Dulu bukan main lagi Tun Mahathir berkata begitu pada DAP. Bersungguh sunguh betul Tun Mahathir mengingatkan orang Melayu mengenai bahayanya berpakat dengan DAP.
Mengenai bahayanya kalau kalau Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Itu dulu, kini Mahathir sudah maafkan Kit Siang dan DAP. Duduk bersama dan satu agenda bersama Kit Siang.
Apa yang Mahathir dan DAP cuba perjuangkan hari ini amat amat bahaya sekali kepada bangsa dan negara. Orang Melayu dipecah belahkan dan menjadi taksub pada Mahathir.
Mereka sokong Mahathir sebab taksub dan beremosi bukan berlandas fakta sebenar. Kalau dikaji fakta dan prinsip sebenar, Mahathir tidak boleh disokong lagi. Agendanya sudah jadi peribadi dan sudah khianati bangsanya sendiri.
Bukan sekali Mahathir bersama dengan Kit Siang. Sudah berkali kali dan sudah nampak macam sebati. Melayu yang sedar tidak boleh membiarkan bangsanya dijual beli oleh Kit Siang ini.
Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen PAN di Shah Alam pada 11 Disember 2016
Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen DAP di IDCC, Shah Alam pada 4 Disember 2016
Mahathir bersama Kit Siang dalam demo BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada 19 November 2016
Mahathir bersama Kit Siang dalam satu video temubual eksklusif pada 14 November 2016
Mahathir dan Kit Siang bersama sama masuk ke parlimen pada 8 November 2016 untuk mesyuarat khas membincangkan hak dan kebebasan Ahli Parlimen.
Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN pada 17 Jun 2016
Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN di Dewan Restoran Hao Xiang Chi pada 11 Jun 2016
Mahathir bersama Kit Siang berceramah sepentas di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan pada 28 Mac 2016.
Mahathir bersama Kit Siang dalam Kongres Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 27 Mac 2016
Mahathir bersama Kit Siang di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti (UM) Kuala Lumpur pada 4 Mac 2016 dalam Program tandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia.
terbaik dalam kepimpinan pembangkang - yang lebih berintegriti, berilmu serta keagamaannya yang tidak boleh dipersoalkan untuk jawatan Perdana Menteri?
Jangan salahkan orang lain, termasuk orang UMNO dan PAS kalau anggap Pakatan Harapan (HARAPAN) 'kapal buruk bakal karam kerana berebut PM'.
Semalam, Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengibaratkan pakatan pembangkang umpama kapal buruk berikutan perebutan jawatan utama kepimpinan negara.
Sebenarnya semuanya adalah salah HARAPAN sendiri kerana terpedaya dengan jerat UMNO yang mendesak untuk dinyatakan Kabinet bayangan dan siapa Perdana Menteri dan timbalannya jika menang.
Pemimpin pembangkang bagai 'tak faham-faham' strategi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memang mahir dan berpengalaman berpolitik seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka tahu bagaimana mahu mengasak dan porak-perandakan HARAPAN.
Akibat sibuk dengan siapa nak jadi Perdana Menteri, sedangkan seperti kata Syed Ali, 'kapal belum siap', pemimpin pembangkang buat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan mereka sendiri.
Memang benar ramai daripada mereka yang sudah berdekad sertai politik tetapi keadaannya tetap 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.
Kenapa nak berbahas di media mengenai siapa akan jadi Perdana Menteri atau Kabinet bayangan yang akhirnya menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang.
Amat jelas ada yang tidak habis-habis dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, walaupun tahu laluan itu sukar.
Dengan mengemukakan formula yang akan menyebabkan timbulnya masalah, pastinya akan mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang bagi kepentingan masng-masing.
Mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perasuah, menyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir negara dengan baik, menyebabkan negara bermasalah dan sebagainya tetapi masih mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya yang mempunyai 'rekod yang boleh dipersoalkan dan dianggap buruk'?
Jika demikian ada bezanya Najib dan Anwar?
Kenapa tidak cuba mencari jalan – walau panjang sedikit – menentukan seseorang yang lebih baik di kalangan yang terbaik dalam kepimpinan pembangkang iaitu seseorang yang lebih berintegriti, berilmu, profesionalisme serta keagamaannya yang tidak boleh dipersoalkan untuk jawatan penting itu?
Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin tertentu bukan sepatutnya menjadi pilihan utama jika dari segi moral, keupayaan dan keyakinan rakyat terutamanya orang muda dibelakangkan.
Begitu juga dalam konteks anggota Kabinet bayangan.
Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan pembangkang, buat kenyataan yang tidak memberikan keyakinan kepada rakyat, apa lagi yang boleh dipermainkan oleh UMNO dan sekutunya.
Susulan bidasan Nazri Aziz yang menyifatkan era diktator Tun Mahathir Mohamad sudah berakhir dan mahu beliau hanya menghabiskan sisa-sisa usianya bermain dengan cucu, bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang panjang yang menjawabnya.
Dalam tulisan di blognya semalam untuk menjawan perkara itu, jelas kita dapat memahami betapa sayangnya Tun Mahathir kepada negara ini dan masa depan rakyatnya.
Sebagaimana beliau keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan Tun Abdullah Badawi kerana kerakusan "budak-budak tingkat 4" menguasai institusi Perdana Menteri ketika itu, kini misinya ialah untuk "menghalang Najib Razak daripada terus merosakkan negara".
Hakikatnya semua orang sedar timbunan perbuatan Najib yang memang merosakkan negara, tetapi tidak ada yang berani bersuara kerana lebih memikirkan poket, perut, jawatan dan dedak.
Di era Najib ini, sokongan kepada UMNO untuk kebaikan negara sudah bertukar menjadi sokongan kepada peribadi Najib untuk mengutip apa saja kepentingan peribadi yang boleh diraih.
Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia yang berfikir tidak saja berkaitan poket, perut, jawatan dan dedak untuk diri sendiri, seharusnya bersyukur dengan sedianya Tun Mahathir kembali ke kancah perjuangan kerana kini lebih mungkin anak-anak dan cucu kita mempunyai masa depan yang lebih bahagia untuk mereka.
Jika Tun Mahathir hanya memikirkan tentang dirinya dan kepentingan masa depan anak-anaknya sambil mempunyai lebih banyak masa bemain dengan cucu, tentulah lebih baik baginya menjadi pendiam dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib.
Tetapi, dengan terus berjuang dan menghadkan masa bersama cucu, beliau bukan saja hilang banyak kemeriahan di usia tuanya, bahkan masa depan anak-anaknya juga jadi tidak menentu.
Sebenarnya, inilah yang membezakan antara seorang tua berusia 91 tahun yang dalam nafasnya masih sayangkan negara berbanding orang lain yang hanya mampu berkata, "tak apalah sebab kini zaman Najib menguruskan negara."
Berdiam diri dengan kecurangan yang berlaku di depan kata, antaranya pembaziran, naik jet sesuka hati, 1MDB, ribu-ribu juta dalam akaun peribadi dan menambah hutang secara menggadai negara, lebih memungkinkan keadaan menjadi lebih buruk untuk masa depan negara.
Cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan partinya (PKR) ditolak dengan penuh hormat oleh Salahuddin Ayub.
Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga dilaporkan mengambil sikap sama.
Penolakan itu tepat, jauh sekali menunjukkan Amanah sombong atau pun angkuh. Keperluan dihasratkan Azmin itu ada kulihanya tetapi bukan waktu ini. Ia juga dianggap anti klimeks disaat Amanah baharu selesai mengadakan konvensyen dan berjaya menunjukkan kekuatannya kepada khalayak.
Kata Sallahuddin dalam satu kenyataan, penggabungan kedua-dua parti itu tidak berbangkit buat masa ini. Laras bahasa Salahuddin lunak ia menggambarkan begitulah juga lemah lembut dan berhemah siasahnya.
Menurut Salahuddin penubuhan Amanah adalah untuk mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan Islam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahtrakan rakyat dan negara.
Dalam hubungan itu pewujudan Amanah pastilah sebagai parti ganti (alternatif) kepada Pas yang sudah tergelicah dari landasan politik kontemporari dan kontra dengan trand politik terkini dengan kembali menjadi jumud semula, maka kewujudan Amanah adalah ketumbukan baharu rakyat berhadapan dengan kebejatan UBN.
Ini ditegaskan Salahuddin; "Parti Amanah bersama Keadilan dan DAP menububuhkan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini dengan kehadiran PPBM, bersama PH telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha menumbangkan BN."
Peranan Amanah bersama rakan-rakan lain sangat jelas yang tidak sepatutnya dikelabukan oleh timbalan presiden PKR itu.
Sepatutnya Azmin dan sesiapa yang mahu penggabungan itu memahami matlamat dan tujuan penubuhan Amanah. Kalau Amanah diminta bergabung dengan PKR, untuk apa para pemimpinnya bertungkus lumus sehinggakan dicerca oleh bekas rakan mereka kerana menubuh Amanah. Sepatutnya mereka batalkan sahaja niat itu langsung menjadi ahli PKR.
Bagi saya, saya tidak percaya kalau Azmin tidak memahami matlamat itu, melainkan beliau mahu menjadi populis di sebalik cadangan itu terutamanya dari kalangan Pas serta ada perkara lain yang hendak ditanguk. Read More / Baca Lagi >>
KOTA BHARU: Sebenarnya Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sendiri telah gagal memainkan peranannya untuk menyatukan gerakan Islam dan parti-parti politik di Malaysia, bahkan parti Islam itu sendiri di bawah kepimpinannya telah berpecah-belah dan semakin hilang pengaruh dan wibawa, dakwa Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.
Bukan itu sahaja, jelas beliau, ahli-ahli Pas juga terus meniup semboyan takfiri dengan melebelkan seteru dan mereka yang tidak sehaluan dengan perti itu, dengan bermacam-macam gelaran seperti kafir, munafik haraki, pengkhianat, sesat, anjing, babi dan banyak lagi tanpa disekat oleh pucuk pimpinan Pas secara serius.
"Jadi macam mana nak satukan atau rapatkan Sunni-Syiah di Tehran, jika di negara sendiri pemimpin dan ahli-ahli Pas yang ligat meniup takfiri sesama Sunni," tegas beliau ketika dihubungi Amanahdaily.
Beliau bertanya, atas asas apakah Haji Hadi cuba menjadi jaguh untuk mendekatkan kedua-dua Mazhab Sunni dan Syiah yang telah berbalah sudah lebih 1,400 tahun yang lalu.
Pada 19 Disember lalu, KUIS telah memuatnaik pada laman facebooknya kenyataan rasmi yang mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mazhab di Tehran.
Kenyataan berbahasa Arab itu menyebut, KUIS terkejut dengan kunjungan Naib Pengerusinya kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.
KUIS mengutuk kunjungan yang dilakukan pada waktu ini (ketika kumpulan Sunni-Syiah berperang), dan ia dianggap kunjungan yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.
Kenyataan itu juga menegaskan, Abdul Hadi tidak dianggap mewakili KUIS tetapi beliau ke Tehran atas kasiti peribadi sahaja.
Mengulas lanjut, Ustaz Che Ibrahim berkata, barangkali kerana telah dirasakan berjaya merapatkan hubungan Pas dengan Umno yang dahulunya sangat bermusuh maka Haji Abdul Hadi yang kini Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) agaknya yakin beliau mampu pula untuk merapatkan jurang antara dua Mazhab Sunni dan Syiah.
Katanya, adalah sangat tidak wajar Presiden Pas itu menghadirkan diri ke Taheran di saat dunia Islam sedang bersedih dan mengecam tangan-tangan yang terlibat ke atas apa yang terjadi di Aleppo yang disyaki Iran terlibat secara langsung dalam peperangan di Syria itu.
Menurut Ustaz Che Ibrahim, apa yang terjadi hari ini ialah pertembungan antara Sunni-Syiah dan bukan lagi atas dasar perbezaan mazhab.
Ia selepas hukuman penjara 3 tahun bekas pekerja Petrosaudi itu dipendekkan selepas dia diberikan 2 Pengampunan diraja
BANGKOK: Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo akan pulang ke tanah airnya Switzerland selepas dibebaskan dari penjara semalam. Pegawai di pusat tahanan imigresen iaitu tempat dia ditahan selepas dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok pada tengah hari semalam, mengesahkan tiket penerbangan Justo sudah disediakan. "Ya, tiket penerbangan dia dibeli dan dia dijadual meninggalkan Thailand lewat malam ini," kata pegawai itu yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai penerbangan Justo. Semalam, pegawai itu yang enggan dikenali berikutan sensitiviti maklumat yang diberikannya itu, berkata warganegara Switzerland itu masih ditahan di pusat tahanan imigresen dengan ditemani beberapa pegawai daripada Kedutaan Switzerland di Bangkok. Katanya Justo akan dihantar ke lapangan terbang kira-kira 3 jam sebelum menaiki penerbangannya. Semalam, bekas eksekutif IT Petrosaudi itu dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok, tempat dia menjalani hukuman penjara 3 tahun, menurut peguam belanya.
Worasit Piriyawiboon memberitahu Bernama Justo dibawa ke pusat tahanan Jabatan Imigresen untuk urusan dokumen perjalanan sebelum menaiki penerbangan untuk pulang ke tanah airnya. Justo tiba bersendirian di perkarangan jabatan itu pada kira-kira 11.50 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki sebuah van dengan dikawal rapi oleh beberapa anggota komando bersenjata. Ketika didekati dan ditanya oleh kalangan wartawan yang menunggu, warganegara Switzerland itu yang dilihat tenang, berkata dia berharap untuk berlepas pulang dengan penerbangan ke tanah airnya malam ini selepas menjalani hukuman penjara lebih setahun daripada jumlah hukuman penjara 3 tahun itu. Read More / Baca Lagi >>
Di Malaysia, kabinet bayangan dibangkitkan hanya sebelum tiba PRU, tetapi di negara demokrasi berparlimen lain, kabinet bayangan ditubuhkan selepas PRU supaya menteri bayangan mempunyai 5 tahun membuktikan keupayaan.
Oleh Mohammad Fakhrurrazi Rashid Setiap kali pilihan raya umum (PRU), penubuhan kabinet bayangan diketengahkan dalam ruang awam. Di Malaysia, desakan dan tuntutan menubuhkan kabinet bayangan ditujukan kepada parti pembangkang dengan hujah rakyat mahukan satu "bayangan" atau "kerajaan alternatif" untuk menggantikan parti pemerintah. Jelas, kabinet bayangan ini mempunyai pengaruh dan kepentingan dalam membantu rakyat memilih kepimpinan negara. Hakikatnya, institusi kabinet bayangan di Malaysia masih tidak terlaksana dan kefahaman orang awam mengenai institusi masih di peringkat awal. Walaupun terdapat saranan supaya pihak pembangkang Malaysia menubuhkannya, tetapi usaha ini tidak pernah difahami dari segi kerangka dan fungsi sebenar kabinet bayangan. Tidak dinafikan terdapat cabaran dan kekangan yang perlu dilihat dalam penubuhan kabinet bayangan di Malaysia. Justeru cabaran penubuhan kabinet bayangan ini perlu dibincangkan supaya penubuhannya bukan atas dasar nama "politik". Persoalannya, adakah ini masa terbaik kabinet bayangan ditubuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) di saat akhir sebelum PRU 14? Bila waktu terbaik? Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Westminster memberi ruang kepada parti pembangkang menubuhkan kabinet bayangan di Parlimen. Parti pembangkang yang mempunyai kerusi kedua tertinggi diberikan penghormatan menubuhkan kabinet bayangan. Kabinet bayangan kebiasaannya ditubuhkan selepas PRU selesai dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk memastikan kabinet bayangan ini menjadi "daya" tekan kepada kerajaan yang sedia ada di Parlimen. Di Britain, Ed Milliband, ketua pembangkang daripada parti Buruh, memilih menteri bayangan selepas PRU pada 2010 selesai. Berbeza di Malaysia, kabinet bayangan dipersoalkan sebelum tiba PRU. Perkara ini bertentangan dengan amalan negara demokrasi berparlimen yang lain seperti di Britain dan Australia yang mengumumkan kabinet bayangan seawal selepas PRU. Kelewatan penubuhan kabinet bayangan di Malaysia menyebabkan rakyat hanya mampu meneliti senarai kabinet bayangan sahaja yang tertera gambar dan nama sahaja. Perkara ini tidak berbaloi kerana rakyat tidak mengetahui kemampuan dan kebolehan kepimpinan tersebut menjadi seorang menteri. Jelas sekali, amalan dan kefahaman untuk menubuhkan kabinet bayangan dalam kalangan pemimpin parti politik dan rakyat di Malaysia kurang tepat. Tidak seharusnya kabinet bayangan ini dipersoalkan ketika bahang PRU kian tiba.
Pengumuman kabinet bayangan daripada parti pembangkang di saat akhir sebelum PRU akan membuka ruang isu ini "dipolitkkan". Kritikan Datuk Seri Salleh Said Keruak akan kegagalan parti pembangkang menubuhkan kabinet bayangan hampir 26 tahun merupakan satu contoh terbaik isu penubuhan kabinet bayangan ini dipolitikkan. Beliau sepatutnya membahaskan isu ini seawal mengkin, iaitu ketika Barisan Nasional (BN) mengumumkan senarai jemaah menteri selepas memenang PRU 2013. Lebih parah lagi parti pembangkang, kini Pakatan Harapan (PH), gagal mengumumkan kabinet bayangan selepas pembentukannya pada 2015. Ketiadaan kabinet bayangan PH memberi laluan mudah BN mempolitikkan isu dan mengambil kesempatan menjatuhkan moral rakyat untuk memilih PH dalam PRU. Read More / Baca Lagi >>
"Perbalahan mengenai RUU PAS itu mungkin akan menggoyang BN, tetapi ia tidak akan memecahkannya.
PETALING JAYA: Perbezaan pendapat antara parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung cadangan PAS terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, memang tidak menyenangkan tetapi ia tidak akan membawa kemusnahan jangka panjang pada parti pemerintah itu. Penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata walau bagaimana teruk pun situasi itu terlihat di mata umum, gabungan yang terjalin sejak berdekad lamanya itu tidak akan putus. Beliau berkata kritikan yang dilemparkan antara mereka hanya menjadi cara pelbagai parti itu menyelesaikan masalah. "Perbalahan mengenai RUU PAS itu mungkin akan menggoyang BN, tetapi ia tidak akan memecahkannya. "Ini kerana akhirnya, parti komponen BN akan lazimnya pasti menyokong satu sama lain. "Keakraban mereka sudah banyak kali terbukti, terutama ketika krisis politik," katanya kepada FMT. Beliau juga yakin Umno tidak akan membiarkan gabungan itu pecah dan pastinya cuba memahamkan sekutunya mengapa ia menyokong RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Azman berkata ia mungkin bermakna Umno akan mengadakan sesi pertemuan dan jelajah untuk menjelaskan kepada pihak berkenaan yang mendakwa tuntutan memperkasakan kuasa hukuman di mahkamah syariah itu akan membuka laluan kepada hudud, sebenarnya tidak berasas. "Jika MCA, MIC, Gerakan dan PBB terus membantah RUU itu, Umno mungkin akan menghentikan rancangannya untuk mendesak ia diluluskan di Parlimen tahun depan. "Tapi itu hanya akan berlaku jika berlaku bantahan besar," katanya. Kerajaan baru-baru ini mendedahkan rancangannya untuk mengambil alih RUU Hadi pada peringkat bacaan kedua di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan. Semakan semula terhadap RUU itu memohon peningkatan hukuman di mahkamah syariah sehingga 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan. Read More / Baca Lagi >>
Dengan mengancam tidak mahu menyokong reformasi undang-undang berkenaan penukaran agama kanak-kanak, adakah PAS betul-betul berjuang untuk Islam atau mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan sendiri?
"Unilateral conversion", atau penukaran agama anak bawah umur yang dilakukan salah seorang ibu atau bapa, ialah amalan yang semakin kerap berlaku, selepas ibu atau bapa kanak-kanak memeluk agama Islam. Walaupun "conversion" boleh merujuk kepada pertukaran kepada mana-mana agama, di Malaysia, hanya pertukaran agama kepada Islam akan membabitkan undang-undang. Rakyat bukan Islam boleh bertukar agama tanpa melibatkan mana-mana badan berkanun dengan tiada masalah langsung. Hanya kalau pertukaran agama itu melibatkan Islam, mereka dikehendaki mendaftar dan seterusnya mengundang campur tangan kerajaan. Maka penukaran agama anak bawah umur kepada Islam boleh dijadikan alat untuk ibu atau bapa mendapatkan hak penjagaan anak mereka, dengan membabitkan mahkamah syariah. Pemelukan agama Islam dan murtad daripada Islam adalah fenomena yang selalu membangkitkan emosi orang Islam, bukan sahaja di Malaysia. Malah, ia juga berlaku di kalangan agama lain, walaupun tidaklah begitu ketara. Ini mungkin kerana agama lain melalui proses "dinyahpolitikkan" di mana berlaku pemisahan agama dan politik. Dengan itu, agama menjadi satu faktor identiti yang biasa sahaja, bukan faktor identiti utama seperti orang Melayu Islam di Malaysia. Mungkin ini berlaku di Indonesia, walaupun kebelakangan ini mereka pun semakin tebal identiti Islam seperti yang boleh disaksikan dalam kontroversi Gabenor Ahok sekarang. Seperti yang berlaku dengan kebangkitan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, politik berasaskan perkauman, agama atau negara (ya, "demi bangsa, agama dan negara"!) atau "identity politics" berjaya digunakan untuk memenangkan calon. Trump memberi kenyataan yang amat dangkal di sepanjang kempennya. Rakaman di mana Trump menceritakan bagaimana beliau mudah sahaja meniduri wanita dikatakan mampu menamatkan peluang Trump, tetapi itu pun tidak menjadi. Akhirnya, Trump menang juga kerana permainan politik identitinya terlalu kuat. Begitu juga di Malaysia. Seperti penduduk kulit putih Kristian di Amerika, Melayu Islam yang menjadi majoriti di Malaysia disalah pupuk dengan perasaan mereka diancam (siege mentality). Dengan pemupukan mentaliti ini, mereka tidak percaya terhadap bangsa dan penganut agama lain. Kita sering mendengar ahli politik menyatakan orang Melayu akan hilang tanah air mereka jika berhenti menyokong sesuatu parti itu. Perasaan takut sebegini menjadikan orang Melayu beremosi apabila berdepan dengan kombinasi identiti yang lain. Yang hairannya, walaupun mereka "tuan" negara sendiri dengan berpuluh institusi Melayu, mereka masih lagi dirudum kemiskinan!
Sehingga sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menterinya berdiam diri mengenai kos keseluruhan projek MRT sepanjang 150 km apabila saya menimbulkan isu anggaran kosnya telah mencecah RM124 bilion. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada projek penswastaan dan perancangan ekonomi iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan lebih gemar bermain politik menjadi kaki pukul Dato' Seri Najib, sedangkan tugas sebenar beliau iaitu menangani isu penswastaan dan perancangan ekonomi diabaikan. Projek MRT adalah projek penswastaan yang terbesar di dalam sejarah Malaysia. Ia akan menelan belanja sekitar RM124 bilion apabila kesemua 150 km disiapkan dalam tahun 2026. Semasa mengumumkan projek ini bersama-sama pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Plan atau ETP) di awal pentadbiran beliau, Dato' Seri Najib secara jelas menyebut kos RM40 bilion dan projek MRT sepanjang 150 km. Jumlah kos RM40 bilion ini diulang lagi di dalam ucapan Belanjawan 2011 beliau. Malah, pendedahan saya bahawa kos keseluruhan 150 km projek MRT ini melebihi RM100 bilion juga telah disahkan sendiri oleh MRT Corporation melalui kenyataan media yang dibuat sendiri seperti berikut: 1. Kos MRT1 jajaran Sg Buloh – Kajang: RM21 bilion seperti yang diumumkan Dato' Seri Najib sendiri 2. Kos MRT2 jajaran Sg Buloh – Putrajaya: RM32 bilion seperti yang diumumkan Dato' Najmuddin Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp pada 14 September 2016 dan dilaporkan di http://www.thesundaily.my/node/394710 3. Kos MRT3 jajaran bawah tanah "Circle Line": sekurang-kurangnya RM50 bilion seperti yang diumumkan Dato' Najmuddin Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp pada 14 September 2016 dan dilaporkan di http://www.nst.com.my/…/mrt-corp-planning-3rd-line-klang-va… Daripada pengumuman Dato' Seri Najib dan pengumuman rasmi MRT Corp sendiri, jelas bahawa keseluruhan projek MRT meliputi 150 km ini akan menelan belanja melebihi RM100 bilion (RM21 bilion + RM32 bilion + sekurang-kurangnya RM50 bilion). Read More / Baca Lagi >>
BUMI bakal mengalami fenomena solstis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan esok. Menurut Pegawai Sains Planeterium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena ini akan membuatkan bumi mengalami hari paling singkat di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan pula, hari paling panjang. "Fenomena solstis musim sejuk terjadi apabila matahari berada di titik terendah langit mengakibatkan bumi mengalami hari yang singkat di hemisfera utara. "Sementara di hemisfera selatan, matahari akan berada di titik tertinggi menyebabkan kawasan tersebut akan mengalami hari terpanjang bagi tahun 2016 ini yang juga turut dikenali sebagai solstis musim panas," katanya kepada media. Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana ia merupakan fenomena biasa dan hanya memberi kesan dari segi musim dan tempoh panjang hari yang berbeza di kawasan hemisfera utara dan selatan bumi sahaja. Tambahnya lagi, fenomena solstis ini berlaku setiap tahun dan disebabkan oleh kedudukan paksi bumi yang condong sebanyak 23.5 darjah. Namun begitu, tarikh dan masa bagi fenomena ini berubah saban tahun kerana perbezaan kalendar tahunan yang mempunyai 365 hari setahun sedangkan pergerakan sebenar bumi mengelilingi matahari (atau tahun solar) adalah selama 365.26 hari. Untuk pengetahuan ramai, tahun solar merupakan tempoh sebenar yang diperlukan bumi mengorbit sepenuhnya mengelilingi matahari dan tempohnya panjang sedikit berbanding dengan kalendar yang kita guna dalam satu tahun.
Datuk Iskandar Abdul Samad membuat ramalan berdasarkan maklumat pelaksanaan projek kerajaan persekutuan.
PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin diadakan pada Mei 2017, melihat kepada maklumat pelaksanaan projek daripada agensi kerajaan persekutuan. Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata lazimnya projek baharu akan dilancarkan ketika tempoh kempen pilihan raya. "Selain dari itu, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada akhir bulan Januari. Suasana perayaan akan berlarutan pada bulan Februari. "Tetapi tentu sekali BN akan menggunakan peluang sambutan tersebut untuk berkempen dan mengumumkan gula-gula untuk rakyat," kata Iskandar dalam satu kenyataan hari ini. Beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, bertambah yakin apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah mengeluarkan jadual taklimat untuk petugas pilihan raya. "Oleh yang demikian, kita perlu bersedia dengan pilihan raya umum yang mengejut. Selesaikan apa saja perkara yang belum diselesaikan dan lengkapkan segala persiapan," katanya. Seperti juga Iskandar, penganalisis tidak menolak kemungkinan PRU14 akan diadakan pada Mei tahun depan, memandangkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada atau selepas bukan puasa, atau ketika musim tengkujuh pada akhir tahun.
Dua slot lain adalah April, dan Oktober yang biasanya bulan kerajaan membentangkan Bajet. "Kerajaan BN boleh menunggu sehingga nilai ringgit meningkat atau terus mengadakan pilihan raya umum sebelum ringgit menjunam ke tahap yang lebih rendah. "Pandangan ramai adalah pilihan raya akan diadakan tanpa menunggu nilai Ringgit dipulihkan," kata Iskandar. PRU14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018. Read More / Baca Lagi >>
Sebagaimana yang dilaporkan media, Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah di pejabatnya di Putrajaya.
Lembaga yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM itu dipengerusikan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas ahli DAP yang kini sudah beralih menjadi penyokong dan pendokong setia kepada Perdana Menteri.
Apa agaknya yang dibincangkan dalam pertemuan selama 30 minit itu?
Sebagai Perdana Menteri, apakah "nasihat" Najib kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tersebut?
Sebagai penasihat kepada hal-hal yang berkaitan ketelusan dan akauntabiliti mengenai rasuah pula, apakah "nasihat" anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, khususnya Tunku Aziz kepada Najib?
Siapa yang menasihat dan siapa yang dinasihat?
Atau kedua-dua pihak saling nasihat-menasihati antara satu sama lain?
Berdasarkan wajah cerita masing-masing dalam foto yang ditunjukkan, agaknya kita sudah boleh menaruh harapan bahawa hasil pertemuan itu akan membawa penurunan kepada indeks rasuah negara di tahun-tahun berikutnya nanti.
KUALA LUMPUR, 20 DIS : Tanpa bukti kukuh membabitkan dakwaan yang mengaitkan anaknya, Lans Koperal Mustaza Abdul Rahman sebagai pengganas, Abdul Rahman Abdul Hamid berharap keadilan terhadap anaknya dapat ditegakkan. Beliau berkata, anaknya kini ditahan di Penjara Sungai Buloh mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Khas (SOSMA) 2012, sejak Julai lalu kerana dikatakan terlibat dengan pengganas IS.
"Ketika kejadian anak saya berada di dalam kereta dan memegang sebuah telefon bimbit dan ditahan polis kerana dikatakan cuba terlibat dalam aktiviti keganasan. "Saya ini bekas anggota polis, anak saya juga seorang polis dan arwah bapa saya yang juga adalah polis yang meninggal dunia ketika mempertahankan negara dari serangan pengganas. "Saya saran anak saya untuk masuk polis demi negara ini. Jadi adakah masuk akal apabila anak saya dituduh sebagai pengganas oleh pihak polis tanpa sebarang bukti?" katanya. Sebelum ini, Mustaza didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda. Mustaza didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan di bawah Seksyen 130C dan Seksyen 130J(1)(b) kanun sama. Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130M kanun yang sama dan kini masih ditahan mengikut Akta SOSMA. Kes berkenaan kini disimpan dalam rekod Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) membabitkan tangkapan dan penahanan individu di bawah akta berkenaan.
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO mempunyai kelebihan sekiranya Pilihanraya Umum ke-14 diadakan lebih awal, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Jelasnya, meskipun barisan pembangkang bercadang untuk mengagihkan pembahagian kerusi dengan cara baharu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru namun perkara tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan. "Cadangan tersebut sangat bagus tetapi lebih mudah bercakap daripada melaksanakannya. "Saya sendiri tidak boleh meramalkan mereka mampu menyelesaikan agihan kerusi tersebut sebelum pilihanraya berlangsung. "Barisan Nasional terutamanya UMNO pula mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana masih mempunyai sokongan kuat daripada rakyat luar bandar dan orang Melayu manakala pemimpin pun terus memberi tumpuan kepada golongan tersebut. "Perkara ini diketahui oleh pihak pembangkang namun mereka sendiri tidak mampu menandingi UMNO di dalam hal ini kerana satu demi satu parti baharu di pihak pembangkang muncul sedangkan sasaran mereka adalah orang yang sama.
Menteri itu menolak cadangan pembentukan kumpulan ekonomi baharu untuk membaiki ekonomi, kerana ia tidak ditubuhkan ketika ekonomi meleset di zamannya
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mencemuh kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai kenyataan seseorang yang nostalgia terhadap zaman diktator Tun Dr Mahathir Mohamad. Nazri merujuk kepada pendapat Daim yang disiarkan The Edge awal bulan ini. Daim antara lain berkata kerajaan perlu menangani ketidakyakinan rakyat dan mengikis pemikiran feudal, terutamanya dalam kalangan penguasa. Beliau menyarankan pembentukan kumpulan ekonomi baharu untuk membaiki ekonomi. Menyeru kepada reformasi, termasuk pindaan undang-undang bagi menjamin kebebasan badan kehakiman dan keselamatan, Daim menggesa kerajaan supaya bertolak ansur dengan suara bangkangan dan perbezaan pendapat serta ideologi. "Mungkin Daim sedikit nostalgia pada zaman dia menjadi menteri kewangan di bawah pemerintahan diktator Tun Mahathir. "Kita (di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sangat terbuka. Ada keterbukaan sekarang ini, berbanding pada zaman itu. Pada zaman itu orang takut nak bersuara," kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.
"Tun Mahathir seorang diktator seperti Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe)," tambahnya. Nazri menepis cadangan menubuhkan kumpulan ekonomi baharu, kerana negara pernah berdepan kemelesetan ekonomi ketika Dain menjadi menteri kewangan. "Tak perlu. Ekonomi negara meleset ketika dia jadi menteri kewangan tetapi ada jawatankuasa ditubuhkan. Kita tanganinya dengan cara kita. Read More / Baca Lagi >>
Nazri Aziz berkata Lim Kit Siang dan Dr Mahathir sering buat keputusan tanpa berbincang dengan parti.
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang tidak ubah seperti Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya, kata Datuk Seri Nazri Aziz. Ini kerana tokoh DAP itu membuat keputusan tanpa merujuk kepada pemimpin parti pembangkang lain, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu. "Saya rasa dia juga seorang tua yang merasakan seolah-olah DAP itu hak milik keluarga dia. "Saya tak fikir itu keputusan partinya sebab saya pun tengok ramai pemimpin DAP yang tidak selesa dengan Tun Mahathir," katanya selepas perasmian pameran wayang kulit di Muzium Negara hari ini, yang akan diadakan sehingga 28 Februari. "Biasalah perangai Tun Mahathir sama juga dengan Lim Kit Siang tak bincang dengan parti dia," kata Nazri.
Sebelum ini, Kit Siang mengumumkan Wan Azizah mungkin dilantik perdana menteri manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik timbalannya, sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum. Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, membidas Kit Siang dan Dr Mahathir, dengan berkata era mereka sudah berlalu. "Balik jaga cucu lah," katanya kepada pemberita. Nazri tidak mahu mengulas kemungkinan Wan Azizah menjadi perdana menteri.
Naib presiden Warisan berkata lebih 3,000 ahli BN dan parti pembangkang lain mengumumkan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam satu program di Ranau, minggu lalu.
PETALING JAYA: Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) Sabtu lalu, kata Junz Wong. Naib presiden Warisan itu berkata pengumuman keluar parti untuk menyertai Warisan itu dibuat menerusi program Jelajah Pemuda Warisan Sabah di Kundasang pada 17 Disember lalu. Beliau berkata antara ahli baharu itu ialah 400 bekas ahli Umno cawangan Desa Aman, 50 ahli Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (150), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500), Parti Cinta Sabah (500) dan 1,550 lagi daripada PKR. Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah berkata sambutan luar biasa kepada Warisan itu akan mencerahkan peluang parti yang baru ditubuhkan 2 bulan lalu untuk merampas Sabah daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Warisan akan menganjurkan lebih banyak siri jelajah di seluruh Sabah selepas ini," katanya kepada FMT.
Pada 17 Oktober lalu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menubuhkan parti itu selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Shafie berkata penubuhan parti baharu itu ialah langkah menyatupadukan semua kaum di Sabah. Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri turut mengumumkan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking sebagai timbalan presiden, manakala 3 naib presidennya ialah bekas presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony; bekas naib ketua Umno Semporna, Jaujan Sambakong dan Wong. Setakat ini, Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar.
Seorang ahli parlimen Umno tertanya-tanya mengenai keberkesanan strategi pilihan raya pembangkang apabila ia diumumkan lebih awal sebelum pertandingan. Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR Johor semalam yang mendedahkan rancangan Pakatan Harapan di Johor yang dianggap kubu kuat BN. Shahrir berkata, Umno dan BN mempunyai strategi sendiri, tetapi memilih untuk bekerja secara senyap. "Sepatutnya strategi ini rahsia, ada elemen kejutan, kita rancang. "Tapi mereka ini uar-uarkan di surat khabar, buat kenyataan. Ini strategi apa pun saya tak tahu. "Kita kerja senyap-senyap. Tak banyak cakap. Kita bekerja, menyusun (strategi). Takkan kita nak cakap strategi, patut kita simpan. Kita laksanakan diam-diam," katanya yang dipetik oleh portal BNBBC. Pada hujung minggu lalu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee berkata Pakatan Harapan akan meletakkan calon berprofil tinggi untuk kerusi parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi DUN. Strategi basi
Kita kerajaan Malaysia, iaitu dan semua bangsa orang kita, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjawab cadangan Perkasa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia. "Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain. "Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita. "Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak," katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari. Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.
Ibrahim mencadangkan perdana menteri daripada Umno manakala timbalannya daripada PAS. Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno. Read More / Baca Lagi >>
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menjelaskan mengapa beliau tidak berkelakuan seperti apa yang diharapkan daripada lelaki yang berusia 91 tahun. Ini susulan bidasan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz awal hari ini yang berkata zaman Mahathir, bersama-sama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sudah berlalu dan menasihati mereka supaya supaya 'balik jaga cucu'. "Ada orang marah oarng tua berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati. "Ya, saya tidak melakukannya walaupun pada usia 90 tahun. Ini bukannya pilihan saya. "Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia bagi saya melakukan sesuatu," kata Mahathir dalam blognya hari ini. Menurutnya, ketika Najib mula berkuasa, terdapat aduan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan sama ada dasar ekonominya, slogan 1Malaysia, dasar luar atau tidak lagi meneruskan Dasar Ekonomi Baru. Mahathir berkata, beliau menyampaikan aduan berkenaan kepada Najib tetapi tidak berhasil. Ini disusuli pula dengan skandal 1MDB. "Pada masa itu, saya merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan Najib. Negara ini kehilangan banyak wang. "Saya maklumkan kepada Najib saya tidak dapat menyokongnya lagi. Kemudian saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno. "Sekarang ini bukan lagi tentang orang ramai mahu saya melakukan sesuatu. Sekarang saya merasa perlu untuk menghalang Najib daripada merosakkan terus negara ini," katanya. Mahathir mendakwa Najib telah membelakangkan undang-undang dan institusi negara tidak berupaya mengekangnya. Walaupun tuduhan rasuah skandal 1MDB Mahathir berkata Najib adalah tidak terjejas dan merancang untuk mengambil lebih multi-bilion pinjaman ringgit untuk Keretapi Pantai Timur, KL-Singapura Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan Pan-Borneo Highway. Read More / Baca Lagi >>
Nampak jelas Tun Mahathir Mohammad tidak mahu dan tiada niat pun untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN.Itulah yang penulis Nampak.
Tun Mahathir Mohammad bekas perdana menteri pernah keluar umno kerana marah dengan Tun Abdullah Ahmad dan masuk semula apabila Tun Abdullah serah jawatan perdana menteri kepada Datuk seri Mohd Najib Razak.
Tun Mahathir keluar semula umno Dek Marah pada Datuk seri Mohd Najib Razak. Mmegapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana Najib memecat anaknya Datuk Mukhriz yang sedang menarjui negeri Kedah
Sejarah telah membukti, sesunggahnya Tun Mahathir ini pernah marah dengan Tunku Abdul Rahman al haj. Pernah marah dengan Tun Musa Hitam, pernah marah dengan Tun Ghaffar Baba pernahmarah dengan Anwar Ibrahim.pernah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini marah pula dengan Datuk Mohd Najib Razak.
Inilah penyakit yang dihidapi Tun Mahathir selain mengidap sakit pintasan jantung yang kemungkinan sampai sepanjang hayatnya.
Atas sebab itulah penulis berani berkata Tun Mahathir tidak ada niat untuk tumbangkan kerajaan umno/BN. Walaupun sudah ada parti bersatu, tetapi beliau masih sayang lagi dengan parti umno dan kerajaan yang pernah diterajui selama 22 tahun itu.
Oleh itu, Tun Mahathir cuma mahu jatuh Datuk seri Mohd Najib Razak dan diganti dengan perdana menteri baru sepertimana yang pernah dilakukan keatas Tun Abdullah Ahmad Badawi.itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Berbeza dengan pendapat Datuk Kadir Jasin tokoh wartawan Negara penyokong tegar Tun Mahathiryang juga turut keluar umno dan berkarta, kita mahu tumbangkan kerajaan umno/BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Usaha hebat untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kemungkinnnan besar tidak berhasil, kerana ketika diserang bertubi tubi itu tiada kelihatan yang Najib mengalah.malah beliau begitu kuat semangat kebal untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU 14 ini
Demikian juga usaha untuk tumbangkan kerajaaan umno.BN kelihatan tipis, kerana maufakat yang dibentuk dalam pakatan harapan kelihatan tak keruan.Hala tujunya tidak akan kemana.mana.
lebih lebih lagi Pas tidak akan sekali sekali turut bermaufakat selagi DAP dan Amanah masih ada dalam pakatan harapan.
Sesungguhnya PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.
Tegas Prewsiden Pas datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, bahawa di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.
Sesungguhnya inilah jalan sukar bagi pakatan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan umno/BN dalam PRU 14 nanti.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,walaupun sudah dipecat dari umno, kelihatan masih sayangkan parti keramat orang melayu itu.
Parti bersatu hanya dijadikan alat oleh Tun Mahathir untuk mencapai impiannya sahaja tidak lebih daripada itu. Percayalah.
You are subscribed to email updates from Komentar Kini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Marilah Sama-Sama Bina Semula Malaysia
-
A Kadir Jasin
*سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*
*MINTA* maaf. Itulah tema tampalan ringkas saya kali ini. Saya mohon maaf
kerana sangat lama tidak me...
KEJAR MASA PERSIAPAN BAGI PERASMIAN MASJID AL-UMM
-
BBB, 05 Sha`ban 1439H. = 21 April 2018M. (Sabtu): Tarikh perasmian bagi
Masjid Al-Umm diketahui, iaitu pada 8 Ramadhan 1438H. bersamaan 3Jun 2017.
Dari seg...
BN Kelantan pamer keyakinan untuk tawan Kelantan
-
*ULASAN*
*Mustapa Mohamed bersemangat mengemukakanmanifesto partinya. Foto: Fathil
Asri BH.*UBN Kelantan tampaknya ke depan berbanding dengan Pas dan Paka...
HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK?
-
KENYATAAN MEDIA 10 APRIL 2018 HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK? Di
mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah
kem ...
Pabila artis jahil tahap murakab
-
*https://www.ismaweb.net/2018/04/02/pabila-artis-jahil-tahap-murakab/*
*KEBELAKANGAN ini, saya semakin muak dengan telatah dan tingkah laku artis
yang ber...
Belated congratulations to the newlywed!
-
A belated congratulation to the newlywed couples of the year! The couples
have tied the knot in mid February, 2018. At last, nurturing this special
rela...
Happy & Prosperous Chinese New Year
-
RKRS enhanced living standard of 3,000 participants
Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact
Malaysia at risk of being ...
-
Media statement by M.Kula Segaran MP Ipoh Barat in the High Court of Ipoh
on 14th February 2018No remedy for wife whose husband was blatantly shot
dead by ...
-
*18 December 2017Press statement by MCA Publicity Spokesman (English/Bahasa
Malaysia) cum Religious Harmony Bureau Chairman Dato’ Sri Ti Lian Ker*
*DA...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia
-
Rental Mobil pontianakSewa Mobil pontianakPenyewaan Mobil pontianak Pada
Januari 2017, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia mencatat perolehan
angka ek...
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL
-
Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara
Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah
Celcius, ma...
ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA
-
Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita
Keadilan bertarikh 20 April 2016 BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon
mereka d...
Peladang
-
Ahli-ahli peladang diseru berani bersaing untuk maju. Mereka juga digesa
mendalami ilmu dan kemahiran untuk pergi lebih jauh. Demikian ditegaskan
pengerusi...
"Paciaru" atau breakfast.
-
Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur
keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru
...
Anwar Ibrahim's Health.
-
MEDIA STATEMENT BY SIVARASA RASIAH, MEMBER OF PARLIAMENT FOR SUBANG ( PARTI
KEADILAN RAKYAT ) AND LAWYER FOR ANWAR IBRAHIM – 16th November 2015
HEALTH MI...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
'No moles, just morons in police force'
-
Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461
A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the
way they carried out "Operasi Dad...
Hijrah : Wanita, Isteri, Ibu Pencetus Perubahan
-
Assalammualaikum w.b.t
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulangtahun
Hijrahtur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat ...
Kunjung Hormat
-
14 Ogos 2014, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid bin Omar
bersempena de...
Pemindahan Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
-
*Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit
Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum*
http://dunbuk...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Zahid:Chinese Not Doing Anything to Fight Crime
-
I am amazed that the Chinese had repeatedly been used as a punching bag
since the BN win by a lesser majority in the 13th general election.
The latest to j...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebelu...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
DEMI RAKYAT, UNDILAH BN
-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk mewakili Barisan
Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Ucapan Maulidur Rasul
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak sama ada orang perseorangan atau Masj...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
-
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di
negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada
sasaran 201...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
-
*06hb Ogos 2012.* YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi
kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari
kanan) ...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
Notification
-
ALERT !!!
I and my staffs ARE NOT connected in any way to the Facebook and Twitter
accounts created with a BLACK & WHITE profile picture of mine !
R.S.N.Ray...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri (4)
-
Pembangunan BeliaPembangunan belia merupakan suatu aspek yang amat penting.
Malangnya, pembangunan belia kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,
di m...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MALAYSIAN ARM RACE – REDUCE SPENDING ON THIS!
-
While we are concern about corruption, transparency and abuse of power, we
have over the years lost sight that arming the Nation policy by the BN can
lead ...
Kerajaan Negeri – UUM rangka pelan basmi kemiskinan
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah
Sustainable Development Centre Universiti Utara Malay...