Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Umno takut Kartun: Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno

Posted: 25 Nov 2016 03:03 PM PST


Umno takut Kartun




Pameran Kartun Zuanr yang bermula tengahari tadi diserang kumpulan samseng Umno-BN selepas solat Jumaat.Pameran Kartun Zuanr yang bermula tengahari tadi diserang kumpulan samseng Umno-BN selepas solat Jumaat.
Lagi aksi serangan dipercayai dilakukan kumpulan samseng Umno. Kali ini berlaku selepas solat Jumaat di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang diketuai pemimpin negeri parti itu.
Kumpulan terbabit menyerang Pameran Kartun Zunar yang sebelum itu dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.
Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan karya satira politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang dikenali sarat mengkritik kepimpinan Umno-BN.
Samseng Umno terbabit juga menuntut supaya Zunar memberhentikan pameran itu serta mengancam mahu membakar bahan pameran.
Dalam serangan itu, dua bahan pameran dirosakkan mengikut sumber daripada Pengurus Zunar, Azura Aziz.
Pada masa sama, exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin juga dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.
Ekoran aksi keterlaluan kumpulan samseng tersebut termasuk membuat kepungan, Zunar terpaksa meminta bantuan pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
"FRU terpaksa dipanggil kerana pameran saya di Komtar tadi dikepung oleh sekumpulan mereka," ujarnya dipetik daripada status beliau di Facebook.
Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.

ADA APA APAKAH SAUDARA ZAHID?

Posted: 25 Nov 2016 02:58 PM PST


SETIA 101 PERATUS, ADAKAH ZAHID HAMIDI MULA BERASA TIDAK DIPERCAYAI?


Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi,  kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.

Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.

"Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.

"Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah," ujar Zahid berfalsafah.
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?

Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?

Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?

Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?

Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?

Jadi, apa maksud Zahid dengan  setia 101 peratus itu - pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?

Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?

Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?

Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?

Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga "teringin"  kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan?  (SH 25/11/2016).

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:57 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Polemik yg tiada kesudahan, dari Umngok..

Posted: 24 Nov 2016 06:30 PM PST


Hj Hadi walaupun baru sahaja lepas melakukan skan otak, dia masih umpama manusia robot, yang dikawal segala pergerakannya melalui remote control...

Apabila Tan Sri Speaker menjemput Hj Hadi membaca pindaan kepada usul, Hj Hadi sekadar membaca usul tanpa menghuraikannya untuk dibahas ....

Hj Hadi, sebagai robot yang telah di programkan, meminta untuk menghuraikan cadangannya itu dalam sessi yang akan datang...

Berikut adalah catatan YB Rafizi yang menulis secara langsung dari Parlimen yang sedang bersidang kelmarin.

 Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.

 Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan).

 Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut:

 1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang).

 LINTAS LANGSUNG

 (Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul).

 2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua.

 TERKINI

 Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul. Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang.

 Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini.

 Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.

 Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?

 Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.

 Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak.

 Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal.

 Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan.

 Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini .

 Ust Che Ibrahim Mohamad, Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan turut berasa pelik kerana pindaan Akta 355 @RUU 355 tersebut sehingga kini terdapat tiga versi yang berbeza-beza:

1. Versi 18 Mac 2015 : " berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah"

2. Versi 26 Mei 2016 : " berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah.....selain dari hukuman mati" 

3. Versi 24 Nov 2016 :  " ....tidak boleh dihukum penjara melebihi 30 tahun atau denda melebihi seratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali"

Ust Che Ibrahim mempersoalkan tentang tujuan sebenar dan bertanya siapakah dalang disebalik pindaan Akta 355 @RUU 355 ini ?

 Akta 355 memperuntukan hukuman iaitu tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 thn atau denda melebihi RM5000 atau sebatan melebihi 6 kali.

Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz dalam tulisannya di sini menulis menyatakan mengenai Akta 355:
Sekiranya mahu ditambah jumlah dan tahap hukuman kepada kesalahan Syariah, Akta 355 ini hendaklah dipinda. Dalam usaha pindaan kepada Akta 355 ini, ia adalah bidang tugas kerjaaan Persekutuan, kerana ia adalah sebuah Akta yang diterima pakai di semua negeri. Cadangan pindaan itu tidak sepatutnya dimulakan oleh negeri. Walauapa pun hujah saya di atas, saya berpendirian bahawa kita hendaklah akur dengan peruntukan Perlembagaan ini, kecuali kita meminda Perlembagaan.

"BERANI KERANA BENAR!"

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PG | Posted in

sumber :-

"BERANI KERANA BENAR!"


Kurangkan guna gajet pujuk anak

Posted: 24 Nov 2016 04:33 PM PST

Oleh Siti Zarinah Sahib

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil kini sering menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet untuk memujuk atau mengalih perhatian dengan memainkan kartun atau permainan video.

Walaupun penggunaan teknologi untuk mendisplin atau mengalih perhatian anak dianggap sesuatu yang senang, ia juga boleh membawa risiko pendedahan melampau kepada kanak-kanak.

Keadaan ini menyebabkan ketagihan kepada peralatan berkenaan yang mengakibatkan situasi kanak-kanak hilang minat terhadap aktiviti lain dan sering menunjukkan tanda gelisah, cemas serta masalah tingkah laku.

Akademi Kanak-kanak Amerika (AAP) mengesyorkan kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun tidak sepatutnya terdedah kepada skrin peranti melebihi satu jam sehari. Ini kerana dalam tempoh beberapa tahun pertama kehidupan mereka, otak kanak-kanak berkembang dengan pantas dan mereka sepatutnya belajar melalui interaksi dengan manusia bagi membina kemahiran sosial.

Bagaimanapun, dalam garis panduannya, AAP meminta untuk mempertimbangkan kualiti kandungan dalam peranti dan bukan sekadar menetapkan had masa semata-mata.

Menyedari hal ini, sempena ulang tahun ke-4, Gymboree Play and Music, peneraju dunia dalam penyediaan kelas bagi bayi dan kanak-kanak, menganjurkan sesi dialog bagi membincangkan aspek positif dan negatif membesarkan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan generasi berteknologi.

Ahli panel yang dijemput terdiri daripada penulis buku The Mindful Mum, Michelle Lim Chua, Perunding Pakar Pediatrik dan Pengasas Pusat Pakar Kanak-kanak Baby and Beyond Dr Chow Su Lin dan Pengarah Urusan Gymboree Play and Music Malaysia Ooi Kim Koon yang diadakan di cawangan Gymboree Play and Music di Bangsar Village, Kuala Lumpur.

Sesi dialog berkenaan membincangkan pelbagai aspek membesarkan kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian.

Menurut Dr Chow, pada usia sebulan hingga lima tahun adalah tempoh ibu bapa mendidik anak dengan cara membina corak minda mereka. Ini kerana sepanjang tempoh ini kanak-kanak sedang mengalami perkembangan sosial, emosi dan kognitif yang pesat. Perkukuhkan hubungan dengan mereka dalam tempoh ini untuk membina asas teguh yang akan berkekalan sepanjang hidup mereka.
"Pada usia ini, anak akan menunjukkan sifat nakal dan menakjubkan yang dianugerahkan kepadanya.
Oleh itu biarkan mereka meneroka persekitaran dan belajar menerusi perkara di sekeliling mereka," katanya.

Kata Michelle, ibu bapa perlu melihat hubungan teknologi dan media sosial dengan anak. Kemudian tanya diri sama ada ibu bapa menampilkan contoh tingkah laku yang sihat dan seimbang yang dapat diikuti generasi masa depan.

Dengan lebih daripada 700 pusat di 40 negara di seluruh dunia, Gymboree Play & Music muncul sebagai peneraju global dalam pembangunaan awal kanak-kanak. Kurikulum yang diguna pakai dibangunkan oleh pelbagai pakar kanak-kanak khusus untuk membantu ibu bapa memahami dan menyaksikan sendiri impak besar yang dicetuskan oleh permainan, muzik dan seni ke atas bayi baru lahir sehingga ke usia lima tahun dengan peningkatan enam bulan sekali untuk memenuhi kemampuan dan perkembangan unik setiap kanak-kanak.

Gymboree Play & Music berperanan sebagai tempat ibu bapa mendapatkan pengalaman bermain sebenar dengan anak sambil mengenali dengan lebih dekat diri mereka sendiri.

Ibu bapa juga akan dapat mengikuti: 

1. Kelas muzik untuk mempertingkatkan perkembangan dengan menggunakan lagu, tarian dan peralatan pergerakan.

2. Kelas seni untuk mencetuskan imaginasi dan melahirkan ekspresi diri.

3. Pelbagai bentuk permainan membina yang membabitkan fizikal, sosial, lakonan, penyelesaian masalah.

4. Peralatan canggih menggabungkan estetika penyelidikan dan pembelajaran daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya bertujuan memberikan pengalaman bermain yang universal dan abadi.

Selama 40 hari bermula pada 12 November, Gymboree Play & Music menyambut ulang tahunnya yang ke-40 di seluruh dunia. Di Malaysia, ia akan mengadakan sambutan dengan gaya Gymboree sebenar untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil termasuklah PlayGym, beg hadiah, perbincangan ahli panel dengan ibu bapa juga pertemuan anak-anak dengan maskot.

Menurut Ooi, pihaknya sangat teruja membawakan kanak-kanak bermain dan meneroka bagi mengukuhkan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak.

"Kami menyasarkan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang diharapkan ibu bapa untuk anak mereka dan ingin mengukuhkan kedudukan di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Anak Sungai Derhaka

0

Posted by Unknown | Posted on 10:04 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Perdana Menteri Israel Disiasat Berhubung Skandal Kapal Selam

Posted: 25 Nov 2016 08:16 AM PST


PEGAWAI undang-undang paling senior Israel mengarahkan satu siasatan terhadap dakwaan penglibatan orang paling kanan kepercayaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan skandal perjanjian pembelian kapal selam buatan Jerman.


Skandal yang telah menjadi tajuk berita utama di dada-dada akhbar dan pelbagai sumber berita Israel selama berhari-hari itu melibatkan dakwaan konflik kepentingan yang serius di dalam pembelian kapal selam tersebut.

Peguam peribadi Netanyahu, David Shimron didakwa telah mewakili sebuah pengilang senjata Jerman untuk membina sejumlah kapal selam dalam masa yang sama Netanyahu pula mendesak pembelian kapal selam tersebut untuk kegunaan negara Israel.

Netanyahu juga didakwa telah membeli kapal selam yang baru untuk Tentera Laut Israel walaupun pembelian itu mendapat bantahan menteri pertahanan negara itu.

Pada hari Rabu lalu, siaran televisyen tempatan Israel, Channel 10 mendedahkan satu email yang didakwa menjadi bukti bahawa Shimron menggunakan hubungan rapatnya dengan Netanyahu untuk melobi kilang yang membuat kapal selam tersebut melalui sekurang-kurangnya seorang pegawai pertahanan.

Menurut laporan media Israel, siasatan itu juga berdasarkan maklumat baru yang terdedah daripada hasil siasatan terhadap seorang pegawai senior yang ditahan minggu lalu atas tuduhan-tuduhan rasuah.

Terjemahan oleh Milo Suam..  laporan penuh sila lihat di SINI

Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR

Posted: 25 Nov 2016 04:31 AM PST


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR serta-merta bermula hari ini.


Jawatannya itu kini diisi semula Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha agung parti itu pada 2010 sehingga 2014.

Peletakan jawatan Rafizi itu dibuat susulan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan bersalah atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), baru-baru ini.

"Jika saya terus memegang jawatan setiausaha agung, ketidaktentuan kelayakan saya di sisi undang-undang boleh memberi ruang kepada musuh politik kita menggunakannya untuk membantutkan persediaan parti.

"Saya tidak mahu faktor saya dijatuhkan hukuman mendatangkan risiko tambahan yang perlu ditangani parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata jawatannya sebagai naib presiden PKR masih kekal dan akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

"Saya kini kekal sebagai salah seorang naib presiden yang dipilih ahli parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

"Mandat sebagai naib presiden diberikan ahli, maka saya akan terus menjawatnya sehinggalah proses undang-undang memuktamadkan kedudukan saya di sisi undang-undang kelak," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lain, mengesahkan peletakan jawatan Rafizi dan memaklumkan mengenai pelantikan Saifuddin.

"Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini.

"Perkara ini dibincangkan terlebih dulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadapnya," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Saifuddin bertanding di Parlimen Machang, Kelantan dan menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah.

Pameran Kartun Zunar Di Komtar DiSerang Penyokong UMNO..

Posted: 25 Nov 2016 01:03 AM PST


Pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang hari ini diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque memberhentikan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz, berkata dua bahan pameran dirosakkan.

"Mereka beritahu Zunar keluarkan buku kartun dan ancam mahu bakarnya," kata kartunis yang terkenal dengan kartun satira politik itu.

Exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.

Zunar melancarkan pameran kartunnya tengah hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng lapor Malaysiakini

Ganggu Tugas Penjawat Awam: Pasangan Suami Isteri Dipenjara 14 Hari

Posted: 24 Nov 2016 10:38 PM PST


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan suami isteri yang menganggu seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas di sebuah tempat letak kereta Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.


Lor Ka Hoo, 35 dan Tat Sit Fun, 30 mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda M3,000 seorang dan sekiranya gagal, tertuduh diarahkan dipenjara 7 hari.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Dalam insiden tersebut, pasangan itu naik berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya turut mengesahkan penahanan itu.

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.

Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas lapor AstroAwani


REZQEEN HILL

0

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Rafizal, Patutnya Kau Tumbuk Jer Muka Zunar Tu !!

Posted: 25 Nov 2016 01:10 AM PST


Hahhhh akhirnya ada juga wakil UMNO pergi sekolahkan si Zunar mangkuk hayun yang dikurniakan Allah kelebihan dan kreativiti melukis tapi tak memanfaatkan ke arah yang lebih baik. 

TAHNIAH diucapkan kepada saudara Rafizal, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Pemuda² berani tampil berhadapan dengan pelukis kartun biadap, si Zunar bahalol. Datang dengan aman dengan tujuan memberitahu hasrat yang terbuku di dalam hati.



Saya fikir jika Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii atau Dato' Jamal yang berhadapan dengan keparat Zunar ni, mahu lebam muka dia kena sedas tumbukan. Puiii~

Sesiapa saja akan merasa marah terhadap Zunar apabila beliau tanpa henti memperlekehkan kepimpinan negara dan menjadikan bahan gelak rakyat serta orang luar negara.

Hari ini, Zunar kenal langit ni tinggi atau rendah. Tengok muka dia pun dah cuak beb.

Hanya UMNO Dan PAS Sahajakah Yang Mendukung Islam Di Malaysia?

Posted: 24 Nov 2016 09:07 PM PST


Sepatutnya, semalam mencatatkan sejarah tersendiri apabila Rang Undang-Undang Syariah (RUU) yang menjadi polemik sepanjang tahun ini, mula dibahaskan di Dewan Rakyat.

Namun, apa yang dinanti-nantikan tidak kesampaian selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan mengenai RUU 355 ini kepada sidang yang akan datang dengan alasan masih terdapat percanggahan dan salah faham berhubung isu ini.
Jika dilihat secara rasional, memang ada betulnya tindakan Presiden PAS ini. Ini kerana, masih ada Ahli Parlimen Islam dari PKR dan PAN pun masih belum memahaminya walaupun pada Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan semua Ahli Parlimen Islam di Parlimen.

Bagi Ahli Parlimen Islam yang menentang ini, mereka melihat RUU 355 dari aspek politik dan menjangkakan ia akan disokong oleh semua Ahli Parlimen PAS serta UMNO.

Ini menjadikan, buat pertama kalinya, UMNO dan PAS akhirnya mencapai satu kata sepakat hanya bersandarkan kepada RUU 355. Jika ini berlaku, survivor Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP itu terutama parti PAN dan PKR mungkin akan terkubur begitu sahaja.

Menariknya, dalam membicarakan tentang isu RUU 355 ini, timbul persoalan, adakah hanya Ahli Parlimen UMNO dan PAS sahaja yang beria-ia mahu mempertahankan syiar Islam di negara ini? Mana Ahli Parlimen Islam yang lain? Bukankah menjadi tugas hakiki semua umat Islam untuk mempertahankannya tanpa mengira apa jua fahaman politik?

Umum mengetahui bahawa RUU 355 ini hanya akan terpakai untuk umat Islam di negara ini. Namun menghairankan apabila ada Ahli Parlimen yang bukan Islam berasa bimbang dengan rang undang-undang terbabit.

RUU 355 hanyalah penambahbaikan sistem perundangan syariah di negara ini di mana ia bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau sebatan enam kali syar'ie.

Untuk rekod, kali terakhir RUU ini dipinda pada 1984 dengan peningkatan dari penjara enam bulan dan denda RM1,000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah.

Jika hanya untuk memperkasakan sistem perundangan syariah inipun menjadi bahan politik buat pembangkang, secara jelasnya, di Malaysia hari ini, hanya UMNO dan PAS sahaja yang begitu beria-ia mempertahankan Islam berbanding Ahli Parlimen pembangkang yang pada asasnya beragama Islam tetapi lebih banyak membantah.


Sumber :
 Beruang Biru

TINTA MUTIARA

0

Posted by Unknown | Posted on 8:12 PG | Posted in

sumber :-

TINTA MUTIARA


OFFER MELELEH HABIS

Posted: 24 Nov 2016 04:42 PM PST

.

0

Posted by Unknown | Posted on 4:12 PG | Posted in

sumber :-

.


RUU 355: Kita mentertawakan diri sendiri

Posted: 24 Nov 2016 04:14 AM PST

 TAMAT HARI

Hadi semasa baca notis penangguhan.
Apabila Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk meminda Akta 355 (RUU 355) yang hendak dibawa oleh ahli parlimen Marang Abdul Hadi Awang gagal dibentangkan di parlimen hari ini ramai yang tersenyum sinis. Apa lagi apabila Abdul Hadi memberi tahu ia ditangguhkan akan dibincang dalam sidang akan datang ada yang ketawa berdekeh-dekeh.

Apa yang berlaku hari ini wakil Marang itu hanya membaca notis mengenai rang undang-undang berkenaan dan ianya akan dilakukan sedikit pengubahsuaian dan akan dibentangkan pada sidang tahun depan. Itulah harapannya.

Mungkin sedikit sahaja yang berasa sedih dan terkilan atas apa yang berlaku itu. Boleh jadi juga orang Islam yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mensuseskan RUU 355 itu turut sama ketawa bersama yang bukan Islam? Alangkah sedihnya kalau keadaan ini berlaku.

Sememangnya ada orang Islam yang buat-buat tidak faham dengan RUU 355 itu berasa senang hati dengan peristiwa hari ini. Bagi mereka kegagalan Hadi membentangkan rang undang-undang itu sesuatu yang mujur buat mereka. Dendam dan perasaan politik yang bersarang dihati menerima kegagalan itu sebagai satu kemujuran.

Sebaliknya orang yang ikhlas dan jujur untuk melihat rang undang-undang itu menjadi kenyataan serta tahu kepentingan dan kewajibannya tentulah sedih dengan apa yang berlaku hari ini. Mengapa tidak, sejak dari semalam lagi apabila Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengkhabarkan bahwa RUU 355 akan dibentang di hari akhir sidang, mereka teranti-nanti dan menunggu perstiwa itu dengan penuh minat dan menganggapnya ia satu sejarah.

Sebaik mendengar perkhabaran tentang RUU 355 itu ramai yang sebak dan menitis air mata gembira. Mungkin ada yang melakukan sujud syukur di tengah padang. Mereka yang obses dengannya apa lagi sudah menjulang tangan kononnya mereka sudah berjaya. Tuhan telah memakbulkan doa mereka. Jika boleh diibaratkan pengumuman dibuat Zahid itu ia semacam hari buat ketupat untuk menyambut lebaran keesokannya.

Malangnya apa diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Saat ketupat, lemang serta rendang sudah siap tiba-tiba anak bulan tidak kelihatan, raya tertunda. Sedih. Maka akan basilah ketupat, lemang serta rendang.

Kegagalan RUU 355 dibentang hari ini memberi kegembira kepada pihak yang menentangnya. Yang paling gembira ialah mereka bukan Islam yang sangsi kononnya rang undang-undang berkenaan merugi dan tidak adil kepada mereka. Sejak awal-awal lagi mereka memprotes secara berpasukan.

Bagi saya tidak sedikipun berasa pelik kalau sikap negatif dan sinis itu disambut oleh mereka bukan Islam. Atau pun mereka menolak keras rang undang-undang berkenaan. Tetapi yang menyedihkan ada sebahagian umat Islam sendiri yang tumpang gembira dengan kegagalan itu. Kenapa?

Mereka bukan Islam atau pun mahu menjadikan isu itu sebagai isu politik, tidak bersetuju dan menolak rang undang-undang itu kita faham kenapa mereka gembira dan tahu kenapa mereka menolaknya?

Selamanya orang bukan Islam skeptikal dengan apa-apa berkaitan untuk mendaulatkan Islam. Mereka selamanya tidak akan bersama dalam pandangan dan pegangan orang Islam. Pertentangan di antara orang Islam dengan orang bukan Islam (kufar) itu sendiri jelas. Maka apa yang berlaku dalam rang undang-undang berkenaan yang akhirnya membawa kepada cadangan melaksanakan Hudud adalah kesenimbungan kepada pertentangan itu.

Situasi ini memusykilkan saya. Sampai bilakah umat Islam akan bersikap begini, bersentimen dengan sesuatu yang boleh merugikan diri sendiri. Kita menerima bahawa Hudud itu adalah hukum Allah, tetapi kenapa kita mempersenda-sendakan kepada orang yang berusaha untuk melaksanakannya. Bukankah sikap begitu sesuatu yang kontradik dengan sikap dan akhlak seorang mukmin yang dituntut untuk menghormati antara satu sama lain serta mempejuangkan kepentingan agama.

Memang dalam kaca politik kegagalan Abdul Hadi membentang RUU 355 itu adalah disebabkan keranah politik. Itu jelas. Faktor besar kenapa ia tidak dapat dibentangkan kerana ia tidak mendapat sokongan padu dari kalangan ahli parlimen beragama Islam sendiri. Ketidak kompakan ahli parlimen Islam ini turut menjadi modal kepada bukan Islam.

Faktor atau sebab-sebab lain ialah penentangan secara vokal dari kalangan ahli parlimen bukan Islam yang ada ketikanya mereka hilang rasa hormat kepada Islam.

Justeru bagi saya kegagalan membentangkan RUU 355 itu satu kerugian kepada umat Islam. Bukan soal kita tidak dapat melihat mahkamah syariah diperkasakan sesuai dengan kedudukannya, tetapi ia memberi gambaran kelemahan solidariti di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Sepatutnya semua wakil rakyat beragama Islam menyokongnuya tanpa berbelah bahagi dengan membangkitkan soal-soal yang remeh temeh. Perbezaan ideologi tidak perlu diambil kira dalam soal ini, yang penting ialah kesamaan (kesatuan) akidah dan kepercayaan. Begitu juga soal-soal teknikal bersabit perkara itu boleh diatasi dan dilupai dengan meletakkan matlamat serta tanggungjawab (amanah) sebagai mukmin itu lebih penting.

Mungkin Abdul Hadi berasa malu dengan kegagalan itu. Seperti mana saya katakan, kalau dia ibarat pemburu rusa dia hanya dapat membawa balik najis sahaja tanpa memikul rusa. Tetapi itu sudah cukup sebagai bukti. Namun hakikat disebalik rasa malu beliau itu, itulah juga apa ditanggung dan dirasai oleh seluruh umat Islam negara ini.

Kegagalan itu dan ketidaksediaan Speaker membenarkan rang undang-undang itu dibentangkan bagi saya sesuatu yang juga menyesalkan. Tindakan itu menunjukkan Speaker tidak mahu menggunakan kuasa mutlaknya dan dalam erti kata lain takut kepada tekanan pihak lain. Speaker masih menghitung nasib politik orang melantiknya. Kalau kita yakin ia benar dan penting kenapa harus berkompromi dengan kemungkaran dan kejahilan? Politik masih diletak di hadapan agama.

Sepatutnya sama ada ia dilulus atau tidak, Speaker harus memberi laluan kepada Hadi membentangkannya dan lihat apa yang berlaku. Tidak mengapa kita berbalah dan bertengkar kerana hendak menegak dan memperbetulkan Islam.

Khabarnya Pas akan mengadakan himpunan untuk mempertahankan rang undang-undang itu secara besar-besaran. Ia satu langkah proaktif yang semua pihak, maksud umat Islam perlu menyokong rancangan ini. Himpunan itu wajar dihadiri menunjukkan solidariti dan kebersamaan (kesatuan) dalam isu seperti ini.

Kalau orang Cina boleh keluar beramai-ramai semasa himpunan Bersih 5 lalu yang digunakan untuk mempamerkan kekuatan dan solidariti mereka, kenapa umat Islam takut dan malu-malu untuk berbuat hal yang sama dengan menggunakan isu berkenaan (RUU 355) sebagai asasnya.

Tegasnya kegagalan membentangkan RUU 355 hari ini bukan sahaja kegagalan Pas, dan bukan suatu hadiah sedih daripada UMNO sempena hari ulang tahun ke 65 parti itu. Tetapi kegagalan itu juga melambangkan kelemahan umat Melayu dan Islam negara ini dalam memahami sesuatu yang penting bagi mereka.

Begitu juga kalau RUU 355 itu disifatkan ia sebagai barang mainan dan dipermain-mainkan, maka barang itu adalah kita dan yang kena main itu adalah kita semua. Allahuakhbar. [wm.kl.7:55 pm 24/11/16]

Suara Melayu Baru

0

Posted by Unknown | Posted on 2:20 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Najib Selesa Untuk MERENDAH DIRI, Walaupun Beliau Berhak Mendabik Dada Sejak 2012 Lagi... Tu Pun Ada 'KUTU' Dok Pulun Mensabotaj Dan Menjatuhkan Kepimpinannya... #SahabatSMB

Posted: 24 Nov 2016 10:37 AM PST

1MDB DAN NAJIB LEBIH AWAL TUNAIKAN JANJI KERAJAAN UNTUK MENGAWAL KENAIKAN TAARIF ELEKTRIK... DAN SEPATUTNYA AKAN LEBIH BAIK, JIKA TUN M DAN PENGANGKANG TAK KHIANATI...


Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah kerana keengganannya untuk 'mengikut telunjuk' Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri bagi memeterai perjanjian berat sebelah dengan pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Melalui satu wawancara sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2014, Tan Sri Ani Arope berkata:

"Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Ani. Mengambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh.  
Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan.  
Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dan dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen, dan saya kata kadar itu adalah mengarut.  
Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian itu biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka. 
Perjanjian itu menetapkan IPP akan dibayar satu harga tetap bagi kapasiti elektrik yang dibekalkan. 
Biarpun kita tidak menggunakan bekalan yang disalurkan, TNB perlu menerimanya atau membayarnya. Malah pada masa itu, kita mempunyai lebihan elektrik yang tidak digunakan. 
Menganggapnya sebagai perjanjian yang mengarut, Ani enggan menandatangani perjanjian itu dan meletak jawatan. 
Terlalu banyak klausa yang menjejaskan TNB yang saya tidak persetujui. Jika saya menandatanganinya, orang akan anggap saya juga 'sapu' atau terima bahagian saya."

Pemimpin Pakatan sebelum ini menggunakan isu ini bertahun lamanya dengan mengatakan negara ini kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dan mendakwa pemilik IPP ini juga rakan rapat kepada Dr Mahathir atau kroni beliau.

Berikut adalah salah satu contoh:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

Dan yang ini "Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir"

    Pernahkah anda terfikir mengapa Pakatan tidak lagi bising mengenai kroni IPP? Mereka kerap membesar-besarkan isu itu sebelum ini tetapi kini tidak lagi. Mengapa?

    Jawapan paling mudah untuk persoalan itu ialah, Datuk Seri Najib berjaya menyelesaikan kemelut yang dicetuskan Dr Mahathir. Pada 2012 sebenarnya.

    Pada masa lalu, Pakatan Rakyat yang sudah berkubur berkata negara akan menjimatkan RM3.47 bilion bagi pembayaran TNB kepada IPP jika gabungan pembangkang berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya ke-13 (PRU13) dengan mengurangkan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) untuk IPP daripada 19 peratus kepada 10 peratus.

    Berikut video kenyataan mereka.


    Masalah perjanjian berat sebelah IPP ini kepada kroni menjadi beban kepada Malaysia bertahun lamanya di mana beratus bilion Ringgit wang rakyat dan Petronas dibayar kepada kroni yang menjadi pemilik IPP.

    Tetapi pada tahun 2012, kerajaan memulakan tender terbuka IPP pertama dan dengan 1MDB menawarakan harga paling rendah bagi pembaharuan atau penjana tenaga baharu, ia memaksa pembida lain untuk merendahkan harga mereka secara dramatik. Ia membuktikan kerajaan berjaya melakukannya berbanding janji pemimpin pembangkang



    (IKLAN)



    (IKLAN)



    Maybank mengumumkan era keuntungan berat sebelah bagi IPP sudah berakhir dan IRR bagi IPP kini adalah antara 5 hingga 6 peratus, lebih rendah daripada 19 peratus sebelum ini malah lebih rendah daripada apa yang dijanjikan pembangkang iaitu pada 10 peratus. Untuk itu, penjimatan TNB adalah lebih besar setiap tahun berbanding apa yang dijanjikan pembangkang.

    Satu tarif berbeza biarpun satu sen sahaja memberikan perbezaan yang amat ketara bagi perjanjian konsesi 20 tahun, contohnya perbezaan satu sen pada satu IPP akan mengurangkan kos elektrik kepada RM2.9 bilion.

    Jika kita melihat kepada carta di bawah, keuntungan TNB lebih baik, daripada kerugian kepada keuntungan dan kerajaan tidak lagi perlu membayar ganti rugi kepada TNB secara berkala, di mana pada 2012, kerajaan terpaksa membayar RM2.2 bilion.


    Memandangkan Khazanah, PNB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan lain-lain mempunyai saham dalam TNB, ia turut memberi kesan keuntungan untuk rakyat dan bukan lagi kroni yang memiliki IPP tersebut.

    Tetapi pemimpin Pakatan juga tidak menceritakan keseluruhannya. Mereka lupa berpuluh bilion Ringgit subsidi gas perlu diberikan Petronas kepada IPP terbabit bagi memastikan kadar kepada TNB rendah.

    Harga gas subsidi (RM/mmBTU) bagi penjanaan elektrik daripada Petronas meningkat daripada RM6.40 pada 2008 kepada RM18.20 pada 2016, tiga kali ganda kenaikan. Harga pada masa lalu adalah di atas RM40.


    Penjimatan ini daripada perjanjian yang lebih baik bagi IPP telah disalurkan kepada pengurangan subsidi gas dan meningkatkan pendapatan penjualan gas berjumlah berbilion Ringgit setiap tahun bagi Petronas tanpa sebarang kenaikan harga elektrik daripada 2011 hingga 2014, biarpun TNB memperoleh pendapatan yang lebih baik dan Petronas berjaya menjimatkan berbilion Ringgit setiap tahun.

    Berapa banyak Petronas rugi bagi subsidi kepada IPP melalui perjanjian berat sebelah ini pada masa lalu?

    Jawapan ini boleh diperolehi daripada laman 63 di Laporan Tahunan Petronas bagi 2015.


    Menjelang akhir tahun 2015, Petronas mengumumkan kerugian hingga RM155 bilion dalam pendapatan kepada sektor penjanaan tenaga berikutan subsidi gas yang terpaksa dipatuhi pada Mei 1997.

    Jumlah RM155 bilion itu sepatutnya boleh diperolehi Petronas dan kerajaan bagi program pembangunan bagi manfaat rakyat dan bukannya untuk Dr Mahathir memaksa Petronas untuk subsidi perjanjian berat sebelah dengan IPP milik kroninya.

    Melalui carta di atas, kita dapat lihat peningkatan harga gas menyebabkan penyusutan pendapatan bagi Petronas.

    Tidak dapat dinafikan kewujudan 1MDB mengubah lanskap industri IPP dengan pembidaan yang agresif melalui tender terbuka pertama pada 2012 dan bidaan seterusnya di mana 1MDB adalah pembida paling rendah bagi setiap projek penjana tenaga yang diceburinya.

    Penjimatan ini yang sebelum ini terpaksa dibayar kepada IPP kemudiannya disalurkan kepada pendapatan lebih tinggi bagi Petronas, TNB dan kemudiannya kepada kerajaan dan rakyat dan bukan lagi kepada pemilik IPP yang tidak menguntungkan rakyat langsung.


    Dan ini adalah IPP yang sama dimiliki kroni melalui perjanjian berat sebelah dan subsidi gas yang tinggi dan terpaksa ditanggung Petronas.

    Tarif Talian Hayat bagi pengguna yang menggunakan hingga 200 kWh/sebulan melibatkan 70 peratus isirumah tidak berubah sejak 1997. Ia juga bebas dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    Sebarang perubahan kepada bil elektrik anda adalah berikutan penggunaan lebih banyak tenaga daripada sebelum ini.

    Bermula dari tahun 2010, isirumah yang menggunakan elektrik di bawah RM20 tidak lagi membayar sesen pun. Faedah diberikan kerajaan ini masih lagi dikuatkuasakan.

    Maka, janganlah mendakwa 1MDB atau kerajaan tidak melakukan sebarang kebaikan kerana jika tidak berpuluh bilion Ringgit akan hanya memanfaatkan kroni yang menjadi pemilik IPP malah jika dihitung bagi tempoh 10 hingga 20 tahun, ia melibatkan ratusan bilion Ringgit.

    Ia kini dimanfaatkan untuk kerajaan dan rakyat.

    Ini adalah salah satu legasi Dr Mahathir yang diperbetulkan oleh kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib. Satu lagi ialah pengambilalihan 100 peratus Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh kerajaan dan KWSP.

    Melalui pengambilalihan ini, pendapatan yang dijana daripada kutipan tol akan disalurkan kepada kerajaan (51 peratus) atau pemegang akaun KWSP (49 peratus) dan bukan lagi masuk ke poket kroni.

    Itu juga faktor mengapa tol Lebuhraya Utara Selatan tidak berubah bagi tempoh 11 tahun sejak 2005.

    Jika kerajaan hari ini tidak mengambilalih syarikat PLUS pada 2011 dan merunding semula perjanjian konsesi tol yang dilaksanakan ketika zaman Dr Mahathir, sudah tentu perjalanan anda dari Jalan Duta ke Ipoh akan dikenakan tol daripada RM26.50 hari ini kepada RM82.17 menjelang 2038.


    Ehsan  : Lim Sian See

    (IKLAN)


    (IKLAN)