Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Imigresen cadang ‘bounty hunter’ tangkap PATI

Posted: 13 Oct 2016 09:04 PM PDT

Datuk Seri Mustafar Ali berkata wang akan diberikan kepada orang awam yang menangkap PATI bagi membantu usaha jabatan itu memerangi sindiket penyeludupan warga asing.
mustafar aliPETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia bercadang untuk memberikan ganjaran kewangan kepada orang awam yang membantu menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI), lapor Berita Harian.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata ganjaran kewangan kepada mereka yang menangkap PATI itu adalah sebahagian usaha jabatan itu dalam memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing.
Beliau berkata pada masa ini apabila penguat kuasa imigresen melakukan operasi termasuk di sempadan, aktiviti penyeludupan akan dihentikan seketika kerana ada penduduk tempatan yang bersubahat mendedahkan maklumat operasi itu.
"Oleh itu saya mencadangkan tindakan drastik yang mudah dan menjimatkan tetapi berkesan iaitu mewujudkan pasukan sukarelawan seperti bounty hunter (pemburu upahan) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat, Mexico dan negara lain.
"Penduduk kampung yang bersedia membantu, menangkap dan menyerahkan pendatang tanpa izin kepada pihak berkuasa, boleh ditempatkan di lokap sementara menanti tindakan imigresen," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ kaitkan 1MDB dengan ahli perniagaan AS

Posted: 13 Oct 2016 09:03 PM PDT

Penyiasat percaya sebahagian wang yang didakwa daripada dana pelaburan negara bermasalah 1MDB telah pergi kepada seorang usahawan Amerika Syarikat, yang mengatur lawatan saudara mara perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih.
Menurut The Wall Street Journal (WSJ), usahawan itu adalah Frank White Jr, salah seorang pengasas firma pelaburan DuSable Capital Management LLC, yang juga mengumpul dana untuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan calon presiden Hillary Clinton.
US Financial Daily hari ini melaporkan bahawa menurut individu yang biasa dengan siasatan itu, penyiasat percaya AS $10 juta yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB telah mengalir secara tidak langsung kepada White dalam urusan perniagaan.
1MDB juga telah membayar AS$ 69 juta untuk membeli satu unit DuSable daripada perjanjian mereka untuk membina loji kuasa solar, kata WSJ.
"White dan DuSable telah memberikan maklumat kepada penyiasat, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu.
"Siasatan tidak menyebabkan sebarang dakwaan salah laku terhadap White atau DuSable," WSJ melaporkan hari ini.
Erik Smith, seorang jurucakap White dan DuSable, berkata mereka tidak mengetahui apa-apa dakwaan bahawa 1MDB adalah "mangsa kecurian" apabila mereka mempunyai hubungan dengan dana negara itu.
Urusan mereka dengan 1MDB, tambahnya, "bertujuan untuk menyediakan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, mewujudkan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat dan mendapat sokongan untuk Malaysia di Amerika Syarikat".
1MDB dan DuSable bekerjasama pada projek berkuasa solar, yang mana ahli perniagaan kontroversi Jho Low membantu terhadapnya, lapor WSJ.
"Mereka kata Low memberitahu orang lain usahanya membantu Najib merapati Obama, yang bermain golf dengan perdana menteri di Hawaii semasa Krismas pada 2014," lapor WSJ.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan yang dibuat dalam laporan WSJ dan sedang menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk jawapan.

Kekecohan tercetus berikutan sekatan jalan masuk Hutan Simpan Balah, Gua Musang.

Posted: 13 Oct 2016 08:53 PM PDT

'Hanya raja-raja Melayu harapan kami' - PERKASA

Posted: 13 Oct 2016 08:50 PM PDT

Khairuddin merayu pada Agong di Istana Negara

Posted: 13 Oct 2016 08:42 PM PDT

Majlis Raja-Raja tolak tuntutan Deklarasi Rakyat kata Nazri Aziz

Posted: 13 Oct 2016 08:41 PM PDT

Pas sedia hadapi tiga penjuru, kata Hashim

Posted: 13 Oct 2016 08:34 PM PDT


Hashim JasinHashim JasinMursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin menegaskan Pas tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkan Pas, Barisan Nasional dan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Namun beliau menegaskan pendirian parti itu tidak akan sama sekali untuk bekerjasama dengan DAP.
Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana Pas dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud Amanah, katanya.
"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau dalam sidang media diadaka di Kangar semalam seperti dilaporkan.
Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan Amanah akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat pada 22 dan 23 Oktober ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.
Katanya Pas kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.
Mengenai pujukan PKR dan Amanah untuk Pas menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata Pas telah dapat melihat matlamat itu.

Jangan berlakon, BN dicabar hantar bantahan jika betul tidak setuju dengan SPR

Posted: 13 Oct 2016 08:33 PM PDT


SHAH ALAM, 13 OKT: DAP mencabar kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan pendirian tegas terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadi pertikaian pelbagai pihak termasuk daripada komponen parti pemerintah itu sendiri.
whatsapp-image-2016-10-13-at-11-50-08Penolong Setiausaha DAP Selangor, Dr Ong Kian Ming berkata, BN harus menunjukkan kesungguhan dengan menghantar borang bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan cadangan berat sebelah dan membelakangi Perlembagaan yang dibawa agensi itu.
"Saya cabar BN untuk kemukakan bantahan kepada SPR jika benar-benar tidak bersetuju dengan cadangan SPR itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR Selangor di sini, hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Serdang berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai rungutan sama yang ditumbulkan parti komponen BN termasuk UMNO terhadap cadangan berkenaan.
whatsapp-image-2016-10-13-at-11-30-28Adun Kota Alam Shah, V. Ganabatirau dalam sidang media yang sama bagaimanapun menempelak BN yang didakwa berpura-pura tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan cadangan yang dirangka SPR itu, sedangkan ia sebenarnya memberi kelebihan kepada parti pemerintah itu.
"Itu semua sandiwara BN," katanya ringkas.
Terdahulu, Adun-adun DAP Selangor, Ng Sze Han (Kinrara); Eddie Ng Tien Chee (Balakong) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) menghantar borang bantahan bersama 100 tandatangan pengundi kepada SPR.
Ng Sze Han yang juga merupakan Bendahari DAP Selangor berkata, kawasannya yang sekarang ini berada dalam Parlimen Puchong akan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Subang, yang dahulunya pula dikenali sebagai Parlimen Kelana Jaya sekiranya cadangan berkenaan diluluskan.
Katanya, ia akan mendatangkan masalah kepada wakil rakyat untuk mengurus kebajikan penduduk dan mengakibatkan kekeliruan kepada pengundi di kawasan berkenaan, malah akan menjejaskan pembangunan yang telah dirangka dan sedang dilaksanakan.
"Perkara sebegini benar-benar tidak adil. Mengapa perkara sebegini terjadi? Ini yang saya rasa SPR perlu betulkan," tegasnya.
Eddie Ng pula berkata, mengikut cadangan SPR itu, kawasannya akan mengalami pertambahan pengundi berbanding PRU yang lalu dan didakwa telah melebihi jumlah purata pengundi DUN di negeri Selangor iaitu 36,000 pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Kelantan dan Johor, Kedah juga boleh tumbang

Posted: 13 Oct 2016 08:32 PM PDT

Mahfuz menerima borang penyertaan ke dalam Berrsatu dari ahli-ahli Umno di Pokok Sena yang selama ini menjadi penyokong tegar BN di situ.Mahfuz menerima borang penyertaan ke dalam Berrsatu dari ahli-ahli Umno di Pokok Sena yang selama ini menjadi penyokong tegar BN di situ.
Selepas yakin dengan Kelantan dan Johor, gabungan pembangkang kini yakin akan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah pula dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanjiran sokongan pemimpin dan penyokong Umno bawahan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu sangat ketara di negeri itu sejak kebelakangan ini.
"Saya lihat Kedah juga boleh ditumbangkan oleh gabungan pembangkang jika trend yang ada sekarang berterusan.
"Sangat ketara sejak kebelakangan ini, orang-orang bawahan Umno ini lari dari parti itu.
"Saya percaya ini pengaruh pribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga bekas MB Kedah, Datuk Mukhriz," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, di kawasan Pokok Sena sendiri, tempat yang selama ini menjadi kubu kepada Umno dan tidak boleh dimasuki oleh Pas sekalipun kini sudah berpaling kepada Bersatu.
"Saya sendiri diminta oleh mereka untuk menerima borang penyertaan mereka ke dalam Bersatu, walapun bukan menyertai Pas," kata Mahfuz merujuk kepada satu majlis penyerahan borang menyertai Bersatu dari ahli Umno di Pokok Sena kepadanya baru-baru ini.
Mahfuz yang terus kekal dalam Pas walaupun tindakannya dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti itu berkata, memang sukar untuk membawa orang Umno yang sudah sebati dengan parti itu ke dalam Pas, Amanah atau parti pembangkang lain.

"Tetapi mereka mudah berpindah kepada Bersatu sebab ia dipimpin juga oleh bekas pemimpin Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin bidas Shahruddin: 'Timing' belum kena, elak singgung perasaan Pakatan Harapan

Posted: 13 Oct 2016 08:30 PM PDT


(Dari kiri) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh(Dari kiri) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Dr Shahruddin Md SallehBekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan di buat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin berpotensi untuk jawatan perdana menteri.
Beliau berkata Dr Shahruddin tidak wajar pada waktu ini untuk bercakap siapa bakal jadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya tumbangkan Umno-Barisan Nasional kelak.
Dalam kenyataan dikeluarkan Khairuddin turut menasihati Adun Jorak itu agar mengelak sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan antara Pakatan Harapan.
"Saya juga ingin nasihatkan setiausaha agung parti Bersatu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang bakal menyinggung perasaan rakan-rakan kita yang lain dari Pakatan Harapan seterusnya juga mungkin akan mengeruhkan suasana ikatan perpaduan yang terjalin sesama kita pada waktu ini."
Beliau mengulas kenyataan dibuat Dr Shahruddin dipetik berkata, calon berpotensi pakatan pembangkang untuk jawatan perdana menteri adalah Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keterbatasan Datuk Seri Anwar Ibrahim  di sudut perundangan negara menjadi faktor penghalang bekas ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Datuk Seri Mohd Najib  seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini melalui temubual eksklusif diadakan dengan Shahruddin.
Bagaimanapun hanya dua jam selepas laporan itu disiarkan  Khairuddin membuat kenyataan balasnya menerusi whatappsnya kepada Malaysia Dateline, yang turut menyiarkan laporan tersebut menjelaskan, masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk Shahruddin bercakap mengenainya (jawatan Perdana Menteri) pada saat ini.
"Pertamanya, Bersatu dengan Pakatan Harapan harus susun strategi dan gerak-kerja untuk menang dalam pru 14 terlebih dahulu. Ini sepatutnya menjadi fokus utama kita!! Bukan bercakap pasal jawatan!!
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah: Tiada dendam terhadap Dr M

Posted: 13 Oct 2016 08:28 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak lagi memendam perasaan berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat suaminya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
"Memang hati saya terguris (dengan apa yang telah berlaku kepada Anwar) namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu, kata Wan Azizah, walaupun Anwar dipenjara ketika usia mereka masih muda.
"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.
"Ia tidak seindah dan semudah yang saya katakan.... namun saya mesti telan dan mengatasi perasaan ini dengan niat yang betul," Wan Azizah dilaporkan berkata.
Anwar ditangkap pada 20 September 1998 dan dihukum penjara sembilan tahun pada tahun 1999 bagi pertuduhan liwat pertama terhadapnya.
Beliau dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan itu. Pada 2008, beliau sekali lagi ditangkap atas pertuduhan liwat yang baru yang dibawa terhadapnya oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada Februari tahun lepas, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Aksi Baju Putih 'Daulat Tuanku' berhimpun aman di Istana Negara

Posted: 13 Oct 2016 08:20 PM PDT

TERIMA KASIH NAJIB: ANDALAH ‘BAPA PERPADUAN’ RAKYAT!

Posted: 13 Oct 2016 06:14 PM PDT

Kesian kat Najib bila baca laporan di atas…. jelas otak Najib dah berserabut dan tak mampu nak berfikir secara rasional.
Mula2 Najib bercakap tentang perpaduan nasional dengan mengaitkan ketua pembangkang yang memainkan isu perkauman pada tahun 2008, kemudian beliau bercakap tentang perpaduan bangsa Melayu pula bila mengaitkan seorang pemimpin lama yang membentuk satu lagi parti politik Melayu.
Akhir sekali Najib beri amaran bila kedua pemimpin fasa 1 dan fasa 2 itu sudah mula bersalaman dan berbaik2 ! ?
Seriusli la …. Najib ni bercakap tentang Perpaduan kaum atau tentang Survival Politiknya ?
Bukankah bagus bilamana dua pemimpin yang mewakili ribuan pengikut bersalaman ? Adakah perkara itu dianggap sebagai faktor perpecahan perpaduan hanya kerana tidak melibatkan Umno ?
Apakah bila Umno terlibat saja baru boleh dikatakan sebagai perpaduan ?
Parti Melayu ada 5 ….. pemimpin lama itu mahu satukan 4 dari 5 parti itu …. bukankah itu lebih baik dan menunjukkan perpaduan ke arah positif ? Dari 5 menjadi 2 ?
Makanya …. kenapa pihak Najib kelihatan bersungguh2 mahu menghalang keempat2 parti itu dari bersatu ? Bersungguh2 para macai dan balaci melaga2kan kepimpinan parti2 tersebut supaya mereka tidak akan bersatu …. nah, siapa yang tidak mahu melihat perpaduan ?
Sekali lagi, adakah kerana usaha itu tidak melibatkan Umno maka usaha itu harus dilihat sebagai mahu memecahkan perpaduan Melayu padahal yag diusahakan adalah supaya 4 parti itu bersatu tujuan ?
Sebab itulah kita katakan Najib dah meroyan. Najib dah terdesak sampai keliru antara politik dan perpaduan. Bila parti2 pembangkang mahu bersatu pun dikatakannya sebagai mahu memecahkan perpaduan. Bukan saja parti2 pembangkang Melayu saja tapi turut melibatkan semua kaum.
Pendek kata – Pembangkang mahu menyatukan suara rakyat bukannya memecahbelahkan lagi rakyat. Sepatutnya Najib menyokong usaha itu bukannya menentang !

Tapi apapun kita kena respek juga pada Najib. Najib amat merendah diri. Beliau tidak mahu mengaku menjadi penyebab penyatuan rakyat masakini.
Serius … kini seluruh rakyat BERSATU HATI memaki hamun Najib ! Dari sekecil2 anak sehinggalah yang tua, tak kira kaum atau pangkat, SEMUA SEPAKAT mengkritik Najib.
Najib sudah menjadi satu2nya faktor perpaduan rakyat !
Tanyalah orang India, orang Cina, orang Kadazan, orang Melayu …. tanya pandangan mereka tentang Najib …. gerenti semua seiya sekata akan maki. WOW !
Belum pernah lagi ada mana2 pemimpin kita yang mampu menyatukan hati rakyat sepertimana yang Najib berjaya lakukan.
Read More / Baca Lagi >>

DOJ lanjut tarikh akhir Red Granite cabar saman

Posted: 13 Oct 2016 06:11 PM PDT

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah melanjutkan tarikh akhir untuk Red Granite Pictures dan firma gabungannya untuk mencabar saman sivil pelucuthakan yang difail oleh DOJ.
Menurut dokumen yang difailkan di Mahkamah Daerah Tengah, California, Red Granite dan firma gabungannya mempunyai tempoh sehingga 28 Oktober untuk berbuat demikian.
Ia difailkan oleh ketua seksyen pelucuthakan aset dan pengubahan wang haram, M Kendall Day dan Peguam Amerika Syarikat Eileen Decker.
Dokumen itu bertarikh 28 September, dua hari sebelum tamat tarikh akhir yang diberikan sebelum ini.
Red Granite sebelum ini menyatakan hasrat untuk mencabar tindakan pelucuthakan itu, seperti ditunjukkan dalam dokumen mahkamah.
Ini ekoran Directors' Guild of America (DGA), Screen Actors Guild-American Federation of Television and Radio Artist dan Writers Guild of America, memfailkan dokumen untuk mencabar saman pelucuthakan hak itu.
Mereka berhujah bahawa pelucuthakan hasil dari filem terbitan Granite 'The Wolf of Wall Street' akan memberi kesan terhadap pembayaran kepada ahli-ahli mereka.
"Oleh itu, DGA menegaskan kepentingannya dalam harta defendan dan akan mencabar saman pelucuthakan itu," kata DGA dalam kenyataan pada 7 Oktober.
Pemfailan yang yang sama turut dilakukan oleh dua lagi badan berkenaan pada hari yang sama.
DOJ pada hari yang sama juga memfailkan beberapa dokumen di mahkamah, tetapi dokumen-dokumen itu ditera (sealed) atas permohonan jabatan tersebut. Sebab bagi permohonan itu juga turut ditera.

Mursyidul Am PAS tak rela 'dipatuk' 2 kali oleh DAP tapi rela kalau oleh Umno?

Posted: 13 Oct 2016 06:05 PM PDT

Kesan 'patukan' Umno cukup parah yang mengistiharkan mageran di Kelantan yang mengakibatkan PAS bukan saja kehilangan Kelantan tetapi kalah teruk dalam PRU 1978 sehingga tinggal 'batu nesan' 

Kredit imagge: FMT
Bernama dalam berita bertajuk "Hubungan Pas, DAP ibarat 'berpatah arang'" melaporkan:
Mursyidul am PAS baharu, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat "berpatah arang" kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Sinarharian.
Nampak gayanya terbukti pemikiran Mursyidul Am PAS yang baru ni memang selari dengan pendakatan PAS yang memusuhi DAP.

Terbukti betul macam andaian aku dalam posting sebelum ini
Apa pun, setakat ni aku tak nampak degan perlantikan ust Hashim Jasin tu akan bawa apa-apa perubahan dalam PAS. PAS tetap juga akan 'benci' DAP dan Amanah dan tetap akan 'flip-flop' untuk nak kerjasama PKR dan Bersatu dan tetap akan terus 'main mata' dengan Umno. - Ibid.
Malah aku yakin Mursyidul Am PAS yang baru ni akan sokong penuh hati kalau Hj Hadi buat keputusan untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam PRU akan datang.

Bernama juga melaporkan:
Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan "tahaluf siyasi" (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredaan Allah.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk 2 kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Harun pada sidang media di sini, hari ini. - Ibid.
Cumanya aku agak mushkil sikit macamana dia boleh kata PAS berpatah arang dengan DAP gunakan alasan tidak mahu 'dipatuk 2 kali ditempat sama' tapi boleh pulak bekerjasama dengan Umno. Sedangkan Umno lebih awal 'patuk' PAS berbanding DAP.Read More / Baca Lagi >>

Harussani ‘pemimpin Islam emosi dan jahil’, kata Zaid

Posted: 13 Oct 2016 05:54 PM PDT

Zaid mempersoalkan Harussani jika beliau tahu isi kandungannya, sedangkan rang undang-undang itu belum disediakan.
zaid-ibrahim-harussani
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan mufti Perak "pemimpin Islam beremosi dan jahil" kerana mahu Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dilaksanakan di semua negeri.
"Beliau belum pun baca rang undang-undang itu, jadi bagaimana beliau tahu apa isi kandungannya? Rang undang-undang belum disediakan pun.
"Belum ada rang undang-undang lagi, hanya usul. Menteri perlu menjelaskan usul itu.
"Jika usul itu hendak memperkenalkan undang-undang Islam, maka Parlimen perlu menolak kerana undang-undang Islam bukan dalam bidang kuasa Parlimen. Ia adalah perkara berkaitan sesebuah negeri," kata bekas menteri Umno itu kepada FMT hari ini.
Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberitahu FMT, beliau bukan sahaja berharap RUU 355 diluluskan di Kelantan, tetapi untuk seluruh negara.
Semalam, Harussani menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU 355, kerana adalah "salah" jika umat Islam tidak menyokongnya.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, umat Islam tidak wajib menyokong RUU 355.
"Harussani mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya, tetapi ia tidak wajib kepada semua.
"Sudah tentu saya tidak setuju. Ternyata bukan semua mufti bersetuju dengannya," katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu sependapat dengan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan berkata, RUU 355 bukan "hukum Tuhan" dan mungkin mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Lelaki Berjanggut, Bertongkat ‘Superimposed’ sembang Jamal

Posted: 13 Oct 2016 05:48 PM PDT

PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki berjanggut, bertongkat serta memakai baju putih dengan logo Barisan Nasional (BN) yang tersebar di media sosial adalah versi edit atau 'superimposed', dakwa Datuk Seri Jamal Md Yunos.  
Menafikan dakwaan itu, Jamal yang merupakan ketua gerakan Baju Merah berkata, tiada lelaki berkenaan di dalam gambar melainkan beliau; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Tambahnya, gambar yang tersebar itu dirakam ketika perbincangan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang diadakan di dalam 'war room' pada Jun lalu.
"Itu gambar edit. Kita tidak tahu siapa yang edit gambar itu dan diletakkan lelaki berkenaan di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Noh dan saya sendiri.
"Sekarang ini superimposed, macam-macam ada... canggih. Yang tak ada, diada-adakan, yang ada, tidak diadakan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Dilaporkan, pihak polis kini sedang mengesan lelaki berjanggut dan bertongkat seperti di dalam video dan gambar yang tersebar di media sosial di mana seorang penyokong Bersih diserang.
Pada masa sama, turut tersebar gambar yang memperlihatkan seseorang yang mirip wajah lelaki berjanggut dan bertongkat itu sambil memakai baju putih berlogo BN berada bersama-sama Najib, Noh dan Jamal dalam satu majlis.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, lelaki berkenaan merupakan salah seorang penyokong gerakan Baju Merah.
"Lupa nama dia siapa, tetapi dia adalah penyokong gerakan Baju Merah. Tidak ada masalah sama ada dia orang Umno ke apa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA DUA INDIVIDU YANG DISEBUT NAJIB DAN DUA INDIVIDU LAIN DI SISI NAJIB

Posted: 13 Oct 2016 05:45 PM PDT

Bercakap dalam satu rakaman audio mengenai perpaduan, Najib Razak secara terbuka melahirkan kebimbangannya terhadap dua individu yang dianggapnya merupakan ancaman kepada negara.

Walaupun tidak menyebut nama, dua individu itu tidak lain ialah bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Meminjam kata-kata Abdul Rahman Dahlan, hanya orang bodoh saja yang tidak memahami siapa individu yang dimaksudkan Najib itu.

Kata Najib, fasa pertama kepada ancaman perpaduan itu timbul  pada 2008 melalui beberapa isu perkauman dan kes mencabar Perlembagaan, manakala fasa kedua apabila seorang pemimpin lama menubuhkan parti politik baru yang mengakibatkan kuasa politik Melayu berpecah kepada lima.

Tambahnya, ancaman fasa ketiga dijangka akan berlaku berikutan pemimpin fasa  pertama dan fasa kedua itu sudah berbaik-baik dan bersalaman sekarang ini.
Benarkah Anwar dan Tun Mahathir merosak perpaduan dan merupakan ancaman kepada negara?

Apa dan di mana rosaknya perpaduan yang diakibatkan oleh Anwar dan Tun Mahathir selama ini?

Tidakkah Anwar dengan perjuangannya dan Tun Mahathir juga dengan perjuangannya dan mereka berpadu tenaga sekarang ini adalah merupakan sebahagian usaha yang murni ke arah penyatuan rakyat dan seterusnya menyelamatkan negara?

Bukankah perpaduan yang longgar dan timbulnya pelbagai isu mengenai perpaduan selama ini lebih banyak berpunca  daripada kelemahan Najib sendiri dalam menangani pelbagai isu yang timbul?

Hakikatnya, perpaduan tidak ada masalah di negara ini. Sesama rakyat masih boleh hidup akan harmoni sama ada berjiran, makan semeja, bekerja sepejabat, saling menumpang kereta, berpakat dalam perniagaan dan sebagainya lagi.

Masalah kita bukan perpaduan. Masalah kita ialah kehidupan rakyat makin tertekan yang diakibatkan kelemahan pemimpin mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, sambil berlakunya aktiviti pencurian dan samunan di siang hari.

Jika mahu disebut mengenai kemelut dalam negara, selain kerana kelemahan Najib sendiri dalam memimpin negara, harus disedarinya juga bahawa ada dua individu lain yang lebih merosakkannya.

Pertama, Rosmah Mansor dan kedua, Jho Low.
Read More / Baca Lagi >>

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanun..

Posted: 13 Oct 2016 05:31 PM PDT

SUBSIDI RAKYAT DIHAPUSKAN.. duit rakyat diseleweng bayar hutang anak main judi LAS VEGAS USD11 JUTA..!!

Laki bini boros berbelanja terbang ke luar negara ke sana ke mari guna harta kerajaan & wang rakyat...

KENAPA JADI BEGITU ??!!

Posted: 13 Oct 2016 05:29 PM PDT

Satu persatu individu mahupun satu keluarga dgnya yg lawan AyahJib akan letak jawatan syarikat GLC di bawah pemerintahan Laki Rosmah.

TERKINI, Mokhzani Mahathir diminta oleh 'seseorang' utk letak jawatan Pengerusi SIC berkuatkuasa serta-merta - SIC...

SIAPAKAH DIA 'seseorang' ITU ??!!

Siapa pula bakal dipilih oleh AyahJib untuk jawatan ni..??

ASAL UMNO...MESTI BOHONG..!!!

Posted: 13 Oct 2016 05:28 PM PDT

Menteri.. MELAYU
Menteri.. PAKAI SONGKOK TINGGI
Menteri.. ISLAM PADA 'IC'

TAPI kenapa dapat gaji dari 'taxpayer' rakyat, kerjanya nak menipu & perbodohkan rakyat !!!

AKHIR 2015 DAH KUTIP LEBIH RM30 BILION CUKAI GST TAK CUKUP2 KAH !!!

Posted: 13 Oct 2016 05:26 PM PDT

Tu pon gelojoh lagi nak balon RM4 juta + RM1.76 juta wang jaminan...

1MDB & anak syarikat di bawahnya boleh plok ko kasi KECUALIKAN SEGALA CUKAI SELAMA 10 TAHUN !!!

MEMANG CELAKA LAH KAMU WAHAI NAJIB & KERAjaan BN !!!

Terpulang kepada Ezam, janji bukan UMNO dan BN - Azmin

Posted: 13 Oct 2016 05:21 PM PDT


Terpulang kepada Ezam, janji bukan UMNO dan BN - Azmin


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut keputusan bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, terpulang kepada Mohamad Ezam untuk menyertai mana-mana parti dikehendakinya.

"Yang penting jangan sertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebab matlamat kita hari ini, UMNO dan BN mesti ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang kerana negara hari ini telah rosak di bawah pimpinan UMNO dan BN.

"Jadi mana-mana parti yang bersedia melakukan perubahan dan reformasi untuk menyelamatkan negara, kita akan dukung," katanya ketika diminta mengulas keputusan Mohamad Ezam menyertai PPBM.

Mohamad Ezam pada Khamis mengesahkan kepada Astro AWANI penyertaan beliau bersama PPBM.

Pada Selasa, beliau bertemu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasratnya menyertai parti itu dan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

'Dulu saya selalu main badminton dengan Siti Hasmah' - Wan Azizah

Posted: 13 Oct 2016 05:20 PM PDT

'Dulu saya selalu main badminton dengan Siti Hasmah'
DUA wanita yang lembut perwatakan mereka. Itu yang dapat digambarkan apabila melihat raut wajah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan isteri bekas timbalannya,‎ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hari ini Sinar Harian berkesempatan mewawancara Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan dan nama Siti Hasmah diajukan kepadanya sementelah kedua-duanya saling mengenali sebelum ini 'terpisah' dek pendirian berbeza suami masing-masing.
‎Mengimbau nostalgia persahabatan mereka, Wan Azizah berkata, Siti Hasmah banyak memberi nasihat kepadanya ketika suami masing-masing masih dalam kerajaan.
Namun katanya, hubungan itu terputus selepas Anwar tidak lagi berada di dalam kabinet Mahathir.
"Terpisahlah...apabila Mahathir begitu, Anwar begini.
"Dulu Hasmah kata: 'tidak apa Azizah awak buatlah kerja awak dulu'.
"Dahulu saya kena bekerja sebagai doktor 10 tahun kerana mengikut perjanjian  biasiswa... beliau (Siti Hasmah) banyak membantu," kongsinya lagi.
Dalam pada itu katanya, mereka juga sering bermain badminton bersama.
"Kalau bermain dengan beliau (Siti Hasmah), saya penat sikitlah, sebab nak ke sana sini.
"Saya ni agak gementar sikit ketika bermain," katanya dalam nada berseloroh.
Sementara menyentuh mengenai hubungan mereka kini, Wan Azizah berkata, hubungan itu kembali terjalin dan ia masih seperti dahulu.
"Sekarang Alhamdulillah, tiada apa-apa yang menghalang sekiranya saya hendak berjumpa dengannya," katanya.

Jiwa Puteri Reformasi masih membara

Posted: 13 Oct 2016 05:17 PM PDT

Nurul Izzah AnwarJolokan Puteri Reformasi yang diberikan kepadanya mungkin sudah pudar atau tidak 'sepanas' dahulu.
Namun bagi empunya diri, Nurul Izzah Anwar, semangat Puteri Reformasi hakikatnya masih membara dalam jiwanya dan perjuangan itu masih berterusan.
Nurul Izzah yang merupakan puteri sulung kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat perjuangan itu kekal di dalam dirinya‎ dan beliau harus lebih kuat memandangkan cabaran yang dihadapi kini.
"Tugasan kini amat besar, bagi saya setiap ungkapan ALLAH uji dengan pelbagai cara, bukan sahaja untuk pembebasan Anwar malah untuk kebebasan perjuangan untuk rakyat," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, hari ini.
Nurul Izzah pernah digelar Puteri Reformasi  pada usianya 18 tahun ekoran peranannya dalam agenda gerakan reformasi pada 1998.
Ketika itu, wajah Nurul Izzah sering muncul di kaca-kaca televisyen tempatan dan antarabangsa yang memaparkan beliau sebagai seorang puteri yang memperjuangkan reformasi.

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 8:01 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Mursyidul Am PAS tak rela 'dipatuk' 2 kali oleh DAP tapi rela kalau oleh Umno?

Posted: 13 Oct 2016 05:30 PM PDT

Kesan 'patukan' Umno cukup parah yang mengistiharkan mageran di Kelantan yang mengakibatkan PAS bukan saja kehilangan Kelantan tetapi kalah teruk dalam PRU 1978 sehingga tinggal 'batu nesan' 

Kredit imagge: FMT
Bernama dalam berita bertajuk "Hubungan Pas, DAP ibarat 'berpatah arang'" melaporkan:
Mursyidul am PAS baharu, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat "berpatah arang" kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Sinarharian.
Artikel penuh »

Wajib sokong RUU355: Takkan Mufti Perak BANGANG sampai tara ni kut?

Posted: 13 Oct 2016 06:25 AM PDT

Takkan dia taktau yang RUU tu dibentang di Parlimen dan kalau diluluskan memang akan terpakai bukan saja untuk Kelantan malah untuk seluruh Malaysia.

FreeMalaysiaToday dalam berita bertajuk "Mufti Perak mahu hudud dilaksanakan di semua negeri" melaporkan:
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meliputi semua negeri di seluruh Malaysia.

Bercakap kepada FMT, katanya pada Khamis, beliau bukan sahaja berharap RUU itu diluluskan hanya di Kelantan, tetapi untuk seluruh Malaysia.

"Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya," kata Harussani ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah bercakap mengenai perkara itu sebelum ini. - FMT.
Artikel penuh »

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:13 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Kerakusan pembalakan Kerajaan Islam Kelantan cuba disembunyi

Posted: 12 Oct 2016 05:13 PM PDT


"Bagaimanapun, saya tidak fikir ia terlalu buruk
 hingga sungai menjadi sangat tercemar" - Mohd Amar
Kerajaan Islam Kelantan cuba menutup maklumat sebenar tentang pencerobohan pembalakan yang berlaku di kawasan Hutan Simpan Kekal negeri itu setelah pendedahan demi pendedahan didedahkan kepada umum.

Dua hari lepas ekspedisi NGO Royalti Kelantan bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media yang melakukan tinjauan lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan melaporkan mengenai kadar kemusnahan hutan simpan kesan kerakusan pembalakan di Gua Musang yang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.Baca  di sini

 Hanya di negeri Islam Kelantan...
Kini, semua orang selain masyarakat Orang Asli termasuk semua pembekal, peniaga dan penjual dihalang dari pergi ke kampung-kampung dan satu papan tanda larangan diatas ini telah diletakan. Papan tanda ini adalah amaran bahawa mana-mana aktiviti oleh sesiapa pun boleh dihukum oleh undang-undang.

Kelmarin Siti Kasim melalui fesbuknya melaporkan bahawa dia telah ditahan dan tidak dibenarkan masuk oleh Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah yang membuat sekatan di semua jalan masuk ke kawasan yang dipertikaikan termasuk ke tempat sekatan yang dibina oleh masyarakat Orang Asli.

Siti Kasim yang merupakan penasihat undang-undang masyarakat OA disitu turut membawa bantuan bekalan makanan telah dihalang masuk. Aduan polis telah dibuat mengenai perkara ini kelmarin.

 Esok (hari ini) difahamkan pemimpin Amanah, Dato Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang. Inilah sebenarnya yang kerajaan Islam Kelantan amat takuti - pengaruh Dato Husam Musa menjalar masuk hingga ke kampung-kampung OA !

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KHABAR MENAKUTKAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN

Posted: 13 Oct 2016 08:28 AM PDT

shahbudindotcom


Jeng...jeng...jeng...

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland akhirnya memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

OAG memaklumkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam siasatan 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan yang diambil Finma ke atas Falcon.

Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland semalam mendedahkan sebanyak RM15,200 juta dana berkaitan 1MDB, termasuk RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, telah disalurkan melalui Falcon.
 
 
 
 
Berikutan kesalahan itu, Finma mengarahkan Falcon menyerahkan sejumlah RM10.55 juta yang disifatkan sebagai keuntungan haram kepada agensi kawal selia itu yang peranan hampir sama seperti Bank Negara di negara kita.

Di Singapura, Falcon turut diarahkan tutup kerana  kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram.

Apa yang harus dipuji ialah OAG yang begitu pantas dalam berindak. Hanya sehari selepas mengumumkan kemungkinan ke arah itu, OAG semalam memutuskan prosiding jenayah ke atas Falcon akan dimulakan.

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, tentunya ini merupakan khabar menakutkan yang semakin hampir menjadi kenyataan, terutamanya tentang kebenaran berkaitan wang RM2,600 juta yang diterima oleh Najib.

Peguam Negara kita?

Hahaha...awal-awal sudah mengatakan  tiada kesalahan, sedangkan di negara-negara lain, ia seperti baru hendak dimulakan.


Guna GST untuk bina rumah mampu milik, kata gabungan pengguna

Posted: 13 Oct 2016 08:18 AM PDT

 
Rakyat tak merasai manfaat membayar cukai walaupun kerajaan mengutip RM27 bilion hasil GST pada 2015, kata CEO Fomca Paul Selvaraj


Paul Selvaraj


PETALING JAYA: Orang ramai sepatutnya merasai manfaat membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata gabungan pengguna.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata cukai itu wajar digunakan untuk menyediakan rumah mampu milik, perluaskan laluan bas, rawatan kesihatan, subdisi untuk penjagaan kanak-kanak serta pendidikan untuk belia dan pasangan baru berkeluarga.

"Rakyat masih belum merasa manfaat membayar cukai kepada kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca Paul Selvaraj kepada FMT.

Beliau diminta pendapat mengenai perbelanjaan hasil daripada GST, cukai pendapatan dan jenis cukai lain oleh kerajaan. Kerajaan mengutip RM27 bilion daripada GST pada 2015. Kerajaan dijangka mengutip RM39 bilion tahun ini.

Selvaraj berkata perkara utama yang dihadapi keluarga baharu adalah mendapatkan rumah mampu milik.

"Cukai itu patut digunakan untuk membina rumah mampu milik, kerana jurang antara pendapatan dan harga rumah terlalu besar. Saya berharap tidak akan ada generasi yang sekadar mampu menyewa."

Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata pasaran perumahan di Malaysia "sangat tidak mampu milik" dengan harga median rumah 4.4 kali pendapatan median isi rumah tahunan. Pasaran "mampu milik" adalah harga median rumah 3 kali pendapatan median isi rumah tahunan.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah laluan bas daripada kawasan perumahan baharu ke kawasan bandar. Memandangkan lebih ramai orang membeli rumah murah yang terletak jauh dari bandar, kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan bas yang boleh diharap supaya orang ramai tidak perlu berkereta.

Perkara ketiga pula adalah rawatan kesihatan. Selvaraj memuji sistem rawatan kesihatan kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan yang baik tetapi kerajaan perlu campurtangan mengawal rawatan kesihatan swasta.

"Terlalu mahal. Ia perlu dikawal supaya rawatan mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana," katanya.

Selvaraj berkata kerajaan perlu agresif mengadakan wacana percuma mendidik pengurusan kewangan kepada golongan belia dan pasangan baru berkahwin bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik. Beliau berharap ini akan membantu mereka berbelanja mengikut kemampuan dan melabur dengan bijaksana.

Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST

Posted: 13 Oct 2016 08:13 AM PDT

Astro Awani
Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST
Datuk Seri Vida di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dibenarkan wang jaminan sebanyak RM1.7 juta dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini, bagi kesemua pertuduhan ke atasnya.

Hasmiza atau dikenali sebagai Vida didakwa 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  2014  kerana gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Hakim Murtazadi Amran juga menetapkan agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Menurut sumber Astro AWANI, ini merupakan kes pertama defendan yang tidak mengaku bersalah selepas didakwa di bawah Seksyen 41 (7) akta tersebut.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Pendakwaraya sekali lagi meminta hakim mengenakan wang jaminan berjumlah RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

Kes akan disebut semula pada 15 November depan.
 
 

Takut bayar tol lebih? Jangan terlalu lambat keluar lebuh raya PLUS

Posted: 13 Oct 2016 07:26 AM PDT



DETIK DAILY






KUALA LUMPUR — Pengguna lebuh raya PLUS yang keluar plaza tol terlalu lambat daripada tempoh akan dikenakan bayaran lebih tinggi sebagai "denda," kata syarikat terbabit.Langkah ini diperkenalkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengelak pengguna memanipulasi kad transit caj tol di beberapa lebuh raya yang diurus olehnya.

"Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya," kata syarikat itu dalam kenyataannya.
"Berdasarkan rekod kami, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun."

0713hrs Sila rujuk kenyataan PLUS mengenai Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) di https://t.co/wgXxIYrFuG
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 11, 2016
Untuk mengawal masalah tersebut, tambahnya, denda "perjalanan melebihi tempoh yang ditetapkan" (LJT) dikenakan apabila waktu masuk dan keluar dari lebuh raya "meragukan."

Namun PLUS Malaysia Berhad akan memulangkan jumlah denda tersebut jika ia berpuas hati dengan alasan atau bukti yang ditunjukkan atas kelewatan pengguna keluar dari lebuh raya.

"Penalti LJT hanya boleh dikenakan sekiranya pengguna gagal memberi alasan atau bukti yang munasabah apabila melebihi tempoh perjalanan yang telah ditetapkan kepada petugas tol ketika membuat bayaran di plaza tol keluar," kenyataan PLUS semalam dipetik.

Syarikat pengendali itu juga berkata ia mempunyai rekod lengkap kesesakan, kerja penyelenggaraan, kemalangan atau kerosakan kenderaan yang mengendalakan perjalanan.

1224hrs Awasi jarak & had kelajuan kenderaan anda ketika berada di dalam cuaca hujan. pic.twitter.com/ixGRWhyBuQ
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 12, 2016
"Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan," katanya lagi di laman web rasmi.

Ia memberikan contoh perjalanan di antara plaza tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit, tidak termasuk berhenti rehat yang boleh mencapai jumlah 138 minit.

"Sekiranya pengguna tersebut keluar di plaza tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan," kata PLUS.

"Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti."

PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am

Posted: 13 Oct 2016 07:20 AM PDT

ASTRO AWANI


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am
Hashim menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. -Gambar fail
 

KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am

Posted: 13 Oct 2016 07:18 AM PDT

ASTRO AWANI


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am
Hashim menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. -Gambar fail
 

KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama

PAS berdiri kerana prinsip bukan dedak

Posted: 13 Oct 2016 07:12 AM PDT


 
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR


ISLAM bukan macam pakaian, boleh ditukar-tukar mengikut rasa. Asal suka pakai asal tak suka tukar atau buang. PAS akan hilang identiti sebuah jamaah Islam kalau Islam yang menjadi prinsipnya dibuang.

Siapa yang nak PAS tinggalkan prinsipnya, maka dia kena bersedia untuk ditinggalkan oleh PAS. Kalau dia tak bersedia tinggalkan PAS, lama-lama pasti ahli PAS akan keluarkan dia atau dia terkeluar dengan sendiri.

Dengan prinsip ini PAS membina ahli dan jenteranya, jentera PAS bergerak dan berkembang bukan dengan dedak tapi dengan prinsipnya.

Kalau PAS pertahankan prinsipnya, orang yang benci kepadanya akan meninggalkannya tapi kalau PAS khianati prinsipnya orang yang cinta padanya pula akan tinggalkannya.

Biar PAS kehilangan orang yang membenci, tapi jangan kehilangan orang yang mencintai.

Jentera inilah yang siang malam bersengkang mata, mencurahkan peluh, kosongkan poket untuk perjuangkan Islam yang menjadi prinsip perjuangannya.

Jentera yang cinta kepada perjuangan PAS inilah juga yang membantu rakan tahalufnya yang sekarang sedang menubi hinaan dan perlekeh prinsip yang dibawa oleh PAS.

Dengan prinsip ini juga PAS berpencak dihadapan musuh musuh tradisinya BN yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsip Islamnya dari dulu hingga kini, tak pernah PAS undur dari pertahankan prinsipnya walaupun musuhnya semakin ramai.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang menyerang, menghina, menghalang PAS untuk kehadapan bersama prinsipnya. PAS akan rempuh dan hadapi semua halangan, penghinaan kepada PAS tidak sedikit pun mereputkan semangat perjuangan.

PAS tak reput dek hinaan, prinsip PAS adalah Islam, mana mungkin Islam itu akan reput, selagi PAS tidak khianati prinsipnya, selagi itu ia umpama pohon segar dan rendang yang meneduhkan. Semakin bertunas dan mengeluarkan buah yang manis.

Berita ramalan biar munasabah

Posted: 13 Oct 2016 07:10 AM PDT


 
Oleh SUBKY LATIF


TELAH diviralkan calon Umno Terengganu dalam PRU 14 nanti kira-kira separuh terdiri daripada muka baru.Sekalipun ia suatu yang luar biasa bagi Barisan Nasional, menggugurkan 50 wakil yang ada, masih ia termasuk dalam perkara mungkin. Biasanya BN khususnya Umno mengemukakan satu pertiga muka baru dalam setiap pilihan raya umum.

Calon pertama kali jika menang setiap kali ada harapan bertanding tiga kali pilihan raya. Perdana Menteri, menteri, Menteri Besar boleh bertanding lebih dari tiga kali. Masuk pilihan raya yang ke empat biasa sebahagian kecil saja calon yang sudah tiga kali itu bertanding lagi.
 
Jarang calon baru terdiri dari 40 peratus. 50 peratus lagilah tidak biasa. Tetapi bukan tidak mungkin bagi negeri yang Umnonya bergolak.
   
Umno Terengganu mungkin tidak bergolak, tetapi apabila kedudukan Menteri Besar yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri bergolak, dan PAS pula jadi saingan hebat setiap PRU, maka denan  sendirinya politik negeri itu bergolak.
   
Pada zaman Najib ini Umno mengutamakan calon winnable, sebanyak-banyak yang membawa defeatible wajar digugurkan. Separuh MP dan Adun yang mungkin kalah dan menyebabkan BN kalah wajar digantikan.
   
Apabila berita itu diviralkan, maka ia boleh dikira mungkin. Dalam ilmu kewartawanan, berita ramalan adalah dibenarkan dan ia berita yang amat menarik. Sekalipun mungkin tidak betul tetapi berita ramalan bukanlah suatu jenayah dalam dunia kewartawanan.
   
Boleh diramalkan dengan imejnya yang ada PM Najib akan berundur sebelum PRU akan datang. Sekalipun kemungkinannya tipis tetapi bukan mustahil.
   
Tetapi dalam berita pertukaran calon yang banyak itu, jika nama Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Shabery Cheek hilang daripada senarai adalah dikira tidak munasabah pada masa ini. Setakat ini tidak nampak mereka  tidak digemari oleh Najib dan oleh Zahid Hamidi.
    
Jika berita ramalan itu hendak diviralkan, maka jangan gugurkan nama kedua mereka. Sekalipun Idris Jusoh itu sama warna di sisi Istana, tapi Najib dikira tidak stabil menggugurkan mereka. Nama Idris memang comot sejak digugurkan daripada Menteri Besar, tetapi tidak menyebabkan Najib membuangnya. Ditukarnya Idris ke Parlimen. Naik pangkat dia.
    
Maka Idris dipercayai akan kekal. Demikian juga Shabery. Tetapi mungkin dia ditukarkan ke Dun memandangkan dia adalah Umno terkanan di negeri itu sekarang. Ketika Umno mencari calon MB, maka Shabery dirasakan orang yang sesuai.
    
Maka namanya jangan dibuang daripada senarai, tetapi ditukar dari Parlimen ke Dun. Kalau dia menang kemungkinan tidak jadi Menteri Besar disebabkan PAS beroleh majoriti, maka dia boleh jadi ketua pembangkang yang menarik.
    
Bagi meramalkan dia kalah dan BN kalah memandangkan kedudukan Umno yang ada sekarang, bukan tidak mustahil. Dengan kemunculan Bersatu dan penampilan Dr. Mahathir yang boleh melemahkan Umno, maka Umno tidaklah sehebat tahun 1955 dulu.
   
Maka masa ramalan boleh diviralkan sekencang-kencangnya. Sama ada ia dibincang atau tidak oleh Umno Terengganu, berita ramalan dibenarkan oleh ilmu kewartawanan. Tetapi ramalan itu biarlah profesional dan munasabah. Menggugur nama Idris dan Shabery masa ini menjadikan ramalan itu tidak logik sekalipun tidak mustahil.
  
Viral itu menarik jika nama kedua-duanya dikekalkan.

Saya Ditawar RM2 Juta 'Tutup Mata' Aktiviti Jenayah - Musa Hassan

Posted: 13 Oct 2016 07:05 AM PDT

DETIK DAILY
 

 

KUALA LUMPUR: Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah.


Mereka bagaimanapun silap percaturan apabila pemimpin tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan mempergiatkan gerakan membanteras jenayah terancang.

"Semasa saya di sana (PDRM), sindiket menawarkan saya RM2 juta sebulan supaya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan lintah darat tanpa diperiksa.

"Saya tolak dan pastikan mereka ditangkap," katanya selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, Rabu.

Musa berkata, beliau terlibat dalam operasi penahanan beberapa ketua sindiket berprofail tinggi semasa beliau berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

"Rasuah perlu dihapuskan dan ia tidak tempat dalam pasukan ini," katanya.

Malah kata Musa, beliau pernah dituduh mengambil rasuah semasa berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Melaka.

"Seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memberitahu saya bahawa saya disiasat kerana beberapa orang bahawa saya menggunakan nama saya untuk meminta rasuah.

"Saya beritahu pegawai itu untuk teruskan dan tahan mereka. Orang seperti itu jangan diberi muka," katanya.

Semasa menjadi KPN, Musa berkata, beliau mempunyai pendekatan bersungguh-sungguh membanteras jenayah terancang.

Salah satu kejayaan beliau apabila menahan tujuh suspek yang merupakan ketua geng warga Malaysia, termasuk seorang yang dikaitkan dengan geng di Singapura, pada Julai 2007.

Ia susulan arahan beliau mempergiatkan gerakan Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7), jenayah serius malah termasuk unit soal siasat, secara besar-besaran di Lembah Klang dan Johor.

Sebulan kemudian, Musa mencatatkan lagi kejayaan apabila beliau dapat menangkap salah seorang ketua sindiket paling berkuasa di negara ini, di Johor Baru.

Ditanya sama ada KPN lain turut menerima tawaran seumpama itu, Musa berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Malah saya tidak menerima hamper semasa saya menjadi KPN. Kita, sebagai pegawai kanan, perlu menjadi contoh dan menunjukkan perkara yang wajar kepada pasukan kita," katanya.