Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUN M TIDAK DIJEMPUT, RAJA-RAJA MASIH SUKAR LUPA TINDAKAN TUN M MEMALUKAN & MENGHAPUSKAN KUASA RAJA-RAJA

Posted: 12 Dec 2016 06:17 AM PST

Image result for TUN M MENANGIS
Ada sebab kenapa bakal Yang Dipertuan Agong tidak menjemput Tun Mahathir Mohamad.
Lagi pun, ia hak Tengku Muhammad Faris Petra yang menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad V.
Datuk Zein Isma Ismail berkata, baginda memang dikenali sebagai seorang sultan yang zuhud tetapi tegas.
"Semasa baginda menaiki takhta, ada beberapa individu berusaha campur tangan dalam menggugat takhta baginda.
"Sebagai contoh, pada perkiraan baginda, baginda mempunyai hak yang tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak untuk menderhaka pada perintah baginda apabila baginda Sultan Kelantan melucutkan darjah kebesaran dimana pada pandangan baginda atas sebab sebab tertentu seperti bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Hashim Wan Daud, bekas ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, kerabat Istana Kelantan, Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zein, Sultan Muhammad V juga pernah menolak perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa daripada menjadi Exco Kelantan dibawah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
"Melalui tindakan tegas dan sifat peribadi yang zuhud dimiliki oleh baginda, ianya menunjukkan baginda adalah sultan yang mempunyai pandangan dan prinsip tersendiri.
"Setiap keputusan yang diambil adalah diatas sebab yang difikir paling terbaik," ujarnya.
Sepertimana dalam isu penarikan atau pembatalan jemputan untuk menghadiri Istiadat Melafaz Dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan bagi Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Yang Baru keatas diri Mahathir juga tidak perlu dijadikan isu, kata Zein.
"Sultan Muhammad V mempunyai sebab tersendiri dalam menilai siapa yang berhak untuk hadir dalam istiadat bersejarah tersebut. Tindakan pada awalnya dilihat kontroversi akan tetapi akhirnya terzahir hikmah
"Apabila Husam tidak diperkenan oleh Sultan Muhammad V untuk dilantik menjadi exco dibawah MB Kelantan baru, ramai yang terkejut dan musykil kerana sebagai exco paling kanan. Adalah sesuatu yang pelik kenapa Husam tidak dilantik semula ke jawatan Exco Kelantan.
"Tiada seorang pun mempunyai jawapan tepat kenapa pada perkiraan Sultan Kelantan, Husam tidak lagi diperlukan untuk membantu MB Kelantan dalam memerintah negeri Kelantan. Hanya Sultan Muhammad V mempunyai jawapannya," katanya.
Menurut Zein, walau apa pun disebalik keputusan Sultan Muhammad V untuk tidak memperkenankan Husam dilantik semula ke jawatan exco Kelantan ada hikmah besar yang sudah terbukti pada hari ini.
"Beberapa ketika selepas itu, rakyat dapat melihat bagaimana akhlak Husam yang semakin jauh daripada didikan parti Pas dan arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat," kata Zein sambil menganggap tindakan baginda itu tepat.
Kali ini, katanya, masyarakat mungkin tidak tahu lagi kenapa Mahathir tidak dijemput.
"Tapi apa yang pasti, Allah telah menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan berkenaan YB Salor adalah tepat untuk kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Tun Mahathir pula? Wa Allahua'lam," kata Zein.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Auta GST bakal banduan

Posted: 12 Dec 2016 11:54 PM PST


Penang people and DAP supporters must be very naive to be fooled by DAP's Lim Guan Eng time and time again.

In today's announcement, Lim Guan Eng says he is kind-hearted and will direct the local councils not to charge GST on assessment rates to "alleviate economic pinch" for 1.7 million Penang people.

He said the local councils will "absorb" this GST which would save Penang people RM19.36 million.

But it is clearly stated in the GST Act (on page 9 in link below) that all local council's assessment rates are EXEMPT from any GST.

So, what the heck are you absorbing?

Why does LGE keep on spewing all these ridiculous "feel good" but meaningless proclamations?

Are Penang people and DAP supporters so easily fooled?

---
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-homeowners-get-6pc-assessment-exemption-for-2017

http://www.customs.gov.my/en/pg/pg_ig/Government,%20Local%20Authority%20and%20Statutory%20Body%20(revised%20as%20at%2010%20November%202014).pdf

LSS

*Parti Cinta Malaysia (PCM) is just fed up with Penang Chief Minister Lim Guan Eng's rhetoric spins of tales to fool the people of Penang, DAP supporters and Malaysians.*

PCM vice president Huan Cheng Guan questioned on how was Guan Eng so "kind-hearted" to direct local government not to absorb the Goods and Services Tax (GST) for assessment rates when the law had actually stated clearly that such rates were exempted from the tax.

Under the Customs Department guide on government, local authority and statutory body as at on Nov 10, 2014, it was stated clearly that assessment rates would not be subjected to the 6% Goods and Services Tax (GST).

It was stated in Page 9 that:
"Q8 – Is assessment rate collected by a local council subject to GST?

A8 – No, assessment rate collected by local council is not subject to GST since it is a form of regulatory function of the local council."

Section 64 of the GST Act 2014, the tax was not imposed on the provision of federal and state governance, which also applies to local authorities and statutory bodies on the supply of regulation and enforcement activities.

"So, what the heck are you absorbing, Guan Eng?

"Penang people and DAP supporters must be very naive to be fooled by DAP's Lim Guan Eng time and time again," said Huan.

On Saturday, graft accused Guan Eng, also the DAP secretary-general, claimed that he was kind-hearted and would direct the local councils not to charge GST on assessment rates to "alleviate economic pinch" for 1.7 million Penang people.

He said the local councils will "absorb" this GST which would save Penang people RM19.36 million.

For Penang government to collect RM19.36 million in GST means, Huan said the state government and local councils must be charging RM323 million to the public – which would be the annual operating revenue of the state government net of asset sales.

"Can Lim Guan Eng tell us exactly which state government or local council services will incur GST under our GST act? All of it?"

"Why does LGE keep on spewing all these ridiculous feel good but meaningless proclamations?

"Are Penang people and DAP supporters so easily fooled?

"Stop the spins please. Stop treating all Penang people as fools to be easily tricked by you" said Huan.

_Malaysia Outlook News_


*Datuk Huan Cheng Guan FB :*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210367208208376&id=1587733405


Percayakah anda Guan Eng akan hentikan GST jika DAP perintah?
http://snapshot2016.blogspot.com/2016/12/guan-eng-banyak-cakap-tak-serupa-bikin.html


Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Konspirasi Menjahanamkan Melayu Kerana Melayu Ini Bangsa Istimewa

Posted: 12 Dec 2016 06:59 PM PST

1. Adakah "Moana" satu konspirasi mempromosikan Dajjal?

2. Tidak. "Moana" adalah sebuah filem yang ingin menceritakan mengenai watak seorang wanita yang berkawan dengan seorang Demi God berdasarkan kisah dan kepercayaan orang Maui.

3. Begitu juga filem seperti Exodus, Noah dan termasuklah Thor dalam Avengers itu sendiri yang memaparkan watak manusia sebagai Tuhan atau pelakon memegang watak sebagai Nabi.

4. Bila kita berbicara mengenai konspirasi, apa yang kita bayangkan sebenarnya?

5. "Satu mesyuarat dihadiri orang-orang musuh Islam, di mana ada meja bersidang sambil berbincang bagaimana nak luaskan agenda Dajjal dan menyesatkan orang Islam supaya semuanya murtad, kemudian angkat tangan untuk undi jalan cerita mana yang mereka nak buat selepas itu supaya orang Islam lalai dan putuskan production house mana yang akan produce cerita tersebut? Disudahi dengan makan karipap."

6. Kalau itu adalah apa yang kau rasakan berlaku, anda silap.

7. Semua yang kau katakan sebagai satu konspirasi atau gerakan terancang itu sebenarnya adalah sesuatu yang dilakukan secara semulajadi oleh pihak-pihak yang kau katakan merencanakan konspirasi.

8. Kita nampak macam konspirasi, tapi apa yang mereka buat adalah rutin harian mereka kerana itu adalah apa yang mereka percayai. Mereka percaya penghasilan penerbitan yang memaparkan watak Demi-God, Son of God, Dewa, Dewi, Tuhan mereka sendiri atau apa saja yang berkaitan pegangan spiritualiti mereka adalah langkah yang bagus untuk memvisualkan cerita yang ingin disampaikan.

9. Mereka menyampaikan cerita kerana mereka ada cerita ingin disampaikan dan mereka percaya apa yang mereka buat itu berfaedah untuk semua, termasuklah kita orang Melayu Islam.

10. Cuma, kita pandang benda tu sebagai konspirasi kerana apa yang dipaparkan, contohnya dalam filem 'Noah' tidak sepatutnya divisualkan dan menjadi satu kesalahan untuk mereka memfilemkan watak Noh dan bagaimana kisah bahtera Noh mengalami banjir besar.

11. Aku faham kenapa ada yang katakan ini semua konspirasi. Kau dah tengok 'Noah'? Akan ada adegan dalam filem tersebut di mana kau akan 'terpercaya' yang Russell Crowe itu memang Noh sebenar dan kau pun akan terpedaya yang Noh memang cakap English pada zaman dia. Kau akan masuk dalam filem tu.

12. Itu sebabnya sesetengah filem diharamkan di negara kita. Bukan kerana kita ni lemah benar iman, tetapi kerana keberkesanan paparan filem-filem seperti itu boleh membuatkan seseorang itu masuk ke dalam filem dan mula sedikit-sedikit terbuka minda terima apa yang ingin disampaikan oleh pembuat filem.

13. Filem adalah medium yang sangat efektif. Berapa orang jadi takut hantu lepas tengok filem hantu? Kau aplikasikanlah perkara sama lepas kita tengok filem-filem berkenaan spiritualiti yang memaparkan watak Tuhan ni. Kau akan terpengaruh.

14. Sekali kau dah anggap Tuhan itu ada watak dan bentuk pun, dah boleh rosak akidah kau, kan?

15. Berbalik kepada soalan asal, adakah itu semua konspirasi?

16. Pada aku tidak. Apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan apa yang mereka rasakan hendak buat, sesuai buat, seronok buat dan akan diterima oleh orang ramai.

17. Begitu juga dengan penglibatan George Soros dalam politik kita. George Soros benar-benar percaya apa yang dia buat itu akan membantu politik kita dan kita benar-benar memerlukan bantuan kewangan dari dia kerana dia benar-benar percaya kerajaan kita sekarang perlu diturunkan. (Nota : tolong jangan benarkan dia masuk campur urusan negara kita, tolong boikot pihak yang nak dia campur tangan)

18. Konspirasi adalah pakej mudah untuk mensensasikan sebarang bentuk aktiviti yang tidak sehaluan dengan kita, supaya senang nak disampaikan dan tidak perlu banyak keperluan berfikir untuk fahami kenapa sesuatu itu perlu ditentang.

19. Sama juga seperti konspirasi gerakan Kristian di Malaysia. Konspirasi apa bendanya? Benda dah jelas, Malaysia berada dalam garis 10/40 yang pihak Kristian rasakan perlu dan wajar untuk diajarkan agama Kristian supaya Malaysia terus aman dan damai. Even deklarasi "mahukan Malaysia jadi negara Kristian" pun dah banyak kali dilaungkan. Semua tu ada dalam internet kalau kau carik.

20. Cuma agak sukar untuk terima konsep yang apa saja yang orang lain lakukan yang tidak sehaluan dengan kita bukanlah satu konspirasi, tapi sebenarnya perbuatan yang lahir dari kepercayaan yang mereka benar-benar percaya apa yang mereka buat tu, mereka rasakan baik untuk kita. Orang Kristian tu nak kita masuk Kristian kerana mereka percaya kita perlu dibantu.

21. Tetapi, sayangnya, jika kita tengok, kita sendiri walaupun nak memperjuangkan Islam berdegar-degar tapi perbuatan kita tak ada. Kau masih lagi pakai short main futsal. Bini kau masih lagi pakai baju ketat pergi kerja. Kita masih lagi tak peduli bila anak kena solat.

22. Lihat pula dari segi perbuatan kita. Kita berpecah belah. Agak jelas kurangnya suntikan elemen Ketuhanan dalam media kita. Jika kita hasilkan animasi, animasi kita lebih mirip kartun Barat atau kartun Jepun. Kalau ada pun animasi yang memaparkan elemen-elemen Islam, selalunya tak laku kerana produknya setengah masak atau dihasilkan bukan untuk ditayang di Malaysia, untuk pasaran negara Arab.

23. Masyarakat kita suka perihal konspirasi tetapi kita sendiri segan-segan mahu ambil elemen agama, spiritualiti, ketuhanan dan dimasukkan ke dalam apa yang kita hasilkan. Entah kenapalah. Mungkin kerana kita terlalu mengamalkan prinsip sekular, ibadah lain, kerja lain. Tak boleh campur-campur agaknya.

24. Jadilah kita masyarakat suka konspirasi, kerana kita lemah. Kita jaja konspirasi kerana itu cara mudah nak terangkan kenapa kita lemah. Yang pandai antara kita pula, tak ramai yang nak usahakan promosi elemen Islam dalam produk, kerana takut tak boleh masuk pasaran antarabangsa.

25. Kepakaran dah ada, kenapalah kita tidak ada filem orang Islam yang hendak berperang melawan makhluk perosak yang secara tersiratnya adalah Dajjal? Kita pula yang terhegeh-hegeh nak masukkan watak Thor, anak Tuhan bernama Odin ke dalam filem keluaran kita.

26. Kita orang Islam sendiri tak percaya yang Islam ini yang terbaik untuk umat satu dunia, kerana kita hanya percaya Islam ini terbaik untuk kita dan kita saja.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-
RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Esok peluang terakhir Anwar bebas dari tirai besi

Posted: 12 Dec 2016 09:24 PM PST

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Liwat II, esok.
Ia merupakan saluran undang-undang terakhir bagi Anwar mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan pembebasannya.
PKR akan mengadakan himpunan di luar Istana Kehakiman untuk menunjukkan solidariti bersama pemimpin mereka yang terpenjara.
Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mewakili Anwar memberitahu, terdapat konspirasi politik terhadap anak guamnya.
Pembelaan mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai sabitan Anwar kira-kita 15 minit selepas penghakiman dibuat tetapi sebelum hukuman dijatuhkan.

Saya tahu cara jatuhkan DAP, kata bekas naib pengerusi

Posted: 12 Dec 2016 09:07 PM PST

Zulkifli berkata, sebagai arkitek yang membina rumah, sudah tentu beliau tahu cara meleraikannya.
Zulkifli-Mohd-Noor
PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor memberi amaran akan menggunakan semua pengetahuannya untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendakwa adalah arkitek kejayaan DAP di Pulau Pinang dan mempunyai pengetahuan menyeluruh mengenai kelemahan kerajaan negeri.
"Sebagai arkitek yang membina rumah itu, sudah tentu saya tahu cara meleraikannya," katanya kepada FMT.
Zulkifli yang pernah menjadi ahli DAP selama 26 tahun meletak jawatan dalam parti itu pada 2013 susulan pemilihan parti penuh kontroversi. Beliau kemudiannya menubuhkan PAP pada 2014.
Sabtu lalu, PAP mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selain menurunkan calon di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
"Saya tahu apa kelemahan DAP dan tahu bagaimana nak gunakannya menentang parti itu.
"Orang ingat DAP kuat, tetapi tidak. Cuma pengundi Pulau Pinang begitu benci Barisan Nasional (BN) sehingga mereka terpaksa pergi kepada alternatif."
Mengenai keyakinannya terhadap kemampuan PAP mendapat sokongan pengundi, beliau berkata: "Kami akan menjadi kuasa disegani kerana kami bukan musuh BN atau Pakatan Harapan. Kami alternatif kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Pembalakan Haram: Rafizi bakal dedah imej satelit hutan Pahang secara mingguan

Posted: 12 Dec 2016 09:06 PM PST

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bersama-sama Fuziah Salleh yang merupakan ahli Parlimen Kuantan berikrar akan terus mendedahkan dakwaan aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan di Pahang secara mingguan.
"Imej satelit bagi setiap daerah di Pahang akan dikongsi dengan orang ramai dari satu minggu ke satu minggu.
"Selain itu, isu-isu kelestarian hutan yang memburukkan nama Malaysia di mata dunia juga akan saya bawakan selagi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) mendiamkan diri mengenai isu ini," ujar beliau dalam kenyataanya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai susulan maklum balas Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim mengenai dakwaan Rafizi dan Fuziah sebelum ini yang disifatkan sebagai tidak berasas.
Dalam maklum balas itu, Abdul Rahman menjelaskan, semakan di lapangan menunjukkan kelapan-lapan Hutam Simpan Kekal (HSK) yang maksudkan adalah Hutan Paya Gambut (Peat Swamp Forest) yang terdapat penerokaan haram yg telah lama berlaku.
Ianya dipantau rapi oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang dan kawasan "gondol" yg dilihat melalui imej satelit/GIS adalah kawasan- kawasan berair Hutan Paya Gambut, kawasan hutan terosot yg ditumbuhi paku-pakis dan lalang serta kawasan penerokaan Orang Asli (OA), katanya.
Semakan di lapangan juga didapati tiada berlakunya pencerobohan baru di kawasan-kawasan tersebut di samping terdapat juga kawasan-kawasan Hutan Tanah Kerajaan (HTK) yang diceroboh dan didiami oleh OA tempatan berhampiran semenjak berpuluh-puluh tahun dulu, menurutnya.
Kawasan ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman pertanian lain. Ia juga berdekatan dengan perkampungan OA RPS Runchang dan kawasan ini turut pmerupakan hutan miskin dan terosot, katanya lagi.
"JPN Pahang terus memantau secara rapi kawasan-kawasan ini. Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan kawasan ini sebagai Hutan Simpan Pekan (Tambahan) pada tahun 2007/2008.
"JPSM sebagai agensi kerajaan yang komited melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga telah mengambil inisiatif utk memulihkan kawasan ini dgn projek penanaman pokok-pokok hutan dari spesies terpilih di kawasan terosot Hutan Paya Gambut," kata maklum balas itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

3 pemimpin PKR beri keterangan himpunan BERSIH 5

Posted: 12 Dec 2016 09:01 PM PST

Beberapa pemimpin PKR hari ini hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul bagi memberi keterangan berhubung himpunan BERSIH 5.
Dua Naib Presidennya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bersama Ketua WHIP parti itu, Datuk Johari Abdul dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan himpunan aman bulan lalu.
Mereka tiba di IPD Sentul kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Kes ini sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 4(2) (b) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Turut kelihatan bersama-sama mereka ialah Sasterawan Negara A. Samad Said, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sultan Muhammad V tiba istiadat lafaz sumpah jawatan YDP Agong ke-15

Posted: 12 Dec 2016 08:09 PM PST

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (lima, kiri).
- Foto Bernama.Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (lima, kiri).
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi ini, bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
 Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.
Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor.
Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

NO WAY PAS akan bersama UMNO - PJ Selangor

Posted: 12 Dec 2016 07:59 PM PST

Amanah jangan bermimpi - PAS

Posted: 12 Dec 2016 07:56 PM PST

Mahfodz MohamedParti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi Amanah yang baru setahun jagung ditubuhkan.
"Jika dalam pilihan raya lalu di Terengganu Umno menang tipis dengan hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.
"Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan," katanya, semalam.
Beliau  mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Konvensyen Nasional Amanah kelmarin, bahawa parti tersebut mempunyai peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, Amanah dan Pakatan Harapan hanya parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihan raya mereka.
"Sedangkan Pas memiliki jentera pilihan raya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.
"Pas telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.
"DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.
"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu," katanya.

Jangan guna agama tapi amal dasar jahiliah

Posted: 12 Dec 2016 07:55 PM PST


BUKIT MERTAJAM, 13 DIS: Rakyat diseru tolak politik yang menggunakan agama tetapi mengamalkan dasar-dasar jahiliah demi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.
steven-sim-zakatDasar jahiliah yang dimaksudkan itu antara lain dengan menyebarkan fitnah, kebencian dan perkauman sempit yang hanya akan memecah belahkan rakyat pelbagai kaum negeri ini.
Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam ucapannya semasa program agihan bantuan persekolahan daripada Pusat Urus Zakat kepada 90 penerima komuniti di situ.
"Saya merayu agar umat Islam melawan fitnah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang. Nak sokong parti mana, itu hak masing-masing, tapi kita wajib lawan fitnah jahat terhadap negeri kita, contohnya azan dilarang di Pulau Pinang.
"Jika kerajaan (BN) hari ini hanya menggunakan nama agama tetapi masih mengamalkan dasar jahilliah, maka tiada rahmat untuk rakyat dan negara," katanya.
Dalam ucapannya, Steven mengimbau keadaan masyarakat jahiliah Arab yang pincang dengan amalan rasuah, perkauman dan zalim apabila menanam bayi perempuan hidup-hidup.
Perkara itu katanya berubah setelah kedatangan Islam yang menekankan konsep keadilan sejagat, melindungi hak wanita dan memerangi semangat assabiyah sempit sesuai dengan konsep rahmat kepada sekalian alam.

Muhyiddin terus cuba pujuk Pas

Posted: 12 Dec 2016 07:54 PM PST


Muhyidin terus memujuk Pas untuk bersama pembangkang walaupun jelas kebanyakan pemimpin Pas tidak berminat.Muhyidin terus memujuk Pas untuk bersama pembangkang walaupun jelas kebanyakan pemimpin Pas tidak berminat.
Walaupun mengakui Pas bermasalah dengan Amanah dan DAP, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat terus cuba memujuk Pas untuk bersama-sama dengan gabungan parti pembangkang bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Marilah kita duduk sama-sama untuk berunding. Matlamatnya hanya satu untuk mengalahkan BN. Saya rasa sukacita malam ini mendengar kenyataan yang tegas bahawa Pas tidak bekerjasama dengan Umno. Pas menentang Umno.
"Itu juga matlamat PPBM. Kita tidak akan tunduk pada Umno. Kita mahu mengalahkan Umno-BN supaya negara kita terjamin berada dalam keadaan yang lebih selamat," ujarnya pada kemuncak program ceramah anjuran Pas Selangor di Sungai Buloh malam tadi.
Menurut bekas Timbalan Presiden Umno itu, Pas tidak akan mampu untuk menjatuhkan BN yang sekian lama berakar umbi jika masih mahu bersendirian dan gagal menyelesaikan perselisihan dengan Amanah dan DAP.
"Berapa lamakah Pas nak duduk sebagai pembangkang? Mesti nak duduk jadi kerajaan. Saya pun tidak mahu lama sebagai pembangkang. Saya mahukan kuasa supaya saya boleh buat apa yang Najib tidak boleh buat. Saya nak laksanakan dasar-dasar yang baik untuk rakyat tetapi beri kuasa kepada kita. Bagi lima tahun saja dulu kalau tidak betul, buanglah.
"Kalau kita hanya mahu buat (jatuhkan BN) atas nama PPBM saya tidak yakin kita berjaya. Kalau Pas bersendirian menumbangkan BN, sejarah membuktikan tidak mungkin boleh berjaya. Ini sejarah tetapi kalau ada gandingan, kerjasama, muafakat atas tujuan muslihat yang satu dengan gabungan parti-parti lain lebih mudah untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan," ujarnya.
Mengulas penekanan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum itu dalam ucapannya berkali-kali menempelak Amanah dan DAP, demikian juga Muhyiddin yang berulang-ulang memujuk Pas supaya berunding mencari satu titik pertemuan.
"Ada isu-isu yang disebutkan Tuan Ibrahim. Saya cukup faham. Duduklah, rundinglah. Nak sebut apa? Jemaah, kumpulan, tahaluf siyasi, atau apa saja. Saya tak belajar bahasa Arab sangat tapi maksudnya begitulah dengan tujuan untuk mencapai titik pertemuan.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan semua anak Melayu sokong DAP, kata penganalisis

Posted: 12 Dec 2016 07:52 PM PST

Peratusan sokongan anak muda Melayu ke dalam DAP tidak pun melebihi 10 peratus dari keahlian yang ada, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib menangkis andaian kadar pertambahan perpecahan undi orang Melayu pada pilihan raya.
Md Shukri Shuib Menurutnya lagi, sokongan orang Melayu ke atas DAP bersifat sementara memandangkan senario semasa masih lagi memperlihatkan sokongan dominan orang Melayu ke atas Umno, Pas serta PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Pemimpin DAP pun ramai dari kalangan bukan Melayu. Memanglah sokongan orang Melayu ke atas DAP akan memecah belahkan undi Melayu tetapi harus juga diingat, adakah pemimpin dan perwakilan DAP sedia ada dalam parti itu dari kalangan bukan Melayu suka sangat dengan kehadiran ramai orang muda Melayu dan sanggupkah mereka mengangkat ramai orang Melayu menerajui kepimpinan tertinggi.
"Adakah DAP sudah bersedia memberi laluan anak muda Melayu untuk di latih menjadi Setiausaha Agung dan Pengerusi parti itu?" tanyanya.
Tambahnya lagi, DAP tidak pernah meminggir atau menganaktirikan anak Melayu yang menyertai parti itu.
"Sebaliknya kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pihaknya memberikan kelayakan dan penghormatan sama rata antara anak Melayu dengan kaum lain yang turut menyertai parti tersebut.
"Jadi saya lihat tarikan DAP ke atas anak muda Melayu hanya berkisar pada soal bermusim dan tidak pun memberi kesan signifikan yang mampu menukar parti itu dari dominasi Cina kepada pola yang lebih majmuk dan mesra Melayu," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

AMANAH parti 'kawan makan kawan' - PAS

Posted: 12 Dec 2016 07:51 PM PST

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Batu (DPPKB), Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai tidak mempunyai semangat setiakawan, sebaliknya, mengamalkan sikap 'kawan makan kawan'.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan semasa Konvensyen Nasional AMANAH semalam yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR.
"Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini AMANAH mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu.
"Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan AMANAH ini," kata Nurul Islam dalam kenyataan.
Sebelum ini, AMANAH juga dikatakan menyerang pucuk pimpinan PKR apabila Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.
Menurut Jamzuri, apa yang pihaknya mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.
"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.
"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.
"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.
Read More / Baca Lagi >>

Suara lantang Sany dan Jamzuri sebahagian citra pesona AMANAH

Posted: 12 Dec 2016 07:47 PM PST

fb_img_1481568633739
Konvensyen Nasional 2016 AMANAH yang pertama adalah manifestasi wajah kepimpinan AMANAH, tegas Timbalan Presiden parti Islam generasi kedua itu kepada Amanahdaily.
Katanya, kepimpinan tertinggi mesti bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah terlakar dan terpahat sepanjang konvensyen yang berlangsung selama dua hari, 10 dan 11 Disember yang lalu di SACC Shah Alam.
konvensyen_amanah_salahuddin_ayub_hari_kedua
Salahnudin berkata, suara lantang Ketua Pemuda, Sany Hamzan dan perwakilan Selangor yang juga Pengarah Komunikasi negeri, Jamzuri Ardani adalah sebahagian dari warna warni yang membentuk citra pesona AMANAH.
"Bila kita dah bentangkan alam untuk perwakilan menghuninya, pemimpinlah yang tampil untuk mengurus tadbir segala kerenah dan kepelbagaiannya," ujar beliau.
Mengambil faham ayat yang Presiden AMANAH alunkan dalam pidatonya, beliau berkata, Allah boleh saja semahuNya menjadikan kita umat yang satu tetapi rahsia dan hikmah kita akhirnya jadi seperti ini.
"Kita mungkin mahu perwakilan konvensyen berbicara dengan nada yang satu tetapi kewujudan AMANAH tidak mengizinkan demikian jadinya kerana AMANAH meraikan semuanya.
"Maka kepimpinanlah menjadi pembicara bijaksana," tegas Salahudin dengan seribu harapan.

SURAT PALSU HANYA MENGESAHKAN LAGI NAJIB-ZAHID TIDAK SEBULU?

Posted: 12 Dec 2016 07:19 PM PST

Munculnya surat palsu yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tidak lebih hanya merupakan pengesahan hubungan makin renggang dan tidak sebulu antara kedua-kedua pemimpin itu.

Beberapa pemimpin dan veteran UMNO melihat apa yang berlaku ini hampir menyerupai episod yang pernah terjadi antara Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dahulu.

Anwar dahulu beberapa kali mengulangi taat setianya kepada Tun Mahathir, manakala Tun Mahathir pula, setiap kali ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, tidak pernah lupa mengatakan Anwarlah bakal penggantinya.

Namun, akhirnya hubungan mereka terlerai jua akhirnya.

Begitu juga dengan Najib dan Zahid. Sementara Najib mengatakan beliau menaruh kepercayaan penuh kepada Zahid dan tidak bimbang dengan kelibat Timbalan Perdana Menteri itu berada di belakangnya, Zahid pula tidak henti-henti menunjukkan beliau seorang yang taat setia serta wala' kepada Najib.

Hakikatnya, sebagai bekas Setiausaha Politik pada 1987 lagi dan  mempunyai hubungan begitu lama dengan Najib, Zahid tidak perlu berlebih-lebihan ingin menunjukkan kesetiaannya, kecuali ada simpang lain sedang bersarang di hatinya.

Kemunculan surat palsu itu dengan jelas tidak menunjukkan kecenderungan pihak pembangkang terlibat mengenainya, walaupun Najib dan Zahid cuba menjurus ke arah itu. Tindakan Najib dan Zahid berbuat demikian lebih untuk melindungi masalah dan kerenggangan yang sedang berlaku antara mereka.

Bagi pihak Pakatan Harapan dan PPBM, mereka ternyata lebih gembira jika Najib terus kekal kerana timbunan isu yang melingkarinya lebih memudahkan lagi untuk UMNO dan BN dikalahkan dalam pilihanraya akan datang nanti.

Oleh itu, tiada sebab sama sekali untuk mereka mencipta dan mengedarkan surat palsu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: Ambil peduli amaran Sultan Perak, kata DAP

Posted: 12 Dec 2016 07:15 PM PST

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
"Kabinet Najib perlu menghentikan semua pertuduhan terhadap pemimpin anti-rasuah seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin dan Anis Syafiqah Md Yusuf.
"Mereka juga perlu mengambil tindakan segera untuk menamatkan krisis keyakinan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ekoran skandal 1MDB sejajar dengan amaran Majlis Raja dalam kenyataan pada 7 Oktober 2015," kata beliau yang juga ketua anggota Parlimen DAP itu dalam kenyataan.
Semalam, Sultan Nazrin Shah melahirkan kebimbangan mengenai gejala tersebut yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.
Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tolak cadangan Muhyiddin, tetap tak mahu DAP dan AMANAH

Posted: 12 Dec 2016 06:45 PM PST

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.
Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.
"Bagi PAS, kami ada hubungan dengan PKR. Tetapi perbincangan dengan BERSATU masih berterusan," ujar beliau semasa ditemui pemberita kemudiannya.
Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.
"Ini adalah syarat wajib. Setiap kali kita bertanding (dalam pakatan pilihan raya), kami korbankan kerusi (dengan membenarkan parti lain untuk meletakkan calon). Cukup-cukuplah. Tiada kompromi (kali ini)," katanya.
Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.
Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS berisiko kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya

Tuan Ibrahim: Berhenti ‘hentam’ PAS jika mahu ajak kerjasama

Posted: 12 Dec 2016 06:43 PM PST

Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.
tuan-ibrahimPAYA JARAS: Parti pembangkang perlu berhenti menyerang PAS sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Sepatutnya mereka faham, tetapi kita tengok pimpinan (Pakatan Harapan) sendiri serang PAS, tuduh PAS macam-macam, lepas itu minta PAS kerjasama, tidak mungkinlah sebab itu kita minta hentikan semua tuduhan liar terhadap PAS.
"Sebarang kerjasama mesti mempunyai adab, tidak boleh sebarang kerjasama, kita hentam kawan kita dalam politik.
"Tiap-tiap hari PAS dihentam, yang paling dukacita rakan kita yang masih ada tahaluf menghentam kita, Amanah hari-hari hantar isyarat akan bertanding semua kerusi PAS, beri isyarat tawan Kelantan, nak ambil alih Terengganu, nak bertanding di kerusi PAS di Selangor, jadi apa makna kerjasama?"
Beliau berkata demikian ketika berucap di "Ceramah Mega Rakyat" sepentas bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah yang disaksikan lebih 1,000 penyokong, malam tadi.
Kehadiran mereka dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi 2 parti itu adalah langkah untuk mewujudkan perikatan politik baharu.
Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.
"PAS dituduh mendapat dana RM90 juta daripada Umno. Penafian demi penafian dibuat, orang tuduh PAS makan dedak Umno, yang kita bertanding tiap-tiap kerusi lawan Umno pun kita dituduh bekerjasama.
"PAS hadir Majlis Multaqa Ulamak bersama Umno, kena faham kita hadir atas dasar ummah, bukan politik," kata timbalan presiden PAS itu.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada PAS untuk menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi PRU14.
Sabtu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berdepan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya.
Katanya, ruang perlu diberi kepada PAS untuk menyatakan pendirian sebenar, sama ada mahu bersama gabungan pembangkang yang disertai DAP dan Amanah atau bersama Barisan Nasional (BN).
Tuan Ibrahim bagaimanapun mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno, sejajar keputusan Majlis Syura PAS.
"Isu kerjasama dengan Umno beberapa kali presiden buat kenyataan, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dalam muktamar, di luar muktamar, bahkan Majlis Syura badan tertinggi PAS keluar kenyataan bertulis PAS tidak akan bekerjasama atau bergabung dengan Umno, tapi dituduh juga."
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno selaras perjuangan PPBM dan parti itu akan memainkan peranan sebagai penghubung dengan parti pembangkang lain.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Kami bukan anak tangga orang pijak menang pilihan raya

Posted: 12 Dec 2016 06:42 PM PST

Tuan Ibrahim mengulangi pendirian PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya mereka sudah menjalin kerjasama rasmi dengan PKR, manakala hubungan dengan PPBM masih dalam perbincangan.
semeja
PAYA JARAS: PAS tidak akan berkompromi dengan parti pembangkang lain dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sejarah mereka dipijak berulang akibat terlalu berlembut dengan sekutunya, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, PAS bukan parti anak tangga untuk dijadikan alat pihak lain bagi memenangi pilihan raya.
"Kita bukan anak tangga untuk orang pijak dan naik ke atas. Minta maaf, kita juga tidak akan jadi batu loncatan untuk orang naik pijak kepala kita. Kita hanya bekerjasama dengan parti yang menghormati kita," katanya ketika berucap di Ceramah Mega Rakyat bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi.
Sehubungan itu, timbalan presiden PAS itu berkata, mereka tetap akan menurunkan calon di semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13, tidak kira kerusi yang mereka menangi atau kalah.
"Setiap kali kita bertanding, PAS korbankan kerusi PAS, tapi yang lepas biarlah lepas.
"Kali ini tidak ada lagi kompromi, soal kerusi PAS (parti pembangkang lain) kena hormat. Kamu boleh bincang, mereka boleh bincang, PAS tidak ambil semua kerusi dan kita bertanding dalam 70 kerusi dulu," katanya kepada pemberita selepas ceramah itu.
Acara mega PAS di Paya Jaras itu menyaksikan pemimpin parti Islam itu berkongsi pentas dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dengan disaksikan lebih 1,000 penyokong.
Kehadiran pimpinan tertinggi 3 parti pembangkang itu dinanti-nantikan selepas Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya, Amanah dan DAP.
Mengulas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara PPBM dan Pakatan Harapan petang ini, Tuan Ibrahim berkata, PPBM bebas bekerjasama dengan mana-mana parti, namun PAS tetap tidak akan menyertai gabungan itu.
"PAS tidak akan bersama, sebab itu saya kata walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tidak bermakna tidak ada muafakat. Cuma kita minta mereka kena hormat kerusi PAS dan dasar parti, kita tegaskan soal satu-lawan-satu, kalau kita duduk dalam Pakatan Harapan, tetapi tidak ada rasa hormat tidak ada guna kita bersama.
"Kita juga tidak ada hubungan dengan DAP dan Amanah, soal PPBM nak jadi jambatan perhubungan itu terpulang kepada PPBM.
Read More / Baca Lagi >>

Pas ungkit pengalaman dikhianati PKR dan DAP

Posted: 12 Dec 2016 06:38 PM PST

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas hanya akan bekerjasama dengan parti yang "pandai menghormati" parti tersebut sekaligus dilihat memberi gambaran menolak sama sekali kerjasama politik dengan Amanah. Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas hanya akan bekerjasama dengan parti yang "pandai menghormati" parti tersebut sekaligus dilihat memberi gambaran menolak sama sekali kerjasama politik dengan Amanah.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pengalaman parti itu dikhianati banyak pihak termasuk PKR dan DAP dalam kerjasama politik sebagai perkara penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Berceramah dalam program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor di Sungai Buloh malam tadi, beliau menyifatkan semua pengalaman tersebut bermula sejak dengan Parti Negara lagi mengajar Pas tentang makna kerjasama politik.
"Saya ulang sejarah ini bukan hendak timbulkan kemarahan. Kita kena tengok ke belakang. Cermin kereta kita yang depan hanya satu. Cermin belakang ada tiga - cermin tengah, cermin kiri, kanan bermakna melihat ke belakang lebih penting daripada melihat ke depan. Tengok ke belakang untuk jalan ke depan," ujarnya di tapak pasar malam Paya Jaras.
Mengimbas kejatuhan kerajaan negeri Perak daripada blok pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat pada 2009 pula, beliau berkata, Pas telah menyerahkan berpuluh kerusi kepada PKR untuk ditandingi dalam kerjasama dengan parti itu termasuk duit dan kerahan jentera pilihan raya.
"Sayangnya bila menang, yang khianat bukan Pas. Ingat di Perak, yang khianat bukan Pas, yang khianat dan menumbangkan kerajaan negeri Perak adalah DAP dan PKR.
"Walaupun saya tahu DAP tidak setuju tindakan (lompat parti), PKR tidak setuju dengan tindakan ahli yang lompat parti hingga tumbang kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka hanya sepenggal itu turut menganggap DAP telah 'menendang' Pas ketika dalam tempoh kerjasama.
"Kita menang di Selangor, apa yang DAP buat pada Pas? DAP harus belajar di Selangor. Kita menang atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti. Kita bekerja keras. Bila menang (PRU13), mereka tendang Pas keluar. Mereka pecat seluruh jentera parti," katanya.
Menurutnya, pengalaman kerjasama Pas dengan pelbagai parti politik juga pernah dengan BN walaupun ahli dan penyokong Pas sebelum itu mengalami pelbagai bentuk penindasan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas, PKR Selangor mahu satu lawan satu PRU14

Posted: 12 Dec 2016 06:37 PM PST


Pas menganjurkan ceramah bersama PPBM, tanpa DAP dan AmanahPas menganjurkan ceramah bersama PPBM, tanpa DAP dan Amanah
Dua pemimpin Pas dan PKR di Selangor berulang kali dalam ceramah di Sungai Buloh malam tadi menegaskan mahu bertanding secara satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman yang juga Adun Paya Jaras dalam ucapan pembuka tirai anjuran badan perhubungan parti di negeri itu mengulang gesaan mengelak pertandingan banyak penjuru.
"Sebab itu kita katakan komitmen kita di Selangor ini rakyat mahu melihat bahawa hanya satu parti untuk menumbangkan Umno-BN.
"Kalau tidak, tuan-tuan (hadirin di tapak pasar malam Paya Jaras) tidak datang jauh dari Tanjong Karang, Hulu Langat. Kita di Selangor ini masih percaya kita lawan Umno secara satu lawan satu. Kita bersedia melawan Umno secara satu lawan satu," ulangnya.
Walau bagaimanapun sebelum itu, Khairuddin mengakui kesemua parti pembangkang mempunyai pendirian masing-masing.
"Kadang-kadang dalam politik ini, masing-masing ada prinsip. Pas ada prinsip dia. PKR ada prinsip dia. Bersatu ada prinsip dia, DAP ada prinsip dia. Amanah ada prinsip dia," katanya tanpa menyebut 'Pan' merujuk kepada Amanah seperti yang kerap disebut pemimpin dan penyokong Pas termasuk akhbar Harakah.
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Sivarasa Rasiah menganggap kehadiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam program tersebut sebagai satu bentuk kerjasama.
"Kita sudah ada beberapa pimpinan tertinggi datang. Bila sudah berada di atas pentas, maksudnya sudah bekerjasama. Kerjasama saja tidak cukup. Apa yang paling penting kita masuk pilihan raya satu lawan satu.
Read More / Baca Lagi >>

BERSATU sertai HARAPAN antara 4 pilihan dibentang esok

Posted: 12 Dec 2016 06:19 AM PST

Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) esok akan memutuskan untuk menggunakan satu daripada empat pilihan dalam hal membentuk pakatan pilihan raya, kata Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Satu mesyuarat peringkat tertinggi antara empat parti itu akan diadakan esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Pengumuman rasmi diikuti dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara BERSATU dan HARAPAN dijangka diadakan pada sebelah petang.
Menurut Mukhriz, HARAPAN dan BERSATU telah memberikan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan bersama-sama jika mempunyai cukup kerusi.
Bagaimanapun, bentuk sebenar kerjasama itu masih belum diputuskan.
"Kami ada beberapa pilihan, ia hanya akan diketahui opsyen mana akan dipilih (esok)," katanya kepada Malaysiakini.
Empat pilihan itu, menurut Mukhriz, adalah:
- "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya;
- BERSATU menyertai HARAPAN;
- Membentuk sebuah gabungan baru bersama
- Satu lagi bentuk kerjasama lain.
"Apa pun, ia tidak terhad kepada hanya kerjasama pilihan raya. Idea keseluruhan adalah untuk kita memastikan cara terbaik membentuk kerajaan baru.
"Ia bukan sahaja hubungan berasaskan keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini bukan niat kami sama sekali, kerana ia jangka masa terlalu pendek," katanya.
Sebelum ini, pemimpin BERSATU berkata mereka telah melanjutkan rundingan dengan parti-parti pembangkang untuk membentuk pakatan dan menetapkan agenda baru untuk "menyelamatkan Malaysia".
HARAPAN kelihatan telah memanaskan idea berkenaan, walaupun BERSATU dipimpin oleh bekas pemimpin Umno.
Bagaimanapun, PAS menyatakan dengan jelas tidak akan bekerjasama dengan BERSATU jika mereka menyertai HARAPAN kerana parti Islam itu menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh.

'Asing peranan pendakwaraya dari AG untuk elak konflik' - Ideas

Posted: 12 Dec 2016 03:44 AM PST

Sebuah badan pemikir menggesa pengasingan peranan peguam negara sebagai penasihat kerajaan dan pendakwa raya kerana kedua-dua peranan itu menyebabkan masalah dan konflik kepentingan.
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) membuat gesaan itu melalui kertas terbaru bertajuk 'Pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya: Memperkuat Undang-undang di Malaysia ".
"Apabila (Tan Sri) Abdul Gani Patail disingkir sebagai peguam negara semasa siasatan 1MDB terdapat bantahan awam yang besar.
"Terdapat peningkatan kebimbangan orang ramai mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi bagi memastikan bahawa keadilan dikuatkuasakan dengan adil dan saksama.
"Ia tidak begitu banyak mengenai AG tetapi tentang peranan Pendakwa raya. Tetapi dalam kes ini, kedua-duanya keliru kerana jawatan itu dipegang oleh orang yang sama," kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan .
Beliau berkata dua pertindihan peranan itu pada masa ini menyebabkan konflik kepentingan terutama dalam kes-kes di mana peguam negara perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa kes terhadap kerajaan.
"Bagaimana seseorang peguam juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa anak guamnya?" soal beliau.

Pakatan Harapan mesti terus perjelas masalah ekonomi kepada rakyat

Posted: 12 Dec 2016 03:41 AM PST


KUALA LUMPUR, 12 DIS: Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan komitmen untuk berjuang bersama rakyat bagi menyelamatkan negara yang terbeban dengan pelbagai masalah di bawah pemerintahan UMNO Barisan Nasional.
husam musaPenasihat Jawatankuasa Road Map Pilihan Raya Amanah, Datuk Husam Musa berkata, ia akan dilaksanakan bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, rakyat perlu diberi informasi jelas berhubung bahaya tsunami ekonomi yang melanda negara pada hari ini.
Tambahan lagi kata Husam, parti pemerintah cuba 'menutup' masalah ekonomi dengan memainkan sentimen perkauman di kalangan rakyat bagi memastikan kemenangan mereka dalam pilihan raya akan datang.
"Kalau bencana ribut, tsunami, gempa bumi ada indikator, fenomena kejatuhan ekonomi tidak terkecuali.
"Ketika rakyat kesempitan angkara GST, peningkatan hutang domestik dan asing, mereka mengapikan-apikan perpecahan rakyat menggunakan isu-isu rasis," ujarnya dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam, semalam.
Menurutnya, PAS juga merupakan salah satu pihak yang telah terperangkap dalam permainan politik UMNO Barisan Nasional.
"Mereka kini telah berada dalam jerat UMNO dan sudah tidak ada jalan keluar, melainkan terpaksa buat apa saja bagi menyelamatkan UMNO yang semakin nazak," kata Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tubuh jawatankuasa bela Orang Asli

Posted: 12 Dec 2016 03:34 AM PST

Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud menyentuh mengenai perjuangan Orang Asli dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud menyentuh mengenai perjuangan Orang Asli dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama
Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa berhubung isu tuntutan Orang Asli di Kelantan.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
"Amanah telah bermesyuarat pada 9 Disember, sehari sebelum konvensyen dan keputusan telah dibua untuk menubuhkan jaawatankuasa berkaitan hak Orang Asli ini," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam semalam, Siti Mariah berkata jawatankuasa itu akan disertai oleh wakil sayap-sayap wanita dan pemuda, Biro Undang-undang Amanah (Kanun), dan wakil setiap negeri khususnya dari Kelantan sendiri.
"Sebelum ini kita tubuhkan jawatankuasa berhubung pindaan RUU355 kita turun ke seluruh negara untuk memberikan penjelasan dan mendapatkan maklum balas sehingga akhirnya RUU ini dipinda daripada tiada jumlah had hukuman kepada ada had hukuman.
"Jawatankuasa RUU355 telah dibubarkan dan sekarang kita akan bekerja untuk jawatankuasa berkaitan hal Orang Asli kerana kita nak cari penyelesaian terbaik berhubung tuntutan mereka," katanya.
Siti Mariah berkata, beliau akan memanggil mesyuarat pertama dalam masa terdekat bagi menggerakkan jawatankuasa itu.
Terdahulu, usul membela hak Orang Asli dan Alam sekitar yang dikemukakan Awan diterima konvensyen selepas dibahaskan oleh beberapa perwakilan.

Usul yang dikemukakan itu mengimbau penahanan 54 Orang Asli pada 30 November lalu di Gua Musang semata-mata mempertahankan tanah tempat tinggal mereka daripada dimasuki pembalak-pembalak yang mengakibatkan pencemaran alam dan kerosakan tempat mereka mencari rezeki.
"Menyedari bahawa Orang Asli berhak untuk menuntut hak mereka ke atas tanah adat dan alam sekitar terutama sungai yang merupakan elemen terpenting dalam kehidupan mereka sebagai sumber bekalan air, makanan dan tempat tinggal, Awan mengusulkan lima desakan," kata perwakilan Awan Anfal Saari.
Awan mahu Amanah mendesak kerajaan Kelantan mengkaji semula dan mencadangkan sempadan tanah adat orang asli dalam mengekalkan kehidupan asal mereka yang bergantung sepenuhnya dengan sumber alam.
"Kita juga mahu Kelantan yang mendapat legitimasinya atas nama Islam untuk patuh kepada ajaran Islam untuk membela golongan daif.
Read More / Baca Lagi >>

Ibarat pikul batu berat di kepala, kata Orang Asli

Posted: 12 Dec 2016 03:33 AM PST

Isu tanah adat dan kemudahan asas masih gagal diselesaikan. Malah jalan yang dibina seolah untuk memudahkan kerja pembalak.
Belatop-river
PETALING JAYA: Ibarat pikul batu berat di kepala, begitu kata Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Jamali Ayu ketika ditanya mengenai nasib masyarakatnya hari ini.
Bukan sahaja isu tanah adat gagal diselesaikan secara berkesan, kurang daripada 50% Orang Asli di Kelantan mendapat kemudahan asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan rumah.
"Bekalan air tidak ada manfaat kerana air semua keruh. Sehingga kini Orang Asli masih lagi minum air keruh, bekalan air paip pun tak ada," kata Jamali ketika ditemui FMT.
JKOAK mewakili lebih 13,000 Orang Asli di Kelantan. Jaringan itu turut sama bersolidariti bersama masyarakat Orang Asli Gua Musang baru-baru ini yang cuba menghalang kemasukan pembalak ke kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Menurut Jamali, isunya sama ada janji tidak ditunaikan, atau ia tidak seperti yang diharapkan.
"Walaupun Kerajaan Persekutuan bagi loji air baru-baru ini tetapi tak berfungsi. Sekadar hiasan untuk Orang Asli.
"Jalan juga tidak ada. Yang ada hanya jalan untuk kegunaan pembalak. Bila projek balak habis jalan tersebut tidak ada pembaharuan.
"Mereka bina jalan untuk pembalak, bukannya untuk Orang Asli," katanya.
Jamali mengingatkan kerajaan supaya tidak menipu Orang Asli kerana mereka merasai akibat perbuatan pemerintah walaupun duduk di pedalaman.
"Segala isu nasional melibatkan pentadbiran kerajaan kita tahu, seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Harga barang semua meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli

Posted: 12 Dec 2016 03:31 AM PST

Suresh Kumar berkata, apa yang penting sekarang adalah pelaksanaan undang-undang dan penambahbaikan pelaksanaan sistem sedia ada.
suresh-psm
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan buat masa ini kerana penguatkuasaan undang-undang dan sistem sedia ada memadai dalam menangani masalah dihadapi Orang Asli, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Penyelaras Biro Orang Asli PSM, Suresh Kumar berkata, negara sudah ada undang-undang seperti Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk membela nasib Orang Asli.
Katanya, perkara terpenting bagi Orang Asli, iaitu isu hak tanah adat sert aspek lain turut dijamin dalam Akta 134.
"Akta itu dengan jelas mengiktiraf hak milik tanah adat Orang Asli dan apa yang perlu dibuat jika ada pencerobohan atau pertikaian. Kalau kerajaan negeri dan persekutuan dapat mematuhinya, ia sudah cukup bagus," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 134 menggariskan tugas kerajaan negeri bagi mengisytiharkan tanah diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli dengan beberapa syarat, antaranya memang mereka kekal tinggal di sana.
Read More / Baca Lagi >>