Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


BR1M diversion selamatkan Anina "botox"

Posted: 26 Dec 2016 09:32 PM PST


Macamana Anina tak marah bila dia digugurkan jawatan sebagai ketua srikandi. Dia dah hbs berpuluh ribu untuk botox dan modified muka dia selepas dilantik dua bulan lepas. Lihat perbezaan gambarnya semasa sebelum dilantik dan selepas dilantik. Bagaikan seorang anak dgn seorang makciknya kan tu. Lihat dagunya. Kan lebih panjang tu. Bujur sireh gitu. Lihat pipinya. Kan pipi pauh dilayang tu.  Lihat bahagian matanya.
Tun M pun simpati maka dia mahu selamatkan Anina.
http://theunspinners.blogspot.my/2016/12/tun-marah-din-pagoh-pecatkan-anina.html
Lalu dia buat diversion BR1M:






Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sungguhpun anak beliau yang mempunyai koleksi kereta mewah bernilai lebih RM38 juta dan tersenarai sebagai antara Melayu terkaya di Malaysia selepas Syed Mokhtar Al Bukhari tidak memerlukan bantuan BR1M, Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup. 
Baca kenyataan penuh Dato Lokman Nor Adam di http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppbm-wajar-henti-br1m-jika-pakatan-harapan-memerintah-lokman-adam-126995
Pembangkang pun suka BR1M:




https://www.bnbbc.my/pembangkang-juga-sokong-br1m-gerakan/
Pada January 2016, DAP kata:
Under Pakatan Harapan, BR1M possible without GST or two jobs, DAP claims - See more at:
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/under-pakatan-harapan-br1m-possible-without-gst-or-two-jobs-dap-claims

Oleh sebab BR1M rasuah, maka ...
Mahathir now says that BR1M is corruption and that BR1M breaks the law.
Mahathir should now make police report against Wong Chen, Ratu Naga, Charles Santiago and the various PKR and DAP ADUNs and MPs who have been helping to give out or receive BR1M.
These people are aiding and abetting "crime".
Macam mana nak jadi Penasihat kerajaan pembangkang:
http://www.tv14.my/2016/12/26/mahathir-offer-diri-jadi-penasihat-kerajaan-jika-pembangkang-menang-pru14/
GUM Desak Dr Mahathir Mohon Maaf Kepada Golongan Berpendaparan Rendah http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1314690
Memalukan sekali adalah PPBM turut terlibat:
PPBM pun ada Website bantu golongan yang layak untuk dapatkan brim. Kenapa Tun M kata BRIM adalah haram.






Tangkap sekali Mukhriz:

Pengerusi Parti PRIBUMI yang mendakwa BR1M ialah rasuah dan melanggar undang-undang diseru untuk melapor kepada SPRM untuk menyiasat pengerusi Parti PRIBUMI kerana parti itu memberi perkhidmatan kepada rakyat untuk memohon BR1M, yang kononnya rasuah dan melanggar undang-undang.
Mana boleh parti politik ini dibenarkan untuk memberi perkhidmatan untu menawar rasuah kepada rakyat?

BR1M haram, San Miguel tak haram ke Tun?



Tiada sebab untuk kata BR1M tak betul:



Penjelasan dari Jo Ghani:
I am somewhat saddened with Tun Mahathir's recent comment in the Malaysiakini report on 25th December 2016 regarding the provision of BR1M by the Government to the Rakyat.
Tun Mahathir accused the Government of corruption and partaking in unlawful activity as he alleged that BR1M is a form of bribery in order to induce the Rakyat to vote for Barisan Nasional.
http://antirepublik.blogspot.my/2016/12/br1m-stands-for-bantuan-and-nothing-else.html
BR1M 3.0 2014 - Apa Yang Perlu Anda Tahu - 
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/02/br1m-30-2014-apa-yang-perlu-anda-tahu.htmlhttp://theflyingkick.blogspot.com/2014/02/br1m-ingatkan-pandai-ler-sangat-sebab.htmlhttp://www.gmieawakening.blogspot.com/2014/02/br1m-30-bn-government-set-example-on.html
Mungkin sebab dia dah kaya, maka dia tak kisah rakyat biasa.
Tetapi hujah menyangkalnya terlalu banyak, kenapa dia cuba main isu yang pembangkang pun tak seirama dengannya??????
Orang tua ni suka olok-olok nyanyuk. Bila kita tengok kiri, dia ingat kita tak sedar apa berlaku belah kanan???


Nak selamatkan Anina kerana penyakit Arina boleh merebak dan lumpuhkan parti. 
Ganti saja dengan Siti Nurhaliza


http://snapshot2016.blogspot.com/2016/12/ct-ketua-serikandi-takde-skandal-cuma.html


UP-DATE: Tun marah Din Pagoh pecatkan Anina?

Posted: 26 Dec 2016 04:43 PM PST

KEMASKINI: 12/27 8:30 AM


Presiden, Timbalan, Naib, Mantan Setiausaha Kerja, dan PPBM takcerdik tangani isu Anina

Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/12/ahli-pemimpn-ppbm-tak-cerdik-anina.html

Harap nilai sendiri PPBM ni. Macam mana Ibrahim Ali kata ramai nak ke PPBM? Dia kot nak ke sana?

https://www.bnbbc.my/ph-ppbm-bergolak-biar-rakyat-menilai-sendiri/

12/26 6:23 PM



Takkan pasal mesej dah kena singkir? Bodoh ke PPBM?

Tindakan Muhyiddin menukar Anina dari tugas Ketua Serikandi kini dipersoalkan Dato Khairuddin Hasan.




Tunggu orang Tun kerjakan Muhyiddin. Tapi Anina pun bukan pengikut Tun yang dengar cakap pun.

Nanti kita update untuk keluar di Snapshot 2016


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


BR1M Adalah Bantuan Untuk Kebajikan Rakyat, Bukan Rasuah

Posted: 26 Dec 2016 09:14 PM PST


Tuduhan Tun Mahathir Bahawa BR1M Adalah Rasuah Adalah Tidak Berasas

Posted: 26 Dec 2016 04:00 PM PST


BR1M Malaysia Dicontohi Negara Luar, Bukti BR1M Adalah Pendekatan Terbaik Ekonomi

Posted: 26 Dec 2016 06:00 AM PST


Mahathir Sudah Maafkan Anwar Ibrahim & Kit Siang

Posted: 23 Dec 2016 09:32 PM PST


Bila ini sudah berlaku, bukti bahawa Tun Mahathir sudah pergi terlalu jauh untuk berpolitik melawan Dato Seri Najib. 

Tun Mahathir sudah ada agenda lain bila sanggup memaafkan orang yang beliau panggil sebagai peliwat dan perasuah. 

Boleh memaafkan orang yang beliau panggil sebagai bapa rasis suatu ketika dahulu. 

Ada agenda lain yang ingin Mahathir bawakan. Cara politik Tun Mahathir sudah tidak boleh lagi diikuti oleh orang Melayu. Ianya amat merbahayakan.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KEBAJIKAN PENEROKA DIPERTARUHKAN DENGAN PEMBELIAN HARGA LUAR BIASA EAGLE HIGH PLANTATION

Posted: 26 Dec 2016 09:44 PM PST


Reaksi rasmi Felda bahawa pembelian 37% pegangan di dalam Eagle High Plantation (pada harga yang diketahui seluruh dunia sebagai tidak masuk akal) tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada peneroka, sebenarnya satu gambaran awal bagaimana takutnya kepimpinan kerajaan akan kemarahan rakyat mengenai isu ini.
Saya akan memanggil sidang media tergempar di INVOKESpace hari ini pada jam 1 petang untuk mengulas isu ini bersama-sama dengan satu lagi isu besar iaitu pengakuan tidak rasmi Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kos keseluruhan projek MRT akan melebihi RM100 bilion. Saya sedang mengatur untuk mendapatkan beberapa pimpinan dan aktivis Felda yang lain untuk bersama-sama dalam sidang media tergempar tersebut.
Hakikatnya, apabila pembelian itu dibuat melalui Felda (bukannya FGV seperti yang dicadangkan sebelum ini), kesan dari penggunaan dana Felda yang sudah pun berkurangan untuk urusniaga ini yang mahal ini, sudah tentu akan dirasai terus oleh peneroka Felda di seluruh negara.
Jika kejatuhan harga saham FGV tidak memberi kesan secara langsung kerana kerugian atas kertas tidak dirasai selagi bank tidak mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hutang (jika saham dibeli dengan pembiayaan bank), sebarang ketidaktentuan dalam aliran tunai Felda akan mempunyai kesan terus kepada peneroka.
Bagi peneroka yang masih menjual buah kelapa sawit mereka melalui Felda, mereka mungkin terkesan dari segi tawaran harga atau tempoh bayaran. Bagi peneroka yang menyerahkan kerja-kerja penanaman semula kepada Felda, mereka akan terkesan dari segi kemajuan kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit, hutang yang mereka terpaksa tanggung dari penanaman semula itu serta ketepatan bayaran elaun sara hidup sementara menunggu hasil kelapa sawit mereka.
Malah, bagi keseluruhan warga Felda yang masih menetap di tanah perancangan, mereka akan terkesan hatta dari segi barang runcit yang dibekalkan melalui kedai-kedai yang diusahakan oleh Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita anak muda

Posted: 26 Dec 2016 04:40 AM PST


Suatu ketika dulu pada tahun-tahun 60-an dan 70-an, negara kita ini dipimpin oleh golongan muda, sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau pendidikan.
Tun Razak misalnya jadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu berumur 35 tahun (1957), Tun Hanif jadi Ketua Polis Negara ketika usianya 35 tahun (1974), Tan Sri Rashdan Baba pula jadi Naib Canselor UKM pertama (1969) ketika berumur 33 tahun.
Datuk Aminuddin Baki menjadi Ketua Pengarah Pendidikan sewaktu umurnya 36 (1962). Tan Sri Rafidah Aziz sewaktu menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Malaya, dilantik menjadi Senator Dewan Negara ketika berusia 29 tahun! (1974). Ya,kalau nak sebut juga Najib Razak menjadi Menteri Besar Pahang ketika berusia 28 tahun, walau dengan syafaat nostalgia ayahnya aku kira.
Negara kita berjaya membangun dengan pesat, antaranya kerana eupheria orang muda.
Tapi masa berlalu menyaksikan orang-orang muda tadi menerajui satu-satu posisi dalam tempoh yang lama dan 'junior-junior' terpaksa menunggu lama di bawah. Pada masa tu pencen wajib kerajaan ialah umur 55, maka peneraju yang pencen ini boleh menyumbang ke institusi lain juga untuk tempoh masa yang agak lama selepas pencen.
Misalnya ramai yang pencen umur 55 waktu tu dapat ghanimah sebagai duta, ahli lembaga pengarah GLC dan sebagainya. Tun Ahmad Sarji 20 tahun jadi Pengerusi PNB selepas pencen Ketua Setiausaha Negara (KSN). Tun Hanif Omar contohnya, banyak tahun menghabiskan masa sebagai Timbalan Pengerusi Genting sesudah pencen.
Malangnya apabila umur pencen dilanjutkan ke 56 kemudian 58 dan seterusnya 60, lagi ramai orang berlonggok di bawah sebab yang atas tak pencen-pencen lagi.
Kalau dulu orang boleh jadi IGP umur 35, tapi Tan Sri Ismail Omar hanya jadi IGP di usia 56 dan Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara sekarang naik ketika usia 57.
Ini bermakna kalau Ismail atau Khalid berada di tahun 90-an, mereka sudah pencen dulu sebelum merasa dapat jadi IGP.
Sama juga seperti Naib Canselor kalau dulu Tan Sri Hamzah Sendut jadi Naib Canselor pertama USM ketika usianya 42 dan Tan Sri Musa Mohamad naik sebagai Naib Canselor ketiga USM ketika berusia 36 tahun, tapi sekarang ada ahli akademik yang umur 55 (dan lebih) baru naik jadi Timbalan NC. Rata-rata NC universiti awam sekarang jadi NC setelah usia mencecah usia 50-an.
Jawatan Ketua Setiausaha Negara pun sama juga. Tan Sri Sidek Hassan jadi KSN di usia 55, sepatutnya pencen umur 58 kemudian kontrak dilanjutkan sehingga pencen di usia 61 manakala Tan Sri Dr Ali Hamsa hanya dilantik sebagai KSN setelah berusia 57 tahun.
Dalam politik kepartian juga kita mempunyai ramai dinosaur. Tapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat orang-orang muda diberi peranan, misalnya Exco negeri Selangor hampir separuh ahlinya berumur 30-an.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno ramal Muhyiddin disingkir jawatan presiden PPBM

Posted: 26 Dec 2016 04:37 AM PST

Exco Pemuda Umno mendakwa Mukhriz Mahathir mungkin untuk mengambil tempatnya sebagai presiden parti.
Ibdilillah-Ishak_Muhyiddin_ppbm_600
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Umno berkata, beliau menjangka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan disingkir daripada kepimpinan parti itu tidak lama lagi.
Exco Pemuda Ibdilillah Ishak berkata tidak akan terkejut jika bekas timbalan perdana menteri diminta meletakkan jawatan sebagai presiden supaya Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh mengambil alih.
"Ini akan menjadi lebih mudah bagi bapa Mukhriz, Dr Mahathir, untuk menamakan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Ibdilillah ini susulan gesaan bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan dan ahli PPBM Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Muhyiddin bagi membersihkan namanya dengan dakwaan mempunyai skandal dengan seorang ahli perniagaan.
Semalam, Anina Saadudin dipecat daripada jawatan "tidak rasmi" sebagai ketua Srikandi (wanita) PPBM.
Beliau mendakwa dilucutkan jawatan kerana "mesej skandal seks".
Ibdilillah berkata, jika Muhyiddin tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan, beliau perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendedahkan "skandal" itu.
Beliau juga mengaku "bersimpati" dengan ahli dan penyokong PPBM yang sentiasa disuap harapan palsu.
"Sebuah parti yang diasaskan orang kecewa akhirnya akan mengecewakan penyokongnya," kata beliau.

‘Umpan’ BR1M, tradisi pemerintahan terdahulu - Pemuda PAS

Posted: 26 Dec 2016 03:34 AM PST

KOTA BHARU – Tidak dinafikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah 'umpan' BN untuk memenangi pilihan raya, malah ia merupakan 'tradisi' yang telah pun dimulakan sebelum pemerintahan kini, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, malah dengan pemberian umpan ini juga kononnya menjadikan BN 'kuat', sekali gus umpan dianggap strategi utama dalam memenangi hati rakyat, sekali gus menang dalam PRU.
Ahmad Fadhli Shaari "(Pengerusi Bersatu) Tun Mahathir (Mohamad) misalnya telah menyekat royalti minyak yang sepatutnya diperoleh oleh Terengganu sewaktu ditadbir oleh Pas selepas PRU 1999.
"Demikian juga apabila Pas berjaya menawan Kelantan, pelbagai geran dan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri telah disekat termasuklah hanya membahagikan baja subsidi kepada penyokong-penyokong BN sahaja," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa BR1M hanyalah merupakan umpan kerajaan untuk memancing sokongan rakyat untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang.
Menurutnya, taktik umpan dan ugutan bukanlah bermula pada era pemerintah kini sahaja tetapi ia hanyalah penerusan kepada tradisi sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan BR1M rasuah satu penghinaan, kata menteri UMNO

Posted: 26 Dec 2016 03:32 AM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BR1M berjaya mengimbangi semula ekonomi, merangsang domestik dan ekonomi luar bandar.
rahman-dahlan_mahathir_br1m_600
KUALA LUMPUR: Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menyangkal dakwaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah atau menyalahi undang-undang seperti dinyatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia membantu dalam usaha kerajaan mengimbangi semula ekonomi, merangsang domestik dan ekonomi luar bandar.
"Ini adalah satu penghinaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat daripada dasar ini setiap tahun," katanya sambil menambah ia mengecewakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus menegaskan BR1M adalah rasuah.
Beliau berkata, kali ini Dr Mahathir melangkah lebih jauh dengan mendakwa BR1M menyalahi undang-undang dan menyerang dasar gaji minimum negara.
"Dasar gaji minimum adalah untuk memastikan gaji yang adil kepada pekerja bergaji paling rendah di negara ini. Ia juga mungkin berkesan dalam membantu mengurangkan pergantungan kepada bukan tenaga kerja bukan warganegara Malaysia dan pada masa sama memberi maruah kepada kehidupan kepada pekerja bawahan," kata Rahman dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata BR1M adalah ukuran dasar yang antara lain untuk membantu dalam pengagihan semula cukai diterima daripada golongan berpendapatan lebih tinggi pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah
"Ia adalah satu dasar yang direka untuk memindahkan kekayaan negara kepada segmen B40 ini," katanya.
Menurut beliau, dasar ini sebahagian daripada Program Transformasi Negara untuk mencapai objektif utama kritikal terhadap kesejahteraan negara.
Menteri Umno itu berkata, walaupun pertumbuhan global lebih perlahan dan kejatuhan harga komoditi global, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bertambah baik kepada 4.3% pada suku ke-3 yang menunjukkan usaha itu berkesan.
Beliau menegaskan dasar itu membantu meningkatkan kesaksamaan pendapatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, menurut data Unit Perancang Ekonomi, median pendapatan bulanan kasar isi rumah bagi semua rakyat Malaysia meningkat kepada RM4,585 pada 2014 daripada RM2,830 pada 2009 – peningkatan sebanyak RM1,755 atau pertumbuhan 62% dalam masa 5 tahun.
"Ini adalah pertumbuhan lebih besar berbanding dengan tempoh 5 tahun antara 1984-1989 semasa pemerintahan Dr Mahathir di mana pendapatan median hanya berkembang sebanyak RM95 atau 13.5%."
Beliau berkata bagi isi rumah Bumiputera, median pendapatan meningkat lebih cepat daripada purata negara dan mencatatkan pertumbuhan 66% antara 2009 hingga 2014, daripada RM2,531 kepada RM4,214 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

ZAM: YANG MENDORONGKAN SAYA MENULIS ‘TUN RAZAK JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT’

Posted: 26 Dec 2016 03:03 AM PST

Memang berat  untuk menulis biography tentang seseorang pemimpin  jika kita tidak mempunyai perasaan kepadanya dan hanya  kerana dorongan wang.
Saya telah menolak bila diminta untuk menulis biography beberapa orang pemimpin lain setelah saya menghasilkan biography bergambar Tun Abdul Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot yang diterbitkan bersama oleh Yayasan Tun Razak dan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1997.
.
Saya  merujuk  semula kepada buku ini untuk menilai sejauh mana kebenaran A. Kadir Jasin dalam blognya mengatakan saya mempunyai authoriti dalam penulisannya  kerana telah mengikuti kegiatan Tun Abdul Razak di dalam dan luar negara sebagai wartawan disamping itu juga berkawan dengan anaknya Datuk Seri Najib semasa menjadi menteri kabinet.
Berasaskan kepada fakta ini, Datuk Kadir berpandangan saya  mempunyai kredebiliti dalam mendakwa bahawa Najiblah yang akan kesipuan jika Tun Mahathir turut hadir dalam upacara mengangkat sumpah Yang di Pertuan Agung yang baru, baru-baru ini.
Saya merasa beruntung dapat menghasilkan buku ini yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama butir terperinci perjalanan awal hidup Tun Razak  di kampung dan di alam persekolahan dan bahagian kedua penceritaan bergambar yang penuh dramatik dan bersejarah  dalam kepimpinan dan
pemerintahannya sehingga ke akhir hayat.
Sebagai seorang yang tidak kemas dan tidak  berdisplin, meneliti semula buku ini, saya tidak percaya  saya sebagai penulisnya  kerana  tersenarai  secara teratur penyampaian tiap langkah visi dan strategi penghayatan dan pencapaian  seorang pemimpin yang bijak mengexploitasi sesuatu situasi bagi pembangunan dan keselamatan bangsanya.
Penghargaan kepada pencapaian Allahyarham semakin dirasakan oleh pemimpin-pemimpin dan generasi baru selepas merdeka yang sekarang  berada dalam kebimbangan dan kerisauan melihat satu demi satu keruntuhan tugu-tugu yang telah terbina dengan bijaksana.
Saya adalah  diantara tiga orang yang diminta oleh Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz  seorang anggota Lembaga Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, untuk menulis Biography bergambar ini. Dua orang lagi ialah Rijal Arbee wartawan Berita Harian dan Firdaus Abdullah Pensyarah Universiti Malaya juga wartawan BH di era Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun Kak Azah akhirnya kembali kepada saya dan menyatakan  "Kak Azah harap Zam jugalah yang menulis buku ini" setelah di tolak oleh kedua rakan saya.
Saya mempunyai keyakinan boleh menulis dan mengumpul gambar yang berkaitan kerana saya telah mengikuti jejak-jejak Tun sejak awal 60an ketika beliau  bertanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar hingga ke akhir hayatnya sebagai Perdana Menteri di London pada 14 Januari 1976. Pada masa itu saya berada di London sebagai wakil Utusan Melayu.
Bagaimanapun dalam masa menjalankan tugas penulisan ini  setelah bersara dari tugas wartawan Utusan Melayu, isteri saya Zaiton diserang angin ahmar yang menyebabkan fikiran saya terganggu dan mahu melepaskan tanggungjawab ini  tetapi kata-kata pemandu saya  Karupaya  menghidupkan kembali semangat saya "Datuk, duduk sahaja pun lagi risau, kita sibuk boleh lupakan masalah diri," katanya.
Pemergian Allahyarham Tun Razak di London juga tidak diketahui dengan serta merta, hanya tersebar  dari mulut kemulut. Saya menyertai sembahyang ghaib untuk jenzahnya di surau Malaysia Hall di London sebelum di bawa pulang ke tanahair. Ketika inilah terkumpul seluruh ingatan saya kepada perjalanannya yang menyebabkan saya menitiskan air mata.
Read More / Baca Lagi >>

Lim Guan Eng perlu cermin diri, kata senator UMNO

Posted: 26 Dec 2016 03:00 AM PST

Senator UMNO menyifatkan ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang yang 'narsisistik dan hipokrit'.
Khairul-Azwan-Harun_lim-guan-eng_600
Pemimpin DAP Lim Guan Eng harus melihat cermin dirinya sendiri dan merenung semua tindakannya sebelum menuduh Putrajaya menjadikan Malaysia negara yang gagal.
Senator Barisan Nasional (BN)@UMNO Khairul Azwan Harun berkata demikian merujuk kepada kenyataan malam Krismas daripada Lim yang mendakwa Malaysia sebuah negara yang gagal dan dasarnya hanya untuk golongan elit.
"Lim perlu memikirkan tindakan sendiri selepas didakwa di mahkamah kerana memperoleh wang suapan untuk dirinya sendiri dan kemudiannya membeli banglo Pinhorn Road di bawah harga pasaran," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Lim juga mengkritik, mereka yang menyuarakan hak mereka didiamkan dan ditakutkan.
"Tetapi Lim harus melihat dirinya dalam cermin selepas dihukum rakan ahli DAP Teh Yee Cheu yang mengambil berat tentang alam sekitar, mengundi cadangan BN yang semua pembangunan penambakan tertakluk kepada pendengaran awam.
"Malah ahli DAP berbangsa India terus menghadapi halangan apabila mereka cuba mengkritik kepimpinan DAP," katanya sambil menambah Lim adalah "narsisistik dan hipokrit".
Lim memetik "4 kebebasan" yang dibawa bekas presiden Amerika Syarikat Franklin Roosevelt iaitu kebebasan daripada rasa takut bagi menunjukkan bagaimana kerajaan BN menukar negara ini sebagai negara yang gagal.
Bagaimanapun, memandangkan Lim gagal melaksanakan apa yang dikatakan, Khairul berkata Roosevelt akan malu kerana kata-katanya dipetik ketua menteri Pulau Pinang.
"(Lim) adalah seseorang yang mempraktiskan polarisasi perkauman melalui penyebaran ketakutan politik.

Pakatan Harapan tiada pilihan - Shuhaimi Shafiei

Posted: 26 Dec 2016 02:54 AM PST

seri mudaKerjasama politik melibatkan semua parti perlu terus dimantapkan.
Adun Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei berkata, ianya juga mesti diuruskan dengan kadar segera dan dimeterai bersama semua parti.
"Itulah harapan kebanyakan rakyat hasil kajian oleh beberapa pihak seperti Institut Darul Ehsan dan Merdeka Centre baru-baru ini.
"Pakatan Harapan tidak ada banyak pilihan, sama ada suka atau tidak kesatuan sesama parti politik ini perlu dibuat  bagi meyakini rakyat.
"Pandangan masyarakat masih berkisar tentang semangat bekerjasama dan tolak ansur semua parti bagi mengambil alih Putrajaya," katanya diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang tiada masalah berkongsi pentas bersama PKR dan Bersatu.
Menurut Suhaimi, buat masa ini tiada harapan ekonomi negara akan pulih, ringgit kembali stabil dan pandangan negara luar kembali tinggi pada Malaysia dengan kepimpinan negara sekarang.
"Jadi apa yang diutarakan oleh beliau (Iskandar) sangat penting bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas di kalangan pimpinan politik nasional dan memungkinkan berlakunya perubahan ekonomi dan pentadbiran negara. "Perbezaan pandangan di peringkat nasional harus dikecilkan segera dan kembali memikirkan masalah ekonomi negara yang sangat tenat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

DUA PILIHAN BUAT ANINA

Posted: 26 Dec 2016 02:53 AM PST

Sejak semalam lagi isu pengguguran Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi PPBM menjadi bualan di mana-mana apabila bekas ahli UMNO Langkawi itu sendiri mendedahkan kedudukan dirinya yang sebenar.

Amatlah malang sebenarnya, sementara sebelum ini isu berkaitan beliau itu hanya menjadi bualan senyap di media-media sosial, sebaliknya kini Anina sendiri membuka mulut dan seolah-olah mahu semua orang menumpu kepadanya.

Lebih menarik dalam jawapan mengenai perasaannya apabila dilucutkan jawatannya itu, Anina sinis menjawab, "Tanya dulu perasaan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir apabila dilucutkan jawatan oleh UMNO.

"Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas itu, saya jawab apa perasaan saya. Dulu saya bela mereka, saya lupa nak tanya apa perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang."

Wajarkah seseorang yang berpendidikan tinggi dan pernah bergelar pensyarah sebelum ini, memberi jawapan sebegitu rupa dalam konteks berparti dan berpersatuan?

Terlihat bahawa jawapan Anina terpercik nada ego dan sedikit kurang ajar terhadap pemimpinnya sendiri. Anina harus sedar, beliau hanya dilucutkan jawatan Ketua Srikandi, tetapi masih lagi berjawatan Ahli Pimpinan Tertinggi PPBM.

Walaupun Anina mendakwa perlucutan jawatannya kerana tersebarnya "perbualan seks bodoh" mengenai dirinya, Anina juga harus sedar beliau barangkali turut dilingkari masalah-masalah lain yang tidak disedarinya mungkin telah menyebabkan pimpinan tertinggi PPBM merasakan beliau lebih sesuai sebagai Ahli MPT saja berbanding Ketua Srikandi.

Jawatan Ahli MPT itu sebenarnya sudah cukup tinggi bagi Anina yang semasa dalam UMNO, tidak pernah pun menjadi Ketua Wanita Bahagian, apatah lagi menjawat jawatan lain di peringkat negeri dan pusat. Maka, bersyukur dan berpada-padalah dalam mengangkat diri sendiri.

Apabila Anina memilih untuk berucap dengan mengatakan Najib Razak "kencing ahli UMNO" dan memintanya "segera berubat", beliau seharusnya sedar sama ada mahu konsisten dan tahan cabaran dengan jalan yang dipilih atau sebaliknya.

Sikit-sikit dugaan, cabaran dan halangan adalah perkara biasa selagi dalam hatinya masih tersemat iltizam dan kekuatan untuk bersama-sama dengan majoriti rakyat yang mahu menolak Najib.

Di bawah ini pula adalah kenyataan rasmi PPBM mengenai kedudukan Anina:-

*KENYATAAN RASMI PPBM BERHUBUNG KEDUDUKAN KETUA SRIKANDI*

26 Disember 2016                      

1. Berhubung isu kedudukan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ingin saya menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi. Menurut Perkara 21 Perlembagaan PPBM, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidangkuasa MPT.

2. Justeru, kedudukan Puan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul. Beliau kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi.
Read More / Baca Lagi >>

‘RUJUKLAH PAS, KALAU DIA ORANG PAS’ - IDRIS AHMAD

Posted: 26 Dec 2016 02:50 AM PST


SHAH ALAM – "Kena tanya dia (Datuk Mahfuz Omar) kenapa rujuk surat khabar, kena rujuklah batang tubuh, rujuklah Pas, kalau dia orang Pas.
Demikian ulasan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berhubung kenyataan Mahfuz semalam yang dipetik berkata strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.
Idris berkata, sebagai orang Pas, Mahfuz sepatutnya lebih arif untuk mendapatkan maklumat parti.
"Kenyataan rasmi Pas ada pada Harakah, bukan maklumat diambil tepi jalan," katanya merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang menyatakan  hala tuju tidak tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat.
Mahfuz berkata demikian merujuk kepada Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang.
"Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?
"Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang," katanya.

Tangani kritikan melalui semangat perlembagaan, undang-undang

Posted: 26 Dec 2016 02:47 AM PST

Shariffa Sabrina Syed Akil dan Norhayati Shahrom selepas dibebaskan pagi semalam - Foto: FB PEKA SelangorShariffa Sabrina Syed Akil dan Norhayati Shahrom selepas dibebaskan pagi semalam - Foto: FB PEKA Selangor
Isu penahanan dua aktivis alam sekitar yang dikatakan menghina Sultan Johor dengan mendedahkan aktiviti pembalakan di negeri itu harus dilesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, isu itu tidak seharusnya diambil kesempatan dari sudut yang sengaja disempitkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.
"Oleh kerana negara memproklamasikan "no one is above the law" maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka) Puan Sri Sharifa Sabrina Syed Akil dan pentadbir organisasi itu, Norhayati Shahrom Khamis lalu.
Mereka ditahan kerana didakwa menghina keluarga diraja Johor menerusi laman Facebooknya mengenai aktiviti pembalakan yang dikatakan ada kaitan dengan keluarga diraja.
Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) berkaitan "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian".
Mereka dibebaskan semalam namun jika didapati bersalah, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, Menteri Besar Johor Datuk Khalid Nordin mesti tampil segera memberikan penjelasan kepada umum mengenai pendedahan itu dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam sekitar sekiranya benar apa yang didedahkan.
"Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M diterima dasar seantero dunia, kata KJ

Posted: 26 Dec 2016 02:46 AM PST

"Ini tak masuk akal, tetapi orang masih percaya cakap beliau."
Kritikan terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah tidak masuk akal kerana program ekonomi tersebut diterima secara meluas, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Mahathir semalam mengulangi dakwaannya BR1M adalah rasuah dan oleh itu, haram untuk menerimanya.
"Ini mengarut. Pemindahan tunai diterima sebagai program ekonomi di seluruh dunia. Namun, masih ada orang yang percaya cakap beliau.
"Dan ada beberapa pihak daripada Gen Y sesat yang belum hidup di zamannya akan berkata: 'Apa yang kamu tahu? Kamu tidak bina menara berkembar," ujar beliau di Twitter.
Tahun depan, keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan akan menerima bantuan tunai RM1,200 manakala keluarga yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 akan menerima RM900.
Read More / Baca Lagi >>

'Cukuplah menjadi lembu pada si tua' - Amir

Posted: 26 Dec 2016 02:44 AM PST

Sejarah membuktikan bahawa, pemuda adalah tulang belakang kepada pembaharuan. Pemuda memainkan peranan besar dalam membebaskan masyarakat dari pemikiran kuno yang statik.
Pada awal 30-an, sejarah memperlihatkan naratif pertembungan fiqrah antara kaum muda dan kaum tua. Kaum tua, yang ditunjangi bangsawan-bangsawan korup dan ulama-ulama tradisional konservatif bersikap negatif terhadap perubahan dan pembaharuan.
Kaum tua ini telah bertembung dengan kaum muda; yang menganjurkan penggunaan akal waras dan menolak taqlid buta.
Adapun setiap satunya memiliki hujah yang tersendiri, kedatangan kaum muda pada ketika itu, sedikit sebanyak mengubah cara fikir masyarakat.
Sejarah awal
Syed Syeikh Al-Hadi, muridnya Dr Burhanuddin Al-Helmy (bekas Presiden Pas), dan nasionalis Za'ba, adalah antara tokoh dari kaum muda yang membawa idea-idea baru yang progresif. Aliran kaum muda ini juga dipanggil sebagai aliran reformis.
Di Indonesia mungkin lebih awal lagi. K H Ahmad Dahlan, mendirikan organisasi Muhammadiyah; organisasi Islam kedua terbesar di Indonesia selepas Nahdatul Ulama , pada 18 haribulan November tanggal 1912.
K H Ahmad Dahlan, secara tegas menentang ulama-ulama tradisional, yang mencampur aduk amalan mistik dengan agama.
Beliau pada awalnya mendapat tentangan hebat dari masyarakat, serta sudah tentu, dari ulama-ulama tradisional, yang selain dari menganggap beliau sesat, ingin mengekalkan status quo dalam masyarakat.
Namun akhirnya, Muhammadiyah berkembang dengan pesat, mendirikan sekolah dan hospital, serta menjadi organisasi yang selain dari membersihkan agama dari amalan khurafat, telah membangunkan negara Indonesia.
Begitu jugalah situasinya di Malaysia. Idea pembaharuan kaum muda terus kekal segar dan berkembang pesat. Faham tua telah berjaya digantikan dengan idea-idea baru. Malah banyak idea-idea serta pemikiran kaum muda yang masih relevan dan diguna pakai sehingga hari ini.
Tanggal 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh seorang guru muda berusia 28 tahun, Ibrahim Yaakob, bersama-sama dengan kaum pelajar dari Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI), berserta segelintir inteligensia Melayu yang berkongsi cita-cita, iaitu merdeka.
KMM merupakan pertubuhan politik kebangsaan pertama di Tanah Melayu, yang berperanan besar memperbaharui semangat kemerdekaan rakyat melawan penjajah, terutamanya di kalangan orang Melayu.
Bangsa kita pada ketika itu, bukan sahaja terjajah oleh penjajah Inggeris, tetapi juga oleh golongan bangsawan dan elit birokrat Melayu, yang ingin mengekalkan status quo mereka, selain menjaga periuk nasi masing-masing. Dalam tempoh 2 tahun sahaja, KMM telah berkembang pesat ke serata Tanah Melayu. KMM memainkan peranan besar dalam politik tanah air.
Kita juga kenal benar dengan nama Rosli Dhobi, seorang pejuang kemerdekaan rakyat Sarawak, yang dihukum di tali gantung atas tuduhan menikam sehingga mati Gabenor British yang kedua di Sarawak, Sir Duncan Stewart, pada pada 3 Disember 1949, di Sibu. Mungkin ramai yang lupa, ketika beliau mula-mula aktif dengan perjuangan kemerdekaan, beliau baru berusia 16 tahun.
Selepas Merdeka, pada era penghujung 60-an, muncul ramai tokoh baru yang memberikan kesegaran dalam politik Negara serta membawa pembaharuan buat masyarakat. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Syed Hamid Ali, dan ramai lagi adalah diantara nama yang tidak asing lagi sehingga ke hari ini. Walaupun mungkin ada di antara mereka yang kemudiannya berubah arah dan mengambil pendekatan berbeza.
Pengertian
Dari sudut pengertian, walaupun ditunjangi oleh anak muda, kaum muda (yang dilabelkan oleh kaum tua) bukanlah bermaksud seorang pemuda dalam lingkungan umur sekian ke sekian.
Kaum muda adalah golongan yang menganjurkan pembaharuan dalam masyarakat, yang menentang pembekuan daya fikir, serta menggalakkan penggunaan akal waras dalam membuat penilaian dan keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Budaya Umno meresap dalam PPBM, kata pemimpin parti

Posted: 26 Dec 2016 02:22 AM PST

Kamarulazman Habibur Rahman berkata ada sesetengah ahli membawa bersama elemen daripada Umno, sedangkan pengasas PPBM sebelum ini berjanji untuk hakis budaya negatif itu.
habiburrahman-bersatu-umno
PETALING JAYA: Tidak boleh dinafikan lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini mula bertukar, jadi sama saja seperti Umno, yang dikatakan musuh utama parti itu.
Memandangkan kebanyakan ahli parti yang baru berusia 3 bulan itu datang dari Umno, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Kamarulazman Habibur Rahman berkata mereka bawa bersama budaya yang sebelum ini pengasas PPBM janji untuk hakis.
"Memang betul elemen negatif Umno meresap ke dalam PPBM. Saya bimbang mengenai perkara itu kerana dari hari pertama, kami kata mahu jadi lain daripada Umno.
"Ramai antara yang meninggalkan Umno untuk menyertai kami semata-mata hendak jawatan yang tidak diperoleh ketika di dalam Umno.
"Tapi itu tidak bagus untuk parti, dan saya bimbang mereka yang menyertai kami ialah kualitinya rendah, dan akhirnya menjadikan PPBM lebih teruk daripada Umno," katanya kepada FMT.
Kamarulazman juga meluahkan kebimbangannya terhadap hala tuju parti pada masa ini, kerana keputusan nampaknya dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan barisan kepimpinan.
Beliau turut mengingatkan pemimpin PPBM supaya menyelesaikan perkara itu sekarang ketika ia masih awal sebelum merebak lebih jauh ke dalam parti yang menjanjikan menjaga kepentingan awam dan negara berbanding individu.
"Kami bercakap mengenai lari daripada norma politik negatif di Malaysia tetapi tiba-tiba kami menuju hala tuju yang sama seperti budaya politik sebelum ini.
"Jadi apa tawaran lebih baik boleh kita sediakan kepada rakyat Malaysia? Kita juga perlu berhenti membawa masuk 'kawan' dari Umno hanya untuk mempertahankan kedudukan kita dalam parti baharu," katanya.
Kamarulazman membuat kenyataan itu susulan keputusan parti untuk menyingkirkan seorang daripada 7 ahli pengasas, Anina Saadudin daripada jawatan "tidak rasmi" sebagai ketua Srikandi (wanita) PPBM.
Semalam, Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
"Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya merujuk nama sayap itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pas makin keliru, kata Mahfuz

Posted: 26 Dec 2016 02:00 AM PST

ALOR SETAR - Kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas kebelakangan ini semakin mengelirukan, dakwa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz Omar "Saya merujuk kenyataan terbaharu Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang disokong Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa Pas bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU14, ini kenyataan mengelirukan," katanya.
Menurutnya, dalam kenyataan Mahfodz kepada sebuah portal menyebut, Pas kini bersendirian dan bersama Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, dan jika keputusan pilihan raya umum gabungan itu menguntungkan Pas, kemungkinan boleh membentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN.
"Kenyataan ini merupakan lanjutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Disember 2015 di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang membawa maksud sama dengan kenyataan Mohd Zuhdi, ini menimbulkan persoalan besar rakyat yang semakin hari semakin keliru ke arah mana sebenarnya haluan Pas," katanya.
Mahfuz berkata, rakyat kini mengharapkan perubahan kerajaan selain wujud pertentangan politik yang ketara antara BN-Pakatan Harapan-Bersatu.
"Tindakan Pas menyebabkan parti itu dianggap sebagai oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai. Ini akan menyebabkan ahli dan rakyat menjauhkan diri," katanya.
Menurutnya, tidak mustahil BN mahu pun blok pembangkang bersama Bersatu sedang memperhalusi strategi Pas, dan pastinya tidak naif merelakan diri mereka berada di posisi lemah untuk bergantung kepada Pas dalam membentuk kerajaan.
"Budaya politik 'tak tentu hala' Pas itu sudah pasti dijadikan panduan kedua-dua blok politik untuk menentukan sikap mereka terhadap Pas," katanya.
Mahfuz berkata, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang tegaskan Pas akan menentang BN pada PRU14, sebaliknya kenyataan beberapa pimpinan tidak menafikan strategi 'makan keliling' termasuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Posted: 26 Dec 2016 01:55 AM PST


Datuk Husam Musa Tiga kali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulang perkataan 'yakin' sebagai jaminan terhadap nilai kebertanggungjawaban pada pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa jika diberi peluang menduduki jawatan Menteri Kewangan.
"Saya masih yakin kalau diberi peluang Datuk Husam boleh jadi Menteri Kewangan yang terbaik. Yang paling penting jangan curi duit.
"Datuk Husam yang begitu lama menjadi Ahli Parlimen, Exco dan orang kanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak nampak kedudukan beliau sebagai orang yang disebut-sebut mewarisi kerajaan negeri Kelantan disalahguna untuk kemewahannya.
"Saya yakin kalau ada peluang Allah tentukan semuanya, beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kerana saya yakin beliau tidak akan curi duit satu sen pun," tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu, 24 Disember lalu.
Menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kewujudan Amanah, Rafizi mengimbas kembali detik-detik penubuhan parti berteraskan prinsip Rahmatan Lil'Alamin itu.
Beliau bersetuju dengan usaha penubuhan parti baharu Islam tersebut selepas mendengar penjelasan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini merupakan Naib Presiden Amanah.
Sebelum itu, jelas Rafizi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau memujuk kumpulan pemimpin Pas yang digugurkan selepas muktamar di Kuala Selangor tahun lalu supaya menyertai PKR.
"Sahabat-sahabat kita baru sahaja dianiaya dan menjalani pembersihan etnik dalam Pas. Bila mereka masuk PKR mereka sudah tentu jadi kelas kedua. Tahap layanan kepada bekas pimpinan tidak sama dengan pimpinan PKR sedia ada," ujarnya mengulang kembali respon Mujahid pada pertengahan tahun lalu.
Berucap di Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan itu juga, Rafizi mengakui dirinya adalah pemimpin PKR pertama yang menyatakan sokongan kepada Amanah malah sejak di peringkat Gerakan Harapan Baru lagi.
"Saya orang pertama yang memegang jawatan kanan dalam PKR yang mengumumkan sokongan kepada Gerakan Harapan Baru dan hadir dalam jelajah Gerakan Harapan Baru dan saya akan masih kekal sokong Amanah selagi Amanah kekal dengan tujuan asal penubuhannya," tegas pengasas NGO Invoke Malaysia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan silap besar beli saham syarikat Indonesia

Posted: 26 Dec 2016 01:53 AM PST

Naib presiden PKR akan membuat laporan polis terhadap perdana menteri dan ahli lembaga pengarah Felda pada Khamis ini.
rafizi-ramli_felda_600
KUALA LUMPUR: Langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli pegangan saham dalam sebuah syarikat kelapa sawit Indonesia bakal menjadi kesilapan terbesar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, ini kerana ia akan memberi kesan buruk kepada peneroka seterusnya mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Ini memberi peluang saya masuk ke Felda untuk menerangkan peranan perdana menteri dalam urus niaga ini.
"Dengan beralihnya sokongan antara 3 hingga 5% pengundi Felda, akan jatuhlah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, laporan menyatakan Felda setuju membeli 37% pegangan PT Eagle High Plantations Tbk dengan nilai RM2.25 bilion (AS$505.4 juta).
Pelbagai pihak termasuk Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak mempersoalkan kewajaran pembelian itu kerana disifatkan terlalu mahal.
Rafizi mendakwa pembelian itu pastinya akan mengurangkan lagi dana Felda dan memberi kesan kepada peneroka.
"Jika kejatuhan harga saham Felda Global Ventures (FGV) tidak memberi kesan langsung dan segera, sebarang ketidaktentuan dalam aliran tunai Felda akan memberikan kesan terus kepada peneroka.
"Bagi peneroka yang masih menjual buah sawit melalui Felda, kesan mungkin dari segi tawaran harga atau tempoh bayaran.
"Bagi peneroka yang menyerahkan tanaman semula kepada Felda, kesannya dari segi kemajuan kerja penanaman semula, hutang yang ditanggung daripada penanaman semula serta ketepatan bayaran elaun sara hidup sementara menunggu hasil.
Read More / Baca Lagi >>

FELDA Beli Eagle High boleh, bantu peneroka dilengah lengahkan !!

Posted: 26 Dec 2016 01:43 AM PST

Banyak isu felda dan peneroka hari ini. FGV rugi dan terus rugi. Ada rasa bangga mengatakan kerugian suku tahun ini kurang dari kerugian suku tahun dahulu. Memang rasionalisasi orang kecundang demikian.
Mereka mengaitkan prestasi ini dengan kelembapan ekonomi diseluruh dunia. Tapi ada beberapa bisness perladangan  lain yang berdepan dengan iklim ekonomi yang sama, tidak pula mengalami kerugian seperti FGV. Maka janganlah FGV mempersendakan intelijens kita.
Saya tidak hendak memukul keliling semak- apa berlaku pada felda atau FGV ialah dengan kehendak najib tun Razak. 90% FGV dikuasai oleh kerajaan.
Orang lupa bahawa Felda itu 100% milik kerajaan dan kerajaan melalui semua pemegang saham FGV, menguasai FGV 90%. Bolehkah apa2 yang dilakukan oleh FGV dilakukan tanpa kebenaran Najib?
Kerugian FGV ialah kerana mutu pengurusan nya; pelaburan yang merugikan serta penyelewengan yang berlaku keatas reseb tunai .  ia ada pelaburan yang merugikan. Ia melakukan pembelian bisness dan hartanah yang menyebabkan reseb tunai makin menurun.
Garis pemisah antara Felda dan FGV sangat nipis. Felda dan FGV hampir 90% milik kerajaan Malaysia. 10% sahaja dimiliki oleh warga asing. Tidak berguna kita bercakap mengenai felda dan FGV seolah olah ianya entity yang berlainan. Kesemua keputusan dibuat oleh kerajaan Malaysia dan bila sebut kerajaan Malaysia, keputusan dibuat oleh PM.
Read More / Baca Lagi >>

'Beralih 5% peratus undi Felda cukup jatuhkan BN' - Rafizi

Posted: 26 Dec 2016 01:40 AM PST

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk adalah kesilapan terbesar pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ia memberi peluang kepada saya masuk ke tanah perancangan Felda untuk menerangkan dengan terperinci kebertanggung jawaban Datuk Seri Najib (Razak) dalam urusniaga ini.
"Saya juga yakin tanah perancangan Felda adalah medan tempur saya dan Umno/BN iaitu satu-satunya institusi Melayu/Islam yang saya belum tumpukan sepenuh tenaga saya untuk diselamatkan dari kerakusan pimpinan yang ada sekarang.
"Dengan beralihnya sokongan 3 hingga 5 peratus pengundi dari tanah peracangan Felda, akan jatuhlah pentadbiran Najib," kata beliau dalam kenyataan.
Sebelum ini, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak turut mempersoalkan kewajaran Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein mengenai pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.
Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.
FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.
Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.
Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, apabila pembelian itu dibuat melalui Felda (bukannya FGV), kesan dari penggunaan dana Felda untuk urusniaga ini yang mahal ini sudah tentu akan dirasai terus oleh peneroka Felda di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

AL KISAH FELDA & FGV

Posted: 26 Dec 2016 01:39 AM PST





Kebajikan Peneroka Dipertaruhkan Dengan Pembelian Harga Luar Biasa Eagle High Plantation, Laporan Polis Terhadap Kesemua Ahli Lembaga Pengarah FELDA Dan Dato’ Seri Najib

Posted: 26 Dec 2016 01:31 AM PST

Reaksi rasmi Felda bahawa pembelian 37% pegangan di dalam Eagle High Plantation (pada harga yang diketahui seluruh dunia sebagai tidak masuk akal) tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada peneroka, sebenarnya satu gambaran awal bagaimana takutnya kepimpinan kerajaan akan kemarahan rakyat mengenai isu ini.
Saya memilih untuk tidak menghuraikan semuanya hari ini kerana ini musim cuti dan ramai yang tidak menyemak berita. Saya juga tertanya-tanya sama ada masa berita pembelian ini dilaporkan (atau diumumkan) sengaja ditetapkan di akhir tahun untuk mengurangkan kritikan rakyat kerana ramai yang bercuti.
Saya akan memanggil sidang media tergempar di INVOKESpace (bit.ly/directioninvokespace) pada 27 Disember 2016 (Selasa) jam 1 petang untuk mengulas isu ini bersama-sama dengan satu lagi isu besar iaitu pengakuan tidak rasmi Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kos keseluruhan projek MRT akan melebihi RM100 bilion. Saya sedang mengatur untuk mendapatkan beberapa pimpinan dan aktivis Felda yang lain untuk bersama-sama dalam sidang media tergempar tersebut.
Hakikatnya, apabila pembelian itu dibuat melalui Felda (bukannya FGV seperti yang dicadangkan sebelum ini), kesan dari penggunaan dana Felda yang sudah pun berkurangan untuk urusniaga ini yang mahal ini, sudah tentu akan dirasai terus oleh peneroka Felda di seluruh negara.
Jika kejatuhan harga saham FGV tidak memberi kesan secara langsung kerana kerugian atas kertas tidak dirasai selagi bank tidak mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hutang (jika saham dibeli dengan pembiayaan bank), sebarang ketidaktentuan dalam aliran tunai Felda akan mempunyai kesan terus kepada peneroka.
Bagi peneroka yang masih menjual buah kelapa sawit mereka melalui Felda, mereka mungkin terkesan dari segi tawaran harga atau tempoh bayaran. Bagi peneroka yang menyerahkan kerja-kerja penanaman semula kepada Felda, mereka akan terkesan dari segi kemajuan kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit, hutang yang mereka terpaksa tanggung dari penanaman semula itu serta ketepatan bayaran elaun sara hidup sementara menunggu hasil kelapa sawit mereka.
Malah, bagi keseluruhan warga Felda yang masih menetap di tanah perancangan, mereka akan terkesan hatta dari segi barang runcit yang dibekalkan melalui kedai-kedai yang diusahakan oleh Felda.
Read More / Baca Lagi >>