Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


WSJ lapor Rosmah - Muhyiddin suruh Najib-Rosmah saman, sebab malu (Malaysia - Amerika)

Posted: 12 Sep 2016 09:40 PM PDT

CLOSE SHOP WHILE YOU CAN, NAJIB: WIFE ROSMAH THE NEXT TO BE TRACKED IN 1MDB MONEY TRAIL – US$6MIL IN CREDIT CARD CHARGES & COUNTING

Posted: 12 Sep 2016 06:37 AM PDT


A major financial scandal swirling around the Malaysian prime minister is drawing fresh attention to his glamorous wife, Rosmah Mansor, who newly revealed documents show has racked up at least $6 million in credit card charges in recent years—despite having no known source of income beyond her husband's salary.
At an anticorruption rally last month in Kuala Lumpur, hundreds of students, young professionals and other demonstrators took to the streets behind a cardboard caricature of a meticulously coiffed woman carrying a Hermès handbag, demanding an investigation into Ms. Rosmah's finances.
"She said she saved that money since she was small. That is impossible," said Anis Syafiqah Mohd. Yusuf, a 24-year-old student from the University of Malaya who helped organize the protest.
Ms. Rosmah's jewel-bedecked public appearances have long made her a polarizing figure in this relatively poor, Southeast Asian country. She is the only child of schoolteachers, hasn't had a regular paying job in years and her husband, Prime Minister Najib Razak, is a longtime bureaucrat with an annual salary of $100,000.
Ms. Rosmah, 64 years old, says she has a habit of saving. "I have bought some jewelry and dresses with my own money. What is wrong with that?" she wrote in her 2013 autobiography.
But allegations that Mr. Najib received hundreds of millions of dollars siphoned between 2009 and 2015 from 1Malaysia Development Bhd., a state investment fund he set up, are bringing renewed scrutiny of her.
Extensive bank-transfer records reviewed by the Journal showed that large sums from 1MDB wound up in the prime minister's personal accounts via intermediaries.
The records were also cited in a civil lawsuit filed by the U.S. Justice Department in July seeking the seizure of more than $1 billion of assets from people connected to Mr. Najib. The lawsuit doesn't name Mr. Najib, but a person with direct knowledge of the investigation said the "Malaysian Official 1" in the complaint is Mr. Najib.
Mr. Najib has denied wrongdoing. His attorney general, without releasing documentation, described the money as a legal political donation from Saudi Arabia, most of which he said was returned. The Saudis have offered only vague statements.

Najib Razak and Rosmah Mansor outside the prime minister's office after he was sworn in as prime minister in 2009. PHOTO: SAEED KHAN/AFP/GETTY IMAGES
The Wall Street Journal reported this year, citing banking documents, that at least $1 million in purchases made by Ms. Rosmah at jewelry and fashion stores in Europe and the U.S. in 2014 were paid for by Mr. Najib using credit cards that drew on 1MDB funds. The couple declined to comment at the time.
New documents seen by the Journal show those expenses are part of at least $6 million in spending by Ms. Rosmah between 2008 and 2015 on clothing, shoes and jewelry from London's Harrods department store, Saks Fifth Avenue of New York and elsewhere.
Ms. Rosmah hasn't commented on that spending. Attempts to reach her and Mr. Najib for this article were unsuccessful.
The prime minister's office last year said the first family's spending was commensurate with Mr. Najib's inheritance from his father, a former prime minister. His four brothers later denied their father had left a big estate, without giving details. Mr. Najib issued another statement describing his father as frugal and a man of integrity, without addressing the inheritance.
Read More / Baca Lagi >>

HUSNI DEDAH TAK BOLEH BERSEKONGKONG DENGAN ‘SUSPECT’

Posted: 12 Sep 2016 06:36 AM PDT

Bekas Menteri Kewangan 11,Datuk Ahmad Husni yang merahsiakan sebab pemberhentiannya dua bulan lalu, kelmarin telah mendedahkan bahawa dia berhenti kerana 1MDB telah menaikan darah tingginya.
Inilah bukti yang jelas bahawa orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT
Bekas Menteri Kewangan11 Datuk Seri Ahmad Husi Hanadzlah mendedahkan sebab sebenar beliau meletakan jawatan yang dirahsikan selama kira- kira dua.Dalam interviu dengan Sinar Harian Husni menyatakan dia berhenti kerana 1MDB naikkan darah tingginya. Inilah bukti orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT
Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.
Malah, Ahmad Husni mendedahkan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan, laporSinar Harian kelmarin.
"Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.
"Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?"
"Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?" katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.
Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.
Beliau menyebut ada pemimpin "hipokrit" mengendalikan isu berkaitan rasuah.
Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.
Berikutan itu, Ahmad Husni merancang untuk meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana "tidak tergamak" melakukannya.
Namun, hasrat untuk berundur itu menjadi tekad setelah beliau mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.
Tak dirujuk
Ahmad Husni berkata keputusan tersebut dibuat ketika beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.

"Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin MCA cabar Nazri tunjuk bukti dirinya bongkak

Posted: 12 Sep 2016 05:21 AM PDT

Ti berkata tegurannya kepada Umno sebelum ini hanya demi kebaikan BN bagi memastikan perjalanan parti pemerintah kekal utuh.
ti-2
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar membuktikan dirinya bongkak.
Ini ekoran teguran beliau sebelum ini supaya BN terutamanya Umno mengimbangi politik dan bukan hanya fokus kepada pengundi luar bandar kerana ia tidak bagus untuk perjalanan politik kerajaan pemerintah.
"Dia (Nazri) kena tunjuk di mana saya bongkak. Kalau setakat MCA menegur BN supaya mengimbangkan politik dengan menarik pengundi kampung dengan bandar, itu bukan bongkak namanya.
"Kenyataan saya itu satu hujah, kita cuma ajak berhujah bukan menghentam atau menghina sesiapa, sebaliknya demi kebaikan dan ingin memartabakan BN.
"Apabila saya kata jangan sekadar menang di kampung, bukan bermakna kita tidak mahu menang di kampung tetapi di kampung kita mahu menang dengan pengundi bandar pun kita mahu menang.
"Kalau kita tak menang di kampung kita bimbang kedudukan BN akan terancam dan ia tidak bagus untuk perjalanan masa depan politik BN," katanya kepada FMT.
Terdahulu, Nazri dipetik berkata, mereka yang "besar" boleh mendisiplinkan mereka yang "kecil" merujuk kepada kedudukannya dalam BN kepada Ti.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA 'TAN SRI' SANGGUP TIPU ??

Posted: 12 Sep 2016 04:21 AM PDT

SEJAK DAPAT 'TAN SRI' makin galak OTAK UDANGNYA nak menipu rakyat !!!

TAHUKAH ANDA.. Rizab kewangan negeri S'ngor kini dah mencecah RM3.95 bilion setakat 15 Julai tahun ini.

Patutler begitu gelojoh & cakap besar NAK RAMPAS SELANGOR !!!

GST BAYAR HUTANG 1MDB...!!!

Posted: 12 Sep 2016 04:19 AM PDT

KERAjaan kutip #GST RM116.7 juta sehari.
1MDB byr bunga hutang shj dah RM7.4 juta sehari.

Buat hutang berpuluh2 bilion ringgit..
Bila cemas nak bayar hutang..
Gelabah.. cepat2 terus laksana GST..

MUDAH BUKAN !!!

HAKIKATNYA kami ni tertekan sebab KEZALIMAN kalian!!

TIDAK ADA DALAM SEJARAH MALAYSIA

Posted: 12 Sep 2016 04:17 AM PDT

Satu persatu media luar negara cuba bongkarkan skandal kewangan yg melibatkan Perdana Malaysia Najib Razak..

TIDAK ADA DALAM SEJARAH MALAYSIA begitu teruk nama & reputasi nama Malaysia di persada dunia angkara manusia yg bernama Mohd. Najib Bin Abdul Razak..

DAKWAAN WSJ terhadap Najib dah berlalu 1 TAHUN 2 BULAN.. Kata nak saman WSJ hari Selasa.. HARI INI dah SELASA KE-62 MASIH TAK SAMAN2, KENAPA !!!

Hari Ini Hari Isnin...Esok Hari Selasa...!!!

Posted: 12 Sep 2016 04:13 AM PDT

TU DIA..!!! Laporan WSJ dakwa terdapat dokumen menunjukkan $6 juta dibelanjakan pada kad kredit oleh ROSMAH MANSOR..

Jika ia tidak benar, harap Rosmah Mansor & kerajaan Malaysia saman WSJ secepat mungkin utk bersihkan nama baik First Lady Of Malaysia YANG TAK PERNAH BOROS BERBELANJA.

JIKA TIDAK, INI BERMAKNA BENARLAH DAKWAAN WSJ TERSEBUT !!!

WSJ: Rosmah spent US$6mil on clothes, shoes and jewellery

Posted: 12 Sep 2016 03:52 AM PDT

WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas

Posted: 12 Sep 2016 03:50 AM PDT

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.
"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.
"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.
Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.
Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.
Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.
Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.
Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.
"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.
Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.

SHAHBUDIN: JOM KITA KELUAR UMNO...

Posted: 12 Sep 2016 03:05 AM PDT

Sempena Hari Raya Aidil Adha dan diiringi dengan semangat korban, bermula hari ini, saya secara rasminya bukan lagi merupakan ahli UMNO.

Pemakluman bersurat mengenai perkara itu kepada ibu pejabat UMNO sudah pun dihantar melalui pos biasa sebentar tadi.

Dalam usaha menunjukkan penolakan terhadap Najib Razak, saya merasakan ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dengan Najib tidak sekadar perlu mengundi selain BN dalam PRU akan datang, tetapi juga harus memberikan isyarat yang lebih jelas mulai sekarang lagi.
Keluar beramai-ramai meninggalkan UMNO adalah cara terbaik untuk menunjukkan kepada Najib jalan keluar sudah terbentang luas untuknya. 

Mengecutkan kedudukan UMNO di mata umum bersama berbaiknya Tun Mahathir dengan Anwar serta kedudukan parti-parti pembangkang yang semakin senada untuk sama-sama menumbangkan BN, adalah pilihan yang tidak seharusnya diabaikan.

Lebih ramai yang sedia menghantar isyarat itu, bermakna lebih cerahlah perubahan yang ingin dilakukan itu.

Saya sepatutnya sudah lama meninggalkan UMNO, namun disebabkan sejak 2011 lagi bila mana pada tahun tersebut, saya menerbitkan dua buah buku, Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib, nama saya telah dicadangkan oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju kepada ibu pejabat parti  untuk dipecat, maka saya mahu menunggu tindakan itu terlebih dahulu.

Saya merasakan jika saya keluar UMNO di ketika nama saya sedang dicadangkan untuk dipecat, maka saya akan dianggap penakut dan tidak berani berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin parti.

Saya tidak tahu mengapa sehingga sekarang saya tidak dipanggil untuk mengadap Jawatankuasa Disiplin, meskipun secara keseluruhannya saya telah menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik serta menegur Najib.

Selain itu, sejak 2012, saya juga berterusan mengkritik, menegur dan kadang-kadang "membelasah"  Najib melalui blog ini yang jumlahnya sudah melebihi 1000 artikel.

Tunggu punya tunggu tidak ada juga sebarang tindakan diambil terhadap saya dan kebetulan setelah tertubuhnya PPBM baru-baru ini, saya merasakan ketika ini adalah kemuncaknya untuk rakyat harus menunjukkan lebih penolakan terhadap Najib menjelang detik-detik PRU 14 akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Ti tukar rentak, kini salahkan bekas ahli Umno jaja isu bangsa

Posted: 12 Sep 2016 02:58 AM PDT

Jika minggu lalu beliau mendesak Umno mengubah taktik kerana menggunakan isu bangsa untuk memenangi hati pengundi Melayu, hari ini Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menukar rentaknya.
Sebaliknya beliau meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada bekas ahli-ahli dan pemimpin Umno dan menuduh mereka sebagai "pelampau bangsa".
Ti mula mencetuskan perbalahan lisan dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz apabila menyelar parti itu kerana menggunakan retorik 'jaguh kampung' bagi memenangi undi di kawasan luar bandar.
Katanya, taktik seumpama itu menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.
Nazri membalas dan hari ini melabel Ti sebagai "bodoh, bongkak dan sombong" dan perlu diajar disiplin. Hasilnya, pemimpin MCA itu dilihat menukar rentak dan memilih untuk memuji 1Malaysia, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Selepas pelampau Melayu yang memusnahkan Perikatan Tunku Abdul Rahman kini berada di luar BN dan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pemimpin BN perlu merebut peluang untuk mengemudi BN ke landasan 1Malaysia atau mengembalikan semangat penubuhan Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman," kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada hari-hari "Dilema Melayu" Dr Mahathir, kenyataan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau adalah "Melayu dahulu, Malaysia kemudian" dan "politik Islam" Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, dalang di sebalik "pelampau dan unsur fanatik yang disemai dalam BN" tidak lagi bersama gabungan itu.
Sambil memuji hari-hari indah ketika zaman Perikatan dan membidas musuh tradisional MCA, iaitu DAP, Ti berkata, "kepimpinan BN sepatutnya gembira kerana pelampau atau ultras telah disingkirkan pada ketika ini."
"Kita patut gembira kerana epal busuk kini dalam bakul DAP," katanya.

Ti ingatkan DAP supaya tidak menyibuk hal MCA-Umno

Posted: 12 Sep 2016 02:53 AM PDT

MCA tidak akan bekerjsama dengan DAP kerana parti itu tidak berperinsip, perjuangannya mahu menang sahaja.
ti-lian-ker-dap
PETALING JAYA: Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyarankan DAP supaya tidak menyibuk hal ehwal MCA dan Umno dalam Barisan Nasional (BN) dengan mempelawa parti itu menyertai pembangkang.
Sebaliknya, DAP dinasihat fokus kepada kerjasamanya dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad.
"MCA tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang seperti DAP kerana perjuangan mereka tidak berprinsip.
"Jadi, eloklah DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir, tidak perlu mengajak MCA. Kami parti yang berprinsip dan kepercayaan diletakkan hanya kepada BN, serta semangat tolak ansur sesama parti dalam BN," katanya.
Berbeza dengan DAP, Ti menggambarkan ia sebagai parti tanpa prinsip dan pendirian selain tidak konsisten. Ini katanya jelas ditunjukkan dalam kerjasama dengan parti-parti komponennya dan pemimpin lain sebelum ini.
"Dulu sebelum 1999 mereka kerjasama dengan Pas selepas itu kutuk parti Islam itu, kemudian pada 2008 kerjasama lagi dan sekarang kutuk semula. Sama juga dengan kutukan terhadap Muhyiddin dan kenyataan yang Mahathir amalkan rasuah, sekarang boleh bekerjasama pula." katanya dalam nada sindir kepada FMT.
Ti menegaskan, MCA akan terus setia dengan BN kerana gabungan mereka dalam komponen itu masih utuh dan saling memerlukan.
"Kita bersama mewujudkan BN dan bekerjasama dengan 13 parti lain dalam BN," katanya.
Ti berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan pemimpin DAP, Lim Lip Eng iaitu pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
Ini susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.

"Kadir Jasin ada dendam kesumat," kata Ku Nan

Posted: 12 Sep 2016 12:44 AM PDT

Ku Nan: Bila masa kita hentam Husni dalam mesyuarat kabinet?

Posted: 12 Sep 2016 12:34 AM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan bahawa bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dihentam dalam mesyuarat kabinet.
"Tak ada, tak ada. Saya tak tahu la masa bila kita hentam dia, saya pun ada dalam kabinet.
"Saya tak pernah ingat kita hentam Husni. Kita dalam kabinet kita bincang apa yang kebaikan utntuk negara," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas majlis Hari Raya Aidiladha di Putrajaya hari ini.
Menurut Tengku Adnan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat kabinet tidak pernah melarang anggotanya daripada menyentuh mana-mana isu.
Beliau mengulas dakwaan Husni dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.
Husni bagaimanapun tidak menyatakan di mesyuarat mana kejadian itu berlaku.
Husni juga dipetik akhbar itu sebagai berkata dirinya sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menganggotai kabinet dan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam.
"Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai minta, rayu-rayu mahu kembali ke Umno, sembang Tengku Adnan

Posted: 12 Sep 2016 12:32 AM PDT

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa, ramai ahli parti itu sebenarnya merayu untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.
Beliau berkaya demikian ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam bahawa ada pemimpin bahagian Umno dari Kedah merancang untuk meninggalkan parti.
"Beliau (Mukhriz) kata orang mahu keluar, tetapi orang yang dipecat juga mahu kembali (ke Umno).
"Sebenarnya banyak yang minta, rayu-rayu (mahu kebali ke Umno).
"Banyak, jadi nak bagi senarai, saya tak ada (sekarang). Lain kali saya bagi senarai," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas majlis Hari Raya Aidiladha di Putrajaya hari ini.
Mukhriz membuat kenyataan itu selepas Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing pada Sabtu lalu.
"Baharom dan yang lain, mereka adalah anggota parti yang sentiasa kontroversi.
"Lebih baik mereka keluar (parti) daripada menjadi duri dalam daging, " kata Tengku Adnan yang juga adalah menteri wilayah persekutuan.
Mukhriz, Sabtu lalu berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya, bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.
Ini berlaku selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan, minggu lalu.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:23 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Tiga hari tambang percuma LRT laluan Kelana Jaya bermula Selasa

Posted: 11 Sep 2016 11:38 PM PDT

ASTRO AWANI


Tiga hari tambang percuma LRT laluan Kelana Jaya bermula Selasa
Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights berpeluang menikmati tambang percuma selama tiga hari mulai Selasa ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penumpang yang menukar laluan ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway di stesen bersepadu hanya perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan itu.

"Sama juga sekiranya penumpang datang dari laluan BRT Sunway, Sri Petaling, Ampang dan monorel yang ingin meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya, tambang percuma akan diberikan bagi sektor perjalanan di laluan Kelana Jaya," tambah kenyataan itu.

Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.

Menurut kenyataan itu, bagi laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd, yang terhubung dengan laluan Kelana Jaya di stesen USJ 7, pengguna dengan bayaran tunai boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan.

Pengguna dengan bayaran tanpa tunai pula boleh menggunakan kad tanpa tunai seperti biasa, manakala pengguna dari laluan Kelana Jaya ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway boleh menggunakan kad tanpa tunai atau token dari mesin TVM.
 
Selain itu, Prasarana turut memberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada pengguna perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi mulai 16 September ini. 
 
 

Pemalsuan dokumen: Bank Rakyat jalankan siasatan dalaman

Posted: 11 Sep 2016 11:14 PM PDT

ASTRO AWANI


Pemalsuan dokumen: Bank Rakyat jalankan siasatan dalaman
Menurut kenyataan Bank Rakyat hari ini, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah termasuk ditamatkan perkhidmatan. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap enam orang pekerja bank itu yang didakwa terlibat dalam pemalsuan dokumen bagi kelulusan pembiayaan peribadi di cawangan Likas dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut kenyataan bank itu di sini hari ini, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah termasuk ditamatkan perkhidmatan.

"Pada masa yang sama, operasi perbankan Bank Rakyat tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas berikutan isu tersebut," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut Bank Rakyat akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kota Kinabalu menahan tujuh pegawai dan seorang bekas pegawai sebuah bank kerana disyaki memalsukan dokumen pinjaman bank. -Bernama

Bukan tugu, Perdana Menteri perlu diganti baru

Posted: 11 Sep 2016 11:04 PM PDT

 
Oleh Arif Atan


Aktivis mahasiswa membantah pengumuman kerajaan untuk memperindah kawasan Taman Tugu dengan kos keseluruhan projek mencecah RM650 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, 5 September lalu.

"Apa signifikan projek-projek seperti Tugu Negara ini mendapat dana sebegitu besar berbanding dengan mengisi perut rakyat? Projek menaik taraf Tugu Negara adalah satu lagi projek yang dilihat tidak ada kepentingan semasa oleh anak muda dan mahasiswa khususnya.

"Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tidak kukuh dan memerlukan naik taraf itu bukanlah Tugu Negara, tapi kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang perlu diganti baru," bidas Jurucakap Tangkap Malaysia Official 1 (MO1), Anis Syafiqah Md Yusof dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, mahasiswa berpendapat Najib sudah kontang idea dalam menguruskan kewangan sehingga negara sedang mengalami krisis ekonomi selain kemelut politik yang dahsyat yang dibimbangi menghakis keyakinan pelabur.

"Tak perlu lagi kita cerita bab ketirisan, kehilangan duit setiap tahun yang dilaporkan oleh Audit Negara. Saya kira itu kita semua sudah maklum. Yang kita tidak maklum dan tertanya-tanya kenapa individu sebegini masih kekal memegang tampuk kepimpinan negara?" bidasnya.

Mengulas lanjut projek yang dibangunkan oleh Khazanah Nasional itu, beliau berpendapat Najib tidak menyedari setiap tahun sebanyak 56 peratus daripada kira-kira 400,000 graduan di negara ini gagal mendapatkan pekerjaan.

"Adakah susah sangat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib nak menilai kepentingan yang lebih utama?
Bagaimana boleh wujud di benak fikiran Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM650 Juta kepada sebuah tugu yang masih elok dan kukuh berdiri?

"Kenapa tidak tercapai di akal pimpinan kerajaan sekarang untuk menyelesaikan isu yang berkait rapat dengan rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda ini?" soalnya.

Sehubungan itu, Anis mengingatkan Najib yang juga Presiden Umno itu tentang janji untuk menangani kos sara hidup rakyat seperti terkandung pada manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Malangnya kebanyakan mekanisme yang diguna bersifat jangka pendek dan tidak mampu menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat secara total.

"Sebagai contoh, kenaikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucer buku hanya mampu menyelesaikan masalah mahasiswa dan anak muda selama sebulan dua, kemudian mahasiswa dihadiahkan dengan harga barang naik, cukai GST dan sekarang RM650 juta pula bakal dihadiahkan kepada sebuah monument," tegas Anis lagi.

Mukhriz jangka pemimpin bahagian Kedah pula keluar Umno

Posted: 11 Sep 2016 10:59 PM PDT

 
Oleh Zikri Kamarulzaman


Lebih ramai pemimpin Umno bahagian dijangka keluar parti, kali ini di Kedah. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya beliau bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.

"Dan cara mereka keluar parti adalah mengumumkan pada mesyuarat (perwakilan bahagian) tahunan," kata Mukhriz kepada pemberita di Puchong malam semalam. 
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menjangka ada pemimpin bahagian Umno Kedah yang akan meninggalkan parti itu susulan pengunduran dua veteran parti dari Johor semalam.

Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.

Ini berlaku sehari selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Mukhriz berkata, walaupun sesetengah mereka akan meninggalkan Umno dengan pengumuman secara terbuka semasa mesyuarat perwakilan masing-masing, ada yang memilih untuk tidak menghebahkan tindakan mereka itu.

"Sesetengah mereka tidak bersedia untuk menimbulkan konflik pada majlis seperti itu, jadi mereka menyokong kita tetapi kekal dalam Umno.

"Ataupun mereka meninggalkan parti secara senyap dan bukan seperti cara yang terbuka," katanya.

Mukhriz berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak Umno, Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk memperkenalkan BERSATU.

Turut berucap pada ceramah itu adalah aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Syed Saddiq menekankan kepentingan penyertaan belia pada pilihan raya, dan menggesa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

Beliau berkata, kurang daripada separuh golongan muda yang layak mengundi di Malaysia adalah pengundi berdaftar.~Mkini


Deritalah M'sia jika idea Noh diterima

Posted: 11 Sep 2016 10:57 PM PDT


 
Oleh Amran Ahmad 


Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.

Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain. 
 
Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.

Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.

Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.

Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.

Terikat bayaran jangka panjang

Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.

Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.

Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.

Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.

Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.

Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.

Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.

Sewa sampai bila-bila

Ini bermakna kadar bayaran ansuran bulanan - untuk suatu tempoh yang lama juga - akan menjadi lebih tinggi daripada sepatutnya.

Akhirnya ia akan menyebabkan harga harta tanah di Malaysia menjadi semakin mahal di masa depan.

Dalam kenaikan gaji tahunan pekerja tempatan yang kian mengecil serta peningkatan harga barangan serta perkhidmatan yang seolah-olah tidak terkawal pada masa ini, hasrat untuk memiliki rumah mungkin sekadar angan-angan terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.


 
 
Masakan tidak, jika tidak mampu membayar kedua-dua ansuran tersebut (dalam kes seperti yang disebutkan di atas), pastinya bank dan pemaju berhak untuk merampas rumah tersebut daripada pemiliknya dan kemudian akan melelongkan harta tersebut.
Ternyata, rakyat negara ini akan bertambahlah menderita untuk menjalani kehidupan jika cadangan Noh itu menjadi realiti.

Dengan Bajet 2017 bakal dibentangkan pada Oktober ini dan khabar angin pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku pertama tahun depan, wajar untuk kerajaan menjadi lebih kreatif dan realitistik menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam suasana kehidupan hari ini yang sangat kompleks dan sofistikated, keperluan asas secara realitinya bukan sekadar memiliki rumah sebagai tempat berteduh, malah rakyat turut dihimpit dengan keperluan untuk memiliki kenderaan, insurans kesihatan dan pendidikan serta simpanan menjelang hari tua.

Itu belum termasuk menyediakan dana membawa anak-anak berjalan-jalan ke pusat peranginan setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau membayar bil-bil telekomunikasi bulanan dan sebagainya.

Justeru, daripada menanggung hutang yang berlipat kali ganda akibat membeli rumah menggunakan cadangan - disifatkan Rafizi Ramli sebagai "paling gila" dalam hal perumahan dan kewangan negara - mungkin pilihan yang lebih baik ialah menyewa saja sampai bila-bila.


Sekolah satu murid di Selangor dipindah

Posted: 11 Sep 2016 10:47 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bukit Fraser yang hanya mempunyai seorang murid akan berpindah tidak lama lagi.

China Press melaporkan, sekolah itu pada masa ini merupakan satu-satunya sekolah di Selangor yang mempunyai seorang murid.

Murid tunggal kini berada di darjah empat dan ayahnya telah bersetuju supaya anaknya ditukar ke sekolah lain sekiranya SRJKC Bukit Fraser dipindahkan.

Disebabkan bakal dipindah, pihak sekolah turut menghentikan usaha untuk mengambil pelajar baharu.
Sekolah yang terletak di kawasan sempadan Pahang dan Selangor itu gagal mendaftarkan pelajar darjah satu sejak 2015, menjadikan kemelut kekurangan pelajar semakin runsing.

Riwayat sekolah itu bagaimanapun dijangka dapat disambung apabila lembaga pengelola sekolah menerima tawaran daripada pemaju untuk berpindah.

Lokasi awal yang ditawarkan ialah Kajang tetapi selepas mengambil kira kewujudan SRJKC lain di tempat tersebut, maka Jenjarom telah dicadangkan.

Perbincangan masih dijalankan, tetapi SRJKC Bukit Fraser dijangka dipindah dalam tempoh dua atau tiga tahun.


ROS serah sijil kelulusan pendaftaran parti kepada PPBM

Posted: 11 Sep 2016 10:29 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sijil tersebut sebelum itu hadir bersama anggota jawatankuasa penaja PPBM ke ROS di sini bagi memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Muhyiddin berterima kasih kepada ROS dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kelulusan pendaftaran untuk parti itu dalam tempoh 30 hari.

Muhyiddin sebelum ini menyerahkan permohonan bagi mendaftarkan parti itu pada 9 Ogos lalu.

Seorang pegawai ROS yang dihubungi Bernama menyatakan bahawa kelulusan tersebut diberikan setelah pihaknya berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak PPBM berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Semalam, Ahmad Zahid berkata kelulusan rasmi akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada ROS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM yang ditemui media di ROS berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Katanya usaha sedang dilaksanakan agar semua parti pembangkang bergabung dalam satu pakatan supaya tidak akan ada pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.-- BERNAMA


Pastikan 90 peratus India sokong BN dalam PRU-14 - TPM

Posted: 11 Sep 2016 10:27 PM PDT

 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan parti-parti bersekutu India dalam komponen Barisan Nasional (BN) supaya lebih relevan dalam menyatukan komuniti India di negara ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya yang mahu melihat Makkal Sakti dan parti komponen BN lain terus bersatu untuk memastikan 90 peratus pengundi India menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Setiap pemimpin ada cabarannya kerana putaran hayat, putaran politik yang dihadapi setiap lima tahun sekali agak mencabar ujiannya untuk kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tetapi Najib dengan keikhlasan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua bangsa termasuk kaum India membawa beberapa langkah penyelesaian masalah dalam bentuk transformasi.

"Ia berjaya menampakkan hasil menerusi inisiatif parti bersekutu BN termasuk Makkal Sakti mengembalikan pengundi India 65 peratus kepaada BN pada PRU13 dan dan PRK sebelum ini.

"Jika ia boleh dicapai saya mahu lihat lagi ia diterjemah kepada 90 peratus menjelang PRU-14 dengan semangat bersatu dalam BN khususnya Makkal Sakti perlu menyumbang BN bersatu dengan parti india dalam komponen BN demi menyatukan komuniti India," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN dan UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

Dalam perhimpunan itu, Ahmad Zahid turut meluluskan permintaan sebuah bas untuk kemudahan parti itu dengan kelulusan kewangan BN dengan disertai tepukan gemuruh 2,212 perwakilan parti.

Beliau juga menggesa para pemimpin pati komponen supaya mengemaskini diri dengan pengetahuan ideologi politik yang lebih relevan untuk mengelak BN ketinggalan.

"Semai semangat kerjasama semasa komponen BN supaya melibatkan gandakan gerak kerja daripada sekarang untuk PRU akan datang," ujarnya.

Timbalan Presiden BN itu juga memuji kewujudan Makkal Sakti sebagai sebuah parti pada asasnya kini berjaya membuktikan peranan sebagai institusi sosial India sambil berharap lebih 200,000 ahlinya bekerjasama rapat dengan komponen BN demi pengukuhan parti peringkat nasional.

"Hanya BN yang relevan sentiasa dalam membela dan menyelesaikan kaum India dan bangsa majmuk secara umum demi kesejahteraan lebih cerah dan terjamin. Kita mengharapkan persoalan dan masalah masyarakat India terus dibela hanya menerusi BN yang lebih relevan khususnya masalah kewarganegaraan yang masih berterusan.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), saya turut beri prioriti kepada isu tersebut sehinggakan Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima 5,894 permohonan dan 1,131 daripadanya telah diluluskan manakala 750 ditolak, 4,013 permohonan dalam proses," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette


Tahun ini lembu korban tak laris macam dulu

Posted: 11 Sep 2016 10:25 PM PDT



Biasanya setiap tahun kira-kira 250 hingga 300 ekor lembu sudah dalam tangan terutama Hari Raya Korban tetapi tahun ini bilangan yang dijual separuh sahaja daripada jumlah biasa.

Itu luahan pemilik ternakan lembu daging, Mohamad Sharif Ghulam Nabi kerana ramai pelanggan memberi alasan masalah ekonomi dan kewangan menjadi halangan kepada mereka sekarang.

"Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini permintaan semakin berkurangan setiap tahun. Tahun ini (2016) merupakan tahun yang paling ketara permintaan berkurangan berikutan masalah ekonomi dan harga meningkat," ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

Menurut Mohamad Sharif, trend itu dirasai oleh semua penternak termasuk kepadanya yang sudah berpengalaman meneruskan perniagaan keluarga sejak 30 tahun lalu dan mempunyai ladang di pinggir ibu kota.

Beliau juga biasa dengan permintaan terutama bagi majlis akikah dan hari raya korban setiap tahun.

"Minat bermula dari mengikut bapa pergi uruskan lembu-lembu di ladang dan terus serius dalam bidang perniagaan dan ia perniagaan keluarga," ujarnya.

Jenis lembu pedaging yang dibekalkan pihaknya ialah Lembu Lembu Baka Brahman, Lembu Baka Kedah-Kelantan, Lembu Baka Local Indian Dairy dan Lembu Baka Friesian Sahiwal.

Anggaran harga mengikut saiz dan cukup syarat untuk dikorbankan atau akikah dan harga bermula dari RM3,600 hingga RM4,000.

Sesiapa berminat boleh menghubunginya di talian 013-337 3580.--MalaysiaGazette


2 emas Malaysia rekod baru paralimpik

Posted: 11 Sep 2016 10:08 PM PDT

 
BERNAMA
 
 
Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Pingat emas pertama negara diperoleh menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu,

Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s. Selepas majlis penyampaian hadiah, Mohamad Ridzuan, yang mempunyai kesukaran untuk bertutur, menangis tanpa henti dan terpaksa ditenangkan oleh ketua jurulatihnya, R.Jaganathan.

Kejayaan Mohamad Ridzuan kemudiannya disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran). Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London,
telah mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.

Atlet berusia 26 tahun itu meneruskan rentak kecemerlangan dan terus memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya. Tak lupa juga kepada famili saya, rakan-rakan saya, ISN, MSN dan media yang menyokong saya.

"Inilah hadiah saya untuk kalian semua... gambar yang viral yang saya pegang kertas 'Doakan untuk kami di Paralimpik' inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak untuk rakyat Malaysia," katanya dalam satu rakaman video. Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. - MalaysiaGazette


Cadangan Noh tak pernah dibincang dalam kabinet - TPM

Posted: 11 Sep 2016 10:08 PM PDT


Noh Omar
Noh Omar


Cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembbeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara itu sambil berkata pihaknya menantikan penjelasan berhubung cadangan yang dibangkitkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

"Cadangan itu tidak pernaj dibincangkan dalam kabinet dan kita telah memintanya (Noh) memberikan penjelasan berhubung cadangan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti di Menara Kembar Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan itu yang dibangkitkan oleh Noh beberapa hari lalu yang kemudiannya menjadi kontroversi di media-media sosial.

Pada Khamis, Noh mencadangkan supaya pemaju berminat boleh menyerahkan permohonan lesen pemberi pinjaman wang di bawah Akta pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011) Akta 400, dibawah bidang kuasa kementerian itu.

Dengan pelaksanaan itu nanti, pemaju boleh membantu pembeli rumah dengan pembiayaan 100 peratus atau sebahagian dengan syarat kadar faedah tidak lebih 18 peratus setahun.

Pengumuman Noh Omar itu menerima bantahan pelbagai pihak walaupun bertujuan untuk memberi pembeli pilihan tambahan. --MalaysiaGazette


Cucu Tok Selampit

0

Posted by Unknown | Posted on 2:24 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Midin Penipu Bila Berkata Hospital Kehabisan Ubat Waima Panadol

Posted: 12 Sep 2016 07:06 AM PDT



Presiden Parti Cap Bunga Raya memang kaki penipu. Kenyataan terbarunya di dalam satu ceramah mengesahkannya. Midin kata sekarang ini kalau pergi hospital doktor bagi 'prescription' sahaja. Ubat beli sendiri dekat farmasi, termasuklah panadol. Dengan kata lain, hospital tiada lagi ubat.

Terdapat dua kemungkinan ubat yang dicari oleh Midin tiada di Hospital. Pertama, virus Nika (main isteri orang) masih belum ditemui oleh para doktor. Yang kedua kemungkinan ubat Midin hanya ada di Hospital Bahagia dan Hospital Tanjung Rambutan.

Walaupun apa yang diucapkan oleh Midin ini 100% dusta, namun masih tetap ada orang percaya. Apa yang hendak dihairankan. Sedangkan Ayah Pin yang mengaku Rasul dan mempunyai Kerajaan Langitpun masih ada pengikut setia. Apa sangat la Midin ni.