Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:25 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 24 Oct 2016 01:04 AM PDT

Namakan syarikat BN disenarai hitam pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa Meneri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menamakan syarikat yang mempunyai hubungan dengan Barisan Nasional (BN) dan telah disenarai hitam oleh pentadbiran negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor.
Ia sebagai kenyataan balas terhadap keputusan Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, semalam, untuk menyenarai hitam, mana-mana syarikat yang dikesan membiayai dan membantu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), daripada menerima sebarang kontrak kerajaan.
"Boleh kah Rahman menamakan satu syarikat penaja BN yang telah disenaraihitamkan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini?" soal Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
"Rahman patut menarik balik ugutannya (menyenarai hitam syarikat terkait Bersih) dan memohon maaf sekiranya beliau tidak mampu memberi walaupun satu nama syarikat yang dilayan buruk oleh kerajaan Pulau Pinang dan Selangor hanya kerana perbezaan politik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rahman seperti yang dilaporkan media berkata Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang dikawalnya akan menyaring mana-mana pihak yang mahu terlibat dalam sebarang kontrak kerajaan.
Ia bagi memastikan kerajaan tidak memberikan kontrak kepada pihak yang mempunyai perkaitan dengan Bersih yang didakwa BN kononnya mencemarkan keharmonian dan menggugat kedaulatan negara.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dilaporkan semalam berkata Rahman tidak mempunyai hak untuk menentukan syarikat mana yang boleh membiayai Bersih.
"Apa isu beliau dengan Bersih? Adakah anti-rasuah, atau pilihan raya yang bersih dan adil? Beliau menakutkan syarikat (dengan mengancam menyenaraihitamkan mereka)," kata Maria, semalam.
Bagaimana dengan Amerika dan Singapura?
Dalam pada itu, mengambil kira logik Rahman berkenaan, Lip Eng turut mempersoalkan sama ada kerajaan akan memutuskan hubungan dengan enam negara yang kini sedang menyiasat aktiviti pengubahan wang haram dan penipuan melibatkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB.
"Bukankah siasatan dan tindakan mahkamah ini semua juga bertentangan dengan kerajaan BN yang dianggotai Rahman? Bukankah sepatutnya Rahman menggesa kerajaan untuk memutuskan pertalian dengan enam negara ini, terutamanya dengan Amerika Syarikat?" soalnya.
Rahman sebelum ini mengesahkan 'Malaysian Official 1' (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
MO1 adalah entiti yang disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset bernilai hampir AS$1bilion yang diseleweng dari 1MDB.
Selain Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura merupakan antara enam buah negara yang sedang menyiasat dan mendakwa bank dan pegawai mereka kerana bersubahat menyelewengan dana terkait 1MDB.
Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan turut tertanya-tanya tentang mekanisme yang akan dipilih Rahman untuk memastikan syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan tidak menaja Bersih.
"Bagaimana caranya untuk memastikan tidak ada satu pun anak syarikat kepada mana-mana syarikat besar atau pegawai tinggi syarikat terkemuka menaja Bersih?
"Adakah Rahman akan mencadangkan satu borang deklarasi baru untuk syarikat-syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan?" soalnya.
Namun, menurut Lip Eng, dunia perniagaan dan politik sepatutnya diasingkan dan tidak dijadikan mangsa, sepertimana kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang masih berurusan dengan syarikat yang ada kaitan rapat dengan BN. – Roketkini.com

‘JIKA BN KATA SUBJUDIS BINCANG 1MDB MAKA MO1 BOLEH DISABIT BERSALAH’ – DAP

Posted: 24 Oct 2016 12:51 AM PDT

BAJET 2017: BERSIAP SEDIA TOL NAIK, PAMPASAN SYARIKAT KONSESI DIBATALKAN

Posted: 24 Oct 2016 12:50 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hutang kerajaan Umno@Bn RM655 bilion tetapi terurus, sembang Najib

Posted: 24 Oct 2016 09:47 PM PDT

Pinjaman yang dibuat membiayai perbelanjaan pembangunan dan produktif, kata perdana menteri.
KUALA LUMPUR: Sehingga akhir Jun tahun ini, kedudukan hutang kerajaan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Perdana menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 95.9% atau RM628.8 bilion merupakan hutang domestik sementara 4.1% atau RM26.9 bilion adalah pinjaman luar pesisir.
"Hutang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan.
"Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ini adalah perbelanjaan yang produktif, yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah hutang negara dan jumlah jaminan kerajaan berasaskan pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.
Najib yang juga menteri kewangan berkata perbelanjaan pembangunan itu secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jaminan yang diberikan oleh kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7% daripada KDNK.
"Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastruktur seperti Prasarana dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur seperti LRT, MRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan peringkat tinggi," katanya.
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang tidak melebihi 55% daripada KDNK
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..

Posted: 24 Oct 2016 09:44 PM PDT


Media atas talian yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula menyerang bekas bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ekoran pendedahan penipuan dijalankan oleh syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.

Media atas talian, Mykmu.net antara yang mula memainkan artikel menghentam Husni apabila mempersoalkan tindakannya semalam walhal selama ini beliau yang lantang mempertahankan 1MDB dan ditugaskan memberi penerangan berhubung syarikat tersebut.

"Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET," tulis komentar dilaman tersebut.

Media tersebut juga mendakwa Husni sebenarnya terkilan apabila tidak lagi dilantik dalam Kabinet sebagai punca beliau mula menyerang 1MDB.

"Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan "sour grapes" kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.

"Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.
Read More / Baca Lagi >>

Perbaiki cuti perayaan untuk pelajar - gesa MP Kapar

Posted: 24 Oct 2016 09:41 PM PDT

Akhirnya Najib Razak menjawab HUTANG NEGARA di Parlimen

Posted: 24 Oct 2016 09:32 PM PDT

Enam terkorban kebakaran di ICU Hospital Sultanah Aminah - Polis

Posted: 24 Oct 2016 09:31 PM PDT

Selepas ‘suntikan’ bajet, Anak Dara mahu buka kedai

Posted: 24 Oct 2016 09:23 PM PDT

Siti Hajjar berkata beliau dibanjiri pelbagai mesej selepas disebut Najib dalam ucapan bajet.
siti-hajjar-nasi-lemak-anak-dara
KUALA LUMPUR: Peniaga "Nasi Lemak Anak Dara" Siti Hajjar Ahmad ternyata bukan sensasi viral semata-mata, dan kini memasang impian membuka kedai makanannya sendiri.
Beliau sedang giat mengumpul modal bagi merealisasikan matlamat itu.
"Kini saya ada membuat penghantaran ke syarikat. Kalau cukup modal, saya bercadang nak buka kedai supaya lebih senang mengendalikan perniagaan, seperti memasak.
"Insya Allah, tetapi kena kumpul modal dahulu," katanya kepada FMT.
Segalanya bermula buat gadis kelahiran Kedah berusia 24 tahun itu selepas kisahnya dikompaun RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana berniaga tanpa lesen bulan lalu tersebar meluas di internet.
Sejak itu, namanya mula disebut dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya bagi menyerahkan borang permohonan lesen berniaga.
Jumaat lalu, Datuk Seri Najib Razak turut menyebutnya dalam pembentangan Bajet 2017 sebagai contoh graduan muda yang berani berniaga.
Keesokannya, Siti Hajjar dilaporkan berjaya menjual hampir 1,000 bungkus nasi lemak, berbanding 300 pada Khamis dan 600 pada Jumaat.
Menyifatkan pengalaman disebut Najib itu sebagai "sukar dipercayai", graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn itu berkata dia masih berhadapan dengan tumpuan media dan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Setiausaha Sarawak dilantik jadi ahli lembaga pengarah Petronas

Posted: 24 Oct 2016 09:19 PM PDT

Morshidi berkata, tanggungjawabnya ialah membawa balik sebarang perkara yang memerlukan perbincangan lanjut kepada kerajaan negeri Sarawak.
Mohamad-Morshidi-Abdul-Ghani
PETALING JAYA: Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Petronas.
Morshidi yang dipetik Borneo Post Online hari ini berkata, beliau sudah menerima surat pelantikan dan akan mewakili Sarawak dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu yang kini mempunyai 15 anggota.
"Sebagai ahli lembaga mewakili Sarawak, tugas saya ialah membawa balik apa-apa yang memerlukan perbincangan lanjut kepada kerajaan negeri."
Pelantikan seorang rakyat Sarawak ke Lembaga Pengarah Petronas, satu daripada 7 perkara yang dipersetujui antara Putrajaya, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak, Ogos lalu.
Perjanjian 7 perkara itu dibuat, susulan rasa tidak puas hati Sarawak terhadap tindakan Petronas kurang memberi keutamaan kepada penduduk tempatan dalam operasi syarikat di negeri terbabit.
Ini seterusnya membawa kepada pembekuan permit kerja kakitangan Petronas dari Semenanjung Malaysia.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kemudiannya mencapai persetujuan 7 perkara yang antara lain menyaksikan seorang wakil negeri itu akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Petronas.
Read More / Baca Lagi >>

SARANAN "BIJAK" SEORANG KJ

Posted: 24 Oct 2016 09:17 PM PDT

Kontrak penganjuran Fomula 1 di Litar Sepang adalah sehingga 2018 dan ketika nasib perlumbaan itu dijangka diputuskan pada minggu depan berikutan kemerosotan jualan tiket yang mendadak sejak 2014 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pantas menyarankan agar perlumbaan itu segera diberhentikan.

Saya rasa kita perlu berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Kos terlalu tinggi, pulangan terhad, kata beliau,

Tampak dengan saranan KJ itu seperti satu lagi legasi Tun Mahathir Mohamad bakal dilenyapkan.
Dua minggu lalu, Mokhzani Mahathir diminta meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Litar Sepang, kini perlumbaan Formula 1 di negara ini yang merupakan cetusan idea Tun Mahathir pula mahu dimangsakan.

Saranan KJ mahu menghentikan perlumbaan Formula 1 pula hanya menyusul beberapa hari setelah Najib mengumumkan "kematian"  visi Wawasan 2020 untuk digantikan dengan impian Transformasi Nasional 2050 atau TN50 sebagaimana yang diumumkannya  dalam pembentangan Bajet 2017.

Dari segi pertimbangan kos dan bagi  menjimatkan perbelanjaan wang negara di ketika suasana ekonomi sedang suram, saranan KJ itu tidaklah  sukar untuk difahami. Ada logik dan rasionalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie kecewa hartanah negara dijual 60 peratus kepada China oleh kerajaan Umno@Bn

Posted: 24 Oct 2016 08:58 PM PDT

Isu DOJ & 1MDB DAP Puchong Vs Speaker BN

Posted: 24 Oct 2016 08:54 PM PDT

Bahas Bajet 2017 MP Umno Tambun

Posted: 24 Oct 2016 08:53 PM PDT

Hutang Negara? itu tak termasuk hutang 1MDB - BN jawab (Najib, 1MDB)

Posted: 24 Oct 2016 08:52 PM PDT

Malaysia dikategorikan negara hutang sederhana sembang Najib

Posted: 24 Oct 2016 08:51 PM PDT

Malaysia Bernasib Baik Kerana Punyai Perdana Menteri Seorang Pencuri !

Posted: 24 Oct 2016 08:50 PM PDT

Geng Baju Merah Samseng Sengaja Mahu Cetuskan Rusuhan

Posted: 24 Oct 2016 08:50 PM PDT

Belanjawan Tinggi Tapi Duit Takde ... Tulis Atas Kertas Jer

Posted: 24 Oct 2016 08:49 PM PDT

Tun Mahathir Sekolahkan Najib Cara Lebih Baik Dari BR1M

Posted: 24 Oct 2016 08:48 PM PDT

Najib Tak Berani Nak Saman !

Posted: 24 Oct 2016 08:48 PM PDT

Negara DiPerintah Oleh Yang Amat Berhormat Pencuri !

Posted: 24 Oct 2016 08:47 PM PDT

Perihal Speaker halang perbahasan mengenai 1MDB

Posted: 24 Oct 2016 08:46 PM PDT

Baju Merah jadi alat untuk guna RUU MKN

Posted: 24 Oct 2016 08:35 PM PDT

Dr M hairan tapi gembira PDRM iringi beliau ke ceramah

Posted: 24 Oct 2016 08:35 PM PDT

Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar

Posted: 24 Oct 2016 08:33 PM PDT

Video tingkat 2 Unit Rawatan Rapi HSA terbakar

Posted: 24 Oct 2016 08:32 PM PDT

Video Penuh Unit Rawatan Rapi tingkat 2 HSA terbakar

Posted: 24 Oct 2016 08:31 PM PDT

Generasi Pewaris Khilafah

0

Posted by Unknown | Posted on 8:11 PTG | Posted in

sumber :-

Generasi Pewaris Khilafah


Melaka Juara Liga Perdana 2016

Posted: 24 Oct 2016 09:39 AM PDT

Assalamualaikum 

Tahniah diucapkan kepada pasukan Melaka United yang telah berjaya menjuarai Liga Perdana untuk tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pihak pengurusan terutama kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Coach Mat Zan yang telah bersusah payah berusaha untuk memastikan Melaka United terus unggul dan berjaya ke Liga Super pada tahun 2017. 

Sememangnya ini merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh anak melaka tak kira dimana mereka berada.Kenangan yang akan terpahat disanubari setiap anak melaka yang ingin melihat pasukannya berjaya dengan jayanya. 

Cuma ada beberapa harapan yang rasanya boleh saya coretkan disini khusus buat para pemain Melaka United sebagai bekalan pada masa hadapan : 

1. Amanah pada tanggungjawab yang diberikan. 
Sebagai pemain yang profesional dan dibayar gaji, perlulah sentiasa melaksanakan tugasan atau homework yang diberikan serta melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Walaupun dibayar mahal tetapi persembahan yang diberikan dalam setiap perlawanan perlu setimpal dengan apa yang diberikan. 


2. Kerjasama yang erat dikalangan pemain 
Kadang ada yang tak puas hati dengan prestasi rakan sepasukan tapi benda boleh selesai dengan kerjasama yang diberikan. Tanpa kerjasama yang diberikan sesebuah pasukan atau team itu mungkin sukar untuk mendapat kemenangan. 

3. Niat ikhlas untuk memajukan diri dan menaikkan imej pasukan. 
perkara ini merupakan perkara yang pokok yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Ini kerana jika seseorang itu bermain bukan niat untuk memajukan diri mahupun mengangkat imej pasukan, maka sesebuah pasukan itu pasti akan menemui kegagalan. 

Apa pun, Selamat Maju Jaya untuk Melaka United 

#demikebanggaanku
#gegaumelakagegau
#AmukjebatAmuk 

Sombong Punca Ukhwah Terputus

Posted: 24 Oct 2016 09:22 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua 

Rasanya dah lama sangat tak menulis dalam blog yang rasanya dah dekat 5 tahun nie. Malam nie tergerak hati nak tulis satu tajuk yang mungkin sama-sama kita boleh ambil kesedaran dan manfaat untuk semua khususnya kita yang mengaku beragama islam. 

Bila cakap pasal sombong, memang rata raka dikalangan kita tahu yang sombong nie salah satu daripada sifat mazmumah yang tercela. Sombong juga merupakan salah satu daripada punca atau asbab yang menyebabkan iblis dan syaitan disingkirkan daripada syurga dek kerana merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia daripada Nabi Adam Alaihissalam. 

Kita juga sebagai anak adam dan hamba Allah yang hidup di akhir zaman ini juga tidak lari daripada sifat tersebut tak kiralah kita ini pemimpin atau orang biasa. Disebabkan kita merasakan yang diri kita ini dah cukup hebat dan cukup bagus jika dibandingkan dengan orang lain yang kurang berbanding kita. 

Sedangkan kita telah ditunjukkan oleh Allah kesan -kesan atau balasan kepada golongan yang sombong terutamanya dalam melaksanakan segala tuntutan yang telah digariskan oleh Islam. Sifat ini sewajarnya kita hindari sebagaimana firman Allah SWT dalam AlQuran surah al-isra' ayat 37-38 

 وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا (37

Maksudnya :  Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Selain itu, sifat mazmumah ini juga mampu memutuskan ukhwah dan silaturrahim yang terjalin antara kita dengan sahabat kita. Sahabat yang sama-sama bersusah payah dengan kita untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan bila kita susah dia bantu kita tapi bila kita senang kita lupakan dan pinggirkan dia seumpama simpulan bahasa melayu " Ibarat kacang lupakan kulit" Ibarat melepaskan anjing yang tersepit dan sebagainya. 

Jadi kita sama-sama muhasabah diri kita, siapa kita sebenarnya dan layakkah kita memiliki sifat sombong, angkuh, bangga diri dan rasa hebat ini hanya Allah sahaja yang layak memilikinya dan bukan kita sebagai makhluk.Marilah kita sama-sama mengubah mentaliti dan sikap kita kerana ianya boleh membawa kepada kesan yang buruk terutamanya kepada diri kita, keluarga kita dan masyarakat. 

Sama-sama kita lakukan perubahan. Setiap yang baik yang diusahakan dengan baik, hasilnya juga akan dapat yang baik. Wassalam 

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:09 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Pembangkang keluar Dewan Rakyat kerana tak puas hati terhadap Najib, Speaker tak perlu emosi

Posted: 24 Oct 2016 03:57 AM PDT

1st day parliment 2013-_MG_5596 (12)

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Parlimen hari ini kecoh lagi apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan nada penuh emosi mengingatkan ahli-ahli Parlimen pembangkang agar tidak mengheret beliau dalam permainan politik.

Beliau mendakwa tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar dewan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih membentangkan Belanjawan 2017 kononnya dibuat bertujuan untuk memberi gambaran negatif terhadap beliau.

"Saya tertekan, oleh kerana seolah-olah saya menghalau, tetapi Yang Berhomat tahu bahawa perkara itu telah dirancang. Come on man, don't play game with me, you people play game between you politicians, don't play game with me!" katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun mencelah dan cuba menenangkan keadaan dengan memberikan penjelasan sebenar di sebalik tindakan sebahagian ahli-ahli Parlimen pembangkang berbuat demikian.

"Ketika mereka keluar dewan mereka bukan menunjukkan ketidakpuasan hati ke atas Tan Sri Speaker.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Perdana Menteri, tiada kaitan dengan Speaker," tegasnya.

"Jadi saya tidak faham mengapa Tan Sri Speaker membangkitkan hal ini," tambahnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kekecohan tercetus sekitar jam 6 petang Jumaat lalu apabila Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan mengkritik Ketua Pembangkang dalam pembentangan belanjawannya.

Blok pembangkang kecuali pemimpin PAS kemudiannya membantah ucapan terbabit sambil mengangkat plakad bertulis 'Siapa MO1' sebelum keluar meninggalkan Dewan.

Turut serta ialah anggota terbaru blok tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini duduk di antara Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bagaimanapun terpaksa beredar awal sewaktu sesi pembentangan belanjawan sedang dijalankan bagi menyambut keberangkatan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke Pulau Pinang untuk merasmikan sambutan 200 tahun Penang Free School.

Ia merupakan kali pertama dalam sejarah bagi pembangkang untuk meninggalkan Dewan Rakyat ketika belanjawan sedang dibentangkan sebagai tanda protes terhadap ucapan tersebut. – Roketkini.com


Lebih 5,000 dipindah kawasan, pengundi fail semakan kehakiman terhadap SPR

Posted: 24 Oct 2016 03:55 AM PDT

tony pua

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sejumlah 5,000 pengundi dari kawasan Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu adalah melampaui had kuasa badan itu serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, tiga pemilih memfailkan semakan kehakiman ke atas keputusan SPR tersebut pada Jumaat lalu kerana ia menjejaskan hak mereka sebagai pengundi.

Tiga individu tersebut adalah P. Maradeveran dan Zahar Rusuli dari Batang Kali serta Yong Chan Hee dari Kuala Kubu Bharu.

Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming dalam satu sidang media pagi tadi berkata SPR hanya dibenarkan untuk mengubah pembahagian kawasan mengundi dengan cara dan sebab yang munasabah seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

Bagaimanapun, badan itu telah memindahkan sebilangan besar pengundi ke kawasan lain serta melukis semula sempadan pilihan raya tanpa menyatakan perkara itu dalam cadangan persempadanan semula pada September lalu.

"Dalam cadangan persempadanan semula yang diumumkan sebelum ini, SPR mendakwa sempadan bagi kawasan Hulu Selangor termasuk Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu tidak terjejas.

"Namun, pengundi mendapati tempat undi mereka berubah dari Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu melalui proses belah bahagi yang dijalankan secara senyap pada April lalu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP pagi tadi.

Menurut Kian Ming, pengundi-pengundi di Batang Kali tidak dapat mengemukakan bantahan walaupun telah menulis surat kepada SPR kerana badan itu mendakwa kawasan mereka tidak terjejas dalam cadangan persempadanan semula.

batang kali kkb

"Oleh itu, satu-satunya cara yang tinggal adalah untuk memfailkan semakan kehakiman ke atas tindakan melampaui batas SPR yang melukis semula sempadan dan memindahkan pengundi," ujar Penolong Setiausaha DAP Selangor itu.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang turut hadir di sidang media itu berkata dua pengundi dari Batang Kali tersebut mula mendapat tahu tentang perubahan kawasan mengundi mereka pada Julai lalu selepas menyemakstatus mereka di laman web SPR.

"Setelah SPR menyatakan keputusan itu tidak boleh dibantah, kita meminta nasihat daripada peguam serta pakar daftar pemilih dan perundangan. Kita kemudiannya bersetuju untuk memfailkan semakan kehakiman," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menegaskan pemindahan lebih 5,000 pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain adalah melampaui batas dan tidak rasional sama sekali.

"Kenapa begitu ramai? Jika ada sedikit perbezaan sekalipun, ia selalunya melibatkan hanya beberapa puluh pengundi. Tapi kali ini, ia mencecah lebih 5,000.

"Jika ikut keputusan pilihan raya yang lalu, Kuala Kubu Bharu mempunyai majoriti sebanyak 1,702 orang. Namun selepas pembahagian semula ini, majoriti hanya tinggal 377 sehingga menjadi kawasan marjinal. Adakah ini niat SPR?" soalnya.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, pemindahan pengundi Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu itu langsung tidak menjejaskan kerusi DUN Batang Kali yang dikuasai Barisan Nasional (BN), namun memberi kesan kepada kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.

"Adakah SPR cuba mengalihkan majoriti dari Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu supaya lebih ramai pengundi BN di kawasan itu sedangkan mereka tak ada kuasa berbuat demikian?" soalnya. – Roketkini.com


Tiga lelaki diberkas, heroin lebih RM40,0000 dirampas

Posted: 24 Oct 2016 03:51 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Polis Perak menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan pengedar dan merampas 2.7 kilogram dadah jenis heroin bernilai lebih RM40,000 dalam tiga tangkapan berasingan, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP R. Ravichandran berkata berdasarkan maklumat orang ramai, sepasukan polis dari JSJN Ipoh dan Kampar telah menahan suspek utama berumur 65 tahun yang menaiki sebuah kereta sewa di susur keluar Plaza Tol Gopeng di sini.

"Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 2.7 kilogram di bawah alas kaki tempat duduk penumpang hadapan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata beberapa jam kemudian, dua lagi lelaki berumur 43 dan 44 tahun yang merupakan anggota kumpulan itu masing-masing ditangkap di sebuah premis dan tepi jalan di Kampar.

Menurutnya, dadah yang dipercayai untuk pasaran tempatan itu boleh dibekalkan kepada 3,500 penagih dadah.

Ravichandran berkata hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala ujian air kencing terhadapnya didapati positif dadah jenis morphin.

"Ketiga-tiga suspek mempunyai pekerjaan lain. Suspek utama bekerja sebagai pemandu kereta sewa manakala dua lagi suspek merupakan buruh dan penjaga kolam ikan," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari mulai 22 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Ravichandran berkata polis kini giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu.-- BERNAMA


Peruncit hanya mampu menunggu minyak

Posted: 24 Oct 2016 03:45 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Memiliki duit tidak bermakna anda dapat membeli minyak masak kerana kelibat bahan makanan itu sudah jarang kelihatan di pasar raya.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang Runcit, Hong Chee Meng berkata, stok di kebanyakan kedai runcit sudah terputus dan peniaga juga tidak dapat menambah stok.

"Kami tidak dapat memasukkan stok, sekarang hanya mampu menunggu penyelarasan antara pengilang dengan kerajaan. Kami akan menunggu," katanya kepada China Press.

Katanya, keadaan permintaan yang melebihi penawaran telah berlaku sejak beberapa hari lalu.

"Kami tidak dapat menjangka sampai bila keadaan ini akan berlarutan," katanya.

Dalam dalam itu, pemimpin yang mewakili penjaja Cina, Yao Wen Chun memberitahu, operasi penjaja belum menerima tempias daripada kekurangan stok minyak.

Wen Chun percaya keadaan kekurangan stok minyak adalah bersifat sementara.


Pemimpin UMNO jangan lalai, angkuh - Ku Li

Posted: 24 Oct 2016 03:43 AM PDT

 
 
Tengku Razalaiegh Hamzah
Tengku Razalaiegh Hamzah


Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razalaiegh Hamzah tidak mahu parti UMNO lalai dan angkuh sehingga kalah dalam pilihan raya akan datang.

Malah beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li tidak mahu parti utama orang Melayu itu mengikut jejak Parti LDP di Jepun dan Parti Kongres di India.

"Saya tidak mahu (UMNO) terjerumus keadaan seperti Parti Kongres di India dan LDP di Jepun..mereka kalah pilihan raya kerana terlampau lalai dan angkuh. Nasihat kepada yang berkuasa supaya tengok-tengok sikit," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan buku bertajuk The End Of UMNO? Essays On Malaysia's Dominant Party di sini pagi tadi.

Ditanya sama ada UMNO akan 'berkubur' seperti tajuk buku berkenaan, Ku Li berpendapat ia sekadar tajuk buku yang ditulis dan diedit oleh Prof. Bridget Welsh itu.

"UMNO masih hidup sampai sekarang, sudah banyak tahun dan ramai sudah menikmati hasil keamanan dan kestabilan di negara ini. Kamu bersetuju ke tak? Tajuk itu pilihan penulisnya. Ia bukan  saya, kalau buku saya tajuknya mungkin berlainan," katanya lagi.

Mengulas ucapannya mengenai 'ikan busuk mula daripada kepala', Ku Li berkata: "Macam saya cakap ada pemimpin biasanya dalam satu-satu organisasi akan mula buruk di kepala, kalau ada keadaan seumpama itu (berlaku) kena potong kepala,".

Beliau juga mengulangi ucapannya mengenai kesukaran pembangkang mengalahkan UMNO memandangkan parti berusia 70 tahun itu sudah berpengalaman dan mempunyai jentera parti yang kuat.

"Tengok sahaja bajet, mereka betul-betul pergi kepada rakyat," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya bertajuk Nafas Baru Demokrasi Berpelembagaan Negara, Ku Li berpendapat, Majlis Raja-Raja seharusnya bertindak sebagai kuasa perlembagaan berkumpulan selain daripada tiga cabang kerajaan sedia ada dan keadaan itu pasti memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Maljlis Raja-Raja, katanya, boleh membantu sekiranya sistem pemerintahan terbantut dan ketiga-tiga cabang kerajaan tidak berfungsi.

"Saya ingin menyingkap kembali kedudukan Majlis Raja-Raja. Walaupun terdapat peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan, rakyat jelata cuma merasai kehadirannya dalam bentuk semangat. Ini disebabkan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai belanjawan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kuasa lain untuk kewujudannya. Ia juga tidak mempunyai kerangka pentadbiran sendiri secara menyeluruh.

"Ini menyedihkan. Sebenarnya raja-raja merupakan salah satu pihak terlibat secara langsung dalam rundingan kemerdekaan. Ini bermakna raja-raja Melayu juga terlibat dalam mewujudkan perlembagaan negara," katanya.--MalaysiaGazette


Pengguna internet meningkat, membimbangkan kerajaan - Dr. Abdullah

Posted: 24 Oct 2016 03:37 AM PDT

 
 
 
 
Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin melahirkan kebimbangan dengan peningkatan pengguna internet di negara ini yang mengakses aplikasi media sosial setiap hari.
 
Kata beliau, hasil kajian TNS Global menunjukkan sebanyak 66 peratus daripada 30.5 juta rakyat berada di talian internet setiap hari, sekali gus meletakkan Malaysia di tangga keempat aktif media sosial di Asia Pasifik.
 
Menurutnya, kajian daripada "We are sosial" sehingga September lalu juga menunjukkan 59 peratus daripada 20.1 juta pengguna internet adalah gologan berumur 30 tahun ke bawah.
 
"Statistik ini sangat merisaukan jika tidak ditangani dengan baik kerana pengguna media sosial ini kebanyakannya generasi muda yang perlu diberi kesedaran dengan sifat bertanggungjawab dalam menerima, menilai dan memeriksa kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.
 
"Ini semua berpunca daripada kecanggihan pelbagai alat komunikasi terutama telefon pintar yang dibantu pula dengan perisian media sosial masa kini seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Flicker, Instagram, blogs dan laman sesawang yang memudah serta mempercepatkan penyampaian maklumat," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk, 'Fitnah Media Sosial Cetus Permusuhan dan Kehancuran Ummah: Perspektif Fiqh Tabayyun' di Seminar Antarabangsa 2016 Wasatiyyah di Shah Alam, hari ini.
 
Perasmian seminar dua hari ini dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 8 malam ini.
 
Menurut mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama itu, antara kesan besar daripada kecanggihan media sosial ialah penglibatan segelitir rakyat negara ini dalam kumpulan militan Negara Islam iaitu Daesh.
 
Jelasnya, mereka terpengaruh dengan perjuangan itu kononnya jihad, disebabkan kecetekan berfikir akibat daripada menerima maklumat salah iaitu dalam bentuk fitnah oleh pihak tertentu menerusi media sosial.
 
"Paling membimbangkan bagaimana kumpulan Daesh ini begitu licik menggunakan media sosial merekrut bukan sahaja lelaki, bahkan juga gadis remaja serta kanak-kanak untuk menyertai kumpulan berkenaan.
 
"Kenapa semua ini berlaku? Paling tidak, boleh dikatakan kerana situasi masyarakat kita mentafsirkan pemahaman konsep jihad itu secara melampau dan hanya melihat jihad itu dengan peperangan sahaja," katanya.
 
Dr. Abdullah memberi contoh, pada 18 Mei lalu, kumpulan Daesh menerusi video propaganda berdurasi 16 minit telah mengisytihar perang terhadap Malaysia.
 
Perisytiharan itu, ujar beliau, disampaikan Ketua Sayap Daesh dari Unit Katiban Nusantara, Zainuri Kamaruddin, yang juga bekas Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
 
"Alasan diberikan Zainuri untuk berperang dengan Malaysia adalah kerana negara ini dilihat sebagai sebuah negara taghut iaitu zalim dan berbuat jahat.
 
"Bagaimanapun polis menerusi Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman telah memantau sebarang aktiviti domestik dan kumpulan yang bersimpati dengan Daesh bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terjadi.
 
"Polis tetap bersiap sedia, jika benar pengaruh Daesh tersebar luas di sempadan utara, selatan Filipinna dan kemungkinan serangan secara berseorangan," katanya.
 
Mengenai fitnah media sosial, beliau menasihat umat Islam agar berwaspada supaya tidak terdedah kepada penyebaran berita yang belum dipastikan kesahihannya.
 
"Tambahan pula kadang-kadang sumber berita itu datangnya dari musuh Islam," katanya. - MalaysiaGazette
 
 

Caj visa: Kementerian Pelancongan bincang dengan Kementerian Luar

Posted: 24 Oct 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Mas Ermieyati Samsuddin
Mas Ermieyati Samsuddin


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar berhubung kadar baharu caj visa bagi jemaah haji dan umrah yang berkuat kuasa awal bulan ini.

Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata kementeriannya masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar untuk tindakan selanjutnya.

"Kadar tersebut dilihat membebankan syarikat pengendali umrah serta jemaah sendiri.

"Namun buat masa ini, kerajaan mengambil ketetapan untuk mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi supaya tidak menimbulkan masalah dan demi menjaga hubungan negara yang terjalin," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Pelancongan Umrah dan Haji 2016 yang ketujuh anjuran Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) di sini hari ini .

Menerusi kadar baharu itu, caj visa yang dikenakan adalah sebanyak 2,000 riyal (RM2,250) buat jemaah yang menunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah iaitu 1435H, 1436H dan 1437H.

Pengunjung yang kali pertama memasuki Tanah Suci untuk menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj tersebut.

Pada 2 Okt lalu, media melaporkan kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan caj baharu visa yang diputuskan bulan lalu oleh Kabinet bertujuan meningkatkan pendapatan bukan berasaskan minyak.

Sementara itu, Mas Ermieyati turut menggesa orang ramai supaya berhati-hati memilih pakej umrah yang ditawarkan bagi mengelak daripada terlibat dalam kes penipuan umrah, dan bertindak membuat aduan.

"Kerjasama daripada masyarakat amat penting kerana kami tidak boleh bertindak jika tiada aduan. Pihak kementerian sentiasa memandang serius dalam membanteras kes yang didapati semakin berleluasa," katanya.

Katanya statistik terkini kementerian dari 2012 hingga September 2016 menunjukkan 72 kes penipuan pakej umrah direkodkan dengan jumlah denda dan kompaun sebanyak RM362,000.

Mengulas lanjut berhubung dakwaan daripada pengusaha teksi yang mengatakan Bajet 2017 'memalapkan' sektor pelancongan, Mas Ermieyati menyangkal perkara itu.

"Kita faham dan jelas bahawa dalam ekonomi dunia yang perlahan, kerajaan perlu ambil perkara sebegitu.

Kita gunakan pendekatan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) terutama bagi mereka yang dalam industri supaya mereka turut mendapat pulangan dengan memainkan peranan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA


Sabah kerugian RM64 juta akibat kecurian elektrik

Posted: 24 Oct 2016 03:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Syarikat tenaga Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian kira-kira RM64 juta setahun ekoran kes kecurian elektrik di negeri ini yang masih berleluasa.
 
Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata, punca utama kerugian disebabkan penyambungan elektrik secara haram di kawasan penduduk setinggan di negeri Sabah.
 
"Dianggarkan sebanyak 178,000 rumah setinggan di Sabah dan hampir kesemua mereka dipercayai melakukan penyambungan elektrik secara haram," kata Nazri sambil menambah pihaknya menjalankan operasi membanteras aktiviti itu di Sandakan selama dua hari.
 
Operasi pada 22 Oktober dan 23 Oktober lalu di kawasan setinggan di Batu Sapi dan Batu 3, menyaksikan kira-kira 300 kilogram wayar dirampas.
 
Dalam pada itu, Nazri berkata, tindakan penyambungan secara haram boleh mengundang masalah ketidakstabilan kuasa kepada pengguna berbayar terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan penempatan setinggan.
 
"Operasi untuk menghentikan akvititi kecurian bekalan elektrik akan diteruskan," katanya.
 
Turut terlibat dalam operasi itu termasuk Suruhanjaya Kuasa Bahagian Pantai Timur Sabah, pegawai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), polis, tentera darat, Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabata Air Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
 
 

Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti

Posted: 24 Oct 2016 03:21 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran & Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan membuktikan dakwaannya bahawa terdapat syarikat-syarikat yang menerima kontrak daripada kerajaan Persekutuan tetapi menyokong gerakan BERSIH 5.
 
Katanya, Rahman tidak boleh sekadar membuat kenyataan sebaliknya perlu tampil dengan bukti kukuh ketika membuat dakwaan seperti itu.
 
"Itu saya rasa tindakan BN. Dia yang buat sewenang-wenangnya tanpa merujuk undang-undang. Ini memang cara dan budaya Umno dan menteri, di mana (mereka) suka lemparkan fitnah. Terpulanglah pada beliau," ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.
 
Guan Eng berkata demikian mengulas kenyataan Rahman pada Ahad bahawa terdapat banyak syarikat yang menerima kontrak daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyokong dan memberi dana kepada BERSIH 5 yang mempromosikan gerakan menjatuhkan kerajaan.
 
Rahman sebelum itu menyatakan sokongannya kepada saranan penulis kolum akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat, untuk menyenaraihitamkan syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja gerakan BERSIH 5 dalam diam-diam. 
 
Susulan itu, Rahman berkata beliau akan mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut. 
 
Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan itu kemudian diminta mengulas adakah terdapat syarikat di Pulau Pinang yang turut berbuat demikian, seperti yang didakwa.
 
Beliau berkata mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu perlu menunjukkan bukti sebelum melemparkan sesuatu tuduhan.
 
"Itu yang saya sebut, kalau ada tunjuk bukti, jangan buat fitnah. Ini (tuduhan ini) adalah untuk alih perhatian daripada belanjawan yang dibentang perdana menteri, yang terbukti tidak bantu rakyat. 
 
"Bagi BR1M, tambah RM200, tapi naikkan harga minyak masak dan tol. Akhirnya kenaikan RM200 itu, tak cukuppun untuk menampung kenaikan harga barang," ujarnya.
 
 

Sabotaj Air: Azmin sahkan LUAS sudah buat laporan polis

Posted: 24 Oct 2016 03:09 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran & Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengesahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah membuat laporan polis semalam, berhubung insiden pencemaran air di Sungai Semenyih.
 
Katanya, laporan tersebut dibuat supaya satu siasatan oleh polis boleh dilakukan bagi mengheret 'dalang' yang menyebabkan pencemaran tersebut ke muka pengadilan.
 
"LUAS sudah ambil inisiatif buat laporan polis jadi biar polis siasat la. Kita mahu pelaku pencemaran harus dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
 
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Azmin untuk membuat laporan polis berhubung dakwaannya bahawa pencemaran air di Sungai Semenyih disabotaj oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno.
 
Noh sebaliknya berkata, Azmin perlu menyedari perkara itu berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri pimpinannya sendiri dalam menyelesaikan urusan pengambilalihan industri air di negeri itu.
 
Azmin semalam mendakwa pencemaran air di sungai berkenaan yang menjejaskan kira-kira sejuta penduduk berlaku kerana disabotaj.
 
Pencemaran Sungai Semenyih itu menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup, sekali gus mengakibatkan empat daerah terjejas, iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.
 
Penutupan LRA itu pagi semalam, adalah kali kelima dalam tempoh sebulan selepas Sungai Semenyih tercemar disyaki berpunca dari kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.
 
 

TUAN IBRAHIM SAJAKAH DALAM PAS YANG SEDAR BAHAYANYA NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 24 Oct 2016 01:20 AM PDT

shahbudindotcom


Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kemungkinan besar kadar cukai GST akan mengalami kenaikan jika kerajaan UMNO dan BN terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.

Keadaan ini, tambah beliau, tidak mustahil akan berlaku sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.

Sekiranya jangkaan hasil tidak menepati sasaran, apakah bermakna lebih banyak lagi duit akan diambil dari rakyat?, tanya beliau.

Dalam erti kata lain, Tuan Ibrahim sedar bahayanya kepada rakyat jika UMNO, BN dan Najib Razak terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
 
 
 
 
Berdasarkan Bajet 2017, tidak terlibat projek-projek berimpak tinggi yang mampu menjana pendapatan bakal dilaksanakan oleh Najib, sebaliknya yang selalu dipuji berulang-kali ialah GST yang dianggap penyelamat kepada ekonomi negara.

Menumpukan semata-mata hanya kepada GST, apatah lagi jika kadarnya sentiasa dinaikkan, bererti Najib terus menekan kehidupan rakyat.

Tetapi, adakah para pemimpin Pas lain juga sedar bahayanya UMNO, BN dan Najib kepada rakyat negara ini?

Jika mereka turut sedar, mengapa Hadi Awang semakin kendur perjuangannya serta pernah berkata, parti itu tidak mahu berebut kuasa, sebaliknya memadai menjadi penasihat saja?

Begitu juga, mengapa Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan keras menyatakan enggan bekerjasama dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib?

Kenapa pula Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menolak untuk  bersama-sama menyertai Bersih 5 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih bagi tujuan lebih mungkin UMNO, BN serta Najib dapat disingkirkan?

Apa sebenarnya perjuangan Pas sekarang? 

Mahu membela rakyat dan membebaskan mereka daripada segala derita dan kesengsaraan yang diakibatkan oleh UMNO, BN serta kepimpinan Najib atau mahu membantu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri?

Lagi-lagi yang selalu kedengaran bersuara pro kepada rakyat dalam Pas hanyalah Tuan Ibrahim, manakala yang lain-lain seperti merasakan Najib itu lebih agung untuk terus dikekal dan dipertahankan.

Adakah Tuan Ibrahim sedang bersendirian dengan pendirian pro rakyat dalam Pas ketika ini? 


'Semua dana kepada Najib diagihkan kepada bahagian Umno'

Posted: 24 Oct 2016 01:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


Semua pembiayaan politik yang disalurkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian Umno, menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Ia termasuk wang yang dipindahkan terus kepada Najib, kata Annuar, memetik laporan akhbar New Straits Times hari ini.

"Sebagai sebuah parti, kita selama ini bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan yang diwujudkan melalui pembentukan perniagaan berkaitan parti yang dikawal oleh orang-orang tertentu.

"Itulah yang terjadi selama ini dan parti menggerakkan jentera pilihan raya menerusi pembiayaan oleh pihak-pihak ini," jelas beliau lagi.

Annuar berkata demikian ketika berucap kepada akar umbi Umno Melaka dalam program jelajah di seluruh negara berhubung perkara itu di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam.

'Mahathir sebabkan Umno melutut'

Beliau menyalahkan hubungan yang kukuh antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sesetengah pihak sehingga menyebabkan Umno melutut.

"Masalahnya ialah apabila seseorang menerajui negara ini selama 22 tahun, pasti ramai ahli perniagaan seperti itu dan penyokong yang rapat dengan beliau yang digunakan untuk memegang dana parti.

"Itulah bagaimana parti dikendalikan dan sistem yang Mahathir wujudkan, dan inilah bagaimana beliau cuba untuk terus mengawal," kata Annuar, sambil menambah bahawa sistem itu telah memaksa Najib untuk mengubahnya dan mencari cara baru untuk menstabilkan Umno.

Landasan ECRL RM55b dari emas, sindir Mahfuz

Posted: 24 Oct 2016 12:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan rasional kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Kata beliau, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya.

"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya," kata beliau, memetik laporan Sinar Harian Online.

Justeru, beliau meminta satu jawatankuasa khas parlimen untuk membuat semakan.

Pengumuman itu walaupun nampak seolah-olah projek untuk menjaga kebajikan rakyat namun masih banyak persoalan yang perlu diperincikan, ujar beliau.

Tanda tanya mengenai perkara itu muncul apabila pada 26 Julai 2016, Menteri Kerja Raya menafikan laporan dari Sarawak Report yang mendakwa Putrajaya akan menaikkan harga pembinaan itu daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion.

"Dukacita apabila menteri terbabit menafikan dengan alasan Kabinet belum mengadakan sebarang perbincangan pada Julai 2016.

"Saya hairan bagaimana Menteri Kerja Raya yang menafikan laporan itu tiba-tiba projek ini boleh masuk dalam bajet dengan nilai harga RM55 bilion, kurang RM5 bilion daripada laporan Sarawak Report," katanya.

Dakwa Mahfuz, walaupun dinafikan, beliau melihat perkara ini hampir ada persamaan dengan laporan dari Sarawak Report.

"Bagi saya adakah ini satu perbelanjaan kos landasan yang paling mahal dalam dunia? Saya tak tahulah mungkin kerajaan nak bina rel tu daripada emas ke atau besi buruk.

"Sebab itu bila diumumkan projek-projek yang dilihat sebagai menampakkan pemberian itu kepada rakyat saya masih persoalkan," katanya.

AHLI2 PARLIMEN BN JAUH LEBIH MEMALUKAN

Posted: 24 Oct 2016 12:35 AM PDT

shahbudindotcom


Bukan saja Najib Razak tidak hadir, malah majoriti Ahli-Ahli Parlimen BN tidak berada di dalam dewan ketika Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapannya membahaskan Bajet 2017.
 
 
 
 
Bahkan jika diimbas, tidak seperti menteri-menteri kewangan  sebelum ini, Najib diketahui umum sejak dulu memang jarang benar meluangkan masa mendengar ucapan wakil-wakil parti pembangkang berkaitan belanjawan.

Adakah Najib merasakan belanjawan yang dibentangkannya sudah begitu sempurna sehingga tidak mahu langsung mendengar pandangan-pandangan lain yang berbeza?

Kenapa marah orang lain keluar dewan jika diri sendiri dengan sengaja bersikap sombong dan mementingkan diri tidak mahu mendengar pendapat serta pandangan orang lain? 

Tidakkah tindakan sengaja tidak hadir itu jauh lebih memalukan? 


AMK Desak PKR Putuskan Hubungan Dengan PAS ?

Posted: 24 Oct 2016 12:25 AM PDT

 

 
zainol


 Berdasarkan perkembangan terkini, Hanisya Abdul Hamid yang lebih dikenali blogger Omak Kau memberitahu terdapat usaha daripada pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mendesak pimpinan PKR agar memutuskan hubungan politik dengan PAS.


"Omak dapat info menyatakan dalam waktu terdekat ini suatu rombongan AMK Selangor diketuai Ketua AMK Cabang Gombak Sdr Zainol Abidin Mohamed akan ke Ibu Pejabat PKR Tropicana desak agar PKR putuskan hubungan dengan PAS dalam kadar segera.

"Sebagai permulaan akan keseriusan dan kesungguhan desakan ini, AMK Cabang Gombak yang dikepalainya akan memutuskan hubungan dengan PAS Kawasan Gombak.

"Mohon penjernihan demi kebenaran akan info ini," dedah Omak dalam Facebook hari ini.

Zainol Abidin (bertanda bulat gambar di atas), selain Ketua AMK Cabang Gombak juga merupakan Naib Pengerusi AMK Selangor.

Cabang Gombak dianggap kubu terkuat PKR kerana Ahli Parlimennya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin juga merupakan Ketua Cabang PKR Gombak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, ADUN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves, Amiruddin Shari merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak.

Dalam masa sama, Azmin melantik Amiruddin sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.

Dua lagi DUN yang terletak di bawah Parlimen Gombak adalah DUN Gombak Setia, YB Ust. Hasbullah Ridzwan dari PAS dan DUN Hulu Kelang YB Saari Sungip dari PAN.

Namun kedua-dua ADUN itu sama ada dari PAS atau PAN tidak dilantik menganggotai jawatan Exco dalam kerajaan negeri.

Berdasarkan kedudukan Parlimen Gombak yang dianggap kubu terkuat PKR itu, maka tidak hairan apabila Chegubard (Badrul Hisham Saharin), ahli PKR seumur hidup yang dipecat dan Jeneral M menamakan Zainol Abidin Ketua AMK Cabang Gombak yang paling kaya.
 
zai
zai1
 
 
 

Tiada larangan mutlak pada soalan berkaitan DOJ di parlimen

Posted: 24 Oct 2016 12:16 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Soalan berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat dalam perbahasan Belanjawan 2017 akan ditentukan sama ada subjudis atau tidak hanya ketika ia dikemukakan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta keputusan dibuat berkaitan perkara itu susulan 33 soalan berkaitan DOJ telah diputuskan sebagai subjudis.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak dapat membuat keputusan itu kerana soalan belum dikemukakan.

"Bagaimana kamu minta saya buat keputusan jika (soalan) belum ditimbulkan.

"Kalau rasa nak timbulkan, timbulkan.

"Kalau siapa duduk sini (kerusi speaker) rasa langgar peraturan mesyuarat maka itulah keputusannya," katanya.

Pandikar juga menjelaskan keputusan subjudis sebelum ini hanya terhadap soalan lisan yang sudah dikemukakan.

Beliau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan kurang tepat bahawa keputusan itu turut melibatkan perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Pandikar beri amaran pada pembangkang, jangan main-main

Posted: 24 Oct 2016 12:12 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada pembangkang supaya "jangan main-main" dengannya.

Ini susulan tindakan pembangkang yang bertindak keluar dewan, Jumaat lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017.

"Apabila Yang Berhormat semua keluar, seolah-olah saya halau tapi perkara itu dirancang.

"Maka, jangan main-main dengan saya. Kamu nak main, main dengan ahli politik bukan dengan saya," katanya di Dewan Rakyat.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bagaimanapun menjelaskan bahawa wakil rakyat berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Najib, dan bukannya Pandikar.

Ibrahim Ali Akui Dipancing Jawatan Penting Sertai Parti Politik

Posted: 24 Oct 2016 12:05 AM PDT

 

 
ibrahim


 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengakui telah dipancing dengan satu jawatan penting untuk menyertai sebuah parti politik.

Kata Ibrahim, namun tawaran itu ditolak kerana prinsip perjuangannya tidak selaras dengan PERKASA yang ditubuh bagi membela untung nasib agama, bangsa dan negara.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Khas Tahunan PERKASA Parlimen Kelana Jaya hari ini.

Walaupun Ibrahim tidak menamakan parti politik berkenaan, namun dipercayai ia merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).




AIDCNews, 27 Sept mendedahkan Ibrahim mungkin akan dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti itu, sekaligus mengimbangi pengaruh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin.

Namun, tiga hari selepas itu, Khairuddin segera mencantas spekulasi itu dengan mencadangkan nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengisi jawatan Timbalan Presiden PPBM.

Mukriz ketika ini merupakan Naib Presiden PPBM, manakala jawatan Timbalan Presiden parti itu masih belum diisi.

Ibrahim ketika diwawancara pada 13 Okt lalu membayangkan buat masa kini beliau masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya tak kisah, saya tak kesal sedikit pun, malah saya bangga kerana sehingga kini tiada parti yang serasi dengan saya. Saya tidak sanggup gadai prinsip (bela Melayu Islam Bumiputera) saya yang saya pegang selama ini.

"Saya tetap dengan prinsip ini, tiada dayung, dengan lidi saya kayuh kerana saya tidak akan berkompromi dengan matlamat menghalalkan cara," tegasnya dalam wawancara bersama Malaysiakini dan FMT di Ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur.

Katanya, sukar untuk beliau menyertai PPBM kerana parti itu telah menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP yang dipelopori oleh pemikiran Anwar Ibrahim, setiausaha agung, DAP Lim Guang Eng dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tambahnya, beliau sendiri tidak menggemari sosok seperti Anwar, Guang Eng dan Kit Siang menyebabkan beliau tidak memilih untuk bersama PPBM.

"Bagi orang lain saya tak menguntungkan. Ambil Ibrahim Ali hilang undi Cina, bila ambil Ibrahim Ali ada parti yang tidak suka.

"Seperti PKR, de factor parti itu adalah Anwar, mungkin Anwar tak suka saya tapi saya jelas tidak menyukai Anwar (ia) sama juga seperti saya tidak suka DAP dan PKR kerjasama dengan BERSATU," katanya.

Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati dengan rakan-rakan politiknya termasuk dengan pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bila BERSATU ambil saya hanya akan menyusahkan BERSATU sebab ambil hati Kit Siang, Guang Eng lebih penting dari ambil hati Ibrahim Ali, sebab Ibrahim Ali Melayu, sebab Ibrahim Ali tak boleh bagi undi.

"(Tapi) saya tak kecil hati dengan kawan-kawan yang tinggal saya, sokong saya, mengata belakang saya, yang saya takut Allah yang kecil hati dengan saya," tambahnya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata beliau tidak menolak sepenuhnya PPBM dan akan melihat perkembangan seterusnya parti tersebut.

"Saya kata kalau saya sertai mana-mana parti politik dan pegang jawatan dalam parti politik, saya akan melepas jawatan presiden PERKASA.

"Oleh kerana BERSATU parti baru, jadi saya nak tengok dulu apakah parti ini sesuai dengan jiwa perjuangan saya yang berteraskan Islam dan Melayu.

"Saya juga nak lihat langkah politik mereka walaupun saya menghormati Tun Mahathir dan anggap beliau negarawan terbilang tapi pada masa yang sama saya perlu melihat kemana fokus parti ini," katanya lagi.

Mahkamah Arah Anwar Bayar RM100,000 Kepada Anifah

Posted: 23 Oct 2016 11:47 PM PDT

 

 



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu membayar kos RM100,000.


Panel hakim diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Anwar tidak mempunyai merit.

Panel turut disertai Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Anwar menuntut RM100 juta daripada Anifah ditolak Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia.
Saman fitnah Anwar berkisar sidang media Anifah di Washington pada 2009.

Anwar menuduh menteri berkenaan cuba menggambarkan beliau seorang yang tidak layak memegang apa-apa jawatan dan ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah dilaporkan mendakwa pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Pada 2008, Anwar mengumumkan berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah.

Razlan berkata Mahkamah Tinggi silap keputusan memihak Anifah dengan berdasarkan kenyataan penafian pada sidang media itu.

Anifah dilaporkan berkata sidang media itu yang ucapannya adalah hanya untuk pengetahuan mereka yang hadir.

Menurut Razlan, sebagai seorang menteri, Anifah tidak patut membuat ucapan sedemikian sekiranya sedar ia akan diterbitkan – FMT

‘Beri bukti, jangan alih Bajet 2017 tak bantu rakyat’

Posted: 23 Oct 2016 11:44 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


LIHAT VIDEO DI SINI

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan membekalkan bukti berhubung dakwaan kerajaan negeri pimpinanya menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu.

Menurut Lim, tindakan Rahman mengeluarkan kenyataan sedemikian sebenarnya dilihat cuba mengalih isu sebenar iaitu berkaitan Belanjawan 2017 yang dibentangkan Jumaat lalu.

"Ini fitnah, saya harap beri bukti.

"Kalau ada (bukti), tunjukkan bukti. Jangan buat fitnah. Tujuan utama adalah nak alihkan perhatian daripada belanjawan yang dibentangkan perdana menteri di mana ia tidak membantu rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin: Kabinet bayangan HARAPAN mungkin bulan depan

Posted: 23 Oct 2016 11:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membayangkan bahawa kabinet bayangan pakatan pembangkang mungkin diumumkan pada konvensyen akan datang bulan depan.

"Kami (HARAPAN) akan mengadakan konvensyen pada 12 Nov dan mungkin akan ada beberapa persetujuan di antara parti-parti politik dalam HARAPAN dan di luar HARAPAN.

"Ini akan memberikan kamu beberapa petanda tentang bagaimana bentuk kerajaan bayangan itu," katanya sebagai menjawap soalan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Parti-parti politik di luar HARAPAN termasuk parti sepihan Umni yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS, katanya.

"Jadi, sila bersabar. Kita mempunyai masalah dan kadang-kadang ia adalah di luar imaginasi kita," kata Saifuddin yang menulis kata pengantar untuk koleksi esei bertajuk 'The End of Umno?'

Ambiga, semasa majlis pelancaran buku itu di Royal Lake Club Royal di Kuala Lumpur, bangkit dan menyoal Saifuddin sama ada pembangkang sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kerana mereka masih belum membentuk kabinet bayangan.

Beliau juga menuntut Saifuddin memberitahu rakyat Malaysia mengapa mereka perlu mengundi pembangkang sedangkan mereka tidak mampu membentuk kabinet bayangan.

'Kami dikritik keluar dewan, tapi Pekan tak hadir pun hari ini'

Posted: 23 Oct 2016 11:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua pembangkang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir mendengar ucapannya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini.

"Kami diselar kerana 'keluar dewan' tetapi hari ini apa yang amat ketara dan menjolok mata ialah YAB Pekan (Najib) tidak hadir pun ke dewan," kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Jumaat lalu, pembangkang keluar dewan ketika Najib yang juga menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2017.
Ia berlaku selepas kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila pembangkang mengangkat plakad "Siapa MO1".
Pembangkang bertindak demikian selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dewan.

Azizah hari ini berkata, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan sebelum ini, tidak pernah sekalipun beliau tidak hadir ketika ketua pembangkang membahaskan belanjawan.
"Ini jelas menunjukkan ketokohan dan jiwa besar beliau yang bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran daripada pihak pembangkang.

"Sahsiah sebegini penting dalam amalan demokrasi kerana negara memerlukan kerajaan dan pembangkang supaya wujud semak dan imbang yang berkesan.

"Ini barulah kematangan dalam sistem demokrasi," kata isteri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh.