Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


ADUHHH...LURUH JANTUNG MEMBACA SURAT TERBUKA, TAPI SAHUTLAH CABARAN INI!!

Posted: 10 Nov 2016 05:51 AM PST

Tanpa ragu, cabaran yang dilontarkan oleh peguam Hanif Khatri Abdulla kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad  agar beliau membuka kembali kertas siasatan terhadap Najib Razak berkaitan 1MDB dan SRC International dengan memohon semula Bantuan Guaman Bersama atau MLA melalui Jabatan Peguam Negara, adalah sesuatu yang wajar dan relevan.

Rakyat Malaysia seluruhnya juga tentu akan menyokong dan tabik dua belah tangan kepadanya jika berbuat demikian.

Tidak guna beliau sekadar gagah membuat surat terbuka dengan bait kata-kata yang indah dan mempersonakan, tetapi tidak berani bertindak kepada suatu "ibu kes" yang menjadi perbualan rakyat dan perhatian seluruh di dunia.

Tangkap dan dakwalah berapa banyak kes yang lain, ia pasti tidak sama dengan kes melibatkan Najib berkaitan 1MDB dan SRC International. Tambahan lagi, berkaitan SRC misalnya, Najib sendiri mengaku menerima wang itu, cuma mendakwanya tidak tahu ia datangnya daripada SRC, tapi tetap enjoy membelanjakannya.

Walaupun diketahui juga semasa SPRM dipimpin oleh Abu Kassim Mohamed, agensi itu telah dua kali memohon MLA tetapi ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali sebelum kes melibatkan Najib diarahkan tutup, tidak menjadi kesalahan bagi Dzulkifi mengemukakan permohonan itu sekali lagi.

Jika permohonan kali ini ditolak juga oleh Peguam Negara, sekurang-kurangnya diketahuilah bahawa beliau telah cuba berusaha sedaya upaya untuk menyiasatnya semula.

Cuma, halangannya ialah Peguam Negara yang tidak memberi kebenarannya. Dengan itu, Dzulkifli tidak akan dipersalahkan lagi sampai bila-bila.

Yang penting, beritahulah kepada rakyat semua bahawa beliau mahu memohon semula MLA kepada Peguam Negara agar proses siasatan dan usaha memperolehi dokumen di luar negara dapat dilaksanakan segera.

Tidak susah, itu saja yang perlu dilakukan oleh Dzulkifli.

Dalam warkah terbuka sempena 100 hari perkhidmatannya sebagai Ketua Pesutuhjaya SPRM baru-baru ini, antara bait-bait ayat mempersonakan yang dilafazkan oleh Dzulkifli yang ditujukan kepada Yang Berhormat, ahli-ahli politik dan pemimpin masyarakat ialah, "Jangan kamu khianati amanah rakyat. Jangan hanya mahu didendang dan dijulang di persada takhta, sedang pertimbangan dan kepentingan rakyat dibiar alpa.
Read More / Baca Lagi >>

ECRL: Siapa yang berbohong sebenarnya, Najib atau Rahman Dahlan ?

Posted: 10 Nov 2016 05:45 AM PST

KANTOI LAGI !!!!.. disebabkan ada percanggahan kos Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di website CCCC (RM46 bilion) dgn pengumuman Najib (RM55 bilion), DENGAN PANTAS menteri Rahman Dahlan buat citer kononnya tambahan RM9 bilion itu adalah tambahan laluan (88 km) Gombak ke Pelabuhan Klang bg melengkapkan jumlah laluan keseluruhan adalah 688 km..

BUKANKAH NAJIB DAH KATA DALAM PARLIMEN & juga berita2 dari seluruh negara kata bahawa kos projek ECRL itu adalah yg merangkumi laluan keseluruhan 600 km dari Tumpat ke Pelabuhan Klang !!!

KENAPA TIBA-TIBA SETELAH KANTOI DARI WEBSITE CCCC ITU TERUS BERTUKAR JADI 688 KM ??!!

LAST-LAST... cina-DAP YANG DISALAHKANNYA !!!

Posted: 10 Nov 2016 05:42 AM PST

GILER KA APA !!! Kontrak buat rumah PR1MA pon nak bagi kat Komunis-China gak ker !!!.. Kontraktor2 rakyat M'sia dapat BR1M pon dah bersyukur...

Tak mustahil satu hari nanti rakyat M'sia terpaksa merempat di negara sendiri.. angkara penyangak besar negara.

LAST-LAST... cina-DAP YANG DISALAHKANNYA !!!

AMACAM rakyat T'ganu. Jgn lupa undi pangkoh BN lagi yer PRU14..

RUPA-RUPANYA 'tiada keperluan'..

Posted: 10 Nov 2016 05:37 AM PST


Ini betul-betul mengejutkan !!! Selama ini, kita ingat SPRM/MACC giat menyiasat kes Rasuah Raksasa 1MDB yg sudah tersebar ke serata pelusuk dunia.

RUPA-RUPANYA 'tiada keperluan'.. itulah jawapannya dari seorang menteri dlm kabinet Najib.

KOS ECRL TINGGI: MEREKA YANG BERPENGALAMAN TAPI KRITIK SEMUANYA BODOH, YANG PANDAI HANYALAH PRO-1MDB

Posted: 10 Nov 2016 03:34 AM PST


Pada kos sebanyak RM91.67 juta bagi setiap kilometer, pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menjadi salah satu daripada laluan kereta api dan kargo antara negeri yang paling mahal yang akan dibina di dunia, menurut pemain industri.
"Ia boleh menjadi projek infrastruktur kereta api yang paling mahal di dunia dalam kelasnya…Ia projek yang baik tetapi tidak pada harga yang tidak masuk akal ini," kata seorang eksekutif dari sebuah syarikat pembinaan.
Seorang penganalisis yang enggan namanya didedahkan turut bersetuju. "Terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak."
Apabila ditanya sama ada harga yang tinggi itu mungkin kerana keperluan untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa, beliau menjawab 'tidak', memetik laporan oleh theedgemarkets.com.Mkini
"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya," kata beliau, memetik laporan Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut, laporan yang sama berkata, eksekutif berkenaan menganggarkan kos pembinaan landasan kereta api itu boleh dilakukan pada hanya RM36 bilion.
Beliau berkata, rakan sekerja industri pembinaan yang berasal dari Eropah pula percaya kos untuk pembinaan projek itu ialah RM32 bilion bagi keseluruhan laluan.
"Kedua-dua anggaran tersebut termasuk kos untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa," kata beliau lagi.
Itu kata professional dalam bidang mereka yang berkaitan sepertimana laporan paper2 …. di bawah ini pula saya kongsikan emel pandangan daripada seorang pengomen yang biasa kita baca di beberapa blog ternama, iaitu Rahman JPC yang pernah terlibat aktif dalam industri pengangkutan khususnya keretapi –
1) Sungguh pun telah bersara selama 13 tahun daripada perkhidmatan kerajaan, namun saya masih lagi berinteraksi dengan pakar runding dalam industry perkereta apian.
2) Malahan pada akhir 2013 saya berkesempatan mengadap baginda Sultan Johor untuk berbincang mengenai industry rail khusus nya projek landasan berkembar elektrik 'Gemas-JB'. Dalam dialog saya dengan baginda Sultan, saya sempat membangkitkan 'rationale' mengapa ianya TIDAK perlu ditawarkan kepada syarikat dari Negara China dengan harga yang jauh lebih mahal jika di banding dengan syarikat2 tempatan yang saya yakin mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya. Baginda yang banyak pengetahuan mengenai industry rail telah berkenan mengambil maklum.
3) Saya telah juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Tun Mahathir di mana beliau bersependapat bahawa setelah berjaya melaksanakan hampir semua projek2 rail di dalam negara, maka tiada sebab projek2 berikutnya perlu ditawar kepada syarikat rail daripada negara2 lain. Malahan Tun berpendapat sudah sampai masa nya syarikat2 tempatan kita pula yang memasarkan kepakaran mereka kepada negara2 membangun yang lain.
4) Hanya terdapat satu projek yang nilai nya agak besar (rm400 juta) yang di tawar kan kepada syarikat IRCON (Indian Railway Construction Co.) dengan menggunakan kaedah 'counter trade/ offset' dengan pembekalan minyak sawit bagi mengatasi sabotaj daripada 'anti palm oil lobby' yang berpusat di USA.
5) Bagi negara2 yang sedang membangun, dan  mempunyai hasil bumi yang kaya, maka kaedah  ini amat berkesan untuk mengujudkan 'win win situation'.
6) Ada ura2 pada satu ketika dahulu untuk memberikan jajaran rel berkembar Seremban-JB  kepada syarikat daripada negara China dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada IRCON (India).
7) Namun di hari2 terakhir Tun Mahathir menjadi PM, kedua2 jajaran tersebut telah ditawarkan kepada syarikat tempatan dengan harga keseluruhan rm14 bil .
8) Setelah Pak Lah mengambil alih sebagai PM, tawaran tersebut telah ditarik balik degan alasan kerajaan tiada peruntukan.

9) Mungkin atas desakan pihak tertentu jajaran Seremban-Gemas telah akhirnya di tawarkan kepada IRCON dengan kos lebih kurang rm5 bil, dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada syarikat tempatan  dengan kos lebih kurang rm14 bil.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar ekonomi gesa mansuhkan kategori terkecuali GST

Posted: 10 Nov 2016 03:31 AM PST

Firdaos Rosli berkata kategori terkecuali menyebabkan perniagaan menanggung kerugian dan pengguna terpaksa membayar lebih
firdaus-rosli-1
PETALING JAYA: Kerajaan disaran supaya permudahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan memansuhkan kategori kadar terkecuali, kata pakar ekonomi Firdaos Rosli.
Felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) itu berkata GST secara ideal ditumpukan kepada kadar terpiawai dan kadar sifar sahaja.
Firdaos menjelaskan barangan dan perkhidmatan berkadar sifat dikenakan kadar GST sifar kerana perniagaan terbabit boleh menuntut kredit cukai.
Bekalan kadar terkecuali pula bermakna GST tidak dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi perniagaan terbabit tidak boleh menuntut GST untuk aset, pembelian dan perbelanjaan.
"Dalam hal kadar terkecuali, pembekal tidak boleh memindahkan GST kepada pengguna mereka, jadi apa yang mereka lakukan?
"Seandainya mereka bermurah hati, mereka akan menyerap cukai itu, jika tidak mereka akan pindahkan kos kepada pelanggan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan," kata Firdaos kepada FMT.
Oleh itu, kata Firdaos, beliau tidak bersetuju dengan kategori terkecuali kerana ia akan menyebabkan pembekal menyerah kerugian atau pengguna terpaksa membayar lebih lantaran kenaikan harga buatan.
Kategori terkecuali, katanya, akan menimbulkan kesulitan di masa depan apabila barangan atau perkhidmatan berkenaan dikeluarkan daripada senarai terkecuali dan dimasukkan dalam senarai kadar terpiawai, kerana memerlukan pengubahsuaian dan boleh mengundang kemarahan.
Read More / Baca Lagi >>

Beli kapal perang China boleh, isi minyak bot pantau nelayan asing tak mampu

Posted: 10 Nov 2016 03:26 AM PST

Amanah membidas Putrajaya kerana mengabaikan peruntukan minyak agensi peronda hingga menyebabkan perairan negara diceroboh nelayan asing
raja-bahrin
KUALA LUMPUR: Amanah membidas Putrajaya kerana mengabaikan peruntukan minyak agensi peronda hingga menyebabkan perairan negara diceroboh nelayan asing dan mengganggu mata pencarian nelayan tempatan.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah-Kuala Terengganu) mempersoalkan keutamaan Putrajaya, yang baru-baru ini membeli 4 kapal perang daripada China.
"Amat menyedihkan apabila nelayan mengadu kepada Jabatan Perikatan dan Pasukan Polis Marin kenapa nelayan asing masuk ceroboh. Jawapannya: Mahu ronda tapi tiada peruntukan minyak.
"Bayangkan alasan apa itu?" katanya semasa sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.
"Kerajaan kita boleh beli kapal perang daripada China beratus juta ringgit, tapi tidak ada peruntukan untuk beli minyak jaga nelayan miskin?"
Katanya sikap sebenar Putrajaya terhadap nelayan tempatan turut dilihat dalam Bajet 2017. Raja Kamarul berkata belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kali ini sekadar memperuntukkan 10% keepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ada banyak masalah yang belum diatasi, peruntukan telah dipotong. Nelayan lebih memerlukan bantuan yang bermakna bukan hanya bantuan kewangan seperti subsidi dan baiki rumah.
"Nelayan memerlukan bantuan teknikal, keselamatan dan bantuan sokongan. Mereka mahu dijaga supaya boleh tangkap ikan di laut tanpa gangguan nelayan asing," katanya.

Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB

Posted: 10 Nov 2016 03:23 AM PST

Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang berkata demikian kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.
Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny (gambar).
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.
Mereka juga dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.
DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

Nelayan Mahu Bantuan Keselamatan, Bukan Duit

Posted: 10 Nov 2016 03:14 AM PST

'Najib tengok perbahasan di CCTV, barangkali mahu tengok Johari jawab' - Pandikar

Posted: 10 Nov 2016 03:12 AM PST

Husam doa anak sulung Nik Aziz jadi MB perintah Kelantan

Posted: 10 Nov 2016 03:11 AM PST

Pandikar baca Malaysiakini, nafi dakwaan Tun M parlimen tak cantik

Posted: 10 Nov 2016 03:10 AM PST

Jumpa Najib gagal, kini PRESMA rayu Menteri bawa masuk pekerja asing

Posted: 10 Nov 2016 03:10 AM PST

Abdul Khalid tunggu tarikh untuk jawab dakwaan Azmin

Posted: 10 Nov 2016 12:32 AM PST

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu jawapan daripada pejabat Dewan Negeri Selangor bagi menetapkan masa untuk hadir memberi penerangan tentang tawaran RM2.9 billion kepada Splash pada 2009.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "Berlandaskan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang dipegang selama ini, saya setuju untuk hadir bagi memberi penerangan terperinci berkenaan tawaran-tawaran yang telah dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang saya diamanahkan jawatan Menteri Besar.
"Pihak saya telah pun menghubungi pejabat Dewan Negeri Selangor untuk menetapkan masa bagi memberi laluan kepada saya memberi pencerahan di samping menjawab sebarang pertanyaan berkenaan isu ini secara komprehensif, berhemat dan matang," katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai tawaran RM2.97 bilion untuk pengambilalihan Splash yang didakwa telah dipersetujui Abdul Khalid sebelumnya.
"Yang saya dedahkan dalam dewan ialah kerana hipokrasi Khalid Ibrahim. Di luar dia sebut RM250 juta, tapi dia sendiri yang menulis surat kepada Splash menawarkan RM2.9 bilion.
"Dia perlu bertanggung jawab ke atas apa yang telah diputuskan ketika pemerintahannya. Kenapa bohong kepada rakyat?" katanya kepada media di bangunan Dun Selangor.
Mohamed Azmin turut mendakwa, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan tawaran RM2.97 bilion telah dibuat sebelum ini dengan persetujuan Splash.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin dedah bukti baru pengambilalihan SPLASH

Posted: 10 Nov 2016 12:27 AM PST

Setiausaha kerajaan negeri ketika pemerintahan Khalid mengesahkan tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH.
bahasa, khalid ibrahim, splash, azmin ali
SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta bertanggungjawab dan tidak mengalihkan perhatian rakyat mengenai tawaran sebenar yang dibuatnya dalam pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bukti baru diperolehinya hari ini yang menunjukkan Khalid menawarkan ekuiti sebanyak RM2.975 bilion kepada SPLASH.
Katanya, bukti itu diperoleh daripada bekas setiausaha kerajaan negeri ketika pemerintahan Khalid.
"Pagi ini saya mendapat pengesahan daripada (bekas) setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Ramli Mahmud yang mengesahkan itulah keputusan yang dibuat Khalid, menawarkan RM2.97 bilion kepada SPLASH. Ini patut beliau jawab," katanya di lobi Dewan Annex DUN Selangor.
Tambahnya, Khalid tidak perlu menuduh mengenai pembayaran 10 kali ganda terhadap SPLASH kerana tuduhan itu tidak berasas.
"Perdebatan hari ini ialah Khalid berkokok di seluruh dunia yang beliau menawarkan hanya RM250 juta dan menuduh saya membayar 10 kali ganda. Tuduhan itu tidak berasas kerana belum ada kata putus yang kita tetapkan.
"Beliau tidak menawarkan secara rasmi kepada kadar RM250 juta sebagaimana didedahkan dalam Dewan. Beliau menawarkan RM2.97 bilion dari segi ekuiti dan liabiliti kepada SPLASH dan ia menerima tawaran kerajaan negeri pada ketika itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Kit Siang, terima kasih gelar saya zalim' - Pandikar

Posted: 09 Nov 2016 11:57 PM PST

'Terlampau luas beza antara kerajaan Najib dengan Tun M dulu' - Pandikar

Posted: 09 Nov 2016 11:37 PM PST

Pandikar tuntut Tun M mohon maaf

Posted: 09 Nov 2016 11:34 PM PST

"Memang saya teruja jumpa Tun, tetapi...," luah Pandikar

Posted: 09 Nov 2016 11:33 PM PST

Amal kesaksamaan, Selangor tolak politik sempit

Posted: 09 Nov 2016 11:30 PM PST

Budaya politik sempit yang memfokuskan golongan tertentu tidak menjadi amalan Kerajaan Selangor dalam mengangkat martabat juga membela ekonomi rakyat di negeri itu.
img_0709-1296x864Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, usaha itu diterjemah menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang bersifat inklusif tanpa mengenepikan sebarang kaum, bangsa mahupun agama.

"Sejak 2008, kita cuba mengatasi pandangan tidak sihat itu dengan melaksanakan program mencakupi golongan ramai tanpa mengabaikan mana-mana kumpulan.
"Bagaimanapun, terdapat juga fokus kepada golongan tertentu jika perlu seperti program untuk pekerja ladang yang majoritinya kaum India bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup," katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Beliau berkata demkian mewakili Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berkenaan perkara itu.
Pada masa sama, Amirudin turut menegaskan isu perkauman seharusnya tidak menjadi modal kepada mana-mana pihak dalam usaha meraih sokongan.
"Sikap benci juga harus dielakkan sama sekali, sebaliknya kita perlu menangkat tinggi konsep perpaduan kaum, malahan Kerajaan Negeri menolak sikap melampau yang diamalkan tidak kira sesiapa," katanya.

‘RAKAN PERIBADI’ - MAMPUKAH NAJIB PENGARUHI TRUMP DALAM ISU PALESTIN?

Posted: 09 Nov 2016 10:04 PM PST

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru Donald Trump bukan asing buat Perdana Menteri.

Malah, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan dirinya mengenali Trumph - ahli perniagaan - secara peribadi.
Kata Najib semalam, "Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan asing bagi saya."
  
Beliau menjawab soalan pemberita selepas menghadiri program Persidangan Daya eUsahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai mengulas soalan pemberita mengenai kemenangan Trump sebagai presiden AS yang baru.

Lupakan rakan sepermainan golf Najib - Barrack Obama di Hawaii - kerana kini Najib ada rakan baru di Rumah Putih yang baru. Lebih berpengaruh dengan Israel dan pelobi Yahudi di AS.
  
Semalam juga Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu mengucapkan tahniah kepada Trump, dengan memanggilnya sebagai 'rakan sejati Negara Israel' ( "true friend of the State of Israel").
Netanyahu yakin mereka akan 'meneruskan usaha memperkukuhkan pakatan yang unik antara kedua-dua negara dan membawanya ke peringkat lebih tinggi."
Malah, Trump sudahpun menelefon Netanyahu agar bertemu beliau di AS untuk berunding. Begitulah rapatnya AS dan Israel.
  
Di sebalik kemenangan Trump, masyarakat Islam dunia menyatakan kebimbangan terhadap kenalan rapat Najib itu.
Laporan media termasuk Arab News menyebut, umat Islam di seluruh Asia bergelut menerima  kemenangan ahli politik yang membuat kenyataan retorik anti Islam  dalam kempennya menjadi presiden negara kuasa besar dunia itu.
  
Trump membuat kenyataan paling kontroversi mengenai Islam yang mencetus kemarahan di kalangan 1.5 bilion orang Islam  di dunia apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam memasuki AS selepas insiden tembakan di California.
"Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?" demikian soal aktivis Indonesia,  Alijah Diete selepas Donald Trump memenangi pemilihan Presiden AS semalam.
Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.
Sesetengah pemerhati berharap retorik populis Trump hanya bertujuan meraih undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenofobia jika dia memasuki Rumah Putih.
"Kami berharap kenyataan Trump terhadap umat Islam hanya untuk meningkatkan kempen, dan ia akan menyedari bahawa umat Islam adalah penduduk yang besar di Amerika Syarikat," kata Tahir Ashrafi, seorang ulama kanan kerajaan Pakistan.
Laporan Al Arabiya menyebut, kemenangan Trump turut dilihat sebagai  berakhirnya era negara Palestin.
  
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang Konvensyen PH: Muhyiddin hadiri program Pas cetus persoalan

Posted: 09 Nov 2016 09:54 PM PST


Adakah Muhyiddin masih berharap Pas akan menyertai Pakatan Harapan?Adakah Muhyiddin masih berharap Pas akan menyertai Pakatan Harapan?
Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.
Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Bagi bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah-olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.
"Tidak ada wakil Amanah dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat Pas di Selangor?
"Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, netizen Fuad Othman berpendapat kebanyakan pemimpin PKR masih mahu Pas menyertai Pakatan Harapan dan keadaan ini memerlukan tindakan kepemimpinan parti itu.
"Jika tidak Pakatan Harapan juga menjadi Pakatan Rakyat (berpecah). Tiada guna kita bekerjasama dengan parti 'flip flop (Pas). Tolong bergerak maju. Rakyat tahu dan melihat semuanya YB (Yang Berhormat)," ujarnya lagi.
Ura-ura membawa masuk Pas dalam Pakatan Harapan dibantah ramai penyokong.Ura-ura membawa masuk Pas dalam Pakatan Harapan dibantah ramai penyokong.Konvensyen Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam Sabtu ini bakal menyaksikan Muhyiddin memeterai perjanjian kerjasama antara Amanah, PKR dan DAP dengan Bersatu.
Dalam perkembangan berkaitan, serentak dengan tarikh konvensyen tersebut, satu demonstrasi aman membantah penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung pukul 7.45 pagi.
Program anjuran Sekretariat NGO Pro-Pakatan Harapan itu mengalu-alukan semua pihak hadir dengan memakai pakaian yang mewakili NGO masing-masing.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:29 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Hampir 300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah kesihatan mental

Posted: 10 Nov 2016 12:45 AM PST

Bernama, 
KOTA BHARU, 11 Sept -- Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir (kanan) menunjukkan pelbagai jenis ubat perangsang dan peralatan seks yang dirampas pihaknya dalam beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar bandar ini, ketika sidang media di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA


BACHOK – Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.

"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.

Dr Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.

Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.

Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok.

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

Posted: 10 Nov 2016 12:39 AM PST

 THE MALAYSIAN MIRROR

PENYANYI berbakat besar, Faizal Tahir menyatakan dia tidak kisah sekiranya terdapat mana-mana pihak 'mencercanya' murtad hanya kerana reka bentuk kulit album terbaharunya.

Ini kerana ada sesetengah pihak memberikan komen kulit album terbaharunya, Anatomi seolah-olah menyerupai simbol kepercayaan agama tertentu.

Dipetik Malay Mail Online, Faizal berkata, "Ada yang kata macam bentuk iluminati dan freemason. Saya pun tak tahu macam mana mereka melihat."

"Ada juga yang kata macam salib. Ada yang kata saya dah murtad. Apa jua mereka kata, saya alu-alukan, saya tiada masalah. Saya tahu apa yang saya buat," katanya.

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah 'Dicerca' Murtad

Faizal turut menjelaskan kulit albumnya itu kebanyakannya memaparkan imej yang banyak berkisar dengan kehidupan peribadinya.

"Kulit album ini menunjukkan lagu di dalamnya. Ia juga menunjukkan benda yang sangat rapat dengan kejadian saya dan memberi kesan dalam hidup saya.

"Seperti kuda mewakili tahun saya dilahirkan. Kuda juga haiwan kesukaan saya dari kecil. Warna hitam dan putih itu mewakili kehidupan.

"Sayap melambangkan burung mitos Liverpool kerana saya penyokong tegarnya. Saya rasa kebangkitan Liverpool akan bermula," katanya lagi.

Selain itu, mengenai dirinya yang tidak mengenakan baju dalam kulit album itu, Faizal mengatakan ia bukanlah satu masalah besar buat dirinya.

"Saya dah buat seperti ini sebelumnya. Bukan perkara baru dan tidak mengejutkan.

"Jika ada yang mengatakan aurat, penyanyi perempuan yang tak pakai tudung, tak ada pula yang berkata aurat.

"Bila kita keluarkan benda macam ini, kita boleh bezakan orang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan melihat sesuatu secara positif," ujar bapa kepada lima cahaya mata ini lagi.
Anatomi yang sudah mula dipasarkan sejak minggu lalu mengandungi tujuh buah lagu iaitu Assalamualaikum, Sayang, Sejati, Setia, Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Isu syarikat RM2 MRL Sdn Bhd, Najib terburu-buru kerana masalah hutang 1MDB atau wang pilihan raya?

Posted: 10 Nov 2016 12:34 AM PST

RAFIZI_RAMLI

Saya telah meneliti jawapan-jawapan yang diberikan oleh Dato' Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu temuramah ringkas yang diberikan kepada SinarTV. Secara ringkasnya, Dato' Rahman Dahlan mendakwa bahawa:

1. Syarikat bermodal RM2 yang mewakili Kerajaan Malaysia iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Oleh itu, walaupun modalnya hanyalah RM2 ia masih lagi sebuah syarikat yang kukuh kerana dimiliki Kementarian Kewangan

2. Jumlah kontrak yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat milik Kerajaan China iaitu CCCC sebanyak RM46 bilion hanyalah melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km. Ia tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.

3. Kerajaan Barisan Nasional menganggarkan sistem keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km yang kosnya belum dimuktamadkan bernilai RM9 bilion. Oleh itu, jumlah kos yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak adalah RM55 bilion.

Saya ingin memberi maklumbalas dan bidasan bagi setiap perkara yang ditimbulkan seperti berikut:
i. MRL dimiliki oleh Kementerian Kewangan

Saya sertakan paparan skrin dari maklumat syarikat MRL Sdn Bhd yang saya perolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa saya mendedahkan mengenai syarikat RM2 ini dua hari lalu di lobi Parlimen:

Mengesahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016

Mengesahkan MRL hanya bermodal berbayar RM2

Mengesahkan bahawa pengarah-pengarahnya adalah individu yang bekerja dengan Kementerian Kewangan
Mengesahkan bahawa saham RM2 dimiliki individu bukan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

Sementara saya tidak mahu memanjangkan isu syarikat RM2 ini kerana saya yakin dua orang pegawai kanan Kementerian Kewangan itu telah menjadi kambing hitam, saya perlu memperbetulkan pembohongan fakta oleh Dato' Rahman Dahlan.

Setakat hari ini, MRL Sdn Bhd tidak dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) seperti yang didakwa oleh beliau semalam. Ia dimiliki oleh dua orang individu yang bekerja di Kementerian Kewangan. Jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc.

Maka apabila Dato' Rahman Dahlan mendakwa isu modal berbayar RM2 itu sepatutnya tidak ditimbulkan kerana MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc, itu sebenarnya satu pembohongan.

Malah, jika pun kedua-dua orang pemilik saham sekarang iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, apa proses kelulusan yang akan digunapakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?

Kenyataan Dato' Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.

Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.

Perkara yang sama juga akan berlaku dengan MRL yang mengendalikan ECRL ini.

ii. Perbezaan kos RM46 bilion dan RM55 bilion

Jawapan-jawapan yang diberikan Dato' Rahman Dahlan mengenai panjang sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km dan lain-lain boleh dipatahkan dengan laporan-laporan lain yang menyebut pelbagai angka lain.

Namun saya mahu menumpukan kepada perkara yang paling pokok: kenapa Dato' Seri Najib terlalu terburu-buru untuk menandatangani kontrak menganugerahkan kerja-kerja bernilai RM46 bilion ini kepada syarikat milik Kerajaan China sekarang?

Adakah perkara yang paling mustahak dan menjadi keutamaan tertinggi ialah satu laluan keretapi dari Tumpat ke Pelabuhan Klang sehingga Dato' Seri Najib tidak boleh menunggu sehingga rundingan pakej pembinaan keseluruhan dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang dimuktamadkan dahulu?

Bukankah jika kontrak pembinaan EPCC dirundingkan secara bersekali dan dalam satu pakej iaitu dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang, secara logiknya ia lebih murah kerana kontraktor tidak perlu membuat kerja dua kali, tidak perlu membayar kos mobilization dan de-mobilisation dua kali dan kontraktor boleh mendapatkan harga material yang lebih murah kerana membeli secara pukal ("economies of scale")?

Sebab itu, isu sebenarnya ialah kenapa projek ini ditandatangani dan dilaksanakan secara terburu-buru?

Saya bimbang ia berkaitan dua peristiwa besar yang boleh berlaku dalam tahun 2017: pembayaran hutang-hutang 1MDB termasuk satu bayaran berjumlah RM14 bilion (atau USD3.5 bilion) kepada IPIC jika 1MDB kalah dalam proses timbangtara ("arbitration") dan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kedua-dua ini menelan belanja yang besar dan wang segera diperlukan.

Maka, saya ingin bertanya soalan secara terbuka kepada Dato' Rahman Dahlan – apakah ada perjanjian-perjanjian lain (rasmi atau tidak, sulit atau tidak) di antara Dato' Seri Najib Razak dan pimpinan Kerajaan China yang melibatkan sejumlah wang disalurkan ke pihak-pihak yang akhirnya boleh membantu menanggung perbelanjaan membayar hutang 1MDB atau perbelanjaan PRU14?

Jika ini bukan sebabnya, berikan 5 sebab kenapa projek keretapi Tumpat ke Pelabuhan Kelang ini adalah projek paling penting dan paling diutamakan? Kenapa ia lebih penting dari membina universiti? Kenapa ia lebih penting dari membina hospital? Kenapa ia lebih penting berbanding harga minyak masak rakyat?

Jika Dato' Rahman Dahlan ada jawapan kepada soalan-soalan ini, barulah Barisan Nasional boleh mengurangkan syak masangka rakyat terhadap projek ECRL ini.

*  RAFIZI RAMLI,AHLI PARLIMEN PANDAN

Trump menang: Pengajaran besar kepada badan pengkaji pendapat

Posted: 10 Nov 2016 12:29 AM PST


 
Oleh Borhan Ahmad


Semua pembuat kajian (pollsters) di negara ini diminta mengambil pengajaran dari kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat apabila ke semua ramalan berdasarkan hasil kajian mereka sebelum pemilihan itu terbukti tidak benar.

"Terbukti semua dapatan kajian persepsi dan pollsters, badan pengkaji pendapat awam yang meramalkan kemenangan Hilary Clinton tidak betul.

"Jadi kita di Malaysia yang membuat kajian pilihan raya ini perlu berhati-hati dan mengemukakan data sebenar dari pengundi," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini.

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.Hisom mengulas kegagalan besar hampir kesemua badan pengkaji dan pollsters di Amerika yang meramalkan Clinton bakal menang dalam pemilihan itu.

Beliau bimbang, institusi badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini akan terbantut dengan apa yang berlaku di Amerika.

Para pengkaji atau pollsters meramalkan Clinton akan menang mudah dalam pemilihan semalam dengan memberi peratusan sehingga 85% dalam ramalan mereka.

Apabila Donald Trump menang, ia telah memberikan suatu kejutan besar kepada badan-badan pengkaji di Amerika yang selama ini dianggap mempunyai disiplin kajian yang tinggi.

Dalam menghadapi perkara ini, Hisom berkata, Ilham akan mengekalkan pendekatan kajian mereka dengan menemubual respondan secara bersemuka bukan melalui pendekatan lain.

"Ini kerana dengan cara ini kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui jawapan, body language, penolakan atau pandangan sebenar mereka dalam apa-apa isu berbanding kita membuat tinjauan random atau melalui telefon," kata Hisom kepada Malaysia Dateline.

Hisom meletakkan kesilapan kajian berlaku apabila 'silent majoriti' besar dalam sesuatu masyarakat yang menjadi sasaran kajian itu.

"Kita tidak dapat ukur pendapat orang yang diam atau tidak mahu memberikan pandangan. Apabila semakin besar angka ini, kebolehan untuk silap semakin tinggi," kata Hisom yang selama ini banyak membuat kajian pilihan raya di Malaysia.

Hisom juga berkata, wawancara yang lebih mendalam juga boleh mengurangkan risiko kajian yang dibuat silap.

"In-depth interview (temubual yang mendalam) penting untuk mengurangkan risiko kesilapan dalam kajian berbanding dengan kajian persepsi semata-mata kerana persepsi hanya lapisan atas sahaja, tidak semesti yang sebenarnya.

"Misalnya kita tanya, PKR popular ke, dia jawab popular. Adakah dia akan undi PKR, saya rasa belum tentu kecuali kita tanya soalan lebih mendalam lagi," kata Hisom lagi.

Atas dasar itu, katanya, In-depth interview adalah cara yang lebih tepat dalam mendapatkan hasil kajian yang tepat walaupun memakan masa yang lebih lama dan kos yang lebih tinggi.

Badan pengkaji atau pollsters di Amerika memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengkaji kenapa mereka silap dalam ramalan mereka dalam pemilihan di Amerika semalam.

"Hampir kesemua pengkaji (polls) teruk, termasuk kami," kata Patrick Murray, pengarah Monmouth University Polling Institute kepada fivethirtyeight.com, badan pengkaji politik.

"Tetapi jika ada yang fikir mereka ada jawapannya sekarang, mereka hanya agak-agak sahaja," kata Murray kepada laman itu.

Malaysia bincang dengan negara anggota TPPA susulan kemenangan Trump - Mustapa

Posted: 10 Nov 2016 12:27 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia akan berbincang dengan negara-negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), semalam.
 
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, Mustapa berkata perbincangan itu bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh semua negara anggota perjanjian tersebut.
 
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis dan kemenangan Trump itu tidak seharusnya menimbulkan keadaan panik dalam kalangan rakyat dan ahli perniagaan negara ini.
 
"Kalau mengikut reaksi awal daripada kemenangan Trump, memang ada menunjukkan kesan terhadap keyakinan terhadap ekonomi dunia dan proses globalisasi kerana beliau dilihat sebagai seorang yang anti globalisasi.
 
"Tapi itu semua persepsi semasa kempen beliau. Kalau kita buat analisis hanya berdasarkan kempen, sudah tentu kita akan membuat analisis yang salah kerana sesetengah pemimpin menyatakan pendirian yang berbeza semasa kempen untuk mendapatkan undi," kata Mustapa semalam.
 
Beliau percaya tidak akan ada banyak perubahan dari segi hubungan perdagangan dan diplomatik antara Malaysia dengan AS kerana negara tersebut banyak mendapat faedah menerusi sistem keterbukaannya.
 
"Itu telah menjadi tradisinya dan untuk mereka membuat perubahan radikal dengan beralih kepada sistem tertutup, saya rasa Amerika tahu ia adalah satu langkah yang merugikan.
 
"Pastinya akan ada perubahan dasar tapi pada pandangan saya tidak ada perubahan yang radikal. Sebab itu saya fikir tidak perlu terburu-buru. Tidak semestinya 100 peratus kenyataannya sebelum ini diterjemahkan kepada dasar," katanya.
 
Dua belas negara yang menganggotai TTPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.
 
Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Amerika itu wajar dihormati.
 
"Bagaimanapun, satu perkara yang mungkin kita akan berikan perhatian ialah berkaitan TPPA di mana Trump secara langsung dalam kempennya memberitahu yang beliau tidak akan teruskan perjanjian itu.
 
"Ini kena tunggu dan lihat kerana ini mungkin satu perkara yang akan membawa perubahan dalam kerjasama ekonomi," katanya.
 
Subramaniam berharap agar Trump akan terus memainkan peranan yang baik membawa keamanan kedamaian kepada dunia keseluruhannya dan meneruskan peranannya dalam membantu negara lain dari aspek pembangunan.
 
Trump daripada parti Republikan mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat dalam pilihan raya tersebut bagi memilih presiden Amerika Syarikat ke-45

Azmin mahu guna rizab Selangor bayar pampasan SPLASH?, soal Khalid

Posted: 10 Nov 2016 12:25 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
DAMANSARA: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal adakah kerajaan negeri akan menggunakan simpanan wang rizab yang dimiliki mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM2.7bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).
 
Ini kerana Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.  
 
"Kalau pembelian bernilai RM2.7 bilion ini berlaku maka kerajaan negeri terpaksa menambahkan peruntukan sebanyak RM2 bilion, siapa yang akan beri wang dan dari mana datangnya wang tersebut untuk membuat pembayaran. Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam melainkan kelulusan Kementerian Kewangan. 
 
"Saya tidak tahu samada Menteri Kewangan akan luluskan. Tapi kalaulah dia mengambil jalan untuk membayar RM2 bilion ini melalui Rizab negeri, sekarang ada di tahap RM3.3 bilion maka akan tinggal RM1.3 bilion. 
 
"Wang yang kita kumpul begitu lama sekarang sudah dibayar kepada SPLASH dan rakyat Selangor akan persoalkan perkara ini," katanya ketika mengadakan sidang media di kediaman beliau hari ini.
 
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali hari ini di DUN Selangor sekali lagi bertegas bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.
 
Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai berbohong kepada rakyat apabila terus berkata bahawa beliau hanya menawarkan jumlah pampasan pada SPLASH hanya RM250 juta ketika menjadi menteri besar.
 
Khalid sudah menghubungi pejabat DUN Selangor untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan Azmin terhadapnya. Bagaimanapun, permohonannya ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh.
 
Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bersedia untuk berdepan dengan rakyat bagi menjelaskan sekaligus menafikan tuduhan Azmin terhadapnya.  
 
"Saya bersedia berhadapan dengan rakyat Selangor untuk menerangkan saya tidak setuju dengan harga tambahan ekoran tawaran lebih RM2 bilion ini dan dibayar kepada SPLASH demi penyusunan semula industri air.
 
"Tidak betul (dakwaan Menteri Besar), saya tidak pernah menyatakan bahawa saya akan membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.7 bilion. Saya hanya menyatakan mengikut kiraan setelah kita buat kajian harga yang kita tawarkan selepas menolak RM700 juta dividen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. 
 
"Tawaran kita untuk ekuiti ialah RM250 juta, tetapi kita juga membayar semua hutang-hutang dalam syarikat SPLASH itu berjumlah RM1.5 bilion," katanya lagi.
 
Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu, namun ditolak syarikat konsesi itu dengan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.
 
Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal.
 
Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan jumlah yang dituntut SPLASH itu.
 
Untuk rekod, kerajaan Persekutuan memohon kerajaan negeri Selangor menangguh rundingan pengambil alihan aset SPLASH selama enam bulan lagi bagi pihaknya melantik badan penilai bebas antarabangsa ke arah memuktamadkan proses berkenaan.
 
 

Pengendali FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' dicekup

Posted: 10 Nov 2016 12:24 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SIBU: Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021', di sini semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata tangkapan dilakukan pada pada 2.40 petang dan siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
 
Menurut beliau, sehingga semalam sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaru diterima di Mukah.
 
Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan Umno kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.
 
Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.
 
 

'Himpunan PAS menjelang BERSIH 5 adalah kebetulan?

Posted: 10 Nov 2016 12:22 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan PAS bagi mengadakan Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) seminggu lebih awal daripada BERSIH 5 adalah kebetulan semata-mata.
 
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, LASAK bukan bertujuan untuk menyaingi BERSIH 5.
 
"Adalah secara kebetulan LASAK dianjurkan seminggu sebelum BERSIH 5.
 
"Tarikh 13 November dipilih kerana ia adalah sejurus selepas Bajet kerajaan persekutuan dan belanjawan kerajaan negeri Selangor dibentangkan.
 
"Ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap bajet dan belanjawan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
 
LASAK akan berlangsung di sebuah padang awam di Taman Medan, Petaling Jaya mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.
 
Iskandar berkata himpunan itu bertujuan supaya pemimpin rakyat dan kerajaan dapat mendengar masalah yang membelenggu rakyat.
 
"Program hari itu akan menghimpunkan wakil-wakil dari pelbagai kelompok rakyat yang akan meluahkan hasrat hati mereka.
 
"Di antara yang akan berucap adalah wakil-wakil anak muda, pendidik, wanita, veteran tentera, pekerja, peniaga kecil, petani, nelayan, penggiat seni, pembeli rumah dan mahasiswa.
 
"Himpunan ini adalah penting kerana terdapat beberapa perkembangan terkini negara yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat," katanya.
 
Beliau menggesa orang ramai untuk hadir sebagai tanda solidariti bersama rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesempitan hidup di bawah pentadbiran BN.
 
Katanya, Mursyidul Am PAS baru, Hashim Jasin akan memberi ucapan penutup pada himpunan berkenaan.
 
 

Pemotongan bajet: Ke mana hala tuju universiti awam

Posted: 10 Nov 2016 12:17 AM PST



OLEH  KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN


 

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjangkakan pengurangan besar peruntukan sehingga 30% ke atas universiti-universiti awam dalam Bajet 2017 akan memberikan dampak kritikal kepada pelbagai pihak. Tindakan ini merupakan kali yang ketiga berturut-turut sejak DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Persoalannya, apakah justifikasi bagi tindakan drastik tersebut?

Tindakan berterusan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan tidak peka dengan kepentingan projek-projek akademik yang dijalankan oleh pelbagai pihak di universiti. Sewajarnya Kerajaan memanfaatkan sebaik mungkin hasilan akademik (academic outputs) institusi pendidikan tinggi di negara ini untuk menggubal pelbagai polisi dan perancangan negara. Ia juga akan mengurangkan kebergantungan kepada firma penyelidikan khususnya dari luar negara.

Sudah tentu, pengurangan bajet yang sebesar ini akan merugikan masa depan negara, universiti, staf akademik dan para pelajar. Inilah pelaburan yang paling menguntungkan berbanding projek-projek mega yang tidak memberikan pulangan langsung kepada rakyat seperti Projek Taman Tugu Negara, Dusun Bandar, Bandar Malaysia, Menara Warisan dan lain-lain lagi. Bagaimana Kerajaan mencorakkan hala tuju pendidikan tinggi negara?

Jika kerajaan ingin menghapuskan semua bantuan kewangan kepada pihak universiti supaya universiti-universiti awam lebih berautonomi dan mampu menjana kewangan sendiri, pihak DPPM mencadangkan agar kerajaan membentangkan satu pelan induk yang komprehensif terlebih dahulu. Ia harus merangkumi suntikan modal permulaan (seed capitals), cost benefits analysis, hala tuju setiap universiti dan rangka kerja tahunan. Berdasarkan pelan tersebut, semua pihak boleh memberikan maklum balas yang lebih sesuai.

Pihak DPPM juga mencadangkan beberapa pilot projects untuk merealisasikan perancangan model wakaf atau endowment fund secara keseluruhan di institusi pengajian tinggi bagi melihat viability pelaksanaannya di Malaysia. Kita maklum beberapa universiti ternama di dunia seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Harvard dan Universiti Yale di Amerika Syarikat serta Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah di Arab Saudi.

Oleh itu, perancangan yang lebih teliti dan lebih baik dapat dilaksanakan bagi mengelakkan berlaku kecacatan dalam perkembangan di universiti-universiti awam.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita" 

*  KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 

Dewan kecoh, Exco dan ADN pembangkang ‘bertikam lidah’

Posted: 10 Nov 2016 12:04 AM PST

OLEH HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Keadaan tenang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bertukar tegang apabila Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato' Teng Chang Khim 'bertikam lidah' dengan beberapa ADN pembangkang dari Barisan Nasional (BN).

Ia ekoran isu 13 Mei 1969 dibangkitkan ADN Permatang, Dato' Sulaiman Abdul Razak yang didakwa beliau dicetuskan DAP hingga menimbulkan kemarahan Exco Kerajaan Negeri yang menyatakan kenyataan itu menyalahi peraturan DNS dan melabelkannya 'bodoh'.

Sulaiman membangkitkan perkara itu untuk dijawab Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, selepas soalan dikemukakan ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelumnya didakwa mengaitkan Umno sebagai parti pelopor fahaman politik sempit.

Ekoran itu, tercetus suasana tegang dan kecoh dengan Sulaiman dan beberapa ADN pembangkang antaranya Dato' Shamsuddin Lias (Sungai Burung), Dato' Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali), Dato' Amiruddin Setro (Jeram) dan Shahrom Mohd Sharif (Dengkil) menyerang Chang Khim dengan perkataan hampir sama.

Keadaan tegang dan kecoh berlaku mendapat perhatian Speaker, Hannah Yeoh yang meminta semua ADN bertenang dan menarik balik semua pertanyaan juga perkataan digunakan.

img_0870-1296x864

"Diam semua, sabar, biar saya bertenang dulu. Saya minta Permatang tarik balik pertanyaan tadi dan kemudian Sungai Pinang juga tarik balik perkataan bodoh," katanya.

Walaupun ADN pembangkang agak keberatan, namun akhirnya akur selepas Speaker memberi jaminan akan mengarahkan Chang Khim melakukan perkara sama.

"Speaker tidak benarkan, baik saya gugurkan pertanyaan itu," kata Sulaiman.

"Puan Speaker, saya menarik balik perkataan bodoh digunakan dan memaafkan sesiapa yang gunakan perkataan itu tetapi tidak mahu menarik balik," kata Chang Kim.

"Saya menarik balik perkataan bodoh juga kerana yang mulakan Sungai Pinang, saya maafkan Sungai Pinang," kata Shahrom.

ADN pembangkang lain juga diminta Speaker berbuat perkara sama dan tidak membenarkan ADN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk mencelah.

"Kalau nak marah ADN, jangan sampai marah ahli keluarga ADN," kata Yeoh selepas Shamsuddin menarik balik perkataan 'kepala bapa bodoh' dan memaafkan Sungai Pinang.-AA-

Trump menang, Ringgit lemah

Posted: 10 Nov 2016 12:01 AM PST

OLEH NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan ketidaktentuan harga minyak yang tidak sejajar dengan harganya selepas pemilihan Presiden AS.

Pada jam sekitar 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2500/2550 berbanding 4.2240/2300 semalam.




Public Investment Bank Bhd, dalam notanya berkata, kemenangan Donald Trump mengejutkan pasaran Asia jika dinilai pendirian beliau yang lebih kontroversi berhubung beberapa isu yang berupaya mencetuskan ketidaktentuan di peringkat global terutama dalam dagangannya, hubungan dengan China dan dasar tenaga.

Penanda aras Brent berada pada AS$46.28 setong ketika dibuka manakala WTI ditawarkan kepada AS$45.08 setong.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang lain.

"Ia lebih lemah berbanding Dolar Singapura kepada 3.0351/0412 daripada 3.0345/0392 Rabu lalu. Bagaimanapun mengukuh berbanding yen kepada 4.0193/0252 daripada 4.0808/0877.

"Lebih lemah berbanding pound British kepada 5.2802/2894 daripada 5.2340/2427, namun naik berbanding euro kepada 4.6410/6486 daripada 4.6679/6754," kata peniaga.

bursa-saham

Pada masa sama, pasaran dunia jatuh selepas kemenangan Donald Trump dengan saham Asia turun mendadak, mata wang dolar semakin lemah dan saham Eropah menjunam ketika pembukaan dagangan.

Indeks utama saham Britain, FTSE 100 jatuh 1.4 peratus pada awal dagangan sebelum kembali pulih untuk diperdagangkan pada 6,838 mata.

Manakala, Indeks Cac Perancis dan Dax Jerman masing-masing turun 1 peratus selepas jatuh mendadak pada permulaan dagangan.

Sesetengah penganalisis turut menyamakan kemenangan mengejut Donald Trump dengan keputusan Brexit awal tahun ini.

Di London, pasaran turun 0.3 peratus sekitar jam 9.30 pagi (waktu tempatan) selepas dibuka 1.8 peratus lebih rendah.

Indeks Nikkei 225 menjunam 5.4 peratus atau 920 mata, dan ditutup pada 16,252 selepas sehari perdagangan, disifatkan sebagai paling sukar.

Saham AS jatuh kepada 5 peratus, lebih teruk daripada kemerosotan disebabkan undian rakyat Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun lalu, yang menyebabkan kerugian trilion dolar daripada pasaran dunia, lapor Agensior Al Jazeera.

Semalam, Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila pasaran minyak mencatatkan penurunan susulan kemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat hari ini, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata, penurunan ringgit juga sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun Asia.-nR-