Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAYA HARAP BAPA SAYA TIDAK BUAT LAGI

Posted: 04 Sep 2016 10:44 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang Lim Siew Khim berkata sejak dulu lagi, bapanya adalah seorang yang suka menimbulkan masalah.
Adun DAP itu berkata, berdepan masalah disebabkan oleh bapanya adalah satu perkara biasa sejak beliau masih kecil.
"Bagi saya, ia seperti saya makan nasi dan minum air," katanya dalam satu wawancara video dengan China Press yang dimuat naik di laman webnya.
Siew Khim, bagaimanapun, tidak menyatakan jenis masalah yang dicetuskan oleh bapanya.
Wakil rakyat penggal pertama itu diheret dalam kontroversi selepas sebuah klip video yang menunjukkan bapanya, Lim Keat Seong didakwa meminta rasuah untuk membantu orang ramai mendapatkan unit rumah kos rendah di Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.
Beliau pada mulanya menafikan mengetahui tentang perkara itu tetapi kemudiannya pada Sabtu 'menjelaskan' bahawa beliau pernah menerima panggilan daripada seorang ketua pemuda parti politik lain sekitar tahun lalu mengenai isu ini, tetapi bapanya menafikan sebarang penglibatan apabila ditanya.
Beliau membuat penjelasan itu selepas klip video kedua muncul, menunjukkan paparan skrin perbualan Whatsapp antara seorang perantara dan mangsa.
Perantara itu memberitahu mangsa bahawa dia telah menghubungi Siew Khim dan memberikannya tempoh satu hari untuk menjawab dan meminta bapanya memulangkan semula wang.
Siew Khim mengesahkan dalam video China Press bahawa Liew Yeow Hooi daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) telah menghubunginya kira-kira setahun lalu, mendakwa bapanya telah 'menimbulkan beberapa masalah di luar'.
Bagaimanapun beliau tidak mengambil dakwaan itu sebagai sesuatu yang serius pada masa itu dan memberitahu Yeow Hooi bahawa beliau perlu memeriksa perkara itu terlebih dahulu kerana tidak mahu bersikap berat sebelah.
Beliau juga mengesahkan bahawa lelaki berbaju merah dalam klip video kedua itu adalah Ong Hock Hin, anak lelaki kepada ibu saudaranya.
"Ah Hin (Hock Hin) tahu bahawa bapa saya telah mencetuskan beberapa masalah di luar tetapi tidak memberitahu saya mengenai kejadian itu.
"Saya ingin tanya kepadanya mengapa dia tidak maklumkan kepada saya mengenainya lebih awal sebelum ini," kata Siew Khim.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau percaya Siew Khim tidak melanggar sebarang undang-undang.
"Kami adalah sebuah kerajaan yang mematuhi undang-undang dan akan terus mengikut undang-undang. Kami tidak bersalah dalam perkara ini," katanya selepas menghadiri satu majlis di Island Glades, Ahad.
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan dalam satu kenyataan berkata tindakan Siew Khim yang cuba untuk 'mencuci tangan' dalam perkara ini adalah tidak wajar bagi seorang wakil rakyat.
Cheng Guan berkata Siew Khim juga telah menuding jari kepada ahli PCM dan cuba menunjukkan seolah-olah isu ini adalah satu konspirasi terhadap beliau.
"Bagaimana ia boleh menjadi satu konspirasi apabila terdapat bukti video yang jelas menunjukkan bapa dan abangnya terlibat dalam perbincangan bersama bakal pembeli rumah kos rendah?"

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah wants 1MDB issue to be brought up by the Conference of Rulers

Posted: 04 Sep 2016 10:08 PM PDT

Najib harus buktikan tiada komplot hina Agung

Posted: 04 Sep 2016 10:07 PM PDT

MO1: MP Amanah mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong

Posted: 04 Sep 2016 09:23 PM PDT

Serahan surat kepada wakil YDPA (dari kiri) Mohd Yusni Yusup, manakala wakil Amanah terdiri daripada Datuk  Raja Kamarul Bahrin, Khalid Samad dan Wan Anwar Wan Ibrahim di Istana Negara hari ini.Serahan surat kepada wakil YDPA (dari kiri) Mohd Yusni Yusup, manakala wakil Amanah terdiri daripada Datuk Raja Kamarul Bahrin, Khalid Samad dan Wan Anwar Wan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.
Mereka yang diwakili ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad memohon YDPA campur tangan dalam isu berkenaan memandangkan tiada tindakan yang diambil kerajaan.

Sedangkan Majlis Raja-raja Melayu yang bersidang pada 7 Oktober 2015 telah meminta kerajaan Malaysia menangani dengan baik dan menyelesaikan masalah 1MDB.

"Patik memohon sokongan ke Bawah Duli Tuanku ke atas tindakan ini sebagai satu usaha mengembalikan hak rakyat Malaysia dan mengelakkan kedaulatan negara dari tercemar.

"Maka, sokongan ke Bawah Duli Tuanku penting kerana ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat seluruhnya," kata kandungan surat tersebut yang ditunjukkan kepada pemberita selepas selesai mengadap pihak istana.

Surat tersebut ditandatangani enam ahli Parlimen Amanah iaitu Khalid Samad (Shah Alam); Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan; Hanipa Maidin (Sepang).
Surat itu diterima oleh Pegawai Perhubungan Istana Negara Mohd Husni Yusup.
Read More / Baca Lagi >>

Isu FAM: 'Saya terima laporan pendrive dari orang dalam' - TMJ

Posted: 04 Sep 2016 09:20 PM PDT

'Menari dan berjoget, Apandi digesa letak jawatan'

Posted: 04 Sep 2016 09:17 PM PDT

Awak beri saya satu jawapan mana 1Malaysia, soal TMJ

Posted: 04 Sep 2016 09:17 PM PDT

Politik wang, istilah muluk rasuah.

Posted: 04 Sep 2016 08:47 PM PDT

Secara mudah, rasuah ialah suapan wang atau janjian ganjaran untuk memperolehi sesuatu. Dlm bahasa biasa rasuah juga disebut duit kopi. "Kalau awak mahu menang dlm bidaan ini, awak faham-faham la", demikian maksudnya.

Rasuah dlm politik juga sama mafhumnya. Dlm pertandingan jawatan ketua bahagian, ketua cawangan dijanjikan sejumlah wang atau janjian percutian dan sebagainya, agar mereka mengundi calun berkenaan. 
Rasuah adalah haram dlm agama juga undang-undang negara. Tiada takwil tiada qias.
Namun dlm umno, tiada istilah rasuah walau berlaku janjian sedemikian. Ia ditukar kpd istilah politik wang. Ketua bahagian menjanjikan sejumlah wang atau janjian percutian kpd ketua cawangan dgn niat tak lain tak bukan supaya ketua cawangan mengekalkannya dlm pemilihan seterusnya.
Rasuah dlm umno ini mendapat tempat yg istimewa kerana ia tidak boleh diambil tindakan oleh sprm. Kata sprm, ia hal ehwal dalaman parti. Maka ujudlah sprm kedua, jawatankuasa disiplin umno.
Baru-baru ini, seorang ketua bahagian umno, datok jamal md yunos menjanjikan rm1,000.00 kpd setiap ketua cawangannya. Juga kpd enam ratus lebih perwakilan. Katanya ia adalah wang yg disumbangkan pehak tertentu sbg perbelanjaaan lawatan sambil belajar ke dhubai yg tak jadi.
Jelas ia percubaan rasuah. Kerana apabila ketua cawangan telah menerima wang, pastilah dengan balasan undi jika ada pertandingan ketua bahagian. Tak mungkinlah datok jamal begitu bermurah hati dgn ketua cawangan tanpa niat yg tersirat itu.
Apabila hal ini berada diluar bidang sprm, berleluasalah rasuah politik dlm umno. Rasuah disebut sumbangan atau pemberian atau apa juga istilah. Spt juga dlm pilihanraya, umni dgn jelas berkata "kita akan bena berbagai prasarana di kawasan tuan-tuan dgn syarat tuan-tuan memilih calun kami". Itu bukan rasuah kata umno tapi kewajiban.
Membeli undi, adalah istilah yg tepat bg rasuah dlm umno. Dan datok jamal hanya melanjutkan apa yg telah jadi budaya.

Ada kesan Mufti kata wajib sokong RUU 355 - Samsul Adabi

Posted: 04 Sep 2016 08:37 PM PDT


Samsul Adabi Mamat

SHAH ALAM - Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang mewajibkan ahli Parlimen beragama Islam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bakal mempengaruhi persepsi rakyat.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, sekiranya ahli Parlimen beragama Islam menolak untuk menyokong, masyarakat Islam pastinya akan mengecam tindakan tersebut.
"Apabila mufti mengatakan wajib, setiap MP menolaknya nanti akan menghadapi pandangan serong atau dikecam dalam kalangan orang Islam.
"Ini kerana pandangan seseorang mufti itu akan memberi pengaruh besar kepada pemikiran masyarakat Islam," katanya kepada Sinar Online.
Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong memandangkan pindaan itu membawa ke arah kebaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kenyataan Zulkifli sebagai satu pandangan yang mendalam serta teliti yang tidak dipengaruhi emosi.
"Beliau mengatakan di peringkat awal lagi, kita kena cari adab bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal yang berbeza pandangan.
"Jadi, saya rasa walaupun dia mengeluarkan pandangan RUU itu patut disokong, saya yakin dia boleh terima bahawa ada orang yang mungkin berbeza pandangan," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli Parlimen yang akan mengambil kesempatan politik ketika tiba masanya nanti.
"Saya pasti akan ada yang petik pandangan mufti wilayah ini,. Macam biasalah, mereka ini apabila nak ambil kesempatan politik ini, akan petik tiga atau empat perenggan daripada berpuluh perenggan kenyataan mufti ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang kata usaha selamatkan Najib gagal

Posted: 04 Sep 2016 07:43 PM PDT

Usaha menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus dituduh sebagai Malaysian Official 1 (MO1) gagal.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu wawancara cuba menutup kes berkenaan MO1, namun ia lebih terdedah.
Lim Kit Siang "Persoalannya, mengapa Najib sendiri berpura-pura malu untuk tampil ke hadapan dan buat pengakuan seperti laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat?
"Najib sehingga sekarang menafikan dia tidak melakukan sebarang salah laku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya dalam satu ucapan di Stulang, Johor Bahru, malam kelmarin.
Jelasnya, kenyataan mengenai MO1 mendedahkan kesalahan perdana menteri itu dan pegawai-pegawai dalam isu 1MDB.
"Selain itu, dunia melihat Malaysia kerajaan kleptokrasi global sekelip mata," katanya.
Justeru katanya, cadangan sesi khas Parlimen pada bulan ini membincangkan kaedah mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara wajar dipertimbangkan.
"Satu delegasi Parlimen terdiri daripada semua pihak perlu dihantar ke sesi Perhimpunan Khas Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membersihkan Malaysia daripada dakwaan antarabangsa berkaitan kleptokrasi.

SIAPA YANG DOAKAN ZAHID HAMIDI TU, ORANG UMNO ATAU DAP?

Posted: 04 Sep 2016 07:41 PM PDT

Mungkin disebabkan terlalu letih kerana baru kembali daripada New York kerana menghadiri persidangan PBB dan kemudian disusuli dengan merasmikan banyak mesyuarat UMNO,  lalu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menghadapi sedikit masalah kesihatan diri.

Berikutan itu, tersebar pelbagai berita palsu mengenai keadaan kesihatannya, termasuk kononnya diserang sakit jantung dan mengalami strok.
Menyedari banyaknya spekulasi yang menjadi viral itu, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Subang semalam, dalam keadaan suaranya yang serak dan tidak dapat berucap panjang, Zahid secara bergurau berkata, "ramai betul yang mendoakannya agar cepat padam."

Namun, Zahid meminta semua pihak agar memaafkan mereka yang membuat sebaran berita palsu mengenai dirinya itu.

Siapa agaknya yang banyak menyebarkan berita palsu dan mendoakan perkara tidak baik mengenai Zahid itu?

Orang UMNO sendiri atau orang DAP?

Antara kelompok tertentu dalam UMNO dengan orang DAP, PKR atau lain-lain parti pembangkang, siapa gerangannya yang lebih tidak mahu atau takut jika Zahid jadi Perdana Menteri?

Pas “rollback” ke era 1980an?

Posted: 04 Sep 2016 05:45 PM PDT

Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa.

Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS.

Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Pas sederhana

Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya.Bagi Umno, PAS diterima sebagai "necessary evil".

Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama.

Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini.Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan.

Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum mengenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.

Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan.

Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.

Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisme politik di kalangan rakyat Malaysia.

PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS.

Gelombang profesional

Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat.

Dari segi aktivisme, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan profesional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan profesional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan.

Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan profesional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.

Roboh tembok

Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar.Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini roboh.

Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok "containment" ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13.

Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi "containment". Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok "containment" ini.

Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di "contain" dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional.Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok "containment". Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan.

Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi "rollback". Tujuan strategi "rollback" ialah menolak kembali PAS ke ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan.

Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.

Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program "taklimat" tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan.Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini.

Asabiyah Melayu

Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam.

Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal.
Read More / Baca Lagi >>

‘Jika bukan kerana Husam Pas hilang Kelantan PRU 13’

Posted: 04 Sep 2016 05:43 PM PDT


'Jika bukan kerana Husam Pas hilang Kelantan PRU 13' - Penyelidik

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.
Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.
"Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.
"Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.
"Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni," katanya dalam satu kenyataan.
Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.
Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.
Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.
"Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32.
"Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17," katanya.
Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun PAS akan goyah dan 7 DUN BN goyah.
"Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi," katanya lagi.
Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.
Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.
Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat terpaksa buat beberapa kerja

Posted: 04 Sep 2016 05:34 PM PDT

DALAM memenuhi cabaran hidup seperti kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, melakukan kerja lebih daripada satu kini sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.


Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan masa lapang dan cuti untuk mendapatkan sumber pendapatan lain meskipun sudah mempunyai pekerjaan tetap.
Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Rahmah Ismail, kehidupan warga kota pada hari ini semakin mencabar, kesan daripada pelbagai peristiwa yang berlaku sama ada dalam negara mahupun luar negara.
"Memenuhi keperluan harian merupakan tuntutan kehidupan yang penting dan mencabar. Justeru, di dalam menempuh kenaikan kos sara hidup, melakukan kerja lebih daripada satu merupakan kelaziman rakyat.
"Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan mereka yang tiada pekerjaan tetap atau bekerja secara underemployed, malah dalam kalangan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap.
"Selain itu, terdapat juga individu yang ingin memaksimumkan kepuasan mereka dalam apa jua aktiviti dilakukan, sepertimana yang dihujahkan dalam teori ekonomi bahawa kehendak seseorang tidak terbatas, tetapi kemampuannya terhad," katanya.
Memandangkan harga keperluan asas harian di kota lebih tinggi berbanding di desa maka warga kota tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan tuntutan perbelanjaan yang tinggi.
"Harga sewa rumah dan pembelian rumah misalnya jauh berlipat ganda lebih mahal di kota. Tambahan pula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada Apil 2015 telah meningkatkan harga barang dan perkhidmatan sebanyak enam peratus.
"Meskipun kesan GST ini dirasai oleh semua pihak sama ada tinggal di kota atau desa, namun kesannya lebih besar di kota memandangkan corak dan keperluan hidup yang berbeza.
"Misalnya daripada sudut penggunaan, kesibukan kerja menyebabkan mereka lebih banyak makan di luar rumah yang kosnya lebih tinggi berbanding dengan memasak di rumah yang banyak dilakukan oleh masyarakat di luar bandar.
"Bagi pasangan yang bekerja mereka perlu menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan yang kosnya sangat mahal sementara di desa sokongan keluarga masih kukuh dalam membantu masalah penjagaan anak," katanya.
Dalam pada itu menurutnya, melakukan lebih satu pekerjaan bukan sahaja berlaku dalam kalangan pekerja bawahan tetapi juga pekerja peringkat tinggi seperti golongan profesional.
"Namun, motif mereka adalah berbeza. Bagi golongan bawahan, mereka inginkan pendapatan bagi menampung keperluan asas harian.
"Bagi mereka yang sudah mempunyai berpendapatan tinggi, tujuannya lebih kepada meningkatkan lagi harta kekayaan, tabungan dan memenuhi keperluan barangan dan perkhidmatan mewah seperti memiliki lebih daripada satu rumah atau melancong ke luar negara," katanya.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang ingin memenuhi masa lapang dengan melakukan perniagaan atas talian walaupun mempunyai pekerja yang hakiki," katanya.
Katanya, dunia hari ini memerlukan kepada kemahiran 'multitasking' untuk lebih berdaya saing dalam pasaran buruh.
"Oleh itu, melakukan lebih daripada satu pekerjaan sudah semestinya memberi peluang individu mendapat kemahiran yang pelbagai dan memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.
"Pengalaman kerja merupakan modal manusia yang paling berharga. Malah kuasa tawar menawar pekerja dalam mendapatkan upah yang lebih tinggi banyak diasaskan kepada pengalaman bekerja," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib

Posted: 04 Sep 2016 05:30 PM PDT

Dr Zulkifli Mohamad Albakri Amanah mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.
Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.
"Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?
"Ketika Marang bentang, tidak ada perincian apa pun lagi. Kita tak dapat tengok apa-apa maklumat pun. Kenyataan 'wajib' itu dibuat tanpa melihat keseluruhan isu-isu 'legal', prosedural yang lebih rumit daripada sekadar suruh sokong," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong pindaan itu memandangkan ia membawa kebaikan.
Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.
Dalam pada itu, Mujahid berkata, sokongan bukan isu sebaliknya ia lebih menjurus ke arah isu teknikal dan pelaksanaan.
"Secara asasnya, kalau bercakap tentang undang-undang Islam, siapa yang tak sokong? Itu bukan isunya. Kalau sebut dari segi sokongan, perkara yang dah ada pun banyak kelemahan, bagaimana kita nak sokong perkara yang kita tak tahu.
"Saya sudah membaca kenyataan beliau tapi saya masih menganggap itu hanya satu pandangan sahaja. Jangan gunakan kedudukan beliau untuk mengeluarkan perkataan 'wajib' itu. Ini perkara legislatif...dah semacam satu tekanan pula," katanya.
Katanya, tindakan Zulkifli yang memetik titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, lebih mengelirukan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu 10 peratus: ‎Azmin tempelak kenyataan Noh

Posted: 04 Sep 2016 05:28 PM PDT


Azmin Noh Omar

SHAH ALAM - Kenyataan dibangkitkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkaitan pemansuhan diskaun 10 peratus Bumiputera baru-baru ini disifatkan sebagai pembohongan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian mengulas kenyataan Noh yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri memansuhkan diskaun 10 peratus melibatkan pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (Soho) dan pejabat maya di rumah (Sovo) di Selangor.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah berbincang dengan pemaju supaya harga pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo diselaraskan antara RM230,000 hingga RM270,000.
"Perkara tersebut juga mendapat makluman Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Redha), malah exco berkaitan juga sudah memberi penjelasan kuota jualan untuk Bumiputera dikekalkan dan kerajaan negeri melakukan penyelarasan harga Soho dan Sovo.
"Sebelum ini, harga Soho dan Sovo nilainya melebihi RM450,000 dan jika diberi diskaun 10 peratus, mereka tetap tak mampu membelinya. Jadi kenyataan beliau (Noh) boleh disifatkan sebagai pembohongan," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor ke-64, di sini, semalam.
Beliau berkata, persoalan pengkhianatan yang ditimbulkan juga tidak betul kerana penyelarasan harga itu memberi peluang lebih besar kepada bumiputera memiliki Soho dan Sovo.
Katanya, sebelum ini, harga hartanah itu tinggi kerana ia berstatus komersil dan perniagaan, bukan kediaman.
"Harga jualan Bumiputera bagi projek lain kekal, tiada sebarang pembatalan.
"Kita mahu beri keadilan kepada semua rakyat Selangor tanpa menjejaskan hak bumiputera dan sebab itu kita tak batalkan harga jualan khusus kepada Bumiputera tetapi berusaha bantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki Soho dan Sovo," katanya.

Terbaik Rafizi!!~ Sesi Soal Jawab & Hala Tuju Politik Malaysia

Posted: 04 Sep 2016 08:20 AM PDT

Tindakan Husam tak selari dengan didikan Nik Aziz, kata Dewan Ulama PAS

Posted: 04 Sep 2016 07:48 AM PDT

GEMPAR!! Beberapa Individu DIBUNUH, Institusi Negara Digunakan Bagi TUTUP Kes 1MDB

Posted: 04 Sep 2016 07:19 AM PDT

SANGAT JELAS!! 136 Muka Surat Jelaskan SIAPA MO1,Najib Tak Berani Saman DOJ

Posted: 04 Sep 2016 07:18 AM PDT

RM650j perindah sekitar Tugu Negara... rakyat terus ikat perut dan merana...!!

Posted: 04 Sep 2016 07:06 AM PDT

Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar.
Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.
Berucap merasmikan projek Taman Tugu di Tugu Negara hari ini Najib berkata fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
"Salah satu ciri global city (bandar raya global) ialah pembangunan masyarakat dalam sesebuah bandar raya menuju kepada kemudahan riadah. Kemudahan green lungs (kawasan hutan).
"Sebab itulah bandar raya London sinonim dengan Hyde Park, Central Park sinonim dengan New York.
"Jadi saya ingin suatu hari nanti, Taman Tugu ini sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf global city," katanya.
Projek itu dijalankan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan.
Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhar mengenai binaan patung seperti burung helang adalah haram kerana menyerupai haiwan hidup.
Memetik hadis nabi Zamri berkata ijmak seluruh ulama mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.
"Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan, manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar," tulisnya dalam sisipan "Ibrah" di Berita Harian pada 2 September lalu.
Dijangka siap pada 2020
Tugu Negara terdiri daripada patung gangsa menyerupai sekumpulan tentera dengan satu daripadanya memegang tiang bendera mengibarkan Jalur Gemilang.
Ia telah disiapkan pada 1966 untuk memperingati pasukan keselamatan yang terkorban semasa darurat di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mereka ini berkiblatkan siapa ??!!

Posted: 04 Sep 2016 06:45 AM PDT

SETELAH KUTIPAN GST LEBIH RM30 BILION berjaya dikutip, inilah yang bakal dihasilkan..

"Taman Tugu ini (Tugu Negara) sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf 'global city'" -Najib Razak

APA DAH JADI pada suara2 penasihat agama, mufti2 & 'ularmak' Umno yang 'makan gaji' KERAjaan UMNO/BN !!!

SAMAN WSJ 'HARI SELASA' TAHUN LEPAS APA DAH JADI !!

Posted: 04 Sep 2016 06:42 AM PDT

TAHUKAH ANDA.. Dilaporkan dlm WSJ penyiasat berkata sekurang2nya AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB. Mereka percaya AS$1 bilion berakhir di dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jika laporan WSJ ini palsu & fitnah, BERANIKAH NAJIB NAK SAMAN WSJ !!!

MANA SATU SPRM NAK TANGKAP, TAHAN & SIASAT, 'politik wang' atau 'rasuah' ??!!!

Posted: 04 Sep 2016 06:40 AM PDT

SEJAK BILA penyamun mengaku dirinya PENYAMUN.. ?

SEJAK BILA kaki rasuah mengaku dirinya KAKI RASUAH.. ?

TAHUKAH ANDA..
Merasuah dalam Umno dipanggil politik wang.. Manakala merasuah dlm bukan Umno dipanggil rasuah...

Kenapa KPN Anggap Kenyataan Rahman Dahlan Kenyataan Politik ?

Posted: 04 Sep 2016 05:16 AM PDT


OLEH MAHFUZ HJ OMAR
1.Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan polis tidak mahu campurtangan berhubung dengan dakwaan Datuk Rahman Dahlan Menteri di JPM yang PM Najib adalah MO1 dalam saman civil  Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB. Lebih pelik apabila KPN Tan Sri Khalid menganggap dakwaan Menteri JPM Rahman Dahlan tersebut sebagai kenyataan politik.


2.Persoalannya kenapa KPN menganggap kenyataan Rahman sebagai kenyataan politik. Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT Umno dan Pengarah Komunikasi dan Strategi BN. Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik.Dimana politiknya saman civil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1.

ADAKAH KPN MENGESAN ADA KOMPLOT BARU DALAM UMNO NAK NAJIB UNDUR.

3.Adakah kenyataan Rahman Dahlan telah berjaya dicium oleh polis adanya kopmlot tertentu dalam Umno sudah merasakan PM Najib sebagai bebanan politik Umno.Ini membawa kepada usaha untuk Najib berundur sedang digerakan oleh kumpulan tertentu dalam Umno. Adakah Rahman Dahlan sebagai penggeraknya bagi pihak tok dalang di belakang pentas.

4.Saya bersetuju yang Polis tak perlu campurtangan dalam usaha pihak tertentu dalam Umno mahu menurunkan Najib dari PM untuk digantikan dengan orang lain.Saya bersetuju soal politik parti Umno serahkan pada orang politik.Tetapi Polis perlu menyiasat tentang wang yang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion yang berakhir kedalam akaun peribadi Najib yang merupakan MO1 adalah daripada 1MDB dan bukannya derma dari Tok Arab.MO1 adalah PM Najib telah disahkan oleh Rahman Dahlan seperti yang terkandung dalam saman sivil DOJ Amerka Syarikat. Ini adalah kes Jenayah perdagangan bukannya isu politik. Saya nak tanya KPN setuju tidak dengan kenyataan Rahman Dahlan MO1 adalah PM Najib

#PMNajibMO1
#MalaysiaNegaraMO1
#SelamatkanMalaysia.

Nik Abduh kecam Husam

Posted: 04 Sep 2016 05:08 AM PDT

Dengan nada sinis dalam statusnya di Facebook, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata Datuk Husam Musa memberi gambaran seolah-olah Tok Guru akan mengikutnya keluar PAS.
nik-abduh-husam
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Abduh, anak kepada allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam bekas naib presiden parti Islam itu, Datuk Husam Musa kerana masih menggunakan nama bapanya untuk menjustifikasikan tindakannya bertukar sekutu dengan Amanah, parti serpihan PAS.
Dalam satu posting di Facebook, Nik Abduh menggelar Husam sebagai anak murid Tok Guru yang 'rare' yang bercakap seolah-olah Nik Aziz akan mengikut jejak langkahnya meninggalkan PAS, meskipun sudah meninggal dunia.
Tanpa menyebut nama Husam, Nik Abduh menulis: "Masa tok guru hidup dulu, dia ni sering bagitahu orang bahawa tok guru akan ikut saja cakap dia. Lepas tok guru meninggal pun, dia masih bagitahu orang kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru. Nampaknya, sampai mati tok guru istiqamah ikut dia. Memang 'rare' murid tok guru ni sorang. Siapa 'dia' ni?"
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dalam posting itu, tetapi jelas ia ditujukan kepada Husam, yang merujuk kepada hubungan rapatnya dengan allahyarham Tok Guru ketika mengumumkan penyertaannya dalam Amanah.
Husam sebelum ini pernah digelar anak didik Nik Aziz. Beliau dipecat daripada PAS kerana masalah disiplin, awal tahun ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Husam kerana menggunakan nama Nik Aziz sebagai alasan untuk mengukuhkan tindakannya bertukar parti.

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 8:51 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Nasihat aku kepada Adun cina DAP nyang sanggup 'khianat' ayah dia sendiri

Posted: 04 Sep 2016 05:30 AM PDT

Kalau Lim Siew Khim sanggup buat sampai tahap tu untuk 'membersihkan' kesalahan bapa dia, aku yakin nama dia bukan saja akan bersih tapi akan jadi lebih menyinar selepas ni.

Malaysiakini melaporkan:
ADUN DAP Sungai Pinang Lim Siew Khim hari ini memberi penjelasan yang terang mengenai kontroversi dakwaan rasuah melibatkan bapanya, dengan mengaku bahawa lelaki itu mempunyai sejarah "mencipta masalah".

Beliau juga mengulangi bahawa tidak mengetahui ayahnya, Lim Keat Seong mengutip wang kononnya atas alasan bahawa mereka yang membuat bayaran akan mendapat rumah kos rendah.

Siew Khim membuat penjelasan dalam rakaman video berbahasa Mandarin oleh China Press apabila delegasi DAP melawat ibu pejabat akhbar tersebut di Pulau Pinang hari ini. - Mkini.
Artikel penuh »

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:17 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Hafiz enggan komen isu batal kahwin dengan Fara Fauzana

Posted: 04 Sep 2016 06:08 AM PDT

Fara Fauzana
Fara Fauzana. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
 

PEMUDA yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Fara Fauzana, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan perkahwinanya bersama selebriti itu.

Memetik BHOnline, Hafiz ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut dan akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata selama ini, dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Fara Fauzana umum batal nikah 17 September ini]

Sebelum ini, Fara mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz tanpa mendedahkan maklumat, serta identiti lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, Fara Fauzana dalam kenyataannya hari ini mengumumkan pembatalan majlis pernikahannya yang dirancang 17 September ini atas sebab peribadi.

Fara memberitahu keputusan itu diambil setelah beliau memikirkan semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada ALLAH SWT dan keluarganya.


SIAPA PEMIMPIN UMNO JOHOR YANG PERTAMA BERANI MENYOKONG SEPENUHNYA IDEA TMJ INI?

Posted: 04 Sep 2016 05:55 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Sesungguhnya ini adalah idea terpuji daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam konteks mewujudkan perpaduan dan persefahaman sesama rakyat.

Menurut baginda, untuk masa depan, tiada lagi sekolah Tamil, Cina atau Melayu di Johor, yang ada hanya satu sekolah untuk Bangsa Johor sahaja.

"Awak ada sekolah Tamil, awak ada sekolah Cina, awak juga ada sekolah Melayu (kebangsaan).

"Dari kecil awak dah ajar dia (pelajar) jangan bersatu, lepas tu (apabila besar) awak suruh mereka bersatu," jelas baginda lagi mengenai rasional perlunya kerajaan negeri Johor mewujudkan sekolah tersebut.

Nah....sekarang siapakah pemimpin UMNO yang pertama berani paling ke depan menyokong sepenuhnya idea Tengku Mahkota Johor ini?

Hishammuddin Hussein? Azalina Othman Said? Dr Puad Zarkashi? Atau siapa?

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin pula seharusnya tampil memberi jaminan dengan segera bilakah Sekolah Bangsa Johor ini boleh direalisasikan di negeri tersebut? 

Tahun depan, dua tahun lagi atau bila?

Ayuh...pemimpin-pemimpin UMNO Johor sekalian, tunjukkanlah wajah sebenar tentang apakah yang lebih penting, perpaduan dan persefahaman jangka panjang untuk rakyat atau undi daripada bukan Melayu?

Jika sebelum ini ramai pemimpin UMNO Johor begitu ghairah menyokong konsep Bangsa Johor, apakah mereka juga setuju dengan Sekolah Bangsa Johor ini?

Bagaimana pula dengan pemimpin MCA dan MIC Johor? Setuju atau tidak dengan idea bakal Sultan Johor kali ini? 


Nahas bas di Lebuhraya KL-Karak: 1 pelancong Singapura maut

Posted: 04 Sep 2016 05:50 AM PDT

 
Seorang lagi mangsa cedera dari Singapura yang turut menerima rawatan di hospital sama kini dalam keadaan stabil dan masih dipantau doktor.


karak


PETALING JAYA: Seorang pelancong Singapura yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran terbabas di Lebuhraya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, Rabu lalu, meninggal dunia hari ini.

Menurut laporan China Press, lelaki berbangsa Cina berusia 62 tahun itu yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ketika kejadian, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi.

Anak lelaki mangsa tiba di Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut jenazah mangsa yang dijangka dihantar pulang ke Singapura hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa cedera dari Singapura yang turut menerima rawatan di hospital sama kini dalam keadaan stabil dan masih dipantau doktor.

Seramai 13 pelancong Singapura dan seorang pemandu warga tempatan cedera, selepas bas persiaran itu terbabit dalam kemalangan di Km31.3, Lebuhraya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, pada 31 Ogos lalu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara, ketika kemalangan berlaku kira-kira jam 4.17 petang dipercayai akibat pemandu hilang kawalan dan terbabas, sebelum melanggar tembok menyebabkan bas berkenaan terbalik.

Semua mangsa cedera dibawa ke empat hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong dan Hospital Selayang.

'Jangan terpengaruh berita negara muflis tahun depan'

Posted: 04 Sep 2016 05:46 AM PDT

Bernama


Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.

Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.

"Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sabak Bernam di Selangor hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Johari berkata penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum ini, namun berita itu tidak benar.

"Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka," katanya.
-Bernama

Paul Low diingatkan janji bebaskan SPRM

Posted: 04 Sep 2016 05:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low diingatkan mengenai janjinya tahun lalu untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Low, semasa Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya September lalu juga berkata terdapat rancangan untuk meletakkan pejabat Ketua Audit Negara di bawah parlimen.

"Setahun sudah berlalu, kita tidak pernah mendengar apa-apa berita mengenai kedua-dua janji itu," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.

"Adakah Paul Low ditipu bosnya sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau (mungkin) menolak cadangan untuk mengukuhkan kebebasan kedua-dua institusi penting negara itu?

"Jika tidak, apakah ada apa-apa kemajuan dalam rancangan yang beliau katakan?," soal ahli parlimen DAP itu.

Pada persidangan itu, Paul Low berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk meneliti rancangan tersebut.

Paul dilapor berkata untuk menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan memerlukan pindaan perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga anggota Parlimen,

Lim mengingatkan Low bahawa beliau mempunyai sedikit masa untuk mencadangkan perubahan itu bagi diluluskan di parlimen dan sebagai bekas presiden Transparency International-Malaysia, beliau perlu memberikan jawapan kepada orang ramai.

"Malah, sebagai tambahan kepada kedua-dua cadangan, saya juga berminat untuk mengetahui apa yang Paul Low telah lakukan pada hari ke 365 mulai 2 September 2015 (apabila pengumuman itu dibuat)?

"Sebelum perbahasan bajet 2017 bermula di parlimen bulan depan, Low mesti menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia harus dibenarkan terus menjadi menteri dan menerima sebahagian daripada bajet negara untuk jawatannya," kata Lim.

Low dipilih dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum ke-13 dengan cara dilantik sebagai senator

15 sudah meninggal akibat denggi di Terengganu tahun ini

Posted: 04 Sep 2016 05:37 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Nyamuk Aedes punca denggi.Nyamuk Aedes punca denggi.
Seorang wanita berusia 34 tahun dari Kampung Seberang Kastam, Besut, maut akibat denggi semalam, menjadikan jumlah 15 kematian dilaporkan di Terengganu, sejak Januari lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar berkata mangsa terbaru itu meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam di Hospital Sultanah Nor Zahirah di sini selepas dirujuk dari Hospital Besut pada 30 Ogos lepas.

"Mangsa dilaporkan deman selama empat hari di rumahnya dan apabila keadaan semakin teruk, mangsa dihantar ke Hospital Besut dan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ," katanya kepada pemberita selepas perasmian program gegar 10,000 langkah merdeka peringkat negeri Terengganu di sini hari ini, lapor Sinar Harian semalam.

Setakat ini, katanya terdapat enam lokaliti wabak di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu dan satu di Marang.

Dari jumlah itu, Kampung Tok Kaya mencatat kes tertinggi iaitu 15 kes diikuti Taman Teratai (10), Padang Negara (enam), Kampung Nibong Bukit Besar (lima) dan Kampung Banggol Peradong (dua) manakala lokaliti wabak di Marang iaitu Kampung Durian Pahit mencatat empat kes.

"Kedudukan rumah kampung ini kebiasaannya terlalu rapat dan menimbulkan kesukaran untuk lori memungut sampah memasuki kawasan kampung ini untuk memungut sampah," katanya.

Najib Razak dedah anak muda makan mi segera ‘pecah tiga’

Posted: 04 Sep 2016 05:35 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Najib Abdul Razak (kanan) bersama rakannya, Badrul Amin Abdul Rahman menceritakan kesempitan kewangan anak muda hari ini.Najib Abdul Razak (kanan) bersama rakannya, Badrul Amin Abdul Rahman menceritakan kesempitan kewangan anak muda hari ini.


Berkongsi menjamah sebungkus mi segera dengan tiga rakan lain bukan satu situasi pelik bagi sebahagian pelajar di institusi pengajian tinggi hari ini.

Demikian luah Najib Abdul Razak, 20, seorang pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Masjid Jamek di ibu negara pagi minggu ini.

"Kami pun di poli(teknik) makan Maggie 'pecah tiga'. Duit pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) yang diterima mana ada cukup. Jangan tuduh kami tak cuba berjimat sebab harga barangan sekarang semakin mahal.

"Harga makanan yang dah sedia tinggi tu naik lagi selepas kerajaan buat pula GST (cukai barang dan perkhidmatan). Lagi tersepit bagi majoriti kami yang terpaksa berhimpit di rumah sewa sebab asrama yang disediakan terhad," dedah penuntut Diploma E-Dagang itu.

Beliau bersama 25 rakan sepengajian lain ketika ditemui Malaysia Dateline baharu sahaja selesai mengagihkan sumbangan sarapan sebanyak 500 bungkusan kepada gelandangan atau warga miskin kota di pusat bandar raya.

Mengakui ini adalah pengalaman pertama mereka membuat kerja kesukarelawanan, Najib memberitahu aktiviti mereka itu adalah bagi keperluan satu subjek yang diambil.

"Apa yang kami buat ini mulanya untuk memenuhi syarat subjek 'Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam' tapi bila turun sendiri baru kami celik tengok sendiri apa realiti berlaku sekarang ini.

"Sebahagian masyarakat kita yang ramainya datang dari luar bandar jadi gelandangan sebab mereka tak mampu memiliki kediaman sendiri. Kami sedar tentang banyaknya perkara tak kena tentang agihan kekayaan ekonomi negara ini," katanya lagi.
Mat, 39, dan pasangannya, Sue, 33, bersama anak mereka antara ribuan warga miskin kota yang menerima sumbangan NGO pada pagi hari minggu.Mat, 39, dan pasangannya, Sue, 33, bersama anak mereka antara ribuan warga miskin kota yang menerima sumbangan NGO pada pagi hari minggu.
Sementara itu, rakannya Badrul Amin Abdul Rahman, 20, menyelar tanggapan sesetengah pihak yang kononnya penuntut hidup mewah tetapi sengaja mengada-adakan cerita tentang kepayahan kewangan yang dialami.

"Mereka jangan menilai dari segi luaran. Memanglah pelajar hari ini masing-masing ada 'handphone' tapi itu sudah jadi keperluan untuk berhubung. Lainlah yang beli 'handphone' mahal, dia memang keluarga kaya selain kita tidak nafi ada segelintir pelajar yang boros tidak ukur baju di badan sendiri.

"Tapi ketahuilah kerajaan dan rakyat Malaysia, majoriti pelajar hari ini memang hidup tersepit. Jangan kata kami malas sebab ramai daripada kami terpaksa buat kerja 'part time' awal-awal lagi sebelum Ahmad Maslan (menteri) suruh sebab terpaksa nak tampung banyak kos hidup.

"Kami tak mahu beban orang tua di kampung. Nak harap duit PTPTN memang tak cukup," tegas anak peneroka Felda Kepis, Bahau, Negeri Sembilan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil sebelum ini menggesa kerajaan supaya menyemak semula dan memberikan suntikan tambahan kepada bajet pendidikan agar dapat meringankan beban penuntut di institusi pengajian tinggi.

"Saya bimbang poket mahasiswa yang kekeringan akan menjejaskan fokus dan mutu pembelajaran dan kemungkinan mereka terpaksa bekerja separuh masa tidak dapat dielak," ujarnya dalam satu kenyataan, 1 September lalu.
Di sebalik tawa anak muda ini, mereka terpaksa berjimat dan berkerja sambilan untuk meneruskan pengajian ketika kos sara hidup semakin meningkat.Di sebalik tawa anak muda ini, mereka terpaksa berjimat dan berkerja sambilan untuk meneruskan pengajian ketika kos sara hidup semakin meningkat.
Situasi sebahagian mahasiswa hidup berlapar dilihat ketara sejak beberapa tahun lalu ekoran peningkatan kos pengajian dan sara hidup lain yang tidak seiring dengan peningkatan hasil pendapatan isi rumah.

Pada masa sama, sebahagian universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM) difahamkan sudah tidak mempunyai dewan makan yang sebelum ini disubsidi kerajaan dan menjadi tempat bergantung penuntut khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ringgit dijangka terus jatuh berbanding dolar minggu depan

Posted: 04 Sep 2016 05:24 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pasaran wang globalPasaran wang global


Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan dipengaruhi faktor seperti kelemahan sentimen pengguna, penyusutan harga minyak mentah serta unjuran kemungkinan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedahnya.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kalangan peniaga terus bersikap berhati-hati mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah itu pada tahun ini jika pertumbuhan gaji bukan sektor perladangan adalah di bawah jangkaan pasaran.

"Unjuran pihak Fed akan menaikkan kadar faedah itu mencetuskan sentimen global serta kebimbangan berterusan mengenai ketidaktentuan ekonomi global," katanya dipetik BERNAMA.

Sementara itu, Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah paras terendah dalam masa tiga minggu pada AS$44.60.

Ia berikutan kebimbangan berterusan mengenai lambakan bekalan minyak di pasaran global yang terus melenyapkan minat pelabur terhadap komoditi berkenaan.

"Jelas sekali para pelabur sudah maklum dengan realiti lambakan minyak serta tidak lagi optimis dengan keputusan mesyuarat tidak rasmi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada September untuk membekukan pengeluaran," katanya.

Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, unit tempatan itu susut berbanding dolar US kepada 4.0830/0900 daripada 4.0130/0200. Malah, berbanding mata wang lain, ringgit ditutup rendah kecuali yen.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0018/0080 daripada 2.9669/9729 pada Jumaat lepas namun meningkat berbanding yen kepada 3.9411/9498 daripada 3.9942/1024 dan turun berbanding euro kepada 4.5640/5734 daripada 4.5299/5414, sebelum ini.

Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.4161/3262 daripada 5.2956/3056 pada Jumaat lepas.

Adakah Rahman Dahlan berkomplot turunkan Najib, soal MP Pokok Sena

Posted: 04 Sep 2016 05:22 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Adakah kenyataan Rahman Dahlan telah berjaya dicium oleh polis adanya kopmlot tertentuAdakah kenyataan Rahman Dahlan telah berjaya dicium oleh polis adanya kopmlot tertentu


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah wujud kopmlot tertentu dalam Umno yang sudah merasakan Perdana Menteri, Datuk Najib Razak sebagai bebanan politik Umno apabila polis merasakan kenyataan Rahman Dahlan satu kenyataan poltik.

"Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan polis tidak mahu campurtangan berhubung dengan dakwaan Datuk Rahman Dahlan Menteri di JPM yang PM Najib adalah MO1 dalam saman civil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

"Lebih pelik apabila KPN Tan Sri Khalid menganggap dakwaan Menteri JPM Rahman Dahlan tersebut sebagai kenyataan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persoalannya kata beliau, kenapa Ketua Polis Negara menganggap kenyataan Rahman sebagai kenyataan politik.

"Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT Umno dan Pengarah Komunikasi dan Strategi BN.

"Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik.

"Dimana politiknya saman civil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1," soalnya.

Ini katanya, membawa kepada usaha untuk Najib berundur sedang digerakan oleh kumpulan tertentu dalam Umno.

"Adakah Rahman Dahlan sebagai penggeraknya bagi pihak tok dalang di belakang pentas," katanya.

Beliau bersetuju yang Polis tak perlu campurtangan dalam usaha pihak tertentu dalam Umno mahu menurunkan Najib dari PM untuk digantikan dengan orang lain.

"Saya bersetuju soal politik parti Umno serahkan pada orang politik.

"Tetapi Polis perlu menyiasat tentang wang yang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion yang berakhir kedalam akaun peribadi Najib yang merupakan MO1 adalah daripada 1MDB dan bukannya derma dari Tok Arab.

"MO1 adalah PM Najib telah disahkan oleh Rahman Dahlan seperti yang terkandung dalam saman sivil DOJ Amerka Syarikat.

"Ini adalah kes Jenayah perdagangan* bukannya isu politik. *Saya nak tanya KPN setuju tidak dengan kenyataan Rahman Dahlan MO1 adalah PM Najib," katanya,

Replika raksasa helang tarikan utama pelancong di Langkawi

Posted: 04 Sep 2016 05:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LANGKAWI: Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) hari ini membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksasa helang di sini ekoran pendapat seorang pakar agama Islam yang menyifatkan mercu tanda seperti itu sebagai haram.
 
Yang dipertua LTA Zainuddin Kadir berkata replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu dan menarik ribuan pengunjung dalam tempoh berkenaan.
 
"Ia menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti bertentangan dengan agama," katanya.
 
Beliau mengulas laporan media dalam talian yang memetik Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim sebagai berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
 
Laporan itu menyebut, Zamri menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.
 
Zainuddin yang mendakwa mewakili lebih 8,000 ahli LTA berkata beliau menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.
 
"Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu," katanya.
 
Menurutnya apa-apa tindakan susulan yang akan dibuat pihak berkuasa berhubung perkara ini perlu mengambil kira kebajikan komuniti Langkawi yang sebahagian besarnya bergantung kepada pelancongan untuk menjana pendapatan.
 
 

Tindakan Husam tak selari dengan didikan Nik Aziz, kata Dewan Ulama PAS

Posted: 04 Sep 2016 05:16 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Datuk Husam Musa yang mempergunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagi menarik ahli PAS menyertai Amanah ternyata tidak selari dengan didikan yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Kelantan itu kepadanya.
 
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali, ajaran yang diamalkan oleh Allahyarham Nik Aziz, adalah menyeru ahlinya supaya istiqamah dan taat kepada parti.
 
Tindakan Datuk Husam tidak selari dengan apa yang dididik oleh Tok Guru Nik Aziz. Jangan mengaku dia seorang sahaja anak murid (Nik Aziz) ramai lagi, ada ratusan ribu anak murid Nik Aziz yang istiqamah dengan PAS.
 
"Kalau dia (Datuk Husam) ikut jejak langkah (Datuk Seri) Nik Aziz, beliau seorang yang konsisten dengan sistem syura dalam jemaah dan komited dengan sistem ketua mesti diikuti dan ditaati, serta menjaga keharmonian berjemaah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam bahawa lebih ramai penyokong PAS akan menyertai Amanah sekiranya Nik Aziz masih hidup.
 
Katanya lagi, semua pihak bijak membuat penilaian terhadap perjuangan Husam dalam Amanah yang dakwanya hanya menjadi 'kuda tunggangan' kepada DAP.
 
"Saya rasa masyarakat boleh menilai Amanah tidak memperjuangkan Islam, (hanya) memperjuangkan maslahah (manfaat) DAP sahaja," tegas beliau.
 
Dalam pada itu, Khairuddin turut meramalkan Husam akan berdepan kesukaran bagi mengadaptasikan perjuangan Amanah disebabkan pertembungan pemikiran dikalangan pemimpin parti itu kelak.
 
"Saya rasa Amanah, mereka (pemimpin) ada pelbagai pemikiran. Mereka akan berhadapan dengan masalah pertembungan pemikiran antara satu sama lain, tidak mudahlah bagi Datuk Husam," ujarnya.
 
Husam bertindak menyertai Amanah pada Selasa lalu apabila dipecat oleh PAS pada Mei lalu.
 
Selepas menyertai Amanah, Husam cuba meraih sokongan ahli-ahli PAS dengan menggunakan modal kononnya perjuangan Amanah menyerupai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.
 
Bekas exco Kelantan itu juga melahirkan keyakinannya bahawa Amanah mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
 
 

Tindakan tegas perlu diambil terhadap bapa ADUN DAP jika disabit bersalah

Posted: 04 Sep 2016 05:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PERMATANG PAUH: PKR menegaskan mana-mana pihak yang didakwa terlibat dalam unsur rasuah perlu dikenakan tindakan tegas.
 
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa bapa seorang ADUN DAP terbabit dalam rasuah melibatkan satu kes mendapatkan rumah kos rendah. 
 
"Kita tidak perlu berselindung apa-apa, kalau salah, salahlah tetapi kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan terhadap isu rasuah yang lebih besar berbanding di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Permatang Pauh di sini hari ini. 
 
Katanya, biar siasatan dilakukan terhadap mana-mana pihak yang dituduh dan sekiranya didapati bersalah, tindakan harus dikenakan. 
 
Jumaat lepas, bapa ADUN berkenaan direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes berkenaan.
 
 

'Milik siapa anak di rahimku ini...?'

Posted: 04 Sep 2016 01:39 AM PDT

Anne Muhammad  


Cerita mengenai isu kehamilan luar nikah terus berlaku di sebalik pelbagai laporan dan langkah diambil bagi mengekangnya.

Dalam keadaan begitu mujur ada rumah kebajikan yang bersedia memberikan bantuan kepada mereka untuk 'berehat seketika' daripada bertemu masyarakat.

Pusat perlindungan terletak di ibu kota itu diasaskan Vimmi Yasmin Abd Razak yang mula beroperasi sejak lebih setahun lalu.

Ketika ini ia menjadi tempat perlindungan sementara tujuh ibu berusia bawah 18 tahun serta bayi masing-masing.

"Kita nak bendung masalah buang bayi, kita nak bantu wanita-wanita ini," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika Malaysiakini melawatan pusat tersebut, rumah dua tingkat itu kelihatan sepi. Hanya pakaian bayi lepas dibasuh kelihatan tersidai di luar kediaman itu.

Di dalam, ada tujuh bayi - termasuk seawal usia dua minggu - diletakkan dalam buaian di ruang tamu dan dipantau oleh ibu masing-masing.

Menurut Vimmi (gambar), untuk memudakan pemantauan aktiviti seharian penghuni di situ diawasi melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, disebabkan usia masih muda dan tidak mahu terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling pihaknya
menyediakan kemudahan Internet bagi membolehkan penghuni di situ berhubung dengan keluarga masing-masing.

"Ada sesetengah tempat perlindungan sangat ketat peraturannya hinggakan penghuni tak benarkan guna telefon bimbit, tapi di sini lain.

"Kami sediakan kemudahan Internet supaya mereka dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

"Kita jangan membebel, nanti mereka akan tertekan sebab mereka masih muda. Dengan adanya Internet, remaja ini yang langsung tak ada pengalaman menguruskan bayi boleh melayari Internet dengan mencari maklumat berkaitan cara penjagaan bayi," katanya.

Keluar selepas bersedia

Vimmi yang turut menguruskan perniagaan makanan berkata, beliau akan memastikan semua ibu muda itu mengambil makanan berkhasiat dan menu disesuaikan mengikut masa berpantang mereka.

"Yang baru bersalin dan dalam berpantang kami beri mereka ikan tenggiri dan juga epal.

"Aktiviti memasak dan mengemas kami bahagi-bahagikan kerja, yang sudah habis berpantang kena masak tapi fokus utama mereka semua adalah menjaga bayi masing," katanya sambil menambah, kelas pengajian agama diadakan tiga kali seminggu.

Katanya, tidak ada had masa untuk wanita dan bayi itu untuk tinggal di rumah perlindungan berkenaan.
Hanya selepas mereka bersedia untuk berdepan dengan masyarakat, penghuni digalakkan kembali kepada kehidupan asal.

"Ya, masyarakat kita ini memang lebih gemar menghukum. Di sini saya sering ingatkan ibu-ibu ini mereka perlu menghadapi kehidupan sebenar.

"Perkara (melahirkan bayi tanpa nikah) sudah pun berlaku, apa yang perlu sekarang ialah teruskan kehidupan dan jaga anak elok-elok," katanya.

Vimmi berkata, untuk membolehkan pusat berkenaan terus beroperasi dan memberi perlindungan beliau tetap memerlukan sumbangan orang ramai dalam bentuk wang kerana perlu membayar sewa dan bil yang tinggi.

Walaupun memang ada pihak memberi sumbangan mereka tetap memerlukan bantuan tambahan daripada orang ramai bagi membina pusat perlindungan kedua kerana tempat sedia ada padat dan kurang selesa untuk didiami.

"Untuk pusat pelindungan yang sekarang ini kos bulanan untuk bayar sewa RM1,800, bil elektrik RM200, air RM200 selain bayaran Internet," katanya.

"Kewangan sehingga kini diuruskan oleh saya sendiri, kami tak dapat daripada syarikat korporat. Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun tak ada bantu kita," katanya.

Sementara itu salah seorang penghuni di situ Farah (bukan nama sebenar) berkata, dia sudah berada di pusat berkenaan sejak kandungannya berusia enam bulan.

Farah kemudian melahirkan seorang bayi di Hospital Ampang kira-kira dua bulan lalu.

Sah enam bulan

Gadis berusia 18 tahun tersebut mendakwa dirogol dua abang kandung dan abang iparnya sejak berusia 12 tahun.

"Farah mula disentuh abang pertama ketika usia 12 tahun, selepas itu abang kedua pula rogol dan ketika di tingkatan empat, abang ipar pun sama rogol Farah.

"Masa kali pertama kena saya tak beritahu guru dan rakan-rakan sebab takut tak ada sesiapa percaya.

"Selepas masuk sekolah menengah, Farah minta ibu benarkan tinggal di asrama kerana tak mahu jumpa dengan abang-abang dan abang ipar," katanya.

Selepas dibenarkan hidup Farah agak 'selamat' seketika namun apabila tiba musim cuti dia kembali berdepan risiko menjadi mangsa kebuasan orang yang dekat dengannya.

"Farah rasa berat hati nak balik rumah dan selalu minta kebenaran untuk tinggal di rumah guru," katanya.

Pada suatu hari Farah berasa semacam kurang sihat dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.
Pada hari kedua rawatan, doktor mengsahkan Farah hamil enam bulan.

"Farah tak tahu ini anak siapa tapi Farah yakin ini anak abang ipar sebab wajah anak ini mirip muka dia," katanya.

Farah berkata, beliau sudah membuat tiga laporan polis berhubung perkara ini dan abang-abangnya sudah ditahan reman namun abang iparnya gagal dikesan kerana dipercayai lari ke negara jiran.

"Ibu bapa sangat terkejut, mak sampai pengsan apabila tahu abang buat macam ni pada Farah. Ayah pula macam tak percaya mengapa perkara ni boleh jadi sampai macam ni dan ayah dah tak boleh tengok lagi muka abang," katanya.

Farah berkata, walau perkara ini terjadi kepadanya namun dalam sanubarinya mahu abang-abangnya berubah dan mereka seharusnya menggalas tanggungjawab dalam menjaga adik beradik yang lain.

Bagi penghuni yang mahu dikenali sebagai Siti pula, dia mengakui kesilapan dengan tidak menjaga batas pergaulan ketika menjalin hubungan dengan teman lelakinya.

"Ini kesilapan saya sendiri, ini anak dari hubungan saya dengan teman lelaki saya. Agak sukar untuk saya beritahu keluarga bahawa saya mengandung.

"Saya beritahu secara berperingkat supaya mereka tidak terlalu terkejut dan saya juga sempat ambil cuti bekerja sampai urusan melahirkan ini selesai," katanya.

Melalui pengalaman yang dirasainya, Siti turut mengingatkan remaja yang melalui perkara sama sepertinya supaya berterus terang dengan keluarga dan tidak mengambil jalan pintas dengan membuang bayi mereka.

"Sesiapa pun yang mengandung, sebaik-baiknya bagi tahu dengan keluarga dulu. (Dulu) ada orang nasihatkan (saya) bagi tahu secara berperingkat.

"Kalau mak lebih lembut hati, bagi tahu mak dulu. (Kita) kena berani dan kuat semangat untuk bagi tahu dan kena mengaku silap Kita. Apabila dah maklumkan keluarga, proses tu lebih mudah.

"Jangan panik dan cari orang yang boleh bagi nasihat. Silap macam mana pun, berbaliklah kepada Yang Satu," katanya.

Bil roaming boleh cecah puluhan ribu ringgit

Posted: 04 Sep 2016 01:29 AM PDT

Bil roaming boleh cecah puluhan ribu ringgit
SEORANG pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dilaporkan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Melayari internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.
Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta. Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia pada 2013.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya dipetik dari The Star.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.


Tun M senarai 14 kuasa Perdana Menteri

Posted: 04 Sep 2016 01:23 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 14 kuasa Perdana Menteri Malaysia yang terdapat dalam Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau meringkaskan kuasa Perdana Menteri menurut akta tersebut kerana menjangkakan tidak ada sesiapa yang mahu membacanya.

"Saya terpaksa baca keseluruhan Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara untuk memahami keperluan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

"Kuasa Perdana Menteri hampir tiada had," katanya melalui catatan di blog Chedet, semalam.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kini bekas) menyembahkan taklimat mengenai RUU itu pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara.

RUU MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, katanya, keperluan untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengisytiharkan darurat kerana undang-undang yang melindungi rakyat tidak terpakai ketika darurat.

"Tapi sekarang Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Pengerusi MKN akan menasihati Najib sebagai Perdana Menteri. Kuasa Najib jauh lebih banyak daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Sudah tiada lagi keperluan untuk merujuk atau mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Najib sebagai Pengerusi MKN hanya akan menasihati dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya lagi, Najib dilindungi sepenuhnya daripada sebarang prosiding undang-undang.

"Malah semua prosiding MKN adalah rahsia rasmi. Tiada mana-mana ahli MKN itu boleh mendedahkan apa-apa.

"Akta ini merendahkan martabat Perlembagaan. Sudah tentu ia salah. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Tapi tiada siapa buat apa-apa apabila ia dicabul," katanya.

Berikut 14 kuasa Perdana Menteri yang disenaraikan oleh beliau :

1.Menubuhkan Majlis Keselamatan Negara;
2.Mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara;
3.Majlis menasihati Perdana Menteri – iaitu dirinya sendiri;
4.Berkuasa untuk : memindahkan orang; isytihar perintah berkurung; mengawal pergerakan, jalan, laluan air dan udara; menahan seseorang; geledah dan rampas serta menggeledah premis untuk keadaan yang bahaya;

5.Menggeledah orang untuk keadaan yang bahaya;
6.Merampas kenderaan, kapal atau pesawat;
7.Berkuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta boleh alih;
8.Permintaan untuk menggunakan sumber;
9.Kuasa untuk mengarahkan memusnahkan mana-mana bangunan kosong;

10.Kuasa menggunakan pasukan yang perlu dan wajar;
11. Kuasa untuk mengetepikan inkues;
12.Kewajipan untuk menyimpan rahsia;
13.Perlindungan daripada mana-mana prosiding undang-undang dan
14.Status sebagai pegawai kerajaan.

Amaran TMJ kepada individu dalam ‘pendrive’

Posted: 04 Sep 2016 01:18 AM PDT

TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana individu yang disebut dalam 'pendrive' kontroversi agar segera berundur daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau menegaskan bakal bertindak mendedahkan identiti individu-individu tersebut sekiranya mereka masih dalam FAM, tahun depan.

"Saya hanya nak nasihat kepada individu-individu tersebut, hanya saya sahaja tahu siapa, tahun depan awak berundur. Kalau awak tak berundur, saya dedahkan semua sekali.

"Jika tidak mahu saya dedahkan, awak berundur dengan cara baik, kita lantik orang baharu yang boleh menjalankan tugas," katanya melalui petikan video Dialog Bersama Tunku Mahkota Johor yang disiar melalui Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyerahkan kandungan 'pendrive' didakwa mempunyai bukti penyelewengan yang diterima daripada Tunku Ismail kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM teliti 'pendrive' diserah menteri]

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, FAM perlu diterajui individu-individu yang benar-benar mampu menjalankan tugas demi bola sepak tanah air.

"Saya hanya mahu individu-individu tidak bertanggungjawab tidak ada di situ lagi. Itu sahaja.

"Apabila pengadil adil, profesional dan badan induk itu juga profesional. Itu cara Johor akan kuasai bola sepak tanah air," katanya.

Menyentuh soal kandungan 'pendrive' itu, Tunku Ismail berkata, ia hanya mengandungi isu-isu teknikal seperti yang sering beliau bangkitkan kepada FAM sebelum ini.

"Saya terima laporan 'pendrive' ini dari orang dalam tapi dalam laporan itu sama juga dengan perkara yang saya selalu suarakan kepada FAM...pilih kasih, teknikal, tak ada lah apa-apa berkenaan dengan syarikat membuat duit dan sebagainya.

"Jadi, banyak perkara teknikal seperti jurulatih tidak profesional, banyak pilih kasih, Exco tidak main peranan dan lain-lain perkara teknikal," katanya.


Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad

Posted: 04 Sep 2016 01:08 AM PDT

ASTRO AWANI


Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing. - Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan terkini Kaspersky Lab.

Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia.   

"Amerika Syarikat kekal mencatat jumlah tertinggi laman web diserang perisian berniat jahat dengan 32.02 peratus, diikuti Rusia (11.09), Jerman (10.18), United Kingdom (6.60) dan Belanda 6.44 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaru kumpulan itu, 'The Kaspersky Anti Targeted Attack Platform and Kaspersky Intelligence Security Services' di sini pada Khamis.

Beliau berkata hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.

Beliau juga menggesa syarikat-syarikat dan organisasi tempatan agar lebih berhati-hati kerana dijangkakan terdapat peningkatan terhadap insiden serangan siber terutama di rantau ini, ekoran individu-individu terbabit lebih matang dalam melakukan serangan siber seumpama itu.
 
"Kami menjangkakan sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing, dan pengembangan insiden sabotaj siber oleh entiti yang berniat jahat," katanya. 
 
 

Johor nak perkenal sekolah Bangsa Johor

Posted: 04 Sep 2016 01:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tidak lama lagi Johor akan muncul dengan modul pembelajaran yang membawa persefahaman dan perpaduan berlandaskan acuan Bangsa Johor.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata anak-anak di negeri itu akan dididik supaya bersatu dan saling menghormati anutan dan perbezaan bangsa masing-masing.

Bercakap pada sidang media Tengku Mahkota Johor itu berkata beliau berharap dalam tempoh terdekat kerajaan negeri itu akan menghasilkan modul pembelajaran tersendiri.

"Saya harap dalam masa terdekat - tak kisah tahun ini atau tahun depan atau tahun-tahun akan datang kerajaan Johor akan beri modul pembelajaran kepada anak-anak Johor

"Pada masa depan tidak ada lagi sekolah (Tamil), Cina, Melayu di Johor. Sekolah agama (Islam) masih ada untuk agama kita tetapi (yang ada hanya) sekolah Bangsa Johor," katanya.

Menurut beliau setiap orang perlu dididik sejak kecil untuk menghormati agama antara satu sama lain, juga menghormati bangsa dan kaum yang pelbagai.

Beliau yang biasanya dilihat lebih banyak terlibat dalam sukan bola sepak - khususnya melalui kelab JDT - juga mengakui mempunyai pelan lebih besar untuk negeri itu.

"Tanggungjawab saya dalam bola sepak ni kecil saja sebenarnya," kata beliau dalam klip video dimuat naik di Facebook hari ini.

Tunku Ismail juga menjelaskan jika di Johor ada Bangsa Johor di peringkat pusat juga ada konsep sama iaitu 1Malaysia.

Bagaimanapun konsep itu dilihat beliau tidak berkesan.

"Awak beri saya satu jawapan, mana 1 Malaysia.

"Awak ada sekolah (Tamil), awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu (kebangsaan).

"Dari kecil awak dah ajar dia (pelajar) jangan bersatu, lepas tu (apabila) besar awak suruh dia bersatu?" katanya.

Pewaris takhta kesultanan Johor itu juga mengingatkan Bangsa Johor supaya mencontohi Sarawak dengan mendidik anak muda supaya mengetahui sejarah serta kekuatan negeri itu.

Ia, katanya, perlu bagi memahami mengapa kerajaan persekutuan "memerlukan" Johor.

"Awak tengok Sarawak. Ssarawak pandai, Sarawak bersatu.

"Itu sebab apa yang Sarawak nak kerajaan (pusat) kena dengar. Kalau tak ada sarawak, dia (pusat) habis. Kalau tak ada Johor dia habis.

"Apabila awak bersatu kerajaan Johor ada lebih banyak kuasa. Boleh bersuara dan mereka terpaksa dengar sebab mereka perlukan awak punya sokongan," katanya.

9 suspek samun kedai emas di Putrajaya dicekup

Posted: 04 Sep 2016 01:01 AM PDT

Astro Awani
9 suspek samun kedai emas di Putrajaya dicekup
Menurut Rosly lagi, sembilan lelaki yang ditahan itu memainkan peranan yang berbeza dalam kes rompakan berkenaan. - Foto Astro AWANI

PUTRAJAYA: Polis Putrajaya berjaya menyelesaikan kes rompakan pertama kedai emas di Presint 15 Putrajaya pada 14 Ogos lepas dengan tertangkapnya sembilan lelaki berusia antara 20 dan 30-an.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas seminggu rompakan itu berlaku.

Kesemua mereka kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

"Emas yang dicuri dileburkan. Mereka ada kumpulan. Ada sembilan orang yang ditangkap dan yang menyamun ini akan serahkan kepada seorang wakil dan mereka menguruskan yang lain untuk urusan lebur dan jual, hasil jualan barang yang disamun adalah RM25 ribu .

"Pembahagian dibuat antara mereka ini antara RM4 ribu hingga ke RM5 ribu seorang yang mana wang yang disamun ini digunakan untuk membayar hutang along, membayar resit hospital perubatan salah seorang anak suspek dan juga urusan jual beli dan sebagainya," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Turut dirampas ialah sebuah kenderaan Toyota Alphard, sebuah Perodua Viva, sebuah motosikal dan wang tunai RM19,439 dipercayai sebahagian daripada hasil jualan emas yang disamun.

Menurut Rosly lagi, sembilan lelaki yang ditahan itu memainkan peranan yang berbeza dalam kes rompakan berkenaan dengan tiga daripadanya merompak kedai emas bersenjatakan tukul besi serta penyembur lada, seorang lagi menunggu dalam kenderaan Toyota Alphard dan seorang lagi menunggu dalam kereta Perodua Viva.
Jelas beliau, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan pembeli emas yang dileburkan, seorang menjalankan peranan melebur emas dan seorang lagi berperanan sebagai pemudahcara urusan jual beli emas yang sudah dilebur.

Kesemua mereka ditahan di bawah seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan.

Hishammuddin mahu bincang strategi PRU dengan bekas ketua pemuda BN

Posted: 04 Sep 2016 12:58 AM PDT

ASTRO AWANI


Hishammuddin mahu bincang strategi PRU dengan bekas ketua pemuda BN
Hishammuddin berkata sebagai satu-satunya parti yang mempunyai 14 parti komponen di negara ini, BN perlu menunjukkan keunikan kerjasama politik. - Foto Bernama
 
 
BENTONG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercadang mengadakan perjumpaan bersama bekas-bekas ketua pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk mencari mekanisme terbaik memperkukuhkan parti.

Hishammuddin berkata pertemuan dengan mereka, yang kini menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan, itu penting untuk mencari persefahaman dan kesepakatan dalam soal gerak kerja bagi membantu BN menghadapi dan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Sekarang ujian yang dihadapi kita datang daripada pelbagai sudut, dari dalam dan luar negara, malah bukan sahaja parti induk kita diuji, tetapi sayap dan parti komponen juga tidak terlepas daripada masalah.

"Segala hal ini tidak mungkin untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapinya seorang diri jika kita tidak membantunya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bentong merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
  
Hishammuddin pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bermula 1998 sehingga 2009 dan bekas ketua pemuda parti komponen BN yang kini menjawat jawatan penting dalam parti dan kerajaan termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Hishammuddin berkata sebagai satu-satunya parti yang mempunyai 14 parti komponen di negara ini, BN perlu menunjukkan keunikan kerjasama politik terutama dalam membantu rakyat di kawasan yang mempunyai komposisi penduduk pelbagai kaum seperti Sembrong, di Johor dan Bentong sendiri.

"Pembangkang cuba hendak meniru BN dengan mewujudkan pakatan mereka sendiri, namun tidak berjaya dan akhirnya berpecah, jadi kita mesti buktikan apa yang diwarisi selama ini (kesatuan antara parti komponen) diterjemah dengan baik terutama dalam gerak kerja menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Hishammuddin turut menyeru semua anggota UMNO di peringkat bahagian di seluruh negara mewujudkan 'gelombang-gelombang kecil'  yang kemudian menjadi tsunami untuk mempertahankan kubu-kubu kuat UMNO dan BN pada PRU akan datang.
 
Dalam masa yang sama, katanya semua anggota parti di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) perlu berada dalam keadaan 'mood bersedia' untuk menghadapi PRU dengan mula mengatur gerak kerja termasuk mengenal pasti pengundi di kawasan masing-masing.

"Kenal pasti berapa ramai yang telah daftar pada PRU lepas tetapi tidak keluar mengundi, ini semua perlu dikaji dan dipersiap dengan rapi supaya apabila perdana menteri umumkan bubar Parlimen, kita telah bersedia untuk pastikan setiap calon kita menang," katanya. 
 
 

PAN tidak sesuai dipanggil AMANAH – PAS

Posted: 04 Sep 2016 12:54 AM PDT




Che Abdullah Mat Nawi


(Bicara News) – Parti Amanah Negara (PAN) tidak sesuai dipanggil sebagai parti 'Amanah' kerana parti itu dipimpin oleh mereka yang tidak amanah.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (gambar) berkata, PAN dipimpin mereka yang pernah melanggar baiah, yang melarikan kerusi PAS dan melanggar disiplin parti.

"Kalau nak sebut orang yang melarikan kerusi, orang yang langgar bai'ah, orang yang kena (tindakan) disiplin, untuk nak dikatakan dengan amanah, memang tak sesuai.

"Orang nak sebut amanah pun tak mahu sebab dikaitkan dengan parti itu, sedangkan amanah ini sifat Rasulullah S.A.W," katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Che Abdullah dalam pada itu mengecam bekas pemimpin PAS yang kini menyertai PAN, Datuk Husam Musa mempergunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, Husam cuba menyamakan perjuangan PAN dengan perjuangan Nik Aziz tidak pernah sesekali mengkhianati perjuangan Islam dan PAS seperti yang dilakukan PAN.

Husam yang menyertai PAN berkata, mana-mana ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Nik Aziz perlu menyertai PAN kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga melahirkan keyakinannya bahawa PAN mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Filem Munafik menang 4 trofi

Posted: 04 Sep 2016 12:50 AM PDT



Filem Munafik membawa pulang empat trofi termasuk Filem Terbaik Nasional pada Festival Filem Malaysia 28 (FFM 28) di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Pengarahnya, Syamsul Datuk Yusuf turut merangkul Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Penyunting Terbaik manakala aktres Nabila Huda menggondol gelaran Pelakon Wanita Terbaik.

Pelakon Lelaki Terbaik pula menjadi milik Pekin Ibrahim menerusi filem Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit.

Sementara itu, filem Tamil tempatan Jagat diangkat menjadi Filem Terbaik Malaysia FFM 28 dengan pengarahnya Shanjey Kumar Perumal memenangi anugerah Pengarah Baharu Terbaik.

Sebanyak tiga filem diberikan Anugerah Khas Juri iaitu Ola Bola, Polis Evo dan The Kids From The Big Apple.

FFM28 yang diterajui pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, turut menyaksikan Deddy M. Borhan iaitu pengarah dan penerbit filem termasuk filem Azura, Gila-gila dan Toyol dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Filem Polis Evo turut menggondol tiga anugerah termasuk Filem Box Office dengan jumlah kutipan tayangan sebanyak RM17.4 juta.

Pelakon Baharu Wanita Terbaik dan Pelakon Baharu Lelaki Terbaik pula dimenangi Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit) dan Adam Shaz (Juvana 2).

FFM tahun ini juga menyaksikan pelakon veteren Fauziah Datuk Ahmad Daud memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Langit Cinta. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dimenangi Hushairi Hussain (Polis Evo).

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Kamil Othman.--MalaysiaGazette


Pejabat Pas Salor hak kerajaan negeri, bukan Husam - Nasuruddin

Posted: 04 Sep 2016 12:43 AM PDT

 
 
PAN memasang bendera parti di Pejabat Pas Salor yang dibantah kepimpinan Pas Kawasan
PAN memasang bendera parti di Pejabat Pas Salor yang dibantah kepimpinan Pas Kawasan


Datuk Husam Musa tidak berhak mengambil alih pejabat Pas DUN Salor selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 30 Ogos lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, tapak tanah dan bangunan pejabat itu adalah hak milik kerajaan negeri.

"Husam tidak ada hak untuk mengubahsuai pejabat itu bagi kegunaan parti PAN," katanya di Kota Bharu, semalam.

Beliau mengulas pertelingkahan yang berlaku antara kepimpinan Pas DUN Salor dengan PAN kawasan itu berhubung hak milik pejabat berkenaan.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dikatakan akan mengubahsuai pejabat berkenaan menjadi milik parti yang baharu disertainya, manakala Pas kawasan itu pula mendakwa markaz itu kepunyaan mereka.

Menurut Nasuruddin yang juga ADUN Meranti, kerajaan negeri tidak akan menbenarkan tanah itu digunakan sebagai markas Pas Salor kalau bukan kerana untuk kepentingan awam dan parti.

Tetapi katanya, setelah ketua di kawasan itu (Husam) tidak lagi berada dalam Pas, secara automatik pejabat berkenaan perlu dipulangkan kepada Pas, bukan ditukar menjadi milik PAN.

"Kita check doh, asal tanah kerajaan tu buke tanoh pok dia, buke tanoh tok dia, asalnya tanoh kerajaan. (Kita sudah buat semakan, tanah yang menjadi tapak pejabat Pas Salor itu bukan hak milik bapa atau Datuk Husam. Ia adalah tanah kerajaan negeri," tegasnya.

Katanya, Husam boleh keluar Pas, tetapi beliau tidak boleh mengambil pejabat DUN sekali.

"Nak keluar Pas, keluarlah, tapi kenapa nak ambil pejabat Pas? Langsung tak ada amanah. Nama saja parti Amanah, sebab itu ambo (saya) tak panggil nama parti Amanah, (panggil) parti PAN," katanya. 

MalaysiaGazette turut membuat semakan status tanah berkenaan dan mendapati ia milik isteri kepada seorang aktivis politik kawasan Salor, Datuk Rosli Ibrahim.

Berikut adalah status sebenar pemilik tanah Pejabat DUN Salor;

Pemilik: Minah binti Musa
Didaftarkan: Tahun 1960
Jadi Hak Milik: Tahun 1961
Pemilik Kedua: Saripah binti Dollah tahun 1993.

Saripah ialah isteri kepada Rosli, yang menyerahkan tanah miliknya itu kepada Husam yang ketika itu Ketua Pas Kawasan Salor untuk aktiviti parti.

Husam kemudian menganjurkan pelbagai program mengutip dana untuk membina pejabat Pas itu termasuk sumbangan kerajaan negeri. - MalaysiaGazette


LAWAN TETAP LAWAN - FAHAMKAH NAJIB MAKSUD SEBENAR UNGKAPAN POPULAR ANWAR ITU?

Posted: 03 Sep 2016 11:51 PM PDT

shahbudindotcom


Rasanya sudah lebih dari sekali Najib Razak mengungkapkan perkataan "lawan tetap lawan" dalam ucapannya yang bertujuan untuk menggambarkan beliau tidak akan berundur atau mengalah di sebalik cabaran bertali arus menghimpitnya.

Semalam sekali lagi beliau melafazkan ungkapan yang pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim itu untuk ditujukan khusus kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun.

"Lawan tetap lawan, saya tidak takut kepada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja.

"Saya tidak takut kepada orang yang khianati UMNO selepas jadi pemimpin selama 22 tahun. Patutkah saya takut kepada orang yang berusia 92 tahun," kata Najib lagi.
 
 
 
 
Gelihati pun ada bila Najib kerap menyebut "lawan tetap lawan" itu sejak kebelakangan ini, apatah lagi bila ia ditujukan khusus kepada Tun Mahathir.

Apakah beliau benar-benar faham maksud ungkapan  yang dilafazkannya itu?

Adakah beliau melafazkannya setelah menatap cermin untuk melihat wajah dirinya yang sebenar selama ini atau sekadar untuk membuatkan para penyokongnya bertepuk tangan semata-mata?

Jika Najib memiliki "cermin besar" untuk melihat secara jujur ke dalam dirinya dan mengimbas kembali beberapa ketakutannya selama ini, sama ada untuk berdebat dengan Tun Mahathir atau menyaman WSJ dan Muhyiddin Yassin, beliau seharusnya malu untuk mengungkapkan kata-kata itu.

Dibandingkan dengan keberanian dan hati waja Anwar Ibrahim yang selalu mengungkapkan kata-kata itu seiring dengan tindakan yang dizahirkannya, satu peratus pun Najib tidak mempunyai persamaan dengannya.

Najib secara azalinya sejak terkecimpung dalam politik berikutan kematian Tun Razak secara mengejut pada 1976, tidak dengan menebas lalang dan semak samun untuk jalan yang dilaluinya. Laluannya sentiasa tersedia kerana dirinya berbinkan Tun Razak.

Beliau tidak pernah bertanding untuk mana-mana jawatan dalam UMNO yang  memerlukan seorang pemenang. Pengalamannya berlawan hanyalah bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang memperuntukkan tiga kerusi untuk diisi.

Kemudian, laluannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO juga diperolehi bukan melalui pertandingan.

Oleh itu, Najib tidak kenal erti berlawan dalam ertikata yang sebenar. Mengungkapkan kata-kata "lawan tetap lawan", tetapi yang terzahir adalah ketakutan berbanding keberanian, hanya akan membuatkan banyak senyuman sinis dilemparkan terhadapnya.

Jika Najib bukan berbinkan Tun Razak dan berkecimpung dalam politik bermula dengan menebas lalang dan semak samun daripada peringkat cawangan seperti kebanyakan pemimpin yang lain, barangkali beliau bukanlah sesiapa pun pada hari ini.

Bukan saja tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir dan tiada kekuatan untuk menyaman WSJ atau Muhyiddin Yassin, Najib juga gemar menyingkirkan pengkritik dan penentang-penentangnya dalam UMNO sebelum gelanggang pertandingan dibuka.

Lebih dari itu, Gani Patail sebagai Peguam Negara juga ditukarkan secara mengejut, manakala SPRM dan Bank Negara dikacau ganggu ketika Abu Kassim dan dan Dr Zeti Akhtar mengetuainya yang kemudian menyaksikan kedua-dua mereka hilang kedudukannya.

Anwar yang sedang berada dalam penjara pun barangkali turut geli hati apabila ungkapan popularnya itu yang kini kerap dipinjam oleh Najib. Sebelum PRU 13 dulu, Anwar juga pernah mencabar Najib berdebat dengannya, tetapi jawapan yang diberi ialah "debat bukan budaya kita."

Jika Najib benar-benar ingin berlawan bak ungkapan "lawan tetap lawan" dalam menghadapi musuh-musuh politiknya, tidak memadai dengan sekadar berkata-kata saja. Kata-kata mesti diiringi dengan tindakan yang sama atau lafaz kata seharusnya senada dengan tindakan yang dilakukan. Banyak lagi yang perlu dipelajarinya daripada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Berdasarkan rekod dan ketidakberanian berlawan sebelum ini, Najib lebih menghina dirinya sendiri apabila meminjam ungkapan kata Anwar itu.


Sabah Sedia Berdepan Abu Sayyaf - Komander Esscom

Posted: 03 Sep 2016 11:36 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengukuhkan kedudukannya bagi mengelak kemasukan pengganas Abu Sayyaf susulan pengisytiharan perang oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke atas kumpulan bersenjata itu.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedia berhadapan sebarang kemungkinan melibatkan anggota Abu Sayyaf.

Beliau berkata, sebahagian daripada anggota kumpulan itu sudah masuk ke Sabah dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk di negeri itu.

"Kami memantau rapi pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan sewajarnya apabila tiba masanya," kata Wan Abdul Bari.

Menyambut baik tindakan kerajaan Filipina terhadap Abu Sayyaf, katanya, Esscom berusaha sebaik mungkin termasuk memantau situasi dan memastikan memperoleh maklumat terkini berkaitan kumpulan pengganas itu ketika menjalankan  rondaan di perairan Sabah.

Katanya, Esscom mengadakan operasi harian di laut dan darat di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) untuk memastikan negeri itu kekal selamat daripada sebarang ancaman.

Wan Abdul Bari menambah, pegawai dan aset Esscom telah diarahkan supaya memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan seperti penyeludupan atau serangan di sempadan negara.

Esszone meliputi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer (km) dan 100,000 km persegi meliputi daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pada Sabtu, Duterte mengisytiharkan negara itu perang terhadap kumpulan pengganas itu susulan serangan bom di pasar malam bandar Davao yang mengakibatkan 14 maut dan 67 yang lain cedera.