Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


NGO bidas BN, PAS ghairah bela Rohingya, tetapi tindas Orang Asli

Posted: 01 Dec 2016 08:12 PM PST

'Nak lawan pangkah dalam PRU, bukan guna dana Soros jatuhkan kerajaan' - Fathul Bari

Posted: 01 Dec 2016 08:12 PM PST

"Dulu kritik kini sepentas pembangkang" kata Fathul Bari

Posted: 01 Dec 2016 08:11 PM PST

Kenyataan Presiden Umno satu muslihat, kata Pas Kedah

Posted: 01 Dec 2016 07:49 PM PST

Najib dan Abdul Hadi dalam majlis anjuran alumni Universiti al Azhar dua tahun lalu.Enggan menerima hakikat keakraban Umno dan Pas mutakhir ini, Pas Kedah menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hubungan tegang antara Umno dan Pas kian mengendur bersifat 'muslihat politik' untuk cuba memerangkap Pas supaya mengikut rentak parti itu.
"Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Pas sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara," kata Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Menurut beliau, Pas sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan 'amar makruf nahi mungkar' dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga.
Pas, katanya tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.
"Keterbukaan Pas menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan Pas larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis.
"Pas teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurutnya, jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan sudah memalu gendang untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen, Pas lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden UMNO telah mengeluarkan fitnah dan dusta berbau perkauman

Posted: 01 Dec 2016 07:43 PM PST

Presiden UMNO Dato' Seri Najib Razak telah mengeluarkan fitnah dan dusta berbau perkauman terhadap DAP yang melampau untuk menakutkan masyarakat Melayu demi mengalihkan kemarahan rakyat kepada skandal-skandal 1MDB, SRC International dan MO1

Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak telah melontarkan pelbagai fitnah dan dusta terhadap parti DAP dan pemimpin-pemimpinnya dalam ucaptama Perhimpunan Agung UMNO semala.

Beliau berkata bahawa "sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh UMNO selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap."

Tambahan lagi, Dato' Seri Najib juga menuduh bahawa "Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat pun, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan Orang-Orang Melayu serta Bumiputera."

Kami ingin bertanya kepada Dato' Seri Najib Razak -  parti yang mana yang meletakkan keseluruhan Perlembagaan Persekutuan ke dalam Perlembagaan Parti?  Adakah MCA, MIC, Gerakan, parti-parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak menyenaraikan setiap fasal perlembagaan persekutuan ke dalam perlembagaan parti mereka?

Jelasnya tidak. Hakikatnya, Presiden UMNO hanya ingin menipu dan mengelirukan orang ramai terhadap perlembagaan parti DAP.

Adalah tertulis dalam perlembagaan DAP bahawa maksud dan semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang dihasratkan oleh pengasas penubuhan dan kemerdekaan Malaysia merupakan perjuangan DAP.  Setahu kami, fasal-fasal yang disebut oleh Dato' Seri Najib Razak – Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bumiputera adalah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sama dipertahankan oleh DAP.

Apatah lagi, untuk menafikan pembohongan-pembohongan UMNO selama ini, semasa Persidangan Parti DAP di Shah Alam pada 8 Jan 2012 , DAP telah mengeluarkan dan meluluskan Deklarasi Shah Alam yang antaranya menegaskan bahawa:

Kita menghasratkan Impian Bangsa Malaysia, dan dalam usaha untuk mengecapi impian ini, kita mengulangi komitmen untuk:

** Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

** Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

** Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

** Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

** Memperjuangkan kebebasan rakyat yang terjamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan.

** Menghormati Perjanjian Malaysia 1963 serta hak-hak yang dimiliki oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Adakah Dato' Seri Najib Razak buta huruf sehingga sehingga beliau tidak faham apa yang tertulis dan diterbitkan oleh DAP sebelum ini?
Read More / Baca Lagi >>

Umno berpesta di PWTC kerana tiada lagi ancaman PAS, kata penganalisis

Posted: 01 Dec 2016 07:39 PM PST

Dan strategi Umno 'meneutralisasikan' musuh tegarnya itu setakat ini berjaya. Hisomuddin_Bakar
KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.
Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.
"Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk," kata Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.
Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.
"Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS," katanya kepada FMT.
Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah "meneutralisasikan" musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.
Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.
"Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS," kata Hisomuddin.
Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.
"Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.
"Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti," katanya.
Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.
"Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli.
"Sebab itu pimpinan kanannya masih dalam mood nafi, PAS tetap akan lawan Umno, tuduhan mahu bersama dengan Umno adalah fitnah dan sebagainya," kata Hisom.
Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Umno perlu berhenti tuntut taat setia Melayu, kata wakil Johor

Posted: 01 Dec 2016 07:36 PM PST

Ayub turut mengingatkan Umno mengenai tanggungjawabnya memastikan orang Melayu bersedia menghadapi era globalisasi dan mencadangkan 'Tawaran Baharu untuk Melayu'.
datuk-ayub
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Umno Johor hari ini berkata Umno perlu berhenti meminta orang Melayu memberikan taat setia kepada parti itu.
"Sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada Umno. Malah sudah tiba masanya untuk Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan kepada orang Melayu. Tetapi, telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan orang Melayu selama ini.
"Umno tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali," kata Datuk Ayub Rahmat yang juga Adun Kemelah di Segamat, Johor, dalam ucapannya mewakili Umno Johor pada perhimpunan agung parti itu.
Ayub turut mengingatkan Umno mengenai tanggungjawabnya memastikan orang Melayu bersedia menghadapi era globalisasi dan digital supaya "boleh hidup dengan sejahtera dan berjaya".
"Inilah yang Umno harus perjuangkan untuk orang Melayu. Dan Umno mesti menjawab masalah sebenar orang Melayu abad ke 21 ini dengan baik," kata Ayub.
Beliau mencadangkan apa yang dinamakannya "A New Deal to the Malays", atau tawaran baharu untuk Melayu.
"Umno mesti melakukan satu transfromasi yang radikal dalam agenda orang Melayu. Agenda Memajukan Melayu secara radikal, yang bukan sekadar menghidupkan Melayu.
"Agenda yang Johor namakan Agenda Melayu Maju, kata Ayub.
Perhimpunan Umno yang dirasmikan Presiden Datuk Seri Najib Razak semalam, berakhir esok.

BN guna 'strategi Nazi' untuk tutup skandal 1MDB

Posted: 01 Dec 2016 07:34 PM PST

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membidas Umno dengan berkata BN yang menggunakan strategi propaganda Nazi untuk menutup skandal 1MDB.
Pemimpin DAP itu mengulas ucapan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung parti itu di mana beliau menuduh pembangkang menggunakan strategi Nazi untuk menyebarkan pembohongan mengenai kerajaan.
"Apa yang didakwa oleh pembangkang, terutamanya mengenai penyalahgunaan kewangan berkaitan dengan 1MDB dan SRC International oleh Presiden Umno ... terbukti benar dan tidak pernah dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Sebaliknya, yang menggunakan 'pembohongan besar' cara Nazi adalah Najib," kata Pua dalam satu kenyataan malam semalam.
Najib setakat ini menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Baca perlembagaan DAP
Pua juga mengulas ucapan Najib pada Perhimpunan Agung Umno yang berkata jika DAP berkuasa, hak-hak dan institusi Melayu akan musnah.
Pua berkata Najib juga mendakwa perlembagaan DAP tidak menyebut mengenai Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan institusi raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin jawab ucapan Najib di PAU

Posted: 01 Dec 2016 07:30 PM PST

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Datuk Seri Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno (PAU) kerana ia didakwanya mungkin boleh mengundang bencana perkauman di negara ini.
"Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Pertama, tegasnya, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu/Islam.
Sejak dalam Pakatan Rakyat, tegas Saifuddin, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan dan ia termasuklah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
"Kini, DAP mengulangi komitmen yang sama dalam Pakatan Harapan, iaitu bersama PKR dan AMANAH. Ini terbukti dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Harapan, pada 9 Januari 2016, di mana perkara-perkara yang sama itu diulangi.
"Kedua, DAP tidak dictate Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang dictate sesiapa, kerana kami mengamalkan kesaksamaan peranan dan kepimpinan kolektif.
"Contohnya, apabila DAP ingin mengadakan pilihan raya serta merta di Pulau Pinang, ia tidak dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, lalu DAP tidak jadi meneruskan cadangan tersebut," kata Saifuddin.
Dan yang ketiga, yang didakwanya sebagai 'paling bahaya', ialah Najib didakwanya membahagikan politik negara secara perkauman dengan memberi kata dua kepada rakyat, iaitu sama ada memilih DAP sebagai induk atau Umno sebagai induk.
Saifuddin mendakwa, ia bermakna Najib sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu/Bumiputera/Islam.
Beliau mendakwa ia juga bermakna yang Najib mengharapkan akan wujud keadaan di mana kerajaan akan dibentuk oleh "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum/agama yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Bank Pusat Singapura denda Standard Chartered terlibat transaksi 1MDB

Posted: 01 Dec 2016 06:29 PM PST

Bank Standard Chartered dan Coutts masing-masing dikenakan penalti S$5.2 juta dan S$2.4 juta.
singapore1SINGAPURA: Bank Pusat Singapura mengenakan penalti kepada Bank Standard Chartered dan Coutts kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.
Penalti yang dikenakan terhadap 2 bank itu masing-masing S$5.2 juta dan S$2.4 juta.
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura turut menyerahkan notis untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs Singapura.
Di bawah perintah itu, Leissner dilarang menyertai secara langsung atau tidak langsung, serta tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang dikawal selia di bawah Akta Masa Depan Sekuriti selama 10 tahun, dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di Singapura.
Menurut bank pusat itu, siasatan berkaitan 1MDB sudah hampir selesai dan ia akan memberi kemas kini terakhir pada awal tahun depan.

Mahathir, Muhyiddin kini "pengkhianat Umno dan melayu"

Posted: 01 Dec 2016 06:25 PM PST


Mahathir, Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti.
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, krisis perpecahan bangsa dan kaum di negara berlaku disebabkan oleh dua bekas pimpinan Umno tersebut yang menyatakan sokongan untuk bersama DAP.
"Setelah mereka menghuru-harakan negara, mereka kini kononnya bersatu dan duduk bersama parti rasis (DAP).
"Saya setuju dgn kenyataan presiden yang mengatakan bahawa dua bekas pemimpin Umno inilah punca perpecahan kaum di negara ini," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2016, semalam.
Mohd Rafi berkata, Mahathir dan Muhyiddin sanggup turun ke jalanan yang dilihat bertentangan dengan tuntutan agama dan perundangan negara ini.
Katanya, masa depan Melayu akan tergugat sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera.
"Perlembagaan negara kini dipertikai dan diperkosa serta turut menjadi  bahan permainan.
"Dua individu ini(Tun Mahathir dan Muhyiddin) layak kita panggil pengkhianat kepada bangsa Melayu," katanya.
Jesteru itu, Mohd Rafii memaklumkan bahawa Umno Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya kepimpinan di peringkat cawangan Umno perlu diperkasakan bagi memastikan parti terus subur.
Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin dan ahli parti perlu kembali  berpegang kepada cogan kata bersatu- padu dalam di semua peringkat.
"Hentikan perpecahan, perbalahan dan tinggalkan kepentingan peribadi jika sayangkan bangsa serta parti keramat ini," katanya.

2 pilihan pada PRU depan, Umno atau DAP, kata Salleh

Posted: 01 Dec 2016 06:22 PM PST

Beliau berkata dengan terkuburnya Pakatan Rakyat, DAP boleh dikatakan menguasai jalinan pembangkang.
salleh-umno-dap-1KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ada 2 pilihan iaitu Umno dan DAP.
"Pada pilihan raya umum akan datang, pengundi akan dihidangkan dengan dua pilihan, sama ada Umno diketuai BN atau Pakatan Harapan pimpinan DAP.
"Ini adalah realiti yang dihadapi oleh pengundi seperti diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," kata menteri komunikasi dan multimedia dalam blognya.
Menurutnya, BN wujud di negara ini lebih daripada 40 tahun manakala pembangkang melancarkan 5 pakatan dalam tempoh 26 tahun dan ia tidak pernah kekal lebih daripada 2 PRU.
"Pengundi perlu menimbang apa yang BN boleh menawarkan berbanding apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Harapan," katanya.
Bendahari Umno itu berkata pada PRU 2013, Umno muncul sebagai rakan dominan dalam parti pemerintah BN manakala DAP dalam pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat.
Beliau berkata dengan terkuburnya Pakatan Rakyat dan penubuhan Pakatan Harapan dan juga PAS tidak lagi menjadi sekutu DAP, maka DAP boleh dikatakan menguasai jalinan pembangkang.
"Pada 2013, Umno memenangi 88 kerusi Parlimen manakala DAP menang 38 kerusi, sekali gus menjadikan DAP sebagai parti politik kedua terbesar di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Seri tak pernah berbaris beli minyak paket 2 kilo, sindir wakil Umno N9

Posted: 01 Dec 2016 06:21 PM PST

Ridzuan AhmadPerwakilan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Ridzuan Ahmad menggesa Datuk Seri Najib Razak membanteras masalah penyeludupan dengan menyelaraskan fungsi kesemua kementerian.
"Isu penyeludupan ini kena dibanteras Datuk Seri. Itu kerja penguatkuasa. Kita ada 27 kementerian. Dudukkan mereka 27 ini.
"Katakan satu, 'aku tak mahu ini semua'. Datuk Seri mesti buat. Apa Datuk Seri takut?" soalnya diiringi tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati di Dewan Merdeka ketika berbahas dalam Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Dewan Merdeka, kelmarin.
Beliau turut menekankan masalah kesempitan hidup akibat kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat serta isu warga asing.
"Pengundi muda kesempitan hidup akibat kenaikan kos barangan asas. Berilah mereka harapan bukan alasan, pembuktian bukan penghinaan, tindakan bukan hanya slogan, yang kita sering terlepas pandang warga asing yang tidak membayar cukai mendapat sama rata dengan penduduk negara kita.
"Mungkin Datuk Seri tidak pernah berbaris membeli minyak paket 2 kilo. Yang berbaris rakyat asing ambil minyak dua kilo. Ini Serius. Saya bukan mahu jadi Maharaja Lawak," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan perlunya sumbangan rakyat di luar bandar dihargai.
"Datuk Seri, saya bukan beremosi. Tolong orang kampung ini. Kerajaan Barisan Nasional yang dipelopori oleh Umno sewajarnya berterima kasih kepada golongan penoreh getah, nelayan, petani, pekebun kecil serta pengundi luar bandar.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi

Posted: 01 Dec 2016 06:20 PM PST


Shahaniza ShamsuddinShahaniza Shamsuddin
Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.
"Penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh memakan masa yang terlalu lama kerana kami warga Felda bukanlah 'tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji'," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno

Posted: 01 Dec 2016 06:19 PM PST

Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.
Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya dilihat sebagai berpakej dengan 'gencatan senjata' antara parti itu dan Umno, kata Ketua Pemuda Amanah Negeri Terengganu, Hasbie Muda.
"Ramai yang melihat isu RUU 355 hanya pada hal ehwal RUU itu semata-mata. Ramai yang lupa bahawa RUU 355 datang bersekali dengan 'gencatan senjata' antara Pas dan Umno sebagaimana yang pernah diumumkan Naib Presiden Pas, Ustaz Nik Amar. Ia berpakej," tegasnya.
Menurutnya, gambaran situasi gencatan senjata itu dapat dilihat pada sikap dan pendirian Pas mutakhir ini walaupun banyak kepincangan menyelubungi Presiden Umno dan rejim parti tersebut.
"Bahasa mudahnya, 'Jika puak kamu (Pas) mahu kami (Umno) bagi laluan pindaan RUU 355, jangan serang kami dengan bersungguh-sungguh. Serang olok-olok cukuplah.'
"Sebab itu walaupun Najib dan Umno dibelenggu pelbagai isu dan skandal yang sangat jelas terang lagi bersuluh, reaksi Pas seolah-olah tidak nampak semua itu," ujarnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menurut Hasbie, sikap Pas yang tidak 'menyerang' Umno seolah-olah ahli Pas terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak serta permasalahan ekonomi yang datang serentak antara inflasi dan deflasi.
"Seolah-olah ahli Pas semuanya hidup bahagia senang-lenang di bawah pemerintahan Najib. Umno bijak menggunakan kesempatan ini. Umno tahu bahawa jika pindaan RUU 355 gagal diluluskan, maka Pas akan kembali menyerang Umno sebagaimana sebelum 2013 dahulu," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pelbagai alasan dicipta sehingga menyebabkan perbentangan bagi pindaan Akta 355 itu ditangguh dan terus ditangguh.

PM baik hati nak selesai saman dengan Pas, ujar peguam Najib

Posted: 01 Dec 2016 06:18 PM PST

Najib RazakMahkamah Rayuan telah menetapkan 7 Mac, tahun depan untuk mendengar dua rayuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung saman fitnah ke atas lidah rasmi Pas, Harakahdaily berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang bersidang dalam kamar semalam berhubung pengurusan kes mengenai perkara itu.
Rayuan itu ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 April tahun ini yang menolak permohonan najib untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Satu lagi rayuan ialah berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei tahun ini yang menolak permohonan Najib supaya saman itu diputuskan berdasarkan fakta undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.
Peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan ketua editor Harakahdaily, Taufek Yahya yang disaman oleh perdana menteri, berkata berhubung pengurusan kes, beliau telah memaklumkan Hakim Md Raus bahawa pihaknya tidak mahu menyelesaikan kes saman fitnah tersebut dan mahu perbicaraan mendengar saman diteruskan.
Pada Julai tahun ini, Najib mengemukakan cadangan mengandungi terma-terma bagi penyelesaian kes saman fitnah itu di luar mahkamah.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib, yang juga hadir pada pengurusan kes, memberitahu pemberita beliau juga mengemukakan cadangan penyelesaian kepada PAS sehingga 7 Mac kerana perdana menteri telah berbaik hati untuk menyelesaikan kes saman itu dengan PAS.
Beliau berkata oleh kerana Najib juga akan berada di pentas yang sama pada Ahad bersama presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai isu Rohingya, beliau berharap pemimpin tertinggi PAS akan membalas sikap baik hati itu kerana apa-apapun boleh berlaku sebelum 7 Mac.
Read More / Baca Lagi >>

TUN M: TAKLIMAT NAJIB

Posted: 01 Dec 2016 06:17 PM PST

1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6.Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7.Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8.Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.

10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai "pemimpin" mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12.Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

13.Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14.Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15.Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16.1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.
Read More / Baca Lagi >>

SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN....

Posted: 01 Dec 2016 06:12 PM PST

PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara  ini.

Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.

Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.

Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.

Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.

Dengan  Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?

Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?

Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?

Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?

Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.

Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah  ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?
Read More / Baca Lagi >>

Undi UMNO atau DAP? / KLEPTOKRASI atau KEBENARAN? - Satu Percaturan Minda.

Posted: 01 Dec 2016 07:03 AM PST

Laungan Undi UMNO atau DAP, ini kedengaran melalui ucapan YAB Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, hari ini. Saya tidak terkejut mahupun terkilan dengan ucapan sebegini kerana perhimpunan tersebut adalah perhimpunan persendirian yang membawa sentimen politik masing - masing.

Namun begitu, dalam kancah politik masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa kuasa mutlak adalah kuasa RAKYAT. Rakyat mengetahui segala - segalanya dan setiap percubaan untuk memperkecilkan minda dan kepintaran mereka, adalah satu percubaan ketinggalan zaman, seumpama peribahasa Melayu,  Zaman Puntung Berasap atau Zaman Tuk Nadur Berkajang Kain.

Maka, undi UMNO atau DAP? Atau Undi BN atau Pakatan - TIDAK memaparkan impak rakyat sebenar.

Izinkan saya memetik, teks ucapan rasmi Perdana Menteri iaitu "Sekiranya rakyat dapat menjadi hakim dan memilih, DAP atau UMNO? DAP atau UMNO?"

Sekiranya RAKYAT menjadi hakim - keputusan RAKYAT perlu ditentukan melalui prinsip - prinsip kebenaran, keadilan dan kebajikan. Keputusan wajar diambil berdasarkan kesengsaraan dan penderitaan yang dilalui oleh RAKYAT melalui cukai GST, kos sara hidup yang meningkat, kos barang yang meningkat dan kualiti kehidupan yang saban hari saban merudum. Isu - isu seperti IMDB, 2.6 billion, DOJ, Tabung Haji, Felda, mata wang Malaysia, warga asing yang membanjiri Malaysia, kadar pengangguran, mutu pendidikan dan kesihatan yang semakin merosot dan banyak lagi wajar diperjelaskan dan diterangkan secara holistik dan terbuka. Isu rasuah, penyelewengan dan keborosan yang semakin hari semakin mencabuli integriti dan keyakinan rakyat terhadap pimpinan dan badan - badan berkuasa wajar dijawab dengan penuh komitmen.

Percaturan RAKYAT untuk menentukan kepimpinan dalam PRU 14, demi negara, demi bangsa (bangsa Malaysia), dan demi generasi akan datang, adalah melalui ukuran - ukuran diatas. Hanya sekadar UMNO dan DAP atau Barisan dan Pakatan, tiada sebarang makna dan hanya akan membawa malapetaka kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2016: Ucapan dasar Najib yang desperate

Posted: 01 Dec 2016 06:54 AM PST


Najib sampaikan ucapan dasar yang desperate. 
Walaupun sudah dapat dijangkakan apa yang bakal Najib Razak perkatakan dalam ucapan dasar dalam PAU tahun ini; mengulangi jerit tempik yang sama dengan "meneran-nerankan" suara, tetapi ternyata ucapan kali ini sangat teruk dari sebelum ini dan menggambarkan beliau sudah kehabisan idea dan modal.

Bukan sahaja pemerhati di luar kecewa dengan persembahan Najib hari ini, perwakilan dalam Dewan Merdeka juga kecewa dan kelesuan mendengar titah Najib.

Tidak ada apa-apa kejutan dan pembaharuan yang dapat dikutip untuk dijadikan bahan renungan. Tidak ada gagasan besar yang diberikan kepada perwakilan untuk diisi ke dalam kepalanya. Perwakilan Umno sekadar pulang ke kawasan masing-masing membawa perut yang sedikit terisi kerana dibelanja ketua bahagian masing-masing, tetapi minda tetap kosong.

Tidak ada bekalan baik berupa ilmu dan semangat waja yang logikal diberikan presiden parti untuk dibawa pulang. Apa yang ada hanya permintaan lirih oleh Najib supaya terus menyokongnya untuk berkuasa sekurang-kurang satu penggal lagi. Rakyat dan orang ramai yang menunggu-nunggu kepulangan perwakilkan diharap meleraikan masalah yang tersendak di benak mereka, kecewa.

Masa yang diambil Najib selama 1 jam 22 minit menyampaikan ucapan itu, dengan 12 kali sapu mulut (11 kali menggunakan sapu tangan dan sekali menggunakan jari kiri), dan lima kali meneguk air, lebih banyak merintih dan mendayu-dayu kepada ahli agar wala' taat setia kepadanya. Najib cuba menghurai mengenai definasi wala' dalam falsafah Islam. Penggunaan perkataan ini mungkin atas nasihat parti agama (Pas) untuk menunjukkan Umno ke arah assosiasi dengan Pas.

Kononnya pemimpin itu perlu ditaati dan disokong selagi dia tidak melakukan dosa-dosa besar dan kefur kepada Allah. Apakah bagi Najib yang didakwa menyonglapkan wang 1MDB, menerima dana asing RM2.6 billion itu, atau memberi kesempatan kepada anak bini menggunakan kemudahan kerajaan bukan merupakan dosa besar? Apakah sikap itu sikap Umar Abdul Aziz atau Umar Khattab yang menulis menggunakan lilin dan tidak menggunakan lampu kerajaan?

Kekufuran seseorang pemimpin atau umat Islam yang bersyahdah itu tidak payah tunggu seseorang itu menjadi murtad atau kafir, tetapi menyangak harta dan khazanah negara juga termasuk dalam perbuatan mungkar. Perbuatan rasuah juga sebahagian daripada perbuatan kufur, kerana engkar kepada arahan dan tuntutan agama. Menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan diri hatta parti memerintah juga, yang boleh dianggap kufur kerana ia melanggar prinsip demorkasi.

Ingat, Najib tidak menjawab dan menjelas segala tuduhan-tuduhan itu dengan tuntas. Sampai kini ia berlegar dalam benak orang ramai dan juga kepala orang dalam Dewan Merdeka, cuma mereka tidak tergamak untuk bertanya kerana mempunyai sifat "malualah" sebagai ahli politik parti Melayu. Selagi isu-isu tersebut mendindiungi kepala orang ramai maka Najib masih ada hutang dengan rakyat.

Masa yang agak panjang itu sepatutnya Najib ambil bagi membersihkan pesepsi dirinya dengan hal-hal itu. PAU sepatut digunakan untuk menyemak diri sekurang-kurangnya di kalangan ahli Umno. Sayang dia tidak mengambil peluang itu sebaliknya menggunakan ruang itu untuk meracuni kepala perwakilan membenci dua individu atau pihak; Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang DAP.

Dalam mengharap belash ihsan dan simpati kepadanya Najib memuji Wanita Umno, Pemuda Umno dan juga Puteri Umno serta beberapa individu lain yang membakar diri demi Umno. Pujian di atas pencapaian sayap-sayap itu yang tidak pasti apakah kejayaannya, adalah demi mengharap mereka menjadi pembela kepada masalahnya. Najib membentuk pemikiran mereka agar mengasihi dan simpati kepadanya.

Selain daripada pujian dan tepok sorak, sayap-sayap itu tidak pun mendapat apa-apa jaminan dan penghormatan lebih dari itu daripada presiden. Sepatutnya kalau Najib benar-benar bangga dengan pencapaian sayap-sayap itu beliau sekurang-kurang memenuhi tuntutan dan harapan Pemuda yang mahu anggota sayap itu diberi ruang 30% sebagai calon dalam pilihan raya. Najib tidak layan pun permintaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini.

Yang paling menyerlah dalam ucapan Najib tadi pembelasahan terhadap Dr Mahathir Mohamad. Tindakan Najib hari ini diluar jangka apabila beliau tergamak menyifatkan bekas presiden Umno itu sebagai penderhaka. Dalam konteks Melayu dan Dr Mahathir bekas anggota parti itu apatah lagi bekas presiden dan PM ia sesuatu yang kurang beradab.

Dr Mahathir disifatkan penderhaka apabila meninggalkan Umno dan bersama pembangkang khas DAP. Mereka yang rasional akan menolak cara Najib itu dan mencari-cari dimana kederhakaan Dr Mahathir kepada Umno yang dituduh Najib itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda MCA beri amaran kepada naib ketua Pemuda Umno

Posted: 01 Dec 2016 06:52 AM PST

Pemuda MCA berkata ucapan Khairul Azwan bertentangan dengan apa yang dijanjikan perdana menteri kepada masyarakat Cina.
Leong-Kim-Soon-1
PETALING JAYA: MCA menggesa Umno mengambil tindakan terhadap Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun kerana "menggugat masyarakat dan pendidikan Cina".
Ini berikutan amaran Khairul kepada kaum China tentang implikasi jika mereka terus menjauhi Barisan Nasional (BN).
Khairul berkata, ia mungkin menyebabkan Putrajaya didesak agar memberi kurang perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau menghapuskan institusi itu sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Leong Kim Soon berkata ucapan Khairul, yang dibuat pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno semalam, menunjukkan beliau tidak menyedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan pengekalan sekolah Cina.
Leong berkata Najib, yang juga presiden Umno, pada mesyuarat agung MCA ke-63 berkata, kerajaan akan bekerjasama rapat dengan parti berasaskan kaum Cina untuk membina lebih banyak sekolah jenis Cina atau SJKC.
"Jika Khairul tidak memahami apa dimaksudkan perdana menteri, beliau dan ahli Pemuda lain boleh bertanya kepada perdana menteri," katanya sambil menambah ia menunjukkan sikap tidak hormat Khairul terhadap Najib.
"Umno perlu mengambil tindakan ke atas beliau supaya berhenti membuat kenyataan ekstrem mengenai orang Cina."

BIRU MUKA NAJIB!!~ "Pemuda UMNO "PERLI" Najib Kerana Suka "BODOHKAN" Rakyat

Posted: 01 Dec 2016 05:51 AM PST

'Warga Felda bukan tikus makmal' - Wakil Umno Pahang

Posted: 01 Dec 2016 05:38 AM PST

Wakil Umno Pahang, Shahaniza Shamsudin
Wakil Umno Pahang, Shahaniza Shamsudin membahas usul sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
KUALA LUMPUR -Penubuhan Makmal Pemantapan Felda untuk menyelesaikan masalah tidak boleh memakan masa terlalu lama kerana warga Felda bukanlah 'tikus makmal' yang boleh dijadikan  bahan ujikaji, demikian menurut Perwakilan Pahang, Shahaniza Shamsuddin.
Timbalan Ketua Umno Maran itu berkata, pengundi Felda yang sentiasa berada di belakang kerajaan pada PRU lepas berkemungkinan besar akan menunjukkan undi protes jika hal-hal berbangkit tidak diambil tindakan menjelang PRU14.
"Rata-rata warga Felda bersyukur dan menterjemahkan kesyukuran mereka dengan memberikan sokongan dan undi yang tidak berbelah bagi kepada Umno dan BN.
"Undi daripada peneroka Felda inilah yang telah menyumbangkan kemenangan selesa BN selama ini. Namun, kawasan Felda hari ini berdepan dengan cabaran getir dengan pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan Umno yang kawasan luar bandar dan juga Felda  merupakan fixed deposit kepada parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

PESTA BODEK: PEMUDA,WANITA DAN PUTERI UMNO CUKUP-CUKUP LA BODEK DAN AMPU NAJIB.

Posted: 01 Dec 2016 05:36 AM PST

Yang Ku Dengar,Ku Lihat...

1.Mengikuti ucapan Ketua-ketua Wanita,Pemuda dan Puteri Umno naik 'melugai nak temuntah'.Ucapan yang tidak menunjukan apa visi dan misi masa depan negara.Keseluruhan ucapan hanya lebih menekankan supaya perwakilan pertahankan Najib.

"Sepatutnya sebagai sayap kepada induk parti, mereka seharusnya lebih berani untuk mempersoalkan kepimpinan utama Najib yang gagal membawa negara dan kehidupan rakyat pada satu keadaan yang lebih sejahtera".

2. Masalahnya mereka ini tidak boleh  diharapkan untuk membawa 'suara keras' rakyat yang sedang terbeban akibat dari salah urus tadbir negara dengan jenayah curi rasuah yang berleluasa.Ini disebabkan mereka sendiri mempuyai beban masaalah integriti. KJ (Ketua Pemuda) sendiri tercalar dengan jenayah curi wang Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) RM100 juta dan Sharizat (Ketua Wanita) dengan kegagalan projek NFC yang menyebabkan kehilangan wang RM250 juta serta Ketua Puteri yang banyak bergantung kepada ehsan Najib.

3. Cukuplah jadi pembodek dan penjilat serta pemakan 'dedak'.Usah cuba menipu dan menyembunyikan jenayah rasuah curi yang sedang berlaku dalam negara daripada pengetahuan rakyat.Jangan paksa diri berucap dan buat 'kenyataan bodoh' yang memalukan bangsa Melayu dan agama Islam hanya semata-mata takut hilang kedudukan sebaliknya mesti berani bangun menegur pemimpin, serta harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup,GST dan kehilangan wang 1MDB.

"Jangan takut untuk berkata benar,Takutlah untuk Berkata yang Salah dan Beranilah kerana Benar dan Takut Kerana Salah".


#PolitikBaruTanpaUmnoBn
#SelamatkanMalaysia.
#RakyatHakimNegara

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

DAP Mimpi Ngeri Melayu - Najib

Posted: 01 Dec 2016 04:48 AM PST

Pengundi Melayu dan bumiputera diingatkan supaya berhati-hati memilih parti politik yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membuat keputusan tepat sama ada untuk memilih kerajaan induk pimpinan Umno atau DAP yang menjadi tunjang pembangkang.
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukan perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan bumiputera yang masih leka tentang hal ini.
"Sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini tidak akan mampu dikekalkan," katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Khamis.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amaran wakil Umno Pahang: Selesai masalah Felda atau hilang undi

Posted: 01 Dec 2016 06:34 PM PST


Shahaniza ShamsuddinShahaniza Shamsuddin
Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.
"Penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh memakan masa yang terlalu lama kerana kami warga Felda bukanlah 'tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji'," katanya.
Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia dan Komunikasi Pahang berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Shahaniza yang juga cucu kepada generasi pertama Felda dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul iaitu kawasan penanaman kelapa sawit, berkata undi kepada BN adalah 'satu penghargaan' kepada jasa kerajaan.
Pada perbahasannya, beliau turut menyentuh mengenai bekalan minyak masak terputus di kawasan Felda, sedangkan Felda merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia.
"Tak jadi lawak ke tuan-tuan dan puan-puan, buka pintu rumah nan menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian," katanya.

RUU 355 pakej dengan ‘gencatan senjata’ Pas-Umno

Posted: 01 Dec 2016 06:33 PM PST


Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.Hadi akan duduk sepentas dengan Najib sekali lagi Ahad ini.
Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya dilihat sebagai berpakej dengan 'gencatan senjata' antara parti itu dan Umno, kata Ketua Pemuda Amanah Negeri Terengganu, Hasbie Muda.
"Ramai yang melihat isu RUU 355 hanya pada hal ehwal RUU itu semata-mata. Ramai yang lupa bahawa RUU 355 datang bersekali dengan 'gencatan senjata' antara Pas dan Umno sebagaimana yang pernah diumumkan Naib Presiden Pas, Ustaz Nik Amar. Ia berpakej," tegasnya.
Menurutnya, gambaran situasi gencatan senjata itu dapat dilihat pada sikap dan pendirian Pas mutakhir ini walaupun banyak kepincangan menyelubungi Presiden Umno dan rejim parti tersebut.
"Bahasa mudahnya, 'Jika puak kamu (Pas) mahu kami (Umno) bagi laluan pindaan RUU 355, jangan serang kami dengan bersungguh-sungguh. Serang olok-olok cukuplah.'
"Sebab itu walaupun Najib dan Umno dibelenggu pelbagai isu dan skandal yang sangat jelas terang lagi bersuluh, reaksi Pas seolah-olah tidak nampak semua itu," ujarnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menurut Hasbie, sikap Pas yang tidak 'menyerang' Umno seolah-olah ahli Pas terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak serta permasalahan ekonomi yang datang serentak antara inflasi dan deflasi.
"Seolah-olah ahli Pas semuanya hidup bahagia senang-lenang di bawah pemerintahan Najib. Umno bijak menggunakan kesempatan ini. Umno tahu bahawa jika pindaan RUU 355 gagal diluluskan, maka Pas akan kembali menyerang Umno sebagaimana sebelum 2013 dahulu," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pelbagai alasan dicipta sehingga menyebabkan perbentangan bagi pindaan Akta 355 itu ditangguh dan terus ditangguh.

ORANG ASLI: AMANAH GESA MB KELANTAN BERUNDING SELESAI MASALAH

Posted: 01 Dec 2016 06:30 PM PST

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR TUN M ATAU JHO LOW – EZAM

Posted: 01 Dec 2016 04:57 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:55 AM PST

DALAM DUA BULAN PARTI WARISAN SABAH DAFTAR 30,000 AHLI

Posted: 01 Dec 2016 04:53 AM PST

RUU355: Haji Hadi tertipu lagi????

Posted: 01 Dec 2016 04:49 AM PST



hadi_awang-pas_MUKTAMAR-190914-TMI-NAZIR

Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin.
Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran.
Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin.
Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa.
Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memujuk emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang beragama Islam.
Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.
Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tidak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.
Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain.
Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11.
Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.
*Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub

RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter

Posted: 01 Dec 2016 04:48 AM PST




m_kulasegaran-e1459240763289
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan ditegur supaya faham dan tidak mempolitikkan Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) dengan RUU355 yang diusulkan Presiden PAS.
Ini kerana dua usul tersebut adalah berbeza dan kerajaan telahpun memulakan perbincangan berkenaan penukaran unilateral sejak tahun 2005.
Kerajaan juga telahpun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi membincang dan meneliti pembaharuan akta itu.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, pembaharuan Akta 164 ini turut diterima baik Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam sendiri dan perlu disegerakan.
Beliau justeru mahu supaya Setiausaha Agung PAS itu tidak 'syok sendiri' mengganggap dirinya sebagai wakil dan suara kepada Ahli-ahli Parlimen muslim yang lain.
Kenyataan ini dibuat setelah Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengugut bahawa "orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang" tersebut jika RUU355 terus dibantah dan diperdebatkan.
"Saya terkejut dengan Takiyuddin yang tidak sedar bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk melakukan 'sistem barter dan Ahli Parlimen mewakili dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun status ekonomi.
"Pembaharuan Akta 164 ini akan menjamin saudara baru bersungguh-sungguh menerima Islam dan bukannya menggunakan Islam sekadar platform untuk mengelakkan tanggungjawab mereka," jelasnya.
Tindakan beliau mempolitikkan pembaharuan Akta 164 itu kata Kula hanya menonjolkan keterdesakan PAS meneruskan hayatnya.
Hakikatnya, nasib RUU355 masih dalam keadaan yang sangat samar dan jauh berbeza dengan konteks dan keperluan mendesak pembaharuan akta perkahwinan dan penceraian tersebut khususnya berkaitan hak penjagaan anak seperti dalam kes Indira Ghandi. –