Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHAIRUDDIN MENGAMOK

Posted: 30 Sep 2016 09:30 PM PDT

khai

AIDCNews – 30/9/16 – Bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan kenapa jawatan timbalan presiden parti itu tidak diisi walaupun sudah 3 minggu diluluskan pendaftarannya.
Khairuddin yang dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut persoal kenapa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya dilantik sebagai naib Presiden dan bukannya Timbalan Presiden parti itu.
"Majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu kepimpinan protem menamakan Muhkriz sebagai timbalan presiden secara rasmi, barulah ramai lagi 'gen Y' akan menganggotai parti Bersatu," kata Khairuddin dilaporFMT.
Desakan itu dibuat ketika spekulasi pemimpin PPBM semakin tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dilihat suka bertindak bersendirian.
FMT baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa Muhyiddin tidak mahu berbincangdengan beberapa pemimpin utama, termasuk Mukhriz, di samping sikapnya mengenepikan "orang Mahathir".
"Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM," dakwa sumber portal itu.
Khairuddin menegaskan perlantikan Mukhriz sebagai timbalan Presiden perlu dilakukan kerana ia merupakan sesuatu yang sudah dijanjikan sejak awal.
"Dalam apa jua keadaan kepimpinan protem mesti menrealisasikan impian dan kehendak rakyat serta generasi muda yang mahukan Muhkriz dinamakan secepat mungkin sebagai timbalan presiden parti Bersatu.
"Semua berharap presiden protem dan pengerusi parti jangan mungkir janji," katanya.
Khairuddin, yang terlibat daripada peringkat awal dalam pergerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin Dr Mahathir beberapa bulan sebelum penubuhan PPBM, memilih tidak menyertai parti baharu pimpinan Muhyiddin itu.
Malah Khairuddin dilaporkan FMT akan mempertimbangkan untuk menyertai sama ada PKR atau DAP.
"Tiada komen," jawab Khairuddin secara ringkas ketika dihubungi FMT.
Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.
Keadaan itu dikatakan hampir memaksa Khairuddin, yang selama ini belum menyertai PPBM walaupun aktif dalam Deklarasi Rakyat sebelum ini, untuk mempertimbangkan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin yang sebelum ini lantang bersuara bagaimanapun semakin tidak menonjol sejak pendaftaran PPBM diluluskan awal bulan ini.
Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan menjadi "orang tengah" yang mengatur pertemuan bersejarah Dr Mahathir dan bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, di Mahkamah Tinggi pada 5 September lepas.

PENGAJARAN KATA PAS: DIA SURUH KITA PASANG POSTER DIA TAPI DIA TIDAK UNDI KITA

Posted: 30 Sep 2016 05:00 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim berkata, pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan parti yang menerima baik ideologi dan agenda mereka.
"Bagi PAS, lebih mudah bekerjasama dengan sekutu yang jujur berbanding mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami," katanya.
Tuan Ibrahim turut menyindir sebuah "pakatan politik" yang berbuat demikian semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan.
"Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.
"Kami tidak kisah jika parti itu baru berusia setahun atau dua tahun tetapi parti berkenaan sudah lama dan hanya muncul ketika pilihan raya," ujar beliau.
Tuan Ibrahim turut berasa hairan dengan parti pembangkang itu yang mahu PAS bersetuju dengan pembahagian kerusi, tetapi turut menuduh pihaknya bekerjasama dengan UMNO.
"PAS dijadikan "punching-bag" (karung tinju), kami diserang dengan segala penipuan yang mendakwa kami akan bekerjasama dengan UMNO dan kami adalah "dedak" daripada UMNO.
"Ketika kami diasak sebegitu, mereka masih berharap untuk bekerjasama dengan kami. Sungguh menghairankan," katanya.
PAS kini tidak lagi berfungsi dalam Pakatan Rakyat ekoran perbalahan dengan DAP tetapi masih lagi bersekutu dengan PKR yang memerintah kerajaan Selangor bersama.
Selepas pembentukan Pakatan Harapan yang menggandingkan PKR, DAP dan serpihan parti PAS, Parti Amanah Negara (PAN), PAS menjalinkan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Namun situasi semakin rumit apabila parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) ditubuhkan.
Tun Mahathir menyeru semua parti pembangkang termasuk PAS untuk bekerjasama bagi menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS bagaimanapun enggan menyerahkan mana-mana kerusi mereka kepada Pribumi.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Persempadanan semula p'raya: Kanun sedia pandu proses bantahan

Posted: 30 Sep 2016 09:56 PM PDT

Kanun akan memberikan khidmat nasihat percuma kepada pihak pihak yang memerlukan panduan dalam proses membuat bantahanKanun akan memberikan khidmat nasihat percuma kepada pihak pihak yang memerlukan panduan dalam proses membuat bantahan
Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Kanun) akan memberikan khidmat nasihat percuma kepada pihak-pihak yang memerlukan panduan dalam proses membuat bantahan ke atas cadangan persempadanan semula kawsan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan semua pihak dalam kawasan pilihan raya yang terkesan dengan cadangan SPR tersebut untuk berhubung dengan para peguam Kanun di setiap negeri selepas sesi taklimat dijalankan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penyelarasan tindakan.
Sebelum itu katanya, Kanun akan memberikan taklimat khas kepada pasukan peguam Amanah di seluruh negara dalam tempoh terdekat ini sebagai persiapan dan persediaan untuk membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula ini selaras dengan peruntukan item 5 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Persoalan hakikinya adalah adakah cadangan persempadanan semula ini dibuat bertepatan dengan prinsip dan syarat yang diperuntukkan di bawah peruntukan item 2(a), (b), (c) dan (d) bahagian 1, Jadual ker 13 Perlembagaan Persekutuan? Soalnya dalam satu kenyataan.
Justeru Kanun menyeru pihak SPR agar melaksanakan fungsi dan tanggungjawab mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan adil, berkecuali, berhikmah dan bijaksana sebagai memenuhi tugas dan menjunjung titah perintah Yang Di Pertuan Agong.
"Yang Di Pertuan Agong melantik ahli-ahli SPR dengan kriteria mustahak iaitu mereka boleh mendapat kepercayaan awam sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi Bersih 5 'Flag Off' berlansung aman

Posted: 30 Sep 2016 09:52 PM PDT

Lokasi 'flag off' Konvoi Bersih 5 Lokasi 'flag off' Konvoi Bersih 5
Hari ini bermulanya Konvoi Bersih 5 di enam bandar utama di Lumut, Johor Baharu, Miri, Kangar, Kota Baharu, Sandakan dan Miri berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan di lokasi terbabit.
Dari tinjauan Malaysia Dateline di setiap negeri konvoi bermula jam lebih kurang 9.30 pagi untuk melakukan 'flag off' menuju ke lokasi seterusnya yang telah dijadualkan.
Konvoi Bersih 5 ini dimulakan di empat bandar utama di Semenanjung dan dua bandar utama di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.
Enam bandar utama terbabit dalam acara `flag off' akan menjadi 'check point' semua peserta konvoi sejak awal pagi lagi untuk bersama dengan pemimpin  politik, NGO, gerakan mahasiswa dan rakyat.
Dikalangan peserta ada yang menaiki basikal, bermotor, berkereta menuju ke laluan yang akan menjadi perhentian peserta dibeberapa daerah dan mukim (lokaliti) negeri terbabit.
Perhimpunan Bersih 5 kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
Selain bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamnya penduduk luar bandar tujuaan berkaitan tuntutan Bersih 5 terhadap kerajaan yang memerintah.
Manakala konvoi yang diadakan selama tujuh minggu ini 'obor'akan sentiasa dinyalakan ke setiap destinasi dituju bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang tuntutan Bersih 5.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini dipetik berkata  kepada Malaysia Dateline , beliau berharap  Konvoi Bersih 5 yang akan dirasmikannya di Kota Bharu hari ini, berlansung aman.
Malah katanya lagi,  jika  kumpulan baju merah turut hadir di lokasi peserta konvoi beliau berharap peserta tidak dihalang atau berlaku provokasi oleh kedua pihak membabitkan baju kuning dan baju merah.
Konvoi Bersih 5 yang memperoleh permit kebenaran berhimpun disetiap negeri tidak seharusnya timbul mana-mana pihak menghalang perhimpunan aman dilakukan peserta konvoi.
Konvoi Bersih 5 yang bermula hari ini akan diadakan setiap minggu dan berlansung selama tujuh minggu sebelum tiba ke acara kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 19 November depan.
Aksi Pengerusi Bersih  Maria Chin  di Kota Bharu pagi tadi.Aksi Pengerusi Bersih Maria Chin di Kota Bharu pagi tadi.
Peserta Konvoi Bersih 5  bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan  Maria Chin di Kota Bharu.Peserta Konvoi Bersih 5 bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Maria Chin di Kota Bharu.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut menyertai konvoi di Lumut, Perak pagi tadi.Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut menyertai konvoi di Lumut, Perak pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Husam anggap Hadi tidak mahu kempen tentang rasuah seperti kes 1MDB

Posted: 30 Sep 2016 09:20 PM PDT

"DOJ kata kes 1MDB catat rekod dunia," kata Husam

Posted: 30 Sep 2016 08:56 PM PDT

'Baju merah' muncul di konvoi BERSIH 5.0 di Johor

Posted: 30 Sep 2016 08:55 PM PDT

Volkswagen kuning, Konvoi BERSIH 5.0 Johor mulakan perjalanan

Posted: 30 Sep 2016 08:53 PM PDT

Ambiga, Mazlan Aliman sertai Konvoi BERSIH 5.0 di Johor

Posted: 30 Sep 2016 08:49 PM PDT

Polis Johor beri kerjasama lancarkan konvoi BERSIH 5.0

Posted: 30 Sep 2016 08:48 PM PDT

Konvoi BERSIH 5.0 Kelantan bermula

Posted: 30 Sep 2016 08:47 PM PDT

Jelajah BERSIH dekati rakyat dapat sambutan, kata Maria Chin

Posted: 30 Sep 2016 08:47 PM PDT

Ini mesej Wan Azizah kepada PAS

Posted: 30 Sep 2016 08:46 PM PDT

Puad Zarkashi tak setuju halang sumber asing salur dana politik

Posted: 30 Sep 2016 08:39 PM PDT

Cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk tidak membenarkan sumber dana politik daripada luar negara perlu diperhalusi.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Mohd Puad Zarkashi "Dengan adanya akta ini, maka ia mewujudkan ketelusan daripada mana sumber dana tersebut diperoleh terutamanya jika ia datang daripada sumber luar negara. Cuma saya tidak setuju cadangan yang tidak membenarkan sumber dana politik daripada luar negara.
"Yang patut diharamkan ialah sumber dana politik yang datang daripada sumber haram seperti daripada kumpulan gengster, penjenayah, pengganas atau pihak yang mahu mencampuri urusan politik Malaysia," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Puad berkata, pihak pembangkang harus menyokong akta khas mengenai dana politik yang akan diwujudkan itu.
"Saya berharap pembangkang khususnya Bersih menyokong cadangan akta dan cadangan-cadangan jawatankuasa dibawa ke Parlimen.
"Apatah lagi selama ini merekalah (pembangkang) yang sering mendabik dada sebagai pejuang pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Pakar: Ku Li patut main peranan

Posted: 30 Sep 2016 08:37 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah perlu lebih berperanan dalam politik Malaysia mahupun Kelantan, bersesuaian dengan pengalaman luas dan kedudukannya sebagai negarawan.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dengan cara ini barulah pelbagai masalah disuarakannya boleh diselesaikan.
Tengku Razaleigh Hamzah "Kenyataan Tengku Razaleigh bahawa sekarang ini banyak pemimpin memikirkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat, sudah tidak amanah ataupun sudah tamak, adalah kenyataan yang berani.
"Begitu juga dengan kenyataannya mengenai perpecahan Melayu kepada lima parti politik yang dikatakan akan memberi peluang kepada DAP bermaharajalela dan memudahkan DAP menguasai dan menakluki orang Melayu dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Menurutnya, Tengku Razaleigh mengakui beliau baik dengan kerajaan mahupun pembangkang dan itu menyebabkan beliau diberikan peranan berunding dengan pemimpin pembangkang waktu BN hendak ditubuhkan dahulu.
"Sepatutnya peranan sama dapat dimainkan oleh beliau pada waktu ini, khususnya bagi menyelesaikan masalah perpecahan Melayu yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini, memandangkan beliau masih dihormati banyak pihak," katanya.
Begitu juga di peringkat nasional, pendirian tegas Tengku Razaleigh mengenai pelbagai isu semasa termasuk masalah perpecahan Melayu sangat diperlukan, kerana ia boleh membantu mencorakkan hala tuju politik negara.

Segerakan cadangan akta pembiayaan politik

Posted: 30 Sep 2016 08:26 PM PDT

Akhbar SatarCadangan akta pembiayaan politik perlu dibawa segera ke Kabinet bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dalam PRU14.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, akta itu penting dalam usaha mewujudkan satu pilihan raya yang bersih.
"Cadangan ini perlu dipercepatkan seperti telah dijanjikan. Perlu ada kemahuan politik yang kuat kerana rakyat nak tengok apa yang dibuat oleh kerajaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Akhbar berkata, antara perkara utama perlu ditekankan jika akta itu diluluskan ialah semua dana atau sumbangan politik mesti dimasukkan ke dalam akaun parti dan bukannya individu.
"Dalam mana-mana pilihan raya, setiap parti kena telus supaya tidak wujud kes sembunyi dana atau pecah amanah. Sebab itu kena ada undang-undang khusus.
"Parti politik kena jelaskan kepada rakyat setiap keluar masuk dana. Malah, di luar negara sudah ada undang-undang sebegini di mana rakyat boleh melihat dengan terbuka dana parti politik," katanya.
Bagaimanapun, katanya, akta pembiayaan politik akan sia-sia jika tiada penguatkuasaan dan ahli politik tetap melanggar undang-undang tersebut.
"Kita tak mahu jadi negara yang ada banyak undang-undang tapi tiada siapa nak kuat kuasa. Kita kena tambah lebih banyak penguat kuasa yang mahir.
"Setiap parti tidak kira pembangkang atau pemerintah kena ikutlah apa yang diluluskan," katanya.

Wan Azizah naik 'teksi' di Kota Bharu simbol pelancaran Bersih 5

Posted: 30 Sep 2016 08:21 PM PDT


Wan Azizah mengepalai perarakan 'teksi' di pelancaran Bersih 5 di Kota BharuWan Azizah mengepalai perarakan 'teksi' di pelancaran Bersih 5 di Kota Bharu
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diarak dengan 'teksi' (panggilan untuk beca di Kelantan), sebagai simbolik pelancaran (flag off) konvoi Bersih 5 peringkat negeri Kelantan.
Konvoi berkenaan akan berkembara ke seluruh negeri Kelnatan sebelum menghantar obor ke sempedan negeri Terengganu.
Sebelum itu ketika berucap, Wan Azizah berkata rakyat Malaysia harus malu dengan sistem pilihan raya kita yang penuh dengan kesamaran dan penyelewengan.
"Saya sendiri bila berada di luar negara berasa malu nak mengaku wakil rakyat Malaysia kerana semua orang mencemuh sistem kita yang tidak adil.
"Semua rakyat tanpa mengira parti mesti ikut serta menuntut pilihan raya bersih ini kerana bila ada pilihan raya bersih barulah rakyat mendapat hak mereka tanpa penipuan dan penyelewengan," katanya.

Bersih 5 mahu rakyat Kelantan paling ramai sertai himpunan 19 November

Posted: 30 Sep 2016 08:20 PM PDT

Presiden PKR DS Dr Wan Azizah dan Datuk Husam Musa turut serta di himpunan pelancaran Bersih 5 di Kota BharuPresiden PKR DS Dr Wan Azizah dan Datuk Husam Musa turut serta di himpunan pelancaran Bersih 5 di Kota Bharu
Pelancaran konvoi Bersih 5 di Kota Bharu bermula pagi ini dengan azam mengerah penyertaan paling ramai dari Kelantan ke perhimpunan 19 November ini.
Penyelaras Pantai Tumur Bersih 5, Safwan Anang berkata, pehimpunan aman hari bertujuan menggerakkan rakyat untuk bersama-sama menuntut satu pilihanraya yang benar-benar adil dan bersih.
"Konvoi hari ini mahu semua rakyat sedar bahawa semua mesti ikut serta menuntut satu pilihanraya yang akhirnya memberi kemenangan kepada majoriti rakyat, buka pihak yang memanipulasi undi.
"Kita mengaharapkan penyertaan rakyat Kelantan paling ramai kerana kita yakin rakyat Kelantan ada kesedaran politik yang tinggi.
Turut berucap Yong Safura (Rara) dari DAP, Bekas MP Datuk Zaid Ibrahim dan Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad.

Akta perbelanjaan politik bukan perkara baharu sembang Najib

Posted: 30 Sep 2016 06:55 PM PDT

Umno secara prinsipnya menyokong cadangan pengenalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, ia bukan perkara baharu, malah pernah diutarakan oleh Umno dan BN sebelum pilihan raya umum ke-13 dalam mewujudkan kaedah sumbangan politik yang lebih telus di negara ini.
Najib "Jadi pada prinsipnya, kita bersetuju dan kita perlu menyokong kepada kaedah baharu yang mana kaedah ini perlu disokong oleh kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang).
"Walaupun BN setuju pada masa itu, pembangkang tidak setuju dengan kaedah yang kita nak cadangkan...jadi, kita tak boleh laksanakan, tidak adil lah kalau cuma BN sahaja dikenakan peraturan baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) hari ini menggariskan 32 cadangan termasuk memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik.
Pengerusinya, Datuk Paul Low Seng Kuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan.
Najib berkata perincian berhubung akta berkenaan boleh dibincangkan secara mendalam antara pihak kerajaan dan pembangkang.
"Ada yang kita setuju, ada mungkin kita perlu buat pengubahsuaian, tetapi prinsip kepada perlunya kaedah pembiayaan politik yang baharu adalah disokong oleh Umno dan BN," katanya.

Bila minyak naik RAKYAT AKAN SEJAHTERA

Posted: 30 Sep 2016 06:50 PM PDT




Kerajaan Kelantan perlu disoal rakyat hal pemulihan banjir dan orang asli, kata Husam

Posted: 30 Sep 2016 06:45 PM PDT


Ustaz Hashim Muhammad menyerahkan borang menyertai Amanah kepada Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim AbdullahUstaz Hashim Muhammad menyerahkan borang menyertai Amanah kepada Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah
Dengan mengambil contoh pengurusan banjir 2014 dan skandal penebangan hutan yang kini membangkitkan protes orang asli, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa mahu rakyat menyoal adakah kerajaan negeri sekarang masih mampu menunaikan amanah.
"Ketika mula berlaku banjir 2014 kerjaan tidak memberitahu perkara sebenar kepada rakyat menyebabkan semua menjadi kelam kabut kemudiannya.
"Bila saya diberitahu air telah naik di Dabong dan beberapa kampung telah telah tenggelam pada 22 Disember saya terus ke bilik gerakan banjir di Kota Darulnaim dan dapati hanya empat orang berutas, MB tak ada TMB pun tak ada.
"Semua kita tahu masa tu TMB kata banjir kecil saja, MB pula kata rumahnya turut banjir dan tak boleh keluar membantu.
"Bila saya dah "confirm" keadaan kritikal saya masukkan amaran dalam facebook dan maklumkan keadaan kecemasan.
"Mujur ada satu hamba Allah maklum kepada saya untuk berikan sebuah helikopter membolehkan misi bantuan ke beberapa kawasan yang jauh dan putus hubungan seperti Kandek dapat dibuat segera.
Sekarang timbul pula isu orang Asli membuat kubu manusia membantah penebangan hutan berhampiran kawasan penempatan mereka.
"Hutan adalah rumah dan punca rezeki bagi mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Tambahan Pengundi Muda, Bahaya Pada Najib Dan Umno

Posted: 30 Sep 2016 06:45 PM PDT

Oleh Zainudin Maidin
SEMALAM tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum  telah hampir dan pendaftaran akan ditutup

Mengenai hal ini saya membuat tweet  ringkas dalam twitter saya sebagai berikut:
Kabarnya hari ini ramai anak muda berebut daftar sebagai pengundi. Berita ini tidak baik bagi UMNO kerana majoriti pengundi muda adalah anti Najib.
Saya agak terkejut kerana dalam masa sekelip mata impressions kepada tweet ini ini telah meningkat kepada ribuan. Adakah ini menunjukan perasaan simpati pada Najib atau Anti Najib?
Bagaimanapun apa yang saya perhatikan setiap kali tulisan saya yang menampakan kritikal terhadap Najib  mendapat reaksi pantas  dan bagitu banyak sambutan.
Apakah arti semua ini?

Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan UMNO,Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya,hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong UMNO sekarang tetapi banyak veteran UMNO juga telah tidak percaya lagi kepada UMNO dan mencari borang BERSATU.

Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya  undi kepada UMNO dalam Pilihanraya  UMUM akan datang.Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri

‘Politik wang itu biasa dalam Umno’

Posted: 30 Sep 2016 06:43 PM PDT

Gejala politik wang dan sikap mementingkan kemewahan dalam Umno adalah perkara biasa dan sukar  dihentikan, dakwa bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya, ini kerana sikap demikian sudah merebak bermula daripada pemimpin Umno hingga ke peringkat bawahan.
"Penggunaan politik wang bermula dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno. Kemudian, ia turun ke bawah hingga ke pemilihan peringkat Bahagian, malahan di peringkat Cawangan.
"Apabila ramai pimpinan Umno memperagakan gaya hidup mewah, ia mempengaruhi hingga ke peringkat bawah termasuk dalam kalangan Pemuda. Ia telah menjadi budaya dan norma yang diterima sebagai kebiasaan, bukannya kesalahan dalam Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) kelmarin bahawa ramai pemimpin sekarang lebih mementingkan wang dan kuasa.
Saifuddin yang kini Ketua Sekretariat Pakatan Harapan berkata, apa yang dinyatakan oleh Tengku Razaleigh sememangnya berlaku dalam Umno
"Politik wang berlaku dalam pelbagai bentuk, contohnya, pemberian kontrak kerajaan kepada ahli dan pimpinan Umno, penggunaan sumber kerajaan dalam menggaji aktivis-aktivis Umno dan semasa kempen pilihan raya.  Paling teruk ialah membeli undi, sama ada semasa pemilihan parti dan juga semasa kempen pilihan raya.
"Sebab itu, ramai ahli Umno menggunakan wang untuk mendapatkan jawatan, atau mendapatkan jawatan untuk mengejar wang. Dulu, Umno berjuang tetapi kini Umno berwang," dakwanya.
Katanya, lebih malang apabila kebanyakan pimpinan utama Umno tidak serius untuk membanteras gejala ini.
"Malah, pimpinan tertinggi Umno juga tidak anggap ia satu kesalahan. Jika  terima derma dalam akaun peribadi sebagai satu kesalahan, sudah tentu beliau telah letak jawatan," katanya.

KWSP rancang naikkan simpanan minimum usia 55 tahun

Posted: 30 Sep 2016 06:39 PM PDT

Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75.
Nurini Kassim KWSPKUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan yang jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Jumlah itu akan ditetapkan sebagai sasaran minimum simpanan KWSP yang ahli perlu miliki apabila mereka mencapai usia 55 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75 seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia.
Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangan sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55 hingga 75.
"Kuantum simpanan asas KWSP itu disemak semula secara berkala mengikut pencen minimum kakitangan sektor awam, atau setiap 3 tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir berkuat kuasa pada 2014," kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat, Nurini Kassim.
Berikutan kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang lebih panjang dan kadar inflasi lebih tinggi, KWSP memutuskan untuk menyemak semula simpanan asas kepada RM228,000 daripada RM196,800.
"Sejajar dengan itu, ahli ahli perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak menyertai Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Umno mahu derma 'tin milo' pembangkang turut diteliti

Posted: 30 Sep 2016 06:38 PM PDT

Selain cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Datuk Abdul Rahman Dahlan mahukan lebih pengawasan.

Ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, harus turut melibatkan derma "tin milo" yang diterima pembangkang.

"Saya percaya inisiatif baru tidak hanya melihat jumlah derma-derma besar.
"Ceramah mingguan pembangkang, yang melibatkan derma-derma dengan mengedarkan tin Milo untuk mengutip sumbangan hadiri, patut juga diteliti.

"Sebagai tambahan, sumbangan melalui majlis makan malam kutipan dana juga perlu dilihat.
"Mungkin setiap derma jumlahnya kecil, tetapi memandangkan nilainya besar, angka akhir adalah besar dan boleh jadi sehingga berjuta-juta dalam setahun," kata Rahman di Facebook hari ini.

JKNMPP hari ini mengumumkan 32 cadangan, termasuk keperluan parti-parti mengisytiharkan sebarang penderma yang menyumbang lebih daripada RM3,000 setahun.

Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh anggota parlimen Pakatan Harapan.

Wakil Pandan Rafizi Ramli antaranya berkata cadangan itu hanya untuk menutup masalah integriti yang melanda negara.
Katanya, ia dilakukan hanya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah dengan pembiayaannya dan ia juga tidak lebih daripada tindakan perhubungan awam.

Lupus hutan kekal: Husam jawab Pengarah Perhutanan Kelantan

Posted: 30 Sep 2016 06:32 PM PDT


Husam MusaSaya berbesar hati kerana akhirnya, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengambil tanggung jawab memberikan respon untuk pencerahan bersama dalam isu pelupusan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan secara sistematik - terakhir dengan kelulusan tanaman ladang durian kunyit dalam hutan simpan kekal Kelantan yang didakwa telah diteroka.
Sememangnya menjadi tanggung jawab penjawat awam untuk telus dalam menyampaikan maklumat berkaitan bidang tugas mereka. Amalan menyembunyikan maklumat adalah patut dielakkan.
Penyampaian maklumat bila diperlukan oleh masyarakat awam, seharusnya holistik dan tidak terpilih atau gambaran separuh.
A. KELUASAN SEBENAR DILULUSKAN UNTUK TANAMAN DURIAN KUNYIT?
Tuan Pengarah Hutan dalam jawapan hari ini menulis:
"(5) Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar kepada empat buah syarikat sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya dua syarikat sahaja diberi kelulusan perlesenan yang melibatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. Dakwaan yang menyatakan kelulusan pembangunan kawasan teroka haram dalam KSK seluas 1,697 hektar adalah tidak benar."
Ada empat kelulusan dasar diberikan. Dua dari empat kelulusan dasar itu telah diberikan kelulusan pelesenan iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn Bhd.
Para jawapan Tuan Pengarah di atas tidak jelas, sama ada setiap satu syarikat dari ke empat-empat syarikat diluluskan itu mendapat 100 ha masing-masing atau 100 ha dibahagikan dengan dua syarikat.
Saya terpaksa membuat sedikit andaian dan ini rasanya diizinkan dalam investigative writing.
a. Jika setiap satu syarikat mendapat 100 ha masing-masing, bermakna jumlah keluasan bagi ke empat-empat syarikat termasuk yang mendapat kelulusan dasar tetapi belum mendapat kelulusan lesen adalah 400 ha.
Angka ini tidak sama dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, bahawa hanya 100 hektar sahaja yang telah diluluskan.
b. Jika 100 hektar itu adalah untuk dua syarikat, bermakna setiap satu syarikat mendapat 50 hektar masing-masing.
c. Lebih tepat rasanya, maksud Tuan Pengarah itu adalah masing-masing Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. telah diluluskan seluas 100 hektar.
Bermakna, jumlah keluasan bagi dua syarikat ini adalah 200 hektar.
d. Memandangkan dalam kenyataannya Tuan Pengarah tidak menyebut bahawa dua lagi syarikat yang telah mendapat kelulusan dasar tidak pula dibatalkan tetapi hanya belum mendapat kelulusan lesen, maka adalah selamat untuk berpendapat seluas 400 hektar HSK telah diluluskan untuk tanaman durian kunyit.
e. Kesemua angka ini bersalahan dengan angka 100 hektar yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Surat 1Surat 1B. HSK MANA YANG TERLIBAT?
Tuan Pengarah Perhutanan telah menafikan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution adalah HSK Sg Brok:
"(2) Berhubung dengan dakwaan yang menyatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok, hasil semakan JPNK mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Ini kerana hasil semakan adalah seperti berikut:
(i) Pelan kawasan yang tertera dalam kawasan tersebut adalah tidak merujuk kepada Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan (HS) Sungai Brok. Ini kerana pelan kawasan yang dinyatakan adalah di Hutan Simpan Ulu Galas..."
Tuan Pengarah seharusnya sedar, isu perkaitan dengan HS Sg Brok berbangkit ekoran surat sokongan dari Pejabat MB Kelantan ditujukan kepada beliau yang menyebut dalam kepala surat itu seperti berikut:
"PERMOHONAN PROJEK LADANG TANAMAN DURIAN KUNYIT DI DALAM HUTAN SIMPAN SUNGAI BEROK, KOMPARTMEN 32 DAN 34 SELUAS 404.0 HEKTAR (DALAM ZON TLC)"
No rujukan surat Pejabat MB adalah MB KN (D) 700-1/1 (33) bertarikh 31 Mac 2016.
Surat ini menyokong permohonan SYARIKAT GUNONG BASOR yang disebut oleh tuan telah pun mendapat kelulusan lesen.
Di manakah sebenarnya kawasan Hutan Simpan yang diluluskan untuk Syarikat Gunong Basor jika ia bukan HS Sg Berok?
Tuan Pengarahlah sepatutnya memaklumkan kepada awam untuk menghilangkan kekeliruan.
Gunong Basor dalam surat Pejabat MB, memohon di HS Sg Berok.
Read More / Baca Lagi >>

Nasib baik 'presiden Najib' diungkap TPM bukan pembangkang

Posted: 30 Sep 2016 06:30 PM PDT


Ahmad Zahid ketika berucap di sidang PBB.Ahmad Zahid ketika berucap di sidang PBB.
Malaysia nampaknya sudah menjadi negara republik yang mempunyai presiden, ujar sinis timbalan Ketua Wanita Amanah Nasional (Awan) Aiman Athirah Al-Jundi.
Beliau merujuk ucapan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 24 September lalu.
"Ketika menyampaikan ucapan rasminya mewakili Malaysia di Persidangan UNGA Ke-71 pada  24 September yang lepas, timbalan perdana menteri Malaysia menyebut secara jelas "... jointly launched by... President Obama & President Najib Tun Razak..."
"Bukankah ini satu penghinaan kepada negara, rakyat dan yang paling penting institusi Diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong itu sendiri?" katanya dalam satu kenyataan.
Beliau membayangkan,  jika kesliapan tersebut dilakukan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang atau Datuk S Ambiga, sudah pasti Umno, Perkasa, kumpulan Baju Merah akan bangkit membantah.
"Silap-silap IGP pun akan tumpang semangkuk, beraksi untuk dilihat lebih hero! Adiwira yang  memerlukan agar Malaysia melihatnya.
"Demikian gegak gempita juga seantero dunia dan Malaya bahawa konon kedudukan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu sedang dicabar dan digugat.
"Nafiri perkauman dan pergeseran agama akan kembali mendapat nyawa barunya. Malahan ia akan terus ditiup dari kota raya ke desa paling pedalaman guna menaikkan semangat dan sentimen," katanya.
Zahid dalam ucapannya dilihat tidak fasih  dan tersalah menyebut beberapa perkataan seperti "blue ocean" dan merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai "presiden".
Sedutan Ucapan itu kemudian dikongsi meluas di Internet, yang menyaksikan kebanyakan warga maya memperlekehkannya.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:54 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Mahkamah tetapkan 6 Disember pengurusan kes rasuah Guan Eng

Posted: 30 Sep 2016 06:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes, lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
 
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.
 
Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang.
 
Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
 
Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
 
Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.
 
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.
 
Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya. Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai 2015, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan pada tarikh sama.
 
Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
 

RUU 355: PAS bidas Mufti Pulau Pinang

Posted: 30 Sep 2016 06:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.
 
Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.
 
"Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.
 
"Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?
 
"Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?," kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.
 
Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
 
Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
 
"Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia," petik kata mufti itu semalam.
 
 

Saksi wanita kes bunuh Kevin Morais didakwa beri keterangan palsu

Posted: 30 Sep 2016 06:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang saksi wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi, Selasa lalu.
 
S Yogeswari, 37, yang merupakan saksi ke-37 pendakwaan dalam kes pembunuhan itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor.
 
Yogeswari, didakwa memberi keterangan palsu semasa memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding perbicaraan jenayah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah seperti dalam Lampiran B (Lampiran keterangan palsu) yang mana dia (tertuduh) mengetahui keterangannya adalah palsu.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Tinggi 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 11 pagi, 27 September lalu.
 
Lampiran B itu merujuk kepada keterangan Yogeswari mengenai kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bernombor PEP 1135 miliknya yang didakwa digunakan untuk melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais.
 
Dalam keterangannya sebelum ini, wanita itu memberitahu mahkamah bahawa pada 2 Ogos 2015 sehingga 11 September 2015, kenderaan itu ada bersamanya pada setiap malam, pada tarikh tersebut.
 
Keterangan itu bercanggah dengan keterangan yang diberikannya kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, Inspektor M Vasu pada 27 September 2015, iaitu kenderaan tersebut tidak ada bersamanya tetapi seorang lelaki bernama Selvam menyimpan kenderaan itu sepanjang masa pada tarikh tersebut.
 
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Izzat Fauzan menawarkan wang jaminan RM10,000 dan memohon mahkamah membenarkan jaminan yang tidak terlalu rendah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh selain bagi menjamin kehadirannya ke mahkamah.
 
Peguam V Rajehgopal yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh merupakan ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami dan mempunyai pendapatan yang rendah.
 
"Tertuduh beri kerjasama yang baik kepada pihak polis, tertuduh juga bersedia menerima syarat tambahan jika ditetapkan mahkamah," kata peguam itu yang juga merupakan peguam kepada dua tertuduh yang terlibat dalam kes pembunuhan Kevin Morais.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 November untuk sebutan semula kes.
 
 

Kerjasama boleh dicapai jika pembangkang terima Gagasan Sejahtera - PAS Kelantan

Posted: 30 Sep 2016 06:01 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kerjasama PAS bersama parti-parti pembangkang yang lain hanya boleh dicapai sekiranya mereka menerima Gagasan Sejahtera, tegas seorang pemimpin PAS Kelantan.  
 
Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata demikian mengulas gesaan beberapa parti politik pembangkang yang mahu PAS turut 'bersama' dalam usaha menentang Umno-Barisan Nasional (BN) dengan mewujudkan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Gagasan Sejahtera adalah blok baru yang dianggotai PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa). 
 
"Jika semua sepakat dan menerima Gagasan Sejahtera, ia akan menjadi tindakan berjaya. Jika mereka tidak terima, maka tak boleh bersama. 
 
"Kita tidak pernah tutup ruang perbincangan. Jika ia benar berlaku, maka ia satu langkah positif, langkah yang baik," ujarnya kepada Antarapos, hari ini.
 
Sebelum ini PKR dan DAP menyuarakan gesaan mereka terhadap PAS supaya bersatu dalam usaha mengalahkan Umno-BN supaya tidak berlakunya pertandingan tiga penjuru.
 
Bagaimanapun langkah itu kurang disenangi PAS memandangkan ia secara langsung 'menjalin' kerjasama dengan Amanah, yang merupakan parti serpihannya.
 
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP terkubur tahun lalu ekoran perbalahan berterusan PAS dengan DAP yang enggan bersetuju bersabit dasar Islam yang dibawa PAS.
 
Hingga kini, PAS hanya mengekalkan tahaluf siyasinya dengan PKR, berdasarkan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.
 
Kerjasama PAS dan pembangkang dikatakan akan digerakkan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal berkongsi pentas dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS di Kuala Terengganu esok.
 
Diajukan hal itu, Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan menyifatkan ia perkara yang baik dalam tujuan memastikan pembangkang tidak bertembung kerusi sesama mereka.
 
"Yang kita bincang sekarang adalah untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN. 
 
Muhyiddin sebelum ini menyatakan keyakinannya mampu menjadi pengikat agar PAS bersama pembangkang dalam usaha mengelakkan pertandingan tiga penjuru pads PRU14.
 
Menerusi Program 'Himpunan Harapan Semua' di Terengganu esok, Muhyiddin akan bersama bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.
 
 

Kegigihan Chegubard menguji kekuatan moral PKR

Posted: 30 Sep 2016 06:00 AM PDT

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard bukan lagi ahli PKR. Surat terakhirnya kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta penjelasan pemecatannya tidak berjawab.
 
Bagaimanapun ini nampaknya tidak menggusarkan aktivis politik yang mendakwa pernah termasuk dalam kumpulan pembuat dasar atau "duduk dalam kelambu" parti itu. 
 
Chegubard terus menegur dan membidas apa yang dilihatnya tidak kena dengan parti diasaskan untuk melakukan reformasi terhadap sistem hidup di negara ini.
 
Dalam kenyataan medianya yang mutakhir, Chegubard mengingatkan betapa herotnya sikap dan pendirian politik pimpinan PKR.
 
Beliau mendakwa apabila Datuk Seri Shafie Apdal keluar Umno kerana mengkritik isu1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR menyambutnya bagai seorang wira. 
 
"Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah-belahkan parti," katanya. 
 
Lantas Chegubard mempersoalkan di mana dan apakah bezanya PKR dengan Umno dalam perkara ini?
 
Namun kecenderungan meraikan Shafie Apdal sebenarnya merugikan, malah membawa bala politik kepada PKR sendiri.
 
Ia sekaligus mempamerkan betapa penilaian dan bacaan politik PKR dangkal. Mereka seolah-olah rabun akan natijah politik isu berkenaan kerana sibuk meraikan sesiapa sahaja yang memusuhi musuhnya iaitu Umno.
 
"Antara hujahnya konon Shafie akan membawa lari orang-orang Umno keluar dan Umno khususnya di Sabah akan lumpuh.
 
"Minggu lepas Shafie mengumumkan menubuhkan parti, belum pun apa-apa lagi bukan orang Umno keluar parti tetapi ADUN PKR diculik Shafie," kata Chegubard.
 
Chegu Bard membidas sebagai pelik sikap Presiden PKR memuji tindakan ADUN yang menjadi Naib Presiden lantikan PKR itu sebagai 'betul' dan menyertai parti tempatan Sabah kononnya bagi menumpukan isu tempatan. 
 
"Ini secara tidak langsung mengiktiraf tindakan tersebut dan membayangkan Keadilan gagal bertindak sebagai parti Sabah.
 
"Terkini dalam masa terdekat beberapa lagi ADUN dan pimpinan PKR Sabah akan umum bersama parti Shafie dan dijangka PKR pula akan lumpuh di Sabah," katanya.
 
Chegubard terkenal dengan aktiviti membongkar pelbagai skandal dan isu yang dianggapnya merugikan rakyat dan maklumat yang diperolehinya kali ini menunjukkan PKRlah yang terkesan sikap pimpinan tertingginya. 
 
Yang lebih menggusarkan Chegubard ialah "penghijrahan" beberapa pemimpin PKR Sabah ke parti Shafie itu didorong oleh dedak yang ditabur beberapa tokoh korporat negeri itu. 
 
Jika maklumat itu benar bermakna segala tuduhan PKR terhadap penyokong-penyokong tegar Umno yang didakwa mudah diumpan dedak sebenarnya adalah masalah yang sama dihadapi PKR di Sabah kini.
 
"Ini penting kerana benar perubahan perlu 'diasak' tetapi adakah perubahan yang dicitakan boleh dicapai dengan cara begini? Jangan sampai lari dari mulut harimau masuk mulut buaya...," kata Chegubard.
 
Beliau juga mendakwa bahawa ada pimpinan PKR yang menghubunginya supaya beliau tutup mulut dan menerima pemecatannya dari parti itu.
 
"Saya diam. Namun keadaan tidak berubah. Kartel Azmin menyerang saya dengan fitnah termasuk fitnah seks yang jijik (contohnya oleh AMK PJS).
 
"Malah terbaru ada yang menghubungi keluarga saya kononya mereka ada bukti kerana mereka memasang penyiasat pensendirian mengekori saya. 
 
"Itu belum lagi beberapa teman yang rapat dengan saya diugut dengan pelbagai cara agar menjauhi saya. Perangai pemimpin seperti ini lebih buruk dan jijik dari pemimpin Umno," katanya.
 
Chegubard adalah termometer moral PKR. Bagaimanapun adalah agak jelas pimpinan PKR tidak selesa kehadiran dan fungsi yang dimainkannya dalam parti hingga sanggup memecat keahliannya. 
 
"Presiden PKR di bawah kawalan dan tekanan kartel Azmin yang boleh memuji tindakan ADUN keluar PKR, wajib menjawab surat saya. 
 
"(Dalam) 48 jam jika tidak mendapat jawapan jangan salahkan saya kerana membuat aduan polis berkenaan tandatangan palsu dan laporan ROS juga. 
 
"Saya tegaskan saya bercakap soal keadilan terhadap diri saya yang bercakap mendedahkan berkenaan korupsi Azmin yang saya buktikan, adakah ia salah?," katanya.
 
Kenyataan media berkenaan dibuat pada Selasa, 27 September lalu. Ini bermakna besar kemungkinan, Chegu Bard sudahpun ke balai polis membuat laporan perihal tandatangan palsu digunakan pegawai PKR dalam pengurusan kes pemecatannya.
 
 

Agamawan patut sokong, bukan politikkan RUU 355

Posted: 30 Sep 2016 05:57 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
  
SHAH ALAM: Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak perlu dipolitikkan kerana ia jelas merupakan satu usaha bagi memartabatkan agama Islam.
 
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata, sokongan daripada semua pihak amat diharapkan apatah lagi daripada golongan agamawan.  
 
"Kita harapkan supaya semua golongan agamawan memberikan sokongan kerana ini adalah untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.
 
"Perkara yang baik perlu disokong, tidak perlu dipolitikkan," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa RUU 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia.
 
Wan Salim dalam kenyataannya semalam juga meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta berkenaan.
 
Menurut Wan Salim lagi, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
 
Enggan mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut bersetuju dengan padangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyangkal kenyataan mufti berkenaan.
 
Mohd Khairuddin dalam reaksinya menyifatkan kenyataan Wan Salim seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.
 
Malah beliau sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa  Hadi pada sidang Dewan Rakyat akan datang adalah bagi menegakkan perintah Allah. 


Pakatan Harapan Bakri bantah persempadanan semula

Posted: 30 Sep 2016 05:48 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.Anggota Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri menunjukkan persempadanan baru pilihan raya yang dicadangkan SPR.


Pakatan Harapan Parlimen Bakri, Johor mewujudkan pasukan khas bagi melaksanakan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya P.145 Bakri.

Mereka mendakwa, dalam cadangan suruhanjaya pilihan raya (SPR), N.12 Bentayan akan mempunyai jumlah pengundi sebanyak 27,056 orang, N.12 Simpang Jeram (25,383) dan N.14 Bukit Naning (16,848 orang).

Dalam cadangan ini juga, SPR telah memindahkan Daerah Mengundi Bukit Treh dari N.12 Bentayan ke N. 08 Bukit Pasir dan juga memasukkan Daerah Mengundi Bandar Barat dari N. 15 Maharani ke dalam N. 12 Bentayan.

Menurut perenggan 2 (C) Bahagian 1, Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, jumlah bilangan pengundi setiap konstituensi dalam satu negeri mestilah lebih kurang sama.

Johor mempunyai jumlah pengundi sebanyak 1,649,131 orang. Ini bermakna secara purata setiap Bahagian Pilihan Raya Negeri adalah sebanyak 29,500 orang setiap kawasan.

Menurut Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri Ahmad Anwar Asyraf, tindakan SPR ini telah menjadikan komposisi demografi pengundi di dalam N.12 Bentayan tidak seimbang dan seolah-olah mempunyai motif untuk menjadikan N.12 Bentayan sebuah konstituensi yang dimonopoli oleh kaum Cina.

Justeru katanya,  pasukan khas ini akan bertemu dengan pengundi-pengundi berdaftar di setiap kawasan Dewan Undnagan Negeri (Dun) dalam Parlimen Bakri untuk memberikan penerangan.

"Pasukan khas ini juga akan mendapatkan 100 orang pengundi yang berdaftar dalam senarai pemilih menandatangani surat bantahan yang akan dikemukakan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menyuarakan bantahan dan menandatangani surat bantahan ini boleh hadir ke Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, 22A-1, Jalan Hashim, 84000 Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar, Johor atau menghubungi petugas yang dipertanggungjawabkan mengikut kawasan seperti berikut:

Chua Wee Beng (kawasan N.12 Bentayan): 012-680 1612

Hussein Ibrahim (kawasan N.13 Simpang Jeram): 013-263 5880

Khidir Ismail (kawasan N.14 Bukit Naning): 011-3387 1813

Beliau turut memberitahu, ketiga-tiga parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Bakri, DAP Parlimen Bakri dan Parti Keadilan Rakyat Parlimen Bakri telah bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri.

Sekretariat ini akan beroperasi di Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, No. 22A-1, Jalan Hashim, 84000 Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar.

Ahmad Anwar yang juga pegawai khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan telah dilantik sebagai Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Bakri.

Rasuah: Inspektor polis sarat mengandung dipenjara dua tahun

Posted: 30 Sep 2016 05:46 AM PDT

BERNAMA
 
 
Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.Rasuah jika tidak dibendung menjadi barah masyarakat.


Seorang pegawai polis wanita yang sarat mengandung menangis teresak-esak selepas dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini akibat bersetuju menerima rasuah RM4,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap pembebasan Inspektor Suriati Mohd Shafie, 35, yang hamil sembilan bulan, daripada pertuduhan itu.

Selepas mendengar keputusan itu Suriati menangis teresak-esak dan dia kemudiannya ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya.

Ab Karim berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Jan 2015.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata rasuah adalah kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.

"Sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor yang menjalankan penyiasatan, kamu seharusnya memegang amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti, malangnya, kamu tidak berbuat demikian.

"Kesalahan rasuah jika tidak dibendung akan menular seperti kanser dan akan melumpuhkan pentadbiran negara," katanya.

Terdahulu, peguam G. Subramaniam Nair yang mewakili Suriati selaku responden, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya sedang mengandung sembilan bulan selain mempunyai dua anak yang masih kecil.

Suriati yang berkhidmat 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa bersetuju menerima rasuah RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon yang disyaki terlibat kes samun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Jan 2013.

Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan Suriati membela diri terhadap satu lagi pertuduhan meminta suapan RM6,000 daripada Nurullizean sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya itu pada 1 tengah hari, di tempat dan hari sama, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi pegawai polis ASP S. Ravintharan, 53, yang turut didakwa bersama-sama Suriati bagi pertuduhan bersetuju menerima rasuah di tempat dan tarikh sama, antara 8.30 malam dan 9.30 malam juga diarah membela diri.

Ravintharan selaku responden yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent sebelum ini turut dilepaskan dan dibebaskan.

Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk Suriati dan Ravintharan membela diri.

Polis kesan individu buat ancaman bom Bursa Malaysia

Posted: 30 Sep 2016 05:42 AM PDT

BERNAMA
 
 
Bursa MalaysiaBursa Malaysia


Polis sedang mengesan orang yang bertanggungjawab membuat ancaman bom palsu di bangunan Bursa Malaysia Berhad dan Kuil Kortumalai Sri Ganesar di Jalan Pudu Lama di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata seorang petugas pejabat keselamatan Bursa Malaysia telah menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali yang memaklumkan akan berlaku letupan di kedua-dua lokasi berkenaan selepas solat Jumaat.

"Susulan itu, pekerja itu bersama rakan setugas datang membuat laporan polis dan kami menghantar Unit Pengesan Bom serta Unit Anjing Pengesan di kedua-dua lokasi tersebut namun tiada bom dijumpai.
"Selepas kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, polis mengesahkan bahawa panggilan bom ini adalah palsu," katanya, dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
Tinjauan Bernama pada 1.30 tengah hari mendapati pengurusan kuil berkumpul di luar bangunan itu sementara polis melakukan pemeriksaan dalam kuil.

Di luar bangunan Bursa Malaysia pula, kira-kira 1,000 orang termasuk kakitangan Bursa Malaysia, Bank HSBC dan Astro Awani berkumpul kira-kira 1 kilometer dari bangunan itu.

Pada pukul 3.23 petang polis mengesahkan tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dan bangunan itu selamat.

Kakitangan bangunan itu mula menjalankan operasi mereka seperti biasa selepas pengumuman itu dan kuil meneruskan upacara sembahyang seperti biasa.