaan semasa.
Tetapi kenapa pemergian beliau kali ini dipertikaikan, kerana saat Hadi ke Tehran itu saudara Islam di Aleppo, Syria sedang diganyang dengan dan dibunuh hidup-hidup. Pengeboman itu turut sama melibatkan sokongan moral daripada Tehran dimana ia dilihat tragedi itu ada persekongkolan oleh Iran. Itu sahaja kekhilafannya.
Jadi pemergian Hadi itu kurang tepat apa lagi saat pemimpin dan ulama muktabar lain yang juga menerima undangan tetapi mereka mengabsenkan diri.
Dari Malaysia bukan presiden "mulla" Pas itu sahaja diundang tetapi pembesar parti Islam lain juga turut sama dijemput yang mana kalau mereka hadir pasti akan disambut dengan bunga manggal dan nyanyian Hadrah atau lagu-lagu membangkit semangat Syiah.
Khabarnya penasihat agama Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang dan Abdul Ghani Shamsuddin, juga turut sama diundang ke seminar berkenaan. Begitu juga dengan Husam Musa ada menerima jemputan termasuk diberikan tambang dan penginapan percuma, tetapi mereka menolaknya dengan baik dan penuh hikmah. Mereka lebih melihat kepentingan lain daripada meraikan undangan Iran yang ada motif tersendiri itu.
Baik Ahmad, Ghani dan Husam mereka tidak ikut sesukanya dan membiarkan wibawa mereka larut dalam dalam pertikaian isu Sunni dan Syiah. Dan saya percaya penolakan mereka ke atas undangan itu sebagai menghormati dan menyatakan solidariti dan menzahirkan perasaan simpati dan sedih atas apa yang berlaku ke atas nasib penganut Sunni di Aleppo.
Namun Hadi yang terkenal dengan ketegasan dan "kebabilannya", bercakap dengan nada angkuh serta sering songsang dengan "ijtihad siasah", tidak mempedulikan sentimen berkenaan dan hadir ke seminar itu seperti biasa penuh kebanggaan kononnya dialah pemimpin daris garis agama yang terhebat dari Nusantara.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Pakatan Harapan kuasai Putrajaya, undi di kawasan Melayu pasti berubah

Posted: 27 Dec 2016 04:58 AM PST

Ada kemungkinan Pakatan Harapan akan sukar untuk menguasai kerusi-kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) di kawasan majoriti Melayu khususnya dalam kawasan rancangan pembangunan tanah seperti Felda, Kesedar, Ketengah dan kampung-kampung tradisi di pedalaman, jika pengundi di sini masih berada di tahap lama.
Menegaskan perkara ini, Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berkata, sentimen pengundi Melayu di kawasan tersebut yang kekal dikuasai oleh Umno selain sikap Pas yang bersifat "makan keliling" pastinya akan membantu pengekalan UmnoBN di kawasan tersebut.
Sebaliknya beliau yakin, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dlm PRU14 nanti dan menguasai Putrajaya, kecenderungan pengundi di kawasan tersebut akan berubah.
"Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Pakatan Harapan nanti dapat melakukan sesuatu yang lebih baik dalam membela nasib dan masa depan masyarakat Felda, Kesedar dan lain-lain agensi pembangunan tanah yang menjadi penggerak nadi masyarakat Melayu," ujar beliau pada akaun facebooknya.
Ustaz Ibrahim berkata, ketika itu kebimbangan penguasaan kaum yang tidak seimbang dalam Pakatan Harapan akan hilang dan parti-parti Melayu Islam seperti AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta PKR akan menggantikan Umno untuk menguasai kerusi-kerusi majoriti Melayu.
DAP pula ketika ini, katanya, sudah pasti akan menguasai kerusi-kerusi bukan Melayu dengan melumpuhkan parti-parti komponen BN seperti MCA, GERAKAN, MIC, PPP, SUPP dan lain-lain dalam BN.

Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina

Posted: 27 Dec 2016 04:55 AM PST

 Anina Saadudin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya seperti dilapor BH hari ini.
Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.
Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.
"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," dakwanya.

Mufti Perak nasihat Mahathir beramal di hujung hayat

Posted: 27 Dec 2016 04:53 AM PST

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak
mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.
Harussani yang dihubungi portal Berita Harian Online sebaliknya mencadangkan bekas perdana menteri itu supaya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.
"Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada," katanya.
Mufti itu juga dipetik meminta Dr Mahathir agar berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk memburuk-burukkan segala usaha kerajaaan.
"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.
"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik," katanya.
Ahad lalu, Dr Mahathir, dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
Orang kecewa
Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Dr Mahathir pula mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, jika pemimpin BN, tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian BR1M mesti melalui Umno.
Read More / Baca Lagi >>