Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mat Sabu: Najib akan batal 'serang hendap' pembangkang jika....

Posted: 09 Dec 2016 10:02 PM PST

Kerjasama: Pas keliru, kata Tun Mahathir

Posted: 09 Dec 2016 09:58 PM PST


Konvensyen Amanah Mat Sabu Tun MKonvensyen Amanah Mat Sabu Tun M
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Ini kerana katanya di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang turut ada DAP di dalamnya.
"Pas sedikit keliru. Pada waktu sekarang Pas adalah dalam kerajaan Selangor yang mana ada DAP juga. Dalam masa yang sama Pas tak mahu bersama kita. Saya rasa mereka perlu buat keputusan. kita menunggu sama ada mereka mahu bersendirian atau bersama pembangkang yang ada Amanah dan DAP," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Amanah kali pertama di Shah Alam hari ini.
Pas sebelum ini meletakkan syarat kepada PPBM agar tidak menjalinkan hubungan dengan Amanah dan DAP jika mahu bekerjasama dengan mereka.
"Kalau Bersatu (PPBM) memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud itu setakat inilah," kata Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan.
Ditanya sama ada PPBM akan terus memberikan masa kepada Pas, Mahathir berkata beliau perlu berbincangan dnegan jawatankuasa terlebih dahulu.
"Kita parti yang mengamalkan demokrasi. Saya kena bincang dneganjawatankuasa dahulu. Say abukan diktaktor," katanya.
Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Turut bersama pada disang media tersebut ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Mahathir juga mengulangi dakwaan bahawa mana-mana pihak yang berusaha ke arah pertandingan tiga penjuru adalah menyokong Umno BN.
"Saya cuma nak kata sesiapa yang berusaha supaya pertandingan dalam PRU14 ini adalah tiga penjuru mereka sebenarnya menyokong Umno BN," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Kahiruddin Aman Razali semalam berkata, Pas bersedia untuk tiga penjuru jika ia menguntungkan Pas untuk strategi memposisikan kemenangan parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS patut fokus lawan BN, bukan tanding di Permatang Pauh – Izzah

Posted: 09 Dec 2016 09:54 PM PST

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Ia kerana katanya, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.
"Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.
"Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam pilihan raya umum depan.
DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dilaporkan berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.
Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi, PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh.
Dr Wan Azizah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999, di mana beliau menewaskan Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.
Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada 2004 dan 2008.
Namun, Dr Wan Azizah meletak jawatan pada Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Bubar Parlimen, Najib dalam dilema

Posted: 09 Dec 2016 09:52 PM PST

Presiden Amanah berkata jika ekonomi buruk melanda negara tahun depan, perdana menteri mungkin membatalkan hasratnya untuk "menyerang hendap" pembangkang.
mat-sabu_parliment_600
SHAH ALAM: Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih dalam dilema untuk mencari tarikh pembubaran Parlimen tahun depan.
Presiden Amanah itu berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pada keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada 2017, terutamanya permintaan dagangan yang lembap daripada rakan dagang terbesar iaitu China.
"Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk 'penyerang hendap' pembangkang.
"Maka cita-cita Najib untuk membubarkan Parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau saja.
"Melambatkan pilihan raya pula ada risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Pada pembentangan Bajet 2017 terdapat banyak spekulasi ia akan menjadi belanjawan pilihan raya yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Jun 2018.
Mohamad atau Mat Sabu berkata pengumuman Bajet 2017 yang diumumkan perdana menteri itu tidak mampu menarik sokongan rakyat untuk memberi undi kepada BN pada pilihan raya akan datang.
"Segala suntikan 'rasa sedap' atau 'feel good factor' yang Najib cuba berikan untuk semua pengundi dalam 'belanjawan muruku' baru-baru ini hanya sekadar pengalas perut.
"Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat GST dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat muruku atau gula-gula ini akan segera dilupakan apabila situasi bertambah berat," katanya.

Mat Sabu: Jangan ikut budaya politik naungan

Posted: 09 Dec 2016 09:39 PM PST

Mat Sabu: Jangan ikut budaya politik naungan
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya mempunyai keazaman dan kemahuan yang tinggi bagi menghapuskan budaya politik naungan (politics of patronage) yang menjadi punca barah dalam arena politik tanah air.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kepincangan besar yang berlaku dalam tadbir urus negara adalah berpunca daripada amalan politik naungan yang sangat berleluasa khususnya di dalam masyarakat.
"Mereka yang punya wang dan jentera akan lebih mudah meraih kuasa, dan apabila ia (kuasa) telah diraih, maka ia digunakan untuk menguatkan kedudukan 'naungan' ini kembali.
"Kitaran ini akan terus membesar tanpa henti sehingga harta negara akan akhirnya berkitar dikalangan golongan ini,"katanya menerusi ucapan pidato sebelum merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2016 yang berlangsung di SACC, hari ini.
Menurut Mohamad Sabu, budaya politik janji manis telah melanda hampir semua parti-parti politik di tanah air tidak kita di peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat negeri.
Beliau berkata, Malaysia kini dikuasai oleh golongan kleptokrat yang merompak harta negara dengan jumlah sangat besar bagi kepentingan diri sendiri dan kelompok kecil di sekelilingnya.
"Generasi Malaysia pada hari ini menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang sedang berlaku dan ia cukup melukakan kerohanian rakyat,"katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu memaklumkan bahawa tadbir urus yang baik merupakan tuntutan besar di dalam melaksanakan pentadbiran sesebuah kerajaan.
Ujarnya, antara ciri-ciri tadbir urus yang baik dalam sesebuah kerajaan ialah dengan memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
"Namun begitu, perlembagaan dan undang-undang adalah hasil pemikiran manusia dan ia terdedah kepada pelbagai kelemahan serta salah guna.
"Maka, institusi semak dan imbang perlu sentiasa diperkukuh dengan menuntut kepada pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman,"katanya.
Selain daripada itu, Mat Sabu turut memaklumkan bahawa Amanah bersama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah parti harapan baru

Posted: 09 Dec 2016 09:37 PM PST


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) harapan baru dipilih sebagai slogan parti itu merujuk kepada kesinambungan perjuangan.
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, pemilihan slogan harapan baru bukanlah satu kebetulan tetapi memiliki dan punyai falsafah yang tersendiri.
"Semua perjuangan besar dalam hidup ini perlukan harapan.
"Kerana tanpa harapan, putus harapan...lumpuhlah perjuangan. Kita perlu harapan yang kental untuk memulihkan demokrasi, menentang penyelewengan, kebusukan rasuah dan segala rupa kezaliman autokrasi," katanya.
Ucapan itu disampaikan beliau di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.
Tegasnya, hilang harapan atau putus asa itu adalah penyerahan bulat-bulat kepada takdir tanpa melawan dan kerana itulah konvensyen ini dilangsungkan.
Tambahnya, terima kasih kepada pemimpin parti, seluruh perwakilan, jawatankuasa, sukarelawan yang bekerjasama menjayakan konvensyen ini.
"ALLAH sahaja yang berhak memberi balasan dan ganjaran kepada semua," katanya lagi.

Jika Pas tak bersama Harapan awal 2017, anggap parti itu sekutu BN

Posted: 09 Dec 2016 09:33 PM PST

Ketika suanana politik kian panas dan cakap-cakap mengenai PRU14, Parti Amanah Negara (AMANAH) bagaikan memberi kata dua kepada PAS. Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata PAS wajar diberi tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan semasa politik negara.
rawa"Tarikh akhir perlu ditetapkan kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak kerana pada hujung 2016 kita mesti tahu dengan jelas, siapa yang bersama kita atau menentang kita," kata Mujahid di Pulau Pinang.
Malah, katanya, jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan HARAPAN, parti terbabit bolehlah disifatkan sebagai sekutu BN, lapor Malaysiakini.
"Jika mereka tidak bekerjasama dengan kita, kita harus menganggap mereka bekerjasama dengan BN.
"Kekal tidak mengambil sikap menyebelahi sesiapa tidak memberi keuntungan kepada HARAPAN, sebaliknya memberi faedah kepada BN," kata anggota Parlimen Parit Buntar itu.
Mujahid adalah antara 18 "pemimpin progresif" yang meninggalkan PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu tahun lalu.
PAS bekerjasama dengan parti pembangkang utama – PKR dan DAP – membentuk Pakatan Rakyat bagi menghadapi BN pada PRU ke-12, membolehkan pembangkang memenangi banyak kerusi pilihan raya.
Bagaimanapun selepas PRU13 gabungan itu berakhir apabila wujud perseteruan antara PAS dan DAP. Ia kemudian membawa kepada penubuhan AMANAH yang membentuk HARAPAN.
Sesetengah penganalisis berpendapat PRU14 boleh diadakan seawal Mac tahun depan.
Mengulas lanjut, Mujahid yang juga anak bekas Mursyidul Am pertama PAS tidak menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjadi rakan sekutu HARAPAN menjelang PRU14.
"Kami benar-benar berharap BERSATU akan membuat keputusan yang jelas tidak lama lagi sama ada menyertai HARAPAN atau tidak," kata Mujahid.
Difahamkan Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN akan diadakan pada 13 Disember ini bagi membincangkan perkara tersebut.
Pada pertemuan itulah, kata Mujahid pimpinan HARAPAN akan mendapatkan keputusan rasmi selepas BERSATU menangguhkan kemasukan mereka baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: Amanah setuju tanding bawah 1 logo

Posted: 09 Dec 2016 09:27 PM PST

Mohamad Sabu berkata ia sekali gus memudahkan pembangkang menumbangkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.
mat-sabu_amanah_6001
SHAH ALAM: Amanah bersetuju gabungan parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di bawah satu logo, kata Mohamad Sabu.
Presiden Amanah itu berkata usaha tersebut sebagai persediaan pembangkang menumbangkan Umno dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Amanah bersama PH dan PPBM komited untuk menubuhkan kesatuan pembangkang bagi menghadapi Umno-BN pada PRU14 dengan penetapan 1 logo, 1 manifesto dan gerak kerja," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam hari ini.
Bulan lalu, Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Konvensyen PH berkata pembangkang harus bertanding di bawah 1 logo dan 1 manifesto seperti BN untuk menang pilihan raya akan datang.
Katanya, kunci kejayaan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang ialah penyatuan semua parti.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata bagi memastikan Umno tumbang, seluruh parti pembangkang perlu membentuk kerjasama politik yang tersusun serta mempunyai hala tuju jelas.
"Sesebuah kerjasama politik yang ingin menjadi pesaing kepada Umno, BN perlu mempunyai struktur dan dasar yang jelas, serta diikat dengan perjanjian dan persefahaman utuh.
"Hanya kerjasama politik seperti ini yang memberi jawapan kepada dilema politik di negara kita," katanya.
Turut hadir dalam konvensyen Amanah ialah Dr Mahathir, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mat Sabu: Jika ekonomi buruk, Najib akan batal ‘serang hendap’ pembangkang

Posted: 09 Dec 2016 09:25 PM PST

Unjuran ekonomi global yang tidak menentu tahun depan menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencari tarikh bagi membubarkan parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Katanya, permintaan global yang lembab terutamanya dari rakan dagang terbesar iaitu China, terus suram menyebabkan ekonomi akan terus perlahan.
"Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk 'menyerang hendap' pembangkang.
"Maka cita-cita Najib untuk membubarkan parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau sahaja.
"Melambatkan pilihan raya pula mempunyai risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam ucapan perasmiannya konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Tun Mahathir, Lim Kit Siang jadi tumpuan Konvensyen Nasional Pertama AMANAH

Posted: 09 Dec 2016 08:25 PM PST

fb_img_1481339879474
Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pempimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri Amanah.
konvensyen_amanah_1
Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah; Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM); aktivis sosial Hishamuddin Rais; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas Menteri JPM, Datuk Zaid Ibrahim.
Konvensyen dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu rasmi Amanah dan diakhiri dengan alunan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Qayim Nizar pada jam 9.30 pagi ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam bermula hari ini dan esok.
Presiden Amanah, Mohd Sabu akan menyampaikan merasmikan Konvensyen Amanah pagi ini.
Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir menyampaikan ucapan aluannya pada jam 9.50 pagi ini.
fb_img_1481339855110
Beliau mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Tun Dr Mahathir katanya, jika tempat lain tidak diberikan kerusi tetapi di konvenyen Amanah tiada kesipuan untuk Tun kita sediakan kerusi di sini untuk beliau dan isteri dikasihi, katanya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan.
Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang pagi ini.
img-20161210-wa0396
Justetu PKR hari ini diwakili Naib Presiden PKR yang juga Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.
Anuar memberitahu kini Amanah mempunyai 154 kawasan dan 400 cawangan di seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti dalam pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PIDATO PRESIDEN KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA 2016

Posted: 09 Dec 2016 08:19 PM PST


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن.

وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌ۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ

"Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan." – Al-Maidah:48


1.    NEGARA RAHMAT UNTUK SEMUA

Parti Amanah Negara sejak dari awal penubuhannya, malah sejak dari wujudnya Gerakan Harapan Baru lagi, telah menegaskan bahawa mesej teras perjuangan politik kita ialah Islam sebagai Rahmat seluruh alam, yang mengatasi setiap fahaman sempit perkauman dan agama.

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
 "Dan Kami tidak Mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam."- Al-Anbiya:107


Tanpa menjadikan kepelbagaian itu satu halangan, bahkan sebaliknya menjadi cabaran dan peluang yang telah Allah S.W.T. tetapkan. Maka, Parti Amanah Negara tampil di persada politik negara menyahut seruan "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba membuat kebaikan) dengan mengurus kemajmukan rakyat negara ini.

Kita yakin Islam boleh dihayati dengan dilaksanakan dengan lebih baik, sebagai rahmat untuk semua. Islam yang mengiktiraf kejadian manusia dijadikan dengan sifat kepelbagaian kaum, bangsa, budaya dan anutan agama seperti firman Allah dalam Surah Yunus ayat 99:

"Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?"

Islam menganjurkan sikap saling membantu dalam kebersamaan untuk memperjuangkan keadilan dan kebaikan sejagat. Mengimbau peristiwa sepertimana yang pernah dilakukan oleh Ar-Rasul SAW dalam memeterai penjanjian "Hilf al-Fudhul" akan menyerlahkan tujuan dan matlamat menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman.

Dalam keberantakan dua tekanan dan desakan, pertama dalam saff gerakan politik Islam itu sendiri dan yang kedua, krisis kepimpinan yang sarat dengan kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa serta kemungkaran tata-kelola akibat hilang keamanahan, maka tampillah Amanah sebagai sebuah wadah politik Islam dengan wajah yang inklusif, progresif, sederhana, demokratik dan peduli rakyat.

Membawa mesej Islam sebagai Rahmat untuk Semua bukan bermakna kita dikatakan terlalu bertoleransi (liberal), sebaliknya kebersamaan itu adalah kekuatan manakala keseorangan itu adalah kelemahan. Kebersamaan juga adalah kebijaksanaan manakala keseorangan itu adalah kedangkalan dan kesombongan. Apabila kita memilih kebersamaan, kita wajar menghindari pemikiran bersifat tribal dan jumud yang hanya mementingkan kelompok sendiri.

Tujuan politik kita (Fiqh Siyasi) ialah meraikan kebersamaan namun menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama di dalam perkara aqidah. Berbeza dalam perkara muamalat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah.

Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, samada atas nama kaum, mahupun agama. Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.

Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita. Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya.

Mereka juga menganggap kewujudan kelompok non-Muslim di negara ini lebih sebagai ancaman dan bukan sebagai rakan sesama warganegara. Politik sempit ini, ditambah pula dengan prejudis perkauman telah menghasilkan polarisasi yang amat tajam di kalangan rakyat.

Sekiranya tidak dibendung segera, perkara ini boleh membawa kebinasaan kepada negara kita. Perpecahan, keganasan, perkauman, dan politik kebencian ibarat penyakit kanser yang bakal memusnahkan kemanusiaan.

Bukankah Ar-Rasul SAW telah menunjukkan teladan yang baik untuk kita ikuti. Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Aku tidak diutus sebagai tukang laknat, melainkan aku diutus sebagai pembawa rahmat." (Hadis Muslim).

Negara yang kita impikan ialah sebuah negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. Sebuah negara yang melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.

Kita mengimpikan sebuah negara di mana seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi, keupayaan dan kepakaran mereka, bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan, keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan perlembagaan persekutuan.

Parti Amanah Negara berikrar menyumbang secara komited melalui penglibatan politik bagi mencapai impian yang murni ini.


2.    TADBIR URUS YANG BAIK

Allah SWT telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di dunia. Allah jugalah yang menetapkan bahawa segala sumber di dunia ini mesti diurus secara adil dan lestari oleh manusia. Menyantuni kemanusiaan adalah merupakan manifestasi pengabdian Al-Khaliq (Pencipta). Menyantuni manusia dan kemanusiaan di dalam konteks mengurus dan mengagih sumber yang menjadi keperluan manusia ini adalah amanah yang wajib dipenuhi oleh para penguasa di muka bumi ini.

Malangnya hari ini, umat Islam asyik membaca nas-nas agama tanpa mengamalkannya. Prinsip tadbir urus dan akhlak yang baik ada pada Islam tetapi amalan akhlak Islam ini kadang kala lebih diamalkan oleh orang-orang non Muslim seperti yang kita lihat di Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Scandinavia.

Tadbir urus yang baik merupakan tuntutan besar di dalam melaksanakan amanah pentadbiran sesebuah kerajaan. Hari ini kita hidup dalam realiti politik yang berbeza berbanding dengan zaman sebelum wujudnya "negara-bangsa". Dalam sistem negara-bangsa, negara ditadbir secara berperlembagaan yang menjadi perjanjian yang mengikat urusan antara rakyat dengan pemerintah, dan antara rakyat dengan sesama rakyat.

Di antara ciri-ciri tadbir urus yang baik di dalam sesebuah kerajaan itu ialah memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Walaupun begitu, perlembagaan dan undang-undang adalah hasil pemikiran manusia dan ianya terdedah kepada pelbagai kelemahan dan salah guna. Maka itu, institusi semak dan imbang perlu sentiasa diperkukuhkan. Institusi semak dan imbang menuntut kepada pengasingan kuasa yang berkesan antara badan eksekutif, legislatif, dan kehakiman. Ia juga menuntut kepada sistem pentadbiran yang telus dan berwibawa.

Peri pentingnya amalan semak dan imbang ini telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:


وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَہُم بِبَعۡضٍ۬ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٲمِعُ وَبِيَعٌ۬ وَصَلَوَٲتٌ۬ وَمَسَـٰجِدُ ييُذۡڪَرُ فِيہَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ ڪَثِيرً۬ا‌ۗ

" …Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah …" - Al-Hajj:40.

Punca utama kepada kerosakan sistem politik di Malaysia ini ialah kegagalan di dalam mengamalkan prinsip pemisahan kuasa, di mana Badan Eksekutif dilihat terlalu berkuasa manakala Badan Legislatif hanya berfungsi sebagai "rubber stamp". Ini menyebabkan ahli-ahli legislatif kelihatan seperti hilang peranan di dalam sistem politik Malaysia. Para Wakil Rakyat lebih dilihat sebagai "pegawai kebajikan" berbanding "penggubal undang-undang".

Masa yang dihabiskan oleh Wakil Rakyat untuk mengagihkan pelbagai peruntukan kerajaan lebih banyak berbanding masa yang diperuntukan untuk membuat penyelidikan berkenaan penggubalan undang-undang dan perancangan polisi-polisi kenegaraan.

Kegagalan dan kelemahan fungsi Badan Legislatif negara mempunyai impak yang besar. Parlimen Malaysia hanya bersidang secara purata sekitar 50-60 hari setahun. Perbahasan Sidang Parlimen pula, sebahagiannya tidak menampakkan mutu perbahasan yang boleh dibanggakan oleh rakyat. Kemudahan yang disediakan oleh Parlimen Malaysia kepada ahli-ahli Parlimen juga sangat terhad. Beberapa usaha yang pernah dibuat bagi memperkasakan Parlimen Malaysia telah ditolak begitu sahaja oleh Kabinet Malaysia.

Sangat ironi apabila Badan Legislatif dipaksa mengemis kepada Badan Eksekutif walaupun untuk melakukan beberapa usaha reformasi bagi memperkasa institusi Parlimen. Ini semua menunjukkan bahawa upaya Badan Legislatif di negara kita berada pada tahap yang sangat lemah. Jika Parlimen tidak lagi boleh menjadi ruang pembahasan terbuka, kemana lagi rakyat boleh mengadu.

Kepincangan besar yang berlaku dalam tadbir urus negara kita juga berpunca dari amalan "Politik Naungan" (Politics of Patronage) yang sangat berleluasa dan berakar umbi terutamanya di dalam masyarakat kita. Para pemimpin politik naik ke puncak kuasa bukan kerana keupayaan kepimpinannya, tetapi kerana kekuatan "naungan" yang dimiliki dari parti 'warlords'.

Mereka yang punya wang dan jentera akan lebih mudah meraih kuasa, dan apabila kuasa telah diraih maka ia digunakan pula untuk menguatkan kedudukan "naungan" ini kembali. Seorang pemimpin politik perlu sokongan, dokongan, dan bantuan para penyokong dan aktivis untuk berjaya, dan setelah berjaya beliau perlu pula "membalas budi" penyokong dan aktivis yang selama ini membantu.

Kitaran ini akan terus membesar dan membesar tanpa henti sehingga harta negara akan akhirnya berkitar di kalangan golongan ini. Lebih ramai pendokong diperlukan dan lebih banyak wang perlu dihasilkan, dan lebih besar pulangan yang diharapkan. Budaya "politik dedak" ini melanda hampir semua parti-parti politik, terutamanya yang memerintah, samada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Politik dedak ini sedang menghancurkan negara ini. Kemuncak kepada kebobrokan ini ialah apabila negara dikuasai oleh golongan kleptokrat yang merompak harta negara dalam jumlah yang sangat besar untuk kepentingan diri dan kelompok kecil disekelilingnya.

Generasi rakyat Malaysia pada hari ini malangnya menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang berlaku sekarang. Ianya cukup melukakan dhamir kemanusiaan dan kerohanian di kalangan rakyat yang masih mempunyai nilai moral dan intelek yang ampuh. Ini bencana dan malapetaka besar dalam persoalan tadbir urus di negara kita.

Parti Amanah mestilah mempunyai keazaman dan kemahuan politik yang tinggi untuk menghapuskan budaya "politik naungan" (politics of patronage) yang telah menjadi punca barah politik.


3.    EKSTREMISME DAN TERRORISME

Dalam membentuk negara dan masyarakat yang maju dan sejahtera kita tidak boleh menolak keperluan untuk bertindak secara sederhana, rasional dan progresif dalam semua perkara. Malangnya usaha ke arah itu agak terbantut apabila kita perhatikan di negara kita sendiri dan di peringkat global bagaimana fahaman ekstrem muncul.

Tindakan terroris semakin meluas dan membawa masalah baru kepada keharmonian antara umat manusia pelbagai ras, etnik dan agama di mana-mana sahaja. Golongan ekstremis cuba memberi tafsiran kepada sesuatu persoalan hanya dari sudut pandangan mereka sehingga beranggapan hanya pendapat, pandangan dan pendirian mereka itulah yang sah dan betul.

Ini ditambah dengan sikap mereka melabelkan orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai penyeleweng, pengkhianat, kafir, munafiq dan berbagai panggilan lain sehingga ke tahap membenarkan golongan ekstremis ini melakukan keganasan dengan apa cara sekalipun bagi menegakkan apa yang mereka percayai.

Kita telah menyaksikan bagaimana kumpulan yang "tewas" dalam pilihanraya 2008 dan 2013, cuba menggunakan pendekatan perkauman dan agama secara ekstrem bagi meraih sokongan.

Golongan ekstremis ini mempunyai matlamat politik sempit dan tidak peduli terhadap kesan yang bakal terjadi hasil tindakan mereka itu. Mereka sanggup "membakar" negara asalkan hasrat dan kehendak mereka tercapai. Tidak hairanlah bagaimana dengan meniup api perkauman dan agama mereka berjaya melahirkan individu-individu yang sanggup membakar gereja, mengheret kepala lembu dalam demonstrasi (di Shah Alam misalnya) dan mudah melabelkan rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menyokong parti Pembangkang sebagai "kafir harbi".

Dan jangan kita lupa kenyataan berbau perkauman yang disebut Perdana Menteri merangkap presiden Umno yang menyifatkan penolakan rakyat dalam PRU-12 sebagai "tsunami Cina".

Tidak kurang juga tindakan mereka yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama. Kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu atau kumpulan lain sebagai "kafir". Hasilnya mereka bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.

Malangnya kerana retorik yang dibawa, mereka dapat mempengaruhi ramai orang. Islam diselewengkan maksudnya bagi menepati pemikiran dan fahaman sempit mereka sehingga pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut konsep dan idealisme mereka dianggap sebagai satu "jihad".

Selain itu, kita juga tidak boleh lupa bahawa terdapat keganasan yang dilakukan oleh negara. Siapa boleh menafikan tindakan ganas yang berterusan di bumi Palestin oleh regim haram Zionis Israel.

Mutakhir ini serangan dan usaha penghapusan etnik juga dilakukan oleh regim tentera Myanmar ke atas kaum minoriti Rohingya. Penderitaan yang dialami etnik Rohingya begitu mendukacitakan. Jika diteliti, tindakan kaum majoriti ini juga didorong oleh fahaman ekstrem perkauman yang menjustifikasikan pembunuhan terhadap kaum lain yang dibenci.
.
4.    AMANAH DAN UNJURAN EKONOMI YANG SURAM
Unjuran ekonomi global yang tidak menentu untuk Tahun 2017, menghalang Najib mencari tarikh untuk membubarkan Parlimen. Permintaan global yang lembap, terutama rakan dagang terbesar kita iaitu China terus suram dan pertumbuhan ekonomi mereka berterusan perlahan.
Segala suntikan 'rasa sedap' atau 'feel good factor' yang Najib cuba berikan untuk semua pengundi, dalam 'Belanjawan Muruku' baru-baru ini hanya sebagai pengalas perut. Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat GST dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat pepatah orang tua 'untung secupak rugi segantang'.
Muruku atau gula-gula ini akan segera dilupakan rakyat apabila situasi bertambah berat seperti yang disebut oleh seorang wakil Puteri dari Pahang yang berucap di Perhimpunan Agung Umno lalu. Tegas beliau 'buka pintu, nun menghijau pokok kelapa sawit, buka almari dapur, minyak masak tak ada… tak jadi bahan lawakkah? Sambil beliau memberi peringatan keras kepada pimpinan tertinggi Umno, 'jika pembangkang menambah 23 kerusi di kawasan Felda, maka berakhirlah pemerintahan BN yang ditunjangi Umno'.
Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk 'menyerang hendap' pembangkang. Maka cita-cita Najib untuk membubarkan parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau sahaja. Melambatkan pilhanraya pula mempunyai risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan KDNK 4.3% untuk suku ketiga tahun 2016 ini, satu pencapaian yang agak memberangsangkan. Tetapi rakyat langsung tidak teruja dan peduli. Bebanan kos sara hidup yang amat berat ditanggung oleh majoriti rakyat khususnya golongan Bawah-40 (B-40) dan golongan Menengah-40 (M-40).
Rata-rata perhatian hari ini tertumpu kepada isu kejatuhan nilai mata wang ringgit. Rakyat merenung jauh kesan dan impak buruk nilai matawang ringgit terhadap kos kehidupan mereka yang semakin terhimpit.
Walaupun sasaran BNM untuk mengawal inflasi antara 2.5 hingga 3% pada 2016, namun pada Mac lalu Jabatan Perangkaan mengeluarkan angka 4.3%, tertinggi sejak Disember 2008. Bulan November ini, ia dilaporkan turun serendah 1.4%. Tetapi rakyat tidak lagi peduli angka-angka yang tidak bermakna buat mereka. Rakyat lebih tahu dari pimpinan negara tentang hakikat kenaikan harga dan kos sara hidup seharian, seperti di pasar basah atau pasaraya.
Nilai ringgit terus merudum iaitu 4.448, paling rendah berbanding dolar Amerika. Sejak pemilihan Presiden Amerika 8 November lalu, nilai ringgit telah susut nilai sebanyak 4.7% berbanding dolar Amerika (US$).
Read More / Baca Lagi >>

Amanah bimbang tempias pemikiran takfiri

Posted: 09 Dec 2016 08:14 PM PST

Presiden Amanah Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bimbang gejala melampau yang mengkafirkan orang lain merebak ke negara ini.
 "Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita.
"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya dalam Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.
"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya.
Beliau berkata, negara yang diimpikan adalah negara melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.
"Kita mengimpikan sebuah negara di mana seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi, keupayaan dan kepakaran mereka, bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan, keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan perlembagaan persekutuan," tambahnya lagi.
Turut hadir dalam konvensyen sulung Amanah ini adalah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara, A. Samad Said selain wakil diplomat asing.
'Najib kadang-kadang tidak tahu dia PM'
Ada sesuatu yang dibisikkan Presiden kepada Tun Dr Mahathir  Mohamad dalam konvensyen Amanah pagi ini.Ada sesuatu yang dibisikkan Presiden kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam konvensyen Amanah pagi ini.
Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pemimpin negara itu harus menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan.
"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH lahir daripada jihad perjuangan untuk membawa harapan baru

Posted: 09 Dec 2016 07:22 PM PST

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan aluannya berkata, ada pihak yang terlalu sukar menyebut Parti Amanah Negara dengan nama Amanah sebaliknya menyebut "PAN".
Katanya, PAN dalam bahasa Inggerisnya disebut 'kuali' dan "PAN" dalam Arabnya bermakna "hancur musnah'.
konvensyen_amanah_-perwakilan_ramaiSejak penubuhan Amanah tegasnya, membuktikan jati diri ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan teruskan usaha menegakkan keadilan untuk negara tentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat inginkan negara nikmati rahmah Allah.
Sebagai sebuah negara merdeka, Ustaz Ahmad Awang berkata, Amanah lahir daripada jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Rakyat dan bertukar kepada Pakatan Harapan.
Beliau bersyukur menyaksikan seluruh pimpinan semua peringkat hadapi ujian, fitnah, tohmahan, tuduhan buruk ke atas pimpinan parti Amanah.
Kata beliau lagi, ada yang kata Amanah parti pengkhianat yang halal darahnya, untuk menjatuhkan hukuman pimpinan Amanah dengan fatwa mereka yang kemudian menjadi pegangan dikalangan pengikut mereka yang taksub.
Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa syukur Amanah didokong semua warga negara mereka bukan Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan agama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.
Beliau yakin dengan kehadiran Dr Mahathir dan Pakatan Harapan benar-benar mampu mencapai harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak sebenarnya sebagai sebuah negara merdeka yang mana rakyat tertekan dengan tekanan ekonomi dan politik apabila sistem demokrasi digunakan untuk menjalankan pemerintahan 'kuku besi' kerana ada sebahagian rakyat berasa senang dengan sedikit 'dedak' yang diberikan yang tidak memberikan kesan apapun melainkan tipu daya.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen Pertama Amanah: Semua kepimpinan Pakatan Harapan,PPBM hadir

Posted: 09 Dec 2016 06:19 PM PST


Barisan kepimpinan kanan Pakatan Harapan, PPBM yang hadir sempena Konvensyen Pertama Amanah hari ini.Barisan kepimpinan kanan Pakatan Harapan, PPBM yang hadir sempena Konvensyen Pertama Amanah hari ini.
Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pempimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat/Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri parti Amanah.
Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Bersih 2,0 Maria Chin Abdullah, Dr Nasir  dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia aktivis sosial Hishamuddin Rais.
Konvensyen hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti nyanyian Lagu Amanah dan diakhiri dengan alunan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Qayim Nizar pada jam 9.30 pagi ini.
Pemimpin kanan Amanah (dari kiri) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Presiden Mohamad Sabu, Penasihat Ahmad Awang dan Setiausaha Agung Anuar Tahir ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan parti Amanah.Pemimpin kanan Amanah (dari kiri) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Presiden Mohamad Sabu, Penasihat Ahmad Awang dan Setiausaha Agung Anuar Tahir ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan parti Amanah.
 Presiden Amanah Mohd Sabu akan merasmikan Konvensyen Amanah hari ini.
Setiausaha Parti Amanah Negara Mohd Anuar Tahir sedang menyampaikan ucapan aluannya pada jam  9.50 pagi ini.
Beliau ucapkan terima kasih dengan kehadiran Dr Mahathir katanya, jika tempat lain tidak diberikan kerusi tetapi di konvenyen parti amanah tiada kesipuan untuk Tun kita sediakan kerusi di sini untuk Tun dan isteti dikasihi, katanya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan.
Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri  Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringin suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya  Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang  pagi ini. Justetu PKR hari ini diwakili NabibPresidden PKR Nurul Izzah Anwar, laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.
Anuar memberitahu  kini Amanah mempunyai 154kawasan dan 100cwangan seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

MEMANG PALSU, TAPI SURAT INI KERJA SIAPA?

Posted: 09 Dec 2016 05:35 PM PST

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan ikrar taat setianya kepada Najib Razak serta dalam masa yang sama meminta hubungan beliau dengan Hishammuddin Hussein tidak dilaga-lagakan.

Cukup-cukuplah melagakan saya dengan Hisham, kata Zahid.

Najib dalam ucapan penggulungannya kemudian menyatakan penuh kepercayaannya kepada Zahid, malah katanya, beliau tidak risau sama sekali jika Naib Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu berada di belakangnya.

Tetapi, sejak malam tadi tiba-tiba berlegar surat yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi yang kandungannya meminta Najib meletakkan jawatan, sambil menyenaraikan kabinet bayangannya.

Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL 1MDB: APA KHABAR KELUARGA RIZA AZIZ?

Posted: 09 Dec 2016 06:07 AM PST

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Reuters, keluarga Jho Low gagal dalam usaha mereka untuk menangguhkan perbicaraan di AS yang bertujuan untuk menyita harta-harta milik hartawan tersebut yang sudah ditetapkan pada 12 Disember ini.

Keluarga Jho Low memohon penangguhan kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan harta serta aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baharu.

Hakim tidak memberikan sebarang sebab dalam menolak usul keluarga Jho Low itu, tetapi pihak pendakwaraya membantah penangguhan pendengaran itu dengan alasan ia sudah lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman sivil yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana milik 1MDB telah diselewengkan.
Dalam saman sivil untuk menyita harta serta aset oleh Jabatan Kehakiman AS itu, nama Riza Aziz, anak tiri Najib Razak adalah antara yang turut dinamakan bersama Jho Low, selain dua individu lain yang dikaitkan dengan IPIC dan Aabar iaitu Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.
Read More / Baca Lagi >>

Pertandingan 2 penjuru belum tentu untungkan PAS

Posted: 09 Dec 2016 05:05 AM PST

PAS yakin dengan agendanya sendiri dan membiarkan parti pembangkang lain bercakaran sesama sendiri untuk merebut kerusi dipertandingkan pada PRU14.
Mohd-Khairuddin-Aman-Razali_pas_600
PETALING JAYA: PAS bersedia mempertimbangkan pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya ia memberi keuntungan kepada parti Islam itu, kata ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, ia boleh dijadikan strategi bagi memposisikan kemenangan parti itu memandangkan pertandingan 2 penjuru mungkin hanya menguntungkan parti pembangkang lain.
"Sebagai parti ke-2 terbesar dari sudut keahlian beragama Islam dan Melayu, PAS perlu memposisikan dirinya dalam politik tanah air. Cukuplah PAS sebelum ini hanya menghirup kuah sementara isinya diratah pembangkang lain dalam pilihan raya.
"PAS perlu terus dengan pendirian tersendiri. Biarkan Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan DAP, PKR, Amanah dan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bercakaran sesama mereka berebut kerusi untuk bertanding," katanya menerusi kenyataan kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyatakan penyertaan PPBM dalam PH dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.
Salahuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, parti Islam itu perlu yakin untuk membawakan agenda dan manifesto sendiri pada pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

DAP dan hasil kerja dakwahnya

Posted: 09 Dec 2016 04:25 AM PST


Kerja dakwah adalah larian marathon yang tidak pernah berkesudahan. Ia sarat dengan dugaan demi dugaan yang kadang-kadang terlalu melelahkan, sehingga ada yang berputus asa, berpatah balik atau berhenti di tengah jalan.
Ada yang kecewa dan ingkar dengan perjuangan dan ada antara mereka yang kekal bertahan. Mereka yang bertahan inilah yang pastinya akan dapat melihat hasilnya seperti mereka berpeluang menyaksikan Tun Mahathir yang hadir ke Persidangan Tahunan DAP 2016 di Shah Alam hari ini, buat julung kalinya.
rencana-dap-dan-hasil-dakwahnyaTetapi kerja dakwah yang dimaksudkan ini bukanlah berputar sekadar isu-isu agama yang terkadang dirimbun oleh agamawan palsu-jadi-jadian. Kerja dakwah ini termasuklah mencakupi kerja-kerja mendidik, memperbaiki sikap dan pemikiran rakyat bagi menghadapi penentangan, kezaliman atau kehodohan kepemerintahan dalam negara misalnya. DAP juga punyai tanggungjawab membuat kerja dakwah seperti ini.
Kerja dakwah DAP ini adalah pekerjaan panjang yang tugasnya mendidik masyarakat memahami perjuangan dan kesungguhan parti menyatukan seluruh rakyat sebagai sebuah keluarga besar tanpa batasan bangsa dan warna kulit, ikhlas memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat serta merukuni nilai-nilai yang murni dalam masyarakat. Ianya perlu dilakukan dengan tekun, penuh sabar dan memerlukan sifat daya tahan yang tinggi. Ianya tidak mudah dilakukan oleh sebarangan manusia.
Akan tetapi, kerja dakwah ini akan kekal diusung sebagai metod perjuangan walaupun kita tidak mengetahui bila masa dan saatnya kita boleh memetik hasil ranum daripada kerja dakwah tersebut. Hanya mereka yang benar-benar yakin pada prinsip yang didukung dan sabar dengan mehnah perjuangan sahajalah yang akan menyambut berita baik itu.
Namun, siapa sangka harga kesabaran dan kecergasan kerja dakwah DAP sejak penubuhannya 50 tahun lepas terbayar hari ini. Pintu kebenaran yang diusahakan dengan ikhlas terkuak sedikit demi sedikit. Sekali lagi dalam Persidangan Tahunan Parti DAP 2016 yang berlangsung di dalam Shah Alam hari ini telah mewarnai sejarah baru buat blok pembangkang.
Apakah ada kemenangan lain yang boleh diraikan selain keterujaan khalayak yang menjadi saksi Tun Mahathir mengakui bahawa beliau pernah tersilap menghakimi DAP dan segala perjuangannya selama ini? Bercakap di hadapan para wartawan, pemimpin parti, ahli-ahli DAP, penyokong dan semua pemerhati; Tun Mahathir mengakui tersilap menanggapi DAP sebagai sebuah parti satu kaum  – yang dipasarkan beliau sendiri dan parti lamanya selama berpuluh tahun lamanya.
Malah beliau mengakui parti DAP lebih 'Malaysia' berbanding UMNO dan BN cukup sekadar mendengar lagu parti yang dinyanyikan dan ucapan pemimpin-pemimpin parti yang dibuat dalam bahasa kebangsaan. Maka fitnah mendakwa DAP parti yang anti-Melayu dan menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan secara otomatisnya tertolak.
Kata-kata Johnny Depp mungkin boleh menggambar apa yang dirasai Tun Mahathir, di saat beliau berada di dalam persidangan sebuah parti pembangkang yang dicemuhnya selama berpuluh tahun; "Kamu mungkin boleh menutup mata dengan perkara yang kamu tidak mahu lihat, tetapi kamu tidak akan dapat menutup hati dengan perkara yang kamu rasa".
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah dana asing untuk ‘Red Bean Army’, DAP dakwa anak bekas ketua polis buat laporan palsu

Posted: 09 Dec 2016 04:23 AM PST

Polis perlu mengambil tindakan ke atas laporan palsu berhubung dakwaan kononnya DAP menerima sumbangan asing bagi tujuan operasi tentera siber.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng menegaskan bahawa DAP tidak pernah menerima sebarang sumbangan dana asing dan menafikan kewujudan tentera siber Red Bean Army (RBA) seperti yang difitnah dalam laporan terbabit.
whatsapp-image-2016-12-09-at-2-45-28-pm"Apa yang terbukti di seluruh dunia dan yang mendapat dana asing RM2.6 bilion adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dan beliau sendiri mengaku," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Lip Eng berkata demikian selepas membuat laporan polis ke atas laporan palsu anak kepada mantan Ketua Polis Negara, Abdul Rahman Mohd Hanif Omar seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), semalam.
Abdul Rahman membuat laporan itu berdasarkan kenyataan tidak berasas mantan pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz yang mengatakan kononnya RBA ditaja oleh DAP melalui sumbangan dana asing.
Lip Eng dalam laporannya turut menggesa supaya Abdul Rahman disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat dakwaan palsu.
Dalam pada itu, Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, polis harus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati membuat laporan palsu dengan niat jahat untuk memfitnah dan memburuk-burukkan.
"Kita tidak mahu kes seperti apa yang terjadi terhadap laporan palsu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berulang lagi, justeru saya gesa supaya polis menyiasat dengan serius laporan palsu ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar agama anak: DUN Perlis langgar fatwa mufti

Posted: 09 Dec 2016 04:02 AM PST

Fatwa Jabatan Mufti Perlis berkata ibu atau bapa yang Muslim berhak "memperkenalkan" Islam, dan hak penjagaan tidak ambil kira anutan ibu dan bapa.
mohd-asri_perlis_law_600
PETALING JAYA: Pindaan Dewan Undangan Negeri Perlis semalam yang membenarkan penukaran agama anak secara sebelah pihak bercanggah dengan fatwa rasmi jabatan mufti negeri yang memutuskan hak penjagaan tidak mengambil kira anutan ibu dan bapa.
Keputusan fatwa April 2015 itu menjelaskan pendirian pihak berkuasa agama Perlis dalam isu penjagaan anak yang menjadi rebutan antara ibu bapa berlainan agama.
Ia tidak menyatakan ibu atau bapa yang memeluk Islam perlu menukar agama anak.
"Ibu atau bapa yang Muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah (pemeliharaan)."
"Hak hadanah tidak dinilai berdasarkan agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya."
Fatwa rasmi Jabatan Mufti Perlis dimuatnaik oleh Mufti Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook hari ini.
Keputusan itu mendahului Dewan Undangan Negeri Perlis semalam yang meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang didakwa membolehkan ibu atau bapa berlainan agama mengislamkan anak secara sebelah pihak.
Menurut laporan media, pindaan dibuat terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak di bawah umur 18 tahun boleh diislamkan dengan kebenaran "ibu dan bapa".
Menteri Besar Datuk Azlan Man berkata pindaan itu menukar "ibu dan bapa" kepada "ibu atau bapa", bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan "parent".

Pas, PKR, Bersatu perlu formula baharu - Takiyuddin

Posted: 09 Dec 2016 03:51 AM PST

PRU14: Lebih banyak parti akan bersama Pas

Posted: 09 Dec 2016 03:49 AM PST

PAU 2016 : Satu doktrin order baru

Posted: 09 Dec 2016 03:37 AM PST


Umno sebagai Imperium
Barisan Nasional sedang menghadapi kemelut dalaman, luaran dan juga masalah peribadi yang bukan lagi personal sebagai ketua pemimpin negara ini. Kemelut urustadbir ekonomi dan juga pentadbiran yang lemah dalam kerajaan memacu ekonomi dan pentadbran menjadi batu asas pengukuhan parti-parti politik pembangkang.
Tidak dinafikan kesepakatan di antara parti pembangkang juga bercelaru. Perkara ini membuat pemerintahan Barisan Nasional terus kekal dalam pentadbiran. Walaupun demikian, kerajaan BN hari ini masih berhempas-pulas dengan dasar-dasarnya. Semua dasar ini mempraktikkan perkara yang sangat manis tapi jauh dari keperluan rakyat. Isu-isu yang melanda Najib dan juga BN meletakkan mereka berada dalam fasa kehilangan kuasa.
Kesedaran rakyat mengenai hakikat bahawa negara ini di dalam masalah besar sudah mula terpupuk. Walaupun rakyat tidak memahami secara jelas 1MDB, kesan dan punca kejatuhan nilai matawang, GST dan juga peningkatan kos sara hidup, tetapi rakyat tahu mereka sedang dibohongi.
Namun, hakikat untuk memahami segala isu-isu korupsi dan salah laku ini masih jauh untuk dihadam. Munkin bila tiba hari dan waktunya, rakyat dapat berfikir secara jelas.
Daya melawan pemerintah belum cukup kuat lagi. Meskipun dibantu secara langsung dari luar waimah dari pada Amerika sekalipun, netizen di negara ini masih belum dapat merungkai kebrobokan Najib di bawah pentadbiranya.
Najib memegang kuasa seumpama mendapat cincin perkahwinan untuk mengikat kuasa pada badan berkanun. Berbekalkan apparatus negara, Najib terus meyakinkan rakyat bahawa negara ini berkeadaan sangat baik.
Perang ini perang antara kesempitan rakyat dengan hagemoni kuasa Najib. Rakyat mendambakan keselesaan hidup, mengharapkan pendidikan yang baik. Ini mimpi dan angan-angan yang besar bagi rakyat.
Tindakan pemerintah bagi mengekalkan survival UMNO dengan melancarkan gelombang jihad kebenaran. Gelombang biru menjadi pembakar inspirasi bagi memasuki medan PRU 14. Bahkan Buku Kesetiaan sepanjang hayat dilancarkan hasil terbitan Yayasan Penyelidikan Tranformasi, buku tersebut di nyatakan boleh menjadi panduan bagi rakyat memahami dan menjiwai UMNO sejak 70 tahun yang lalu.
Tugasan selaku imperator
Tugas dan tindakan sebagai pemerintah – imperator :-Najib dan kediktatorannya mengawal badan kerajaan dan menteri kabinetnya. Ini bagi memastikan barisan kabinet terus mengikut telunjuk bagi kepentingan dirinya.
Sebagai pemegang kuasa eksekutif, Najib mengolah kembali bidang kuasa Legislatif dan bidang kuasa Kehakiman. Kuasa ini adalah kuasa rakyat yang dirampas.
Kemaharajalelaan keatas kuasa Eksekutif, Legislatif dan kehakiman di bawah telunjuk Perdana Menteri, maka riwayat dan hikayat kezaliman akan membenih atas nama tirani. Jika di gelar kuku maka ia bermediumkan besi.
Bagi kekal berkuasa, Presiden Umno ini perlu menjuarai dan mendominasi pemikiran dan struktur kuasa. Kekangan terhadap sumber maklumat, idea- idea dan juga proses undang -undang mula diperkenal dan dilaksana bagi mengawal ahli politik dan juga masyarakat bagi meneruskan survival parti dan kekal berkuasa di dalam pemerintahan.
Umno perluas kuasa ekonomi bumiputra
Menurut laporan utusan Malaysia 30 november kerajaan UMNO sebagai tunjang kerajaan beri limpahan rahmat kepada seluruh rakyat, demikian mengikut kata Najib Razak. Menurutnya lagi detik kejayaan ini adalah dari sokongan padu UMNO dan rakan komponen mengotakan janji dalam khidmat bakti .
Dengan kata lain, segala perjuangan Umno adalah mengenai survival orang Melayu. Ketiadaan Umno Melayu akan mengemis di negara sendiri. Menurut bahasa mudahnya, ekonomi Melayu adalah melalui kebergantungan pada parti Umno dan Kerajaan, selama-lamanya.
Umno perluas kuasa kultur-budaya
Peranan Umno sebagai parti unggul ketuanan Melayu dinyatakan jelas untuk merubah melayu ;
Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
Merubah orang Melayu menjadi bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dan menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini
Read More / Baca Lagi >>

Nur Jazlan : Tun M cuba takutkan rakyat

Posted: 09 Dec 2016 03:36 AM PST

 Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kerajaan akan memberikan sejumlah 700,000 MyKad kepada warga asing di Johor.
Menurut Nur Jazlan, umum sudah mengetahui proses untuk memberikan MyKad kepada orang luar perlu melalui urusan yang terperinci dan memakan masa yang panjang.
"Kenapa nak buat tuduhan tanpa fakta? Janganlah sebab nak dapatkan kepentingan politik, bekas PM itu sanggup buat tuduhan tak berasas.
"Padahal dia (Tun Mahathir) sendiri tahu bukan senang nak bagi IC pada warga asing, jadi jangan buat fitnah sebab nak suruh rakyat takut dan benci kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai menjelaskan, bekas pemimpin-pemimpin Umno yang berpaling tadah makin galak mereka pelbagai tuduhan supaya rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan.
Menurut beliau, kesemua tuduhan melulu itu dibuat untuk memancing undi dan mahu menyerang Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Pembangkang akan cuba menyerang kerajaan dari segenap ruang, kalau tak boleh serang PM mereka cuba pula serang TPM.
"Sebab itulah mereka reka macam-macam cerita termasuk isu MyKad ini nak suruh rakyat marah pada kerajaan dan KDN," katanya.

Pas mahu tanding semua kerusi Permatang Pauh

Posted: 09 Dec 2016 03:34 AM PST

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh mempertikaikan keputusan Parti Amanah Negera yang mahu bertanding di kerusi Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat Pas sejak sekian lama.
Jamsari Samad Ketua Penerangannya,Jamsari Samad berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk terus menentang Umno dan ia berjaya direalisasikan apabila telah beberapa kali mengalahkan parti itu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kerusi berkenaan.
Bagaimanpun, kentayaan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang menyatakan minat untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh amat mengejutkan.
"Adakah Amanah mahu bersekongkol dengan Umno untuk merampas kerusi itu daripada kami pada PRU akan datang. Saya yakin usaha mereka akan sia-sia kerana rakyat akan memilih Pas pada PRU akan datang.
"Pas Permatang Pauh mengalu-alukannya sesiapa sahaja mahu bertanding kerana ia hak demokrasi,cuma persoalan disini mengapa Dun Permatang Pasir untuk mereka bertanding?," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.
Katanya, untuk PRU akan datang Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kami juga berhak meletak calon ketiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi.
"Saya mahu menasihatkan Mujahid supaya selesaikan dahulu krisis perpecahan ahli dalam Amanah Pulau Pinang sebelum bercita-cita bertanding di Permatang Pasir," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mujahid yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.
Read More / Baca Lagi >>