Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib, Hadi 'berpegangan tangan' bantah nasib Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 09:34 PM PST

Tun M: I was wrong about DAP

Posted: 03 Dec 2016 09:19 PM PST

Rakaman udara bukti penggondolan 'tanah adat' Orang Asli Gua Musang

Posted: 03 Dec 2016 09:15 PM PST

Tawaran DAP buat rakyat Malaysia

Posted: 03 Dec 2016 09:06 PM PST

SHAH ALAM - Parti DAP hadir dengan tawaran baru yang akan membantu rakyat menghadapi masalah ekonomi masa kini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tawaran ini  khas dibuat demi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.
"Tawaran baru ini hadir dengan lembaran baru yang mahu menghapuskan skandal seperti 1MDB.
Lim Guan Eng "Selain itu, kami juga akan hapuskan GST dan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan demi meningkatkan hidup rakyat," katanya ketika ucapan dasar sewaktu Persidangan Parti 2016 di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, rakyat memerlukan harapan baru yang akan membantu mereka pada masa hadapan.
"Rakyat perlukan tawaran yang menawarkan kenaikan gaji, kemahiran yang lebih baik dan peningkatan produktiviti untuk pekerja dan industri di Malaysia.
"Di samping itu, jaminan pengangkutan awam yang lebih baik perlu ada, khidmat kesihatan, pendidikan dan perumahan juga akan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan rakyat," tambahnya lagi.
Beliau juga turut mengatakan sudah tiba masanya untuk rakyat memilih antara autokrasi ataupun demokrasi.
"Pilihan di tangan anda untuk gelombang perubahan terhadap Malaysia, autokrasi atau demokrasi?" katanya.

Politik celaru akibat sikap pemimpin

Posted: 03 Dec 2016 09:05 PM PST

KUALA TERENGGANU – Suasana politik kebelakangan ini disifatkan bercelaru dengan sikap beberapa pemimpin bertukar parti daripada yang asal kepada baharu, sehinggakan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris berkata, senario itu bukan hanya melibatkan pemimpin yang asalnya pembangkang berpindah kepada parti kerajaan, malah turut melibatkan pemimpin parti kerajaan yang bertukar kepada pembangkang.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris Menurutnya, keadaan itu mewujudkan satu pemikiran bahawa pemimpin-pemimpin politik sudah hilang prinsip perjuangan sejati dan seolah-olah menyimpang daripada asas perjuangan untuk mempertahankan negara.
"Apabila pembangkang masuk kerajaan, mereka sokong kerajaan dan apabila mereka masuk pembangkang, mereka sokong pembangkang. Sedangkan sebelum ini mereka mengecam satu sama lain.
"Jadi, apabila rakyat melihat ini berlaku kepada pemimpin mereka, sudah tentu mereka sendiri berasa keliru," katanya, di sini.
Sebagaimana berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya menerajui kepimpinan Umno tetapi sekarang bertindak sebagai pembangkang, Razali menjelaskan Mahathir perlu menyokong musuh politiknya untuk tumbangkan BN.
Sikap Mahathir itu katanya, bukanlah sesuatu yang pelik dan sudah mula cenderung menunjukkan sokongan terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memakai lencana 'Bebaskan Anwar' dalam Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama yang dibuat 13 November lalu.
Walaupun Mahathir disifatkan segelintir ahli dan penyokong pembangkang sebagai pihak
Read More / Baca Lagi >>

Pas ‘terselamat’ serangan Umno

Posted: 03 Dec 2016 09:00 PM PST

ALOR SETAR - Perhimpunan Agung Umno kali ini mencipta sejarah baharu apabila julung kalinya Pas 'terselamat' daripada serangan Umno, sebaliknya buat pertama kali Pas menerima pujian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, musuh politik Najib dan Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang, kecuali Pas.
Mahfuz Omar "Tiada intipati ucapan Najib yang boleh dibawa pulang perwakilan sebagai pedoman dalam menghadapi kehidupan yang mencabar akibat beban hidup tinggi yang berpunca daripada penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa. Apa yang dihidangkan hanya maki hamun terhadap Mahathir, DAP dan gabungan Pakatan Harapan," katanya.
Menurutnya, pada ucapan dasar Najib ketika perhimpunan itu jelas menunjukkan beliau seolah bimbang dengan pengaruh besar yang dibawa Mahathir, malah mengakui bekas perdana menteri itu antara empat cabaran Umno.
 "Najib mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana warga emas berusia 92 tahun itu amat  digeruninya kerana boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14. Serangan demi serangan terhadap Mahathir dilakukan dan mengisi sebahagian besar ucapan itu," katanya.
Mahfuz berkata, serangan itu menjadikan Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN.
"Nampaknya, Mahathir ibarat 'otai masih berbisa'," katanya, berseloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Wajib campur tangan di Myanmar - Hadi

Posted: 03 Dec 2016 08:58 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru campur tangan masyarakat antarabangsa terhadap isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Katanya badan dunia seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menyatakan pendirian bagi menyelamatkan orang Islam di sana.
"Dilaporkan oleh media betapa kerajaan Myanmar mengkritik Malaysia kerana campur tangan.
"Krisis Myanmar bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia tapi semua yang tandatangan piagam hak asasi manusia PBB, persetujuan Geneva, Asean, OIC dan semua pejuang hak asasi manusia," kata Hadi dalam ucapannya di Perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohinga di Stadium Mini Titiwangsa hari ini.
Jelasnya setiap parti politik juga harus berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini kerana ia adalah masalah berkaitan hak asasi manusia.
Kata Hadi lagi, setiap negara tidak boleh hidup bersendirian dan pihak antarabangsa harus bersama dalam menyalurkan bantuan.
"Satu negara tidak boleh hidup bersendirian. Negara memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan yang tidak mungkin dihasilkan oleh satu masyarakat sahaja.
"Wajib campur tangan antarabangsa didahulukan dengan cara diplomasi kemudian dengan cara daturat. Jangan menghormati hak haiwan liar lebih penting daripada hak asasi manusia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA?

Posted: 03 Dec 2016 08:53 PM PST

Penghapusan etnik Rohingnya yang sedang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan sebuah tragedi besar dalam sejarah kemanusiaan. Tragedi ini mendapat perhatian seluruh dunia termasuk juga rakyat Malaysia.

Namun demikian, Kerajaan Malaysia seakan-akan berpeluk tubuh melihat tragedi ini berlaku. Tidak dinafikan wujudnya protes-protes kecil daripada Kerajaan Malaysia seperti pembatalan perlawanan persahabatan bola sepak Skuad Projek Sukan SEA negara menentang Skuad B-22 Myanmar (walaupun tiada alasan rasmi diberikan oleh pihak FAM), penganjuran perhimpunan solidariti Rohingya pada 4 Disember ini, serta rasa simpati dan kutukan keras yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak semasa ucapan pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU 2016).

Persoalannya, mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menggunakan peluang, amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak usul tergempar mengenai penghapusan etnik Rohingya? Janganlah kita lupa bahawa Malaysia adalah Ahli Majlis Keselamatan PBB.

Kerajaan Malaysia juga kerap menggunakan alasan polisi 'non-interference' ASEAN apabila didesak untuk mengambil pendirian yang lebih serius. Alasan polisi 'non-interference' ASEAN juga digunakan apabila Kerajaan Malaysia tidak mahu membincangkan isu ini di Dewan Rakyat. Kerajaan Malaysia juga sehingga kini, masih tidak mengiktiraf pelarian Rohingya sebagai pelarian perang.

Dengan ini, saya mendesak Kerajaan Malaysia membawa usul tergempar membahaskan isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ke peringkat Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga , sebagai pengasas ASEAN, harus ke depan memecahkan tradisi lapuk membawa isu penghapusan etnik Rohingya ke peringkat ASEAN kerana ini adalah isu kemanusiaan dan hak asasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pesuruhjaya Pas dakwa kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang

Posted: 03 Dec 2016 08:48 PM PST


Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.Ketika Presiden Umno datuk Seri Najib Razak memegang tangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pentas Solidariti untuk Rohingya,
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad mempertikaikan tentang maruah negara ekoran kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
"Penghapusan etnik Rohingya berlaku di Myanmar tetapi kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah maruah negara?" tanya Iskandar dalam tulisannya di Facebook.
Bahkan beliau juga mempertikaikan dimanakah pasukan polis ketika kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah pihak Polis? Mungkin hanya sibuk dgn Bersih 5," kata Exco kerajaan negeri Selangor itu.

IDEAS: Hentam DAP bagus untuk Umno, buruk untuk negara

Posted: 03 Dec 2016 08:45 PM PST

Penganalisis Wan Saiful Wan Jan berkata menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang dan boleh juga pecah belahkan negara
wan-saiful-dap-umno-1
PETALING JAYA: Badan pemikir mendakwa walaupun menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang, boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman, ia juga boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Demokrasi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata demikian mengulas retorik menghentam DAP dalam perhimpunan agung Umno yang selesai baru-baru ini.
Katanya dari segi untuk memenangi pilihan raya, Umno mengambil langkah yang tepat dengan menghentam DAP.
"Kalau kita fikirkan mengenai pilihan raya akan datang, menghentam DAP akan pastikan ahli Umno mempunyai musuh bersama dan akan mendorong orang Melayu menyokong parti berteraskan Melayu," katanya.
Tetapi, beliau memberi amaran ia juga boleh "merosakkan" negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

Posted: 03 Dec 2016 07:46 PM PST

Satu-satunya perkara yang paling mudah difahami daripada ucapan penggulungan Najib Razak semalam ialah PRU 14 bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

PAU2016 kemungkinan merupakan perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan UMNO itu, Najib dilihat banyak memuntahkan peluru yang dirasakan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya.

Subsidi RM20 ribu untuk rumah, pemberian BR1M melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian, bantuan RM300 ribu untuk penubuhan koperasi bagi aktiviti peruncitan dan janji penyelesaian beberapa masalah berkaitan Felda yang akan diumumkan dalam waktu terdekat adalah antara petanda pilihanraya bakal semakin dekat waktunya.

Selain itu, Najib turut mendapat ikrar daripada daripada  Zahid Hamidi, Hishammuddin dan pemimpin sayap-sayap untuk memberikan yang terbaik bagi kemenangan UMNO dan BN kali ini.

Najib juga turut melontarkan serangan kepada DAP dan memberi bayangan mahu dibawa oleh semua peringkat sebagai bahan kempen yang utama. Ia tentu saja akan diperkukuhkan lagi melalui dakapan erat kepada Pas melalui perhimpunan Rohingya pagi ini dan selepas itu, media-media utama serta televiseyen, meskipun makin menurun edarannya dan tidak lagi ditonton ramai, akan memperbesar-besarkannya lagi beritanya untuk memberi imej lebih Islamik kepada Najib.

Dalam masa yang sama, Najib telah mempamerkan perseteruannya yang tiada bandingannya terhadap Tun Mahathir di mana beliau hanya memanggil bekas Perdana Menteri sebagai "kamu, kamu, kamu" saja. 

Najib jelas tidak lagi menunjukkan rasa hormatnya kepada Tun Mahathir. Berbeza dengan Tun Mahathir yang turut diserang dan dimusuhi oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj suatu ketika itu dahulu, tetapi beliau tetap menghormati Bapa Kemerdekaan itu, jauh sekali pernah memanggilnya dengan panggilan "kamu, kamu, kamu."

Ia dengan sendirinya memberi maksud bahawa Najib mahukan seluruh pimpinan UMNO turut sama membuang rasa hormat dan menyerang habis-habisan Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi PPBM.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M buat kejutan, hadir di Persidangan Tahunan DAP

Posted: 03 Dec 2016 07:43 PM PST

SHAH ALAM, 4 DIS: Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung hari ini menerima kejutan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Beliau ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Turut hadir adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
tun-m-datangKedatangan mereka mendapat tepukan gemuruh 1,500 hadirin yang ada di dalam dewan.
Sebelum ini, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut memunculkan diri di Konvensyen Pakatan Harapan yang diadakan pada pertengahan bulan November lalu.
Dalam ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir memberi jaminan bahawa PPBM akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.
Kesediaan beliau itu disambut baik oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.
Tun Dr. Mahathir merupakan pengkritik terbesar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak Presiden UMNO itu didakwa mempunyai kaitan rapat dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

Najib sudah rasa BN akan kecundang dalam PRU-14

Posted: 03 Dec 2016 07:41 PM PST

SHAH ALAM, 4 DIS: Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai hari ini berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mungkin sudah merasakan hayat parti itu sudah tiba ke penghujung dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Saya percaya Datuk Seri Najib telah merasakan kekalahan BN dalam PRU ke-14 akan datang.
"Najib main tipu daya dengan kata DAP tolak kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam. Ini fitnah jahat! Walhal, perlembagaan DAP jelas mengatakan kita mahu pulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal!" tegas Ahli Parlimen Cheras itu.
Kok Wai berkata, serangan bertubi-tubi UMNO terhadap DAP dalam Persidangan Agung UMNO itu juga membuktikan BN semakin takut dan tertekan dengan kekuatan Pakatan Harapan.
pd2016-ucapan-tan-kok-wai"Dia takut Pakatan Harapan akan menang. Dia bukan sahaja takut kita bina lebih banyak kemudahan hospital dan sekolah, tetapi dia juga takut kita bina lebih banyak penjara.
"Rakyat tau siapa 'MO1' ('Malaysia Official 1'). Tapi satu yang memang diketahui oleh Najib, iaitu UMNO- BN sudah jadi MR1. apa itu MR1- Musuh Rakyat nombor 1!", katanya.
Memberi amaran kepada Najib supaya "jangan main-main", beliau berkata DAP tidakkan sesekali bimbang atau gentar dengan politik sempit dan segala propaganda jahat UMNO dan BN.
"DAP beri amaran kepada Presiden UMNO jangan main-main. Jangan memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik yang sempit, biadap dan kejam.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tidak minta jawatan Perdana Menteri, tetap sokong Anwar Ibrahim

Posted: 03 Dec 2016 07:39 PM PST


pd16-guan-engSHAH ALAM, 4 DIS: DAP tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri kerana peka terhadap isu-isu melibatkan orang Melayu dan orang Islam.
Berkata demikian, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP dari dahulu juga tidak pernah meminta supaya seorang Cina menjadi Perdana Menteri.
"Tetapi kami sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jadi DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab," ujarnya dalam ucapan dasar di Persidangan Tahunan DAP 2016, di sini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tuduhan UMNO-Barisan Nasional (BN) kononnya DAP mengamalkan liberalisme melampau adalah tidak berasas sama sekali.
Ia berikutan peruntukan untuk kepentingan agama Islam di Pulau Pinang adalah dua kali ganda di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan berbanding zaman pimpinan BN dahulu.
"Sudah tiba masanya untuk kita menolak politik identiti yang membahagikan dan mengasingkan kita melalui politik identiti perkauman yang membiakkan kebencian dan ketakutan," tegasnya.

Pemimpin Umno, PAS berkongsi pentas bawa isu Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:38 PM PST

Ini kali kedua Najib berkongsi pentas dengan Abdul Hadi pada tahun ini, selepas perhimpunan alumni Universiti Al-Azhar beberapa bulan lalu.
solidariti-ummah
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dan PAS berkongsi pentas hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini kali kedua Najib berkongsi pentas dengan Abdul Hadi pada tahun ini, selepas perhimpunan alumni Universiti Al-Azhar beberapa bulan lalu.
Ribuan memenuhi Stadium Titiwangsa dan kawasan sekitar bagi menyertai Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan pelbagai NGO Islam.
Setakat ini beberapa pemimpin sudah menyampaikan ucapan, dan rata-rata menggesa umat Islam bersatu agar dapat membantu etnik Rohingya yang beragama Islam.
"Tidak mungkin orang lemah boleh membantu orang yang juga lemah.
"Jadi apabila kita melihat orang Rohingya ditindas, umat Islam perlu menjadi kuat dan ini tidak boleh dicapai melainkan dengan kesatuan," kata Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Najib, Hadi sertai himpunan solidariti Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:37 PM PST

Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya itu penuh warna warni dengan dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.
Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.
Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.
Abdul Hadi juga sebelum ini mengecam kezaiman ke atas etnik Rohingya dan menegaskan tanpa campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Asean – tidak mustahil Myanmar akan mengalami nasib serupa seperti berlaku di Bosnia Hazegorvina.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda pas bersatu untuk selamatkan Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:31 PM PST

Tun M cipta sejarah hadir di Persidangan DAP 2016

Posted: 03 Dec 2016 07:29 PM PST

Umno tidak lagi diserang Pas, strategi ‘meneutralisasikan’ musuh tegarnya berhasil

Posted: 03 Dec 2016 06:07 PM PST

fb_img_1480701458494Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.
Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.
"Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.
Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.
Umno bagaikan berpesta dalam PAU kali ini setelah Pas berjaya dijinakkan."Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS," katanya kepada Free Malaysia Today.
Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah "meneutralisasikan" musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.
Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.
"Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS," kata Hisomuddin.
Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.
"Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.
"Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dicabar buktikan institusi Islam yang telah dilenyapkan oleh DAP

Posted: 03 Dec 2016 06:05 PM PST

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak didesak menunjukkan bukti institusi Islam manakah yang telah lenyap setelah Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan DAP atau Pakatan Harapan selama 8 tahun, cabar Setiausaha DAP Selangor, Ng Tien Chee.
fb_img_1480701421442Katanya kenyataan Najib yang mendakwa institusi Islam akan lenyap sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP seolah-olah taktik beliau untuk menakut-nakutkan umat Islam demi mengekalkan kuasa beliau sebagai seorang kleptokrasi terkenal di dunia.
DAP, jelas beliau, walaupun merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan negara sekular sepertimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bukan sahaja tidak menganiaya Islam malah memperkasakan Islam di Pulau Pinang sejak mengetuai pimpinan negeri tersebut sejak tahun 2008.
Untuk rekod, mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta diperuntukkan untuk hal ehwal Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010), RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014) manakala pada zaman BN di Pulau Pinang, peruntukan untuk hal ehwal Islam hanya RM25.49 juta, tambahan pula, ia tidak pernah memberi satu sen pun kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Manakala di Selangor pula, elaun guru-guru Kafa telah dinaikkan dari RM800 kepada RM1500 oleh kerajaan negeri pada tahun 2016.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM983 juta untuk hal ehwal Islam pada tahun 2016 dan ia merupakan peruntukkan yang tertinggi dalam sejarah Selangor.
Menurut Tien Chee lagi, jika berbanding dengan pentadbiran UMNO, Najib, sehingga kini belum lagi memberi penjelasan yang memuaskan mengenai isu pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM2860 sekaki (RM188.5 juta) daripada 1MDB oleh Tabung Haji.
Tanah tersebut merupakan tanah kerajaan yang hanya bernilai RM60 sekaki dan ini bermakna lebih kurang RM184.5 juta wang umat Islam yang diamanahkan kepada Tabung Haji dibelanjakan untuk menampung keuntungan serta kekayaan 1MDB, tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi - Nasrudin

Posted: 03 Dec 2016 06:01 PM PST

Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi penggal pilihan raya ke-13. Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah lima tahun sejak mula bersidang.
Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 Jun 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan parlimen lebih awal daripada tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat perrdana menteri.
Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.
PAS sertai Umno?
Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini.
Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno.
Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS.
Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.
Kedua, jelas di sini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Taib dakwa DAP jadi umpan sekat orang Melayu sokong Pakatan Harapan

Posted: 03 Dec 2016 05:49 PM PST

fb_img_1480701370160
Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa menjadikan DAP sebagai sasaran utama untuk terus memikat dan cuba mendapatkan sokongan orang-orang Melayu terutama di luar bandar untuk menyokong UmnoBN, tegas Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib.
Najib berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016 di PWTC kelmarin, 1 Disember 2016.
fb_img_1480668658620
Muhamad bertanya dalam satu kenyataannya kepada media, benarkah DAP menjadi musuh orang2 Melayu?
■ DAP ke yang terlibat dengan 1MDB?
■ DAP ke yang perkenal GST?
■ DAP ke yang menyebabkan hutang negara Malaysia sudah melebihi RM650billion?
Beliau berkata, Najib cuba menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP kerana ini adalah cara yang mudah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu terutama di luar bandar agar sentiasa menyokong UmnoBN.
"Soalnya sekarang ramai orang Melayu di bandar dan di luar bandar sudah bosan dan muak dengan perangai dan kerenah pemimpin2 UMNO yg nampak tidak memimpin dengan baik pada ketika ini.
"Bila perlu mereka akan timbulkan nama DAP untuk menakut2kan orang Melayu," soal beliau yang kini aktif dalam PKR.
Kata Muhamad, oang Melayu masih mudah ditakut-takutkan dengan menggambarkan DAP menyerupai hantu.
Begitulah mudahnya otak orang Melayu ujarnya, suka-suks boleh dilambung, suka-suja boleh ditekan malah boleh kena tipu di siang hari.
"Tidak seperti masa-masa lepas UMNO dilihat sebagai jaguh bagi orang Melayu. Wujud tokoh-tokoh Melayu seperti Allahyarham Aminudin Baki, Hasan Ibrahim, Prof Ungku Aziz, Prof Awang Had Salleh dan banyak lagi," tegas beliau.
Mereka katanya, banyak menyumbang ke arah memajukan minda Melayu. Dalam bidang bola sepak nama2 seperti Awang Bakar, Ghani Minhat dan Mokhtar Dahari menjulang nama negara kita di peringkat antarabangsa. Misbun Sidek dan adik2 beliau Jailani dan Razif bersama pemain lain menjuarai Piala Thomas.
Read More / Baca Lagi >>

Serang Mahathir dan DAP semahunya, Umno lupa derita rakyat – Mohd Sabu

Posted: 03 Dec 2016 05:48 PM PST

img-20161203-wa0403
Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu kesal, Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin, langsung tidak membincangkan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain.
Umno kini sudah tidak peduli lagi kepayahan rakyat, sebaliknya, kata beliau, PAU kali ini sarat dengan serangan-serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dan penuh semangat.
"Ke manakah perginya golongan cerdik pandai Melayu sehingga bisu dan pekak serta buta dengan ucapan-ucapan Najib yang memperbodoh-bodohkan rakyat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berlangsung?" Soal beliau.
Wan Azizah turut berucap ringkas mengulas perjalanan PAU yang baharu usai petang tadi.
Wan Azizah turut berucap ringkas mengulas perjalanan PAU yang baharu usai petang tadi.
Berucap pada Makan Malam Amanah Gombak-Hulu Langat di Greenwood malam tadi, beliau hairan bagaimana kakitangan kerajaan seperti polis, tentera, pegawai kerajaan boleh mengiyakan ucapan-ucapan perkauman dan membatu dalam isu-isu rasuah yang nyata.
"Mana mungkin DAP boleh memerintah. Bertanding pun baru 40 kerusi, menang 37 kerusi dari 222 kerusi seluruh negara. Takkan orang Umno tak tahu kira.
"RM2.6 billion boleh pula kira. Yang 40 kerusi DAP tanding, tak reti kira. Inilah dakyah Umno untuk takut-takutkan orang Melayu," tegas beliau.
Jika dalam PAU yang lepas-lepas, ujarnya, Pas jadi sasaran serangan pimpinan dan perwakilan Umno tetapi kali ini, Pas tidak dihentam sebaliknya dipuji sebagai sahabat politik yang matang.
Mat Sabu berkata, pada era 80an, pelbagai isu seperti skandal BMF, pembalakan di tapak projek UKM, rasuah dan banyak lagi boleh dibincang dan didiskusikan di mana-mana sahaja termasuk di Institusi Pengajian Awam (IPTA).
Tetapi hari ini, tegas beliau skandal 1MDB bukan sahaja tidak boleh didiskusikan di IPTA tetapi di parlimen pun dilarang ahli-ahlinya membangkitkan isu ini.
Sementara itu, Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya berasa terkejut, pada PAU tahun ini, nama beliau, Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim tidak menjadi sasaran Najib Razak, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan perwakilan parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan perlu pastikan pemaju China patuhi undang-undang

Posted: 03 Dec 2016 05:34 PM PST

Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada membeli rumah daripada pemaju dari negara itu
Chang-Kim-Loong
PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia (HBA) menggesa kerajaan memastikan pemaju hartanah daripada Republik Rakyat China mematuhi undang-undang perumahan negara yang ketat.
"Kami tidak mahu berlakunya projek terbengkalai dan pembeli rumah terlantar," kata Setiausaha Agung Chang Kim Loong dalam wawancara FMT.
"Pemaju dari China mempunyai ekonomi skala yang lebih baik dan berpotensi membina rumah dengan lebih murah dan cepat berbanding pemaju tempatan," katanya. "Ini bermakna harga yang lebih murah untuk pembeli rumah tetapi mengancam pemaju tempatan yang tidak dapat bersaing."
Kim Loong berkata pemaju China melakukan pembinaan pada skala "yang tidak pernah disaksikan di Malaysia" dan menggesa pembeli supaya menilai kebolehjayaan projek sebelum membeli.
Katanya kerajaan perlu pastikan syarikat asing mematuhi Akta Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) supaya hak pembeli dilindungi.
Read More / Baca Lagi >>

Turunkan harga rumah sebelum pemaju China masuk

Posted: 03 Dec 2016 05:33 PM PST

Pakar ekonomi beri amaran kepada pemaju tempatan supaya bersiap sedia hadapi persaingan sengit daripada pemaju China
hoo-ke-ping
PETALING JAYA: Pakar ekonomi menasihatkan pemaju hartanah tempatan supaya melepaskan unit-unit tidak terjual dengan menawarkan diskaun, dikala mereka berdepan persaingan daripada pemaju China.
Bercakap kepada FMT, Hoo Ke Ping berkata pemaju China lazimnya membina rumah untuk pembeli kaya senegera dan meletakkan harga melebihi RM1 juta seunit. Hanya sebilangan rakyat Malaysia mampu membeli rumah-rumah itu, katanya.
"Masalah yang pemaju Malaysia akan hadapi adalah membina rumah-rumah mahal yang tak boleh dijual," katanya.
"Jadi bukan sahaja akan berlaku lebihan bekalan, pemaju tempatan kini berdepan persaingan daripada pemaju China di sektor hartanah mewah."
Ke Ping berkata pemaju tempatan perlu menjual hartanah pada harga diskaun sebelum lebih ramai pemaju China yang mampu membina rumah pada harga yang lebih murah masuk.
September lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mencadangkan pemaju perumahan diberi lesen peminjam wang supaya mereka boleh menawarkan pinjaman kepada pembeli.
Cadangan itu bagi mengatasi kesukaran pembeli rumah mendapatkan pinjaman bank.
"Pemaju tempatan mengadu pembeli rumah sukar mendapatkan pinjaman perumahan dan mahu Skim Pemaju Tanggung Faedah diamalkan semula, tetapi itu tidak menguntungkan pembeli rumah," kata Ke Ping.
"Pinjaman rumah mewakili hampir 50% daripada hutang isi rumah di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Keengganan Kelantan warta tanah adat Orang Asli seperti pembersihan etnik

Posted: 03 Dec 2016 04:08 PM PST


Dr Siti Mariah MahmudDr Siti Mariah Mahmud
Keengganan kerajaan negeri Kelantan mewartakan tanah adat untuk Orang Asli sama seperti merancang pembersihan etnik kaum itu dalam jangka masa panjang.
Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah (Awan) Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud berkata hutan yang mencukupi adalah prasyarat untuk survival hidup kaum berkenaan.
"Tanpa kawasan hutan yang diwartakan secara sah akan mengakibatkan pencerobohan berterusan sehingga Orang Asli.Tidak ada keupayaan untuk meneruskan kehidupan," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Awan Nasional kali pertama di sebuah hotel di Selayang semalam.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan melibatkan tanah Orang Asli atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.
Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.
Menyentuh pergerakam sayap wanita Amanah, beliau mahu konsep peduli dijiwai oleh setiap anggota organisasi itu.
"Rasa peduli memang datang secara semulajadi bagi setiap wanita, namun darjah dan bidang kepedulian adalah berbeza antara satu sama lain.
"Kita perlu nemahami semua ini dan memanfaatkan persamaan dan perbezaan supaya setiap anggota masyarakat boleh kita dekati dan membantu mereka," katanya.
Pada majlis itu pihak Awan Nasional melancarkan program kutipan derma bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kaedah penjualan tabung derma untuk dimiliki oleh ahli untuk menderma secara berterusan kepada parti.
Pelancaran tabung derma berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus.

UCAPAN KETUA GEROMBOLAN Umno- Dengar p la dia mohong

Posted: 03 Dec 2016 04:01 PM PST



Umno suka lawak..selit lucah lak sikit sikit..dia ni lulusan mana dok byk bagi ceramah sekarang ni





KENAPA NAMA NAJIB TAK DISEBUT?

Posted: 03 Dec 2016 03:32 PM PST




Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu? (SH 03/12/2016).
Anda mungkin juga meminati:

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman

Posted: 03 Dec 2016 04:22 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada 21 September lalu, dijumpai mati tergantung di dalam lokap Pusat Tahanan Reman Ulu Choh, di Johor Bahru pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata R. Subramaniam ditemui tergantung di tingkap kecil bertinggian kira-kira tujuh kaki oleh Warden Penjara ketika membuat rondaan di Blok B pusat tahanan berkenaan kira-kira jam 3.06 pagi.
 
"Petugas itu dengan bantuan petugas lain segera membuka pintu sel berkenaan dan bertindak memotong kain yang digunakan untuk menggantung diri. Tahanan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pada 29 September lepas, Subramaniam, 20, dan rakannya, L. Uvaneswaran, 20, kedua-duanya penganggur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh M. Mariayee, 56, dan anak perempuannya, C. Durga Devi, 17, di No 51, Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa, antara 10 pagi dan 11 pagi 21 September lepas.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 
 

KENAPA NAMA NAJIB TAK DISEBUT?

Posted: 03 Dec 2016 03:55 AM PST

shahbudindotcom



Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu?


'Jangan lagakan saya dengan Hishamuddin'

Posted: 03 Dec 2016 03:52 AM PST

Ahmad Zahid Hamidi  dan Hishamuddin Tun Hussein
Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussein


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pihak yang cuba melaga-lagakan beliau dengan seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar melupakan niat itu.

Beliau yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, kedua-dua mereka telah menyatakan kesetiaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dan Hishamuddin dua beradik, dulu tiga kini tinggal dua. Jangan laga-lagakan kami dua beradik ini,  cukuplah kami sokong Perdana Menteri.

"Yang ada niat (laga-lagakan), padamkanlah niat itu.  Kita hanya ada seorang ketua iaitu presiden kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai konsep wala', Ahmad Zahid berkata, ia perlu diperluaskan ke akar umbi setelah perhimpunan tahunan itu berakhir.

"Wala' ertinya setia, cinta dan lawannya marah, benci. Kita sebagai perwakilan bukan sekadar dalam dewan ini, tetapi di luar dewan, di kampung-kampung.

"Wala' kita tidak berbelah bahagi, wala' kita ikhlas. Pemimpin kita seorang saja (Najib) dan wala' saya kepada beliau tidak berbelah bahagi," katanya.

Ahmad Zahid turut mengajak semua perwakilan di Dewan Merdeka bangun bagi menyatakan sokongan kepada Najib.

Dalam pada itu, beliau memuji sikap semua perwakilan yang berhemah dalam menyampaikan kritikan dan pandangan.

"Saya perhati perwakilan ketiga-tiga sayap dan negeri, kian bijak menegur. Makin matang mengkritik dengan penuh kesopanan serta berhemah dalam melontarkan pandangan.

"Yang di bawah tugasnya meminta dan yang diatas jangan tutup mata atau buat-buat lupa. Kita di atas sebab sokongan mereka.

"Sementara jawatan masih ada, berilah apa yang terdaya. Tambahan lagi sudah dekat pilihan raya," katanya.


Perwakilan Umno naik angin halau TV3

Posted: 03 Dec 2016 03:08 AM PST

Para delegasi Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang naik angin memaksa TV3 membatalkan siaran secara langsung yang sepatutnya diadakan di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mereka yang menonton ucapan penggulungan para pemimpin utama Umno pada skrin di lobi mula berasa gelisah setelah audio diperlahankan semasa Ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil sedang memberikan ucapannya.

Mereka mula menjerit 'boo' kepada hos TV3 dan tetamu yang berada dipentas dengan ketegangan hampir sampai ke kemuncaknya apabila dua botol air dibaling ke atas pentas tatkala Shahrizat mengakhiri ucapan beliau.

Krew TV3 kemudiannya mengosongkan pentas yang mendapat sorakan daripada perwakilan.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tak nak BR1M, tak usah ambil - Najib

Posted: 03 Dec 2016 02:57 AM PST

Shakira Buang

Rakyat diberi pilihan sama ada untuk menerima atau menolak pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, kata Najib, jika menolak sekalipun, ia tidak menjadi masalah.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, ini kerana BR1M bukanlah bertujuan untuk membeli undi sebaliknya satu usaha kerajaan Umno-BN dalam membantu rakyat yang dicadangkan oleh Bank Negara.

"BR1M ini kita buat bukan soal dedak tetapi cadangan Bank Negara. Bukan cadangan saya tapi keputusan Najib. BR1M bukan nak beli undi tapi nak bantu rakyat.

"Kalau orang tak mahu BR1M tak usah terima BR1M. Tak ada masalah," kata Najib semasa ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2016, di PWTC hari ini.

BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang pada mulanya hanya sebanyak RM500.00 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000.

Pada tahun 2013, lebih RM2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah seluruh negara.

Kata Najib, pada tahun hadapan, penerima BR1M akan dibayar secara 3 kali dan ia dibuat atas permintaan perwakilan Umno.

Pada Bajet 2017, Najib telah mengumumkan kadar BR1M meliputi semua empat golongan penerima yang membabitkan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi kategori penerima e-kasih, kadar BR1M dinaikan daripada RM1,050 ringgit kepada RM1,200.
BR1M bagi golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, juga dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

Sementara bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, jumlah BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan RN2,000 ke bawah, mereka layak memperoleh BR1M berjumlah RM450 tahun depan, berbanding RM400 tahun ini.


Bertengkar Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Tembakan

Posted: 03 Dec 2016 02:47 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Pertengkaran antara seorang pengawal peribadi dan majikannya di dalam sebuah kereta berakhir dengan insiden penuh tragis apabila suspek melepaskan 17 tembakan, menggorbankan bukan sahaja majikannya tetapi dua mangsa lain.

Empat yang lain turut cedera akibat peluru sesat dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, petang Khamis.

Sumber berkata, pengawal peribadi dalam lingkungan usia 30-an itu dipercayai ada masalah mental dan suspek mengamuk sebelum menembak majikannya dengan sepucuk pistol.

Menurut sumber, pengawal peribadi yang duduk di bahagian belakang bertengkar dengan Datuk Ong Teik Kwong yang sedang memandu kereta jenis BMW semasa kejadian.

Individu ketiga yang dikatakan pemandu dan juga rakan kongsi Teik Kwong, duduk di tempat duduk hadapan semasa kejadian.

Dia tidak memandu kereta tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk.

"Berlaku perselisihan faham dan pengawal peribadi itu mengamuk. Secara tiba-tiba dia mengeluarkan pistol dan menembak Ong dari belakang.

"Selepas itu dia memukul kepala pemandu dengan pistol," kata sumber.

Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan suspek mengejarnya.

"Dia melepaskan tembakan tetapi tidak terkena pemandu itu. Peluru itu bagaimanapun terkena beberapa individu yang berada di lokasi kejadian," kata sumber.

Selain Teik Kwong, dua lagi yang maut dikenal pasti sebagai pembekal bunga, M. Senthil, 38, dan badut profesional, Choi Hon Ming, 32.

Polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Salah seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah pengawal peribadi itu yang kemudiannya meletakkan senjatanya dan menyerah diri," kata sumber.

Pemandu Teik Kwong yang mengalami kecederaan di kepala dibawa polis ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.15 pagi Jumaat.

Keputusan bedah siasat menunjukkan Teik Kwong maut akibat kecedeaan di kepala manakala, Senthil dan Hon Ming meninggal dunia disebabkan kecederaan di dada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek mendedahkan lelaki itu ada masalah mental.

"Kami merampas pistol susulan penangkapan tersebut," katanya.

Khalid berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi merupakan bekas askar.

MCA Mahu Umno Pulangkan Kerusi 'Pinjam'

Posted: 03 Dec 2016 02:43 AM PST

Oleh: LOH FOON FONG 
 
 
Liow Tiong Lai.
 
 
KUALA LUMPUR: MCA mahu kerusi yang 'dipinjamkan' kepada parti komponen Barisan Nasional (BN), Umno untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013 dipulangkan kepada parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Pendirian kami adalah apa sahaja kerusi yang dipinjamkan, kami akan ambil semula," katanya selepas menyampaikan sijil kepada para graduan di Institut VTAR pada Sabtu.

Kerusi yang dipinjamkan adalah Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah yang akhirnya tewas di tangan pembangkang.

Presiden PAS konsisten bangkit isu Rohingya di Parlimen

Posted: 03 Dec 2016 02:31 AM PST


 
Oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki


Saya membaca kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (PAN) yang mempertikaikan usaha NGO dan rakyat Maaysia untuk menganjurkan Himpunan Solidariti Rohingya yang turut menjemput pemimpin tertinggi negara hadir. MP Kuala Terengganu mempertikaikan mengapa usul tergempar yang dibawa beliau ditolak, tetapi kemudian dianjurkan pula himpunan seperti ini.

Sepatutnya mana-mana pihak tidak harus mempolitikkan isu ini. Pembelaan nasib saudara-saudara Islam Rohingya adalah tanggungjawab semua bukan untuk dijadikan satu isu politik untuk mempertikailan pihak lain dan mengangkat pihak sendiri. Tidak sepatutnya bila usul tergempar itu ditolak, maka pihak lain termasuk PAS dituduh tidak serius memperjuangkan isu masyarakat Rohingya ini.

Untuk pengetahuan MP Kuala Terengganu dan PAN, hampir setiap kali sesi parlimen bersidang sejak selepas Pilihan raya Umum (PRU) 2013, Presiden PAS akan bertanya soalan tentang isu Rohingya. Berikut saya senaraikan soalan-soalan yang telah ditanya oleh Presiden PAS yang juga MP Marang:

1. Sesi Jun 2013, soalan no 3 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, Mengapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar

2. Sesi Jun 2014, soalan no 8 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Menteri Luar untuk menjelaskan, adakah kerajaan Malaysia telah menggunakan kesempatan untuk membangkitkan isu berkaitan pembunuhan dan penindasan etnik Islam Rohingya, Myanmar, dalam mana-mana sesi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang berlangsung di Myanmar baru-baru ini?

3. Sesi Oktober 2014, soalan no 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, apakah maklumbalas negara-negara anggota ASEAN terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang juga diadakan di Myanmar baru-baru ini?

4. Sesi Mac 2015, soalan no 2 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dalam menyelesaikan isu umat Islam yang tertindas di Myanmar dan Selatan Thailand.

5. Sesi Oktober 2015, soalan 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen. (soalan ini telah dijawab secara lisan pada 20 Oktober 2015)

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan rakyat Rohingya di Arakan?

Berdasarkan soalan-soalan parlimen di atas, boleh dilihat hampir setiap kali parlimen bersidang sejak PRU 2013, Presiden PAS akan bertanya tentang pembelaan terhadap nasib umat Islam Rohingya. Malang sekali ada parti dan MP yang baru sekali bawa usul tentang Rohingya terus mendabik dada mereka juara, dan mempertikaikan pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara kita di Arakan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Perkara yang UMNO tidak beritahu kita…

Posted: 03 Dec 2016 02:29 AM PST

slide1

Oleh Datuk Mohd Ariff Sabri


Kita sudah dengar kenyataan-kenyataan bebal dari PWTC. Inilah hari-harinya di mana sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan, pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu, sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan orang yang zalim. Tapi ianya berlaku di zaman Najib Razak.

Mungkin suatu masa keadaan ini boleh terjadi – satu hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul isteri dan anak-anak kita, kita akan kata- tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa dan seagama dengan kita. Lagipun, tidak ada empat saksi yang melihat perbuatan cabul tersebut. Bahkan, ada yang mungkin kata itu semua perancangan Allah, sama seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu!

Mereka yang berkata demikian adalah penjenayah dan pembelot sebenar kepada kaum Melayu. Ada 3,000 jenis mereka sedang bersidang di PWTC saat ini.

Kebebalan dan kebodohan datang dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan gerombolan pencuri. Itulah kebenaran yang kita pegang? Itu sahaja yang kita perlu tahu?

Lain-lain cerita tok nenek yang UMNO jaja, kononnya orang Melayu akan hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah negara, Mahathir pembelot bangsa, itu semua yang patut keluar melalui lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.

Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu pengecut

Cuba bayangkan jika seluruh rakyat Malaysia ialah orang Melayu, tiba-tiba ada kumpulan yang menentang kemungkaran. Label apa yang akan kita sebut kepada mereka? Adakah kita akan kata inilah golongan yang akan menghancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu, inilah golongan yang akan memusnahkan Islam? Entah jenis apa pandangan xenophobic yang kita sedang dengar ini?

Jelas, pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa pengecut yang takutkan DAP sedangkan DAP hanya ada 37 Ahli Parlimen, malah terdiri dari pelbagai suku bangsa.

Adakah pemimpin UMNO mahu takutkan Melayu dengan kaum Cina yang berjumlah 24 peratus dan menjelang 2030 akan hanya tinggal 15 peratus?

Inikah keberanian pahlawan keturunan Bugis?  Yang cakap besar bila bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh-tabuhkan, pantang pendekar berpaling pulang?

Hei- kita juga anak jantan, tidurnya di puncak gelombang, matinya di tengah gelanggang, yang tidak kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!

Apa yang kita harap yang membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu dan bermadat?

Apa perkara besar yang kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada pemberian sedekah dari pemimpin mereka?  Apa yang diharap kepada sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahawa hak ialah hasil usaha kudrat sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang-undang?
Kita tidak boleh bergantung harap kepada UMNO. Kita yang bergelar Melayu.

Jurucakap UMNO memihak kepada penzalim, pencuri, perasuah. Mereka adalah musuh bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.

UMNO 'guna' Allah untuk kepentingan politik?

Kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti Najib? Ianya mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti bukan Allah.

Sejak bila orang UMNO berwatak agama dan tidak berhenti menyelit Allah dalam ucapan mereka? Siapa sebenarnya yang menggunakan Islam?

Yang mengancam Islam ialah puak fasis Islam. Yang mengancam Islam ialah sebilangan pemimpin UMNO yang munafik. Yang mengancam Islam ialah kebebalan dan kebahlulan mereka yang menjaga institusi Islam. Dan sekarang mereka hendak kuasa lebih dan mahukan hukuman yang lebih berat.

Kalau ikut logik UMNO, tentulah Allah juga yang memilih Azmin, Guan Eng dan Ustaz Mohd Yaakob. 

Jika kita mesti taat kepada Najib, maka kita juga mesti taat kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain.

Allah bukan ahli UMNO. Dan Allah juga tidak hanya mendengar doa orang UMNO. Dia juga maha mendengar doa orang-orang yang tertindas dan dianiaya.

Perwakilan pencari keseronokan malam ini, menganugerahkan kepada diri mereka, hak untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu, bagi pihak agama Islam, bagi pihak negara. Kita tidak mahu lagi bangsa Melayu diwakili oleh pleasure seekers  dan mereka yang menyamun harta benda rakyat atas nama bangsa, agama dan negara.

Bangsa Melayu bukan pencuri, Islam bukan agama yang menyokong kemungkaran dan salah laku. Negara ini bukan negara penyamun, oleh penyamun dan untuk penyamun!

Dari Najib sampai kepada pemimpin picisan UMNO- berhentilah berbohong, atau kita akan menceritakan yang benar-benar mengenai kamu.

Melayu tidak akan mati kalau UMNO mati. Ada 18 juta orang Melayu dalam negara kita sekarang. Ahli UMNO ada 3 juta. Ertinya, hanya 1 dari 6 orang Melayu ialah UMNO. Jika seorang ahli UMNO itu mati, ada lima orang Melayu yang akan terus hidup tanpa orang UMNO.

Jika UMNO tidak memerintah negeri, orang Melayu tidak mati bergelimpangan. Kiamat tidak mendatangi orang Melayu. Langit tidak runtuh. UMNO tidak perintah Selangor – tidak ada orang Melayu yang mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Pulau Pinang – orang Melayu makmur dan kehidupan dibaiki lebih selesa dari yang UMNO dan BN lakukan. Tidak ada orang Melayu mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Sarawak – orang Melayu boleh hidup. UMNO tidak perintah Kelantan, orang Melayu boleh hidup!

Orang Melayu jadi susah jika kerajaan rasuah, pemimpin pencuri dan menzalimi rakyat. Selagi kerajaan baik, maka orang Melayu dan semua rakyat terjamin. Yang diperlukan bukan UMNO, tapi sebuah kerajaan yang baik dipimpin oleh pimpinan yang baik. Rahsia kerajaan baik ialah pemimpin yang baik.

Kerajaan jadi jahat, jika pemimpinnya jahat, pemimpinnya rasuah, pemimpinnya mencuri dan pemimpinnya zalim. – Roketkini.com

*Datuk Mohd Ariff Sabri ialah Ahli Parlimen Raub mewakili DAP


Najib patut selesai masalah rakyat, bukan tiup sentimen perkauman

Posted: 03 Dec 2016 02:25 AM PST

liew chin tong

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sedang rakyat menanggung beban ekonomi yang kian parah, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak memilih untuk memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam.

Walhal, Najib sepatutnya menggunakan peluang tersebut bagi membincangkan masalah yang menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

"Najib cuba mengelak dari empat isu utama iaitu cukai GST, skandal terbesar negara 1MDB, penurunan mendadak nilai mata wang ringgit dan kenaikan kos sara hidup.

"Kehidupan rakyat kebanyakan tidak berada dalam keadaan baik hari ini. Tetapi Najib tidak ada jawapan untuk masalah-masalah mereka. Beliau seperti tidak peduli.

"Malah, beliau gunakan pula elemen perkauman untuk mencetuskan ketakutan," ujarnya.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyerang DAP bertubi-tubi dengan menuduh parti itu sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kononnya rakyat mesti mengundi UMNO supaya DAP tidak akan memerintah.

Namun, fitnah Najib itu segera ditempelak barisan pimpinan DAP seperti Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini.

Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor menjelaskan bahawa pilihan raya akan datang merupakan pertandingan antara satu peratus kroni Najib dengan 99 peratus rakyat Malaysia.

"Semua pihak yang mahu melihat pengakhiran kepimpinan kleptokrasi Najib harus mula merangka strategi untuk berhadapan pilihan raya akan datang. Ini termasuklah juga ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan Presiden mereka.

"Untuk menyelamatkan Malaysia, 99 peratus rakyat ini mesti bangkit," tegasnya. – Roketkini.com


PM dan Hadi Awang dijangka hadir himpunan solidariti ummah untuk Rohingya esok

Posted: 03 Dec 2016 02:16 AM PST

Tan Su Lin, Astro Awani
PM dan Hadi Awang dijangka hadir himpunan solidariti ummah untuk Rohingya esok
Himpunan yang bakal diadakan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, dari jam 8 hingga 11 pagi - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Sebagai membantah kezaliman ke atas etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar, Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran NGO-NGO Islam Malaysia bakal diadakan esok.

Dijangka turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan yang bakal diadakan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, dari jam 8 hingga 11 pagi itu juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara untuk menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya.

Ia bertujuan menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan umat Islam Rohingya yang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.
 
Selain itu, tokoh agamawan seperti para mufti, imam dan para pendakwah turut akan hadir bagi memimpin solat hajat dan munajat. 
 
 

S46 bermula besar, Bersatu bermula kecil

Posted: 03 Dec 2016 02:10 AM PST


 
Oleh SUBKY LATIF


TUN Dr. Mahathir adalah tokoh besar, mungkin lebih besar dari tiga Perdana Menteri  sebelumnya – Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Tun Husein Onn.Tentulah jauh besarnya dibanding dengan saingan politik penting seangkatannya Tengku Razaleaigh Hamzah. Tidak siapa pertikai hujah itu.

Kedua-duanya berpengalaman menubuhkan parti sendiri menentang UMNO. Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 menentang UMNO yang dipimpin oleh Dr. Mahathir. S46 yang dipimpinnya bermula besar. Kira-kira hampir separuh dari UMNO yang  terbelah dua bersama Tengku Razaleigh. UMNO ketika berahli 1.4 juta. 700,000 bersama Team B yang membentuk S46.
Banyak nama besar. Puluhan  Dato dan Tan Sri. PRU 1990 jadi ujian. Sedikit demi sedikit yang bersamanya pusing U termasuk Abdullah Badawi dan Musa Hitam. S46 tidak berjaya dalam PRU itu. Parti yang mulanya besar itu mengecil dan mengecil akhirnya ghaib.

Sekarang giliran Mahathir pula membuat parti baru bersama baru, Bersatu bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang UMNO pimpinan Datuk Seri Najib. Meskipun nama dan ketokohan Mahathir itu besar tapi ia bersalahan dengan permulaan parti Ku Li. Ia bermula kecil seolah-olah tidak padan dengan kehebatan Mahathir itu.

Tidak nampak nama-nama orang UMNO terkenal selain dari berdua mereka dan anak Mahathir, Mukhriz mendepani parti itu. Yang dikenali ramai Tan Sri Nik Rashid Abdul Rahman, pengerusi SPR yang amat masyhur, mahir dengan urusan pilihan raya tapi tiada pengalaman politik. Kedua Dato Aziz Yassin, abang TS Muhyiddin, pernah jadi pegawai kerajaan yang dinamik sebelum Mahathir jadi menteri. Aziz juga bekas Anggota Parlimen BN Muar.

Yang lain yang ada pengalaman politik dan mengendalikan organisasi belia ialah Kamaruddin Mohd Nor yang dinamakan sebagai ketua penerangan. Yang lain-lain tak menyerlah dan belum menyerlah.

Orang UMNO yang handal-handal yang dipercayai akrab dengan Mahathir dan Muhyiddin tidaklah sedikit untuk menjadi denak kepada parti itu. Tetapi tidak tersenarai.

Paling kanan dan terkenal yang diketengahkan selain dari kedua mereka dan Mukhriz ialah Kamaruddin. Dalam UMNO Kelantan dia tidak tertonjol.

Padahal dia adalah Setiausaha Agung ABIM pada ketika kemasyhuran Anwar Ibrahim dan ketika ABIM paling mekar. Pada masa ABIM dipimpin oleh nama besar di samping Anwar bersama Ustaz Fadzil Noor, Sanusi Junid, Syed Ibrahim, Sidik Fadzil dan lain-lain, Kamarudinlah pengendali dan penggerak ABIM yang penting.

Pelajar-pelajar di Mesir, England dan Amerika berada dalam senarai buku Kamarudin. Zahid Hamidi dan Fuad Zurkashi adalah orang-orang bawahnya yang tidak dikenali. Boleh dikira dialah pembantu terkanan Anwar.

Anwar seperti lain-lain orang politik yang mencari kekuasaan membawa semua orang kuatnya masuk UMNO termasuk Kamaruddin. Dengan pengalaman pentadbir ABIM dan hubungannya dengan gerakan belia Islam antarabangsa, Kamarudin mungkin boleh jadi orang penting UMNO Kelantan.

Tetapi dapat jadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Putih, tidak diketahui ada peranan besar dalam UMNO negeri. Bila penyokong-penyokong Ku Li keluar dari UMNO, orang baru yang naik ialah Annuar Musa. Hingga akhir dia diketahui sebagai pimpinan utama UMNO Kelantan.

Bila Anwaar melancarkan Reformasi ramai penyokong Anwar meninggalkan UMNO Kamaruddin tidak ikut Anwar. Kedudukannya dalam UMNO tidak kedepan kerana UMNO yang anti Anwar mengira dia oang Awnar. Ramai orang ABIM naik dalam UMNO seperti Zahid, Kamarudin jadi orang Pasir Putih saja. Muhyiddin dapat dia jadi Ketua Penerangan. Adakah orang UMNO yang mengikutnya?

Dengan situasi bermula dari kecil, bagaimana Bersatu boleh jadi besari? Inilah yang semua sedang perhati

MAKANLAH DUIT HARAM ITU...ADUHHH...BISANYA!!

Posted: 02 Dec 2016 09:08 PM PST

shahbudindotcom


 

Tidak menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad pantas menjawab sebahagian kritikan dan serangan yang ditujukan terhadapnya sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang.

Menulis di blognya, sambil menyifatkan Melayu UMNO sebagai kelompok yang mudah lupa, mereka kata beliau, sudah lupa kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kerana terlalu menyembah kepada duit.

"Dengan kata lain, ahli UMNO yang terus menyokong Najib Razak adalah bersubahat dalam melesapkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

"Makanlah duit haram hasil menjual agama, bangsa dan negara itu," kata Tun Mahathir yang baru kembali dari luar negara, malam semalam.

Aduhh...bisanya serangan balas Tun Mahathir kali ini. 

Tak terasa apa-apakah mereka apabila mengetahui sumber haram sedang mengalir dalam darah daging dan kemudian dikongsi makan pula bersama anak, isteri, cucu dan saudara-mara?

Ikuti tulisan penuh Tun Mahathir seperti di bawah ini. (SH 02/12/2016).

1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahaja.

4. Dengan tambahan sedikit sahaja pengundi dari kawasan kubu kepada kawasan kalah, kemenangan mudah dicapai.

5. Sogokan wang dan barangan juga boleh menentu kemenangan. Biasanya dibuat secara rahsia kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi jika Kerajaan boleh menghalang segala tindakan undang-undang terhadapnya, sogokan boleh dibuat secara terbuka oleh parti Kerajaan. Jika ada laporan dan dakwaan bahawa sogokan telah berlaku, ketua polis dan pendakwa raya boleh mengenepi atau menutup dakwaan itu. Mahkamah tidak akan dapat mendengar kes itu.

6. Mungkin juga orang yang membuat laporan dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Setelah ini berlaku tiada akan ada lagi sesiapa yang akan membuat laporan.

7. Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa. Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara kerana sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan warganegara dan didaftar sebagai pengundi. Sudah pun dikesan orang asing yang memiliki pasport negara lain tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia.

8. Dengan sogokan juga pegawai dan kakitangan boleh mengambil bahagian dalam penipuan ini. Pekerja dalam pengurusan pilihanraya boleh juga disogok supaya bekerjasama dan tidak melapor penyelewengan yang berlaku. Jumlah undi pun boleh ditipu semasa dikira.

9. Mereka yang bersubahat seperti ini boleh dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Mereka tidak akan didakwa.

10. Apabila diisytihar keputusan pihak yang tidak puas hati boleh membantah. Mereka boleh berdemo.

11. Tetapi selagi ketua pihak penguatkuasa undang-undang dan pendakwaraya menolak segala dakwaan penipuan dan bantahan oleh rakyat sia-sia sahajalah usaha yang dibuat.

12. Parti yang menang secara penipuan akan dirikan Kerajaan dan akan terus menipu dan melesapkan duit rakyat. Ini sudah pun berlaku.

13. Demokrasi memang sistem yang terbaik tetapi demokrasi boleh disalahguna dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik. Demikianlah wang boleh menghapuskan semangat sayang kepada bangsa, negara dan agama.

14. Untuk mengelak semua ini berlaku terdapat hanya satu cara sahaja. Rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun.

15. Apa juga yang diterima dan boleh ditakrif sebagai rasuah adalah haram – haram di dunia dan haram di akhirat. Islam, agama-agama lain dan masyarakat mengutuk rasuah. Percayalah rasuah tetap akan memburukkan nasib semua dari kita termasuk dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima rasuah. 

16. Janganlah sesiapa berkata oleh kerana rasuah tidak termasuk dalam hukum hudud, dianya akan dibalas hanya di akhirat sahaja. Dia tidak menjadi kesalahan di dunia. Oleh itu terimalah rasuah sebagai rezeki.

17. Sebenarnya balasan di dunia akan dirasai oleh semua kerana rasuah, selain dari menjadi beban kepada masyarakat tetap akan menghancurkan negara.

18. Melayu UMNO mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan Agung UMNO dahulu. Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit. 
Pilihanraya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib. Dengan perkataan lain ahli UMNO yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion Ringgit.

19. Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair.



Najib undang politik perkauman, dakwa ketua sekretariat Pakatan

Posted: 02 Dec 2016 09:01 PM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Saifudin Abdullah bela DAP yang menerima Perlembagaan Malaysia.Saifudin Abdullah bela DAP yang menerima Perlembagaan Malaysia.


Ketika mahu menjaga kepentingan Umno, Datuk Seri Najib Razak didakwa mengundang bencana perkauman di negara ini ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16) semalam.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Najib membuat kesilapan besar dalam ucapannya semalam.

"Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri," kata bekas timbalan menteri dalam pentadbiran Najib itu.

Pertama, katanya, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu/Islam.

"Sejak dalam Pakatan Rakyat, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan dan ia termasuklah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kini, DAP mengulangi komitmen yang sama dalam Pakatan Harapan, iaitu bersama PKR dan AMANAH. Ini terbukti dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Harapan, pada 9 Januari 2016, di mana perkara-perkara yang sama itu diulangi.

"Kedua, DAP tidak dictate Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang dictate sesiapa, kerana kami mengamalkan kesaksamaan peranan dan kepimpinan kolektif.

"Contohnya, apabila DAP ingin mengadakan pilihan raya serta merta di Pulau Pinang, ia tidak dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, lalu DAP tidak jadi meneruskan cadangan tersebut," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan paling bahaya Najib ialah membahagikan politik negara secara perkauman dengan memberi kata dua kepada rakyat, iaitu sama ada memilih DAP sebagai induk atau Umno sebagai induk.

Ini bermakna Najib sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu/Bumiputera/Islam, katanya.

Beliau mendakwa ia juga bermakna yang Najib mengharapkan akan wujud keadaan di mana kerajaan akan dibentuk oleh "dominan-

Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum/agama yang lain.

"Ini adalah model politik yang dibayangkan oleh Najib," katanya sambil mendakwa model politik itu adalah "politik perkauman yang paling teruk yang pernah dibayangkan oleh seorang perdana menteri Malaysia".

Kata Saifuddin model itu "amat berbahaya dan amat bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia yang majmuk".

Beliau mendakwa, ia boleh mengundang bencana perkauman yang buruk dan rakyat perlu menolak bencana baru yang hendak dibawa oleh Najib itu.

MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO?

Posted: 02 Dec 2016 08:49 PM PST

shahbudindotcom


Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.

Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
 
 
 
 
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.

Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
 
 
 
 
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.

Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.

Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
 
 
 
 
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.

Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
 
 
 
 
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya  parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.

Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.

Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?

Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam?

Rohingya: Myanmar ingatkan Malaysia jangan campur tangan

Posted: 02 Dec 2016 08:42 PM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rohingya demoRohingya demo


Myanmar mengingatkan Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal dalaman mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Hitay dipetik Mynamar Time sebagai berkata, Myanmar meminta Malaysia supaya menghormati kedaulatan negara itu serta prinsip tidak campur tangan dalam Asean.

Kenyataan itu susulan laporan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke perhimpunan solidariti untuk Rohingya esok.

Difahamkan pada perhimpunan yang menentang keganasan terhadap Rohingya hari ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir, mengetepikan perbezaan ideologi politik antara parti Islam itu dengan Umno yang dipimpin Najib.

Akhbar itu dengan nada tegas berkata, Myanmar menghormati prinsip kedaulatan berkenaan, dan meminta Malaysia juga berbuat demikian.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, Malaysia tidak akan berpeluk tubuh melihat kejadian di negara itu, dan menegaskan Malaysia tidak berhasrat campur tangan.

Namun, keganasan berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana ia turut menanggung tempias.

Kini, terdapat 135,475 pelarian Myanmar di Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan tentera Myanmar membakar perkampungan etnik Rohingya, menembak dan memukul lelaki dan merogol wanita.

Sekitar 30,000 telah melarikan diri ke sempadan dengan sebahagian meninggal dunia kerana kelaparan dan tidak mampu menangung penderitaan.

Keganasan dan kezaliman di negara majoriti Buddha itu turut mencetuskan tunjuk perasaan di Indonesia, Bangladesh dan Thailand.

MKN Sabah hantar pulang 470 PATI Filipina

Posted: 02 Dec 2016 08:28 PM PST

MALAYSIAKINI
 
Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneruskan penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah membabitkan 470 warganegara Filipina yang dihantar pulang dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, semalam.

Pengarah MKN Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 433 PATI adalah lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan lima kanak-kanak lelaki serta perempuan, yang kesemuanya berusia di antara setahun hingga 62 tahun.

Mereka terdiri daripada 230 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 240 orang lagi dari PTS Tawau, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya penghantaran pulang PATI yang dilakukan secara serius dan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras PATI di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya semua pihak khususnya majikan dan orang awam haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI, sebaliknya menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka. - Bernama


Najib bercakap seorang diri, memang seronok. Debatlah!

Posted: 02 Dec 2016 08:26 PM PST

Izmil Amri



ULASAN Letih kita mendengar ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Letih, menyampah, rasa nak muntah: semua ada. Festival tahunan ini memang pun itu tujuan dia, untuk bercakap merepek tentang segala yang UMNO secara ad nauseam - sampai rasa nak muntah.

Sejak hari pertama persidangan bermula, kita melihat bagaimana media arus perdana menghurung PWTC dan memuntahkan berita-berita tentang ucapan pembesar-pembesar parti Melayu itu.

Keesokan harinya akhbar-akhbar milik UMNO memaparkan di muka depannya betapa gah dan hebatnya semangat yang ditiup antara empat dinding ibu pejabat UMNO.

Kemuncaknya esok, apabila Presiden United Malays National Organisation, atau lebih dikenali ramai sebagai suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor, akan sekali lagi naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan penggulungan dan memalu gong pelaung, menandakan bermulanya strategem UMNO menuju pilihanraya umum ke-14.

Tetapi kita janganlah terlalu berasa teruja dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Bercakap seorang diri tanpa ada ruang yang terbuka untuk dicabar dan berdebat memang seronok.

Langit pun boleh runtuh kalau ikut hati bercakap sendirian begitu. Tambah pula dengan tepukan gemuruh perwakilan yang kenyang dijamu dedak.

Barang diingat. Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang akan melarikan diri daripada berdebat. Dia tidak berani. Bukan sekali dua kita telah menyaksikan 'Malaysian Official 1' ini melarikan diri dari gelanggang. Sudah baaaanyak kali.

Terbaru pastinya kita masih ingat bagaimana beliau menghilangkan diri apabila Tun Dr Mahathir datang ke PWTC untuk bersoal jawab dengannya.

Najib Razak memang seronok bercakap seorang diri. Cuba kalau kita letak Mahathir di depan dia. Tak cukup tanah dia melarikan diri.

Melayu hilang kuasa

Dalam setahun, UMNO akan mengulang ayat ini beberapa kali. Tak perlu tunggu bersidang pun UMNO akan tetap bermain sentimen perkauman, kerana UMNO memang parti perkauman. Tanpa modal perkauman, apa lagi lah UMNO ada? Barangkali modal agama, setelah di-hijack modal politik angin syurga itu daripada PAS.

Sebenarnya kita semua sedia tahu, kalau UMNO melingkup, UMNO lah yang hilang kuasa.

UMNO berkuasa pun Melayu merana. Lihat sahaja bagaimana kita sehari-hari dicukai dan dipaksa bayar tol, selain harga barang keperluan yang naik tak turun-turun. Ini siapa punya kerja? Kalau bukan UMNO, siapa? DAP kah yang luluskan GST?

Sasterawan Negara, Pak A. Samad Said (yang juga sudah masuk DAP) telah berkali-kali mengingatkan:
"Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya...

"Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan PM semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.

"Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu."

Otak yang boleh menerima dakwaan Melayu hilang kuasa jika UMNO melingkup adalah otak yang sarat disumbat dedak dan pembohongan sehingga tidak lagi mampu mempersoal, telan sahaja mentah-mentah.
Kalau otak seluruh rakyat Malaysia demikian bengap, memang boleh lah UMNO kekal berkuasa sampai kiamat.

Sebab itu pentingnya perdebatan. Politik ialah seni memujuk keyakinan, dan ia tidak boleh sekadar ditelan seperti ular sawa menelan buaya. Akhirnya buaya koyak perut ular dan berlepas lari. Bodoh betul ular sawa itu.

Maka sekarang begini. Najib Razak dan konco-konco pemakan dedaknya boleh terus merepek sampai hari Sabtu. Tak apa, kita dengar habis-habis apa tawarannya untuk rakyat negara ini semuanya, bukan yang Melayu sahaja.

Hari Ahad, Parti Tindakan Demokratik pula bakal bersidang di Shah Alam. Kita tengok apa pula jawapan DAP terhadap tuduhan-tuduhan sehala dan syok sendiri oleh UMNO selama seminggu ini.

Kemudian rakyat boleh buat keputusan. Mahu memilih terus merana di bawah pemerintahan kleptokrat, atau memilih untuk membuka lembaran baru bersama para demokrat.


IZMIL AMRI seorang penulis dan pemerhati politik.


Surat buat rakyat: Ego Umno yang terakhir

Posted: 02 Dec 2016 08:22 PM PST

Mahdzir Ibrahim 




ULASAN Dari lojik matematik, Umno/BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil daripada sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak.

Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini.

Maka lojik matematik ini masih meletakkan pembangkang di tempat yang sama seperti sebelumnya.

Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas lojik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri.

Kekuatan Umno pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hegemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak.

Ego ini mewujudkan hagemoni Umno, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan Umno. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang.

Selama ini, ego dan hegemoni Umno inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Tekanan kepada semua pihak bermula dari ego Umno ini. Ianya tampak tidak berkesudahan.

Dari mana ego dan hegemoni Umno ini muncul?

Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik Umno itu sendiri.
Sejarah politik Umno bermula di Johor. Umno di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang.

Di sinilah sejarah ego Umno muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihan raya 2013 lagi, slogan Johor adalah 'Tiang Seri' Umno menjadi azimat kempennya, semua orang percaya.

Semalam, wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga exco kerajaan negeri telah berucap dalam sesi perhimpunan agung Umno (PAU16) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya.

Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.

Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.

Ini adalah isyarat penting Umno Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan Umno di Johor.

Malah, jika dilihat dengan hati-hati, Umno Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding Umno di negeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata.

Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya Umno akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hegemoni Umno yang mencengkam rakyat dan komponen BN.

Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi 'pembolehubah' yang berkesan.

Kemenangan pembangkang di Johor akan menandakan berakhirnya legasi kubu kuat Umno. Kita harus sedar bahawa kemenangan ke atas ego Umno ini adalah kemenangan moral yang cukup besar dan ia akan memberi nilai yang cukup signifikan ke atas lanskap politik negara.

Dengan berkuburnya ego Umno di Johor, maka kita akan dapat lihat kesan teori domino. Kesan domino ini akan melenyapkan hagemoni dan mitos Umno ke atas rakyat, parti di Sabah dan Sarawak termasuk rakan komponennya.

Tanpa Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Umno ibarat sudah tiada kaki dan tangan, hanya tinggal badan yang pastinya sukar untuk mereka bergerak lagi.

Ketika ini, parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak lagi memerlukan Umno kerana tidak ada apa lagi yang ingin dibimbangkan kerana ego dan hgeemoni Umno sudah tiada lagi.

Pada fasa inilah rundingan antara pakatan pembangkang di Semenanjung dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dapat dijalankan untuk melicinkan peralihan kerajaan pusat.

Tanpa kemenangan pembangkang di Johor, ego dan hegemoni Umno akan terus hidup, ego dan hegemoni ini akan terus mencengkam rakyat dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Dan kerajaan Umno di Johor ketika ini sedang tersepit dan gagal menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Justeru, perlu dijalankan usaha menewaskan ego Umno yang terakhir.

MAHDZIR IBRAHIM adalah pengarah biro pendidikan politik DAP Johor.

Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]

Posted: 02 Dec 2016 08:20 PM PST

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk menjaga DNA parti masing-masing agar sokongan pengundi khususnya bukan Melayu akan kembali kepada mereka, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi. 
Ujarnya, parti-parti komponen tidak wajar 'bergantung' sepenuhnya kepada BN untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengundi. 
Zahid berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong bahawa kegagalan meraih undi pengundi bukan Melayu adalah 'masalah BN' dan bukan masalah parti komponen semata-mata.  
"Iya, Kita mempunyai ahli parti masing-masing dan kita harus jaga DNA kita mengikut keahlian parti masing-masing. 
"Saya bersetuju pandangan itu (Liow) tetapi kita harus menggamit semula DNA parti masing-masing untuk bersama mendokong calon BN," katanya dalam sidang media di Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) hari ini.
Liow semalam dilaporkan berkata, parti-parti komponen BN tidak harus dipersalahkan kerana trend pengundian masyarakat Cina. 
Ujarnya, semua parti-parti komponen bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya dan keputusan yang terhasil adalah daripada usaha bersama semua pihak.
Dalam pada itu tambah Zahid, sekarang bukan masa yang sesuai untuk menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak.
Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi tanggungjawab bersama kepada setiap parti komponen BN memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang diangkat mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 
"Jadi ini harus difahami atas rasa kebersamaan antara parti-parti komponen BN. Kita tidak perlu menuding jari tetapi saya fikir kita mesti mengambil beberapa langkah positif untuk berada di dalam satu pemikiran bahawa siapa sahaja dicalonkan mewakili BN semua jentera parti harus bekerjasama dengan kuat untuk memperkasakan semua calon kita untuk kemenangan," katanya.

Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti

Posted: 02 Dec 2016 08:03 PM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata banyak dokumen parti didapati dimusnahkan oleh kumpulan tertentu setelah ketua dahulu, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Umno.
 
Nasir berkata, beliau dan ahli jawatankuasa lain mengambil masa hampir dua bulan untuk menyusun semula fail-fail dan pejabat.
 
Ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno (PAU2016) di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau berkata, itu antara cabaran paling besar di hadapi setelah Shafie keluar parti.
 
"Keadaan kita di Semporna sudah pulih seperti sedia kala. Peringkat awalnya Shafie keluar Umno memang banyak yang mungkin risau atau kekeliruan terutama sekali ahli di Bahagian Semporna.
 
"Setelah kita susun kembali dan ia mengambil masa hampir dua bulan. Kita di peringkat pejabat kita sediakan pejabat baru.
 
"Selain itu fail-fail juga kita kena cari daripada pejabat perhubungan Sabah dan pusat dan fail-fail lama tidak dikembalikan mungkin dimusnahkan pihak keluar Umno," katanya.
 
Namun, beliau yang kini menerajui Umno bahagian tersebut bagaimanapun berjaya mengatasi cabaran tersebut malah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
Ketika diminta mengulas lanjut berkenaan tindakan kumpulan bekas Umno Semporna itu, beliau menjangkakan bahawa kumpulan tersebut mahu menggunakan dokumen berkenaan sebagai rujukan untuk menubuh parti baru mereka.
 
Shafie keluar Umno setelah keahliannya digantung ekoran tindakannya mengkritik secara terbuka kepimpinan presiden party, Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau kemudian menubuh parti WARISAN yang berasaskan politik tempatan bersama beberapa pemimpin pembangkang Sabah lain.
 
 

Lebih mudah PAS-Umno tentukan Islam jadi syarat perpaduan

Posted: 02 Dec 2016 08:01 PM PST

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Umno dan PAS sedia dan boleh bekerjasama menurut prinsip ta'awun dan tabayyun. Bagaimanapun kedua-dua pihak akur bahawa buat masa ini untuk menjalin hubungan politik atau tahaluf siyasi adalah hampir mustahil.
 
Ini kerana PAS baru sahaja pulih daripada pengalaman pahit tujuh tahun menyulam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Dalam hubungan itu PAS ditalak dari Pakatan Rakyat melalui tindakan unilateral DAP.
 
Lebih memedihkan PAS ialah satu lagi kerabat PKR yang dipimpin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hanya bungkam, kelu dan hanya memerhatikan sahaja tindakan DAP itu.
 
PKR hanya berharap umum akan faham betapa sukar baginya mencampuri sengketa di antara PAS dan DAP tahun lalu kerana ia mempunyai kepentingan memelihara hubungan baik dengan kedua-dua parti berkenaan.
 
PKR terjebak maksud pepatah "ditelan mati emak, diluah mati bapa". Ia memerlukan kerjasama DAP dan PAS bagi memastikan kerajaan negeri Selangor yang dipimpinnya tidak goyah. 
 
Maka maksud tahaluf siyasi yang diamalkan PKR menjadi sketsa orang beristeri dua – kerap tidak jujur kepada kedua-dua isterinya "demi memelihara keharmonian rumahtangga".
 
PAS bertaklid pada konsep tahaluf siyasi demi menjalin hubungan politik dengan DAP walaupun ia menghidu parti itu berpenyakit Islamofobia dan PKR pula enggan mengaku ia parti Islam. Namun PAS perlu formula baru untuk meneruskan perjuangannya.
 
PAS nekad mulakan langkah baru untuk survival politik
 
Setelah bermuhasabah PAS insaf ia harus bertindak matang dan mengamalkan politik sejahtera bak kata pepatah "menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak".
 
Sasaran PAS ialah menerbitkan kesejahteraan bagi setiap ikhtiar politiknya. Puas ia mencari padanan di kalangan parti politik sedia ada dan akhirnya menjalin kerjasama dengan IKATAN dan BERJASA.
 
Namun PAS maklum buat masa ini kedua-dua parti itu kurang mampu memberi nilai tambah pada perjuangannya kerana ia memerlukan untuk mekar sedangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah amat terasa hadirnya. 
 
PAS ada pilihan. Satu, kerjasama dengan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin bekas musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Namun PAS tidak lupa sikap kasar Mahathir terhadap PAS ketika menerajui Umno. Mahathir sering mengejek dan memperlekehkan PAS, terutama bekas Mursyidul Amnya, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
Justeru PAS tidak ghairah memilih PPBM. Mungkin yang amat teruja mahu bekerjasama dengan Mahathir ialah bekas Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar yang hadir dalam hampir setiap acara Mahathir. 
 
Kedua, PAS boleh menyahut sapaan PKR. Di Selangor PAS masih bekerjasama mentadbir negeri itu. Lantas agak munasabah PAS menggabungkan diri dengan strategi politik Pakatan Harapan melalui PKR.
 
Bagaimanapun PAS masih belum boleh lupa "kedurjanaan" politik dua lagi kerabat Pakatan Harapan – DAP dan AMANAH. DAP sudah mengisytiharkan tidak perlu PAS dalam kamus politiknya. Sementara dalam kes AMANAH, PAS enggan berkawan dengannya. 
 
Walaupun PKR berikrar untuk terus memujuk PAS bersama melaksanakan projek politik 'satu lawan satu' menentang Umno-BN, namun PAS masih belum betah dengan AMANAH yang didirikan oleh "pengkhianat" perjuangan PAS.
 
Ketiga, PAS boleh pilih Umno. Perihal Umno, seperti PAS kini berhadapan dengan pengkhianat-pengkhianat perjuangannya adalah rahsia umum. Ia menghadapi PPBM sementara PAS pula berhadapan AMANAH. 
 
Namun sebaliknya jika PAS bersatu tenaga dengan Umno, banyak laba politik yang dapat digarapnya. 
 
Umno parti Melayu-Islam terbesar di negara ini dengan keahlian hampir 3.5 juta. PAS pula ialah parti Melayu-Islam kedua terbesar dengan ahli hampir 1 juta orang.  
 
Jika mereka bekerjasama, mudahlah kedua-duanya menundukkan parti-parti yang dipimpin oleh majoriti Melayu seperti PKR dan Amanah serta PPBM. 
 
Biarpun jadi parti pingitan, PAS tidak gopoh
 
Namun PAS tetap berhati-hati memilih pasangan politik. Masih ada kalangan ahli PAS yang menganggap Umno sebagai musuh kerana sukar menukar persepsi bahawa Umno "kurang jelas perjuangan Islamnya". 
 
Begitu yakin golongan ini akan perbezaan PAS dengan Umno sehingga Allahyarham Nik Aziz pernah menyatakan bahawa jika Umno sanggup menjadikan Islam asas perjuangannya, PAS sanggup bubar dan membantu Umno. 
 
Keadaan agak berbeza sekarang. Sedikit demi sedikit Umno semakin berhasil membuktikan bahawa yang menerajui Pakatan Harapan kini ialah DAP. 
 
Bukan sahaja ia mempunyai kerusi Dewan Rakyat terbanyak, ia juga kelihatan semakin alergik terhadap apa sahaja isu poliik yang berkaitan Islam. 
 
Dalam menghadapi cabaran dari kalangan bekas ahli-ahlinya yang berusaha menjatuhkan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno kini didorong dan hanyut lebih dekat pada pusar pemikiran Islam. 
 
Berpaksikan konsep wassatiyah dan usaha mewujudkan Indeks Syariah bagi menilai prestasi kementerian dan jabatan kerajaan Umno sebenarnya semakin gesit melangkah ke sfera pemikiran Islam.
 
PAS sendiri yang sudah lebih suku abad mentadbir Kelantan tidak bergerak ke arah pemikiran sedemikian. Lantas ini membuka peluang pada kedua-dua parti untuk mengeratkan lagi kerjasama meranumkan idea perpadun demi rakyat.
 
Masih banyak perkara yang perlu diperkemaskan jika PAS sudi menyambut seruan perpaduan yang dibuat oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak khamis lalu. 
 
Di satu sisi kelebihan Umno ialah ia berpengalaman mentadbir keperluan rakyat bukan Melayu-Islam dengan berkesan. Iklim kerjasama dengan MCA, Gerakan, MIC, PBB, PBS dan seumpamanya seharusnya meyakinkan PAS bahawa Islam boleh menyatu rakyat pelbagai kaum dan agama. 
 
PAS harus insaf bahawa kefahaman dan penghayatan Umno mengenai konsep ta'awun dan tabayyun semakin meningkat dan ini seharusnya menatijahkan sesuatu yang lebih baik berbanding tahaluf siyasi dengan DAP yang gagal dek Islamofobianya.  
 
Bekerjasama dengan Umno PAS akan meninggalkan kesan besar dalam mengukuhkan perpaduan umat Melayu-Islam. Malah ia juga akan memperbaiki lagi konsep "PAS for All" yang dijaja bersama DAP.
 
PAS ingin tahaluf atau ta'awun yang hendak dijalin dengan entiti politik lain mesti disandarkan pada ajaran Islam. Adalah lebih mudah bagi Umno mengisi syarat ini berbanding PKR, Amanah, PPBM. Umno adalah parti Islam.