Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pembangkang perlu bersedia bentuk gabungan mantap

Posted: 06 Oct 2016 08:49 PM PDT

anwar
Parti pembangkang termasuk Pas, Bersatu dan parti-parti dalam Pakatan Harapan digesa membincangkan pembentukan sebuah gabungan yang mantap.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, semua pihak tersebut perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu.
"Perlu ada kesediaan untuk berunding. Itu adalah permulaannya," katanya selepas pendengaran kes qazaf di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau turut bersetuju rundingan antara Harapan, Bersatu dan Pas bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang.
"Penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang baharu adalah bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama," katanya.
Pada masa sama, beliau sempat mengirim salam dan doa buat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
"Kirimkan salam dan doa saya untuk beliau," katanya lagi.

Ketelusan perlu jadi teras pentadbiran Islam

Posted: 06 Oct 2016 08:48 PM PDT

Datuk Husam Musa merasmikan kuliah Jumaat di Wisma Tok GuruDatuk Husam Musa merasmikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru
Antara teras terpenting sebuah pentadbiran Islam bagi mendapat kepercayaan orang ramai ialah ketelusan.
"Memang sifat manusia bila kita dilihat cuba merahsiakan sesuatu, mereka akan mencari segala jalan untuk mengetahuinya," kata Adun Amanah tunggal Kelantan, Datuk Husam Musa semasa merasmikan Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor pagi ini.
Beliau mengulas soalan-soalan yang dikemukakan oleh masyarakat Mekah apabila mereka diseru kepada Islam.
"Mereka bertanya Nabi saw tentang bila akan berlaku kiamat, makanan apa yang pertama dihidang bila masuk syurga dan mengapa wajah anak-anak ada sebahagian menyerupai ibu manakala yang lain menyerupai bapa," katanya memetik satu hadis.
Walaupun katanya, baginda nabi tidak menjawab terus semua soalan, baginda kemudian memberi jawapan selepas diberitahu malaikat Jibrail  sebagai memenuhi semangat ketelusan.
"Sikap telus pentadbiran Islam ditunjukkan semasa pentadbiran Sayyidina Umar al-Khattab apa segala urusan kerajaan didokumenkan dan boleh disemak oleh sesiapa," katanya.
Sebab itu katanya di Zaman Umar dimulakan kalendar Islam berdasarkan taqwim qamariah (peredaran bulan) supaya segala dokumen diketahui bila ditulis sebagai rujukan orang kemudian.
Menurutnya Parti Amanah Negara (Amanah) bila diberi peluang memerintah nanti perlu mengamalkan konsep ketelusan sepenuhnya.
"Dalam hal kelulusan kawasan balak misalnya, kita perlu buat papan tanda depan SUK untuk umumkan syarikat dan pemilik yang berjaya mendapat konsesi pembalakan," katanya.
Turut menyampaikan kuliah pagi ini adalah Ustaz Dr. Fauzi Zakaria, bekas setiausaha akhbar arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat.

APA CERITA SWISS AG & SALAHGUNA US$800 JUTA DANA SRC NI?

Posted: 06 Oct 2016 08:44 PM PDT

Jom layan kenyataan akhbar oleh Swiss AG yang sudah bikin gempak dalam media sosial semalam. Ini adalah satu kenyataan akhbar ok, bukan komen spontan menjawab pertanyaan wartawan. Maknakata ia adalah kenyataan resmi oleh pihak Swiss AG.
Dan sebelum sebarang kenyataan resmi dikeluarkan, sudah pasti mereka sudah kaji dan semak dengan teliti kes mereka kerana mereka tentunya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan rambang yang bakal memalukan diri sendiri jika ianya satu tuduhan remeh.
OK ? Kita sambung …… Mkini ada laporannya dalam Melayu ( KLiK ). Antara lain dilaporkan –
1 – Swiss AG dakwa terdapat salahguna dana SRC ( dan 1MDB ) sebanyak USD800 juta. ( mengikut rate waktu itu @ 3.2, maknanya sekitar RM2.6 bilion )
2 – Ala Ponzi ( atau dalam bahasa mudahnya – Gali Lubang Tutup Lubang atau stail Pak Man Telo. Bayar pelabur awal menggunakan dana dari pelabur kemudian bukannya dari hasil pelaburan.) dalam menyembunyikan skandal dari ketahuan. Kalau ikut pemahaman kita tentang cara 1MDB, iaitulah songlap duit pinjaman / pelaburan awal kemudian ditutup dengan pinjaman lain.
3 – Swiss AG minta bantuan dari pihak berkuasa Malaysia untuk bantu siasatan mereka.
4 – Ini kali kedua selepas kali pertama pada bulan Januari 2016 yang mana respon dari pihak Malaysia dikatakan sebagai ' is still pending ', maknanya BELUM ADA bantuan diterima.
Setakat ni OK ?
Apakata kita lihat rujuk kembali kenyataan akhbar @ permohonan bantuan pertama dulu ( KLiK )
Juga melalui kenyataan akhbar pada 29/1/2016. Waktu itu disebut nilainya adalah USD4 bilion (!) yang merangkumi 1MDB, SRC, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC.

Maknanya ….. kenyataan kedua ini lebih spesifik kepada siasatan terhadap dana SRC saja. Sebab itu nilainya USD800 juta berbanding USD4 bilion sebelumnya.
Kenyataan pertama itu ada mendapat respon dari AG Apandi, yang mana antara lain menyebut –
3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.
4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.
Itu kata AG Apandi pada 29 Januari 2016. Tapi AG Swiss kata pihak mereka tidak mendapat apa2 bantuan pun dari Malaysia hasil kenyataan pertama mereka.
Adakah AG Apandi telah MENIPU kita ?
So ….  AG Swiss minta kerjasama dari Malaysia sekali lagi. Kali ini diharap AG Apandi berilah kerjasama ya . Jangan malukan Najib ! Sebab baru 2 minggu lepas ketika melawat Germany, Najib telah berikan sepenuh komitmen untuk bantu siasatan pihak luar dalam kes 1MDB
( Para macai dan balaci jangan pula kata – Itu Najib janji kepada DOJ Amerika, bukannya kepada mana2 pihak lain seperti AG Swiss ! Dengan tahap pemikiran mereka, segalanya mungkin )
So …. apa ceritanya dengan duit SRC sebanyak USD800 juta atau RM2.6 bilion itu yang didakwa telah disalahgunakan ?
Read More / Baca Lagi >>

Bukti baru penyelewengan dana 1MDB didedah Switzerland

Posted: 06 Oct 2016 08:41 PM PDT

Skandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa SwissSkandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa Swiss
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh terus berdiam diri dalam skandal RM4 bilion membabitkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Ini ekoran pendedahan siasatan terbaru oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland (OAG Swiss).
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua,  siasatan OAG Swiss mendedahkan dana dalam amaun yang sangat besar telah digelapkan dari SRC International, serta muslihat secara skim 'Ponzi' telah dilakukan untuk menutup penggelapan wang terbabit.
"Najib tidak boleh terus berdiam diri dalam berhadapan satu lagi siasatan antarabangsa ke atas dana yang dikawal olehnya.
"Beliau mesti tampil ke depan dan menjelaskan sama ada dakwaan pihak berkuasa Swiss adalah tidak benar atau sebaliknya, yang akan memerlukan siasatan terbuka dilakukan di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Menurut Tony, Perdana Menteri mesti menyatakan sama ada beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Switzerland yang cuba mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa negara ini.
"Siapa yang menguruskan SRC International? Setahu kami, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil telah ghaib dari muka bumi Malaysia bersama seorang lagi pengarah, Datuk Suboh Yassin.
"Dan walaupun tidak dapat dikesan, mereka masih lagi menjadi pengarah SRC International sepanjang lebih setahun lalu," soal Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah di Jabatan Air Sabah kecil berbanding 1MDB

Posted: 06 Oct 2016 08:39 PM PDT

Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.
Rampasan bernilai RM112 juta membabitkan dua pegawai Jabatan Air Sabah sebenarnya kecil berbanding rasuah mega membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah itu menggegarkan negara dan mendapat liputan meluas media massa arus perdana, ia masih kecil berbanding masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.
Malah beliau mempersoalkan sikap media massa negara yang mengabaikan berita permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland kepada pihak berkuasa negara ini dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah USD800 juta (RM3.36 bilion) daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Lebih memeranjatkan, permohonan pihak berkuasa Swiss itu masih belum dilayan selama sembilan bulan, sejak Januari lalu," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin pula mahu siasatan SPRM dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, bagi membanteras rasuah sektor awam.
"Mereka (yang diberkas SPRM semalam) hanya pengarah dan timbalan pengarah jabatan yang disangka mempunyai peluang lebih rendah untuk mendapatkan kekayaan melalui salah guna kuasa.
"Jika Jabatan Air boleh ada skandal sebesar ini, bagaimana pula dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain yang sentiasa mengeluarkan tender dan konsesi?" soal Chan yang juga Adun Sri Tanjong.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata rampasan SPRM di Sabah menggambarkan bagaimana rasuah dan salah guna kuasa dalam negara kian meruncing.
"Ini adalah mimpi ngeri buat rakyat yang terpaksa bergelut dengan kesempitan hidup sehari-hari, dengan kuasa beli yang amat terhad lebih-lebih lagi setelah polisi-polisi tempang seperti GST.
Read More / Baca Lagi >>

AKIBAT PEMIMPIN KERAJAAN MENCURI DUIT ATAU AKIBAT MASYARAKAT DUNGU YANG TIDAK FAHAM APA PUN?

Posted: 06 Oct 2016 08:38 PM PDT

Di sebuah hospital yang tidak jauh dari sini doktor bedah otak (nero-surgeon) mengalami masalah kerana alat bedah (surgical instruments) rosak atau belum di servis (maintenance). Disebabkan tidak cukup peruntukan (bajet sudah habis) untuk membayar servis dan maintenance.
Alat electric saw yang digunakan untuk memotong tengkorak atau skull cap sudah tidak berfungsi dengan baik sebab belum lagi di servis. Akibatnya kerja neuro-surgery (bedah otak) untuk memotong skull (bahagian tengkorak) pesakit yang dulunya boleh dibuat dalam masa 15 minit sekarang mengambil masa sehingga 60 minit. Doktor bedah terpaksa menggunakan kaedah 'lama' ia itu gunakan alat lain termasuk surgical saw (gergaji bedah) dengan menggunakan tangan. Itu hanya tahap permulaan pembedahan. Pembedahan otak boleh mengambil masa empat atau enam jam lamanya.
Sekarang pesakit di wad neuro-surgery terpaksa tanggung risiko yang membahayakan pemulihan otak dan juga membahayakan nyawa. Sebab masa yang lebih lama yang diperlukan doktor untuk menjalankan pembedahan bermaksud pendarahan yang lebih banyak sewaktu pembedahan (extended bleeding during surgery). Pesakit akan memerlukan blood transfusion yang lebih dan anaesthetic yang lebih lama. Semua ini sangat membahayakan kesihatan pesakit terutama sekali pesakit yang sudah tua.
Peralatan dan mesin di fakulti kejuruteraan juga rosak dan tidak cukup bajet dan peruntukan untuk servis dan maintenance peralatan fakulti. Samada pelajar tidak dapat jalankan pengajian, tidak boleh siapkan assignment dan sebagainya atau mereka terpaksa membaiki peralatan dengan kemampuan yang ada sahaja. Maka jadilah graduan engineer yang kurang faham. Sebab peralatan di universiti rosak sebab bajet sudah habis. Lepas itu mereka kurang fasih cakap Inggeris, lebih fasih jadi ekstremis agama – jadi rasa-rasa boleh ke graduan macam ini dapat tawaran kerja dengan gaji yang lumayan?
JPA tidak ada kekosongan macam dulu. Petronas pun sudah nak 'bungkus'. Engineer Petronas pun ramai sudah diberhentikan kerja.
Dulu kita tidak mengalami masalah seperti ini. Dulu di hospital dan fakulti universiti bukan saja peruntukan dan bajet cukup tetapi pada penghujung tahun bajet belum habis dibelanja. Selalu ada duit lebih dalam bajet.
Read More / Baca Lagi >>

Di sebalik kemelut pembangkang, usaha ‘diplomatik’ pastikan 1 lawan 1

Posted: 06 Oct 2016 08:37 PM PDT

Muhyiddin dan Salahuddin kini giat berkempen bagi merealisasikan pertandingan satu-lawan-satu dengan BN pada PRU nanti.
muhyiddin Salahuddin AyubKUALA LUMPUR: Kerja "diplomatik" sedang rancak berjalan bagi memastikan semua parti pembangkang bersetuju pertandingan satu-lawan-satu yang memerlukan kerjasama semua parti pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Dua tokoh yang paling sibuk dalam usaha tersebut adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Rabu lalu, Muhyiddin buat pertama kalinya bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur, dan berbincang bagaimana menyatukan Pakatan Harapan, PPBM dan PAS.
Muhyiddin minggu lepas bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.
Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dengan Salahudin pada sambutan ulang tahun pertama parti itu di Muar, Johor, baru-baru ini.
Salahuddin merupakan antara tokoh yang sibuk bertemu beberapa pemimpin pelbagai latar belakang politik, khasnya dari Johor.
Anak kelahiran Pontian, Johor itu berjanji akan memberikan fokus kepada negeri selatan tanah air itu dalam usaha mengambil alih Johor daripada Barisan Nasional (BN).
Salahuddin turut bertemu bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, seorang tokoh politik berasal dari Johor, di pejabat Yayasan Forum Ekonomi Dunia Islam di Kuala Lumpur.
"Kami melancarkan jentera pilihan raya Amanah Johor dan saya sendiri akan memberikan komitmen penuh untuk projek ini," kata bekas ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama 2 penggal itu.
Ada peluang PAS turut sama
Selain tokoh dari Johor, Salahuddin juga bertemu dan berbincang serta membuat sidang media bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Ini adalah persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14," kata pemerhati politik Hasbie Muda kepada FMT.
Hasbie, ketua Pemuda Amanah Terengganu yang menghasilkan buku politik "Kemenangan Yang Tertangguh", yakin jika Mustafa masih berpengaruh dalam PAS, cadangan membentuk "gabungan besar" menentang BN akan menjadi kenyataan.
"Saya yakin, jika Cikgu Pa (Mustafa) masih berpengaruh, usaha ke arah satu-lawan-satu boleh jadi kenyataan," kata Hasbie merujuk kepada pengarah pilihan raya PAS itu.
Read More / Baca Lagi >>

SEJARAH BARU DI JOHOR, PPBM JADIKAN BN TIADA LAGI MAJORITI DUA PERTIGA

Posted: 06 Oct 2016 08:37 PM PDT

Ketika Muhyiddin Yassin serta Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO dan kemudian Shafie Apdal meninggalkan parti itu beberapa bukan dahulu, perbualan ramai segera tertumpu kepada  nasib Johor, Kedah dan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang.

Dipersoalkan apakah melalui tindakan itu,  UMNO dan BN dapat terus mengekalkan kuasanya di ketiga-tiga negeri tersebut?

Setelah beberapa bulan berlalu, dengan wujudnya PPBM serta ramai bekas pemimpin serta ahli UMNO Kedah sudah bertukar angin, negeri itu hampir pasti akan bertukar kerajaan lagi dalam PRU 14 nanti.

Di Sabah, melalui gelombang untuk mengembalikan kuasa kepada parti tempatan yang sedang digerakkan oleh Shafie Apdal bersama beberapa bekas pemimpin PKR dan DAP, tidak mustahil sejarah pemerintahan UMNO akan turut berakhir serta mengulangi sejarah sepertimana Usno, Berjaya dan PBS berkuasa dahulu.
Di Johor pula, walaupun geloranya tidak begitu kelihatan, sedar tak sedar sebenarnya satu sejarah baru telah tercatit melalui wujudnya PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

BN Johor akan hilang suara majoriti 2/3 Dun

Posted: 06 Oct 2016 08:35 PM PDT


Aminolhuda HassanAminolhuda HassanPelantikan Adun Jorak Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuka lebih banyak ruang kepada BN untuk hilang suara majoriti Dewan Undangan Negeri (Dun), kata Pengerusi Amanah Negeri Johor Aminolhuda Hassan.
"Berdasarkan kepada perlembagaan parti, sekiranya seseorang Ahli Yang Berhormat menyertai parti lain, maka secara automatik keahlian parti lamanya gugur.
"Maka saya melihat berlaku kekurangan ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan BN Negeri Johor kerana Datuk Dr. Shaharuddin telah meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Ini bermakna ahli dewan undangan negeri daripada BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37 manakala Barisan Pembangkang bertambah dari 18 Ahli Yang Berhormat kepada 19.
"Ini juga bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah, Negeri Johor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak memperolehi 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.
Semalam Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Shaharuddin Md Salleh menjawat jawatan Setiausaha Agung parti itu.
Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata,implikasi utama apabila kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri ialah Kerajaan Umno-BN tidak boleh meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.
"Saya menjangkakan akan berlaku kejutan sebelum pembubaran Dewan apabila ada beberapa lagi Ahli Yang Berhormat dari Umno yang akan turut meninggalkan parti," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Fauziah, 10 anak kapal misi Gaza dibebaskan

Posted: 06 Oct 2016 08:33 PM PDT

Mereka akan diterbangkan semula ke negara masing-masing malam ini atau esok.
Dr FauziahKesemua anak kapal termasuk seorang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Women's Boat To Gaza (WBG) yang ditahan Israel Rabu lalu sudah dibebaskan, menurut pertubuhan MyCARE pagi tadi.
Ia memetik sumber dari Freedom Flotilla Coalition yang menguruskan peguam hak asasi manusia di Tel Aviv.
Semalam, Israel membebaskan 2 daripada mereka, iaitu wartawan Al Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.
"11 orang ahli delegasi yang lain akan diterbangkan semula ke negara masing-masing samada pada malam ini (waktu tempatan) atau awal pagi esok," kata MyCARE dalam laman Facebook.
Tentera Israel menahan kapal itu bersama 3 kru dan 10 aktivis wanita, termasuk Dr Fauziah Mohd Hasan, pada kira-kira 3 petang Rabu lalu.
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.
Selain Dr Fauziah, 10 sukarelawan wanita lain di atas kapal Zaytona-Oliva itu ialah Madelaine Anne Habib (Australia), Synne Sofie Reksten (Norway), Emma Charlota Ringqvist (Sweden), Laureate Mairead MacGuire (Ireland), Marama Davidson (New Zealand), Jeannette Escanilla (Sweden), Mary Ann Wright (USA), Samira Douaifia (Algeria), Leign Ann Naidoo (Afrika Selatan) dan Sandra Barrilaro (Sepanyol).

Maria saman Jamal kerana kaitkan BERSIH dengan IS

Posted: 06 Oct 2016 08:31 PM PDT

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mendakwa pertubuhan itu diresapi pengganas IS.
Saman berkenaan dikemukakan oleh peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Kata Surendran Maria tidak dapat hadir di mahkamah kerana sedang berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan BERSIH.
"Pagi ini kami memfailkan saman sivil bagi pihak anak guam Maria ke atas Jamal Yunos.
"Maria menyaman fitnah Jamal kerana kata-kata yang diucapkannya pada sidang media di dua tempat berasingan minggu lalu.
"Pada sidang media itu Jamal mendakwa BERSIH diresapi IS dan tuduhan itu adalah jelas suatu fitnah pada pandangan anak guam kami," katanya.
Menurut Surendran disebabkan Maria adalah pengerusi BERSIH dan Jamal mengaitkan pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu dengan dakwaan berkenaan, anak guamnya berpendapat ahli politik terbabit melakukan fitnah ke atasnya.
Merujuk Jamal sebagai "pelaku aksi tandas" Surendran juga mengesahkan Maria menuntut sejumlah ganti rugi dalam saman berkenaan.
Semalam Jamal mengoyak dan membuang surat tuntutan daripada Maria ke tandas di depan wartawan.
Sebelum ini BERSIH memberi tempoh 48 jam kepada Jamal - yang sering muncul dengan kumpulan baju merah - untuk membuat permohonan maaf atas kenyataannya sebelum ini.

Yang songlap RM2.6 bilion itu nak panggil apa plok ??!!

Posted: 06 Oct 2016 08:29 PM PDT

Membantu ahli keluarga satu perbuatan terpuji.. TAPI menyebabkan ratusan ribu rakyat Sabah menderita kerana menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kebajikan rakyat.. itu Haram Jadah...

RM750,000 pantas lipas kudung SPRM siasat..

Posted: 06 Oct 2016 08:28 PM PDT

RM2,000,000 (2 juta) masuk tunai ke dlm akaun peribadi milik seorang isteri yg tidak bergaji, BILA SPRM NAK SIASAT !!!

KENAPA MASUK TUNAI ??
Kenapa tidak dibuat secara Overdraft (OD).. atau takut terkantoi akan tahu sumber dari mana datangnya RM2 juta itu ka !!!

Muhyiddin: Johor Dah Jadi 'Blur State'

Posted: 06 Oct 2016 08:23 PM PDT

Pandangan DAP vs UMNO - "Jamal Yunos" Merah (Bersih 5 vs Bodoh x5)

Posted: 06 Oct 2016 08:22 PM PDT

"Tun M, kenapa buat kerja bodoh? Agong tidak boleh pecat PM," kata Nazri

Posted: 06 Oct 2016 08:21 PM PDT

Nazri: 'Kenapa masa Muhyiddin jadi TPM tak jenguk Anwar?'

Posted: 06 Oct 2016 08:20 PM PDT

'Kepala Tun M tak betul sebab nak jatuhkan Najib' - kata Nazri

Posted: 06 Oct 2016 08:20 PM PDT

'Jamal bukan mewakili pemikiran UMNO, bukan wakil rakyat pun' - Nazri

Posted: 06 Oct 2016 08:19 PM PDT

Syaitan mana dalam jamban, soal Jamal

Posted: 06 Oct 2016 08:18 PM PDT

'BN Johor hilang majoriti dua pertiga'

Posted: 06 Oct 2016 08:18 PM PDT

Penjara 3 tahun, denda RM5,000 kerana curi RM1..tapi curi berjuta dan berbilion wang rakyat..??

Posted: 06 Oct 2016 03:37 AM PDT

Seorang lelaki warga asing dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini selepas didapati bersalah memecah masuk sebuah kedai dan mencuri RM1.
Tertuduh, Abu Huraira Razak, 27 diarahkan membayar denda RM5,000 atau 12 bulan penjara dan diusir pulang ke negara asal selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Faelly Jeffrey Lanjungan.
Faelly turut mengarahkan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 September tahun ini, lapor BH Online. 
Berdasarkan fakta kes, Abu Huraira, warga Filipina yang baru tiga hari tiba di negara ini secara haram dan tinggal di Kampung Mangkalinau ‎pergi ke Bandar Indah, Batu 4 dengan menaiki kereta sapu untuk mencari peluang memecah masuk sebuah kedai pada 15 September lalu, kira-kira jam 5 pagi.
‎Tertuduh kemudian memecah masuk sebuah restoran menerusi pintu belakang dan mencuri tabung hiasan yang diletakkan dalam kaunter sebelum membawa tabung keluar dan mendapati cuma ada RM1 dalam tabung berkenaan. ‎
Pekerja restoran yang menyedari kedai dipecah masuk kemudian menghubungi polis dan tertuduh ditangkap ketika cuba melarikan diri. ‎‎
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Asisten Superintendan Tan Hiap Wah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rozita Orang Asli Kristian, bukan Melayu murtad, jelas Ahli Parlimen Kuantan

Posted: 06 Oct 2016 03:33 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Terengganu sudah menyunting muatnaik yang mencetuskan gempar dalam kalangan warga Facebook dan memohon maaf.
Fuziah SallehPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan meminta orang ramai untuk menyebarkan maklumat palsu menuduh wanita bernama Rozita Othman yang dikuburkan di Perkuburan Kristian Taman Gelora, Kuantan seorang murtad.
Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mendiang seorang Orang Asli Kristian daripada suku Jakun dari Kampung Soi.
"Ini disahkan dari daftar kematian beliau. Maklumat ini juga disahkan oleh sepupu beliau di dalam Facebook," kata Fuziah menerusi status di Facebooknya, hari ini.
"Selidik dahulu maklumat yang kita terima. Takut-takut kita juga tergolong di kalangan orang yang membawa fitnah. Allah maha memberi petunjuk dan maha mengetahui," tambahnya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat memuat naik gambar di Facebook dengan status yang mendakwa seorang wanita Melayu murtad bersemadi di perkuburan itu.
Tambahnya ia merupakan bala besar untuk umat Islam di Tanah Melayu.
Semakan FMT di Facebook Saiful mendapati status berkenaan sudah disunting dan pihaknya turut memohon maaf.

Siapa ‘jaguh’ Amanah di Kelantan, PAS soal Mat Sabu

Posted: 06 Oct 2016 03:31 AM PDT

Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata presiden Amanah juga sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
fattah
PETALING JAYA: Amanah tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan layak untuk mengambil alih pentadbiran di Kelantan, kata exco negeri.
Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata Presiden Amanah Mohamad Sabu sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
"Dia (Mohamad) cakap macam itu, siapa dia hendak letak di Kelantan? Dia sepatutnya tahu kekuatan PAS berbanding Amanah yang ada sekarang ini.
"Semua orang boleh kata, tetapi bagi PAS kita akan tunaikan janji kita dan selesaikan manifesto (janji) kita," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamad atau popular digelar Mat Sabu yang yakin partinya boleh menawan kembali Kelantan, ketika ceramah pada program ulang tahun penubuhan Amanah di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata perkara itu boleh tercapai dengan sokongan Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR yang menjalinkan kerjasama politik dengan PAS.
"Di Malaysia, kalau kamu nak politik berseorangan, eloklah duduk bersendirian, jadi kera sumbang," katanya.
PAS memerintah Kelantan selama 26 tahun sejak 1990 manakala Amanah dibentuk oleh pimpinan PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti itu tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

BMF cabar DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia

Posted: 06 Oct 2016 03:28 AM PDT

NGO alam sekitar antarabangsa, Tabung Bruno Manser (BMF) mencabar bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia
Dalam suratnya bertarikh 4 Oktober, BMF "mempelawa" DiCaprio untuk hadir pada debat awam di kota London pada 14 Oktober ini.
"Kami ingin mempelawa anda untuk membahaskan kesan buruk rasuah besar ke atas masyarakat Malaysia dan alam sekitar.
"Kami juga, khususnya berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai hubungan kewangan Yayasan Leonardo DiCaprio, Appian Way Productions dan anda secara peribadi bersama Riza Aziz, Low Taek Jho dan sekutu mereka," petik surat itu.
Appian Way Productions adalah syarikat yang ditubuhkan oleh DiCaprio.
Riza adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah seorang hartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Riza.
Kedua-dua mereka dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam usaha untuk mendapatkan kembali aset lebih AS$ 3.5 bilion yang didakwa telah diselewengkan daripada 1MDB.
DiCaprio juga dirujuk dalam saman berkenaan sebagai 'Hollywood Actor 1' dan adalah didakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai aktiviti perjudiannya bersama Low.
Terdapat juga tuduhan bahawa dana berkaitan 1MDB turut didermakan kepada Yayasan DiCaprio.
Debat itu dianjurkan sempena pelancaran dokumentari Before the Flood di Eropah yang diterbit dan dibintangi oleh DiCaprio.
"DiCaprio harus memahami bahawa kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal menghentikan rasuah," kata Pengarah Eksekutif BMF, Lukas Straumann dalam satu kenyataan media.

Generasi Pewaris Khilafah

0

Posted by Unknown | Posted on 8:23 PTG | Posted in

sumber :-

Generasi Pewaris Khilafah


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Posted: 06 Oct 2016 07:06 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers yang dihormati 
semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga kita senantiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT . 

Sahabat yang dikasihi, 

Bersempena dengan peperikaan PT3, SPM dan STPM yang bakal menjelang tiba bermula 10 Oktober ini, saya ingin berkongsi satu doa yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan khusus para ibubapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan tidak berapa lama lagi 

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء و المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين 


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.


Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:02 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Tunggulah bapa balak pula yang akan tumbang nanti....

Posted: 06 Oct 2016 09:00 AM PDT

Nik Abduh menulis di fesbuknya:
 PAS sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya. PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain. Berusaha mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dulu (PAN hari ini) menyeru PAS mengubah halatujunya. Sia-sia.

Di Malaysia, selepas UMNO, PAS-lah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya. Ahli dan penyokong PAS adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin PAS. Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini. 
Pas yang suatu ketika dulu sibuk cerita pasal bahtera, kini dia mula cerita pasal tangga pula...ikut suka dialah. Kalau dia nak lingkup jatuh ditimpa tangga pun, itu angkara dia sendiri.

 Orang yang waras memilih 'lift' untuk naik ketika berada dalam bangunan. Bodohlah kalau pergi naik ikut tangga! Orang waras hanya memilih tangga untuk turun jika berlaku kecemasan seperti kebakaran...

  Maka sebenarnya itulah yang sedang berlaku kepada Pas.Berduyun-duyun orang yang berada dalam Pas yang merasa cemas dengan kelaku pemimpin mereka, lalu ramai yang meninggalkan Pas.

  Dulu Hj Hadi kata, " Saudara-saudara sekalian percayalah... kita menentang bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN... Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah... mengekalkan peraturan kafir... mengekalkan peratuan jahiliah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka... oleh kerana itulah kita bejuang menentang mereka...

 Tapi kali ini Hj Hadi dah banyak berubah. Kali ini Hj Hadi boleh kata, " Kalau kita berperang dengan Umno, orang bukan Islam akan perintah negeri ini..."

"Memang kita nak baik dengan Umno. Kalau tak baik macam mana nak Umno undi kita.Kena baik dengan dialah, " Kata Hj Hadi
  Apa yang Nik Abduh kata, "Di Malaysia, selepas UMNO, PAS-lah pilihan utama rakyat." Itu adalah benar jika dilihat pada PRU yang lalu, Umno adalah pilihan utama orang Melayu. Sebab itu Pas kalah dengan Umno. Pas cuma menang di kawasan yang majoritinya bukan Melayu.

 Tetapi berdepan dengan PRU yang mendatang, landscape politik Malaysia sudah banyak berubah... Hari ini kita lihat balak banyak yang tumbang di Kelantan. Tunggulah bapa balak pula yang akan tumbang nanti....

Kembara Impian : Nik Abduh ni perasan agaknya.Baru sekali jadi ketua pemuda, cakap macam burung kakak tua.Dia sedar atau tidak apa yg diperkatakannya?Biasanya orang yg sombong begini macam tin kosong aje.Bunyi bukan main hebat,tapi hampas.

Amir Faisal: Itu dulu nik abduh masa zaman arwah ayah kamu ...tp skrg ni pas entah kemane umno pun entah kemane ...silap2 dua2 pun dh x menjadi pilihan ...hehehe

Eddysa Faryan : Kat Sabah & Sarawak tak Ada satu kerusi pun PAS ni dapat. Malah hilang wang pertaruhan di banyak tempat. Nama Islam dijaja sana sini, setengah masyarakat Melayu itu terikut dek kerna ugutan secara X lansung. Lihat saja ceramah nombor AHLI PAS ticket ke syurga, ceramah MP nak ditanam di Jirat. Pemimpin nya ego & angkuh, perkataan yg keluar tidak mencerminkan Sifat2 seorg Muslim yg baik.

Tankim Wong : Kembara Impian , Nik Abduh tak ada bunyi langsung dalam Dewan Rakyat. Duduk diam saja. Bukan tin kosong tapi tin bocor.

Jamalludin Zakaria : Jangan nak perasan.Dulu saya memang undi PAS...sekarang tak mungkin lagi.PAS parti putar alam macam UMNO juga.Tipu org tua2 di kampong.Pangkah PAS masuk syurga konon....Pangkah UMNO masuk neraka konon...Sekarang?

Joharii Awang : Pas semakin takbur..ujub dan meninggi diri.hadi kata pas tak gila kuasa ..tak kisah nak tawan putrajaya atau tidak..tapi budak kcik ni lain pulak..nak juga putrajaya..telior apa kat putrajaya tu? Jgn harap nak dapat putrajaya jalau hangpa ketepi dap..awat puak dlm dap bodoh? Atau pas yg bangang? PAS JOIN dGN bn ..maka pas kjsama dgn.mca bukan?

  Abdul Kadir Kadir : PAS terlupa MCA, MIC, gerakan, parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak, semua teruk, langsung tak sokong hudud. Mungkin lebih teruk daripada DAP. Sedangkan Amnok pun masih kubur-kubur. Pilihlah jalan yang terbaik daripada nanti ditikam kunci-kuncu Amnok itu.

Arif Daniel : kenyataan paling dangkal dari sorang yg tidak pernah mrnyelami jiwa rakyat. Bercakap dlm alam fantasia. Perasan lebih. Amanah lebih di sayangi rakyat selepas Keadilan.

Ono Nichikowahid : PAS adlah pati korup no 2 slepas uno.....kekeke. ..slogan baru pr14"...".pas is past"

  Mohd Nordin Shuib : Mu ghayat natang pa Beduh...imiginasi ke realiti....kan keputusan PRK di Sungai Besar menunjukan sapa yg pengundi sokong...bodoh piang

Jose Maurinho: Belum no 1. No 2 dah sombong. Sombong bukan budaya islam. Tak menurun langsung ayah mu.

Keri Bin Mamat: ye lah pas dah ada geng baru, penyamun duit rakyat pulak tu... pandai betul hadi dan barua2nya pilih kawan ye!
Ridzuan MdSham · Senior Lecturer di Universiti Kuala Lumpur Berpijak di bumi yang nyata. Pas pilihan ke 2 selepas UMNO itu disebabkan Pas didalam gabungan Pakatan Rakyat... Tetapi sekarang belum tentu... jangan syok sendiri.

Ali Abu : PAS pilihan ke dua selepas umno tetapi rakyat tidak pilih orang yg sombong jadi pemimpin. Parti PAS ok yg tak ok pemimpin yg sombong

Shariff Morad : Heheheee...Kalau gitu... molek lah PAS gabung ngan AMENO je..Maka dgn itu PASMANO akan menjadi satu gabungan yg teramat kuat sehingga mungkin ble menang tanpa betanding kelak.. Hihihiii ... Habis kesemua kerusi.... termasok meja jugak akan di sapu dek PASMANO.... TAHNIAH pada kedua2 pati pilihan utama rakyat....Hrrmmmm ....

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:58 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Pembongkaran rasuah Jabatan Air Sabah hanya contoh kecil masalah sebenar rasuah negara

Posted: 06 Oct 2016 06:01 AM PDT

rasuah

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Rampasan bernilai RM112 juta melibatkan dakwaan rasuah dua pegawai Jabatan Air Sabah menggegarkan negara apabila gambar barang-barang sita termasuk wang tunai berkotak-kotak menjadi viral di media sosial.

Akhbar-akhbar arus perdana meletakkan berita tersebut di muka hadapan, dengan tajuk huruf besar 'Luar Biasa' beserta gambar wang tunai berkotak-kotak.

Namun bagi Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, meski negara terperanjat dengan rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini, ia masih kecil jika dibanding dengan graviti masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.

Menurut beliau, meski kejayaan SPRM itu dilaporkan dengan meluas oleh media massa, kesemuanya turut mengabaikan berita permohonan bantuan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang memohon bantuan pihak berkuasa negara dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah US$800 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

"Lebih memeranjatkan, permohonan pihak berkuasa Swiss itu masih belum dilayan selama sembilan bulan, sejak Januari lalu," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Bagi Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin, adalah tidak cukup untuk sekadar memberkas perasuah di Jabatan Air Sabah sahaja, malah beliau percaya siasatan dan pemberkasan lanjut perlu dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, bagi membanteras rasuah sektor awam.

"Mereka (yang diberkas SPRM semalam) hanya pengarah dan timbalan pengarah jabatan yang disangka mempunyai peluang lebih rendah untuk mendapatkan kekayaan melalui salah guna kuasa.

"Jika Jabatan Air boleh ada skandal sebesar ini, bagaimana pula dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain yang sentiasa mengeluarkan tender dan konsesi?" soal Chan yang juga Adun Sri Tanjong.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata rampasan SPRM di Sabah menggambarkan bagaimana rasuah dan salah guna kuasa dalam negara kian meruncing.

"Ini adalah mimpi ngeri buat rakyat yang terpaksa bergelut dengan kesempitan hidup sehari-hari, dengan kuasa beli yang amat terhad lebih-lebih lagi setelah polisi-polisi tempang seperti GST.

"Namun saya ingin secara konsisten mengingatkan, skandal 1MDB yang melibatkan 'Malaysian Official 1' sebagai individu terpenting dalam sektor eksekutif di negara ini masih dilihat belum disiasat secara serius," ujarnya.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak lupa dengan angka RM2.6 bilion yang dipercayai telah didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri namun tiada tindakan setimpal diambil berhubung skandal tersebut.

Semalam SPRM merampas sejumlah RM112 juta wang tunai selain sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah dalam kes rasuah melibatkan projek-projek pembinaan infrastruktur bernilai lebih RM3.3 bilion.

Suspek-suspek didakwa memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada saudara mara. – Roketkini.com


Rafizi Bawa Masuk Pegawai Risikan Amerika Syarikat Bantu Kempen PRU 14

Posted: 06 Oct 2016 05:42 AM PDT




ndi


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan telah membawa masuk seorang pegawai risikan daripada Amerika Syarikat untuk bekerja dengan NGO beliau – Invoke – dalam usaha membantu kempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pegawai risikan yang dimaksudkan itu ialah Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Claster kini dilaporkan telah menjadi salah seorang sukarelawan Invoke, yang membantu NGO PKR itu dengan program analisis data pengundi.

"Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya," kata Claster kepada Malaysiakini.

Claster adalah Naib Presiden Penn, Schoen & Berland Associates (PSB) yang berkempen untuk pemilihan semula Senator Hillary Rodham Clinton. Sebelum menyertai PSB, Andrew bekerja di Bank Dunia.

Akaun Permata tidak dibentang di pertemuan anjuran Pembantu Rosmah

Posted: 06 Oct 2016 05:30 AM PDT

Permata

Roketkini.com
 


KUALA LUMPUR- Masih wujud beberapa kekaburan mengenai program Permata Negara naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun DAP berkunjung ke salah sebuah pusatnya hari ini.

Ia berikutan hasrat wakil-wakil DAP untuk meneliti akaun Permata yang sudah diaudit secara terperinci belum kesampaian berikutan pihak Permata hanya boleh memberi laporan audit itu selepas DAP menulis surat kepada Ketua Audit Negara.

"Kita masih belum dapatkan laporan penuh daripada Jabatan Audit Negara mengenai Yayasan Permata.

"Kita akan menulis surat kepada pihak Audit Negara untuk mendapatkannya dan kita harap selepas itu, Permata dapat menyiarkannya di laman web agar semua pihak termasuk orang awam dapat menelitinya," ujar Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Delegasi DAP berkunjung ke salah sebuah Pusat Anak Permata Negara yang terletak di Kerinchi sebagai memenuhi undangan Pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor baru-baru ini.

Pelawaan Rizal itu dibuat selepas Bee Yin melahirkan hasrat mahu melihat akaun Permata serta gambaran penuh pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak itu.

Wakil DAP lain yang turut hadir terdiri daripada Adun Subang Jaya Hannah Yeoh, Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mereka kemudiannya dijemput ke satu sesi taklimat tertutup selama hampir dua jam dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program Permata, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod dan Perunding Kanan Program Permata, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin.

Bee Yin ketika dalam sidang media berkata, pihak DAP mengucapkan terima kasih kepada Permata atas pertemuan hari ini walaupun ada perkara yang masih tidak jelas selain wujud perbezaan pendapat.

"Contohnya seperti mengapa Permata diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri sedangkan ia sepatutnya diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian.

"Lebih baik jika Permata menggunakan dana daripada kementerian itu dan bukan menerima dana dari JPM. Dengan cara itu, ketelusan dan kebertanggungjawaban akan lebih terjamin," jelasnya.

Pembantu Rosmah dijemput ke Pulau Pinang

Pada masa sama, Bee Yin turut menjemput Rizal ke Pulau Pinang bagi mendapatkan gambaran sebenar pengurusan kerajaan negeri itu setelah ia didakwa oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai kononnya terlibat dengan rasuah.

"Kita jemput Rizal ke Pulau Pinang supaya kita boleh adakan sesi dialog seperti ini dan memberikan penerangan jelas kepadanya.

"Sebelum ini, kita sudah pun jemput Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk sesi dialog tetapi beliau menolak," katanya.

Rizal sebelum ini berkata Bee Yin boleh berkunjung ke Permata dengan syarat dalam tempoh tiga hari selepas lawatan itu, beliau mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan projek-projek kontroversi Pulau Pinang.

Menurut Bee Yin, segala projek yang dipersoalkan oleh Rizal seperti terowong bawah tanah dan rumah kos rendah di Taman Manggis telah diterangkan berkali-kali oleh DAP, namun ia masih juga dijadikan kontroversi.

"Kita sudah jelaskan ia dalam pelbagai cara seperti dalam ceramah, media sosial, laman web rasmi, tetapi ia tetap juga diungkit berkali-kali.

"Jadi, saya menjemput Rizal untuk datang sendiri ke Pulau Pinang bagi benar-benar memahami isu yang dibangkitkan itu," katanya. – Roketkini.com


Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, AMK sindir Jamal

Posted: 06 Oct 2016 05:30 AM PDT

ARIF ATAN
Sidang media Jamal berlangsung di sebuah tandas Bangunan Umno Shah Alam semalam.Sidang media Jamal berlangsung di sebuah tandas Bangunan Umno Shah Alam semalam.


Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, bidas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mengulas tindakan pemimpin Geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas semalam.
"Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang. Saya melihat itu tindakan biadap dan tidak mencerminkan identiti sebagai seorang Melayu dan Islam," jelasnya dalam sidang media AMK di Petaling Jaya, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Afif menyifatkan tindakan Jamal mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam itu sebagai tindakan pihak yang membela rasuah.

"Tindakan orang pembela rasuah. Imej Perdana Penteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal. Itu tahap (penyokong) Perdana Menteri kita," tambahnya lagi.

Jamal semalam mengejutkan petugas media apabila mengoyak dan mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa Jamal memohon maaf kerana mendakwa kononnya himpunan Bersih 5 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur 19 November ini diresapi kumpulan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh.

Walaupun diancam Geng Baju Merah, AMK akan kerah 5000 ahlinya sertai Bersih 5.Walaupun diancam Geng Baju Merah, AMK akan kerah 5000 ahlinya sertai Bersih 5.

Jamal dalam sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 28 September lalu mendakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu Bersih mahu menjatuhkan kerajaan dengan mengepung tempat-tempat seperti lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Jabatan Orang Asli akui Kerajaan Kelantan tidak peduli

Posted: 06 Oct 2016 05:22 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Orang Asli membantah aktiviti pembalakan yang mengancam kehidupan mereka.Orang Asli membantah aktiviti pembalakan yang mengancam kehidupan mereka.


Kemuncak pergelutan antara syarikat pembalak dengan Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang, Kelantan sehingga berlaku tembakan, 28 September lalu dilihat akibat pengabaian kerajaan negeri terhadap hak tanah dan wilayah adat masyarakat berkenaan.

Sumber Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata, isu berkaitan kawasan rayau atau saka masih gagal ditangani ketika Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi alasan kononnya operasi syarikat pembalakan di kawasan itu adalah berlesen.

"Bila kita sebut tentang kawasan rayau, di sinilah peranan kerajaan negeri. Kita (JAKOA) cuma boleh maklumkan berkenaan kawasan rayau tapi hak milik adalah kerajaan negeri," ujarnya yang mahu dikenali sebagai Razak ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Ditanya tentang peranan yang wajar diambil bagi mengelak ancaman berterusan aktiviti pembalakan terhadap masyarakat Orang Asli, beliau mengakui hal tersebut sama sekali bukan dalam pertimbangan kerajaan negeri.

"Terus terang, kawasan rayau ini tidak pernah pun diambil berat oleh kerajaan negeri sebab tidak ada dalam undang-undang. Pejabat Menteri Besar tidak peduli walaupun memorandum dan bantahan pernah dibuat.
"Sebabnya, kerajaan negeri sudah ada perjanjian dengan syarikat balak tersebut. Banyak kelompangan dalam aspek berkaitan undang-undang berhubung hak Orang Asli," ujarnya.
Razak yang masih berkhidmat di ibu pejabat JAKOA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur berkata, tuntutan Orang Asli juga berdepan cabaran besar apabila Akta 134 tidak mengandungi istilah kawasan rayau walaupun wilayah itu turun-temurun didiami Orang Asli.
"Ancaman pembalakan kepada Orang Asli ini memang banyak. Sungai mereka bergantung tercemar, hasil hutan berkurangan, tanah-tanah yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan Orang Asli juga musnah," tegasnya.

Menurutnya pihak JAKOA telah menyatakan pendirian supaya dalam pengurusan hutan termasuk di negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan mesti mengambil kira kepentingan masyarakat setempat khususnya yang melibatkan kawasan tadahan air dan aktiviti sosioekonomi setempat seperti bercucuk tanam dan mencari hasil hutan.

Hal itu, ujarnya, antara rumusan daripada mesyuarat JAKOA bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, syarikat serta wakil komuniti Kampung Kuala Bering, Gua Musang pada 5 Mei lalu yang kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Dalam surat bertarikh 28 Jun yang ditunjukkan kepada Malaysia Dateline itu, turut dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah menggantung semua operasi pembalakan ekoran bantahan penduduk tempatan.

"Sebarang perancangan, permohonan, kelulusan, pengeluaran permit, perjanjian, hasil, keluasan kawasan untuk pembalakan dan penguatkuasaan hutan adalah di bawah seliaan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri," dipetik daripada surat ditandatangani Ketua Pengarah JAKOA, Mohd Jamalludin Kasbi.

Untuk rekod, Perkara 7(3) Akta 134 memberi kuasa kepada kerajaan negeri membatalkan, meminda dan mengubah mana-mana pengisytiharan mengenai rizab Orang Asli yang dibuat di bawah Seksyen 3(1).

Surat JAKOA kepada Suhakam 28 Jun lalu turut menyebut peranan penting kerajaan negeri Kelantan dalam mengiktiraf hak tanah Orang Asli.Surat JAKOA kepada Suhakam 28 Jun lalu turut menyebut peranan penting kerajaan negeri Kelantan dalam mengiktiraf hak tanah Orang Asli.
muka 2muka 2
muka 3muka 3
 

Kakak Datuk Siti bernikah lagi

Posted: 06 Oct 2016 05:17 AM PDT


Kakak Datuk Siti bernikah lagi


KAKAK kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Saida Tarudin,40, selamat dinikahkan dengan pasangannya hari ini.

Saida melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Apit atau nama sebenarnya Hafiizh Che Mat,36 yang aktif dengan kerja-kerja di belakang tabir.

Dengan sekali lafaz, pasangan sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Norhafizi Ab Rahim di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras, di sini pada jam 2.40 petang.

Saida menerima tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang dan menerima mas kahwin sebanyak RM80 berserta wang hantaran RM10,000 daripada Hafiizh.

Kedua-duanya menggayakan busana rekaan KS Entourage dan didandan jurusolek terkenal, Epie Temerloh.

Majlis tersebut diadakan secara sederhana dan tertutup membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara dan kawan terdekat sahaja.

Saida menerusi kenyataan media memohon maaf kerana majlis diadakan tanpa kehadiran pihak media atas sebab yang terlalu peribadi.

"Atas permintaan keluarga termasuk anak saya sendiri, majlis ini diadakan tanpa teman media. Benar memang terlalu ramai pihak yang perlu dijaga perasaan mereka. Apatah lagi, ia perkahwinan kedua bagi saya dan suami.

"Saya dengan penuh kerendahan hati bersama ahli keluarga lain memohon maaf di atas kesulitan ini.

"Saya menyedari hal yang baik ini memang perlu dikongsi. Apa-apa pun saya berharap, semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami. Ketika ini kita selesaikan dahulu majlis nikah. Soal ke depan, insya-ALLAH akan diadakan majlis persandingan," kata Saida yang mengenali suaminya sejak empat tahun lalu.

Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah. Apit juga mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Saida mula menempa nama dalam industri hiburan tanah air apabila menyertai program realiti Akademi Fantasia musim keenam.


#WomensBoatToGaza: MyCare dakwa Israel putar belit

Posted: 06 Oct 2016 05:11 AM PDT

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Dr Hafidzi Mohd Noor


KUALA LUMPUR - Pengerusi MyCare, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mendakwa, Israel telah mencabuli undang-undang Maritim Antarabangsa berikutan penahanan bot Zaytouna- Olivia serta 13 orang aktivis di dalamnya.

Menurut beliau, Israel menggunakan istilah 'blokage' dalam usaha memperdayakan masyarakat antarabangsa sedangkan ia jelas merupakan satu penipuan.

[Artikel berkaitan: #WomensBoatToGaza: Media Israel dakwa tiada keganasan]

"Kesemua anak kapal datang dengan aman tanpa sebarang provokasi malahan tidak membawa senjata ataupun bantuan yang boleh disalah erti oleh pihak mereka.

"Kita dapat lihat dengan jelas bahawa terdapat pelanggaran hak asasi manusia di sini serta tindakan rejim tersebut jelas bertentangan dengan hak asasi manusia," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Sementara itu, beliau juga sempat membuat tuntutan berhubung dengan pembebasan kesemua aktivis  yang ditahan di pelabuhan Ashdod dengan kadar segera.

"Kami ingin menggesa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggunakan peruntukan mereka dan menjamin keselamatan para aktivis sehingga mereka dibebaskan.

"Selain itu, kami juga mendesak PBB, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengambil tindakan terhadap insiden ini serta mengutuk polisi Israel dengan mengenakan sekatan politik.

"Di samping itu, kami juga turut menggesa kerajaan Malaysia membuat usul tergempar mengecam tindakan Israel dan menyeru para NGO untuk terus bersatu mengukuhkan misi serta memecahkan sekatan terhadap Gaza," katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau juga turut menyeru pada semua rakyat Malaysia serta dunia memberi tekanan kepada Israel, menjayakan boikot terhadap produk-produk dan juga syarikat yang bersekutu dengan Israel.

Misi #WomensBoatToGaza yang disertai 13 wanita ternama dari pelbagai negara dan agama bermatlamat memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan kepungan di Gaza.

SPRM kenal pasti lebih 40 saksi bantu siasatan .

Posted: 06 Oct 2016 05:07 AM PDT

SPRM
Sebahagian wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50 juta yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dirampas ketika sidang media mengenai kes salahguna kuasa membabitkan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mengenal pasti lebih 40 saksi bagi membantu siasatan dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat.

Sumber SPRM berkata, saksi adalah mereka yang ada kaitan secara langsung dalam proses pemberian kerja-kerja kepada syarikat terlibat.

"Kebanyakan mereka adalah di kalangan kakitangan jabatan itu dan juga kontraktor-kontraktor.

"Selain itu, SPRM telah merakam percakapan enam individu yang dipercayai dapat membantu siasatan.

"Kesemua ahli keluarga suspek memberikan kerjasama mereka dan akan dipanggil kami dalam masa terdekat ini," katanya.

Selain itu, SPRM juga telah membuka semua tujuh peti besi milik timbalan pengarah itu di beberapa bank di Kota Kinabalu yang mempunyai barangan kemas dan wang tunai.

SPRM dijangka akan memanggil pengusaha kedai pajak gadai esok untuk menilai semua barang kemas yang telah dirampas.

Semalam, SPRM menahan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah kerana memiliki kekayaan luar kemampuan di mana nilai rampasan dianggarkan RM115 juta.

Dua penjawat awam berkenaan memegang jawatan pengarah (J54) dan timbalan pengarah (J52) sebuah agensi kerajaan kira-kira jam 9.15 pagi di pejabat masing-masing di Kota Kinabalu.

Kedua-duanya mereka mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu dipercayai memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil siasatan, SPRM telah merampas wang tunai lebih kurang RM53 juta daripada kedua-dua suspek tersebut.

Ia melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala RM7.2 juta daripada timbalan pengarah tersebut.

Kesemua rampasan itu dibuat di pejabat dan rumah masing-masing.

Susulan penahanan tersebut, SPRM turut menahan dua lagi individu termasuk adik kepada timbalan pengarah terbabit yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun dan akauntannya berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan membantu untuk menyelenggarakan duit yang diperoleh secara rasuah.

"Siasatan mendapati, suspek pertama dipercayai menggunakan lebih 17 buah syarikat milik adik-beradik beliau dan juga proksi untuk menjalankan kegiatannya.

"Manakala untuk suspek kedua pula menggunakan 21 buah syarikat yang terdapat hubungan kekeluargaan dengannya," katanya lagi.

Dalam kes ini, SPRM akan mendapatkan kerjasama negara lain menerusi 'Mutual Legal Assistance' untuk mendapatkan maklumat berhubung akaun bank yang dimiliki suspek di luar negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC]

Jelas sumber lagi, SPRM masih menilai dan menentukan nilai barang kemas, jam tangan dan geran tanah yang telah disita dalam serbuan semalam.

"Selain itu, anggaran nilaian 94 beg tangan pelbagai jenama yang dirampas milik salah seorang isteri suspek itu bernilai lebih kurang RM500,000.


1MDB: Mahkamah putuskan nasib Rafizi 14 November

Posted: 06 Oct 2016 04:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen di sini hari ini menetapkan 14 November ini untuk keputusan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, bagi dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
 
Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas mendengar keterangan Mohd Rafizi yang merupakan saksi tunggal pihak pembelaan hari ini.
 
Mahkamah juga menetapkan 21 Oktober ini untuk pihak pembelaan mengemukakan hujahan bertulis dan 31 Okt untuk pihak pendakwaan membalas hujahan berkenaan.
 
Terdahulu, Mohd Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR memberi keterangan daripada kandang tertuduh. Katanya, beliau tidak bersalah atas dua tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu dan memohon agar dia dilepas dan dibebaskan.
 
Mohd Rafizi berkata ia berikutan perkara asas dalam pertuduhan terhadapnya iaitu halaman 98 laporan 1MDB tidak dikemukakan dalam perbicaraan.
 
"Dengan tiadanya halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan, saya diprejudiskan dengan amat sangat kerana tidak boleh merujuk kepada dokumen itu dalam pembelaan saya sepanjang perbicaraan ini.
 
"Saya tidak pernah memiliki halaman lengkap muka surat 98 Laporan Pengauditan 1MDB pada bila-bila masa seperti dinyatakan dalam pertuduhan terhadap saya.
 
"Oleh itu, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak bersalah untuk kedua-dua kesalahan yang saya hadapi dalam perbicaraan ini," katanya. Gobind kemudian memohon mahkamah untuk memanggil semula saksi pendakwaan pertama kes itu iaitu Timbalan Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad @ Mat.
 
Ketika pemeriksaan balas oleh Gobind, Nor Salwani, 49, bersetuju bahawa dokumen yang bertanda 'P13' yang merupakan bahan bukti dalam kes itu adalah sebahagian daripada halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB.
 
Saksi itu turut bersetuju bahawa ada beberapa perenggan dalam halaman 98 yang tidak terkandung pada halaman terakhir 'P13' berkenaan.
 
Ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd Saad, Nor Salwani berkata setelah menyemak 'P13' beliau bersetuju ia adalah sebahagian dari halaman 98 laporan 1MDB yang asal.
 
Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan berkenaan dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 
 
 

ROS ambil tindakan jika ada aduan rasmi 'ketidakpatuhan' PPBM - Razin

Posted: 06 Oct 2016 04:49 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hanya akan menyiasat 'ketidakpatuhan' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya ia menerima aduan rasmi terhadap parti itu.
 
"Sekiranya kita terima aduan rasmi, kita akan membuat siasatan. Jadi selepas kita buat siasatan, kalau aduan itu terbukti, kita akan ambil tindakan dan mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'ketikakpatuhan' parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu yang masih menggunakan perkataan BERSATU sebagai nama rujukan parti, berbanding akronim yang ditetapkan ROS iaitu PPBM.
 
Parti baru itu dilihat enggan menghiraukan arahan ROS apabila terus menerus menggunakan perkataan BERSATU berbanding PPBM dalam program serta ceramah membabitkan mereka.
 
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, penggunaan nama BERSATU bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam akta berkenaan.
 
Untuk rekod, pendaftaran parti baru itu diluluskan pada 8 September lalu, namun ROS menolak penggunaan akronim BERSATU sebaliknya menetapkan penggunaan akronim PPBM terhadap permohonan berkenaan.
 
Sebelum ini beberapa pemimpin Umno melahirkan rasa kurang setuju dengan pemilihan perkataan BERSATU oleh parti itu.
 
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkataan itu sinonim dan sering digunakan, sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
 
 

Selepas menang Olimpik, tiga pemain badminton berlakon filem

Posted: 06 Oct 2016 04:47 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pemain beregu lelaki Goh V Shem kini bergelar pelakon apabila diambil berlakon dalam sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk 'Goodbye Mr Loser' yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun depan.
 
Susulan kejayaan mereka meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio membuka rezeki kepada ketiga-tiganya untuk beraksi pula di layar perak.
 
Liu Ying yang juga seorang model sambilan berkata beliau gembira apabila diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.
 
Beliau berkata kerjaya sebagai pelakon dan model hanya sampingan dan tumpuannya tetap terarah sebagai pemain badminton.
 
"Saya, Peng Soon dan V Shem diberi peluang untuk berlakon, kami sangat teruja. Dalam bidang lakonan untuk menghayati watak adalah susah, tetapi jadi atlet di gelanggang lebih susah lagi," katanya kepada pemberita.
 
Liu Ying menerima penghargaan daripada syarikat pembekal barangan kesihatan OSIM Malaysia hari ini.
 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata beliau kini sedang giat menjalani latihan untuk menyertai beberapa kejohanan terutama Final Siri Super Dunia Dubai dari 14 hingga 18 Dis ini.
 
"Paling penting adalah tahap kecergasan saya. Fokus saya adalah Final Siri Super di Dubai. Bagi beberapa kejohanan terdekat seperti Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, saya perlu tingkatkan ketahanan fizikal saya," katanya.
 
Sementara itu V Shem berkata berlakon filem adalah lebih sukar berbanding menjadi seorang atlet.
 
Baginya tiga jam penggambaran filem tersebut adalah pengalaman baharu dan menarik baginya walaupun sukar untuk menghayati watak yang diberikan.
 
"Bagi saya lakonan susah berbanding menjadi atlet, mungkin sebab pertama kali saya mencuba. Saya belum fikir untuk menjadi pelakon sepenuh masa," katanya, yang berpasangan dengan Tan Wee Kiong.

ADUN Jorak dilantik setiausaha agung BERSATU

Posted: 06 Oct 2016 04:47 AM PDT

MALAYSIAKINI




Serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu.

Ini termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor, dan bekas pemimpin Umno negeri Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh yang dilantik sebagai setiausaha agung.

Selain beliau, akauntan bertauliah lulusan Ireland yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, dilantik sebagai bendahari agung.

Bekas ADUN Semerak, Kelantan Kamarudin Md Nor pula dilantik sebagai ketua penerangan, menurut presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri, menjelaskan semua penjawat jawatan itu akan memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi, selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam PPBM (BERSATU) dan berdoa semoga para penjawat parti yang baru dilantik ini akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran dalam memastikan kelicinan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti," katanya.

BERSATU ditubuhkan selepas Muhyiddin dan penyokongnya hilang kepercayaan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak susulan kemasukan wang berbilion ringgit dalam akaun peribadinya serta kontroversi sekitar 1MDB.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat untuk parti itu.

BMF cabar DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia

Posted: 06 Oct 2016 03:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


NGO alam sekitar antarabangsa, Tabung Bruno Manser (BMF) mencabar bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio berdebat mengenai rasuah di Malaysia

Dalam suratnya bertarikh 4 Oktober, BMF "mempelawa" DiCaprio untuk hadir pada debat awam di kota London pada 14 Oktober ini.

"Kami ingin mempelawa anda untuk membahaskan kesan buruk rasuah besar ke atas masyarakat Malaysia dan alam sekitar.

"Kami juga, khususnya berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai hubungan kewangan Yayasan Leonardo DiCaprio, Appian Way Productions dan anda secara peribadi bersama Riza Aziz, Low Taek Jho dan sekutu mereka," petik surat itu.

Appian Way Productions adalah syarikat yang ditubuhkan oleh DiCaprio.

Riza adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah seorang hartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Riza.

Kedua-dua mereka dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam usaha untuk mendapatkan kembali aset lebih AS$ 3.5 bilion yang didakwa telah diselewengkan daripada 1MDB.

DiCaprio juga dirujuk dalam saman berkenaan sebagai 'Hollywood Actor 1' dan adalah didakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai aktiviti perjudiannya bersama Low.

Terdapat juga tuduhan bahawa dana berkaitan 1MDB turut didermakan kepada Yayasan DiCaprio.

Debat itu dianjurkan sempena pelancaran dokumentari Before the Flood di Eropah yang diterbit dan dibintangi oleh DiCaprio.

"DiCaprio harus memahami bahawa kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal menghentikan rasuah," kata Pengarah Eksekutif BMF, Lukas Straumann dalam satu kenyataan media.

Syarikat: Azizan diperdaya, tapi ada PhD dari AS

Posted: 06 Oct 2016 03:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


Selepas kontroversi minggu lalu, Kumpulan Syarikat Richworks menjelaskan bahawa penceramah motivasi Azizan Osman memiliki gelaran doktor daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS).

Richworks berkata Azizan mempunyai kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, AS sejak 2009.

Malah, beliau juga dikatakan telah memenuhi syarat untuk sebuah lagi gelaran doktor falsafah (psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK).

"Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat," menurut kenyataan itu.

Minggu lalu, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Azizan.

Sementara itu, berkaitan isu ijazah doktor kehormat Universiti Malaya (UM), Richworks mendakwa Azizan telah "disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut".

"Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat," kata Richworks.

"Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.

"Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui."

Katanya, sebagai sebuah organisasi, mereka amat khuatir dengan keadaan itu dan telah melaksanakan "pelan komprehensif" untuk membetulkan keadaan dengan segera.

Dalam kenyataan hari ni, Richworks berkata mereka kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Azizan.

Justeru, katanya, penjelasan itu dibuat untuk "memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian".

Semakan Malaysiakini setakat petang 29 September mendapati laman web Richworks memperkenalkan Azizan diperkenal sebagai pemilik "PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)".

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.

Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Penagih dadah acu parang pada anggota AADK

Posted: 06 Oct 2016 03:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang penagih dadah mengacu parang kepada beberapa anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak di Lumut malam tadi sebelum dia melarikan diri.

Pengarah AADK Perak, Khairul Anwar Ahmad berkata suspek yang berumur 20-an itu terlebih dahulu memanjat bumbung rumahnya selepas menyedari kehadiran anggota AADK kira-kira pukul 10 malam.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kemudiannya mengacu dan melibas parang yang dipegangnya menyebabkan anggota kami tidak berani memasuki rumah berkenaan.

"Anggota kami cuba memasuki kembali rumah itu, tetapi mendapati suspek telah melarikan diri ke dalam semak samun di kawasan sekitar dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya," katanya dalam sidang media di Lumut hari ini.

Beliau berkata 68 individu diperiksa sepanjang operasi itu yang bermula pukul 6 pagi semalam hingga tengah hari tadi dan 26 daripadanya didapati positif dadah.

Sementara itu dua lelaki ditahan kerana positif dadah dalam Ops Bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Teluk Intan hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 42 tahun itu masing-masing merupakan pemandu dan kelindan lori.

Di Kangar pula, dua pegawai AADK Perlis cedera manakala seorang lagi patah tulang pipi akibat bergelut dan terjatuh ketika meyerbu sebuah pondok yang dijadikan sarang penagihan dadah di kawasan Beseri malam tadi.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata kejadian berlaku ketika pegawainya sedang menjalankan Ops Aduan 29/2016 bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Kampung Abi Batas Paip dan Taman Beseri Paya bermula pukul 11 malam.

"Pegawai AADK yang berusia 24 dan 32 tahun itu cedera ketika cuba bergelut dalam usaha menahan beberapa orang penagih dadah yang cuba melarikankan diri dari pondok berkenaan," katanya.

Beliau berkata kedua-dua pegawai itu kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Azizah berkata dalam serbuan itu, seramai empat remaja berusia antara 13 hingga 18 temasuk dua di bawah umur ditahan kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

"Dua daripada empat remaja berkenaan yang berusia 13 dan 14 tahun yang ditahan itu sudah tidak bersekolah dan bertindak sebagai tokan dengan menjalankan aktiviti pengedaran dan jual-beli dadah dalam kalangan rakan-rakan mereka," katanya.

Beliau berkata imodus operandi terbaru pembekal dadah ialah menjadikan remaja sebagai pengedar kecil-kecilan.

"Kedua-dua suspek turut menjadikan pondok kecil bersebelahan rumah salah seorang daripada mereka sebagai tempat melepaskan gian bersama rakan penagih yang lain," katanya.- Bernama