Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AYUH NAJIB, JADILAH MALAYSIAN OFFICIAL 1 YANG BENAR2 JANTAN!!

Posted: 01 Sep 2016 10:27 AM PDT

Walaupun ura-ura saman Najib Razak terhadap The Wall Street Journal atau WSJ masih tidak diketahui bila akan menjadi menjadi kenyataan, beliau kini dicabar pula untuk mengambil tindakan undang-undang oleh bekas timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin.

Beliau mencabar Najib agar menyamannya jika dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya selama ini adalah tidak benar.

Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib menyaman saya jika apa yang saya cakap tidak benar, tegas Muhyiddin.
Beberapa hari lalu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau ditunjukkan bukti oleh bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa sudah terdapat wang sebanyak RM1,000 juta dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2,600 juta yang menjadi bualan hangat di seluruh dunia sejak lebih setahun yang lalu.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mahukan Muhyiddin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya serta mengingatkan Presiden penaja parti BERSATU itu agar tidak membuat tuduhan berdasarkan khabar-khabar angin.

Blog ini pada 29 0gos lalu kemudiannya menyarankan agar Muhyiddin disaman, sama ada oleh Najib atau Zahid Hamidi, jika ingin benar dakwaan berkaitan wang tersebut diketahui kebenarannya.

Ini kerana  Muhyiddin terikat dengan akta Bafia jika mendedahkan mengenai akaun bank orang lain secara terbuka. Hanya dengan perintah mahkamah atau melalui kebenaran mahkamah saja, akaun seseorang boleh didedahkan kepada umum tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Bola kini di kaki Najib. Terpulang kepada beliau untuk mengambil tindakan seterusnya. Muhyiddin nampaknya bukan saja tidak berganjak daripada dakwaannya berkaitan rasuah 1MDB yang melibatkan Najib, bahkan juga seperti tidak gentar berhubung tuduhan wang RM1,000 juta yang didakwanya itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Pas Kelantan kesal Umno mungkir sokong deklarasi RUU 355

Posted: 01 Sep 2016 10:26 AM PDT


Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.Ahmad Fadhli menunggu kehadiran wakil wakil parti politik khususnya Umno yang tak kunjung tiba.
Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa kesal dengan kegagalan Pemuda Umno Kelantan hadir pada majlis perisytiharan 'Deklarasi Kota Bharu' bagi menyatakan sokongan parti-parti politik Melayu-Islam di negeri itu terhadap Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), 30 Ogos lalu.
RUU 355 itu bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Malah Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat itu hairan dengan kegagalan wakil Pemuda Umno untuk hadir memandangkan Umno sudah secara rasmi menyatakan sokongan terhadap RUU 355.
"Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim telah menyusun sidang media hari ini (30 Ogos) beberapa hari yang lepas.
"Ia merupakan satu detik bersejarah sekiranya berjaya dilaksanakan iaitu sayap-sayap anak muda di semua parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu Islam di negeri ini iaitu Pas, Umno, PKR dan Amanah duduk semeja untuk bersetuju dengan satu tajuk yang penting.
"Kali ini tajuknya ialah sokongan terhadap Rang Undang-undang Akta 355," tulis Ahmad Fadhli di laman Facebooknya.
Lokasi program itu, ujarnya diadakan di sebuah hotel atas permintaan Pemuda Umno yang mahukan tempat berkecuali manakala masa juga ditentukan sayap Umno itu.
Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.Deklarasi Kota Bharu hanya ditandatangani wakil Pemuda Pas dan AMK Kelantan.
"Sepanjang saya sebagai Ketua DPPNK (Dewan Pemuda Pas Kelantan), belum pernah dewan hotel ditempah semata-mata untuk sebuah sidang media. Biasanya ia dibuat di bangunan DPPNK Syabab Point atau di mana-mana lokasi bersesuaian.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tentukan jawatan Husam Isnin depan

Posted: 01 Sep 2016 10:24 AM PDT

Wan Abdul Rahim berkata, beliau masih berpegang kepada janji untuk menyerahkan jawatannya selaku pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila Adun Salor itu menyertai Amanah.
Datuk-Wan-Abdul-Rahim-Wan-Abdullah-husam-musa
KOTA BHARU: Amanah akan bermesyuarat Isnin depan bagi menentukan kedudukan Adun Salor, Datuk Husam Musa dalam parti berkenaan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mesyuarat itu perlu diadakan berikutan tindakan Husam sebelum ini menolak jawatan peringkat nasional dalam parti itu.
"Kita akan bincang 5 September ini di Wisma Amanah di Kuala Lumpur," katanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa selepas menyambut kepulangan Husam dari Kuala Lumpur hari ini.
Selasa lalu, Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya.
Husam dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan kelantangannya mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.
Hari ini, Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Muhamad Hussin berkata, parti itu sedia menyerahkan tanggungjawab kepada Husam untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PAS kerana penyertaannya mampu memberi perubahan besar kepada politik di negeri itu.
Mengenai janji penyerahan jawatan pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila Adun Salor itu menyertai Amanah, Wan Abdul Rahim berkata, beliau masih berpegang kepada janji itu.
Sementara itu, Husam berkata, soal jawatan dan kedudukan dalam parti tidak penting bagi dirinya dan terpulang kepada Amanah untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu.

Muhyiddin : ‘Cabar nafi kenyataan saya atau saman saya’

Posted: 01 Sep 2016 10:24 AM PDT


Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan dakwaan rasuah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam skandal 1MDB.
Ujarnya, beliau juga sedia disaman oleh Najib, sekiranya kenyataannya berkenaan isu itu hanya 'cakap-cakap kosong'.
"PM Najib adalah MO1 sepertimana yang dinyatakan oleh DOJ , yang telah berpakat bersama Jho Low dan Riza Aziz untuk menjarah hasil 1MDB. Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.
"Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu. Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Najib menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam.
Pada Januari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali  mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait kontroversi isu 1MDB.

KJ serahkan pemacu pena 'panas' TMJ kepada SPRM

Posted: 01 Sep 2016 10:22 AM PDT

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan pemacu panas yang diberikan kepada beliau oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai dakwaan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jemputan media telah diedarkan oleh pembantu Khairy memberitahu bahawa menteri itu akan menyerahkan pemacu pena tersebut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya esok pagi esok.
Semalam, Khairy berkata beliau masih mengkaji kandungan pemacu pena tersebut bagi membolehkannya menjelaskan kepada SPRM mengenai apa jua elemen rasuah yang wujud didalamnya.
"Jika tidak, SPRM akan ketawa kepada saya dan berkata, 'Mengapa kamu berikan dokumen-dokumen ini terhadap kami?" jelas beliau.
Khairy telah mendapat pemacu pena tersebut pada 26 Ogos yang lalu.
Beliau sebelum ini berkata, pemacu pena mengandungi 279 muka surat dokumen dan berjanji bahawa tidak akan menyembunyikan apa-apa jika terdapat salah laku.

Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru

Posted: 01 Sep 2016 10:20 AM PDT

Datuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu selepas umum sertai Amanah semalamDatuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu selepas umum sertai Amanah semalam
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.
"Saya yakin gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain akan mencapai sasaran untuk menang dalam piliharaya umum ke 14," katanya pada sidang media yang diadakan sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra petang tadi.
Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh.Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh.Ketibaan Husam di sambut beratus-ratus penyokong beliau yang kebanyakannya terdiri penyokong Amanah.
Selepas sidang media di ruang ketibaan, beliau diarak dengan konvoi motosikal besar dan kereta pacuan empat roda ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah bagi kawasan Dun Limbongan, Pasir Puteh.
Ditanya tentang Pas, beliau berkata sekarang parti itu ada tiga opsyen.
"Pas boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai Barisan Nasional atau terus menyendiri seperti sekarang.
"Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu boleh diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka," katanya.
Dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti Bersatu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.
"Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Shafei Afdal di Sabah.
"Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa," katanya.
Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.Ditanya mengenai rancangan beliau mengembangkan Amanah di Kelantan beliau berkata parti barunya sangat berpotensi untuk diterima dengan meluas.
"Bagi orang Pas yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru Nik Aziz mereka kena menyertai Amanah kerana hanya Amanah serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.
"Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk Amanah kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh Pas dulu," katanya.

Semua peguam boleh sahkan Najib bukan subjek siasatan DOJ, kata Rahman Dahlan

Posted: 01 Sep 2016 10:20 AM PDT

Tapi Dr M dan rakan-rakan sengaja campur aduk untuk perdaya rakyat, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN
rahman-dahlan-dojs-1mdb (1)PETALING JAYA: Semua peguam boleh sahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan subjek siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) keatas dakwaan pengubahan dan pelesapan wang 1MDB, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pengarah Komunikasi Strategik BN berkata perkara itu sebenarnya jelas umpama hitam dan putih, namun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan konconya dalam pembangkang bermain muslihat untuk mengelirukan rakyat.
"Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih.
"Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan barunya dalam pembangkang sengaja mencampur adukkan kedua-duanya untuk memperdaya rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam wawancara bersama badan penyiaran Britain BBC semalam, Mahathir dilaporkan berkata individu yang dirujuk sebagai MO1 oleh DoJ adalah Najib.
Susulan itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan memberikan penjelasan manakala Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mendesak Najib membersihkan namanya dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini.
"Ramai lagi yang dirujuk DoJ. Namun, paling penting sekali, tiada seorang pun dalam kalangan mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek siasatan," jawab Rahman.
Beliau menambah kempen 'tohmahan' terhadap Najib akan gagal, apatah lagi selepas siasatan terperinci pelbagai pihak berkuasa membersihkan Presiden Umno itu daripada sebarang kesalahan.
"Sama seperti gagalnya setiap percubaan beliau (Mahathir) untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik," katanya lagi.

2 Sept Tiba Lagi: Laungan Reformasi Part 1

Posted: 01 Sep 2016 05:15 AM PDT

2 Sept Tiba Lagi: Laungan Reformasi Part II

Posted: 01 Sep 2016 05:14 AM PDT

2 Sept Tiba Lagi: Reformasi 1998 - Bukit Damansara

Posted: 01 Sep 2016 05:14 AM PDT

2 Sept Tiba Lagi: Satu Perjuangan - [ REFORMASI ]

Posted: 01 Sep 2016 05:13 AM PDT

2 Sept Tiba Lagi: Semarak Reformasi

Posted: 01 Sep 2016 05:12 AM PDT

2 Sept Tiba Lagi: Reformasi 1998

Posted: 01 Sep 2016 05:10 AM PDT

Jaja 'cerita seks' modal utama kem Najib serang Muhyiddin

Posted: 01 Sep 2016 05:08 AM PDT

Berjasa: 95% koperasi Bank Rakyat milik Melayu, tapi sektor tak tumbuh

Posted: 01 Sep 2016 03:56 AM PDT

PAC digesa menyiasat Bank Rakyat kerana mendakwa bank itu pernah mempunyai sejarah kes pecah amanah membabitkan pegawai kanan
mustafa-kamal-pac-bank-rakyat
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) digesa menyiasat Bank Rakyat susulan penahanan dua pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM15 juta.
Presiden Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) berkata siasatan itu menunjukkan wujud kepincangan dalam entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu.
"Kita tak mahu perkara ini (kepincangan) berulang dua kali lagi," kata Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut, merujuk kepada kes pecah amanah membabitkan Pengerusi Bank Rakyat Datuk Seri Harun Idris, Pengarah Urusan Abu Mansor Basir dan Pengurus Besar Ismail Din pada 1977.
"Inilah satu-satunya institusi kewangan dimiliki majoritinya orang Melayu," katanya pada sidang medianya di sini hari ini.
"Kita mahu ketelusan, kredibiliti kerana kebanyakan daripada anggota Bank Rakyat ini adalah lantikan daripada kerajaan. Kalau kita lihat, pengerusi pun adalah bekas penglima anggota tentera."
Sebelum ini, Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta.
Beliau orang kedua daripada pengurusan tertinggi bank berkenaan yang ditahan SPRM selepas Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abd Razak.
Presiden Berjasa menambah parti akan menghantar surat gesaan kepada PAC Isnin depan. Menurut Berjasa, 95% daripada sektor koperasi di bawah bank kawalan kerajaan itu dimiliki orang Melayu, bersamaan 900,000 ahli.
Read More / Baca Lagi >>

Semua MP kena sokong pindaan Akta 355 - PJ Terengganu

Posted: 01 Sep 2016 03:51 AM PDT


Satiful Bahri

KUALA TERENGGANU - Pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu disokong semua anggota parlimen sama ada Islam atau bukan Islam, bertujuan menghormati hak orang Islam di negara ini.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sokongan itu sudah tentu membuktikan bahawa nilai kemerdekaan negara itu sendiri diangkat selepas sekian lama negara bebas daripada penjajah.
"Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, marilah kita sama-sama berdoa agar pindaan itu akan berjaya kerana sesungguhnya ia akan mengangkat martabat kemerdekaan kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya.
Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena perutusan kemerdekaan, di sini.
Menurutnya, kemerdekaan negara turut membawa maksud Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat dan bebas daripada pemerintahan penjajah yang merupakan salah satu nikmat terbesar dikurniakan ALLAH kepada rakyat di negara ini.
"Maka sudah tentu dan sepatutnya peraturan dan perundangan Islam, telah lama menjadi suatu akta yang dikanunkan seterusnya diamalkan dalam sistem perundangan negara sebagai suatu alternatif kepada rakyat yang beragama Islam," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan Islam sebenar yang menunjukkan seluruh insan bebas daripada perhambaan sesama manusia dan hanya menjadi hamba ALLAH semata-mata.
Jelasnya, Islam yang merdeka itu juga bukan hanya dinikmati penganut Islam tetapi rahmatnya melimpah ke seluruh alam termasuk dinikmati penganut agama lain.
"Negara kita telah merdeka selama 59 tahun, tatkala mendapat kemerdekaan, penubuhan negara kita jelas melalui peruntukan Fasal 3 dalam perlembagaan, menjadi sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuannya," katanya.

Ekonomi negara: Nazir pesan hati-hati, Najib pula ucap syukur

Posted: 01 Sep 2016 03:49 AM PDT


Najib dan Nazir RazakNajib dan Nazir Razak
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengakui ekonomi Malaysia semakin perlahan dengan pertumbuhan sekitar empat peratus pada tahun ini.
"Dunia sekarang berada dalam era pertumbuhan struktural yang rendah. 'Hari bersuka ria' sudah berlalu dan ia akan mengambil banyak tahun untuk menyaksikan pertumbuhan tinggi kembali di dunia ini sekali lagi," dipetik daripada laporan sebuah akhbar hari ini.
Menurutnya, seluruh dunia terpaksa melalui pertumbuhan ekonomi perlahan kerana bebanan terlalu banyak hutang yang merupakan masalah asas sistem dunia hari ini.
Nazir berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch 'n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, ibu negara, semalam.
"Saya berpendapat kita sekarang berhadapan persekitaran luaran yang amat sukar. Maka berhati-hatilah. Jangan berbelanja berlebihan kerana keadaan akan menjadi sukar bagi Malaysia dan seluruh dunia," pesan Nazir.
Peringatan Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri itu hanya selepas dua hari CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) mengumumkan penutupan 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi.
Bagaimanapun, lain pula dengan Najib Razak, ekonomi negara digambarkan dalam keadaan baik dengan memberitahu bahawa Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI.
Read More / Baca Lagi >>

RM1K Seorang: Dari mana datangnya wang sebanyak itu, Kula tanya Jamal

Posted: 01 Sep 2016 03:49 AM PDT

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos perlu mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.
Ini selepas Jamal yang mengepalai Gerakan Merah berkata semalam, beliau akan memberikan wang sebanyak RM1,000 seorang kepada 115 ketua cawangan Umno dalam bahagiannya.
Ujar Jamal, pemberian tunai itu adalah sebagai alternatif selepas membatalkan rancangan untuk membawa ketua-ketua cawangan itu bercuti ke Dubai.
"Pengumuman beliau itu menimbulkan satu persoalan iaitu dari mana dan apakah sumber dana beliau?
"Saya pasti bukan sahaja ahli Umno tetapi rakyat Malaysia juga ingin tahu jika dana itu datang daripada poket sendiri, bahagian atau derma.
"Jika wang itu daripada poket sendiri, kemudian dia mewajarkan bahawa pendapatannya adalah mencukupi untuk kemurahan hatinya.
"Jika Jamal tidak bersedia untuk berterus-terang mengenai sumber dananya, maka SPRM perlu menjalankan siasatan," kata ahli parlimen DAP itu.
Baru-baru ini, Jamal membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan kepada pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.
"Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.
"Justeru itu saya batalkan tawaran percutian tersebut dan kos percutian kita kongsi bersama yang mana setiap seorang perwakilan akan mendapat RM1,000," kata Jamal disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Jamal berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kali ke 13 bagi tahun 2016 di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor.

PAS, DAP mahu pengesahan MO1=Najib disusuli siasatan, penjelasan Najib

Posted: 01 Sep 2016 03:44 AM PDT

Pengakuan Abdul Rahman itu dapat membantu SPRM dalam sisatannya, kata PAS.
Tuan-Ibrahim_rahman-dalan_najib_600
PETALING JAYA: DAP dan PAS hari ini menggesa Putrajaya tampil memberi penjelasan selepas pengesahan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang "Malaysian Official 1" (MO1) merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan pengesahan Abdul Rahman, yang juga pengarah strategi Barisan Nasional (BN), dan menambah ia dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usahanya memerangi rasuah.
"Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?" kata Tuan Ibrahim.
"MO1" disebut 36 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai lalu, dalam dokumen permohonannya mahu merampas aset berkait 1MDB bernilai lebih RM1 bilion susulan dakwaan salah laku dan kecurian dana.
Ia mengundang spekulasi MO1 merujuk kepada perdana menteri, walaupun Najib dan pemimpin Umno sehingga ini rata-rata tidak memberikan komen secara langsung mengenai perkara itu.
Badan penyiaran Britain BBC hari ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata identiti MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
"Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri," katanya, yang menambah nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
"Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan," katanya dipetik BBC.
DAP: Najib perlu bersihkan nama di PBB
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan sama ada pengakuan Abdul Rahman itu bermakna DOJ berasas.
"Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?" tanya beliau.
"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?"
Read More / Baca Lagi >>

'Pengesahan Najib sebagai MO1 berita baik buat SPRM'

Posted: 01 Sep 2016 03:43 AM PDT

Ekoran pengesahan kerajaan bahawa "Malaysian Offcial 1" adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali kertas siasatan bagi kes 1MDB.
Malah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengakuan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan itu sepatutnya menjadi berita baik kepada Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.
"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara.
"SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula,' kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Jaringan media British BBC hari ini melaporkan Rahman sebagai mengesahkan MO1 adalah Najib.
MO1 dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan dana 1MDB.
Rahman dilaporkan sebagai berkata "Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri".
Beliau yang juga pengarah strategi BN berkata DOJ tidak menyebut nama sebenar kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan.
DOJ menyifatkan MO1 sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta dalam akaun bank peribadinya.
Kabinet setuju?

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata Putrajaya juga perlu tampil memberi penjelasan selepas pengesahan terbuka Rahman.
"Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 sememangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?
Read More / Baca Lagi >>

Kem Najib hanya mampu jaja cerita seks, bidas Muhyiddin

Posted: 01 Sep 2016 03:39 AM PDT

Dakwaan mengenai "kecurangannya dengan isteri orang lain" membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada 'cerita seks' untuk mempertahankan perdana menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang berkata Muhyiddin tidak boleh dipercayai kerana curang terhadap isterinya.
Ini susulan Muhyiddin mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan kepadanya bahawa akaun bank Najib mempunyai RM1 bilion, walaupun sebelum "derma politik" RM2.6 bilion.
"(Tengku) Sarifuddin bankrap dengan idea dan ini jelas dapat dilihat dari dakwaan tak beradabnya ke atas saya, menimbulkan tidak lebih daripada cerita-cerita seks yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan.
"Begitulah rendah penyokong Najib sanggup lakukan. Cerita yang dipopularkan oleh blogger banduan kini menjadi modal utama digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk tulisan blogger Raja Petra Kamaruddin yang menerbitkan suatu akuan bersumpah berhubung dakwaan berkenaan.
Dalam SD itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin, mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin sejak beliau adalah menteri besar Johor.
Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengulangi bahawa dakwaan 'tidak senonoh' ke atasnya adalah adalah tidak benar dan kerajaan tidak sepatutnya menjejaskan perhatian rakyat terhadap skandal Najib .

Muhyiddin cabar PM: Jadilah anak jantan, saman saya

Posted: 01 Sep 2016 03:35 AM PDT

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

"Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

"Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

"Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Najib telah menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan berkata tuduhan terhadapnya sebahagian daripada rancangan untuk menggulingkannya.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku jenayah dalam kontroversi 1MDB.

Dyana Sofia fires back at Razlan's list on "DAP's Disrespect of Malays"

Posted: 01 Sep 2016 03:27 AM PDT

Saya belum diberi taklimat mengenai pindaan definisi rogol, kata Azalina

Posted: 01 Sep 2016 03:26 AM PDT

Peguam kecam siasatan terhadap mahasiswa, penganjur #TangkapMO1

Posted: 01 Sep 2016 03:25 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:14 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Raikan Hari Kemerdekaan : Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kuching Tidak Cerdik

Posted: 01 Sep 2016 09:30 AM PDT



"Sebagai orang yang namanya termasuk dalam Dewan Negara, beliau perlu utamakan semangat kenegaraan, bukan kenegerian," ini kenyataan daripada Prof Datuk Dr Ramlah Adam. 

Kenyataan itu membalas gesaan daripada Chong Chieng Jien, Ahli Parlimen DAP Kuching yang mahu Sarawak tidak meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia setiap 31 Ogos. 

Sebagai seorang ahli parlimen, Chong Chieng Jien tidak perlu menimbulkan sentimen yang tidak baik sedangkan seluruh rakyat Malaysia sama ada di Sabah dan Sarawak bersama sama meraikan hari bersejarah negara itu.

DAP Sarawak nampaknya sudah kehabisan modal. Isu sambutan 31 Ogos ini tidak sepatutnya dibangkit dan diungkitkan. Kenyataan tidak cerdik Chong Chieng Jien ini tidak sepatutnya diungkapkan oleh seorang ahli parlimen.

Konsep Sama Rata Di Selangor, DAP Sudah Kuasai Pemerintahan Azmin?

Posted: 01 Sep 2016 06:32 AM PDT


Akhirnya, dasar sama rata, sama rasa sudah pun dilaksanakan di Selangor. Azmin Ali nampaknya sudah mengalah pada dasar "Malaysian Malaysia" yang dipopularkan olah DAP.


(Apakah DAP sudah kuasa Azmin Ali?)

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rumah mampu milik dan kos rendah adalah perkara yang melangkaui bangsa, agama, warna kulit dan latar belakang.

"Miskin dan kurang kemampuan dari segi kewangan berlaku dalam semua kaum dan agama. Prinsip negeri ini adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.


28 Ogos 2016, akhbar Nan Yang Siang Pau, mukasurat pertama melaporkan bahawa diskaun 10% untuk bumiputera membeli hartanah di Selangor akan dihapuskan.

Mampukah orang miskin membeli rumah berharga lebih RM500,000 ke atas? Sebulan perlu komitmen sampai RM2,000 atau RM3,000? Selama ini, Melayu di Pulau Pinang mengadu perkara yang sama, lebih 20 kampung Melayu lenyap di Pulau Pinang. 

Kini di Selangor, Menteri Besarnya nampaknya tunduk pada DAP. Bagaimana pula nasib peniaga gerai Melayu ini? Apakah akan ada pembelaan daripada Azmin Ali? Sila lihat sendiri bagaimana gerai mereka dirobohkan sebegitu sahaja, mana dia Menteri Besar Selangor?

MO1 : Rahman Dahlan Bidas Putar Belit Malaysiakini

Posted: 01 Sep 2016 06:19 AM PDT


1. Seperti yang telah saya beritahu kepada BBC, ia adalah jelas bahawa apa yang dikenali sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut oleh DoJ AS adalah Perdana Menteri kita.

2. Ramai yang lain juga disebut oleh DoJ. Tetapi, secara kritikalnya, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek dalam siasatan.

3. Seperti yang mana-mana peguam akan mengesahkan, perbezaan di antara dinamakan sebagai subjek dalam tuntutan mahkamah sivil, dan semata-mata disebut dalam penyiasatan, adalah berbeza sama sekali.

4. Tun Mahathir Mohamad dan sekutu barunya dalam pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua itu untuk memperdaya rakyat Malaysia. Protes gagal yang dianjurkan oleh proksi-proksi mereka yang mempersoalkan identiti MO1 adalah tidak relevan, kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.

5. Sementara itu, selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa, Perdana Menteri kita telah dibersihkan daripada sebarang salah laku. Jadi, bukti-buktinya adalah jelas. Dan cubaan Tun Mahathir akan gagal sekali lagi – sama seperti semua percubaannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang telah dipilih secara demokrasi yang telah gagal teruk.

Dato' Abdul Rahman Dahlan, 
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Semangat Patriotik Rakyat Malaysia Lebih Ramai Berbanding Demo Haram

Posted: 30 Aug 2016 12:58 AM PDT


Rakyat Malaysia menolak cara demo haram dan tidak bersebab di atas jalan. Rakyat Malaysia lebih suka memilih acara dan program yang lebih berfaedah dan manfaat untuk rakyat. Tolak demo jalanan dan cara yang tidak rasional. 

17 Gerai Melayu Roboh Tanpa Pembelaan Langsung Dari Azmin Ali

Posted: 29 Aug 2016 10:21 PM PDT




Sejumlah 17 peniaga gerai kecil Bazar Rusda, AU3, Keramat  menangis dan says bila gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Mereka mendakwa tidak diberikan gerai tapak baru sebagai anti. Surat sudah dihantar kepada ahli parlimen Gombak iaitu Azmin Ali untuk meminta belas kasihan, namun surat itu tidak dilayan pun oleh Azmin Ali. 

Akhirnya gerai mereka diroboh tanpa ada sebarang pembelaan oleh Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor. Menitis air mata melihat gerai orang Melayu jadi begitu. Mengapa Azmin langsung tidak memberi peluang atau berjumpa dengan mereka? 

Paling tidak pun berilah tapak gerai baru untuk mereka meneruskan mencari rezeki. Tidak sepatutnya Azmin Ali perlakukan begini terhadap 17 orang peniaga gerai ini. Kasihanilah mereka. 


Video bagaimana gerai gerai ini dirobohkan boleh dilihat menerusi link ini

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 7:54 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Amanah patut cadang Dr. Mahathir bertanding di Johor bukannya Putrajaya.

Posted: 01 Sep 2016 06:05 PM PDT

Pasai tu pada aku kalau Dr. Mahathir masih berminat untuk bertanding dalam pilihanraya dia lebih patut digesa untuk bertanding di Johor dan untuk pastikan ada harapan untuk menang Dr. Mahathir kena pastikan kesan isu KENYATAAN BANGANG dia tu diselesaikan sebaik mungkin.

Kredit imej: UtaraNews.
Malaysiakini dalam berita bertajuk "AMANAH mahu Dr Mahathir tanding di Putrajaya" melaporkan:
Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di kawasan parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang sebagai calon Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengarah Komunikasi, AMANAH Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar berkata, idea itu juga dipersetujui oleh ahli baru AMANAH, Datuk Husam Musa, yang telah diletakkan sebagai calon Putrajaya pada tahun 2013 oleh PAS. - Mkini.
Artikel penuh »

Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1 tapi tetap kata Najib tak salah dengan alasan BANGANG

Posted: 01 Sep 2016 05:00 AM PDT

Isunya sekarang ni dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB tu MO1 tu dirujuk sebanyak 36 kali senang-senang Rahman Dahlan boleh kata Najib sebagai MO1 tak perlu bertanggungjawab.

Kredit imej: BBC
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1" melaporkan:
Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC. - Mkini.
Artikel penuh »

Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1 tapi tetap kata Najib tak salah dengan alasan BANGANG

Posted: 01 Sep 2016 05:00 AM PDT

Isunya sekarang ni dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB tu MO1 tu dirujuk sebanyak 36 kali senang-senang Rahman Dahlan boleh kata Najib sebagai MO1 tak perlu bertanggungjawab.

Kredit imej: BBC
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1" melaporkan:
Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC. - Mkini.
Artikel penuh »

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:02 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


APAKAH RAHMAN DAHLAN DAH HABIS FIKIR?

Posted: 01 Sep 2016 05:37 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Jika sebelum ini Abdul Rahman Dahlan hanya berkias dengan mengatakan hanya orang bodoh saja tak tahu siapa sebenarnya Malaysian Official 1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS, kini beliau secara terbuka mengesahkan individu berkenaan adalah Najib Razak.

Sebagaimana dipetik melalui wawancara dengan BBC, Pengarah Strategik BN itu berkata, "Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri."

Tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO lain yang takut-takut untuk menamakannya secara terbuka kerana ingin melindungi kedudukan Najib, Rahman sebaliknya bersikap sangat terbuka.

Malah dengan mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1 melalui  saluran BBC, tidak melalui media tempatan, Rahman seperti ingin pengesahannya itu diketahui serta didengari oleh seluruh dunia.

Sebelum ini, Bung Mokhtar Radin misalnya enggan berterus-terang dengan mengatakan Malaysian Official 1 itu boleh jadi merujuk kepada sesiapa saja, manakala Nawawi Ahmad pula mentafsirkannya sebagai Yang Dipertuan Agong.

Pemimpin-pemimpin UMNO selebihnya, walaupun sedar Malaysian Official 1 itu juga dirujuk sebagai mempunyai talian persaudaraan dengan Riza Aziz, tetapi keberatan untuk menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan.

Ini kerana, risiko mengesahkan nama Najib bererti turut bersetuju dengan dakwaan Jabatan Kehakiman AS mengenai kemasukan wang sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang berpunca daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Malaysian Official 1 itu.

Apakah dengan pengesahan terbuka Rahman Dahlan bahawa Najib adalah Malaysian Official 1, beliau ingin memberitahu dunia bahawa wang tersebut memang berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan dan bukan merupakan derma daripada Timur Tengah?

Apakah Rahman sudah berfikir habis-habisan mengenai risiko pengesahannya melalui BBC itu?

Berapa lama lagi rasanya Rahman Dahlan boleh bertahan sebagai menteri?


Harga makanan berisiko meningkat akibat harga gula, kata Rabobank

Posted: 01 Sep 2016 05:32 AM PDT

BERNAMA
 
 
Makanan kandungan gula tinggiMakanan kandungan gula tinggi


Trend harga gula yang tinggi dijangka berterusan untuk beberapa suku tahun akan datang dan akan memberi kesan yang ketara kepada margin makanan dan minuman Asia, menurut laporan terkini Rabobank, 'Hurry Cane: Managing Higher Sugar Prices in Asia'.

Laporan itu menyatakan harga gula mentah dunia meningkat sebanyak 30 peratus sejak pertengahan April, daripada US$14.3 c/lb kepada US$18.8 c/lb (asas niaga hadapan Julai), apabila pasaran mengambil kira potensi pengeluaran gula global yang rendah pada 2016/17.

Rabobank berkata harga gula domestik di Asia juga mula menunjukkan asas yang kukuh dan rantau ini dijangka mengalami defisit gula yang pertama dalam tempoh lima tahun.

Pengeluaran gula di Asia dijangka rendah pada 2016/2017, berikutan kemarau akibat El Nino pada 2015 menyebabkan pengeluaran susut kepada paras terendah dalam tempoh lima tahun, menurut laporan itu.

Pada 2015/2016, Rabobank mengunjurkan Asia akan menyaksikan defisit gula yang pertama dengan anggaran dua juta tan dalam tempoh lima tahun.

Pada peringkat global, selain Eropah dan Brazil mengunjurkan untuk menyaksikan pengeluaran yang lebih baik pada tahun depan, Rabobank menjangka defisit gula dunia sebanyak 5.5 juta tan pada musim yang akan datang.

Rabobank juga berkata minuman ringan menjadi antara pemacu jumlah dagangan paling penting bagi penggunaan gula di Asia.

Selain unjuran pertumbuhan penggunaan minuman ringan di Asia dikurangkan, Rabobank menjangka pertumbuhan kekal mendahului di kebanyakan rantau lain.

Tenusu - terutamanya susu pekat dan aiskrim - dan kuih-muih, segmen utama lain dijangka meningkat pada kadar stabil dalam masa terdekat.

Bagi segmen makanan dan minuman dengan dengan pendedahan yang ketara kepada pemanis, pertumbuhan Asia secara keseluruhan adalah 8.5 peratus berbanding pertumbuhan global 3.0 peratus antara 2006 dan 2015.

Walaupun pasaran makanan dan minuman China perlahan baru-baru ini, 40 peratus daripada pertumbuhan jumlah dagangan global pada 2015-18 adalah daripada pasaran makanan dan minuman Asia.

Inventori rendah dan jangkaan pengurangan tanaman mengekalkan harga gula tinggi, kata Rabobank.

Kesan daripada permintaan yang berterusan dan pengeluaran pada 2015-16 yang rendah mendorong inventori gula Asia kepada paras terendah dalam sejarah.

Bergantung kepada jurang penawaran-permintaan tempatan, harga gula di rantau ini meningkat antara 30 peratus dan 50 peratus daripada paras yang dilihat pada tahun 2015.

Dengan jangkaan pengeluaran pada 2016-17 yang rendah dan pertumbuhan permintaan yang kukuh, Rabobank menjangka terdapat keadaan positif yang mencukupi untuk menyokong paras semasa hingga suku keempat 2016.

Pada paras harga semasa US$17.99 cent per pound, pembeli industri membayar 42 peratus lebih tinggi berbanding harga pada 2015 menandakan tambahan US$3.5 bilion ke atas kos barang yang dijual di peringkat serantau.

Bagi negara tertentu, kesan sepenuhnya akan bergantung kepada sambutan bagi harga gula halus tempatan terhadap jurang penawaran dan permintaan.

Bagi sektor yang bergantung secara langsung kepada gula (seperti minuman ringan, kuih-muih dan susu pekat) sebagai bahan mentah, kesannya amat berat, kata Rabobank.

Misalnya, di India, harga domestik meningkat dengan cepat dalam tempoh enam bulan lepas, dan jika pengguna sektor hiliran lambat memberi tindak balas, ia mungkin bermakna peningkatan kos dan mengurangkan margin keuntungan.

Manakala di Indonesia dan China, apabila pengimportan gula membentuk sebahagian besar penggunaan tempatan, sektor makanan dan minuman akan menghadapi harga borong dan domestik yang tinggi apabila mereka membeli daripada kilang gula tempatan.

Sebaliknya, di Thailand, harga borong domestik dihadkan oleh peraturan kerajaan, mereka akan berasa tiada perbezaan jika harga niaga hadapan gula global terus tinggi.

Sementara itu, pembeli sektor hiliran di Malaysia perlu melaksanakan strategi kewangan dan operasi yang sesuai, dan Filipina, pada tahun ini menjangka mempunyai bekalan gula domestik yang mencukupi, seterusnya kurang terdedah kepada harga gula.

Rabobank berkata bagi syarikat yang terdedah kepada harga gula tinggi, gabungan pendekatan operasi dan kewangan perlu disediakan untuk mengurangkan risiko dan tekanan ke atas margin perniagaan.

Pelan pengurangan risiko syarikat perlu memasukkan gabungan strategi operasi dan lindung nilai komoditi, katanya.

9 hadir beri keterangan di IPD Dang Wangi

Posted: 01 Sep 2016 05:29 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Anis Syafiqah ketika hadir bersama peserta, peguam dan penyokongnya di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Anis Syafiqah ketika hadir bersama peserta, peguam dan penyokongnya di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.


Sembilan peserta perhimpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu hadir memberikan keterangan hari ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.

Antara yang dipanggil ialah enam mahasiswa iaitu Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Suhail Wan Azahar, Khairol Najib Hashim, Luqman Nur Hakim dan Luqman Hakim.

Tiga lagi ialah Ketua Angkatan Muda (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad, Isaiah Jakob dan Amir Abdul Hadi.
Anis yang juga Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 berkata, mereka akan memberikan keterangan berkaitan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.

Nik Nazmi berkata, beliau dimaklumkan terdapat tiga tuduhan yang dibuat ke atas mereka, iaitu berkaitan mengancam demokrasi berparlimen serta tuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.

"Kita amat kesal sempena kita sambut kemerdekaan semalam, mahasiswa tunjuk keberanian yang sangat hebat kerana anjur perhimpunan untuk tegak keadilan kerana tak puas hati mengenai skandal yang membelenggu negara telah dipanggil pihak polis," katanya.

Kordinator Penerangan Gabungan TangkapMO1 Aqilah Zainuzi dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dipanggil pihak polis akan hadir bersama pada jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.

Peserta termasuk penganjur himpunan #TangkapMO1 Sabtu lalu disoal siasat polis di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 9 (5) akta perhimpunan aman di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi hari ini.

Menurut peguam yang mengiringi mereka, Melissa Sasidaran berkata, walaupun gembira mereka tidak direman namun beliau mengecam tindakan polis yang memanggil orang awan yang tidak bersalah.

Sedangkan katanya' Malaysian Official One' yang dikaitkan dengan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak masih bebas.

"Kita gembira mereka tidak direman tetapi kecam kenapa mahasiswa dan aktivis ini dipanggil untuk disoal siasat kerana menganjurkan perhimpunan aman sedangkan MO1 yang mana kita dah tahu identitinya, Datuk Rahman Dahlan kata semua orang tahu MO1 ialah Najib Razak dan dia masih bebas," katanya kepada pemberita selesai soal siasat.

Anis yang juga Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 pula berkata, beliau terkilan dengan polis yang menyiasat mereka yang tidak melakukan kekacauan namun berharap prosedur siasatan dapat berlangsung dengan baik.

"Terima kasih pada polis beri kerjasama yang baik semasa beri keterangan dan cuma kami mahasiswa terkilan, kami yang anjur perhimpunan aman, tapi dipanggil beri keterangan.

"Harap selepas ini prosedur dapat  dijalankan dengan baik, kami tuntut keadilan sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad disiasat di bawah Sekyen 9 (5) akta hasutan.

Peguam beliau, Adi Zulkarnain Zalkafli berkata, Nik Nazmi akan memberikan keterangan di mahkmah nanti.

Kesemua mereka disiasat kira-kira 1 setengah jam.

Anis Syafiqah dan Aqilah Zainuzi ketika berjalan keluar dari balai polis selepas memberikan keterangan mereka.Anis Syafiqah dan Aqilah Zainuzi ketika berjalan keluar dari balai polis selepas memberikan keterangan mereka.
    

Saya sudah duga, terus perjuang nasib rakyat walau penjara menanti

Posted: 01 Sep 2016 05:24 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rafizi Ramli diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.Rafizi Ramli diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sudahpun menduga keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang bersetuju pihak pendakwa telah membuktikan prima facie terhadap beliau di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

"Saya sudah pun duga.

"Saya mengikuti dengan dekat persediaan pembelaan yang dikemukakan oleh pasukan peguam saya yang diketuai oleh Gobind Singh Deo, Saiful Izham Ramli, Ahmad Nizam Abdul Hamid dan kumpulan peguam muda yang lain.

"Saya yakin hujah kami adalah kukuh dan akan memastikan kes pembelaan kelak akan menunjukkan kelemahan-kelemahan pendakwaraya yang sepatutnya mendorong mahkamah membebaskan saya.

"Pun begitu, saya pasrah dengan kemungkinan bahawa saya hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum proses mahkamah selesai dan saya dijatuhkan hukuman penjara.

"Kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membawa hukuman wajib penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

"Saya tidak menyesal dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan. Dalam perkara yang jelas betul atau salahnya, tanggungjawab seorang insan adalah berkata benar. Soal kesan akibat berkata benar itu wajarlah diserahkan kepada Allah SWT semata-mata kerana kalau kita yakin kita berkata benar demi mencari keredhaan Allah SWT, kita juga yakin Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, jika semua pimpinan masyarakat dan agamawan mengambil pendirian begini, lebih mudah semua masyarakat melawan kezaliman dalam masyarakat tidak kira betapa kuatnya kuasa pemerintah.

"Oleh itu, saya akan terus membawa isu-isu rakyat terbanyak lebih-lebih lagi dalam konteks kemelut politik pemimpin negara sekarang.

"Saya telah membuat satu kajiselidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak dua minggu lalu.

Kajiselidik ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan whatsapp. Soalan penuh kajiselidik boleh disemak di https://poll.fbapp.io/exatdu

"Kajian ini bertujuan membantu saya memilih isu yang penting untuk rakyat dalam keadaan keseluruhan fokus ahli politik dan kebanyakan NGO sejak setahun lalu adalah 1MDB semata-mata serta usaha-usaha menukar Perdana Menteri.

"Sedang saya bersetuju sepenuhnya dengan sebarang usaha menukar Perdana Menteri serta merta kerana saya bimbang ada usaha menutup skandal 1MDB dengan menggunakan dana-dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB, Perkeso dan lain-lain, saya juga khuatir keghairahan bercakap mengenai 1MDB dan memecat Perdana Menteri semata-mata tanpa membela nasib rakyat terbanyak akan menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan dilihat terpisah dari rakyat," ujarnya.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama-sama kenyataan ini. Ringkasan penting dari dapatan tersebut adalah seperti berikut:

1) 97% dari 718 responden berpendapat ada bukti kukuh Dato' Seri Najib Tun Razak terlibat di dalam skandal 1MDB

2) Hanya 67% berpendapat pendedahan baru mengenai 1MDB akan mempengaruhi keputusan mereka mengenai 1MDB

3) 92% berpendapat isu-isu kebajikan rakyat lebih penting diketengahkan berbanding Rang Undang-undang 355

4) Responden menyenaraikan "memperjuangkan isu rakyat untuk membela rakyat" sebagai tugas terpenting yang mereka mahu wakil rakyat laksanakan; lebih tinggi dari mendedahkan skandal 1MDB dan menukar Perdana Menteri semata-mata

Dapatan-dapatan ini memberi panduan kepada beliau bahawa tumpuan pimpinan Pakatan Harapan dan wakil rakyat sewajarnya kembali membela nasib rakyat dengan memperjuangkan penyelesaian kepada masalah-masalah harian mereka.

Kupasan skandal 1MDB tidak boleh berlegar kepada berapa banyak wang yang telah diselewengkan dan kemewahan keluarga Perdana Menteri semata-mata. Ia perlu diterjemahkan kepada kesannya kepada kehidupan seharian rakyat dalam bentuk kos pendidikan tinggi yang makin tinggi, kos sara hidup, kelewatan bayaran caruman LTAT kepada pesara tentera, penggunaan dana awam dalam projek yang tidak sesuai dan lain-lain.

"Oleh sebab inilah saya jarang mengulas mengenai skandal 1MDB dan polemik politik menukar Perdana Menteri semata-mata kerana ia wajar diimbangi dengan pembelaan rakyat yang ada kesan nyata pada kehidupan harian mereka.

"Saya akan gunakan saki baki beberapa bulan yang saya ada (mengambil kira kemungkinan saya akan dijatuhkan hukuman penjara) untuk membawa isu-isu rakyat agar dapat menjadi tumpuan umum.

Antaranya beliau menyenaraikan isu berkenaan:

1) Risiko keruntuhan model pembiayaan pendidikan tinggi melalui PTPTN yang akan bawa kesan besar kepada rakyat. Saya akan bentangkan kertas kajian saya di Kongres Mahasiswa Kebangsaan Ke-2 pada 17 September 2016 ini.

2) Membela pesara tentera dan perajurit untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dan mendapat bayaran caruman yang tepat pada masa. Saya akan umumkan siri dialog dengan pesara tentera esok.

3) Membela golongan muda dengan menumpukan kepada persoalan peluang pekerjaan yang lebih adil, soal penggajian dan undang-undang muflis yang tidak adil. Saya akan lancarkan satu NGO khusus untuk memperjuangkan isu-isu ini dalam bulan Oktober.

4) Menjaga wang rakyat dalam tabung-tabung rakyat seperti Tabung Haji, Felda, KWAP, PNB dan KWSP. Saya akan menyambung kembali pendedahan saya mengenai kelemahan pengurusan di Tabung Haji selepas Hari Raya Aildiladha minggu depan.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR turut mengecam semua pimpinan perkhidmatan awam di peringkat atasan yang bersekongkol memangsakan rakyat kerana pentingkan kedudukan dan pangkat.

"Saya mengecam semua pimpinan di syarikat-syarikat dan tabung milik rakyat yang menjadi pengatur bagi membolehkan penguasa memakan harta rakyat.

"Saya mengecam semua pimpinan politik yang secara langsung atau tidak langsung membenarkan rakyat terus dimangsakan dan dipijak walaupun negara sudah bebas dari pentadbiran penjajah 59 tahun lalu.

"Saya mengecam semua pimpinan masyarakat yang memberi pelbagai alasan untuk tidak lantang bersuara membidas pihak-pihak yang mempunyai kuasa sehingga golongan muda berdepan dengan risiko mewarisi hutang negara yang diluar kemampuan mereka menanggungnya.

"Anda bergembira dan bermewah dengan habuan gaji dan kedudukan yang anda ada sedangkan sumbernya itu datang dari rakyat. Anda akan diadili suatu hari nanti dan saya doakan anda berpeluang memperbetulkan kesilapan lalu.

"12 bulan akan datang adalah pecutan terakhir yang perlu meletakkan rakyat di hadapan. In Sya Allah masa beberapa bulan yang berbaki ini saya akan memberi sepenuh komitmen kepada kebajikan rakyat," ujarnya.

Ekonomi negara: Nazir pesan hati-hati, Najib pula ucap syukur

Posted: 01 Sep 2016 05:12 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Najib dan Nazir RazakNajib dan Nazir Razak


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengakui ekonomi Malaysia semakin perlahan dengan pertumbuhan sekitar empat peratus pada tahun ini.

"Dunia sekarang berada dalam era pertumbuhan struktural yang rendah. 'Hari bersuka ria' sudah berlalu dan ia akan mengambil banyak tahun untuk menyaksikan pertumbuhan tinggi kembali di dunia ini sekali lagi," dipetik daripada laporan sebuah akhbar hari ini.

Menurutnya, seluruh dunia terpaksa melalui pertumbuhan ekonomi perlahan kerana bebanan terlalu banyak hutang yang merupakan masalah asas sistem dunia hari ini.

Nazir berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch 'n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, ibu negara, semalam.
"Saya berpendapat kita sekarang berhadapan persekitaran luaran yang amat sukar. Maka berhati-hatilah. Jangan berbelanja berlebihan kerana keadaan akan menjadi sukar bagi Malaysia dan seluruh dunia," pesan Nazir.
Peringatan Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri itu hanya selepas dua hari CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) mengumumkan penutupan 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi.

Bagaimanapun, lain pula dengan Najib Razak, ekonomi negara digambarkan dalam keadaan baik dengan memberitahu bahawa Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI.

"Kini DTN (Dasar Transformasi Nasional) telah masuk tahun ketujuh pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.
"Ini semua bukan sekadar omong kosong, akan tetapi fakta dan angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh badan penarafan berwibawa pada peringkat antarabangsa.
"Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak empat peratus," ujar Najib dalam Amanat Hari Kebangsaan 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam 31 0gos lalu.

Mansuh Diskaun 10 % Bumiputera : Jangan Ikut Telunjuk Bukan Islam-Dewan Ulamak PAS

Posted: 01 Sep 2016 05:02 AM PDT

 

 


KUALA LUMPUR- Pas mengingatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak terikut-ikut dengan telunjuk orang bukan Islam menerusi langkah pemansuhan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri itu.


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, perkara tersebut adalah tidak wajar kerana orang Melayu masih belum mempunyai kedudukan ekonomi yang setaraf dengan kaum lain khususnya di kawasan bandar.

"Sepatutnya kerajaan PKR Selangor jangan cepat mengikut te­lunjuk orang bukan Islam kerana kebanyakan mereka mampu memiliki rumah meskipun tanpa ada diskaun.

"Walaupun tujuan mereka (ke­ra­jaan negeri) baik untuk memberi keadilan kepada semua rak­yat tetapi kita bimbang perkara tersebut tidak mampu tercapai selagi ekonomi orang Melayu belum setaraf dengan bangsa lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan diskaun 10 pe­ra­tus untuk bumiputera bagi pem­belian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO di negeri itu akan dimansuhkan bermula 1 September ini.

Mohamed Azmin berkata, sebaliknya diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori berpendapatan ren­dah dan sederhana.

Menurutnya, penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.

Mahfodz berkata, langkah mem­beri diskaun perumahan ke­pada bumiputera wajar diterus­kan bagi membantu orang Mela­yu memiliki kediaman sendiri terutama di kawasan bandar.

"Jika bumiputera sudah kuat dari segi ekonominya, saya setuju untuk memansuhkan diskaun tetapi secara realiti masyarakat bumiputera masih belum setaraf ekonominya.

"Oleh sebab itu, diskaun perumahan perlu dikekalkan supaya golongan bumiputera mampu memiliki rumah sendiri," jelas­nya. UM

DAP & PKR Dalang Di Sebalik Perhimpunan Mahasiswa #Tangkap MO1 ?

Posted: 01 Sep 2016 04:33 AM PDT




dap-mahasiswa


Bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) dan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad antara 9 individu yang dipanggil untuk diambil keterangan berhubung himpunan #tangkap MO1 Sabtu lalu.


Kok Seong ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak mengenali penganjur perhimpunan dan hanya datang untuk berucap.

"Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.

"Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara," katanya dilapor The Rakyat Post.



Bagaimanapun, beliau memuji usaha dan kemampuan mahasiswa yang berjaya mengadakan himpunan secara aman di Dataran Merdeka minggu lalu.

"Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.

"Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan mereka disiasat atas tiga pertuduhan iaitu, mengancam demokrasi berparlimen, Akta Perhimpunan Aman 2012, dan Akta Hasutan 1948.

"Kita amat kesal sempena kita sambut kemerdekaan semalam, mahasiswa tunjuk keberanian yang sangat hebat kerana anjur perhimpunan untuk tegak keadilan kerana tak puas hati mengenai skandal yang membelenggu negara telah dipanggil pihak polis," katanya.

Tujuh lagi mahahsiwa yang dipanggil adalah Anis Syafiqah Md Yusof, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim, Suhail Wan Azahar dan Isaiah Jacob.

anis


Anis Syafiqah Md Yusof yang dinobatkan sebagai jurucakap #TangkapMO1 dijelaskan oleh Dr Muhaimin Sulam, Naib Pengerusi 1 PAN Perak sebagai seorang mahasiswa yang dikaderkan oleh tiga institusi politik iaitu Sekolah Demokrasi (DAP), Institut Kajian Dasar (IKD) dan PAS.

"Setahu saya, Anis adalah mahasiswa Universiti Malaya. Bukan saja dia hadir kuliah di kampusnya tetapi menyertai program Sekolah Demokrasi kendalian DAP, Institut Kajian Dasar (IKD) yang berkaitan dengan PKR dan menyertai siri tarbiah PAS," dedahnya.

DAP tuntut Jamal ‘Ikan Bakar’ isytihar sumber dana bayar perwakilan

Posted: 01 Sep 2016 04:27 AM PDT

Datuk_Jamal_Md_Yunos_RED_SHIRT_PC_150915_TMISETH_01

Roketkini.com


IPOH: DAP menuntut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menjelaskan sumber dananya, setelah beliau mengumumkan akan membayar para perwakilan RM1000 seorang.

Datuk Jamal Md Yunos dilaporkan berjanji untuk membayar para perwakilan RM1000 setiap seorang, secara ansuran dua kali bayaran RM500 semalam dan tahun depan, setelah lawatan ke Dubai yang dijanjikan sebelum ini terpaksa dibatalkan.

"Adakah Jamal Yunos wajah sebenar UMNO? Bila lah politik wang akan berhenti?"

Demikian persoalan Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran dalam kenyataannya mempersoal penyakit yang telah membarah dalam parti pemerintah itu.

"Saya pasti bukan ahli UMNO sahaja yang mahu tahu sama ada wang tersebut datang dari poketnya sendiri, dari bahagian atau daripada derma.

"Sekiranya itu wangnya sendiri, maka beliau mesti memberi justifikasi bahawa pendapatannya adalah mencukupi untuk bertindak sebegitu murah hati," ujar Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Menurut beliau lagi, Jamal perlu telus tentang sumber dananya, terutama sekali setelah timbul dakwaan bahawa beliau menerima RM3 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menganjurkan perhimpunan Baju Merah di ibu negara.

Kata beliau lagi pengumuman Jamal yang popular dengan perusahaan restoran ikan bakar tersebut menunjukkan bahawa amalan politik wang dalam UMNO masih hidup subur.

"Sekiranya Jamal tidak bersedia untuk jujur tentang sumber kewangannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut segera memulakan siasatan," tegas Kula. – Roketkini.com


DAPSY gesa polis henti ancam anak muda, fokus tangkap MO1

Posted: 01 Sep 2016 04:22 AM PDT

dang wangi

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menyiasat perhimpunan aman #TangkapMO1 anjuran mahasiswa yang diadakan pada Sabtu 27 Ogos lalu.

Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat berkata beliau tidak faham mengapa anak muda yang mahu menuntut keadilan demi negara pula diambil tindakan sedangkan 'Malaysian Official 1' yang didakwa merompak wang rakyat masih dibiarkan bebas.

Beliau turut mempersoalkan tindakan polis melengahkan siasatan ke atas 'Malaysian Official 1' walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa individu itu merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam wawancaranya dengan BBC baru-baru ini.

"Kita menyeru agar pihak polis berhenti menzalimi anak muda. Perbuatan polis yang hanya menurut perintah pihak atasan di Putrajaya juga harus dikecam. Mereka sepatutnya menggunakan masa dan sumber yang ada untuk menyiasat MO1," tegasnya dalam satu kenyataan.

Pimpinan mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran #TangkapMO1 seperti Anis Syafiqah, Luqman Hakim dan Aqilah Zainuzi telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi berhubung himpunan tersebut.

Pada masa sama, pemimpin politik yang hadir ke himpunan berkenaan termasuk Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong serta Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi turut dipanggil polis.

Himpunan #TangkapMO1 di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu diadakan bagi menggesa pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara menyiasat serta menangkap individu yang digelar sebagai 'Malaysian Official 1'.

'Malaysian Official 1' disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) lebih satu bulan lalu sebagai individu yang terlibat dengan kecurian dana syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB bagi kepentingan pihak tertentu. – Roketkini.com


Pokemon Go umpama dadah

Posted: 01 Sep 2016 04:18 AM PDT


DETIK DAILY
 



PETALING JAYA : Pokemon Go diumpamakan seperti dadah kerana ia menyebabkan ketagihan kepada pemainnya, kata Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor.


Beliau berkata permainan aplikasi maya yang menjadi kegilaan ramai sejak awal bulan lalu itu menyebabkan ketagihan kerana visualnya berwarna-warni dan dilengkapi dengan pergerakan.

"Pokemon Go juga boleh mengkhayalkan pemain kerana ia memberi arahan dalam bentuk visual. Saya sendiri tengok, saya sendiri cuba main, saya memang tutup, tak nak main.

"Dalam permainan ini, ia dibuat dalam bentuk visual dan biasanya manusia akan lebih mudah tertarik dengan cara itu berbanding perkataan ataupun arahan," katanya.

Tinjauan FMT baru-baru ini di Taman Jaya iaitu kawasan rekreasi utama di tengah bandar raya Petaling Jaya mendapati ia menjadi tumpuan ramai penggemar permainan itu, sedangkan selama ini taman itu lengang pada waktu malam.

Dalam tinjauan jam 2 pagi itu, sekurang-kurangnya 50 orang sedang asyik dengan permainan yang merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun sekarang iaitu hampir menandingi aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Mariani berkata daripada segi psikologi, apabila pemain Pokemon Go ini bermain sehingga awal pagi, ia akan menyebabkan individu tersebut lemah dan tidak produktif pada waktu siang.

"Masalah kedua ialah sosialisasi, maksudnya pemain yang ada pekerjaan bergaul dengan golongan tidak bekerja akan menyebabkan produktiviti serta pergaulan sosial dengan keluarga dan rakan sekerja berkurangan," katanya.

MO1 ialah PM: SPRM perlu buka kembali kes 1MDB

Posted: 01 Sep 2016 03:01 AM PDT

HARAKAHDAILY



 

SAH, MO1 ialah PM. Wang di akaun PM, duit 1MDB atau derma Arab?

Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' sememangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?

Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?

Pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

PAS, dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung.

*  TUAN IBRAHIM TUAN MAN, Timbalan Presiden PAS 

Reman ke atas suspek kes bunuh 3 sekeluarga disambung

Posted: 01 Sep 2016 02:58 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


p50adcb107130d_ditahan1


MELAKA: Suspek kes bunuh yang melibatkan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim di sini minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata permohonan tempoh sambung reman adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek yang berumur 26 tahun itu terutama berkaitan punca dan motif kejadian.

"Polis masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes ini sebelum proses dakwaan boleh dilakukan," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas itu, Pengerusi Tetap Umno Tangga Batu, Mariah Baharin, 60, bersama suaminya Hassan A.Wahab, 70, dan anak lelaki mereka Mohammad Taufeq, 22, ditemukan mati dikelar dipercayai oleh anggota keluarga angkat pasangan itu yang dipercayai merupakan seorang penagih dadah. .

Dua lagi anak perempuan mangsa iaitu Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Melaka.— Bernama


Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar

Posted: 01 Sep 2016 02:42 AM PDT

 
 
Iskandar A Samad
Iskandar A Samad


"Pas hendak kawan dengan semua orang dan kalau ada yang baik walaupun daripada siapa sekali pun, kita akan sokong," Itu mesej Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad semasa merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Penduduk Taman Kencana di sini malam semalam.

Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka memberitahu, ia selaras dengan hasrat Pas mahu membawa budaya politik matang dan sejahtera.

Mengenai kemerdekaan, Iskandar menegaskan, tanggapan sesetengah pihak kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah tidak tepat kerana perjuangan menghalau penjajah sudah bermula sejak tahun 1515 semasa Portugis cuba menawan Melaka.

Bermula daripada itu sehingga tahun 1957, katanya, negara kehilangan ramai pejuang dan pahlawan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah dan ramai lagi. Menurutnya, fakta mengenai pejuang kemerdekaan itu perlu diperbetulkan demi tatapan generasi muda.

Menurutnya, pejuang menentang Malayan Union juga dikira sebagai pahlawan yang membawa kepada kemerdekaan negara. Selepas kemerdekaan, katanya, perjuangan mesti diteruskan termasuk menegur sekiranya ada berlaku penyelewengan dan tidak boleh dilihat sebagai tidak menghargai kemerdekaan.



"Dalam mempertahankan negara kita perlu menegur sekiranya ada salah dan teguran itu kerana kita sayang kepada negara kita..bila sayang kita tak cakap apa itu tak betul," tegasnya.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mustafa Zaini itu Iskandar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas anggota tentera bersara di taman berkenaan termasuk kepada Pengerusi Surau Nur Iman, Yunus Abdullah.--MalaysiaGazette


Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu

Posted: 01 Sep 2016 02:38 AM PDT

Astro Awani
Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu
5 perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu tentang Zika
 
 
Ancaman Zika kini sah melanda Malaysia, dengan seorang wanita dari Klang yang baru pulang dari Singapura disahkan positif sebagai kes pertama di negara ini.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura, didapati negatif.


Sebelum kes ini lagi, kebimbangan jelas semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia ekoran penularan kes Zika di negara-negara jiran.

Di Singapura, seorang wanita hamil antara 24 kes Zika terkini yang dikesan di sana, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes di Republik itu. Kerajaan negeri Johor sebelum ini telahpun mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Thailand pula, jumlah kes Zika semakin meningkat dengan 97 orang didiagnos dengan penyakit itu dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Virus Zika
Virus Zika

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, berkata kementeriannya mempunyai pakar dan kemudahan yang cukup untuk mendepani sebarang kemungkinan.

"Virus itu sampai atau tak sampai, mereka yang sudah dikesan positif akan dimasukkan ke dalam wad dan tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jangkitan virus itu kepada individu lain.


Semua hospital utama di negara ini mempunyai unit kawalan penyakit berjangkit dan diketuai oleh Ketua Pakar Jangkitan Penyakit Malaysia, Dr Christopher Lee dan kita mempunyai pakar di seluruh negara untuk merawat penyakit ini," katanya ketika sidang media khas pada Isnin.

Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947. Ia kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun lalu.

Berikut, lima perkara yang anda perlu tahu tentang Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.


Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Kesan Zika pada bayi

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.


2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.


Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.


3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.


4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
Kesan Zika
Kesan Zika


Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran
 
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya. 
 
 

Sultan Melaka diiktiraf mahkamah antarabangsa?

Posted: 01 Sep 2016 02:35 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 

Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.


Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;

"Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,"

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.

Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.



Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah 'mendapatkan semula' beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.

Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.--MalaysiaGazette

Kes Virus Zika pertama di Malaysia dikesan

Posted: 01 Sep 2016 02:22 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 

S. Subramaniam
S. Subramaniam


Kementerian Kesihatan telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika semalam.
Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.

"Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai "disyaki kes Zika".

"Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan," kata menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam hari ini.

Menurutnya, punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika. Bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya pesakit dari Singapura, pesakit telah melawati beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Lumpur.

Hasil siasatan kes ini, KKM telah pun memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang telah di lawati oleh pesakit. Aktiviti kawalan yang dilaksanakan termasuk, menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan semburan kabus. Di samping itu, kontak terdekat pesakit diperiksa dan dipantau sama ada mereka mengalami demam atau simptom Zika yang lain.

Maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat lima rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura juga disahkan dijangkiti virus Zika.

Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016, telah terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura. Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes di teruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor.

"Rakyat Malaysia, perlu fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri mereka dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis. Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura," ujarnya lagi.

Kementerian, katanya, sekali lagi menyeru kepada mana-mana individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika, untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom seperti di atas. Tindakan proaktif masyarakat dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia. Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya.--MalaysiaGazette


Dah alang-alang dedah MO1, dedah lah sekali 1MDB – PAS

Posted: 01 Sep 2016 02:15 AM PDT

INTAN NUR IDAYU


Rahman-PAS-1MDB


KUALA LUMPUR: PAS menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan terhadap syarikat penuh bermasalah, syarikat 1 Malaysia Development berhad (1MDB) yang melibatkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini yang mengesahkan Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Pengakuan Abdul Rahman sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

"Kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. 

Difahamkan, portal BBC.com hari ini melaporkan Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib tetapi beliau pada masa yang sama turut memberitahu nama Najib tidak dinyatakan dalam laporan tersebut kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan DOJ. 

Rahman yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menolak sebarang dakwaan yang mengatakan Najib perlu bertanggungjawab atas tuduhan yang dilemparkan keatasnya ini dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. 

Katanya, ia adalah satu tindakan yang melampau untuk menyuruh Najib letakkan jawatan. 

Bagi Tuan Ibrahim pula, beliau berterima kasih dengan pengesahan Rahman Dahlan ini malah beliau turut mengesyorkan menteri itu supaya mendedahkan lagi maklumat lain berkaitan dengan DAP. 

"Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' sememangnya ialah Perdana Menteri. 

"Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?" ujarnya

JAKIM kena permudahkan usahawan IKS dapat sijil halal

Posted: 01 Sep 2016 02:15 AM PDT






Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) diiiringi Penaung Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), YAM Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah (kanan) mendegar penerangan dari anak-anak orang asli Miera a/p Andomi (tiga kanan) dan Niza a/p Andomi (empat kanan) mengenai Produk Teego Fast Snack ketika melawat tapak-tapak pameran di Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 SEPTEMBER 2016.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) diiiringi Penaung Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), YAM Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah (kanan) mendegar penerangan dari anak-anak orang asli Miera a/p Andomi (tiga kanan) dan Niza a/p Andomi (empat kanan) mengenai Produk Teego Fast Snack ketika melawat tapak-tapak pameran di Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,



"Saya mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dapat memberi kelonggaran kepada usahawan-usahawan Islam yang mengeluarkan produk sendiri untuk mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan."

Itu kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melihat masih ramai usahawan beragama Islam yang tidak mendapatkan sijil halal kerana dipercayai merumitkan.

"Saya difahamkan untuk mendapat sijil halal, semua usahawan perlu memenuhi syarat termasuklah dari segi kebersihan, peralatan, premis kilang dan beberapa perkara lagi. Itu adalah syarat yang ditetapkan tetapi ada di kalangan usahawan ini hanya bermodalkan jumlah kewangan yang kecil dan tidak mampu untuk memenuhi syarat yang diminta JAKIM.

"Maka saya cadangkan di sini agar mereka diberi kelonggaran sedikit agar tidak membebankan mereka yang mungkin berpendapatan tidak sebanyak mana," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Expo Halal Terbesar Malaysia 2016 (Halalfest 2016) di Seri Kembangan, Serdang pagi tadi.
Turut hadir, Penaung Halalfest, YAM Tengku Datuk Ning Fatimah Sultan Ahmad Shah.

Halalfest bertujuan meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal dengan menggalakkan gaya hidup yang berteraskan halal dalam kalangan rakyat Malaysia di samping mendidik orang ramai betapa pentingnya memilih produk yang memiliki sijil halal yang sah.

Dengan kecenderungan pengguna yang mula beralih kepada produk dan perkhidmatan halal pada masa kini, adalah penting bagi usahawan untuk mendapatkan sijil halal supaya mereka turut menjadi sebahagian daripada pasaran yang menguntungkan ini.

Kata Ismail Sabri, JAKIM mungkin boleh memberi garis panduan atau syarat lain yang lebih memudahkan bagi menggalakkan lebih banyak usahawan menghasilkan produk yang disahkan status halalnya.

"Apa yang saya nampak, usahawan-usahawan ini adalah orang Islam yang pastinya akan memberi keutamaan tentang halal dan haram begitu juga dengan dosa dan pahala. Jadi, semua produk yang dihasilkan sememangnya halal cuma mereka ada kekangan untuk mendapatkan kelulusan JAKIM sahaja," ujarnya.

Lebih 500 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menyertai Halalfest 2016 dengan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 150 usahawan disokong oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) melalui pelbagai agensinya seperti Mara, Felda, Risda dan sebagainya.

"KKLW faham sumber kewangan yang terhad merupakan masalah besar kepada usahawan IKS dan kami menyokong mereka dengan memberi subsidi kos sewaan gerai di Halalfest 2016," kata Ismail Sabri.

Ekspo halal terbesar di Malaysia anjuran KKLW pada kali ini bermula semalam iaitu pada Hari Kebangsaan dan berakhir pada 3 September 2016.--MalaysiaGazette


Bekas Hakim Cadang Tubuh Mahkamah Khas Bagi Kes Jenayah Serius

Posted: 31 Aug 2016 10:11 PM PDT

MSTAR ONLINE


Datuk Mohd Noor Abdullah
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas hakim mencadangkan penubuhan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes jenayah serius bagi memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dalam tempoh masa yang singkat.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata mahkamah khas itu perlu berikutan kes jenayah serius seperti kes bunuh, tembak, rogol secara berkumpulan, rompakan bersenjata yang meningkat dan membimbangkan di negara ini.

"Mahkamah Khas ini perlu menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah terbabit dalam masa setahun, tidak perlu tangguh dua hingga tiga tahun sehingga saksi 'penat'.

"Sebagai contoh, Hakim Besar Malaya boleh mengeluarkan perintah bagi kes-kes tertentu yang serius, boleh dibicarakan di Mahkamah Khas dan dalam masa setahun, misalnya, kes berkenaan perlu selesai," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.

Beliau juga menambah, hukuman yang dijatuhkan perlu berat supaya pesalah  tidak lagi mengulangi kesalahannya.

Mohd Noor berkata pada masa ini mahkamah menjatuhkan hukuman dari ringan ke berat, iaitu mengenakan denda, diikuti hukuman penjara dan yang terakhirnya sebatan.

"Jadi, undang-undang negara kita perlu dipinda yang hukuman berat perlu dikenakan dahulu diikuti hukuman ringan. Baru seseorang individu itu tidak berani melakukan sebarang kesalahan, dia akan takut dengan hukuman," katanya.

Menyentuh mengenai sistem penjara di negara ini, Mohd Noor berkata mana-mana penjara di negara ini yang seolah-olah memberi 'kemudahan ala VIP' kepada banduan perlu dihentikan dan banduan perlu diberi layanan yang setimpal dengan kesalahan mereka.

"Sebab ada banduan yang mengambil peluang untuk melakukan jenayah  semata-mata untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan Jabatan Penjara.

Dia tak insaf, dia tahu kalau masuk penjara mesti dapat makanan percuma dan boleh tidur nyenyak.

"Tetapi saya tidaklah menyeru Jabatan Penjara untuk bertindak kasar, atau memukul banduan, tetapi Jabatan Penjara perlu menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada banduan sehingga mereka kesal dan tidak lagi mahu masuk penjara.

Misalnya, sel yang banduan ditempatkan itu perlu ada nyamuk, tikus, lipas yang boleh mengganggu pesalah," katanya.

Mohd Noor turut meminta kerajaan agar menyediakan peruntukan kepada orang awam yang menjadi saksi dalam mana-mana kes sebagai ganjaran.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai perisikan, yang mereka dibayar jika memberi bukti dalam sesuatu kes. Jadi, apa salah jika kerajaan memberi ganjaran yang sama kepada saksi dalam kes-kes jenayah, supaya sesuatu kes dapat keadilan.

"Setahu saya, saksi hanya diberi tambang pengangkutan, makan dan hotel jika menghadiri sesuatu kes. Tidak rugi jika pihak berkuasa memberi ganjaran kepada mereka," tambahnya.

PKR Sedia Serah Kerusi Kalah Kepada Pribumi, PAS Kata Tak Mengapa Lawan 3 Penjuru

Posted: 31 Aug 2016 10:05 PM PDT

MALAYSIA TODAY


pkr_bersatu_pas


(Malaysian Digest) – PKR menyambut baik hasrat Presiden Parti Pribumi Malaysian (Pribumi) Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin bertanding kerusi pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, PKR akan memperuntukkan kerusinya kepada Pribumi "asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang.".

"Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.

"Kerusi dia (Pibumi) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil," katanya dipetik portal berita.

Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang ingin berbincang dengan semua parti pembangkang termasuk PKR dan PAS bagi memperuntukkan sebahagian kerusi kepada parti baru berkenaan.

Kata Muhyiddin, satu perbicangan perlu dilakukan untuk mencapai konsensus antara semua parti pembangkang agar tiada pertembungan tiga penjuru yang akan menyebabkan perpecahan undi dan mengakibatkan hasrat menakluk Putrajaya terkubur.

PAS dalam pada itu menegaskan, pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah tambahan pula ia mempamerkan konsep amalan demokrasi.

Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, konsep satu lawan satu bukanlah formula terbaik untuk kesejahteraan politik Malaysia.

"Formula ini akan mengenepikan parti-parti kecil atau baru yang sebenarnya mewakili segmen pengundi tertentu, malah formula ini juga tidak menyumbang kepada usaha menyuburkan demokrasi," tegasnya.

Beliau menegaskan PAS akan berbincang dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang membentuk Gagasan Sejahtera dalam menentukan pembahagian kerusi pada PRU14 sebelum berbincang dengan PKR.
"Manakala dengan Bersatu pula, setakat ini tiada pakatan dengan PAS," kata Zuhdi.

MP Langkawi tak bodoh sombong lagi

Posted: 31 Aug 2016 09:59 PM PDT


 
Oleh Subky Latif


TIDAK ada orang politik dilihat paling bodoh dan sombong zaman ini selain daripada Anggota Parlimen BN Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad. Dia hendak menunjukkan kecekapannya mentafsirkan perlembagaan dan sekali gus mentakwil ketepatan Jabatan Kehakiman Amerika tentang yang menggunakan MO1 sebagai dalang di belakang skandal 1MDB.
     
Sekalipun MO1 itu tidak dinamakan tetapi cacing dan ulat bulu pun dapat mengagak orangnya. Tiba-tiba sang jurutera Langkawi mengaitkan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah sebagai orang yang tepat menjadi MO1 itu bukan orang yang disangka oleh cacing dan ulat bulu.
    
Agong langsung tidak ada dalam kamus DOJ Amerika bahkan sikitpun tak sangkut dengan 1MDB, tapi budak Langkawi entah apa kena dengan otaknya menyebut Agong dalam analisisnya. Sama ada huraiannya betul atau karut, menyentuh nama Raja sengaja mencari penyakit.
   
Orang politik tak sentuh langsung Raja selain dari hendak menyatakan kesetiaannya saja. Jika orang politik yang jahat menggunakan nama Raja, tujuannya untuk menyusahkan seteru politiknya dengan mengkononkan orang itu tak suka Raja, derhaka dan lain-lain.
    
MP Langkawi dikenal orang di luar Langkawi. Dengan analisis bodohnya itu dia dikenali oleh sekarang. Dengan statusnya bila seteru politiknya mengecam dan menuntut dia minta maaf kepada raja, dia berkeras menolak kerana padanya dia tidak bersalah. Tidak sekali-kali dia akan minta ampun, sedang adat Melayu zaman berzaman baik salah atau tidak, rakyat melafaz 'Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.' Kemudian barulah sembahkan apa-apa.
  
Ir. Nawawi bagaikan pantang hendak minta maaf. Baginya dia tak bersalah. Kerana dia mengaji ilmu kejuruteraan, agaknya dia tak tahu adat dan pantang larang antara rakyat dan Rajanya. Orang macam ini patutnya terima kursus dari BTN dulu sebelum jadi calon Umno. Mungkin ini kelemahan Dr. Rais Yatim sebagai penasihat adat dan budaya Melayu, gagal menasihat MP Umno tentang adat istiadat Melayu.
   
Kerana dia dirasakan jahil dalam adat resam Melayu itu, keengganannya minta maaf itu dirasakan dia seorang MP yang bodoh sombong. Sekalian Raja itu sejahat Almarhum Mangkat Dijulang atau macam Raja Bersiung menjadikan rakyat bahan gulai kari santapan hariannya, orang Melayu tetap berbahasa terhadap baginda Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
   
Salah cakap rakyat dikira oleh setengah sebagai hamba, boleh dikira tidak beradab dan pantang orang Melayu derhaka. Demikian cara berfikir orang Melayu mengikut kaedah Hang Tuah.
  
Mungkin ia diwarisi sejak zaman jahiliyah betapa Raja itu ibarat tuhan seperti yang Namrud dan Firaun yang menuhankan diri sendiri, tetapi konsep ketuhanan itu ialah Tuhan iaitu Allah adalah Maha Sempurna dari sebarang kelemahan. Yang sentiasa bersalah ialah hamba sebagai makhluk.
   
Maka hamba mesti mohon ampun setiap masa selagi belum mati. Nabi SAW yang maksum beristighfar 100 kali sehari sekurang-kurangnya.
  
Sekalipun taat kepada Raja itu tidak sama taat kepada Tuhan, tetapi orang Melayu setelah menerima Islam ada transformasi ketaatan itu, minta maaf pada Raja adalah adat bukan ibadat.
   
Baguslah MP Nawawi minta maaf tidak sekadar beribu-ribu ampun tetapi berjuta ampun. Bila dia mengubah kesombongannya, tidaklah dikira bodoh sombong lagi, bahkan normal biasa.
   
Memandangkan songlap dana 1MDB itu berbilon, maka permohonan ampunnya tidak sekadar berjuta-juta ampun. Sepatutnya Ampun Tuanku berbilion-bilon ampun, sembah patik harap diampun.

Rakyat Malaysia masih tidak merdeka ?

Posted: 31 Aug 2016 09:51 PM PDT


 
Oleh Rafizi Ramli


Ada orang tanya kenapa saya tidak ucap "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" seperi ramai wakil rakyat dan ahli politik yang lain?

Bagi saya, rakyat Malaysia masih tidak merdeka dan masih dibelenggu dengan masalah-masalah yang sama sebelum 1957 cuma dalam konteks dan "quantum" yang berbeza.

Malah rakyat Malaysia yang muda kini berdepan dengan kemungkinan besar diperhambakan dengan bebanan hutang negara di masa hadapan.
Contoh-contoh masalah yang masih membelenggu rakyat Malaysia sebelum 1957 sehingga kini:

1) masih ramai yang "kais pagi makan pagi, kasi petang bayar hutang yang makan pagi". Yang berbeza hanya relatif

2) masih ramai yang terpaksa bergantung makan gaji kerana peluang berniaga dan kemudahan modal terlalu sukar

3) masih banyak batasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti menyebabkan berlaku ketidakseimbangan di antara yang kaya dan miskin, Melayu dan bukan Melayu

4) masih dihantui sentimen ragu meragui di antara kaum sehingga rakyat boleh dimanipulasi dengan melaga-lagakan kaum-kaum dan kepercayaan sedangkan golongan bangsawan mesra tanpa mengira kaum

5) masih pekat perasaan feudal dan menunggu golongan bangsawan membela rakyat sedangkan banyak sengsara bermula dari golongan bangsawan

6) masih menggunakan sebahagian besar sistem pemerintahan yang dicipta dari pendekatan dan pemikiran penjajah

7) masih menghukum insan-insan yang berbeza pendapat dengan pemerintah dan bangsawan walaupun mereka hanya menyuarakan keluhan rakyat terbanyak

8) masih lemas dengan "yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin" kerana budaya "aku makan bila dapat peluang" masih bermaharajalela

9) masih takut bersuara, masih menunggu orang lain mulakan langkah untuk mengubah keadaan, masih lebih gemar dengan sindrom "bersimpati dan pasrah dengan nasib badan" lalu menjadi kaku walaupun diganyang dan banyak lagi.

Merdeka bermula di hati, di dalam jiwa.

Merdeka tidak diukur dari tinggi bangunan, jumlah wang atau jawatan yang kita pangku.

Merdeka itu cerminan tingkah laku kita kerana kita hanya hamba kepada Allah SWT, bukan benda-benda lain di dunia ini.

Saya rasa saya sudah lama merdeka sejak remaja lagi kerana saya memang tidak makan saman dari dulu.
Orang tanya kenapa saya selalu tidak makan saman sejak dari bangku sekolah.

Saya jawab: kalau kita yakin tindakan kita itu betul di mata Allah SWT dan diberikan keredhaan Allah SWT kerana tindakan kita itu, maka apa yang perlu dibimbangi dengan perkara yang ditentukan manusia di dunia (cerca mereka, hukuman mereka, denda mereka dan lain-lain)? Bukankah jika kita yakin tindakan kita itu ikhlas mencari keredhaan Allah, maka Allah akan melindungi kita di dunia dan akhirat? Sebaik-baik pelindung adalah Allah SWT.

Bagi saya itu erti kemerdekaan: bebas dari penghambaan selain dari Allah SWT. Maka kita bebas melakukan tindakan yang betul tanpa takut kepada apa-apa.

Anda bagaimana? Jika setuju bolehlah share.

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?

Posted: 31 Aug 2016 07:05 PM PDT

shahbudindotcom


Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu.

Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan kepadanya berkaitan perkara itu.

Kata Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan kepadanya.

Ini bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi mereka yang menunjangi BERSATU.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut ada.

Ada pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar "berambus" dengan segera.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman kepada UMNO.

Najib Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan BERSATU. 

Walaupun bercakap setelah memecat dan menyingkir pencabarnya, ungkapan beliau seperti, "kalau tak setuju dengan saya, bertandinglah melawan saya dalam UMNO",  "kenapa nak tubuh parti baru?" dan "jangan kita sanggup runtuhkan UMNO" adalah suatu manifestasi kebimbangan yang begitu ketara terhadap kewujudan BERSATU.

Dalam situasi ini, apakah BERSATU akan diberikan kelulusan dengan semudahnya?

Atau adakah ia akan ditolak kerana ada syarat-syaratnya yang tidak dipatuhi seperti penggunaan nama BERSATU itu sendiri?

Atau mungkinkah kelulusan BERSATU  bakal dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan dan kemudian tergantung begitu saja sehingga tarikh PRU 14 diadakan?


Bakal pengantin maut kemalangan

Posted: 31 Aug 2016 06:53 PM PDT


Bakal pengantin maut kemalangan
Kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas.


GUA MUSANG - Hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak tercapai apabila seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 56 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi tadi dipercayai berpunca dari kenderaan yang dinaiki mangsa, Muhamad Tarmizi Zakaria, 24, beralamat di Felda Chiku 1, di sini, bersama dua rakan, hilang kawalan lalu terbabas.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, hasil siasatan awal tempat kejadian, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan kemudian terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali lalu masuk ke dalam gaung.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi, Muhamad Nizuf Fatah Mat Rosli, 22 dan Muhammad Al Hafis Yasin, 24, di alamat yang sama, di hantar ke Hospital Kuala Krai, kerana mengalami kecederaan parah.

"Bagaimanapun, bedah siasat masih belum dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Wan Rahim umum Husam 'de facto leader' Amanah Kelantan

Posted: 31 Aug 2016 06:40 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Husam Musa dilantik pemimpin 'de facto' Amanah Kelantan. Husam Musa dilantik pemimpin 'de facto' Amanah Kelantan.


Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengumumkan Datuk Husam Musa secara automatik menjadi "de facto leader" untuk Amanah negeri Kelantan walaupun secara rasmi beliau akan kekal pada jawatannya sekarang.

Datuk Husam yang mengisytiharkan diri menyertai Amanah di Cyberjaya malam tadi belum ditentukan sebarang jawatan dalam parti barunya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata satu perbincangan khas akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi parti dan Datuk Husam sendiri mengenai peranannya dalam Amanah.

Di Kelantan, kata Wan Rahim, kepimpinan negeri hanya menunggu beliau buat pengumuman untuk diserahkan kepimpinan kepada beliau.

"Bagaimanapun bagi melicinkan perjalanan parti yang telah kita buat perlatikan melalui kongres tahunan, saya secara 'de jure' akan terus memegang jawatan hingga tamat seperti diperuntukkan perlembagaan parti.

"In sya Allah ambo akan kekal menjawat pengerusi Amanah negeri Kelantan, tapi Datuk Husam akan bertindak selaku de facto leader of Kelantan Amanah ," katanya dalam status facebook terbarunya petang ini.

Malam tadi Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara di Cyberjaya.

"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertua dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.