Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Salam raya qurban

Posted: 11 Sep 2016 05:00 PM PDT


Jadikan Aidiladha Titik Tolak Untuk Tingkatkan Pengorbanan - Najib

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menjadikan Aidiladha kali ini sebagai satu titik tolak untuk terus bermotivasi dan komited dalam meningkatkan mutu serta nilai pengorbanan.

Perdana menteri berkata mereka semestinya mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam al-Quran yang turut menyentuh soal kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

"Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan," katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha melalui catatan laman blog www.najibrazak.com.

Najib menekankan bahawa ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi ia juga meletakkan ke dalam jiwa tentang sejauh mana pengorbanan yang perlu dilakukan kepada agama Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan sehingga mampu mengetepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi.

"Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita dipelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberi inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negara tercinta ini," katanya.

Najib sekali gus mengajak masyarakat untuk bersama-sama berjuang dan berkorban untuk membina masa depan negara yang lebih maju dan progresif sebagai sebuah negara Islam berteraskan maqasid syariah.

Perdana menteri seterusnya berkata beliau dan keluarga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah itu dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

"Bagi mereka yang lain, marilah kita menyertai para Hujjaj dengan doa restu, takbir, tahmid dan tahlil di samping melaksanakan ibadah korban dengan menghayati roh pensyariatannya.

"Tidak lupa juga marilah kita sama-sama mengambil peluang hari-hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang bertambah dan berterusan bagi negara kita yang tercinta," kata Najib.

Umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha esok.

-- BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:36 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kita akan bincang dengan Anwar hasrat BERSATU - Azmin

Posted: 11 Sep 2016 10:00 PM PDT

AZMINTimbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan berbincang bersama Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu menjalinkan kerjasama.
"Sudah tentu kita perlu bekerjasama. Kita akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar," katanya ketika ditemui selepas solat Aidiladha di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilaporkan berkata, beliau mengakui BERSATU memerlukan kebenaran Anwar sebelum menjalinkan sebarang kerjasama erat dengan KEADILAN.
Katanya, pertemuan Anwar bersama Mahathir di mahkamah tempoh hari diharapkan dapat membuka jalan ke arah itu.

Korban bererti kebersamaan lawan kleptokrasi, kata Anwar

Posted: 11 Sep 2016 09:56 PM PDT

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara menggesa rakyat untuk menghayati pengertian nilai-nilai pengorbanan dalam melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara.
Dalam perutusan Aidil Adha, hari ini, Ketua Umum PKR mahu setiap rakyat mengambil iktibar kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, bahawa keikhlasan, ketaatan dan kecintaan kepada Allah lebih utama dari diri sendiri dan anak pinak.
"Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi.
"Inilah yang diperjuangkan sekian lama," kata Anwar dalam perutusan Aidiladha bersama dengan isterinya yang juga adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Buktinya, kata mereka, parti Umno hari ini berpecah dengan semua yang meninggalkan parti Melayu itu berkata, Umno sudah lari dari asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Menurut mereka, Umno hanya memenuhkan tembolok penguasa dengan melahap harta milik rakyat dan negara.
"Kita mesti melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara.
"Penguasa yang menzalimi rakyat, menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti GST, menjarah harta negara menerusi skandal 1MDB yang memalukan negara di mata dunia, tidak harus kita diamkan.
"Allah menyuruh kita memperbetulkan kemungkaran dengan tangan, mulut atau sekurang-kurangnya membenci di dalam hati, yang merupakan selemah-lemah iman," kata mereka.
Justeru, bersempena dengan Aidiladha ini, Anwar bersama Wan Azizah mengajak rakyat untuk bersama memperjuangkan keadilan.
"Kita mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dengan kita, memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar.
"Kembalikan tampuk politik, perancangan ekonomi dan sistem sosial kita di landasan yang betul, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, dari kalangan berbilang kaum dan agama," kata mereka.

'BERSIH 5 jangan main-main, Maria Chin binatang sarkis' - Jamal Md Yunos

Posted: 11 Sep 2016 09:49 PM PDT

HUSNI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI....

Posted: 11 Sep 2016 07:42 PM PDT

Ramai yang nampaknya teruja dengan temubual bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah dengan sebuah akhbar yang seolah-olah menggambarkan perletakan jawatannya pada bulan Jun baru-baru ini ada kena mengenai dengan kemelut 1MDB.

Husni  yang menjadi Menteri Kewangan Kedua sejak 2009 juga mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang penubuhan 1MDB dan kemudian menggambarkan tekanan darahnya yang meningkat sehingga terpaksa berjuma berjumpa doktor, adalah juga disebabkan permasalahan berkaitan syarikat pelaburan tersebut.

Bagi yang terlupa, kata-kata Husni ini memang mengasyikkan dan membuai perasaan, tambahan lagi sebelum ini beliau juga mengatakan mahu ke Jordan bagi mendalami pengajian Al-Quran. 

Dengan meletakkan jawatan, Husni cuba menggambarkan beliau telah menemui jalan kebenaran. Agama memang sellau dijadikan candu untuk mengkhayalkan orang lain. Hakikatnya, Husni adalah watak yang tidak boleh dipercayai.
Sepertimana yang ditulis dalam blog ini pada 27 Jun 2016, sebaik berita perletakan jawatannya diumumkan, maklumat yang dekat dengan Husni memaklumkan, perletakan jawatannya adalah disebabkan keengganannya ditukarkan ke kementerian lain.

Beliau sebenarnya tidak secara sukarela ingin berhenti atau mengundurkan diri, tetapi semata-mata tidak setuju apabila Najib mahu menukarkannya ke kementerian lain.  Difahamkan Najib mahu Husni mengambil alih tempah Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap EPU.

Berikutan itu, disebabkan patah hati dan kecewa dengan pertukaran kementerian yang seolah-olah turun gred, Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO.

Kemudian, pada 3 Julai 2016, melalui kenyataannya kepada media, Husni sendiri mengesahkan perletakan jawatannya ialah kerana enggan ditukarkan ke kementerian lain.

Katanya, beliau berhasrat mahu mengakhiri kariernya di Kementerian Kewangan serta ingin bersara selepas PRU 14 akan datang dan dengan itu merasakannya, pertukaran ke kementerian lain adalah tidak efektif baginya.

Tidak timbul sama sekali rungutan berkaitan 1MDB atau diserang darah tinggi kerana terbeban menanggung permasalahan syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Najib dan Jho Low itu.
Read More / Baca Lagi >>

Peristiwa salam menyalam

Posted: 11 Sep 2016 07:34 PM PDT

I realized he was singing, or rather screaming, a song, he was trying to get us to hear him and join him, he was singing an Italian revolutionary song that was in our repertory and very popular at the time: Avanti popolo, a la riscossa, bandiera rossa, bandiera rossa…" – Milan Kundera, The Joke.
5 September 2016. Media sedang menyiarkan imej seteru lama bersalaman antara satu sama lain. Facebook jadi riuh. Yang mana pernah tersinggung dengan ilmu politik melaung-laungkan, "Dalam politik, semuanya mungkin." Justeru digesa pula jangan naik hairan. Dengan pilihan kata 'hairan' ini, saya membayangkan masyarakat sampai menjadi tercengang-cengang melihat peristiwa itu. Naik tercengang dengan peristiwa bersejarah ini. Apakah ini petanda bara reformasi yang mungkin boleh bernyala kembali? Sudah lunturkah Mahathirisme?
Saya fikir, masyarakat tidak lagi dalam kehairanan yang sangat-sangat. Peristiwa-peristiwa ajaib dan keputusan-keputusan aneh yang kerap dibuat oleh pemerintah — secara konsisten — mungkin telah melalikan (mungkin melelahkan) banyak orang. Mungkin kita sudah jadi tepu. Macam harga minyak yang berubah-ubah, kita mungkin tidak lagi teruja untuk beratur panjang membuat pembelian panik di stesen-stesen minyak. Yang realiti di depan mata mungkin harga rumah yang melambung, jumlah suapan nasi dalam mulut, atau enjin kereta tak boleh hidup, atau; realiti dalam dunia hyperreality — jumlah Pokemon yang berjaya ditangkap. Hairan kita hanyalah terangkum dalam, "Mengapa sampai sedemikian rupa?"
Generasi Bersih
Menjelang musim pilihanraya, kita dapati politik semasa akan ditafsir oleh penganalisis dalam dan luar negara untuk melihat keperluan 'sebenar' masyarakat. Sentimen yang terkenal sudah tentu akan melibatkan hal-hal integriti dan isu-isu politik. Namun secara kasarnya, hal ekonomi lebih menjadi tumpuan. Abdul Rahman Dahalan sendiri mengakui kepentingan bahasa yang lebih mudah untuk menarik minat orang ramai terhadap perkembangan ekonomi.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015, jumlah belia di Malaysia adalah seramai 13.88 juta. Jumlah ini mewakili 45.8% daripada 30.26 juta penduduk di Malaysia. Melalui sumber yang sama, kita kecilkan pula kepada jumlah belia yang berumur antara 15‒30 tahun. Hasilnya didapati, kelompok yang berada di dalam julat umur ini dianggarkan sebanyak 8.097 juta.
Dalam julat inilah belia-belia dikelompokkan sebagai generasi Millenial dan Generasi Y atau yang disebut dalam kajian Mohd Hariszuan (2014) sebagai, 'Generasi Bersih'. Disebabkan itu, hal ekonomi bukanlah hal main-main. Pengaruh-pengaruh ekonomi termasuklah impaknya terhadap anak-anak generasi ini. Hal beli rumah atau beli kereta misalnya. Hal mahu bikin kehidupan.
Daripada segi politik, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak banyak kenangan dan pengalaman yang betul-betul berkesan — yang dapat dirasai sendiri oleh kelompok generasi Bersih ini. Malah, ketika peristiwa Reformasi berlaku pada tahun 1998 dahulu, anak-anak generasi ini mungkin masih sibuk bergelut antara dilema pergi mengaji atau menonton Power Rangers. Tidak mustahil, mungkin ada kelompok dalam generasi Bersih yang mungkin tidak pernah memahami pun sejarah-sejarah sebelum peristiwa bersalam-salam ini, misalnya peristiwa usung tilam, peristiwa mata lebam, Sukma Darmawan dan lain-lain.
Seperti juga kelompok Generasi X (30‒52 tahun) yang mungkin belum sempat memahami sepenuhnya pergelutan pemerintah terdahulu mencapai kemerdekaan, (ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan) hal yang sama juga berlaku kepada generasi Bersih ini. Malah mungkin lebih menyedihkan lagi, generasi ini tidak pernah mempunyai pengalaman langsung berada dibawah pentadbiran politik yang benar-benar ampuh dan berkaliber. Anak-anak ini adalah sebuah eksperimentasi baik daripada segi pendidikan dan pentadbiran.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan biar semangat sumbar itu menghina dirimu, mahasiswa

Posted: 11 Sep 2016 07:32 PM PDT

image

"Rudy, kamu harus jadi seperti mata air. Kalau kamu baik, pasti sekitarmu juga akan baik. Tapi kalau kamu kotor, pastinya disekelilingmu akan mati", Alwi Abdul Jalil Habibie, filem Rudy Habibie (2016).
Rata-rata universiti awam sedang menerima kehadiran pelajar baru. Gerbang universiti kini kembali diwarnai oleh semangat baru, semangat yang gila dan luar biasa. Tetapi malang jika semangat yang gila ini gagal dipandukan ke landasan yang tulus.
Lebih malang lagi jika semangat ini dimajnunkan oleh pembesar universiti semata-mata untuk mengejar gelaran dan pangkat seperti Doktor, Prof. dan bermacam lagi gelaran pembesaran diri.
Dakyah orang besar-besar universiti di minggu orientasi sering menjadi racun yang akan mematikan nilai kesucian ilmu. Mereka berkempen kepada pelajar supaya segera menamatkan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hingga mendapat gelaran yang besar-besar.
Lebih jijik lagi apabila mereka berbangga-bangga mempromosi pakaian gelaran yang disarung mereka dihadapan sekalian pelajar. Maka fitrah pelajar sejak awal lagi dinanahkan dengan semangat hipokrit berkalungkan kebendaan.
Pendidikan menjadikan manusia bersikap luhur, membumi dan rendah diri. Pendidikan adalah tunas dan benih, maka selayaknya ia dibajai dengan semangat yang suci serta jauh dari tipu daya material. Pendidikan adalah penyembuh kepada sengsara masyarakat yang hidup dalam lembah hina kejahilan.
Ilmu adalah cinta yang tidak pernah terpuas. Ilmu seharusnya menjadikan manusia buas dan tak pernah cukup. Insan terdidik dan benar-benar memperhambakan diri kepada ilmu tidak akan terhijab dengan gelaran-gelaran yang meninggi diri pada zahir dan menghina diri jika tidak dihayati dengan jujur.
Pakaian orang berilmu itu bersulamkan semangat jiwa besar, prinsip hidup, nilai manusiawi, intergriti dan pelbagai lagi sikap yang membawa rahmat kepada alam. Maka sejak awal lagi bahtera kehidupan mahasiswa perlu dipasakkan dengan sikap kritikal, terbuka, analitikal, dan disedarkan akan bahaya bebalisme, pandirisme yang menjadi bongkah kecelakaan ditengah lautan universiti.
Zaman di universiti perlu diselimuti kegersangan untuk meneroka lautan ilmu dengan ikhlas. Dalam masa yang sama tanggungjawab terhadap masyarakat dan sikap prihatin tidak boleh dipinggirkan dan dipandang enteng. Tanggungjawab untuk memerdekakan masyarakat daripada jajahan kejahilan merupakan salah-satu daripada tanggungjawab utama mahasiswa. Mahasiswa tidak pantas hanya berbatu di kamar.
Mereka adalah jantung hati revolusi jiwa, revolusi mental. Justeru, syarahan sulung orang besar universiti sepatutnya melahirkan persoalan dan pilihan; adakah mereka mahu berdiri sebagai siswa yang mulia atau siswa yang hina ?
Mahasiswa tidak harus termakan dengan omong-omongan orang besar universiti dan termandul dengan ugutan undang-undang yang menumpulkan semangat. Mereka harus berani mempertahankan apa yang mereka percaya dengan cara yang cermat dan hikmah.
Singkapilah sejarah mahasiswa barat sekitar tahun 1960 yang bangun dan protes Perang Vietnam dan akhirnya terlahirlah beberapa protes di Georgia. Seterusnya diikuti pada akhir tahun 1960 dan awal 1970 memperlihatkan pelbagai demonstrasi anti-perang berlaku di Atlanta.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pembangkang, Dr M sedia bersama jika MCA keluar BN’

Posted: 11 Sep 2016 07:30 PM PDT

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pembangkang dan juga parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
Ini susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.
"Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti bebas, parti-parti pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata MCA harus menerima cadangan Nazri dan meninggalkan BN serta juga melepaskan semua jawatan kerajaan termasuk sebagai menteri, exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan lain.
"Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai pengkhianat terhadap perjuangan MCA dan hanya mementingkan poket dan tembolok sendiri," katanya.
Lim berkata, bidasan Nazri ke atas MCA mengesahkan persepsi bahawa MCA adalah budak suruhan Umno.
"MCA akan mendiamkan diri ketika Umno mengeluarkan arahan, kerana inilah caranya BN beroperasi. MCA akan ditendang keluar sekiranya ia tidak lagi berperanan sebagai 'khadam' kepada Umno.
"MCA adalah parti yang kecil dan langsung tidak penting di mata Umno. Ia juga tidak relevan di mata pengundi Cina dan MCA hanya menang dalam pilihan raya kerana ia diselamatkan oleh Umno dengan membenarkannya bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.
"Justeru, MCA bukanlah berada di kedudukan untuk membuat sebarang permintaan terhadap Umno. Pimpinan MCA hanya boleh bertanya 'berapa tinggi?' apabila diarah Umno supaya melompat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: Saya baik dengan Lim kerana DAP, bukan MCA ada sokongan Cina

Posted: 11 Sep 2016 07:02 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau lebih rapat dengan DAP berbanding MCA kerana parti yang memerintah di Pulau Pinang itu memiliki sokongan masyarakat Cina.
Beliau berkata demikian sebagai menjawap bidasan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyindir bahawa Nazri kelihatan lebih rapat dengan DAP di sebalik memenangi pilihan raya umum di bawah BN, yang dibantu oleh semua parti komponen termasuk MCA.
"Saya baik dengan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng kerana saya hormati demokrasi, kerana masyarakat Cina pilih Lim dan DAP jadi saya kena menghormati demokrasi dan mereka.
"Si Ti saya nak hormat kenapa, rakyat pun tolak dia. Dan saya yakin kalau dia bertanding pun rakyat tolak dia sebab orang Cina cukup benci dengan orang macam ini," katanya kepada Malaysiakini.
Nazri menambah bahawa beliau mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan
kpemimpinan tertinggi MCA tetapi cuba dirosakkan oleh ahli-ahli MCA tertentu.
"Pemimpin MCA yang saya kenali cukup baik dan kita bekerjasama baik dengan mereka.
"Tapi budak-budak macam ni rosakkan hubungan. Tapi hubungan kita dengan presiden, naib presiden sngat baik dan intim," katanya.
Nazri seterusnya menuduh Ti cuba mencari populariti kerana ingin membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya dapat tahu dia (Ti) kena gugur masa bertanding di Kuantan dulu, (Datuk Seri) Chua Soi Lek buang dia dulu.
Read More / Baca Lagi >>

AirAsia: 3 wira paralimpik Malaysia terbang percuma seumur hidup

Posted: 11 Sep 2016 06:58 PM PDT

Tony melalui Facebook dan Twitternya mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga atlet paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
tony
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Facebook dan Twitternya, pada Ahad, mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang dimenangi tiga atlet olahraga negara sejak kelmarin, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), semalam.
Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.
Pada 24 Ogos lalu, Tony mengumumkan AirAsia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari Asean turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.
"Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika," katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

Biar orang lain rancang bajet 2017, kata Kadir kepada Najib

Posted: 11 Sep 2016 06:58 PM PDT

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin membidas cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan ekonomi negara dan percaya hanya dengan menukar kerajaan BN mampu memulihkan keadaan semula.
Mengulas sebuah artikel dalam The Star hari ini mengenai bagaimana pusat asuhan kanak-kanak bergelut untuk terus berdaya saing, Kadir berkata tindakan tergesa-gesa Najib melaksanakan dasar gaji minimum adalah satu malapetaka.
Katanya, kes taska itu mencerminkan bagaimana syarikat kecil tidak mampu gaji dan pengguna pula terbeban untuk membayar kos tambahan yang berpunca daripada tindakan tersebut.
"Dalam ketaksubannya dengan ekonomi berpendapatan tinggi, (Najib) menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara pada 1 Julai tahun ini walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.
"Ini di sebalik mengetahui bahawa kebanyakan majikan tidak berupaya membayar kadar yang ditetapkan.
"Atas sebab ini sahaja, beliau tidak lagi layak untuk terus menjadi perdana menteri.
"Anggap ini sebagai maklum balas terhadap permintaannya untuk mendapatkan input awam bagi bajet 2017.
"Biar orang lain merancang bajet," kata Kadir secara sinis dalam satu catatan blog.
Najib, yang juga memegang jawatan menteri kewangan di sebalik kritikan akan membentangkan bajet 2017 pada sidang Parlimen akan datang.

MCA nasihat Nazri jangan angkuh, bertindak melampau

Posted: 11 Sep 2016 06:47 PM PDT

Ti Lian Ker berkata, Nazri perlu mengenangkan sumbangan parti komponen BN.
nazri ti lian kerPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz diingatkan tidak angkuh dan bertindak melampau dengan mengkritik parti komponen Barisan Nasional tanpa mengenangkan sumbangan mereka sebelum ini, kata jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
"Nazri menjadi sombong seperti biasa. Beliau adalah aset dan liabiliti kepada BN. Beliau tidak sempurna dan kini bertindak melampau.
"Beliau boleh menunjukkan keangkuhannya kerana menjadi menteri sebagai hasil daripada asas kukuh (dibina) semua parti komponen BN. Pencapaian BN adalah hasil usaha semua parti komponen diterajui Umno hari ini," kata ahli jawatankuasa pusat MCA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu baru-baru ini mengkritik parti komponen BN, iaitu MCA, MIC dan Gerakan tidak akan menjadi dominan seperti Umno kerana tidak mampu memilih calon tempatan yang boleh menang pada pilihan raya.
Nazri berkata, kelemahan terbesar parti komponen BN adalah mereka bertegas menggunakan 'calon payung terjun' untuk bertanding menyebabkan calon BN yang bukan penduduk tempatan 'terpisah' dengan pengundi setempat.
"Itulah perbezaan antara Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Pada pilihan raya akan datang, mereka lebih suka memberi kerusi kepada pemegang jawatan kerana keutamaan mereka adalah pemilihan parti, mereka mahu pemimpin dipilih menjadi wakil rakyat," kata Nazri.
Ti bagaimanapun menepis kenyataan Nazri dengan mempersoalkan pemimpin Umno itu jika beliau sedia berbuat demikian.
"Adakah beliau sedia bertanding tanpa logo BN? Bolehkah beliau menjadi menteri jika tiada Barisan Nasional? Adakah beliau akan melompat parti seperti Anwar atau Mahathir dengan membentuk atau menyertai parti baharu untuk mencabar BN, jika beliau bukan seorang menteri?
"Sebagai kapten kapal, anda tidak menghiraukan usaha anak kapal atau mempamerkan keangkuhan diri tanpa rasa malu atau rendah diri.
Read More / Baca Lagi >>

Kritikan pada SS Datuk Mufti perlu atas objektiviti

Posted: 11 Sep 2016 06:40 PM PDT

Dr. Mujahid Yusuf RawaDr. Mujahid Yusuf Rawa
Penyataan saya dalam Sinar Harian pada 5hb September telah menimbulkan berbagai spekulasi dalam media sosial. Ia ekoran dari teguran saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikelnya antara lain menyeru ahli parlimen muslim wajib menyokong pindaan RUU 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang dalam usul persendiriannya pada sesi parlimen yang lalu. Entah bagaimana gaya pelaporan itu ditulis begitu rupa menyebabkan salah tanggap 'gaya saya' menegur. Saya telah pun memohon maaf dalam artikel saya atas kekeliruan ini.
Hebohlah dalam media sosial 'mengutuk' saya dan menambahlah dalam senarai label cliché 'anti-ulamak' anti-ruu 355' tak hormat mufti dll. Saya berdiam diri 3 hari tapi mengikuti respons dalam media sosial yang bertubi-tubi 'menyerang' saya. Diam saya diam berisi, pada waktu yang sama, saya menyiapkan artikel untuk menjawab tulisan SS Mufti supaya asas teguran saya diperincikan secara objektif dan intelek. Saya tidak mengharapkan para pentaksub untuk memahami tulisan saya kerana mereka tiada nilai ilmiah yang amat kritikal untuk perdebatan sihat. Artikel saya bertujuan untuk difahami oleh mereka yang bersedia membaca, berfikir dan menilai hujahan bebas dari virus buta-tuli (atau buta-perut) yang telah mengambil ramai mangsanya dalam alam media sosial hari ini.
Semangat kritikan saya pada SS Datuk Mufti WP adalah atas objektiviti dan bukan merendah-rendahkan keperibadian si penulis mahupun institusi yang diwakilinya. Saya berhati-hati memilih ayat dan perkataan serta membina struktur penulisan atas premis yang jelas. Pada waktu yang sama, saya menghubungi sdr Khairol Najib selaku petugas sepenuh masa parti Amanah untuk berhubung dengan Pejabat Mufti Wilayah bagi tujuan kunjungan mahabbah sambil menjelaskan keadaan yang mengelirukan.
Selesai penulisan 2 hari, saya bersedia ke KL untuk memenuhi temujanji yang berjaya dibuat. Kereta saya meluru ke pejabat Mufti terletak di bangunan tinggi atas bukit bersebelahan mesjid negara. Kami bertemu di tingkat bawah bersama Naib Ketua Pemuda dan ajk Pemuda Amanah, Ketua Wanita Muda, Peguam dari biro undang-undang Kanun dan beberapa pegawai media Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Persiap jentera parti, KEADILAN fokus perbincangan satu lawan satu

Posted: 11 Sep 2016 06:34 PM PDT

KEADILAN sedia mempersiapkan seluruh kekuatan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum 14 (PRU14), kata Timbalan Presidennya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tumpuan dan fokus jentera parti untuk memastikan Umno-Barisan Nasional ditumbangkan sekali gus mandat pemerintahan beralih kepada komponen pembangkang.
Bagaimanapun katanya, fokus tersebut turut tertumpu kepada perbincangan rapat bersama rakan pembangkang ke arah permuafakatan menjelang PRU depan.
"Kami bersedia dengan gerak kerja di peringkat akar umbi, cabang dan negeri terhadap sebarang kemungkinan PRU dalam masa terdekat ini.
"Untuk tempoh ini saja kita terus mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan pembangkang, Parti Bersatu dan hubungan kita bersama PAS.
"Namun pilihan itu tetap ada untuk pastikan pertembungan satu lawan satu kerana saya sentiasa optimis ke arah itu," katanya.
Beliau mengulas laporan media antarabangsa, Bloomberg yang memetik Ketua Bahagian Umno yang tidak dinamakan bahawa PRU akan diadakan awal tahun ini.
Namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut atau mana-mana pimpinan tertinggi Umno tampil mengulas berhubung dakwaan tersebut.
Bercakap lanjut, Azmin yang juga Dato' Menteri Besar berkata, permuafakatan dalam gabungan pembangkang boleh dicapai demi manfaat rakyat.
"Saya kira (permuafakatan) boleh dicapai menerusi suatu pembincangan dan muafakat atas kepentingan dan kerangka lebih besar, bagi melakukan perubahan di peringkat negara," katanya.

Orang ramai dinasihat daftar sebelum Oktober untuk peluang mengundi

Posted: 11 Sep 2016 06:32 PM PDT

SPROrang ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi sebelum berakhir September ini dibimbangi bakal terlepas peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan sebelum pertengahan 2017.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata hal ini berikutan beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakan senarai daftar pemilih dikemaskini sehingga September sekiranya pilihan raya diadakan pada setengah tahun pertama 2017.

"Saya nasihatkan bagi mereka yang dah cukup umur supaya mendaftar sebelum Oktober ini bagi membolehkan nama mereka tersenarai dalam daftar pengundi jika pilihan raya diadakan pada Mac nanti.
"Kalau mereka lewat kemungkinan mereka tidak dapat mengundi melainkan kalau pilihan raya diadakan lebih lewat lagi," kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, kegagalan orang ramai mengundi dalam pilihan raya nanti hanya merugikan berikutan rakyat mempunyai hak untuk menentukan pilihan dalam pilihan raya seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Katanya, undian rakyat dalam pilihan raya menjadi lebih penting dalam menentukan hala tuju negara ketika berhadapan dengan pelbagai kemelut getir yang tentunya melibatkan nasib rakyat.

Guan Eng: Tiada permit pembinaan untuk pemaju jika sedia pinjaman

Posted: 11 Sep 2016 06:31 PM PDT

Lim Guan Eng berkata, mungkin cadangan itu bertujuan membantu pembeli rumah mendapatkan pinjaman, namun ia bukan cara betul untuk menyelesaikan masalah.
lim-guan-eng-perumahan
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan mengeluarkan permit pembinaan kepada pemaju yang menawarkan pinjaman perumahan kepada pembeli, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, pinjaman perumahan sepatutnya dikendalikan Bank Negara dan tanggungjawab pemaju adalah untuk membina hartanah, bukannya memberi pinjaman berfaedah tinggi kepada pembeli rumah.
"Jika pemaju mendapat lesen pinjaman wang, mereka akan mengenakan faedah tinggi kepada pembeli rumah," katanya selepas melancarkan kempen sifar sisa di Taman Bagan Lalang, semalam.
Khamis lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mencadangkan pemaju memohon lesen pinjaman wang untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank.
Katanya, kadar faedah akan dihadkan kepada maksimum 18% tanpa cagaran dan minimum 12% dengan cagaran.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani bagaimanapun menolak cadangan yang turut dikritik Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang mengakui inisiatif itu akan menyebabkan pembeli berdepan risiko krisis hutang.
Read More / Baca Lagi >>

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1437H/2016

Posted: 11 Sep 2016 06:26 PM PDT


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1437 Hijrah ini.

Bagi pihak seluruh warga KEADILAN, kita harapkan agar rakyat Malaysia merayakan dengan rasa bahagia di samping keluarga, serta bersederhana dan berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Aidil Adha adalah masa yang memberikan makna dan pengertian berupa nilai-nilai pengorbanan yang diangkat dari sejarah dan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam serta anaknya Nabi Ismail alaihissalam.

Agar setiap dari kita mengambil iktibar kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, bahawa keikhlasan, ketaatan dan kecintaan kepada Allah lebih utama dari diri sendiri dan anak pinak. Jika setiap daripada kita menghayati kisah ini, kita seharusnya mampu berusaha untuk mencontohi sifat kesabaran dan ketaqwaan terhadap Allah. Khususnya dalam konteks ibadah kepada-Nya.

Kita mesti melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara. Penguasa yang menzalimi rakyat, menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti GST, menjarah harta negara menerusi skandal 1MDB yang memalukan negara di mata dunia, tidak harus kita diamkan. Allah menyuruh kita memperbetulkan kemungkaran dgn tangan, mulut atau sekurang-kurangnya membenci di dalam hati, yang merupakan selemah-lemah iman.

Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi. Inilah yang diperjuangkan oleh DSAI sekian lama. Buktinya, parti Umno yang berpecah hari ini, semua yang meninggalkan Umno berkata, parti itu sudah lari dari asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, hanya memenuhkan tembolok penguasa dengan melahap harta milik rakyat dan negara.

Justeru, bersempena dengan Aidiladha ini, kita mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dengan kita, memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar dan mengembalikan tampuk politik, perancangan ekonomi dan sistem sosial kita di landasan yang betul, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, dari kalangan berbilang kaum dan agama.

Salam Aidiladha.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
10 Zulhijjah 1437H

Atlet lompat jauh sumbang emas ke-3 Malaysia di Paralimpik Rio

Posted: 11 Sep 2016 05:45 PM PDT

Latif memperbaharui rekod dunia 7.35m yang diciptanya sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu, dengan lompatan 7.6m pada cubaan kelima di Stadium Olimpik, semalam.
Abdul-Latif-Romly
KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik Malaysia terus cemerlang di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, apabila Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia baharu.
Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, semalam.
Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.
Abdul Latif mula membuat lompatan terbaik pada cubaan kedua dengan 7.47m selepas lompatan pertama dibatalkan atas kesilapan teknikal.
Beliau terus memperbaiki jarak pada lompatan seterusnya dengan 7.54m, tetapi percubaan keempat hanya 6.79m, sebelum Latif menamatkan saingan pada 7.60m yang tidak mampu dicabar peserta lain.
Pingat perak acara itu diraih Zoran Talic dari Croatia dengan 7.12m dan gangsa menjadi milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine dengan 6.99m.
Kelmarin (awal pagi Ahad waktu Malaysia), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang dua pingat emas pertama negara menerusi acara 100m T36 (celebral palsy) dan lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) yang masing-masing mencipta rekod kejohanan serta dunia yang baharu.

Bakar buku perlembagaan: Rushdan isytihar keluar Umno sertai PPBM

Posted: 11 Sep 2016 07:27 AM PDT


Rushdan Muhamed Rushdan Muhamed Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Muhamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.
Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.
PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya  mengumumkan keluar daripada parti Umno.
"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.
Beliau dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.
Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan parti.
Bagaimapan sehingga kini tindakan tata tertib tidak dikenakan ke atas beliau walaupun beliau telah memberikan keterangan bela diri kepada Lembagfa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu.
Mengulas mengenai tiadanya sebarang tindakan dikenakan oleh parti terhadapnya setelah dipanggil membela diri, Rushdan berkata mungkin Umno kini semakin gentar kerana ramai ahli umno yang mahu bertindak keluar parti.
"Saya rasa mungkin Umno takut...saya rasa merekat akut kekurangan satu ahli, jika mereka buang saya jadi tidak sampai 3juta jadi 2,999,000 ahli Umno sahaja
"Jadi pada tarikh bersejarah pada malam ni (semalam) untuk keluar daripada Umno dan jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seumur hidup," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno bantah digantung 6 tahun

Posted: 11 Sep 2016 07:19 AM PDT

Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kedudukannya dalam exco Pemuda juga ditarik kerana pembabitannya dalam satu forum untuk Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu yang dibatalkan.
Mohd RafiqPETALING JAYA: Seorang ahli Pemuda Umno hari ini mendakwa keahliannya digantung daripada parti untuk selama 6 tahun kerana satu acara membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Rafiq Naizamohideen berkata jawatannya dalam exco Pemuda Umno juga ditarik balik.
Katanya, beliau bercadang untuk membuat rayuan terhadap tindakan parti itu yang dikatakan berpunca daripada cubaan untuk sabotaj Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Rafiq berkata tindakan itu diambil susulan beliau sepatutnya terbabit dalam rancangan mengadakan forum Bicara Negarawan, tahun lalu yang menampilkan Dr Mahathir.
Pada masa itu, bekas perdana menteri itu dalam jelajah ke seluruh negara menghadiri forum umum dalam kempen menyingkirkan Najib sebagai presiden dan perdana menteri.
Rafiq dipetik sebagai berkata Dr Mahathir dijadualkan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai masa depan Umno dan PRU14.
Bagaimanapun, katanya acara itu tidak jadi diadakan dan jemputan awal kepada Dr Mahathir dibuat ketika beliau masih ahli Umno.
Dr Mahathir keluar parti pada awal tahun ini.
Rafiq berkata beliau kemudian mendesak penganjur membatalkan acara itu kerana bimbang mereka tidak akan dapat mengawal apa yang Dr Mahathir akan cakap, lapor Malaysiakini.
Katanya, beliau kemudian dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Umno selepas Idris membangkitkan lagi isu berkenaan, setahun selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

CEPAT ATAU LAMBAT TARIKH PILIHANRAYA, KEPUTUSAN TIDAK BANYAK BERBEZA

Posted: 11 Sep 2016 06:02 AM PDT

Beberapa bulan sebelum ini, berikutan Najib Razak dilihat tidak lagi tergugat kedudukannya kerana semua musuh-musuhnya sudah dikeluarkan daripada UMNO, dibayangkan beliau akan mengadakan pilihanraya umum secara mengejut untuk memastikan pegangannya terhadap kuasa terus berlanjutan.

Jangkaannya ialah beliau dikhabar-anginkan akan memanggil pilihanraya mengejut atau "snap election" pada Mac atau April 2017.

Bagaimanapun, apabila timbul isu saman Jabatan Kehakiman AS berkaitan dana 1MDB yang dilencongkan, isu pilihanraya mengejut itu senyap daripada diperkatakan.

Wujudnya saman itu dilihat  telah memberi kesan yang besar kepada "mood"  pengundi, khususnya di bandar, kalangan orang muda dan mereka yang ada telefon pintar dalam genggaman. Maka, diberitakan tidak mungkin Najib berani mengawalkan tarikh pilihanraya.

Sehari dua ini, setelah Tun Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim dan kemudian diikuti dengan lulusnya pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM, sekali lagi timbul kemungkinan Najib akan mengadakan pilihanraya secara mengejut.

Tarikh yang disebut tetap tidak berubah, iaitu sebelum April 2017. Najib dikatakan tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pilihanraya kerana ia akan memberi ruang kepada PPBM untuk bertapak dengan lebih kukuh.

Najib kini dikatakan terdesak untuk memanggil pilihanraya sebelum PPBM dapat menyusun struktur partinya di peringkat negeri dan bahagian-bahagian. Selain itu, parti-parti pembangkang masih berpecah, belum ada kata putus dari segi pembahagian kerusi dan kesepakatan satu lawan satu juga belum muktamad. Ini menjadikan suatu kelebihan bagi BN jika diadakan pilihanraya secara tiba-tiba.

Lagi Najib menangguhkan tarikh pilihanraya atau menunggunya sehingga Mei 2018 iaitu tarikh akhir yang dibenarkan, dikatakan lebih banyak isu bakal timbul dan menambah-sukarkan lagi peluang BN. Saman Jabatan Kehakiman AS mungkin sudah ada keputusannya dan beralih kepada tindakan jenayah pula, manakala beberapa negara lain yang sedang menyiasat 1MDB juga tidak mustahil ada tindakannya masing-masing. Tentu saja, ia merupakan "detik maut" bagi BN ketika itu nanti.

Oleh itu, melewatkan pilihanraya dikatakan bukanlah pilihan yang baik bagi Najib. Kalau mahu menang dan terus berkuasa, kena dipercepatkan, demikian antara ungkapan pakar-pakar politik di kedai-kedai kopi dan coffee house hotel di seluruh negara.

Benarkah begitu?

PRU 14 sebenarnya adalah menentukan pilihan berkaitan Najib. Semua isu yang terbentang dalam negara adalah berkaitan dengannya. Tidak ada isu yang terlepas kaitannya dengan Najib. 1MDB, derma ribu-ribu juta, Jho Low, Riza Aziz, Rosmah, penyelewengan, penyonglapan, rasuah, pembaziran, kemewahan, hutang, OSA, Akta MKN dan segala macam lainnya adalah segala-galanya berkaitan dengan Najib.

Belum pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini menghadapi sebegini sarat isu membeliti dirinya dalam tempoh sesingkat cuma tujuh tahun memegang kuasa. Dengan itu, Najib boleh ditafsir dengan bermacam-macam kelemahan berkaitan diri dan kepimpinannya.
Read More / Baca Lagi >>

RoS sedia pertimbang permohonan baru blok pembangkang

Posted: 11 Sep 2016 05:55 AM PDT

SANGAT SETUJU!! Nurul Izzah BONGKAR Punca-punca DERITA Orang Bandar

Posted: 11 Sep 2016 05:53 AM PDT

Cadangan Noh tidak pernah dibincang di peringkat kabinet, kata Zahid

Posted: 11 Sep 2016 05:53 AM PDT

'Dua veteran UMNO keluar parti memang terkenal bersama dengan PBBM' - Zahid

Posted: 11 Sep 2016 05:52 AM PDT

"Saya percaya Tun M telah hilang akal," kata Presiden Makkal Sakti

Posted: 11 Sep 2016 05:51 AM PDT

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:02 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin titis air mata lihat pertama kali bendera PPBM berpijak di bumi

Posted: 11 Sep 2016 06:15 AM PDT

| DALIA ISMAIL
 
 
Muhyidin menitiskan air mata ketika melihat buat pertama kali benderanya berpijak di bumi malam tadi.Muhyidin menitiskan air mata ketika melihat buat pertama kali benderanya berpijak di bumi malam tadi.


"Buat pertama kali saya melihat bendera saya berpijak di bumi Malaysia, buat pertama kali juga di Negeri Sembilan," kata Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam tadi adalah majlis pertama selepas PPBM diluluskan sebagai sebuah parti politik baharu oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 9 September lalu.

"Saya rasa nak menitis air mata berkibarnya bendera parti pribumi di Jelebu petang tadi dan Ampangan malam ini."

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika melihat bendera parti barunya berkibar malam tadi.
Beliau bercakap demikian pada 3,000 penyokong dalam Program jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan malam tadi.

BEBANAN RAKYAT
Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.
Dalam majlis malam tadi, Muhyidin menekankan isu utama sekarang adalah kenaikan bebanan rakyat.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan daripada penyelidikan yang dilakukan oleh empat orang profesor untuk mengkaji beban sara hidup rakyat.

"Daripada perbandingan yang dibuat empat orang profesor itu, dapatan mereka pada tahun 2012 dalam tempoh 4 tahun ini (2016) kenaikan kos tiga kali ganda iaitu 209 peratus beban dalam setiap perkara yang dibangkitkan rakyat selama ini.

"Tidak ramai fikir soal 1MDB sekarang ini. Pandangan saya apa yang ditanggung adalah kesusahan dan penderitaan yang dihadapi sebahagian besar rakyat hari ini.

"Dari laporan itu jelas terbukti situasi negara begitu cukup membimbangkan, " ujarnya.

Katanya lagi kerajaan BN gagal selesaikan masalah kehidupan rakyat. Kesusahan yang sedang ditanggung rakyat kerana pendapatan tidak memadai menampung hidup rakyat.

"Ini bukan cerita omongan kosong. Rakyat sekarang melakukan dua kerja seperti Ahmad Maslan cakap.
"Sebab itu saya tidak percaya lagi pemimpin Umno lebih-lebih lagi Najib Razak," ujarnya.

Malam tadi juga Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menerima 1,000 borang keahlian PBBM.
Dimaklumkan juga 30 cawangan parti itu akan di buka di Negeri Sembilan.

ADNAN YAAKOB SECARA TERSIRAT MAHU SEPENGGAL LAGI SEBAGAI MB PAHANG

Posted: 11 Sep 2016 06:07 AM PDT

shahbudindotcom

 

  

Sehari selepas menunjukkan aksi pelik menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kaki bagi membuktikan dirinya benar-benar sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob kemudian "membayangkan" tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang.

Berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Ketereh, Kelantan semalam, Adnan berkata, hasrat itu dibuat kerana beliau sudah  berkecimpung dalam politik agak lama iaitu lebih daripada 30 tahun.

Bagaimanapun, kata Adnan lagi, setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar Pahang.

Wayang apa pulak Tok Nan ni?

Kata nak bersara, tapi beritahu tiada pengganti sesuai dalam waktu yang sama. Tak pelik ke?

Nak bersara...bersara sajalah!!

Maknanya, dalam kata tak mahu bertanding dan memberitahu sudah 30 tahun berkecimpung dalam politik, Adnan juga sebenarnya sedang memohon pertimbangan Najib agar diberi peluang bertanding lagi dengan harapan dapat terus kekal sebagai  Menteri Besar.

Tiada calon yang sesuai, bermakna Adnan merasakan hanya beliau saja yang sesuai dan itulah yang sedang cuba mahu diberitahunya kepada "orang"  di Seri Perdana dan mudah-mudahan mendapat perkenan juga dari Istana Pahang.

Melopong lagilah Shakar Shamsuddin yang khabarnya dah lama berangan-angan dan lobi sana sini nak jadi Menteri Besar Pahang.


Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya

Posted: 11 Sep 2016 06:02 AM PDT

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Amanah pemilik supaya jadi pusat aktiviti AmanahAmanah pemilik supaya jadi pusat aktiviti Amanah


Pejabat Dun Salor yang kini bertukar daripada pusat khidmat Adun Pas kepada pusat aduan rakyat Amanah adalah kerana pemilik premis berkenaan memberi amanah kepada Datuk Husam Musa untuk berbuat demikian.

"Dulu pemilik tempat ini memberi amanah kepada saya untuk menjalankan aktiviti Pas tapi sekarang telah menukar amanah itu supaya saya jadikan pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Adun Salor itu dalam ucapan di majlis memperingati hari Wukuf anjuran Amanah negeri Kelantan pagi ini.

Majlis yang diadakan di surau dalam kompleks kediaman keluarga beliau itu dimulakan dengan acara "Quran Hour" dengan hadirin membaca mushaf beramai-ramai.

Husam berkata konsep amanah adalah teras dalam menghayati ajaran Islam dan tidak patut ada pihak yang bersikap sebaliknya dengan membuat tuduhan palsu berkait kedudukan pejabat berkenaan.

"Memang pejabat tu bukan milik tok nenek saya, tapi ada tuannya yang sah," katanya.

Dalam ucapanya beliau membacakan kisah perbandingan antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa alaihimas salam.

Dalam kisah nabi Musa katanya, kakaknya sayangkan adiknya dengan mengikut kotak bayi adiknya hingga terdampar di istana Fir'aun.

"Manakala dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abangnya merancang untuk mengkhianatinya dengan mencampak ke dalam perigi buta," katanya.

Kisah dua nabi itu menurut beliau amat relevan dengan situasi dakwah dan perjuangan pada masa sekarang.

"Dalam membawa misi kebenaran sekarang kita berhadapan dengan mereka yang sayang kepada pasukan kita dan ada yang menzahirkan kebencian melampau hingga sanggup memfitnah dengan cerita-cerita bohong," katanya.

PERKASA jangka PRU14 antara Mei-Jun tahun depan

Posted: 11 Sep 2016 05:58 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUANTAN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan dalam waktu terdekat - antara Mei dan Jun tahun depan. 
 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor penting terutamanya kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini. 
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berperanan sebagai presiden parti, manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pengerusi.
 
"Saya tidak fikir selepas kelulusan PPBM, akan ambil masa setahun atau dua tahun lagi baharu pilihan raya umum diadakan. Ia pastinya memberi peluang kepada parti baharu itu untuk mengumpul kekuatan.
 
"Kedua, apabila dilakukan dalam waktu terdekat parti pembangkang tidak dapat bersatu terutama Pas dan PAN, Pas dengan DAP," katanya. 
 
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama pimpinan PERKASA negeri semalam.
 
Ibrahim berkata dalam konteks politik, PERKASA mengambil pendekatan memberi kebebasan kepada ahlinya untuk menyokong mana-mana parti politik.
 
Namun, mereka tidak boleh menggunakan nama pertubuhan itu ketika bersama dengan parti politik, kata beliau.
 
 

PSM yakin BN perolehi majoriti dua pertiga pada PRU14

Posted: 11 Sep 2016 05:56 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvam menjangkakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperolehi semula kemenangan dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum yang  ke-14, akibat perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang.
 
Konfrantasi yang berlaku antara PAS dengan parti serpihannya, AMANAH yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai, memberi kelebihan pada BN terutama pada jumlah pengundi Melayu, kata beliau.
 
"Buat masa ini pandangan kita, BN menang besar untuk PRU akan datang. PAS dan AMANAH sekarang (kalau) bersatu, undi melayu banyak(boleh diperolehi). (Tapi) macam mana nak bersama?
 
"Dalam keadaan sekarang,  BN akan menang," katanya kepada Antarapos.
 
Pengerusi Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mendedahkan pengalamannya memenangi beberapa siri PRU bersama parti lamanya, Umno disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam blok pembangkang.
 
Arul, kemudiannya menggesa supaya blok pembangkang bertanding di bawah satu logo pada PRU14 selepas kenyataan Mahathir itu diterbitkan di laman-laman berita.
 
Walau bagaimanapun, ketika ditanya sama ada PSM akan menyertai blok pembangkang yang dicadangkan itu, beliau berkata akan turut menyertai bersama meskipun partinya tidak sebesar seperti parti-parti pembangkang lain.
 
"Kalau ia satu gabungan yang besar dan mempunyai permuafakatan yang sama, tiada masalah (untuk bersama)...Bagi saya ia melibatkan parti-parti yang besar," katanya
 
 

RoS sedia pertimbang permohonan baru blok pembangkang

Posted: 11 Sep 2016 05:54 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersedia untuk mempertimbangkan permohonan pendaftaran baru blok pembangkang untuk menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
Namun menurut Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah, permohonan itu hendaklah diisi dengan lengkap mengikut syarat yang ditetapkan badan itu.
 
"Sekarang terdapat perubahan dari segi nama itu sendiri dan kedudukan ketua-ketua parti sudah berubah, jadi kena kemukakan permohonan yang baru. 
 
"Proses yang sama dan kita akan mempertimbangkan melalui prosedur biasa," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malah katanya, RoS setakat ini belum menerima apa-apa permohonan baru daripada blok pembangkang mengenai penggunaan satu logo pada PRU akan datang.
 
Kelmarin, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa parti-parti pembangkang bertanding dibawah satu logo pada PRU akan datang.
 
Gesaan ini timbul ekoran parti baru seperti Amanah dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum begitu popular dalam senarai parti politik yang ada di Malaysia.
 
Dalam pada itu Mohammad Razin menjelaskan berhubung penolakan permohonan Pakatan Rakyat (PR) yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, disebabkan maklumat yang disertakan tidak lengkap.
 
"Permohonan ini ada beberapa (perkara) yang tidak lengkap dan maklumat yang kita tidak disertakan jadi permohonan itu kita (RoS) tidak dapat pertimbangkan pada masa itu. Bila kita minta maklumat lanjut, perkara itu tidak dikemukan kepada kita.
 
"Permohonan kena ada senarai lengkap ahli jawatankuasa, lambang (gabungan), ahli jawatankuasa penaja. Sama seperti permohonan pendaftaran parti baru. Tapi ini atas nama gabungan seperti Barisan Nasional (BN) juga," katanya lagi.
 
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pernah membuat permohonan pertama gabungan pembangkang bagi mendapat kebenaran RoS, namun permohonan tersebut terbatal secara automatik apabila beliau bertindak meninggalkan PKR pada November 2010.
 
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad turut menyarankan supaya semua parti pembangkang perlu membuat gabungan dalam satu pakatan untuk menentang Umno-BN pada PRU akan datang.
 
Katanya, kegagalan parti-parti pembangkang berbuat demikian menyebabkan mereka gagal menjatuhhan Umno BN sejak 59 tahun yang lalu.
 
 

TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT

Posted: 11 Sep 2016 05:42 AM PDT

shahbudindotcom


Untuk membuktikan dirinya  sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mencipta rekod yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin iaitu menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kakinya.

Melakukan aksi tersebut sambil duduk di persidsngan Dewan Undangan Negeri Pahang,  Adnan yang sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar dan 30 tahun sebagai ADUN, turut bertanya jika ada mana-mana wakil rakyat lain boleh melakukan aksi sepertinya.
 
 
 
 
Merujuk aksinya itu, Adnan berkata ia sebagai membuktikan dirinya benar-benar sihat dan untuk menepis dakwaan yang tersebar mengenai masalah kesihatannya.

Perlakuan Adnan ini bukan saja janggal dan pelik dalam konteks Malaysia, malah juga tidak pernah dilakukan olen mana-mana pemimpin lain di dunia ini.

Untuk apa Adnan mempamerkan aksi sedemikian untuk membuktikan dirinya benar-benar  sihat?

Apakah tidak ada cara lain lagi untuk memperlihatkan kesihatan dan segar tubuh badannya?

Pemimpin yang sihat tubuh badan dan tiada gangguan kejiwaan, pasti tidak sanggup berbuat aksi seperti itu. Budak-budak sekolah rendah yang nakal juga belum tentu sampai ke tahap itu perlakuannya.

Dalam hal ini, mungkin Adnan kelihatan sihat dari segi fizikal, tetapi dalamannya jelas ada masalah.

Dengan perlakuan sedemikian, beliau secara langsung telah menunjukkan kepada umum ketidaklayakannya untuk terus menjadi pemimpin.

Rakyat dan pengundi Pahang, dengan yang demikian, punya asas yang lebih kukuh untuk menolak beliau dan kerajaan yang dipimpinnya.
 
 
 

Zahid alu-alukan veteran Umno Johor keluar parti

Posted: 11 Sep 2016 05:34 AM PDT

Alyaa Alhadjri


LIHAT VIDEO DI SINI


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut baik keputusan oleh dua pemimpin veteran Umno Johor untuk meninggalkan parti itu kerana membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zahid, yang menjalankan kerja-kerja timbalan presiden Umno, berkata kedua-dua mereka - Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti - memang terkenal sebagai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Saya mengalu-alukan keputusan mereka kerana mereka memang terkenal bersama-sama dengan pihak PBBM.

"Baguslah bersama mereka dari terus menjadi duri dalam daging," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia ke-8 di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka mengumumkan peletakan jawatan masing-masing daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian.

Keputusan mereka untuk meninggalkan parti berkenaan dibuat sehari selepas Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran parti serpihan Umno itu.

Kapten tak perlekeh anak kapalnya, Ti ingatkan Nazri

Posted: 11 Sep 2016 05:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menolak kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri yang sentiasa angkuh dan mendakwa "Umno bongkak pun kita menang" pilihan raya.

Beliau mengingatkan Nazri - yang juga adalah menteri pelancongan - bahawa beliau hanya mampu menang kerana BN.

"Beliau masih boleh mempamerkan keangkuhannya hari ini kerana dirinya seorang menteri hasil asas kukuh oleh BN dan semua parti komponennya. Pencapaian BN adalah hasil usaha semua parti komponen yang diterajui Umno hari ini.

"Sebagai kapten kapal, kamu tidak perlekeh usaha anak kapal atau mempamerkan keangkuhan diri tanpa rasa malu atau rendah diri. Kamu tidak memberitahu anak kapal kamu bahawa bahawa saya 'bongkak', 'hebat', dan angkuh kerana saya kapten," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mujurlah, katanya, Nazri adalah semata-mata 'pembantu' kapten, atau akan terus menjadi pembantu yang baik kepada kaptennya.

"Seorang kapten tidak akan bersikap 'kacang lupakan kulit' apabila kapalnya sedang belayar hasil usaha semua pihak.

"Beliau akan mengingati dengan baik kepentingan kerja berpasukan dan kebajikan anak-anak kapal," katanya.

Ti mengulas komen Nazri bahawa adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung yang memiliki 88 kerusi parlimen berbanding MCA, yang hanya mempunyai tujuh kerusi.

"Cakap pada dia (Ti), kalau tujuh MP jangan cakap besar, dia dapat tujuh itu pun sebab banyak bergantung pada penyokong jaguh Melayu Umno ni. Yang menyokong dia semua tu semua jaguh kampung.

"Pada saya lebih baik jadi jaguh kampung menang 88 kerusi daripada macam MCA. Dia jangan kampung pun tidak, jaguh bandar pun tidak sebab Cina sendiri tak sokong dia," kata Nazri kepada Malaysiakini, semalam, sambil mencabar MCA untuk meninggalkan BN.

Nazri mengulas gesaan Ti supaya Umno mengubah strategi dan mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.

Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

Mengulas bidasan terbaru Nazri, Ti berkata cabaran supaya MCA meninggalkan BN terpakai juga kepada Nazari.

"Adakah beliau bersedia bertanding (dalam pilihan raya) tanpa logo BN? Bolehkah beliau menjadi seorang menteri jika tanpa BN?

"Adakah beliau akan lompat parti seperti (bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan membentuk atau menyertai parti baru untuk mencabar BN jika tidak dilantik sebagai menteri?" soalnya.

Ti juga menyelar Nazri yang pernah bertanding di bawah tiket BN, tetapi kelihatan mesra dengan DAP dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

"Kadang-kadang saya tertanya-tanya sama ada beliau mahu memikat DAP [...] Jika orang seperti Nazri tidak gembira dengan komponen BN, beliau boleh meninggalkan gabungan itu dan menyertai DAP yang dirinya dilihat cukup selesa," katanya.

Menurut Ti, bertentangan dengan dakwaan Nazri, MCA akan kekal dalam BN dan mengingatkan bahawa kemenangan BN adalah hasil usaha semua parti komponen.



Exco Pemuda Umno kena gantung 'sabotaj Najib'

Posted: 11 Sep 2016 04:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen mengecam apa yang disifatkannya sebagai tindakan "terpilih" selepas beliau digantung kerana dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Rafiq berkata beliau digantung sebagai ahli Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno juga digugurkan.

"Saya dijatuhkan hukuman yang sangat berat ini atas hanya satu pertuduhan kononnya saya didapati menghasut dan merancang untuk melakukan sabotaj terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron melalui satu Program Bicara Negarawan yang dicadang dianjurkan di Melaka pada tahun lalu," katanya.

Acara ini, katanya adalah untuk menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perbincangan tentang masa depan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mohd Rafiq yang kecewa dengan penggantungan itu berkata acara itu tidak menjadi kenyataan dan jemputan awal dibuat kepada Mahathir ketika beliau masih ahli Umno.

Mohd Rafiq berkata beliau memanjangkan jemputan itu sebagai bantuan kepada seorang ketua cawangan Umno yang berminat untuk menganjurkan majlis yang menampilkan Mahathir tetapi kemudian membatalkannya atas kebimbangan mereka tidak boleh mengawal setiap butir kata ucapan bekas perdana menteri itu boleh katakan.

Beliau berkata setahun selepas kejadian itu, Idris atas sebab tertentu membangkitkan isu berkenaan semula sehingga menyebabkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno.

"Saya berasa hairan bagaimana saya boleh dituduh menghasut dan merancang untuk mensabotaj Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka dan dijatuhkan hukuman yang sangat berat atas program yang tidak dianjurkan saya oleh saya, dan yang paling penting program itu dibatalkan dan tidak diteruskan atas usaha saya menyakinkan pihak penganjur sendiri," katanya.

Mengutuk tindakan terpilih itu, Mohd Rafiq berkata, ada pemimpin Umno lain yang melakukan dosa lebih besar tetapi tidak menghadapi sebarang tindakan.

Mangsa culik Pulau Pom Pom warga Filipina, kata polis Sabah

Posted: 11 Sep 2016 04:33 AM PDT

Bernama  


Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina, namun memiliki dokumen IMM13 serta Surat Banci daripada Pasukan Pertugas Khas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, ketiga-tiga mangsa berkenaan dikenali sebagai Loloi Alpin, 30, Sami, 30-an, dan Masurin, 50-an diculik tujuh lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 13 lagi anak kapal di perairan berkenaan kira-kira 10.40 malam.

"Ketika kejadian kapal nelayan yang dinaiki mangsa didatangi sebuah bot laju yang dinaiki tujuh lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol serta M16.

Enam suspek telah menaiki kapal berkenaan dan mengarahkan semua anak kapal supaya meniarap di lantai... seorang lagi suspek menunggu di dalam bot laju itu.

"Suspek kemudiannya menggeledah kapal nelayan itu, sebelum melarikan beg pakaian, telefon bimbit dan dompet milik beberapa anak kapal nelayan berkenaan," katanya dalam kenyataan diKota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kapal nelayan berkenaan telah keluar untuk menangkap ikan di perairan berkenaan pada kira-kira 4 petang semalam.

Abdul Rashid berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai penculikan itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.-Bernama

Biar orang lain rancang bajet 2017, kata Kadir kepada Najib

Posted: 11 Sep 2016 04:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin membidas cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan ekonomi negara dan percaya hanya dengan menukar kerajaan BN mampu memulihkan keadaan semula.

Mengulas sebuah artikel dalam The Star hari ini mengenai bagaimana pusat asuhan kanak-kanak bergelut untuk terus berdaya saing, Kadir berkata tindakan tergesa-gesa Najib melaksanakan dasar gaji minimum adalah satu malapetaka.

Katanya, kes taska itu mencerminkan bagaimana syarikat kecil tidak mampu gaji dan pengguna pula terbeban untuk membayar kos tambahan yang berpunca daripada tindakan tersebut.

"Dalam ketaksubannya dengan ekonomi berpendapatan tinggi, (Najib) menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara pada 1 Julai tahun ini walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

"Ini di sebalik mengetahui bahawa kebanyakan majikan tidak berupaya membayar kadar yang ditetapkan.

"Atas sebab ini sahaja, beliau tidak lagi layak untuk terus menjadi perdana menteri.

"Anggap ini sebagai maklum balas terhadap permintaannya untuk mendapatkan input awam bagi bajet 2017.

"Biar orang lain merancang bajet," kata Kadir secara sinis dalam satu catatan blog.

Najib, yang juga memegang jawatan menteri kewangan di sebalik kritikan akan membentangkan bajet 2017 pada sidang Parlimen akan datang.

Pas sambut baik cadangan Tun M

Posted: 11 Sep 2016 04:24 AM PDT

Idris Ahmad


SHAH ALAM - Pas sambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti pembangkang bersatu menumbangkan BN.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, bentuk kerjasama yang boleh dijalankan adalah perbincangan supaya hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada PRU14.

"Soal supaya bergabung itu, saya rasa pimpinan Pas tidak ada bincang. Kerjasama ini tidak semestinya bergabung, mungkin kerjasama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihan raya.

"Apa yang disuarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan sekarang dan ia selari dengan pendirian Pas," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Mahathir menyatakan sejak 59 tahun lalu, pembangkang tidak berjaya mengalahkan BN disebabkan kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan baik.

Beliau turut menyarankan Pas untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi menumbangkan BN.

Mengulas perkara tersebut, Idris berharap tidak ada pihak melabel Pas bersama BN hanya kerana parti itu tidak berada dalam satu gabungan pembangkang.

"Kita sebuah parti pembangkang dan kami kini berada dalam satu blok politik ketiga pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)," katanya.


'Pemimpin Umno sekarang tak boleh buka mulut'

Posted: 11 Sep 2016 04:18 AM PDT

Tun Mahathir Mohamad
Mahathir berucap pada program Jelajah Selamatkan Malaysia Bicara Rakyat Bersatu di Surau Hitam, Ampangan, di sini, malam tadi‎. - Foto Sinar Harian


SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Umno dan BN kini sudah menjadi 'parti Najib' dan bukannya parti untuk memperjuangkan rakyat.
"Pemimpin dan wakil rakyat Umno sekarang tak boleh buka mulut dan tak berani cakap benar.

"Sebab itu saya berpendapat singkir Najib sahaja tidak guna, kita kena singkir parti yang dia pimpin.

"Parti yang dia pimpin sekarang bukan parti yang ditubuh dahulu dengan tujuan untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi hari ini dengan tujuan Najib kekal sebagai Perdana Menteri," katanya dalam ucapan Jelajah Selamatkan Malaysia  Bicara Rakyat Bersatu di Surau Hitam, Ampangan, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, parti Bersatu akan memastikan Najib dan BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita kena singkir Umno dan Najib, biar dia belajar dan terus hanyut.

"Kita akan kalahkan Najib, jadi kita perlukan kekuatan. Kekuatan kita ialah apabila ramai ahli Bersatu, kita akan tolak Najib dan BN masa PRU nanti," katanya.

Mahathir turut meminta parti pembangkang termasuk Pas bekerjasama dengan Bersatu untuk mencapai matlamat itu.

Pada majlis itu, sebanyak 1,000 borang keahlian ahli baru parti Bersatu di negeri ini diserahkan kepada Mahathir selepas berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.


Darah naik 5 jam! Husni kongsi cerita .

Posted: 11 Sep 2016 04:15 AM PDT

Ahmad Husni
Ahmad Husni
 

PENGUNDURAN bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada Kabinet dan Umno menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Sebelum ini, Ahmad Husni pernah berkata hanya mahu tumpu tugasnya sebagai ahli parlimen tanpa mengulas lanjut tentang tindakan diambilnya. Sinar Harian berpeluang bertemu Ahli Parlimen Tambun itu mengenai perkembangan terbarunya dan sudi menceritakan detik-detik yang membawa beliau mengambil keputusan berundur.
 
Bila Datuk Seri lepaskan semua jawatan kerajaan dan parti, kecuali sebagai wakil rakyat, masih 
ramai yang tidak puas hati dengan kenyataan ringkas Datuk Seri. Boleh ulas sedikit apa yang mendorong kepada tindakan itu?

Saya ada terfikir untuk letakkan jawatan tahun lalu. Saya tetapkan pada Januari 2016 sebagai tarikh akhir dalam Kabinet. Saya telah bincang dengan setiausaha politik menyatakan rasa tidak serasi dengan pembawaan pimpinan. Bila tiba Januari, saya rasa tidak tergamak pula untuk meletakkan jawatan, saya terus berkhidmat. Kemudian, pada April lalu niat hendak meletak jawatan kembali dan semakin kuat. Pada awal April itu, saya membeli alat bacaan tekanan darah untuk isteri bila pulang dari pejabat. Tiba di rumah jam 7 malam, saya pasang pada tangan saya untuk tunjuk pada isteri cara hendak menggunakan alat tersebut. Tetapi, saya pula yang terkejut apabila bacaan tekanan darah saya begitu tinggi.

Saya pergi ke Damansara Specialist Hospital. Doktor memeriksa kesihatan saya dengan rapi. Pada jam 12 tengah malam, tekanan darah mula turun. Saya merasa pelik mengapa tekanan darah saya tinggi selama 5 jam (7 petang hingga 12 malam). Tak pernah berlaku dalam sejarah hidup saya. Doktor membenarkan saya pulang pada jam 2.30 pagi, memberi cuti 3 hari dan minta saya datang semula untuk rawatan lanjut pada hari Jumaat.

Pada hari Jumaat, alhamdulillah, pemeriksaan menunjukkan jantung, darah dan air kencing tiada masalah. Saya juga tiada penyakit darah tinggi. Kesihatan saya baik. Kata doktor tekanan darah tinggi berpunca dari stres, kurang tidur dan kurang rehat.
 
Apa yang Datuk Seri fikir selepas doktor beritahu tekanan darah tinggi itu berpunca daripada stres?
Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima  jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak? Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?

Pada hari Sabtu, saya terbang ke Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean. Tengah hari, saya tidak berapa sihat. Saya beritahu pegawai-pegawai, saya tidak mampu untuk hadir mesyuarat pada sebelah petang. Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata, "Semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?" Kata-kata itu membuka mata hati saya...harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega. 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya.
 
Setahu kami Datuk Seri seorang banker, kenapa Datuk Seri terlibat politik?

Setelah beberapa tahun bekerja di bank, saya bertukar kerjaya dan bekerja di anak syarikat sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1980-an. Di situ saya terdedah dengan tingkah laku sesetengah pemimpin yang menggunakan syarikat tersebut untuk mengumpul kekayaan. Atas penentangan ke atas amalan tersebut, saya laporkan kepada pucuk pimpinan. Tiada tindakan diambil, malah suatu hari seorang pegawai kanan agensi menelefon dan berkata kepada saya, "Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi imam? Mampus awak!" Mungkin beliau berseloroh, tetapi saya ambil kenyataan itu serius, lalu saya kembali semula bekerja di sektor perbankan.

Beberapa bulan kemudian isteri saya bersalin anak sulung. Saya berada di sisi isteri dan baru saya sedar betapa seksa melahirkan seorang anak. Tiba-tiba saya terbayang apa masa depan anak saya di bawah pimpinan seperti tadi? Selepas membaca azan dan iqamat, saya berjanji pada anak, "Bapak akan jaga kamu."  Sejak itu, saya menyertai politik.

Saya dididik oleh bapa yang bekerja di Jabatan Agama Islam. Beliau juga seorang imam dan mengajar al-Quran. Ibu membantu bapa mengajar anak-anak muridnya membaca al-Quran. Saya terdedah kepada pengajian ilmu Tauhid, Usuluddin, Fiqah dan Tasawuf. Pemahaman saya, seorang pemimpin mestilah bersikap lurus dan tegas. Keutamaan pemimpin adalah kebajikan rakyat. Berteraskan kejujuran, keikhlasan dan integriti, maka setiap sen mestilah dibelanjakan untuk rakyat.

Dalam ucapan saya di Parlimen pada 15 Februari 2000, saya menekankan, "Kita hendaklah melahirkan individu yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan negara dan masyarakat pelbagai kaum."
 
Kontroversi 1MDB sedikit sebanyak terpalit kepada Datuk Seri yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan ke II. Apa komen Datuk Seri?

Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009. Saya tidak dirujuk walaupun saya Menteri Kewangan II. Bila saya dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB? Pada faham saya, penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Saya tidak dilibatkan dalam urusan 1MDB sehinggalah pada tahun 2015. Pada awal tahun 2015 saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif. Dengan izin ALLAH SWT, dengan bantuan SUSK, kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB, namun saya tidak terlibat dalam perlaksanaan Pelan Rasionalisasi tersebut.

Saya berharap masalah 1MDB akan selesai. Saya berdoa agar setiap discrepancies dalam 1MDB dapat diatasi. Kita semua faham sebarang perkembangan negatif boleh menjejaskan rating negara yang akan membawa kepada kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat.  Begitu juga dengan SRC, saya berharap akan diselesaikan segera. Dalam konteks kewangan kerajaan, uruslah secara berhemah. Pemberian tender hendaklah secara telus. Projek PPP mestilah dikaji mendalam dari konteks value for money. Kerajaan hendaklah menyediakan unjuran kewangan jangka panjang melihat akan kemampuan kerajaan membayar hutang dari projek PPP. Kita mesti ingat Hasil Pendapatan Negara pada masa depan tidak semewah seperti pada masa lalu.
 
Mengapa tiba-tiba Datuk Seri mengambil keputusan meletakkan semua jawatan?

Seminggu sebelum saya berundur dari Kabinet iaitu pada 21 Jun 2016, saya ke Jeddah bagi menghadiri mesyuarat bilateral dengan Presiden Islamic Development Bank (IDB). Sesampai saya ke hotel di Jeddah pada Isnin, jam 8.30 malam, seorang hamba ALLAH menemui saya untuk membawa saya mengerjakan umrah. Kami sampai di Makkah pada jam 2 pagi. Saya diperkenalkan kepada polis Masjidil Haram.
Dengan bantuan polis Masjidil Haram saya selesai tawaf dalam waktu yang singkat. Selama setengah jam, walaupun di tengah-tengah ribuan orang yang melaksanakan tawaf semacam musim Haji. Ini kelaziman dalam bulan Ramadan.

Di situ saya menunaikan solat sunat. Kemudian dibawa ke Hajar Aswad, saya menciumnya. Keseluruhan umrah selesai dalam 1 jam 10 minit. Setiba di bilik Hotel di Jeddah, saya duduk berfikir. Mengalir air mata mengenangkan diri saya seorang yang kerdil dalam kalangan 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, bagaimana saya boleh menjadi tetamu yang istimewa di Makkah? Kekuatan kerohanian saya bertambah kukuh. Tiba-tiba terfikir apakah saya masih patut duduk dalam Kabinet?

Niat untuk berundur telah bermain dalam fikiran sejak beberapa bulan. Akhirnya, saya memutuskan untuk terus berkhidmat sehingga PRU ke-14 dan Kementerian Kewangan sebagai kementerian terakhir sebelum saya berundur dari Kabinet. Saya berfikir saya harus membantu YAB Perdana Menteri, saya harus hadapi semua risiko yang berkait dengan 1MDB dan SRC.

Saya sedar bukan mudah duduk di Kementerian Kewangan. Kadangkala, ada individu-individu yang menghentam saya kerana tidak meluluskan permohonan tender secara rundingan terus dan tender terhad. Saya berpendirian tugas yang saya pikul adalah suatu amanah dari kerajaan dan Ilahi. Amanah ini harus saya pikul

berprinsipkan good governance. Saya berpegang kepada pendirian bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menjaga negara dan kepentingan rakyat.Selepas balik dari Jeddah, saya hadir satu mesyuarat. Mesyuarat ini diadakan 4 hari sebelum saya berundur dari Kabinet.Dalam mesyuarat itu, saya membangkitkan kebimbangan atas kejatuhan ranking negara dalam laporan rasuah Transparency International. Saya menyatakan sistem tender kita mestilah lebih telus. Saya dihentam. Peristiwa ini menyedarkan saya betapa di dunia ini terdapat elemen hipokrit. Saya menjangkakan konklusi mesyuarat tentulah saya diminta untuk menyediakan laporan dan cadangan yang lebih lengkap.

Yang akhirnya, pada pagi Isnin, 27 Jun lalu, semasa di pejabat, saya terkejut membaca sebuah akhbar bahawa saya akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan Kabinet yang akan dilakukan pada hari itu. Saya tidak dimaklumkan lebih awal?

Nasib baik pada jam 11.30 pagi ada mesyuarat Majlis Ekonomi. Selepas mesyuarat pada jam 1.15 tengah hari, saya bertanya PM adakah benar beliau akan menukar saya ke kementerian lain seperti dilaporkan akhbar berkenaan?

PM menyatakan saya akan ditukar ke kementerian lain. Perbincangan itu mengambil masa dalam 2 minit. Saya mohon untuk berundur dari Kabinet.

Mengapa? Pertama, saya telah tanamkan dalam hati sejak umrah seminggu lalu, Kementerian Kewangan adalah kementerian terakhir sebelum saya bersara dari Kabinet. Kedua, saya tidak mampu menjadi pemimpin efektif berkhidmat di kementerian lain dalam tempoh 1 1/2 tahun sehingga PRU14. Selaras dengan itu, saya mengundurkan diri dari Kabinet dan oleh kerana saya merasakan tidak sesuai lagi memegang jawatan dalam parti, saya meletakkan semua jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, saya masih Ahli Parlimen Tambun. Bagi jawatan ahli parlimen, saya dipilih rakyat, saya harus memegang amanah itu dan sanggup berkorban untuknya.

Setelah semuanya berlalu, apa harapan Datuk Seri?

Kita mesti melihat ke hadapan. Akhirnya masa hadapan kita ditentukan oleh ALLAH SWT. Sebagai ahli parlimen, saya akan tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Atas kedudukan sebagai Ahli Perundangan (Legislator), saya sedang membuat persiapan, apakah soalan-soalan dan ucapan-ucapan untuk menghadapi persidangan parlimen pada Oktober ini.

Saya masih memegang jawatan Presiden Asian Forum For Parliamentarian On Population And Development (AFPPD), Malaysia dan Timbalan Presiden Inter- Parliamentary Union, Malaysia. Saya telah bincang dengan pegawai-pegawai Parlimen untuk mengaktifkan peranan AFPPD.

Sekarang saya kerap memberi ucapan kepada pelbagai golongan, termasuk golongan muda, intelektual dan profesional.

Pada 26 Ogos yang lalu, saya diundang dan menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan Australian National University di Canberra, Australia. Saya berucap di bawah tajuk 'Malaysia...A Political Journey'.
Saya dapati di Australia juga, isu 1MDB begitu panas dibincangkan. Semasa naik teksi pun, pemandu teksi turut bertanya isu 1MDB.

Di Parlimen nanti, saya akan menyuarakan prinsip good governance yang harus menjadi asas kepada pemerintah untuk membawa kesejahteraan kepada masa depan negara dan rakyat. Kerajaan hendaklah bersih, cekap dan amanah berpegang kepada prinsip digniti dan integriti supaya rakyat boleh berpaut demi masa depan mereka. Alangkah indahnya dunia jika semua ini terjadi?

 Saya petik semula ucapan saya di Parlimen pada tahun 2000, pemimpin mestilah mempunyai 'sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan negara dan masyarakat pelbagai kaum.' Setiap sen dibelanjakan mestilah ke arah membina kesejahteraan serta kematangan negara dan rakyat. Jauhi kepentingan diri demi cintakan agama, negara dan rakyat.