Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: DOSA-DOSA MAHATHIR, MUHYIDDIN MUSUH DALAM SELIMUT, SAMAN SAYA JIKA BERANI !

Posted: 02 Dec 2016 05:51 PM PST


Syed Hussein Al-Attas mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menyamannya sekiranya apa yang ditulis dalam buku terbaharunya tidak betul.
"Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya, mereka malah boleh bawa saya ke mahkamah,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika merujuk buku terbaharu tulisannya bertajuk 'Dosa-Dosa Che Det' dan 'Muhyiddin Yassin Petualang.'

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tak adil ucapan perkauman di PAU terlepas siasatan, kata Tony

Posted: 02 Dec 2016 09:36 PM PST

Pengerusi DAP Selangor berkata berlaku layanan tidak adil di Malaysia jika hanya ucapan di himpunan Bersih 5 disiasat, sedangkan polis tidak menyiasat mereka yang berucap di PAU.
tony-pua-PAU
KUALA LUMPUR: Tidak adil jika ucapan perkauman di Perhimpunan Agung Umno (PAU) tidak dikenakan tindakan, tetapi individu yang berucap di Bersih 5 pula disiasat, kata Tony Pua.
Pengerusi DAP Selangor berkata amat jelas sedang berlaku penyalahgunaan kuasa dan layanan yang tidak adil di Malaysia.
"Mereka ini seperti agung di negara kita, manakala sesiapa yang ingin pertahankan hak minoriti akan ditahan dan ditangkap untuk siasatan yang tidak adil.
"Ada penyalahgunaan kuasa di Malaysia, layanan tidak adik antara masyarakat. Kita harap polis akan menjalankan tugas mereka secara adil," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.
Terdahulu, Tony dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung ucapannya di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu.
Katanya, polis mengambil keterangannya selama 40 minit bermula jam 10 pagi.
"Polis menyiasat saya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman berhubung himpunan di Stesen LRT Bangsar.
"Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah saya berada di sana, apa yang saya buat, kenapa adakan himpunan Bersih," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan Malaysia bersama China, kata perwakilan Umno

Posted: 02 Dec 2016 09:33 PM PST

Ketua Wanita Umno Pasir Salak menggesa orang Melayu menguasai bahasa Mandarin agar mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan dari China
dr-wan-asikin
KUALA LUMPUR: Seorang Perwakilan Umno hari ini menggesa orang Melayu meningkatkan kemahiran mereka untuk kerjasama yang lebih rapat dengan China.
Ketua Wanita Umno Pasir Salak Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata salah satu kemahiran itu ialah mempelajari bahasa Cina yang mungkin sukar tetapi sangat memberi manfaat.
"Seperti batu jed yang tidak berguna jika tidak digilap, seseorang itu berguna hanya jika dia berilmu.
"China adalah masa depan jadi kita kena dekatkan diri dengan China. Perlu belajar bahasa Cina, (ia) sukar tetapi ini demi ilmu dan masa depan," katanya ketika membahaskan usul berkenaan agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.
Katanya, hubungan baik dengan negara itu akan memberikan peluang kepada rakyat menunjukkan kebolehan dan produk mereka memandangkan China kini menjadi salah satu pasaran dagang terbesar di dunia.
"Misalnya pelabur China perlukan jurutera dalam bidang tertentu, tentunya mereka akan ambil anak tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
"Kita selalu lihat iklan pekerjaan yang tertulis 'hanya untuk yang boleh berbahasa Mandarin. Jika betul majikan mencari pekerja seumpama itu, marilah kita sahut cabaran dan ramaikan anak Melayu yang boleh berbahasa Mandarin," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Satu benda saya hairan dengan PM," ucap perwakilan N9 depan Najib

Posted: 02 Dec 2016 09:30 PM PST

Membalak Sampai Licin: Orang Asli ugut perbanyak sekatan selepas ditahan

Posted: 02 Dec 2016 09:19 PM PST

"Tangkap pemberi rasuah, jangan tangkap penerima rasuah," kata perwakilan N9

Posted: 02 Dec 2016 09:16 PM PST

Tangkap perasuah, bukan penerima rasuah, kata perwakilan Umno N9

Posted: 02 Dec 2016 09:06 PM PST

Perwakilan Negeri Sembilan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 hari ini berkata bila tidak ada sesiapa yang menawarkan rasuah, maka tidak adalah mereka yang ambil rasuah.
syamsul-amri
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut tangkap mereka yang tawarkan rasuah, kata perwakilan Umno hari ini.
Wakil Umno Bahagian Seremban, Syamsul Amri Ismail berkata ini kerana jika tiada sesiapa buat tawaran, maka tidak ada yang mengambil rasuah.
"Tidak ada orang beri, tak kan dia terima," katanya pada sesi perbahasan hari terakhir PAU2016 di PWTC di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Syamsul Amri mendesak ahli Umno supaya melaksanakan janji dan mengamalkan ajaran Islam yang menolak perbuatan rasuah demi menjaga amanah.
Dalam menekankan maksudnya, beliau memetik Nabi Muhammad yang berkata: "Tidak beriman orang yang tidak jaga amanah, dan tidak beragama orang yang tidak laksanakan janji."
Syamsul Amri kemudian memberi contoh bagaimana seseorang boleh menolak rasuah yang ditawarkan kepada mereka.
"Bila seseorang kata 'nah RM50', jangan rasuah saya, 'RM100' jangan cabar saya, 'RM500′ awak terus menolak kata dah melampau, 'RM700' awak dah mula menguji kesabaran saya, 'RM1,000' jangan cakap kuat-kuat," katanya disambut gelak tawa perwakilan.
Syamsul Amri kemudian menenangkan tawa perwakilan dengan berkata amalan itu perlu dibuang dan apa yang perlu perwakilan buat ialah pertahan prinsip keimanan dan integriti.
Bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali mendakwa parti itu dilanda rasuah, menuduh ahli menerima "dedak" daripada presiden sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata itu sebabnya mengapa ramai ahli berjanji setiap dengan parti yang dilabelnya sebagai "Parti Najib".

Definisi hidup Melayu merangkumi Jho Low RM42 Billion dan Pimpinan Negara China, Bapak Komunis Dunia RM144 Billion

Posted: 02 Dec 2016 08:41 PM PST

Najib PAU 4
Ketika ini sebuah parti Melayu sedang mengadakan persidangan yang kebiasaannya dihadiri oleh majoriti ahli ahlinya yang masih susah dan hidup meminta minta manakala pewakilan yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Cawangan pula sekalipun tidak hidup meminta minta kerana sudah senang lenang terpaksa hidup untuk terus menjaga hati pimpinan utama parti mereka kerana cuma dengan menjaga hati bekalan vitamin wang dapat di jamin berterusan.
Acara bertepuk tangan dan memuji muji pemimpin ibarat orang mabuk ketum tanpa menyedari majoriti golongan rakyat dalam keadaan susah. Meningkatnya golongan penerima BRIM dianggap sebagai kejayaan adalah sesuatu yang pelik.
Kononnya pemimpin mereka adalah anugerah Allah swt ini juga tiada biasa dengan perlantikan Jeneral Sisi Mesir yang diwar-warkan oleh golongan pengampu tegar sebagai anugerah Allah swt.
Kemunafiqan melanggar sumpah pegang jawatan di putar belitkan menunding jari kepada bekas pemimpin besar mereka yang telah bersara. Namun semasa menerima perlantikan pegang jawatan Perdana Menteri daripada Yang Di Pertuan Agong komitmen untuk berlaku jujur dengan melafazkan sumpah berat Wallahi Wattallahi Wallhamdullillah hirrabil alamin.
Parti Melayu ini mendakwa mereka menjaga kepentingan melayu. Melayu mana yang dijaga agaknya? J low itu Melayu barang kali? Pemimpin utama negara China itu melayu barangkali sehingga seolah olah menjual dan menggadai pelbagai projek infrastruktur keselamatan negara bernilai lebih RM144 billion kepada negara Bapa Komunis itu.
Apa kata PDRM agaknya, bila sedikit masa lalu Mat Sabu di katakan menghina kaum keluarga anggota polis ketika insiden bukit kepong seolah olah Mat Sabu membela komunis? Kenapa perlu beria ia abu mayat Chin Peng tidak di izinkan pulang ke Sitiawan Perak ? Chin Peng adalah ikan bilis saja dalam pertubuhan Komunis jika nak di bandingkan dengan negara China di mana pimpinan utama negara beria ia mendapatkan pelbagai bantuan kewangan.
Telah sekian lama lesen perbankan susah hendak di keluarkan namun cuma dengan lawatan rasmi yang begitu panjang untuk sesebuah negara iaitu seminggu, lesen perbankan di keluarkan oleh negara kita kepada negara komunis berkenaan. Justru ianya akan lebih mudah untuk negara komunis berkenaan mengeluarkan pelbagai bentuk pembiayaan mengikut polisi dan dasar ibupejabat bank mereka di negara komunis China.
Projek projek infrastruktur keselamatan negara dengan mudah di berikan kepada negara komunis justru jika berlaku apa apa sabotaj oleh mereka ianya amat mudah mereka lakukan memandangkan mereka adalah penyumbang dana modal yang utama. Dengan satu butang sahaja kemalangan keretapi laju terbesar dunia boleh berlaku. Dengan satu perintah sahaja serangan udara boleh dilakukan ke dalam bandar Kuala Lumpur memandangkan lapangan TUDM Sungai Besi kini milik China untuk tujuan pembangunan dan di gantikan dengan lokasi yang lebih jauh daripada bandar Kuala Lumpur. Malah dengan satu butang sahaja sumber tenaga elektrik boleh terhenti memandangkan salah satu daripada syarikat pengeluar tenaga elektrik bebas , Edra kini di miliki oleh syarikat syarikat kumoulan negara komunis China.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan Umno masih retorik, tidak bahas isu rakyat

Posted: 02 Dec 2016 08:39 PM PST

Mohd Radzuan HamatPerhimpunan Agung UMNO (PAU) akan menjadi sia-sia sekiranya perwakilan tidak menggunakan pentas itu sebaik mungkin untuk memperbetulkan parti, rakyat dan kerajaan.
Demikian pendapat dari Naib Ketua UMNO Bahagian Bachok, Mohd Radzuan Hamat, yang menyifatkan PAU 2016 masih hambar kerana kebanyakan perwakilan atau pembahas dari negeri tidak menyatakan hal sebenar berlaku di kawasan.
Beliau tidak menafikan ada dua tiga pembahas menggunakan pentas PAU sejak semalam dan hari ini untuk membodek dengan mengangkat pemimpin terlalu tinggi, sedangkan hal sebenar sebaliknya.
"Mereka perlu menjadikan pentas PAU2016 sebagai medan untuk menyuarakan permasalahan rakyat, bukan medan untuk beretorik.
"Ketika inilah.. ketika semua pucuk pimpinan dari Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berada di depan pentas untuk mendengar suara permasalahan rakyat, dibentangkan," katanya.
Menurut Mohd Radzuan, sepanjang dua hari menjadi pemerhati bagi peringkat Bahagian Bachok di Kelantan, belum ada yang benar-benar menyuarakan isu kos sara hidup, kenaikan harga barang dan masalah perumahan.
"Terlalu banyak bersifat retorik, memuji pemimpin secara berlebihan. Sebaliknya kita menjadikan pentas ini untuk menyuarakan pandangan rakyat supaya pucuk pimpinan mengetahui suara akar umbi," ujarnya.

PRU14: Antara Najib 1% dan rakyat M'sia 99%

Posted: 02 Dec 2016 08:25 PM PST

Pilihan raya umum yang akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Umno dan pembangkang.
Umno yang akan menggunakan senjata perkauman bagi mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi manakala pembangkang dengan tema 'harapan baru' untuk masa hadapan negara, mewakili aspirasi 99 peratus rakyat terbanyak di Malaysia.
Mencermati intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, terdapat 3 tema yang diketengahkan:
• Pertama, wala' (kesetiaan) kepada presiden Umno dan perdana menteri adalah perkara terpenting mengatasi segalanya. Dengan erti kata lain, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah pengkhianat parti.

• Kedua, pilihan raya umum akan datang adalah tentang membuat pilihan antara kerajaan yang bakal diterajui oleh Umno atau DAP. Dalam hal ini, Umno akan bermati-matian menentang DAP bagi mempertahankan orang Melayu.
• Ketiga, PAS adalah rakan Umno.
Skrip ini tidaklah terlalu sukar difahami. Najib menyemai rasa takut di kalangan rakyat terhadap DAP dan bukan Melayu untuk menyeru ahli-ahli Umno berjuang bersama beliau sepertimana ungkapan yang dilaungkan dalam PAU; "Kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti!"
4 ISU KRITIKAL
Namun, Najib terus mengelak dari menyentuh empat isu kritikal sedang melanda negara dan menjerut rakyat: GST, 1MDB, kejatuhan nilai matawang ringgit dan peningkatan kos sara hidup.
Apabila pendapatan rakyat tidak meningkat, GST akan memberi kesan terhadap pendapatan bolehguna mereka. Skandal 1MDB pula menghakis keyakinan luar terhadap ekonomi Malaysia dan institusi-institusinya, bahkan turut memberi kesan terhadap nilai tukaran matawang. Peningkatan kos sara hidup pula antaranya berpunca dari penarikan subsidi, kejatuhan ringgit dan perlaksanaan cukai GST.
Apabila pendapatan bolehguna rakyat menguncup, keyakinan mereka untuk berbelanja turut sama menguncup. Ini memberi kesan negatif kepada perniagaan/bisnes. Sekiranya keadaan ini berlarutan, tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan krisis lebih parah yang sukar dipulihkan lagi.
Rakyat Malaysia terbanyak - iaitu kelompok 99 peratus - adalah kelompok yang bakal menerima kesan langsung dari kelemahan urustadbir ekonomi dan pentadbiran negara pimpinan Perdana Menteri Najib. Pun begitu, beliau hingga kini masih terus membisu. Lebih dari itu, beliau memainkan sentimen perkauman sempit sebagai senjata bagi mengekalkan survival kuasanya.
Kita tidak perlu terkejut, bahkan kita mesti bersiap sedia dengan kemungkinan lebih buruk lagi. Agenda perkauman sempit ini bakal dimainkan oleh kerajaan Najib menuju hari-hari mendatang menjelang pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: Umno, Pas capai sepakat?

Posted: 02 Dec 2016 08:17 PM PST

Umno pas
UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.
Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.
"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.
"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.
Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.
"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.
"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya.

Umno tak janji imbuhan seperti parti lain sembang MT

Posted: 02 Dec 2016 08:15 PM PST

Datuk Sohaimi Shahadan KUALA LUMPUR - Perjalanan Umno selama 70 tahun hanyalah perjuangan penuh istiqamah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
Menurutnya, Umno tidak pernah menjanjikan imbuhan kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti itu.
Sebaliknya kata Sohaimi, Umno selama 70 tahun konsisten dengan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat.
"Kalau imbuhan dijadikan ukuran, maka jelaslah perjuangan mereka dalam pilihan raya hanyalah untuk merebut kepentingan peribadi.
"Kita jelas bahawa perjuangan kita dalam parti hanyalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Masuk dalam Umno bukan untuk imbuhan, sebaliknya untuk meneruskan perjuangan parti sejak 70 tahun dahulu. Mereka (parti pembangkang) berhak buat apa sahaja yang mereka mahu, biar rakyat yang menilai," katanya lagi.

Kerajaan perlu hati-hati buat keputusan pelaburan - Umno Melaka

Posted: 02 Dec 2016 08:14 PM PST

kerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asingkerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asing
Kerajaan perlu berhati-hati membuat sebarang keputusan pelaburan melibatkan perjanjian yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan agar ia tidak menjejaskan masa depan negara, menurut perwakilan Umno.
Wakil Umno Melaka Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asing.
"Kita mahu kalau boleh setiap keputusan dan perjanjian yang kita buat, jangan sekali-kali kita mengadaikan maruah dan hak kita.
"Kita mahu setiap perjanjian itu berlandaskan daripada Perlembangaan Persekutuan yang menyebut secara jelas hak keistimewaan Melayu," katanya ketika membentangkan usul ekonomi dalam sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Ahmad turut mencadangkan semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam negara oleh kontraktor asing menggunakan bahan asas keluaran tempatan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan.
"Apa sahaja projek yang ingin dijalankan di dalam negara mestilah memberikan keutamaan khusus kepada produk tempatan," tambahnya.
Ahmad turut menyokong usaha kerajaan menyediakan peluang perniagaan yang melibatkan ekonomi digital, khususnya kepada usahawan muda Bumiputera bagi menyahut cabaran Dasar Transformasi Nasional 2050.
Membahaskan usul itu, wakil Umno Kedah Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin mahu kerajaan menumpukan kepada ekonomi digital yang dilihat berpotensi menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.
Read More / Baca Lagi >>

Tak mungkin DAP boleh ancam Melayu, kata penganalisis

Posted: 02 Dec 2016 08:11 PM PST

Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berkata Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan parti pembangkang akan memastikan berlakunya semak dan imbang.
Awang-Azman-Pawi.
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Pawi mendakwa "mengarut" untuk memikirkan yang DAP akan mengancam kedudukan orang Melayu di negara ini.
Profesor dari Universiti Malaya itu berkata setiap warganegara termasuk ahli politik perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu dilindungi undang-undang itu.
Beliau berkata pada masa ini DAP juga mempunyai beberapa wakil rakyat berbangsa Melayu, dan kemungkinan besar wakil itu tidak akan membenarkan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Katanya, meskipun DAP masih mahu menukar kedudukan orang Melayu, parti pembangkang lain tidak akan mungkin membenarkannya.
"Parti pembangkang lain seperti PKR, PAS dan Amanah, ada ramai ahli Melayu, mereka akan mengekalkan semak dan imbang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2016 yang DAP akan menghapuskan hak Bumiputera dan institusi khusus untuk orang Melayu, jika parti itu berkuasa.
Mengulas kenyataan itu, wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mencabar mereka yang skeptikal terhadap DAP untuk melihat apa yang berlaku di negeri itu di bawah pemerintahan DAP.
"Beritahu kami institusi Melayu yang mana dipecahkan dan hak Melayu yang mana dimansuhkan.
"Selain program kebajikan untuk orang Melayu, kerajaan negeri Pulau Pinang beri tanah bernilai jutaan ringgit untuk membina kompleks mahkamah dan mendapatkan tanah milik bukan Melayu bagi tujuan meluaskan kawasan perkuburan orang Melayu.
"Sudah jelas orang Melayu dan Islam dilindungi di bawah kerajaan kami," katanya.
Zairil berkata kenyataan Najib itu hanya tindakan orang "terdesak".
Read More / Baca Lagi >>

“Kalau DAP anti-Melayu, dah lama saya keluar DAP” – Tengku Zul

Posted: 02 Dec 2016 08:07 PM PST


KUANTAN, 3 DIS: Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji hari ini menyatakan kesediaan untuk meninggalkan DAP jika dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kononnya parti itu memusuhi orang Melayu dan Islam adalah benar.
Bagaimanapun, kata Tengku Zulpuri, tohmahan Perdana Menteri itu ternyata tidak berasas kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai pemimpin DAP, telah membawa banyak kemakmuran kepada kaum Melayu dan perkembangan agama Islam negeri itu.
tengku zul 2Bukan sahaja kaum Melayu, pengagihan kemakmuran melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan Pulau Pinang, katanya, turut merangkumi seluruh penduduk tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Ia jelasnya selaras dengan perjuangan DAP berasaskan Sosial Demokrasi yang mengangkat kepentingan semua kaum berpandukan prinsip keadilan dan amanah.
"Presiden UMNO perlulah fikir sebelum bercakap. Dia kena semak realiti. Jangan senang-senang tuduh DAP anti-Melayu atau anti-Islam.
"Saya orang Melayu dan saya juga wakil rakyat mewakili DAP. Tak perlu tunggu UMNO untuk kecam DAP, saya sendiri sebagai orang Melayu dalam DAP akan bersuara dan sedia keluar parti jika DAP anti-Melayu atau anti-Islam," ujarnya kepada Roketkini.
Katanya yang juga Adun Mentakab, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat prihatin terhadap kepentingan kaum Melayu tanpa melupakan kebajikan kaum lain dengan memberi pelbagai peruntukan kepada rakyat negeri itu demi pembangunan ekonomi dan rohani.
"Kalau DAP anti-Melayu atau anti-Islam mengapa peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan hal ehwal agama Islam tidak dikurangkan, malah meningkat dari tahun ke tahun?" ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

JAWAPAN MAHATHIR TERSEBAR LUAS DI HIMPUNAN AGUNG UMNO

Posted: 02 Dec 2016 08:06 PM PST

Jawapan terkini Tun Dr.Mahathir yang memalukan Najib tersebar luas seperti kilat di Perhimpunan Agung UMNO petang ini di samping  berjuta umat Islam yang mendapatnya selepas menunaikan sembahyang Jumaat . Mereka yang belum membacanya,lawati posting terkini Blog Tun Mahathir.
 
BERTIMBUN AKHBAR BERITA UMNO TAK LAKU
Kecuali  akhbar popular Kosmo laris di pasaran, akhbar-akhbar  arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menumpukan laporan Perhimpunan Agung UMNO tak laku bertimbun di pasaran.(gambar ini diambil pada jam 6 petang 1November 2016  di 7E Putrajaya) 
Walaupun kemerosotan kedua akhbar ini telah lama berlaku tetapi keadaan bertambah teruk  dalam masa perhimpunan itu.
Anda sendiri dapat melihat keadaan ini di gerai-gerai  akhbar, kedai mamak dan juga di 7E di merata-rata tempat terutamanya di Putrajaya dan sekitar Kuala Lumpur.
Walaupun penerbit akhbar-akhbar  ini sedar bahawa media sosial dan portal berita bukan UMNO lebih diminati ramai tetapi pengarang-pengarangnya sendiri masih mempunyai keyakinan seolah-olah orang masih meminati Perhimpunan UMNO seperti dahulu.
Mereka mensia-siakan  beberapa muka akhbar dengan siaran ucapan penuh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang tidak lagi dibaca oleh orang ramai.
Sewajarnya muka-muka ini disiarkan dengan berita-berita umum yang lebih diminati pembaca atau dikurangkan mukanya  bagi menjimatkan kertas dan mengurangkan kerugian.
Konklusi yang boleh dibuat berasaskan kepada kemerosotan akhbar ini ialah pengarang-pengarang tidak sensitif kepada perubahan sikap orang ramai. Mereka syok sendiri dengan kepercayaan penyiaran  lebih banyak berita UMNO  maka lebih banyak orang membaca seperti  pemimpin-pemimpin UMNO  percaya dengan bertempik-tempik dan  menjerit-jerit kuat ketika membuat ucapan maka suara mereka didengar dan dipercayai.
Pada hakikatnya mereka adalah syok sendiri.
Hakikatnya ialah sebahagian besar orang Melayu sudah merasa terasing dari UMNO. Mereka tidak lagi merasa sebahagian dari Perhimpunan Agung UMNO, nasib mereka tidak lagi bergantung pada UMNO sebaliknya bagi mereka perhimpunan itu merupakan  hal ehwal  UMNO dan bukan Melayu.
Dalam erti kata lain tidak lakunya akhbar-akhbar kerana laporan  Perhimpunan Agung UMNO adalah bukti orang -orang UMNO  berada dalam keadaan ilusi atau syok sendiri setelah percaya kepada pementasan sandiwara atau drama mereka sendiri dalam perhimpunan itu.

MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO?

Posted: 02 Dec 2016 08:04 PM PST

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.
Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.
Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.
Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.
Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.
Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya  parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.
Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.
Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?
Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam?

Umno perlu lupakan kisah lampau

Posted: 02 Dec 2016 08:02 PM PST

Ahli Majlis Tertinggi PPBM mempertahankan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendesak Umno berhenti guna retorik perkauman, dan melihat masa depan.
tariq-ismail
PETALING JAYA: Kalau DAP dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melupakan permusuhan mereka dulu, maka Umno pun sepatutnya boleh mengambil tindakan sama.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata demikian ketika mengulas ucapan perbahasan perwakilan Umno Bagan Shaik Hussein Mydin di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang mempersoalkan sama ada Muhyiddin masih "Melayu dulu, lepas itu Malaysia" selepas berbaik dengan DAP.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman masalah utama Umno ialah terlalu taksub dengan masa lampau.
"Bila DAP terima PPBM, itu bermakna mereka tinggalkan apa yang pernah berlaku dulu. Tapi, Umno suka hendak kembalikan sejarah.
"Kita melihat ke depan untuk membina masa depan, jadi kita perlu bekerja hari ini, bukan untuk semalam," katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Tariq berkata untuk terus maju, Umno perlu berhenti menyuap kenyataan retorik perkauman kepada rakyat.
"Berhenti memomokkan isu perkauman. Umno membuatkan orang Melayu jadi tunduk.
"Ketuanan kaum hanya mengenai menurut perintah," katanya.
Tariq berkata tidak ada salahnya apabila Muhyiddin berkata beliau "Melayu dulu, Malaysia kedua", itu memang jelas.
Read More / Baca Lagi >>

Surat buat rakyat: Ego Umno yang terakhir

Posted: 02 Dec 2016 08:02 PM PST

Dari lojik matematik, Umno/BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil daripada sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak.
Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini.
Maka lojik matematik ini masih meletakkan pembangkang di tempat yang sama seperti sebelumnya.
Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas lojik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri.
Kekuatan Umno pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hegemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak.
Ego ini mewujudkan hagemoni Umno, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan Umno. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang.
Selama ini, ego dan hegemoni Umno inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Tekanan kepada semua pihak bermula dari ego Umno ini. Ianya tampak tidak berkesudahan.
Dari mana ego dan hegemoni Umno ini muncul?
Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik Umno itu sendiri.
Sejarah politik Umno bermula di Johor. Umno di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang.
Di sinilah sejarah ego Umno muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihan raya 2013 lagi, slogan Johor adalah 'Tiang Seri' Umno menjadi azimat kempennya, semua orang percaya.
Semalam, wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga exco kerajaan negeri telah berucap dalam sesi perhimpunan agung Umno (PAU16) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya.
Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.
Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.
Ini adalah isyarat penting Umno Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan Umno di Johor.
Malah, jika dilihat dengan hati-hati, Umno Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding Umno di negeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata.
Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya Umno akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hegemoni Umno yang mencengkam rakyat dan komponen BN.
Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi 'pembolehubah' yang berkesan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 14 umno masih boleh memerintah - MB TGANU

Posted: 02 Dec 2016 07:54 PM PST

Keluar UMNO lah kalau tak setuju

Posted: 02 Dec 2016 07:53 PM PST

Ahmad Maslan - Strategi UMNO dah keluar

Posted: 02 Dec 2016 07:53 PM PST

Coklat Najib vs coklat Mahathir

Posted: 02 Dec 2016 07:51 PM PST

Shafie tiada kredibiliti, wadah perjuangan masih kabur - Rahman Dahlan

Posted: 02 Dec 2016 07:51 PM PST

Waqaf sebagai wadah memperkasa ekonomi Melayu

Posted: 02 Dec 2016 07:33 AM PST

Badan Peguam gesa kerajaan hentikan penindasan Temiar, Rohingya

Posted: 02 Dec 2016 07:24 AM PST

Hak asasi dan kehidupan mereka perlu dilindungi dan Badan Peguam akan bekerjasama mencari penyelesaian secara aman dan adil
steven-temiar-rohingya-1
KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menyeru penindasan terhadap masyarakat terpinggir seperti suku Temiar di Gua Musang dan Rohingya di Myanmar dihentikan.
"Badan Peguam bersama Temiar dan Rohingya dalam usaha mereka memastikan hak asasi dan kehidupan mereka dilindungi," kata Presiden Steven Thiru.
Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata badan peguam akan terus mengusahakan dan menyokong penyelesaian konflik secara aman dan adil.
Steven berkata Kerajaan Persekutuan dan Kelantan perlu menghentikan semua tindakan untuk merampas tanah adat Temiar dan penangkapan Orang Asli.
Dalam operasi penguatkuasa 29 November lepas, Jabatan Perhutanan meroboh dan memusnahkan halangan yang didirikan Orang Asli yang membantah pencerobohan secara aman.
47 Orang Asli ditahan pada hari itu.
Steven berkata Temiar perlu pertahankan tanah adat mereka daripada pencerobohan yang semakin berleluasa dan degradasi alam sekitar.
Beliau berkata Badan Peguam mahu Kerajaan Kelantan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti penguatkuasaan dan pembalakan sehingga tuntutan tanah adat diselesaikan.
Sementara itu, Badan Peguam mengalu-alukan campurtangan diplomatik Putrajaya dalam penindasan etnik Rohingya di Myanmar.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:12 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN....

Posted: 02 Dec 2016 04:09 AM PST



PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara  ini.

Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.

Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.

Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.

Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.

Dengan  Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?

Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?

Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?

Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?

Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.

Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah  ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?

Selama ini, siapa yang menjahanamkan MARA, Felda dan Felcra dengan pelbagai ciri-ciri rompakan dan amalan rasuah sehingga agensi-agensi itu lebih merupakan tempat pemimpin Melayu memperkayakan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang dalam kesempitan?

Adakah MARA, Felda dan Felda benar-benar menjadikan Melayu kaya dan berharta atau hanya isteri, isteri muda dan anak-anak pemimpin Melayu yang bermaharalela menjadikan agensi-agensi itu sebagai lubuk mengaut kekayaan mereka?
Menjelang PRU 14 akan datang, orang-orang Melayu mesti fokus kepada isu yang sedang berlaku dalam negara dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan lagi oleh pemimpin sendiri. Isu di depan mata  kita ialah rasuah yang berleluasa dan penyonglapan wang negara yang berlaku tanpa hadnya.

Menakut-nakutkan kononnya Melayu terancam dan DAP menguasai kerajaan hanyalah pelindung untuk menutup kedurjanaan  dan bagi mengelakkan kesalahan mereka diadili oleh kerajaan yang baru nanti.

Bukan DAP atau bimbangnya institusi Melayu dan Islam yang menjadi ketakutan mereka. Mereka hanya ingin berkuasa dan terus merompak lagi, sambil mengharapkan kesalahan mereka tidak akan diadili sampai bila-bila.

Jika pemimpin yang sama terus berkuasa, mereka pasti akan merompak dan menyamun lagi. Menolong dan membantu rakyat hanyalah merupakan agenda yang ke 69 dalam hati dan perjuangan mereka.

Lima tahun lagi apabila tiba hampir pilihanraya dan kegiatan penyonglapan mereka diperkatakan di merata-rata, mereka akan kembali menakut-nakutkan lagi dengan perkara yang sama - Melayu terancam dan DAP akan menguasai negara ini sambil sudah mula pandai berdoa dan berjubah kononnya agar Tuhan menyelamatkan negara ini.

Akhirnya Melayu terus mundur dan ketinggalan dan hanya kelompok pemimpin yang kaya raya mengaut segala milik negara. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan untuk rakyat, malah di sebalik negara kita merupakan pengeluar utama kelapa sawit dunia, pemimpin yang ada hanya menutup mata daripada memastikan minyak masak pada kadar yang munasabah harganya.

Sebab itu, PRU 14 adalah peluang untuk Melayu menjadi cerdik dan tidak lagi membiarkan mereka terus diperbodoh-bodohkan. Sekarang adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan dan membodohkan pula pemimpin durjana yang membawa kerosakan kepada negara.

Jika orang Melayu mula menjadi cerdik dengan tidak takut mengalahkan UMNO dan BN, pemimpin seterusnya tidak mungkin berani lagi membawa retorik-retorik bodoh untuk mendapatkan undi.  Kita harus mulakannya dengan menunjukkan kecerdikan itu tanpa ragu-ragu lagi. (SH 02/12/2016).

Kelantan jangan bohong, Orang Asli tolak tuduhan diperalat

Posted: 02 Dec 2016 03:15 AM PST



 | December 2, 2016  FMT
Pertubuhan alam sekitar menyifatkan cubaan mengaitkan usaha mereka kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil



sabrina-kelantan-peka



GUA MUSANG: Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyifatkan cubaan mengaitkan usaha melindungi hak Orang Asli Gua di Musang kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil.
Pengerusi PEKA Datuk Sharifah Sabrina Syed Akil menegaskan usaha mereka tiada kaitan politik, dan mengingatkan isu yang ditangani ketika ini menyentuh tanah rakyat.
"Kami tidak menghasut dan kami tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Kehadiran kami untuk menyokong tindakan Orang Asli mempertahankan tanah adat.
"Tidak adil kalau kerajaan tuduh orang itu ini, NGO menghasut dan sebagainya. Kita sendiri boleh tengok Orang Asli pandai berfikir siapa yang betul dan siapa yang salah," kata Sharifah ketika ditemui FMT di Gua Musang.
Baru-baru ini seramai 47 Orang Asli diberkas Jabatan Perhutanan Kelantan dalam usaha Kerajaan Negeri membuka laluan kepada pembalakan di hutan simpan yang dikatakan tanah adat mereka.
Jabatan Perhutanan Kelantan hari ini berkata Orang Asli yang mendirikan sekatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Gunung Stong melakukan kesalahan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Negeri Kelantan kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
Kelantan bertegas Orang Asli melanggar undang-undang kerana menghalang pembalak berlesen daripada mengambil balak, manakala PAS mendakwa penentangan "digerakkan oleh parti politik, yang berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam."
nik-amar
Sebenarnya, kata Sharifah, Kerajaan Negeri gagal menjawab memorandum yang diserahkan tahun lepas.
"Kami pernah hantar memorandum kepada menteri besar meminta mereka supaya tidak menjahanamkan hutan. Kita boleh cari jalan lain untuk jana ekonomi, bukannya dengan aktiviti pembalakkan sahaja namun sehingga kini tiada respon daripada pihak mereka," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis Orang Asli, Mustafa Along, yang baru dibebaskan daripada tahanan menolak dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan komunitinya.
"Kami buat semua ini sebab kami rasa cintakan kepada hutan, tetapi apabila ada pihak mengatakan kami dihasut itu semua tipu," katanya.

Projek ladang hutan yang gagal diurus kerajaan yang gagal, tegas Fuziah Salleh

Posted: 02 Dec 2016 03:08 AM PST


Fuziah Salleh bimbang penerokaan hutan berleluasa mendedahkan rakyat pada risiko hakisan tanah.Fuziah Salleh bimbang penerokaan hutan berleluasa mendedahkan rakyat pada risiko hakisan tanah.
Ladang Hutan Kemasul di sempadan daerah Bentong dan Temerloh adalah satu contoh klasik projek ladang hutan yang gagal diurus tadbir oleh kerajaan yang gagal, tegas wakil rakyat PKR, Fuziah Salleh.
Menurutnya, seluas 1,0776 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Kemasul dan HSK Kemasul (Tambahan) masih belum dibaikpulih.
"Walaupun undang-undang negara mengizinkan pertukaran status HSK kepada hutan ladang, akan tetapi ianya boleh gagal disebabkan oleh kelemahan pentadbiran," ujarnya.
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi negeri Pahang menyatakan hanya 52 peratus daripada keseluruhan HSK Kemasul yang diterokai telah berjaya di tanam semula dan projek tersebut gagal mendapat pulangan modal yang dilaburkan.
"Laporan audit setebal 12 muka surat itu juga menunjukkan projek Ladang Hutan Kemasul ini bermula seawal 1974 melibatkan 39,000 hektar.
"Pada mulanya ianya bertujuan menanam pokok pain di bawah kerajaan negeri untuk kilang kertas yang terbukti tidak menjadi kemudian dibiaya oleh Kerajaan Pusat bermula pada tahun 1984.
"Seterusnya diswastakan pula dalam projek penswastaan Ladang Hutan 1994 hingga 2013. Dengan sebanyak 10 syarikat dilantik dan terlibat untuk menebang habis dan menanam semula," ujar Ahli Parlimen Kuantan itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang gagal menanam semula kerana terdapat perjanjian yang tidak lengkap termasuk tidak ditandatangani.
"Akhirnya, kita lihat rakyatlah yang menerima kesan daripada hakisan tanah yang gagal ditanam semula dengan ladang hutan. Kualiti air sungai merosot dan kualiti air minuman terjejas," katanya lagi.
Untuk rekod, HSK Kemasul sebelum ini diisytihar sebagai koridor hutan asli bagi laluan hidupan liar yang menghubungkan Kemasul dengan Hutan Rizab Hidupan Liar Krau.
Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah turut mendedahkan sejumlah 502 hektar HSK Bukit Tinggi telah diceroboh dengan aktiviti perlombongan haram mengikut sumber daripada pemberi maklumat.
"Ini satu berita yang amat merisaukan kita semua memandangkan perlombongan haram akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal. Penggunaan sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas, contohnya mungkin berlaku.
"Perlombongan haram yang dilakukan juga dekat dengan penempatan awam atau sekolah," tambahnya lagi.