Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'1MDB jangan spin, mahasiswa mahukan jawapan'

Posted: 11 Oct 2016 09:40 PM PDT

Tanpa si 'korup' pun, UMNO tiada masa depan - kata Dr M

Posted: 11 Oct 2016 08:36 PM PDT

Rayuan Anwar: Istana Kehakiman Dikawal Ketat

Posted: 11 Oct 2016 08:35 PM PDT

Rayuan Anwar: Pentas Mini Dibuka

Posted: 11 Oct 2016 08:35 PM PDT

Rayuan Anwar: Penyokong Berdebar Menunggu Keputusan

Posted: 11 Oct 2016 08:33 PM PDT

Bebas Anwar, Reformasi bergema di Istana Kehakiman

Posted: 11 Oct 2016 08:32 PM PDT

Imam sedih memanjatkan doa untuk Anwar Ibrahim

Posted: 11 Oct 2016 08:32 PM PDT

Gelagat kumpulan anti-Anwar buat bising dengan 'hailer'

Posted: 11 Oct 2016 08:31 PM PDT

'Saya bukan nak bom, ini mahkamah bukan bapak you punya' - kata Ronnie Liu

Posted: 11 Oct 2016 08:28 PM PDT

'Kita yakin mahkamah buat keputusan positif' - kata Hatta Ramli

Posted: 11 Oct 2016 08:27 PM PDT

Panel hakim kes Anwar enggan undur, jamin perbicaraan adil

Posted: 11 Oct 2016 08:21 PM PDT

Permohonan melucutkan kelayakan panel 5 hakim itu dibuat kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar, pada 24 Mei lalu, untuk memanggil Ramli memberi bukti tambahan bagi kes itu.
anwar-ibrahim-justice-leage
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada sebab melucutkan kelayakan panel 5 hakim daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan liwat dalam cubaan terakhirnya dibebaskan dari penjara, hari ini.
Peguam bekas ketua pembangkang itu mengemukakan permohonan untuk melucutkan kelayakan panel itu, kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar pada 24 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof memberi bukti tambahan bagi kes liwat itu.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel 5 hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim.
"Kami tidak fikir 2 perenggan (dalam penghakiman sebelum ini) yang dirujuk (Datuk Seri) Gopal Sri Ram akan menyebabkan panel berat sebelah terhadap Anwar.
"Perenggan itu yang dikatakan dalam konteks mengemukakan bukti tambahan oleh Ramli Yusof," kata Zulkefli yang memberi jaminan kepada Anwar akan mengendalikan perbicaraan itu secara adil, berdasarkan fakta dan bukti.
Sehubungan itu, permohonan mengetepikan sabitan liwat Anwar diteruskan di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jadi 'bisu' sebab dedak

Posted: 11 Oct 2016 08:19 PM PDT

MELAKA TENGAH - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wakil rakyat dan Ketua Umno bahagian kini terus membisu dan menutup kegiatan salah pemimpin utama berikutan disogok 'dedak'.
Malah lebih membimbangkan, katanya, 'dedak' yang diterima untuk menutup mulut itu telah 'membutakan' mata pemimpin BN sehingga tidak mempedulikan derita ditanggung rakyat.
"Hari ini kita dapati wakil-wakil rakyat Umno dan BN dah bisu, tidak boleh bercakap kerana disuap dedak, mulut tak boleh dibuka sebab nanti tersembur keluar. Bisu, pekak dan buta tak nampak apa-apa dah.
Tun Dr Mahathir Mohamad "Bila tengok RM1 juta, RM2 juta..jadi kaku, dia (pemimpin akar umbi) tak boleh bercakap (tutup mulut). Itulah sikap yang ada dalam Umno sekarang. Wakil rakyat, ketua bahagian bahkan cawangan sudah disogok dengan dedak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri Penjelajahan Penerangan 1MDB di Taman Paya Dalam di sini, kelmarin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, situasi itu berlaku apabila pemimpin percaya boleh menjadi raja jika mempunyai banyak wang.
"Pada mulanya saya percaya jika Najib sahaja disingkir, Umno akan pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah jadi busuk...buruk sehingga tak boleh dibaiki lagi.
"Bila dia hutang duit banyak, kerajaan tak dapat bayar hutang, apa dia buat? Suruh rakyat la bayar! Ini cara Najib, dia balas (beri) duit tapi kita kena bayar. Sebab itu ada GST, tol naik tinggi, tak ada subsidi minyak lagi," katanya.
Menurutnya, pemerintahan yang  seperti itu hendaklah ditukar malah parti berkenaan wajar dibuang namun penukaran kerajaan memerlukan usaha rakyat kerana negara demokratik boleh menggunakan undi rakyat untuk menukar pentadbiran.
"Dalam masa sama pembangkang perlu pakatan yang lebih besar dianggotai lebih banyak parti bagi menumbangkan BN yang terdiri daripada 14 parti komponen.
"Pakatan itu perlu bagi memastikan pembangkang dapat meletakkan calon satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti," katanya.

APA CITER FINMA DENDA FALCON BANK DEK SEBAB URUSKAN DUIT 1MDB?

Posted: 11 Oct 2016 08:13 PM PDT


Sekali lagi Swiss membuat gempak dalam isu skandal 1MDB. Baru2 ini AG Swiss buat satu kenyataan akhbar mendakwa salahguna dana SRC ( juga 1MDB ) bernilai USD800 juta, hari ini Badan Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland ( FINMA ) telah bertindak ke atas Falcon Bank atas dakwaan kegagalan atau kecuaian dalam melaksanakan due diligence ( usaha2 wajar ) dalam transaksi2 yang melibatkan dana 1MDB.
Maksudnya apa ? Adakah Finma salahkan 1MDB ? Tidak …. bukan 1MDB tapi Falcon Bank.
So apa kaitannya dengan 1MDB ? Duit 1MDB yang terlibat.
Sekarang ini apa saja berkaitan dana 1MDB akan buat mata orang luar terbeliak ! Sebab 1MDB sudah sinonim dengan amalan negatif Money Laundering atau penggubahan wang haram. Ini bukan tuduhan kosong semata2 atau tuduhan yang sengaja direka untuk menjatuhkan kerajaan Melayu oleh kuasa asing TAPI tuduhan yang berasaskan bukti.
Pergerakan dana dalam jumlah yang besar dan dalam masa yang singkat di akaun2 berkaitan 1MDB di Falcon Bank antara negara Swiss, Singapura dan Hong Kong adalah amat luarbiasa dan perkara ini memerlukan pihak Falcon Bank melakukan pemeriksaan yang rapi dalam menentukan kesahihan transaksi2 itu. Tindakan itu bertujuan menjaga integriti sistem kewangan Swiss supaya tidak dicemari dengan amalan2 negatif seperti money laundering.
Walaupun pihak pengurusan Falcon telah dimaklumkan akan kepelikan transaksi2 itu, mereka tetap gagal untuk menyiasat kesahihan disebalik transaksi2 itu. ( bagi memastikan transaksi2 itu adalah bersih, sumber yang halal dan mematuhi undang2 )
Turut di siasat oleh FINMA adalah pergerakan dana berjumlah USD681 juta yang disusuli pengembalian semula sebanyak USD620 juta enam bulan kemudian, kerana bukti2 yang mencurigakan. Tidak syak lagi FINMA merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib.
Dipercayai kes ini berkait rapat dengan siasatan pihak DOJ Amerika. Ingat lagi money trail ( jejak wang ) yang didedahkan oleh DOJ ?
Langsung tidak disebut oleh FINMA tentang kewujudan mana2 pak Arab sebagai penderma !
FINMA adalah badan yang menyelia sistem kewangan Swiss, lebihkurang macam fungsi Bank Negara Malaysia. Tugas mereka adalah memastikan semua bank2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau pelanggaran akan didenda.
Bank Negara Malaysia sendiri pernah bertindak mendenda AmBank RM53.7 juta hujung tahun lepas kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Kes adalah berkaitan 1MDB juga cuma kita tidak tahu maklumat lanjut kerana tidak didedahkan. ( Thestar 24/11/2015 )
Adakah BNM bertindak kerana mahu menjatuhkan kerajaan ? AmBank akui kesalahan dan bayar denda itu.
So …. samalah juga kesnya dengan FINMA dan Falcon Bank. Bukti2 kesalahan ada dan FINMA bertindak mendenda Falcon Bank.
Sekali lagi … apa kesalahan Falcon Bank ? Kerana terlibat dalam penggubahan wang haram dan salahlaku dana 1MDB. Selaku bank yang menguruskan transaksi2 haram berkenaan, Falcon Bank gagal melakukan apa yang sepatutnya ( due diligence ) sebelum melakukan transaksi2 itu.
Faham tak ?
Orang2 Umno mungkin tak faham apa itu due diligence. Yalah, Laporan PAC sendiri ada menyebut yang pihak 1MDB telah gagal dalam melaksanakan due diligence dalam beberapa urusniaga tapi kita dengar pemimpin2 Umno mendakwa laporan Pac kata semuanya OK !
Contohnya dalam kes 1MDB-Petrosaudi. 1MDB ternyata gagal membuat semakan dan siasatan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko perniagaan. Mangkuk hayun dalam 1MDB hanya tahu main redah saja tanpa memperdulikan segala SOP yang sepatutnya dipatuhi.
Kemungkinan besar jika due diligence dilakukan, banyak skandal2 1MDB mampu dielakkan. Tapi kalau dah memang niatnya nak songlap …..
Read More / Baca Lagi >>

Siapa calon PM?: Bukan isu besar, kukuhkan kesepakatan pakatan pembangkang

Posted: 11 Oct 2016 08:10 PM PDT


(Dari kiri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, Datuk Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara calon perdana menteri bayangan oleh pakatan pembangkang sekiranya berjaya menumbangkan kerajaan BN pada PRU akan datang.(Dari kiri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, Datuk Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara calon perdana menteri bayangan oleh pakatan pembangkang sekiranya berjaya menumbangkan kerajaan BN pada PRU akan datang.
Masih terlalu awal pakatan pembangkang berbicara soal memilih siapakah calon sesuai sebagai perdana menteri sedangkan ia banyak bergantung kepada persepakatan dalam gabungan pakatan pembangkang, kata Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
"Siapa yang akan jadi 'perdana menteri' ia bergantung kepada Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu.
"Sejauhmana tahap penerimaan, sokongan, kesetiaan dan keterbukaan untuk memilih mana-mana calon yang difikirkan bersesuaian perlu diambil kira.
"Pertamanya kecenderungan itu (memilih calon perdana menteri) banyak bergantung sejauh mana kemampuan gabungan pembangkang itu sama ada berjaya atau tidak menjatuhkan Barisan Nasional.
"Keduanya sejauh mana pula keyakinan dan kepercayaan untuk menzahirkan hanya ada satu pilihan saja (calon sesuai).
"Saya percaya usaha itu (memilih calon sesuai) akan dilakukan kerana ramai mengintai jawatan tersebut, kerana setiap parti ada calon yang mereka rasakan layak jadi perdana menteri," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Memperincikan lagi siapakah calon yang sesuai membabitkan pakatan pembangkang ini, Dr Sivamurugan lebih tertumpu kepada calon dari PKR, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata, DAP dan Amanah juga mempunyai hasrat untuk meletakkan calon masing-masing tetapi sejauhmana kesediaan DAP meletakkan calon Melayunya dan Amanah pula ujarnya sebuah parti baharu yang mana kepimpinan pemimpinnya belum lagi teruji di lapangan yang lebih luas untuk dicalonkan sebagai perdana menteri.
Walaupun gabungan PKR, DAP dan Amanah dalam Pakatah Harapan masih lagi baharu,tidak bermakna parti serpihan Umno seperti Bersatu pemimpinnya, harus dipilih sebagai calon perdana menteri.
"Semata-mata Muhyiddin berada di luar Umno-BN dan beliau juga bekas timbalan perdana menteri, pernah menjadi menteri, tidak semestinya Muhyiddin jadi pilihan.
"Barangkali ada muka lain yang turut mahu dijadikan pilihan sebagai calon perdana menteri yang dipersetujui Pakatan Harapan.
"Lagipun  Dr Mahathir masa ini tidak komited untuk membuat kenyataan bahawa Muhyiddin yang sesuai kerana organisasi Bersatu masih lagi belum laksanakan pemilihan rasmi parti itu.
"Pastinya selepas pemilihan parti secara rasmi sekiranya ada yang boleh memimpin, maka akan ada calon di pihak Bersatu yang akan diwarwarkan sebagai yang layak," ujarnya.
Beliau juga merujuk kepada pendirian PKR sebelum ini yang membayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.
Bagaimanapun ujarnya lagi, usaha itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan sekiranya Anwar dibebaskan kerana mungkin akan ditentang dikalangan parti gabungan itu terutama Pas.
"Pada PRU 2013 ketika Anwar berada di luar hukuman,ketika itu Pas mahukan Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai PM.
"Sekiranya hari ini Anwar dibebaskan mungkin ia bersangkutan dengan kelayakannya sama ada sesuai atau tidak lagi memimpin negara.
"Saya percaya banyak rundingan diadakan sebelum ini antara PKR dan Pas.Setelah Pas keluar dari pakatan hingga hari ini PKR dan Pas belum mendapat persetujuan sama ada memilih Anwar atau Hadi," ujarnya.
Ditanya sekiranya bukan Anwar, kemungkinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali antara calon dikatakan sesuai  menjadi perdana menteri, Dr Sivamurugan berkata, ia bergantung kepada penerimaan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar.
"Azmin mungkin dilihat menjadi antara calon sesuai untuk PKR selepas Anwar.
"Azmin berjaya menemukan Anwar dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin, serta usaha Azmin untuk memujuk Pas menyertai Pakatan Harapan.
"Ditambah pengalaman Azmin yang pernah berada di dalam dan luar kerajaan dan kini menjadi Menteri Besar.
"Tetapi sejauhmana PKR bersedia dan sejauh mana pula Wan Azizah mahu melihat timbalan presiden melangkaui Presiden?

"Ini akan menimbulkan isu lebih besar dalam PKR kerana meletakkan timbalan presidennya untuk dilantik sebagai calon perdana menteri," ujarnya.
Siapa calon PM bukan isu besar
Read More / Baca Lagi >>

Masih ada mangsa banjir tanpa rumah, Amanah bidas kerajaan Kelantan

Posted: 11 Oct 2016 08:00 PM PDT

Kelantan dan pusat gagal menunaikan segala janji mereka apabila menetapkan pelbagai syarat kepada mangsa banjir sehingga permohonan mereka ditolak, kata pengerusi Amanah negeri.
kelantanPETALING JAYA: Projek pembinaan rumah mangsa banjir di Kelantan mendukacitakan, kata Amanah, yang mendakwa keengganan kerajaan pusat dan negeri meluluskan pembinaan rumah bagi mangsa banjir besar akhir tahun 2014 itu menyebabkan ramai antara mereka masih tinggal di khemah dan menumpang.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut menyelar Putrajaya dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana tidak bersunguh membantu penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
"Masih lagi ada mangsa yang menumpang, tinggal di rumah yang rosak akibat banjir dan ada yang tinggal di dalam khemah walupun tidak ramai, ia berpunca daripada masalah teknikal pentadbiran kerajaan (Kelantan).
"Kerajaan turut mengenakan pelbagai syarat, seperti rumah perlu dibina di atas tanah yang dimiliki mangsa banjir. Walaupun sudah 3-4 generasi tinggal di sana, mereka tidak mempunyai surat hak milik tanah, yang ada pun sudah hilang kerana banjir," kata Wan Rahim kepada FMT.
Kerajaan juga menjadikan alasan tanah yang diduduki penduduk tidak sah kerana ia merupakan rizab sungai dan pembinaan laluan Kereta Api Tanah Melayu ( KTM) untuk menolak permohonan mangsa banjir.
"Saya merasakan bahawa pihak kerajaan baik pusat atau negeri mereka perlu memudahkan bentuk bantuan, saya rasa wang untuk bina rumah ada cuma kelemahan dari sudut pengurusan yang menjadi masalah sehingga projek untuk mangsa tidak dapat dibina," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pertindihan: Kembalikan kuasa kementerian yang diambil JPM

Posted: 11 Oct 2016 07:59 PM PDT

Dewan Rakyat akan kembali bersidang pada 17 Oktober 2016 dan Bajet Negara 2017 akan dibentang oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober.
Tanggal 5 Oktober, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan ingin menghapuskan pertindihan fungsi antara kementerian-kementerian dalam usaha untuk menguruskan perbelanjaan mengurus atau operating expenditure (opex) dengan berkesan.
Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) melihat kenyataan menteri tersebut secara positif dan ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan seperti berikut:
Pertama, Pertindihan antara kementerian yang merangkumi pertindihan fungsi agensi-agensi kementerian telah lama wujud dalam pentadbiran kerajaan.
Kedua, Pelbagai pihak telah membangkitkan masalah berikutan pertindihan seumpama khususnya kesan pertindihan terhadap tatakelola, pelaksanaan dan koordinasi dasar kerajaan sehingga menjejaskan keupayaan kerajaan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Ketiga, kerajaan sedang berdepan dengan era pendapatan daripada hasil sumbangan berkaitan petroleum dan produk petroleum telah menurun secara mendadak sehingga andaian penyediaan Bajet yang sebelum ini berasaskan harga minyak mentah Brent sekitar AS$100 setong telah mengalami anjakan baru sehingga andaian baru berasaskan harga minyak kurang daripada AS$50, malah serendah AS$30 hingga AS$35 harus diambil kira.
Keempat, kutipan hasil cukai GST pada suku kedua tahun ini berkurangan sebanyak 30 peratus atau RM3.1 bilion, yakni daripada RM10.2 bilion pada suku pertama 2016 kepada RM7.1 bilion pada suku kedua.
Dalam keadaan sedemikian, kenyataan menteri kewangan menonjolkan kebijakan dasar dan betapa kerajaan harus mengambil tindakan segera apabila menteri kewangan mengumumkan Bajet 2017 minggu depan.
Seperti yang dibangkitkan oleh menteri kewangan kedua, pertindihan fungsi kementerian dan agensi berkaitan bukan sahaja menjejaskan tatakelola, tetapi juga menyumbang kepada pelbagai bentuk kebaziran.
Dalam keadaan ekonomi hari ini, kebaziran adalah satu bentuk kegagalan keupayaan kerajaan yang begitu menonjol.
Tetapi apa yang tidak dibangkitkan oleh menteri kewangan kedua ialah, penelitian kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib menunjukkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan kementerian yang paling banyak bertindih dengan kementerian-kementerian lain.
Sesungguhnya, terdapat satu trend di mana setiap perdana menteri baru cenderung membentuk agensi baru dan melakukan rombakan tertentu sehingga bilangan agensi JPM meningkat dan bertindih dengan agensi kementerian lain. Trend ini begitu terserlah setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan juga setelah Najib menggantikan Pak Lah.
Sesungguhnya, JPM adalah agensi utama yang mempunyai kontroversi di mana peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan kementerian. Dengan demikian, JPM harus diteliti semula aktiviti-aktiviti dan bahagian yang berkenaan serta membuat penyusunan semula bagi mengatasi masalah pertindihan tersebut.
Jabatan Perdana Menteri terlalu besar. Daripada penelitian terkini portal rasmi JPM, di bawah JPM wujud 93 entiti, merangkumi 58 jabatan, 15 badan berkanun, 14 syarikat, lima yayasan, dan satu pertubuhan antarabangsa. Banyak 'agensi' JPM didapati memaparkan fungsi yang sama atau hampir sama dengan kementerian lain.
Read More / Baca Lagi >>

Orang ramai berkumpul sokong usaha terakhir Anwar untuk bebas

Posted: 11 Oct 2016 07:52 PM PDT

Polis menutup semua pintu masuk ke mahkamah, ketika penyokong memegang sepanduk dan kain rentang mendesak Anwar dibebaskan.
anwar-ibrahim
PUTRAJAYA: Ratusan orang berkumpul di luar Mahkamah Persekutuan pagi ini, bagi menyokong cubaan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini.
Bekas ketua pembangkang itu sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.
Peguam Anwar dijangka menggunakan Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk semakan semula keputusan panel 5 hakim, dan akan dibenarkan mendengar semula rayuannya.
Di Putrajaya hari ini, polis menutup semua pintu masuk ke mahkamah, ketika penyokong memegang sepanduk dan kain rentang mendesak pembebasan Anwar.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dijadualkan mengetuai panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan Anwar mengetepikan sabitan liwatnya.
Dalam senarai yang diedarkan kepada media, panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim, dan pihak pembelaan mungkin menolak anggota panel itu.
Ini adalah panel sama yang menolak permohonan terdahulu tahun ini untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof memberi bukti tambahan kes itu.
Minggu lalu, seorang daripada peguam Anwar, Latheefa Koya menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengecualikan 13 hakim di Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan dan perkara lain berkaitan kes salah laku seksual itu.

Rakyat zahir sokongan tuntut pembebasan Anwar

Posted: 11 Oct 2016 07:25 PM PDT

PUTRAJAYA, 12 OKT: Tuntutan ke arah pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dizahirkan orang ramai yang mula berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini.
Ia susulan perbicaraan permohonan semakan semula pendakwaan fitnah liwat II ke atas bekas Ketua Pembangkang itu, Februari tahun lalu.

Rata-rata orang ramai turut membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang sebagai sokongan terhadap pembebasan Anwar, demi negara yang lebih sejahtera.
Mereka yang mula berkumpul sejak jam 7 pagi ini turut melaungkan kata keramat Bebas Anwar dan Reformasi yang sinonim dengan perjuangan Anwar Ibrahim ketika gelombang Reformasi sejak 1998.
Antara pimpinan tertinggi yang turut hadir pagi ini menzahirkan sokongan termasuklah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin ; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Naib Ketua Wanita Pusat, Haniza Talha.
Himpunan AnwarAnwar menerusi peguamnya dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley sebelum ini tampil mengeluarkan kenyataannya bahawa terdapat bukti yang mengaitkan bahawa Anwar tidak bersalah bersabit pertuduhan politik terhadapnya.
Perbicaraan pagi ini merupakan proses akhir permohonan rayuan Anwar berhubung pendakwaan sabitan fitnah liwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas didapati bersalah.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan tahun lalu.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh untuk tempoh lima tahun.











SKANDAL 1MDB-BSI SEMAKIN HAMPIR DIDEDAHKAN - 2 LAGI DIDAKWA DI SINGAPURA

Posted: 11 Oct 2016 06:49 PM PDT

"Apakah pada perbicaraan  kelak akan mendedahkan banyak 'rahsia dan jawapan'  membabitkan kerja 'haram' mengenai pengubahan wang, transaksi serta juga pemalsuan dokumen tertentu yang mungkin 'meresahkan pihak tertentu'."

Memang ketika ini tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Atau masih tersembunyi dan menjadi rahsia sebelum didedahkan di Mahkamah Singapura.
Namun tindakan Polis Singapura hari ini mendakwa dua lagi bekas pegawai kanan bank swasta Switzerland (BSI) memberikan gambaran bagaimana seriusnya kerajaan republik itu melihat kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan dijangka mulai 31 Oktober hingga 11 November depan dijangka akan mendedahkan banyak perkara.

Persoalannya apakah dengan perbicaraan mereka kelak akan mendedahkan banyak 'rahsia dan jawapan'  yang mungkin 'meresahkan pihak tertentu'?
Ini kerana pegawai-pegawai ini dituduh terbabit dalam kerja-kerja 'haram' membabitkan pengubahan wang, transaksi serta juga pemalsuan dokumen tertentu melibatkan 1MDB.

Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding jenayah terhadap bank swasta itu.
Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.
Pendakwaan terhadap dua lagi bekas kakitangan BSI ini dilihat penting, pada ketika siasatan berterusan membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.
Dua pegawai bank terbabit peranannya dalam mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah.
Pegawai berkenaan ialah Yak Yew Chee, 57 ialah naib presiden kanan di BSI Singapura didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.
Read More / Baca Lagi >>

Jelajah Kampus JASA - 1MDB: '1MDB jangan spin, mahasiswa mahukan jawapan'

Posted: 11 Oct 2016 06:30 PM PDT

Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut jawapan mengenai skandal 1MDB.
Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran laungan 'Tangkap MO1'.
Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.
Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa lelaki yang mengoyakkan sepanduk dari mereka, dan mereka turut ditegur oleh hos majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz.
Sambil menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.
Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus' anjura Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tun Faisal adalah ahli panel pemikir JASA.

SPR digesa tak jadi budak suruhan Umno BN

Posted: 11 Oct 2016 06:23 PM PDT

SERI ANDALAS, 12 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperingat tidak menjadi 'budak suruhan' kepada pentadbiran Kerajaan Umno Barisan Nasional ekoran gagal memainkan fungsi sebenarnya apabila kini lebih cenderung berpihak kepada Umno BN dalam isu persempadanan semula.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata SPR memberikan kelebihan kepada Umno untuk bertanding di kawasan yang mereka reka khusus untuk Umno tanpa memikirkan rakan gabungan dalam Barisan Nasional lagi.

"Gambaran yang diberikan adalah mereka terus fokus untuk menang sekurang-kurangnya 35 kawasan dengan perubahan cadangan persempadanan baru ini.
"Jelas sekali SPR melakukan proses ini atas arahan daripada Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pusat Khidmat DUN Seri Andalas, di sini semalam.
Sebelum ini, proses persempadan semula yang dijalankan SPR menimbulkan keraguan dan dilihat berpihak kepada parti pemerintah Umno BN.
Atas desakan itulah, pelbagai pihak tampil menggesa supaya SPR lebih telus memainkan fungsi sebenar badan itu tanpa cenderung berpihak kepada mana-mana parti politik.
"Cadangan persempadanan semula ini diatur secara tergesa-gesa dan dibuat dengan pertimbangan dan strategi untuk menangkan Umno.
"Kita menyeru rakyat untuk membuka mata terhadap apa yang dilakukan SPR ini," katanya.

Harga barangan naik, peluang kerja hampir tiada…

Posted: 11 Oct 2016 06:20 PM PDT

Oleh Lanh
TERKEJUT saya di kedai baru-baru ini apabila si peruncit memberitahu harga sepaket (sekilogram) makanan kucing sudah naik RM1 menjadi RM9. Kasihan 'miaw' saya,  dalam seminggu saya perlukan dua paket, dengan kenaikan itu saya perlu tambahan RM8 sebulan; fikir punya fikir saya ambil keputusan mengurangkan kuantiti pembelian, jadi kucing-kucing itu perlu makan lebih banyak sisa makanan dan tulang!

Masalahnya, di kediaman saya jumlah kucing sentiasa bertambah – ada saja orang membuang kucing mereka. Baru-baru ini saya membawa balik dua ekor anak kucing yang dibuang di surau (depa ingat surau tempat orang makan ke?) manakala isteri pula membawa pulang seekor anak kucing yang dibuang di sekolahnya. Kenapa semakin banyak kucing dibuang, apakah ia petanda semakin ramai orang tidak mampu memberi makan kepada kucing?
Pertanyaan ini nampaknya macam satu 'lawak', tetapi jika diamat-amati ada kebenarannya. Seorang jiran selang beberapa rumah dari rumah saya memberitahu bahawa haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu tidak lagi di'welcome' (alu-alukan) ke rumahnya.  "Aku sendiri pun nak makan payah…inikan pula nak bagi kucing makan!" katanya membuatkan saya terkedu.
Mungkin sesetengah daripada kita terkejut dengan 'statement' si jiran itu tetapi selepas diselidiki dia sekarang ini tiada kerja. Dia adalah seorang daripada ribuan orang yang dibuang kerja. Ketika ini pembuangan pekerja bukan saja membabitkan syarikat kecil tetapi juga firma gergasi.
Menurut laporan, Petronas akan memberhentikan  51,000 pekerjanya, CIMB mengumumkan 23 cawangannya di seluruh negara ditutup manakala Tesco bakal mengurangkan 600 peluang pekerjaan. Dulu pun syarikat gergasi MAS memberhentikan 6,000 kakitangannya.
Sekarang ini sukar untuk seseorang itu termasuk graduan universiti memasuki dunia pekerjaan. Sebagai contoh seorang anak saudara saya yang menamatkan pengajian MBBS-nya Jun lalu masih belum dipanggil untuk menjalani 'housemanship'-nya manakala seorang lagi anak saudara yang mempunyai ijazah kejuruteraan terpaksa berpuas hati dengan menjadi guru sementara.
Menurut bakal doktor itu, ratusan rakan-rakannya masih menunggu tempat 'housemanship'.  Dilaporkan di Malaysia hanya ada 5,000 tempat menjalani 'housemanship' di hospital-hospital awam. Jumlah ini ternyata tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan ribuan graduan kedoktoran setiap tahun. Jadi, adalah biasa untuk graduan menunggu tiga hingga enam bulan untuk mendapat tempat.
Baru-baru ini saya berpeluang bercakap dengan seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi mengenai masalah 'housemanship' ini. Menurut beliau selain tempat terhad,  masalah itu diperburukkan lagi oleh semakin ramai bakal doktor gagal menamatkan tempoh pelatihan selama dua tahun. Ini mungkin bermaksud graduan kedoktoran kita semakin menurun mutunya.
Apabila tempoh 'housemanship' mereka dilanjutkan, peluang pelatih baru semakin mengecil, kata pensyarah itu membuatkan saya bertanya: "Tidak bolehkah ditambah tempat 'housemanship' itu?" 
Beliau berkata perkara itu adalah berkaitan polisi, jadi beliau tidak boleh mengulasnya tetapi mengakui untuk menambah tempat 'housemanship' memerlukan kos tersangat tinggi dan persoalannya mampukah negara kita melakukannya pada ketika era yang sangat mencabar sekarang ini?
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan SPR: PAS bimbang terjejas teruk di Terengganu

Posted: 11 Oct 2016 06:02 PM PDT

Cadangan persempadanan semula SPR itu akan menyebabkan PAS kehilangan banyak kerusi termasuk di DUN dalam kawasan Parlimen Marang diwakili Hadi.
mustafar aliPAS menganggap peluang kemenangannya di Terengganu bakal terjejas teruk sekiranya cadangan persempadanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilakukan.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan persempadanan semua SPR itu akan menyebabkan PAS kehilangan banyak kerusi terutama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Marang.
Katanya, PAS paling banyak membuat bantahan di Terengganu.
"Kita nampak ada kepentingan untuk Umno," kata veteran PAS itu kepada FMT.
Neliau memberi contoh DUN Alor Limbat dalam Parlimen Marang yang diwakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, di bawah persempadanan baru, peti undi Gelugor di Alor Limbat yang sebelum ini dimenangi PAS dipindahkan ke DUN Wakaf Krai "yang memang kita sudah memang besar".
Mustafa percaya, ia akan menyebabkan PAS hanya memenangi satu sahaja kerusi di salah satu kawasan berkenaan, dan tidak seperti sebelumnya pada pilihan raya 2013 di mana PAS mendapat majoriti besar di kedua-dua kawasan itu.
"Selalunya 2 kawasan itu kita akan menang. Tetapi kali ini nampaknya SPR hanya mahu satu sahaja kawasan yang menang."
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Majoriti rakyat hargai apa yang saya lakukan sebagai PM

Posted: 11 Oct 2016 06:00 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - bagi kebanyakan orang - sama ada anda membencinya atau menyayanginya.
Mereka yang membenci Mahathir menuduhnya menggunakan 22 tahun beliau memegang jawatan itu untuk memperkayakan dirinya, keluarganya dan kroninya, dan menyebabkan negara berdepan dengan masalah-masalah yang dihadapi hari ini, termasuk genggaman kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Mahathir percaya majoriti rakyat menerimanya dengan baik.
"Saya rasa, walaupun saya - mungkin pada sesetengah orang - telah melakukan sesuatu yang salah, tetapi di mata majoriti rakyat, saya fikir mereka menghargai apa yang telah berlaku kepada mereka," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Beliau mengakui terdapat beberapa dasar yang tidak baik semasa beliau menjadi ketua kerajaan, tetapi beliau menegaskan bahawa ini tidak menghalang pertumbuhan negara.
"Ada rasuah, sebagai contoh, tetapi tidak sampai ke tahap di mana ia menyekat pembangunan negara ini.
"Orang beritahu saya bahawa mereka mendapat manfaat, mereka masih berkata 'terima kasih' kepada saya.
"Negara ini berkembang lebih cepat semasa pentadbiran saya berbanding sebelumnya, dan itu adalah kerana beberapa dasar yang baik dilaksanakan," kata Mahathir.
Secara bergurau beliau berkata, ada orang yang bertanya kepadanya: "Hey, kenapa berundur cepat sangat."

'Lihat Jepun, sediakan pekerjaan untuk warga tua' - Husni Hanadzlah

Posted: 11 Oct 2016 05:58 PM PDT

Kerajaan perlu melihat kepada Jepun dari segi mewujudkan pekerjaan untuk penduduk warga tua yang akan muncul tidak lama lagi, kata Presiden Forum Asia mengenai Ahli Parlimen berkaitan Penduduk dan Pembangunan (AFPPD) Malaysia Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Kita boleh melihat kepada Jepun. Di sana penduduk tua masih boleh bekerja dan mendapat pekerjaan, jadi kita perlu berusaha mewujudkan pekerjaan sesuai untuk penduduk tua," katanya kepada Bernama selepas majlis jamuan malam diberikan oleh AFPPD untuk para anggota parlimen Asia di ibunegara malam tadi.

"Kita perlu mengambil pendekatan holistik tentang bagaimana mentransformasi ekonomi negara menerusi ekonomi inovatif.

"Bila kita mempunyai ekonomi inovatif, kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

"Jadi kita perlu melihat cara bagaimana membantu kerajaan memperkukuh kedudukan kewangannya," kata Ahmad Husni, bekas menteri kewangan kedua.
Beliau juga berkata antara isu lain yang melibatkan pendududk tua yang perlu diperkukuh ialah penjagaan kesihatan negara dengan menyediakan penjagaan kesihataan yang termampu.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:31 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Umno ajar anak muda jadi samseng, dakwa Jawatankuasa Bersih 5

Posted: 11 Oct 2016 04:51 AM PDT

MOHD ALI HASHIM
 
 
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisJawatankuasa Bersih 5 Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan penyokong Baju Merah  yang dipercayai disokong pimpinan  Umno bahagian yang membiarkan penyokongnya bertindak biadap dan tidak berakhlak terhadap  peserta Konvoi Bersih 5 yang bergerak secara harmonis.

Koordinator Bersih 5 Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, sudah jelas kumpulan Baju Merah dipercayai diketuai dikalangan pimpinan Bahagian parti itu.

"Di Perlis minggu lalu, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertopeng dan mengetuai Baju Merah di sana.

"Begitu juga dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang membuat provokasi di Lumut, Perak.

"Ini bukan lagi persepsi atau andaian mahupun fitnah, sebaliknya jelas dan terang lagi nyata, apakah ada tindakan undang-undang terhadap mereka, "  katanya.

Asmirul yang juga Ketua Pemuda Negeri Kedah turut berkata,Konvoi Bersih 5 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat yang menuntut lima tuntutan Bersih kepada kerajaan bagi menambaikan kepada sistem sedia ada, sebaliknya perbuatan penyokong Baju Merah menghalangnya adalah melampau.

Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.
Tegasnya lagi, sekiranya inilah sikap yang diamalkan oleh pemimpin Umno dengan menggalakkan golongan bawahan termasuk anak-anak muda untuk bertindak liar, biadap dan kurang ajar, maka ia akan membawa keruntuhan moral kepada anak muda Melayu dan Islam pada masa yang akan datang.
"Kumpulan Baju Merah memang sudah melampau.

 "Mereka berkiblatkan Umno dan tidak perlu dinafikan lagi oleh Datuk Seri Nazri Aziz.

"Lambang Umno terpampang pada baju merah dan sudah terang lagi bersuluh.

"Mengupah mat rempit dan puak samseng menggunakan kekerasan untuk menghalang peserta Konvoi Bersih 5 adalah bukti betapa Umno begitu takut dengan kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan.

"Mereka yang telah bertindak liar dan samseng mesti diambil tindakan segera tanpa memberi muka kepada kumpulan tersebut untuk meneruskan ugutan dan ancaman mereka menjelang himpunan Bersih 19 November yang akan datang.

"Malaysia adalah negara berperlembagaan dan harus mengikut undang-undang termasuk berhimpun secara aman seperti yang dilakukan oleh Konvoi Bersih 5, " ujarnya.

Sehubungan itu katanya, mereka yang berani mencabar undang-undang termasuk mencabar PDRM sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan Baju Merah baru-baru ini, harus diambil tindakan segera.

"Apakah kumpulan Baju Merah begitu berani seolah-olah mereka dilindungi oleh pemimpin politik.

"Sepatutnya pemimpin Umno memikirkan bagaimana untuk mentadbir negara dengan cara 'good governance', berintegriti dan mengangkat tahap keselamatan rakyat dengan lebih terjamin.

"Pihak PDRM mesti segera bertindak dan mengambil tindakan sepantas-pantasnya terhadap kumpulan Baju Merah yang telah terbukti, jelas dan nyata provokasi dan ancaman yang telah mereka lakukan sehingga mampu menggugat ketenteraman awam, " tambahnya lagi.

Walau bagaimana pun beliau, selaku koordinator Bersih 5 Program Bersih 5 Negeri Kedah, mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada PDRM Negeri Kedah yang telah berjaya mengawal keselamatan lalu lintas bagi peserta Konvoi Bersih 5 baru-baru ini

Amanah ucap tahniah di atas pelantikan Hashim sebagai Mursyidul Am Pas

Posted: 11 Oct 2016 04:47 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Logo AmanahLogo AmanahParti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik pemilihan pucuk pimpinan Pas melantik Ustaz Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, pelantikan Ustaz Hashim ke jawatan utama dalam organisasi parti itu adalah keputusan yang tepat.

"Beliau memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang luas dan pengalaman politik yang panjang.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Hj Hashim di atas perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

"Ustaz Hashim adalah seorang daie dan aktivis masyarakat yang kemudiannya berkecimpung dalam bidang politik dan memperjuangkan kesedaran Islam di negara ini.

"Amanah mengucapkan selamat berkhidmat kepada Ustaz Hashim insyaAllah akan memberikan sumbangan, pemikiran dan bimbingan ke arah kekuatan dan dinamisma ummah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah Allahyarham Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu kerana komplikasi jantung, jawatan Mursyidul Am Pas dipangku sementara oleh Datuk Ahmad Yakob.

Pada 9 November lalu, dalam mesyuarat diadakan telah bersetuju melantik Ahmad selaku Timbalan Mursyidul Am Pas manakala Ustaz Hashim Jassin selaku Mursyidul Am Pas.

Khairy dedah cerita 'makan' cota FRU

Posted: 11 Oct 2016 04:45 AM PDT

N Faizal Ghazali


Jika hari ini nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar gah sebagai menteri belia dan sukan,‎ siapa sangka suatu masa dulu beliau 'budak nakal' di kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Mendedahkan pengalamannya sebagai seorang penyokong tegar Kedah, Khairy pernah ditangkap pasukan polis simpanan persekutuan (FRU) gara-gara berlari ke padang di tadium Merdeka Kuala Lumpur pada 1990.

Katanya, ketika itu berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan Kedah dan Singapura.

"Sebaik tamat perlawanan saya memanjat pagar dan berlari ke padang untuk meraikan kejayaan pasukan Kedah.

"Itulah kali pertama dan terakhir saya ditangkap dan dipukul FRU dengan cota," katanya ketika berucap di majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Presiden KFA.

Sementara itu mengulas mengenai majlis hari ini Khairy berkata pihaknya berasa gembira apabila KFA menjadi persatuan bola sepak negeri pertama memeterai perjanjian dengan PPBN.

"Semenjak 20015 PPBN menawarkan kerjasama dengan persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab yang bernaung di bawah FAM untuk menyelaras semua inisiatif pembangunan bola sepak di negeri masing-masing," katanya.

Tambah beliau, MoU tersebut sekali gus membolehkan sistem pembangunan sukan PPBN dilaksanakan di Kedah sebagai Unit Pembangunan Bola Sepak KFA.

"Setakat ini PPBN mempunyai 20,000 pemain berusia antara tujuh hingga 17 tahun yang berlatih di 123 pusat latihan seluruh Malaysia," katanya.

Khairy juga memuji langkah KFA meletakkan nama seorang legenda pembangunan bola sepak Kedah dalam program mereka.

Beliau merujuk kepada tindakan persatuan terbabit menamakan sebuah akademi pembangunan bola sepak Kedah dengan allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.

Ahmad Basri pernah berkhidmat sebagai pengurus pasukan bola sepak Kedah, selain menjawat tugas setiausaha kerajaan negeri.

Kedah mencatat banyak kejayaan semasa Ahmad Basri mengetuai KFA.

Kata Khairy pelbagai pihak mengakui jasa Ahmad Basri dalam sukan bola sepak begitu besar dan tidak hanya terhad di Kedah.

Anggota parlimen Rembau itu turut melancarkan logo rasmi Akademi Bola Sepak Datuk Ahmad Basri.

Dana AS$3.8b berkaitan 1MDB disalur melalui Falcon Bank

Posted: 11 Oct 2016 04:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


Sejumlah kira-kira AS$3.8 bilion (RM15.2 bilion) dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank, yang telah disekat dan ditutup oleh pihak berkuasa Switzerland dan Singapura kerana pengubahan wang haram.

Ini adalah menurut Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) yang menyiasat aktiviti Falcon dengan 1MDB sepanjang tempoh 2012-2015.

"Dana ini pada umumnya bergerak dengan cepat.

"Hubungan perniagaan dan transaksi ditempah i Switzerland dan di cawangan Falcon di Singapura dan Hong Kong adalah luar biasa dan melibatkan tahap risiko yang tinggi untuk bank kedua-duanya melalui sifatnya dan jumlah transaksi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.

Pihak berkuasa kewangan itu tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu apabila perkara berkenaan didedahkan pada Julai tahun lalu.

Najib mendakwa wang itu adalah "derma dari Arab" dan AS$620 juta daripada wang itu kemudiannya dikembalikan.

"Falcon gagal menyiasat latar belakang komersial secara terperinci untuk meluluskan transaksi berjumlah AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian melalui akaun-akaun ini walaupun terdapat bukti yang bercanggah.

"Dalam konteks ini, e-mel dalaman Falcon menyatakan: 'Kami memulakan ini enam bulan lalu dan kini perlu melaluinya semula'," kata Finma.

Finma berkata Falcon juga mempunyai hubungan pelanggan dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".

"Bank itu tidak mengesahkan bagaimana individu ini memperoleh aset bernilai AS$135 juta dalam tempoh yang amat singkat atau mengapa sejumlah AS$1.2 bilion dipindahkan ke akaun beliau kemudian hari - urusniaga yang jelas bertentangan dengan maklumat yang beliau berikan semasa membuka akaun itu," katanya.

Kedah senaraikan 20 penceramah berlainan fahaman selain ASWJ

Posted: 11 Oct 2016 04:30 AM PDT

BERNAMA
 
 
Mohd Rawi Abd HamidMohd Rawi Abd Hamid
Kerajaan negeri akan mengeluarkan senarai lebih 20 penceramah dari seluruh negara yang mempunyai fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Exco Agama negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Mohd Rawi berkata, ia bagi menyekat penyebaran ajaran dan fahaman lain yang dilihat mula menular di negeri ini dan merosakkan akidah umat Islam.

"Kita telah ada senarai nama individu yang dipercayai menyeleweng fahaman dan amalan selain Ahli Sunnah Wal Jamaah dan senarai itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Individu-individu ini akan dilarang untuk memberi ceramah atau mengajar di negeri ini bagi mengelak penularan fahaman lain yang boleh merosakkan akidah dan agama rakyat Kedah," katanya selepas merasmikan Seminar Islam Dan Kelestarian Ummah peringkat Serantau di Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Seminar yang dihadiri 300 peserta itu membolehkan para pembentang dan peserta bertukar fikiran dalam pelbagai isu berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mohd Rawi berkata penceramah yang ingin mengadakan ceramah atau mengajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Mufti terlebih dahulu sebagai langkah penapisan peringkat awal dalam memastikan apa yang disampaikan tidak bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kalau kita tidak ambil langkah pencegahan dan membiarkan sahaja, kita bimbang akan wujud jurang fahaman di kalangan masyarakat yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan.

"Kita di peringkat negeri telah ambil langkah pencegahan jadi pihak kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu lihat kenapa senarai larangan ini dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhammad Baderuddin Ahmad mengingatkan supaya umat Islam perlu bersatu bagi membanteras usaha pihak tertentu yang ingin menghakis fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Kedah.

Dana 1MDB: AG Swiss pertimbang prosiding jenayah ke atas Falcon

Posted: 11 Oct 2016 04:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mungkin memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank yang berpangkalan di Zurich susulan sekatan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma).

"Soal memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd sedang dipertimbangkan, "kata OAG dalam kenyataan.

"Dalam konteks ini, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan satu salinan keputusan untuk menguatkuasakan sekatan dan akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank selepas menganalisisnya."

Finma hari ini mengarahkan Falcon, milik Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Zurich, untuk menyerahkan lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang badan pemantau itu mendakwa sebagai keuntungan haram berkaitan dengan dana berdaulat Malaysia, 1MDB.

Ia juga berkata telah memulakan prosiding penguatkuasaan terhadap dua bekas eksekutif Falcon, tetapi tidak menyatakan nama mereka.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pula mengarahkan Falcon untuk menghentikan operasinya kerana "kurang persefahaman berterusan" berhubung kawalan pengubahan wang haram di republik itu.

MAS juga mendenda pemberi pinjaman tempatan DBS Bank dan UBS AG berhubung kesilapan dalam tindakan besar-besaran ke atas entiti yang berurusan dengan 1MDB.- Reuters

WHO beri amaran penularan virus Zika di Asia Pasifik

Posted: 11 Oct 2016 04:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
HANOI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wujudnya risiko besar penularan virus Zika di Asia Pasifik memandangkan ratusan kes dicatatkan di Singapura dan Thailand.
 
Malah dua bayi turut disahkan mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly), iaitu keadaan bayi berkepala kecil.
 
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan dalam laporan tahunan serantaunya yang dikeluarkan di Manila, Filipina pada Isnin mengatakan virus bawaan nyamuk itu dikesan di 70 buah negara di seluruh negara termasuk sekurang-kurang 19 negara di Asia Pasifik.
 
Menurut Pengarah Keselamatan Kesihatan dan Kecemasan WHO, Li Ailan, kemungkinan besar rantau Asia Pasifik termasuk China, Jepun, Australia dan kebanyakan negara Asia Tenggara dan Pulau Pasifik akan terus mencatatkan kes terbaharu.
 
Li berkata virus Zika sudah lama dikesan di rantau ini sejak 1947.
 
Namun, katanya agak sukar untuk menentukan jika seseorang individu telah dijangkiti di luar negara.
 
Selain itu, cuaca tropika di rantau ini, kadar pembiakan nyamuk yang tinggi dan jumlah kedatangan pelancong asing yang semakin meningkat juga antara halangan utama untuk mengawal penularan virus tersebut.
 
Statistik terkini WHO menunjukkan bahawa lebih 400 kes jangkitan Zika dilaporkan di Singapura manakala Vietnam, Filipina dan Malaysia mencatatkan beberapa kes.
 
Buat masa ini tiada vaksin atau ubat khas untuk merawat virus tersebut.
 
Brazil antara negara yang terjejas teruk akibat virus tersebut dengan kira-kira 1.5 juta pesakit direkodkan.
 
 

Mahathir, Muhyiddin diminta lupakan hasrat pujuk PAS - Mokhtar Senik [TONTON VIDEO]

Posted: 11 Oct 2016 03:59 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tetap menolak sebarang usaha rundingan atau kerjasama dengan DAP dan Amanah, meskipun tawaran itu akan digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik menegaskan Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian itu kerana PAS tetap dengan keputusan menolak dua parti itu.
 
"Kita rujuk kembali kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana (pihak). Bukan bergabung, tetapi bekerjasama, namun tidak dengan DAP dan Amanah. Ia satu kenyataan jelas daripada Presiden.
 
"Sekiranya Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berfikir untuk menyatukan gabungan itu, termasuk mengajak PAS, DAP dan Amanah, bermakna mereka kena lupakan hasrat itu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mokhtar menyatakan respon terhadap hasrat PPBM yang akan terus mengadakan perbincangan dengan PAS dalam usaha memulihkan hubungan parti dengan seterunya, DAP dan Amanah.
 
Dr Mahathir pada Sabtu lalu berkata akan memujuk PAS dalam usaha menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
 
Sebelum Dr Mahathir berbuat demikian Muhyiddin terlebih dahulu menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam menyatukan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain.
 
Muhyiddin turut mendakwa memperolehi sokongan positif daripada kepimpinan tertinggi parti itu.
 
Namun PAS tampil dengan kenyataan baru, menerusi Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan yang menegaskan partinya tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
 
Dalam isu berlainan, Mokhtar menegaskan sikap wakil Persatuan Hokkien yang menyebabkan mereka enggan memahami sepenuhnya isu rang undang-undang (RUU) yang mahu memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah.
 
03:40 - 03:57
"Dalam isu perjumpaan dengan Persatuan Hokkien baru-baru ini bukanlah kegagalan kita memberikan penerangan, sebaliknya kegagalan mereka memahami penjelasan kita. Jika mereka tak faham lagi, mereka kena panggil kita untuk beri penerangan sebab ia sudah jelas," katanya.
 
Bulan lalu PAS mengadakan satu pertemuan dengan Persatuan Hokkien untuk menjelaskan cadangan pindaan tersebut, namun berakhir dengan tiada kesepakatan.
 
PAS yang diketuai Hadi turut diwakili Bendahari Mohamad Noor Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Najihatus Solehah dan Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan. 
 
Untuk rekod Persatuan Hokkien mensasarkan sejuta tanda tangan dalam kempen membantah RUU yang dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat pada Mei lalu.
 
RUU dibentangkan Hadi itu dijangka akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan ini.
 
Pindaan RUU itu membolehkan hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman melebihi apa yang dihadkan sebelumnya iaitu penjara 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan 6 sebatan, dalam apa yang dilihat sebagai usaha awal kerajaan PAS di Kelantan melaksanakan hukum hudud.
 


Hashim 'mata rantai' perjuangan PAS - Hadi Awang

Posted: 11 Oct 2016 03:56 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Hashim Jasin adalah 'mata rantai' yang akan menyambung perjuangan asal PAS, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Justeru, Hadi berkata dengan pelantikan Hashim sebagai Mursyidul Am PAS yang baru akan terus memperkukuhkan parti itu mendepani hiruk pikuk politik mendatang.
 
Hashim diamanahkan untuk mengisi kekosongan jawatan itu selepas penyandangnya, Allahyarhanm Datuk Dr Haron Din meninggal dunia pada bulan lalu akibat komplikasi jantung.
 
"Hashim menjadi ahli Majlis Syura sejak mula ditubuhkan, maka telah ditentukan sepatutnya oleh Majlis Syura secara ijmak supaya mengambil tugas yang terpenting ini bagi meneruskan perjalanan PAS agar sentiasa beritiqamah di atas dasar, pendekatan dan mencapai matlamat dunia dan akhirat bersama hidayah dan ilmu yang disertakan amalan penuh berkat," kata Hadi menerusi kenyataan medianya, hari ini.
 
Hashim merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, pernah menjadi ADUN Sanglang dan kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
 
Sebelum ini dikatakan PAS akan melantik Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakub ke jawatan itu, namun ditolak kerana mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak, apatah lagi beliau amat sibuk dengan komitmennya sebagai Menteri Besar Kelantan.
 
Pemerhati politik melihat pelantikan Hashim ini akan memberikan cabaran besar buat beliau dalam meneruskan kesinambungan pendekatan Allahyarhan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Haron, sementelah dua tokoh agamawan itu sudah menetapkan kayu ukur yang tinggi untuk jawatan itu.
 
Perkiraan Hashim dalam isu-isu berbangkit PAS termasuk soal kerjasama bersama parti-parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, dijangka menjadi perhatian banyak pihak.
 
 

Guan Eng seru PAS selepas bimbang BERSIH 5 tak dapat sokongan - Penganalisis

Posted: 11 Oct 2016 03:50 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng khuatir BERSIH 5 tidak mendapat sambutan dan atas sebab itulah beliau menyeru agar pihak yang dahulunya menyokong himpunan itu agar kembali berbuat demikian.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat DAP dan parti pembangkang yang lain sedar BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIh 3.0 boleh dianggap berjaya kerana PAS menggerakkan bilangan ahli yang ramai untuk turut serta dalanm himpunan itu.
 
BERSIH 4.0 menyaksikan penyertaan peserta himpunan turun secara mendadak selepas PAS membuat keputusan tidak menyertainya. 
 
BERSIH 4.0 juga dilaporkan berakhir dengan agak hambar sekaligus menerbitkan persoalan, apakah kejayaan yang diraih pihak penganjur.
 
"Guan Eng mempunyai kebimbangan ia tidak mampu menarik lebih ramai penyokong terutamanya di kalangan masyarakat Melayu dan penyokong PAS. 
 
"Himpinan Bersih sebelum ini berjaya menarik ramai orang, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka ini didapati penyokong PAS. Namun apabila PAS sudah mula berkonflik dengan DAP, kita lihat banyak program yang diterajui DAP mahupun Bersih yang ada kaitan dengan DAP, kita dapati PAS mula menjauhi diri dan meminta penyokong mereka tidak menyertai himpunan itu," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu Guan Eng dilaporkan mengajak pihak yang sebelum ini pernah menyokong BERSIH untuk kembali berbuat demikian sebagai persediaan kepada pilihan raya umum yang bersih.
 
Ujarnya walaupun wujud perbezaan perjuangan politik namun pihak berkenaan diharap dapat bersama semula dalam memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dapat diadakan dengan adil.
 
PAS hari ini menyatakan pendirian partinya untuk tidak menyertai Himpunan BERSIH 5, atas alasan pertubuhan itu mempunyai objektif tersendiri dan tidak selari dengan partinya.
 
 

Kementerian Kesihatan siasat aduan ais kotor

Posted: 11 Oct 2016 03:49 AM PDT


ais


SHAH ALAM - Bahagian Penguatkuasaan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan akan segera menyiasat laporan berhubung pengabaian kebersihan pengusaha ais.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan sekiranya ada laporan sebegini orang ramai atau pengadu boleh membuat aduan kepada pihak mereka dengan menyatakan lokasi serta maklumat syarikat berkaitan.

Katanya, bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan akan siasat dan jika perlu tindakan, ia akan dilaksanakan.

"Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan garis panduan (SOP) berkaitan polisi pengurusan keselamatan makanan kepada pengusaha kilang ais yang wajib mereka patuhi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Semua kilang perlu sijil halal]

"Misalnya nama produk, sumber air yang digunakan untuk penyediaan ais, sistem rawatan punca air, kaedah pemprosesan ais, spesifikasi pembungkusan, kaedah penyimpanan dan juga persekitaran kilang," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya pengusaha kilang ais tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, tindakan tegas akan boleh dikenakan mengikut undang-undang sedia ada terutamanya berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ais kiub tercemar bahayakan pengguna]

"Pengusaha yang melanggar syarat pengendalian boleh digantung atau dibatalkan lesen perniagaan.

"Pelesen hendaklah sentiasa memastikan kesemua peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan peraturan ditetapkan," katanya.


Anak luar nikah, apa penyelesaiannya?

Posted: 11 Oct 2016 03:39 AM PDT

HAFEZ SABRI 



Foto hiasan


Malaysia kini menjadi perhatian negara umat Islam yang sedang membangun. Ironisnya pembangunan material dan bangunan pencakar langit tidak seiring dengan pembangunan moral dan akhlak yang jahiliah jauh rendah ke dasar bumi bagi segelintir anak muda Malaysia.

Dalam tempoh lima tahun sahaja (2011-2015) sudah 263,691 orang anak tidak sah taraf telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia( KKM) pula mendedahkan pada tahun lalu remaja yang berusia 10 hingga 19 tahun yang telah mengandung anak luar nikah adalah sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 orang.

Kes-kes rogol juga antara penyumbang kelahiran bayi luar nikah ini. Statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan peningkatan kepada 12, 473 kes dari tahun 2011 sehingga jun 2015. Daripada jumlah ini, 93.5 peratus melibatkan remaja 13 hingga 18 tahun.

Secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam tempoh sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara. Ini bermakna setiap jam sekurang kurangnya 2 orang anak luar nikah lahir di Malaysia. Statistik yang dibuat ini hanya melibatkan kes yang direkodkan. Bagaimana pula kes yang tidak direkodkan?

Inilah jahiliah moden yang semakin berleluasa. Jika ianya tidak dibendung segera, maka rosaklah sistem kekeluargaan di Malaysia. Lebih menyedihkan apabila bayi yang tidak berdosa ini mati dibuang dan dibunuh kejam oleh ibubapa berwajah manusia tetapi jiwanya lebih teruk dari haiwan.

Islam amat mementingkan maruah dan keturunan. Salah satu dari maqasid syar'iyah adalah penjagaan maruah. FirmanNya dalam surah Isra' ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Menghampirinya sudah ditegah,apatah melakukan penzinaan. Pergaulan bebas tanpa batasan akhirnya membawa kepada kecenderungan zina. Kemudian lahirlah anak luar nikah, lalu terjadilah jenayah buang anak.

Islam hadir dengan penyelesaian dengan hukuman yang mendidik. Pelaksanaan hudud amat teliti dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam menjatuhkan hukuman. Bagi pelaku yang belum berkahwin, dilaksanakan sebat 100 kali kepada pesalah dengan konsep sebatan menepati syarak.

Keindahan hukum Islam harus difahami dengan baik. Pelaksanaannya lebih kepada mendidik bukan menghukum. Tidak padan melanggar hukum tuhan dan mencemarkan maruah wanita serta merosakkan keturunan hanya dikenakan denda RM3000, penjara tidak lebih 5 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyeru kepada ahli Parlimen di seluruh Malaysia untuk menyokong pindaan Akta 355 bagi memartabatkan mahkamah syariah dan membentuk masyarakat madani di Malaysia.

DPPN Perak juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan JAKIM dalam merangka modul pendidikan seks bagi mendidik ibu bapa dan remaja dalam memahami kepentingan menjaga maruah dan keturunan serta pembangunan sosial negara.

DPPN Perak juga menasihati rakyat agar lebih cakna dalam mendepani isu-isu sosial dan mengajak untuk terus menyokong usaha membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera. - HARAKAHDAILY

*  Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda DPPN Perak merangkap Exco Pemuda PAS Malaysia.



Pengurusan berhemah: Kenyataan PM sukar dipercayai

Posted: 11 Oct 2016 03:34 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man





Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan mahu menghulurkan sebanyak mungkin bantuan dan manfaat untuk rakyat dalam Bajet 2017 namun pada masa sama mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah.

Hujah PM sedap didengar, namun rakyat sukar mempercayainya.

Bukan sahaja negara terpaksa berdepan dengan nilai Ringgit yang lemah, dan harga minyak yang belum pulih serta keadaan Petronas yang ketat, negara juga diancam dengan ketirisan dan rasuah yang sistemik di bawah pemerintahan yang diterajui Umno.

Rampasan RM114.5 juta oleh SPRM daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah baru-baru ini yang disifatkan sebagai ikan kecil oleh pelbagai pihak adalah bukti kepada perkara ini. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijumpai kalau mereka tergolong antara ikan-ikan jerung.

Kesungguhan PM mengawal belanja boleh dinilai daripada kesungguhannya mengawal pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri selama ini, di mana hampir peruntukan JPM meningkat dari RM13 bilion kepada RM20 bilion dari tahun 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat pada 2017. Yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.

Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan terutamanya sektor pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, dan bukannya JPM.

Pendidikan memberi keyakinan. Keyakinan membawa harapan. Harapan membawa keamanan. Oleh itu, pendidikan menjadi asas kepada pembangunan rakyat dan negara.

Gunakan dana yang dijimatkan melalui pelbagai subsidi yang ditarik balik daripada rakyat seperti beras, gula, tepung, minyak dan gas untuk memberikan pendidikan sekolah rendah dan menengah secara percuma kepada anak-anak warganegara yang ibu bapa berpendapatan rendah. Gunakan dana itu untuk meringankan beban kepada anak-anak muda yang berhutang untuk membiayai pendidikan, seperti PTPTN untuk melanjutkan tempoh pembayaran balik semula.

Perdana Menteri dan pasukan PEMANDU sentiasa melaungkan negara akan menjadi negara sumber pendapatan tinggi di tahun-tahun. Jika itu ialah matlamat utama, maka sepatutnya pelaburan perlu difokuskan ke sektor pendidikan.

PM usah risau dengan pengurangan bajet JPM pada 2017 asalkan PM terus memastikan rasuah dibanteras. Bayangkan kalau ada 10 rumah lagi seperti di Sabah diserbu di seluruh negara untuk mendapatkan balik dana negara yang hilang akibat ketirisan dan kecurian, negara sudah berjimat sebanyak RM1 bilion yang boleh dijadikan peruntukan tambahan untuk JPM, melainkan ketirisan dan kecurian itu datang daripada JPM sendiri.

Bukankah membanteras rasuah lebih mudah daripada menaikkan GST? Kedua-duanya menjana pendapatan, cumanya satu disokong rakyat dan satu lagi bakal dikutuk rakyat habis-habisan. HARAKAHDAILY

*  Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Isu kos mahkamah: LGE juga belum bayar kos

Posted: 11 Oct 2016 02:03 AM PDT

NASRUDIN HASSAN 







Saya merujuk kepada kenyataan akhbar Pegawai Khas Undang-Undang KM Pulau Pinang bertarikh 11/10/2016 berkaitan dakwaan kononnya saya sengaja ingkar dan menghina Penghakiman Persetujuan bertarikh 18/1/2016.

Saya ingin memaklumkan bahawa walaupun Penghakiman Persetujuan telah direkodkan sejak 18/1/2016, namun Penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguamcara saya pada 19/9/2016, dimana Peguam LGE telah memberi tempoh selama 14 hari kepada saya untuk menyelesaikan kos Mahkamah.

Tempoh ini berakhir pada 28/9/2016 (lebih seminggu yang lepas).

Saya baru sahaja dimaklumkan oleh peguam saya bahawa pihak LGE telah membuat tuntutan kos pada awal Oktober baru-baru ini kerana sepanjang tempoh bayaran yang berakhir pd 28 Sept 2016 itu , saya berada di luar negara. Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir Sept baru-baru ini. Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempohari.

Dalam tempoh hanya lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan, adalah sangat tidak wajar untuk seorang Pegawai Khas Undang-Undang kepada Ketua Menteri membuat siaran akhbar kononnya mendakwa saya telah menghina mahkamah, lantas cuba memberi persepsi yang buruk terhadap saya.

Notis tuntutan kos secara rasmi untuk tujuan prosiding pelaksanaan dan memaksa saya membayar kos penghakiman baru sahaja diterima oleh Peguam saya pada pagi ini, lebih kurang serentak dgn Kenyataan Media Pegawai Khas LGE.

Selayaknya Pegawai Khas Undang-Undang LGE memahami bahawa tuntutan terhadap kos penghakiman (jika pun tidak dibayar) tidaklah mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya ia hanya bersifat liabiliti sivil (judgement debt @ hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang yang lain.

Jika kegagalan membayar kos adalah satu bentuk penghinaan mahkamah, saya ingin mengingatkan bahawa LGE juga masih belum membayar kos sebanyak RM500 yang telah diperintahkan oleh mahkamah melalui Perintah bertarikh 29/9/2014 (iaitu Perintah yang membatalkan Saman pertama LGE terhadap saya).

Jika menggunakan logik Pegawai Khas Undang-Undang LGE maka LGE telah lama menghina proses mahkamah walaupun jumlahnya hanya RM500. Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pd hari ini.

Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah (contempt of court) tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding pelaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process).

Pegawai Khas KM Pulau Pinang juga seharusnya menyemak fakta yang betul tentang kelewatan peguamnya sendiri untuk memeterai penghakiman tersebut sehingga mengambil masa 8 bulan dari tarikh penghakiman sebenar.

Selepas tarikh 18/1/2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE, justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut.

Justeru, sekali lagi Pegawai Khas Undang-Undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18/1/2016. - HARAKAHDAILY 

37 Rumah Rosak Dilanda Ribut

Posted: 11 Oct 2016 01:38 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
TEMERLOH: Sebanyak 37 buah rumah termasuk sebuah bengkel di 17 buah kampung di sini mengalami kerosakan setelah dilanda ribut yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh Hasanuddin Husein berkata hujan lebat dan angin kuat yang berlaku selama setengah jam itu menyebabkan atap dan bumbung rumah penduduk terbang ditiup angin.

"Malah, ada juga dinding rumah penduduk yang rosak akibat dihempap dahan pokok, selain banyak pokok tumbang menyebabkan beberapa buah kampung terputus bekalan elektrik," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

Menurutnya, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Batu Kapur, Batu Satu, Sungai Buluh, Semantan, Lubuk Kawah, Megat Segama, Taman Seri Semantan dan Pekan Lanchang.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta beberapa agensi kerajaan yang lain kini giat membersihkan kawasan terlibat selain memberikan bantuan kilat kepada mangsa. - BERNAMA

Polis Tunggu Kepulangan Jamal

Posted: 11 Oct 2016 01:35 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Jamal Yunos.
 
 
PETALING JAYA: Polis masih menunggu Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengetuai Kumpulan Baju Merah kembali ke tanah air untuk menyoal siasat beliau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata siasatan mendapati Jamal telah meninggalkan negara ini.

"Kami akan menyoalnya sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air," katanya pada Selasa sambil menambah polis perlu menyoal Jamal sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Abdul Samah berkata polis menahan dua lagi suspek di Sabak Bernam berkenaan insiden rusuhan di sana baru-baru ini.

"Kedua-duanya ditahan pagi Isnin dan mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
"Ini menjadikan jumlah tangkapan kepada lima orang setakat ini," katanya.

Ops Water: Perintah Reman Empat Suspek Dilanjutkan

Posted: 11 Oct 2016 01:30 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dari kiri: Ag Tahir dan Teoh.
 
 
KOTA KINABALU: Perintah reman terhadap Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

Manakala tempoh reman Timbalannya, Teo Chee Kong (pic) dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Perintah reman untuk adik Teo dan akauntannya pula turut dilanjutkan Isnin depan.

Majistret Jessica Umbou Kakayun membenarkan perintah reman dilanjutkan selepas permohonan dibuat pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin.

Mohd Faliq berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa kerana keempat-empat suspek terlibat dalam kes utama dan SPRM perlu merekodkan lebih banyak kenyataan mereka.

Empat suspek itu diwakili peguam berlainan.

Kesemua suspek ditahan pada Selasa lalu selepas sejumlah wang bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari Ag Tahir dan Teo.

Ag Tahir dan Teo disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Ops Water: Akaun Suspek Di Luar Negara Cecah Lebih RM30 Juta

Posted: 11 Oct 2016 01:20 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 


PETALING JAYA: Lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah di luar negara, yang dipercayai mempunyai kaitan kes salah guna dana projek infrastruktur di negeri itu.

Sumber memberitahu, maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kedua-dua suspek terlibat memiliki beberapa akaun bank di tiga negara.

"Siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

"Maklumat awal mendapati pengarah tersebut memindahkan wang kira-kira RM1 juta ke akaunnya di luar negara, manakala bakinya adalah milik timbalan pengarah," katanya.

Mengenai 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah, kata sumber berkenaan, ia dianggarkan mencecah kira-kira RM30 juta.

Antara geran yang dirampas adalah geran berstatus tanah perumahan, pertanian dan komersial di beberapa lokasi di Sabah.

Selain itu, kata sumber itu lagi, setakat ini, SPRM telah merakamkan keterangan 40 saksi berhubung kes melibatkan dana awam sebanyak RM3.3 bilion itu.

"Mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan ahli keluarga timbalan pengarah, pekerja daripada beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek berkenaan," kata sumber.

Sumber itu menambah, SPRM juga dijangka memohon untuk menyambung tempoh reman terhadap kesemua empat suspek yang berakhir pada Selasa.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, dilaporkan jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan itu meningkat kepada lebih RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.

Selain wang tunai dan beberapa kereta mewah berjumlah lebih RM2.7 juta, sejumlah barang kemas RM3.64 juta, turut dirampas adalah 94 beg tangan pelbagai jenama milik isteri kepada salah seorang suspek bernilai kira-kira RM500,000.


Pengawal keselamatan ditemukan mati di dalam kereta

Posted: 11 Oct 2016 01:17 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


fw407539_kb03_210715_pengawal_maut-lpr


KEMAMAN: Seorang pengawal keselamatan dijumpai mati di dalam sebuah kereta di tapak pembinaan gudang berhampiran kilang besi Perwaja Steel Sdn Bhd di sini, hari ini, menurut polis.

Sharai Tahir, 61, ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa dengan kepalanya terletak di stereng pada kira-kira 7.30 pagi oleh adik perempuannya yang bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata hasil siasatan di lokasi kejadian, polis mendapati warga emas itu yang berada di dalam kereta kancil masih berpakaian lengkap dan tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat bagi pengesahan punca kematian.
— Bernama


Datin Seri didakwa gagal beri pernyataan bertulis harta diperolehi

Posted: 11 Oct 2016 01:15 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES
 
 
dser-gif_1476162036


BUTTERWORTH: Seorang wanita bergelar Datin Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal memberikan pernyataan bertulis berkenaan harta yang diperolehinya.

Datin Seri Sua Lai Kim 41, didakwa gagal mematuhi satu nota bertulis oleh Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang menghendakinya memberi pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar berkenaan harta-harta yang diperolehinya di antara 1 Jan 2010 hingga 30 April 2015.

Ibu tunggal kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan, Tingkat 14, No 45, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 19 Jun hingga 1 Sept 2015.

Tertuduh didakwa mengikut subseksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Asyikin Mokhtar menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya hanya suri rumah dan perlu menyara


IDE: Rakyat yakin Pakatan Harapan kekal di Selangor

Posted: 11 Oct 2016 01:04 AM PDT

Oleh Nadia Hanafi


SHAH ALAM : Rakyat Selangor yakin Pakatan Harapan mampu kekal mentadbir Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

YAKIN-500x282

Sebanyak 43% sokongan diperolehi berdasarkan tinjauan yang dijalankan Institusi Darul Ehsan (IDE), selaku badan pemikir Kerajaan Selangor ke atas pengundi di negeri itu.

Menurut hasil tinjauan yang dibentangkan Timbalan Pengerusi IDE, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, hanya 18 peratus lagi memilih 'tidak' dan 39 peratus memilih 'tidak pasti'.

Redzuan berkata, kajian itu mendapati, 78% pengundi teruja untuk mengundi pada PRU 14 dan hanya 22 peratus sahaja tidak teruja. Situasi ini menunjukkan rakyat masih berminat kepada senario politik di Malaysia.

"Dengan ini kita nampak bahawa mereka masih berminat dengan politik. Tidak betul kenyataan yang mengatakan rakyat Malaysia sudah tidak berminat dengan politik.

"Ini juga membuktikan masyarakat masih mahu terlibat dalam proses demokrasi," katanya pada sidang media di Hotel Carlton, di sini.

Selain itu, pengundi di Selangor juga gembira dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila 55% majoriti menerimanya sebagai MB yang dilantik pada 2014 berbanding 16% sahaja responden tidak bersetuju.

Mereka juga turut berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan Majlis Daerah, Perbandaran dan Bandaraya di mana sebanyak 60% menjawab 'ya' berbanding tahun lalu – 59%, dan hanya 26% berkata 'tidak' dan 14% lagi 'tidak pasti'.

"Konteks Kerajaan Negeri Selangor, perkhidmatan PBT semakin diterima dan semakin dianggap sebagai perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Ia memenuhi citarasa pengguna atau mereka yang terlibat," kata Redzuan yang juga Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Kajian IDE itu dibuat pada 26 Ogos hingga 30 Ogos lalu, membabitkan 1,761 pengundi daripada 56 kawasan pilihan raya di Selangor.

Tiga maut, lapan cedera dalam kemalangan

Posted: 11 Oct 2016 12:47 AM PDT

Tiga maut, lapan cedera dalam kemalangan
Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan berkenaan.


JOHOR BAHRU - Tiga lelaki maut, sementara lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Masai Lama, Masai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa yang maut adalah pemandu Toyota Avanza, Hamidi Mohd Nor, 50, dan pemandu Perodua Myvi, M Viswanaath, 26, serta penumpang, G  Premkumar, 19, akibat mengalami kecederaan parah.

"Dua lagi penumpang Perodua Myvi yang cedera parah iaitu M Sargunam, 18, dan K Stevenraj, 26, dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Manakala, penumpang Toyota Avanza iaitu Miskiah Satar, 44, Nurhaziqah Hamidi, 12, dan Mohd Hafiz Hamidi, 17, yang tidak mengalami kecederaan serius turut dirawat di HSI," katanya.

Jokhiri berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu Viswanaath dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Nurul Izzah: Adakah suara kami ini akan terkubur?

Posted: 11 Oct 2016 12:42 AM PDT

Nurul Izzah
Nurul Izzah ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekuan.
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terus diperalatkan BN termasuk isu persempadanan semula.

Dakwanya, ini umpama wujud konspirasi tersusun pihak SPR yang direncana bersama BN untuk kalahkan pihak pembangkang.

"Tindakan SPR ini dilihat melanggar telah melanggar Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.

"Saya melihat, SPR wajib laksana tugas untuk rangka semula persempadanan semula yang mengikut lunas perlembagaan," katanya ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau bersama 11 lagi ahli parlimen Pakatan Harapan kemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa kajian itu dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

Tegasnya, pihaknya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Ahli Parlimen pembangkang gesa pengerusi SPR letak jawatan

Posted: 10 Oct 2016 11:53 PM PDT

 
Mereka mendakwa semua syor yang dikemukakan dalam persempadanan semula tidak adil dan seimbang yang menyebabkan nama baik Suruhanjaya Pilihan Raya terjejas.


tan-kok-wai


KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah digesa meletakkan jawatan susulan cadangan persempadanan semula yang dibuat baru-baru ini.

Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai mendakwa ini disebabkan syor-syor yang dikemukakan dalam persempadanan semula itu tidak adil dan seimbang serta menyebabkan nama baik badan terbabit terjejas
"Letak jawatan kerana kesangsian kepada SPR sudah sampai ke kemuncak disebabkan syor terbaru ini.

"Dan memandangkan SPR akan memantau dan mengawasi pilihan raya umum (PRU) akan datang, macam mana pengerusi yang tak beramanah dapat mengetuai dan memantau?" katanya kepada pemberita bersama-sama dengan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur yang lain mengemukakan borang bantahan di Pejabat SPR di sini hari ini.

SPR sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga Jumaat ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing.

Kok Wai yang merupakan ahli Parlimen Cheras berkata PH menganggap syor persempadanan semula yang dikemukakan SPR adalah satu serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

"Syor-syor ini diperalatkan untuk memihak kepada Umno dan BN (Barisan Nasional) untuk memastikan kemenangan diperoleh BN pada PRU14 akan datang supaya ia terus kekal berkuasa.

"Kami menganggap ini satu rekaan berat sebelah untuk membantu Umno dan BN," dakwanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berpendapat pihaknya melihat wujudnya konspirasi tersusun yang direncanakan SPR bersama Umno dan BN untuk mengalahkan kerusi-kerusi sasaran pembangkang yang dimenangi semasa PRU13.

"Sebelum hari ini (kami), pergi turun padang sama ada memeriksa kawasan baru yang dicadangkan SPR. Sama ada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang terletak di luar sempadan, pengundinya tak ada pun pada Sabtu dan Ahad.

"Semuanya menunjukkan komitmen kami terhadap mengguna pakai mekanisme demokratik dan institusi dalam Malaysia. Malangnya badan yang wajib melaksanakan tugas-tugas merangka semula (persempadanan semula) tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.

"Di manakah perlu kami pergi? Kami sudah bawa bantahan. Teresa Kok sendiri 500 orang bersama beliau membantah, Lembah Pantai lebih 200 orang dan di kawasan lain-lain sekurang-kurangnya 100 orang seperti dimaktubkan diperlukan tapi akhirnya adakah suara kami akan terkubur?" soalnya.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Mohd Hatta Ramli pula berkata, cadangan persempadanan semula itu menyebabkan imej SPR jauh lebih teruk daripada sebelumnya kerana meletakkan kawasan yang tidak seimbang.

"SPR terlepas peluang kita bincang dalam jawatankuasa terpilih Parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. Kita beri kepada SPR untuk membina nama baik dengan berlaku adil," katanya.

Mahkamah arah pendengaran wanita mahu pengisytiharan 'bukan Islam'

Posted: 10 Oct 2016 11:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Mahkamah Rayuan mengarahkan pendengaran dibuat dalam kes Rosliza Ibrahim yang mahukan pengisytiharan bahawa dia tidak tertakluk bawah undang-undang Islam.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, mahkamah memutuskan kes itu akan diremit semula kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didengar oleh hakim berbeza.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata fakta kes semata-mata tidak boleh menjadi alasan kepada Mahkamah Tinggi untuk menolak kes itu.

Rosliza, 35, mendakwa menjadi anak luar nikah kepada bapa yang beragama Islam dan ibu beragama Buddha.

Dia berkata dibesarkan sebagai seorang Buddha oleh ibunya manakala bapa kandungnya tidak memberi perhatian kepada kebajikannya.

Dia memohon pengisytiharan tidak tertakluk kepada undang-undang syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.