Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nurul Nuha: Kita lupakan kisah lalu, tumpu masa depan

Posted: 20 Sep 2016 08:44 PM PDT

'Hubungan mesra Anwar - Dr M: Apa kata Puteri Anwar'

Posted: 20 Sep 2016 08:12 PM PDT

‎Puteri kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha meminta agar isu 'minta maaf' antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ayahnya tidak perlu diungkitkan lagi.
Nurul Nuha berkata, apa yang penting sekarang adalah perkongsian sikap  kebersamaan‎ mereka untuk mereformasikan agenda pembangunan  negara.
Tun M - Anwar: Sleepless nights for Najib "Saya rasa apa yang penting kita perlu bergerak kehadapan, persetujuan mereka adalah mengenai agenda pembaharuan antara Mahathir dan Papa (Anwar)...jadi apa yang papa buat adalah untuk kepentingan negara.
"Saya rasa itu tidak perlu lagi diungkitkan kerana sekarang saya sudah katakan pada kenyataan yang lalu kami sekeluarga akan sokong pendirian papa," katanya kepada media selepas ‎selesainya  forum Detik Tercetusnya Reformasi di Kelana Jaya, malam tadi.
5 September lalu, ‎Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
‎Dalam pada itu, terbaharu Mahathir dan Anwar mengeluarkan kenyataan bersama bagi menolak  Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
‎Perkembangan terbaharu ini sekaligus memperlihatkan dua seteru ini yang dahulunya adalah musuh ketat tetapi kini kembali bertaut semula dan semakin mesra.

PKR perlu terima hakikat PRU 14 tanpa Anwar, kata Saifuddin

Posted: 20 Sep 2016 08:10 PM PDT

Ini bukan kali pertama PKR berdepan PRU tanpa Anwar kerana perkara sama pernah berlaku dalam 2 pilihan raya sebelum ini, iaitu pada tahun 1999 dan 2004.
PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution meminta PKR bersiap sedia menerima hakikat parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tanpa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, barisan pembangkang tiada pilihan tetapi wajib bersedia tanpa Anwar untuk mengetuai barisan pembangkang.
"Bersedia atau tidak, PKR tiada pilihan dan jika diberi peluang kami tentu mahu Anwar mengetuai PRU ini.
"Dalam keadaan ini PKR wajib bersedia dengan keadaan ini," katanya kepada FMT.
Bagaimanapun beliau akui ini bukan kali pertama PKR berdepan PRU tanpa Anwar kerana ia pernah berlaku dalam 2 pilihan raya sebelum ini iaitu pada 1999 dan 2004.
Saifuddin turut menegaskan, cabaran besar PKR pada PRU akan datang ialah untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru.
"Itu cabaran utama Keadilan dan parti pembangkang lain. Oleh itu PKR sedang bekerja keras mendapatkan persetujuan dari semua parti pembangkang bagi mengelak keadaan itu berlaku. Pada tahun 2008 dan 2013, pembangkang bersatu hati dengan saingan satu lawan satu tetapi senario kali ini berbeza," katanya.
Beliau juga berkata isu sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai parti pembangkang tidak penting memandangkan fokus utama parti itu adalah usaha berdepan pengundi Umno di kawasan Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar tuduh Selangor gagalkan projek PR1MA

Posted: 20 Sep 2016 08:09 PM PDT

Katanya 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan kerajaan negeri.
noh-omar_pr1ma_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar semalam menuduh kerajaan Selangor menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) merancang membina 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor tetapi gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan.
"Kami mahu membantu rakyat untuk memiliki rumah dengan projek yang sudah diluluskan, tapi kerajaan negeri pula menimbulkan pelbagai masalah, hari ini satu pun belum dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 serta di Cheras, malam tadi.
Beliau berkata jumlah itu meliputi pembinaan 51,000 unit rumah PR1MA yang sehingga kini belum dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun Noh tidak menjelaskan terperinci berhubung kekangan berkenaan.
Noh yang juga pengerusi Umno Selangor turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah membeli rumah dengan pemberian subsidi sebagaimana dilakukan kerajaan pusat melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Kalau rumah harga RM100,000, paling tidak mereka boleh bagi subsidi RM10,000. Seperti kerajaan persekutan, kalau ikut kos sebenar sebuah rumah PPRT bernilai RM165,000 tetapi kami jual RM35,000 sahaja," katanya.

‘Hubungan penyokong Zahid, Hishammuddin semakin tegang’

Posted: 20 Sep 2016 08:04 PM PDT

Akhbar Singapura, The Straits Times berkata Najib boleh mengharapkan peralihan sokongan masyarakat Cina, tetapi juga perlu menyelesaikan sebarang ketegangan dalaman Umno.
PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.
"Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB," kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.
"Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa."
Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.
Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.
Pengundi Cina alih arah?
Antara faktor kemenangan Najib, menurut ST, ialah pengundi Cina sudah mula mengalihkan sokongan mereka daripada pembangakang.
Ini kerana ada petanda beberapa segmen masyarakat Cina akan kembali kepada BN disebabkan usaha PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hudud, yang dilihat pengundi Cina sebagai satu pengkhianatan.
Read More / Baca Lagi >>

Permata, Rosmah tidak pernah mohon anugerah UNESCO - Setiausaha Akhbar PM

Posted: 20 Sep 2016 08:02 PM PDT

Permata, Datin Seri Rosmah Mansor atau Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Beliau berkata Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 8 Sept lepas untuk memaklumkan bahawa isteri Perdana Menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh UNESCO pada 22 Sept.
"Ini bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh Permata yang diasaskan pada 2007 oleh Datin Seri Rosmah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rosmah ialah Penaung Program Permata bagi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Tengku Sariffuddin berkata bagaimanapun, pada 18 Sept lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017 kerana apa yang disifatkannya sebagai 'campur tangan' Wall Street Journal dan the New York Times berhubung pembiayaan Permata.
"Kami mengesahkan bahawa Permata dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan diluluskan oleh Parlimen.
"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau Permata diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.
Beliau berkata Permata dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.
"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, Permata dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.
"Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak. Dan, kami kesal bahawa mereka yang dipilih untuk menerima anugerah berkenaan telah difitnah dan disindir oleh sesetengah pihak yang hanya memberi tumpuan kepada kempen memburuk-burukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

PERMATA, ROSMAH TIDAK TERJEJAS DENGAN PENANGGUHAN ANUGERAH....

Posted: 20 Sep 2016 06:47 PM PDT

Program Permata Negara (PERMATA) dan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil keputusan menolak 'Anugerah Memimpin dengan Teladan' lantaran campur tangan daripada Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) yang dimaklumkan oleh pengerusi badan penasihat penganjur, Prof Tudor Parfitt.
Selain itu Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sebenarnya Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 8 September lepas.
Ia memaklumkan bahawa isteri perdana menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh Unesco pada 22 September (esok).
Ia  bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah.
Program PERMATA diwujudkan bagi memberikan tumpuan terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menjelaskan semalam, pada 18 September lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017.
Ini kerana apa yang disifatkannya sebagai 'campur tangan' WSJ dan NYT berhubung pembiayaan PERMATA.
Kelmarin dilaporkan satu anugerah UNESCO untuk mengiktiraf program PERMATA dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 PBB di New York telah ditarik balik.
Tudor Parfitt...hantar email kepada Wakil Tetap Malaysia di PBB
NYT kelmarin juga melaporkan anugerah anjuran Antiquities Coalition yang sepatutnya diterima Rosmah di Muzium Seni Metropolitan, New York, telah ditarik balik. pada saat akhir.
Parfitt dalam satu kenyataan berkata ia susulan beberapa persoalan yang dibangkitkan sekitar dana PERMATA, walaupun penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus, keputusan diambil kerana mereka kesempitan masa untuk menyemak dakwaan.
Menurut kenyataan itu, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana PERMATA dan walaupun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan itu.
Tengku Sariffuddin sebaliknya mengesahkan bahawa PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan  diluluskan oleh Parlimen.

"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau PERMATA diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.

Beliau berkata PERMATA dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.

"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.

Tengku Sariffuddin...PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
"Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak.
Read More / Baca Lagi >>

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut & Manouvres Tun Dr Mahathir Mohamad

Posted: 20 Sep 2016 06:33 PM PDT

Oleh Hayar Hassan.

Sebelum ini, saya telah pernah menulis sekitar langkah Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas pindaan Perlembagaan yang menyebabkan kelulusan, tandatangan Yang di Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Impak terhadap pindaan Perlembagaan itu terlalu besar sekali. Banyak pihak menilai bahawa kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri Malaysia selepas pindaan tersebut adalah terlalu besar dan sukar untuk diganggugugat.

Namun demikian, seperti lazimnya, musuh-musuh politik Tun Dr Mahathir Mohamad memang cepat untuk menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ikhlas dalam permintaan maafnya, sekadar lakonan orang politik sahaja. Malah ada yang menyamakannya seperti filem "Bollywood" sahaja. Sepertinya, mudah meremehkan pandangan orang lain yang tidak sehaluan dengan kita sudah menjadi begitu lumrah bagi rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang-orang politik.

Sepatutnya lontaran sesuatu idea daripada negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan perhatian kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 4. Sepatutnya idea yang bakal memberikan banyak manafaat itu dipertimbangkan dahulu, bukan diremehkan, walau pun ianya  datang daripada kelompok lawan kita. Budaya begini telah lama diamalkan oleh negara-negara maju.

Namun begitu, rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah seperti orang biasa. Beliau seorang yang kuat semangat, cekal dengan prinsip dan tidak mudah mengalah dengan sindiran dan tohmahan orang ramai. Seandainya beliau berpendapat sesuatu tindakannya betul, beliau akan terus mencuba tanpa ragu-ragu. Kalau kita imbau kembali , Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya berundur juga dari jawatan Perdana Menteri ke 5, ekoran asakan bertalu-talu dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang-orang UMNO sendiri.  

Banyak orang berkata, dalam politik ini kita perlu banyak melaku" manoeuvres ". Banyak " manoeuvres" bukannya bermakna kita meninggalkan prinsip-prinsip perjuangan. Ianya adalah strategi dan sentuhan-sentuhan untuk menghasilkan apa yang kita perjuangkan.

Tanggal  5 September 2016, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi  perhatian umum rakyat Malaysia, apabila beliau hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan sokongannya kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam usaha menyekat penguatkuasaan akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selanjutnya, Tun Dr Mahathir telah menghulurkan salam erat sambil bertanya khabar kepada DSAI dengan diperhatikan oleh ramai orang. Ada pihak yang menamakan peristiwa tersebut sebagai "Salam Bersejarah" . Kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk datang sendiri bertemu DSAI adalah sesuatu yang mengejutkan dan mengharukan. Mana mungkin orang yang lebih tua, mantan Perdana Menteri pula datang sendiri menemui seorang banduan dan musuh ketatnya suatu waktu dulu.

" Manoeuvres " terkini Tun Dr Mahathir Mohamad ini telah menambahkan banyak kawan kepada beliau dan telah mengurangkan banyak musuh kepadanya. Betul lah seperti kata peribahasa Melayu, pertemuan dan salam erat antara dua tokoh tersebut umpama " Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut ".  Perbezaan pendapat dan perseteruan antara dua tokoh negarawan ini sewajarnyalah ditangani dengan baik dan dilupakan oleh keluarga dan sahabat-sahabat mereka.
Kelihatannya asakan Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak supaya berundur daripada jawatan Perdana Menteri ke 6 melibatkan juga pihak pembangkang. Ini bermakna Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mempersiapkan strategi dan langkah yang lebih rapi dan mantap. Itu lah keistimewaan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak akan mudah mengalah dan duduk diam selagi impiannya tidak tercapai. Harapan kita semua agar ianya dapat berjalan dengan baik dan dalam kerangka undang-undang yang dibenarkan. Kita tidak impikan suatu keadaan huruhara yang pastinya akan terus menjejaskan ekonomi dan keselamatan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

20 September tarikh penting buat Nurul Nuha

Posted: 20 Sep 2016 06:26 PM PDT

20 September tarikh penting buat Nuha
"Pada malam itu 20 September 1998, saya berlari masuk ke rumah dengan membawa Ehsan (adik) berlari...saya nak jumpa papa.
Demikian coretan imbauan kenangan  anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim , Nurul Nuha ketika berkongsi cerita mengenai kisah ayahnya yang ditangkap ketika itu sehingga tercetusnya gelombang reformasi di negara ini.
Mengambil sempena tarikh sama yang jatuh pada tarikh hari ini 20 September 2016, Nuha berkata, walaupun kenangan itu sudah lama berlalu, namun pada setiap kali tarikh ini 'datang' jiwa mereka  sekeluarga ‎akan  dikocak semula dengan kenangan lalu.
"Pada malam itu kami dilarang masuk ke rumah , tapi saya tendang kon FRU, saya lari masuk dan melihat papa dan ada polis sekitar 20 anggota, saya sangat terkejut, papa kemaskan barang dalam beg beliau.
"Saya tanya papa nak pergi mana? Kenapa papa perlu dirampas‎, kemudian kami semua turun dan dimasukkan ke dalam sebuah van bersama Anwar, kami dibawa ke Balai Polis Bukit Aman.
"Namun di pertengahan jalan, Anwar diambil dan dibawa oleh kereta lain, dan kami terpisah‎ dengan menaiki van itu...kami jumpa ayah di sana," katanya dalam forum Detik Tercetusnya Reformasi di Kelana Jaya, malam ini.
Sementara itu ketika mengulas mengenai detik Reformasi Nuha berkata Anwar hanya menjadi pencetus.
"Ia digelombangkan oleh ramai rakyat, semangat perjuangan Anwar‎ ini," katanya.

Pakatan Harapan, Bersatu akan cipta gelombong rakyat di Johor

Posted: 20 Sep 2016 06:23 PM PDT


Salahuddin AyubSalahuddin AyubNegeri Johor akan menjadi destinasi politik yang menarik untuk pakatan pembangkang menerajui negeri itu selepas Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Kecenderungan pakatan pembangkang untuk merampas negeri Johor itu disokong dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, senario politik di Johor sudah melalui beberapa proses krisis kepimpinan di kalangan pemimpin utama Umno negeri itu dan terkini katanya, krisis bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pernah menjawat jawatan menteri besar Johor (1986-1995).
"Di Johor ada satu perkara yang kita boleh 'ride on' kalau kita mengkaji sejarah bangsa Johor.
"Ia bukan sifat kenegerian yang akan memisahkan Johor dan persekutuan tetapi kemunculan bangsa Johor itu dalam konteks berdepan dengan isu semasa seperti 1MDB dan kemungkaran politik perdana menteri.
"Saya yakin jika rakan DAP dan PKR dapat memposisikan peranan mereka dalam geo politik di negeri itu kita boleh cipta sejarah baru di situ.
""Saya lihat Johor bakal jadi destinasi politik yang menarik kerana apa yang berlaku di Johor menuntut kita melalui proses kematangan dan kebijaksanaan untuk Pakatan Harapan dan Bersatu merampas negeri itu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Masyarakat Melayu di negeri itu begitu sentimental terhadap Umno dari segi sejarah penubuhan parti Melayu tertua itu yang bermula di Johor dan krisis politik yang dibawa oleh beberapa pemimpin utama parti seperti Tan Sri Shahril Abdul Samad dan Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Dr. Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Kabinet selepas pemilihan Umno 1984.
Manakala Tan Sri Shahril Samad mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 1986. Shahrir cuba menguji kekuatan Umno dengan bertanding semula atas tiket bebas yang ditaja oleh kumpulan S46. Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru diadakan pada 25 Ogos 1986, iaitu hampir tujuh bulan selepas Umno diharamkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas mampu gugat Pakatan Harapan‎

Posted: 20 Sep 2016 06:22 PM PDT

PAKATAN Harapan sukar ulangi kejayaan besar seperti dalam dua kali PRU lalu, sekalipun mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor.
Ini kerana Pas mampu gugat kekuatan Pakatan Harapan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat dalam isu pembahagian kerusi.
Demikian pendapat seorang pengulas politik, Tang Ah Chai ketika mengulas saranan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang agar Dun Selangor dibubarkan memandangkan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah 'mengubah' peta negeri itu dengan tujuan membolehkan Umno kembali berkuasa.
Menurut Ah Chai, sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan di Selangor, ia pasti memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana masih boleh menggunakan kawasan persempadanan lama.
"Tetapi Pakatan Harapan perlu sedar, mereka akan hadapi cabaran lain, iaitu daripada Pas yang masih belum jelas akan pendirian mereka sama ada sokong Pakatan Harapan ataupun BN.
"Pas jika bekerjasama dengan BN menyaksikan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan, perkembangan ini sudah tentu akan menjejaskan Pakatan Harapan untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh.
Read More / Baca Lagi >>

PM tidak bangkit isu Xavier Justo dalam Rundingan Malaysia-Thai, kata setiausaha akhbar

Posted: 20 Sep 2016 06:16 PM PDT

Akhbar Le Temps lapor dakwaan Sarawak Report tanpa mahu menentusahkan maklumat itu dengan pihak yang dituduh
le-temps
Nasib pembocor maklumat 1MDB, Andre Xavier Justo yang menjalani hukuman penjara di Thailand atas kesalahan pemerasan tidak termasuk dalam agenda Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-6.
Setiausaha akhbar perdana menteri berkata rundingan membincangkan agenda besar kedua negara seperti kerjasama melawan pelampau, perjanjian dagangan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan untuk masyarakat Islam di Selatan Thailand.
"Semasa perjumpaan rundingan tahunan Malaysia-Thailand ke 6, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau delegasi tidak pernah membangkitkan perkara berkaitan pemeras tersabit Xavier Justo.
"Tambahan pula, Perdana Menteri tidak ditemani oleh individu yang dinamakan Le Temps (dalam laporannya)," kata Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Le Temps memetik sumber mereka melaporkan Bangkok enggan melepaskan Justo pulang ke negaranya. Media Switzerland itu mendakwa keputusan itu dibuat selepas Najib memohon supaya Justo tidak dihantar pulang.
Sariffuddin menyesali Le Temps menyiarkan dakwaan itu tanpa mahu menentusahkan maklumat dengan pihaknya.
Read More / Baca Lagi >>

EHHH...KENAPA ROSMAH TOLAK PULAK??

Posted: 20 Sep 2016 06:12 PM PDT

Mula-mula dikeluarkan kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Alias Ahmad dan dilaporkan oleh Bernama bahawa Rosmah Mansor akan menerima anugerah "Lead by Example"  oleh Unesco atas sumbangannya membangunkan potensi kanak-kanak melalui program Permata pada 22 September ini di New York.

Tetapi semalam, anugerah itu diberitakan ditarik balik oleh Unesco berikutan timbulnya keraguan mengenai dana yang diterima Permata dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka tidak mempunyai cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

Hari ini pula, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, gambarannya seolah-olah anugerah itu bukanlah ditarik balik, sebaliknya cuma ditangguhkan kepada tahun depan.
Menurut kenyataan itu, pada 18 September, wakil tetap Malaysia ke PBB telah menerima email daripada Prof Tudor Parfit, yang mempengerusikan lembaga penasihat akademik jawatankuasa penganjur yang menyebut bahawa anugerah itu akan ditangguh ke tahun 2017 kerana wujudnya "gangguan"  daripada The Wall Street Journal dan New York Times berkaitan penajaan Permata.

Kata kenyataan itu lagi, Rosmah dan Permata bagaimanapun menolak untuk menerima anugerah tersebut bagi mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak yang dilakukannya selama ini.

Dalam masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan Permata ditaja sepenuhnya di bawah peruntukan kerajaan dan telus, serta laporan tahunannya diluluskan oleh Parlimen.

Apabila Pejabat Perdana Menteri menyatakan Rosmah dan Permata menolak untuk menerima anugerah itu, bermakna namanya masih dicalonkan serta menjadi pilihan untuk diberikan anugerah berkenaan pada tahun depan.
Read More / Baca Lagi >>

Marah hina Rosmah, media Umno gesa gantung kerjasama dengan Unesco

Posted: 20 Sep 2016 06:10 PM PDT

Media milik Umno, MyKMU, mencadangkan agar kerajaan Malaysia menggantung semua kerjasama dengan The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) sehingga Ketua Pengarahnya, Irina Bokova memohon maaf secara terbuka.
Mereka juga perlu memberi penjelasan yang masuk akal dalam kontroversi membabitkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, kata editor laman Kelab Maya Umno itu.
"Menteri Pelajaran Malaysia juga perlu menggantung sementara pejabat Unesco Malaysia yang berada di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beranikah Datuk Seri Mahadzhir Khalid melakukan?" soal editor laman itu.
Menurut laman itu, tindakan Irina Bokova menjemput Datin Seri Rosmah mengambil anugerah penghormatan khas pada satu majlis yang dianjurkan bersama oleh Unesco pada 22 September 2016 tetapi kemudiannya membatalkan, hanya kerana pertanyaan Wall Street Journal dan The New York Times mengenai pembiayaan PERMATA, adalah sesuatu yang kurang ajar.
Unesco sebagai sebuah pertubuhan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab ke atas keilmuan dan ketamadunan tidak menunjukkan sikap organisasi yang bertamadun apabila menarik balik jemputan yang telah tersebar hanya kerana pertanyaan media tertentu, katanya lagi.
Laman ini juga mendakwa, tindakan menarik anugerah ini adalah konspirasi menjatuhkan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya.
"Apapun, kita tidak nampak bagaimana perkara ini boleh menjejaskan Perdana Menteri mahupun Rosmah sendiri. Yang nyata ini semua adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang dan apa pun yang berkaitan konspirasi, semuanya tidak betul.
"Lagipun, bukan Rosmah yang terhegeh-hegeh mahukan anugerah tersebut, ia adalah mereka yang berkenaan sendiri nak bagi, kemudian mereka berkenaan juga yang membatalkannya kerana termakan dengan hasutan media asing upahan Mahathir," kata tulisan itu.
ROSMAH TOLAK
Sementara itu, Rosmah Mansor dan Program Permata Negara (PERMATA) menolak menerima anugerah 'Lead by Example' yang ditunda ke tahun depan.
Read More / Baca Lagi >>

Media kita tak pernah merdeka

Posted: 20 Sep 2016 06:08 PM PDT


Wacana: Media kita tak pernah merdeka

Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan sekatan ke atas kebebasan media, kata Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Perkomputeran Universiti Selangor, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada laporan kajian kebebasan media oleh Freedom House.
Menurut, kajian tersebut telah melihat kepada beberapa sudut misalnya pemilikan, undang-undang,  tekanan politik dan sebagainya dan memutuskan negara ini bukan sebahagian daripada negara yang mengamalkan kebebasan media.
"Tentu sekali media kita tidak pernah merdeka. Kalau kita merujuk kepada laporan kajian tentang, Malaysia memang tidak mengamalkan kebebasan dalam media.
"Kajian ini telah dilakukan lebih di 200 negara dan tidak ada sebab untuk kita tidak percaya dengan hasil kajian tersebut," katanya seperti yang dipetik menerusi menerusi Wacana Sinar Harian bertajuk 'Merdekakah Media Kita?' di Universiti Selangor, di sini, hari ini.
Wacana yang bermula jam 2.45 petang itu turut disertai Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin; Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar dan aktivis media yang juga bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance, Gayathtry Venkiteswaran.
Katanya lagi, pengamal media sepatutnya diberikan kesempatan untuk melaporkan sesuatu isu dan perkara secara tepat serta telus.
"Itulah tanggungjawab sebenar pihak akhbar iaitu untuk berkongsi sesuatu maklumat yang betul dan menjadikan masyarakat yang penuh informasi.
"Masyarakat berinfomasi dapat menjadikan negara semakin aman dan lebih maju ke hadapan. Kalau masyarakat pada keseluruhannya tidak mengetahui perkara sebenar, macam mana negara nak maju?" katanya lagi.

Biar merah dan kuning bertembung, kata Jamal

Posted: 20 Sep 2016 06:05 PM PDT

Nurul Iman sebak cerita saat Anwar dipenjara

Posted: 20 Sep 2016 06:04 PM PDT

'Kejayaan besar reformasi apabila Tun M akhirnya sokong'

Posted: 20 Sep 2016 06:03 PM PDT

Reformasi 1998 - Bukit Damansara

Posted: 20 Sep 2016 08:32 AM PDT

Ledakan Reformasi 1998

Posted: 20 Sep 2016 08:24 AM PDT

NOSTALGIA REFORMASI 1998

Posted: 20 Sep 2016 08:23 AM PDT

Reformasi 1998 in Memory: Let's Re-Built Our Spirit - 20 Sept 1998

Posted: 20 Sep 2016 08:18 AM PDT

Rafizi dakwa jumlah pelajar tak dapat PTPTN naik mendadak

Posted: 20 Sep 2016 07:52 AM PDT

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan PTPTN berdepan masalah aliran tunai yang mencetuskan krisis pengajian tinggi negara.
rafizi-ptptn
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mendakwa anggaran jumlah pembiayaan baharu dikeluarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 2015 hanya satu pertiga berbanding 2010, membayangkan kemungkinan ramai pelajar di IPTA dan IPTS tidak mendapat pembiayaan pendidikan.
Setiausaha agung PKR itu berkata anggaran itu berdasarkan Buku Info PTPTN 2011, kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi pada 19 November 2015 dan "sumber lain".
"Jumlah pembiayaan pendidikan baharu yang diluluskan pada 2015 (sekitar RM2 bilion) adalah satu pertiga daripada jumlah pada 2010 (RM6 bilion)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Jawapan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap pada 19 November 2015 menunjukkan pembiayaan baharu (diluluskan dan diagihkan) bagi 9 bulan pertama 2015 hanyalah RM2.08 bilion.
"Walaupun saya belum mendapat jawapan bagi seluruh 2015, semester pengajian bermula sebelum September maka ia anggaran baik bagi pembiayaan baharu yang diluluskan bagi setiap tahun," katanya.
Rafizi berkata keadaan itu menunjukkan PTPTN berdepan masalah aliran tunai yang mencetuskan krisis pengajian tinggi negara.
Katanya, masalah aliran itu boleh dilihat melalui langkah PTPTN menyenaraihitamkan peminjam, membuat potongan gaji secara automatik dan mengehadkan pinjaman penuh kepada pelajar daripada keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saja.
"IPTS dan IPTA bergantung kepada PTPTN untuk membiayai pelajar, maka kegagalan PTPTN membiayai pelajar pada jumlah drastik ini bermakna sistem pendidikan tinggi sekarang sedang berdepan krisis yang runcing," katanya.
Pada 17 September lalu, beliau mencadangkan kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke universiti luar negara secara berperingkat dan menggunakan dana itu untuk memajukan institusi pendidikan tempatan.
Beliau berkata ia hanyalah sebahagian daripada reformasi pendidikan tinggi yang berpunca daripada krisis yang dihadapi.
Ahli Parlimen Pandan itu juga membangkitkan kembali idea pendidikan percuma yang ditawarkan PKR menjelang pilihan raya umum lalu.
"Ramai menuduh ia helah murahan untuk meraih undi. Saya sebenarnya bimbang kelangsungan pendidikan tinggi negara dengan model pinjaman PTPTN kerana saya yakin dalam beberapa tahun dari 2012 ia akan mengalami krisis kewangan yang meruncing," katanya.

Bukit Katil bakal hilang 10,000 pengundi, Umno mohon SPR kaji semula

Posted: 20 Sep 2016 07:49 AM PDT

Bekas calon Tan Sri Mohd Ali Rustam persempadanan semula akan menyebabkan Daerah Mengundi Bachang dan Peringgit dipindahkan ke Parlimen Kota Melaka
ali-rustam
MELAKA: UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula untuk kawasan Parlimen dengan nama yang sama.
Ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini kerana persempadanan semula dicadangkan itu akan membawa keluar pusat daerah mengundi (PDM) Bachang dan Peringgit ke kawasan Parlimen Kota Melaka.
"Sekiranya ini berlaku Parlimen Bukit Katil yang kini mempunyai kira-kira 105,000 pengundi akan kehilangan lebih 10,000 pemilih berdaftar di kedua-dua PDM itu," katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir di sini hari ini.
Mohd Ali yang juga anggota Dewan Negara berkata UMNO juga akan mencadangkan kepada SPR untuk menambah dua atau tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu dalam kajian persempadanan semula kawasan tersebut.
Pada masa ini, Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bachang, Ayer Keroh, Bukit Baru dan Ayer Molek.
Pada pilihan raya umum 2013, kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR menewaskan Mohd Ali dengan majoriti 5,447 undi.
Telah dilaporkan sebelum ini Parlimen Bukit Katil merupakan kawasan parlimen yang bakal menjadi tumpuan utama dan 'kawasan panas' di Melaka pada pilihan raya akan datang.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang mendakwa SPR melaksanakan persempadanan semula itu demi kepentingan pihak tertentu.
"Dari dahulu lagi pembangkang akan sentiasa menuduh bahawa ada konspirasi namun apa yang dilaksanakan SPR adalah mengikut peraturan dan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

'Teknologi maju, rakyat mundur kebenaran tertinggal'

Posted: 20 Sep 2016 07:46 AM PDT

Di sebalik kecanggihan teknologi rakyat negara ini masih tertinggal daripada mendapat berita yang "benar", kata seorang wartawan veteran.
Menurut Datuk A Kadir Jasin dalam keadaan semasa orang ramai dilihat terus "dibuku ketakutan" gara-gara kekangan kerajaan serta kongkongan pemilikan agensi media.
"Dari segi teknologi, kita maju… tapi di satu aspek lain kita diburu ketakutan. Kita juga tak bergerak ke hadapan tapi mundur ke belakang," katanya
Pada masa sama kata Kadir wartawan pula semakin takut dan taasub kepada pimppinan.
Malah katanya orang ramai dipaksa untuk setia.
Bagaimanapun katanya wartawan perlu beringat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat.
"Saya rasa kepada yang nak jadi wartawan, kena ingat - sejauh mana dan sehebat mana kita dikawal pemilik (syarikat) kita, kita punyai tanggungjawab untuk maklumkan (kebenaran) kepada masyarakat," katanya di Shah Alam hari ini.
Kadir menjadi salah seorang panel forum bertajuk Merdekakah Media Kita? yang diadakan di Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam.
Forum itu turut dibarisi Ketua Pengarang Projek MMO Fathi Aris Omar (gambar), aktivis media Gayathry Venkiteswaran dan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel Prof Dr Azmuddin Ibrahim.
Menurut Kadir turut memburukkan lagi keadaan wakil rakyat kini tidak lagi mewakili orang yang memilih mereka dalam pilihan raya apabila membincangkan isu melibatkan akta yang menaungi media sebaliknya memihak kepada Peguam Negara.
"Kebertanggungjawaban semakin hari makin kurang. Kita ada (media) sosial yang bebas (tetapi kita) tak ada hak (bersuara) dan kita masih ditekan.
"Ironinya orang yang sepatutnya mewakili kita - wakil rakyat - (tidak lagi) mewakili kita.
"Wakil rakyat patut melihat undang-undan itu dari aspek kepentingan orang yang memilih mereka," katanya.
Forum lebih banyak
Sementara itu Fathi pula berkata sistem di negara ini perlu diubah untuk mendapatkan media yang lebih bebas.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:39 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Beritahu kami apa yang kamu tak faham'

Posted: 20 Sep 2016 05:26 AM PDT



'Beritahu kami apa yang kamu tak faham'
 
 
Abdul Hadi dan Chai Kaa (empat dari kanan) ketika sesi pertemuan kelmarin. Foto Faceboo Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 
 
SHAH ALAM - Pas meminta Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa menyenaraikan kepada pihaknya segala perkara yang tidak difahami berhubung pindaan RUU 355.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bersikap terbuka berhubung kenyataan yang dibuat Chai Kaa kelmarin yang mendakwa tidak memahami penjelasan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kalau beliau tak faham, minta beliau beritahu kita apa yang tak faham itu, yang mana beliau tak faham...tujuan Akta 355 atau prosedur yang kita nak laksanakan itu. Beritahu kita.

"Kita boleh berhubung dengan pihaknya semula melalui surat, telefon. Saya rasa tidak wajar pemimpin untuk satu pertubuhan yang besar sejurus kita mengadakan sesi dialog tiba-tiba kamu keluarkan kenyataan, 'kami tak faham'. Begitu sahaja.

"Sepatutnya ruang yang ada pada perjumpaan itu diambil sebagai peluang untuk memahami perkara itu. Kemudian, apabila kita (merujuk kepada pihak persatuan) sudah faham, terpulanglah apa pendirian kita," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Chai Kaa dilaporkan mengakui tidak memahami ucapan Abdul Hadi pada sesi penerangan persatuan itu dengan Pas dan akan meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan tersebut seperti yang dirancang sebelum ini.

Persatuan itu didakwa langsung tidak bertanyakan soalan kepada Abdul Hadi pada sesi pertemuan di pejabat mereka.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan sesi penerangan kedua dan seterusnya kepada persatuan berkenaan.

"(Sesi kali kedua dengan Persatuan Hokkien) Boleh...boleh. Saya meminta sekali lagi, senaraikan apa yang beliau tak faham itu. Kita boleh berhubung balik. Kita terbuka. Katakanlah beliau tak faham, adakah Akta 355 ini berkait dengan pelaksanaan hudud dan sebagainya, beritahu kita.

"Sila nyatakan kepada kita apa yang mereka tak faham supaya kita boleh ambil tindakan selanjutnya," katanya.

Tambahnya, Pas akan terus mengadakan sesi penerangan kepada umum dan paling hampir Abdul Hadi akan membuat sesi itu kepada pihak media, Khamis depan.

Permata tersembunyi di Manong

Posted: 20 Sep 2016 05:16 AM PDT


Permata tersembunyi di Manong
Shahrom turut turun padang membantu membersihkan kolam air panas ini.
 


MANONG - Siapa sangka di sebalik sebuah kampung di Manong, terdapat satu kolam air panas yang terbiar, namun berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancong.

Dulunya ia menjadi lokasi tumpuan di mana bukan sahaja untuk penduduk Kuala Kangsar malah masyarakat dari kawasan lain juga tertarik dengan keindahan tempat itu.

Bukan itu sahaja, kolam air panas yang terdapat di situ juga dikatakan mampu menyembuhkan sakit kulit terutamanya yang melibatkan gatal-gatal kulit.

Justeru, berpusu-pusulah orang ke sana kerana mahu mendapatkan rawatan semula jadi untuk sakit kulit mereka selain menikmati keindahan alam semula jadi di sana.

Namun, entah di mana silapnya, kawasan yang dulunya sering dikunjungi kini terbiar begitu sahaja malah kawasan sekitarnya juga dipenuhi semak-samun.

Menyedari potensi yang ada pada kolam air panas itu, Adun Manong, Mohamad Kamil Shafie berhasrat mahu mengkomersialkan kolam tersebut kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, kolam air panas di Kampung Ara Panjang itu istimewa kerana mempunyai banyak mata air dan suhunya juga agak tinggi berbanding di lokasi kolam air panas lain dalam Malaysia.

Tambahnya, proses menaik taraf kolam itu akan dijalankan tidak lama lagi dengan memasang pagar, mencantikkan tepian kolam serta menyediakan infrastruktur untuk kemudahan pengunjung.

"Saya bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar akan bawa cadangan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan juga dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah Kuala Kangsar.

"Kami telah berbincang dengan Exco Negeri dan merancang pelbagai usaha untuk mengkomersialkan kawasan ini," katanya.

Komersialkan kolam air panas

Usaha itu turut mendapat respons positif daripada Penghulu Mukim Senggang, Zuraimi Razali yang menganggap kolam itu mampu menjadi antara tarikan pelancongan utama di Kuala Kangsar.

Ujarnya, kolam itu yang sememangnya sinonim dengan penduduk kampung namun sejak kebelakangan ini ia terbiar disebabkan Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak mampu menyelenggarakannya secara bersendirian.

"Atas inisiatif Adun, baru-baru ini telah dibuat pelan tindakan untuk memajukan kolam semula jadi ini. Dengan kerjasama daripada pelbagai agensi, kawasan ini telah dibersihkan baru-baru ini.

"Saya percaya kolam air panas Kampung Ara Panjang mampu dikomersialkan kerana ia mempunyai sejarahnya tersendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Zuraimi turut mencadangkan nama 'Bendang Nyangat' yang diberikan penduduk kampung kepada kolam ini perlu dikekalkan sebagai identiti keaslian dan keunikannya.

"Mereka panggil bendang nyangat kerana dulu ini kawasan bendang yang mengeluarkan air hangat (nyangat) secara semula jadi. Harapnya nama ini dapatlah dikekalkan," katanya.

Sementara itu, yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Shahrom Abd Malik gembira dengan penyertaan hampir 300 peserta dalam gotong-royong membersihkan kawasan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan penglibatan pelbagai agensi dan pelajar dalam program itu, ia diharapkan mampu menjadi ejen penyampai maklumat kepada masyarakat berhubung kolam air panas tersebut.

"Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah mendidik dan menjalin kerjasama antara agensi kerajaan dan penduduk kampung dalam menjaga kebersihan kolam ini supaya memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang.

"Dalam perancangan yang akan datang, tempat ini mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan setanding kolam air panas lain yang terdapat di negeri Perak.

"Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program gotong-royong ini menunjukkan bahawa komuniti Kuala Kangsar mempunyai rasa bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan daerah ini," ujarnya.


Tiada Bukti Penganiayaan Kanak-Kanak: Chew

Posted: 20 Sep 2016 05:12 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Chew beramah mesra dengan kanak-kanak di rumah Pertubuhan Kebajikan Da Zhi Jiang Tang.
 
 
BUTTERWORTH: Pihak berkuasa tidak menjumpai sebarang tanda-tanda penganiayaan atau salah laku dalam Pertubuhan Kebajikan Da Zhi Jiang Tang di Taman Kimsar di sini sebagaimana yang didakwa dalam laporan polis bulan lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak menemui sebarang bukti penganiayaan.

Chew berkata pertubuhan itu yang masih belum berdaftar dengan JKM, boleh mendaftar sebaik sahaja kertas kerja berkaitan diselesaikan.

"Kami meminta bantuan dari pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan status bangunan kediaman itu ditukar kepada premis perniagaan bukan berasaskan keuntungan supaya ia boleh menjimatkan kos bayaran lesen," kata Chew selepas melawat pertubuhan itu.

Ditubuhkan pada 2014, pertubuhan itu buat masa ini menjaga 15 kanak-kanak berusia dari 16 bulan sehingga 14 tahun sama ada anak yatim atau anak-anak yang ibu bapanya bercerai.

Pertubuhan Da Zhi Jiang Tang  yang juga pemilik bangunan rumah kediaman itu telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pengetua rumah itu, Choo Ai Ling menyatakan rasa kecewa berhubung laporan polis pada bulan lalu yang mendorong pihak berkuasa mengambil tindakan dan memeriksa pertubuhan tersebut.

"Kanak-kanak trauma apabila polis menyerbu rumah kami.

"Derma daripada orang ramai juga menurun dengan drastik kerana mereka hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan kebajikan kami selepas berita kononnya berlaku kes penderaan tersebar," katanya.

Pada 11 Ogos lalu, satu laporan dibuat pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit (DAP) Lydia Ong Kok Foo, Tan Liang Hong, 29, yang mendakwa kanak-kanak di rumah tersebut menerima layanan buruk.

Dalam laporan itu, Tan berkata Ong dimaklumkan bahawa pertubuhan tersebut melakukan serangan fizikal dan seksual terhadap beberapa kanak-kanak.

Berikutan laporan itu, polis menyerbu rumah tersebut untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900

Posted: 20 Sep 2016 01:26 AM PDT

Rahim Thamby Chik
Rahim




SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan
menggunakan aplikasi Facebook dengan membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Hakim, Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah turut menegur perbuatan Abdul Rahim yang sepatutnya menghormati dan   memelihara institusi DiRaja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, pada prosiding itu, Abdul Rahim membuat pernyataan maaf dan kekesalannya secara terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan  Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Abdul Rahim mengaku bersalah  menggunakan kemudahan aplikasi Facebook miliknya secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Istana Mestika Jalam Permata 7/1, Seksyen 7, dekat sini jam 9 pagi pada 25 September 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Perkara Yang Tidak Gembirakan Kabinet Najib

Posted: 20 Sep 2016 12:32 AM PDT

 
Oleh Haikal Hakimi


Pendedahan Menteri Kewangan ke11 Datuk Ahmad Husni mengenai sebab sebenar beliau meletakan jawatan tepat dan wajar pada pandangan rakyat dan memberi kesan yang sangat buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Husni tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib.

Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini. Taraf Najib sebagai seorang "suspect" semakin tinggi.

Rakyat di lapangan sedang merasai keadaan sebenar dari kekalutan ekonomi dan politik terutama para kontraktor yang mencari peluang baru dan juga usahawan-usahawan yang menunggu bayaran dan ahli-ahli perniagaan yang merasai kesan dari tertutup peluang-peluang baru dan sebagainya kerana peruntukan yang terhad dan dibataskan.Pelajar-pelajar juga merasakan sakitnya.

Rakyat mempunyai keyakinan bahawa kestabilan negara akan dapat dipulihkan hanya apabila Najib dan Rosmah berundur.Pemulihan tidak mungkin berlaku dengan serta merta kerana kerosakan yang berlaku terutama yang menjejaskan maruah, integriti dan keyakinan di dalam dan luar negara sangat teruk tetapi rakyat tetap percaya ada kebaikan kepada negara jika Najib berundur.

Maruah negara tidak akan pulih hanya semata-mata kerana media tempatan membesar-besarkan Rosmah dianugerah "Lead By Example" daripada UNESCO kerana dalam negara cerita buruknya lebih banyak dari cerita baiknya.

Anak jelaskan kenapa Haron Din dikebumi di AS

Posted: 20 Sep 2016 12:30 AM PDT

DETIK DAILY
 


ISTERI Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datin Khadijah Salleh menyiram air ke pusara pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat. 
 

KUALA LUMPUR – Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron, menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat, semalam.

Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi ini berkata, beliau bersama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana serta ibu mereka, Datin Khadijah Salleh sepakat membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak faktor.

Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.

"Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing. Namun, ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan terpaksa bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

"Semasa hayat baba, teri­ngat suatu ketika, hendak bawa jenazah dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais. Selain itu perlu melalui embalm (pe­ngawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.

"Banyak kali kuliah dan pesanan baba. Perlu disimpan (disemadikan) di tempat di mana malaikat datang menjemputnya. Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan membawa pulang (jenazah Allahyarham), tapi jangka masa tujuh hari adalah sesuatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya," katanya.

Dalam nukilan yang penuh emosi itu Huda mengakui, hatta jika ditanya hati kecilnya sendiri yang mementingkan diri sendiri, memang beliau mahu ba­panya yang juga Musyidul Am Pas itu sentiasa 'dekat' bersama-samanya sentiasa.

"Supaya ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita, Biar kita mampu ziarah (pusaranya) hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada di hadapan mata. Itulah kehendak kita dan saya rasa itulah juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.

"Tapi adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyenggaraan jenazah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah! Maafkan kami seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Huda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah-payah membantu menga­turkan pesawat persendirian bagi membawa pulang jenazah ayahnya ke tanah air.

Sementara itu, Cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang mengimamkan solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dekat sini semalam, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan keperibadian datuknya.

Ucapan itu dapat dibaca dalam akaun Facebook milik Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din (official) yang dimuat naik pukul 8.30 pagi ini.

"Tokwan (Allahyarham Dr. Haron Din), anda merupakan guru yang hebat. Sehingga ke saat akhir, tokwan masih me­ngajar kami tentang solat jenazah ghaib, penjagaan jenazah, khalifah, taman syurga, kesatuan keluarga dan lain-lain.

"Tokwan, mesti tokwan bangga dengan keluarga tokwan. Kami telah melakukan segalanya yang mampu walaupun ketika kami sedang bersedih dan menangis," katanya yang turut mendoakan al-Fatihah kepada datuknya itu.

Qaradhawi ucap takziah pemergian Dr Haron Din

Posted: 20 Sep 2016 12:14 AM PDT

HARAKAHDAILY 





Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

"Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

"Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah," tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/)


Siapa pun kita, hidup biar beradab bukan biadab

Posted: 20 Sep 2016 12:12 AM PDT


 
Oleh HASSAN MOHD. NOOR


KETIKA seluruh umat Islam di Malaysia amat merasai kehilangan seorang tokoh ulama, ada pula suara-suara sumbang memberi komen yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan. Bukan sahaja tidak adil kepada orang yang telah meninggal dunia tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat seluruhnya. 

Banyak pihak yang menyentuh beberapa isu yang jelas berunsur sindiran. Ternyata golongan seperti ini, bukan Islam tidak memahami beberapa perkara berkaitan yang ditimbulkan melalui Twitter atau Facebook masing-masing. Persoalannya ada ayat-ayat itu kita tahu niat mereka bukan bersandarkan kepada pengetahuan yang terbatas dalam perkara berkaitan. Ini termasuk soal kematian itu adalah kuasa Allah, tidak kira di mana dan ketikanya seseorang itu berada. Begitu juga soal pengurusan jenazah.

Apabila 'ayat-ayat' itu dilontarkan, ia pasti menimbulkan kemarahan. Inilah bahana teknologi maklumat (IT) yang dalam sekelip mata sahaja, pandangan mereka yang dangkal itu tersebar luas ke seluruh pelosok negara malahan dunia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku dalam masyarakat yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama? Di mana rasa hormat terhadap orang lain?

Islam hakikatnya mengajar umatnya menghormati jenazah tanpa mengira siapa mereka. Hormat jenazah itu sebagai nyawa atau manusia. Lihat dua hadis ini. Pertama riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata: Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah SAW berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593).

Begitu juga dengan ha­dis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.. Ketika mereka sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada kedua­nya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah dilewati iringan jenazah, lalu baginda berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah SAW bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)

Adakah 'kejahilan' yang berlaku pada hari ini disebabkan kesilapan masyarakat Islam sendiri? Apakah usaha-usaha dakwah selama ini gagal atau terbatas kepada orang Melayu Islam semata-mata? Apa pula peranan parti-parti politik dalam membimbing masyarakat terutama anggota parti mereka supaya lebih saling hormat menghormati antara satu sama lain?

Sesungguhnya manusia tidak mempunyai kebebasan mutlak dalam melakukan tindakan atau mengeluarkan kenyataan. Amat malang, ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak sensitif dengan isu-isu berkaitan agama dan budaya sesuatu kaum. Ketika ada pihak begitu mudah melabelkan rasis terhadap orang Melayu Islam, di pihak mereka pula dengan mudah mengeluarkan kenyataan maki-hamun, berbaur perkauman yang mengundang kemarahan.

Provokasi yang menguji kesabaran. Apakah yang akan terjadi kepada sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama jika hal sebegini tidak dibendung?

Memang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyakitkan hati itu sedikit bilangannya tetapi dalam era IT hari ini, pandangan seperti itu akan tersebar luas dalam sekelip mata. Bukan sedikit yang membaca dan kemudian tumpang 'cut & paste' untuk disebarkan kepada orang lain melalui WhatsApp, Twitter, Face­book dan pelbagai lagi. Setelah tersebar dan dipersoalkan, maka jawapan popular yang sering diterima itu bukan kenyataannya, kenyataan itu tidak bertujuan menghina sesiapa atau akaun digodam. Ada juga yang menuding jari kepada orang lain atau ibarat lempar batu sembunyi tangan.

Memang mudah memohon maaf apabila didesak berbuat demi­kian. Selak kembali berapa banyak kenyataan yang sudah diucapkan yang menimbulkan kemarahan tetapi akhirnya mereka tampil memohon maaf. Sudah menjadi seperti satu budaya masyarakat di negara ini termasuk dalam kalangan pemimpin parti politik yang mengeluarkan pelbagai kenyataan sensitif, menyinggung perasaan dan melukakan tanpa memikirkan kesan buruk­nya. Amat mudah mereka tampil di khalayak untuk memohon maaf.

Hakikatnya, sudah banyak hati yang terluka dengan kenyataan-kenyataan itu tetapi disebabkan kesabaran masih menguasai diri, maka semuanya berakhir begitu sahaja. Semangat yang memun­cak ketika marah beransur hilang. Kata orang, mereka sudah lali dengan kenyataan-kenyataan yang menghina, memperlekeh dan memperkecilkan.

Inilah keistimewaan rakyat Malaysia ter­utama orang Melayu yang tahap kesabarannya amat tinggi, Mereka masih mampu bertolak ansur walaupun hakikatnya mereka sudah terluka. Lebih-lebih lagi bagi orang Islam, umat yang pemaaf.Walaupun kesabaran itu sebahagian daripada iman dan insan pemaaf, sesuatu harus dilakukan supaya rakyat pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian.

Didiklah masyarakat untuk memahami sensitiviti sesuatu kaum dan agama. Mungkin pihak-pihak berkenaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Institut Wasatiyyah Malaysia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada beragama Islam atau sebaliknya bergabung tenaga membimbing masyarakat supaya menghormati antara satu sama lain. Elakkan sebarang permusuhan dalam agama.

Perbezaan politik, agama dan kepercayaan tidak seharusnya menjadikan manusia hilang sifat kemanusiaan ketika berkata-kata. Bagi masyarakat Islam, mereka diasuh untuk menghormati orang lain. Konsep toleransi terserlah dalam Islam apabila umatnya diwajibkan menghormati orang bukan Islam. Agama dan akidah yang berbeza tidak boleh dijadikan halangan bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Renungi firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang le­bih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Penge­tahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Tanpa mengira siapa pun kita, sama ada orang biasa atau pe­mimpin politik, berusahalah untuk tidak menyakiti orang lain. Ja­ngan jadikan agama sebagai alasan menimbulkan permusuhan sebaliknya jadikan ia sebagai jambatan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Saksi kes kemalangan libat pegawai polis di Setiu diminta tampil beri maklumat

Posted: 20 Sep 2016 12:01 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


kemalangan


SETIU: Orang ramai yang melihat kes kemalangan di Km 50, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja berhampiran Kampung Telaga Putat semalam yang melibatkan seorang pegawai polis diminta tampil menyalurkan maklumat.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, pegawai wanita berkenaan Insp Junaidah Zainal, 31, tercedera selepas menggelak sebuah kereta yang memotong di garisan berkembar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Abd Razak Hassan berkata ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu bagi menyelesaikan kertas siasatan trafik.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian yang juga kawasan selekoh, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan telah memotong kereta di hadapannya.

"Pegawai berkenaan yang memandu kereta Proton Persona terpaksa mengelak keretanya, namun hilang kawalan hingga menyebabkan keretanya berpusing-pusing dan melanggar pokok di tepi jalan," katanya.

Akibatnya Junaidah yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu patah tulang paha kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Siti Munirah Mohktar di talian 011-14649202.— Bernama


Murid nak ke sekolah maut dirempuh kereta

Posted: 19 Sep 2016 11:58 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


20916zatul1_1474336600-copy


DUNGUN: Seorang murid Tahun Empat maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolahnya pagi tadi.

Kejadian kira-kira 7.15 pagi itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Santong di sini.

Menurut sumber polis, murid tersebut Muhammad Syamil Harun, 10, dari Kampung Santong yang berpakaian seragam baju pengakap sedang melintas jalan selepas bapanya menurunkannya dari kereta.

Ketika sedang melintas, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang wanita yang datang dari arah Ketengah Jaya menuju Paka telah merempuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.— Bernama


Bersatu gerak langkah tubuh ‘pakatan alternatif’ singkirkan BN

Posted: 19 Sep 2016 11:55 PM PDT

INTAN NUR IDAYU


bn-bersatu-kamarulazman



KUALA LUMPUR: Bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang mengatur langkah untuk menubuhkan satu pakatan alternatif iaitu semua parti pembangkang berada dalam satu pakatan.

Menurut Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman, parti itu sedang berusaha untuk menjadikan pakatan alternatif itu satu realiti malah rancangan mereka itu juga dikatakan sedang dalam perbincangan.

"Kita sedang cuba sedaya upaya untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang dengan PAS, dengan Pakatan Harapan, DAP, PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara). Kita cuba bekerjasama dengan semua.

"Secara tidak rasmi juga, kita dah pun adakan perbincangan-perbincangan awal untuk mengadakan satu pakatan alternatif, pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN).

"Kita akan beri nafas baru kepada pakatan pembangkang yang ada di negara ini. Ia akan diberi identiti baru dan ia mempunyai kekuatan yang baru dan seterusnya perjuangan yang  selaras dengan parti komponen yang ada," katanya kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Tambah beliau lagi, petang ini, Bersatu akan membuat satu mesyuarat bagi membincangkan isu tentang pilihan raya akan datang, tentang borang-borang pendaftaran parti dan apa-apa perkembangan terkini mengenai Bersatu.

"Mungkin juga kita akan bincangkan macam mana kita nak kemaskinikan pendaftaran atas talian sebab hari ini kita akan mulakan pendaftaran secara atas talian," ujar Kamarul.

Difahamkan, pendaftaran keahlian Bersatu boleh dibuat secara atas talian bermula hari ini selepas seminggu parti tersebut mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendafatran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Sebelum ini, pendaftaran dikatakan hanya boleh dibuat melalui borang sahaja dan menurut Kamarul yang juga merupakan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu, sehingga ke hari ini, lebih daripada 100 ribu borang pendaftaran keahlian Bersatu telah diedarkan ke seluruh negara.

"Kita tak tahu berapa ramai yang telah berdaftar sebagai ahli sebab mereka belum kembalikan borang kepada kita lagi. Jadi, saya tak boleh nak berikan angka berapa ramai ahli kita sekarang.

"Tetapi, kalau ikutkan, pada hari pertama (14 September) sahaja, kita telah keluarkan 10 ribu borang selepas itu kita keluarkan lagi 40 ribu borang. Yang ini pun telah habis diambil macam 'goreng pisang panas'.

"Jadi, saya jangka setakat hari ini sahaja kita telah keluarkan dalam 100 ribu borang," tegasnya.

Terdapat satu laporan sebelum ini bahawa sebanyak sebanyak 9,000 orang telah mendaftar sebagai ahli Bersatu pada minggu lalu sahaja tetapi angka tersebut masih belum disahkan oleh mana-mana pemimpin Bersatu.

Bersatu ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersatu, manakala Muhyiddin merupakan Presiden Bersatu.

Antara pemimpin parti itu selain Kamarul adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin,  anak lelaki bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid , Muammar Ubaidah Sanusi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Pemergian Tuan Guru Haron Din: Henti sekat ulama

Posted: 19 Sep 2016 11:48 PM PDT


 
Oleh Zharudin Narudin


Dewan Pemuda PAS Sarawak mengucapkan takziah ke atas permergian Tuan Guru Dr Haron Din. Tuan Guru merupakan contoh seorang professional yang istiqamah bersama perjuangan PAS.

Jutaan umat Islam mendapat manfaat daripada jasa Allahyarham, sama ada secara langsung melalui kuliah dan pengajaran beliau, atau secara tidak langsung beliau memperjuangkan Islam dalam sektor ekonomi seperti perbankan Islam, dakwah, pembangunan pendidikan dan lain-lain. Allahyarham Tuan Guru juga berjasa besar dalam PAS, dan amat tegas dalam memberi pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu umat Islam.

Kita telah kehilangan permata besar Islam di Malaysia khususnya, dan dunia amnya. Kita telah kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini. Mereka diraikan selepas kematian mereka, dengan stesen-stesen televisyen utama memberi liputan meluas tentang pemergian mereka.

Amat malang di kala hidup mereka, ulama-ulama ini dihalang dan diberi pelbagai sekatan untuk menyampaikan ilmu. Program-progam agama yang pelbagai di stesen-stesen TV lebih mengutamakan ustaz-ustaz selebriti termasuk yang lahir daripada realiti tv, berbanding ulama-ulama. Ini hasil daripada sekatan-sekatan yang dikenakan dek kerana berbeza pandangan politik.

Kami menuntut sekatan-sekatan ini dihentikan. Berilah peluang kepada ulama-ulama tanpa mengira latar belakang politik untuk berdakwah secara meluas termasuk melalui stesen-stesen tv. Ulama besar Malaysia seperti Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Dr Mahfodz dan lain-lain perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk menyampaikan ilmu mereka. Sebarang sekatan yang dikenakan dengan niat politik tidaklah memberi manfaat kepada kemajuan umat Islam.

Janganlah selepas kita kehilangan mereka, barulah kita mula menghargai mereka.

* Zharudin Narudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak 

Hero UMNO

Posted: 19 Sep 2016 11:46 PM PDT


 
Oleh Zaid Ibrahim


Sekali lagi Nazri Aziz berteriak, "Apa lagi Tun M mahu….?"

Nazri Aziz adalah seorang menteri yang sungguh tak sesuai memegang jawatan itu kerana dia seringkali mengeluarkan kenyataan yang memalukan. Menghina orang lain dengan menggunakan kata-kata kesat adalah "trademark" dia.

Tidak ada menteri di dunia maju yang melakukan apa yang dilakukan oleh beliau. Kerajaan lain akan merasa malu dan tidak menjadi popular kerana rakyat akan marah dengan telatah menteri yang sedemikian.

Saya tahu rakyat Malaysia ini ada lagi yang bangga dengan sikap pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Tinju dan Jamal Md Yunos dan Tan Keng Liang, lalu mereka terus dengan cara mereka yang luar biasa itu.

Ini akan berubah tidak lama lagi. Setiap kumpulan manusia akan berubah dari sikap primitif dan "barbaric" ke arah satu budaya tamadun dan bersopan. Ia memakan masa. Manusia tidak akan kekal bodoh dan sombong. Dengan pelajaran dan perubahan dunia mereka akan menjadi lebih "civil", bertanggungjawab dan menghormati orang ramai.

Menghentam dan menghina Tun Mahathir telah menjadi portfolio baru bagi Nazri Aziz. Saya masih ingat suatu masa dulu ada desas-desus bahawa satu tindakan akan diambil terhadap Nazri mengenai penglibatannya dengan permit teksi. Tun Mahathir waktu itu sudah mahu bersara, lalu beliau dikatakan menyuruh pegawai penyiasat menyerahkan perkara itu kapada PM baru iaitu Pak Lah.

Dia sudah mahu berhenti, jadi tidak elok untuk membuat apa-apa keputusan besar. Dari episod ini Nazri sepatutnya insaf dan sedar bahawa ada juga jasa Tun Mahathir kepada beliau. Kalaulah tidak kerana hal itu pun, beliau sepatutnya mesti berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana mengekalkan dia sebagai menteri begitu lama. Tapi itulah pemimpin UMNO, tidak ada langsung ingin mengenang jasa mereka yang telah banyak menolong.

Soalan yang sama sepatutnya dikemukakan oleh Nazri ialah kepada Najib. Apa lagi Najib mahu? Setelah mengambil berbilion-bilion dari 1MDB, setelah wang KWAP sebanyak RM4 bilion tak tahu ke mana, setelah ratusan juta wang SRC hilang dan sebahagiannya masuk ke akaun Najib, sepatutnya Nazri bertanya kpada Najib, "Boss, apa lagi you mahu?

Nazri sepatut nya meminta Najib bererhenti supaya pemimpin baru dapat peluang memperbaiki kewangan negara. Pemimpin lain perlu mengetuai kerajaan supaya tidak bertambah lagi "national interests" yang tergadai. Tapi Nazri sabenarnya adalah seorang penakut. Dia lebih mementingkan jawatan dia dan kekayaan dia, dan rakan-rakannya dari memerintah secara baik untuk rakyat. Sebab itu dia masih mahu Najib terus berkuasa.

Saya tahu Nazri akan melenting dengan tulisan saya ini. Saya pasti dia akan terus mencabar dan ajak saya bertanding melawan dia di kawasannya dalam PRU 14 ini dan sebagainya. Saya memang tidak ada pengaruh dan wang ringgit seperti dia dan kalau lawan dia, saya mungkin tewas dengan teruk.

Tetapi ada baiknya juga saya bertanding melawan Nazri di satu kawasan baru yang direka khas oleh SPR. SPR kini sedang mengubah sempadan dan saya menyeru SPR pilihlah satu kawasan yang selamat untuk Nazri.

Kalau Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju membantu saya, saya tidak akan teragak-agak melawan beliau di kawasan pilihan SPR itu. Apa takut, bukankah orang tua-tua ada berpesan, orang berani matinya sekali sahaja?~http://www.zaid.my/current/hero-umno/