Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mahathir menjaja kebencian, Najib yang berwawasan dan perihatin

Posted: 26 Sep 2016 09:12 PM PDT


Bila tidak cukup otak dan fakta untuk berhujah serta posting menyampai maklumat tepat, maka pemakan dedak Tun M akan serang makan dedak. Orang lain dapat dedak macam Clare rewcastle tapi mereka tak dpaat dedak pasal tak cerdik. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/mahathir-beri-dedak-pada-clare-brown.html

Mahathir tidak ada hala tuju dalam perjuangan tapi hanya tahu serang 1MDB sahaja macam trump serang clinton pasal email. Dah tua-tua dan kubur menanti sepatutnya dia bertaubat dan berbudi pekerti mulia:
Ahli politik jangan mencabar, kena jaga lidah! 
http://www.sinarharian.com.my/politik/ahli-politik-jangan-mencabar-kena-jaga-lidah-1.565813 
Najib ada ide, polisi dan rancangan yang mana Mahathir tidak upaya serang. Malah di London, Mahathir puji polisi luar negara Malaysia.

Sarwakiana menulis:

Ketika Najib melaungkan "No Retreat, No Surrender" di Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, ramai tidak tahu laungan itu bukan diajukan kepada marhaen, tetapi di tujukan kepada 3 individu yang berada didalam dewan PWTC itu.

Sebenarnya pergeseran antara Mahathir dengan Najib adalah permainan tinggi rebutan kuasa yang mempunyai kisah belakangnya.

Tetapi, kerana mengetahui diri nya amat popular, maka Tun Mahathir membawa pergeseran antara mereka berdua kepada persada rakyat.

Mengetahui rakyat boleh dimanipulasikan dengan emosi dan jahil kisah sebenar, maka lebih mudah dipersembahkan isu yang mereka kurang arif untuk mereka telan.

Itu sebab nya ketika Rafizi , Anwar dan DAP serta ahli pembangkang yang lain menyerang Presiden UMNO dan parti UMNO , Mahathir sedikit pun tidak mahu mempertahankan UMNO dan Presiden nya, ini kerana serangan dan hentaman dari mereka amat diperlukan Mahathir.

Mahathir menyerang dengan sepenuhnya pun apabila Anwar sudah dimasuk kan kepenjara.

Maka nyata sekali tindakan Mahathir ada lah "calculated".

Sepenuh di http://www.sarawakiana.net/2016/09/najib-pemimpin-ada-prinsip-mahathir.html
 Sebenarnya Najib yang berprrihatin terhadap rakyat, seperti kata pemimpin Sarawak:

Rakyat Sarawak dan Sabah seharusnya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana begitu prihatin terhadap isu mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Berikutan itu, katanya kerajaan Persekutuan pimpinan Najib bersedia meneliti permohonan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1286110 
Mahathir anti Sabah dan Sarawak serta tidak pedulu rakyat di sana hidup dalam kesusahan. Tidak seperti Azmin yang hanya kuat main politik hingga abai rakyat.
https://www.bnbbc.my/azmin-dikecam-sibuk-berpolitik-hingga-abai-masalah-rakyat/
Anak didik Mahathir tu ...buat tak tahu saja pasal rakyat ...
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-rayu-kerajaan-berkas-individu-bertanggungjawab-cemar-sungai-semenyih-117719
Rakan baik Mahathir, DAP dok sibukkan nak selamatkan anak dari tuduhan korupsi yang sudah ada dan tak lama masuk penjara sebab hina mahkamah dan tunggu kes korupsi dalam lokap.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muhyiddin hadapi tugas berat menang kerusi di Johor

Posted: 26 Sep 2016 10:11 PM PDT

Walaupun berstatus anak jati Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin usah bermimpilah untuk menawan negeri tersebut walaupun untuk menang satu kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.
Muhyiddin YassinPukullah canang di sana sini kononnya rakyat Johor akan ada yang menyebelahinya tetapi UMNO negeri tidakkan semudah itu untuk memberi laluan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), parti yang diasaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Seperti kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan hari ini, mana-mana parti yang bertanding di Johor pada PRU 14 nanti akan dihalang daripada memenangi sebarang kerusi.
"Mungkin PPBM merasakan dirinya kuat sebab presidennya orang Johor tetapi sebenarnya tidak sekuat mana pun untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN).
"PPBM hanya lah parti baharu yang belum terbukti kemampuannya malah apa agendanya pun kita tak tahu selain dilihat sebagai parti yang ditubuhkan hanya untuk membalas dendam.
"Sedangkan BN pula telah terbukti cemerlang dan rakyat tahu ia adalah parti yang ada kelebihan dan pelan agenda yang ada hala tuju untuk kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara kita," katanya.

Orang muda pilih parti telus - MAYC

Posted: 26 Sep 2016 09:52 PM PDT


Generasi muda kini lebih cenderung kepada parti politik yang telus dan dapat mewakili suara mereka.

Presiden Pertubuhan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan, Mohd Syahbudin Hashim berkata, maka tidak hairanlah anak muda memilih parti pembangkang yang lebih banyak menawarkan ciri-ciri tersebut.
"Kemunculan parti baru seperti Amanah dan Bersatu, misalnya, membuka ruang yang banyak kepada orang muda. Maka, orang muda yang tak dapat tempat di parti tertentu akan memilih parti sebegini.
Mohd Syahbudin Hashim "Sebab itulah saya lihat ramai orang muda menghiasi parti pembangkang kerana ruang yang diberikan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, katanya, parti kerajaan seperti Umno turut tidak ketinggalan dan masih menjadi pilihan anak muda.
"Dalam Umno ada pemimpin muda seperti Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) yang menjadi ikon kepada golongan belia. Apa saja yang dilakukan beliau menjadi ikutan kepada mereka.
"Namun, Umno tidak boleh hanya berharap kepada Khairy, tetapi perlu menyediakan lebih ramai pemimpin muda sebagai pelapis," katanya.
Menurut beliau, mana-mana parti juga perlu mengadakan lebih banyak program untuk mendengar pandangan golongan belia.
"Kalau kita lihat di bandar, orang muda ramai tak sokong kerajaan. Sebab apa? Sebab pendekatan digunakan sudah lama dan tidak sesuai dengan orang muda.
"Jadi, dari segi gerakan, perlu mesra dengan orang muda. Perlu diingat, suara orang muda bukan bermaksud mereka menentang, tetapi mereka hanya menyuarakan perbezaan pendapat," katanya.

Logo Halal Risda Menyalahi Undang-Undang

Posted: 26 Sep 2016 09:47 PM PDT

PETALING JAYA: Langkah Risda untuk mengeluarkan logo halal sendiri bagi produk yang dihasilkan oleh orang Islam adalah bertentangan dengan undang-undang, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata walaupun niat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah itu adalah baik, namun mereka sepatutnya mendapatkan kebenaran yang diperlukan daripada agensi yang berkaitan.

Kegagalan berbuat demikian melanggar Akta Perihal Dagangan 2011, yang melarang mana-mana pihak lain untuk mengeluarkan sijil pengiktirafan halal sendiri tanpa kelulusan daripada Jakim.

"Sekiranya pihak Institut Kerjasama Islam Malaysia (Ikiam) dan Risda berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu kepada produk muslim keluaran usahawan pekebun kecil Risda, maka ianya adalah bercanggah dengan akta yang jelas menyatakan bahawa hanya Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa di dalam mengeluarkan pengesahan halal.

Read More / Baca Lagi >>

Ahli BERSATU menuju 500,000 orang

Posted: 26 Sep 2016 09:45 PM PDT

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu bertanding di Kedah dan bukannya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam temu bual dengan Sinar Harian, naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau akan membawa parti itu ke Kedah dan bertanding di situ.
Ahli BERSATU menuju 500,000 orang"Saya sendiri akan mengetuai BERSATU di Kedah (Pengerusi BERSATU Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah. Kawasan mana biarlah dirahsiakan dulu.
"Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah," katanya yang dipetik akhbar itu.
Mukhriz adalah ADUN Ayer Hitam dan pada 2008 memenangi kerusi Parlimen Jerlun.
Katanya, BERSATU mendapat sambutan menggalakan apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
Malah menurutnya, terdapat juga ahli Umno yang menyerahkan borang bagi menyertai BERSATU.
"Ada yang berjawatan dalam Umno sertai BERSATU, ada yang serah borang senyap-senyap kerana menunggu masa sesuai untuk umum. Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian pun ada sertai kami.
"Ini petanda positif. Kita tidak paksa sesiapa, ini atas keinginan mereka yang mahukan perubahan. Ramai kalangan rakan-rakan lama dalam Umno pun berminat, mereka mesra BERSATU tapi tetapi belum daftar," katanya.
Mukhriz turut berharap orang ramai menyertai BERSATU di Kedah bukan kerana simpati kerana dirinya dilucutkan jawatan sebagai menteri besar.
Katanya lagi, mereka yang menyertai BERSATU haruslah bersedia untuk mengubah minda dalam menghadapi pertukaran kerajaan di peringkat pusat kerana pihaknya mahu menyelamatkan negara daripada pelbagai kemelut.
Read More / Baca Lagi >>

Berdosa jika umat Islam elak mengundi, selar Nik Abduh

Posted: 26 Sep 2016 09:41 PM PDT

Kegagalan umat Islam mengundi boleh menyebabkan negara jatuh ke tangan mereka yang tidak layak dan sesuai untuk memimpin negara.
nik-abduh-undi-1
Ketua Pemuda PAS menyifatkan perbuatan umat Islam sengaja mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi layak sebagai satu kesalahan dan dosa nyata.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan umat Islam mengundi boleh menyebabkan Malaysia jatuh ke tangan mereka yang tidak layak dan sesuai untuk memimpin negara.
"Kegagalan mengundi oleh seseorang Muslim boleh mengakibatkan amanah pemerintahan negara jatuh ke tangan mereka yang bukan ahlinya yang layak dan sesuai, maka tidak mengundi dengan sengaja adalah satu kesalahan dan dosa yang nyata.
"Oleh kerana melepaskan amanah pemerintahan kepada bukan ahlinya boleh mengakibatkan mudarat dan kezaliman ke atas orang awam yang ramai, maka dosa tidak mengundi akan menjadi lebih besar dan nyata," tulisnya di Facebook beliau, hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, seruan kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Islam mendaftar sebagai pemilih adalah usaha amar makruf (mengajak kepada kebaikan).
"Di antara seruan yang salah dan tidak bertanggungjawab adalah seruan menolak kewajipan mengundi. Ia berpunca daripada kejahilan, kelalaian dan kedegilan yang nyata.
"Ia adalah seruan secara langsung bagi menyokong pemimpin yang korup dan zalim menguasai pemerintahan dengan lebih lama lagi," tulisnya.
Sebelum ini, timbul spekulasi meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada Mac tahun depan. Bagaimanapun, ia disangkal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata, Pakatan Harapan perlu mempertimbangkan pilihan raya awal di Selangor, susulan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara yang didakwanya bertujuan mengembalikan kuasa Umno, khususnya di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Invoke perkenal insentif tunai mingguan galak golongan muda daftar undi

Posted: 26 Sep 2016 09:39 PM PDT


Rafizi  RamliRafizi RamliBermula hari ini, setiap minggu Invoke akan menganjurkan Voters Registration Initiative (VRI) dalam bentuk kempen #UntungDaftar untuk mempercepatkan proses pendaftaran pengundi.
Berbeza dengan kaedah yang selalu digunapakai sebelum ini iaitu jentera parti politik membantu mendaftarkan pengundi (kerana SPR sudah tidak membenarkan kaedah ini).
#UntungDaftar menawarkan insentif wang tunai setiap minggu yang boleh dimenangi oleh pengundi-pengundi yang baru mendaftar akan memperoleh hadiah minguan bernilai RM1,000 (1 hadiah),RM500 (2 hadiah) dan RM200 (tiga hadiah).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan melalui kajiselidik dilakukan atas talian yang dibuat dalam tempoh tiga hari lalu, dapatan menunjukkan 63 peratus dari 708 responden anak muda bersetuju bahawa mereka akan terdorong dengan insentif yang ditawarkan untuk mendaftar dengan lebih cepat.
Manakala 68 peratus responden memilih "wang tunai" sebagai insentif yang paling berkesan.

"Memandangkan terdapat lebih 4 juta pengundi (yang majoritinya adalah pengundi muda yang cenderong kepada Pakatan Harapan dan pembangkang), yang belum berdaftar, kelewatan mereka mendaftar mempunyai kesan besar kepada keputusan PRU14 nanti,"  ujar Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR.
Kempen #UntungDaftar ini akan dijalankan setiap minggu bermula hari ini.

Untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah tunai ini, seorang yang baru mendaftar mengundi hanya perlu mengambil gambar slip pendaftaran dan mengisi maklumat pendaftaran secara talian di bitly.com/untungdaftar.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman www.invokemalaysia.org

INVOKE akan menggunakan promosi atas talian di media sosial, portal dan whatsapp untuk cuba menggerakkan rakyat untuk mendaftar dalam tempoh yang pendek ini.
Setiap beberapa hari, kandungan promosi dalam bentuk video dan lain-lain akan disiarkan untuk disebarkan oleh orang ramai. Promosi video yang pertama boleh ditonton di laman:
Read More / Baca Lagi >>

ALAMAKKK....NAMA PAK LAH PUN TERBABIT JUGA!!

Posted: 26 Sep 2016 09:38 PM PDT

Ada dua persoalan utama timbul berikutan laporan terbaru oleh Free Malaysia Malaysia berkaitan sijil halal kedua yang mahu dikeluarkan oleh Risda dengan dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam.

- Ikiam adalah sebuah NGO yang dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

- Ikiam dipengerusikan oleh Zahidi Zainul Abidin yang juga merupakan Pengerusi Risda. Zahidi, dalam masa yang sama merupakan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Perlis.
Dalam persoalan pertama, dengan merancang mahu mengeluarkan sijil halal kedua untuk usahawan Bumiputera, apakah Ikiam yang dinaungi oleh Pak Lah sedar bahawa tindakan itu adalah bertentangan dengan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jakim sendiri?

Jika Ikiam tidak sedar mengenainya, apakah Pak Lah sebagai bekas Perdana Menteri turut tidak menyedarinya juga?

Dalam hal ini, pernahkah Ikiam meminta pandangan dan nasihat daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum mahu mengeluarkan sijil halal kedua tersebut?

Berkaitan persoalan kedua pula, tidakkah macam pelik apabila Risda dan Ikiam menjalinkan kerjasama sedangkan kedua-duanya dipengerusikan oleh orang yang sama?
Jika pengeluaran sijil halal itu melibatkan bayaran tertentu yang perlu dibuat oleh usahawan Bumiputera dan merupakan pendapatan kepada  Risda dan Ikiam, tidakkah ini bermakna terdapat percanggahan kepentingan yang telah dilakukan oleh Zahidi selaku pengerusi kepada kedua-duanya?

Atau mungkinkah Risda sedang dijadikan "kenderaan"  untuk memberi pendapatan kepada Ikiam sebagai sebuah NGO?

Noh Omar tak perlu politikan masalah bekalan air di Selangor

Posted: 26 Sep 2016 09:37 PM PDT

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar diminta agar tidak mempolitikan masalah bekalan air di negeri itu dengan menuduh kononnya pentadbiran Pakatan Harapan tidak bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menanganinya.
Sedangkan, sejak kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga pada akhir tahun lalu pelbagai projek pembangunan infrastruktur bekalan air telah dirancang dan dilaksanakan.
Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Yeo Bee Yin, berbeza dengan syarikat swasta yang mengaut keuntungan semata-mata, kerajaan negeri sebaliknya telah memperuntukkan hampir RM1 bilion demi kesenangan rakyat dalam jangka masa panjang.
Ia termasuk, katanya, kos bagi pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang; Projek Mitigasi 2 dan 3; dan kerja-kerja menganti 23 paip yang dijangka siap pada 2017 dan 2018 akan datang.
"Dengan projek-projek yang sedang dilaksanakan itu, Selangor akan menerima bekalan air yang sempurna menjelang 2018," katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah ia perlu dikawal selia dengan projek susulan bagi memastikan masalah sama tidak berulang.
Adun Damansara Utama itu berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Noh Omar yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali 'sibuk berpolitik hingga lupa masalah rakyat'.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut mendakwa kononnya kerajaan negeri tidak menjaga kebersihan sungai Semenyih yang menjadi antara sumber bekalan air di negeri itu sehingga berlakunya pencemaran.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno tak jadi laporkan 'dalang' nak singkir PM

Posted: 26 Sep 2016 09:30 PM PDT

Selepas geger dengan tuduhan ke atas dua individu didakwa bersekongkol maju menjatuhkan perdana menteri semalam Pemuda Umno hari ini membatalkan niat mereka membuat laporan polis mengenai dakwaan berkenaan.
Ditemui media Kuala Lumpur hari ini exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata mereka membuat semakan dan akhirnya mendapat maklumat yang dikatakan mereka itu tidak sahih.
"Apabila ada maklumat yang diberikan tak sahih, sebagai parti politik (yang membentuk) kerajaan menjadi tanggungjawab kami sebagai ahli parti untuk tidak melaporkan benda palsu," katanya.
Armand Azha juga mendakwa mereka mahu menunjukkan contoh yang baik melalui pembatalan cadangan membuat laporan polis berkenaan.
"Kalau betul, kita lapor (dan) kalau tak betul (maklumat yang diterima) kita tak lapor," katanya.
Semalam Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan tempatan dan proksi sebuah gergasi korporat kerana didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kata Armand Azha berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu menjadi penaja untuk "gerakan" menyingkirkan Najib.
Malaysiakini tidak menamakan pihak itu kerana masih berusaha mendapatkan reaksi mereka terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kedua-dua individu terbabit diketahui rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara pengkritik paling utama kepimpinan Najib.
Taikun-taikun perniagaan itu menguasai pelbagai kepentingan perniagaan di negara ini, daripada projek pembangunan dan kompleks beli belah kepada hotel.

Khairuddin membisu spekulasi sertai DAP/PKR kerana Muhyiddin

Posted: 26 Sep 2016 09:28 PM PDT

Ia susulan pendedahan ramai ahli dan penyokong PPBM semakin mempersoalkan sikap Muhyiddin yang tidak bermusyawarah dalam mengambil keputusan.
PKR,-DAP,-Khairuddin-Abu-Hassan,-Muhyiddin,-Mahathir,-PPBMDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan masih belum memutuskan sama ada akan menyertai PKR atau DAP, selepas FMT memetik sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menceritakan kekecewaan bekas pemimpin Umno itu terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tiada komen," jawab bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu ringkas ketika dihubungi FMT.
"Saya akan mengeluarkan kenyataan nanti. Apa-apa tindakan saya hanya untuk kepentingan negara dan Dr Mahathir," kata Khairuddin, yang mengaku penyokong tegar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi PPBM.
Sumber FMT sebelum ini melaporkan Khairuddin kecewa dengan sikap Muhyiddin dalam memimpin PPBM yang baru berusia 3 minggu itu.
Muhyiddin didakwa tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping sikapnya mengenepikan "orang Mahathir" dalam parti tersebut.
Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.
Keadaan itu dikatakan hampir memaksa Khairuddin, yang selama ini belum menyertai PPBM walaupun aktif dalam Deklarasi Rakyat sebelum ini, untuk mempertimbangkan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Adun PKR, DAP dijangka ikut Darell keluar parti

Posted: 26 Sep 2016 09:27 PM PDT

Adun Likas, Junz Wong juga dikatakan akan keluar daripada DAP.
sabah2Beberapa wakil rakyat pembangkang di Sabah dijangka menyertai parti pembangkang sedia ada di negeri itu atau menubuhkan parti baharu, lapor China Press.
Akhbar itu melaporkan, selain Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang sudah keluar parti, minggu lalu, 3 lagi Adun PKR dan seorang Adun DAP juga dikatakan akan keluar parti.
Adun Moyog, Terence Siambun dilaporkan pasti akan mengikut jejak Darell keluar PKR dan menyertai parti pimpinan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dan timbalannya, Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.
Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan parti baharu, manakala Liew tidak pasti akan mengikut jejak Adun Klias itu atau menyertai parti pimpinan Shafie.
China Press difahamkan, Lajim pernah menemui Shafie dan ahli Parlimen Semporna itu mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak menjamin akan melantiknya sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, kerana parti itu hendak melatih lebih ramai orang baharu.
Lajim ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan parti baharu.
Difahamkan, PKR pusat akan cuba memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah hanya mempunyai Dr Roland Chia (Adun Inanam).
Sementara itu, Adun Likas, Junz Wong juga dikatakan akan keluar daripada DAP.
Bagaimanapun, beliau yang ditawarkan untuk menyertai parti pimpinan Shafie belum memutuskan sama ada melompat ke parti baharu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mana satu 'logo halal JAKIM' atau 'logo halal Risda'?

Posted: 26 Sep 2016 09:22 PM PDT

Muhyiddin jadi PM jika pembangkang menang, kata Tun M

Posted: 26 Sep 2016 09:21 PM PDT

Armand Azha ditches police report

Posted: 26 Sep 2016 09:19 PM PDT

Umno Tak Gentar Mukhriz Bertanding Di Kedah

Posted: 26 Sep 2016 09:19 PM PDT

Dr M: Muhyiddin jadi PM jika pembangkang menang, tapi...

Posted: 26 Sep 2016 08:42 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah pilihan utama sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya – sekurang-kurangnya bagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap di London minggu lalu, Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung sama ada pemimpin penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipilih sebagai presiden dan sama ada ia dipersetujui barisan pembangkang.

"Jika kamu namakan perdana menteri sekarang, sesetengah orang akan sangat sedih dan ia akan pecah belahkan parti.
"Pada masa ini kita tidak buat apa-apa (untuk pilih perdana menteri akan datang), kecualilah pembangkang menang, kemungkinan besar Muhyiddin jadi PM.

"Tetapi itu bergantung kepada parti, sama ada mereka pilih dia sebagai presiden, dan ia terpulang kepada gabungan (pembangkang) untuk tentukan siapa patut jadi PM," kata Mahathir dalam ucapan di Universiti London pada 21 September.

Klip video ceramahnya dan soal jawabnya dimuat naik ke Internet oleh pengulas politik Mariam Mokhtar.
Mahathir berkata demikian ketika mengulas soalan hadiri berkaitan calon perdana menteri pembangkang dan sama ada mereka berupaya mewujudkan kabinet bayangan.

Najib yang ada kuasa dan perlu diserang, bukan Mahathir

Posted: 26 Sep 2016 08:34 PM PDT

Mohamad Sabu menerima kemasukan ahli baru dari keturunan India dan penubuhan cawangan baru Amanah bagi Parlimen LarutMohamad Sabu menerima kemasukan ahli baru dari keturunan India dan penubuhan cawangan baru Amanah bagi Parlimen Larut
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan Tun Mahathir Mohamad sudah tidak perlu diserang tatkala ini, kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah katanya, serangan terhadap Perdana Menteri adalah suatu kemestian kerana ia mempunyai kuasa yang mampu untuk melakukan apa saja kerosakan terhadapa rakyat sepertimana yang sedang dilakukan kini.
Menurut beliau lagi, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan memberi kuasa meluas kepada Najib selaku Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon darurat.
"Akta MKN ini menjadi senjata untuk Perdana Menteri menyekat suara rakyat dari terus mengkritiknya termasuklah skandal 1MDB.
"Kuasa yang ada pada Najib akan menggalakkan banyak lagi kemungkaran yang boleh dilakukan.
"Jika pada zaman Mahathir banyak berlaku kerugian, sebaliknya pada zaman Najib banyak berlaku kecurian dan merompak wang rakyat, " tegasnya lagi ketika berucap pada program pelancaran Amanah kawasan Larut.
`Beliau juga berkata, negara kini mengalami kerugian besar apabila Perdana Menteri tidak berani untuk menampakkan dirinya dalam beberapa program besar di Eropah dan Amerika.
"Kenapa mesti wakilkan kepada Zahid sedangkan Perdana Menteri berada dalam negara.
"Apa yang menyekat Najib untuk hadir di Amerika dan juga Eropah dalam beberapa program yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri.
"JIka Perdana Menteri tidak berani untuk melawat Eropah dan hadiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk apa lagi beliau menjadi Perdana Menteri, " tanya beliau lagi.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik bagi Najib untuk melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada mereka yang berani unutk membela nasib rakyat menggantikannya dengan segera.
Beliau juga berkata pemimpin negara seperti Najib seharusnya merasa malu apabila negara turut dilabel sebagai sebuah negara kliptokrasi yang menjurus kepada unsur-unsur penyamun dan pencurian dana rakyat oleh pemimpin negara.
Ujarnya lagi, Amanah sudah pun bersedia untuk menjadi pembela bagi memperjuangkan nasib rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewjarnya dari kerajaan Umno dan BN yang sedang memerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Penyatuan Melayu Di Terengganu: Bersatu Sepentas Dengan Pas 1 Oktober Ini

Posted: 26 Sep 2016 08:32 PM PDT


Macam tak percaya pulak poster ni ……
Bukan Saiful Apek …. tapi muka Muhyiddin kat sebelah Hadi tu.
Presiden Parti Bersatu SEPENTAS dengan Presiden Parti Pas !
Errr …. bukan ke Pas tu kamcing ngan Umno ? Bukan ke Presiden Pas dan Presiden Umno dah bersepakat ?
Entahlah …. i don't know. Yang i know, pada 1 Oktober hari Sabtu ini jam 900 malam,  Muhyiddin akan sepentas dengan Hadi di Pekan Kemasik, Kemaman.
Adakah ini boleh dipanggil sebagai PENYATUAN MELAYU ?
Hebat politik ler nih ….
PS – Yang ini pula saya copy dari FB Muhyiddin
Jika Muhyiddin mampu 'satukan' Amanah dan Pas dalam ertikata bersepakat dalam pakatan pembangkang…. memang kena TABIK la !

Dilema Hadi, kekal presiden atau ke mursyidul am

Posted: 26 Sep 2016 08:30 PM PDT


Jawatan tertinggi PAS masih kosong susulan kematian Haron Din, dan Hadi paling layak memegangnya. Namun penggantinya untuk presiden, Tuan Ibrahim, watak yang tidak disenangi.
hadi awang
PAS kini berada di persimpangan antara mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden atau menaikkan beliau sebagai mursyidul am, selepas kematian Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Ini kerana tidak ada tokoh lain yang paling layak memegang jawatan itu selain ahli parlimen Marang itu, namun sebahagian pemimpin PAS agak sukar menerima timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menggantikan Hadi menjadi presiden PAS.
"Tokoh lain tidak ada kekuatan untuk memegang jawatan mursyidul am selain Hadi selepas nama beliau dijulang sedemikian rupa oleh penyokongnya," kata penganalisis dari Ilham Centre.
Badan pemikir yang kerap membuat kajian perkembangan PAS dan kepimpinannya itu mencadangkan jalan yang paling mudah sekarang adalah Hadi memegang kedua-dua jawatan iaitu mursyidul am dan presiden, sehinggalah PAS boleh menerima seorang tokoh baharu memenuhi kerusi presiden.
"Ia bukan sesuatu yang ganjil kerana Yusof Rawa pernah melakukannya sebelum ini. Cuma beliau kena bersedia dituduh oleh lawannya sebagai pemimpin gila kuasa dan mempunyai kuasa mutlak dalam PAS jika memegang kedua-dua jawatan itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.
Menurutnya, cara itu boleh menjejaskan imej PAS ketika parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.
Hisomuddin juga berkata menaikkan Hadi sebagai mursyidul am dan melantik Tuan Ibrahim sebagai presiden adalah langkah paling tepat yang boleh dilakukan PAS sekarang.
"Namun jalan ini bagi saya yang paling sukar untuk dilakukan oleh PAS sekarang," tambahnya.
Ini kerana selepas perpecahan dalam PAS sehingga terbentuknya Amanah, Tuan Ibrahim tidak dilihat selari dengan pemikiran kebanyakan pemimpin PAS yang ada, termasuk selalu bercanggah dengan Hadi sendiri.
"Sesetengah pemimpin yang naik dalam PAS sekarang agak sukar menerima kepimpinan Tuan Ibrahim yang dilihat lebih terbuka untuk bekerjasama dengan pihak luar," katanya.
Tidak disenangi kerana memusuhi Umno
Ketika PAS dilihat mahu mendekati Umno dan menjauhkan diri dari parti lain, Tuan Ibrahim dilihat berterusan bermusuhan dengan Umno dan sedia bekerjasama dengan parti lain termasuk Bersatu, parti baharu dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tuan Ibrahim juga tidak dilihat selari dengan langkah Hadi mahupun Haron Din sebelum ini.
Hisomuddin yakin PAS akan lebih mudah memilih calon lain sebagai mursyidul am daripada memilih Hadi bagi mengelakkan Tuan Ibrahim naik sebagai presiden.
Namun, katanya, jika Tuan Ibrahim terpilih, ia adalah yang terbaik untuk PAS menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana pemimpin PAS Pahang itu boleh membawa PAS ke tengah, berbanding dengan kedudukan ekstrem sekarang, membolehkan parti itu bekerjasama dengan parti lain pada PRU akan datang.
Sepanjang sejarahnya, PAS paling berjaya dalam pilihan raya ketika parti itu bekerjasama dengan parti lain bagi melawan BN.
Siapa selain Hadi?
Read More / Baca Lagi >>

Akar umbi masih mahu parti bumiputera, kata Dr M

Posted: 26 Sep 2016 08:29 PM PDT

Serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) terus mempertahankan keputusannya menjadi sebuah parti untuk penduduk pribumi.
Bekas perdana menteri dan penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun terdapat tuntutan untuk pembaharuan, keputusan itu dibuat kerana golongan itu di peringkat akar umbi mahukannya.

"Jika kita kata, 'tidak, kita kena jadi pelbagai kaum', bagi mereka ia seperti mereka tidak dipandang," katanya dalam ucapan di Universiti London minggu lepas.
Klip video ceramahnya dan soal jawabnya dimuat naik ke Internet oleh pengulas politik Mariam Mokhtar.
Mahathir berkata, BN yang dibentuk oleh parti-parti berasaskan kaum masih mendapat sokongan orang ramai.

"Walaupun kita tidak mahu lihat perkauman di negara ini, kita kena terima bahawa ramai orang masih berpaut pada perkauman kerana mereka rasa tidak selamat," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan memberangsangkan apabila ramai orang Cina turut menyertai BERSATU sebagai anggota bersekutu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada anggota bersekutu boleh bertanding dalam pilihan raya atas tiket BERSATU dan perlu menyemaknya dengan jawatankuasa penajanya terlebih dahulu.

BERSATU sebelum ini telah dikritik kerana menjadi sebuah parti bumiputera tetapi mempertahankannya sebagai sebuah model "hibrid".

7 aksi Ali Tinju gila tapi masih cinta Najib Rosmah (Muhyiddin, Maria Chin, Malaysia Kini...)

Posted: 26 Sep 2016 08:20 PM PDT

TSMY melangkah dari Transformasi ke REFORMASI

Posted: 26 Sep 2016 07:57 PM PDT

GELOMBANG RAKYAT BANGKIT!! Umno BN Jangan Harap Menang Lagi

Posted: 26 Sep 2016 07:33 AM PDT

Nazir bimbang politik campuri ekonomi

Posted: 26 Sep 2016 05:53 AM PDT


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui beliau tidak pernah berhenti daripada berasa bimbang terhadap jalinan politik dan keadaan ekonomi negara.
Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, beliau ditanya berkaitan siri status yang dimuat naik ke Instagram beliau – yang kerap menyentuh kebimbangannya terhadap masa depan Malaysia.
"Ya, saya bimbang," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara bertajuk CIMB's Nazir battling Malaysia's demons (Nazir dari CIMB melawan hantu-hantu Malaysia".
Ia disiarkan dalam keluaran September majalah itu.
"Politik Malaysia mempunyai kaitan lebih besar terhadap ekonomi dan perniagaan berbanding negara lain," katanya.
"Di Thailand, kamu boleh lihat askar menembak di jalanan dan perniagaan sedang dijalankan. Tetapi Malaysia…."
Masalahnya, jelas Nazir, berpunca daripada pembinaan semula negara ini selepas 1970 yang menekankan banyak penglibatan kerajaan dalam sistem ekonomi negara.

PKR tak tolak kerjasama parti Shafie Apdal

Posted: 26 Sep 2016 05:51 AM PDT


SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah membayangkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan parti yang diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.
Katanya, ia bukan perkara mustahil memandangkan pihaknya boleh memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  sebelum ini.
"Sebagaimana PKR boleh bekerjasama dengan Bersatu, maka saya kira PKR di Sabah boleh bekerjasama dengan parti baharu itu.
"Sabah adalah negeri yang istimewa kerana mempunyai kedudukan tersendiri dalam penubuhan Malaysia, ia bukan negeri seperti yang terdapat di Semenanjung," katanya ketika dihubungi Sinar Online, baru-baru ini.
Mohd Shafie sebelum ini dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:35 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Amalan kronisma : MB Kelantan diminta beri penjelasan

Posted: 26 Sep 2016 09:00 AM PDT

Surat sokongan dari MB Kelantan 
Dato Husam Musa melalui satu kenyataannya dimuat naik difesbuknya telah mendakwa bahawa pentadbiran negeri Kelantan kini sedang menuju kepada amalan kronisma yang kronik.

  Husam meminta Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Bin Yakob memberi penjelasan berhubung pemberian beberapa projek kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama.

 Difahamkan, surat kelulusan dari Jabatan Perhutanan  negeri Kelantan kesemuanya pada tarikh yang sama, April 2016.

1. Gunong Basor Enterprise untuk tanam durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Sungai Broke.

2. AA Pavilion Mining utk tanam durian kunyit dan kekalkan kelapa sawit atas tanah rentahan haram dalam Hutan Simpan Ulu Galas dan Hutan Simpan Batu Papan.

3. Taman Astokana Timbers utk keluarkan saki baki kayu dlm kawasan pajakan lombong di Hutan Simpan Nenggiri.

Husam turut menyertakan salinan pendaftaran tiga syarikat tersebut sebagai bukti ketiga-tiga syarikat tersebut kepunyaan Tuan Ali Omar.

 Selain itu, Ali Omar juga dikesan memiliki 44 buah syarikat yg telah memohon dan diberi berbagai kelulusan oleh Kerajaan Islam Kelantan.

 Syarikat Gunong Basor baru 14 hari sahaja ditubuhkan ketika mendapat kelulusan berkenaan menerusi mesyuarat pada 6 April itu.

    Berikut kenyataan penuh Husam :

DURIAN KUNYIT DAN HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI KELANTAN :

Saya merujuk kepada penjelasan oleh SUP YAB MB bertarikh 19 September 2016 meliputi isu:

 - Kawasan yang diluluskan untuk Durian Kunyit di HSK adalah HANYA 100 ha dan bukan 1,000 ha. Perbezaan 900 ha dari apa yang saya sebutkan dalam ucapan saya pada 16 September lalu di Wisma Tok Guru.

 Maka dengan itu saya menyimpang dan berniat jahat.

 DURIAN KUNYIT

 Saya petik semula penjelasan SUP MB : 

"3. ……… semenjak YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.

 4. Tuduhan YB Dato' Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Dato' Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas".

 Jawapan saya:

 a. Dalam kenyataan SUP MB, tidak disebut syarikat mana telah diluluskan HANYA 100 ha HSK untuk ditanam dengan Ladang Tanaman Durian Kunyit.

 Andaian yang boleh saya buat adalah, ada kemungkinan kelulusan seluas 100 ha yang disebut oleh SUP MB seperti di atas merujuk kepada permohonan Syarikat Gunong Basor Enterprise, berdasarkan surat arahan untuk permohonan syarikat ini untuk diangkat ke mesyuarat JKuasa Kecil Perhutanan dan 'langkahan selanjutnya pihak tuan', dari pejabat MB kepada Pengarah Perhutanan bertarikh 31 Mac 2016. 

  Surat sokongan Pejabat MB itu bermakna hanya LAPAN hari selepas syarikat ini didaftarkan dengan SSM. (Salinan surat Pejabat MB kepada Pengarah Hutan dikembarkan).

 Permohonan asal syarikat ini, mengikut surat Pejabat MB itu adalah 404 ha/ 998 ekar, tetapi ada kemungkinan ia hanya diluluskan sebanyak 100 ha/400 ekar sahaja.

 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri selepas surat pejabat MB ini ialah pada 6 April 2016.

 Jika syarikat ini mendapat kelulusan berkenaan menerusi mesyuarat pada 6 April itu, bermakna dalam tempoh EMPAT BELAS HARI SAHAJA dari tarikh syarikat ditubuhkan, ia sudah mendapat DURIAN RUNTUH dengan permohonan DURIAN KUNYITNYA!  Hebat!

1. Gunong Basor Enterprise untuk tanam durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Sungai Broke. 2. AA Pavilion Mining utk tanam durian kunyit dan kekalkan kelapa sawit atas tanah rentahan haram dalam Hutan Simpan Ulu Galas dan Hutan Simpan Batu Papan. 3. Taman Astokana Timbers utk keluarkan saki baki kayu dlm kawasan pajakan lombong di Hutan Simpan Nenggiri.

Syarikat Gunong Basor Enterprise, mengikut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dimiliki oleh Tuan Ali Omar. Tuan Ali Omar telah memuat satu posting dalam FBnya bertarikh 20hb September 2016 mendakwa kelulusan yang beliau perolehi untuk penanaman durian kunyit dalam hutan simpan tidak melibatkan tebangan balak kerana kawasan ini telah diteroka oleh peneroka haram. Beliau menulis : 'permohonan yang melibatkan syarikat saya'.

Salinan posting yg dikembarkan.Klik di sini
  Ini mengukuhkan andaian bahawa syarikat yang mendapat kelulusan 100 ha atau 400 ekar hutan simpan itu adalah Syarikat Gunong Basor yang telah disokong permohonannya oleh Pejabat Menteri Besar.

 Apa kelayakan syarikat ini sehingga permohonannya boleh diluluskan secepat kilat?

 b. Soalnya, adakah satu ini sahaja kelulusan berkait dengan penanaman durian kunyit dalam HSK?

 Saya mengajak MB dan SUPnya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016.

Kepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining berbunyi:
'PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN'. 
Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,193.287 ekar!

 Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.

 Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bahkan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.

 Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!

 Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?

 c. Memang benar durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.

 Namun, seingat saya, durian TIDAK disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walau pun ia adalah spesis hutan. Ini adalah dua perkara yang berbeza. Apa lagi DURIAN KUNYIT.

 Sebab itu, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai. Getah yang disenaraikan adalah TIMBER LATEX CLON. Perkataan TIMBER itu membezakannya dari getah biasa.

 Durian kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil. Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu. Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya.

Ladang durian kunyit sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.

Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang. Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal. Inilah yang berlaku di negeri ini pada hari ini.

 Status di atas kertas adalah hutan simpán kekal tetapi hutannya sudah tidak ada lagi.

Saya sangat berbesar hati jika SUP MB Kelantan dapat menunjukkan saya bahagian Enakmen Perhutanan Kelantan yang menyatakan DURIAN KUNYIT adalah sangat digalakkan untuk tanaman dalam Ladang Hutan dan tarikh kemasukan DURIAN/DURIAN KUNYIT dalam gazet Enakmen berkenaan.

d. Kawasan yang dipohon oleh Syarikat Gunung Basor adalah dalam HSK Sg Brok.

 Semakan kami ke tapak berkenaan menunjukkan masih terdapat 7 hingga 8 tan hasil kayu se ekar. Hanya 20% sahaja dari kawasan ini yang telah diteroka secara haram meninggalkan kawasan tidak berkayu. Saya yakin, laporan renjer Pejabat Hutan yang baru disiapkan Rabu lalu, selari dengan jumlah yang saya sebutkan. Menunggu laporan renjer disiapkan terlebih dahulu adalah antara sebab saya sedikit lambat memberikan respon kepada kenyataan SUP MB.

Bermakna terdapat sejumlah 2,240 tan kayu berbaki atas kawasan seluas 100 ha ini, berdasarkan 20% dari kawasan adalah diteroka haram seperti didakwa.

 Dakwaan sesetengah pihak bahawa kawasan ini langsung tidak berkayu adalah bohong dan berniat melindungi kedudukan yang sebenar atas tujuan mengaut keuntungan darinya.

 Ini bermakna, Syarikat Gunung Basor akan menikmati DURIAN RUNTUH sebelum DURIAN KUNYIT.

 Beranikah YAB MB melawat kawasan ini bersama saya, media dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk membuktikan ianya tidak berkayu?

 e. Alasan terokaan haram telah digunakan untuk meluluskan permohonan AA Pavilion, termasuk menguruskan apa yang dikatakan tanaman kelapa sawit oleh peneroka haram untuk selama dua puluh lima tahun, seperti surat kelulusan yang dikembarkan.

 Soalnya, kenapa kawasan ini bersama tanaman kelapa sawitnya tidak ditender?

 Mengapa peneroka asal tidak diberi peluang dengan terma yang sama? Benarkah alasan ini?

 Beranikah kerajaan melantik satu pihak bebas memeriksa kesahihan maklumat dan alasan ini?

 f. Adakah kebetulan, semua syarikat ini - AA Pavilion dengan kelulusan 1,697 ha, Syarikat Gunong Basor dengan kelulusan 100 ha (berdasarkan kenyataan SUP yang tidak menamakan secara jelas syarikat yang mendapat kelulusan tetapi Tuan Ali Omar mengaku beliau mendapat kelulusan tanaman durian kunyit) dan satu lagi, Taman Astakona Timber Solutions dengan kelulusan pengeluaran saki baki kayu kayan atas kawasan seluas 250 ha - semuanya berkait dengan pemilik yang sama. Juga surat kelulusan dari Jabatan Perhutanan kesemuanya bertarikh April 2016.

 Saya sertakan cetakan dari Suruhajaya Syarikat (SSM) berkait pemilik berkenaan bagi ketiga-tiga syarikat itu.

 Saya pohon YAB MB memberikan penjelasan.

 g. Saya difahamkan, orang yang sama telah diluluskan LAPAN BELAS kelulusan semuanya, dari 44 buah syarikat beliau yang berdaftar di SSM pada mesyuarat terakhir Jkuasa Kecil Perhutanan, iaitu pada 6 April yang lalu. Saya pohon YAB MB mencari satu kaedah untuk membolehkan dokumen mesyuarat berkenaan disemak oleh pihak-pihak yang berwibawa untuk mengesahkan kedudukan ini.

 ADUN Kerajaan dan Pembangkang termasuk saya, boleh menjadi pihak menyemak dokumen mesyuarat berkenaan. Saya difahamkan, dokumen-dokumen kelulusan bagi 18 syarikat itu telah beredar di pasaran untuk tujuan mencari pembeli.

 PAC Kelantan boleh diminta menyemak dokumen mesyuarat pada 6 April itu untuk mengetahui kedudukan yang sebenar dan saya diizinkan untuk sama menyemaknya.

 YAB MB sepatutnya tidak keberatan berbuat demikian jika prinsip ketelusan menjadi prinsip pentadbiran beliau. Ini juga yang diajar oleh Islam.

 h. Surat kelulusan kepada Taman Astakona ini juga menunjukkan orang yang sama telah mendapat kelulusan perlombongan, sehingga membolehkan beliau memohon kelulusan pengeluaran saki baki kayu atas kawasan perlombongan yang diluluskan itu.

 Rujuk dokumen kelulusan kepada Taman Astakona itu, di mana kepala surat dari Pengarah Perhutanan kepada Taman Astakona berbunyi:
'PERMOHONAN MENGELUARKAN SAKI BAKI KAYU DALAM KAWASAN YANG DILULUSKAN PAJAKAN MELOMBONG DI HUTAN SIMPAN NENGGIRI SELUAS 250 HEKTAR'

 i. Saya tidak tahu ini semua satu skandal atau tidak. Nampaknya, paling kurang, ia menuju kepada amalan kronisma yang kronik yang menghanguskan kekayaan bumi Kelantan.

 j. Ketelusan YAB MB sangat diperlukan. Hanya dengan ketelusan yang diyakini, kejujuran dapat dibuktikan. Khazanah negeri dapat dilindungi.

k. SUP MB perlu menyemak fakta-fakta dengan lebih teliti sebelum menggunakan kata-kata tuduhan menyimpang dan berniat jahat.

 Amalan demokrasi dan juga berkerajaan secara Islam memerlukan tegur menegur dan ketelusan, bukan kata-kata kesat dengan sewenang-wenang.

 l. Demi ketelusan, YAB MB mesti tampil menjelaskan ini semua.

 Rakyat Kelantan berhak mengetahui kedudukan sebenar secara keseluruhan. Termasuk asas-asas yang digunakan untuk mempertimbangkan kelulusan kepada mana-mana pihak dan had kelulusan kepada pihak yang sama secara berulang-ulang.

 Lebih penting lagi adalah isi kayu yang ada dalam kawasan-kawasan berkenaan didedahkan kepada umum dan jumlah kerugian dari pendapatan isi kayu berikutan ketiadaan sistem tender dalam penganugerahan-penganugerahan berkenaan.

 Ia belum lagi mengambil kira kesan ekologi yang berpanjangan yang diakibatkan oleh kelulusan-kelulusan ini termasuk kesan kepada tadahan hujan dan lain-lain.

 Juga apa jaminan kemampuan syarikat dari orang yang sama ini melaksanakan semua kelulusan yang diberikan kepadanya.

 m. Saya menunggu kelulusan YAB MB untuk saya menyemak dokumen-dokumen mesyuarat berkenaan bersama PAC Kelantan.

 n. Saya berterima kasih kepada team penyelidik Pusat Aduan Rakyat Kelantan yang telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan.

 Husam Musa
 26 September 2016/24 Zulhijjah 1437

Salleh Said Keruak terkuak-kuak...

Posted: 25 Sep 2016 06:00 PM PDT


  Malaysiakini melaporkan : Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.

 Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.

 "Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

 "Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.

 Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.

 Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.

Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.

 "Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.

 "Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.

 Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan. Klik di sini