Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Najib juang keamanan di hari Xmas, KM banduan cari gaduh

Posted: 24 Dec 2016 09:59 PM PST


Buat rakyat Palestin berugama Kristian menyambut Xmas, Malaysia menggerakkan usaha untuk mereka:
http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/12/malaysias-parting-christmas-gift-for.html



Syabas Dato Anifah Aman ...


Ketika kita hayati semangat Merry Christmas dalam ucapan Peace and Joy to the World yang sering didengari, lain pula peel Guan Eng.


Asal Xmas, bakal banduan dan perasuah ini buat peel.
http://snapshot2016.blogspot.com/2016/12/asal-xmas-mesti-guan-eng-cari-pasal.htm
Sepatutnya perayaan seperti Xmas masa sesuai untuk satukan masyarakat:


Ini hanya untuk politik tak habis-habis.


Sudahlah ... DAP nak kasi zakat konon? Padahal mereka ini rasis, cauvanis dan zalim!

*Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah Kerajaan ala-'Gangster'*

Kenyataan Media
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

24 Disember 2016_

1. Kerajaan Pakatan Harapan kini dilihat menjalankan pentadbiran negeri ala-'Gangster' iaitu mengambil tindakan penguatkuasaan secara 'terpilih' terhadap rakyat negerinya yang mengkritik secara terbukan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

2. Ini jelas dapat dirujuk kepada tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merobohkan tandas sebuah kafe sehari selepas  pemiliknya mengeluarkan kenyataan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri tersebut di surat khabar Cina.

3. Tindakan ala-'gangster' kerajaan negeri  tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan terdapat dua lagi premis miliknya turut digempur  dan salah satu daripadanya telah diperiksa dengan 'sangat' teliti dari siang sehingga larut malam semata-mata untuk mencari apa kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

4. Sekiranya  kerajaan negeri ini benar-benar mahu menegakkan undang-undang dan keadilan mengapa tidak dilakukan pemeriksaan terhadap banyak lagi premis lain yang melakukan kesalahan secara terang-terangan?

5. Mengapa mahu menjalankan penguatkuasaan undang-undang secara terpilih dan pilihan tersebut terhadap mereka yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri sahaja?

6. Ini adalah pentadbiran ala-'Gangster' yang dilakukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap sesiapa sahaja yang berani mengkritik dan satu amaran kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang lain supaya jangan mengkritik pentadbiran negeri, jangan mengkritik Ketua Menteri dan jangan mengkritik parti yang mentadbir negeri.

7. Jika Kerajaan Negeri tidak mahu berhenti daripada pentadbiran ala-'Gangster' ini, maka saya sarankan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh gunakan motto perkhidmatan berikut bagi menggantikan motto sedia ada:

*"Jangan kritik kami sekiranya anda tidak mahu hidup anda disusahkan oleh kami"**


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


EPISOD BARU ANINA: HAMIDAH DIKATA DALANG KES

Posted: 24 Dec 2016 06:10 AM PST

anina2

Anina Saadudin mengakui terdapat krisis dalaman dalam parti itu yang berusaha untuk menjatuhkannya.
"Sekarang ini, mereka buat apa-apa pun, mereka lompat bagaimapun pun, dia tidak ada pemilihan parti sekarang, yang ada hanya penajaan.
"Maknanya atas kuasa Kak Nina nak pilih..I am the King…"katanya dalam satu rakaman.
Sumber netizen menyebut skandal seks Anina yang tersebar di media sosial adalah salah satu daripada plot untuk menjatuhnya sebagai Ketua Srikandi PPBM.
Sebelum ini Malayan News mendedahkan terdapat krisis dalaman Anina dengan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.
"Bagi mereka, Anina adalah seorang yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat orang lain kecuali diri sendiri. Ketegangan yang dicetuskan oleh Anina juga adalah atas sebab tindakannya yang membuat keputusan sendiri untuk melantik Ketua-Ketua Bahagian Sri Kandi PPBM tanpa merujuk kepada pihak atasan.
"Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati Datuk Hamidah Osman dan Akhramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan tindakan dan perbuatan Anina. Bagi mereka, Anina sebenarnya telah mencetuskan suasana huru hara dalam parti.
"Terdapat juga desas desus yang menceritakan bahawa terdapat sekumpulan pemimpin dari kalangan parti PPBM yang akan menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Anina kerana tidak sehaluan dengannya dan juga atas faktor sikapnya itu.
"Perkara ini akan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menjatuhkan Anina," dedahnya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PAS AKAN TERSINGKIR DENGAN STERATEGI POLITIK MAKAN KELILING.

Posted: 24 Dec 2016 09:04 PM PST

1. Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan kemudiannya disokong oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bahawa "PAS bersedia untuk membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran selepas pilihanraya umum ke14 akan datang adalah suatu kenyataan yang mengelirukan.

Dalam kenyataan Datuk Dr Mahfodz Mohamad kepada FMT beliau berkata, "Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain termasuk Bn."

2. Kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 3 Dis 2015 di Masjid Pengadang Baru Kuala Terangganu yang membawa maksud yang sama dengan kenyataan Dr Mohd Zuhdi Marzuki menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang semakin hari semakin tidak jelas ke arah manakah sebenarnya haluan parti yang pernah dianggap sebagai parti pembangkang utama di negara ini.

3. Dalam keadaan rakyat Malaysia yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan dan garis pertentangan politik yang semakin ketara dan tajam di antara BN dan Pakatan Harapan dan PPBM,  strategi PAS yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan PAS dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

POLITIK TAK TENTU HALA DITOLAK RAKYAT DAN AHLI PAS

4. Saya percaya Rakyat dan ahli PAS akan menjarakkan diri dari PAS apabila menyedari PAS hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang. Saya juga merasakan baik BN mahu pun blok pembangkang PH dan PPBM setelah memperhalusi pengumuman 'strategi' dari PAS ini, tidak terlalu naif untuk merelakan diri mereka berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada PAS bagi membentuk kerajaan. "Budaya politik tak tentu hala PAS sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap PAS dalam menghadapi PRU ke 14"?.

5. Dengan pengumuman sedemikan secara tidak langsung menunjukkan PAS telah mengakui bahawa ianya bukan lagi sebuah parti pembangkang yang selama ini menentang kebobrokan dan penyelewengan kerajaan UMNO/BN. Malah sudah sanggup dan bersedia untuk sama-sama membentuk kerajaan dengan UMNO/BN walaupun kenyataan Presiden PAS, YB Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang yang PAS akan menentang Umno/BN dalam PRU14 nanti, tetapi kenyataan tersebut  tidak menafikan strategi makan keliling termasuk untuk  membentuk kerajaan campuran dengan UMNO/BN selepas PRU14 nanti.

"Saya yakin penerimaan majorati ahli dan penyokong PAS tidak menyenangi terhadap pernyataan sikap terbaru PAS ini sebagaimana yang diumumkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan disokong pula oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

6. Apa yang jelas, kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Dewan Ulamak Pusat ini jelas menjadikan kenyataan Naib Presiden PAS,YB Ustaz Idris Ahmad bahawa PAS akan masuk bertanding PRU 14 sebagai pembangkang dan tidak akan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN  sebagai satu kenyataan terpinggir dan pandangan minoriti di dalam PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Ezam: Jho Low & bekas CEO 1MDB perlu diburu & diheret kemuka pengadilan

Posted: 24 Dec 2016 08:35 PM PST

Hadi mungkin sudah ijtihad sebelum ke Iran, kata Nasharudin Mat Isa

Posted: 24 Dec 2016 08:21 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin telah berijtihad (membuat ketetapan dan menyelidik) sebelum memutuskan untuk pergi ke Iran.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Nasharudin Mat Isa berkata Hadi selaku orang alim mungkin sudah berfikir terlebih dahulu mengenai perkara itu.
"Saya tak pasti apa sebab beliau pergi ke Iran. Sebagai seorang alim sudah tentulah beliau sudah berijtihad.
"Ijtihad seorang alim ini Rasulullah SWA sudah sebut, bila kita berijtihad kita dapat dua iaitu kalau salah dapat satu pahala dan kalau betul dapat dua pahala.
"Saya pasti beliau sudah berijtihad dalam konteks itu. Saya dapati perdebatan dalam sosial media, saya tengok banyak perdebatan itu lebih kepada sentimen dan bukannya fakta," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden PAS berkata demikian ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima Hadi kerana berkunjung ke Iran baru-baru ini dalam wawancara eksklusif bersama akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini Hadi menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.
Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.
Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.
Hal itu menyebabkan Hadi yang juga Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) turut menyatakan kesediaannya meletak jawatan setelah menerima teguran dari Presidennya dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah mahu beri peluang Orang Asli bertanding PRU14

Posted: 24 Dec 2016 08:04 PM PST


Datuk Husam Musa berucap di majlis makan malam dana PRU14 anjuran pemuda Amanah negeri Kelantan malam tadiDatuk Husam Musa berucap di majlis makan malam dana PRU14 anjuran pemuda Amanah negeri Kelantan malam tadi
Kebangkitan masyarakat Orang Asli memprotes tindakan memusnahkan hutan secara rakus oleh pihak kapitalis perlu diberi penghargaan dan seluruh rakyat Malaysia terhutang budi kepada mereka.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata Parti Amanah Negara (Amanah) memang berhasrat untuk memberi peluang kepada Orang Asli untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berkunjung ke kampung Orang Asli di Gua Musang minggu lalu telah bersetuju dengan cadangan itu.
"Kita yakin telah sampai masanya masyarakat Orang Asli yang telah berusaha mempertahankan khazanah hutan kita diberi peluang bersuara," katanya ketika berucap di majlis makan malam dana PRU14 anjuran pemuda Amanah negeri Kelantan malam tadi.
Rakyat Malaysia kata Husam harus merasa terhutang budi kepada Orang Asli yang sanggup berjuang untuk mempertahankan kelestarian alam sekitar yang amat penting kepada kehidupan.
"Mereka sanggup mengambil risiko berhadapan kerakusan kapitalis yang disokong pihak pemerintah yang menindas.
"Mereka juga tidak terpengaruh dengan cubaan memberi sogokan," katanya.
Menurutnya dalam peristiwa penangkapan di Gua Musang baru-baru ini, mereka menunjukkan solidariti luar biasa apabila pihak jabatan hutan membuat tangkapan.
"Semasa pihak berkuasa menyerang tempat mereka membuat blockade, tujuh orang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam trak polis.
"Kawan-kawan mereka yang lain turut memanjat naik ke dalam trak menjadikan jumlah semuanya 47 orang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Selangor tiada masalah kongsi pentas

Posted: 24 Dec 2016 08:03 PM PST

Pas Selangor tidak mempunyai masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini dua program ceramah umum Pas di Selangor diadakan dengan penceramah-penceramah daripada PKR dan Bersatu.
Iskandar Abdul Samad Beliau berkata, ceramah terkini adalah pada 5 Disember lalu, di mana menyaksikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di atas pentas.
Katanya, ceramah tersebut merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luar biasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.
"Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan dalam perkembangan politik tanah air.
"Pas memang ada hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR...malah ceramah Pas yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, hanya ceramah bersama pimpinan Bersatu di Selangor baharu dimulakan.
"Bagaimanapun, Pas di Kelantan dan Terengganu lebih dahulu menjemput pemimpin Bersatu dalam ceramah-ceramah mereka.
"Tapi kita masih bertegas untuk tidak bersama DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) di atas pentas politik kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka," katanya.

Sama-sama cari pesalah skandal 1MDB

Posted: 24 Dec 2016 08:01 PM PST

Hisbah Centre for Reform (Hisbah) mendesak rakyat Malaysia bersama-sama mengesan dan membawa setiap pesalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, hanya dengan usaha begini  maruah negara yang tercalar akibat skandal 1MBD dapat diperbaiki dan Malaysia kembali dihormati.
"Kita akan mengumpul maklumat, mencari segala ruang undang-undang yang ada, bekerjasama dengan semua badan-badan masyarakat dan institusi-institusi relevan yang lain. Sehingga akhirnya kita dapat pastikan mereka yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB ini tidak terlepas daripada hukuman menerusi proses undang-undang di dalam negara dan luar negara.
"Sejak beberapa minggu lalu, Hisbah sudah mula mengumpulkan beberapa pengamal undang-undang yang bersedia membantu inisiatif ini. Hisbah juga sudah mendapatkan khidmat beberapa individu dan syarikat perakaunan yang sedia membantu memastikan setiap langkah  diambil mengikut lunas perakaunan dan undang-undang negara dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, Hisbah membuka penyertaan awam seluruh rakyat Malaysia yang mahu bersama inisiatif ini.
"Matlamat terdekat inisiatif ini ialah untuk mengesan dan membawa personaliti utama di dalam kes ini ke muka pengadilan," katanya.
Menurutnya, inisiatif ini penting untuk mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mempertahankan prinsip undang-undang terhadap setiap pesalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.

MUJURLAH HANYA ADA SATU JAMAL....

Posted: 24 Dec 2016 07:58 PM PST

Pada mulanya saya agak malas untuk menulis mengenai Jamal Mohd Yunus yang sekali lagi menjadi percakapan ramai berikutan aksinya yang hanya bertuala kerana mahu menumpang mandi di pejabat Menteri Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.

Tetapi, ramai rakan-rakan bertanyakan kenapa saya tidak mencuit walau sepatah pun tentang aksi terbaru Jamal itu. Dalam blog ini pun, ada juga yang meminta saya menulis mengenainya.

Untuk tidak menghampakan mereka, walaupun mungkin agak  terlewat dan isu berkaitan Jamal juga sudah mulai sejuk, saya akur akhirnya.

Sesiapa pun yang waras pasti akan mengatakan bahawa pemimpin politik, lebih-lebih lagi jika berjawatan Ketua UMNO Bahagian, bertitle Datuk Seri dan sedang melobi-lobi untuk bertanding dalam pilihanraya, tidak wajar sama-sekali berkelakuan sebegitu rupa. 

Perbuatan Jamal bertuala adalah kelakuan yang memalukan UMNO sebagai parti yang sudah lama berkuasa. Perlakuan Jamal hanya sesuai dilakukan oleh watak-watak jalanan yang tidak ketentuan kedudukan serta tarafnya.

Bagi pemimpin politik, akal dan fikiran haruslah mengatasi pertimbangan emosi dan perasaan. Membantah sesuatu isu, tidak menjadi kesalahan apa-apa, tetapi sampai sanggup bertuala, adalah keterlaluan dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan akal fikiran.

Sebab itu, aksi Jamal tidak mendapar respon yang baik daripada UMNO dan para pemimpinnya. Saya cuba bercakap dengan beberapa kawan yang berjawatan dalam parti itu, semuanya terasa malu dan diaibkan dengan perlakuan Jamal itu.

Kata mereka, dalam kedudukan UMNO dan Najib Razak yang makin ditolak dan dipersoalkan, munculnya watak "badut"  seperti Jamal lebih menyukarkan lagi parti itu untuk mewajarkan perlunya ia terus disokong dan dikekalkan kuasanya.

Akan ada yang mempersoalkan, begitukah rupa wajah parti yang ingin diberikan kuasa?

Mujur hanya ada satu Jamal, kata mereka lagi.
Read More / Baca Lagi >>

BAILOUT: DR. MAHATHIR PERLU BERSIKAP JUJUR – PEMUDA UMNO

Posted: 24 Dec 2016 07:54 PM PST


KUALA LUMPUR  – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa bersikap jujur dalam memperkatakan isu bailout dan bukan hanya menggunakan istilah itu semata-mata kerana dendam politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, ini kerana Dr. Mahathir ketika menerajui kepemimpinan kerajaan selama 22 tahun, beliau tidak pernah sunyi dalam melakukan bailout yang sesetengahnya dikaitkan dengan dakwaan wujudnya amalan kronisme.
Katanya, fakta tidak pernah membohongi sesiapa dan jika bekas Perdana Menteri itu ghairah mahu melaungkan istilah bailout bagi memburukkan kepemimpinan Najib khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau perlu meneliti kembali sejarah pemerintahannya sebelum ini.
"Pada saya persoalan bailout ini hanya akan membongkarkan tindak-tanduk Dr. Mahathir ketika beliau memerintah, sesuatu yang sehingga kini tidak dilakukan oleh Najib sejak beliau mengambil alih kepemimpinan negara daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Kita tidak lupa isu melibatkan Bumiputra Malaysia Finance (BMF), isu Forex, Perwaja Steel,
Read More / Baca Lagi >>

Pengusaha teksi bakal kalah perang melawan GrabCar, Uber

Posted: 24 Dec 2016 07:53 PM PST

Tanda-tanda menunjukkan industri teksi akan tumbang tidak lama lagi
Shamsubahrin-Ismail,-Uber,-GrabCar,-SPADPETALING JAYA: 2016 merupakan tahun yang baik untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan, dan malang buat industri teksi.
FMT menemui pemandu GrabCar dan Uber dan mendapati mereka positif akan masa depan industri itu.
Nick Koh, seorang siswa universiti berusia 23 tahun dan memandu GrabCar dan Uber secara separuh masa, percaya industri perkongsian kenderaan berkembang dengan pantas.
"Saya perasan kedua-dua syarikat giat mengambil pemandu baharu," katanya. "Itu perkembangan yang bagus daripada segi perkhidmatan untuk pelanggan kerana lebih mudah untuk membuat tempahan."
Sementara itu, Marvin Chong, seorang lagi pemandu GrabCar, tidak bimbang akan persaingan sesama mereka.
"Industri ini memang berkembang dengan baik, dan sebagai pemandu, memang boleh buat duit lebih," katanya.
Koh, yang secara purata bekerja 20 jam seminggu, berharap kerajaan tidak mengenakan terlalu banyak peraturan ke atas mereka.
"Jangan terlalu mengawal industri ini," katanya. "Galakkan persaingan sihat. GrabCar dan Uber boleh tawarkan kadar terbaik untuk pelanggan serta insentif bagi mengalakkan pemandu memberi khidmat terbaik."
Perkembangan ini nampaknya berita buruk untuk pengusaha teksi.
Pengasas Perkhidmatan teksi Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, masa depan industri teksi menjadi kelam apabila Uber memulakan perkhidmatan mereka 3 tahun lalu.
"Kita sedar ribut sudah melanda industri," katanya.
"2016 tahun yang malang untuk pengusaha teksi, dan tanda-tanda menunjukkan industri ini akan tumbang tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang, jangan pura-pura tanya soalan, kata Salleh

Posted: 24 Dec 2016 07:51 PM PST

Pemimpin DAP itu didakwa mengadun tuduhan sebagai soalan bagi mengelak daripada dikecam kerana membuat tuduhan palsu.
 lim-kit-siang,-salleh-said-keruakKUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemimpin DAP Lim Kit Siang perlu menghentikan permainannya bertanya soalan yang beliau sudah tahu jawapannya.
Beliau juga meminta Kit Siang supaya tidak lagi berpura-pura untuk bertanya soalan sedangkan beliau sebenarnya membuat kenyataan atau tuduhan, dan belajarlah untuk menerima perbezaan pandangan.
"Lim Kit Siang mengemukakan banyak soalan kepada saya: sudah 35 setakat ini. Tetapi, walaupun beliau mengolahnya supaya kelihatan seperti soalan, ia sebenarnya kenyataan yang bertopengkan soalan.
"Ini adalah taktik biasa untuk membuat kenyataan yang kelihatan seperti soalan untuk menyebabkan orang yang anda tanya soalan itu tidak mempunyai banyak ruang untuk memberi jawapan," kata Salleh dalam catatan terbaru melalui blog beliau hari ini.
Salleh berkata jika Kit Siang ingin membuat kenyataan atau tuduhan, buatlah dengan berterus terang.
"Kenapa hendak berpura-pura bertanya soalan sedangkan beliau sebenarnya bukan bertanya soalan? Beliau hanya ingin membuat tuduhan.
"Bagaimanapun, bagi mengelak daripada dikecam kerana membuat tuduhan palsu atau mengelirukan, beliau mengadunnya sebagai soalan dan jika diasak, beliau boleh mempertahankan diri dengan berkata beliau tidak membuat tuduhan, tetapi hanya bertanya soalan," kata Salleh.
Menurut beliau, kebanyakan "soalan" yang Kit Siang kemukakan sebenarnya sudah dijawab anggota Kabinet lain dan pemimpin DAP itu juga tahu mengenainya, tetapi tetap berpura-pura tidak tahu mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

Drama calon PM sementara belum berakhir..!!

Posted: 24 Dec 2016 07:50 PM PST

Timmy Say
Pembaca dinasihatkan untuk meninggalkan otak mereka ketika mengikuti drama ini. Anggaplah ia sebagai satu bentuk hiburan.
pakatan-harapan-bersatuNovember 12:
Di konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menegaskan calon perdana menteri sebelum terbebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditentukan segera.
"Siapa dia? Konvensyen ini akan putuskan dalam apa cara sekalipun," kata beliau yang dipetik Malaysia Dateline.
Di sinilah bermulanya cadangan diadakan jawatan PM sementara.
Disember 15:
Malaysiakini melaporkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula mengesahkan PH akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan calon PM pakatan pembangkang.
Namun begitu, sebelum mesyuarat sempat diadakan…
Disember 16:
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dipetik China Press sebagai berkata PH sudahpun mencapai kata sepakat pada 13 Disember mengenai calon PM and timbalan PM sementara. Kit Siang juga memetik nama Presiden Amanah Mohamad Sabu untuk menguatkan hujahnya.
"Seperti Mat Sabu sebut tadi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon yang baik untuk perdana menteri sementara. Saya akan menambah, dengan perjanjian yang dicapai antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada hari Selasa untuk pakatan pilihan raya bagi mengalahkan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi calon yang sesuai untuk jawatan timbalan perdana menteri sementara," kata Kit Siang ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor.
Betul ke PH dah bincang?
Disember 20:
Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah pula muncul menafikan kata-kata Kit Siang dengan menegaskan bahawa PH tidak pernah berbincang untuk melantik Muhyiddin sebagai calon timbalan perdana menteri, lapor Free Malaysia Today.
Melihat kelam-kabutnya PH dalam isu ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak dapat menahan diri lalu masuk ke dalam perdebatan ini.
Disember 21:
"Lebih banyak kita bercakap mengenai siapa yang akan jadi perdana menteri, kita akan hilang sokongan rakyat yang kita perlukan undi mereka. Saya tidak ada pendapat (mengenai) siapa yang akan jadi perdana menteri, saya hanya fikir (perbincangan) ini perlu dihentikan," tegas Rafizi seperti yang dilapor Malaysiakini.
Nada Rafizi seolah-olah tidak dipersetujui Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Salahuddin.
Disember 22:
Dalam membalas teguran Rafizi, Khalid menegaskan calon perdana menteri bagi PH perlu ditentukan untuk mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan memastikan PH dapat bertahan selepas pilihanraya, lapor Antarapos.
Salahuddin pula memberi amaran kegagalan PH memuktamadkan calon perdana menteri seolah-olah mengulangi kesilapan pakatan pembangkang dalam PRU13 pada 2013 yang lalu.
"Kali ini, kita mesti berani untuk menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri," tegas beliau.
Melihat situasi yang semakin tegang ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mencadangkan agar Muhyiddin menjadi calon PM pembangkang pula bersuara.
Disember 23:
Read More / Baca Lagi >>

Ambil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang - Mahathir

Posted: 24 Dec 2016 07:47 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dakwanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberi biasiswa dan banyak lagi.
"Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?," katanya dipetik daripada Sinar Harian.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu tidak menolak kemungkinan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 kerana percaya 'umpan' yang ditaburkan kepada rakyat berkesan.
"Pernah seorang penduduk kampung, apabila ditanya kenapa tidak menyokong BERSATU dan saya, dia jawab BERSATU tak bagi duit, Najib bagi duit.
"Inilah kesalahan kita, kita masih terima sedangkan tindakan itu akan merosakkan negara," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mahathir turut berkata dengan pemberian BR1M, Najib kelihatan sangat yakin bantuan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.
"Najib (mungkin) percaya, "cash is king", bagi duit cukup (dan) rakyat akan sokong dia," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Tun Mahathir yang juga perdana menteri keempat itu berkata umpan BR1M itu mungkin dilihat sebagai usaha meringankan beban kewangan namun rakyat tetap menderita dengan pelbagai kos sara hidup yang tinggi.
"Ketika ini banyak sektor berdepan kekangan perbelanjaan sehingga memberi tekanan kepada rakyat.
"Sekarang kalau ke hospital, ubat pun kena beli sendiri. Banyak lagi perbelanjaan yang tidak mencukupi, tetapi BR1M yang diberikan," katanya.

PSM jangka Pakatan Harapan ajak bekerjasama di saat akhir

Posted: 24 Dec 2016 06:57 AM PST

Arutchelvan berkata, PH perlu mengadakan perbincangan dengan mereka lebih awal, bagi mengelakkan PSM kelihatan seolah-olah rakan kongsi sukar.
S.-Arutchelvan
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjangkakan Pakatan Harapan (PH) hanya berunding dengan parti itu pada saat-saat akhir berhubung kerjasama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mereka bakal dituduh rakan kongsi sukar.
Ahli Jawatankuasa Pusatnya, S Arutchelvan meramalkan PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta Amanah akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir "dan kemudian mengemukakan pelbagai permintaan".
"Kemudian ia akan kelihatan seolah-olah PSM adalah parti yang sukar," kata Arutchelvan kepada FMT.
Beliau sebelum ini menasihatkan PH memulakan rundingan dengan PSM lebih awal untuk membentuk gabungan lebih besar pada PRU akan datang.
Arutchelvan turut menafikan wujud pembabitkan serius dengan PKR, seperti didakwa Tian Chua.
Naib presiden PKR itu berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan PSM yang pernah menurunkan calon pada PRU lalu di bawah tiket PKR.
"Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius," kata Arutchelvan.
Beliau berkata, PH perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan "gabungan luas".
"Ia sentiasa kelihatan seolah-olah mereka maksudkan perjanjian seperti 3+1. Mereka atau pihak lain di Sabah dan Sarawak tidak berhubung dengan kami dan itulah yang PSM mahu: sebuah gabungan luas dalam erti kata sebenar," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy berkata, ada banyak isu yang PH perlu selesaikan sebelum mempelawa pihak lain.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor dukacita nahas bas ekspres

Posted: 24 Dec 2016 06:09 AM PST

Sultan Johor dukacita nahas bas ekspres
Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan dukacita terhadap nahas bas ekspres di Kilometer (KM) 137.2 Lebuh Raya utara-Selatan berhampiran Kampung Jayor, Pagoh yang mengorbankan 14 penumpang dalam kejadian awal pagi tadi.
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang difahamkan dimuat naik ketika baginda di United Kingdom kira-kira jam 8.00 malam.
"Saya berasa amat dukacita dengan makluman berita kehilangan nyawa dalam tragedi  kemalangan bas di Pagoh pada awal pagi Sabtu ini. Saya turut bersimpati kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dalam tragedi yang memilukan ini.
"Semoga ALLAH berikan semangat serta kekuatan kepada mereka yang sedang berkabung. Doa saya agar mereka yang cedera akan pulih sepenuhnya. Sila berhati-hati di jalanraya semasa musim cuti perayaan ini.
"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan supaya tidak berlaku kecelakaan atau kehilangan nyawa apabila berada di jalan raya,"katanya.

SPAD gantung lesen syarikat bas ekspres ragut 14 nyawa

Posted: 24 Dec 2016 04:56 AM PST

SPAD berkata, semua bas di bawah kendalian Goldstar Express (M) Sdn Bhd juga tidak dibenarkan beroperasi sementara menunggu siasatan selesai.
buas-spad
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung serta-merta lesen pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 14 nyawa di Muar, awal pagi tadi.
SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua bas di bawah kendalian Goldstar Express (M) Sdn Bhd juga tidak dibenarkan beroperasi sementara menunggu siasatan selesai.
"Keselamatan penumpang adalah keutamaan dan di bawah syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengusaha pengangkutan awam darat dikehendaki mendukung standard tertinggi dalam mengendalikan kenderaan mereka," katanya.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengetuai pasukan penyiasat yang turut disertai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala SPAD menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran syarat keselamatan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi itu, 14 maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di KM137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.
Empat belas mangsa korban itu terdiri daripada 12 warga tempatan (4 lelaki dan 8 perempuan) serta 2 wanita warga Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Posted: 24 Dec 2016 04:02 AM PST

Jamal didakwa memberi sogokan duit kepada remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dalam himpunan Baju Merah, bulan lalu.
jamal-yunos
SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan "protes tuala" dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.
Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.
"Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.
"Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal," katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.
Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.
Siti adalah antara mereka yang mengkritik "protes tuala" Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.
Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.
"Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain," tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.
Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.
Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.
"Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini. Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ASB YANG MENGECEWAKAN....

Posted: 24 Dec 2016 03:32 AM PST

Ramai yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit  adalah paling rendah sekali.

Tahun depan bagaimana agaknya?
Dalam kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun cuba mewajarkan penurunan pulangan itu sebagai masih kompetitif dan mengaitkannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kekecewaan jelas terselit di sebalik kata-katanya.

Ia memaksa beliau untuk berjanji akan memberi pulangan yang lebih memuaskan bagi tahun-tahun mendatang melalui perlaksanaan pelan strategik 2017-2022, selain akan memanfaatkan pengalamannya selama 28 tahun dalam sektor korporat dan pentadbiran bagi mencapai matlamat tersebut.

Jika semuanya memuaskan hati, sudah tentu Abdul Wahid tidak melontarkan janji seperti itu?

Sama-sama kita tunggu pulangannya bagi tahun depan pula.
Carta pulangan ASB secara keseluruhannya yang dipetik daripada FB Kelab Che Det seperti di atas, adalah realiti semakin berkurangnya keuntungan yang diperolehi oleh pelabur atau rakyat sejak kebelakangan ini.

Penjualan Saham Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV

Posted: 24 Dec 2016 03:27 AM PST

A Kadir Jasin

ALMADULILLAH, satu lagi kepincangan korporat membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya didedahkan secara meluas oleh penggiat media sosial.
Di masa yang sama, penggiat media sosial terus dikenakan tindakan undang-undang sama ada kerana kesilapan mereka sendiri atau kerana mereka menjolok sarang tebuan.
Pendedahan kali ini tercetus berikutan penyiaran sebuah gambar beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang didakwa terdiri daripada eksekutif kanan Felda Global Ventures Bhd (FGV).
Gambar itu kemudiannya menjadi viral (merebak) dan mencetuskan perbahasan hangat. Ia mencapai kemuncak apabila tersebar berita mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual semua saham FGV yang dimilikinya.
Gambar penghisap cerut yang menjadi viral
Berita itu khabarnya berpunca daripada memorandum dalaman KWSP. Ia turut menyatakan yang pinjamannya kepada FGV tidak mengalami sebarang masalah pembayaran balik.

Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.
Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53.
Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.
Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.
Harga saham GFV menrudum
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.
Margin keuntungan merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7 peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.
Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya empar sen tahun lalu.
Amaran Jadi Kenyataan
Read More / Baca Lagi >>

Terima kasih, Jasa tapi 1MDB tetap terbelanggu

Posted: 24 Dec 2016 03:06 AM PST

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) telah menyatakan dengan jelas hukuman penjara 30 bulan ke atas jurubank Jho Low, Yeo Jia Wei di Singapura tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim berkata, ini kerana sabitan itu adalah khusus untuk Yeo mengganggu para saksi untuk menutup kesalahan besarnya atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Perbicaraan bagi kesalahan pengubahan wang haram dengan Yeo menghadapi tujuh pertuduhan akan bermula tahun depan.
Oleh itu, ujar beliau, keadaan ini tidak melepaskan 1MDB dan individu yang Jasa cuba lindungi.
"Hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah sabitan dan hukuman penjara ke atas Yeo hanya bertindak sebagai cagaran untuk kesalahan utama termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam gerakan haram S$23.9 juta dana berkaitan 1MDB.
"Bagaimana Jasa boleh mendakwa bahawa dakwaan-dakwaanb utama tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Arul atau Najib sebagai individu utama yang bertanggungjawab ke atas keputusan penting yang memberi kesan kepada 1MDB.
"Bolehkah 1MDB dan kerajaan BN terus berpura-pura bahawa mereka tidak bimbang atau tidak mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan pendakwaan berkaitan dengan 1MDB yang sedang berlaku di kira-kira 10 buah negara di seluruh dunia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Lim mengulas sebaran mesej media sosial oleh Jasa ekoran hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan oleh mahkamah Singapura terhadap Yeo pada Rabu lalu.

Ahli Umno Sungai Besar pertahan ‘protes tuala’, sindiran Jamal terhadap Siti Nurhaliza

Posted: 24 Dec 2016 03:04 AM PST

Mereka berpendapat Jamal tidak bersalah, sebaliknya beliau ialah pemimpin berani dan kreatif dalam menyuarakan pandangan berhubung sesuatu isu.
Datuk-Imran-Tamrin
SUNGAI BESAR: Ahli akar umbi Umno Bahagian Sungai Besar mempertahankan tindakan ketua parti kawasan itu, Datuk Seri Jamal Yunus mengadakan "protes tuala" terhadap gangguan bekalan air di Lembah Klang dan mempersendakan Datuk Siti Nurhaliza kurang subur.
Mereka berpendapat ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tidak bersalah, sebaliknya beliau ialah pemimpin berani dan kreatif dalam menyuarakan pandangan berhubung sesuatu isu.
Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Imran Tamrin berkata, tindakan itu adalah kreativiti Jamal dalam cara beliau berpolitik.
"Pada pandangan saya, itu kreativiti dia sendiri dan tidak banyak pemimpin politik masa ini mempunyai inisiatif dan cara berfikir kreatif untuk membawa sesuatu isu ke depan.
"Apa sahaja yang Jamal buat itu adalah satu tindakan terbaik untuk menaikkan namanya di dalam masyarakat, terutama berhubung sesuatu isu yang ingin dibawanya," katanya ketika ditemui FMT hari ini.
Beliau mengulas tindakan Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.
Siti adalah antara mereka yang mengkritik "protes tuala" Jamal di Shah Alam, pada Rabu lalu. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal hadir di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.
Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.
"Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain," tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.
Read More / Baca Lagi >>

Wajarkan pembelian Eagle High, kata Nazir Razak kepada Felda

Posted: 24 Dec 2016 01:44 AM PST

Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi perdana menteri perlu mewajarkan rancangan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.
Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.
FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.
Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.
Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.
Nazir dalam satu catatan di Instagram berkata, Felda masih membayar premium walaupun tawaran AS$505 juta untuk mendapatkan pegangan 37 peratus (580 rupiah sesaham) AS$175 juta kurang daripada tawaran FGV.
"Harga purata Eagle High pada bulan November adalah 212 rupiah sesaham, maka ia adalah premium 173 peratus bagi kepentingan bukan kawalan.
"Saya berharap lembaga pengarah akan mewajarkan sepenuhnya pengambil alihan dan penilaian walaupun perjanjian itu bukan lagi dibuat oleh FGV," katanya.
Nazir turut berkongsi gambar arwah bapanya ketika menyampaikan ucapan kepada peneroka Felda di Kuala Terengganu pada 28 Mac 1966.

KERAJAAN GAGAL ATASI KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Posted: 24 Dec 2016 01:30 AM PST

KERAJAAN didakwa gagal mengatasi kejatuhan nilai mata wang ringgit, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang berkeyakinan Malaysia tidak perlu panik, sebaliknya mempunyai kekuatan untuk memulihkan kedudukan mata wang ringgit dalam pasaran dunia.
"Tidak ada rakyat yang percaya dengan kenyataan Johari kerana ia tidak bawa apa-apa makna dan jaminan.
"Kenyataan 'jangan panik' mungkin akan bawa kesan sebaliknya kerana ia telah menonjolkan kegagalan kerajaan untuk menghalang nilai ringgit daripada terus menjunam," kata beliau dalam kenyataannya seperti dilaporkan dalam China Press.
Kelmarin, Johari dipetik sebagai berkata, Malaysia mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan yakin ringgit akan pulih.

Petisyen desak AS dedah identiti MO1 gagal capai sasaran

Posted: 24 Dec 2016 01:03 AM PST

Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya.
Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan.
Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari.
Oleh itu, tarikh akhir untuk petisyen ini adalah hari ini, 24 Disember.
Jawatankuasa Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini mengumumkan sokongan terhadap petisyen itu dan menggesa orang ramai untuk menurunkan tandatangan.
DOJ telah memfailkan tindakan saman sivil pada bulan Julai yang lalu bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion nilai aset dan perbelanjaan yang terkait dengan konspirasi pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Sendu Husam membuat saya tidak bisa tidur

Posted: 24 Dec 2016 12:24 AM PST


Oleh Mohd Sayuti Omar
Diri kita ini kadang-kadang akan berubah hanya kerana sedetik peristiwa atau sekelumit kejadian sahaja. Tidak semestinya peristiwa itu besar yang berlaku di hadapan mata, tetapi cukup sekadar mengetahui dan menghayatinya dengan jiwa insaf.
 
Atau pun hanya kerana satu peristiwa sahaja ia boleh membuat kita hilang rasa "meta" dan kemanusiaan kita relai dan lunyai. Lebih membahagiakan lagi perubahan yang spontan dan drastik itu juga tanpa diduga memberi sesuatu pengajaran besar penuh pengertian, memaknakan hidup kita sebagai hamba-Nya yang relatif lemah.

Saya kemabli ke dalam diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang yang sukar untuk menangis. Air mata saya sangat mahal untuk jatuh tanpa ada tujuan yang tersendiri dan mengenatik yang kuat. Jiwa saya liat untuk menjadi sayu.

Saya adalah seorang yang "gagah" dan sedia menghadapi apa juga cabaran dan halangan. Apa lagi selaku penulis politik saya tidak terlepas dengan cacian, tuduhan dan juga fitnah. Bahkan diancam secara fizikal, ia lebih menjadikan saya tidak mengerti erti takut atau dayus.

Dan selaku anak kampung yang meratah kesangsaraan dan kemiskinan sejak kecil segala kesusahan sudah mangli dalam diri saya. Demikian segala cabaran sebagai penulis tidak pernah mengugahkan perasaan saya dan dijadikan alasan untuk saya mengalah. Jauh sekali untuk meletakkan pena dari menyatakan kebenaran.

Sebahagian penerima bantuan daripada Husam.
Selain memiliki sifat itu saya juga seorang yang tidak mudah tunduk dan mempedulikan kepada penghinaan. Mengambil kisah kepada apa-apa cacian. Namun sesuatu yang orang tidak mengetahui tentang saya ialah kelembutan jiwa dan hati saya. Perasaan sensitiviti saya sangat tinggi, disebaliknya saya ada ketegasan dan tidak akan bersekongkol dengan apa jua kemungkaran. Saya tidak akan larut dalam garam lautan dan tidak akan hanyut mengikut arus yang entah.

Apa yang hendak saya kongsikan dengan penjengok sekalian dalam catatan selepas Subuh ini ialah mengenai, bagaimana sekelumit peristiwa ia bisa mengugahkan perasaan saya. Bagaikan pupukan bayu yang lembut boleh meruntuhkan bukit pasir di sahara. Ia adalah mengenai sendu seorang kawan bernama Husam Musa telah menyebabkan saya tidak bisa tidur hingga ke Subuh.

Sendu beliau itu menjadi racun menyedar dan menginsafkan saya dan kenaifan kita semua sebagai hamba. Inilah yang hendak dikongsikan disini. Diharap sudi mendengarnya.

Semalam saya di Kota Bharu Kelantan dan sempat hadir ke suatu majlis Husam di Salor. Semasa berucap dalam majlis menyampai bantuan kepada penduduk dalam kawasannya, di Wisma Tokguru Husam telah menyelitkan ucapannya dengan memberi gambaran apa yang berlaku di Aleppo, Syria mengenai kesangsaraan dan penderitaan saudara segama kita di sana angkara kekejaman regim Bashar as-Assab di tanah Halab itu.Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor tiada masalah sepentas PKR dan Bersatu

Posted: 24 Dec 2016 12:22 AM PST

Oleh DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Selangor tidak ada masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).Setakat ini dua program ceramah umum PAS di Selangor telah diadakan dengan penceramah dari PKR dan BERSATU.

Yang terkini adalah pada 5 Disember lepas yang melihat Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah di atas pentas bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS.
Ceramah pada 5 Disember itu merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luarbiasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.

Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan di dalam perkembangan politik tanah air.

PAS memang mempunyai hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR.

Ceramah PAS yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan.

Tetapi ceramah bersama pimpinan BERSATU di Selangor hanya baru dimulakan.

Walau bagaimanapun PAS di Kelantan dan Terengganu telah lebih dahulu menjemput pemimpin BERSATU di dalam ceramah-ceramah mereka.

Walau bagaimanapun PAS masih bertegas untuk tidak bersama di atas pentas politik bersama DAP atau PAN kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka.