Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Projek perumahan untuk Generasi kedua Felda

Posted: 22 Sep 2016 09:49 PM PDT

 Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta ini dibiar tenggelam dalam semak samun. Bila Perdana Menteri umum peruntukan RM1.4 bilion pada tahun 2012 untuk menyediakan 20ribu unit rumah seluruh negara, #PGBF anak-anak Felda menyambut dengan air mata keriangan.
 Pilihanraya Umun yang lalu Barisan Nasional menang selesa di 51 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda. Anak -anak muda sangat mengharapkan mereka memiliki kediaman yang sempurna selain boleh membantu ayah dan ibu mereka yang kian uzur kerana peneroka mula mendiami Bukit Tajau sejak 1969 lagi dengan tanaman getah ( kini ditukar kepada sawit ).
 Sampai bilakah kami semua anak-anak generasi Felda akan terus dinafikan untuk memiliki kediaman sendiri? Kerugian terus menerus dicatat apabila banyak peralatan pembinaan menjadi rosak dan dicuri. Siapakah yang bertanggungjawab?
Saya akan dedahkan satu persatu untuk membuktikan projek ini indah khabar pemberi harapan dan pernantian sahaja. Banyak lagi projek seperti ini di seluruh negara.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mukhriz: Jika kita berjaya, khidmat PM dihad dua penggal saja

Posted: 22 Sep 2016 04:12 PM PDT

Sekiranya kerajaan baru berjaya ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Naib Presiden BERSATU, Datuk seri Mukhriz Mahathir berkata tempoh had masa itu perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.
"Insya-Allah kalau kita berjaya dengan izin Allah dan sokongan tuan, puan kita dapat tubuhkan kerajaan (PRU14) nanti kita ingin mencadangkan supaya tempoh perdana menteri dihadkan dua penggal sahaja dan tak lebih 10 tahun.
"(Tempoh itu) Cukup, (kerana) banyak negara buat begitu," kata ahli Parlimen Jerlun itu ketika berucap dalam majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz di Shah Alam malam tadi.
"Tapi lepas ini mungkin ada yang menyatakan Tun Mahathir dulu 22 tahun jadi perdana menteri tak apa pun, tapi zaman itu boleh kot, zaman sekarang ini mungkin kita dah terkena dengan Najib, maaflah. Tak boleh dah, kita takut ia berulang lagi macam tadi tak serik-serik.
"Jadi biarlah sebagai satu amalan kita seorang yang memegang jawatan perdana menteri itu hanya boleh bertanding sebanyak dua kali. Itu pun jika rakyat kekalkan dia untuk penggal kedualah," kata Mukhriz.
Mengulas lanjut Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu berkata beliau yakin sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan mustahil untuk berulang isu skandal 1MDB, SRC dan derma RM2.6 bilion.
"Saya yakin tidak akan berlaku masalah RM2.6 bilion, masalah 1MDB atau SRC di bawah kerajaan baru yang kita terajui nanti... insya-Allah," kata Mukhriz.
Read More / Baca Lagi >>

BERSATU saran pembangkang bentuk barisan alternatif guna satu logo

Posted: 22 Sep 2016 04:08 PM PDT

Bagi berdepan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal mengesyorkan kepada parti pembangkang untuk membentuk satu barisan alternatif.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata barisan alternatif menyerupai parti kompenan BN yang bernaung di bawah satu logo.
Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah berkata, perkara tersebut akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam masa terdekat.
"Satu lawan satu sangat penting dalam PRU14. Apa yang kami cadangkan... ini peringkat cadangan, insya-Allah Tun Mahathir Mohamad (pengerusi BERSATU) akan bincang dengan ketua-ketua parti agar wujudkan satu gabungan untuk semua parti pembangkang.
"Macam BN ada 14 parti di dalamnya. Dalam media sosial mereka cadangkan Barisan Rakyat (BR). Tak tahulah nama itu diterima atau tidak," kata Mukhriz.
Ahli parlimen Jerlun itu berkata demikian ketika sesi dialog Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam, malam tadi.
Terdahulu, lebih 100 anggota Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan keluar parti dan menyertai BERSATU malam tadi.
Mengulas lanjut Mukhriz berkata gabungan itu penting supaya semua parti pembangkang bertanding melawan BN dengan satu logo, selain ia juga tidak akan mengelirukan pengundi.
Bagaimanapun, ketika disoal sejauh mana penyertaan PAS dalam gabungan itu, Mukhriz menjawab ia merupakan satu persoalan terbesar.
"Itu persoalan yang besar. Bayangkanlah kita ada BN lawan BR, tiba-tiba ada parti bulan (PAS), nampak sangatlah dia tak bersama dan dia menjadi faktor ketiga.
Read More / Baca Lagi >>

Kukuhkan ideologi, resepi untuk Amanah kekal

Posted: 22 Sep 2016 04:05 PM PDT

Sama seperti Umno dan PAS di saat awal penubuhannya, Amanah perlu menumpukan perhatian mengukuh asas ideologi partinya.
Fathi-Aris-Omar_amanah
KUALA LUMPUR: Sebagai parti baru, sukar bagi Amanah untuk bersaing dengan parti politik sedia ada, terutama pesaing utamanya, PAS yang sudah wujud lebih setengah abad lalu.
Malah tanpa asas idealogi yang kukuh, ramai yang akan melihat parti itu sama seperti PAS. Apatah lagi ia adalah serpihan daripada parti Islam itu.
Itulah kritikan utama ahli panel dalam forum 'Setahun Amanah: Subur atau Terkubur' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor, di sini semalam.
"Amanah kena ada ideologi yang jelas, selain pemimpin berkarisma.
"Apakah Islam yang ingin dibawa Amanah, di tengah-tengah Islam gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa yang terlalu mendominasi," kata penulis Fathi Aris Omar.
Beliau berkata, Amanah memulakan langkah yang betul dengan membawa wacana 'maqasid syariah' namun berhadapan cabaran apabila majoriti masyarakat tidak melihat politik sebagai 'persaingan idea'.
Amanah ditubuhkan pada 16 September 2015 oleh sekumpulan bekas pemimpin PAS – digelar golongan profesional – yang tewas kepada muktamar pemilihan tahun sama.
Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang konservatif, Amanah dilihat lebih cenderung kepada idea 'demokrat Muslim' bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid Ghannouchi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu dilalui parti baru.
"PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme," katanya.
Beliau menjadikan Parti Sosialis Malaysia (PSM) – yang berdaftar secara rasmi pada 2008 – sebagai contoh parti yang lebih menekankan soal idealisme dan perjuangan, berbanding perseteruan politik.
Beliau juga membangkitkan rekod buruk Amanah dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon Amanah hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Read More / Baca Lagi >>

USD$6 Juta: Pemuda Pakatan Harapan Sabah serah memorandum siasat Rosmah

Posted: 22 Sep 2016 03:56 PM PDT

Memorandum yang diserahkanPemuda Amanah, AMK, DAPSY Sabah di pejabat SPRM  untuk mengesa isteri perdana menteri di siasat.Memorandum yang diserahkanPemuda Amanah, AMK, DAPSY Sabah di pejabat SPRM untuk mengesa isteri perdana menteri di siasat.
Pemuda Amanah, AMK dan DAPSY telah menghantar satu Memorandum bersama berkaitan Laporan Berita Wall Street Journal terhadap Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Memorandum ini diserahkan bagi menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berikutan satu laporan daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 12 September 2016 lalu.
Memorandum Pemuda Pakatan Harapan Sabah itu ditandatagani oleh Setiausaha Pemuda Amanah Sabah, Asraf Sharafi, Pengarah Komunikasi Amanah Sabah Khairuddin Daud, dan Ahli Jawatankuasa AMK Negeri Sabah(Zon Utara) Mohammad Razeef Rakimin dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sabah Henry Shim Chee On.
Menurut kenyataan bersama itu laporan dibuat untuk menggesa SPRM menyiasat sumber kewangan bagi perbelanjaan besar tersebut sama ada wujud unsur jenayah atau korupsi.
"Siasatan ini penting bagi menjamin integriti dan nama baik Perdana Menteri dan institusi penguatkuasa undang-undang kerana berita tersebut mendapat liputan antarabangsa.
"Laporan portal berita Malaysiakini memetik berita daripada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Rosmah Mansor telah membelanjakan sekitar USD$6 juta untuk tempoh 2008-2013 bagi membeli barangan peribadi termasuk barang kemas, kasut dan pakaian. Walau bagaimanapun,sehingga sekarang, tiada penafian oleh pihak Datin Sri Rosmah Mansor," terangnya.
Read More / Baca Lagi >>

BERUANG DAN ANGGUR MASAM

Posted: 22 Sep 2016 03:53 PM PDT

Ada suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan.

Ketika berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera menggamit seleranya.

Keinginan untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti tidak dapat ditahan-tahan lagi. Apalagi, beruang pun segera melompat untuk meragut buah anggur yang tergantung-gantung itu.
Sekali melompat, tangannya tidak sampai untuk mencapai buah anggur itu, lalu dicubanya sekali lagi. Gagal lagi. Dia melompat lagi, tetapi gagal juga memetiknya.

Berkali-kali cuba melompat, sehingga akhirnya keletihan tetapi tidak juga dapat dipetiknya anggur itu.

Baru disedarinya bahawa buah anggur yang sedang masak ranum itu agak tinggi dan tak sampai dek capaian tangannya, meskipun telah cuba melompat untuk memetiknya berkali-kali.

Beruang akhirnya duduk termenung memikirkan nasib dirinya. Tidak lama kemudian, dia berbisik kepada dirinya, "kenapa bodohnya aku bersusah payah melompat untuk memetik anggur yang sebenarnya masam dan tidak enak untuk dimakan itu?"

Dia kemudian berlalu pergi, tetapi dalam hatinya tetap ada rasa kesal dan sesekali tertoleh-toleh buah anggur yang gagal dipetiknya itu.

Lumrahnya begitulah - kalau dah tak dapat anugerah, akan dikatalah tak terhegeh-hegeh. Cuba kalau dapat?

Mujurlah ada kisah beruang dan anggur masam, dapatlah juga Salleh Said Keruak meneruskan pembodekannya dengan mengatakan  "tak terhegeh-hegeh" dengan anugerah.

110 ahli akar umbi Umno sertai BERSATU

Posted: 22 Sep 2016 03:52 PM PDT

Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan keluar parti malam tadi.
Malah pengumuman itu disusuli dengan penyerahan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.
Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.
Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.
Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama.
Malah, Mohd Hamidi mendakwa beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu.
"Malam ini hanyalah gelombang pertama dan ia akan disusuli dengan gelombang seterusnya. Saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai BERSATU," katanya.
Antara yang menyertai BERSATU malam tadi ialah AJK Umno bahagian Serdang, Zainurin Ariffin; exco Pemuda dan ketua Umno cawangan di bahagian Kapar, Mahathir Mansor dan ketua Cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh bersama 10 ahli cawangan yang sama.

Dr M juga ‘menabung’, tetapi untuk buka kedai roti

Posted: 22 Sep 2016 03:50 PM PDT

"Hakikatnya, tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa jadi PM."
mahathir-najib
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha mencari salah lakunya selepas meletak jawatan Perdana Menteri tidak membuahkan hasil memandangkan masih belum ada dakwaan mahkamah sehingga hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata gaji yang diterima daripada kerajaan sudah lebih daripada mencukupi untuknya.
"Saya (juga) tidak perlu belanja gaji untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan," tulis Dr Mahathir di blognya hari ini.
"Gaji selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank," katanya lagi.
Dr Mahathir menyanggah pengkritik yang berkata beliau tidak layak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana "turut membuat perkara sama" ketika mentadbir negara.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjawab beliau tidak pernah dituduh mengamalkan rasuah, sepanjang 22 tahun memimpin negara.
"Bilakah saya dituduh, di dalam dan luar negara, mencuri duit kerajaan berbilion ringgit?" soal Mahathir, menekankan duit kerajaan itu sebenarnya duit rakyat.
"Saya biasa dituduh sebagai perasuah dan mempunyai kroni…tetapi sebagai orang politik tuduhan ini perkara biasa. Hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa jadi Perdana Menteri," tambahnya.
Namun Mahathir akui beberapa keputusannya dahulu menyebabkan kerajaan menanggung kerugian, namun itu tidak boleh disamakan dengan rasuah.
Beliau merujuk skandal bijih timah Maminco Sdn Bhd dan Perwaja Steel Sdn Bhd, dua syarikat yang menyebabkan kerajaan kehilangan jutaan ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

TUN M: MEMPERTAHANKAN NAJIB

Posted: 22 Sep 2016 03:49 PM PDT

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.
2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa "Malaysian Official 1" (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.
4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.
9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan negara sekarang sudah tahap 'gaban'

Posted: 22 Sep 2016 03:45 PM PDT

Keadaan negara  sekarang sudah tahap 'gaban' Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, menjatuhkan perdana menteri itu hanya sebahagian kecil tujuan penubuhan parti tersebut.
"Yang lagi besar adalah kerana keadaan negara sekarang ini yang memudaratkan rakyat sendiri sampai ke tahap 'gaban'...teruk sangat.
"Malang sekali kerajaan yang diberi mandat...semakin hari semakin banyak masalah," katanya pada sesi dialog bersamanya di sini, hari ini.
Menurutnya, Bersatu bukan ditubuhkan untuk suka-suka sebaliknya gara-gara beliau dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami dipecat dari parti kesayangan, Umno dan ‎kerana tidak ada pilihan maka kami tubuhkan Bersatu. Bukan untuk seronok-seronok," katanya.
Tambahnya lagi, Bersatu tidak mahu menjadi seperti pemimpin Umno yang didakwanya sering memainkan isu perkauman bagi menutup isu.
"Melalui Perlembagaan parti jelas dinyatakan parti ini bukan sekadar nama sahaja peribumi tapi untuk jaga hak dan keistimewaan orang-orang Melayu termasuk anak-anak bumiputera di Sabah dan Sarawak tanpa jejaskan hak kaum-kaum lain.
"Kita ada formula untuk wujudkan keharmonian ini. Saya fikir tak salah tubuhkan parti berteraskan kaum peribumi asal kan kita tidak menidakkan kaum lain," katanya.

Sejak bila PM jadi jurucakap Agong, soal Salahuddin

Posted: 22 Sep 2016 03:44 PM PDT



Bukan menjadi satu kebiasaan untuk Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong kerana sebarang kenyataan rasmi ketua negara itu dikeluarkan oleh setiausaha sulit ataupun pejabat Istana Negara, ujar Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
"Saya berasa agak pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Saya ingin bertanya, sejak bila Dato' Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" soal Salahuddin.
Menurut Salahuddin, adalah sesuatu yang pelik apabila Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.
"Bagi saya, ianya suatu yang melanggari kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," ujarnya.
Dalam satu kenyataan media empat perenggan yang dikeluarkan semalam, Najib menjelaskan hasil pertemuan Tun Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung Deklarasi Rakyat yang diusahakan bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun kenyataan media Perdana Menteri itu dipertikaikan banyak pihak memandangkan pertemuan Tun Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan bukannya di Istana Bukit Malut, Langkawi.
Kenyataan media Perdana Menteri berhubung pertemuan Tun Mahathir dan Yang di Pertuan Agong.Kenyataan media Perdana Menteri berhubung pertemuan Tun Mahathir dan Yang di Pertuan Agong.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menganggap Najib tidak layak menjawat Perdana Menteri apabila membuat kenyataan berdasarkan fakta yang silap.
"Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan PM Najib. Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ianya dilaporkan oleh media.
"Saya agak hairan kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 September 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Macam-macam Alasan Penjilat....!!!

Posted: 22 Sep 2016 03:40 PM PDT

Satu persatu hulubangang-hulubangang Ameno cuba beri pelbagai alasan demi pertahankan maruah Rosmah berikutan anugerah UNESCO-'Rosmah' ditarik balik.

HINGGA KINI, legend jilat Ameno No.1 'anak' MASLAN tidak timbul2 utk pertahankan Rosmah, KENAPA ??!!

KALAU TIDAK BOHONG BUKAN UMNO LAH...!!!

Posted: 22 Sep 2016 06:04 AM PDT

Nampaknya KERAjaan Barisan Netanyahu terus menipu & perbodohkan rakyat agar dapat menghalalkan pencukaian #GST terhadap seluruh rakyat M'sia tak kira kaya mahupun MISKIN !!!

Teruskanlah menipu rakyat agar kamu dgn mudah merompak hasil titik peluh kami mencari rezeki..

Betul la kata Ahmad Maslan.. "GST SELARAS DENGAN ISLAM"..

PM Kerap Cakap Bohong Pada Rakyatnya...

Posted: 22 Sep 2016 06:01 AM PDT

Satu-satunya Perdana Menteri Malaysia Yang Gemar Kerap Cakap Bohong Pada Rakyatnya...

DUIT KWSP LAGI jadi mangsa !!!

Posted: 22 Sep 2016 05:58 AM PDT

KORANG NAMPAK TAK... Siapa di dalamnya Ekovest itu..
SUDAH TENTU adik kpd menteri Hishammuddin Hussein, Datuk Haris Onn Hussein yg memegang saham sbyk 20.16%.

Bayangkan duit KWSP RM1.13 bilion di bayar kpd Ekovest itu, berapa kenyang adik menteri itu dapat !!!

SEBAB ITULAH, puok2 penyangak Umno bermati2an akan buat apa shj utuk pertahankan UMNO memerintah buat selama2nya..

SEBAB ITULAH, pelbagai helah & birokrasi bila pencarum2 KWSP nk kluarkan simpanan KWSP mereka..

PANGKAH LAH UNDI BN LAGI YA !!!!

TIBA-TIBA Najib pula menjelaskan pendirian Yang di-Pertuan Agong tersebut.

Posted: 22 Sep 2016 05:55 AM PDT

Hingga kini tiada langsung kenyataan rasmi keluar dari pihak istana berkaitan dalam isu Deklarasi Rakyat menolak pentadbiran Najib.

SIAPA SEBENARNYA NAJIB ITU ??
SIAPA SEBENARNYA MO1 ITU ??

Persempadanan semula: BN akan menang balik tujuh kerusi

Posted: 22 Sep 2016 05:17 AM PDT

SHAH ALAM - DAP hari ini mendakwa cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai usaha bagi membantu BN memenangi semula kerusi Parlimen dan Negeri.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, di peringkat Parlimen, SPR telah melukis semula garisan sempadan dengan mengalihkan kerusi negeri pro-Pakatan ke dalam kerusi Parlimen bagi mengurangkan majoriti kecil kerusi Parlimen pembangkang.
Ong Kian Ming "Sebagai contoh, kerusi Dun N25 Kajang telah dipindahkan dari kerusi parlimen  P101 Hulu Langat untuk kerusi Parlimen P102 Bangi (kerusi Parlimen semasa Serdang) menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 17,267 pada tahun 2013 kepada 1,046.
"Bagi contoh lain, Dun N37 Bukit Lanjan telah dipindahkan dari P107 Sungai Buloh (kerusi semasa Parlimen Subang) untuk P106 Damansara (kerusi semasa Perlimen Petaling Jaya Utara) dan menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 26,719 pada 2013 kepada 3,037," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, SPR memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.
Dalam pada itu, Kian Ming berkata, BN dijangka akan memenangi semula tujuh kerusi negeri akibat daripada persempadanan semula tersebut dan antara yang terlibat adalah kerusi N11 Ijok, N23 Dusun Tua, N43 Sementa, N44 Selat Klang, N46 Pelabuhan Klang, N51 Sijangkang dan N53 Morib.
"Pada masa yang sama, enam kerusi negeri dimenangi oleh Pakatan dengan lebih daripada 54 peratus undi popular dalam PRU13 lalu telah menjadi kerusi marginal akibat daripada persempadanan semula dan dijangka menang dengan kurang daripada 54 peratus undi popular.
"Kerusi berkenaan adalah N15 Taman Templer, N29 Seri Serdang, N33 Taman Medan, N38 Paya Jaras, N41 Batu Tiga dan N49 Seri Andalas,"katanya.
Ujar Kian Ming, Selangor menyediakan contoh jelas bagaimana SPR menyalahgunakan kuasa dengan melukis semula garis sempadan untuk memberikan faedah kepada satu pihak sahaja iaitu BN.
Tambah beliau, setiap pihak perlu mengambil langkah undang-undang yang perlu bagi memastikan proses persempadanan semula ini tidak diluluskan.

SPR dilarang bertemu parti pembangkang selama 1 bulan

Posted: 22 Sep 2016 05:10 AM PDT

Kunjungan ke Pejabat Pilihan Raya Wilayah Persekutuan itu sudah dimaklumkan, tetapi sebaik tiba diberitahu SPR dilarang bertemu mana-mana parti politik selama 1 bulan
Tan Kok Wai
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang pulang daripada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya pulang dengan tangan kosong.
Malah mereka tidak dibenarkan masuk Pejabat Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan hari ini, walaupun kunjungan itu sudah dimaklumkan, menurut Ahli Parlimen DAP Tan Kok Wai.
"Kami kecewa. Kami sudah maklumkan kunjungan ini, yang berhasrat untuk mendengar penjelasan mengenai cadangan persempadanan semula dan mengambil peta persempadanan baharu untuk kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.
"Pada awalnya kami diberitahu kunjungan kami tidak akan diterima secara rasmi, tetapi kami boleh melawat (secara tidak rasmi) untuk mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita di sidang media di ruang legar Menara TH Selborn.
Ketika berada di sana, kumpulan itu dimaklumkan mengenai larangan pertemuan antara parti politik dan SPR selama 1 bulan sepanjang cadangan persempadanan sedang berlangsung.
Ini menyebabkan kumpulan itu percaya badan pemantau pilihan raya itu bergerak mengikut arahan kerajaan Barisan Nasional.
"Nampaknya BN bukan sahaja menggunakan persempadanan untuk manfaatnya, tetapi juga SPR nampaknya diperalat untuk menafikan hak wakil rakyat Pakatan Harapan untuk meneliti cadangan persempadanan itu," dakwa Kok Wai.
Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Hatta Ramli bersetuju dengan kenyataan Kok Wai itu, dan mengkritik larangan 1 bulan yang dilihatnya berlawanan dengan tanggungjawab SPR kepada rakyat.
"Pelanggan SPR adalah orang awam dan parti politik berdaftar, umumnya sesiapa sahaja yang prihatin akan isu berkaitan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

We are not desperate for the 'Unesco' award, says Salleh

Posted: 22 Sep 2016 05:07 AM PDT

TAKTIK KOTOR!! SPR Buat Persempadanan Baru Untuk PASTIKAN Umno BN Menang PRU14

Posted: 22 Sep 2016 05:06 AM PDT

Nurul Izzah: Darell Leiking will always be my friend

Posted: 22 Sep 2016 05:05 AM PDT

Guan Eng: You can arrest Jeff Ooi, why not Ali Tinju?

Posted: 22 Sep 2016 05:05 AM PDT

Ambiga: If Kit Siang, Anwar can work with Mahathir, so can I

Posted: 22 Sep 2016 05:04 AM PDT

TMJ beri limosin Hummer buat kelab JDT

Posted: 22 Sep 2016 05:03 AM PDT

Subahat bawa masuk pendatang mesti disiasat, ujar Salleh Keruak

Posted: 22 Sep 2016 05:03 AM PDT

Undi awal di Selangor, pembangkang tak bersatu - kata Said Keruak

Posted: 22 Sep 2016 05:02 AM PDT

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:37 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Yang melutut dan merangkak ....

Posted: 22 Sep 2016 09:09 AM PDT


  Hanya 4 hari saja berlalu Hj Hadi Awang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' kepada Pas dalam persada politik negara....

"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya di sini

 Pas yang begitulah angkuh dengan mendabik dada konon partinya itu lebih kuat bila bersendirian....Pas boleh hidup tanpa PKR, DAP, kata Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Jangan berlagak sombong...
 Tiba-tiba Pas pula telah datang merayu minta MP PKR dan DAP supaya menyokong RUU pindaan akta 355 yang akan dibentangkan pada sidang parlimen Oktober nanti...

 Selasa lepas, Pas Kawasan Lumut menghantar beberapa ahli jawatankuasanya untuk menemui YB Mohd Imran Hamid, MP Lumut di pejabatnya bagi tujuan tersebut.

Siang tadi pula, Pas Taiping menagih sokongan MP DAP, Ngah Kor Meng di pejabatnya. Pas Taiping menghantar TYDPnya, Hj Alias dan NYDP, Ibrahim Ismail.

  Jangan berteriak-teriak marah! 

Surat yang tidak beretika dalam aturan menulis.
Ada kesalahan lain, selain penggunaan huruf besar
 Adalah sangat memalukan, apabila surat rasmi minta sokongan MP DAP itu ditulis dengan huruf besar. Menulis dengan mengaktifkan huruf besar (kekunci Caps Lock) dapat diartikan sebagai pertanda kemarahan dan kurang ajar.

 Orang mungkin menganggap penulisnya  sebagai tidak beretika, atau tidak sopan sama sekali. Di sekolah kita semua belajar membuat karangan, jadi gunakan ilmu tersebut. Gunakan huruf besar dan kecil pada tempatnya, bukan huruf besar kesemuanya.

RUU pindaan Akta 355 : Sebelum ni hudud, lepas tu bukan hudud, lepas tu hudud balik?

Posted: 21 Sep 2016 10:59 PM PDT

 Pimpinan tertinggi PAS gagal menyakinkan Persekutuan Persatuan Hokkien untuk menyokong  RUU pindaan Akta 355 yang dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat pada Mei lalu.

 Presiden persatuan itu, Datuk Khoo Chai Kaa dilaporkan tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan akan meneruskan bantahan terhadap usaha PAS itu.

  Berikut merupakan pandangan kenapa penerangan Hj Hadi itu gagal.... dan beberapa saranan yang perlu diambil perhatian.

Catatan Subuh - Mohamed Hadi AH

 Aku dah dengar ceramah MP Marang yang diviralkan dalam FB yang durasinya dalam 20 minit tu, sewaktu kunjungan rombongan Pan-Malaysian Islamic Party bertemu Persatuan Hokkien. Katanya untuk menjelaskan isu RUU pindaan Akta 355. Dan aku juga mendengar komen presiden Persatuan Hokkien ini pasca sesi ceramah tu yang mengatakan "I don't understand, that's for sure already".

 Maknanya, ada satu jurang komunikasi yang amat besar antara apa yang dicakapkan dengan apa jangkaan sebenar audiens. Audiens nak dengar benda lain tapi dia cerita benda lain.

 Setahu aku, presiden Persatuan Hokkien ada sebutkan kekeliruan orang Cina mengenai RUU ni. Dua kali dia sebut, sekali dia sebut ketika bagi ucapan dalam majlis, di hadapan MP Marang tentunya, sekali lagi dia sebut masa menjawab pertanyaan wartawan di luar.

 Berdasarkan dua kali penegasan ni, sebenarnya concern orang Cina ni dua benda je:

 1. "Cek kosong" bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah yang boleh menjatuhkan "apa saja hukuman kecuali hukuman mati". Maka dia cadangkan MP Marang supaya meletakkan limit tertentu kepada hukuman tersebut & bukan sekadar "apa saja hukuman kecuali hukuman mati". Dan isu cek kosong ni jugak benda yang sama yang dipertikaikan oleh pengkritik-pengkritik RUU 355.

 2. Konflik kes-kes yang melibatkan multi-religion yang tidak jelas sama ada akan ke mahkamah Syariah atau ke mahkamah sivil.

 Sebelum aku ulas 2 isu yang menjadikan concern persatuan Hokkien ni, aku bandingkan dulu apa isi kandungan ceramah MP Marang.

 Dari sudut content ceramah tu aku rasa orang-orang Cina ni bukan nak tau pun sejarah zaman merdeka dulu bila British bawak masuk Cina & India, Lord Reid buat perlembagaan tu semua, itu semua bukan concern mereka (tapi 1/4 durasi ceramah dihabiskan dengan cerita benda-benda sejarah). Dan content seterusnya meleret-leret dengan cerita "Islam benarkan sesama bukan Islam jual babi & jual arak", this is so 80's.

 Ada disebut juga kita tak boleh nak laksana hudud untuk potong tangan & sebagainya kerana kekangan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan (tobat lahum aku rasa kalau orang Islam dengar part ni pun tak faham, apatah lagi bukan Islam) dan untuk pinda perlembagaan kita perlu majoriti 2/3 yang buat masa ni kita tak ada (entah orang boleh faham ke tak, tak taulah). Sebab tu sekarang kita mengangkat taraf Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan Akta 355. 355 ini adalah "peruntukan perlembagaan" yang "berkait dengan mahkamah" yang "bukan hudud, bukan qisas.."

 (Pada waktu ini sudah sampai ke 2/3 bahagian ceramah, tapi punca kekeliruan Persatuan Hokkien masih belum terjawab).

 Kekhilafan yang terbesar di sini bagi aku ialah mengulang-ulang terma "hudud, qisas, ta'zir, hudud, qisas, ta'zir" yang bersulamkan ayat-ayat al-Quran - aku tak rasa audiens Cina boleh appreciate benda ni, walaupun dijelaskan sikit sebanyak nature hudud tu apa, qisas tu apa, ta'zir tu apa. Kemudian tiba-tiba disebut pulak RUU pindaan Akta 355 ini tak ada kena-mengena dengan hudud atau qisas. Bayangkan, hudud qisas pun aku tak faham apa bendanya tiba-tiba nak kata benda yang aku tak faham ni tak ada kena-mengena dengan RUU pindaan Akta 355 yang sedari awal pun aku memang tak faham, berapa kali tak faham tu?

 Penjelasan lanjut mengenai "hak pengampunan qisas tidak terletak pada Lembaga Pengampunan tetapi kepada keluarga mangsa" tu aku rasa langsung tidak membantu & terkeluar daripada konteks.

 Dan sebenarnya dalam menjelaskan rasional pindaan Akta 355 tu MP Marang telah bercanggah dengan kenyataan awal bahawa "Akta 355 ni bukan hudud, bukan qisas", tapi RUU pindaan Akta 355 yang dia bawak ialah untuk membolehkan hukuman sebat yang selaras dengan kehendak hudud & ta'zir. Mula-mula Akta 355 bukan hudud, lepas tu nak pinda supaya selaras dengan hudud? Maknanya hududlah kan? Kenapa selama ni dikatakan bahawa RUU ni tak ada kena-mengena dengan hudud? Sebelum ni hudud, lepas tu bukan hudud, lepas tu hudud balik? (Yang ni sampai sekarang tak ada jawapan rasmi)

 Baik, kembali kepada 2 isu persatuan Hokkien.

 Pertama, kenapa cek kosong? Sedangkan dalam ceramah itu sendiri MP Marang sebut sebatan zina nak dinaikkan kepada 100 sebatan, minum arak 40 sebatan. Jadi kenapa RUU tak sebut sebatan sehingga maksimum 100 kali? Amalan cek kosong ini berbahaya kerana kalau diikat dengan hukum ta'zir (yang jugak berdasarkan hukum Syariah), maknanya apa saja kesalahan Syariah boleh dijatuhkan hukuman sebat sehingga 1000, 2000, 8 juta rotan pun tak mengapa. Ini tidak proportionate & mengundang tanda-tanya. Secara teknikalnya kalau nak buat jenayah main judi hukumannya potong jari kelingking pun boleh la kan? Sebab tu persatuan Hokkien cadangkan, letaklah parameter. (Kalau aku, aku malu kalau non-Muslim cadang gini, nampak sangat kita ni 'selekeh' mendraf usul. Tu pun ada Melayu pandir dok backing "Draf usul tu bukannya datang dari Jabatan Peguam Negara, kita tak boleh expect kualiti dia sama macam draf Jabatan Peguam Negara". Dah satu lagi kerja pandir, maknanya masa draf usul dulu memang tak melalui Peguam Negaralah kan? Lagi mengarut kalau macam tu, sedangkan Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan. Ko pulak tukang buat kerja AG) Bagi aku, kena ada parameter lebih jelas. Misalnya 10 tahun penjara, denda RM100,000 & sebat 100 rotan. Masih lagi rendah berbanding mahkamah Sesyen tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan. Dan non-Muslim pun tak gaduh-gaduh, ooo setakat penjara 10 tahun.

 Tapi bila tanya kenapa bagi cek kosong, soalan ni tak ada siapa pun tahu apa jawapannya, kecuali MP Marang. 

Kedua, konflik kes-kes melibatkan Muslim vs non-Muslim, mahkamah sivil vs mahkamah Syariah. Sejujurnya, aku tak tahu apa concern sebenar persatuan Hokkien, sebab macam yang kita semua tau, pindaan Akta 355 ni tak melibatkan non-Muslim. Tapi mesti ada benda yang menyebabkan mereka rasa konflik undang-undang itu merupakan satu realiti, bukan persepsi.

 Malang sekali, dua soalan pokok ni tak terjawab.

 Masalah dengan Pan-Malaysian Islamic Party ni, mereka datang berdialog bukan untuk tanya non-Muslim apa yang korang tak faham, tapi korang yang kena dengar apa yang aku nak cakap. Lepas tu dok koya "kita berani", "kita tak takut". Bila non-Muslim kata kami tak faham langsung apa kamu cakap, dia komplen pulak "Kenapa tak tanya?" Laaa, kata murabbi, kata da'ie. Kamu datang tempat orang, kamu cadangkanlah format.

 Kami nak isu ni selesai atau setidak-tidaknya merungkai salah faham yang ada, kami cadangkan formatnya dalam bentuk Q&A, sebab kita tak naklah lepas habis pertemuan ada pulak komplen tak faham, tak puas hati & sebagainya. Takkan baru first time buat briefing ye tak? Kata dah 20 tahun buat kerja. Ini tidak, dok kata persatuan Hokkien ni ada agenda la, sengaja tak nak bukak Q&A la. Laaa, kamu pun tak tanya mad'u faham ke tak, lepas tu kamu marah pulak mad'u kenapa tak tanya. 

Tapi of course lah para penyanjung akan tetap menyanjung "Allahu hebatnya tuan guru presiden", "Allah Allah beraninya tuan guru", siap agah lagi Presiden kami telah menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Yelah, kamu orang Islam yang mendengar berpuluh atau mungkin beratus kali memanglah faham, benda tu kamu dah dengar berpuluh tahun dah tentang keindahan syariat Islam. Lepas tu ko expect baru jumpa sekali non-Muslim, diorang dah terus faham la? Umno yang konon ko dakwah 60 tahun pun ramai lagi yang tak faham-faham, ko expect non-Muslim boleh faham la kuliah 20 minit tu?

 Dan maaf aku cakap, kalau mengikut hukum bahasa dakwah, apabila MP Marang bersyarah dalam bahasa Melayu sedangkan presiden Persatuan Hokkien konsisten berbahasa Inggeris dalam ucapannya, aku rasa itu satu kesilapan besar, apatah lagi bila melibatkan isu-isu teknikal. Sepatutnya guna laras bahasa yang samalah dengan mad'u. Yaaa kalau ikut hukum bahasa politik kita boleh menyelar apalah Cina tak reti cakap Melayu ke, tak faham bahasa Melayu ke. Kita boleh menang la bahasa politik tapi kita gagal bahasa dakwah.

 Maka aku tidak teruja langsung dengan 'bual kosong' dateline Harakahdaily "Pas BERANI bersemuka dengan sesiapa saja kerana Islam". Setakat agah berani saja buat apa kalau audiens secara terbuka kata "aku tak faham pun apa yang kau cakap". Dan demi melihat air muka presiden Persatuan Hokkien tu aku tak nampaklah muka dia ni jenis "musuh Islam", "kalau dah benci Islam tu ada saja alasan" & sebagainya, nampak air mukanya masih keliru & perlukan penjelasan.

  Pandangan aku, kaedah penjelasan yang sehala & syok sendiri ni bukan saja lapuk malah silap-silap gaya tak bawak apa-apa kesan. Kalau pensyarah bagi lecture pun nanti ada exam, berbuih lecturer bersyarah bila tengok jawapan exam students "laaa tak faham rupanya". Aku ingat training mana-mana sekarang pun sama ada gomen atau swasta, penganjur atau trainer akan edar borang kaji selidik untuk bagi markah kepada trainer.

 Faham ke tak faham, bahasa yang dia guna ok ke tak, apa cadangan penambahbaikan. Malah pensyarah universiti pun ada penilaian yang sama oleh para pelajar. Baru profesional. Tapi kalau ikut standard penceramah masjid surau, jangan expectlah ada penilaian macam tu.

 Begitulah adanya...

 ~ sumber

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:30 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


BERUANG DAN ANGGUR MASAM

Posted: 22 Sep 2016 06:56 AM PDT

shahbudindotcom



Ada suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan.

Ketika berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera menggamit seleranya.

Keinginan untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti tidak dapat ditahan-tahan lagi. Apalagi, beruang pun segera melompat untuk meragut buah anggur yang tergantung-gantung itu.



Sekali melompat, tangannya tidak sampai untuk mencapai buah anggur itu, lalu dicubanya sekali lagi. Gagal lagi. Dia melompat lagi, tetapi gagal juga memetiknya.

Berkali-kali cuba melompat, sehingga akhirnya keletihan tetapi tidak juga dapat dipetiknya anggur itu.

Baru disedarinya bahawa buah anggur yang sedang masak ranum itu agak tinggi dan tak sampai dek capaiannya tangannya, meskipun telah melompat berkali-kali.

Beruang akhirnya duduk termenung memikirkan nasib dirinya. Tidak lama kemudian, dia berbisik kepada dirinya, "betapa bodohnya aku bersusah payah melompat untuk memetik anggur yang sebenarnya masam dan tidak enak untuk dimakan itu?"

Dia kemudian berlalu pergi, tetapi dalam hatinya tetap ada rasa kesal dan sesekali tertoleh-toleh buah anggur yang gagal dipetiknya itu.

Lumrahnya begitulah - kalau dah tak dapat anugerah, akan dikatalah tak terhegeh-hegeh. Cuba kalau dapat?

Mujurlah ada kisah beruang dan anggur masam, dapatlah juga Salleh Said Keruak meneruskan pembodekannya dengan mengatakan  "tak terhegeh-hegeh" dengan anugerah



Enggan Adakan Pilihan Raya Mengejut, DAP Label Azmin & PKR Bodoh

Posted: 22 Sep 2016 06:45 AM PDT




dap


Kedegilan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu menyebabkan DAP melabelkannya sebagai bodoh.

"DAP menggelar PKR bodoh sebab menolak diadakan PRN Selangor mengejut????
"Wah!!! … siapa tidak sehaluan dan sependapat dengan DAP dalam Pakatan Harapan dilabelkan sebagai bodoh???? … Begitu kah????

"Cakap itu hari bukan main berdegar-degar .. tiada lagi istilah bersetuju untuk tidak bersetuju … semua keputusan berdasarkan kepada konsensus dan muafakat bulat ketat.

"Yang ini baru tidak bersetuju teruskan dikatakan bodoh!!!! Apakah PKR sanggup terima cemuhan, cacian dan penghinaan ini??? Hina, jelek dan jijik sungguh PKR dimata dan hati DAP ek???, " ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook ketika mengulas laporan Malaysiakini bertajuk "'Bodoh adakan p'raya kemudian' – DAP S'gor tetap mahu p'raya awal"

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dilaporkan portal itu berkata adalah satu keputusan bodoh jika tidak mahu mengadakan pilihan raya lebih awal sebelum usul Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan persempadanan semula diluluskan.

"Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai," kata Pua yang menegaskan keputusan mengadakan pilihan raya mengejut diputuskan pada mesyuarat tergempar DAP megeri malam semalam.

dap1

Desakan DAP Selangor menuntut pilihan raya mengejut di negeri itu menyusul selepas saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar negeri itu mengadakan pilihan raya mengejut dua hari lepas.

Kit Siang dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan perlu menimbang untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor untuk mengelak UMNO mengambil alih kerajaan negeri melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.

hani
 
 
 

PAS Bersedia Pilihan Raya Mengejut, Mahu Bertanding 45 kerusi Di Selangor – Iskandar Samad

Posted: 22 Sep 2016 06:34 AM PDT

 

 



SHAH ALAM: PAS sedia bertanding di 45 kerusi jika kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut, sepertimana yang dicadangkan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya jentera parti berada dalam keadaan siap siaga jika DUN Selangor dibubarkan dalam masa terdekat.
"Kami bersedia untuk 45 kerusi dan jika diperlukan bertanding, kami akan bertanding.


"PAS ada organisasi di semua kawasan parlimen di Selangor. Setiap kawasan ada jentera pilihan raya yang digerakkan," katanya dalam aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Beliau yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan DAP Selangor pagi tadi yang menggesa kerajaan negeri melaksanakan pilihan raya lebih awal, iaitu sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula.

Bagaimanapun, PAS Selangor bersetuju dengan pegangan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa tiada keperluan untuk pilihan raya mengejut diadakan.

"Kami tidak boleh mengkhianati mandat rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) sesuka hati," kata beliau.

Tambahnya, setakat ini PAS Selangor masih belum menerima apa-apa arahan daripada PAS Pusat berhubung isu berkenaan.

Pagi tadi, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencadangkan bahawa pilihan raya awal merupakan jalan terbaik untuk mempertahankan Selangor daripada persempadanan semula yang didakwa bakal memenangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

Menurut Pua, cadangan itu dibuat berdasarkan jangkaan hasil analisis DAP Selangor yang menganggarkan tujuh kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.

Malah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata tidak timbul isu mandat rakyat belum tamat.

Sebelum Pua, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menggesa pilihan raya awal diadakan berikutan khuatir cadangan oleh SPR mengubah peta pengundi di beberapa kawasan DUN dan Parlimen negeri itu –AP



 
 
 

Temasek Rugi RM73 Bilion Kesan Kelembapan Ekonomi Global

Posted: 22 Sep 2016 06:29 AM PDT



HO CHING ialah Ketua Pegawai Eksekutif Temasek dan merupakan Isteri Perdana Menteri Singapura. AGENSI
HO CHING ialah Ketua Pegawai Eksekutif Temasek dan merupakan Isteri Perdana Menteri Singapura. AGENSI

KUALA LUMPUR – Temasek Holdings yang dianggap sebagai syarikat milik kerajaan (GLC) paling kukuh di rantau ini turut me­nerima tempias ketidaktentuan ekonomi dunia apabila dilaporkan mengalami kerugian S$24 bilion (RM73 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.


Prestasi kewangan syarikat pelaburan negara bagi Singapura itu yang berakhir Mac lalu, diumumkan semasa minggu Hari Raya Aidilfitri pada awal Julai, dan dilihat kurang mendapat liputan meluas media antarabangsa seperti mana yang diterima oleh syarikat-syarikat lain termasuk dari Malaysia.

Menurut laporan itu, Temasek mengalami pengurangan nilai portfolio bersih daripada S$266 bilion (RM806 bilion) kepada S$242 bilion (RM733 bilion), menyebabkan pulangan pemegang kepentingan GLC itu berkurangan 9.02 peratus.

Syarikat itu dipengerusikan oleh bekas ahli politik parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lim Boon Heng sementara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Ching merupakan isteri Perdana Menteri Singa­pura, Lee Hsien Loong.

Menurut laporan States Times Review, tiada ulasan lanjut diberikan oleh Temasek menerusi laporan tahunan syarikat itu, sebaliknya hanya menyalahkan ketidaktentuan pasaran sebagai punca syarikat berkenaan me­ng­alami penyusutan nilai asetnya.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata, penyusutan nilai yang dialami oleh Temasek itu selari dengan masalah prestasi buruk yang dialami oleh beberapa syarikat serantau yang lain.

"Beberapa faktor dilihat te­lah menjejaskan syarikat tersebut. Antaranya kesan tindakan pelabur-pelabur asing mengeluarkan dana masing-masing daripada pasaran ekuiti negara-negara berkembang pesat sepanjang tahun lalu.

"Faktor lain ialah kejatuhan harga komoditi. Malah, pe­ngukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding banyak negara termasuk Singapura turut menjejaskan Temasek. Bagaimanapun ia bersifat sementara dan mengikut perkembangan pasaran dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 1974, Temasek mempunyai kepenti­ngan di dalam syarikat-syarikat milik Singapura antaranya syarikat penerbangan Singapore Airlines, syarikat telekomunikasi Singtel, jenama perbankan DBS, Keppel Corporation dalam sektor pelabuhan dan perkapalan serta aset hartanah CapitaLand.

Setakat akhir Mac lalu, Temasek masih mempunyai hutang bersih sebanyak S$44.4 bi­lion (RM135 bilion). Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan tidak menawarkan jaminan kewangan terhadap syarikat-syarikat portfolionya.

Singapura dikelaskan sebagai satu daripada 20 negara yang memiliki hutang asing terbanyak di dunia berjumlah AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), mengikut maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!.

Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti dalam sesebuah negara itu daripada pihak asing UM

Bincang tingkat kawalan keselamatan di sekolah

Posted: 22 Sep 2016 05:31 AM PDT

SINAR HARIAN
Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah yang terdedah kepada risiko kemalangan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kawalan keselamatan itu bertujuan membendung kemalangan jalan raya membabitkan pelajar sekolah.

"Semua sekolah perlu mempunyai kawalan keselamatan yang baik namun, kami akan memberi tumpuan lebih kepada sekolah yang dianggap kritikal iaitu sekolah berhampiran dengan jalan raya utama.

"Pintu pagar sekolah yang berhampiran jalan raya utama mudah terdedah kepada risiko kemalangan membabitkan pelajar sekolah. Jadi, kawalan keselamatan perlu diperketat melalui kerjasama dengan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan komputer tablet kepada warga guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mahdzir diminta mengulas isu beberapa kemalangan yang berlaku di hadapan kawasan sekolah sehingga mengakibatkan kematian berikutan kecuaian pemandu kenderaan. - Bernama


Sidang Parlimen 17 Oktober, Bajet 2017 dibentang 21 Oktober

Posted: 22 Sep 2016 05:22 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Oktober hingga 24 November depan.
 
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam satu kenyataan berkata persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 10 hari bermula 5 hingga 21 Disember depan.
 
Beliau berkata pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, di Dewan Rakyat akan berlangsung pada Jumaat, 21 Oktober.
 
Roosme berkata waktu persidangan Dewan Rakyat yang ditetapkan ialah dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.
 
"Waktu persidangan Kamar Khas yang berlangsung di Kamar Khas, Blok Pejabat Sementara Parlimen, pula ialah dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Khamis," katanya.
 
Persidangan Dewan Rakyat akan datang bakal menyaksikan sesi khas 'Waktu Pertanyaan Menteri' dilaksanakan.
 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengumumkan perkara itu pada Isnin lepas berkata sesi selama 30 minit itu akan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.
 
Waktu Pertanyaan Menteri diluluskan sebulat suara oleh Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 April lepas.
 
 

PRN mengejut Pulau Pinang: Umno sifatkan ia retorik Guan Eng

Posted: 22 Sep 2016 05:19 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyifatkan ugutan ketua menteri mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut bagi membantah proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah retorik politik semata-mata.
 
Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar berkata, PKR yang merupakan sekutu DAP dalam kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan bersetuju dengan langkah itu kerana ia pernah menolak mentah-mentah cadangan sama oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini.
 
"Dia (Guan Eng) tahu ada kuasa dan rasa dapat undi yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong kaum Cina di Pulau Pinang. Sebab itu dia begitu ghairah untuk adakah Pilihan Raya Negeri. Saya rasa ini retorik sahaja dan PKR tidak akan setuju," katanya kepada Antarapos.
 
Guan Eng hari ini berkata akan akan mempertimbangkan semua kemungkinan mengadakan PRN walaupun belum memuktamadkan cadangan itu di peringkat negeri.
 
"Dia kena yakinkan PKR lah. Itu terpulang sebab DAP yang majoriti, antara dia dan sekutunya yang akan buat keputusan dan dia kena yakinkan PKR untuk buat. Dan kalau buat di sini (pilihan raya negeri) tentulah Selangor pun nak buat juga," jelas Jahara.
 
DAP Pulau Pinang sebelum ini berkeras mahu mengadakan PRN mengejut apabila Guan Eng terpalit dengan skandal salah guna kuasa yang mengakibatkan beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ekoran dua pertuduhan rasuah.
 
Guan Eng didapati cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersial) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.
 
Idea untuk mengadakan PRN itu kemudiannya terpaksa dibatalkan Guan Eng apabila gagal mendapat persetujuan PKR.
 
Dalam pada itu Jahara berpendapat adalah tidak wajar untuk Pulau Pinang mengadakan PRN berasingan kerana akan melibatkan wang rakyat malahan tempoh untuk mengadakan pilihan raya umum cuma berbaki tidak kurang dua tahun sahaja.
 
"Dia (Guan Eng) kena fikir habis-habis sebab tinggal setahun lebih sahaja lagi untuk pilihan raya umum, ini buang masa, duit dan tenaga hanya untuk buktikan bahawa dia mendapat sokongan luar biasa," katanya.
 
DAP menerusi Lim Kit Siang sebelum ini mencadangkan Selangor mengadakan PRN mengejut sebagai membantah cadangan persempadanan semula oleh SPR, namun ia ditolak oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
 
 

Abdul Hadi layak pegang jawatan Mursyidul Am

Posted: 22 Sep 2016 05:08 AM PDT

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat calon yang layak untuk menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu.

Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kelayakan tersebut dilihat dalam pelbagai segi terutamanya keilmuan dan ketokohan yang dimiliki beliau.

"Dia seorang penutur sirah yang fasih. Kedudukan hari ini sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu kelebihan.

"Selain itu, lihat kembali kecemerlangannya dalam bidang politik sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyatakan pendapatnya mengenai calon yang boleh menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din selepas Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dibayangkan akan mengalas jawatan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad mahu kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am]

Menurutnya, pada hakikatnya susah untuk mencari mereka yang selayaknya menggantikan tempat Allahyarham namun jawatan tersebut perlu diisi dengan mereka yang selayaknya mengikut kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Beliau juga memberitahu, secara umumnya, Ahmad Yakob dilihat belum bersedia dan belum sesuai untuk pegang jawatan tersebut, tambahan pula kini menggalas jawatan besar lain di peringkat negeri.

"Jawatan itu memerlukan seorang yang benar-benar berilmu, perlu ada bakat spiritual yang tinggi. Ertinya bukan hanya ilmu sahaja, malah mereka perlu ada kepakaran lain juga.

"Kita tidak melihat ada calon lain yang boleh memegang jawatan tersebut dalam Pas. Yang ada sekarang ini masih belum masak ilmu dan belum menyerlah dalam apa-apa aspek keagamaan.

"Mereka setakat tahu baca bahasa Arab tetapi masih naif dan belum berani membuat ijtihad," katanya.


SPR WP enggan temui wakil pembangkang bincang persempadanan semula

Posted: 22 Sep 2016 05:05 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA | Foto WAN ZAHARI SALLEH


Dr Mohd Hatta dan rombongan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan selepas gagal bertemu SPRDr Mohd Hatta dan rombongan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan selepas gagal bertemu SPR


Pakatan Harapan kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan yang enggan bertemu mereka bagi berbincang mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Hatta Ramli berkata, tindakan SPR sangat tidak adil kerana Pakatan Harapan yang menggabungkan Amanah, PKR dan DAP merupakan pelanggan mereka.

"SPR pelanggannya ialah orang ramai dan parti politik. Dia tak boleh halang kita nak jumpa apatah lagi melibatkan urusan pilihan raya yang melibatkan seluruh rakyat.

"Arahan yg dimaklumkan pihak keselamatan SPR tak mahu berjumpa sesiapa atas urusan persempadanan semula untuk tempoh sebulan. Ini tidak adil kerana untuk membantah kita memerlukan maklumat dan data-data.

"Kalau mereka tidak mahu bercakap dengan kita ini tidak adil. SPR Selangor boleh turun bertemu rakyat beri penerangan kenapa SPR Wilayah Persekutuan tak mahu jumpa pelanggan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan TH Selborn hari ini.

Mereka bercadang bertemu dengan pihak SPR di pejabat mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai persempadanan semula pilihan raya khususnya di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, naib presiden PKR yang juga pengarah pilihan raya parti itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa SPR membantu Barisan Nasional untuk menang dalam pilihan raya umum nanti dengan melakukan persempadanan semula.

"Saya merasakan tindakan SPR ini merupakan penghinaan dan tamparan kepada sistem demokrasi dalam menghadapi pilihan raya," katanya.

Justeru beliau mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengkaji syor persempadanan semula yang didakwa menjejaskan kawasan-kawasan pembangkang dan mewujudkan pemisahan kaum.

"Kita akan desak supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan oleh yang Dipertuan Agong dalam menangani ancaman terbesar dalam sistem demokrasi kita.

"Membenarkan persempadanan semula tanpa bantahan merupakan satu kerosakan besar apabila kita membiarkan pemerintahan BN tanpa suara pembangkang,"katanya.

Beliau juga menyeru rakyat bertindak dengan melakukan bantahan di setiap kawasan dan menyertai mereka dalam menyerahkan petisyen bantahan kepada Agong.

SPR mengemukakan cadangan penentuan sempadan pilihan raya baharu untuk kerusi Parlimen dan DUN untuk Tanah Melayu dan Sabah 15 September lepas.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata penentuan semula sempadan pilihan raya itu dibuat mengikut Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Undang-Undang Tubuh Negeri Sabah, yang diwartakan pada 18 Ogos.

Menurut Abdul Ghani, notis persempadanan bersama butiran penuh cadangan itu disiarkan di Semenanjung Malaysia dan Sabah selama sebulan, mulai 15 September dan 14 Oktober.

Rombongan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan sempat mengadakan protes di lobi bangunan TH Selborne yang menempatkan pejabat SPR Wilayah Persekutuan.Rombongan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan sempat mengadakan protes di lobi bangunan TH Selborne yang menempatkan pejabat SPR Wilayah Persekutuan.


Saya ditinggalkan jet PM di Madinah

Posted: 22 Sep 2016 04:55 AM PDT


FARUSH KHAN


PADA tahun 2000 saya pergi lagi ke tanah suci, kali ini membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad).

Memandangkan program lawatan seperti selalunya dirancang rapi oleh semua pihak berkaitan, maka saya tidak langsung meramalkan sebarang masalah.

Seperti ke mana-mana pun saya dan wartawan lain pergi dalam lawatan rasmi seperti itu, segala keperluan, daripada tempahan tiket kapal terbang hingga kepada penginapan biasanya disediakan.

Rupa-rupanya telahan saya tersasar kali ini. Saya berhadapan dengan masalah besar.

Tidaklah seserius tragedi kesesakan, tolak-menolak dan tindih-menindih yang berlaku di terowong Muassim, Mina, yang meragut lebih 1,500 nyawa ketika saya tunai haji pada 1990, tetapi ia tetap mencemaskan.

Ia bermula selepas rombongan kami yang seramai 36 orang tiba di Madinah. Kami ditempatkan di Hotel Oberoi, terletak hanya 80 meter dari Masjid Nabawi.

Sebelum Zohor, beberapa orang yang bersama perdana menteri di kawasan Raudah, diberi penghormatan memasuki makam Nabi SAW.

Tentu saya tidak mahu lepaskan peluang keemasan seperti itu. Bukan semua orang diizinkan masuk kawasan makam Nabi.

Keesokannya, seorang pegawai bertugas mengedarkan surat ringkas ke bilik kami yang memaklumkan bahawa kami perlu bersiap sedia untuk keluar dari hotel jam 8.30 malam untuk bertolak ke Riyadh dengan jet peribadi perdana menteri. Semua penjadualan penerbangan kami dengan pesawat komersial dibatalkan.

Saya masukkan kain baju ke dalam beg, dan petang itu, saya ke Masjid Nabawi lagi. Di antara Maghrib dan
Isya saya mengambil peluang membaca al-Quran.

Jam 7.15 malam, saya kembali ke hotel untuk bersama rombongan yang bakal bertolak jam 8.30 malam seperti dijadualkan.

Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dapati beg saya sudah tiada lagi dalam bilik dan semua rakan wartawan sudah tiada di bilik masing-masing.

Akhirnya saya diberitahu oleh seorang lelaki Melayu yang ada di hotel itu bahawa perdana menteri bersama rombongannya sudah meninggalkan hotel.

Saya mula cemas. Seingat saya, saya tidak pernah segelabah itu; ke hulu ke hilir di luar hotel dan di sekitar masjid, mencari mereka macam kucing kehilangan anak.

Antara jam 7.45 dan 9.45 malam saya berjalan mencari rakan-rakan rombongan, setiap detik mendoakan agar dapat temui mereka. Percikan keringat jangan dikira lagi!

Gagal menemui mereka di situ, saya menyewa teksi, terus ke kawasan lapangan terbang khas yang dijadualkan membawa rombongan kami ke Riyadh, tetapi tempat itu sunyi-sepi. Seorang manusia pun tidak ada. Saya balik semula ke Masjid Nabawi, debaran jantung bertambah kencang.

Sudah hampir mati akal. Saya tidak tahu di mana lagi hendak mencari mereka.

Setelah bertanya kepada beberapa orang di Hotel Oberoi, saya diberitahu di kawasan berdekatan ada pejabat menjual tiket penerbangan yang buka jam 10 malam.

Nasib saya sangat baik. Ketika itu dalam poket kot saya ada pasport, sedikit wang dan cek, tiga benda yang amat saya perlukan.

Saya bergesas ke pejabat jualan. Hanya ada seorang pelanggan dan dua staf yang sudah bersiap untuk 'tutup kedai'.

Saya memberitahu mereka saya perlukan tiket ke Riyadh. Seorang daripada mereka yang boleh bertutur bahasa Inggeris berkata: "Kami nak tutup pejabat sekarang."

Saya: "Tolonglah saya. Saya perlukan tiket ke Riyadh, malam ini atau esok."

Pegawai itu bertanya: "Who are you?"

Saya memberitahu profesion saya dan terus mengambil peluang menunjukkan itinerari program lawatan
rasmi itu.

Dia sedikit mesra selepas menelitinya.

Pegawai: "Anda lihat seorang pelanggan tadi. Dia nak ke Riyadh juga kerana saudaranya mati. Tapi kami tidak boleh buat apa-apa sebab kapal terbang sudah penuh."

Saya: "Ya, saudara dia sudah mati, tapi saya masih hidup. Perdana menteri saya akan temui raja anda di Riyadh dan apa jadi pun, saya wajib ada di sana pagi esok. Kalau tidak, saya akan mati. Anda pun akan mati juga!"

Kerana gelabah, saya bagaikan hilang arah tentang apa yang patut saya cakap.

Pegawai itu merenung saya. Entah apa yang difikirkan. Dia pergi kembali ke mejanya, capai gagang telefon dan buat panggilan. Pandangannya terus ke arah saya.

Saya memicit dahi, tidak putus-putus berharap dan berdoa. Saya yakin ALLAH akan melepaskan saya daripada kecemasan.

Kira-kira 10 minit kemudian, pegawai  itu keluar kembali, berdiri di hadapan saya dan berkata: Brother, you got the ticket... 7.45 am flight tomorrow.

Subhanallah! Saya lega teramat. Kami berpelukan. Badan saya terasa seolah-olah ringan, seperti mahu terbang masa itu juga.

Dari jam 7.45 pagi keesokannya, saya lena sepanjang penerbangan hingga pesawat mendarat di kota Riyadh, ibu negeri Saudi Arabia itu, hampir dua jam kemudian.

Yang menarik, sehari sebelum itu, ketika di Madinah, saya siap menghantar ucapan perdana menteri yang dijadual untuk disampaikan dalam majlis dengan pemerintah di Riyadh dan ucapan itu disiarkan di muka depan The New Straits Times keesokan hari.

Tidak lama selepas bertemu dan berpelukan dengan rakan-rakan wartawan di Riyadh, saya diberitahu, perdana menteri tidak jadi berucap malam itu.

Astaghfirullah. Saya diam seribu bahasa!


Naib Presiden PKR umum keluar parti

Posted: 22 Sep 2016 04:50 AM PDT

SINAR HARIAN

Darell Leiking
Darell Leiking


KOTA KINABALU - Naib Presiden PKR, Darell Leiking hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR.

"Peletakan jawatan saya sebagai naib presiden PKR dan keluar daripada PKR ini berkuat kuasa serta merta," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya beliau telah menemui Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan hasratnya itu dan menurutnya presiden menghormati keputusannya.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau bakal menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengenai jawatan yang ditawarkan kepadanya dalam parti yang akan disertainya, Darell berkata beliau ada berbincang mengenai jawatan dengan Mohd Shafie namun belum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak.

Mohd Shafie yang bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas hari ini berkata, beliau berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama