Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kursus pengenalan KRISIS untuk Protun, penyokong Din Tunggul

Posted: 15 Dec 2016 07:52 PM PST


Boboi yang pelangkung di Jepun dan perlu transfer kredit ke Amerika untuk dapat degree pun boleh sertai ...







Penjelasan lebih pangang lebar di http://antirepublik.blogspot.my/2016/12/10-petunjuk-malaysia-dalam-krisis-atau.html

Pakar ekonomi pass Senior Cambridge dan pengarang majallah ekonomi yang tuttup kedai pun elok sertai kursus http://snapshot2016.blogspot.com/2016/12/akj-pakar-ekonomi-pass-spm-melawak-lagi.html






ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pakatan Pembangkang Akan Berebut Kerusi Sesama Sendiri Dalam PRU14 Nanti

Posted: 15 Dec 2016 12:00 AM PST


Nik Amar awal awal sudah meramalkan perebutan kerusi akan berlaku dalam kumpulan pembangkang semasa PRU14 nanti. PAS sudah kena dipermainkan oleh DAP dan PAN. 

PAS sudah serik dan tidak mahu lagi berpakat dengan DAP dan PAN. Oleh sebab itulah DAP menggunakan screw baru iaitu parti bunga untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Berapa lama perjanjian mereka ini mampu bertahan? Tidak akan sampai ke mana? Kerana mereka berpakat hanya untuk jangka pendek dan penuh dengan sandiwara.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KENAPA SAMPAI JADI BEGINI?

Posted: 15 Dec 2016 07:44 AM PST

Kes 1
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda atau ANAK dan bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman diisytiharkan muflis setelah gagal membayar gantirugi sebanyak RM500 ribu berikutan kalah dalam saman yang difailkan oleh Felda terhadapnya.

Pada 20 Julai 2009, Felda telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Sdn Bhd kerana kandungan sebuah buku "Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" yang dianggap memfitnah agensi tersebut.

Disebabkan gagal membayar gantirugi itu, Felda akhirnya telah memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.
Ketika menerbitkan buku tersebut, Mazlan adalah Presiden ANAK dan AJK Pas Pusat, tetapi kemudian membuat keputusan menyertai Amanah.

Di sebalik Amanah yang kini bertindak melancarkan tabung untuk membantu Mazlan, persoalan yang timbul ialah di mana usaha Pas untuk membantu beliau?

Apakah Pas seolah-olah sudah lupa bahawa selama berpuluh tahun sebelum ini, Mazlan berjuang bersama parti itu dan sumbangannya dalam menarik sokongan masyarakat Felda kepada Pas tentulah juga bukan sedikit?

Tidak terdetikkah di hati pemimpin-pemimpin Pas, setidak-tidaknya atas nama persaudaraan Islam, untuk turut sama membantu Mazlan, walaupun beliau kini sudah bersama Amanah?


Kes 2
Selepas PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai.

Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.

Namun, pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.
Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis.

Yang menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada gunanya pujuk PAS, kata DAP Perak

Posted: 15 Dec 2016 06:38 AM PST

Ini kerana orang ramai sudah tahu PAS mula sebati dengan Umno, kata Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.
sivakumar
PETALING JAYA: Tidak ada gunanya memujuk PAS untuk berjuang bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kata DAP Perak hari ini.
Timbalan Pengerusi V Sivakumar berkata, ini kerana orang ramai sudah tahu PAS mula sebati dengan Umno.
"Apabila parti itu sudah berjinak dengan Umno, tidak perlu untuk pemimpin-pemimpin pembangkang memujuknya lagi. PAS dan Umno sudah mempunyai agenda mereka sendiri.
"Sama ada MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak akan merestui perkahwinan PAS-Umno itu belum pasti lagi. Kita perlu tunggu dan lihat adegan seterusnya," kata Ahli Parlimen Batu Gajah menerusi kenyataan hari ini.
Pada 13 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta parti pembangkang supaya berhenti menyerang partinya sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama menentang BN pada PRU14.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata PH harus bersedia berhadapan PAS-Umno walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru di banyak kerusi.
"Rakyat boleh menentukan parti manakah yang boleh membawa perubahan dan selamatkan rakyat dan negara ini.
"Pakatan Harapan tidak boleh tunggu untuk sesiapa lagi. Perlu mengatur strategi dan turun padang dengan serta merta untuk memberi penjelasan.
Read More / Baca Lagi >>

'Jika tak nak pembangkang, PAS kena pilih Umno'

Posted: 15 Dec 2016 05:19 AM PST

Mengikut sifir politik, jika PAS dan Umno mahu kekal selamat mengharungi pilihan raya umum akan datang, kedua-dua parti perlu merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.
Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.
Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata PAS tidak ada pilihan selain bekerjasama dengan pembangkang lain, atau Umno.
Namun kemungkinan yang dihadapi PAS jika menolak kerjasama dengan pembangkang ialah, parti itu mungkin kehilangan undi daripada bekas penyokong mereka yang kini beralih ke Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Pakatan Harapan (HARAPAN).
Umno pula, katanya, berdepan risiko kehilangan undi penyokong parti itu dengan munculnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Justeru apa yang tinggal, kalau nak menang Umno kena ada strategi untuk tarik undi PAS. PAS pula kena ada strategi untuk tarik undi Umno.
"Sebab itu untuk elak berlaku pertembungan (antara PAS dan Umno) kedua-dua parti perlu bekerjasama. Tak perlu pun PAS menyertai BN," katanya.
Mahfuz dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan pendirian BERSATU masih mahu berunding dengan PAS menjelang PRU ke-14.
Pembangkang masih bergelut untuk membentuk barisan yang mantap sebagai persediaan menghadapi BN pada PRU yang dijangka akan diadakan seawal suku pertama tahun depan.
Ketika BERSATU sudah menandatangani persefahaman dengan HARAPAN, PAS masih menjarakkan diri dengan pembangkang lain kecuali PKR dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
PAS juga menyatakan beberapa syarat untuk parti itu bekerjasama dengan pembangkang.
Kata Mahfuz, kerjasama antara PAS dan Umno - jika terjadi - akan menggabungkan undi untuk kedua-dua parti dan membantu kemenangan mereka.
Dalam jangkaan keadaan menjadi begitu, kata Mahfuz, ada orang yang bertanya kepada beliau sama ada anggota PAS boleh mengundi Umno berdasarkan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.
Kata Mahfuz, pada pandangannya keadaan semasa sedang digunakan oleh kepimpinan PAS untuk meyakinkan anggota parti menerima dan mengundi Umno.
Bagaimanapun beliau mengakui kerjasama mengelak pertembungan secara langsung antara PAS dan Umno itu masih pada tahap hipotesis.
Sementara itu mengenai usaha BERSATU memujuk PAS, Mahfuz menjelaskan ketika ini parti berkenaan tidak keliru seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pihak yang keliru ialah parti pembangkang lain yang tidak memahami mesej tersirat PAS.
"Mesej PAS ialah mereka tidak bersedia bekerjasama dengan HARAPAN, sebab itulah PAS letak bermacam alasan yang diketahui sukar diterima parti pembangkang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa #TangkapMO1 bertemu wakil VC tuntut gugur pertuduhan

Posted: 15 Dec 2016 04:58 AM PST

Mahfuz Jelaskan Mengapa Pendiriannya Berbeza Dengan PAS

Posted: 15 Dec 2016 04:49 AM PST


Universiti Malaya didakwa cuba pertahan MO1 dengan menghukum mahasiswa

Posted: 15 Dec 2016 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Universiti Malaya (UM) didakwa seolah-olah mahu mempertahan Malaysian Official 1 (MO1) apabila mengenakan hukuman ke atas empat mahasiswa (UM4) hanya kerana mereka menganjurkan himpunan aman #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
Sedangkan, kata Pemuda Pakatan Harapan, 'Malaysian Official 1' adalah seorang penjenayah yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB,  dalam satu kenyataan hari ini.
anis syafiqah"Empat mahasiswa ini bangkit membawa kebimbangan seluruh rakyat Malaysia terhadap jenayah MO1 yang kini menjadi bahan berita masyarakat antarabangsa.
"Tindakan menghukum mereka hanya menunjukkan seolah-olah MO1 tidak boleh disentuh sekaligus menjadikan UM sebagai alat melindungi individu di sebalik gelaran MO1 ini," ujar suatu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut mereka, hukuman tersebut adalah bukti bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih menjadi alat untuk menganiaya aktivis mahasiswa, sekaligus mencabul hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.
"AUKU tak ubah seperti SOSMA dan undang-undang drakonian lain yang digunakan untuk mengekang kebangkitan rakyat.
"Kami percaya AUKU akan terus digunakan untuk mencipta budaya takut sekaligus membunuh aktivisme mahasiswa," tegasnya.
Sehubungan itu, mereka menuntut agar pihak UM membatalkan semua hukuman serta memberi ruang kepada mahasiswa untuk beraktivisme.
Read More / Baca Lagi >>

AUKU belum benar-benar pergi, kata aktivis siswa

Posted: 15 Dec 2016 03:47 AM PST

Aktivis mahasiswa menuntut naib canselor Universiti Malaya (UM) campur tangan membatalkan penggantungan pelajarnya Anis Syafiqah Md Yusof.
Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan hari ini, setelah Anis rakan-rakannya digantung pengajian satu semester dan didenda kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1.
Tampil membela rakan seperjuangannya, Asheeq Ali berkata mereka menyertai himpunan itu sebagai mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu dalam negara.
"Klausa yang digunakan adalah kami memalukan universiti. Saya nak nyatakan di sini kami tak malukan mana-mana universiti.

"Kami berdiri di sana sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan menangkap MO1 (Malaysian Official 1).
"Kami tidak membangkang kerajaan, kami tak suruh (Datuk Seri) Najib (Razak) turun, kami tak suruh Rosmah (Mansor) turun," kata Asheeq kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Dewan Canselor UM, Kuala Lumpur hari ini.
Anis dan dua lagi aktivis mahasiswa hari ini digantung pengajian satu semester dan denda RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.
Seorang lagi aktivis hanya dikenakan hukuman denda RM200.

Sementara itu, Asheeq berkata apa yang dilakukan pihak universiti tidak sah dan masih mengamalkan kaedah lama Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Read More / Baca Lagi >>

Anis Syafiqah digantung 1 semester, akan terus berjuang

Posted: 15 Dec 2016 03:46 AM PST

Beliau akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan atau dibawa ke mahkamah
anis-tangkapmo1
PETALING JAYA: Aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof, digantung pengajian 1 semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.
Sebelum ini, Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.
"Universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara," kata Anis ketika dihubungi FMT.
Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.
"Saya dan rakan-rakan tidak akan berhenti setakat ini. Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Anis akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan.
"Jika tidak mendapat sambutan, kita tidak akan teragak-agak untuk bawa ke mahkamah," katanya.

Idea PKR-Amanah bercantum pramatang, kata setiausaha agung

Posted: 15 Dec 2016 03:44 AM PST

Amanah harus diberi ruang dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka, kata Saifuddin Nasution
Datuk-Saifuddin-Nasution
PETALING JAYA: Cadangan agar Amanah dan PKR bercantum bagi menyelesaikan isu pengagihan kerusi pilihan raya dianggap pramatang.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti harus beri ruang dan peluang kepada Amanah untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Beliau menjawab Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin semalam yang mencadangkan agar kedua parti bercantum, susulan ketegangan yang berpunca daripada perebutan kerusi PRU14 antara parti pembangkang.
"Saya menghormati pandangan Dr Afif. Cumanya, saya anggap idea percantuman itu sebagai idea yang pramatang," katanya kepada FMT.
Amanah, yang ditubuhkan September tahun lepas, meminta kerusi Parlimen Batu, yang kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua, diserahkan kepada mereka.
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan berkata PKR mungkin sukar mengekalkan kerusi itu tanpa bantuan PAS, justeru partinya yang dilihat sebagai parti Islam alternatif wajar mengambil alih.
Rundingan antara parti pembangkang, yang cuba untuk memastikan perlawanan 1 lawan 1 menentang BN, dijangka berdepan cabaran apabila pengundi Melayu menjadi rebutan antara PKR, Amanah, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah dan PAS tumpas di tangan Barisan Nasional.
Amanah pada konvensyen parti 11 Disember lalu menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali memecat semua ahli PAS dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri kerana PAS menyukarkan Amanah menembusi negeri itu.

Turunkan tambang pengangkutan awam

Posted: 15 Dec 2016 03:13 AM PST

Kerajaan Persekutuan disaran menurunkan tambang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini termasuk Mass Rapid Transit (MRT).
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato' Teng Chang Khim berkata, langkah itu mampu menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Katanya, ia sekali gus mengurangkan kesesakan trafik terutama ketika waktu puncak.
"Saya tidak pasti sejauh mana penjimatan Kerajaan Persekutuan lakukan untuk projek MRT ini, namun jika benar, turunkanlah tambang untuk rakyat.
"Apalagi dalam keadaan kegawatan ekonomi, saya pasti langkah itu bakal melonjakkan jumlah pengguna pengangkutan awam," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kwasa Damansara, di sini, hari ini.
Chang Khim berkata, orang ramai juga perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan duit rakyat.
"Jangan asyik minta sahaja untuk buat itu ini tetapi tiada langsung inisiatif menggunakannya.
"Pada masa sama, perkhidmatan diberikan juga perlulah berada pada tahap terbaik dan diperkemas dari masa ke masa seperti kelajuan LRT (Light Rail Transit) yang boleh dipertingkatkan," katanya.
Kos projek MRT didakwa menelan belanja RM21 bilion, iaitu kurang RM2 bilion daripada kos sasaran berjumlah RM23 bilion.

Ahli politik punca ketegangan kaum, kata penganalisis

Posted: 15 Dec 2016 03:11 AM PST

Perpaduan antara kaum negara masa kini tidak ubah seperti kek aising, cantik di luar tetapi rapuh di dalam, kata penganalisis politik.
Dr-Mohamad-Agus-Yusoff
PUTRAJAYA: Pemimpin kerajaan dan pembangkang perlu terlebih dahulu menunjukkan hubungan baik antara mereka jika serius ingin memperbaiki perpaduan kaum di negara ini, kata penganalisis politik.
Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, punca keretakan hubungan antara kaum di Malaysia adalah perbalahan pemimpin politik dan kegagalan menunjukkan contoh yang baik.
"Orang Melayu, Cina dan India seperti pasir, air dan simen – jika digaul menjadi blok kukuh. Begitulah cara kita dahulu. Sekarang mungkin seperti kek aising, cantik di luar tetapi rapuh di dalam.
"Apakah masalah itu? Tentunya masalah politik. Kerana pemimpin politik tidak menunjukkan imej perpaduan. Ia (imej perpaduan) bukan terletak pada rakyat, tetapi bermula dengan pemimpin," katanya pada persidangan Multaqa Perundangan dan Politik anjuran Majlis Perundangan Islam (MPI) di The Everly Hotel hari ini.
Justeru, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menggesa kedua-dua pihak menunjukkan imej perpaduan agar menjadi contoh kepada rakyat.
"Misalnya ketika Hari Raya, anjurkan rumah terbuka negara dan pemimpin pembangkang ada bersama. Ketika sambutan merdeka di negara lain, para pemimpin berdiri di pentas bersama. Ini belum kelihatan di negara kita," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan resolusi kluster politik persidangan itu, mewakili menteri besar Perak merangkap ketua kluster politik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Antara resolusi tersebut adalah menangani perpecahan politik umat Islam bagi mengelakkan kuasa politik terhakis, menangani persepsi yang mengancam keharmonian hidup beragama pada zaman ini dan memperkemas pendidikan secara menyeluruh agar menjurus kepada penyatuan umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Rintihan Aleepo dan Dukanya Rohingnya

Posted: 15 Dec 2016 02:52 AM PST


 Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.
Dunia ketika ini sepi dan bisu tanpa rasa bersalah.Dunia ketika ini malap dan buta seperti tidak endah apa yang berlaku disana.Dunia ketika ini begitu menghairankan dan janggal Dunia ketika ini seperti duduk di sebuah rumah , paipnya bocor tetapi tiada langsung penghuninya mengambil tahu hatta jiran sekelilingnya.
Akhirnya air itu melimpah dan membasahi seluruh rumahnya.Aku juga keliru dan sangsi ! Semakin hari , semakin hilang nilai manusiawi .Nilai kemanusiaan itu seperti diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dan berkepentingan.Nilai kasih dan sayang mereka luntur dimamah oleh sifat ketamakan yang menyelebungi diri mereka. Entah siapa yang mengajar mereka.
Buka Mata ! Buka Minda ! Lihatlah sekeliling kamu !

Aleppo sejak 2011
Muktahir ini , penulis pasti bahawa diantara kita sudah dikhabarkan akan keadaan di Aleppo. Video dan rakaman suara menjadi pengantara dan medium untuk mereka menghantar pesanan terakhir kepada dunia. Mereka menggambarkan keadaan di Aleppo kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.
Mereka menyampaikan mesej kepada netizen di seluruh dunia untuk membuka mata masyarakat akan kekejaman di Syria. Sungguh menyakitkan
Tahukah anda ? 200 ribu umat Islam terkepung di sana serta tentera biadap Assad, sekutu Iran dan Hizbullat Lubnan menembak orang-orang awam yang cuba menyelamatkan diri.
Sementara mereka dibom dari udara oleh Rusia. Pelbagai spekulasi yang diberikan oleh media. Keseluruhan Kota Aleppo berada di bawah penguasaan tentera Kerajaan Syria dengan dokongan sepenuhnya dari kuasa militeri Rusia, kekhuatiran berlakunya pencabulan hak asasi kemanusiaan secara rambang tidak dapat dielakkan.
Ada juga dikalangan anak kecil yang tidak berdosa dan wanita dibunuh dan diperkosa sesuka hati oleh tentera rejim umpama boneka dijalanan. Sungguh mereka ini sikapnya seperti binatang! Mereka hari ini hidup sebagai pelarian
Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan  muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.
Rohingya  sejak 1962
Sejak pemerintahan militer berkuasa di Myanmar melalui kudeta Jendral Ne Win tahun 1962 M, umat Islam Arakan mengalami berbagai bentuk kezaliman. Dibunuh, diusir, diitekan hak-hak mereka, dan tidak diakui hak-hak kewarganegaraannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa PAS sudah bukan jadi pilihan ?

Posted: 15 Dec 2016 02:51 AM PST

1) Parti PAS adalah Parti yang menuduh parti lain sbg tolak Islam,penentang Islam,munafik,lari jemaah dan pelbagai lagi gelaran buruk pd parti lain.
2) Parti PAS terlalu wala pada pada pimpinan parti walaupun pemimpin mereka melakukan kesalahan.
3) Parti PAS mengaku berpolitik secara AGAMA tetapi memfitnah parti lain sbg penjual pil kuda,menuduh parti lain sbg barua DAP dan suka bermusuh dgn parti lain walaupun seringkali parti2 lain ajak berdamai.
4)Parti PAS dikatakan berpolitik dengan BERKEBAJIKAN tetapi mengusir org asli drpd membuat penempatan di hutan
5) Parti PAS hendak menegakan KEADILAN secara sama rata kepada rakyat tetapi lebih rela utk kalah pilihanraya drpd bergabung dgn parti2 pembangkang yg lain.bila dah kalah mcm mana nk tegakkan keadilan sedangkan penahanan maria chin pun PAS tidak bersolidariti bersama pimpinan PH dan PPBM yg lain?
6) Parti PAS hendak BERJUANG hingga kemenangan tetapi rela kalah pilihanraya drpd bersama gabungan PH
7) Parti PAS hendak menegakan ISLAM di bumi dengan AMAN dan ADIL tetapi dok tuduh org lain sbg lari dr jemaah,label mcm2..apakah nk menegakkan Islam perlu bermula dgn melabel org lain yg tak sependapat?
Parti PAS hendak menyampaikan KESEMPURNAAN rahmat kepada rakyat yang diAMANAHkan oleh ALLAH tetapi memusuhi parti lain dgn menuduh parti itu sbg kafir harbi sedangkan parti tersebut tidak pernah menganiaya org Islam malahan memberi bantuan yg lebih kpd pembangunan Islam di negeri yg ditadbirnya.
9) Parti PAS hendak menentang KEZALIMAN di bumi tetapi parti PAS bersama sepentas dgn kerajaan zalim yg mengenakan GST pd rakyat?
10) Parti PAS hendak memperlaksaankan HUKUM SYARIAH kepada umat ISLAM tetapi membawa usul RUU355 dgn turut mengenakan denda rm100 ribu kpd pesalah?apakah hukum Islam menitikberatkan hukuman berbentuk kewangan?

PRU14: Terlalu awal bincang pembahagian kerusi, kata PKR

Posted: 15 Dec 2016 02:40 AM PST

Kerjasama PH dan PPBM masih di peringkat awal dan isu berkenaan hanya dibincangkan apabila tiba masa sesuai.
Saifuddin NasutionPETALING JAYA: Pakatan pilihan raya di antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum sampai ke peringkat pembahagian kerusi kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Menurut beliau, kerjasama PH dan PPBM masih di peringkat awal dan isu berkenaan pembahagian kerusi hanya akan dibincangkan apabila tiba masa yang sesuai.
"Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi," katanya kepada FMT.
Pada 13 Disember lalu, PH dan PPBM menandatangani memorandum persefahaman bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gabungan PH dan PPBM merupakan langkah kerjasama pertama dalam menuju PRU.
Terdapat 7 perkara disenaraikan dalam perjanjian itu dan salah satunya adalah 1 calon mewakili PH dan PPBM dalam pilihan raya akan datang, malah calon juga dipilih berdasarkan persetujuan semua parti dalam pakatan itu.
Malah, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meminta agar parti dalam gabungan itu memberi laluan kepada partinya untuk bertanding di kerusi tertentu.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata setakat hari ini, pakatan pilihan raya itu hanya di peringkat program bersama di atas pentas ceramah.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin dakwa gambar Najib kena turun, Matrade nafi

Posted: 15 Dec 2016 01:41 AM PST

Laungan Aleppo...Aleppo! bergema di Kedutaan Syria, pegawai enggan bertemu

Posted: 15 Dec 2016 01:40 AM PST

Penganjur demo #TangkapMO1 digantung 1 semester, denda

Posted: 15 Dec 2016 01:40 AM PST

NGO gesa ambil tindakan tegas terhadap Zahid Mat Arip

Posted: 15 Dec 2016 01:39 AM PST

Calon PM selepas Anwar mesti bawa agenda reformasi - Nurul Izzah

Posted: 15 Dec 2016 01:38 AM PST

Nurul Izzah: Pas 'kebingungan' jika tak bersama Pakatan

Posted: 15 Dec 2016 01:37 AM PST

Aktivis #TangkapMO1 digantung 1 semester, denda

Posted: 15 Dec 2016 01:31 AM PST

Anis Syafiqah Md Yusof dan dua lagi aktivis mahasiswa digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan didenda sehingga RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.
Seorang lagi aktivis bagaimanapun hanya dikenakan hukuman denda RM400.
Hukuman tersebut ditetapkan ke atas empat aktivis terbabit hari ini selepas prosiding akhir di hadapan tiga panel Lembaga Disiplin Universiti Malaya (UM) dijalankan dua minggu lalu.
Selain Anis, tiga penuntut terbabit ialah Mohd Luqman Hakim Fazli, Mohammad Luqman Nul Haqim dan Suhail Wan Azhar.
Anis dan tiga lagi pelajar terbabit sebelum ini dituduh melanggar kod kelakuan pelajar dengan menganjurkan perhimpunan #TangkapMO1, menyebabkan gangguan awam serta mencemarkan nama baik universiti.
Anis menjadi tertuduh pertama dipanggil panel terbabit hari ini, diikuti tiga lagi rakannya.
Selain Anis, siswa yang digantung pengajian dan didenda itu ialah Luqman dan Mohammad Luqman Nul Haqim, manakala Suhail dikenakan denda saja.
Perhimpunan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa penahanan "Malaysian Official 1" yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengaku Datuk Seri Najib Razak ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Amanah tiada keperluan bergabung dengan PKR

Posted: 15 Dec 2016 01:26 AM PST

Ini kerana kedua-dua parti sudah bergabung dalam Pakatan Harapan serta pembentukan pakatan pilihan raya bersama PPBM, kata ketua Pemuda Amanah.
Sany-HamzanPETALING JAYA: Amanah tidak nampak keperluan untuk bergabung dengan PKR bagi mewujudkan blok ke-3 pembangkang, kata Ketua Pemuda Sany Hamzan.
Menurutnya, ini disebabkan parti itu bersama PKR bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan pembentukan pakatan pilihan raya bersama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.
"Jadi saya rasa itu merupakan pandangan peribadi beliau," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan agar Amanah bergabung dengan mereka untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Dr Afif berkata, Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
Mengulas lanjut, Sany berpendapat gabungan pembangkang sepatutnya hanya satu sahaja.
"Kita kena ingat, dengan keadaan negara sekarang, kita perlu ada 2 blok sahaja. Tak boleh ada 3, 4 blok. Macam di Amerika Syarikat dan Britain. Mereka ada 2 blok sahaja.Justeru, apabila kita bersama duduk dalam PH, kita kena sokong PH bersama PPBM.
"Kita tak perlu ada blok lain, kerjasama lain. Cuma perbincangan dengan PAS, saya rasa boleh diteruskan tapi perlu ada tempoh masa.
"Sampai bila PH nak tunggu PAS sebab pilihan raya jangka masanya sudah tak lama dan kita perlukan persediaan awal untuk bersiap siaga," katanya.

Cadangan Dr Afif Bahardin penggabungan PKR, AMANAH ditolak

Posted: 15 Dec 2016 01:25 AM PST

Pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan penggabungan kedua-dua parti itu.

Dalam reaksi segera terhadap cadangan pemimpin Pemuda PKR Dr Afif Bahardin itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata idea itu masih terlalu awal untuk dibincang.
"Afif ada hak beri pandangan tetapi bagi saya ia agak pramatang.

"Biar AMANAH diberi peluang untuk kembangkan sayap mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Afif, timbalan Ketua Pemuda PKR, mencadangkan penggabungan itu memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

Sementara itu, AMANAH juga tidak mempertimbangkan cadangan itu.
"Perkara itu tak berbangkit. Kita (sudah) pertimbangkan sebelum kita tubuhkan parti, tetapi sekarang kita sudah tubuhkan parti.

"Jadi tak berbangkitlah perkara itu," kata Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, bidas KP Amanah terhadap Timb Ketua AMK

Posted: 15 Dec 2016 01:22 AM PST


Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanPemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.
Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.
"Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Haraan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.
"Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.
Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.
Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.
"Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?

Posted: 14 Dec 2016 11:34 PM PST

Ramai yang tidak puas hati. Setelah mengetahui berulang kali bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu partinya bergabung dalam Pakatan Harapan, akhirnya tujuan itu tidak menjadi kenyataan. Parti cap bunga raya pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya sekadar buat perjanjian politik sahaja dengan HARAPAN. Tidak jadi sekutu gabungan.
Mahathir pula tidak hadir semalam. Barangkali kerana cita-citanya belum lagi tercapai. Setakat tandatangan perjanjian dan tidak membentuk gabungan, hantar anak sahaja cukuplah. Lim Kit Siang juga serupa. Kedua-duanya hanya hantar anak masing-masing.
Atau mungkin kerana mesyuarat semalam berlangsung di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Meski sudah bersalam dan berbual mesra, Mahathir mungkin belum boleh masuk ke pejabat bekas timbalannya itu. Tapi tak apa, itu semua hal anekdot sahaja. Tak akan dicatat di nota kaki sejarah pun.
Namun apa yang sejarah akan rakam ialah dua acara ini. Pertamanya ceramah 'blok ketiga' anjuran PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Paya Jaras, dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga wakil PKR, Sivarasa Rasiah. Kedua, majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BERSATU dan Pakatan Harapan, keesokan harinya.
Dalam acara pertama, PAS Selangor menghidangkan sebuah majlis yang dinamakan "Ceramah Mega Rakyat". Hadir dalam acara tersebut ialah pemuka-pemuka PAS dan IKATAN, bersama Muhyiddin dan wakil PKR, setelah Datuk Seri Wan Azizah Ismail enggan hadir ke majlis tersebut.
PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor, dan bekerja dalam satu bangunan dengan pemimpin DAP, namun tidak pula menjemput wakil DAP ke ceramah meganya itu. PAS juga masih berpatah arang dengan rakan-rakan lama yang sudah membentuk parti baru. Sebut nama Parti Amanah Negara (AMANAH) pun tak mahu, inikan pula mahu diajak berceramah sekali untuk melawan Umno.

Malah kita juga tidak pasti kalau ceramah itu tujuannya untuk membantai Umno. Sudah lama sebenarnya PAS tidak kelihatan menghentam Umno dan gejala korupsinya.
Berbalik kepada cerita "ceramah mega".
Dalam acara tersebut, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak mentah-mentah cadangan Muhyiddin untuk menjadi jambatan hubungan antara PAS dan rakan-rakan yang telah mereka tinggalkan.
Tuan Ibrahim dilapor berkata "Kita tidak ada hubungan dengan DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan."
Dalam bahasa orang biasa-biasa seperti kita, Tuan Ibrahim secara mudahnya berkata:
"Eh kau ni. Kita ini pun baru nak bermesra, kau nak ajak aku bermadu dengan kekasih lama?"
Lebih kurang begitulah.
Acara itu kemudiannya disambut dengan majlis semalam. Muhyiddin sekali lagi disoal tentang usahanya untuk berunding dengan PAS, dan berapa lama lagi beliau mahu terus memujuk parti pimpinan Haji Hadi itu.
Wartawan dan pemerhati politik semalam rata-rata menghela nafas kecewa. Mereka bertanya, apa benda lagi yang ditunggu dengan PAS ini? Apa lagi tawaran dan janji yang mahu dan boleh diberi? Begitu pentingkah PAS dalam fabrik politik negara sehingga kalau tak ada mereka, tak menanglah parti-parti pembangkang menawan Putrajaya?
Vakum kepimpinan Melayu
Read More / Baca Lagi >>

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:21 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Anak Hj Hadi ngada-ngada yang melampau!

Posted: 15 Dec 2016 08:00 AM PST


 Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Se dunia, Syaikh Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qaradaghi, pernah menyerukan umat Islam di seluruh dunia, baik yang berada di negara arab maupun luar arab untuk melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."

 Tidak mungkin arahan atau perkhabaran tersebut tidak sampai kepada pengetahuan Hj Hadi selaku mewakili kesatuan tersebut di nusantara ini.

 Hj Hadi sepatutnya menghebahkannya kepada kita semua ummat Islam di Malaysia agar dapat melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."

Kalau Hj Hadi boleh melakukan kempen besar-besaran 'Sokong RUU 355' tetapi kenapa "Marah Demi Aleppo Suriah" Hj Hadi gagal untuk melaksanakannya?

 Malah Hj Hadi mampu bergandingan dengan PM Najib , Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin lain berhimpun besar-besaran pada 4 Disember lalu menzahirkan keprihatinan  berhubung isu Rohingya.

Tetapi untuk menunjukkan solidariti internasional bagi kota Aleppo yang diranapkan oleh rejim otoriter Suriah dan para kroninya, Hj Hadi langsung tidak mengambil langkah yang sewajarnya.

Hj Hadi tidak menghebahkan atau berkempen mengenai perkara tersebut hinggakan kita di Malaysia tidak tahu mengenai adanya demonstrasi "Marah Demi Aleppo Suriah." Dimana fungsi Hj Hadi selaku mewakili Kesatuan Ulama Sedunia?

Walaupun begitu jelas kegagalannya berperanan sebagai ulama sudunia, tiba-tiba pula anak Hj Hadi mencadangkan bapanya menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Baca selanjutnya di sini

Jangan nak ngada-ngadalah .... amanah berupa arahan yang sepatutnya dilaksanakan diatas itu pun Hj Hadi gagal laksanakan.Inikan lagi nak jadi orang tengah merundingkan konflik perang?

Ada orang yang lebih layak untuk melakukannya jika dibandingkan dengan Hj Hadi yang cuma berada di rangking ke-4 hiraki Kesatuan Ulama Sedunia.

Kesatuan Ulama Se dunia mempunyai satu presiden iaitu Yusuf al-Qaradawi dan ada 3 naib presiden iaitu : 

Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi 
Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti Oman 
Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia 

Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Prof. Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi. 

Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya.

Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4. 

Hj Hadi sepatutnya menunjukan komitmennya dengan kesatuan tersebut dan bukan hanya bermegah-megah untuk dicanang di kampung-kampung dengan jawatan tersebut.

Anak Hj Hadi sepatutnya cadangkan ayahnya membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Myanmar berhubung isu Rohingya terlebih dahulu.

Atau pi tolong selesaikan dulu masalah orang Asli di bawah kerajaan Pas Kelantan, jangan ingat nak main rembat lombong mangan ...

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, kata KP Amanah

Posted: 15 Dec 2016 04:56 AM PST


Pemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

 Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.

 "Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.

 "Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

 Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.

 Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.

 Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

 Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.

 "Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.

 "Pas dilihat sudah hilang arah tujuan dalam perjuangan politik pada hari ini," ujarnya.

 Ditanya kemungkinan idea gabungan itu dicetuskan untuk mengurangkan perpecahan undi dikalangan orang Melayu? 

 "PKR juga ditubuhkan dulu oleh bekas-bekas pimpian Umno," jawabnya.

 Justeru beliau beranggapan ia hanya perbincangan dalaman PKR semata-mata yang tidak seharusnya di bawa keluar. 

 "Apa jua masalah dalaman Pakatan Harapan dan PPBM haruslah dibawa ke meja rundingan. 

 "Kita akan buat keputusan secara kolektif bukan seorang sahaja yang boleh membuat keputusan. 

"Semua keputusan seharusnya diambil kira daripada hasil perbincangan bersama," ujarnya.~ sumber

JANGAN JADI PUNGGUK RINDUKAN BULAN

Posted: 14 Dec 2016 06:45 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 


1) Bulan tidak akan terima Roket lagi, untuk PRU14 ini. Lebih baik PH fokus strategi sendiri. Nak nak kerjasama dgn PAS, sila keluar PH dan join blok PAS. Yang nak stay dgn PH, teruskan. Biar 3 penjuru seluruh negara. Tak perlu nak kekeng macam Husam sebut. Nak susah apa? 

2) Saya perhatikan PAS takkan ubah pendirian untuk kali ini. Lebih-lebih lagi suara-suara yang ajak PAS bersama PH itu seakan mencabar, mengugut, angkuh dan menyindir dan sebagainya. Begitu juga PAS juga tidak perlu jemput komponen PH untuk bersama mereka. Make it clear, 3 blok. 

3) Penganalisis politik pun pening dengan PAS. Itu maknanya penganalisis politik itu bias kepada PH. Bwahaha... Semuanya keliru dengan tindakan PAS. Kecuali golongan yang sudah lama berdendam dengan PAS. Mereka tidak hairan dengan tindakan PAS dan berusaha keras untuk PAS benar-benar bersatu dengan Umno/BN. 

4) Saya pun tidak pasti apa yang PAS mahu bawa. Tapi saya sangat pasti, PAS yang bergerak hari ini adalah bebas daripada belengu mana-mana pihak. PAS melangkah dengan pencak Presiden sepenuhnya, tanpa gangguan dalaman lagi. Kebebasan berpencak ini tidak diperoleh ketika G18 menghuni PAS suatu masa dulu. 

5) Saya yakin Presiden sedang menjadi diktator dalam PAS. Diktator haraki. Diktator haraki yang mendapat wala' penuh daripada pimpinan dan ahli. Saya yakin PAS tidak akan bersama PH, dan tidak akan bergabung dengan Umno/BN. Walaupun cuba diperlihat sebagai mesra BN, tetapi saya rasa saya sedang nampak apa yang sedang Presiden PAS mahu buat. Cuma saya tidak nyatakan disini kerana belum pasti telahan saya. 

6) Jika PH mahu serang PAS, bukan serang Presidennya. Buka serang strateginya berapat-rapat dengan Umno/BN. Anda perlu berikan tawaran yang realistik kepada rakyat. Anda ada Tun M dan Muhyidin. Anda ada Anwar,Rafizi dan Azmin serta strategis-strategis PAN. Bekas PM ada, dua bekas TPM pun ada. Hebat dah tu! 

7) Anda miliki ramai motivator, kepakaran, strategis, blogger, facebookers dan macam-macam lagi. Kenapa buntu untuk memberikan tawaran yang meyakinkan rakyat? Anda bukannya bermula daripada kosong. Come on. Jika kena caranya, 3 penjuru tak ada masalah. Mungkin Umno/BN hanya akan menjadi pihak pemecah undi sahaja. Ia akan menjadi pertembungan PH dan Blok PAS dalam kebanyakan kerusi. 

8 ) PAS takkan menang 222 kerusi. Bertanding pun 70 kerusi sahaja. Itu pun takkan menang semua. Jika PAS menang semua, baki 152 kerusi lagi terbuka luas untuk PH tewaskan BN. Apa gunanya bazirkan masa dan tenaga berfikir tentang nak belasah PAS yang hanya 70 kerusi? Come on kids! Bwahahaha... 

Sekian