Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bersih 5 ujian besar buat pembangkang

Posted: 17 Nov 2016 07:48 PM PST

Menurut laporan Bloomberg, jika kadar kehadiran peserta Melayu rendah, ia akan menunjukkan sokongan pengundi luar bandar kepada Najib masih kuat.
bersi5_rakya
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 5 esok akan menunjukkan sama ada pembangkang berjaya mendapat kepercayaan lebih ramai pengundi Melayu.
Bloomberg melaporkan, ia juga akan menunjukkan betapa kuatnya kedudukan Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli akar umbi Umno yang tidak puas hati dengannya.
Laporan itu turut menyentuh langkah yang perlu diambil untuk menggagalkan Bersih 5, termasuk usaha Umno bagi menjatuhkan kumpulan reformasi itu.
Pembangkang berusaha menarik orang Melayu jauh daripada rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup dan dakwaan rasuah terhadap Najib dan 1MDB.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyasarkan sokongan daripada ahli Umno.
Bloomberg memetik Ooi Kee Beng, timbalan pengarah ISEAS-Institut Yusof Ishak di Singapura berkata, teras Umno adalah selamat, tetapi setiap teras ada pinggirnya.
"Pinggir itulah yang menjadi pertaruhan. Apabila ahli-ahli Umno tidak puas hati dengan Najib bertukar arah, itulah titik perubahannya."
Menurut penganalisis, kehadiran yang ramai pada Sabtu diperlukan untuk menjadi tarikan.
Sholto Byrnes, felo kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur berkata: "Jika orang Melayu tidak membentuk sebahagian besar peserta Bersih, ia akan menunjukkan pembangkang gagal memenangi hati pengundi yang diperlukannya, masih bergantung kepada terasnya, iaitu orang Cina liberal dan bandar.
"Ia adalah ujian besar buat pembangkang."
Menurut laporan itu, Najib berjaya mengelak daripada skandal, sebahagian besar dengan memberi peruntukan kepada petani, penjawat awam dan rakyat berpendapatan rendah.
Pun begitu, laporan itu menyatakan, usaha Umno untuk menjatuhkan Bersih menunjukkan Najib tidak leka dengan kuasanya, terutama beberapa bahagian ekonomi sudah hilang daya tarikan.
Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos memberi amaran akan mengganggu perhimpunan Bersih 5 melalui penganjuran himpunan balas, esok.
Read More / Baca Lagi >>

DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA

Posted: 17 Nov 2016 07:45 PM PST

Esok, Sabtu 19 November akan berlangsung perhimpunan aman Bersih 5 di sekitar Dataran Merdeka. Sebagai rakyat yang bebas dan merdeka, adalah hak setiap kita untuk bersuara, malah Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia sendiri turut mengesahkan perkara yang menjadi milik rakyat itu, termasuk  bagi penjawat awam, pelajar universiti dan juga ahli akademik.

Menurut Pengerusi Suhakam, Razali Ismail, adalah menjadi perlanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan untuk berhimpun secara aman itu disekat.

Tetapi, dalam kita berhimpun dan menyuarakan bantahan bersama-sama Bersih 5, isu dan ganasnya 1MDB selama ini jangan sesekali kita lupakan. Terbaru,  beberapa Ahli Parlimen yang bersuara mengenainya sudah disiasat dan mungkin akan didakwa, manakala Rafizi Ramli yang lantang bersuara sudah pun dihukum penjara.

Jika kita imbau pelbagai kepelikan yang telah berlaku dalam negara sejak timbulnya isu 1MDB ini, ia seharusnya lebih merangsang lagi untuk kita turun beramai-ramai pada esok hari. 1MDB adalah "bala" dan "kecelakaan" yang membebankan rakyat dan negara.

Untuk itu, mari kita teliti apa kata Mahfuz Omar mengenainya:-

LAPORAN AUDIT 1MDB DIRAHSIA: RAFIZI  DIPENJARA, RIZA AZIZ DAN JHO LOW BEBAS MERATA.

1. Isu skandal 1MDB terus menimbulkan persoalan panas masyarakat Malaysia dan antarabangsa.Isu ini terus menjadi hangat apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan  terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu dibawah akta rahsia rasmi (OSA). 

Rafizi Ramli yang juga Setiausaha Agung PKR dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan wang rakyat terus 'bebas merata'.

2. Kenapa kerajaan pada peringkat awal isu 1MDB didedahkan, PM Najib menafikan wujudnya penyelewengan tetapi apabila didesak, kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan Skandal Negara sebagaimana yang PM Najib kata 'Nothing To Hide', tiada apa yang mahu disembunyikan serta PM Najib mengarahkan suatu 'Audit Khas' dijalankan oleh Ketua Audit negara dengan meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.

"Bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB".
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Jamal Tak Ganggu BERSIH Di Sungai Besar?

Posted: 17 Nov 2016 07:25 PM PST


Ketua geng baju merah Datuk Seri Jamal Yunos diminta membuktikan pengaruhnya dengan pulang ke Sungai Besar dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjadi calon.

Ketua Amanah Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur berkata, Jamal hanya bising di luar sahaja tetapi tidak ada pengaruh pun di kawasan yang beliau ketuai sendiri.

"Jamal adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar tetapi bila Umno pilih calon, Budiman (Radzi) pula yang jadi calon bukannya Jamal.

"Jadi bagi saya Jamal tidak ada pengaruh sebenarnya. Dia hanya kepala samseng sahaja," kata Azhar, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar sebelum ini.

Menurut Azhar, Jamal hanya sibuk mengacau konvoi Bersih di luar kawasannya sendiri. "Tetapi bila kami buat Bersih di Sungai Besar, Jamal takda pula nak kacau," kata Azhar kepada Malaysia Dateline.

Geng baju merah yang dipimpin oleh Jamal kini sibuk mengganggu perhimpunan Bersih 5 yang disokong oleh Amanah.

Ekoran tindakan Jamal dan gengnya, polis telah memberikan amaran agar perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan 19 November ini dibatalkan.

Namun tragedi yang berlaku kepada Jamal sehingga hidungnya berdarah selepas ditumbuk dalam satu perhimpunan di Ampang telah menimbulkan persepsi baru kepada beliau.

Sebelum ini, Jamal telah menunjukkan aksi beliau dipukul dengan kayu namun tidak ada apa-apa berlaku kepadanya, seolah-olah beliau kebal.

Tragedi hidung Jamal berdarah itu telah menjadi viral dalam laman sosial kononnya persepsi yang cuba ditunjukkan bahawa beliau kebal hanya lawak semata-mata.

Menurut Azhar, beliau sebagai anak jati Sungai Besar tidak kenal Jamal.
Read More / Baca Lagi >>

Abang Kucing cabar Jamal bertinju..!!!

Posted: 17 Nov 2016 07:24 PM PST

BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.
Dia yang menggelarkan dirinya 'Abang Kucing' mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.
Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.
"Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.
"Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.
"Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.
Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.
"Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.
"Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.
Read More / Baca Lagi >>

10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5

Posted: 17 Nov 2016 07:09 PM PST


Lima tuntutan Bersih 5
Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai.
Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat.
Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5:
1.  Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera.
2.  Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.
3.  Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka.
4.  Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih.
5.  Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi.
6.  Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara.
7.  Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar.
8.  Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi  keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Mahkamah beri laluan, KPN kata haram

Posted: 17 Nov 2016 07:06 PM PST



Lima tuntutan Bersih 5.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat petang semalam menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang Bersih 5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.
Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.
Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam Bersih dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu, lapor Malaysiakini.
"Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di sekitar Dataran Merdeka," katanya.
Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang dan tamat 15 minit kemudian.
Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.
Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.
Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Mereka menamakan pengerusi Bersih 2 Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.
Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5.0 dan geng Baju Merah di ibu kota Sabtu ini sebagai 'demonstrasi haram'.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang khususnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, lapor Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: ‘Sudan tak jauh, ada peluang Dr Mahathir hadir esok’

Posted: 17 Nov 2016 07:05 PM PST

Khairuddin berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku esok memandangkan jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat.
Khairuddin-MahathirPETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Sudan mungkin membuat kejutan dengan menghadiri perhimpunan Bersih 5, esok.
Penyokong setia bekas perdana menteri itu berkata, walaupun berada di Sudan, namun tidak mustahil untuk Dr Mahathir pulang ke tanah air dan menyertai perhimpunan itu.
"Sebarang kemungkinan boleh berlaku esok. Jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat pun.
"Persempadanan dunia semakin sempit. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana kita masih ada lebih dari 24 jam lagi sebelum himpunan aman Bersih 5 bermula. Tokoh negarawan terulung ini boleh buat pelbagai kemungkinan berlaku.
"Yakinilah dengan pelbagai kemampuan yang boleh dilakukan Dr Mahathir di dalam membuat kejutan yang tidak diduga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, perkataan 'takut' tidak pernah wujud dalam kamus hidup Dr Mahathir, demi perjuangan menegakkan kebenaran serta kepentingan bangsa, agama dan negara, bekas perdana menteri itu sanggup menempuh pelbagai rintangan serta risiko.
Beliau berkata, sama ada Dr Mahathir dapat menghadiri perhimpunan Bersih 5 esok tidak penting, sebaliknya sokongan beliau terhadap perhimpunan itu selama ini paling penting.
"Yang penting, esok keseluruhan rakyat harus turun secara berama-ramai untuk tunjuk kuasa rakyat secara aman dengan mengikuti undang-undang bagi kita kuningkan Dataran Merdeka esok.
"Mesej kuning kepada kerajaan kleptokrasi esok pada himpunan aman Bersih 5 terlalu penting ke arah kita Selamatkan Malaysia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Cuepacs: Jangan sertai perhimpunan, nanti hilang periuk nasi

Posted: 17 Nov 2016 07:04 PM PST

Kesatuan kakitangan kerajaan itu berkata penjawat awam boleh menyertai banyak lagi perhimpunan lain yang mendapat kelulusan pihak berkuasa.
azih-muda-bersih
PETALING JAYA: Menjelang Bersih 5 esok, kesatuan mewakili penjawat awam Cuepacs berkata ia tidak menggalakkan kakitangan kerajaan menyertai sebarang perhimpunan kerana bimbang tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atas mereka.
"Kalau mereka dikenakan tindakan, siapa nak tolong dia?" soal Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.
"Tak ada orang nak pergi tolong. Percayalah saya cakap. Kita bersimpati untuk masa depan anak-anak mereka. Jadi apakah salah sebagai langkah persediaan kita?"
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan di ibu kota esok boleh diambil tindakan tata tertib, termasuk pemotongan gaji.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata penjawat awam berhak menyertai perhimpunan aman kerana ia merupakan hak perlembagaan.
Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan ke-5 esok di tengah bandar raya, walaupun polis sebelum ini berkata notis yang diberikan tidak memenuhi syarat. Gerakan Baju Merah pimpinan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, juga dijangka berkumpul pada hari sama, dalam usaha menghalang Bersih 5.
Azih berkata Cuepacs tidak ada masalah sekiranya kakitangan kerajaan menyertai perhimpunan yang diluluskan pihak berkuasa.
"Kami bermesyuarat agung berhimpun, kami berjumpa dengan ahli kami berhimpun, banyak lagi perhimpunan. Yang itu tak apa," katanya kepada FMT.
"Suhakam nak menegur, itu hak dia tapi pada pandangan kita, kita tak boleh nak halalkan cara dengan cara ini."

Berkenalan dengan 'BERSIH Kid'

Posted: 17 Nov 2016 07:03 PM PST

Pada usia 19 tahun, kebanyakan remaja akan bertumpu ke kafe, pusat membeli-belah atau berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak.
Namun lain pula halnya dengan Aidille Iman, yang bangun jam 2 pagi setiap hari Rabu hingga Ahad menyediakan makanan untuk dijual di gerainya di tepi jalan di pasar pagi SS2 Petaling Jaya. Dia menjual, antaranya, nasi lemak dan nasi dagang.
Tetapi bukan itu sahaja yang dia lakukan di gerainya yang bernama "Projek AA".
Aidille juga merupakan promoter setia kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH, yang sering dilihat memakai kemeja-T BERSIH di gerainya.
Ketika konvoi BERSIH menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk meningkatkan kesedaran mengenai perhimpunan 19 November, Aidille pula memakai baju-T BERSIH pada hujung minggu ketika berniaga di gerainya.
Bercakap kepada Malaysiakini di gerainya pagi semalam, katanya, dia cuba berbual dengan pelanggannya mengenai BERSIH dan menjemput mereka ke perhimpunan BERSIH yang akan diadakan esok di Kuala Lumpur.
Remaja dari Subang Jaya itu tidak ada apa juga kaitan dengan BERSIH, katanya, tetapi dia menyokong apa yang BERSIH sedang cuba apai.
Ketika itu, dua lelaki berjalan lalu dan terdengar seorang daripada mereka berkata "makanan di sini sedap".
Mendengar kata-kata kawannya, lelaki itu berhenti untuk membeli sarapan pagi di gerai dan menyedari Aidille (gambar) dan rakannya memakai baju-T BERSIH.
Rakannya memakai baju-T rasmi perhimpunan BERSIH5, manakala Aidille pula memakai baju BERSIH dengan rekabentuk rekaannya sendiri, yang menggabungkan unsur perpaduan.
Lelaki itu minta bergambar dengan dua remaja itu. Puas hati dengan gambar yang diambil, dia menjelaskan bayaran sarapan itu dan beredar dari situ.
Ketika perhimpunan semakin hampir, Aidille berkata dia memakai baju-T BERSIH rekaannya itu setiap hari di gerainya.
Ini bukan kali pertama Aidille berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dekat di hatinya.
Kekecohan di Low Yat
Read More / Baca Lagi >>

"BERSIH 1, 2, 3, 4, 5 sampai bila kita nak sabar," kata Khalid

Posted: 17 Nov 2016 06:59 PM PST

'Ini bukan tsunami Cina atau DAP punya,' kata BERSIH Kid

Posted: 17 Nov 2016 06:58 PM PST

'Daripada beli baju demo, baik bagi duit ke Aman Palestin lagi dapat pahala,' - kata IGP

Posted: 17 Nov 2016 06:58 PM PST

Kalau Nak tahu Harta Rakyat Yang Telah Najib Gadaikan Pada China-Komunis..!!

Posted: 17 Nov 2016 04:56 PM PST


BERSIH 5: KETUA POLIS NEGARA KATA HARAM, HAKIM MAHKAMAH TINGGI KATA TIDAK HARAM – SIAPA LEBIH LAYAK TAKSIR UNDANG2?

Posted: 17 Nov 2016 04:25 PM PST


Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.
Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.
Mana satu yang betul ni ?
Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ….. Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

FMT

FMT
Ini pula laporan dari Malaymailonline

Read More / Baca Lagi >>

Amaran KSN larang sertai perhimpunan melampau, kata bekas hakim

Posted: 17 Nov 2016 04:17 PM PST

Apa-apa tindak balas perundangan perlu bersesuaian, kata Gopal Sri Ram yang mempersoalkan ugutan terhadap penjawat awam.
gopal-sri-ram
PETALING JAYA: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyelar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengancam akan mengambil tindakan ke atas penjawat awam sekiranya menyertai perhimpunan esok.
Sri Ram berkata kenyataan Ali itu melanggar perlembagaan yang memberikan hak berhimpun kepada penjawat awam selagi ia tidak memberi kesan terhadap tugas mereka.
"Hak berhimpun tertera di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa sekatan tidak terpakai," katanya kepada FMT.
Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan ke-5 di ibu kota esok yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan juga dijangka dianjurkan penyokong Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, pada hari sama.
Pada 8 November, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua notis yang dihantar Bersih 5 dan penyokong Jamal gagal memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.
Ali semalam memberi amaran penjawat awam tidak menyertai sebarang perhimpunan atau berdepan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja atau potong gaji.
Read More / Baca Lagi >>

Daripada ke Mekah, Dr Mahathir pilih berjuang

Posted: 17 Nov 2016 04:16 PM PST

Daripada sejarah pemilihan Malaysia, hanya parti serpihan Umno sahaja yang boleh mengalihkan sokongan penduduk Melayu luar bandar.
mahathir-politics-1
Oleh Yunus Tasim
Banyak reaksi yang saya terima daripada artikel saya, "Kami dah lelah dengan politik Malaysia". Daripada muda sampai tua, lelaki dan wanita sama ada yang berkarier mahupun yang pencen atau suri rumah sepenuh masa.
Satu yang menarik ialah keprihatinan mereka terhadap keadaan semasa dan masa depan negara, menunjukkan kecelikan mereka terhadap media sosial.
Banyak yang setuju dengan luahan rasa kelelahan dan kecewa itu. Kecewa dengan pemimpin yang korup dan terus menyalahgunakan kuasa. Kecewa dengan pemimpin yang terus memperbodoh dan membohongi rakyat. Kecewa dengan kaki bodek dan kaki kipas di sekeliling pemimpin korup itu seolah-olah kepintaran mereka tidak di otak tapi di lutut.
Kecewa dengan parti pembangkang yang asyik bercakaran tanpa memikirkan permasalahan yang perlu dituntaskan untuk rakyat. Kecewa dengan rakyat yang rasa "tak apa" dengan yang apa berlaku sehingga kezaliman demi kezaliman dilakukan ke atas mereka.
Tapi banyak juga yang marah dengan tulisan saya itu. Marah kerana takut tulisan saya itu akan mempengaruhi majoriti rakyat mengambil sikap yang serupa.
Mereka mungkin marah kerana kita belum cukup berusaha. Berusaha untuk melakukan perubahan, berusaha untuk memberitahu orang kampung sama ada di Felda, mahu pun di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka "Perjuangan Belum Selesai!" dan obor perubahan harus diteruskan dengan cara baharu dan lebih baik.
Saya bertanya, apa cara baharu dan yang lebih baik itu?
Bagi mereka yang berjiwa kental dan bersikap positif, Malaysia masih ada sinar dihujung terowong. Mereka suruh saya lihat Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah 92 tahun masih juga bertenaga dan gigih ke sana sini memastikan perubahan pucuk pimpinan Malaysia berlaku pada pilihan raya umum 14 dan pemimpin korup dan kaki kipas dinyahkan secara demokratik dan diadili.
Biar pun ada pemuda menyuruhnya berehat dan pergi Mekah, tetapi bagi Dr Mahathir, perjuangan untuk agama, bangsa dan negara ini lebih mulia dan dituntut daripada keperluan peribadinya ke Mekah. Apatah lagi orang muda itu datang dari parti yang Dr Mahathir dakwa sudah pandai terima dedak.
Memang benar! Dr Mahathir tak pernah lelah! Inilah semangat dan energi yang harus semua rakyat Malaysia contohi.
Biarpun Dr Mahathir tidak dapat bersama pada perhimpunan Bersih 5 kerana ada rancangan awal di luar negara, beliau mengeluarkan amanat untuk semua rakyat yang prihatin turun.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Ini pendirian Pas

Posted: 17 Nov 2016 04:09 PM PST

Nasruddin HassanPas semalam menyenaraikan pendirian berhubung himpunan aman Bersih 5 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan menerusi Facebooknya memberikan beberapa sebab atau punca tentang pengecualian penglibatan Pas dalam himpunan terbabit.
Menurut Nasruddin, Pas mengambil pendekatan tersendiri dalam memperjuangkan pendekatan kepada pilihan raya yang telus.
"Pas sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada beberapa aktiviti besar yang telah diatur seperti Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Fastaqim 2.0.
"Pas juga tidak mahu terjebak dengan politik konfrontasi yang mencetus kekasaran, pergaduhan dan menyusahkan rakyat," katanya dalam sebuah paparan skrin yang dikongsikan menerusi Facebooknya, semalam.
Nasruddin menambah, pihaknya juga sedang giat membantu pihak Kongres Rakyat mengadakan jelajah ke seluruh negara sebelum Kongres Rakyat 2.0 diadakan pada tahun hadapan.

Umno sokong Geng Baju Merah?

Posted: 17 Nov 2016 04:08 PM PST

Umno sokong Geng Baju Merah? GEORGETOWN - 'Adakah Umno menyokong kumpulan kumpulan Baju Merah?" demikian persoalan yang ditimbulkan Adun Seri Delima, RSN Rayer ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, hari ini.
Menurutnya, beliau naik hairan berikutan kumpulan yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos itu seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
"Kami tertanya-tanya adakah BN ataupun Umno yang selalu mengungkap slogan 1Malaysia menyokong kumpulan yang suka mencetuskan perbalahan kaum ini.
"Mereka suka memporak-perandakan silaturahim, tetapi apa yang kami bimbang ialah ada parti politik yang menyokong mereka secara diam-diam," katanya lagi.

HIMPUNAN BERSIH5 'TIDAK HARAM', IKUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

Posted: 17 Nov 2016 03:29 PM PST

Kempen yang disebarkan supaya orang ramai menyertai BERSIH5.
Penjawat awam itu siapa? Guru itu siapa? Pensyarah dan pelajar itu siapa? Juga,  belia itu siapa?
Bukankah mereka rakyat yang dijamin Perlembagaan untuk bebas menyuarakan pendapat dalam negara demokrasi seperti Malaysia?
Menyekat kebebasan rakyat adalah zalim. Dan zalim juga bagi rakyat yang melanggar peraturan ditetapkan dalam menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.
Namun jika menyuarakan pendapat secara mematuhi peraturan seperti menyertai perhimpunan yang terkawal, apakah ia suatu 'dosa besar' yang perlu dikenakan tindakan dan hukuman berat?
Mereka hanya mahu menyuarakan pendapat dan pandangan. Kenapa mesti ada tindak balas yang berlebihan?
Sewajarnya tidak ada provoksi sama ada oleh pihak yang berhimpun, mahupun yang 'menentang perhimpunan itu diadakan'.
Pihak berkuasa cukup jentera untuk kawal keselamatan sepanjang perhimpunan itu. Tindakan secara peribadi atau kumpulan lain terhadap BERSIH5 tidak perlu sama sekali.
Jika ada pihak umpamanya Barisan Nasional, UMNO atau badan bukan kerajaan (NGO) lain, termasuk Baju Merah,  mahu mengadakan perhimpunan untuk agenda mereka, carilah tarikh lain.
Jangan haling mereka, lihat setakat mana BERSIH5 mahu menyuarakan pandangan.
Kerajaan mempunyai jentera penerangan dan 'serangan siber' yang canggih untuk melawan mereka.
Jelas dan terangkan kepada rakyat apa yang tidak benar dibawa oleh BERSIH5. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga ada jentera maklumatnya.
Apa nak dihairankan dengan perhimpunan seperti itu. Mudah untuk dipatahkan hujah mereka jika kerajaan menggunakan 'kebijaksanaan jentera penerangan dan maklumatnya."
Lagipun, jelas BERSIH5 bukan perhimpunan haram. Ia sesuatu yang dibenarkan.
Berasaskan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam, jelas perhimpunan BERSIH5 Sabtu ini bukan haram..
Lewat petang semalam, mahkamah berkenaan  menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang BERSIH5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.
Mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram selepas permohonan dibuat oleh  persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Mara di Kuala Lumpur supaya mengisytiharkannya 'haram'.

Persatuan itu  mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit. Jesteru itu, beliau menolaknya. Beliau terkejut apabila peguam BERSIH dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu.

"Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka," katanya, ketika memulakan keputusannya.
Penghakiman Mahkamah Tinggi itu disampaikan pada 7.20 petang semalam dan tamat 15 minit kemudian.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam turut mengeluatkan amaran kepada penjawat awam dengan menegaskan, lazimnya penjawat awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.
Berikutan itu beliau mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini.
Mereka berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.
Penjawat awam perlu 'berkecuali' – tidak menyertai Bersih5 yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, atau satu lagi pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah.
Pada ketika Bersih5 menuntut pilihan raya yang bersih, Baju Merah mendakwa Bersih menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5 can proceed on Nov 19, red shirts can go another time

Posted: 17 Nov 2016 03:27 PM PST


By Mohd Hanipa Maidin
MP SPEAKS Malaysia is built upon the principle of the supremacy of Constitution. Thus, no one is above the Constitution.The principle of the supremacy of Constitution is supposed to protect every person in this country.
When the organizer of a peaceful assembly, Bersih intends to hold a peaceful assembly, it merely reasserts its constitutional right enshrined in the constitution. Nothing more, nothing less.
Yes, the police have a corresponding duy to protect public order. But such a duty does not include the right to compeletely deny the fundamental right of Bersih to hold any peaceful assembly.
No doubt, there is a federal law regulating any assembly in a public place.But the law only authorises the police to regulate any public assembly.The law does not give the police any right to deny any peaceful assembly.
Umno holds a false belief that Bersih possesses no right whatsoever to hold any peaceful assembly. Via its alter ego, Jamal Md Yunos and the red- shirts, it wants police to revoke rhe right of Bersih 5 to hold the assembly scheduled on November 19.
Multiple provocations have been done to inculcate fear among the concerned citizens not to support the Bersih 5 assembly. But what it fails to realise is that the unbecoming conduct of Jamal and his red shirts has freely advertised Bersih 5.
Legally speaking, the police have a duty to assist Bersih to organise the event on Nov 19. The Peaceful Assembly Act 2002 has been deliberately designed to facillitate and not frustrate any peaceful assembly. The awareness of basic human rights gave birth to the Act.
The Act has subtituted the now defunct Police Act 1967. The Police Act was not friendly to human rights. The Peaceful Asssembly Act has done away with the weird requirement of a police permit for the organization of any assembly in a public place. In fact under the Police Act , any assembly without any permit could be criminalised.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan jalanan budaya rakyat negara ini sejak sebelum merdeka

Posted: 17 Nov 2016 03:21 PM PST

Perhimpunan jalanan sudah menjadi budaya yang telah diamalkan rakyat negara ini sejak sebelum merdeka.
Ia dapat disingkap kembali sewaktu UMNO sendiri turun ke jalan raya ketika menentang Malayan Union.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan berkata himpunan jalanan bukan budaya rakyat negara ini.
"UMNO tak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya pada waktu itu.
slide1"Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.
"Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru," katanya dalam sidang media di pejabat BERSIH sebentar tadi.
Dalam sebuah negara berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan, perhimpunan jalanan jelasnya merupakan salah satu cara rakyat bersuara menuntut perubahan yang lebih baik dalam negara.
"Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita," katanya lagi.
Pada Sabtu ini 19 November, BERSIH akan mengadakan perhimpunan aman di tiga lokasi seluruh negara iaitu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
BERSIH 5 kali ini mengemukakan lima tuntutan iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak untuk membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Himpunan Bersih tidak sia-sia, bawa perubahan positif dalam demokrasi negara

Posted: 17 Nov 2016 03:20 PM PST


Biarpun perhimpunan Bersih didakwa UMNO Barisan Nasional sebagai sia-sia, ia terbukti membawa pembaharuan positif di dalam sistem demokrasi negara.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia boleh dilihat melalui pelbagai dasar baru yang terpaksa dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran desakan demi desakan yang dibuat oleh Bersih 2.0.
"Penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan undian dua kali, rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di kedutaan dan tidak perlu lagi pulang ke sini – semua perubahan ini berlaku kerana adanya perhimpunan Bersih.
bersih 4"Rakyat Malaysia dari semua kaum, agama dan jantina bersatu dalam satu suara dan berjaya mendesak kerajaan membuat perubahan yang hanya terjadi selepas berdekad lamanya," ujarnya.
Menurut Setiausaha Publisiti Wanita DAP itu, perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Malah, ia mungkin mengambil masa bertahun, asalkan rakyat bersatu hati dalam menegakkan nilai-nilai demokratik.
"Hak berhimpun adalah dijamin di bawah Perkara 10 (a) Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan Bersih 5 yang akan datang ini tidak pernah menghalalkan protes ganas atau membuat sebarang ancaman keganasan kepada mana-mana institusi.
"Oleh itu, kita semua tanpa mengira kaum, agama dan jantina mesti bersatu bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil dapat dilaksana," tegasnya.
Perhimpunan Bersih 5 yang akan berlangsung pada 19 November ini (Sabtu) akan diadakan di tiga lokasi utama di seluruh negara iaitu Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Hak BERSIH anjur perhimpunan aman wajar dihormati - AMK

Posted: 17 Nov 2016 03:12 PM PST

Hak Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman seharusnya dipelihara dan dihormati semua pihak, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, hasrat Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman juga termaktub dalam perlembagaan negara dan tujuan organisasi itu juga sentiasa jelas dan konsisten iaitu bagi menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil.

nik-nazmi"BERSIH juga sudah lama mengumumkan tarikh 19 November, berbanding Gerakan Baju Merah yang dengan jelas menyatakan mahu mengacau Bersih dan berhimpun pada tarikh sama.
"Jika mereka mahu berhimpun pada tarikh lain tiada masalah tetapi jika mahu mencetuskan gangguan dan intimidasi, itu tidak patut berlaku," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, sejarah membuktikan perhimpunan anjuran kumpulan Bersih berlangsung aman jika tiada kekacauan yang ditimbulkan pihak lain.
"Sudah berapa kali perhimpunan bersih dianjurkan dan kebiasannya berlaku aman jika tiada sebarang gangguan daripada pihak lain seperti Bersih 4 lalu.
"Rakyat kini sudah semakin matang dan faham peranan dalam menghormati perlembagaan negara," katanya.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perhimpunan Bersih 2.0 dan Gerakan Baju Merah adalah tidak perlu dan meminta kedua-dua kumpulan itu bertindak lebih rasional.
Katanya, keduanya tidak mempunyai matlamat jelas dalam berhimpun.

Peniaga gagal dapatkan mahkamah halang demo 19 Nov

Posted: 17 Nov 2016 03:10 PM PST

Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan injunksi tiada merit
bazaar
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan injunksi daripada 3 kumpulan peniaga yang mahu menghalang himpunan Bersih 5 dan Baju Merah Sabtu ini.
Mahkamah Tinggi memutuskan injunksi yang dipohon Persatuan Peniaga Bazaar Melayu Moden Jalan Masjid India, Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan Mara dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman tiada merit.
Hakim S Nantha Balan persoalkan mengapa para peniaga memohon injunksi pada saat-saat akhir sedangkan mereka tahu mengenai perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini 2 bulan lebih awal.
Katanya mereka tidak dapat menjelaskan mengapa permohonan itu ditangguh-tangguh.
Katanya lagi mereka mendakwa sudah membuat laporan polis tetapi gagal mengemukakan bukti.
Bersih diwakili peguam Gurdial Singh Nijar dan Datuk Ambiga Sreenevasan manakala Mohammad Nasser Yusof dan Mohamad Fauzi Abd Samad mewakili Baju Merah, menurut Malaysiakini.
Hakim berkata mahkamah tiada kuasa untuk menentukan sama ada perhimpunan itu haram atau tidak.
Jelasnya polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman untuk menyuraikan mana-mana kumpulan ke lokasi atau hari lain.
Peruntukan itu bertujuan mengelakkan konflik antara kumpulan berbeza, tambahnya.
Kumpulan peniaga terbabit, yang mendakwa mewakili 1,000 pemilik, memfailkan injunksi terhadap Bersih, pengerusinya Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Thesundaily melaporkan peguam kepada peniaga, V Mugunthan, berkata peniaga meraih RM800 sehari dan lebih pada hujung minggu.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Nan arah Umno Melaka tarik balik surat sokong Baju Merah

Posted: 17 Nov 2016 03:07 PM PST

Umno tidak menyokong mana-mana perhimpunan aman Sabtu ini, kata setiausaha agung
adnan-melaka
KUALA LUMPUR: Setiausaha agung parti mengarahkan badan perhubungan Umno Melaka supaya menarik balik surat memanggil mesyuarat untuk menyelaras himpunan Baju Merah, yang diadakan serentak dengan Bersih 5 Sabtu ini.
Menurut laporan Star Online, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat itu tidak selaras dengan ketetapan parti.
"Sebagai setiausaha agung, saya meminta mereka menarik balik surat itu dan tidak membabitkan diri dalam himpunan Merah atau Kuning.
"Secara peribadi, kita tak tahu ahli akan terlibat atau tidak, tetapi di peringkat parti, kita tidak terlibat. Himpunan itu tidak ada kena mengena dengan Umno," katanya.
"Kita tidak mahu mencadangkan apa-apa. Kita nasihatkan mereka supaya tidak terlibat. Polis akan uruskan Jamal dan Maria Chin," katanya, merujuk kepada pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Arahan itu selaras kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang berkata parti tidak boleh menghalang ahli menyertai himpunan aman atas kapasiti peribadi.
Read More / Baca Lagi >>

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


ECRL : Dakwaaan Pemimpin Pembangkang Sempit

Posted: 15 Nov 2016 07:36 PM PST


DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:30 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


TIDAK SETUJU DENGAN ZAHID HAMIDI, HANYA BAJU MERAH YANG MESTI DIARAH BATALKAN PERHIMPUNAN

Posted: 17 Nov 2016 05:11 AM PST

shahbudindotcom


Setelah Najib Razak melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pertembungan fizikal antara kumpulan baju kuning dengan baju merah pada Sabtu ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu.

Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil memberi amaran kepada penganjur bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan tersebut.

"Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, sama ada baju merah atau baju kuning. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kedua-duanya perlu membatalkan perhimpunan.

"Jika tidak ada perhimpunan baju kuning, maka tidak akan ada juga bantahan balas daripada baju merah," tegas Zahid lagi.

Bukan saja saya, bahkan tentu juga ramai yang tidak setuju dengan pendirian Zahid ini. Zahid seharusnya melihat isu perhimpunan 19 November itu daripada awal lagi dengan pertimbangan yang adil dan saksama, bukan semudah itu memberi amaran kepada kedua-dua belah pihak.

Idea mengadakan perhimpunan pada 19 November ini adalah idea Bersih 2.0 dan mereka sudah pun mengadakan empat perhimpunan sebelum ini.

Tarikh yang dipilih juga sudah diputuskan lama sebelum ini. Permohonan kepada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman juga sudah dibuat.
 
 
 
 
Sebaliknya Baju Merah hanya muncul selepas penetapan tarikh perhimpunan dibuat dan ia semata-mata bertujuan untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang dilakukan oleh Bersih. 

Jelas di sini bahawa baju merah berniat jahat dan bertujuan melakukan gangguan. Dalam beberapa program jelajah anuran Bersih juga, niat dan perlakuan baju merah itu lebih jelas lagi di mana mereka bukan saja melakukan gangguan secara terbuka, bahkan menunjuk-nunjuk aksi ganas dan kebal dipukul yang seolah-olah memang untuk "cari gaduh"  matlamatnya.

Jika baju kuning ingin mengadakan perhimpunan, adalah tugas polis menjaga keselamatan serta memastikan agar undang-undang berkaitan sentiasa dipatuhi. Mereka hanya ingin mengadakan perhimpunan aman serta bertujuan meluahkan perasaan terhadap beberapa isu berkaitan kerajaan serta negara dan perkara itu bukan saja dibenarkan oleh undang-undang, bahkan merupakan acara normal bagi rakyat di seluruh dunia.

Tetapi apa tujuan baju merah berhimpun?

Mereka hanya ingin menunjukkan tindakan balas, mengampu Perdana Menteri dan mungkin juga disebabkan ada sedikit-sebanyak dedak yang diterima.

Maka, dalam hal ini yang perlu diminta  untuk membatalkan perhimpunan ialah baju merah saja, sebaliknya biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman dan dengan pengawasan oleh pihak polis.

Sudah pasti, sebagaimana perhimpunan anjuran Bersih sebelum ini, oleh kerana tiada gangguan dan provokasi oleh pihak-pihak luar, maka ia telah berjalan dengan aman  dan tenteram. 

Mungkin yang menjadi masalah di sini dan sering dijadikan alasan ialah kerana tiadanya kebenaran daripada DBKL untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya.

Sebagaimana biasa, alasan yang sering dipakai juga ialah kenapa tidak Bersih mengadakan perhimpunan di stadium atau tempat yang tertutup?

Dalam hal ini, penganjur sudah pun memohon untuk menggunakan Dataran Merdeka dan setelah ia ditolak, mereka kemudian memaklumkan hanya akan berada di jalan-jalan sekitarnya sahaja. Kawasan Dataran Merdeka tidak diganggu sama sekali.

Di mana-mana dunia sekalipun, perhimpunan aman dan meluahkan  perasaan biasanya memang diadakan di jalan-jalan raya dan tempat terbuka supaya ia lebih didengari oleh rakyat jelata dan bertujuan supaya pemimpin yang disasarkan lebih terasa kesannya.

Lagi pun stadium amat terhad bilangan yang boleh menyertainya dan ia lebih sesuai untuk perlawanan bola dan konsert yang memerlukan tiket untuk memasukinya. Di seluruh dunia, begitulah lumrahnya, perhimpunan rakyat tempatnya adalah jalanraya.

Jika perhimpunan aman menentang Malayan Union dahulu hanya diadakan di stadium dan bukan di jalanraya, apakah UMNO mampu wujud di dunia ini?

Oleh yang demikian, Zahid dan pihak polis harus menyedari bahawa perhimpunan awam secara aman memang tempatnya di jalanraya, bukan di stadium.

Tugas menjaga keselamatan adalah tanggungjawab pihak polis. Menghalang pihak lain iaitu baju merah daripada turut mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama atau bertembung dengan tarikh yang telah dipilih oleh Bersih adalah sebahagian usaha menjaga keselamatan yang menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menjaganya.

Tanpa baju merah, baju kuning akan berhimpun dengan aman dan lancar. Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pasukan polis, Zahid seharusnya  memahami punca permasalahan dan cara mengatasinya.

Punca masalah adalah baju merah, bukan baju kuning. Kenapa mesti kedua-duanya diberi amaran agar membatalkannya?

Biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman pada 19 November ini dan Zahid sewajibnya mengeluarkan larangan kepada baju merah daripada turut sama mahu berhimpun pada tarikh tersebut. 

Mereka berhimpun hanya untuk melakukan gangguan, kekerasan dan menunjukkan kesamsengan semata-mata. Amaran Jamal bahawa peserta baju merah dalam keadaan "lapar" pada Sabtu ini dan tidak dapat menjamin tiadanya kejadian tidak diingini daripada mungkin berlaku menjelaskan lagi niat buruk mereka.

Baju merah sepatutnya diberi tarikh lain untuk mengadakan perhimpunan atau jika mereka mahu mengadakannya pada 19 November juga, ia mestilah di tempat yang jauh dengan baju kuning. Jika mereka berhimpun pada tarikh lain, katalah seminggu atau sebulan selepas tarikh perhimpunan Bersih 5 atau di tempat yang lain, sudah pasti tiada sesiapa akan melakukan gangguan.

Kenapa susah sangat Zahid memberi amaran atau arahan sedemikian?
 
 
 

Bank asing terkejut langkah Malaysia sekat kejatuhan ringgit

Posted: 17 Nov 2016 03:48 AM PST

MALAYSIAKINI


Bank-bank asing di Malaysia hari ini pada Khamis cuba memahami untuk bagaimana mematuhi sekatan bank pusat mengenai perdagangan ringgit di pesisir luar - langkah yang dilihat sebagai satu bentuk kawalan modal.

Surat borang yang dihantar minggu ini daripada bank kepada cawangannya di pesisir luar mahu pegawai pematuhan menandatangani komitmen menghentikan perdagangan ringgit di pasaran NDF dan kemudian menghantar surat berkenaan kepada Bank Negara, lapor Reuters, semalam.

"Terdapat urusan surat-menyurat yang ketara di antara bank-bank dan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata seorang pegawai bank asing di Malaysia yang berurusan dalam perdagangan mata wang asing.

"Ini adalah satu bentuk kawalan modal tidak langsung ... Saya lihat ramai yang akan keluar Malaysia."

Ringgit hari ini jatuh hampir 1 peratus ke paras terendah dalam 11 bulan kepada 4.3850 berbanding dolar


Selepas Jamal guna helikopter, Sanjeevan pula mahu intip istana Ketua Polis

Posted: 17 Nov 2016 03:40 AM PST

khalid-sanjeevan 


Pengerusi badan pemantau MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan pula mahu mengikut jejak Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos yang menggunakan helikopter untuk mengintip istana milik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sanjeevan berkata Jamal memberinya idea untuk melakukan perkara sama mengintip rumah agam yang dinamakan Istana Mantin milik IGP.

"Terima kasih kepada Jamal, beliau memberi saya idea untuk membawa wartawan melawat dengan helikopter sekeliling Istana Mantin," kata Sanjeevan.

Selasa lalu, Jamal membawa media untuk melihat sendiri kediaman banglo ala Disneyland milik pemuda PKR, Adam Rosly Abdullah yang menimbulkan kontroversi.

Sebelum ini, Sanjeevan membuat laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.

Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.

Awal November lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.

Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.

Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun.

Jamal dengan saya tak sama taraf - Ibrahim Ali

Posted: 17 Nov 2016 03:01 AM PST


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mahu orang ramai supaya tidak menyamakan kumpulan pendesak Melayu yang diterajuinya dengan gerakan Baju Merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos Jamal.

Katanya, tindakan Jamal terhadap BERSIH adalah berlainan dengan apa yang dilakukan oleh PERKASA sebelum ini.

"Saya tak letakkan saya sama taraf dengan dia. Dia ini lain, saya pemimpin. Saya seorang pemimpin dengan cara-cara saya sendiri," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada tindak tanduk yang dilakukan oleh Jamal yang juga adalah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar ke atas BERSIH kini sama seperti yang dilakukan oleh NGO itu terhadap kumpulan Baju Kuning sebelum ini.

Gerakan Baju Merah dilaporkan bukan sahaja 'menghambat' aktivis mahupun orang ramai yang menyokong BERSIH, tetapi berlaku juga beberapa insiden keganasan membabitkan petugas media.

Konvoi BERSIH dalam siri jelajah ke beberapa bandar di seluruh negara juga diganggu.

Terbaru, Ahad lalu, Jamal yang terbabit dengan pergelutan berdarah di hidungnya apabila kumpulannya dihalang mengekori aktivis PKR yang mempromosikan kempen himpunan BERSIH.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang mengakui Jamal yang adalah bekas ahli PERKASA, berkata, beliau tidak pernah melakukan sebarang keganasan atau kekasaran terhadap BERSIH.

"Kita dulu ada uar-uarkan dulu sekali. BERSIH mula-mula dulu kita kata kita nak bantah perkara-perkara kita tak puas hati boleh kita bantah tapi ikut cara betul. BERSIH kali pertama mereka teruskan juga berhimpun dan kita tak ganggu.

"Kita blackout. Kita serahkan kepada polis untuk menguruskan mereka," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Beliau turut ditanya adakah tindakan Jamal yang juga adalah bekas Majlis Tertinggi PERKASA telah memalukan NGO itu.

"Kenapa nak malukan PERKASA? Banyak orang kalau orang Islam buat benda tak baik dia memalukan Allah? Sama juga macam tu. Saya rasa tak relevan, tak ada kena mengena.

"Dia masalah hak peribadi ini, kita tak boleh nak samakan, itu hak dia," katanya.


Konvesyen Pakatan Harapan Yang Anti-Klimaks

Posted: 17 Nov 2016 02:55 AM PST

Dr Kamarul Zaman Yusoff,


ph


Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu lalu, ditunggu oleh banyak pihak kerana ia merupakan konvensyen pertama PH sejak ditubuhkan pada 22 September 2015. Sejak diwujudkan, tidak banyak program penyatuan rasmi PH melainkan pemeteraian Perjanjian PH pada 9 Januari 2016 bagi mengikat kesemua parti mengenai prinsip dan kaedah dalam membina kesatuan politik.


Sewaktu mengumumkan pemeteraian Perjanjian PH, Ketua Sekreteriat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, menyebut betapa tumpuan seterusnya PH adalah untuk membentuk dokumen Dasar-Dasar Bersama PH ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada masalah rakyat. Dokumen ini dijanji untuk diumumkan di Konvensyen PH yang dijadual diadakan menjelang Jun 2016.

Disebutkan waktu itu betapa Dasar-Dasar Bersama PH ini ada kelainan kerana lebih radikal dan memberi fokus terhadap isu-isu utama rakyat. Ini bagi meyakinkan rakyat PH adalah pilihan terbaik untuk membela kepentingan mereka. Antara perkara yang dijanji untuk diberi penekanan adalah bagaimana PH menangani isu kebajikan dan sosioekonomi serta politik pengundi Melayu.

Jun 2016 berlalu tanpa konvensyen dijanjikan. Sebaliknya, Majlis Presiden PH pada 12 Julai 2016 mengakui PH mempunyai pelbagai kelemahan yang perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan. Pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama PH yang menyeluruh akan dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat.

Di sebalik pelbagai isu besar dalam negara baik membabitkan parti pembangkang mahupun parti kerajaan, Majlis Presiden PH terus lesu tidak bermaya. Mesyuarat Majlis Presiden PH hanya mampu dilangsungkan pada 12 Oktober dengan memutuskan Konvensyen PH diadakan pada 12 November bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat.

Pada 24 Oktober, dalam majlis pelancaran buku "The End of UMNO?", Saifuddin, sewaktu menjawab kenyataan Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyifatkan PH tidak menunjukkan kesediaan untuk menggantikan BN, termasuk kegagalannya mengumumkan kabinet bayangan atau bakal Perdana Menteri, menyebut nama bakal Perdana Menteri akan diputuskan di dalam Konvensyen PH.

Menjelang berlangsungnya Konvensyen PH pula, bertiup khabar bahawa majlis ini akan menyaksikan termeterainya Perjanjian Kerjasama PH dan PPBM. Malah, deraf yang membutirkan empat perjanjian antara mereka juga menunjukkan kesemuanya telah siap dirangka oleh PH ke arah merealisasikan kewujudan gabungan pembangkang yang kuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Butiran perjanjian tersebut membabitkan persetujuan mereka untuk berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63; memperjuangkan agenda reformasi; meletakkan satu calon di dalam sesuatu pilihan raya; dan berusaha berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.


Begitupun, Konvensyen PH tercemar dengan demonstrasi NGO Pro PH/Sayangi PH dan Kelab Penyokong PH Malaysia membantah penyertaan PAS dalam PH. Di dalam memorandumnya kepada pemimpin PH, mereka merayu agar PH, PPBM dan WARISAN memutuskan sebarang kerjasama atau rundingan dengan PAS yang didakwa merugikan dan hanya melambatkan gerak kerja mereka.

Sentimen menolak kerjasama atau rundingan dengan PAS, yang disertai dengan pelbagai sindiran terhadap PAS, bergema di dalam Konvensyen PH oleh sesetengah pemimpin PKR, Amanah dan DAP. Masa yang sama, sesetengah pemimpin lain konsisten menekankan keperluan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN sekali gus bersikap positif dengan PAS.

Begitu juga Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang di dalam ucapannya turut menyentuh keperluan menyatukan barisan pembangkang, dengan menyebut betapa pertandingan tiga penjuru melawan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini telah memberikan kemenangan mudah kepada BN walaupun ia dilihat menghadapi permasalahan.

Muhyiddin secara tidak langsung menempelak pemimpin PH bila meminta majlis menandatangani perjanjian ditangguhkan dahulu untuk memberikan masa yang cukup kepada semua pemimpin PPBM dan PH berbincang. Antara lain, beliau menyebut keperluan untuk merangka dasar-dasar bersama yang berpaksikan kepentingan rakyat yang akan dijadikan asas pembuatan dasar-dasar negara.

Memalukan bagi pemimpin PH bila janji mereka untuk mengumumkan Dasar-Dasar Bersama PH di dalam konvensyen mereka gagal ditepati. Ia menjadi petanda ketidakseriusan mereka menangani permasalahan rakyat dan ketidaksediaan mereka memerintah negara. Apatah lagi bila ketiadaannya digunakan pula oleh Muhyiddin untuk menangguhkan Perjanjian Kerjasama PH dan PPBM.

Lebih memalukan apabila pemimpin bawahan seperti Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh, pula yang mengingatkan pemimpin PH supaya mengurangkan cerita keburukan BN sebaliknya melebihkan hebahan mengenai penyelesaian masalah rakyat. Kata beliau, pengundi hari ini mahu tahu sama ada PH sedia membentuk kerajaan dan apa PH akan lakukan sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Begitu juga dengan pemimpin seperti Timbalan Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Al Jundi, yang menyeru PH supaya menyediakan dokumen agenda Melayu Islam dalam mendepani kebimbangan pengundi Melayu Islam pada PRU 14. Kalau PH gagal mengeluarkan tawaran dokumen agenda baru Melayu Islam ini maka UMNO akan terus berkuasa selepas PRU 14, katanya.

Apa yang jelas, Konvensyen PH bukan sahaja gagal mengumumkan Dasar-Dasar Bersama PH yang dijanjikan oleh Saifuddin, tetapi juga gagal memenuhi janji beliau untuk menentukan nama bakal Perdana Menteri. Di sebalik gesaan sama Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, selaku pembahas pertama, isu ini dimatikan terus oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di dalam ucaptama beliau, Mahathir menyebut perkara utama dalam perjuangan pembangkang sekarang ini ialah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. Dalam sidang media beliau pula, disebutkan keperluan menguasai Putrajaya dahulu. Selepas menang barulah boleh dinamakan sesiapa sahaja daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak untuk jadi Perdana Menteri, katanya.

Tidak hairanlah jika ada yang berkata Konvensyen PH ini telah dirampas oleh Mahathir. Tiada lain selain keburukan Najib yang diucapkan beliau, termasuk tuduhan terbaru beliau kononnya pilihan raya di bawah Najib lebih buruk dpd pilihan raya di mana-mana negara di dunia, dan kononnya BN menang dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana pengundi disogokkan wang.

Pada akhirnya, tiada apa yang diputuskan secara rasmi dalam Konvensyen PH ini. Hakikat ini terbukti apabila slot "Resolusi" di dalam aturcaranya ditiadakan terus. Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, boleh sahaja berpantun mengenai tekad 'satu lawan satu' dan Mahathir boleh terus berkokok mengenai tekad 'satu logo satu manifesto', tetapi realitinya lain.

Kewujudan Amanah dalam PH adalah bagi menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Jika PH-PPBM bekerjasama dengan PAS, di manakah lagi relevannya Amanah dalam PH? Apatah lagi dengan pelbagai sindiran pedas dilontarkan seperti 'Pak Haji yang korupsi', 'dapat dedak' dan sebagainya yang sudah tentulah akan menjauhkan lagi PAS daripada mereka.

Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN).

PAN Kesal Usul Alternatif Lawan RUU 355 Ditolak

Posted: 17 Nov 2016 02:49 AM PST


 Parti Amanah Negara (PAN) kesal usul alternatifnya yang sebelum ini mendakwa lebih menyeluruh berbanding Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak Speaker Dewan Rakyat.


Pembawa usul alternatif itu, Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata dalam surat bertarikh 1 Oktober oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, usul berkenaan ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).

"(Usul alternatif) Ini bukan bukan untuk melawan (RUU) PAS. Ini untuk membantu rakyat memahami masalah yang dihadapi mahkamah Syariah dan mengapa RUU Akta 355 (yang dibawa PAS) menjadi sangat kontroversi.

"Kami tidak mahu perkara ini (RUU Akta 355) dipolitikkan. Memang kita semua menyokong tetapi oleh kerana ia menjadi satu kontoversi, ia seolah-olah menyebabkan kita bergaduh kerana usul (RUU Akta 355) tersebut, " katanya di sidang media di Parlimen hari ini.

Siti Mariah berkata usul alternatif yang dikemukakan PAN itu sebagai jalan tengah untuk mengelakkan pergaduhan di antara muslim dan bukan muslim.

usul0
usul

Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut hadir bersama Siti Mariah mendakwa berbanding dengan PAS, pihaknya telah dianaktirikan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Hakikat usul kita ditolak menunjukkan kedudukan AMANAH tidak seperti PAS. Usul PAS boleh dirunding sehingga dibawa kepada menteri, tetapi AMANAH tidak," ujarnya.

Berbeza dengan Siti Mariah, Khalid mengakui usul alternatif PAN adalah untuk melawan usul 355 yang dibawa PAS yang disifatkannya lebih mementingkan soal hukuman.

"Isi kandungan usul kita, kita bukan beri tumpuan soal nak tingkat hukuman. Apa yang kita mahu, Mahkamah Syariah yang berdaya saing, bukan Mahkamah Syariah yang sekadar nak jatuhkan hukuman,"katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI

MP tuntut lebih ramai disiasat SPRM

Posted: 17 Nov 2016 02:06 AM PST


Zulaikha Zulkifli

Selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini menggesa pihak berkuasa turut menyiasat lembaga pengarah Tabung Haji.

Setiausaha agung PKR itu mempersoalkan keputusan pengurusan Tabung Haji termasuk lembaga pengarah dan panel pelaburannya membuat pelaburan di GLC yang mengundang kontroversi.

"Bagaimana pengurusan Tabung Haji termasuk Lembaga Pengarah dan panel pelaburan boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang sebelum Tabung Haji membuat pelaburan besar besar, telah mengundang pelbagai kontroversi.

"Lebih penting siasatan perlu dibuat tentang bagaimana setelah GLC itu mengalami kerugian, Tabung Haji terus menyuntik dana ke dalam GLC itu hingga memberi pelbagai bentuk sokongan kewangan walaupun Tabung Haji hanyalah pemegang 30 peratus dalam GLC terbabit.

"Pengurusan kanan Tabung Haji dan peringkat Lembaga Pengarah, panel pelaburan dan ketua pegawai eksekutifnya yang bertanggungjawab dalam keputusan di atas perlu disiasat juga kerana keputusan mereka terus melaburkan wang pendeposit Tabung Haji ke dalam GLC itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara, Rafizi berkata beliau akan menunggu maklum balas Tabung Haji berhubung perkara itu dan akan mempertimbangkan membuat laporan polis minggu depan terhadap beberapa pengurusan Tabung Haji.

"Saya akan tunggu sampai minggu depan, dan jika tiada sebarang respon saya akan membuat laporan polis," katanya lagi.

Rafizi berkata lagi, walaupun tiada unsur rasuah atau penyelewengan, pengurusan kanan Tabung Haji boleh disiasat bagi memastikan tiada unsur kecuaian.

Isnin lalu SPRM menahan seorang pengarah GLC bergelar Datuk, dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah wang rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Shah Alam, kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan.

Rafizi sebelum ini telah membuat beberapa pendedahan berkaitan pelaburan Tabung Haji yang didakwa mengalami kerugian.

Antaranya Rafizi mendakwa kerajaan menyerahkan kontrak bernilai RM740 juta kepada TH Heavy Engineering Bhd (THHE) melalui rundingan terus.

THHE ikrar beri kerjasama penuh

Sementara itu, The Edge Markets melaporkan, THHE berikrar memberi kerjasama penuh kepada siasatan SPRM susulan siasatan terhadap dua pegawai kanannya.

"Syarikat ini komited menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan ketelusan, integriti dan amalan perniagaan beretika sebagai faktor utama ke arah pengurusan korporat yang baik," kata THHE dalam kenyataannya semalam.

Bagaimanapun, susulan perkara itu sedang disiasat, syarikat itu tidak kan memberikan sebarang komen lanjut buat masa itu.


Tangkap Jamal, jangan bahayakan nyawa polis - Rafizi

Posted: 17 Nov 2016 02:06 AM PST

 Zulaikha Zulkifli

 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meletakkan pasukannya dalam bahaya sekiranya beliau tidak bertindak gerakan Baju Merah daripada menganjurkan perhimpunan balas serentak pada Sabtu ini, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Ini selepas Khalid dilaporkan berkata polis bersedia jika berlaku kemungkinan pertembungan di antara kedua-dua kumpulan itu dan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu.

"IGP Khalid, kamu diingat bahawa kamu mempertaruhkan nyawa dan keselamatan pasukan polis kamu pada Sabtu ini melainkan kamu melakukan sesuatu terhadap Jamal sekarang.

"Hentikan mesej fanatik, fasis dan perkauman Baju Merah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, Datuk Seri Jamal Yunos yang memipin gerakan Baju Merah mengamalkan perkauman dan fasis dan ini sukar untuk disekat.

Sehubungan itu, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap Jamal sebelum perhimpunan Sabtu ini, Khalid akan mempertaruhkan nyawa anggota keselamatan yang bertugas.

"Kumpulan yang fasis dan perkauman seperti Baju Merah tidak boleh dikawal.

"Jika kamu tidak sekat dia sekarang, kamu bukan sahaja meletakkan orang awam yang menyertai (perhimpunan) BERSIH 5 dalam bahaya," katanya.

Jamal, bulan lalu ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan menghasut.

Selepas hidungnya berdarah dalam pergelutan di Ampang, Ahad lalu, Jamal berikrar untuk membalas dendam dengan 'hutang darah dibayar darah' dan mahu 'mencincang' mereka yang melukakannya itu.

Pergelutan itu tercetus apabila kumpulan Baju Merah cuba keluar dari sebuah pusat membeli-belah tetapi dihalang oleh polis.

Mereka sebelum itu mengekori aktivis PKR yang berbaju-T BERSIH yang mempromosikan perhimpunan pada 19 November tersebut.

Jamal dirakamkan dalam video kejadian itu menjerit "polis tumbuk saya" tetapi kemudian menafikan berbuat demikian. Beliau sebaliknya menyalahkan 'budak' Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin.

Zuraida hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Jamal kerana menuduhnya dan 'budaknya' yang mencederakan pemimpin Umno Sungai Besar itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

'Janda seksi’ Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU14

Posted: 17 Nov 2016 02:06 AM PST



Anne Muhammad


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sambil mengibaratkan dirinya seperti 'janda seksi' berikutan beberapa parti politik sudah 'melamarnya' untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, katanya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.

Beliau yang bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013 bagaimanapun tidak mahu mendedahkan parti politik mana yang menjadi pilihannya.

"Saya mengakui ada pihak yang melamar kerana saya tak minat menyertai parti politik dan ingin kukuhkan PERKASA.

"Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi.

"Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding). Saya tak tak boleh bagi tahu sekarang," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA.


Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika

Posted: 17 Nov 2016 02:06 AM PST

Rosemarie Khoo Mohd Sani




Ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun terus mengalami penurunan berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata para peniaga.

Pada pukul 12 tengah hari, ringgit diniagakan pada 4.3850/3920 berbanding dolar AS, daripada 4.3570/3670 pada pukul 9.06 pagi.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen akan menyampaikan ucapan mengenai prospek ekonomi negara itu lewat hari ini.

Profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata peningkatan dalam ekonomi AS termasuk data pekerjaaan dan sentimen perbelanjaan pengguna baru-baru ini membawa kepada permintaan tinggi bagi dolar AS, mengheret turun ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun lain.

"Mata wang pasaran pesat membangun seperti Brazil, Korea Selatan, Indonesia, China dan Malaysia berkemungkinan mengalami kesan negatif disebabkan oleh perubahan arah dalam aliran modal," kata Yeah kepada Bernama hari ini.

Ringgit turun ke paras terendah pada 21 Jan apabila mencecah 4.3780/3870. - Bernama


Penjawat awam boleh dibuang kerja, potong gaji jika sertai BERSIH 5

Posted: 17 Nov 2016 01:58 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Penjawat awam diingatkan tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan di ibu negara, Sabtu ini, atau berdepan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja atau potong gaji.
 
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberikan amaran itu berkata, bentuk tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam terbukti terbabit dalam perhimpunan tidak sah hujung minggu ini bergantung kepada tahap penglibatan mereka.
 
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam, jika gambar mereka terlibat dalam perhimpunan itu disiarkan media.
 
"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima," katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Puspanita Kali Ke-4, hari ini.
 
Beliau berkata, lazimnya penjawat awam tahu mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka akan mematuhi peraturan itu.
 
Bersih yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia dan merancang menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, gerakan Baju Merah mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut akan menganjurkan perhimpunan balas di tempat, hari dan waktu sama.
 
Pada 8 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua notis yang dihantar penganjur Bersih 2.0 gagal memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.
 
Selasa lalu, polis memberi amaran akan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Baju Merah dan Bersih.