Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Menjelang Bersih 5: Aktivis seru anak muda ikhlas berjuang

Posted: 02 Nov 2016 09:36 PM PDT


Nashita Md NorNashita Md NorMahu golongan muda lebih-lebih lagi Pemuda Pakatan Harapan fokus pada perjuangan menuntut keadilan buat rakyat, aktivis Nashita Md Noor menggesa mereka supaya tidak mengejar kepentingan diri semata-mata.
"Kita mahu Pemuda (Pakatan Harapan) yang benar-benar melawan bukan Pemuda yang hanya mahu mendapat kedudukan dalam parti politik, Parlimen atau di Dewan Negeri demi mengejar nama, kuasa dan harta.
"Pemuda mesti ikhlas berjuang menentang kezaliman dan benar-benar membela nasib rakyat dengan menjatuhkan kerajaan yang zalim. Kita mahu pemuda bangkit dan melawan!" tegasnya ketika sesi soal jawab dalam Wawancara Menuju Bersih 5 di Radio Bangsar Utama malam tadi.
Berkongsikan pengalamannya turun ke jalan raya dalam kebanyakan siri himpunan rakyat termasuk Bersih, beliau menceritakan insiden pahit yang terpaksa ditempuhi golongan aktivis sebelum ini.
"Kami sendiri hilang kerja, jual rumah, kita berkorban," tegas isteri kepada aktivis Bad Latif Mansor yang pernah dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menyertai demonstrasi haram pada 2009.
Terdahulu menyentuh 'mood' demonstrasi Bersih 5 pada 19 November ini, aktivis Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) meluahkan rasa kekecewaannya.
"Sebelum ini kita menyertai siri himpunan Bersih dalam keadaan yang bersemangat tapi sekarang saya rasa tiada harapan, meluat dan tidak suka dengan apa terjadi.
"Kali terakhir pergi demonstrasi masa Tangkap MO1 (Malaysian Official 1). Kita sentiasa meletakkan harapan pada setiap demonstrasi melawan kerajaan yang zalim ini.
"Namun, apa yang berlaku, saya dan ramai lagi kecewa penuh kecewa. Kita menjerit, angkat plakad, berarak tapi kita balik dengan rasa kecewa," luah beliau lagi yang turut hadir di Kelab Bangsar Utama itu bersama suami dan anaknya, Asiah Latif.
Tidak ambil kisah 
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan sebahagian besar masyarakat pada masa ini bersikap tidak peduli berbeza dengan semangat menentang kezaliman rejim sebelum ini.
"Dalam situasi sekarang, masyarakat kita macam tidak ambil kisah. Kalau dulu semangat ingin melawan kezaliman seolah-olah tidak akan pudar. Kita tidak mungkin menyerah kalah dan berhenti berjuang melawan penindasan pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Jika tanpa himpunan Bersih kita tidak tahu apa berlaku hari ini

Posted: 02 Nov 2016 09:35 PM PDT

Walaupun 10 tahun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ditubuhkan tetapi masih ada pihak yang bertanyakan faedah gabungan massa itu seperti yang boleh dilihat dalam komentar umum di media sosial.
Menjawab persoalan tersebut, Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Ahmad Syukri Abd Razab berkata, rakyat sebenarnya memperoleh banyak manfaat sama ada secara langsung mnahupun tidak langsung daripada siri tuntutan kepada perubahan dalam proses pilihan raya di negara ini.
"Tanpa himpunan Bersih kita tidak tahu apa yang berlaku dan telah dicapai pada hari ini. Suara rakyat yang berkumpul di jalan raya banyak menghasilkan perubahan yang lebih baik kepada demokrasi sekaligus rakyat menikmati banyak faedah.
"Perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 20 tahun contohnya, dengan demonstrasi demi demonstrasi akhirnya menyaksikan akta drakonian itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan terpaksa dengar," tegasnya dalam Wawancara Menuju Bersih 5 di Radio Bangsar Utama, semalam.
Beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan pihak kerajaan terhadap tuntutan Bersih termasuk demonstrasi penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November 2007 di luar Istana Negara yang menyaksikan ratusan ribu rakyat turun menyertai Bersih.
"Kita jangan lupa kesan daripada himpunan Bersih terhasilnya banyak inisiatif dalam proses tambah baik perjalanan pilihan raya walaupun kita tidak berpuas hati dengan isu pengundian awal dan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar dapat ‘lampu hijau’ cabar ketua penjara

Posted: 02 Nov 2016 09:31 PM PDT

Hakim Mahkamah Tinggi mendapati permohonan Anwar mempunyai isu yang mencukupi untuk didengar.
anwarKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberikan "lampu hijau" kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Jabatan Penjara kerana menafikan hubungan fizikalnya dengan keluarga.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamed memberi kebenaran atas alasan permohonan Anwar tidak menyusahkan atau remeh.
"Terdapat isu-isu yang cukup untuk didengar berdasarkan merit," katanya berhubung alasan yang diberikan dalam permohonan itu.
Hakim Nik Hasmat ketika meminta Anwar berdiri dan mahkamah bertanya mengapa beliau perlu mempunyai sentuhan fizikal dengan keluarganya.
"Saya mahu mempunyai hak asas untuk menyentuh cucu saya," kata Anwar.
Beliau menambah tidak pernah menyentuh mereka selama kira-kira 10 tahun – sejak dipenjarakan sehingga tempoh hukuman terkini. Beliau menggesa semua tahanan turut dibenarkan menyentuh keluarga mereka.
"Saya hanya boleh mempunyai 5 minit dengan orang tersayang," katanya kepada mahkamah.
Anwar memfailkan semakan kehakiman pada 18 Mei bagi mencabar Jabatan Penjara dan kerajaan. Permohonan itu memberi hujah yang ia menafikan hubungan manusia.
Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4 anak perempuan dan 4 cucu sedang berusaha membatalkan perintah yang dibuat pengarah penjara Sungai Buloh pada 14 Mac yang menolak permohonannya untuk mempunyai hubungan fizikal dengan ahli keluarga.
Perintah tersebut meliputi baki tempohnya di penjara.

Najib sedang buat kerja lebih teruk daripada 1MDB

Posted: 02 Nov 2016 09:10 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

"Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.

"Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat high speed train RM50 bilion.

"Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

"Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh," katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Jho Low bayar pegawai bank BSI RM1.5j setahun

Posted: 02 Nov 2016 08:48 PM PDT

Bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, dibaya S$500,000 (RM1.5 juta) setahun oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, kata seorang saksi di Singapura semalam.
Memberi keterangan di mahkamah bekas ketua Yeo, Kevin Swampillai, berkata dia pernah bertanya kepada lelaki terbabit mengenai bayaran diterimanya daripada Low - atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.
Kata Swampillai soalan itu ditanyakannya selepas Yeo meninggalkan bank berkenaan pada Jun 2014 untuk bekerja dengan Jho Low.
Memetik kata-kata Yeo, Swampillai berkata jumlah bayaran berkenaan adalah lebih tinggi daripada apa yang diperolehinya di Bank BSI Singapura.
Laporan The Edge menyatakan Yeo kini dibicarakan atas empat tuduhan mengganggu saksi - termasuk Swampillai yang bekerja dengan Bank BSI Singapura sebelum dia menganggur kerana bank berkenaan digantung.
Secara keseluruhan Yeo berdepan 11 tuduhan, termasuk penggubahan wang haram dan penipuan. Bagaimanapun tuduhan lain akan dibicarakan secara berasingan pada April tahun depan.
Yeo adalah warganegara Singapura manakala Swampillai rakyat is a Malaysia.
Peguam Yeo, Philip Fong, dilaporkan cuba menggambarkan Swampillai sebagai ahli bank yang lebih berpengalaman saksi berusia 52 tahun itu menegaskan Yeo adalah pihak yang serta-merta mengiktiraf potensi "kerjasama" mereka.
Antaranya termasuk mengenai pengurusan akaun milik Brazen Sky bernilai AS$2.3 bilion daripada dana berkaitan 1MDB.
Swampillai dilaporkan tidak bersetuju dengan hujah Fong yang cenderung mencadangkan Yeo bersikap pasif dalam urusan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

5 Tuntutan BERSIH Yang Perlu Anda Tahu..!!

Posted: 02 Nov 2016 08:43 PM PDT

Puok-puok bangang selalu tuduh #BERSIH nak tumbangkan kerajaan TETAPI tahu tak 5 tuntutan #BERSIH5 itu ?

Berhutang Dan Gadai Aset Negara Pada China-Komunis...!!!

Posted: 02 Nov 2016 08:41 PM PDT

SEBELUM INI...
Gadai aset negara pada Komunis-China..

KINI..
Berhutang plok RM55 bilion pada bank Komunis-China..

Stesen janakuasa sudah diberi kepada syarikat Kerajaan China. Tanah yang dulunya pengkalan TUDM Sungai Besi juga telah diserahkan kepada syarikat Kerajaan China. Sekarang Najib Razak mahu berhutang RM55 bilion dari bank milik Kerajaan China dan kemudian diberikan kontrak pembinaan kepada syarikat Kerajaan China juga.

UNDILAH LAGI BN..!!!

Posted: 02 Nov 2016 08:38 PM PDT



"HARGA BARANG BOLEH TURUN KERANA GST"

Posted: 02 Nov 2016 08:36 PM PDT


Pas Bersama Pakatan: Rugi masa depan agama, bangsa - Suara Pondok Kelantan

Posted: 02 Nov 2016 08:31 PM PDT

Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz
KOTA BHARU - Percaturan Pas yang bersetuju untuk bersekongkol dengan Pakatan Harapan demi menentang BN pada PRU14 amat merugikan masa depan agama dan bangsa, malah langsung tidak menguntungkan parti itu.
Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Pondok Kelantan, Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al- Hafiz berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya hasrat itu kerana yakin apabila Pas dan pembangkang lain bersama, DAP akan lebih dominan.
"Buatlah apa pun syarat, DAP tidak akan patuh dan tunduk dengan Pas, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini di mana Pas seolah-olah semakin hilang kepercayaan penyokongnya.
"Begitu juga perpecahan dalaman Pas yang semakin parah tidak mungkin pulih," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Syamsul berkata, sudah tiba masanya Pas bersama dalam satu pasukan dengan BN demi memperkukuhkan akidah umat Islam di negara ini dan perkara berkaitan masa depan agama termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355.
Kelmarin, Hashim memberi gambaran positif kepada pembangkang untuk bersatu menentang BN pada PRU14 dengan syarat penyatuan tersebut dibuat atas dasar agama.
Menurutnya, pengalaman sebelum ini memaksa Pas meletakkan syarat dan ia perlu dilakukan, kalau mendapat persetujuan semua, satu lawan satu mungkin dilaksanakan, bagaimanapun jika sebaliknya, Pas tetap menentang walau empat penjuru.

Gangguan seksual: Jangan salahkan pelajar, guru perlu kawal diri, kata PAGE

Posted: 02 Nov 2016 08:28 PM PDT

Noor Azimah berkata, tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa dan sebagai orang dewasa, guru perlu matang dan bertanggungjawab.
azimah-rahim-1
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak sepatutnya menyalahkan pelajar yang merupakan mangsa sebenar dalam kes gangguan seksual membabitkan guru, kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE).
Pengerusi PAGE, Datin Azimah Rahim mengulas tindakan Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak menuding jari ke arah pelajar dalam sesetengah kes di mana guru, khasnya lelaki diganggu secara seksual oleh pelajar tingkatan 4 dan 5.
Kamarozaman meminta orang ramai memahami gangguan seksual bukan salah guru sahaja, susulan pendedahan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, pada Isnin lalu, terdapat 15 kes guru mencabul kehormatan pelajar antara 2010 hingga 2016.
Katanya, masalah bermula apabila guru dan pelajar jatuh cinta, jadi guru perlu kekal profesional dalam situasi sedemikian "kerana ia membabitkan emosi dan perasaan".
Noor Azimah mengingatkan Kamarozaman yang kanak-kanak adalah mangsa sebenar dan guru perlu mempunyai kawalan diri lebih baik kerana mereka adalah orang dewasa.
Read More / Baca Lagi >>

Barisan PPBM: Selamat datang Umno ‘Team B’?

Posted: 02 Nov 2016 08:20 PM PDT

Barisan kepimpinan diumumkan semalam dipenuhi bekas pemimpin Umno, dan tidak membantu meningkatkan kewibawaan PPBM dalam mendukung aspirasi pembangkang.
PPBM-UMNO
KUALA LUMPUR: Barangkali apa yang sedikit mengejutkan pada pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam adalah beberapa nama yang dilantik dalam barisan kepimpinannya.
Paling menonjol adalah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden.
Bukan sangat kerana dia tidak pernah muncul atau namanya tidak timbul dalam apa saja hal berkaitan PPBM, tetapi kedudukannya sebelum ini sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Lapan tahun (2000-2008) mengemudi badan pilihan raya itu, Rashid menjadi sasaran serangan pembangkang berhubung isu pilihan raya tidak adil, dan dia tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk membuktikan sebaliknya – tidak seperti 3 bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Kedua adalah Zahid Mat Arip, yang dilantik menjadi ahli majlis pimpinan tertinggi. Bekas "murshidul am" sebuah kumpulan bernama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) itu merupakan salah seorang watak yang digunakan untuk menyerang pembangkang – dan merupakan abang kepada nama-nama seperti Datuk Seri Jamal Yunus, Ali Tinju dan sebagainya.
Nama lain seperti bekas naib ketua Umno Pagoh, Datuk Shahruddin Md Salleh; bekas exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen dan bekas ketua Pemuda Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Hari ini mereka menjadi pemimpin parti pembangkang, yang akan berkata-kata mengikut nada pembangkang di Malaysia. Reformasi institusi, tadbir urus yang baik serta hak asasi (sekadar menyebut beberapa "catchphrase") akan menjadi ratib mereka.
Read More / Baca Lagi >>

GAJI & KEISTIMEWAAN MENTERI – APA KATA RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 02 Nov 2016 08:19 PM PDT


Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.
Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber
Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang…

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI guna telefon ‘Bangla’ simpan rahsia

Posted: 02 Nov 2016 08:15 PM PDT

Dalam perbicaraan pertama kes itu di Singapura, saksi berkata mereka juga mendapat jutaan untung rahsia hasil urus niaga dengan 1MDB.
bsi
SINGAPURA: Seorang saksi memberitahu mahkamah di sini semalam bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei yang sedang dibicarakan dalam kes berkaitan skandal 1MDB, sebelum ini menggesanya menggunakan telefon "Bangla" supaya perbualan mereka tidak boleh dikesan.
Kevin Swampillai dalam keterangannya sebagai saksi pendakwa berkata Yeo yang juga bekas penyelianya turut menggunakan telefon "Bangla" – telefon bimbit milik pekerja pembinaan yang sudah meninggalkan Singapura.
"Saya juga ada minta dia dapatkan saya satu (telefon), tapi dia kata susah dan cadangkan saya cari sendiri, beli kad sim atau telefon kedua supaya komunikasi kami rahsia," katanya dipetik daripada Straits Times Singapura (ST).
Mereka juga menggunakan teks rahsia dalam komunikasi di Telegram untuk mengelak dikesan selepas Jabatan Hal Ehwal Komersial memperhebatkan siasatan terhadap urus niaga mereka dengan 1MDB pada Oktober tahun lalu.
Butiran terperinci bagaimana mereka cuba mengelak dikesan menggunakan telefon itu terbongkar pada hari ketiga perbicaraan Yeo yang berdepan 4 pertuduhan kerana memutarbelitkan proses keadilan dengan memujuk saksi berbong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Dia juga berdepan pertuduhan pengubahan wang haram, menipu dan pemalsuan tetapi kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah berasingan tahun depan.
Akhbar itu melaporkan, Kevin dalam keterangannya berkata Yeo, 33, meletak jawatan di BSI, bank persendirian Switzerland itu untuk menyertai taikun Malaysia, Jho Low selepas mendapat tawaran gaji $500,000 setahun.
Bagaimanapun, peguam Yeo membantah keterangan itu dan berkata anak guamnya tidak mendapat tawaran kerja daripada Jho Low.
Kevin, 52, sebelum ini ialah ketua perkhidmatan pengurusan harta BSI sebelum digantung dan kini masih belum bekerja.
Saksi memberitahu mahkamah dia merangka pelan untuk membuat "fi pengurusan besar" daripada penubuhan syarikat dana yang akan menguruskan keuntungan daripada urus niaga dengan Brazen Sky, yang dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB.
"Idea itu datang daripada saya tetapi Yeo sangat menyokongnya dan bersama saya dalam perbincangan itu," katanya seperti dilaporkan ST.
Katanya, mereka mendapat berjuta "keuntungan rahsia" daripada urus niaga 1MDB dan mereka menubuhkan "shell company" Bridge Partners International Management (BPIM) dan Bridge Global Managers untuk menerima "keuntungan rahsia" itu yang akan disalurkan ke syarikat kawalan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Asing: Siasatan RM2.6b berkaitan rasuah, bukan dari mana duit itu kata timb.menteri Umno

Posted: 02 Nov 2016 08:14 PM PDT

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 'derma' RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sama ada berlaku rasuah dan bukan duit itu dari mana, kata seorang timbalan menteri Umno.
"Kita (SPRM) hanya melihat tentang rasuah, kita tidak lihat tentang duit itu dari mana.
"(SPRM menyiasat) sama ada duit itu tertakluk kepada pelakuan rasuah atau tidak," Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Parlimen malam tadi.
"Kita tidak boleh kata andaian-andaian tentang 1MDB, tentang perkara-perkara di Amerika Syarikat dan Switzerland.
"Mereka mungkin lihat soal aliran kewangan, kita hanya melihat soal rasuah," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda.
Oleh itu, beliau berkata kes itu, yang telah ditutup awal tahun ini, akan kekal ditutup.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada SPRM akan membuka semula siasatan terhadap skandal derma RM2.6 bilion ekoran saman sivil yang difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika pada bulan Julai.

Skandal 1MDB: Riza Aziz bebas daripada siasatan, kata timbalan menteri Umno

Posted: 02 Nov 2016 08:12 PM PDT


Riza AzizRiza AzizAnak tiri perdana menteri Riza Aziz tidak akan berdepan siasatan di Malaysia kerana Putrajaya menganggap beliau tidak terbabit dengan kes rasuah dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Riza juga tidak terlibat dalam siasatan melibatkan syarikat milik negara 1MDB.
"Riza memang tak termasuk dalam siasatan rasuah… Oleh itu tidak perlu memanggilnya untuk soal siasat," kata Razali menjawab Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) di Dewan Rakyat semalam yang bertanya sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Riza susulan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Julai lalu, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan saman merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB. Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood "The Wolf of Wall Street" terbitan syarikat Riza, Red Granite Pictures.
Turut dinamakan dalam permohonan (DoJ) ialah ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Razali berkata SPRM sudah pun menyoal Jho Low dan perkara itu dianggap "selesai".
"Dia tidak termasuk dalam ambit penyiasatan kita. Dia bukan bagi duit kepada sesiapa," ujarnya seperti dipetik laporaan FMT hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

1 Lawan 1 : Kelantan ikut Pas pusat walau pahit

Posted: 02 Nov 2016 08:10 PM PDT

KOTA BHARU - Parti lain berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun desakan dalam soal strategi satu lawan satu yang dibayangkan Pas bagi menentang BN pada PRU14 nanti.
Namun, bagi Pas Kelantan, mereka akan menerima dan akur dengan keputusan ditetapkan di peringkat pusat meskipun pahit untuk ditelan.
Pas Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pendirian Kelantan mudah, apa sahaja keputusan dibuat oleh kepimpinan di peringkat pusat akan diikuti.
"Cuma kita akan bagi pandangan kita apabila sudah ada keputusan di peringkat pusat dan kita akan berlawan mengikut keputusan yang dibuat. Kita bukan ikut pakatan tetapi akan ikut keputusan pimpinan Pas," katanya, semalam.
Terdahulu beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata, parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang yang lain.
Bagaimanapun kata Hashim, kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama dan juga terpulang kepada budi bicara pakatan itu bagi menumbangkan BN pada PRU14.
Begitu juga dalam soal cabaran Amanah Perak yang mahu Pas menyertai perhimpunan Bersih 5, jika serius mahu mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14 nanti, Che Abdullah berkata, segalanya terletak di bahu Pas pusat.
"Tidak ada masalah dia cabar. Keputusan dibuat di peringkat pusat. Kalau Pas Pusat kata OK, Pas Kelantan akan mengerahkan seramai mungkin untuk sertai. Kalau (Pas) pusat kata tidak, kita tidak akan pergi," katanya.

'Tun M mulanya tidak setuju Mukhriz Timb Presiden BERSATU'

Posted: 02 Nov 2016 08:01 PM PDT

BERSATU tak 'masuk' Sabah, beri laluan parti WARISAN

Posted: 02 Nov 2016 08:01 PM PDT

"Najib sengaja mahu rusuhan antara Baju Merah dan BERSIH" dakwa Tun M

Posted: 02 Nov 2016 08:00 PM PDT

Projek internet sekolah gagal, kata kesatuan guru

Posted: 02 Nov 2016 05:29 PM PDT

Tidak ada guna projek 1BestariNet diwujudkan sekiranya guru tidak boleh menikmatinya sehingga terpaksa menggunakan perkhidmatan internet daripada syarikat swasta lain.
kamarrozzaman
PETALING JAYA: Projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion gagal membantu guru menggunakan kemudahan internet bagi tujuan pengajaran, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, hanya sebilangan pelajar boleh menggunakan kemudahan internet malah guru terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk mendapatkan kemudahan internet untuk mengajar.
"Kalau 10 pelajar, hanya 5 pelajar sahaja boleh guna," katanya kepada FMT mengenai masalah 1BestariNet, projek untuk menghubungkan lebih 10,000 sekolah kerajaan dengan kos RM4.1 bilion.
Ia diperkenalkan bekas menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd.
Kamarozaman berkata gangguan kemudahan internet di bawah projek itu menjejaskan proses pembelajaran.
"Kadang-kadang guru terpaksa beli sendiri broadband dan bayar sendiri, malah sekolah guna Unifi dan sekolah bayar sendiri," katanya merujuk perkhidmatan jalur lebar dibekalkan Telekom Malaysia.
"Ia merupakan satu pembaziran apabila 1BestariNet ada, tapi guru tak boleh guna."
Jabatan Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini membentangkan laporan berhubung 1BestariNet yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 dan dibentangkan di Parlimen pada 10 November 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Posted: 02 Nov 2016 05:28 PM PDT

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.


"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.

 Apakah kerana setelah dikencing oleh UMNO (seperti yang diakui sebelum ini oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad), PAS kini membuat kenyataan bersetuju untuk SATU LAWAN SATU?

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyataan PAS sedia untuk satu lawan satu.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
-Sinar Harian


Dan hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan: Read More / Baca Lagi >>

Zaid selar Pakatan ‘terdesak’ kerana dekati PAS

Posted: 02 Nov 2016 05:07 PM PDT

Beliau mengulas kesediaan presiden PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
zaid-ibrahim-pas-1
PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim memberi amaran Pakatan Harapan akan hilang sokongan sekiranya ia mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS tanpa terlebih dulu memastikan parti itu mengabaikan agendanya melaksanakan hudud.
Zaid berkata Pakatan kini kembali mesra dengan PAS.
"Sudah pasti mereka akan ditentang sekiranya mengadakan kerjasama dengan (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa PAS mengabaikan rancangan hududnya di Kelantan," katanya kepada FMT.
Bulan lalu, ketua sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan PKR, DAP dan Amanah itu sudah memulakan rundingan dengan parti pembangkang lain termasuk PAS dalam menjalinkan kerjasama melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Baru-baru ini, Pakatan dilaporkan menjemput semua parti pembangkang hadir di Konvensyen Pakatan Harapan pada November 12.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Pandikar akan mohon maaf arah ahli parlimen keluar dewan?

Posted: 02 Nov 2016 04:55 PM PDT

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu sidang media Khamis lalu di Parlimen bahawa, "In the British House of Commons, no MP has ever walked out during the tabling of a budget, never".
Namun dengan carian mudah di google, tanpa memerlukan pasukan penyelidik dan setiausaha seperti yang dimiliki Pandikar, kita boleh temui bahawa pada pembentangan belanjawan kedua pentadbiran Margaret Thatcher dalam tahun 1981, ramai anggota parlimen daripada parti konservatifnya sendiri meninggalkan sidang ketika Chancellor of the Exchequer (Menteri Kewangan) Geoffrey Howe membentangkan belanjawan.
Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan belanjawan 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar, atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?
Pandikar juga menyebut dalam sidang media yang sama, "We always say we are a democratic country so we should emulate how other democratic countries, how the House of Commons operate. We like to quote that, but we don't act like the lawmakers we refer to".
Di Malaysia, Speaker Dewan Rakyat bukanlah seorang wakil rakyat yang dilantik melalui pilihanraya umum. Ini adalah satu keanehan paling besar dalam sebuah sistem demokratik. Tidak ada tempat lain di dunia, terutamanya di UK, Australia, Kanada, New Zealand yang menjadi contoh sistem parlimen Westminster, yang membolehkan seorang yang tidak dilantik melalui pilihanraya untuk menjadi Speaker.
Read More / Baca Lagi >>

Tadbir urus negara: Adakah ditahap yang baik?

Posted: 02 Nov 2016 04:51 PM PDT

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis dianjurkan Ikram.Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika menyampaikan ceramahnya dalam majlis dianjurkan Ikram.
Pada 31 Oktober 2016, berlangsungnya satu Ceramah Khas bersama Yb Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun dan Mantan Menteri Kewangan 2) bertajuk "Kepentingan Tadbir Urus yang Baik dalam Pengurusan Kewangan Negara" anjuran Biro Penyelidikan Ikram di SpaceU8 Shah Alam.
Mencontohi Kepimpinan Umar Alkhattab r.a
Sebelum kupasan Datuk Seri Ahmad Husni semalam, Hj Nahar Md Nor (Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia) merangkap moderator, membuka majlis dengan satu hadis iaitu "Orang yang paling sakit siksaan dihari kiamat adalah pemimpin yang zalim dan curang (Hr Tabrani dari Abdullah Bin Mas`ud).
Beliau turut berkongsi sebuah kisah tentang Umar Alkhattab ra yang mana berlaku selepas peperangan dengan kerajaan Parsi. Umar membahagikan harta rampasan perang iaitu kain kepada rakyatnya. Keesokan harinya masing-masing memakai baju daripada kain yang dibahagikan termasuk Umar Alkhattab ra.
Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan membantah, "Kami tidak mahu mendengar dan taat pada tuan". Lalu Umar bertanya, "Mengapa kamu berkata begitu?". Kemudian dia membalas, "Dari mana kamu mengambil baju yang kamu pakai ini sedangkan jika ikut pembahagian semalam, kain yang kamu dapat tidak cukup untuk tubuh kamu". Maka Umar menyuruh anaknya Abdullah bangun untuk menjelaskan. Maka kata Abdullah "Saya beri bahagian saya kepada ayah saya".
Inilah contoh terbaik dari seorang pemimpin. Membenarkan rakyat bertanya seperti Saidina Umar yang terbuka kepada muhasabah dan mempraktikkan ketelusan dalam pemerintahan.
Kegelisahan Rakyat Marhaen
Rakyat Malaysia pada hari ini semakin gelisah dengan situasi ekonomi negara. Rakyat merasakan ditipu oleh pemimpin yang salah guna kuasa. Selain itu, tekanan dan kesempitan hidup dirasai sehingga hari ini seperti mana semalam kita dikhabarkan dengan kenaikan harga minyak dan secara tidak langsung akan membawa kepada kenaikan barang dan sebagainya.
Cukuplah tragedi yang menimpa Allahyarham Sukri Saad sebagai pengajaran, kerana tekanan dan kesempitan hidup. Ya, kita tahu peristiwa itu bukanlah cara terbaik untuk keluar daripada kepompong kesusahan dan kesulitan, tetapi ia menggambarkan bagaimana sistem menghimpit rakyat marhaen dari terus mendapatkan hak mereka, sebaliknya kroni-kroni dan penguasa terus bebas untuk 'merompak'.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:58 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

Posted: 02 Nov 2016 03:12 AM PDT

Alyaa Alhadjri


Pemimpin baju merah yang berkaitan dengan Umno, Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu penyokongnya untuk berhimpun dan membantah di luar pejabat Malaysiakini Sabtu ini.

"Kami lihat tempat ini (pejabat Malaysiakini) sesuai kerana Malaysiakini adalah juga penerima dana (George) Soros,"katanya kepada pemberita di luar balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz yang berkata Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong baju merah dan juga kepada penyokong BERSIH.

"Saya menghormati apa jawapan Datuk Bandar. Kami telah memohon dan lakukan apa yang sepatutnya," kata Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Jamal sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap BERSIH atas dakwaan bahawa pakatan reformasi pilihan raya itu adalah penerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh jutawan, George Soros.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata adalah hak demokrasi bagi kumpulan baju merah mengadakan bantahan secara aman.

"Kami telah memberikan penjelasan terperinci mengenai dana yang diperolehi daripada Open Society Foundation (OSF) dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya ada siasatan.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Malaysiakini bukan mahu menjatuhkan kerajaan tetapi sebaliknya menuntut mereka yang berkuasa bertanggungjawab terhadap rakyat.

"Ini adalah kepada peranan asas mana-mana organisasi media," katanya.

DASAR PANDANG KE CHINA, APAKAH NAJIB SEDANG MEMBERITAHU AMERIKA BELIAU SUDAH ADA TUAN BARU?

Posted: 02 Nov 2016 01:24 AM PDT

shahbudindotcom

 

Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media semalam, telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion, suatu jumlah  terbesar dalam sejarah hubungan Malaysia dengan mana-mana negara asing.

Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.

Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy,  60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada  konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia  ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.

Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China. 



Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini. Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.

Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara. Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.

Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?

Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut. Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.

Tetapi sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman terhadap Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan harta-harta yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, kiblat dan idola ke arah Amerika itu seolah-olah mula pudar.

Malah dengan Najib turut membawa anak tirinya yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS menaiki pesawat rasminya ke China, ia bagaikan isyarat halus Najib kepada Amerika bahawa beliau kini sudah ada "tuan baru" di sisinya.

Kesediaan syarikat China membeli Edra Energy, sayap milik 1MDB dan mengetuai konsortium membeli 60 peratus Bandar Malaysia, adalah permulaan kepada pergantungan kepada negara tersebut. Ia kemudian diikuti dengan pembinaan rel laju ke Singapura serta ke Pantai Timur, juga diserahkan kepada syarikat China.

Melalui  penyerahan blok ekonomi besar-besaran kepada China, kita semua, termasuk Melayu, Cina dan India seharusnya mula bimbang dengan kesan ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin tiba-tiba mengancam negara.

Jika sekarang ini pun kemasukan warga China secara haram atau tiba-tiba hilang tidak dapat dikesan setelah masuk ke negara kita sudah dianggap begitu besar, bayangkan apa akan berlaku setelah mereka diberikan kuasa  ekonomi yang lebih meluas?

Dalam kes pembinaan rel keretapi ke Pantai Timur misalnya,  tidak mustahil semua bandar-bandar  kecil yang terlibat dengan projek tersebut selepas ini akan dipenuhi dengan pekerja warga China, yang kemudian tentunya akan tumbuh pula restoran, pusat hiburan, pusat urut kaki dan bermacam-macam lagi perniagaan yang didatangkan dari Tembok Besar sana.

Banyak bandar akan bertukar menjadi bandar satelit China, perniagaan baru dari China akan turut muncul satu demi satu dan ini sekaligus akan membunuh perniagaan orang-orang Cina sendiri.

Akhirnya, bukan saja ancaman ekonomi, masalah sosial dan budaya akan melanda masyarakat. Ia malah akan turut memberi ancaman lebih besar kepada keharmonian keluarga  kaum Cina negara kita  kerana merekalah yang paling terdedah kepada masalah sosial tersebut.

Dari segi ekonomi pula, oleh kerana syarikat-syarikat China itu datang dengan wang, ia juga akan meningkatkan pemilikan asing yang lebih ketara dalam hartanah dan perumahan pada tahun-tahun akan datang. Tidak mustahil akhirnya nanti kerajaan sendiri terpaksa memberi kelonggaran dari segi kouta dan pemilikan harta kepada mereka.

Bukan kita menolak pelaburan asing, tetapi sikap berlebih-lebihan Najib dalam konteks ekonomi China ini, terutamanya setelah terhutang budi kerana membantu menyelesaikan kemelut 1MDB, ia seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada semua, apatah lagi sikap beliau yang ketara memusuhi DAP yang disokong oleh kira-kira 80 peratus orang Cina dalam Malaysia sendiri. 

Akhirnya, dengan apa yang dimulakan Najib ini, di mana kedaulatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang?


Mukhriz dilantik Timbalan Presiden PPBM

Posted: 02 Nov 2016 01:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, hari ini.
 
Manakala, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin dipilih sebagai Naib Presiden.
 
Jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Armada.
 
 

Husni, bekas menteri kewangan akhirnya dedah penipuan 1MDB di Parlimen

Posted: 02 Nov 2016 12:54 AM PDT

husni-hanadzlah 


KUALA LUMPUR – Bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang suatu ketika dahulu lantang mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.

Husni yang diberikan laluan oleh sebelah pembangkang untuk berbahas dalam Dewan Rakyat hari ini membuat beberapa pendedahan dan mempertikaikan beberapa urus niaga membabitkan syarikat kontroversi tersebut.

"Saya bukan lagi dalam kerajaan, saya duduk di luar, jadi saya mahu tahu apakah yang akan berlaku nanti, kerana saya mahu tahu kerana ia akan menentukan masa depan saya dan juga rakyat keseluruhannya," kata Husni.

Husni kemudiaan mempersoalkan mengenai pelaburan 1MDB dengan syarikat Aabar PJS Limited berjumlah lebih kurang US$4 bilion dan mengapa sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh 1MDB walaupun mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun yang salah.

"Soalan pertama, mengapa kita tubuhkan 1MDB, dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang us$4bilion (RM16b) dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC (International Petroleum Investment Company IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja, yang didaftar di British Virgin Island.

"Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit ditempat yang tidak betul, dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?" soal Husni.

Husni juga membidas unit pelaburan 1MDB bernilai lebih kurang US$1 bilion yang dibuat oleh 1MDB apabila tidak diketahui kisahnya walhal ia sepatutnya matang pada tahun lalu.

"Kemudiaan, apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang US$1 bilion, yg sepatutnya matang pada tahun lalu, tetapi kita tidak tahu kisahnya," katanya.

Beliau juga kemudiaan membangkitkan kebimbangan berhubung saman IPIC terhadap 1MDB yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

"Kemudiaan apa jadi dengan binding term sheet dengan IPIC, mengapa 1mdb tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC buat saman melalui arbitration sebanyak US$6.5 bilion bersamaan RM26 bilion?

"Kalau kita kalah maknanya bayangkan, kalau pun kita tak kalah semua 6.5 (bilion), katalah 4 bilion pun, dalam konteks duit Malaysia RM4 bilion," katanya lagi.

Husni kemudiaan meneruskan serangan terhadap 1MDB dengan mempersoalkan tindakan kerajaan menjual tanah di Bandar Malaysia.

"Apa jadi dengan penjualan dengan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kepada syarikat dari negara China yang mempunyai minoriti share holding daripada dua syarikat Malaysia.

"Saya kerja bank dahulu, bila kita jual ekuiti, tambah pula 60%, barangnya perlu diambil sekarang, mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022, ia meletakkan risiko kepada 1MDB, dalam konteks risiko kewangan, risko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu pembayaran 2022 itu akan dibuat," katanya.

Tidak menyembunyikan rasa bimbangnya lagi, Husni juga berkata dapat membayangkan situasi akan dihadapi negara dengan banyak negara sudah memulakan prosiding mahkamah terhadap 1MDB.

"Perkara kedua ingin saya bertanya, Switzerland Monetary Authority (SMA) akan mengambil legal prosiding, begitu juga dengan Britain, di Singapore dua bank sudah tutup, apa akan jadi kepada negara kita," katanya.

Beliau kemudiaan membidas langkah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memberikan pinjaman sebanyak RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

"Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

"Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

"Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?".

Boleh bincang, jangan kacau rumah kami sudah, kata Hadi

Posted: 02 Nov 2016 12:46 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.Hadi ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini berkata, boleh bincang kerjasama tetapi jangan kacau dalam rumah Pas.


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan syarat agar DAP dan lain-lain parti pembangkang jangan campur urusan dalaman Pas jika hubungan dengan parti itu mahu dipulihkan.

"Jangan kacau dalam rumah kami sudah," kata Hadi ketika menjawab persoalan tentang kerjasama antara kedua-duanya bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika keluar dari Parlimen, Hadi ditanya apakah parti itu boleh bekerjasama dengan pembangkang khasnya DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia bertujuan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku antara pembangkang dengan BN.

Menurut Hadi, Pas sudah lama membuka pintu perundingan itu dan ianya tidak ditutup.

"Cuma bila masuk tu, jangan kacau hal dalam rumah," kata Hadi tetapi tidak menjawab apakah ia bermaksud Pas boleh bekerjasama semula dengan DAP.

Hubungan Pas dengan parti lain khasnya dalam Pakatan Rakyat pecah apabila parti itu memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi.

Sesetengah pihak dalam kepimpinan Pas tidak bersetuju dengan cara Abdul Hadi mengendalikan hubungannya dengan rakan-rakan mereka menyebabkan berlaku perpecahan dalam Pas.
Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Amanah.
Kita tinggalkan Pas dahulu sehingga dia buat keputusan, kata Saifudin Nasution.Kita tinggalkan Pas dahulu sehingga dia buat keputusan, kata Saifudin Nasution.
Baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar) mencadangkan agar Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan Amanah membuat gabungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM atau lebih dikenali Bersatu dan Parti Warisan di Sabah dahulu.

Ini kerana, hanya lima parti ini sahaja yang sudah bersetuju untuk bekerjasama manakala Pas pula masih was-was.

"Kita petik buah yang dah gugur dulu, mana-mana yang belum gugur kita cuba joloklah," kata Saifudin yang membayangkan PKR, DAP dan Amanah sudah boleh bergabung dengan Bersatu dan Warisan kerana masing-masing sudah bersetuju.

"Untuk Pas yang belum membuat keputusan, kita biarkanlah sehingga dia buat keputusan. Yang dah setuju, kita jalan dulu," kata beliau kepada akhbar mingguan Amanah.

Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

Posted: 02 Nov 2016 12:40 AM PDT

Gobind singh
Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah raja sebagai usaha untuk mengekang fahaman Islam yang menyimpang daripada terus berkembang di negara ini. 

Bagaimanapun, kenyataan itu telah disanggah dengan bukti kukuh oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mendedahkan bahawa dana berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadi 'MO1' berpunca daripada penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB.

Individu 'MO1' atau 'Malaysia Official 1' yang disahkan sebagai Najib oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman yang dikeluarkan DOJ pada Julai bagi merampas aset yang yang terkait dana diseleweng daripada syarikat sarat hutang terbabit. 

"Yang itu (soal derma RM2.6 bilion) kita telah serahkan hasil siasatan itu kepada pihak task force dan biarlah menteri kewangan kedua menjawab," kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sebelum itu, Gobind dalam sesi khas waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (QMT) mahu tahu sama ada siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan memandang terdapat percanggahan fakta dan kenyataan berhubung sumber dana RM2.6 bilion itu.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP menuntut supaya Zahid menyatakan sama ada kenyataan beliau mengenai derma itu tidak benar dan adakah satu siasatan semula perlu dijalankan.

Bagaimanapun, Zahid menggelak daripada menjawab persoalan berkenaan dan memberi jawapan pendek: "Saya rasakan apa yang saya nyatakan itu akan digulung oleh pihak yang berkenaan dan eloklah tajuk itu kita tukar kepada tajuk lain." – Roketkini.com

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Adakah Riza Aziz dalam kategori golongan VVIP negara?

Posted: 02 Nov 2016 12:27 AM PDT

THE MALAYSIAN MIRROR


riza_aziz_wolf_wall_street_premieres_nyc_part_xrfmdki_kscl_pdkhwe 

Saya ada bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Azalina Othman Said mengenai kos setiap perjalanan jet peribadi bernombor pendaftaran A6-CJE yang disewa oleh kerajaan Malaysia dan digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Turki dalam bulan Mei 2016.

Jawapan yang diberikan oleh Menteri adalah bukan satu jawapan dan mengelak dari menjawab dengan berselindung di sebalik nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan peraturan penggunaan pesawat rasmi Kerajaan.

Malah, jawapan ini adalah jawapan yang sama yang diberikan setip kali ada soalan mengenai kos dan penggunaan jet peribadi yang ditanggung rakyat.

Pendedahan bahawa anak tiri (Riza Aziz) dan anak (Ashman Najib) Dato' Seri Najib Tun Razak menaiki jet peribadi kerajaan dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke China menimbulkan beberapa soalan berkaitan seperti berikut:

1. Jika jet peribadi kerajaan adalah untuk kegunaan VVIP Negara, adakah ini bermakna selain dari isteri Perdana Menteri, kini anak dan anak tiri Perdana Menteri juga telah diiktiraf sebagai VVIP Negara sehingga mereka boleh menaiki jet peribadi kerajaan?

2. Jika mereka bukan VVIP Negara, apakah peraturan kerajaan mengenai penggunaan jet peribadi kerajaan? Siapa yang layak dan boleh menaiki? Adakah Ahli Parlimen seperti kami pun boleh menaiki jet peribadi itu?

3. Jika mereka bukan VVIP Negara, adakah mereka membayar kos menaiki jet peribadi itu? Berapa yang mereka bayar setakat ini setiap kali mereka menaiki jet peribadi kerajaan?

Peraturan-peraturan mengenai penggunaan jet peribadi di negara lain adalah jelas; iaitu ahli keluarga pemimpin kerajaan perlu membayar kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali menaiki jet peribadi kerajaan. Ini amalan yang digunakan termasuk oleh Michelle Obama sendiri.

Oleh itu, saya ingin menuntut supaya Riza Aziz dan Ashman Najib membayar kembali kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali mereka menaiki jet peribadi kerajaan, termasuk yang terbaru ke China.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Ditanya mengenai 1MDB, Zahid suruh tanya Menteri Kewangan

Posted: 02 Nov 2016 12:22 AM PDT

zahid-hamidi 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan membabitkan isu terpalit dengan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Zahid berkata sebarang pertanyaan mengenai 1MDB akan dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani kelak semasa giliran menggulungnya tiba nanti.

"Itu Menteri Kewangan Kedua akan jawab nanti," katanya.

Terdahulu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mendesak dengan menyoal sama ada siasatan polis terhadap sumbangan bernilai RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dibuka kembali apabila maklumat menunjukkan ia sebenarnya bukanlah derma.

Ia merujuk kepada beberapa dakwaan – termasuk oleh Jabatan Kehakiman AS – yang menyatakan dana itu bukan datang daripada bangsawan Arab sebaliknya berasal dari 1MDB.

Gobind juga meminta menteri menjelaskan sama ada sebahagian daripada dana dipulangkan semula kepada 'penderma' seperti didakwa Najib.

Mengenai permintaan Gobind supaya Zahid menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bertemu dengan penderma terbabit, anggota parlimen Bagan Datok itu sekali lagi membuat penegasan sama.

"Saya mengadakan pertemuan dengan kedua-dua sumber itu yang mengatakan begitu (memberi derma)," katanya.

Zahid juga menyatakan beliau sudah memberi penjelasan kepada pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

McDonald's Pertama Di Perak Akan Ditutup Selepas 30 Tahun Operasi

Posted: 02 Nov 2016 12:19 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Restoran McDonald's yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup pada 30 November ini selepas 30 tahun beroperasi. - The Star
 
 
IPOH: Restoran francais terkemuka McDonald's yang pertama dan tertua di Perak akan ditutup selepas 30 tahun beroperasi.

Mula dibuka sejak lewat 1980-an, restoran itu yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup sepenuhnya pada 30 November ini.

Semasa The Star melakukan tinjauan, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, semua staf sudah dimaklumkan tentang penutupan itu.

"Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan hal tersebut tetapi kami tidak mengetahui punca penutupan restoran itu.

"Kami hanya dimaklumkan bahawa semua staf akan dipindahkan ke cawangan lain" jelasnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Low Yin Fong, 30, menyuarakan kesedihan apabila mendengar berita tersebut.

"Masa zaman sekolah dahulu, tempat ini merupakan salah satu tempat kegemaran untuk kami bertemu dengan rakan-rakan lain.

"Semasa kecil, mendiang pakcik saya selalu membawa saya dan sepupu ke sini untuk menikmati sarapan," ujarnya.

Selain itu, Yin Fong berkata, restoran berkenaan sangat unik kerana ia terletak di bangunan yang mempunya reka bentuk era penjajahan.

"Tidak semua cawangan McDonald's mempunyai reka bentuk sebegni.

"Saya akan singgah dan menikmati makanan di sana buat kali terakhir," jelasnya.

Bagi seorang peniaga yang dikenali sebagai S.K. Lim, 46, berkata, tidak banyak cawangan restoran makanan segera di Ipoh ketika zaman mudanya.

"Ketika itu, jika dapat makan di McDonald's dianggap sebagai mewah.

"Sebulan sekali, saya akan bawa keluarga saya makan di sana ketika anak saya masih kecil.

"Kedua-dua anak saya suka pergi ke sana. Mereka sangat seronok kerana dapat bermain di ruang permainan kanak-kanak di tingkat satu.

"Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke sana. Sekarang McDonald's boleh didapati di mana-mana sahaja," tambahnya.

DBKL ditegur PAC isu kontrak papan iklan

Posted: 02 Nov 2016 12:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 'menegur' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar memastikan kontrak penswastaan kepada syarikat pengendali papan iklan di bandaraya ini dibuat secara terbuka supaya telus dan memberi pulangan lebih baik kepada kerajaan.
 
Pengerusinya, Datuk Hasan Ariffin berkata, DBKL juga perlu memastikan sistem tender bagi papan iklan atau papan tanda di Kuala Lumpur diperkemaskan.
 
Ini kerana katanya, ketidakpatuhan peraturan yang dibangkitkan berhubung Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di bandaraya ini tidak berulang.
 
"Penguatkuasaan bagi iklan haram atau papan tanda haram di Kuala Lumpur perlu diperketatkan manakala tindakan tegas diambil bagi memastikan pulangan hasil lebih bagi DBKL," katanya dalam kenyataan media mengenai laporan Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 yang dikeluarkan di sini, hari ini.
 
Menerusi laporan itu juga, PAS mengesyorkan sistem maklumat bagi Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur diperkemaskan dan dipertingkat bagi mengatasi kelemahan berbangkit. 
 
PAC turut menasihatkan Unit Audit Dalam DBKL melapor kepada peringkat yang lebih tinggi seperti Lembaga Penasihat DBKL, berbanding menghantar laporan terus kepada Datuk Bandar. 
 
"Ini bagi mengelak timbul isu tadbir urus dan percanggahan kepentingan," katanya.
 
 

Elizabeth Wong tersinggung Noh Omar tuduh Selangor dalang krisis air

Posted: 02 Nov 2016 12:08 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata beliau tersinggung dengan dakwaan kerajaan negeri mendalangi usaha mensabotaj bekalan air bersih membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.
 
Elizabeth berkata laporan media semalam menyebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menuduh kerajaan negeri yang menjadi dalang di sebalik krisis bekalan air di negeri itu.
 
"Saya amat marah dan tersinggung apabila saya baca Menteri KPKT semalam dalam satu laman web menyatakan bahawa kerajaan negeri yang buang bahan tercemar tersebut. 
 
"Ini adalah keterlaluan tapi Menteri Alam Sekitar dengan timbalannya memang membantu, dan bawa pegawai," katanya merujuk kepada kenyataan Noh Omar di Parlimen semalam.
 
Antarapos semalam melaporkan Noh sebagai menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi membuktikan siapakah sebenarnya dalang yang memulakan pencemaran bau di Sungai Buah, Negeri Sembilan hingga mengakibatkan LRA Semenyih terpaksa ditutup sekaligus menjejaskan lebih sejuta pengguna.
 
Bagaimanapun, Noh ketika bercakap kepada pemberita tidak pula membuat tuduhan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah dalang tersebut.
 
Dalam pada itu menurut Elizabeth, kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Sembilan atas kegagalan untuk membersihkan sisa pencemaran di kawasan tersebut.
 
"Tindakan undang-undang akan dibincang oleh Exco pegawai undang-undang Selangor kalau ada tindakan, kita perlu buat keputusan dan siasat pada akhirnya tapak itu perlu dibersihkan dan dirawat serta merta tiada bahan tercemar keluar selepas rawtaan itu," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan tambahan ADUN Balakong Ng Tien Chee.
 
Elizabeth turut memberitahu usaha pembersihan di kawasan Sungai Buah masih dijalankan.
 
 

Singapura Akan Sepadankan Caj Jalan Raya Dikenakan Malaysia

Posted: 02 Nov 2016 12:05 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
SINGAPURA: Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor Tambak Johor dan Link Kedua - yang berkuatkuasa pada Selasa, lapor Channel NewsAsia.

Memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan, laporan itu berkata caj jalan raya yang dikenakan Malaysia "adalah satu diskriminasi terhadap kenderaan yang didaftarkan di Singapura kerana ia hanya terpakai di pusat pemeriksaan Singapura."

Menurut laporan itu, butiran terperinci mengenai langkah yang akan diambil itu akan diumumkan kementerian berkenaan tidak lama lagi.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Malaysia tidak pernah bersikap diskriminasi dalam melaksanakan RC bagi kenderaan berpendaftaran luar negara dari Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga akan dilaksanakan di pintu masuk dari negara lain secara berperingkat.

Menurut Liow, pelaksanaan RC itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatan beliau dari Singapura.

"Singapura telah mengenakan RC terhadap kami sejak beberapa dekad lepas. Kami baru sahaja hendak memulakannya sekarang. Tidak ada diskriminasi.

"Kami akan kenakan caj jalan raya bukan sahaja di sempadan kami dengan Singapura, tetapi juga di sempadan kami dengan Thailand, Brunei dan Indonesia pada kadar sama iaitu RM20 bagi setiap kereta," kata Liow yang dipetik dalam satu laporan media sebelum ini.

Setiap hari, purata 20,000 kenderaan yang didaftarkan di Singapura memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Link Kedua. - BERNAMA

Unimas tak terima dana OSF, kata Naib Canselor

Posted: 02 Nov 2016 12:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suardi menafikan institusi itu menerima sebarang geran daripada Open Society Funds (OSF) yang ditubuhkan oleh jutawan Amerika Syarikat (AS) George Soros.
 
Beliau yang dipetik Borneo Post bagaimanapun berkata, para penyelidik atau pensyarah universiti itu mungkin menerima dana melalui 'saluran tidak rasmi' tanpa pengetahuan pihak pengurusan universiti.
 
"Setakat yang saya tahu, Unimas tidak menerima apa-apa pemberian atau bantuan kewangan daripada OSF. Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan OSF," beliau dipetik sebagai berkata.
 
"Ia mungkin diberikan dalam bentuk geran swasta untuk pensyarah atau penyelidik dengan universiti tidak tahu-menahu mengenainya.
 
"Dalam apa jua dana yang diterima, kami akan tentukan punca dan tujuannya. Kami periksa segala-galanya. Kita tidak terima sebarangan tawaran dana atau geran," katanya.
 
Kadim berkata demikian mengulas mengenai kandungan laporan OSF 2014 yang menyebut Unimas sebagai salah sebuah organisasi penerima dana.
 
Namun Kadim tidak menolak terdapat kemungkinan  sebahagian pensyarah terlibat dalam aktiviti luar universiti atau bekerja dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
"Kami tidak memantau aktiviti pensyarah di luar universiti. Dalam keadaan biasa, kami tidak memeriksa mereka. Mereka adalah pensyarah, kita perlu percaya mereka," ujarnya.
 
"Mereka sepatutnya tahu semua peraturan dan bagaimana untuk bertindak," katanya.
 
Tambah Kadim, pensyarah di universiti milik kerajaan adalah penjawat awam dan terikat dengan peraturan perkhidmatan awam.

Harga Minyak Masak Masih Murah Berbanding Air Mineral - Hamzah

Posted: 01 Nov 2016 11:53 PM PDT

Oleh: RAHIMY RAHIM
 
 
Datuk Seri Hamzah Zainudin
 
 
PETALING JAYA: Sebuah keluarga dengan lima ahli terpaksa membelanjakan tambahan kira-kira RM100 setahun untuk minyak masak, berikutan langkah rasionalisasi kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan bahawa anggaran purata penggunaan minyak masak bagi setiap seorang adalah kira-kira 1.5kg setiap bulan (atau RM2.25 bagi seorang.)

"Jika dalam keluarga itu ada lima orang, jumlahnya adalah kira-kira RM10 sebulan dan purata RM100 setiap tahun, yang mana air mineral yang mereka beli dan minum setiap hari melebihi harga minyak masak," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Guan Eng telah meminta kerajaan untuk menjelaskan sama ada setiap keluarga perlu membayar purata RM50 bagi setiap orang (RM250 untuk lima ahli keluarga) setahun untuk membeli minyak masak.

Berkuat kuasa bulan ini, pengguna perlu membayar harga pasaran bagi minyak masak dalam botol tetapi yang dijual dalam pek plastik kekal pada harga RM2.50 sekilogram.

Menjawab soalan daripada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) sebelum itu, Hamzah mengulangi bahawa kerajaan tidak memansuhkan subsidi minyak masak tetapi sebaliknya meletakkannya sebagai pelan rasionalisasi.

"Seperti yang diumumkan sebelum ini, masih ada subsidi minyak masak tetapi kerajaan hanya memperkenalkan pelan rasionalisasi supaya kuota itu akan mencapai kumpulan yang disasarkan.

"Kami telah mengarahkan pegawai-pegawai penguatkuasa memantau dan menjalankan pemeriksaan secara rambang di kedai-kedai supaya tidak akan ada sebarang kenaikan harga," katanya.
 
 

Kenaikan tol di empat lebuh raya masih belum diputuskan

Posted: 01 Nov 2016 11:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUBANG JAYA: Masih belum ada keputusan muktamad berhubung kenaikan kadar tol di empat lebuh raya tahun depan, tegas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi. 
 
Menurut Sazally, syarikat-syarikat konsesi lebuh raya masih dalam perbincangan dengan kerajaan berhubung perkara berkenaan.
 
"Pihak konsesi memang berhak meminta kenaikan tol berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya, cuma kita masih mengadakan perbincangan secara berterusan dengan pihak kerajaan berhubung perkara tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam mengenai hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang masih berkuat kuasa.
 
Semalam, Fadillah berkata hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.
 
Empat lebuh raya berkenaan, kata Fadillah, ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).