Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya

Posted: 10 Sep 2016 09:35 PM PDT

Amanah pemilik supaya jadi pusat aktiviti Amanah
Pejabat Dun Salor yang kini bertukar daripada pusat khidmat Adun Pas kepada pusat aduan rakyat Amanah adalah kerana pemilik premis berkenaan memberi amanah kepada Datuk Husam Musa untuk berbuat demikian.
"Dulu pemilik tempat ini memberi amanah kepada saya untuk menjalankan aktiviti Pas tapi sekarang telah menukar amanah itu supaya saya jadikan pusat aktiviti Parti Amanah Negara (amanah)," kata Adun Salor itu dalam ucapan di majlis memperingati hari Wukuf anjuran Amanah negeri Kelantan pagi ini.

Muhyiddin sokong pembebasan Anwar, jadi agenda perjuangan

Posted: 10 Sep 2016 09:03 PM PDT

Muhyiddin berkata, jika persetujuan dapat dicapai untuk menjadikan pembebasan Anwar sebagai pra syarat, maka tidak sukar untuk pembangkang membentuk kerajaan bersama.
muhyiddin-anwar
PETALING JAYA: Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berikrar menjadikan ia agenda perjuangannya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau tidak melihat ada kebarangkalian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membebaskan bekas ketua pembangkang itu.
"Saya rasa amat kasihan apa yang ditanggung Anwar. Sama ada betul atau tidak betul, terserah kepada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam penjara.
"Ada yang tanya saya boleh ke bebaskan Anwar? Saya lihat slogan 'Bebas rakyat bebas Anwar' dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya, maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak," katanya yang dipetik portal berita pro-Amanah, Malaysia Dateline pada Program Jelajah Selamatkan Malaysia di Jelebu, semalam.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Pagoh itu menyeru rakyat memberi mandat kepada PPBM serta pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan masalah dihadapi negara melalui pembentukan sebuah kerajaan beramanah dan bertanggungjawab.
"Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan. Saya tidak akan balik semula kepada Umno, kerana Umno dikaitkan kini dengan budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini…buat rakyat takut.
"Kita perlu wujudkan barisan 'people front', rakyat perlu berada di barisan hadapan, selain semua parti politik pembangkang ke arah wujudkan barisan kukuh dan bersetuju bertanding satu lawan satu," katanya sambil menambah, PPBM perlu berbincang dengan parti pembangkang lain untuk mencari satu manifesto bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Tanda Umno Johor sudah mula goyah

Posted: 10 Sep 2016 08:47 PM PDT

Tanda Umno Johor sudah mula goyah
Status dimuat naik Jimmy di profil Facebook miliknya.
JOHOR BAHRU - Tindakan dua veteran Umno Johor keluar parti adalah satu tamparan besar kepada Umno negeri ini.
Ia jelas menunjukkan ramai di antara ahli Umno sekarang sebenarnya tidak yakin lagi dengan parti itu di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi Keadilan Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, beliau menyambut baik berita berkenaan.
"Saya percaya dua kes ini, bukan kes bersendirian dan dijangka lebih ramai pemimpin Umno keluar parti serta berhijrah ke parti lain, untuk meneruskan perjuangan politik mereka pada masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, dua ahli veteran Umno Johor yang merupakan bekas wakil rakyat negeri ini, iaitu Datuk Baharom Abdul Ghani dan Tosrin Jarvanthi mengambil keputusan keluar parti.
Baharom adalah pengasas Umno Bahagian Gelang Patah, manakala Tosrin pula adalah bekas Ketua Umno Bahagian Senai.
Jimmy berkata, beliau percaya, terdapat juga segolongan besar ahli Umno yang mungkin tidak keluar parti tetapi akan menolak parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Silent majority ini akan menjadi penentu dalam PRU14. Umno Johor yang sekian lama dikatakan kubu Umno kini nampaknya sudah mula goyang.
"Dengan krisis kepimpinan dan kemunculan skandal kewangan yang tidak dapat dijelaskan oleh pimpinan Umno sendiri, ramai ahli dalam Umno sudah mula sedar bahawa masa hadapan negara dan generasi muda hanya dapat diselamatkan sekiranya Umno tumbang," katanya.
Tambahnya, pada PRU13, pembangkang telah berjaya memenangi lima kerusi Parlimen serta 18 kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor dan ia satu prestasi yang tidak pernah berlaku di arena politik Johor.
"Dengan berita terkejut hari ini, kemungkinan besar landskap politik Johor bakal berubah sekali lagi," katanya.

JAWAPAN KEPADA IBRAHIM ALI BERKAITAN HALA TUJU PPBM

Posted: 10 Sep 2016 08:36 PM PDT

Apa masalah dengan ibrahim Ali ini? Dia hebat sangatkah? Nak jelaskan apa lagi mengenai halatuju parti BERSATU?

Pada bulan lepas YB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah panggil satu sidang akhbar di rumah Alumni Universiti Malaya untuk terangkan mengenai hala tuju parti BERSATU. Saya tak tahulah sama ada Ibrahim Ali ini hadir atau tidak untuk mendengarnya?

Saya bercakap ini atas kapasiti peribadi!! Kenapa tiba-tiba Ibrahim Ali nak tanya mengenai hala-tuju parti BERSATU khususnya selepas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berjumpa dengan Dato Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta pada 5 September 2016.

Apa yang Ibrahim Ali tak puas hati sangat? Apa sebenarnya yang dia nak tahu?

Saya ingin ingatkan Ibrahim Ali jangan terlalu emosional!! Dia ni kadang-kala manusia ego!! Apa dia ingat dia seorang saja ke yang pandai dalam politik?!

Kalau Ibrahim Ali ini pandai, hebat serta pertubuhan Perkasanya itu kuat; sudah pastilah dia tak boleh tewas di dalam pilihanraya umum ke 13 yang lepas!! Apabila Ibrahim Ali tewas di Parlimen Pasir Mas di tangan YB Nik Abduh Nik Aziz, ini membawa erti dia tak kuat macam mana pun!!

Beberapa kali saya jemput beliau menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir tak pernah hadir pun!!

Cakap beliau pandai!! Orang semua tak kena!! Ibrahim Ali ini ingat dia hebat sangatkah?!

Kalau mesyuarat tak mahu hadir janganlah nak desak YABhg Tun Dr Mahathir untuk terangkan hala-tuju parti Bersatu!!  Ibrahim Ali ini ingat dia besar sangatkah?

Untuk pengetahuan Ibrahim Ali, perjumpaan dan salaman di antara YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu perkara yang dituntut oleh agama islam!! Kaji ajaran agama islam itu betul-betul dan tolong jangan pertikaikannya!!

Read More / Baca Lagi >>

‘Umno boleh bongkak kerana kita menang, MCA parti kecil’

Posted: 10 Sep 2016 08:33 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung daripada menjadi seperti MCA, yang mempunyai bilangan kerusi yang kecil di parlimen.
Menurut Nazri, kejayaan MCA memenangi tujuh kerusi parlimen pada pilihan raya lalu adalah kerana undi penyokong jaguh kampung Umno, dan mencadangkan kepada parti Cina itu supaya meninggalkan BN untuk membuktikan mereka mampu menang tanpa parti Melayu itu.
Beliau berkata demikian merujuk kepada desakan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker supaya Umno tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.
Menurut Ti, taktik politik kampung seumpama itu menghakis sokongan pengundi luar bandar di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.
"Cakap pada dia (Ti), kalau tujuh MP jangan cakap besar, dia dapat tujuh itu pun sebab banyak bergantung pada penyokong jaguh Melayu Umno ni. Yang menyokong dia semua tu semua jaguh kampung.
"Pada saya lebih baik jadi jaguh kampung menang 88 kerusi daripada macam MCA. Dia jangan kampung pun tidak, jaguh bandar pun tidak sebab Cina sendiri tak sokong dia," kata Nazri kepada Malaysiakini.
Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha oleh MCA supaya menguji kekuatannya di luar BN.
"Saya nasihatkan dia kalau kuat sangat, keluar BN dan bertanding sendiri kita nak tengok, jangan cakap besar.
"Keluar BN bila bertanding dapat kerusi Cina banyak baru mari jumpa kita balik. Kalau tidak jangan cakap banyak, duduk diam saja,"
Beliau berkata Umno dan MCA boleh duduk di meja rundingan jika parti Cina itu mampu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi.
Nazri juga berkata Ti tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana beliau hanya mewakili "parti kecil".
Read More / Baca Lagi >>

Projek M101 Skywheel: Jangan sampai Melayu kena halau, kata penduduk

Posted: 10 Sep 2016 07:43 PM PDT

Sebahagian besar penduduk Kampung Baru di ibu negara tidak bersetuju dengan pembangunan pencakar langit M101 Skywheel didirikan di satu-satunya perkampungan Melayu di Kuala Lumpur tetapi mengakui mereka terpaksa akur dan tidak mampu melakukan apa-apa.
Malah, rata-rata penduduk Kampung Baru ketika ditemui Malaysiakini turut tidak mengetahui tentang projek menara setinggi 52 tingkat itu kerana tidak dimaklumkan tentang pembangunan berkenaan.
Bagi Ibrahim Alias yang telah mendiami kampung itu sejak kecil melahirkan rasa kecewa kerana penduduk sekitar tidak dimaklumkan tentang pembangunan itu.
Ibrahim, 61, berkata, pemaju dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya memaklumkan tentang projek mega tersebut kerana ia dibina di kampung Melayu berkenaan.
"Apa kita nak buat? Kita tak ada pilihan. Kita tak boleh nak harap apa-apa. Kita tak tahu. Banyak (penduduk kampung) tak tahu. Inilah masalah dengan kita punya bangsa, tak ada risalah. Tak diberitahu.
"Beritahulah sebab kita penduduk tempatan. Orang kafir pun tak buat perangai macam tu. Sepatutnya beritahulah kita. Kita tak tahu, notis tak ada tiba-tiba ada roda Ferris kat atas (bangunan)," katanya.
Bagi Hafiz Mohamad, 25, walaupun masih muda namun dia mengharapkan agar keaslian kampung Melayu itu tidak terhakis meskipun pelbagai pembangunan dilakukan.
Menjadi generasi ketiga yang tinggal di Kampung Baru, Hafiz turut melahirkan rasa sedih dengan pelbagai projek yang sedang dibangunkan di kawasan berkenaan.
"Bila dah naik bangunan orang luar yang duduk. Sekarang ini di Kampung Baru pun ramai orang luar. Jadi, keaslian tu dah tak ada. Bila naik bangunan hilang keaslian Melayu, tak ada identiti Melayu. Memang sedihlah.
"Sekarang dah generasi lain, banyak pentingkan duit. Ada yang jual tanah. Cuma yang (orang) lama yang masih tegakkan lagi kawasan ini," kata Hafiz.
Turut berkongsi pendapat sama ialah seorang lagi penduduk yang telah menjalankan perniagaan di Kampung Baru selama lebih 40 tahun, Azman Abd Aziz.
Menurut Azman, 59, dia tidak menghalang sebarang pembangunan di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, selaku penduduk tempatan dia mengharapkan orang Melayu tidak dipinggirkan memandangkan Kampung Baru satu-satunya kampung Melayu di kawasan bandar.
"Kita bukan nak bangkang pembangunan tapi jangan pinggirkan orang Melayu. Sedih, sebab kampung Melayu buatlah seperti kampung warisan.
"Jangan kejar pembangunan dan pinggirkan orang Melayu," kata Azman.
Read More / Baca Lagi >>

Agamawan ‘jadong’ masih kuasai institusi agama Malaysia

Posted: 10 Sep 2016 07:27 PM PDT

Syed Farid meminta agamawan Malaysia membuat kajian atau bertanya kepada pakar terlebih dahulu, jika tidak memahami sesuatu perkara, bagi mengelakkan mereka membuat kenyataan bodoh.
Dr-Syed-Farid-Alatas
KUALA LUMPUR: Ahli akademik, Prof Syed Farid Alatas kecewa kerana institusi agama di Malaysia masih didominasi agamawan 'jadong' yang sering membuat kenyataan bodoh.
'Jadong' adalah singkatan kepada 'jahat, bodoh dan sombong' yang dicipta bapanya yang juga ahli akademik dan sosiologi ternama, Prof Datuk Syed Hussein Alatas.
Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura itu memberi contoh pandangan agamawan mendakwa wanita tidak menutup aurat lebih berisiko dirogol yang turut menjadi tema khutbah solat Jumaat tahun lalu.
"Kajian menunjukkan rogol bukan disebabkan nafsu seksual, tetapi soal kuasa. Semua perempuan, sama ada tutup aurat atau tidak, berisiko menjadi mangsa. Perogol mahu meletakkan kekuasaan mereka terhadap sasaran.
"Ulama maknanya orang yang berilmu. Jika tiada kepakaran mengenai sesuatu perkara, buat kajian atau tanya pakar. Jika tidak, anda adalah apa yang bapa saya sifatkan sebagai 'jadong' – jahat, bodoh, sombong," katanya ketika menyampaikan syarahan pada 'Seminar Islam tanpa Sektarianisme' anjuran Islamic Renaissance Front (IRF), semalam.
Beliau berkata, negara lain juga berdepan perkara sama dan memetik pandangan 'menggemparkan' ahli akademik Mesir, Dr Izzat Atiya pada 2007 yang berkata, pekerja lelaki boleh menjadi 'anak susuan' rakan sekerja wanita untuk menyelesaikan isu bukan muhrim terpaksa berdua-duaan ketika bekerja.
"Tetapi, beliau tidak mempunyai sebarang kedudukan autoriti di Mesir. Di Malaysia, agamawan seumpama inilah yang mendominasi institusi agama.
"Baru-baru ini, timbul pula idea meruntuhkan tugu. Kita juga bersalah, tanya soalan bodoh dan kita akan mendapat jawapan bodoh," katanya yang turut mengkritik sebahagian golongan akademik masih berpegang kepada pandangan mazhab Syiah berasal daripada Abdullah bin Saba'.
Beliau berpendapat, Abdullah adalah mitos yang sehingga kini dianggap majoriti golongan Sunni sebagai punca wujudnya mazhab Syiah.
Abdullah dikatakan adalah orang Yahudi yang memeluk Islam ketika pemerintahan Saidina Ali Abi Talib dan mewujudkan mazhab Syiah untuk memecahbelahkan umat Islam ketika itu.
Menurut Farid, sejarawan Sunni, Syiah dan Barat mempunyai pandangan berbeza mengenai Abdullah, malah ada yang menganggapnya rekaan sejarahwan kurun ke-8, Sayf Ibn Umar.
Read More / Baca Lagi >>

'Pemimpin Umno sekarang tak boleh buka mulut'

Posted: 10 Sep 2016 07:25 PM PDT

Tun Mahathir Mohamad
Mahathir berucap pada program Jelajah Selamatkan Malaysia Bicara Rakyat Bersatu di Surau Hitam, Ampangan, di sini, malam tadi‎.
SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Umno dan BN kini sudah menjadi 'parti Najib' dan bukannya parti untuk memperjuangkan rakyat.
"Pemimpin dan wakil rakyat Umno sekarang tak boleh buka mulut dan tak berani cakap benar.
"Sebab itu saya berpendapat singkir Najib sahaja tidak guna, kita kena singkir parti yang dia pimpin.
"Parti yang dia pimpin sekarang bukan parti yang ditubuh dahulu dengan tujuan untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi hari ini dengan tujuan Najib kekal sebagai Perdana Menteri," katanya dalam ucapan Jelajah Selamatkan Malaysia  Bicara Rakyat Bersatu di Surau Hitam, Ampangan, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, parti Bersatu akan memastikan Najib dan BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kita kena singkir Umno dan Najib, biar dia belajar dan terus hanyut.
"Kita akan kalahkan Najib, jadi kita perlukan kekuatan. Kekuatan kita ialah apabila ramai ahli Bersatu, kita akan tolak Najib dan BN masa PRU nanti," katanya.
Mahathir turut meminta parti pembangkang termasuk Pas bekerjasama dengan Bersatu untuk mencapai matlamat itu.
Pada majlis itu, sebanyak 1,000 borang keahlian ahli baru parti Bersatu di negeri ini diserahkan kepada Mahathir selepas berucap di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.

Mukhriz mahu lihat kerjasama dengan Anwar di peringkat parti

Posted: 10 Sep 2016 07:24 PM PDT

Mukhriz berkata, kerjasama itu memerlukan sokongan Anwar dan PKR untuk menjadi realiti.
mukhriz-anwar
PUCHONG: Naib Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysi (PPBM) yang baru ditubuhkan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu melihat kerjasama secara rasmi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat parti.
"Kami berharap ia akan menjadi kerjasama rasmi di peringkat parti dengan parti.
"Adalah penting untuk mendapat sokongan Anwar (untuk tujuan ini), khasnya komitmen daripada PKR sendiri," katanya selepas menghadiri sebuah ceramah, semalam.
Bekas menteri besar Kedah itu mengulas tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan orang ramai.
Isnin lalu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu membuat penampilan mengejut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri pendengaran permohonanan Anwar mencabar penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut bekas perdana menteri itu, pertemuan mereka sekadar membincangkan Akta MKN.
Mukhriz berkata, ketika ini, kerjasama Dr Mahathir dan Anwar hanya untuk Akta MKN semata-mata.
"Daripada pemahaman saya, Tun (Mahathir) memberi input mengenai apa yang harus dimasukkan dalam afidavit Anwar yang merupakan beberapa perkara difikirkannya dapat membantu kes itu," katanya.
Mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan Mac tahun depan, adun Ayer Hitam itu berkata, tidak kira apa yang berlaku, parti pembangkang perlu bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz jangka beberapa pemimpin Umno Kedah akan keluar parti

Posted: 10 Sep 2016 07:16 PM PDT

Mukhriz berkata, ramai pemimpin bahagian menyuarakan mereka tidak puas hati dengan Umno.
mukhriz-umn
PUCHONG: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjangkakan beberapa pemimpin Umno akan mengikut jejak Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah di Johor mengumumkan keluar parti pada mesyuarat perwakilan Umno negeri akan datang.
Adun Ayer Hitam itu mendakwa, ramai pemimpin Umno bahagian mendekatinya dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti itu.
"Ada beberapa orang yang memegang jawatan penting dalam Umno bahagian memberitahu saya secara peribadi mereka tidak tahan lagi dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan parti secara serius.
"Jadi, kita mungkin melihat pengumuman sedemikian diambil beberapa pemimpin itu," kata naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu selepas menghadiri sebuah ceramah, semalam.
Pengasas Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani tiba-tiba mengumumkan keluar parti ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian itu, pagi semalam.
Bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas exco Johor itu mendakwa sebahagian besar kepimpinan Umno yang ada sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis dihadapi Umno.
Tindakannya itu disusuli Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanti yang juga pegawai khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut mengumumkan keluar parti semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Menggalakkan rakyat berhutang bukan penyelesaian masalah perumahan

Posted: 10 Sep 2016 05:21 PM PDT

Masalah perumahan sukar diselesaiMasalah perumahan sukar diselesai
Beberapa hari lepas Dato' Seri Noh Omar, Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar mengumumkan keputusan Kerajaan Persekutuan meluluskan lesen memberi pinjaman perumahan kepada pemaju-pemaju besar seperti Kumpulan Sunway, EcoWorld, Mah Sing dan Glomac. Menurut beliau, ini akan membantu rakyat untuk memiliki rumah kerana mereka sekarang mempunyai alternatif selain pinjaman dari sektor perbankan. Beliau juga mengumumkan rakyat boleh meminjam ke tahap 100% harga rumah pada kadar bunga antara 12% hingga 18%.
Pengumuman beliau adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana seolah-olah menunjukkan beliau bukan sahaja tidak memahami ajaran Islam, bahkan juga tidak memahami bidang ekonomi dan kewangan. Di samping itu ia menunjukkan beliau juga tidak membaca laporan yang dikeluarkan oleh satu organisasi milik kerajaan sendiri yang disegani iaitu Khazanah Research institute (KRI). Ini kerana laporan KRI yang baru saja dikeluarkan memberi amaran bahawa hutang isi rumah sebanyak hampir 90% dari KNK negara adalah pada tahap membimbangkan.
Komponen terbesar dari hutang isi rumah pula ialah hutang perumahan iaitu lebih dari 40%. Oleh sebab itulah Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan beberapa peraturan untuk mengawal pertumbuhan hutang dalam komponen ini.
BNM berbuat demikian kerana menyedari risiko kepada ekonomi negara jika komponen hutang ini terlampau besar. Risiko ini ialah dalam bentuk wujudnya suasana `balon hartanah' (property bubble) yang besar yang akan disusuli dengan kemelesetan ekonomi yang teruk apabila `balon hartanah' ini pecah dan harga jatuh mendadak. Ini kerana ramai peminjam akan menghadapi suasana di mana nilai pasaran hartanah mereka adalah lebih rendah dari jumlah hutang perumahan mereka. Apabila ekonomi meleset, ramai dari kalangan rakyat mungkin akan kehilangan kerja atau gaji mereka dipotong. Tetapi mereka tidak akan dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan menjual rumah mereka dan ini akan membuat mereka tersepit.
Sebenarnya perkara ini bukan sesuatu yang baru. Ia telah berulang kali berlaku di negara kita dan juga di negara lain. Contoh yang paling baik ialah kes `Subprime crisis' di Amerika Syarikat pada tahun 2008 dan juga kes `Market Crash' di Jepun pada tahun 1989. Ia juga telah berlaku di Sepanyol pada tahun 2013.
Sekarang ini di merata dunia, jumlah hutang rumah masih tinggi kerana sektor perbankan di serata dunia menggalakkan rakyat berhutang. Berikut adalah sedutan dari laporan dari sebuah organisasi perundingan terkenal McKinsey:
"In many others, household debt-to-income ratios have continued to rise. They exceed the peak levels in the crisis countries before 2008 in some cases, including such advanced economies as Australia, Canada, Denmark, Sweden, and the Netherlands, as well as Malaysia, South Korea, and Thailand. These countries want to avoid property-related debt crises like those of 2008. To manage high levels of household debt safely, they need more flexible mortgage contracts, clearer personal-bankruptcy rules, and tighter lending standards and macroprudential rules."
Sumber: http://www.mckinsey.com/global-themes/employment-and-growth/debt-and-not-much-deleveraging
(terjemahan: Di banyak negara lain, nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatn masih terus meningkat. Ianya telah melebihi tahap semasa krisis berlaku dinegara yang tgerlibat sebelum 2008 dan dalam beberapa kes ia termasuk negara berekonimi maju seperti Australia, Kanada, Denmark, Sweden dan Belanda, dan juga Malaysia, Korea Selatan dan Thailand. Negara-negara diatas sepatutnya berusaha mengelak dari krisis yang berkait dengan sektor hartanah seperti yang berlaku pada tahun 2008. Untuk mengurus tahap hutang rumah yang tinggi dengan selamat, mereka perlukan kontrak hutang perumahan yang lebih anjal, peraturan berkenaan isu muflis yang lebih jelas, dan piawaian hutang yang lebih ketat dan peraturan hutang yang lebih berhemah)
Read More / Baca Lagi >>

'Ini punca BN kecundang PRU12, PRU13...'

Posted: 10 Sep 2016 05:18 PM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau dan pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat Parlimen Balik Pulau di Kolej Politeknik hari ini
KEPALA BATAS - Kekalahan BN di negeri tertentu dalam PRU12 dan PRU13 berpunca daripada ketidakseragaman parti-parti komponennya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno‎ berkata adalah penting bagi pemimpin dan ahli Umno serta parti-parti komponen BN untuk bertindak seragam daripada sudut kerohanian dan pemikiran bagi memastikan BN terus jitu dan kuat.
Menurutnya kemenangan pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukan kerana mereka kuat tetapi adanya 'orang dalam' yang turut menyumbang kepada kemenangan itu.
"Mengapa kita kecundang dalam PRU12 dan PRU13 adalah kerana ketidakseragaman. Ini kerana, ada individu yang ada agenda sendiri, pemimpin yang ada agenda individualistik yang melemahkan kekuatan kita.
"Mulai tahun ini, apabila Perhimpunan Agung Umno dan Konvensyen BN diadakan kita (perlu) bangkit, kita bangun, kita bawa keseragaman, kesatuan pemikiran serta kesatuan tindakan harus diseragamkan di seluruh negara untuk mencemerlangkan Umno dan BN," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata setiap teguran yang dibuat terhadap parti-parti komponen BN adalah demi kebaikan semua dan bukannya untuk menyinggung pihak tertentu kerana setiap parti komponen merupakan tulang belakang BN.
"Benar, Umno kini kembali bangkit. Dalam keadaan ini, Umno ikhlas untuk membantu rakan-rakan kita dalam BN yang diuji untuk (sama-sama) bangkit," katanya.

Tun M azam jatuhkan Umno, BN bukan Najib sahaja sekarang

Posted: 10 Sep 2016 05:11 PM PDT

Dr Mahathir berucap di Negeri Sembilan malam tadi di depan ribuan rakyat termasuk pengerusi Amanah negeri dan PKR.Dr Mahathir berucap di Negeri Sembilan malam tadi di depan ribuan rakyat termasuk pengerusi Amanah negeri dan PKR.
  
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berazam akan menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang, bukan sekadar Datuk Seri Najib Razak sahaja, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Tun Mahathir berkata hasratnya menubuhkan PPBM bukan semata-mata kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tetapi kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga.
 
"Saya berusaha untuk jatuhkan Umno dan kerajaan BN," tegas Tun Mahathir di depan pemimpin Amanah, PKR dan orang ramai yang penuh sesak di hadapan beliau.
 
"Dulu saya keluar Umno saya tak fikir nak tubuh parti. Tapi kali ini saya cuba adakan parti lain yang berhasrat lawan Umno dan BN
 
"Sebabnya perbuatan pemimpin Umno hari ini, ketua bahagian, wakil rakyat  mereka lakukan jenayah besar sukar bagi kita fahami.
 
"Saya nak singkir manusia ini, nak singkir Najib.
 
"Tapi kalau singkir Najib saja tak guna tanpa parti yang dia pimpin," kata Tun Mahathir.
 
Dulu, katanya, Umno untuk bangsa dan tanah air tetapi hari ini berjuang untuk Najib itu. 
 
"Ia tak masuk dalam perlembagaan. Saya tengok balik perlembagaan baca lima kali takda pula sebut pertahankan Najib," kata Tun Mahathir sinis.
 
Untuk menang, katanya, semua pihak perlu bersatu dan keluar dari Umno.
 
"Kita akan kalahkan Najib dengan parti pribumi bersatu untuk ini kita perlukan kekuatan.
 
"Kekuatan rakyat mestilah dengan segera jadi ahli parti pribumi bersatu ...alhamdulillah malam ini saya terima 1000 permohonan dan kita harap rakyat Negeri Sembilan tolak Umno dan BN," ujar bekas perdana menteri ini.
 
Kata beliau dalam usaha ini jika sekalipun perdana menteri tidak turun, beliau berkata PPBM dan pakatan pembangkang akan tunggu pilihan raya akan datang.
 
Read More / Baca Lagi >>

Muhyidin titis air mata lihat pertama kali bendera PPBM berpijak di bumi

Posted: 10 Sep 2016 05:09 PM PDT

Muhyidin menitiskan air mata ketika melihat buat pertama kali benderanya berpijak di bumi malam tadi.Muhyidin menitiskan air mata ketika melihat buat pertama kali benderanya berpijak di bumi malam tadi.

"Buat pertama kali saya melihat bendera saya berpijak di bumi Malaysia, buat pertama kali juga di Negeri Sembilan," kata Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malam tadi adalah majlis pertama selepas PPBM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Saya rasa nak menitis air mata berkibarnya bendera parti pribumi di Jelebu petang tadi dan Ampangan malam ini."
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika melihat bendera parti barunya berkibar malam tadi.
Beliau bercakap demikian pada 3,000 penyokong dalam Program jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan malam tadi.
Pada 9 September lalu PPBM telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
BEBANAN RAKYAT
Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.Dalam majlis malam tadi, Muhyidin menekankan isu utama sekarang adalah kenaikan bebanan rakyat.
Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan daripada penyelidikan yang dilakukan oleh empat orang profesor untuk mengkaji beban sara hidup rakyat.
"Daripada perbandingan yang dibuat empat orang profesor itu, dapatan mereka pada tahun 2012 dalam tempoh 4 tahun ini (2016) kenaikan kos tiga kali ganda iaitu 209 peratus beban dalam setiap perkara yang dibangkitkan rakyat selama ini.
"Tidak ramai fikir soal 1MDB sekarang ini. Pandangan saya apa yang ditanggung adalah kesusahan dan penderitaan yang dihadapi sebahagian besar rakyat hari ini.
"Dari laporan itu jelas terbukti situasi negara begitu cukup membimbangkan, " ujarnya.
Katanya lagi kerajaan BN gagal selesaikan masalah kehidupan rakyat.
Kesusahan yang sedang ditanggung rakyat kerana pendapatan tidak memadai menampung hidup rakyat.
"Ini bukan cerita omongan kosong. Rakyat sekarang melakukan dua kerja seperti Ahmad Maslan cakap.
"Sebab itu saya tidak percaya lagi pemimpin Umno lebih-lebih lagi Najib Razak," ujarnya.
Malam tadi juga Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menerima 1,000 borang keahlian PBBM.
Dimaklumkan juga 30 cawangan parti itu akan di buka di Negeri Sembilan.

Muhyidin setuju bebaskan Anwar jadi agenda bersama

Posted: 10 Sep 2016 05:08 PM PDT

Muhyidin menyerahkan sumbangan beras kepada salah seorang asnaf di kampung Geylang, Jelebu petang semalam.Muhyidin menyerahkan sumbangan beras kepada salah seorang asnaf di kampung Geylang, Jelebu petang semalam.
Lima hari selepas pertemuan bersejarah Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyidin Yassin setuju untuk jadikan pembebasan  Anwar sebagai salah satu agenda perjuangan bersama beliau.
"Ada yang minta (tanya) saya boleh ke bebaskan Anwar?
"Saya lihat slogan 'Bebas rakyat bebas Anwar' dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Nak harapkan Najib bebaskan Anwar?" tanya Muhyidin ketika berucap di hadapan 200 penduduk di Kampung Geylang Simpang Pertang dalam Program Jelajah Selamatkan Malaysia anjuran Ranting PKR di Jelebu petang semalam.
Namun, kata Muhyidin, isu pokok perlu diselesaikan dahulu.
"Saya rasa amat kasihan apa yang ditangungg Anwar sama ada betul atau tidak betul terserah pada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam penjara.
"Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,"ujar Muhyidin dalam ucapan itu.
TUKAR KERAJAAN
Kata Muhyidin, perkembangan yang berlaku di peringkat mutakhir ini cukup bahaya amat serius dan kritikal.
Bagi beliau, rakyat perlu memberi peluang kepada PPBM untuk mentadbir negara dengan gabungan pakatan pembangkang di negara, kata Muhyiddin.
Beliau berkata, muafakat baru ini akan mewujudkan pakatan yang mampu ambil alih bagi membentuk kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab kelak.
"Perkembangan mutakhir ini saya lihat cukup bahaya, kritikal dan serius.
"Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan.
"Saya tidak akan balik semula pada Umno kerana Umno dikaitkan kini dengan budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini ..buat rakyat takut.
"Kita perlu wujudkan barisan 'people front" rakyat perlu berada di barisan hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

Atlet negara cipta sejarah menang 2 emas di Paralimpik Rio

Posted: 10 Sep 2016 05:07 PM PDT

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu dalam acara 100m T36 (celebral palsy), disusuli pingat emas kedua daripada Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Muhammad-Ziyad-Zolkefli-ridzuan
KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio di Brazil, di mana satu daripada kemenangan itu turut mencipta rekod dunia baharu.
Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu dalam acara 100m T36 (celebral palsy), disusuli pingat emas kedua disumbangkan Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Malaysia pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada paralimpik sebelum ini.
Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah, Brazil (12.54s).
Muhammad Ziyad pula melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia baharu dan memungut emas dalam cubaan kelima, sekaligus memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.

Mas Ermieyati: Bersatu didakwa cuba tarik bekas ahli Puteri Umno

Posted: 10 Sep 2016 05:05 PM PDT

Mas Ermieyati
MELAKA - Parti Bersatu sedang berusaha menarik bekas ahli Puteri Umno menyertai parti berkenaan tetapi tindakan itu gagal setakat ini.
Mendedahkan hal ini, ketua pergerakan itu Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bekas ahli berkenaan tetap teguh berdiri di belakang Umno.‎
Mereka yakin dengan kepimpinan pucuk tertinggi Umno sedia ada dalam memperjuangkan agenda parti dan kaum Melayu sertai bumiputera lain, katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di sini hari ini.

Pembantu Najib anggap Muhyiddin kini terpaksa patuh kepada Anwar

Posted: 10 Sep 2016 05:04 PM PDT

Muhyiddin dikatakan hilang kreadibiliti sebagai presiden parti baharu, PPBM selepas berlakunya perdamaian antara Mahathir dan Anwar.
Tengku-Sariffuddin_muhyiddin_umno123PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak terus menyerang bekas timbalannya, kali ini menerusi setiausaha akhbarnya yang menyifatkan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai tidak bermakna ekoran perdamaian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tetapi saya tidak boleh menyalahkan Dr Mahathir terhadap tindakan terdesaknya itu. Apa lagi pilihan lain yang dia ada, selepas kredibiliti presiden parti baharunya dimusnahkan menerusi akuan berkanun Nika Gee," kata setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin.
Beliau merujuk kepada dakwaan yang terkandung dalam akuan berkanun bekas pendakwa raya berhubung kes perceraian yang diselesaikan di mahkamah minggu lalu.
"Ia (akuan berkanun) membuktikan Muhyiddin berlaku curang sejak bertahun-tahun selepas mengadakan hubungan dengan isteri orang.
"Ini menjadikan Muhyiddin seorang presiden yang gagal, lebih-lebih lagi sebagai penjaga kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya dalam kenyataan.
Muhyiddin sebelum ini menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan skandal seks.
Pada 5 September, Dr Mahathir mengejutkan negara dengan menghadiri Mahkamah Tinggi untuk menyambut musuh lamanya, Anwar yang memfailkan tuntutan untuk mengisytiharkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

BN kalah di P Pinang kerana Umno, Teng ingatkan Zahid

Posted: 10 Sep 2016 05:03 PM PDT

Ketika pilihan raya umum ke-14 semakin hampir diadakan, parti komponen BN kini mula menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan yang lalu.
BN Pulau Pinang yang dikepalai oleh Teng Chang Yeow secara jelas menempelak Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awal hari ini menyatakan parti komponen di negeri ini seolah-olah bergantung kepada jentera Umno.
Sambil menyindir di parti Melayu tersebut, Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, pihak tidak menafikan jentera pilihan raya Umno adalah yang terhebat.
"Jentera mereka begitu hebat dengan tidak dapat menawan semula Kelantan dan Selangor.
"Jentera Umno di bawah Naib Presidennya, Ahmad Zahid sendiri sebagai pengarah bersama operasi pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak menang di kawasan itu," ujar Teng dalam kenyataan.
Tambah Teng, Zahid patut tahu mengapa BN kalah di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Dalam tempoh dua pilihan raya lepas , Umno berjaya menguasai 11 dan 10 kerusi dewan undangan negeri manakala Gerakan , MCA dan MIC langsung tidak berjaya memenangi satu kerusi sekalipun.
"Kami kalah di Pulau Pinang bukan kerana jentera atau perpaduan tetapi kerana Umno," tegas Teng.

JIKA PAK LAH PM TERBAIK, KENAPA MASA DILANTIK TPM, ZAHID JUMPA TUN M?

Posted: 10 Sep 2016 06:54 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penghormatan kepada  bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan menyifatkannya sebagai "Perdana Menteri yang terbaik" dalam sejarah Malaysia.

Kesian dengan Pak Lah, hanya setelah lebih tujuh tahun meninggalkan jawatannya, barulah penghormatan itu datang kepadanya.
Malah, lebih kesian kerana penghormatan oleh Zahid Hamidi itu hanya hadir setelah lebih setahun beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Yang paling kesian lagi, walaupun  beliau mengatakan Pak Lah merupakan Perdana Menteri terbaik dalam sejarah Malaysia, tetapi ketika dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 lalu, beberapa hari kemudiannya, pemimpin yang dikunjunginya untuk meminta nasihat dan pandangan ialah Tun Mahathir Mohamad.

Mengapa ketika itu tidak mengunjungi Pak Lah untuk meminta panduan dan nasihat?

Kalau hari ini Tun Mahathir tidak berbeza pendapat dengan Najib, tidak meninggalkan UMNO dan tidak menubuhkan parti baru, agak-agak siapa yang Zahid puji dan beri penghormatan?

Tun Mahathir atau Pak Lah?

Akhir sekali, kesian dengan Zahid Hamidi...

Rahman Dahlan kecam Dr M sudah tidak waras

Posted: 10 Sep 2016 06:40 AM PDT

Tindakan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak kerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
JOHOR BAHRU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.
Beliau berkata apa sahaja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
"Tun Mahathir sudah kelirukan satu negara dan saya rasa, apa yang beliau buat sekarang ini tidak lagi menjadi satu perkara yang luar biasa apabila sudah sampai di satu tahap di mana tindakan-tindakan beliau ini pada saya, tiada kewarasannya," katanya.
Abdul Rahman yang juga menteri di jabatan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno bahagian tersebut, Mohammad Khairi A Malik.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menegaskan tiada masalah bagi beliau untuk bekerjasama dengan Anwar, sama seperti yang dilakukan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dr Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas untuk menghadiri pendengaran kes permohonan yang difailkan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Umno bergegas adakan PRU14 elak pembangkang bersatu?

Posted: 10 Sep 2016 06:37 AM PDT

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menekankan kepentingan pembangkang untuk bersatu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Mungkin ini sebab-musabab tindakan mengejutkan Mahathir yang merungkai permusuhan selama 18 tahun dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjurus kepada perdamaian.
Banyak pihak melihat perkembangan ini sebagai petanda sesuatu yang mendatang sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan pembangkang.
Tetapi Umno tentunya tidak akan hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa. Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengenai pilihan raya umum ke-14 bakal diadakan seawal Mac tahun depan.
Perkembangan tersebut diakui oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang melihat potensi pilihan raya umum diadakan lebih awal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mempunyai masa untuk mengatur pergerakan.
"Itu mungkin salah satu faktor," kata Lim kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada pilihan raya umum awal akan memihak kepada pembangkang.
Ditanya sama ada DAP bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih awal , anggota parlimen Gelang Patah itu menambah, pihaknya tidak mampunyai pilihan tetapi menghadapinya.
Bagaimanapun, jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2017, Lim percaya bahawa ia akan mengejutkan semua orang, termasuk parti pemerintah sendiri di luar kawalan.
"Beberapa pemimpin Umno mengatakan mereka sentiasa bersedia tetapi saya fikir semua orang akan terkejut," tambahnya.
Namun, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau telah mendengar mengenai pilihan raya umum lebih awal sejak sekian lama.
"Cakap-cakap selalu berbunyi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) mahu mengadakan pilihan raya selepas sambutan raya tahun depan.
"Bagaimanapun, jika beliau berasa peluang lebih baik jika pilihan raya diadakan sebelum itu, beliau akan mengadakannya seawal bulan Mac," tambahnya.
Anggota parlimen Pandan itu turut mengakui beliau pada mulanya meragui tarikh pilihan raya lebih awal itu kerana parti pemerintah akan memerlukan sejumlah dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya umum.
Namun, pengumuman Putrajaya baru-baru mengenai projek Taman Tugu bernilai RM650 juta membuktikan menimbulkan persoalan yang cukup besar, ujar Rafizi.
Jadi apakah pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya?
Read More / Baca Lagi >>

Zahid: Pak Lah pemimpin contoh kerana tidak kritik Najib

Posted: 10 Sep 2016 06:26 AM PDT

Zahid berkata Pak Lah tidak beri komen negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji.
paklah
KEPALA BATAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap pemimpin lain selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.
Beliau berkata Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah ialah pemimpin yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh pemimpin terbaik.
"Pak Lah tak berikan komen yang negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji. Pak Lah memahami keadaan itu, pemimpin yang harus dihormati," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Abdullah, Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow dan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata setiap pemimpin tidak dapat lari daripada dugaan dan menurutnya kekuatan serta kehebatan seseorang pemimpin itu adalah hasil daripada sokongan kuat anggota parti.
"Setiap pemimpin ada dugaannya, Pak Lah juga diduga (dan) beliau berjaya (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) juga diduga dan saya pun diduga.
Read More / Baca Lagi >>

Arab Saudi kafirkan Iran tindakan melampau, kata pengerusi Shura

Posted: 10 Sep 2016 05:15 AM PDT

Dunia Islam pada masa ini sepatutnya mengamalkan 'taqrib' iaitu mendekatkan pihak-pihak yang bertelagah.
Sheikh Abdulaziz Al al-SheikhKUALA LUMPUR: Walaupun tidak berpuas hati dengan kritikan Iran berhubung soal pengurusan haji, Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh tidak sepatutnya mengkafirkan negara itu, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Samsudin.
Beliau berkata, dunia Islam pada masa ini sepatutnya mengamalkan 'taqrib' iaitu mendekatkan pihak-pihak yang bertelagah.
"Sepatutnya tidak sampai ke tahap itu. Masalahnya bila mudah mengkafirkan orang lain. Peserta Iran misalnya sentiasa menjadi juara pertandingan tilawah al-Quran, bagaimana senang-senang mengatakan mereka 'bukan Islam' dan Majusi?
"Jika begitu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu buat dasar baru dan singkir mereka yang dianggap bukan Islam ini," katanya ketika merasmikan 'Seminar Islam tanpa Sektarianisme' anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) di Hotel Concorde, hari ini.
Berbanding menyibukkan diri dalam soal perbezaan mazhab, katanya umat Islam perlu membangkitkan masalah ekonomi dan pendidikan yang sedang dihadapi mereka.
"Jika ingin membangunkan negara, masalah pertama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan kelaparan, kejahilan dan rasuah.
"Untuk itu, golongan Islamis dan bukan Islamis perlu mewujudkan persefahaman…memahami alam (persekitaran) yang dihuni mereka dan cabarannya," katanya yang juga ahli Kesatuan Ulama Sedunia.
Seminar tersebut bertujuan mengupas masalah perpecahan dunia Islam terutama antara pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.
Pergeseran antara Arab Saudi dan Iran – 2 negara yang tiada hubungan diplomatik secara rasmi – bukanlah perkara baru, apabila kedua-dua negara itu dilihat bersaing merebut pengaruh di rantau Timur Tengah yang sentiasa bergolak.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan tugu, Perdana Menteri perlu diganti baru

Posted: 10 Sep 2016 05:14 AM PDT

Anis (tiga dari kanan) dalam demonstrasi Tangkap MO1, 27 Ogos lalu.Anis (tiga dari kanan) dalam demonstrasi Tangkap MO1, 27 Ogos lalu.
Aktivis mahasiswa membantah pengumuman kerajaan untuk memperindah kawasan Taman Tugu dengan kos keseluruhan projek mencecah RM650 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, 5 September lalu.
"Apa signifikan projek-projek seperti Tugu Negara ini mendapat dana sebegitu besar berbanding dengan mengisi perut rakyat? Projek menaik taraf Tugu Negara adalah satu lagi projek yang dilihat tidak ada kepentingan semasa oleh anak muda dan mahasiswa khususnya.
"Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tidak kukuh dan memerlukan naik taraf itu bukanlah Tugu Negara, tapi kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang perlu diganti baru," bidas Jurucakap Tangkap Malaysia Official 1 (MO1), Anis Syafiqah Md Yusof dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya, mahasiswa berpendapat Najib sudah kontang idea dalam menguruskan kewangan sehingga negara sedang mengalami krisis ekonomi selain kemelut politik yang dahsyat yang dibimbangi menghakis keyakinan pelabur.
"Tak perlu lagi kita cerita bab ketirisan, kehilangan duit setiap tahun yang dilaporkan oleh Audit Negara. Saya kira itu kita semua sudah maklum. Yang kita tidak maklum dan tertanya-tanya kenapa individu sebegini masih kekal memegang tampuk kepimpinan negara?" bidasnya.
Mengulas lanjut projek yang dibangunkan oleh Khazanah Nasional itu, beliau berpendapat Najib tidak menyedari setiap tahun sebanyak 56 peratus daripada kira-kira 400,000 graduan di negara ini gagal mendapatkan pekerjaan.
"Adakah susah sangat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib nak menilai kepentingan yang lebih utama? Bagaimana boleh wujud di benak fikiran Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM650 Juta kepada sebuah tugu yang masih elok dan kukuh berdiri?
Read More / Baca Lagi >>

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 7:58 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Untuk pastikan pertandingan satu lawan satu PRU14 keputusan ditangan Hj Hadi

Posted: 10 Sep 2016 06:10 PM PDT

Mudah ceritanya, untuk pastikan berlaku pertandingan satu lawan satu atau tidak dalam PRU14 akan datang keputusannya ada ditangan PAS, cuma perlu pilih salah satu dari 3 pilihan.

Sinarharian dalam berita bertajuk "Gesa pertandingan satu lawan satu" melaporkan:
Parti politik pembangkang perlu memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu di semua kerusi Dun dan Parlimen sekiranya mahu mewujudkan peralihan kuasa politik di peringkat Pusat dan negeri.

Penolong Setiausaha III Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, pertandingan melebihi dua penjuru hanya memberi kelebihan kepada BN, sekali gus menggagalkan matlamat untuk kerajaan sedia ada.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada kepimpinan Pusat untuk menentukan tindakan sesuai bagi memastikan hanya wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14. - Sinarharian.
Artikel penuh »

Aksi Ahmad Said dan Baharom Ghani bukti Umno tak terjejas dengan Bersatu

Posted: 10 Sep 2016 02:31 AM PDT

Kalau macam tu keadaannya aku dok nampak tak ramai pemimpin Umno yang akan keluar Umno dan bersama Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yasin dalam parti baru PPBM atau lebih popular dengan nama Bersatu.

AstroAwani dalam berita bertajuk "Saya tidak sertai PPBM, setia bersama UMNO -  Ahmad Said" melaporkan:
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama UMNO dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti. - AstroAwani
Artikel penuh »

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


CADANGAN PINDAAN AKTA 355 DARIPADA PERSPEKTIF AHLI LEGISLATIF: SATU PENDAPAT

Posted: 09 Sep 2016 03:54 PM PDT

Kunjungan Mahabbah ke Pejabat Mufti WP menyerahkan artikel bagi menjawab
berbagai persoalan artikel SS yang menyatakan ahli parlimen muslim wajib 
menyokong pindaan RUU 355.
 Muqaddimah

 Berbagai pihak melontarkan pandangan yang sinis dan tidak kurang mencaci dalam satu laporan yang keluar di Sinar Harian pada 5 September baru-baru ini.

Laporan itu ialah berkenaan kenyataan saya yang menegur Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ekoran rencana yang ditulis dalam Bayan Linnas terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk "Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat". Kenyataan saya itu adalah melalui perbualan telefon dalam soal-jawab yang diajukan oleh salah seorang wartawan Sinar Harian yang menghubungi saya.

 Pertama sekali saya memohon maaf jika laporan itu menyinggung pihak tertentu, khususnya SS Datuk Mufti namun biarlah saya jelaskan disini bahawa gaya pelaporan itu adalah di luar kawalan saya, apa yang penting ialah semangat dari intisari kenyataan itu sebagai pandangan saya kepada kenyataan bahawa 'Ahli Parlimen Muslim Wajib Menyokong' yang saya anggap mempunyai implikasi berbeza berbanding penulisan orang awam atau NGO yang lain.

 Niat kenyataan saya bertujuan semata-mata memberi pandangan atas isu teknikal dan pentadbiran yang ada kena mengena dengan kedudukan saya sebagai ahli legislatif dan kedudukan SS Datuk Mufti dalam pentadbiran agama. Tidak ada niat untuk memandang rendah institusi mufti jauh sekali menghina ulama tetapi di atas kedudukan Mufti sebagai sebahagian daripada pentadbir agama.

 Saya menganggap teguran saya sebagai penggubal undang-undang ada asasnya kerana yang diminta 'wajib menyokong' itu adalah saya dan saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya sebagai respons kepada kenyataan 'wajib sokong' pindaan 355 itu dalam artikel SS Datuk Mufti. Saya juga mengambil kira bahawa yang mengeluarkan artikel itu adalah Pejabat Mufti yang tertakluk dengan prosedur pentadbiran dan kerana itu saya mengambil inisiatif untuk menjelaskan keadaan tentang gesaan 'wajib sokong' dari perspektif ahli penggubal undang-undang negara.

 Saya tidak menyatakan saya tidak akan menyokong usul pindaan 355 kerana ia masih jauh untuk saya berbuat demikian pada tahap ini mahupun sikap saya akan menyokongnya, tetapi saya merakamkan kekesalan saya pada artikel tersebut yang menyatakan pendirian awal tanpa mengambil kira keperluan usul pindaan tersebut diperincikan, dibahas dan diperbaiki seolah-olah SS Datuk Mufti telah berpuas hati hanya dengan teks usul semata-mata. Kaedah ini bagi kami Ahli Parlimen agak pelik kerana kami dilantik oleh rakyat untuk berbahas, meneliti dan melihat implikasi lebih besar pada kerangka perlembagaan yang kami bersumpah untuk mempertahankannya. Sebagai pentadbir agama, prosedur ini perlu difahami dengan jelas.

 Saya sama sekali tidak mempertikaikan semua keperluan yang disebut dari sudut Maqasid dan keperluan Taqnin undang-undang, itu bukan isunya tetapi artikel itu dilihat mendahului perbahasan sedangkan Ahli Parlimen Marang sebagai pembawa usul belum pun lagi membahaskan dan memperincikan hujah-hujahnya dalam dewan parlimen yang mulia di hadapan 222 Ahli Parlimen Malaysia. Jika gesaan itu datang secara individu mahupun NGO, mahupun orang politik, kami menganggap ianya perkara biasa tetapi sebagai pentadbir dan penasihat agama rasmi, saya menganggapnya sebagai luar biasa kerana kami sendiri belum mengetahui perincian apa yang hendak disokong.

 Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang bersetuju cara SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan membuat rumusan awal yang akan saya terangkan di bawah nanti implikasinya kepada 'kehangatan' tajuk ini kepada orang awam yang terdiri dari mereka yang sokong atau tidak menyokong. Saya hanya bertindak sebagai Ahli Parlimen Muslim yang perlu membuat penjelasan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai sebahagian pentadbiran agama, posisi dan sikap saya dari sudut teknikal dan pentadbiran demokrasi berparlimen supaya tidak mudah kita membuat satu rumusan tanpa menelitinya terlebih dahulu. Perspektif Berbeza.

Setiap kita mempunyai perspektif berbeza dalam sesuatu isu walaupun pada dasarnya kita berkemungkinan berkongsi satu persetujuan asas boleh yang disepakati. Premis ini melahirkan kepelbagaian pandangan dan pendapat yang rohnya tidak lari dari kesepakatan dasar yang dipersetujui bersama. Apabila kita boleh menerima premis ini sebagai tajuk perbahasan maka perbezaan pandangan adalah sesuatu yang biasa, malah bersepakat pada satu keadaan yang sememangnya terdedah kepada perbagai perspektif adalah sesuatu yang mustahil.

 Sheikh Dr Ahmad Ar-Raisuni ketika ditanya mengenai kepelbagaian organisasi Islam, kenapa tidak dapat disatukan sahaja? Beliau menjawab setelah menggambarkan hanya pada zaman Nabi kesatuan secara ideal wujud, bahawa: 

"Kaum Muslimin dalam mana-mana masa tidak pernah berada atas hanya satu sahaja mazhab atau kelompok mahupun satu Jamaah, kepelbagaian ini ternampak jelas dalam sejarah umat Islam dengan adanya kelompok Ansar dan Muhajirin, dikalangan Ansar adanya Aus dan Khazraj kemudian adanya kelompok Syiah, Khawarij, Ahlu Sunnah dan Murj'ah, kemudian lahirnya berbagai mazhab fiqah dan pengikutnya, begitu juga kelompok tarikat Suffiah sehinggalah hari ini dalam rupanya yang baru iaitu adanya berbagai organisasi dan Jamaah Islam. Hakikat ini secara khusus tidaklah keluar dari Islam dan tidak juga keluar dari tabiaat manusia bahkan ianya adalah hakikat tabiat manusia.." terj (Ahmad Ar Raisuni: (2014) Al Harakah Al Islamiyah Al Maghribiyah, Su'ud am Uful, ms 34, Darul Al Kalimah Mesir)

 Apa yang perlu dipelihara ialah jauhi sebarang bentuk perpecahan, permusuhan dan kebencian, tidak mungkin kita semua berada pada hanya satu pandangan sahaja. Hakikatnya keadaan berbagai pandangan ini tidak terelak tetapi yang perlu dielak ialah permusuhan dan kebencian hanya kerana pandangan yang berbeza-beza. Disiplin ilmu mengendalikan perbezaan ini terkenal dalam Islam sebagai Fiqh Al-Khilaf. Malah kerana keprihatinan ulama kita kepada disiplin ini maka ilmu Fiqh Amali berkembang dengan perubahan zaman dan gaya hidup manusia yang kerana kekalnya suasana kondusif kepelbagaian.

 Umat akan terbantut perkembangannya jika kejumudan terhadap satu pandangan mengambil alih norma kehidupan umat Islam. Solah Shawi (2002,ms 18-20) merakamkan dalam bukunya Prinsip-Prinsip Gerakan Dakwah Yang Mutlak Dan Yang Relatif (terj), bahawa dalam kategori perbezaan pendapat, salah satu kategori iaitu ikhtilaf tanawu' yang dijelaskan sebagai pemahaman kepada dalil syara' yang memiliki keragaman hukum dan tidak bertentangan antara satu sama lain kerana adanya dalil kebenaran.

 Saya ingin menambah satu lagi sebab perspektif yang berbeza ialah dengan melihat posisi seseorang dalam menilai sesuatu isu boleh menyumbang kepada perbezaan pandangan. Sudut penilaian terhadap sesuatu isu juga melihat kepada konteks khusus diperkatakan walaupun konteks umum mereka tidak berbeza pandangan.

Tulisan saya ini adalah atas kesedaran di atas dan menganggap isu RUU 355 dan perdebatannya berdiri atas premis ini bahawa pandangan-pandangan yang dikeluarkan berlaku atas berbagai perspektif dan atas posisi mereka yang memberikan pandangan. Pada waktu yang sama, tulisan ini cuba menjauhkan diri dari berdebat dengan golongan Busata' (golongan terlalu memudahkan sesuatu atau simple minded mentality) yang mahu dunia ini berjalan dalam mode Hitam atau Putih. Mereka golongan Busata' mudah menjadi mangsa keadaan dan terperangkap dalam jerangkap minda sendiri lantas melembapkan minda berfikir secara Progresif dan membudayakan kejumudan.

 Menjawab Tulisan SS Mufti Wilayah Persekutuan

 Saya amat gembira sekali kerana Mufti Wilayah Persekutuan SS Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al Bakri dalam Bayan Linnas no. 67 menulis artikel berkenaan RUU 355 dengan meletakkan tajuknya sebagai "Satu Pendapat". Ini bermakna ianya hanya satu pendapat yang boleh dikritik dan diperdebatkan.

Saya yakin dengan keilmuan SS Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang banyak menyumbang idea-idea Islam yang kontemporari dan semasa, sebagaimana saya yakin dengan penerimaan beliau terhadap premis awal yang saya utarakan bahawa kita boleh berbeza dalam hal-hal yang terdedah perspektif masing-masing khusus pada membuat perkiraan Maalatul Afa'al atau kesan dan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang dibuat.

 Saya juga berterima kasih kepada keprihatinan SS Mufti Wilayah kerana melihat RUU 355 ini sebagai satu hak dan berhujahkan dalam kerangka perlembagaan malah memberi pandangan terhadap kebimbangan non-muslim dalam isu ini. Syabas dan tahniah kepada usaha murni ini dan bagi memperhebatkan budaya intelektualisme yang sihat dan bukan bersikap paranoia, saya Ahli Parlimen Malaysia Dr Mujahid Yusof Rawa ingin menyambut tulisan SS Dato' Mufti Wilayah Persekutuan dengan beberapa pandangan dari perspektif legislatif untuk memberi keadilan kepada budaya kepelbagaian pendapat yang menjadi mercutanda ketamadunan kita.

 Konteks Umum Yang Disepakati

 Saya mulakan dengan banyak perkara yang saya sependapat tanpa bangkangan dalam tulisan SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam bahagian 'Beberapa Noktah Penting' ada tujuh fakta yang dikemukakan menegakkan beberapa asas kepada perbincangan selanjutnya seputar RUU 355. Tidak ada mana-mana Muslim yang cintakan Keadilan dan meyakini Syariat Islam boleh menolak isi kandungan dalam 'Beberapa Noktah Penting' yang dinukilkan.

 Saya tertarik kepada fakta keenam iaitu Sikap Toleransi Umat Islam di bawah ciri utama bermula dengan al Karamah al Insaniyah (kemuliaan manusia) hingga ke Man'u Fasad (mencegah keburukan). Inilah yang saya perjuangkan selama ini, ketika ramai yang memilih jalan kebencian antara agama, saya memilih jalan berdialog, ketika suara pengikut agama lain tidak diperjuangkan haknya, saya menyatakan haknya atas premis saya sebagai ahli legaslatif negara. Ketika ramai ahli politik memilih nuansa perkauman saya mengasaskan pergerakana anti perkauman, malah saya diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk duduk sebagai anggota Majlis Perpaduan dan Konsultasi Negara (MPKN) menyediakan Pelan Induk Perpaduan Negara.

Selaku pengerusi undang-undang dan polisi, saya ditugaskan untuk menderaf undang-undang keharmonian nasional yang asasnya adalah untuk memastikan kesaksamaan dan tiada diskriminasi, memperundangkan jenayah kebencian dan menubuhkan Suruhunjaya Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional. Semua yang disebutkan dalam bahagian tersebut tulisan SS Datuk Mufti menjadi sebahagian daripada perjuangan saya selama ini dan terimakasih kerana menyebut panduan asasnya dalam suasana sebahagian budaya masyarakat hari ini yang bernuansakan rasis dan berfikiran sempit dalam hal agama.

 Saya sebagai rakyat Malaysia yang mahu menegakkan keadilan merentas semua kaum dan agama amat bersetuju jika asas ini boleh dijadikan panduan umum bukan sahaja sebagai pemula perbincangan RUU 355 sahaja tetapi perlu diperluaskan sebagai struktur asas untuk membina landasan politik negara yang hari ini yang memerlukan satu rombakan semula. Khususnya dalam tajuk Maqasid/Tujuan Perlaksanaan Hukum Syariah, di ms 19, petikan dari Prof. Dr. Jasser Auda menyatakan:

 "Oleh itu, pendekatan maqasid boleh mengangkat isu-isu fiqh ke satu landasan falsafah yang lebih tinggi bagi menangani perbezaan perbezaan bersifat sejarah , sekitar politik antara mazhab Islam dan menggalakkan satu budaya yang diperlukan iaitu kehidupan bersama yang harmoni (al-ta'ayush al-silmi) dan saling memperbaiki (al-tasalih) yang kita amat memerlukannya sekarang ini"

 Saranan Prof. Dr. Jasser Auda yang dihujahkan oleh SS Datuk Mufti perlu juga menjadi panduan kepada kemelut politik hari ini yang menuju kepada kediktatoran dengan penggubalan undang-undang lain seperti MKN (Akta Majlis Keselamatan Negara), Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Khas atau (SOSMA) serta salah guna kuasa oleh pemimpin politik tertinggi negara bagi melindungi jenayah kleptokrasi yang satu dunia mengetahuinya. Saya menyarankan landasan Maqasid yang dipetik dari tulisan tentang RUU 355 diperluaskan mesejnya kepada kemelut negara yang dihadapi hari ini agar memberi keadilan kepada kehendak umum tujuan Maqasid diperjuangkan.

Malah saya mengharapkan perbahasan kami di Parlimen selama ini bagi menentang salahguna akta oleh pemerintah turut disokong oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisannya yang lain nanti dalam Bayan Linnas supaya dapat juga mendapat tasawwur dan mafhum yang jelas suasana pergolakan politik negara yang sedang berlaku hari ini dari perspektif intelektual. Hujahan Maqasid bukan sahaja dipakai untuk akta yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam sahaja seperti 355, tetapi ia bertujuan untuk Karamatul Insan dan Kehidupan yang harmoni dan seimbang bagi mengelakan kefasadan dan kerosakan. Ini penting supaya Maqasid tidak bersifat selektif dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.

 70. Dan Sesungguhnya Telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang Sempurna atas kebanyakan makhluk yang Telah kami ciptakan. (Al-Isra')

Pemerkasaan Mahkamah Syariah

 Saya yakin kesepakatan kita sebagai rakyat Malaysia walaupun dari posisi yang berbeza tidak akan meminggirkan mana-mana aspek yang menjadi kepentingan orang ramai, apatah lagi ianya diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukan sahaja orang Islam tetapi bukan Islam perlu mengiktirafi Mahkamah Syariah sebagai entiti perundangan yang diberikan keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan.

 Sejarah panjang perjalanan Mahkamah Syariah sehinggalah dalam bentuknya hari ini boleh dianggap sebagai satu perjuangan setelah disisihkan dan dikesampingkan oleh penjajah. Mercutanda pengiktirafan dan kewibawaan Mahkamah Syariah ialah apabila pindaan 121(1A) tahun 1988 dibuat sekaligus meletakkan garis pemisah hitam putih antara kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun menurut Dr Aziz Bari pakar perlembagaan persekutuan, kedudukan Mahkamah Syariah secara tidak langsung sebelum ini telahpun diiktirafi tanpa 121(1A) melalui Perkara 145 yang menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Selain daripada itu menurut Dr Aziz Bari lagi, Perlembagaan Persekutuan menyebut soal Mahkamah Syariah dalam jadual ke-9 bawah kuasa-kuasa perundangan dalam senarai negeri.

 Pemerkasaan Syariah amat diperlukan dan saya sebagai rakyat Malaysia dan ahli legislatif amat prihatin agar perjalanan panjang ini diteruskan kerana selain dari pengiktirafan dan kewibawaan keputusan-keputusan Mahkamah Syariah, aspek pentadbiran, sumber manusia dan professionalism pegawai dan hakim-hakimnya masih lagi memerlukan penambahbaikan dan pemerkasaan.

 Maksud Pemerkasaan Mahkamah Syariah

 RUU 355 tidak boleh dipandang dari sisi berasingan dari kemampuan Mahkamah Syariah secara menyeluruh untuk menampung peningkatan kuasa hukuman yang diberikan melalui RUU 355 ini. Saya ingin berkongsi masalah yang perlu difikirkan sama penting dengan usul Ahli Parlimen Marang yang diminta oleh SS Mufti Wilayah 'wajib' MP Muslim menyokongnya.

Makna pemerkasaan tidak boleh disempitkan dengan meningkatkan hukuman semata-mata tanpa melihat kelompongan-kelompongan pentadbiran perundangan Mahkamah Syariah yang perlu diutamakan sebelum perlu kami MP Muslim 'wajib' menyokong usul 355 ini.

Saya yakin bahawa titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menggesa supaya "…memperkukuhkan Institusi agama dan kecekapan perlaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah Syariah…" tidak hanya kepada meningkat hukuman tetapi juga dalam berbagai aspek pentadbiran. Antara lainnya maksud pemerkasaan ialah;

1. Masalah bidangkuasa bukan sahaja persoalan tingkatkan hukuman, tetapi juga bidangkuasa bermakna perlunya Mahkamah Syariah melihat dalam kes bukan Islam yang terlibat sama dalam tuntutan seperti jika salah seorang pasangan memeluk Islam kes cerai tidak diputuskan oleh Mahkamah Syariah tetapi oleh Sivil dalam Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian ) 1976. Ini termasuk isu Hadhanah (hak penjagaan anak) dimana pasangan yang tidak memeluk Islam boleh membawa kes ke Mahkamah Sivil walaupun pasangannya telahpun memeluk Islam. Bukankah berlaku konflik dalam menentukan sesuatu keputusan perundangan lantas menggangu keadilan yang menjadi teras perundangan Islam khususnya?

Jadi meningkatkan bidang kuasa bukan sahaja dalam meningkatkan hukuman tetapi juga bidangkuasa bagi menentukan keputusan yang ada kepentingan Islam dan bukan Islam bagi memberi keadilan yang saksama dan bukan bertindih. Begitu juga soal pasangan jenayah, jika berlaku antara Islam dan bukan Islam dalam kesalahan zina atau khalwat, hukuman di Mahkamah Syariah hanya melibatkan pasangan Islam sahaja dan rakan jenayahnya yang bukan Islam terlepas dari bidangkuasa Mahkamah Syariah. (lihat Musa Awang: Dimanakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan jenayah Syariah? Ms 68 dalam 27 Kanun (1), Jan 2015)

 2. Bidangkuasa Mahkamah Syariah selain peningkatan hukuman juga bererti menyelesaikan isu pertindihan antara Sivil dan Syariah yang kadang-kadang menimbulkan campurtangan Mahkamah Sivil hanya kerana tiada peruntukan jelas sedangkan ia merupakan permasalahan syariah. Kes menentukan agama bagi seseorang yang telah mati seperti kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam, kes Sukma Dermawan Sasmitaat Madja lwn Ketua Pengarah Penjara yang memilih Mahkamah Syariah kerana jenayah yang didakwa bertindih antara Kanun Keseksaan dan Jenayah Syariah. (lihat Zulkifli Hasan dalam kertas bertajuk Isu Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya)

3. Mempertingkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah juga bermakna perlu ditingkatkan hirarki Mahkamah Syariah yang hari ini hanya ada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Raya Syariah berbanding dengan Mahkamah Sivil yang ada 5 peringkat masing-masing Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Tanpa peningkatan ini ruang bagi menuntut keadilan dalam Mahkamah Syariah dilihat tidak selari dengan sivil sekaligus menimbulkan persepsi terhadap keadilan Islam. Walaupun di peringkat perbahasan Parlimen sejak 2010 dan 2013 Menteri di JPM menyebut ada usaha peningkatan ini iaitu mengadakan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Majlis Rayuan Syariah, hingga kini tiada apa-apa hasil yang nyata lagi. (Musa Awang, opp.cit)

4. Selain itu peningkatan hukuman bererti bebanan tugas kepada hakim-hakim dan pegawai perundangan yang akan mengendalikan laporan-laporan kes. Ini termasuk pentadbiran keadilan perlu lebih cekap dan kemaskini dalam memastikan keadilan tertegak dengan lebih telus dan bertanggungjawab. Namun jika kita lihat taraf perjawatan hakim mahkamah syariah dan pegawai-pegawainya masih ketinggalan berbanding dengan perjawatan dalam Mahkamah Sivil. Selain dari skim perkhidmatan guna sama di bawah penyeliaan JKSM, hakim mahkamah syariah dibawah penjawat awam negeri. Berbeza dengan perlantikan hakim mahkamah sivil, hakim mahkamah tinggi ke atas dilantik atas kuasa Akta Suruhanjaya Perlantikan kehakiman 2009 (akta 695) pada peringkat persekutuan. Jaminan penjawatan hakim di Mahkamah Syariah tertakluk pada prosedur perkhidmatan awam, berbanding dengan jaminan perjawatan hakim di mahkamah sivil yang tertakluk pada Akta Saraan Hakim 1971 (akta 45).

5. Dari sudut gaji, hakim mahkamah Syariah jauh lebih rendah berbanding dengan mahkamah yang menikmati gaji dua kali ganda, tidak termasuk elaun lain. Menurut Dr Mohd Naim Mokhtar Ketua Hakim Mahkamah Syarie dalam kenyataannya di Utusan Malaysia 22 April 2015, Hakim Mahkamah Syariah menerima gaji mendengar kes penjagaan anak menerima gaji RM 6,000 manakala hakim mahkamah sivil yang mendengar kes yang sama menikmati gaji RM 40,000. Saya amat yakin aspek ini perlu diberi tumpuan sama dengan peningkatan bidangkuasa hukuman, jika tidak pemerkesaan akan menjadi tempang. 

6. Sudut ketidakseragaman undang-undang sering mendapat perhatian para pengkaji dan ahli legaslatif, ini adalah kerana undang-undang Enakmen Jenayah Syaria duduk di bawah kuasa negeri yang menjadi penggubal mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam senarai Negeri dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Hatta nama pada enakmen tersebut disebut berlainan dan undang-undang disetiap negeri juga berbeza dari sudut hukumannya pada jenayah yang sama. Ini memandangkan kuasa menggubal enakmen adalah dalam kuasa negeri dan setiap negeri ada penafsirannya tersendiri. (lihat Masalah kelemahan Mahkamah Syariah Yang Diperkatakan Oleh Masyarakat dan Penyelesaiannya (2009) dalam mahir al-hujah.blogspot.my) Bagaimana keadaan yang ada hari ini menjamin bahawa usul MP Marang dapat menyelesaikan permasalahan ini jika sekadar meningkatkan hukuman?

7. Selain daripada itu timbul juga masalah penguatkuasaan baik dari segi tenaga mahupun dari segi teknikal di kalangan PPA (Pegawai Penguatkuasa Agama). Menurut Musa Awang nisbah seorang penguatkuasa berbanding dengan 17.8 juta penduduk Melayu beragama Islam ialah 1: 24184 orang. Peningkatan jumlah pendaftaran kes jenayah syariah di seluruh negara menunjukkan perlunya lebih ramai PPA yang cekap dan efisyen selain kekurangan tenaga PPA wanita. Oleh kerana pentadbiran keadilan jenayah syariah perlu menekankan keadilan dan keberkesanan dalam perlaksanaannya, pegawainya juga perlulah terlatih dan celik undang-undang.

Setakat ini kesalahan khalwat mendominasi statistik jenayah syariah dan berkemungkinan besar penguatkuasaan jenayah lain syariah PPA dan penguatkuasaan yang berkesa jarang berlaku berlaku kerana kekurangan tenaga dan professionalism PPA. Sebahagian dari rumusan permasalahan Mahkamah Syariah yang dipaparkan dapat memberi gambaran betapa pemerkasaan Mahkamah Syariah tidak terhad hanya kepada melihat teks usul Marang tentang RUU355 semata-mata dan justeru itu saya sebagai ahli legislatif Muslim tidak mudah menentukan sokongan tanpa berbahas panjang lebar dahulu kerana ini adalah peluang terbaik untuk isu sebenar mahkamah syariah digarap dengan berkesan.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada asas untuk kami menetapkan sikap sekarang tanpa Ahli Parlimen Marang sebagai pembawa usul menjelaskan terlebih dahulu apa yang beliau inginkan dari usul ini di hadapan semua penggubal undang-undang seramai 222 orang.

 Maaf Saya Berbeza Pandangan

 Setelah menjelaskan apa isu sebenar yang melanda Mahkamah Syariah dan erti pemerkasaan yang dimaksudkan, saya akan memulakan di bahagian ini perkara-perkara yang membezakan pendirian saya dengan SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam pendapat yang diberikan berkenaan isu pindaan 355 oleh Marang. Perbezaan yang saya maksudkan bukan tentang samada saya sokong atau tidak usul pindaan 355 oleh Ahli Parlimen Marang tetapi perbezaan memahami proses perbahasan demokrasi berparlimen dan implikasi perundangan serta politik kerana posisi saya sebagai ahli legislatif.

 1. Usul MP Marang agak unik kerana ia berjaya diterima untuk pembentangan sebagai aturan mesyuarat yang tersenarai ke 15 pada sesi selepas rehat. Laluan diberikan oleh Menteri dengan membelakangkan semua urusan kerajaan pada 26 Jun 2016 Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 13-2016. Keadaan dan cara bagaimana MP Marang dapat membentang usul ini menimbulkan tandatanya di kalangan kerusi pembangkang kerana parameter apakah YDP Dewan menganggap ianya satu usul penting kerana usul sebelum ini yang cuba dibawa oleh pembangkang dalam hal lain sering ditolak atas sebab ianya tidak memenuhi ketiga-tiga kriteria, iaitu ianya satu isu, ianya ada kepentingan awam dan ianya perlu disegerakan. Selalunya kriteria perlu 'disegerakan' tidak dapat dipenuhi oleh pembawa usul dari pembangkang. Dalam peraturan 49 Rang Undang-Undang yang bukan kerajaan yang hendak diusulkan lebih ketat kerana segala urusan kerajaan didahulukan dan selalunya urusan kerajaan tidak akan habis malah ditangguh pada sesi seterusnya. Bagi prosedur parlimen kes pembentangan RUU secara peribadi bukan kerajaan oleh MP Marang menimbulkan berbagai persoalan daripada jawapan.

2. Apa yang menarik dalam usul MP Marang pada hari tersebut ialah, beliau menangguhkan ruang perbahasan dengan permintaannya sendiri pada sesi akan datang (iaitu pada Oktober 2016 ini). Penangguhan perbahasan permintaan pembawa usul adalah sesuatu yang agak ganjil kerana beberapa usul pembangkang yang pernah diizinkan atas peraturan usul dimaklumkan lebih awal untuk persediaan perbahasan pada sesi tersebut tetapi Marang secara sukarela menolak untuk dibahas pada hari tersebut. Tergantungnya usul Marang atas kehendaknya sendiri bermula dari 26hb Jun 2016 hingga sesi Oktober (lebih kurang 4 bulan) menimbulkan tandatanya malah menimbulkan berbagai kekeliruan dan polemik yang tidak produktif kepada persepsi terhadap Mahkamah Syariah. Saya tidak dapat lari dari menganggap tindakan ini telah diambil peluang sebagai satu 'free ride' untuk diambil kesempatan pembawa agenda sempit negara mencapai maksud licik politik mereka atas nama Islam dan Mahkamah Syariah. Bagi saya ia amat malang sekali.

3. Menarik kerana SS Datuk Mufti Wilayah 'mewajibkan' MP Muslim menyokong usul ini sedangkan kami sebagai MP Muslim tidak tahu apa yang akan kami sokong kecuali teks usul yang berbaris 5 dan dua butiran pindaan kepada seksyen 2 (5 baris) dan tambahan seksyen 2A (5 baris). Tiada penjelasan dan perincian dari pembawa usul ini. Tidak tahulah saya jika kami diminta sokong 'buta-tuli' sedangkan budaya intelektualism yang disarankan oleh Datuk Mufti dalam muqadimah artikelnya menyatakan tentang intelektualism ini.

4. Mana-mana usul akan diikuti dengan ruang untuk perbahasan setelah pembawa usul membentangkannya dan menjelaskannya secara lisan. Mewajibkan MP Muslim menyokong usul Marang seolah menafikan hak berbahas secara bebas seperti diperuntukkan dalam aturan dan peraturan parlimen sedangkan semasa perbahasan itu banyak perkara teknikal perundangan dan kesannya jika tidak diperhalusi boleh menjejaskan perjalanan Mahkamah Syariah dalam usaha untuk memperkasakannya. Sokong atau tidak terpulang kepada implikasi perundangan secara keseluruhan setelah dibahas untuk mengelak mudharat yang lebih besar jika tergesa-gesa menyokongnya walaupun dengan niat yang baik begitu juga sebaliknya jika menolak tanpa meneliti dan mendengarnya dahulu. Ruang kosong ini perlu diberi kepada kami MP Muslim dan non Muslim sebelum apa-apa keputusan dibuat agar ruang perbahasan secara demokrasi mengambil tempatnya terlebih dahulu.

5. Saya menganggap usul Marang ini adalah persoalan teknikal undang-undang walaupun melibatkan entiti sebuah Mahkamah Syariah, malah semasa Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 dibentangkan ada beberapa ADUN Kedah dari pembangkang tidak menyokong dan mereka terdiri dari orang Islam, apakah ini bermakna mereka tidak memahami maqasid dan keperluan taqnin undang-undang jenayah Islam? Saya harap kita tidak semudah itu membuat kenyataan 'wajib' sokong kerana implikasinya amat mengelirukan antara isu teknikal perundangan dan isu dosa-pahala. SS Datuk Mufti seharusnya menasihati awam agar mencermati isu perundangan dan proses serta prosedurnya yang akan berlaku dalam institusi penggubal undang-undang negara agar tidak terheret kepada sentimen dan emosi apatah lagi dalam isu pentadbiran agama. Saya sering mengulangi prinsip bahawa mengkritik pentadbiran dan urusan agama bukan mengkritik prinsip doktrin keagamaan yang menjadi pegangan umat Islam. Kita harus membezakan antara keduanya agar institusi dan pentadbiran agama senantiasa dapat diperbaiki dari semasa ke semasa dan pegangan agama melalui pendidikan dan dakwah dipertingkatkan. 

6. SS Datuk Mufti Wilayah telah menyatakan pendapatnya agar 'wajib' MP Muslim menyokong usul Marang tentang pindaan 355, namun sedarkah Datok Mufti berpandukan kepada teks usul yang dikemukan oleh Marang dalam Parlimen berpotensi membawa beberapa implikasi serius kepada perlembagaan negara itu sendiri, iaitu; 

a. Meluaskan apa sahaja kuasa Mahkamah Syariah untuk melaksanakan apa sahaja bentuk hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang syariah kecuali hukuman mati.

b. Tidak menetapkan had kepada jumlah hukuman (denda,sebat atau penjara) yang boleh dikenakan sebagai hukuman oleh Mahkamah Syariah,

c. Tidak menetapkan kaedah hukuman (kecuali mati) yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah dan ini bermakna hukuman yang dikenakan tidak terhad kepada hukuman denda, penjara dan sebat sahaja.

Dalam kanun keseksaan sendiri setiap hukuman itu dihadkan dan hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman melebihi had yang telah ditetapkan. Tanpa penelitian rapi usul Marang boleh membawa kepada persepsi lain dari sudut doktrin perundangan negara dan berpotensi menjadi masalah walaupun dengan niat yang baik. Dengan tidak menghadkan hukuman dan jenis hukumkan menurut usul Marang, ada kemungkinan ianya dicabar di dalam mahkamah dan keabsahan pindaan akan dipersoalkan, bolehkah saya menyokong sesuatu yang akan mencacatkan perjalanan Mahkamah Syariah?

7. Banyak pihak menggunakan isu pindaan 355 ini untuk membuat penjelasan mereka sendiri walaupun Marang belum mendedahkan penjelasannya di hadapan 222 Ahli Parlimen Malaysia lagi. Saya memerhatikan sentimen menguasai keadaan, walaupun ada yang bersifat objektif namun cara perkara ini dipersembahkan kepada awam oleh kelompok tertentu khususnya dari pihak yang diwakili golongan 'mode hitam-putih' lebih bersifat 'memaksa' melalui kaedah menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza. Saya mengharapkan pihak Mufti sensitif dan prihatin kepada 'cara' isu ini dibawa pihak tertentu dan 'reaksi' yang ditimbulkan dan tidak mengambil pendekatan 'menyemarakkan' dengan membuat sikap menyokong tanpa melihat implikasi kepada 'kehangatan' isu ini dikalangan pihak yang sempit pemikirannya. Bukankah Mufti itu yang terbijak hikmahnya menangani keadaan?

 Saya telah mengemukan pandangan saya yang agak berbeza dengan SS Datok Mufti atas kapasiti saya sebagai ahli legislatif negara dalam isu Pindaan RUU 355 oleh YB Marang. Saya menyanjung keprihatinan SS Datuk Mufti dan saya menganggap penjelasan tulisan ini dapat melengkapkan tasawwur SS Datuk Mufti tentang isu ini dari perspektif berbeza. Jangan salah tanggap bahawa saya tidak menghormati kedudukan SS Datuk sebagai Mufti dan keilmuan serta kewarakan Datuk.

 Saya serahkan segala kebaikan dalam diri SS Datuk Mufti untuk dinilai oleh Allah, tetapi dalam hal pentadbiran dunia, Islam mengajar kita untuk mencapai Maslahah sebagai sebahagian matlamat Syariah dan kerana Maslahah mempunyai berbagai dimensi, kita dituntut bersikap objektif dan professional. Sekali lagi saya jelaskan bahawa tulisan ini tidak ada kena mengena dengan memperlekehkan ulamak dan institusinya, tulisan ini bersifat pentadbiran dan Institusi Mufti sebahagiannya adalah tentang pentadbiran.

 Saya juga yakin bahawa selagi mana perkara ini berada dalam ruang awam untuk dibahaskan, setiap apa yang dipersembahkan kepada awam sepatutnya boleh dinilai, dikritik dan diberi pandangan barulah semangat Bayan Linnas lebih bersemarak.

Semoga tulisan SS Datuk Mufti Wilayah boleh menjadi input kepada kami sebagai bahan perbahasan nanti. Saya dan rakan-rakan dari Parti Amanah Negara telah berusaha untuk mengadakan diskusi meja bulat sejak dua bulan yang lalu untuk kami mendengar pandangan awam, NGO, Muslim dan Non Muslim serta pihak berkepentingan. Kami juga menyertai wacana awam anjuran NGO lain agar kami dapat mendidik orang ramai kaedah dan cara sesuatu perundangan itu dibuat dalam proses demokrasi berparlimen termasuk perundangan dalam isu pemerkasaan Mahkamah Syariah. Semoga niat baik kita terhasil dengan natijah yang baik juga, sehingga itu saya menanti pembentangan Ahli Parlimen Marang dan usul pindaan 355 dengan penuh debar dan harapan agar ia menjadi sesuatu yang baik untuk negara ini.

Dato' Dr Mujahid Bin Haji Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia 
8 September 2016  ~ sumber