Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEMUA SURAT ANWAR KONON DARI PENJARA ADALAH PALSU: SURAT ITU REKAAN RAFIZI ?

Posted: 06 Dec 2016 10:16 PM PST

Jabatan Penjara tidak pernah membenarkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan media di mahkamah seperti didakwa sebuah portal berita.
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video portal berita itu mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.
Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan, kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan Penjara.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada diguna pakai bagi memastikan pengiringan terhadap semua banduan termasuk Anwar dilaksanakan dengan mengutamakan aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Anwar dibenarkan membuat sidang akhbar semasa berada di mahkamah oleh Jabatan Penjara, kata Hassan.
Hassan berkata Jabatan Penjara sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sebenar yang berlaku di Mahkamah Rayuan berkenaan semalam.
"Pihak kami sesekali tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang salah laku anggota dan pegawai penjara," katanya. –BERNAMA

SAYA TERKEJUT DENGAR VIDEO TUN M MAKI TUNKU ABDUL RAHMAN

Posted: 06 Dec 2016 02:59 PM PST

Sebaik sahaja kalah di Parlimen Kota Star Selatan kepada calon PAS, Yusuf Rawa pada Pilihan Raya 1969 Tun Dr Mahathir telah menulis surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Dia (Dr Mahathir) buat surat kepada saya, tapi diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang, tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakan ini diedarkan

"Dan dimaki saya dalam (surat) itu, dengan berbagai-bagai perkataan. Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu..,"kata Tunku Abdul Rahman dalam satu rakaman.

Ketika Dr Mahathir menghantar surat itu Tunku Abdul Rahman merupakan Presiden UMNO yang kedua.Ketika itu juga, Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka yang mengambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP.




ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:25 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ramai Pemimpin DAP Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan

Posted: 05 Dec 2016 10:30 PM PST


Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara. 

DAP patut buka kelas berbahasa kebangsaan bukan beli alat terjemah bahasa. Lagu DAP sudah dipuji oleh Mahathir. Alangkah baik kalau DAP ajak semua ahli ahli PPBM mengajar DAP berbahasa Melayu.

Tidak ada guna kalau lagu sahaja berbahasa Melayu tetapi ahli ahli DAP dan pemimpinnya tidak pandai bercakap dan faham bahasa Melayu. Lagu itu hanyalah alat propaganda semata mata. Lagu itu hanyalah alat untuk dapat undi sahaja.

Kalau sekadar beli alat terjemah, itu sesuatu yang memalukan. Bagaimana ahli ahli parlimen DAP hendak bercakap dalam Dewan Rakyat? Bahasa kebangsaan harus diucap dalam Dewan Rakyat bukan menggunakan alat terjemah bahasa.

Bukan sekadar tidak boleh bercakap, malah tidak faham bahasa kebangsaan. Ini sesuatu yang serius untuk seseorang yang bergelar warganegara Malaysia. Bahasa adalah jambatan perpaduan. 

Ini buktinya DAP tidak berminat untuk belajar bahasa kebangsaan. Tidak minat untuk bercakap dan bertutur bahasa kebangsaan. Memalukan sungguh. Tidak layak seseorang itu menjadi ahli dewan rakyat jika tidak tahu bahasa kebangsaan. 

Parlimen harus tidak membenarkan mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan menjadi ahli parlimen. Undang undang dan syarat kelayakan menjadi calon parlimen harus dipinda.  Apa guna jadi rakyat Malaysia, kalau tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Disebalik 1.5 juta warga asing masuk ke Johor.. siapa untung sebenarnya?

Posted: 06 Dec 2016 09:46 PM PST

Lihat apa jadi pada Singapura, kata Dr M
Berita mengenai petempatan baru sedang dibina untuk jutaan orang di wilayah Iskandar Malaysia mendorong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tertanya-tanya nasib apakah akan menimpa Johor.
Dalam posting terbaru di blognya Dr Mahathir berkata laporan Bloomberg menyatakan di sekitar Johor Bahru ada 60 projek perumahan sedang dibangunkan dan boleh menempatkan 1.5 juta orang.
Namun kata Dr Mahathir, tidak diketahui siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar Malaysia itu.
"Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1.5 juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini? Tak masuk akal," katanya dalam entri berjudul Kerakyatan.
Kata beliau apa yang "masuk akal" ialah 1.5 juta orang asing bakal menetap di sekitar Johor Bahru.
Beliau turut membangkitkan dakwaan bahawa orang asing itu akan berada di kawasan petempatan berkenaan selama tiga bulan saja sempena musim sejuk di negara asal mereka.
"Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal tiga bulan dan selepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandar raya Iskandar kosong selama sembilan bulan.
"Fikirkan 1.5 juta juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama sembilan bulan. Sunyi senyap Johor Bahru. Masuk akal?
"Jika 1.5 juta juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah (Menteri Besar Johor, Datuk) Mohamed Khaled (Nordin) menghalau mereka keluar?" tanyanya lagi.
Dr Mahathir yang kini lantang mengkritik kerajaan selepas menjadi pembangkang turut mempertikaikan status orang asing terbabit dan kemungkinan mereka menuntut kerakyatan Malaysia.
"Apa kata kalau senyap-senyap mereka diberi IC (kad pengenalan) Malaysia sebelum PRU 14?" katanya.
'Tahniah' untuk MB
Baru-baru ini ketika berceramah di Krubung, Melaka Dr Mahathir berkata 700,000 orang dari China akan diberikan kad pengenalan Malaysia dan membolehkan mereka mengundi dalam PRU ke-14 nanti.
Dakwa beliau ia adalah sebahagian daripada perjanjian yang diusahakan Datuk Seri Najib Razak semasa melawat China baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah dan Utusan umpama isi dengan kuku

Posted: 06 Dec 2016 09:36 PM PST


Saya ingin merujuk kepada satu lagi siri fitnah oleh Utusan Malaysia pada 6 Disember 2016 yang jelas bertujuan untuk menggambarkan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ancaman kepada orang Melayu.
Kampung Mutiara
rencana-fitnah-dan-utusan-umpama-isi-dengan-kukuSalah satu tuduhan liar yang dilemparkan adalah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang lepas tangan terhadap isu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi. Malah, Utusan Malaysia juga memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merobohkan kampung tersebut.
Dakwaan jahat ini langsung tidak berasas. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh dikatakan lepas tangan apabila wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk saya sendiri telah terlibat dalam usaha mempertahankan penduduk Kampung Mutiara daripada tindakan pengusiran yang dikenakan oleh mahkamah?
Pada masa yang sama, walaupun tanah tersebut merupakan tanah milik persendirian dan tuan tanah sudah pun memenangi kes di mahkamah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mengisytiharkan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan sebarang pemajuan di tanah tersebut selagi penduduk tidak diberi pampasan yang setimpal. Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju menyediakan rumah PPR sebagai penginapan sementara seandainya berlaku perobohan rumah.
Usaha Kerajaan Negeri telah pun diiktiraf oleh Ketua UMNO Bukit Bendera Dato' Ahmad Ismail yang secara terbuka memuji sikap bekerjasama kepimpinan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara. Adakah Dato' Ahmad Ismail akan turut difitnah oleh Utusan?
Dalam sebarang kes tuntutan tanah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan hak semua pihak terpelihara, khususnya penduduk yang terlibat. Hal ini juga dibuktikan di Tanjung Tokong, di mana kemelut puluhan tahun antara UDA dan penduduk kampung telah berjaya diselesaikan hasil daripada perbincangan bersama yang dimudahcarakan oleh Kerajaan Negeri.
DAP tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri
Dalam keluaran yang sama, Utusan Malaysia turut mengulangi fitnah lama kononnya DAP akan merebut jawatan Perdana Menteri sekiranya menang bersama Pakatan Harapan. Meskipun tiada halangan dari segi Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana rakyat Malaysia untuk memegang jawatan tertinggi itu, namun DAP memahami fabrik sejarah dan sosio-politik negara kita dan adalah naïf untuk DAP mengidamkan jawatan Perdana Menteri.
DAP tidak pernah berubah pendirian bahawa Perdana Menteri pilihan adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, bukan hanya kerana soal beliau Melayu, tetapi kerana beliau adalah Melayu yang berkelayakan. DAP juga percaya bahawa terdapat ramai pemimpin Melayu yang berkebolehan serta beramanah dalam kalangan parti-parti pembangkang yang sudah tentu tidak akan menyeleweng duit negara atau menerima 'derma' berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi mereka.
Pada masa yang sama, DAP komited terhadap pembaharuan sistem dan bukan hanya mengejar jawatan-jawatan tertentu. Apa yang lebih bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar penentuan Perdana Menteri tetapi reformasi keseluruhan struktur dan sistem politik negara kita yang telah nazak dirosakkan oleh rejim UMNO-BN.
Perlembagaan Persekutuan
Read More / Baca Lagi >>

PAS – UMNO perguna isu Rohingya untuk kepentingan politik

Posted: 06 Dec 2016 09:36 PM PST


KUANTAN, 7 DIS: UMNO dan PAS tidak mempunyai kredibiliti dan tidak layak untuk menjuarai isu pembantaian junta Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya kerana gagal membawa ia untuk dibahaskan secara menyeluruh di Parlimen.
Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kononnya serius memandang isu tersebut, sepatutnya menggunakan kaedah tekanan diplomatik dengan menutup kedutaan Myanmar di negara ini.
tengku zulNamun, kata Tengku Zulpuri, UMNO dan sekutu barunya PAS memilih untuk melakukan 'wayang politik' dengan cara demonstrasi tanpa menyentuh dasar kerajaan yang jelas bagi menangani isu berkenaan.
"Isu Rohingya tidak kena gaya jika kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal dasar hanya sekadar melakukan demonstrasi.
"Mereka tidak boleh samakan demonstrasi itu dengan perhimpunan aman BERSIH 5, yang mana suara mereka bagi menuntut negara yang bersih dan adil telah disekat oleh kerajaan UMNO," katanya kepada Roketkini.
Malah, katanya, Malaysia sehingga kini masih menjalinkan hubungan ekonomi dengan Myanmar, sekaligus menunjukkan sikap tidak serius UMNO untuk membawa isu etnik Muslim Rohingya ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Ia ditambah dengan sikap hipokrit PAS, yang menurut Adun Mentakab itu, 'menutup sebelah mata' terhadap isu Orang Asli di Kelantan yang terjejas teruk ekoran sumber makanan dan minuman mereka dimusnahkan oleh aktiviti pembalakan.
"Pemimpin PAS telah mengunakan politik untuk kepentingan sendiri. Berkawan dengan 'Perompak Negara dan Rakyat' demi tengkolok mereka sahaja," ujarnya.
Najib bersama Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pada Ahad lepas menyertai perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pertemuan kedua-dua pemimpin dalam pentas yang sama telah menimbulkan desas desus kerjasama politik kedua-dua parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Gugur dakwaan ‘sembrono’ ke atas penduduk, kata Suaram

Posted: 06 Dec 2016 09:29 PM PST

NGO pemantau hak asasi Suaram menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan pertuduhan terhadap lima individu atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam di kawasan projek pemasangan menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Cheras Hartamas, Hulu Langat Ogos lalu.
Pengarah Eksekutif Suaram D Sevan berkata tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka adalah tidak wajar dan remeh.
'Bagaimana 'penjawat awam' tersebut membuktikan yang mereka telah diganggu semasa menjalankan tugas?
"Apakah 'tugas' yang dikatakan itu, dan bagaimana mereka dikatakan menghalang apabila 'tugas' itu sendiri tidak ada?
"Demikian itu, pendakwaan yang menyatakan mereka menggangu tugas penjawab awam adalah sembrono dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sevan berkata di sebalik keadaan yang meragukan dalam pendakwaan itu, kelima-lima lelaki itu tetap dikenakan bayaran ikat jamin sebanyak RM 3,000 seorang.
"Suaram menyeru agar pendakwaan terhadap individu-induvidu ini digugurkan serta-merta kerana kes ini sama sekali tidak berasas.
Read More / Baca Lagi >>

Kos tak masuk akal, Trump batal tempah Air Force One baru

Posted: 06 Dec 2016 09:11 PM PST

Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump membatalkan tempahan dengan Boeing Co untuk membina pesawat Air Force One yang baru bernilai lebih AS$4 bilion setelah mengadu kos itu di luar kawalan.
"Boeing sedang membina satu pesawat baru 747 Air Force One untuk kegunaan presiden di masa depan, tetapi kosnya di luar kawalan, lebih AS$ 4 bilion. Batal tempahan!" kata Trump di Twitter.
Memetik laporan Reuters, Trump yang bakal menduduki Rumah Putih pada 20 Januari akan datang juga dikatakan akan menggunakan kemahiran sebagai ahli perniagaan untuk membuat tawaran yang baik dan memberi manfaat kepada pembayar cukai Amerika.
Beliau yang kemudiannya membuat penampilan mengejut di lobi Menara Trump di New York berkata, kos pembikinan pesawat yang menjadi simbol kehebatan presiden AS sebagai tidak masuk akal.
"Pesawat itu betul-betul di luar kawalan. Saya rasa ia tidak masuk akal. Saya rasa Boeing melakukan perkiraan. Kami mahu Boeing menjana wang yang banyak tetapi tidaklah sebanyak itu," katanya kepada pemberita, memetik laporan yang sama.
Boeing yang telah membina pesawat untuk presiden AS sejak tahun 1943 masih belum memulakan kerja-kerja penggantian untuk Air Force One yang sedang diguna pakai sekarang ini.
Menurut syarikat itu, pihaknya kini menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak bernilai AS$170 juta yang berkisar mengenai penentuan keupayaan pesawat untuk memenuhi keperluan unik presiden AS," jelasnya.

Majlis Peguam desak tubuh badan pengawasan pantau polis

Posted: 06 Dec 2016 09:10 PM PST

Peguam Firdaus Husni berkata, akauntabiliti polis menjadi perhatian umum selama beberapa tahun dan sudah tiba masanya pasukan itu melakukan pembaharuan.
polis_law_11
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan menubuhkan mekanisme pengawasan luaran dalam memenuhi cabaran dihadapi pasukan polis.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis Majlis Peguam Malaysia, Firdaus Husni berkata, ia juga perlu untuk polis membasmi elemen jahat dalam pasukan itu.
"Di Malaysia, akauntabiliti polis menjadi perhatian umum selama beberapa tahun ini disebabkan kes yang dilaporkan dalam media yang menekankan situasi membimbangkan ini," katanya dalam satu ceramah umum bertajuk "Undang-undang dan Akauntabiliti Polis" semalam.
Pada Februari 2004, Yang di-Pertuan Agong melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Tahun berikutnya, suruhanjaya itu mengemukakan 125 syor kepada kerajaan dengan cadangan teras ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Bagaimanapun, pegawai tinggi polis menolak cadangan itu atas alasan pasukan berkenaan tidak patut dipilih untuk dikenakan tindakan disebabkan aduan orang ramai.
Beliau berkata, statistik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menunjukkan 242 orang mati dalam tahanan polis antara 2000 hingga 2014.
"Ini menunjukkan wujud masalah sistematik dalam pengurusan dan pengendalian tahanan dalam lokap," katanya sambil menambah kebimbangan kedua ialah jumlah kes tembakan polis.
Beliau berkata, walaupun polis dibenarkan membawa senjata api dan menembak apabila perlu, namun dalam beberapa kes, ia lebih kepada tindakan ugutan.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Habuan:Azwan Bro angkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara

Posted: 06 Dec 2016 09:07 PM PST

Zunar fail semakan kehakiman sekatan ke luar negara

Posted: 06 Dec 2016 08:11 PM PST

Skandal 1MDB: Keluarga Jho Low bertindak lindungi aset haram

Posted: 06 Dec 2016 07:56 PM PST

Saudara-mara ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low sedang meninjau tindakan mahkamah untuk menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari merampas aset-aset yang terbabit dalam siasatan dana skandal 1MDB, menurut fail mahkamah AS.
Reuters melaporkan empat saudara Jho Low merancang memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini bagi membolehkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru, menurut usul Mahkamah Persekutuan di Los Angeles pada Isnin yang lalu.
Usul berkenaan bertujuan menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kepada tarikh lain dengan penyataan bahawa terdapat usaha membawa kes itu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.
Jho Low merupakan antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil yang difailkan awal tahun ini oleh Jabatan Keadilan AS atas dakwaan lebih daripada AS$3.5 bilion telah diselewengkan daripada dana 1MDB.
Menurut fail, langkah untuk mencuba mahkamah di tempat lain dibuat ekoran bantahan kerajaan AS terhadap usaha oleh saudara-mara Low untuk memindahkan aset kepada pemegang amanah yang baru.
Kerajaan AS mempersoalkan, antara lain, mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman adalah lokasi yang sesuai untuk membuat permintaan seperti itu.
Menurut Bloomberg, empat saudara-mara Low itu termasuk bapa dan abangnya

Najib yang menyusukan China

Posted: 06 Dec 2016 07:50 PM PST

ULASAN Tidak ada satu pun kaum di negara ini akan selamat, kalau Malaysia itu sendiri tidak diselamatkan!
Masalah hari ini bukan masalah orang Melayu yang kononnya terancam, tetapi masalah sebenar adalah Malaysia yang kini sedang terseret ke dalam pelbagai kemelut pentadbiran, politik dan ekonomi.
Tidak sampai sebulan sebelum perhimpunan agung Umno minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengadakan lawatan rasmi ke republik komunis China dan bertemu dengan presiden Xi Jinpin. Di sana, beberapa perjanjian persefahaman dimeterai yang dilaporkan melibatkan kira-kira RM143 bilion nilai pelaburan. Jumlah itu mungkin besar bagi Putrajaya, tetapi bukanlah terlalu besar untuk sebuah negara sebesar republik komunis China.
Di sebalik perjanjian dan hubungan akrab Najib-China, republik komunis berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedang galak mahu menguasai Laut China Selatan. Salah satunya apabila China secara senyap-senyap menambak laut dan membina pangkalan tentera di kepulauan Paracel.
Tuntutan China terhadap atas kepulauan Spratly juga masih berterusan. Kedua kepulauan tersebut terletak di kawasan strategik di tengah-tengah Laut China Selatan yang bukan sahaja menjadi sumber tangkapan laut, minyak dan gas, tetapi sudah tentu sebagai kawasan strategik mengawal hubungan laut dengan kuasa ketenteraan.
Nelayan sama ada dari Filipina, Vietnem, Malaysia atau mana-mana negara terdekat akan diberkas sekiranya menangkap ikan di kawasan kepulauan berkenaan tanpa kebenaran China. Begitulah kerasnya pemaksaan kuasa yang mula dilaksanakan China di kedua pulau berkenaan yang kedudukannya beribu batu daripada sempadan pantai China.
Sebelum pertemuan Najib dengan Xi Jinpin, keadaan agak sukar bagi China menerobos dan menuntut sepenuhnya hak ke atas dua kepulauan berkenaan. Sehingga sebelum lawatan Najib, tidak ada seorang pun pemimpin negara ASEAN yang nampaknya boleh 'dibeli' oleh republik komunis China.
Ikatan dan semangat negara-negara ASEAN sebelum ini sangat kuat. Walau tidak ada sebuah pun negara ASEAN sekuat China, namun kesatuan ASEAN jualah yang membuatkan suara ASEAN kekal terhormat. Banyak urusan dalaman ASEAN diselesaikan dengan semangat dan cara ASEAN sendiri seperti konflik di Selatan Thailand, isu pengganas di utara Sabah dan Mindanao serta konflik puak pemisah Aceh di Indonesia dalam tahun 1980 dan 90-an dahulu.

'Orang dalam'
Hanya dengan bantahan secara bersama atas nama ASEAN, maka suara negara-negara ASEAN lebih terdengar dan tidak mudah untuk diketepikan begitu sahaja oleh mana-mana kuasa luar, termasuklah China. Oleh itu sebagai strategi politik, China memang perlu mencari jalan memecah-belahkan perpaduan ASEAN yang wujud puluhan tahun.
Berusaha ke arah itu, China perlulah mencari-cari dan mempunyai "orang dalamnya" untuk melemahkan ASEAN dari dalam ASEAN. ASEAN tidak boleh dilemahkan dari luar.
Maka tidak hairan bagaimana China melihat bahawa lawatan dan keterdesakan Najib untuk mendapat wang dari China sebagai peluang terbaik. Ini strategi serampang dua mata apabila mereka sedar bahawa Najib dalam waktu sama sangat terdesak memperoleh pelabur luar terutama selepas Najib tercalit skandal besar 1MDB. Selain itu, Putrajaya juga semakin kekeringan dana yang boleh dilihat di dalam Bajet 2017 di samping kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

Syarat Pas kepada PPBM: Tidak boleh bersama Amanah dan DAP jika mahu kerjasama

Posted: 06 Dec 2016 07:05 PM PST

Pas telah memberikan beberapa syarat, jika PPBM  ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan AmanahPas telah memberikan beberapa syarat, jika PPBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.
"Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu (PPBM). Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
"Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Isnin lalu, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.
Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.
Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.
"Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Rohingya: Najib, panglima ATM tak sehaluan, kata PJ PAS Selangor

Posted: 06 Dec 2016 07:00 PM PST

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pergi ke Myanmar untuk memulihkan hubungan dua negara. Datuk-Iskandar-Abdul-Samad
PETALING JAYA: PAS hari ini berkata kunjungan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.
"Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.
"Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.
Malah, perdana menteri juga tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.
Bagaimanapun, Iskandar berkata sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.
"Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar," katanya.
Pada himpunan sama yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib mengecam tindakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang enggan berjumpa wakil Malaysia bagi membincangkan isu hak asasi manusia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan - Takiyuddin Hassan

Posted: 06 Dec 2016 06:29 PM PST

Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.
"Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
TAKIYUDDIN HASSAN "Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.
Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.
Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.
"Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.
"Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini," katanya.

Sabah bakal tumbang, rakyat semakin benci dengan Umno

Posted: 06 Dec 2016 06:24 PM PST

Gelombang perubahan yang kuat di Sabah hari ini bakal menyaksikan kekalahan BN dalam PRU14 tidak lama lagi dan Amanah mesti segera menjalinkan kerjasama strategik dengan parti-parti tempatan khususnya Warisan, tegas AJK Amanah Nasional, Mazlan Aliman.
Katanya, rakyat Sabah sudah biasa membuat perubahan politik dalam pilihanraya melalui USNO, BERJAYA, PBS dan kini Umno.
fb_img_1481002291079Umno adalah parti dari Semenanjung dan masuk ke Sabah dengan satu misi yang sangat besar, untuk membawa perubahan kepada rakyat Sabah tetapi ianya tidak berlaku, ujarnya.
Hari ini dakwa beliau, rakyat Sabah marah kerana pemimpin utama mereka, Dato' Seri Shafei Apdal digantung jawatan sebagai Naib Presiden Umno dan akhirnya keluar parti.
"Sudahlah agenda perubahan yang digembar-gemburkan Umno macam-macam, rekod kejayaannya dipersoalkan dan pemimpinnya diperlakukan dengan cara yang tidak sewajarnya," ulas Mazlan dalam status terkini facebooknya.
Justeru, kata beliau, tindakan Shafei menubuhkan parti bersifat tempatan adalah strategi yang bijak dan terbukti dengan kemasukan ribuan ahli Umno di setiap bahagian ke dalam Parti Warisan.
Ini adalah signal penolakan besar-besaran ahli Umno Sabah terhadap parti Semenanjung, katanya.
"Kerjasama strategik dengan parti local khususnya Warisan mesti dilakukan segera, namun, hati-hati kerana sensitiviti rakyat Sabah mesti dijaga," ulas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH Kelantan desak Nik Abduh cadangkan kepada Najib haramkan DAP

Posted: 06 Dec 2016 06:21 PM PST

img-20161204-wa0633Amanah Kelantan mendesak Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mencadangkan kepada Perdana Menteri agar mengharamkan DAP sekiranya benar dakwaan beliau parti itu boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum, atau boleh mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini, tegas Naib Pengerusi Amanah negeri, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.
Katanya, kenyataan Nik Abduh itu sebenarnya cuba meniupkan api perkauman dalam kalangan orang-orang Melayu dan ia senada dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan DAP.
Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang berada di luar komponen Pakatan Harapan (PH) tidak berhak dan tidak layak untuk menjadi jurucakap PH, apatah lagi campurtangan dalam menentukan calon Perdana Menteri yang hanya akan diputuskan diperingkat Majlis Presiden PH, jika ditakdirkan PH berjaya mengambilalih teraju pemerintahan negara daripada BN.
"Sokongan Umno ke atas RUU 355 yang di bawa oleh Presiden Pas tidak boleh dijadikan ukuran sebagai kejayaan bersama umat Islam kerana laluannya masih berliku.
"Tidak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan RUU 355 akan diluluskan. Setakat ini RUU 355 telah tiga kali dipinda di peringkat usul, walaupun usul tersebut belum lagi dibahaskan," ujar beliau kepada Amanahdaily.
Jika di peringkat usul pun, Pas sudah berhempas pulas untuk memastikan usul Presidennya terus berada dalam agenda persidangan parlimen walaupun didakwa mendapat sokongan Umno, bagaimana pula nasib usul ini di peringkat undi belah bahagi dan seterusnya Bacaan Kedua yang hanya boleh dilakukan oleh Menteri, soal beliau.
Nik Abduh dalam satu kenyataan baru-baru ini, meminta umat Islam tidak terpedaya dengan kata-kata penyokong PH kononnya calon Perdana Menteri mereka, jika memerintah negara adalah daripada PKR bukan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Umno, Pas tubuh kerajaan campuran

Posted: 06 Dec 2016 06:19 PM PST

UMNO dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.
"MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.
Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.
"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.
"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu lagi.
Menurut beliau, jika Umno dan Pas berganding bahu menghadapi PRU14, mereka pastinya akan mempunyai laluan mudah untuk menerajui kerajaan negeri di lima negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah.
"Kelima-lima negeri pula mempunyai 54 kerusi parlimen dan dijangka Umno serta Pas akan menang 48 hingga 50 kerusi daripadanya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi parlimen.
"Sekiranya Umno dan Pas berjaya memenangi 50 daripada 56 kerusi itu, ini bermakna semakin mudahlah Umno untuk mengekalkan kuasa dengan membentuk kerajaan campuran bersama Pas," katanya.
MCA sememangnya parti Cina
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memimpin negara selama 22 tahun, beliau sepatutnya telah sedar bahawa MCA sememangnya adalah sebuah parti dengan kesemua ahlinya terdiri daripada kaum Cina.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, sejak penubuhannya hingga sekarang, MCA adalah parti berasaskan kaum Cina dan MCA tidak perlu berselindung apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>

BERKAWAN DENGAN DAP ADALAH PILIHAN YANG TEPAT

Posted: 06 Dec 2016 06:15 PM PST

Semua orang tahu DAP adalah parti pilihan orang-orang Cina. Walaupun ia bersifat pelbagai kaum dan di dalamnya ada Melayu, India dan lain-lain kaum, tetapi lebih ramai orang Cina yang menyertai serta menyokongnya.

Kira-kira 80 hingga 90 peratus orang Cina sekarang ini bersama DAP. Sejak dua pilihanraya lalu memperlihatkan DAP telah mendapat sokongan majoriti yang ketara daripada pengundi Cina berbanding MCA dan Gerakan.

MCA dan Gerakan tidak boleh lagi dianggap mewakili kaum Cina. Mereka bukan saja kalah di banyak kerusi, malah di mana-mana kita boleh mendengar keluhan ketidakpercayaan kaum Cina sendiri kepada kedua-dua parti itu.

Bagi kaum Cina, MCA dan Gerakan sudah mati di hati mereka. Mereka tidak percaya lagi kepada parti itu. Ramai kaum Cina melihat MCA dan Gerakan adalah "parti cari makan"  dan bukan benar-benar memperjuangkan nasib mereka.

Sehubungan itu, dalam konteks politik Malaysia yang pelbagai kaum, tindakan Tun Mahathir Mohamad merapatkan dirinya dengan DAP adalah suatu tindakan yang tepat dan betul. 

Ini kerana PPBM, PKR dan Amanah adalah parti yang dikuasai oleh Melayu. Dengan merapatkan diri bersama DAP, PPBM dan Pakatan Harapan jelas ingin menawarkan keseimbangan politik kepada negara yang tentunya lebih mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Sebaliknya, Najib dan UMNO telah menyimpang jauh daripada daripada mahu mewujudkan keseimbangan kepada negara ini. Dengan UMNO sudah memiliki 88 kerusi Parlimen dan kemudian cuba berbaik serta berpakat pula dengan Pas, juga parti Melayu, Najib ternyata hanya ingin mengekalkan kuasa Perdana Menterinya secara mudah, tetapi mengabaikan keharmonian serta kestabilan negara.

Najib tidak sepatutnya cuba memikat Pas dan menghentam DAP jika beliau memikirkan kestabilan negara ini. Beliau seharusnya lebih dulu cuba mendekati DAP apabila melihat MCA dan Gerakan tidak lagi berfungsi.

Dan kalau pun DAP enggan berbaik atau bersama, Najib tidak seharusnya menghentam parti itu. Dengan disokong 80 hingga 90 peratus kaum Cina, menghentam DAP sama seperti menghentam kaum Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas diroboh, Orang Asli 'bangkit' bina sekatan baru Sabtu ini

Posted: 06 Dec 2016 06:11 PM PST

Selepas sembilan hari insiden tangkapan Orang Asli serta perobohan sekatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah Gua Musang, kini masyarakat itu bangkit dan berjanji untuk membina lebih banyak sekatan.
Selepas sekatan telah dirobohkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 29 November lalu, mereka kini akan mula mendirikan sekatan baru pada Sabtu ini.
Persiapannya telah berjalan antaranya masyarakat Orang Asli Temiar mula mengumpul bahan-bahan untuk membina sekatan di tempat lama dan baru.
Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Azmi Badun, antara bahan yang telah dikumpulkan ialah buluh, kayu dan rotan untuk membina sekatan baru.
Katanya lagi, sebanyak tujuh sekatan baru - berbanding tiga sebelum ini - akan dibina. Antara lokasi sekatan baru tersebut ialah jalan menuju ke Pos Balar dan Pos Hau.
"Kita dah bincang dengan semua komuniti Orang Asli dan mereka mempersetujui untuk mendirikan sekatan semula serta menambah sekatan lain.
"Kami tak rasa takut sebab kita bukan lakukan jenayah. Kita cuma pertahankan hak kami.
"Kita akan mula (bina sekatan baru) pada 10 Disember, Sabtu ini dan orang kampung juga kini sedang dalam proses untuk membaik pulih bangunan (pondok sekatan) yang dirobohkan," katanya kepada Malaysiakini.
Selain itu, ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat Orang Asli dari luar Gua Musang turut ditahan semasa JPNK merobohkan sekatan, Azmi menafikan perkara tersebut.
Malah, beliau dengan tegas memberitahu kesemua 54 Orang Asli yang ditahan merupakan Orang Asli dari Gua Musang.
"Dakwaan tak berasas sebab menuduh sedangkan yang kena tangkap Orang Asli sejati (dari Gua Musang).
"Tak ada Orang Asli negeri lain (yang ditahan), hanya (Orang Asli) Kelantan sahaja.
"Kalau ada Orang Asli lain pun, mereka hanya bergabung untuk pertahankan hak kami, mereka hanya menyokong. Kita tak halang mereka (Orang Asli luar dari Gua Musang) untuk datang, mereka juga Orang Asli," katanya lagi.
Azmi turut berkata, sehingga hari ini tiada usaha dari kerajaan negeri untuk berjumpa pihak mereka seperti yang dituntut sebelum ini.
"Antara tuntutan kami pada pihak berkuasa kerajaan negeri ialah supaya iktiraf hak Orang Asli dan hormati adat-adat Orang Asli.
"Tapi sehingga kini tak ada (perbincangan bersama kerajaan negeri). Kami dah datang (Wisma Darul Naim) SUK 2 November lalu dan bercakap dengan timbalan menteri besar Kelantan dan beliau berjanji nak adakan perbincangan isu sekatan.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Tidak pelik IC diberi kepada 700,000 warga China

Posted: 06 Dec 2016 06:07 PM PST

Ini kerana kes warga asing diberi kad pengenalan pernah berlaku, kat bekas perdana menteri itu
mahthir_mykad_cina_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan dakwaan lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan supaya boleh mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana kes warga asing memiliki kad pengenalan Malaysia pernah berlaku, kata bekas perdana menteri itu dalam catatan blog.
"Sebab itu dakwaan bahawa 700,000 orang asing ini akan diberi kad pengenalan, di daftar dan mengundi dalam PRU-14 tidak begitu ganjil," katanya menjawab reaksi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Khaled semalam menepis dakwaan Dr Mahathir sebagai tidak masuk akal.
Beliau menambah dakwaan itu hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya.
Tetapi Dr Mahathir hari ini mempertikaikan Khaled yang mendakwa pembelian hartanah oleh warga China bagi memenuhi keperluan mendapatkan tempat tinggal sementara terutama pada musim sejuk.
"Sudah ada syarat dan perjanjiankah?" soal pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
"Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan, dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan. Masuk akal?"

Tukar PM tak selesai masalah negara - Dr Khairuddin

Posted: 06 Dec 2016 06:06 PM PST

Khairuddin Aman Razali
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menegaskan, masalah pentadbiran negara tidak akan selesai dengan hanya menukar perdana menteri.
Sebaliknya kata beliau, hanya dasar kepimpinan yang berlandaskan Islam akan menyelamatkan rakyat.
"Islam hadir untuk mengubah dasar yang diimani oleh manusia bukan hanya menukar manusia. Dasar kepimpinan perlu diubah. Pemimpin perlu memimpin berdasarkan Islam pada konsep pentadbirannya, pengurusan ekonomi dan kewangannya. Di saat itu barukah rakyat akan berbahagia," katanya.
Ahli parlimen Kuala Nerus itu mendakwa, DAP dan PKR setuju untuk hanya menukar perdana menteri kerana mereka tidak ada masalah dengan dasar negara hari ini.
"Dicanangkan Save Malaysia iaitu kabinet baru kerajaan antara Ahli Parlimen BN dan Pakatan Pembangkang tanpa Najib. Hanya tanpa Najib! masalah dalam negara tidak akan selesai dengan hanya menukar perdana menteri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi diberi layanan khas kunjung MAHA 2016

Posted: 06 Dec 2016 06:03 PM PST

Lawatan Hadi itu sehari selepas beliau berkongsi pentas dengan Najib pada himpunan solidariti untuk Rohingya.
hadi521
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberikan layanan khas ketika mengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang baru-baru ini.
"Sukacita saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang telah menjemput, mengurus dan melayan saya dan rombongan semasa lawatan ke tapak MAHA 2016," kata Hadi menyatakan penghargaannya dalam kiriman Facebook semalam.
hadi5212
"Semoga usaha meningkatkan hasil pertanian negara mencapai kejayaan."
Hadi turut dilihat diraikan dengan jamuan yang turut disertai bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Taman Pameran Pertanian Malaysia.
hadieat
Lawatan Hadi itu sehari selepas beliau berkongsi pentas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada himpunan solidariti untuk Rohingya di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
MAHA tahun ini yang dirasmikan Najib pada Ahad bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita" dan bertujuan mempamerkan produk dan bahan terbaik pertanian negara, merupakan ekspo pertanian dan makanan terbesar dan paling lama diadakan di rantau ini.

Mengapa siasat saya? Mengapa tak siasat FBI, Clare tanya Zahid

Posted: 06 Dec 2016 06:01 PM PST

Daripada menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat Sarawak Report, editor laman web pemberi maklumat itu Clare Rewcastle-Brown telah mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, ini kerana FBI sedang menyiasat perkara yang sama yang telah dilaporkannya.
"Saya dapati sangat pelik timbalan perdana menteri dan Umno mahu memburuk-burukkan dan menyerang saya... kerana mendedahkan sesuatu yang kini disokong FBI dan pihak penguatkuasa di seluruh dunia.
"Justeru, mengapa Zahid tidak menubuhkan sebuah pasukan khas bagi berdepan dengan FBI dan mengapa beliau tidak mengkritik bank-bank yang mengakui berlaku salah laku membabitkan wang 1MDB?
"Mengapa tidak ambil tindakan undang-undang di negara yang mengenal pasti jenayah dinamakan sebagai 1MDB?" tanya Rewcastle-Brown.
Semasa menggulung perbahasan di hari terakhir perhimpunan agung Umno pada 3 Disember lalu Zahid yang juga naib presiden parti berkenaan memberitahu, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai pertubuhan tempatan, termasuk laman sesawang Sarawak Report.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata beberapa pertubuhan menerima dana asing dan sedang berusaha menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak demokratik.
Di luar negara, beberapa bank dan pegawai yang mempunyai kaitan dengan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasa ekoran dakwaan berlaku penyelewengan dan penggubahan wang haram membabitkan dana agensi pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.
Read More / Baca Lagi >>

Warga asing Wilayah Iskandar bakal dapat IC Msia untuk jadi pengundi - Tun M

Posted: 06 Dec 2016 05:55 PM PST

UMNO sudah pun sampai kekuburan nya

Posted: 06 Dec 2016 05:55 PM PST

Tun M: Mana mungkin perbuatan Najib dibandingkan dgn sunnah Nabi

Posted: 06 Dec 2016 05:54 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SANDIWARA NAJIB MENJERAT HADI

Posted: 06 Dec 2016 02:26 PM PST




INI BARU BETUL-BETUL SANDIWARA SANDIWARA NAMANYA!!





Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya. (SH 06/12/2016).