Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TAHNIAH BAJU MERAH! ANDALAH WIRA UMNO

Posted: 08 Oct 2016 09:47 PM PDT

Baju merah dibawah Jamal Ikan Bakar mengganas lagi sambil memberi bayangan apakah bentuknya Malaysia ditahun-tahun akan datang jika anda tidak mengubahnya.
Malaysia akan jadi negara mundur, terbahagi kepada kumpulan samseng dan rakyat seperti anda dan saya.
Kumpulan samseng akan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Hidup harmoni antara kaum yang kita pelihara selama ini dan yang amat penting untuk kesinambungan Malaysia ini akan hancur. Kumpulan merah ini hampir semuanya Melayu dan anda cuma perlu dengar maki-hamun rasis mereka untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika parti penaung mereka itu terus berkuasa. Negara akan mundur kerana tidak ada satu pun masyarakat samseng didunia ini yang pedulikan kemajuan. Asal mereka kaya, orang lain boleh pergi jahanam.
Inikah yang anda mahu? Masa depan beginikah yang anda mahu? Fikir lah masak-masak.
Jika anda tidak mahu masa depan yang saya bayangkan tadi, anda cuma perlu buat satu perkara — tolak parti pemerintah di pilihanraya yang akan datang.

Itulah dia UMNO NAJIB.
Pasukan baju merah yang diwujudkan tahun lepas dengan restu dan sokongan Najib … Mengikut khabar angin, Baju Merah ini dibawa berbincang dengan parti2 BN yang lain, mendapat bantahan dari parti bukan Melayu BN tapi diredah juga oleh Najib. Nah …… sekarang rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri –  itulah dia wajah Umno Najib.
Wajah disebalik topeng Wassatiyah atau Kesederhanaan yang dipakai oleh Najib. Semuanya lakonan jer …. Takdernya Wassatiyah di sebalik nilai songlapan 1MDB … Ekstrim hingga pecah rekod dunia !
Takder Wassatiyah nya nilai derma yang direka oleh Najib  … Ekstrim hingga pecah rekod derma dunia peradaban manusia sejagat !
Dan kini rakyat Malaysia dipertontonkan nilai Wassatiyah Umno Najib yang dibawa oleh askar2 baju merah Umno ….
TAHNIAH Baju Merah !  Anda memang layak sebagai Wira Umno !
PS – Pihak Polis diharap ambil tindakan sewajarnya mengikut undang2 negara ya. Tak perlu tweet pun ok …

Tindakan samseng baju Merah dikecam

Posted: 08 Oct 2016 09:44 PM PDT

cuoukonuaaa0hpjKEADILAN Cabang Sabak Bernam mengutuk sekerasnya perbuatan liar sekumpulan peserta Gerakan Baju Merah menyerang salah seorang peserta konvoi BERSIH 5.
Menurut kenyataan KEADILAN Sabak Bernam, perbuatan mereka menunjukkan bahawa mereka sanggup menggunakan apa jua cara untuk menggagalkan konvoi Bersih 5.

"Cabang Sabak Bernam mengutuk sekeras kerasnya perbuatan samseng budak suruhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.
"Sebagai seorang ketua beliau seharusnya menangani isu Bersih 5 dengan memberi penerangan Kepada masyarakat dan bukannya bertindak liar dan mengajar remaja remaja kita menjadi samseng," katanya dalam kenyataan.
Katanya ia amat berbeza dengan yang hadir untuk program Bersih 5 semalam apabila sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran tetapi dengan niat dan tekad demi menyelamatkan negara dari terus dijarah pemimpin korup.
"Cabang berharap dan meminta Ketua Umno Bahagian Sungai Besar agar gunakan duit yang ada itu untuk tujuan yang lebih murni.
"Kita di dunia ini hanya untuk sementara dan sehingga itu buatlah sesuatu yang rakyat akan sebut nama dan bukannya mencaci dimana seluruh keluarga terpaksa tanggung malunya," katanya.
Difahamkan, kekecohan mula meletus apabila dua penyokong baju kuning yang menunggang motosikal beredar dari stadium selepas tamat perhimpunan itu terus menuju ke tempat berkumpul baju merah di persimpangan lampu isyarat jalan masuk ke Kampung Batu Satu Sepintas.
Tindakan itu mengundang kemarahan baju merah lalu bertindak menghalang dua lelaki melalui jalan terbabit hingga mengakibatkan seorang mangsa terjatuh daripada motosikal.
Polis menjelaskan bahawa lelaki diserang itu mahu pulang ke rumah dan mengambil laluan diduduki kumpulan Baju Merah.

Jamal bidas polis layan pihaknya seperti 'anjing kurap'

Posted: 08 Oct 2016 09:43 PM PDT

Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunus mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.
Sebaliknya, kata Jamal, pihak berkuasa itu melayan kumpulannya seperti 'anjing kurap'.
"Kumpulan BERSIH 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi setiap konvoi BERSIH 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.
"Walhal tindakan BERSIH 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya.
"Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan MERAH V2 saya sifatkan seperti anjing kurap," kata Jamal dalam kenyataan hari ini.

LEGASI MAHATHIR, LEGASI NAJIB

Posted: 08 Oct 2016 09:34 PM PDT

Barangkali masih ramai yang keliru mengenai masalah sebenar yang dihadapi negara. Bagi penyokong UMNO dan Najib Razak, daripada yang dapat dedak secara bulanan atau sekali-sekala sehinggalah kepada pemimpin yang diberikan habuan jawatan, kontrak atau kedudukan, mereka nampaknya lebih cenderung untuk melihat Tun Mahathir Mohamad sebagai punca segala-galanya.

Seolah-olah jika Tun Mahathir berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, malah menyokong semua langkah dan perbuatan Najib Razak, seluruh rakyat  akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Benarkah begitu? 

Bagi mereka yang waras dan berfikir dengan jujur, agak memualkan sebenarnya apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyarankan agar Najib Razak berani merombak beberapa legasi Tun Mahathir yang dianggapnya memberi kesan negatif kepada rakyat.

Beliau mengambil contoh penswastaan lebuhraya yang ditandatangani di zaman Tun Mahathir yang mensyaratkan kenaikan tol dalam tempoh tertentu dan  pengurusan sisa pepejal yang membebankan pihak berkuasa tempatan, sebagai contoh legasi negatif yang perlu dirombak oleh Najib.
Benarkah legasi Tun Mahathir yang menjadi masalah atau legasi itu merupakan masalah kerana Tun Mahathir begitu lantang mahu menyingkirkan Najib?
Read More / Baca Lagi >>

MP gesa SPRM terima arahan Raime, jangan memilih dalam siasatan

Posted: 08 Oct 2016 09:31 PM PDT


Rampasan wang tunai dan harta lain oleh SPRM di Sabah menimbulkan pelbagai persoalanRampasan wang tunai dan harta lain oleh SPRM di Sabah menimbulkan pelbagai persoalanAhli Parlimen Segambut. Lim Lip Seng mahu SPRM menyahut gesaan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi supaya menyiasat Datuk Seri Shafie Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2010, serta pegawai-pegawai senior kementerian tersebut berikutan kes rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Tetapi katanya tindakan seperti itu jangan terhad kepada kes Shafie sahaja.
"Sekiranya SPRM mahu mengikut 'arahan' Raime supaya menyiasat Shafie Apdal, SPRM juga wajar menyiasat ibu dan bapa (tiri) Riza Aziz, tidak lain Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tentang bagaimana anak mereka yang mempunyai pengalaman kerja sebagai pegawai junior bank selama kurang empat tahun dapat mengumpul kekayaan berjumlah US$238 juta dalam syarikat Red Granite Capital, malah memiliki hartanah mewah di Amerika Syarikat berjumlah lebih US$50 juta?," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau melahirkan rasa hairan dari mana munculnya Raime ini? Adakah beliau berada di planet lain sebelum kelmarin? Kenapa beliau tidak muncul mendesak tindakan SPRM supaya menyiasat Datuk Seri Ahmaad Shabery Cheek dan Khairy Jamaluddin, yang merupakan mantan dan menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ekoran rasuah dan penggelapan dana berjumlah RM138.5 juta melibatkan bekas pegawai KBS yang didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 2012 dan 2015?
"Berasaskan kebijaksanaan Raime ini, mustahil bagi pegawai KBS tersebut untuk mengumpulkan kekayaan yang begitu besar tanpa pengetahuan kedua-dua bosnya itu." katanya.

SPRM juga katanya, wajar menyiasat Menteri Wilayah Perseketuan, Tengku Adnan Mansor dan juga datuk-datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu dan sekarang kerana 'membenarkan' seorang pegawai senior DBKL berpangkat Datuk Seri untuk mengumpul kekayaan berupa 31 unit kondominium dan kini berhadapan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM10 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Agong, Dr M serah Deklarasi Rakyat kepada semua sultan

Posted: 08 Oct 2016 09:30 PM PDT

Dr Mahathir berkata, raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dalam perlembagaan untuk menangani masalah dihadapi negara sekarang.
mahathir-raja
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada semua pemerintah negeri bagi memaklumkan usahanya mendesak perdana menteri meletak jawatan menerusi Deklarasi Rakyat.
Bekas perdana menteri itu berkata, surat yang dihantar pada 4 Oktober lalu itu turut memaklumkan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pada 15 September lalu.
"Setakat ini, saya belum mendapat reaksi daripada Yang di-Pertuan Agong mengenai perjumpaan tersebut. Tetapi, oleh kerana Majlis Raja-raja akan bermesyuarat pada 11 Oktober ini, saya fikir ada baiknya kita hantar surat kepada semua raja.
"Ini untuk memaklumkan kepada mereka mengenai rayuan kita supaya Majlis Raja-raja ambil tindakan terhadap apa yang terkandung dalam Deklarasi Rakyat," katanya dipetik Sinar Harian.
Dr Mahathir mengadap Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, bulan lalu, bagi menyerahkan deklarasi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Pertemuan itu disahkan pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT.
Perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu turut memaklumkan raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dalam perlembagaan untuk menangani masalah dihadapi negara sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Polis buru penyokong Baju Merah disyaki serang konvoi Bersih

Posted: 08 Oct 2016 09:28 PM PDT

Nor Azmi menafikan laporan kononnya 3 penunjuk perasaan Baju Merah ditahan berhubung serangan yang didakwa berlaku di Sabak Bernam, semalam.
polis-konvoi
PETALING JAYA: Polis giat mengesan penunjuk perasaan Baju Merah yang disyaki menyerang penyokong Bersih ketika mereka berkonvoi di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa yang dipetik Star Online mengesahkan polis sedang memburu suspek terbabit dan menyiasat kejadian itu.
Beliau bagaimanapun menafikan laporan kononnya 3 penunjuk perasaan Baju Merah ditahan berhubung serangan yang didakwa berlaku semalam.
Satu rakaman video disertakan dengan laporan itu yang menunjukkan penunggang motosikal berbaju Bersih ditendang 2 kali oleh penunjuk perasaan.
Seorang anggota polis dilaporkan tampil membantu mangsa serangan itu dan kejadian berkenaan berlaku selepas konvoi Bersih dari Teluk Intan melalui Sabak Bernam.
Dua penunggang motosikal itu dikatakan memakai baju Bersih berwarna kuning.
Sementara itu, 3 penunggang motosikal dilaporkan menyerang kereta konvoi Bersih ketika mereka berhenti di pusat bandar Tawau, Sabah, untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai, semalam.
Pengerusi Bersih Sabah, Beverly Joeman yang dipetik NST Online berkata, 3 pemuda bermotosikal itu mengekori konvoi berkenaan, sebelum mereka memecahkan tingkap 2 kenderaan dan mencucuk tayar sebuah lagi kereta.

Terima kasih teruna sunti berbaju merah

Posted: 08 Oct 2016 08:48 PM PDT

Dzulfikri beria-ia benar mahu memasukkan topeng gas ke beg galasnya untuk ke Kuala Lumpur tetapi rakannya - Amir - menghalang.
Selain menganggap ia reaksi agak keterlaluan, membawa topeng gas dalam beg galas menaiki bas ekspres dari Perak ke Kuala Lumpur akan mudah menarik perhatian pihak yang tidak diperlukan.
Mereka kakitangan awam yang bertugas di utara semenanjung tapi selalu 'dekat' dengan pergolakan semasa di Kuala Lumpur.
Dari media massa Dzulfikri dan Amir - sama seperti jutaan lagi rakyat Malaysia - mendapat tahu bahawa Polis Diraja Malaysia sudah menggerakkan anggotanya ke tempat-tempat strategik.
Di persimpangan Jalan Kuang - Jalan Kuala Selangor, misalnya, ada sekatan jalan raya. Di Plaza Tol Jalan Duta ada pemeriksaan kenderaan.
Hal sama berlaku di beberapa jalan masuk utama ke Kuala Lumpur.
PDRM merancang, para penunjuk perasaan juga merancang. Perancangan terbaiklah yang akan 'menang'.
Justeru Amir dan Dzulfikri berasa perlu untuk mereka turun bersama-sama orang ramai menghantar mesej kepada pihak yang berkenaan bahawa proses pilihan raya negara ini perlukan reformasi.
Mahu bantah arahan
Mereka mengatur strategi. Mula berkira-kira mencari bilik penginapan sementara di Brickfields dan menghubungi rakan-rakan lain di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan tindakan.
Masa dan tempat pertemuan untuk bergerak bersama-sama ke Stadium Merdeka disepakati. Mereka mahu ke stadium bersejarah itu ketika mengetahui ada ia tidak dibenarkan.
Ia adalah satu bentuk penentangan ke atas penguasaan pihak berkuasa.
Seperti orang lain, mereka mahu menegaskan keadaan semasa politik negara mesti diubah ke arah lebih baik. Dan salah satu caranya ialah dengan membantah arahan yang dibuat kerajaan itulah.
Dalam keadaan begitulah BERSIH 2.0 berlangsung dengan tegang dan panas. Entah berapa banyak kanister pemedih mata dilepaskan pada 9 Julai 2011 itu.
Ia melakar sejarah tersendiri. Selain kesakitan dan kepenatan, BERSIH 2.0 itu juga memaksa kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi memenuhi desakan rakyat.
Memanglah tidak semua desakan itu diterima. Malah ada beberapa tuntutan itu dipenuhi tetapi kemudian menjadi lelucon yang epik. Penggunaan dakwat kekal semasa mengundi, misalnya.
Demonstrasi selepas BERSIH 2.0 adalah demonstrasi yang - secara relatif - hambar. PDRM memang bersikap keras terhadap tunjuk perasaan namun kekerasan itu tidak sama lagi seperti 2011.
Ia adalah sikap yang sepatutnya diambil oleh polis sejak awal lagi. Bersikeras dengan sentimen popular semasa rakyat biasanya akan membawa kesan yang songsang. Ia adalah persoalan psikologi.
Tak nampak bayang lagi
Kemudian PDRM lebih lunak. Lalu ada pula Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 24 November tahun berkenaan.
Selepas itu demonstrasi di tengah Kuala Lumpur adalah "membosankan" bagi kebanyakan orang.
Tiada lagi gas pemedih mata, aksi berlarian di lorong-lorong belakang bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana dikejas polis menjadi nostalgia yang mahal.
Amir dan Dzulfikri tidak lagi nampak bayang mereka di hari demonstrasi diadakan.
Dalam mood begitulah BERSIH 5 dirancang dan dipromosi. Dan dalam suasana begitu juga kumpulan baju merah tampil dengan bermacam provokasi melampau.
Soal mereka mendapat upah, menutup muka kerana enggan dikenali (malu, mungkin?) dan melarikan diri selepas membuat tendangan terbang adalah isu yang lain.
Isu utama sekarang ialah kerajinan kumpulan baju merah membuat kemunculan dengan pelbagai aksi yang menarik perhatian.
Menggunakan telur sebagai 'senjata' - misalnya - mungkin adalah simbolik kepada kegigihan untuk mempertahankan idelologi politik mereka di negara ini.
Ia ditambah lagi dengan aksi Datuk Seri Jamal Md Yunos mengepam notis saman Maria Chin Abdullah ke lubang tandas baru-baru ini.
Ia cuma dua daripada contoh yang diperlukan pertubuhan BERSIH untuk mengajak orang turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 19 November nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Ini dia Bukti-bukti Baju Merah (geng Jamal Yunos) serang Bersih 5

Posted: 08 Oct 2016 08:41 PM PDT

DUA Kamera tangkap merah vs Bersih 5 (Jamal Yunos kantoi)

Posted: 08 Oct 2016 08:39 PM PDT

WHO IS ANIFAH, PAIRIN OR SHAFIE COMPARED TO CASH-IS-KING NAJIB? EXPOSED -SRC CHIEF ORDERED TO DEPOSIT BAGS OF CASH INTO NAJIB’S A/CS

Posted: 08 Oct 2016 06:03 PM PDT

BAGS OF CASH! – SRC Chairman Tasked With Making 'Urgent Cash Deposits' Of Millions Of Ringgit Into Najib Accounts
Following the allegation by the Swiss Attorney General that US$800 million was stolen from the 1MDB subsidiary SRC International, Sarawak Report can reveal details of multi-million ringgit cash deposits made by the Chief Executive of that fund into bank accounts held in the name of Prime Minister Najib Razak.
Bank statements made available to Sarawak Report show that at least five separate cash deposits were made into two of Najib's AmBank accounts in KL, totalling RM3.4 million between 2nd February and 3rd March 2015. The sum represents 34 times his official salary of RM100,000 per month.
First deposits in January to acc no
First deposits in February to acc no XXX880 – total RM2.1 million
According to the statements these accounts were held in the name of Najib Razak, but managed by none other than SRC's CEO, Nik Faisal Arif Kamil, to whom the statements were addressed
Nik Faisal, who was a long-standing business associate of the tycoon at the centre of the 1MDB scandal, Jho Low, was employed at the same time as Chief Executive of the much criticised SRC, which had been set up as a subsidiary of 1MDB. Prior to that he had acted as Investment Manager for 1MDB, while simultaneously acting as Investment Manager for the company UBG, at the time when Jho Low secretly deployed 1MDB money to buy out his own shareholding in 2010.
In 2011 SRC was financed by a RM3.81 billion loan from the public pension fund KWAP and Nik Faisal was deployed to be in charge. However SRC has never produced a single audit to explain where that money went.
On Wednesday, the Swiss AG, who together with Singapore's Commercial Affairs Department has investigated the now closed Singapore branch of BSI Bank, where SRC held its accounts, confirmed the bulk of the money (a staggering $800 million) was misappropriated.
Second cash deposit of RM300,000 in February to Acc No XXX
Second cash deposit of RM300,000 in February to Acc No xxx906
Pensioners who have invested their savings in KWAP are entitled to ask why the man who was officially in charge of investing their money through SRC was also privately managing the Prime Minister's own accounts?
In January, after Malaysia's own Anti-Corruption Commission investigators provided evidence that a total of at least RM57 million had passed from SRC into three of these private accounts managed by Nik Faisal for the Prime Minister,  Malaysia's own Attorney General, Mohammed Apandi, ruled there was no case to answer.
Najib had claimed he did not know where the money had arrived from and had assumed it was part of a claimed Saudi donation. He has not paid the money back and credit card and bank statements indicate that the bulk was spent on luxury goods as well as cheques written out to as yet unnamed recipients.
Two more cash deposits of over 1 million ringgit into acc no xxxx906 in March
Two more cash deposits of over 1 million ringgit into acc no xxxx906 in March

Cash Deposits

However, mystery continues to surround the multi-million ringgit 'Urgent Cash Deposits', which were separately paid into the same bank accounts – and therefore not directly traceable to SRC:
"It means the cash was carried physically into the bank – that is a heck of a lot notes to stuff in a bag then lug up to a till to be counted" one banker commented to Sarawak Report.
Correspondence obtained by investigators shows that once again it was SRC Chief Nik Faisal Arif Kamil who was responsible for handling the cash deposits.
A letter dated 20th January 2014 shows that, as the "Authorised Person" managing Najib's accounts, Nik Faisal appointed a deputy to make 'urgent cash deposits' while he was absent abroad.
As the "Authorised Person" managing Najib's accounts Nik Faisal appointed a deputy in January 2014 to make 'urgent cash deposits' while he was absent abroad.
As the "Authorised Person" managing Najib's accounts Nik Faisal appointed a deputy in January 2014 to make 'urgent cash deposits' while he was absent abroad.
Read More / Baca Lagi >>

VIOLENT JAMAL & RED SHIRTS PROVE BERSIH’S POINT: NAJIB MUST GO OR MALAYSIA IS FINISHED

Posted: 08 Oct 2016 06:00 PM PDT


Bersih and red shirts leader Jamal Md Yunos both claimed victory in Sabak Bernam today, at the end of a four-hour convoy from Teluk Intan, Perak.
Bersih claimed it was successful for having reached Sabak Bernam despite the red shirts' efforts to prevent them from doing so.
Jamal however, said the red shirts had been successful in other ways.
"We successfully prevented them from going to villages and other areas where they had planned to go," Jamal told reporters after their respective rallies ended.
Earlier in his speech, he also noted how Bersih was boxed in at the Sabak Bernam stadium where they could only talk to themselves.
Based on Malaysiakini's observations, Jamal's claim to victory did have merits
The Bersih convoy in Teluk Intan was split into two teams, and the one Malaysiakini followed only made one stop in Kampung Chui Chak, Perak where both teams converged.
There they addressed a small crowd, only about a dozen of whom were not part of the convoy or from an opposition party.
Their plans to stop at other locations, including Hutan Melintang, were cancelled following delays caused by Jamal's impromptu blockade at the Teluk Intan-Bidor road.

Instead they went straight to Sabak Bernam where they were indeed somewhat boxed in at the stadium, and all the 200 in attendance were either part of the convoy or with the Selangor team welcoming them.
In this sense, Jamal may have indeed succeeded in his goals, giving him the win.
However, Bersih may have won the moral battle, after red shirt supporters kicked and pelted a Bersih supporter with eggs.
The incident has caused an uproar on social media, with many netizens slamming the incident.
The Bersih convoys are being held nationwide in an effort to boost support for their Nov 19 rally.
The red shirts have vowed to fight them every step of the way.

Najib Ciplak Lagi: Cukai Eksais Dihapus Bagi Kereta Pertama Untuk Orang Muda

Posted: 08 Oct 2016 05:58 PM PDT

10082016-cukaieksaiskereta
Saya merujuk kepada laporan Sinar Harian Online hari ini bertajuk "Beli Kereta Tanpa Cukai Eksais" mengenai berita tidak rasmi Belanjawan 2017 akan mengecualikan cukai eksais ke atas pembelian kereta pertama enjin bersaiz kecil.
Saya mula menggerakkan kempen #turunhargakereta sejak tahun 2012. Dari awal saya mengkritik tindakan Umno/Barisan Nasional mengenakan cukai di antara 80% hingga 100% ke atas kereta yang dibeli rakyat biasa sehingga menjadikan kereta di Malaysia secara relatifnya antara yang termahal di dunia. Harga kereta yang mahal dan ditambah pula kegagalan kerajaan persekutuan menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik menyebabkan sebahagian besar keluarga terpaksa berhutang dengan bank; kadang-kadang sehingga mencecah 9 tahun.
Sepanjang saya berkempen agar cukai eksais dihapuskan sejak tahun 2012, tidak pernah sekali pun menteri-menteri Umno atau Barisan Nasional mengakui bahawa hujah yang saya bawa itu ada benarnya. Malah, mereka menuduh dan menyerang saya dengan pelbagai panggilan. Akhbar-akhbar mereka berterusan melaporkan bahawa Pakatan Rakyat (hasil dari cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais agar #turunhargakereta) akan memufliskan negara, seperti laporan Utusan Malaysia yang saya sertakan dalam grafik di bawah.
Tetapi dalam senyap-senyap Dato' Seri Najib Tun Razak meniru dasar yang kami bawa.
Dalam manifesto Barisan Nasional memasuki PRU13, Dato' Seri Najib berjanji akan menurunkan harga kereta sehinga 30% secara berperingkat-peringkat. Pada masa mereka menyerang cadangan saya, mereka menciplak cadangan saya.
Kali ini, jika benar cukai eksais akan dihapuskan bagi kelas enjin bersaiz kecil yang digunakan kebanyakannya oleh model kereta-kereta Proton – sekali lagi Dato' Seri Najib menciplak cadangan saya tetapi tidak mahu mengaku.
Apa yang saya kesalkan ialah keengganan Dato' Seri Najib mendepankan rakyat dan berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Harapan. Beliau dan Jemaah menteri tahu bahawa cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais adalah baik untuk rakyat dan baik untuk ekonomi negara. Akibat bongkaknya mereka, cadangan ini tidak dilaksanakan lebih cepat iaitu dalam tahun 2012 pada masa saya mula-mula mencadangkannya; sebaliknya hanya dilaksanakan 5 tahun kemudian iaitu 2017.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno sertai himpunan balas Baju Merah bantah Bersih 5

Posted: 08 Oct 2016 05:56 PM PDT

Himpunan Merah Rakyat Bersatu Tolak Rasuah lebih memfokuskan desakan Guan Eng Azmin berundur kerana rasuah.
zul-karnainPETALING JAYA: Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) akan menyertai Gerakan Baju Merah untuk mengadakan perhimpunan balas bagi membantah himpunan Bersih 5, pada 19 November nanti.
Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, Himpunan Merah Rakyat Bersatu Tolak Rasuah akan diadakan pada masa dan lokasi sama dengan Bersih 5.
Beliau berkata, gerakan itu sedang berbincang dengan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos untuk bersatu dan bergabung tenaga bagi menjayakan himpunan itu.
"Ahli GAUM bersama rakan gabungan badan bukan kerajaan lain dijangka menurunkan ahli pada hari perhimpunan tersebut seramai 3,000 orang.
"Perancangan awal program ini adalah untuk berarak bersama baju kuning (Bersih 5) bermula di beberapa tempat, antaranya di hadapan bangunan Sogo dan seterusnya bergerak ke Dataran Merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bersih 2.0 sebelum ini mengumumkan himpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi menyiasat skandal 1MDB dengan telus dan menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Susulan itu, Jamal melancarkan gerakan 'Merah V2' minggu lalu, bagi membantah himpunan Bersih 5 di ibu negara.
Zulkarnain berkata, himpunan pada bulan depan itu lebih memfokuskan desakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berundur kerana rasuah.
"Turut disentuh semasa perhimpunan tersebut adalah isu perkampungan bumiputera yang dirobohkan di Pulau Pinang, isu air di Selangor, tempat berniaga bumiputera dirobohkan dan salah laku berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Permata mula melangkaui bidang kuasanya seperti Jabatan Perdana Menteri?

Posted: 08 Oct 2016 05:53 PM PDT


permataRakan-rakan pimpinan saya, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara Dr. Dzulkefly Ahmad telah menjelaskan bagaimana peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dua kali ganda dari RM10 bilion pada 2009 ke RM20 bilion pada 2016. Pada masa sama, jangkauan bidang kuasa dan program di bawah JPM juga meningkat dengan ketara di bawah pemerintahan Najib. Hampir semua program baru dengan perbelanjaan skala besar, sama ada perumahan PR1MA atau Lebuhraya Pan-Borneo diletakkan di bawah JPM.
Kelihatannya seperti jenis jangkauan yang sama telah dilaksanakan ke atas program Permata yang juga tertakluk di bawah JPM. Bermula dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai kepada murid pintar cerdas berumur bawah 5 tahun, Permata kini ketara memperluas capaiannya serta bilangan program di bawah bidang kuasanya.
Sebagai contoh, dalam enam tahun, bilangan pusat penjagaan kanak-kanak Permata atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) telah meningkat kepada 88 pusat secara total di seluruh negeri di Malaysia.
permataSebuah Kolej Permata Pintar telah ditubuhkan di UKM bagi memenuhi keperluan pelajar 'pintar cerdas' dari peringkat umur 9 hingga 15 tahun dengan kos sebanyak RM83 juta (RM20 juta untuk Fasa 1 dan RM63 juta untuk Fasa 2). Kem musim panas dijalankan dengan kerjasama Center for Talented Youth, John Hopkins University, bagi sesetengah kanak-kanak yang berbakat tersebut.
Program Permata Seni kemudiannya ditubuhkan bagi mengenalpasti kanak-kanak berbakat dalam bidang seni termasuk nyanyian, tarian dan muzik. Sejumlah RM17.5 juta telah diperuntukkan kepada program itu dari 2010 hingga 2014.
Perkasa Remaja pula ditubuhkan dengan tujuan mendekati remaja 'berisiko' dengan memperkenalkan mereka kepada program pencegahan berasaskan komuniti (dikenali sebagai Komuniti Perkasa) dan melalui program intervensi berasaskan kem-kuratif (dikenali sebagai Kem Perkasa).
Jumlah peruntukan keseluruhan untuk Perkasa Remaja dari 2010 hingga 2014 adalah sebanyak RM6.4 juta.
Permata Kurnia pula kemudiannya ditubuhkan sebagai satu usaha mendekati kanak-kanak autistik melalui pusat autisme termasuk penyelidikan dan latihan. Sebuah pusat autisme bernilai RM10 juta telah dibina melalui usaha Permata Kurnia pada 2014.
Permata Insan adalah sebuah lagi inisiatif untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas di dalam bidang pengajian Al-Quran dan Islam, serta dilaksanakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tujuan memperkasakan pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi tokoh-tokoh Islam masa depan.
Sejumlah RM24 juta telah diperuntukkan kepada Permata Insan, termasuk RM18 juta untuk pembinaan bangunan baru di USIM.
Read More / Baca Lagi >>

Menolak DAP dengan hujah agama?

Posted: 08 Oct 2016 05:52 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa parti DAP menentang Islam. Justeru, dia mencadangkan kepada PKR dan lain-lain parti agar meninggalkan DAP jika mahukan PAS bersama dengan kumpulan pembangkang.
mahdzir-rencanaDengan maksud lain, parti kafir DAP ini harus ditentang dan dikeluarkan dari gabungan pakatan pembangkang. Ini adalah kata dua atau 'ultimatum' daripada PAS kepada rakan-rakan pembangkang.
Mesej ini jelas menunjukkan bahawa PAS cukup yakin akan kekuatan dan pengaruhnya. Ini disokong apabila Nik Abduh menyatakan bahawa selepas UMNO, PAS adalah parti kedua paling popular dalam kalangan rakyat.
Biarlah, itu hak mereka. Saya lebih berminat untuk meneliti dan memahami maksud kenyataan beliau itu.
PAS tidak mahu berunding dengan DAP itu tiada masalah, kerana ia politik dan sewajarnya dia menggunakan alasan politik yang lebih konstruktif, bukan menggunakan alasan agama sebagai hujah politik.
Dengan hujah agama, dia mendakwa parti DAP menentang Islam. Dia seharusnya menerangkan dengan lebih jelas lagi, Islam apa yang DAP tentang?
Dakwaan menentang Islam kepada satu organisasi yang berdaftar ini satu dakwaan yang cukup berat. Ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan secara sah.
Jika Nasrudin bersungguh-sungguh dan tegas dengan pendiriannya, sebagai wakil PAS yang menjadi penasihat kepada UMNO, beliau seharusnya menggunakan peluang ini dengan mencadangkan kepada kerajaan Najib untuk mengharamkan terus parti DAP yang didakwanya menentang Islam.
Dengan ketegasan itu, beliau dan PAS tidak perlu bersusah payah lagi beretorik menolak DAP, kerana keabsahan parti DAP dalam demokrasi berparlimen sudah diharamkan oleh undang-undang atas hujah Nasrudin Hassan.
Jika dia menolak DAP kerana DAP tidak menyokong cadangan pelaksanaan Hudud PAS, itu soal politik, bukan soal akidah.
Dalam hal ini, jika Nasrudin betul-betul bertegas ia melibatkan akidah, sekali lagi beliau boleh menggunakan pengaruh beliau yang besar itu dengan mencadangkan kepada majlis fatwa untuk memfatwakan hukuman kafir kepada muslim yang membantah pelaksanaan Hudud PAS.
Biar rakyat terpegun dan gerun dengan ketegasan beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: Masa untuk Islam

Posted: 08 Oct 2016 05:51 PM PDT


Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Negara kita dikejutkan dengan penahanan dua orang pegawai kanan kerajaan di negeri Sabah yang dikatakan terlibat dengan kesalahan rasuah yang melibatkan ratusan juta ringgit. Menurut SPRM, ia adalah kejayaan membongkar skandal yang melibatkan jumlah wang ringgit terbesar semenjak ditubuhkan.

Rasuah bukanlah isu asing dan janggal dalam negara kita. Ia adalah gejala harian dan bukan bermusim sebagaimana musim buah durian dan rambutan. Tiap-tiap hari rasuah berlaku dalam negara kita sama ada kecil atau besar, dibongkar atau pun tidak. Ia sebahagian cara rakyat Malaysia mencari rezeki walaupun hina dan haram. Di negara kita, tidak semua merasa malu untuk hidup hina dengan punca rezeki yang haram.
Skandal besar rasuah yang baru terbongkar di negara kita itu, bagi para pengamat politik negara, bukanlah sukar untuk ditelah bahawa ia pastinya melibatkan orang politik. Projek kerajaan berjumlah RM3 bilion adalah dengan kelulusan orang politik. Ia masuk ke Sabah dengan pengetahuan orang politik. Umno BN pula terkenal sebagai parti hamba abdi rasuah sejak puluhan tahun. Bagaimana Umno hidup memancing undi rakyat Sabah juga diketahui umum. Masakan projek seenak ini tidak menggiurkan mereka.

Tetapi bagi rakyat dan orang awam yang enggan berfikir, rela kekal hanyut dan membiarkan diri ditipu, mereka akan berfikir bahawa yang bersalah adalah dua orang itulah dan beberapa individu lagi yang terlibat dalam projek melibatkan RM3 bilion itu sahaja. Sebaik dihukum, maka kes ditutup dan selesai. Adapun orang-orang politik, mereka akan kekal selamat sehinggalah mereka ditangkap dengan kes yang sama. Bila? Jawabannya bila-bila pun, mereka akan kekal selamat.

Lihatlah kepada beberapa skandal kewangan besar di negara kita. Sebahagian besarnya kekal misteri. Hakikatnya, ia bukanlah misteri. Ia hanyalah kes yang dipaksa untuk ditutup dan dighaibkan oleh orang politik yang berkuasa.

Begitulah, kawanan kambing hitam akan kekal hidup diternak di negara kita dan masanya satu persatu akan disembelih dengan reda tuannya. Rakyat akan terus dihidangkan dengan jamuan opera seperti ini. Ia bagai satu rasuah awam terancang untuk kesekian kalinya bagi mengabui mata rakyat seolah-olah kerajaan sentiasa bertindak ke atas salah laku rasuah. Rupanya, begitulah penyakit rasuah terus hidup subur di dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu muncul bukti jenama Pakatan Harapan tak laku, kata Gerakan

Posted: 08 Oct 2016 05:48 PM PDT

Tan Keng Liang berkata, huru-hara dan perpecahan dalam kalangan pembangkang ketika ini bukan kelebihan buat Gerakan, sebaliknya Pemuda Gerakan akan bekerjasama dengan BN untuk terus memperkukuhkan pasukan mereka.
tang
PETALING JAYA: Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti baharu yang diambil alih Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan, kata ketua Pemuda Gerakan.
Tan Keng Liang yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, beliau tidak hairan dengan senario itu, memandangkan jenama pembangkang tidak lagi laku seperti dahulu.
Beliau berkata, pembangkang juga cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini mendesak pemimpin yang terbabit dakwaan rasuah digantung tugas sehingga kes selesai, tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah.
"Ketua menteri Gerakan tidak pernah didakwa kerana rasuah, ini sesuatu yang kami banggakan," katanya semalam.
Tan berkata, huru-hara dan perpecahan dalam kalangan pembangkang ketika ini bukan kelebihan buat Gerakan, sebaliknya Pemuda Gerakan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk terus memperkukuhkan pasukan mereka.
"Pemuda Gerakan perlu lebih berusaha untuk bersama BN menguatkan jentera parti, fokus kepada prinsip dan asas perjuangan parti," katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Gerakan ke-45, pada Sabtu.
Read More / Baca Lagi >>

4 sebab yang buat BN yakin akan menang lagi PRU14 nanti

Posted: 08 Oct 2016 05:46 PM PDT

Saifuddin Nasution kata ada 4 sebab yg buat BN menang dan BN yakin akan menang lagi iaitu:-
1. Tanah Rancangan Felda ada dalam 55 kawasan parlimen.
2. Undi awal 400,000 orang oleh anggota tentera, polis dan petugas SPR.
3. Kawasan parlimen Sabah sebanyak 26 dan Sarawak 31, yang berjumlah 57 kerusi.
4. Persempadanan semula yang terbaharu.
Jika dikira 55 kerusi parlimen yang ada Felda dan kerusi di Sabah & Sarawak, semuanya berjumlah 112 kerusi.
112 kerusi itu cukup untuk membentuk kerajaan untuk BN terus berkuasa.

40 peratus yang memohon menyertai PBBM terdiri golongan muda, belum berparti

Posted: 08 Oct 2016 05:21 PM PDT

Datuk Kamaruddin Mohd Nor disambut orang ramai di majlis sambut menantu rumah ketua Amanah Pasir PutehDatuk Kamaruddin Mohd Nor disambut orang ramai di majlis sambut menantu rumah ketua Amanah Pasir Puteh
Mereka yang belum menyertai mana-mana parti politik dan masih dalam lingkungan umur 35 tahun ke bawah adalah antara yang ramai memohon untuk menyertai Parti Bumiputra Bersatu Malaysia (PBBM).
Ketua penerangan parti itu, Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata golongan itu mewakili 40 peratus daripada jumlah pemohonan sehingga ini.
"Untuk negeri Kelantan saja kita telah menerima lebih 20 ribu permohonan menjadi ahli setakat ini," katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis kenduri menyambut menantu ketua Amanah Pasir Puteh, Abdul Halim Muhamad semalam.
Menurutnya, jumlah ahli untuk menubuhkan semua bahagian-bahagian di Kelantan sudah mencukupi dan sekarang sedang diuruskan oleh bahagian masing-masing.
"Permohonan untuk menubuhkan cawangan juga kita terima dari hampir semua peringkat
Datuk Kamaruddin Mohd Nor bergambar bersama pemimpin Amanah Pasir PutehDatuk Kamaruddin Mohd Nor bergambar bersama pemimpin Amanah Pasir Puteh
Pusat Daerah Mengundi (PDM).
"Kita meminta semua bersabar kerana parti perlu dilengkapkan mengikut susunan supaya memenuhi peraturan ditentukan pendaftar pertubuhan (ROS)," katanya.
Ditanya mengenai persiapan pilihan raya beliau berkata, pihak PBBM akan terus berperanan bagi mengajak semua parti-parti pembangkang bertolak ansur bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya akan datang.
"Kita terbuka dan sedia bertemu dan berbincang dengan semua pihak demi merealisasikan kemenangan.
"Saya sendiri akan menghadiri majlis mana-mana parti pembangkang termasuk Pas jika menerima jemputan," katanya.

Berpuluh ribu sudah sertai Bersatu

Posted: 08 Oct 2016 05:20 PM PDT

Berpuluh ribu sudah sertai Bersatu Belum pun sampai sebulan Bersatu ditubuhkan, parti itu sudah pun menerima berpuluh ribu penyertaan ahli, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Semalam (kelmarin) sahaja di Pagoh, kita sudah menerima 3,500 borang keahlian Bersatu.
"Di tempat lain kita belum dapat kumpul lagi. Kami terima keahlian di merata tempat di seluruh Semenanjung dan saya yakin angka ini akan meningkat," katanya.
Mahathir berkata, pihaknya juga menerima sambutan keahlian luar biasa daripada bukan Bumiputera.
"Kita baru daftar parti tidak sampai sebulan, tetapi sudah berpuluh ribu penyertaan ahli kami terima.
"Kami juga menerima sambutan keahlian daripada bukan Bumiputera. Paling banyak yang kami terima adalah dari golongan anak muda," katanya.

Presiden Gerakan selar kenyataan ‘politik tidak sihat’ Dr Mahathir

Posted: 08 Oct 2016 05:17 PM PDT

Beliau membidas Dr Mahathir dengan berkata perubahan pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negeri hanya boleh diputuskan melalui proses demokrasi .
Mah-Siew-Keong_mahathir_600_1
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) di 3 negeri bakal tumbang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 adalah 'politik tidak sihat'.
Beliau berkata perubahan pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negeri hanya boleh diputuskan melalui proses demokrasi iaitu PRU dan bukan dengan menukar wakil rakyat sesuka hati.
"Adalah tidak wajar baginya menyatakan perubahan kerajaan akan berlaku di Perak, Terengganu dan Johor. Itu tak betul…
"Pada pilihan raya akan datang, biarlah rakyat yang memilih," katanya sambil meminta bekas perdana menteri itu supaya memberi peluang kepada kerajaan BN untuk terus mentadbir dengan mandat rakyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional 2016 Gerakan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menyelar pemimpin dan parti pembangkang yang sanggup bertukar 'pasangan politik' demi memenuhi sifat gila kuasa dan kedudukan.
Read More / Baca Lagi >>

Premiership cannot be shared

Posted: 08 Oct 2016 05:16 PM PDT

The federal opposition needs to know which way it's headed.
anwar-muhyiddin-hadi
The political landscape that Malaysians are accustomed to is gone. Events that have punctuated the 40 months since GE13 have led us to this unfamiliar territory. Traditional loyalties that were thought to be fixtures have come apart and the new relationships that replace them are still fluid in their infancy. Associations previously unthinkable are now real, but the minds of the people have yet to catch up to this.
Political representation has never been as dynamic in terms of side switching and party hopping. New parties and those soon to be registered will be making their debut in this climate of uncertainty. For as much as the lieutenants and foot soldiers of the federal opposition may be engrossed in their peculiar game of musical chairs, the main actors and elites of the new opposition are not expected to vary.
We have seen an ex-deputy premier cross the aisle before but an ex-premier and two ex-deputies across the aisle is a sight to behold. And that's where they'll remain – in the opposition – if they fail to raise their sails and weigh anchor together on the tide and the changing wind.
Without an admiral to lead the opposition parties as a group, they are just lost ships drifting on the sea. They cannot fight as a fleet.
The opposition must not only identify, but settle conclusively, who will be the candidate for commander-in-chief. This may be somewhat of an Achilles heel for the new opposition as it has been struggling to remake itself since the departure of Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Tak serik2 nak menipu rakyat...

Posted: 08 Oct 2016 05:14 PM PDT

NAJIB KANTOI LAGI ciplak manifesto pembangkang ??

Ini merujuk kepada laporan Sinar Harian Online hari ini bertajuk "Beli Kereta Tanpa Cukai Eksais" mengenai berita tidak rasmi Belanjawan 2017 akan mengecualikan cukai eksais ke atas pembelian kereta pertama enjin bersaiz kecil.

Inikah tahap mentaliti seorang perdana menteri yg suka menyamun ciplak idea pembangkang.

Jangan ingat rakyat mudah lupa, Salleh Keruak ingatkan Muhyiddin

Posted: 08 Oct 2016 05:12 PM PDT

Salleh mengingatkan Muhyiddin dengan zaman internet, orang akan ingat dan boleh selidik tentang apa yang dikatakan walaupun selepas beberapa dekad berlalu.
Salleh-Keruak_Muhyiddin_600
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati apa yang dikatakannya pada masa lalu dan apa yang dikatakannya sekarang akan dibangkitkan dan percanggahan di antara 'dahulu dan sekarang' pastinya sangat ketara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata jika Muhyiddin fikir orang akan lupa tentang apa yang dikatakan dahulu dan percanggahannya dengan apa yang dikatakan sekarang maka, beliau tersilap besar.
Dengan zaman internet atau era media sosial, katanya orang akan ingat tentang apa yang dikatakan Muhyiddin walaupun selepas beberapa dekad berlalu – dan jika tidak ingat, mereka boleh menyelidik dan mengetahuinya.
"Jadi, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan apa yang anda katakan, tetapi anda harus ingat apa yang anda katakan pada masa lalu.
"Calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini dan sekarang, beliau terpaksa memohon maaf atas apa yang dikatakannya pada masa lalu, yang kini menjejaskan kempennya," kata Salleh menerusi posting terbaharu dalam blog beliau hari ini.
Calon presiden Parti Republikan itu hari ini memohon maaf kerana menyampaikan ucapan seksual yang kasar dan agresif mengenai wanita pada 2005 susulan video menggemparkan disiarkan oleh The Washington Post semalam.
Salleh berkata sudah tentu, rakyat akan memahami apa yang Muhyiddin katakan pada masa lalu adalah atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Umno, namun apa yang dikatakannya kini adalah sebagai musuh Umno.
Sebagai contoh, katanya, dalam hanya beberapa bulan sahaja bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengubah nadanya dengan menyatakan apa yang cuba dilakukannya dahulu adalah kerana sayangkan Umno dan sekarang, beliau cuba memastikan Umno berkubur buat selama-lamanya.
Read More / Baca Lagi >>

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 8:30 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Takkan takdak orang PAS yang mengeletaq kaki tengok video samseng baju merah ni?

Posted: 08 Oct 2016 05:30 PM PDT

Apa pun, aku yakin cukup ramai kaki demo dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang yang dah mengeletaq kaki tengok aksi kurang ajaq geng baju merah ni tapi terpaksa pendam perasaan takut dituduh 'pengkhianat' kalau turun demo Bersih 5 pada 19 November nanti.

Sohor sari dua mat gedebe kg dusun ni up! - Buyeh Mubiyyin
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Jamal: Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta atas kereta dia" melaporkan:
Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan bertindakbalas secara lebih agresif terhadap konvoi BERSIH seterusnya.

Ditanya mengenai sekatan yang beliau dirikan di laluan Teluk Intan-Bidor awal hari ini, Jamal berkata, ia secara kebetulan apabila berlaku perselisihan ketika kumpulan baju merah dan BERSIH melintasi laluan tersebut.

"Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang," ujar beliau. - Mkini.
Artikel penuh »

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:01 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Jamal: Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta atas kereta dia

Posted: 08 Oct 2016 07:25 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan bertindakbalas secara lebih agresif terhadap konvoi BERSIH seterusnya.

Ditanya mengenai sekatan yang beliau dirikan di laluan Teluk Intan-Bidor awal hari ini,
Jamal berkata, ia secara kebetulan apabila berlaku perselisihan ketika kumpulan baju merah dan BERSIH melintasi laluan tersebut.

"Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang," ujar beliau.

Konvoi BERSIH dari Teluk Intan ke Sabak Bernam telah disekat oleh kumpulan baju merah awal hari ini.

Bagaimanapun, keadaan itu telah dengan cepat dileraikan oleh pihak polis yang menghentikan semua kenderaan peserta baju merah bagi membolehkan BERSIH dan pengguna jalan raya lain bergerak.

Ditanya apa yang beliau akan lakukan pada masa akan datang, Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata: "Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta saya ke atas kereta dia."

Pensyarah UiTM ditemui mati dalam bilik fakulti

Posted: 08 Oct 2016 07:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, dijumpai mati di dalam bilik Fakulti Sains Gunaan universiti itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 2.30 pagi, mangsa, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui dalam keadaan terbaring dengan pintu bilik itu berkunci.

"Polis bantuan (universiti) mendapat maklumat daripada pihak universiti terdapat pensyarah yang terperangkap dalam bilik itu dan anggota (polis) bertugas telah pergi ke lokasi kejadian dan dapati bilik tersebut berkunci.

Anggota kemudian memecah masuk melalui syiling dan telah menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafien berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan awal menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said menyifatkan Zaini sebagai seorang pensyarah yang berdedikasi dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada universiti itu dan dunia pendidikan.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya dalam kenyataan.

Kes rasuah RM3.3b: MP Umno mahu SPRM 'cekup' menteri persekutuan

Posted: 08 Oct 2016 07:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Umno dari Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meluaskan siasatan dengan melibatkan kementerian persekutuan dan menteri dalam kes rasuah membabitkan projek infrastruktur air bernilai RM3.3 bilion.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada tangkapan SPRM ke atas dua pegawai tinggi kerajaan di Jabatan Air Sabah yang menyelia projek dan mengumpul dana RM114.5 juta dalam bentuk tunai dan aset yang telah dirampas.

Sumber SPRM yang tidak dinamakan mendakwa 60 peratus daripada pembiayaan RM3.3 bilion itu telah disalurkan.

"Salah guna kuasa ini berlaku pada tahun 2010 dan adalah wajar untuk SPRM juga menyiasat menteri serta para pegawai kanan kementerian persekutuan yang terlibat," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga mengetuai Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, beliau tidak berbabit dalam projek berkenaan.

Beliau mendakwa dana RM3.3 bilion itu adalah pembiayaan Persekutuan yang disalurkan terus daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya tanpa melalui beliau.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkhidmat sebagai menteri di kementerian terbabit dalam tempoh 2009 hingga 2015 dan kemudian digantikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas perselisihan faham dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Raime yang merupakan Ahli Parlimen Tenom berkata, tidak mungkin kedua-dua penjawat awam dapat mengumpul dana dalam jumlah wang yang besar tanpa pengetahuan kementerian Persekutuan.

BILA PENYOKONG MACAM SAMSENG, APAKAH JENIS PEMIMPIN YANG KITA ADA?

Posted: 08 Oct 2016 06:58 AM PDT

shahbudindotcom

Melihat kepada beberapa kejadian ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah untuk menghalang perjalanan atau konvoi Bersih 5 di beberapa tempat hari ini  sebagaimana yang tersebar dengan meluas di media-media sosial, ia pasti membuatkan kita geleng kepala dengannya.

Apa sudah jadi sebenarnya dengan keghairahan berpolitik di negara kita?
 
 
 
 
Kenapa perlu sampai dihalang perjalanan atau konvoi program jelajah Bersih 5 dengan tindakan ganas dan ala samseng seperti itu sedangkan tujuan mereka semata-mata untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih?

Mengapa tidak diserahkan sepenuhnya soal keselamatan dan ketenteraman awam kepada pihak polis untuk menanganinya?
 
 
 
 
Pernahkah kita menonton filem Barat, Tamil atau Hindustan berkaitan tindakan ganas dan ala samseng seperti yang ditunjukkan oleh Gerakan Baju Merah itu?

Jika kita pernah menontonnya, kita tentu menyedari bahawa dalam semua kejadian ganas dan ala samseng yang dipertontonkan itu, ia hanya dilakukan oleh penyokong-penyokong kepada pemimpin atau  ketua yang korup dan makan duit rakyat saja.
 
 
 
 
Mereka terpaksa melakukannya untuk menghalang rakyat bersuara dan bangkit menyatakan kebenaran. Mereka tidak melakukannya untuk menyelamatkan negara atau bertujuan memberi kesejahteraan kepada rakyat, tetapi semata-mata kerana diupah agar pemimpin atau ketua yang korup itu terus kekal berkuasa.

Tidak seperti di negara-negara maju, demonstrasi atau perhimpunan aman adalah perkara biasa dan dibenarkan mengikut undang-undang. Tidak pernah kumpulan masyarakat yang mengadakan perhimpunan di tempat awam menerima gangguan secara ganas, ala samseng, disepak dan diterajang oleh penyokong kepada pemimpin yang sedang berkuasa.

Pemimpin yang menghormati hak rakyat serta tidak korup, tidak ada sebab untuk membenarkan para penyokongnya bertindak ganas, ala samseng, menyepak dan menerajang orang lain dengan sesuka hati.
 
 
 
 
Akhirnya, tindakan ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah itu, yang berlaku di sebuah negara yang mahu mencapai status negara maju pada tahun 2020, sebenarnya hanya menyerlahkan lagi jenis pemimpin yang kita ada. Tidak pernah kita ada jenis pemimpin sebegini sebelum ini.

Seiring menjelangnya 60 tahun merdeka, sudah sampai masanya bagi pengarah filem Barat, Tamil dan Hindustan dijemput datang beramai-ramai ke negara kita dan menjadikan apa yang berlaku ini sebagai hasil karya untuk tontonan kepada seluruh dunia pula.


Rafizi: Cadangan saya telah diciplak

Posted: 08 Oct 2016 06:45 AM PDT

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa cadangan penghapusan cukai eksais yang diperkenal olehnya sejak 2012 telah diciplak oleh kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu, idea itu ditiru kerajaan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2017 tahun ini.

"Saya mula menggerakkan kempen #turunhargakereta sejak 2012. Dari awal saya mengkritik tindakan kerjaan mengenakan cukai di antara 80 peratus hingga 100 peratus ke atas kereta yang dibeli rakyat biasa sehingga menjadikan kereta di Malaysia secara relatifnya antara yang termahal di dunia.

"Sepanjang saya berkempen, tidak pernah sekali pun menteri-menteri Umno atau Barisan Nasional mengakui hujah yang saya bawa itu ada benarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, dalam Bajet 2017 yang akan dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 hari bulan ini, tiada bayaran cukai eksais akan dikenakan ke atas kereta pertama yang dibeli.

Jika dikuat kuasa, jumlah cukai eksais yang boleh dijimatkan antara RM300 hingga RM2,000 bergantung ke atas kereta tempatan ataupun import yang dibeli mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta tanpa cukai eksais]

Beliau juga turut menyatakan rasa kesal di atas keengganan Najib menerima pakai idea pembangkang sejak awal, sekali gus menyebabkan rakyat menanggung lebih hutang dalam tempoh lima tahun sejak kebelakangan ini.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Najib berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Harapan. Beliau dan Jemaah menteri tahu cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais adalah baik untuk rakyat dan baik untuk ekonomi negara," katanya lagi.

Katanya lagi, sekiranya BN mahu melaksanakan cadangan itu, pelaksanaannya seharusnya meliputi semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan mewah.

"Penghapusan cukai eksais tidak boleh diberikan mengikut saiz enjin kereta kerana ada kereta MPV yang saiz enjinnya lebih besar tetapi digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah, berbanding ada kereta mewah yang saiz enjinnya kecil tetapi hanya mampu dimiliki golongan berada.

"Penghapusan cukai eksais juga perlu diberikan kepada motosikal kecuali motosikal berenjin besar yang dikategorikan sebagai motosikal mewah," katanya lagi.


Siapa sebenarnya yang lahirkan gangster?

Posted: 08 Oct 2016 06:41 AM PDT

Siapa sebenarnya yang lahirkan gangster?
Mohd Azhar (tengah) bersama Jamal (kiri) ketika sidang media di Dataran Menara Condong, hari ini.


TELUK INTAN - "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih." Itu jawapan yang diberikan Ketua Umno Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang mempersoalkan adakah Umno melahirkan gangster di kalangan Umno.

Menurut Mohd Azhar, rakyat sendiri tahu mengenai sejarah Bersih yang merosakkan negara dengan melakukan kacau-bilau melalui perhimpunan mereka.

"Mereka sendiri yang mencetuskan segalanya dan bukan kami, jadi saya ingin bertanya siapa sebenarnya yang melahirkan gangster?

"Kami hadir di sini adalah untuk mempertahankan perlembagaan dan demokrasi negara dan memberitahu mereka supaya mengikut cara yang betul," katanya ketika ditemui di Menara Condong, bersama hampir 500 peserta baju merah bagi menghalang konvoi Bersih 5 memasuki kawasan tersebut, hari ini.

Tambahnya, Maria Chin dan kuncu-kuncunyalah yang melahirkan gangster dengan mengheret rakyat menggunakan politik jalanan.

"Sepatutnya mereka menggunakan platform yang betul melalui wakil rakyat, adun dan ahli parlimen untuk bersuara dan tidak menghampakan mandat yang diberikan rakyat dengan cara salah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, Bersih 5 di negeri ini gagal menghasut rakyat dengan menyeru rakyat untuk turun ke jalanan bersama mereka.

"Mereka menggunakan media sosial sebagai propaganda di mana kononnya konvoi yang bermula di Lumut dari minggu lalu dan hari ini (semalam) mendapat sambutan ramai sedangkan penyertaan mereka tidak sampai 50 orang.

"Contohnya hari ini, mereka sepatutnya turun di Menara Condong Teluk Intan pada jam 9 pagi, namun bayang mereka tidak juga muncul dan ia menunjukkan bahawa kami berjaya menggagalkan rancangan mereka," katanya.

Tambahnya, peserta Bersih 5 tiada keberanian kali ini kerana mereka tidak mendapat sokongan kuat seperti Bersih 1 dan 2 yang disertai oleh Pas yang sekarang tidak bersama mereka lagi.

"Kami akan tetap sebat mereka di mana sahaja dan saya ucapkan syabas dan taniah kepada peserta baju merah yang sama-sama turun dengan semangat cintakan keamanan," katanya.


Pakatan Harapan harus tanpa Pas

Posted: 08 Oct 2016 06:37 AM PDT

 MUAMMAR QADDAFI
 
 

 apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas? apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?


Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.

PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.

Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.

Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno?

Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?

Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat?

Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?

PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah.

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini?

Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan diperkukuhkan.

Bekas Adun Umno ajak pengundi Baling tolak Azeez Rahim

Posted: 08 Oct 2016 06:33 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.


Ketua Umno Cawangan Baling, Datuk Ismail Abu Bakar yang  membuat pengumuman keluar Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, mengajak pengundi menolak Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Katanya matlamat penubuhan Bersatu di Baling untuk menukar ahli parlimen dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan izin Allah kita akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan lain bagi menewaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan BN," katanya seperti dilaporkan Sinaronline.

Ismail yang juga bekas Adun Kupang itu berkata,  keputusannya menyertai Bersatu juga bukan dipengaruhi oleh masalah dalam kalangan ahli Umno atau pentingkan jawatan dengan parti Bersatu.

"Selama ini tidak pernah dengar ada ahli Umno lain tidak suka saya.

"Kita dalam Bersatu juga tidak pentingkan jawatan, saya tidak ada jawatan dalam parti ini, tetapi jika diberi pun tidak ada masalah janji berjuang.

"Parti lama ini banyak membawa kepentingan kebendaan, tiada perubahan minda,"katanya yang juga JKKK Kawasan Baling.

Ismail mengisytiharkan  keluar Umno pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu Bahagian Baling di Kampung Seberang Pekan di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir semalam.

Ismail  juga adalah  bekas Ketua Bahagian Umno Baling dipetik  berkata, perjuangan Umno yang semakin tersasar menjadi penyebab utama keputusan itu dibuat.

"Saya dah fikir masak-masak untuk bersama Bersatu.

"Selama ini sudah 43 tahun dengan Umno, tetapi saya keluar sebab lihat perjuangan sudah tersasar,"katanya.

Rasuah di Jabatan Air Sabah kecil berbanding 1MDB

Posted: 08 Oct 2016 06:31 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.


Rampasan bernilai RM112 juta membabitkan dua pegawai Jabatan Air Sabah sebenarnya kecil berbanding rasuah mega membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah itu menggegarkan negara dan mendapat liputan meluas media massa arus perdana, ia masih kecil berbanding masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.
Malah beliau mempersoalkan sikap media massa negara yang mengabaikan berita permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland kepada pihak berkuasa negara ini dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah USD800 juta (RM3.36 bilion) daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Lebih memeranjatkan, permohonan pihak berkuasa Swiss itu masih belum dilayan selama sembilan bulan, sejak Januari lalu," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin pula mahu siasatan SPRM dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, bagi membanteras rasuah sektor awam.

"Mereka (yang diberkas SPRM semalam) hanya pengarah dan timbalan pengarah jabatan yang disangka mempunyai peluang lebih rendah untuk mendapatkan kekayaan melalui salah guna kuasa.

"Jika Jabatan Air boleh ada skandal sebesar ini, bagaimana pula dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain yang sentiasa mengeluarkan tender dan konsesi?" soal Chan yang juga Adun Sri Tanjong.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata rampasan SPRM di Sabah menggambarkan bagaimana rasuah dan salah guna kuasa dalam negara kian meruncing.

"Ini adalah mimpi ngeri buat rakyat yang terpaksa bergelut dengan kesempitan hidup sehari-hari, dengan kuasa beli yang amat terhad lebih-lebih lagi setelah polisi-polisi tempang seperti GST.

"Namun saya ingin secara konsisten mengingatkan, skandal 1MDB yang melibatkan 'Malaysian Official 1' sebagai individu terpenting dalam sektor eksekutif di negara ini masih dilihat belum disiasat secara serius," ujarnya dipetik Roketkini.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak lupa dengan angka RM2.6 bilion yang dipercayai telah didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri namun tiada tindakan setimpal diambil berhubung skandal tersebut.

Semalam SPRM merampas sejumlah RM112 juta wang tunai selain sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah dalam kes rasuah melibatkan projek-projek pembinaan infrastruktur bernilai lebih RM3.3 bilion.

Suspek-suspek didakwa memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada saudara mara.

ADUN Jorak faham perlembagaan Umno, sedia dipecat

Posted: 08 Oct 2016 06:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MUAR: ADUN Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh bersedia untuk dipecat daripada Umno kerana sudah melanggar Perlembagaan Umno apabila menerima jawatan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Katanya, beliau memahami Perlembagaan Umno yang mensyaratkan mana-mana ahli parti yang melanggar peraturan akan dipecat seperti pernah berlaku kepada pemimpin Umno yang melakukan kesalahan sama sebelum ini.   
 
"Dengan perginya saya ke PPBM ini, secara automatik, saya juga melanggar Perlembagaan Umno. Ramai dalam kalangan ahli Umno yang melanggar Perlembagaan sudah dipecat dan saya faham mengenainya. 
 
"Sehubungan dengan itu, saya kira bahawa (kerajaan Umno dan BN) di DUN Johor sudah tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam dewan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi. 
 
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
 
Namun Shahruddin mengakui kedudukan Barisan Nasional (BN) di Johor masih utuh walaupun kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. 
 
"Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kita masih boleh tadbir negeri Johor dalam keadaan baik, selamat dan selesa. Beliau akan terus mentadbir negeri ini seperti dilakukannya pada hari ini (walaupun kehilangan majoriti dua pertiga)," katanya. 


Muhyiddin dakwa PAS beri komitmen tumbangkan BN pada PRU

Posted: 08 Oct 2016 06:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MUAR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baru dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
 
Beliau mendakwa mendapat pernyataan mengenai komitmen itu ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Kemaman, Terengganu, beberapa hari lalu. 
 
Laporan BH Online memetik Muhyiddin sebagai mendakwa walaupun belum dapat bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pemimpin PAS itu menunjukkan tanda yang positif. 
 
"Baru-baru ini, ketika saya menghadiri satu majlis di Kemaman, Terengganu, saya sempat berjumpa dengan beberapa pimpinan PAS dan satu pernyataan secara terbuka (yang didakwa dibuat oleh PAS) yang tidak mendapat laporan oleh media. 
 
"PAS bersedia tumbangkan Umno dan BN. Mereka kata tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN. PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama dalam hal ini," dakwanya ketika berucap pada Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi. 
 
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad; Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Naib Presiden PKR, Datuk Azmin Ali.
 
 

Tolak kerjasama dengan DAP adalah suara akar umbi PAS

Posted: 08 Oct 2016 06:27 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkenaan syarat kerjasama yang dikenakan terhadap parti pembangkang yang bekerjasama dengan DAP merupakan kehendak akar umbi parti itu.
 
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari turut mengingatkan orang ramai bahawa DAP yang melanggari prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' ketika di dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan gagasan itu terkubur.
 
"Pemuda PAS menganggap kenyataan Nasruddin berhubung kerjasama PAS dengan parti-parti yang lain di dalam pilihan raya umum akan datang menggambarkan hasrat akar umbi PAS khususnya selepas Muktamar Tahunan PAS 2015.
 
"Adalah diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang telah melanggar prinsip kerjasama di dalam PR yang telah dipersetujui menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Fadhli berkata, kerjasama di antara kedua-dua parti mula renggang selepas DAP menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tentangannya terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang bertujuan memantapkan bidang kuasa mahkamah syariah.
 
Sehubungan itu, Pemuda PAS bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang menjalinkan kerjasama dengan parti itu agar 'kisah lama' tidak lagi berulang.
 
PAS baru-baru ini bagaimanapun meletakkan syarat kepada parti pembangkang lain yang mahu menjalinkan kerjasama dengan mereka supaya meninggalkan DAP terlebih dahulu sebelum sebarang rundingan atau perbincangan mengenai pembahagian kerusi untuk PRU14 dilakukan. 
 
Nasrudin berkata parti itu akan menolak mana-mana parti politik yang mendukung serta bekerjasama dengan musuhnya DAP.
 
Malah menurut Nasrudin, parti-parti berkenaan seharusnya mempunyai semangat setia kawan serta memenuhi syarat mudah dengan menghormati prinsip perjuangan serta tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.
 
PKR, sebagai respon terhadap kenyataan Nasruddin itu semalam memberitahu terpulang kepada pimpinan parti untuk menurut atau tidak kehendak PAS itu.
 
Timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sebarang keputusan akan diambil mengikut perbincangan parti

Dr Fauziah kongsi pengalaman ditahan tentera Israel

Posted: 08 Oct 2016 04:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan selamat tiba di tanah air, malam tadi.
 
Beliau yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin gagal untuk sampai ke Gaza setelah kapal Zaytouna-Oliva yang dinaikinya ditahan tentera Israel Rabu lalu.
 
Bagaimanapun, Dr Fauziah, 59, berkata ketika berada di atas kapal yang ditawan tentera Zionis untuk menuju ke Israel, beliau bersama 12 rakannya yang lain telah menjadi saksi kepungan rejim itu ke atas Palestin apabila melihat perbezaan suasana malam di Gaza dan Israel.
 
"Kami menangis, mengalirkan air mata melihat kawasan Israel yang begitu meriah diterangi lampu-lampu bergemerlapan, manakala keadaan di Gaza suram, menunjukkan salah satu bukti penindasan Israel ke atas Gaza," katanya kepada media selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Walaupun kurang sehari mereka ditahan rejim Zionis dan dilayan dengan "agak baik", namun baginya itu hanya tindakan propaganda Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah kejam.
 
"Ketika ditahan beberapa rakan kami telah dibogelkan untuk pemeriksaan, dan mujur saya tidak melalui pemeriksaan itu mungkin kerana status saya sebagai seorang doktor," dakwanya yang dipetik sebuah agensi portal berita.
 
Terpaksa buang barang tajam, elektronik
 
Menceritakan detik-detik sebelum ditahan, Dr Fauziah berkata beliau dan rakan-rakan misi bertindak membuang semua barangan tajam seperti pisau dan barangan elektronik termasuk telefon bimbit, tablet dan komputer riba apabila sedar kehadiran tiga buah kapal tentera berhampiran kapal mereka.
 
"Kami berulang kali berkata kepada tentera-tentera tersebut bahawa kami datang dalam keadaan aman dan mahu menuju ke Gaza, namun mereka dengan tegas menyuruh kami untuk berpatah balik," katanya yang menambah ketika ditahan kapal mereka hanya berada pada 35 batu nautika dari Gaza.
 
Katanya setelah pihak mereka bertegas untuk tetap bergerak menuju ke Gaza, kapal mereka telah dipintas dan kemudian tentera-tentera Israel yang masing-masing lengkap bersenjata beserta dengan kamera GoPro masuk ke kapal mereka dan mengarahkan kesemua anak kapal untuk menyerah diri.
 
Kapal membawa misi kemanusiaan yang berlepas pada dari Barcelona, Sepanyol pada 15 September dengan membawa 10 aktivis wanita dan tiga anak kapal itu bertujuan untuk memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007 sebelum ditahan pada Rabu malam (waktu Malaysia) oleh tentera Israel.
 
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kagum dengan keberanian aktivis kemanusiaan Malaysia itu yang sanggup menempuh bahaya demi misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
 
Perdana menteri juga melahirkan rasa syukur kerana Dr Fauziah telah selamat kembali ke tanah air malam ini, setelah dibebaskan berikutan kumpulannya, Women Boat's to Gaza (WBG), ditahan oleh tentera Israel pada Rabu lepas.
 
"Kagum dgn (dengan) keberanian Dr Fauziah Hassan, hadapi bahaya bagi bantu mereka di Gaza. Alhamdulillah kini beliau selamat kembali ke M'sia (Malaysia). Moga dirahmati," kata Najib melalui akaun Twitternya @NajibRazak semalam.
 
 

Layanan sangat baik untuk propaganda Israel, dakwa Dr Fauziah

Posted: 08 Oct 2016 04:12 AM PDT

BORHAN AHMAD
Dr Fauziah dalam sidang medianya mendakwa layanan baik untuk propaganda Israel.Dr Fauziah dalam sidang medianya mendakwa layanan baik untuk propaganda Israel.


Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan menyifatkan, tindakan tentera Iarael memberikan layanan terbaik dan membebaskan mereka secepat mungkin adalah sebahagian dari propaganda Israel.

"Bagi saya itu propaganda mereka untuk menampilkan mereka sangat baik," kata Dr Fauziah dalam wawancara pertama selepas tiba di Malaysia hari ini.

Menurut Fauziah, mereka bukan saja dilayan baik bahkan sangat baik serta cuba untuk melepaskan mereka secepat mungkin.

"Kami ditahan tidak sampai 24 jam, secara tepatnya 22 jam," kata Fauziah dalam wawancara itu.

Dr Fauziah bersama 12 lagi wanita dari seluruh dunia menyertai "Woman's boat to Gaza' bagi menyampaikan bantuan untuk penduduk Gaza yang sedang dikepong oleh Israel.

Sebagaimana dijangka, mereka ditahan oleh tentera Israel sebaik saja masuk ke wilayah itu.

Beliau yang kelihatan ceria berkata tidak pernah merasa kesal selepas ditahan kerana ia memang sudah dijangkakan.

"Kami sudah diberitahu beberapa kali kemungkinan ini akan berlaku, dan kami bersedia dan tenang ketika menghadapinya," katanya.

Menurut Dr Fauziah, pihak tentera Israel cuba melepaskan mereka secepat mungkin selepas segala keterangan diambil.

Bagi beliau, misi ini berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku di Gaza di samping menghantar mesej kepada penduduk Gaza bahawa dunia mengambil tahu apa yang berlaku kepada mereka.

"Kita berjaya memberikan hope (harapan) kepada penduduk Gaza," katanya lagi.

13 wanita termasuk beliau akan berjumpa semula di Stockholmes, Sweeden 17 Mei tahun depan bagi membincangkan misi seterusnya selepas misi baru-baru ini yang dianggap beliau sebagai berjaya.

Bot pemintas TLDM terbakar di Semporna, lima cedera ringan

Posted: 08 Oct 2016 04:09 AM PDT

 BERNAMA
 
 
Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minitAnggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit


Lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas sebuah bot pemintas milik agensi itu mengalami kebakaran kecil di Jeti KD Sri Semporna semalam.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika anggota berkenaan menghidupkan enjin bot sebagai persediaan untuk membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna untuk pertukaran pasukan petugas.

"Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit. Semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan," jelas kenyataan itu.

Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.

TLDM dengan bantuan pihak bomba, akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Wadah anak muda kritik Bajet 2017

Posted: 08 Oct 2016 04:08 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Golongan muda terutama mahasiswa diseru supaya bersikap kritikal terhadap Bajet 2017 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Parlimen 21 Oktober ini.

Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, satu wadah untuk pandangan berkenaan dapat disalurkan adalah dengan menyertai pertandingan anjuran sayap pemuda parti itu.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 mencari mahasiswa yang mampu mengkritik Bajet 2017 sebelum mereka berentap secara berkumpulan untuk menghasilkan analisis terbaik berkenaan belanjawan tahunan itu.

Menurut Fadhli, mahasiswa wajar menyertai program itu sebagai wadah untuk menyalurkan kritikan yang kemudian akan disalurkan terus pada ahli-ahli parlimen Amanah yang akan membahaskan bajet tersebut.

"Sekiranya bajet yang dibentangkan kelak tidak menguntungkan rakyat lebih-lebih lagi anak muda, inilah platformnya. Mahasiswa dapat memberi maklum balas pada bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.

"Program ini juga memberikan peluang secara langsung kepada anak muda dan mahasiswa untuk memahami selok-belok ekonomi dan pengurusan kewangan negara dari pakar-pakar ekonomi," ujarnya lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar AminolhudaSementara itu, ahli Biro Ekonomi Pemuda Amanah, Akmal memberitahu peluang untuk menjadi lebih baik daripada Malaysian Official 1 itu dengan menyertai inisiatif tersebut adalah pendekatan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini.

"Tujuan utama kita cetuskan idea ini untuk melahirkan lebih ramai pelapis sama ada dalam mahupun di luar parti supaya mampu mengkritik Bajet.

"Jadi, kita fokus pada peserta daripada kalangan mahasiswa. Kita buka kepada mana-mana mahasiswa berumur 25 tahun ke bawah tanpa mengira apa jua bidang.

"Sebabnya, untuk kita faham dan ulas Bajet ini bukannya perkara yang terlalu sukar. Jadi, Biro Ekonomi Pemuda Amanah bekerjasama dengan Mahasiswa Amanah untuk kita latih mahasiswa dalam bidang ini," jelasnya yang juga koordinator program tersebut.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 juga adalah dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) serta Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Tarikh pendaftaran secara individu atau berkumpulan adalah sebelum 10 Oktober ini dengan kursus bersama Ideas dan perkongsian bersama Ahli Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Najib

DAP dan Amanah sahaja yang ditolak - Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 08 Oct 2016 04:02 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Majlis Syura Ulama PAS mempunyai pandangan berbeza apabil menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali DAP dan Amanah, demikian menurut Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh.
 
"Kita tak bekerjasama dengan DAP dan Amanah, itu sahaja," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Penerangan PAS Nasruddin Tantawi pada dua hari lalu berkata, partinya tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik pembangkang yang ada hubungan bersama DAP.
 
Syarat itu dinyatakan Nasruddin, sekiranya mahu mengadakan rundingan dan perbincangan mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ujar Nasruddin syarat sedemikian perlu supaya parti-parti pembangkang mempunyai semangat setiakawan dan menghormati prinsip perjuangan PAS.
 
Nik Zawawi, ketika mengulas syarat berkenaan mendakwa konteks Nasruddin mungkin telah disalah anggap.
 
Sementara itu, beliau juga turut diajukan dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang yang baru untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama esok," katanya ringkas.
 
Nik Zawawi juga menegaskan PAS tetap melawan Umno-BN sekaligus menepis tohmahan kerjasama yang kononnya sedang diwujudkan antara dua parti berkenaan.
 
Muhyiddin pada hari ini mendakwa mendapat penyataan komitmen yang disifatkan positif daripada wakil pemimpin PAS ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Terengganu, minggu lalu.
 
Sehubungan itu Muhyiddin menyeru PAS, PKR dan PPBM bersatu dalam agenda menumbangkan parti pemerintah.
 
Selain perbincangan komitmen membentuk blok pembangkang, PAS, menerusi Mesyuarat Majlis Syura Ulamanya esok akan turut membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Dr Haron Din untuk jawatan Mursyidul Am.
 
 

Menteri gesa kilang berhampiran rizab sungai ditutup

Posted: 08 Oct 2016 03:57 AM PDT

 
Rizab sungai tidak dibenarkan diguna pakai sebagai tempat kumbahan atau lokasi kilang bagi mengelakkan masalah pencemaran air.


wan-junaidi_sungai_600


KUALA LUMPUR: Operasi kilang-kilang haram di seluruh negara terutama yang terletak berhampiran rizab sungai perlu dihentikan segera bagi mengelakkan masalah pencemaran seperti yang berlaku kebelakangan ini.

Menggesa demikian, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,

"Kalau boleh rizab sungai jangan lagi diguna pakai sebagai tempat kumbahan ataupun sebagai lokasi kilang".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 (Akta FRIM) sempena sambutan ulang tahun FRIM ke-31 di sini, hari ini.

Menteri itu diminta mengulas mengenai pencemaran teruk air Sungai Semenyih berpunca daripada sisa-sisa kilang industri dari kawasan Hitech Semenyih.

Pada 23 September lepas, Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan mengumumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup mulai 22 hingga 24 September berikutan masalah pencemaran itu.

Ia menyebabkan gangguan berpanjangan bekalan air daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang, dan sekali lagi loji itu terpaksa ditutup pada 4 Oktober lepas berikutan masalah yang sama.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata Akta FRIM yang diwartakan pada 30 Sept lalu berkuat kuasa sejak 1 Oktober.

Beliau berkata akta itu membolehkan FRIM mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan serta menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan dan aktiviti penyelidikan, pembangunan serta komersialisasi FRIM.

"Usaha pengkomersilan tersebut dijangka dapat membantu FRIM mengurangkan kebergantungannya kepada dana kerajaan serta mencapai 'self-sufficiency' dalam tempoh 5 tahun," katanya.

Pada majlis itu, Wan Junaidi menyaksikan penyerahan 3 sijil Malaysia Book of Records iaitu hutan buatan manusia terbesar ditubuhkan di kawasan bekas lombong bijih timah, pokok hutan tertinggi yang ditanam manusia dan formulasi biodiesel pertama untuk pengwasapan (fogging) nyamuk Aedes kepada Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod.

Terdahulu, beliau melepaskan hampir 1,400 peserta Rimbathon 2016 anjuran Kelab FRIM serta Pejabat Belia dan Sukan daerah Gombak sempena Hari Sukan Negara yang disertai pelajar sekolah selain orang awam serta kakitangan FRIM

Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
  Post Pic

SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.


Jamal tak takut disaman Maria, pertahan kenyataan

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terserah kepada Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah untuk memfailkan saman terhadap saya, demikian menurut Presiden Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md. Yunos.
 
Beliau tetap dengan pendirian mengaitkan kumpulan BERSIH itu diresapi dengan fahaman IS, dan menegaskan ia bukanlah satu fitnah kerana mempunyai bukti terhadap tuduhan tersebut.
 
"Jadi apa yang dia nak buat itu hak beliau, saya juga ada hak saya. Kalau beliau boleh mengemukakan saman kepada saya, saya juga boleh.   
 
"Bagi saya apa yang saya nyatakan sebelum ini bukanlah satu fitnah, cuma beliau menganggap ia fitnah. 
 
"Jadi biarlah mahkamah yang menentukan dan saya telah menyerahkan apa yang saya tahu, maklumat yang saya dapat kepada pihak berkuasa dan biar mereka menjalankan siasatan," katanya kepada Antarapos.
 
Semalam, Maria mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar kerana mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan Daesh. 
 
Beliau memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran. 
 
Dalam tuntutan tersebut Maria menyatakan Jamal mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 28 September lalu. 
 
Jamal turut didakwa mengeluarkan perkataan fitnah kedua pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober lalu. 
 
Tambah Jamal lagi, beliau tidak akan berhenti daripada menyekat BERSIH menghasut rakyat mempercayai agenda negatif mereka.
 
"Apa juga yang dia (Maria Chin) mahu lakukan, mahu lantik sepuluh atau dua puluh peguam sekalipun. Ia tidak akan menghalang kumpulan baju merah untk menyekat, menghalau baju kuning ini di semua lokasi yang mereka turun.   
 
"Bila saya dapat maklumat, sesuatu yang boleh memudaratkan negara dan orang ramai (jadi) saya perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya lagi.
 
 

Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
 
 
Post Pic



SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.


Konvoi BERSIH 5 terus diasak geng baju merah

Posted: 08 Oct 2016 03:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Konvoi BERSIH 5 yang berlangsung hari ini dibeberapa buah lokasi dilaporkan berlaku sedikit kekecohan tetapi berjaya dikawal pihak polis.
 
Ketegangan berlaku di Kota Tinggi (Johor), Baling (Kedah), Sabak Bernam (Selangor), dan Telok Intan (Perak) dalam konvoi anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.
 
Di Kota Tinggi, 20 anggota baju merah menyekat konvoi dari selatan dan mahu mereka untuk berhenti daripada meneruskan perjalanan ke Kluang.
 
Namun terdapat kumpulan lain cuba menyekat BERSIH, tetapi bersetuju untuk bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.
 
Sementara di Telok Intan berlaku satu insiden kecil ketika kumpulan baju merah cuba campur tangan.
 
Di Sabak Bernam pula kira-kira 100 anggota baju merah berkumpul dengan tujuan untuk menyekat laluan BERSIH dari Perak ke Selangor.
 
Polis menganggarkan kira-kira 200 penyokong BERSIH dan 400 dari kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos di Sabak Bernam.
 
Konvoi terakhir BERSIH meninggalkan kawasan itu sebelum sidang akhbar tersebut dan kumpulan baju merah bersurai tidak lama kemudian.
 
Hari ini merupakan hari ketiga konvoi ini berlangsung di seluru negara, dan mereka berlepas dari enam lokasi untuk mempromosi perhimpunan kelima gerakan itu pada 19 November depan.
 
Mereka berlepas dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.
 
Konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah BERSIH selama tujuh minggu untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
 
 

Tengku Amir Shah dimasyhur Raja Muda Selangor

Posted: 08 Oct 2016 03:42 AM PDT

 
Tengku Amir Shah kemudian keluar dari Selangor selama 7 hari, seperti amalan ditetapkan sebelum kembali semula pada Sabtu depan bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama.


Istana Alam Shah


KLANG: Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, hari ini.

Dalam istiadat pemasyhuran gelaran dan mengangkat sumpah serta menjunjung duli itu, pengisytiharan pemasyhuran dilakukan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

"Sultan Selangor berkenan supaya istiadat diadakan hari ini di Istana Alam Shah, Klang. Adat istiadat ini adalah warisan turun-temurun yang diamalkan sultan-sultan sejak pemerintahan beraja di negeri
Selangor," isytihar Tengku Sulaiman Shah.

Dalam istiadat itu, Tengku Amir Shah mengangkat sumpah dengan melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas, malah akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Selangor.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah Lafaz Angkat Sumpah Gelaran yang disaksikan Tengku Sulaiman Shah, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada anakandanya, Tengku Amir Shah sejurus istiadat mengangkat sumpah dan menjunjung duli.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid membacakan doa sejurus istiadat pemasyhuran selesai.
Tengku Amir Shah kemudian berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama 7 hari, seperti amalan ditetapkan sebelum kembali semula pada Sabtu depan (15 Oktober) bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama.
Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja lain.


Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; barisan exco, adun Selangor serta pegawai kerajaan.

Keberangkatan keluar Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin dari Balairung Seri sejurus selesai istiadat pemasyhuran disertai 9 das tembakan meriam sebagai simbol 9 daerah di Selangor.

Tengku Amir Shah, 25, diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, hasil perkahwinan Sultan Sharafuddin dengan bondanya, Puan Nurlisa Idris, seorang warganegara Amerika Syarikat.

Baginda mempunyai 2 kekanda, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Tengku Amir Shah mendapat pendidikan awal rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington College, United Kingdom dari 2004 hingga peringkat A-Level pada 2009.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, United Kingdom pada 2014.

Pada 23 September 2014 sehingga 5 Disember 2014, baginda menjalani kursus persediaan ketenteraan rapi di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tengku Amir Shah kemudian meneruskan latihan ketenteraan 'Commissioning Course Intake 152', sebelum mendaftar diri di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), United Kingdom dan baginda menamatkan latihan dengan cemerlang pada 15 April 2016.

Rentetan kejayaan itu, baginda ditauliahkan pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Dataran PARAWOOD, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka pada 19 Julai lalu.

PAS kunci satukan pembangkang, kata Muhyiddin

Posted: 08 Oct 2016 03:37 AM PDT

 
Muhyiddin berkata, PAS 'mengiktiraf beliau boleh memainkan peranan' untuk membawa parti pembangkang bekerjasama. 


Muhyiddin3535


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP "mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu".

"Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu dan disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah membincangkan perkara itu.

"Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu," katanya.

Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai perdana menteri.

Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai "PAS penting dalam agenda kami" dan wujud percanggahan dalam PAS "tetapi itu adalah isu yang perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang setuju dan orang lain pula membantah".

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi PAS sebelum ini "bukan semuanya disebabkan undi Melayu", tetapi kerana pakatan mereka dengan DAP.

"Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka, vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti lain juga, khasnya Amanah dan DAP."

PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.

Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama bagi mengelakkan undi pecah