Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Siapa ada masalah dengan Pas sila keluar, kata Abdul Hadi

Posted: 02 Sep 2016 04:25 PM PDT


Berita Abdul Hadi yang dilaporkan Ismaweb.Berita Abdul Hadi yang dilaporkan Ismaweb.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.
"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah," katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb.
Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.
Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah.
"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)," katanya.

Bagi Hadi, Pas langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam Musa ke dalam Amanah.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.
"Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.
"(PAS Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh," katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Dr M: Kenapa AG menari-nari dengan menteri?

Posted: 02 Sep 2016 04:24 PM PDT


TANGGUNGJAWAB DAN TINGKAHLAKU SEORANG PEGUAM NEGARA :

1. PEGUAM NEGARA adalah salah satu kerusi terpenting dalam pentadbiran negara Malaysia sehinggakan cara perlantikan, skop perjawatanan dan cara pemecatan dinyatakan secara khusus di bawah PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
2. Selain dari menjadi Penasihat Undang-undang Utama kepada Kerajaan, PEGUAM NEGARA adalah juga pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara sistem keadilan jenayah negara untuk kepentingan awam , sehinggakan cuma PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak termasuk syarikat, individu, mahupun penjawat awam dan MENTERI KERAJAAN yang dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah.
3.PEGUAM NEGARA lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendakwa orang yang dipercayai bersalah di Mahkamah, dan bertanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang perlu dan menampilkan kesemua keterangan(bukti) yang perlu untuk meyakinkan Mahkamah bagi tujuan perolehan sabitan terhadap kesalahan yang dituduh di Mahkamah terhadap individu terbabit atau pihak terbabit.
4. Justeru, ianya adalah terpenting dalam sistem keadilan asasi (natural justice ), antara lain bahawa "keadilan bukan sahaja dilakukan, namun keadilan hendaklah nampak telah dilakukan" (justice is not only done, justice must be seen to be done). Dalam erti kata lain, tingkahlaku dan perhubungan PEGUAM NEGARA hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan kesemua pihak, yakni orang awam mahupun MENTERI KERAJAAN, kerana seperi yang diperincikan di atas, antara tanggungjawab PEGUAM NEGARA adalah untuk mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai telah melakukan kesalahan.
5. Dalam keadaan masa kini, di mana wujudnya pelbagai kritikan awam, laporan polis, laporan SPRM, dan Laporan pelbagai agensi siasatan dalam negeri dan luar negara berkaitan penyelewengan dana rakyat di dalam syarikat 1MDB serta salahguna kuasa yang wujud terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN terbabit, ianya adalah JAUH LEBIH PENTING mana-mana tingkahlaku PEGUAM NEGARA akan menarik perhatian awam, dan semestinya menarik perhatian awam di bawah konsep keadilan asasi (natural justice). Oleh itu, seorang PEGUAM NEGARA hendaklah sentiasa dalam apa hal keadaan sekalipun, menampilkan tingkahlaku yang mengatasi mana-mana kekhuatiran perlanggaran prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut.
6. Justeru, dengan berat hati saya sebagai seorang peguam, yakni seorang Pegawai Mahkamah dan Rakyat Malaysia, mengatakan dengan penuh kekecewaan bahawa tingkahlaku PEGUAM NEGARA yang dipaparkan di dalam video di bawah, tertakluk kepada mana-mana penjelasan munasabah jika wujud daripada pihak berkenaan, menampilkan tingkahlaku yang BOLEH DIPERSOALKAN berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut, di atas 2 perkara pokok ;
a) Kenapakah PEGUAM NEGARA, sebagai PENJAWAT AWAM memakai PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN yang tampil semasa sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2016, di Dataran Merdeka, sedangkan PEGUAM NEGARA bukanlah MENTERI KABINET KERAJAAN, sehingga, akan menampilkan kecurigaan Rakyat, bagaimanakah PEGUAM NEGARA dapat melaksanakan keputusan berhubung mana-mana pertuduhan jenayah yang disiasat terhadap mana-mana PERDANA MENTERI ataupun MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, jika beliau dari sudut pakaiannya, pun sudah sama sebagai MENTERI KABINET KERAJAAN ? !!!, DAN
Read More / Baca Lagi >>

MO1: BILAKAH RAHMAN DAHLAN MAHU DISIASAT?

Posted: 02 Sep 2016 04:17 PM PDT

Sedarkah kita bahawa mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1 rupa-rupanya adalah suatu kesalahan?

Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terpaksa mengadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk diambil keterangannya kerana mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1.

Menurut Tony Pua, SKMM memanggilnya setelah agensi itu difahamkan menerima lima aduan berikutan tulisannya di laman Facebook yang menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 susulan dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman AS sebelum itu.

Siasatan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
Selepas memberi keterangan, Tony Pua bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak akan memadam tulisannya yang mengaitkan Najib dengan Malaysian Official  1 itu.

Sehingga ini tidak diketahui apa nasib seterusnya kepada Ahli Parlimen DAP itu, sama ada akan didakwa atau dilepaskan begitu saja.

Tetapi dengan memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya kerana menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1, jelas bahawa bagi SKMM perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan atau boleh disabitkan dengan kesalahan.

Dalam erti kata lain, Najib cuba dielakkan sebarang kaitannya dengan Malaysian Official 1 yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS telah menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Jamal aibkan parti, bukti wujud politik wang dalam Umno

Posted: 02 Sep 2016 04:15 PM PDT

Rais berkata, tindakan Jamal itu akan terus mengeruhkan imej Umno yang sudah teruk di mata masyarakat hari ini.
Rais YatimPETALING JAYA: Tindakan Datuk Jamal Md Yunos menawarkan RM1,000 secara terang-terangan kepada setiap perwakilan pada Rabu lalu, mengaibkan Umno kerana ia membuktikan wujud amalan politik wang dalam parti itu.
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, ia turut menunjukkan berlaku rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan perbuatan membeli pengaruh dalam Umno.
Sehubungan itu, beliau menggesa majlis tertinggi parti mengambil tindakan sewajarnya supaya pemimpin lain menghentikan perbuatan sama seperti ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.
"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap Umno.
"Selama ini saya di dalam Umno, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh.
"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya, kepentingan remeh dan sebagainya.
"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," katanya yang dipetik Astro Awani Online hari ini.
Rais mengulas tindakan Jamal mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua cawangan Umno dan 646 perwakilan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, kelmarin, bagi menggantikan rancangan asal membawa mereka ke Dubai untuk lawatan sambil belajar.
Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu berkata, tindakan Jamal itu akan terus mengeruhkan imej Umno yang sudah teruk di mata masyarakat hari ini.
Semalam, Jamal berkata, beliau adalah orang baik dan mempunyai ramai kawan yang murah hati dan sanggup menyumbang sehingga RM50,000 kepadanya.
Bagaimanapun, beliau tidak akan mengambil satu sen pun daripada sumbangan itu, sebaliknya ia akan diberikan kepada ahli Umno dan rakyat Sungai Besar.

Skandal 1MDB: Khalid nafi mohon bantuan perundangan bersama dengan AS

Posted: 02 Sep 2016 04:13 PM PDT


Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) Amerika Syarikat untuk menemubual saksi-saksi di luar negara berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khalid menegaskan bahawa beberapa laporan yang disiarkan oleh media hari ini adalah tidak tepat.
"Ini tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan seperti itu...semalam saya hanya menjelaskan proses jika siasatan hendak dijalankan di luar Malaysia.
"Sekiranya kita memohon untuk mengambil keterangan daripada saksi di luar negara, PDRM akan mengikuti protokal antarabangsa yang diperlukan dan memohon MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai berhubung siasatan ke atas 1MDB dan berharap siasatan akan selesai dengan secepat mungkin.
Ketika siasatan berjalan, semua pihak harus mengelak daripada menyiarkan apa-apa laporan yang boleh menimbulkan prejudis, kata beliau.
"Kegagaglan berbuat demikian akan menyebabkan PDRM mengambil tindakan selaras dengan undang-undang," kata beliau.
Khalid berkata fasa pertama siasatan ke atas 1MDB oleh PDRM telah selesai iaitu berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan dibincangkan.
"Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan dan memohon siasatan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh PDRM," kata beliau.

Amanah tanya Rahman Dahlan: Kamu cuba bohong siapa?

Posted: 02 Sep 2016 04:11 PM PDT

Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang bertegas perdana menteri tidak dibabitkan dalam siasatan Amerika Syarikat keatas 1MDB.
"Rahman cuba bohong siapa dan sampai bila mahu pertahan yang tidak dapat dipertahankan?" soal Dzulkefly.
Beliau menjawab hujah Rahman yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam dokumen berkenaan 1MDB terbitan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) Julai lalu kerana presiden Umno itu bukan dalam kalangan yang disiasat.
Perkara itu susulan kenyataannya kepada BBC yang mengatakan MO1 yang dimaksudkan DoJ adalah Najib dan tidak boleh dinafikan.
Namun Dzulkefly mengetengahkan prinsip yang diguna pakai dalam sistem perundangan AS yang dikenali sebagai "In Rem".
"Mereka yang faham perundangan AS akan mengesahkan 'In Rem' adalah 'prosiding yang tidak mengendahkan pemilik harta (disini merujuk kepada 1MDB) sebaliknya menentukan siapa pemunya hak yang muktamad keatas harta itu.
(a proceeding that takes no notice of the owner of the property but determines rights in the property that are conclusive against all the world)
'In rem sekadar memaklumkan pihak yang mempunyai kepentingan dalam harta atau aset yang dirampas, supaya mereka boleh mengemukakan tuntutan masing-masing ke mahkamah, oleh yang demikian mereka namakan 'Red Granite Pictures, Inc dan defendan lain," katanya, merujuk kepada syarikat yang diterajui anak tiri Najib – Riza Aziz – yang didakwa DoJ terbabit dalam penggelapan wang berbilion ringgit daripada dana milik syarikat milik kerajaan.
Oleh itu, kata Dzulkefly, Najib tidak dinamakan kerana beliau dianggap bukan pemilik aset yang mahu dirampas itu.
"Atau Rahman cuba menyampaikan sesuatu," tambahnya.
Beliau juga mahu menyorot perhatian Rahman kepada satu lagi terma yang digunakan pendakwaraya AS iaitu "18 U.S.C", atau Title 18 of the United States Code, iaitu kanun jenayah dan keseksaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat.
"Ia menangani prosedur jenayah dan jenayah peringkat persekutuan. Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku.
"Sebenarnya isu yang perlu Rahman pertimbangkan secara berhemah samada perlu membetulkan kenyataannya sebelum ini iaitu 'PM tidak perlu bertanggungjawab keatas masalah syarikat milik kerajaan'," kata Dzulkefly.
Menurutnya, siasatan jelas menunjukkan asal wang yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
"Lupakan semua dongeng penderma RM2.6 bilion dari Arab Saudi itu! Itu semua ilusi. Membiarkan 1MDB terjerumus dalam penjarahan dan pengubahan wang sepanjang lima tahun (2009-2014), ketika Najib menerajuinya dan kononnya mendapat manfaat daripada transaksi itu, memang menyebabkan negara mendapat nama yang buruk," kata Dzulkefly.

Reactions after Rahman Dahlan tells BBC that Najib is MO1

Posted: 02 Sep 2016 04:07 PM PDT

'Siri Jelajah 1MDB' road show off to a slow start

Posted: 02 Sep 2016 04:06 PM PDT

Siri Jelajah Penerangan 1MDB - 1Malaysia Dalam Bahaya

Posted: 02 Sep 2016 04:05 PM PDT

Kajian saya, 67 kerusi BN terumbang ambing - Muhyiddin

Posted: 02 Sep 2016 04:04 PM PDT

Jelajah 1MDB : Tak boleh disahkan, RM28 bilion pergi mana? - Muhyiddin

Posted: 02 Sep 2016 04:04 PM PDT

Jelajah 1MDB : 'Talkinkan' UMNO pada PRU-14 -Azmin

Posted: 02 Sep 2016 04:03 PM PDT

Muafakat Pakatan-Bersatu-Pas penting, menangkan perjuangan rakyat - Azizah

Posted: 02 Sep 2016 04:03 PM PDT

NAJIB RAZAK DIKENAL PASTI SEBAGAI MO1 - APA SELEPAS INI?

Posted: 02 Sep 2016 06:07 AM PDT

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri...Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu. Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 59, rakyat kini tidak payah lagi tertantya-tanya mengenai siapa "Malaysian Official 1" (MO1).

Juga tidak payah lagi bersusah-susah mengadakan perhimpunan untuk mengenal pasti siapa individu yang disebut sebagai MO1
Tidak lagi perlu mempersenda bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah individu yang dinamakan sebagai 'MO1'."
Malah,  yang selama ini mengkritik pembangkang atau sesiapa sahaja yang menjuruskan 'nama itu' sebagai 'MO1', anggaplah anda sudah kalah.
Malah anda semua adalah orang BODOH yang buta dan pekak mempertahankan orang itu BUKAN sebagai MO1.
Dengan sendirinya mereka yang mempertahankan UMNO atau kerajaan atau juga Perdana Menteri perlulah bertanggungjawab untuk terima hakikat bahawa anda semua menjalankan kerja sia-sia kerana sudah jelas siapa 'MO1'.
Jelas dan nyata sudah Mohd Najib Razak adalah 'MO1'.
Dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memang  tidak menamakan Najib, tetapi menyebut MO1 sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.
Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi isu utama di Malaysia dan seantero dunia sejak 36 bulan lalu.
Media Britain, BBC dalam laporannya 'Who is 'Malaysian Official 1'? Case closed' yang dibuat oleh , iaitu koresponden menyebut: "(But) in an interview with me, Abdul Rahman Dahlan, a senior government minister in Mr Najib's cabinet, has confirmed that "MO1" is none other than Mr Razak."
"I've said it openly. Obviously if you read the documents, it is the prime minister," he (Abdul Rahman) said.
Dengan kata lain, hari ini kerajaan juga secara rasmi mengesahkan bahawa "Malaysian Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.
"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC itu.
Ini bermakna Abdul Rahman hari ini sekali lagi menamakan Najib sebagai orang yang dimaksudkan sebagai" (MO1), dan ini kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Bermakna ramai yang bodoh di Malaysia, termasuk pemimpin UMNO dan kerajaan yang cuba menafi dan mengatakan Najib bukan MO1.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
"Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri," katanya.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.
Amat nyata seperti dikatakan oleh Abdul Rahman, sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang BODOH enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mencetuskan kemarahan selepas mendakwa MO1 atau "pegawai Malaysia pertama" yang disebut pihak berkuasa AS itu merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau kemudian membuat permohonan maaf atas kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan lengahkan penubuhan Bersatu

Posted: 02 Sep 2016 06:04 AM PDT

Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.
Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan (RoS) melengahkan kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah dipohon ke pertubuhan itu pada 9 Ogos lalu.
Setiausaha protem Bersatu Kamarulazman Habibur Rahman optimis berkata, beberapa hari lalu Ros mengesyorkan dua perkara mengenai dasar parti perlu diubah.
"Semuanya sudah okey. RoS suruh ubah dua perkara dan kita menepati apa yang dikehendaki.
"Pada dasarnya RoS tiada masalah untuk luluskan permohonan.
"Kita beri tempoh hingga 9hb ini kerana akan genap sebulan. Tambahan pula Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan pihak kerajaan tidak ada masalah mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.
"Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Bersatu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau juga memberitahu selepas parti itu diluluskan kelak ahli jawatankuasa protem yang baharu akan dilantik bagi mengukuhkan gerak kerja parti itu.
Beliau enggan menyatakan siapakah yang akan dilantik sebagai jawatankuasa protem ini.
'Semalam kami telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir berkaitan dengan penambahan ahli jawatankuasa protem yang akan ditambah dari masa ke semasa kepada jumlah yang lebih signifikan," ujarnya yang enggan menyebut tokoh yang mungkin menjadi tulang belakang penggerak Bersatu kelak.
Kamarulazman juga menyebut bekas ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak lagi menyatakan pendiriannya untuk bersama dalam jawatankuasa yang dibentuk.
"Datuk Seri Khairuddin bersama kami berjuang untuk selamatkan Malaysia dari awal lagi sentiasa bersama kami.
"Kita sentiasa membuka pintu kepada beliau untuk sertai Bersatu.
"Jadi kita alu-alukan apa sahaja keputusan yang dibuatnya, kalau boleh kita mahu beliau menggerakkan hala tuju Bersatu," ujarnya.
Mengenai perkembangan terkini Datuk Seri Shafie Apdal yang masih lagi tidak mengumumkan parti baharu di Sabah,khabar angin berkemungkinan beliau akan menyertai Bersatu.
"Datuk Seri Shafie masih kekalkan pendiriannya untuk menubuhkan parti baharu di Sabah.
"Pada hakikatnya beliau akan bersama dengan kita dalam falsafah perjuangan untuk selamatkan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Husam mula membuat kejutan di Kelantan

Posted: 02 Sep 2016 06:03 AM PDT


Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.
Bekas naib presiden Pas, Datuk Musa disifatkan sebagai sudah mula membuat kejutan di Kelantan selepas beliau menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lalu.
Bagi blogger dan penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar, Husam mula membuat kejutan sejak hari pertama beliau tiba di Kelantan lagi selepas menyertai parti berumur setahun itu.
Husam berdiam diri selama empat bulan selepas dipecat dari Pas April lalu. Beliau membuat permohonan agar pemecatan itu dikaji semula dengan menulis surat kepada presiden Pas namun tidak diendahkan.
"Kejutan Husam sudah bermula di Kelantan hari ini," tulis Sayuti, blogger yang pernah bermusuh dengan Husam dalam Facebooknya. Sayuti turun ke Kelantan bagi mengikuti sendiri apa sambutan yang diberikan kepada Husam selepas beliau menyertai parti baru, Amanah.
Katanya, kepulangan Husam Musa ke Kelantan selepas beliau mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) disambut oleh para penyokong dan pimpinan Amanah negeri Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Berbagai sepanduk menyatakan sokongan kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz itu dipamerkan sebagai tanda sokongan kepadanya.
Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.Selepas mengadakan sidang akhbar, Husam diiringi dengan puluhan buah kenderaan yang dilengkapi bendera Amanah ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah dalam Dun Limbongan.
"Penubuhan 16 cawangan itu sebagai simbolik kepada penerimaaan rakyat Kelantan khasnya bekas ahli Pas kepada Husam dan juga parti Amanah," tulisnya.
"Tidak terfikir oleh saya, belum sampai 72 jam Husam menyertai Amanah sudah 17 cawangan ditubuhkan.
"Itu memberi pertanda yang baik Husam bakal memberi momentum baharu kepada politik di Kelantan," tulis Sayuti.
Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Limbongan itu, katanya, tersambung pula di Gebeng yang terletak di Dun Meranti.
Dun Meranti terkenal dengan kawasan menjadi kubu kuat parti agama.
Katanya, pertemuan di sebuah kedai kopi di cabang Gebeng pagi tadi juga memberi petanda yang cukup mencemaskan wakil rakyat negeri itu.
"Sejak dari malam tadi ada usaha untuk menghalang majlis minum tea dan makan pagi bersama Husam itu agar tidak diadakan," tulis Sayuti.
Bagi Sayuti, ia pelik bunyinya.
"Selama ini berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam. Kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi.
"Tetapi semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokongnya dan pimpinan Amanah dalam majlis pagi tadi memberasangkan," tulisnya.
Lebih bermakna lagi, tulisnya, apabila beberapa veteran Pas yang berjuang sejak tahun 1960 hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy Sedia Beri Keterangan Isu 'Pendrive'

Posted: 02 Sep 2016 05:43 AM PDT

'Saya Tak Tahu Siapa Bagi Pada TMJ' - KJ

Posted: 02 Sep 2016 05:42 AM PDT

Wee Ka Siong: I don't know about MO1 being Najib. ask Rahman Dahlan

Posted: 02 Sep 2016 05:41 AM PDT

'Saya hanyalah hamba Allah yang lemah, masih perlu pelajari ilmu' - Najib

Posted: 02 Sep 2016 05:41 AM PDT

"Ali Tinju, duduk diam-diam," kata Khalid

Posted: 02 Sep 2016 05:40 AM PDT

'Saya tak mahu campur dalam hal politik' - KPN

Posted: 02 Sep 2016 05:39 AM PDT

PDRM Tak Campur Saman Sivil DOJ

Posted: 02 Sep 2016 05:38 AM PDT

Cops to get foreign assistance in 1MDB probe

Posted: 02 Sep 2016 05:38 AM PDT

Skandal 1MDB: Polis enggan dipengaruhi kenyataan politik

Posted: 02 Sep 2016 05:37 AM PDT

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 7:53 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Apa alasan Husam Amanah bakal tawan Kelantan dalam PRU14?

Posted: 02 Sep 2016 06:16 PM PDT

Pengundi Kelantan biasa 'mengajar' PAS Kelantan sehingga PAS Kelantan cuma tinggal dua kerusi saja dan pengundi Kelantan pernah 'mengajar' umno Kelantan sampai tahap langsung tak ada walau satu kerusi pun.

Malaysiadateline dalam berita bertajuk "Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru" melaporkan:
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.

"Saya yakin gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain akan mencapai sasaran untuk menang dalam piliharaya umum ke 14," katanya pada sidang media yang diadakan sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra petang tadi. - MalaysiaDateline
Artikel penuh »

PAS Kelantan tiba-tiba lunak tak berani label Hj Husam sebagai pengkhianat?

Posted: 02 Sep 2016 05:30 AM PDT

Mungkin kut PAS Kelantan nampak strategi menyerang secara BANGANG dan 'gila babi' macam tu akan lebih merugikan PAS Kelantan. Tambah-tambah bila dilihat sambutan yang Hj Husam terima selepas mengumumkan tukar jersi menyertai Amanah

Gambar lama suasana mesra Husam dan Nik Amar
Harakahdaily dalam berita bertajuk "Hak masing-masing untuk pilih parti politik" melaporkan:
Tindakan Datuk Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi kesan kepada PAS.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebaliknya juga mengalu-alukan keputusan bekas Naib Presiden PAS itu kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Beliau juga turut mendoakan kejayaannya (Husam) memimpin parti serpihan PAS berkenaan. - Hrkh.
Artikel penuh »

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:24 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Perasmian 14 cawangan Amanah di Pasir Puteh

Posted: 01 Sep 2016 07:16 PM PDT

 
Bersama bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada
bahtera lama yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan
    Dato Husam Musa, Adun Salor yg baharu isytihar sertai Amanah, 30 Ogos 2016 yg lalu telah merasmikan 17 cawangan Amanah Dun Limbongan dalam Parlimen Pasir Puteh, Kelantan sekembalinya ke Kota Bharu kelmarin.

 Beliau disambut girang oleh pimpinan dan ahli2 Amanah Kelantan di Lapangan Terbang Pangkalan Chepa semalam, 1 Sept 2016. 

  Beliau terus dibawa ke Limbongan dimana sebanyak 17 cawangan Amanah Dun Limbongan dalam Parlimen Pasir Puteh, Kelantan telah ditubuhkan serentak hari ini, 1 Sept untuk memenuhi kriteria sebagai Dun yang akan ditandingi oleh Amanah dalam PRU 14 nanti. 

 Sirrualabarakatillah...Alhamdulillah ... langkah permulaan untuk rakyat kelantan kearah perubahan.

  Beliau menyertai Amanah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati. 

  "Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri. Anda menuduh barisan ini sebagai pengkhianat, sebenarnya pada hemat saya, pemimpin PASlah yang telah mengkhianati rakyat Malaysia," jelas Husam.

  Kata beliau, beliau nak tumpang bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada bahtera PAS yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan. 

"Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," ujarnya.

 Husam turut menyelar kerajaan PAS Kelantan kerana sampai sekarang masih belum habis membina rumah mangsa banjir namun sebaliknya membina tugu peringatan banjir.

 Semoga dengan kemasukkan Dato Husam ke dalam Amanah menambahkan kekuatan Amanah dan semoga Allah memberkati perjuangan ini.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:53 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Husam disindir samakan perjuangan Nik Aziz dengan parti Amanah

Posted: 02 Sep 2016 05:27 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyindir ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang mengaitkan perjuangan parti yang baru disertainya, Amanah kononnya menyamai perjuangan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
 
ADUN Wakaf Bharu itu dengan tegas berkata, Allahyarham Nik Aziz tidak pernah sesekali mengkhianati perjuangan Islam, jauh sekali mengkhianati perjuangan parti yang dipimpinnya sebagaimana yang dilakukan Amanah pada hari ini.  
 
"(Allahyarham) Tok Guru (Nik Aziz) tak pernah khianat dengan perjuangan Islam, Tok Guru tak pernah bawa lari kerusi orang Islam. Kalau nak sebut, nama Amanah, perkataan Amanah itu sendiri sekarang ini macam kotor sikit. 
 
"Orang nak sebut amanah pun tak mahu sebab dikaitkan dengan parti itu, sedangkan amanah ini sifat Rasulullah S.A.W.
 
"Kalau nak sebut, orang yang melarikan kerusi, orang yang langgar baiah, orang yang kena (tindakan) disiplin, untuk nak dikatakan dengan amanah, memang tak (sesuai)," sindirnya.
 
Husam, yang menyertai Amanah beberapa hari lalu berkata, mana-mana ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Allahyarham Nik Aziz perlu menyertai Amanah kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.
 
Bekas Naib Presiden PAS itu juga melahirkan keyakinannya bahawa Amanah mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
 
Mengulas berhubung perkara itu, Che Abdullah berkata PAS Kelantan 'tidak akan duduk diam' dan sentiasa bersiap sedia menghadapi mana-mana pihak yang cuba untuk merampas kerajaan negeri. 
 
"Apa-apa saja yang jadi ancaman kepada kerajaan Islam Kelantan, kita tak akan ambil ringan," ujarnya. 
 
Husam sebelum ini dilaporkan bakal ditawarkan memikul tanggungjawab mengepalai Amanah Kelantan demi merampas kerajaan negeri yang dipimpin PAS.
 
Tawaran berkenaan ekoran Amanah Kelantan meyakini pengalaman Husam yang didakwa mampu membawa perubahan kepada politik di negeri berkenaan.
 
"Belum dapat dilihat. Maknanya, pengalaman beliau dalam pimpinan PAS Kelantan, sebahagian besar pemimpin PAS Kelantan sudah pun mengenali cara beliau dan sebagainya. Hari ini beliau dengan pasukan lain. Kita akan hadapi," katanya, mengulas mengenai 'prestasi' bekas pemimpin PAS itu.
 
Amanah dilaporkan akan bermesyuarat pada 5 September ini bagi menentukan jawatan Husam di dalam parti.

Bapa ADUN direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah

Posted: 02 Sep 2016 05:27 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
GEORGETOWN: Mahkamah hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas bapa seorang ADUN berhubung kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.
Lelaki berusia 68 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.
Lelaki itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.
Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 September ini dan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Semalam SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.
Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Siasat tandatangan palsu Rafizi dalam surat pecat Chegubard

Posted: 02 Sep 2016 05:23 AM PDT

Oleh Mohd Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR perlu menyiasat dakwaan tandatangan palsu Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada surat pemecatan keahlian Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard daripada parti itu.
 
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata dakwaan itu serius kerana membabitkan pemimpin kanan PKR dalam isu rasmi parti.
 
"Satu tindakan yang wajar perlu diambil oleh kepimpinan PKR untuk menyiasat perkara ini dengan teliti untuk mengetahui adakah surat itu benar-benar dikeluarkan oleh Rafizi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu Chegubard memberitahu Antarapos beliau dihubungi kakitangan Ibu Pejabat PKR pada 26 Ogos (Jumaat) lalu dan dimaklumkan berita mengenai pemecatannya.
 
Selepas membuat sedikit penyelidikan, Chegubard mendapati tandatangan Rafizi pada surat pemecatannya adalah palsu. 
 
Justeru Chegubard menempelak Rafizi yang sehingga kini berdiam diri walaupun mengetahui tandatangannya dipalsukan oleh pihak tertentu dalam usaha menutup mulutnya perihal kontroversi Paya Indah Wetlands.
 
Chegubard sebelum ini mendedahkan tindakan kerajaan negeri PKR di Selangor yang dipimpin Datuk Seri Azmin Ali meluluskan pengezonan semula zon hijau di tapak Paya Indah Wetlands yang kemudiannya membawa kepada kelulusan ubah status tanah lot 68054, milik Gamuda Bhd.
 
Tindakan meluluskan dua permohonan itu dibuat secara tergesa-gesa sebaik sahaja Azmin diangkat menjadi menteri besar, dakwa Chegubard.
 
Bekas ketua Cabang Rembau itu kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas dicabar Azmin.
 
Mengulas perkembangan itu, Ahmad Marthada berkata jika tindakan memecat Chegubard diambil semata-mata untuk menutup mulut reformis itu, PKR hanya mencalarkan integritinya sendiri.
 
"Tindakan membuang (keahlian PKR) itu diambil seolah-olah satu cara untuk mendiamkan beliau (Chegubard). Dan ini bertentangan dengan prinsip dan perjuangan PKR yang cuba menekankan kepada isu-isu  ketelusan dalam urus tadbir dalam kerajaan. 
 
"Ini bagi gambaran  bahawa apa yg diperjuangkan PKR itu tidak sama apa yang mereka lakukan," tambah Marthada.
 
 

Aktivis pelajar Tangkap MO1 saman polis

Posted: 02 Sep 2016 05:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tiga aktivis pelajar perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) hari ini memfailkan saman terhadap polis di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana mendakwa dinafikan akses kepada undang-undang ketika ditahan bulan lalu.

Pelajar berkenaan - Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli, Mohamad Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Muhammad Ashraff Nazrin Noor Azman - ditangkap pada 20 Ogos lalu apabila cuba untuk memasuki kampus Seri Iskandar UiTM di Ipoh, Perak untuk mempromosikan himpunan Sabtu lalu.

"Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka berhak untuk mendapatkan perkhidmatan undang-undang dan akses kepada peguam seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah," kata peguam Mohd Fitri Asmuni.

Beliau berkata aktivis pelajar itu juga mahu mahkamah mengisytiharkan tindakan polis menafikan mereka akses kepada bantuan guaman tidak mengikut perlembagaan.

Ketiga-tiga mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Inspektor Khoo Thean Heng, yang juga pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan dinamakan sebagai responden.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Awi & Co.

Kebajikan pesara tentera jadi agenda Rafizi sebelum ke penjara

Posted: 02 Sep 2016 05:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, kebajikan pesara tentera akan menjadi agenda utamanya menjelang beberapa bulan akan datang sebelum kemungkinan dirinya dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Rafizi untuk membela diri atas tuduhan membocorkan dokumen sulit berkaitan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Oleh kerana saya juga sedar saya mungkin mempunyai masa beberapa bulan sahaja lagi sebelum dijatuhkan hukuman penjara, saya telah umumkan bahawa hal ehwal kebajikan pesara tentera adalah antara agenda utama saya.

"Saya akan melawat setiap kem tentera yang besar di seluruh Malaysia dan akan memenuhi jemputan kumpulan-kumpulan pesara tentera yang menjemput saya berdialog dengan mereka melalui program yang diberi nama Hargai Perajurit: Misi Angkat Kebajikan Perajurit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dialog pertama akan diadakan di Setiawangsa iaitu berdekatan kem tentera utama di Lembah Klang pada 7 September ini dan diikuti dengan acara yang sama di Lumut, Butterworth, Kuantan, Telok Kemang dan beberapa lokasi lain.

Rafizi, yang juga adalah naib presiden PKR, telah beberapa kali membangkitkan isu kelewatan pembayaran oleh LTAT kepada pesara tentera.

Katanya, beliau terus menerima aduan seumpama itu setakat ini sedangkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak pernah memberi maklumbalas mengenai masalah yang ditimbulkanya.

"Terbaru, saya akan mengemukakan 95 lagi senarai pesara-pesara yang belum menerima bayaran caruman mereka kepada LTAT dan UGAT untuk diselesaikan segera kerana mereka telah menunggu lama untuk mendapatkan hak mereka," katanya.

Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan berdepan dengan dua pertuduhan menmgikut OSA kerana didakwa mendedahkan dokumen sulit di lobi Parlimen pada 24 Mac.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iii) akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika didapati bersalah.

Rafizi juga didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iv) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun maksimum jika sabit kesalahan.

Pemuda Pas Kelantan kesal Umno mungkir sokong deklarasi

Posted: 02 Sep 2016 05:07 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.


Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa kesal dengan kegagalan Pemuda Umno Kelantan hadir pada majlis perisytiharan 'Deklarasi Kota Bharu' bagi menyatakan sokongan parti-parti politik Melayu-Islam di negeri itu terhadap Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), 30 Ogos lalu.

RUU 355 itu bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.

Malah Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat itu hairan dengan kegagalan wakil Pemuda Umno untuk hadir memandangkan Umno sudah secara rasmi menyatakan sokongan terhadap RUU 355.

"Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim telah menyusun sidang media hari ini (30 Ogos) beberapa hari yang lepas.

"Ia merupakan satu detik bersejarah sekiranya berjaya dilaksanakan iaitu sayap-sayap anak muda di semua parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu Islam di negeri ini iaitu Pas, Umno, PKR dan Amanah duduk semeja untuk bersetuju dengan satu tajuk yang penting.

"Kali ini tajuknya ialah sokongan terhadap Rang Undang-undang Akta 355," tulis Ahmad Fadhli di laman Facebooknya.

Lokasi program itu, ujarnya diadakan di sebuah hotel atas permintaan Pemuda Umno yang mahukan tempat berkecuali manakala masa juga ditentukan sayap Umno itu.

Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.

"Sepanjang saya sebagai Ketua DPPNK (Dewan Pemuda Pas Kelantan), belum pernah dewan hotel ditempah semata-mata untuk sebuah sidang media. Biasanya ia dibuat di bangunan DPPNK Syabab Point atau di mana-mana lokasi bersesuaian.

"Bahkan jika laporan polis dibuat, sidang media hanya dilaksanakan di tepi jalan sahaja. Hari ini, ratusan ringgit dibelanjakan untuk menyewa dewan hotel bagi memberi laluan kepada detik bersejarah, kelahiran Deklarasi Kota Bharu," ujarnya dalam tulisan bertajuk 'Nota kesal terhadap Pergerakan Pemuda Umno'.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana semua wakil parti yang telah memberi persetujuan untuk menyokong RUU355 itu gagal hadir ke sidang media.

"Saya faham jika Ketua AMK Kelantan dan Ketua Pemuda Amanah Kelantan tidak hadir, kerana telah diketahui secara umum bahawa parti masing-masing belum memutuskan secara rasmi pendirian terhadap RUU355 ini.

"Boleh jadi bagi menghormati pendirian pucuk pimpinan, rombongan pemuda mereka tidak hadir. Alhamdulillah, Ketua AMK hadir kemudiannya walaupun sekadar untuk menurunkan tandatangan, ia sudah cukup baik," nukil beliau.

Menurutnya, program itu adalah platform terbaik untuk Pemuda Pas dan Pemuda Umno "bersalaman di hadapan kamera bagi menghiasi dada akhbar keesokan harinya".
"Bukankah Umno paling suka jika digambarkan bahawa Pas sedang berbaik dengan Umno?" soal beliau.
Kegagalan Pemuda Umno untuk hadir, ujar beliau hanya menebalkan sangkaan tidak baik di kalangan masyarakat.

Beliau turut mempersoalkan komitmen Umno untuk memberi laluan kepada RUU355 ekoran sikap yang ditunjukkan Pemuda Umno Kelantan itu.

"Kita tunggu dan lihat. Adapun Pas, langkah kaki memartabatkan satu demi satu tuntutan syariat akan diteruskan.

"Biarpun hanya seorang diri memikul panji di tengah medan, percayalah Pas tidak akan berganjak dari kedudukan kakinya pada hari ini.

"Bersama sokongan Umno atau tidak, ke hadapan Pas melangkah," ujarnya.

PAS mahu pertahan Putrajaya, belum bincang dengan Pribumi - Iskandar

Posted: 01 Sep 2016 09:40 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengulangi kenyataannya bahawa PAS tidak akan melepaskan mana-mana kerusi milik parti itu untuk ditandingi oleh parti pembangkang lain.
 
Malah katanya, PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang pernah ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Amanah Putrajaya yang mahu bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Pribumi, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Putrajaya.
 
"Kita tidak ada perbincangan lagi dengan (Pribumi) BERSATU. Buat masa ini semua kerusi yang PAS bertanding pada PRU 2013 akan ditandingi oleh PAS pada PRU akan datang," katanya kepada Antarapos menerusi Whatapps.
 
Baru-baru ini Pengarah Komunikasi Amanah Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar mencadangkan Mahathir bertanding di kerusi Putrajaya menggantikan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bagi menghadapi Umno-BN pada PRU14.
 
Menurut Mohd Radzi, idea itu juga telah dipersetujui Husam yang sebelum ini diletakkan sebagai calon pembangkang di Putrajaya pada PRU13 atas tiket PAS.
 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub hari ini menyambut baik saranan berkenaan namun berkata satu perbincangan ke arah itu perlu dijalankan antara PH dan Pribumi sebelum apa-apa keputusan dibuat.
 
 

Amanah mesyuarat 5 September tentukan jawatan Husam dalam parti

Posted: 01 Sep 2016 09:39 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Kedudukan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dalam Amanah akan ditentukan selepas parti itu bermesyuarat Isnin ini (5 September).
 
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mesyuarat itu perlu berikutan tindakan Husam sebelum ini yang menolak jawatan peringkat nasional dalam parti itu.
 
"Kita akan bincang 5 September ini di Wisma Amanah di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas menyambut kepulangan Husam dari Kuala Lumpur semalam.
 
Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya, Selasa lalu.
 
Penyertaan Husam ke dalam Amanah adalah selepas empat bulan beliau dipecat daripada PAS susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.
 
Dalam pada itu Abdul Rahim berkata janjinya untuk menyerahkan jawatan pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila pemimpin itu menyertai Amanah, masih dipegang.
 
Bagaimanapun dalam reaksi kepada perkara itu, Husam berkata, soal jawatan dan kedudukan dalam parti adalah tidak penting bagi dirinya dan terpulang kepada Amanah untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu. 
 
 

Zika: Pesakit wanita beransur pulih

Posted: 01 Sep 2016 09:26 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pesakit wanita yang dijangkiti virus Zika di negara ini dilaporkan semakin pulih selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
 
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan (Penyakit Berjangkit) HSB, Datuk Dr Christopher Lee berkata simptom jangkitan yang dialami wanita berusia 58 tahun itu termasuk ruam sudah hilang.
 
"Kami akan melakukan ujian darah ke atasnya hari ini dan sekiranya keputusan itu negatif, dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya hari ini.
 
Dr Lee berkata ruam ringan yang dialaminya sudah hilang dalam masa dua atau tiga hari dan ujian darah terakhir didapati negatif.
 
Namun, hospital membuat keputusan untuk menahannya lebih lama bagi memastikan tiada jangkitan terhadap orang lain.
 
Katanya, ujian darah pada hari ini akan disahkan semula untuk memastikan dia bebas daripada virus Zika.
 
Wanita itu mendapat jangkitan Zika selepas pulang melawat anaknya di Singapura pada pada 21 Ogos.
 
Pada awalnya wanita itu mengalami ruam dan demam serta mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Klang.
 
Dia kemudiannya dirujuk ke HSB dan pada 31 Ogos lalu, sampel air kencingnya didapati positif virus Zika.
 
Anak perempuannya yang bekerja dan tinggal di Paya Lebar, Singapura turut dijangkiti virus itu.
 
Suami dan beberapa ahli keluarga lain wanita itu yang tinggal bersama di kediaman mereka di Ambang Botani masih belum menunjukkan sebarang tanda jangkitan.
 
Dr Lee berkata jika seorang wanita yang dijangkiti virus Zika, cecair pada farajnya mungkin mengandungi virus itu sehingga dua bulan selepas dia pulih.
 
"Jadi, jika dia melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dalam tempoh dua bulan, lelaki itu boleh dijangkiti virus Zika.
 
"Virus itu juga boleh kekal dalam sperma lelaki sehingga enam bulan selepas pesakit pulih," katanya.
 
 

ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM

Posted: 01 Sep 2016 09:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim, tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini, pagi ini bagi membantu siasatan berhubung isu mengatur pemilikan hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang.
 
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang itu tiba bersama peguamnya, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer, bagi sesi merekod percakapan berhubung isu berkenaan yang turut membabitkan bapanya, Lim Kiat Seong. 
 
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung tindakan Kiat Seong, 68 dan beberapa individu lain, yang mengatur pemilikan hartanah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini, sejurus menerima maklumat di laman sosial.
 
Ia susulan pendedahan rakaman video klip berdurasi 5.21 minit yang menjadi viral di laman sosial, memaparkan perbualan Kiat Seong bersama dua lelaki sedang membuat rundingan, dipercayai berhubung pemilikan hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini.
 
 

KJ serahkan pemacu pena 'panas' TMJ kepada SPRM

Posted: 01 Sep 2016 09:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan pemacu panas yang diberikan kepada beliau oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai dakwaan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jemputan media telah diedarkan oleh pembantu Khairy memberitahu bahawa menteri itu akan menyerahkan pemacu pena tersebut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya esok pagi esok.

Semalam, Khairy berkata beliau masih mengkaji kandungan pemacu pena tersebut bagi membolehkannya menjelaskan kepada SPRM mengenai apa jua elemen rasuah yang wujud didalamnya.

"Jika tidak, SPRM akan ketawa kepada saya dan berkata, 'Mengapa kamu berikan dokumen-dokumen ini terhadap kami?" jelas beliau.

Khairy telah mendapat pemacu pena tersebut pada 26 Ogos yang lalu.

Beliau sebelum ini berkata, pemacu pena mengandungi 279 muka surat dokumen dan berjanji bahawa tidak akan menyembunyikan apa-apa jika terdapat salah laku.

Menteri jelaskan kenapa DOJ tidak sebut nama MO1

Posted: 01 Sep 2016 09:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan kenapa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak menyebut nama sebenar 'Malaysian Official 1' (MO1).

Merujuk kepada wawancara beliau dengan BBC, yang disiarkan dalam laman sesawang perbadanan penyiaran itu, beliau berkata adalah jelas apa yang disebut sebagai 'MO1' itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Banyak yang lain juga disebut oleh DOJ. Tetapi, jelas sekali, tidak seorang pun daripada mereka, termasuk MO1, dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

"Seperti yang akan disahkan mana-mana peguam, perbezaan antara disebutkan nama sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar dirujuk dalam sesuatu penyiasatan, adalah perkara hitam putih," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, setelah siasatan menyeluruh dilakukan pelbagai pihak berkuasa, perdana menteri disahkan tidak terlibat dengan sebarang salah laku.

"Maka, keterangan yang wujud adalah jelas dan perbuatan Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk memberi gambaran buruk akan gagal sekali lagi, sama seperti cubaan beliau sebelum ini untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik telah mengalami kegagalan teruk," katanya.

Abdul Rahman berkata Dr Mahathir dan sekutu baharunya daripada pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua perkara itu untuk memperdaya rakyat Malaysia.

"Kegagalan bantahan yang dianjurkan proksi mereka untuk bertanya siapakah sebenarnya MO1, adalah tidak relevan kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam mana-mana saman sivil DOJ," kata beliau.

Jamal: RM1,000 untuk perwakilan Umno hasil derma, tabungan

Posted: 01 Sep 2016 09:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menjelaskan pemberian RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan perwakilan parti itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.

Malah, Jamal berkata sumbangan tersebut diperolehi oleh mereka bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, kata Jamal lawatan tersebut terpaksa dibatalkan berikutan nahas helikopter yang mengorbankan ahli parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon di Sarawak awal Mei lalu.

"Ekoran pengumuman saya (Ahad lalu) ramai yang bertanya dari mana saya dapat wang tersebut.

"Sebenarnya ia adalah hasil kami menabung serta sumbangan ahli korporat dan beberapa pihak lain untuk kami buat lawatan sambil belajar ke Dubai pada awal tahun lalu.

"Tetapi pilihan raya kecil terpaksa diadakan ekoran insiden yang melibatkan bekas ahli parlimen sungai Besar, Noriah Kasnon dan kita terpaksa batalkan," kata Jamal kepada Malaysiakini.

Malaysiakini pada Ahad lalu, melaporkan Jamal terpaksa membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.

Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.

Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.

Bagaimanapun, susulan laporan itu, ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendesak Jamal mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut, Jamal berkata sumbangan berkenaan juga dibuat beliau kerana tidak mahu ada pihak di kalangan perwakilan parti yang berkecil hati dengan tindakannya untuk hanya mengagihkan peruntukan kepada ketua cawangan mereka.

Justeru, atas keadilan semua pihak beliau bertindak sedemikian.

"Apabila berlaku PRK saya lihat semua orang bekerja seikhlas hati, jadi bagaimana saya hanya mahu membawa ketua cawangan saja.

"Peruntukan ini agak besar sebab itu mesyuarat kali ini saya telah buat keputusan supaya peruntukan itu diberi sama rata.

"Semua orang dapat rasa dan tidak akan ada perasaan tidak puas hati di mana kali ini saya bagi RM500 dan baki lagi RM500 kita akan beri pada tahun hadapan. Maksudnya semua dapat," kata Jamal.

Malah, ketika ditanya berapakah jumlah agihan tersebut ini jawapannya:

"Kos tiket penerbangan dan penginapan sahaja hampir RM700,00," katanya ringkas sebelum mengakhiri perbualan.

Puluhan bantah kehadiran bekas presiden Sri Lanka di KL

Posted: 01 Sep 2016 09:10 PM PDT

 Lu Wei Hoong



Puluhan rakyat mewakili pelbagai parti politik dan NGO India mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah kehadiran bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dalam satu sidang antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Bantahan itu memaksa pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis termasuk unit anti rusuhan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghalang penunjuk perasaan menghampiri tempat sidang itu diadakan.

Setakat ini, belum ada laporan berhubung kejadian yang tidak diingini oleh penunjuk perasaan itu.

Sebahagian besar mereka mahu kerajaan segera mengusir Rajapaksa, yang didakwa mereka membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan Tamil semasa perang saudara Sri Lanka yang berakhir pada tahun 2009.

'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'

Posted: 01 Sep 2016 09:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 PAS mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang menyeru semua anggota parlimen, khasnya yang beragama Islam menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355).

"Semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU (rang undang-undang) 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah," kata timbalan presidennya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga yakin semua mufti menyokong RUU persendirian berkaitan yang akan dibentangkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai anggota parlimen Marang.
Ini kerana, kata Tuan Ibrahim ia sebahagian dari meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

"Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli parlimen," katanya.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam "bayan linnas" (penjelasan permasalahan semasa) semalam mengupas panjang cadangan pindaan bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

Katanya, anggota parlimen yang beragama Islam wajib menyokongnya kerana ia dapat memartabatkan keadilan Islam dan memelihara maslahah umat supaya terjamin dan dihormati.

Anggota parlimen bukan Islam pula, kata Zulkifli, diseru menyokongnya kerana "ia dibentang oleh wakil rakyat yang membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah".

Katanya, anggota parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab perlu menyokong keperluan dan kebajikan rakyat beragama Islam di kawasan parlimen masing-masing.

Hadi dijadual membentangkan semula cadangan pindaan itu dalam sesi parlimen akan datang (bulan depan) setelah mohon menangguhkannya dalam sesi lalu atas alasan tidak cukup masa.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berharap langkah Mufti Wilayah itu akan menyemarakkan lagi usaha memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355.

Beliau juga berkata isu RUU itu tidak perlu dipolitik atau dipolemikkan kerana ia "tanggungjawab semua umat Islam".

Polis nafi UFO berlegar di Kuala Krai

Posted: 01 Sep 2016 08:41 PM PDT

SINAR HARIAN
UFO
Visual kapal angkasa yang diviralkan menerusi media sosial
 
 
KOTA BHARU - Polis hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, malam tadi. Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

"Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.." - Bernama

100,000 belum dapat kerakyatan Malaysia

Posted: 01 Sep 2016 08:41 PM PDT

kerakyatan Malaysia
 

TERDAPAT sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warga kenegaraan, demikian dinyatakan oleh Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

"Kebanyakan kaum Cina yang tidak mempunyai kad pengenalan ini adalah terdiri daripada golongan tua. Mereka telah lama memohon tetapi masih belum diluluskan oleh kerajaan," katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara.

"Sejak lebih daripada beberapa dekad lalu, pelbagai kaum telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Bagaimanapun, bagi kaum Cina, mereka sering kali menghadapi kegagalan ketika melalui temu duga akibat masalah bertutur dalam Bahasa Malaysia.

"Kebanyakan mereka sudah lama bermastautin di negara kita sehingga menjadi generasi ketiga dan mempunyai ramai cucu cicit. Mereka juga telah lama memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa permohonan mereka untuk menjadi warganegara kita ditolak," katanya.


Sultan Selangor nikahi pembaca berita

Posted: 01 Sep 2016 08:32 PM PDT


Sultan Selangor selamat diijabkabul


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen tempatan, Norashikin Abdul Rahman, 45 pada 31 Ogos lalu.
 
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pernikahan itu dijalankan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

"Majlis pernikahan selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

"Majlis dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful, Bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan," katanya dalam satu kenyataan.‎

Difahamkan, Norashikin yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan sebelum ini, pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pada tahun 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan tersebut.

( FOTO: ANTARAPOS.COM )

Post Pic