Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MASIH ADA YANG BELUM MERDEKA

Posted: 30 Aug 2016 09:33 PM PDT

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 59. Setiap tahun kita meraikannya kerana itulah tanda kita bebas daripada ikatan penjajahan setelah ratusan tahun sebelumnya, silih berganti dirantai oleh beberapa negara asing sejak tahun 1511 lagi.

Merdeka sebenarnya mempunyai pengertian dan ruang lingkup yang sangat luas. Ia tidak saja bermakna bebas daripada penjajahan atau cengkaman negara asing, malah mengisinya dalam ertikata sebagai manusia yang merdeka, jauh lebih mendalam pengertiannya. 

Sebagai manusia, makna paling asas bagi merdeka ialah kebebasan serta keberanian untuk menyatakan antara yang benar dan yang salah. Tidak guna kita merdeka, mengaku merdeka atau berbangga setelah 59 tahun bebas daripada penjajahan, kiranya masih ada ketakutan untuk menyatakan kebenaran secara terbuka.

Tidakkah benar dan salah itu seperti berbezanya hitam dengan putih? Lalu, mengapa masih ada yang ragu-ragu untuk menyatakannya?

Sejak kecil kita memang diajar mengenal antara yang salah dan benar atau antara yang baik dan buruk. Kepada anak-anak juga kita selalu mengatakan demikian. Kita akan pantas mengatakan kepada mereka bahawa mencuri misalnya, biar sebiji telur ayam sekali pun, tetap salah dan berdosa.

Jika mengetahui ada kecurian, kita mesti melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kalau kita kenal pencuri pula, kita mungkin memberitahu pencuri terbabit bahawa mencuri adalah perbuatan yang salah. Kemudian, kita tentu akan menjauhi pencuri terbabit dan enggan berkawan dengannya. Berkawan dengan pencuri memungkinkan barang kita juga turut dicuri suatu hari nanti atau mungkin akhirnya bersubahat memakan hasil curi.

Pokoknya, seseorang yang kenal antara benar dan salah, bukan saja membenci perbuatan mencuri, berusaha mencegahnya dan akhirnya akan bertindak menjauhi pencuri terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Usah ugut, kami mahasiswa Merdeka, kata Mahasiswa PH

Posted: 30 Aug 2016 09:30 PM PDT


Mahasiswa PH juga dengan ini mengingatkan bahawa anak muda pada hari ini sentiasa peka dan cakna akan segala perkembangan yang berlaku dalam negara.Mahasiswa PH juga dengan ini mengingatkan bahawa anak muda pada hari ini sentiasa peka dan cakna akan segala perkembangan yang berlaku dalam negara.
Penyelewengan dan salah guna kuasa secara terang-terangan akhirnya membuatkan mahasiswa-mahasiswi serta anak muda sudah tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak.
Justeru tarikh 27 Ogos lalu telah menandakan satu lagi sejarah baru dalam lipatan gerakan mahasiswa negara ini apabila himpunan #TangkapMO1 telah dilaksanakan secara aman.
Hari ini satu Perutusan kemerdekaan bersama yang ditandatangani membabitkan Mahasiswa Pakatan Harapan (Mahasiswa PH) oleh Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda;Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia(MKM) Muhammad Affendy Hasni dan Pengarah Hal-ehwal Varsiti DAPSY Leong Yu Sheng untuk menyatakan pendirian mereka mengenai gerakan mahasiswa ini.
Dalam kenyataan tersebut, Mahasiswa PH berkata, satu gabungan dibentuk oleh kumpulan pelajar yang diketuai Anis Syafiqah yang mendesak pendakwaan keatas individu dilabelkan sebagai 'Malaysian Official No 1' seharusnya tidak harus tidak perlu diugut oleh pihak berkuasa.
"Hasil kejayaan Demonstrasi yang diketuai kumpulan mahasiswa ini secara jelas ia membawa satu kejayaan yang besar.
"Buktinya,pelbagai ugutan serta ancaman dihalakan kepada beberapa orang mahasiswa ini.
Bukan sahaja pendakwaan oleh Polis DiRaja Malaysia,bahkan Menteri yang "memegang amanah menjaga duit orang Melayu iaitu Majlis Amanah Rakyat(MARA) turut mengancam penarikan balik biasiswa terhadap mahasiswa yang menyertai demonstrasi ini," ujarnya.
Justeru katanya, Mahasiswa PH dengan ini mengutuk segala bentuk ancaman dan ugutan yang dihalakan terhadap mahasiswa ini.
"Adakah kerajaan lupa bahawa mahasiswa ini mampu berfikir apa yang baik dan buruk? Adakah kerajaan juga lupa bahawasanya anak muda mahasiswa ini jugalah yang bakal menjadi pemimpin negara masa hadapan?
Read More / Baca Lagi >>

Henti desak mufti, ulama, agamawan bagi pandangan mengenai 1MDB - Harussani

Posted: 30 Aug 2016 09:30 PM PDT


Tan Sri Harussani ZakariaTan Sri Harussani Zakaria Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu dikalangan pemimpin politik tidak harus berterusan mendesak golongan agamawan, ulama dan mufti di negara ini menyuarakan pandangan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
"Saya sudahpun membuat kenyataan mengenai DoJ sebelum ini bila ditanya wartawan, tetapi masih ada lagi desakan yang mahu mufti bersuara.
"Sekali lagi saya nak katakan, bahawa kami tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu pra sangka, fitnah, prejudis dan sebagainya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Ditanya apakah ada perbincangan dikalangan mufti untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu 1MDB ini beliau berkata, ia bukan satu keperluan untuk mufti duduk berbincang secara serius mengenai perkara itu.
"Mufti tidak perlu berbincang dalam isu ini dengan serius, melainkan jika ada fakta yang cukup kuat.
"Kalau mufti bercakap pada perkara yang kita sendiri tidak tahu, itu tandanya kita bodoh.
"Kalau ada pihak dakwa betul ia berlaku buktikan. Kalau tidak ia hanya merupakan fitnah yang membuat dosa semata-mata," ujarnya.
Beliau diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin politik pembangkang baru-baru ini yang mahu ulama, agamawan dan mufti bersuara dalam isu 1MDB.
Pada 1 Ogos Penasihat Umum Amanah,Ahmad Awang telah menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan DoJ.
Pada 22 Ogos lalu Presiden Amanah Mohamad Sabu dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara, sehingga kini ujarnya, belum ada ulama yang lantang menyatakan kritikan dan penentangan terhadap salah laku ini.
Pada 25 Ogos Datuk Husam Musa ketika bercakap dalam Wacana Harapan: 1MDB ke Mana Hujungnya? turut menyebut isu membabitkan 1MDB tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan.
Pada 29 Ogos  dalam kolum  Ahli Parlimen Kuala Terengganu  turut menyebut jika Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berani untuk bercakap mengenai 1MDB bagaimana pula dengan mufti lainnya.
Menjawab persoalan tersebut Harussani berkata, pemimpin politik berhak menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap ulama dan mufti yang enggan menyuarakan pandangan mengenai isu 1MDB secara rasmi seperti dilaporkan oleh DoJ.
Read More / Baca Lagi >>

Lagu patriotik zaman dulu lebih memukau

Posted: 30 Aug 2016 09:28 PM PDT

Penyanyi, Roy dan Dr Sam berkata lagu patriotik perlu menggunakan rentak march yang lebih pantas dan perubahan zaman menyebabkan masyarakat tidak lagi mendengar lagu patriotik.
roy-dr-sam
PETALING JAYA: Meskipun lagu patriotik masih ditulis dan dirakamkan, yang terus melekat di minda kebanyakan rakyat Malaysia hingga kini ialah lagu dari zaman 1980-an dan 1990-an, termasuk lagu patriotik seperti "Saya Anak Malaysia" dan "Sejahtera Malaysia".
FMT menemu bual 2 penyanyi lagu patriotik untuk mendapatkan pandangan mereka mengapa kebanyakan rakyat Malaysia nampak lebih gemar lagu dari zaman dulu.
"Lagu lama ada rentak 'march' yang kuat," kata Mohammed Rauzan Alwi, atau lebih popular dengan nama Roy.
"Mungkin kerajaan sekarang mahu menarik generasi muda dengan rentak balada atau genre moden yang digemari anak muda hari ini, tetapi anda perlu cipta lagu dengan rentak march yang tegas. Itu karakter utama dalam lagu patriotik.
"Lagu patriotik dulu juga lebih ringkas dan mudah diingat dan dibina hingga ke puncak, sama ada dalam melodinya atau lirik," katanya.
Pada 1990-an, Roy sering tampil dalam siaran di RTM menyanyikan lagu patriotik seperti "Malaysiaku Gemilang", "Perpaduan Teras Kejayaan" dan "Wawasan 2020".
Terkini, beliau banyak membuat persembahan dalam majlis makan malam dan melatih pasukan koir di kolej. Beliau juga mengendalikan kelas vokal untuk kumpulan paduan suara dan individu serta menjadi pensyarah jemputan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Komposer dan penyanyi utama lagu "Saya Anak Malaysia", Salim Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dr Sam Rasputin berkata perubahan dalam industri muzik menyebabkan pendedahan kecil untuk lagu patriotik yang baharu.
"Artis tidak lagi keluar dengan album dan sebaliknya memasarkan muzik mereka menerusi Internet seperti laman web YouTube dan SoundCloud.
"Jadi, daripada keluar dengan satu album mengandungi banyak lagu, mereka terpaksa bersaing di pasaran dengan hanya satu atau dua single, yang perlu cukup bagus untuk menarik perhatian penonton. Dan anda tidak boleh buat begitu kepada lagu patriotik. Anda buat begitu dengan lagu cinta," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mengisi erti kemerdekaan, rakyat berjiwa merdeka

Posted: 30 Aug 2016 09:27 PM PDT

OLEH : Mohamad Raimi Ab Rahim
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-59 tanah air tercinta, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat seluruh saudara setanah air.
Tarikh bersejarah 31 Ogos 1957 adalah detik penting untuk sama-sama kita syukuri dan hayati. Sesungguhnya harga kemerdekaan amat mahal tak ternilai.

Tidak sedikit darah dan air mata perjuangan yang mengalir sepanjang empat abad perjuangan pembebasan tanah air ini , yang dicatat sejarah seawal abad ke-16 dengan Perang Melaka-Portugis.
Dengan semangat keinsafan yang penuh kesyukuran ini, marilah kita bermuhasabah dan pertanyakan dengan ikhlas; sejauh manakah kita sebagai warganegara telah setulennya melaksanakan amanah dan tanggungjawab mengisi kemerdekaan dan pembinaan negara yang bebas lagi berdaulat.
Kemerdekaan dan Kebebasan
Kemerdekaan amat terkait dengan kebebasan dan misi pembebasan.
Dalam tradisi Islam seperti yang dibahaskan oleh para ulama dalam perbicaraan berkaitan konsep 'hurriyyah', kemerdekaan merupakan lawan kepada perhambaan.
Namun lebih daripada itu, 'rajulun hurrun' yakni insan yang bebas menurut tafsiran ulama' bukan sekadar bermaksud bebas dari cengkaman sebagai hamba abdi, bahkan bebas sering digandingkan dengan kalimah 'karim' yang bermaksud kemuliaan.
Justeru 'al hurr al karim' membawa konotasi bahawa seseorang itu bukan sekadar perlu merdeka dari perhambaan, tetapi mestilah hidup mulia dengan penuh kehormatan seperti yang disimpulkan oleh Hashim Kamali sebagai "a true gentleman, a person who is pure in his human dignity, a person of integrity possesing a free conscience unrestrained by material considerations".
Dalam erti yang setulusnya, kemerdekaan turut terkait rapat dengan maruah dan kehormatan, baik maruah insaniah sebagai individu mahupun maruah sebuah bangsa dan negara.
'Give me liberty, or give death! ', begitulah ucapan mashyur pejuang kemerdekaan Amerika Syarikat, Patrick Henry yang menggambarkan betapa orang sanggup mati bagi menghirup udara kebebasan dan demi sebuah hidup yang bermaruah!
Di Uruguay, slogan kemerdekaan dengan makna seerti – 'Libertad o con gloria morir – diabadikan dalam bait lagu kebangsaannya.
Dalam hubungan ini, pejuang-pejuang heroik kemerdekaan tanah tumpah darah kita sendiri telah membuktikan kesanggupan mereka mempertahankan maruah negara, agama dan bangsa dengan nyawa.
Negara Bermaruah
Namun dalam era pasca kolonial, maruah bangsa, seperti yang diamati oleh Syed Hussein Alatas bukan lagi dibelenggu dan diragut oleh penjajah asing tetapi dek pemimpin anak bangsa sendiri yang bermakar siang malam untuk menipu rakyat dan merompak khazanah negara.
Read More / Baca Lagi >>

'Masih guna akta penjajah walaupun 59 tahun merdeka'

Posted: 30 Aug 2016 09:25 PM PDT

Hukuman penjara ke atas individu yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 menunjukkan undang-undang itu masih 'berbisa dan merbahaya', kata kumpulan pendesak Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
Malah, penyelaras GHAH Amir Abd Hadi berkata keputusan menggunakan akta 'lapuk peninggalan penjajah' itu dibuat sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-59.
Beliau merujuk hukuman penjara lapan bulan terhadap Naib Presiden AMANAH, Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didenda RM2,000 kerana menghasut.
"Hukuman 8 bulan penjara ke atas Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta denda RM2,000 ke atas Presiden ISMA membuktikan bahawa taring Akta Hasutan masih berbisa dan merbahaya.
"Malah ia dibuat sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59, sedang kita semua tahu Akta Hasutan adalah akta tinggalan penjajah," katanya.
Khamis lalu, Fakhrulrazi didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan semasa perhimpunan Kita Lawan pada 21 Februari di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo.
Abdullah Zaik didenda semalam kerana kenyataan yang disifatkan sebagai menghasut yang disiarkan di laman web rasmi NGO itu pada 2014.
Kedua-dua kes dibicarakan di bawah Akta Hasutan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk menghapuskan undang-undang itu pada tahun 2012, bersama-sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Merdekakan sambutan kita daripada konsert karut

Posted: 30 Aug 2016 07:17 PM PDT

Sudah-sudahlah penganjuran konsert ambang merdeka yang impaknya entah kan ada entah kan tidak.
merdeka
Seminggu dua lepas, saya menonton teater Mencari Sumaiyah yang dipentaskan di Istana Budaya sempena 15 tahun penubuhan Puteri Umno.
Di permulaan persembahan, dinyatakan metafora yang berbunyi lebih kurang seperti ini: "kita umpama benang, berbeza warna tapi ditenun bersama untuk dijadikan kain".
Kain yang dihasilkan gabungan benang itu menggambarkan perpaduan masyarakat majmuk dalam negara ini.
Hari ini, hari kemerdekaan Malaysia ke-59, maka berdentam dentum, di sana sini orang bercakap mengenai perpaduan negara ini yang rakyatnya berbilang kaum dan suka atau tidak, kita sentiasa berdepan isu perpaduan.
Maka, menjadi terlalu klise untuk bercakap mengenai perpaduan sempena Hari Kebangsaan. Klise, terlalu klise. Isu perpaduan itu, klise.
Jadi, saya memilih untuk menulis tentang cara sambutan hari kemerdekaan rakyat Malaysia. Enggan menyentuh isu perpaduan menerusi artikel ini, saya ingin berkongsi idea bagaimana sambutan hari merdeka sepatutnya diadakan.
Sudah-sudahlah penganjuran konsert ambang merdeka atau forum perdana yang impaknya entah kan ada entah kan tidak. Apa kata bermula tahun depan, tidak perlu lagi konsert yang hanya menganjurkan pesta maksiat dan hedonisme semata-mata.
Tak ada kesan apa pun dan sebenarnya konsert seperti itu tidak ada kena mengena langsung dengan kemerdekaan. Merdeka apa ya, sekadar menyanyi sikit-sikit lagu yang kononnya patriotik, mungkin bersajak serba sederhana dan kemudian diakhiri pertunjukan bunga api dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Saya cadangkan, rakyat Malaysia terutama generasi pasca kemerdekaan ditunjukkan bagaimana proses kemerdekaan berlaku. Tunjukkan pada mereka rentetan kisah demi kisah apa sebenarnya kejadian dalam negara ketika berada dalam cengkaman penjajahan.
Maksudnya begini, sambutan hari merdeka di negara ini sewajarnya disambut dalam satu bentuk lakonan. Negara ini jadi pentas besarnya dan rakyat jadi pelakon. Orang Malaysia kan ramai yang pandai berlakon, daripada peringkat atasan hinggalah golongan marhaen, bakat berlakon seolah-olah ada dalam darah masing-masing.
Sila jangan keliru. Lakonan yang saya maksudkan di sini ialah, kenakan perintah berkurung di rumah (pada masa tertentu, pastinya), ala-ala zaman darurat. Dua, tiga hari sebelum 31 Ogos, turunkan lebih ramai askar dan polis berkawal di pusat bandar. Arahkan mereka membuat pemeriksaan kad pengenalan dalam pengangkutan awam – sama seperti yang pernah berlaku pada zaman tok nenek kita dulu, ketika Tanah Melayu dicemari askar Jepun.
Dalam tempoh itu, mungkin boleh diselitkanlah dengan flash mob di pusat bandar dengan gambaran seperti negara yang sedang dirundung sedih kerana dijarah orang jahat.
Pada masa sama, tayangkan semula klip-klip video zaman dulu kala tentang kekacauan di negara ini menerusi siaran TV. Dan jangan lupa rakaman ucapan para pejuang kemerdekaan juga perlu ditunjukkan untuk dijadikan pengukuhan, dengan harapan rakyat Malaysia, terutama golongan muda tahu menghargai hasil tuaian nilai merdeka yang dinikmati sekarang.
Pastikan juga rakaman video berkenaan ditayangkan berulang kali, beberapa hari sebelum menjelang merdeka supaya ia menggerakkan hati rakyat. Biar sampai muak orang menontonnya, asalkan ia terkesan di jiwa mereka.
Pendapat saya, rasionalnya idea saya ialah perlu diwujudkan rasa bimbang dan gusar dalam kalangan masyarakat, cetuskan di benak mereka satu persoalan; bagaimana agaknya jika Tanah Melayu tidak pernah merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas' - Husam

Posted: 30 Aug 2016 06:53 PM PDT

'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas'
CYBERJAYA - "Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing,".
Demikian ucapan Datuk Husam Musa yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada parti lamanya (Pas) untuk secara rasmi menyertai parti Amanah malam tadi.
Beliau mendakwa, Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat dan oleh itu baginya Amanah adalah wadah baharu untuk beliau meneruskan perjuangan tersebut.
"Anda tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianat tapi pemimpin Pas yang khianat rakyat," katanya dalam majlis Makan Malam Merdeka di restoran My Taste, Cyberjaya di sini, malam tadi.‎
Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, pimpinan DAP dan lain-lain.

Sukan melangkaui batas perkauman, Dr Ridhuan Tee usah fikir bukan-bukan

Posted: 30 Aug 2016 06:51 PM PDT

Seorang atlit yang cemerlang dan bagus patut diberi peluang yang adil, dan bukannya berdasarkan kaum.Seorang atlit yang cemerlang dan bagus patut diberi peluang yang adil, dan bukannya berdasarkan kaum.
Dalam bulan kemerdekaan ini, timbul isu yang dibangkitkan oleh seorang yang bernama Ridhuan Tee Abdullah berhubung ahli sukan berbangsa Cina menjadikan sukan sebagai lubuk duit, perniagaan, dan populariti, dan patriotism hanya dibibir bukan dihati. Setelah membaca artikel ini, ramai yang marah, ada yang tersinggung malah ada yang melenting dan memendam rasa.
Namun, bagi saya kenyataan sebegini amat menggelikan hati dan ini tidak sedikitpun memeranjatkan bagi seseorang yang selalu menggelar masyarakat Cina sebagai ultra kiasu dan mengejar populariti dengan kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti perkauman. Jika bukan kerana memetik kenyataan-kenyataan yang agak sensitif, siapa kenal Ridhuan Tee Abdullah?
Saya agak sedikit terkilan apabila sukan yang sepatutnya menyatukan rakyat dan seluruh negara tanpa mengira kaum memberi sokongan, dan sambutan kepada atlit-atlit negara Sukan Olimpik yang baru tiba di tanahair lebih kurang seminggu lalu, telah dicemari dengan ayat-ayat yang kurang sensitif dari seorang yang bergelar Profesor Dr.
Di sini saya ingin berkongsi pandangan saya dengan beliau. Bagi seseorang ahli sukan digelarkan sebagai juara, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria, dan yang penting sekali adalah minat terhadap sukan tersebut sejak kecil, ditambah dengan bakat tersendiri dalam sesejenis sukan, jurulatih pertama yang mengesan dan mengasah bakat tersebut dan peluang mengikuti program pusat latihan mahupun sekolah sukan.
Kriteria luar pula adalah seperti kemampuan keluarga menampung kos latihan dan peralatan sukan. Jadi bagi saya, tidak timbul isu seseorang ahli sukan menceburi sesuatu sukan hanya untuk wang, dan dikritik sebagai tidak memiliki ciri-ciri patriotik, kerana sejak dari mulanya kanak-kanak berkecimpung dalam sesuatu sukan hanyalah kerana minat. Mereka tidak tahu suatu hari nanti mereka akan menjadi juara atau dapat mewakili negara.
Sekali lagi tendangan penalti Dr Ridhuan tersasar jauh dari gawang apabila menyifatkan kaum Cina sebagai tidak berminat dengan sukan berpasukan seperti bola sepak dan hoki kerana mengejar populariti dalam sukan individu seperti badminton.
Dr Ridhuan tidak boleh lari daripada kenyataan sebenar dalam sukan bahawa sukan bola tampar dan bola keranjang juga adalah sukan berpasukan. Beliau tidak harus membuat andaian, dan tidak mengaitkan sukan-sukan berpasukan tersebut yang banyak dimainkan oleh kaum Cina untuk dijadikan contoh perkauman dimana sukan bola sepak dan hoki rata-rata diwakili oleh kaum Melayu.
Untuk pengetahuan Dr Ridhuan, pendapatan pemain bola sepak professional yang mewakili negara dan negeri di negara kita boleh mencecah puluhan ribu ringgit sehingga melebihi seratus ribu ringgit sebulan. Adakah Dr Ridhuan masih setuju bahawa hanya sukan individu yang dikaitkan dengan lubuk duit? Walhal sukan seperti bola keranjang yang diminati kaum 'ultra kiasu' pula hampir pasti tidak mungkin mendapat habuan yang lumayan kerana tiada pencapaian yang baik. Namun, 'ultra kiasu' masih menyarung jersi Malaysia dengan bangga.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia, Negaramu Hanya Satu

Posted: 30 Aug 2016 06:47 PM PDT

JANGAN engkau bakar rumahmu
Kerana di dalamnya
Ada pijat, nyamuk dan kutu
Engkau racun dan buang mereka
Agar rumahmu bahagia semula.
Jangan engkau bakar benderamu
Kerana tiangnya condong
Dan angin mati
Maka tidak ia berkibar lagi
Carilah tiang yang panjang
Ikatkan pada pohon yang tinggi
Di puncak gunung yang banyak angin
Supaya ia berkibar kembali.
Jangan engkau sisihkan negaramu
Kerana engkau benci
Kepada pembesarnya yang rakus
Yang merompak mencuri tanpa malu
Sambil mendabik dada mengaku berjasa
Dan lantang menuduhmu derhaka
Kerana engkau tidak mencium tangan mereka.
Ini rumahmu
Ini benderamu
Ini negaramu
Pertahankan ia
Dari tangan-tangan celaka
Kerana rumahmu
Benderamu
Dan Negaramu
Bukan dua atau tiga
Hanya satu
Itulah Malaysia.
Maka anak-anakku
Sambutlah panji-panji ini
Dari tanganku yang lesu
Arahkan ia tinggi-tinggi
Jangan sekali-kali
Biarkan ia jatuh menyembah bumi
Dipijak, dikoyak, dicaci.
Rumahmu hanya satu
Benderamu pun begitu
Apatah lagi negaramu
Tidak dua
Tidak tiga
Hanya satu
Itulah Malaysia.
Merdeka
Merdeka
Merdeka.
Wallahuaklam.
 
 A Kadir Jasin

Jualan Proton lemah, DRB-Hicom rugi

Posted: 30 Aug 2016 06:40 PM PDT

Syarikat itu berkata kejatuhan berlaku kerana keadaan industri lemah pada April hingga Jun apabila jumlah jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia jatuh 6.3% berbanding tempoh sama tahun lalu.
drb-proton
KUALA LUMPUR: DRB-Hicom berkata pendapatan daripada perniagaan utamanya iaitu automotif menjunam 21% tahun ini, dan antara sebabnya ialah akibat penurunan jumlah jualan kereta Proton dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Dalam satu kenyataan, syarikat automotif dan logistik itu berkata kejatuhan itu berlaku susulan keadaan industri yang lemah sepanjang April hingga Jun apabila jumlah jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia jatuh 6.3% jika dibandingkan tempoh sama tahun lalu.
Memetik laporan Nikkei Asian Review, jualan kenderaan penumpang, yang membabitkan hampir 90% nilai keseluruhan industri di Malaysia, jatuh 15% antara Januari hingga Jun, menurut data Persatuan Automotif Malaysia sementara kenderaan komersial, yang merangkumi jualan selebihnya jatuh 13% sepanjang tempoh itu.
Sehubungan itu, DRB-Hicom berkata ia akan terus memfokuskan kepada tindakan menyatukan perniagaannya selepas peningkatan ketara kerugian bersihnya pada suku pertama fiskal tahun ini, berbanding tahun lalu.
Nikkei Asian Review melaporkan kerugian bagi 3 bulan pertama berakhir 30 Jun bagi syarikat itu berjumlah RM169.3 juta, berbanding kerugian RM19.7 juta tahun lalu, kata syarikat itu.
Pendapatan suku tahunan menurut 18% dari tahun ke tahun kepada RM2.5 bilion daripada RM2.95 bilion setahun sebelum ini.
"Melihat kepada keadaan pertumbuhan ekonomi keseluruhan dan pasaran kompetitif, kumpulan itu akan kekal fokus kepada penyatuan perniagaannya untuk memastikan pertumbuhan dan kemapanan perniagaan yang berterusan.
"Dengan pertumbuhan ekonomi keseluruhan yang lebih perlahan, pencapaian kumpulan bagi tahun kewangan berakhir Mac 2017 akan terus kekal mencabar," kata DRB-Hicom.
DRB-Hicom, yang turut memasang kenderaan seperti motosikal Honda dan kereta Audi, bergelut dengan kerugian membuat Proton sejak pengambilalihan daripada syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional pada 2012.
Awal tahun ini, kerajaan bersetuju memberikan geran pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton. Sebagai tambahan, Proton perlu mendapatkan rakan kongsi strategik bagi membantunya dalam penyelidikan dan bersaing di peringat antarabangsa dalam tempoh setahun, sebagai sebahagian perjanjian pinjamannya.
Bagi memotong kebergantungan sepenuhnya terhadap perniagaan automotif, DRB-Hicom menyasarkan untuk meningkatkan sahamnya dalam perniagaan berorientasikan perkhidmatan dan pendapatannya kepada 50% dalam tempoh 5 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

7 mahasiswa, peserta himpunan #TangkapMO1 beri keterangan polis esok

Posted: 30 Aug 2016 06:37 PM PDT

Seramai tujuh mahasiswa dan peserta akan diambil keterangan oleh pihak polis pada Isnin ini.Seramai tujuh mahasiswa dan peserta akan diambil keterangan oleh pihak polis pada Isnin ini.
 Seramai tujuh mahasiswa dan peserta perhimpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan esok di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.
Kordinator Penerangan Gabungan TangkapMO1 Agilah Zainuzi dalam satu kenyataan mereka yang dipanggil oleh pihak polis akan hadir bersama pada jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.
Mereka yang akan memberikan keterangan berkaitan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu adalah Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Amir Abd.Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim ,Suhail Wan Azahar dan Isaiah Jacob.
Mahasiswa dan peserta dijangka akan berhimun di restoran berhadapan IPD Dang Wangi pada jam 10 pagi.
'Diharapkan kawan-kawan dapat hadir bersolidariti bersama rakan yang lain bagi menunjukkan semangat setia kawan bersama rakan mahasiswa," ujarnya dalam kenyataan itu hari ini.

Saya serahkan diri untuk perjuangan Amanah, kata Husam

Posted: 30 Aug 2016 06:35 PM PDT

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menepati jangkaan ramai apabila mengumumkan menyertai Amanah.
husam-musa-amanah
CYBERJAYA: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa akhirnya menepati jangkaan ramai apabila mengumumkan menyertai Amanah.
Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis khusus 'makan malam ambang merdeka bersama Husam Musa' anjuran Amanah Putrajaya di Cyberjaya malam tadi.
"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan Amanah.
"Saya telah tandatangan borang permohonan (menyertai) Amanah" kata Adun Salor itu.
Pada 6 Mei lalu, PAS mengambil keputusan memecat Husam atas sebab melanggar Perlembagaan PAS, ekoran kritikan lantangnya terhadap parti dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama berhubung dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno.
Selama 4 bulan beliau hanya membisu berhubung parti yang bakal disertainya, walaupun pernah membantu kempen Amanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang lalu.
Bekas Exco kanan kerajaan Kelantan itu sekali lagi mempersoalkan keputusan parti lama yang memecatnya hanya kerana memberikan teguran.
"PAS telah pecat saya dan saudara kena tahu saya tidak pernah minta untuk dipecat…Islam benarkan kita untuk menegur," katanya.
Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

'Kemerdekaan sebenar ' apabila Husam masuk Amanah, kata Mohamad

Posted: 30 Aug 2016 06:34 PM PDT


Mohamad Sabu Mohamad Sabu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata beliau merasakan kemerdekaan sebenar apabila Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam parti itu malam tadi.
"Saya rasa merdeka apabila Datuk Husam memerdekakan dirinya dengan menyertai Amanah malam ini," katanya.
Husam yang merupakan bekas exco Pas Kelantan sebelum itu menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada beliau dalam majlis makan malam Ambang Merdeka di Cyberjaya malam tadi.
Mohamad menyifatkan tindakan Husam itu tepat pada masanya dalam membina Amanah yang inklusif.
"Penyertaan Datuk Husam ini sangat tepat pada masanya. Kita memerlukan orang seperti beliau yang sangat banyak kepakarannya," katanya di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.
Husam yang juga bekas naib presiden Pas, pernah menzahirkan hasratnya untuk menyertai parti Amanah ketika beliau berucap pada ceramah umum Amanah di Kota Lama Kanan, pada Jun lalu.
Husam yang juga Adun Salor ini dipecat dari  Pas berkuatkuasa 23 April selepas Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapatinya melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.
Ini ekoran beliau lantang mengkritik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan Umno serta kepimpinan parti berhubung isu hudud
Malah, Husam sebelum itu juga pernah berada sepentas dalam program anjuran Amanah sempena majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, Januari lalu.
Bagaimanapun Husam tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung hasratnya itu sehingga pada malam tadi, beliau secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah.
Datuk Husam Musa (empat dari kiri) bersama kepimpinan utama Amanah ketika menyerahkan borang keahlian kepada Presidennya Mohamad Sabu.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Datuk Husam Musa (empat dari kiri) bersama kepimpinan utama Amanah ketika menyerahkan borang keahlian kepada Presidennya Mohamad Sabu.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Read More / Baca Lagi >>

Dato Onn Jaafar: Jiwa yang hidup untuk Rakyat

Posted: 30 Aug 2016 06:31 PM PDT

Mulutnya sendiri mengungkap kata-kata hikmat iaitu 'Raja itu rakyat, rakyat itu raja' kerana ia sebati dengan jiwanya yang hidup untuk rakyat.
Dato-Onn-Jaafar
Oleh Mohammad Fakhrurrazi Rashid
Hari Kebangsaan masa yang bermakna bagi rakyat Malaysia mengamati bait-bait sejarah perjuangan dalam menggapai erti kebebasan daripada kolonial Inggeris. Sengketa dan pengorbanan pemimpin negara sentiasa menjadi liputan media massa dan rakyat Malaysia dalam menghayati hari yang bermakna ini.
Slogan 'Merdeka' yang sinonim dengan simbol kebebasan merupakan fitrah dan kehendak manusia. Bermulanya perkembangan zaman itu kebanyakannya berkisar tentang kehendak untuk membebaskan diri daripada cengkaman kesusahan untuk menuju maghfirah yang lebih bebas dan sejahtera.
Dalam usaha mengapai kemerdekaan, kita dapat lihat betapa pentingnya peranan pemimpin dalam membebaskan rakyatnya. Nabi Muhammad S.A.W memainkan peranan penting dalam membebaskan bangsa Arab dengan langkah memerdekakan hamba, pemikiran, sasiah bangsa Arab dan sistem ekonomi mereka daripada kongkongan amalan jahiliyah. Begitu juga pemimpin yang lain seperti Mahatma Gandhi, Sukarno, dan Martin Luther King yang memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan untuk kesejahteraan rakyat.
Bagitu juga di Tanah Melayu waktu itu. Pemimpin memulakan gerakan kesedaran untuk bersatu dan merdeka. Cabarannya begitu hebat kerana kesedaran rakyat masa itu masih rendah dan tidak yakin akan anjakan kemerdekaan tersebut. Baik fahaman kiri dan kanan, mereka menyumbang kepada gerakan kemerdekaan tanah air. Tidak sekadar erti bebas daripada British, tetapi lebih dari itu,'membebaskan' rakyatnya daripada kemelaratan hidup selama ini.
Dato Onn Jaafar, seorang pemimpin negara yang sering dilupakan dalam membincangkan ruang lingkup sejarah kemerdekaan tanah air. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi menyatukan rakyat Tanah Melayu ketika itu, khususnya umat Melayu. Tiada siapa sangka bagaimana rakyat boleh berhimpun dan bersatu menentang hasrat British menubuhkan Malayan Union. Kemampuannya harus menjadi teladan pemimpin Malaysia dalam erti menuntut sebuah negara yang bebas dan berprinsip.
Pemimpin lantang dan berani
Bermulanya usaha Dato Onn Jaafar dalam menjaga kebajikan orang Melayu tidak seharusnya bermula dengan penubuhan United Malay National Organization (UMNO) pada tahun 1946. Beliau merupakan pemimpin Melayu Johor yang lantang menyuarakan pandangan dan memegang penuh prinsip kebebasan bersuara dalam mengkritik sesuatu dasar dan pemerintahan.
Dato Onn Jaafar secara lantang mengkritik Sultan Ibrahim mengenai isu pemilikan harta secara terbuka ketika bekerja di Pejabat Penasihat Johor. Sikap ini tentunya dipandang sebelah mata oleh orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan Johor pada waktu itu. Namun, kebenaran bagi Onn Jaafar lebih utama daripada berselindung daripada pengetahuan dan telinga rakyat.
Tidak semua pemimpin Melayu waktu itu memiliki kemampuan untuk mengkritik pemerintah secara vokal demi kepentingan rakyat. Dato Onn Jaafar merupakan contoh terbaik pemimpin tempatan yang menggunakan kebebasan bersuara dan kedudukan bagi rakyat jelata. Bukan seperti pemimpin sekarang, menyembunyikan batil demi mempertahankan 'kerusi' dan kuat mengampu.
Sembilan tahun dalam pembuangan negeri bukanlah satu masa yang mudah. Kelantangannya mengkritik Sultan Ibrahim kerana menyiarkan salah guna kuasa Sultan Ibrahim menggunakan JMF untuk membina tempat lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh dan Pasir Pelangi menyebabkan beliau dibenci dan dibuang negeri ke Singapura.
Mereka yang berbeza pendapat tentunya melihat pembuangan negeri itu hanya perkara biasa kerana terdapat pemimpin-pemimpin juga dihukum lebih teruk dari itu. Tetapi, sedar atau tidak, Dato Onn Jaafar menerima nasibnya atas tanggungjawab menentang pemerintah yang menggunakan rakyat. Beliau tidak keluh-kesah semasa pembuangan, tetapi menerima risiko tersebut dengan berlapang dada.
Penyatuan dan perjuangan untuk Merdeka
Perlu diperjelaskan bahawa laungan 'Merdeka' tidak dimulakan oleh pemimpin UMNO, tetapi ia merupakan impian setiap gerakan rakyat ketika itu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih awal mencetuskan kesedaran untuk 'Merdeka' hasil daripada kemerdekaan Indonesia di bawah Sukarno.
Namun, Dato Onn juga berjaya menggerakkan kesedaran menentang penjajah dalam kalangan orang Melayu pada waktu mereka berpecah mengikut negeri dan tidak membayangkan bahawa mereka mampu bersatu demi melawan Malayan Union. Demonstrasi secara besar-besaran menentang Malayan Union merupakan usaha bersungguh-sungguh Dato Onn Jaafar mempertahankan kedaulatan perlembagaan Johor dan nasib Melayu ketika itu. Hasil keringat tenaga ini juga, ramai orang Melayu mula mempunyai kesedaran untuk merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO dan Kencing-Fitnah BERPISAH TIADA !!!

Posted: 30 Aug 2016 06:27 PM PDT

Tiada pemansuhan kuota bumiputera seperti yang didakwa oleh AMENO dan SEKUTU MUNAFIK mereka...

Kenapa sini susah sangat nak namakan siapa MO1?

Posted: 30 Aug 2016 06:26 PM PDT

Media antarabangsa sebut dgn nyata. Malaysian Official 1 a.k.a. #MO1 itu NAJIB !!!

Kalau berita tersebut satu tuduhan palsu, BERANIKAH NAJIB mahupun KERAjaan M'sia nak saman media a'bangsa tersebut !!!

SPRM, AWAK KAT MANA !!!

Posted: 30 Aug 2016 06:24 PM PDT

Satu Tan Sri pengerusi bank ditahan SPRM. Akaun peribadi hampir RM1 juta.

Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?

Merdeka Dari Penjajahan Umno@Bn...!!!

Posted: 30 Aug 2016 06:21 PM PDT

"Banyak AGENDA saya yang belum selesai..." -Najib Razak, 4/6/2015

"Saya juga boleh pimpin negara 22 tahun" -Najib Razak, 18/5/2015.

"Sambutan Merdeka hanyalah sambutan ulang tahun UMNO," tegas Mat Sabu

Posted: 30 Aug 2016 06:04 PM PDT

'PAS 'goyang kaki' perintah Kelantan, AMANAH minta izin ambil alih' - Husam

Posted: 30 Aug 2016 06:03 PM PDT

'Kalau Tok Guru masih ada, dia akan ikut saya sertai AMANAH' - Husam

Posted: 30 Aug 2016 06:02 PM PDT

Husam pilih jersi 'oren', ucap selamat tinggal jersi 'hijau'

Posted: 30 Aug 2016 06:01 PM PDT

Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi

Posted: 30 Aug 2016 08:00 AM PDT

Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi
Husam berucap selepas diumumkan secara rasmi menyertai Amanah, sebentar tadi.
CYBERJAYA - ‎Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengumumkan secara rasmi beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Berucap dalam majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama beliau di restoran My Taste, Cyberjaya Husam berkata keputusan itu dibuat ‎bagi membolehkan beliau membuat pembaharuan dalam politik tanah air.
"Saya kini sudah meninggalkan jersi Pas. Saya berdiri kerana ALLAH, pada hari ini saya serahkan diri pada perjuangan Amanah,"‎ katanya di sini hari ini.
‎Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri,‎pimpinan DAP dan lain-lain.
Sebelum itu, Muhammad Sabu dalam sidang medianya menyatakan, beliau menyambut baik keputusan Husam itu.
"Kita sambut siapa sahaja yang mahu menyertai kita," katanya.
Husam dipecat daripada Pas pada 6 Mei lalu selepas dilihat tidak lagi seiring dengan parti Islam itu, selain seringkali ‎mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kini, selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam telah mengumumkan secara rasmi beliau menyarung 'jersi oren' untuk meneruskan perjuangan beliau dalam arena politik negara.

Umno khianat sebab itu kami masuk DAP, kata ahli Melayu DAP

Posted: 30 Aug 2016 07:56 AM PDT

Sekumpulan ahli Melayu DAP membidas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii yang didakwa mengatakan parti mereka tidak menghormati orang Melayu.
dap-umno
PETALING JAYA: Tindakan Umno yang mengkhianati dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu mendorong mereka menyertai DAP, kata sekumpulan ahli Melayu parti itu.
Kumpulan 14 orang itu mengeluarkan kenyataan bersama membidas Ketua Pemuda Wilayah Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii didakwa mengatakan DAP tidak pernah menghormati orang Melayu dan akan terus bersikap demikian jika memiliki kuasa.
Mereka meminta Razlan melihat masyarakat sekeliling dan menyedari semakin ramai orang Melayu sedar Umno yang "meletakkan mereka di bawah telapak kaki" parti itu.
"Melayu di bawah Umno diternak seperti ayam daging, diberi dedak sehigga gemuk dan sihat, sebelum disembelih dengan masalah seperti GST, 1MDB serta ancaman ekonomi lain.
"Ayam yang dibela Umno ini disumbat rasa takut hilang kuasa dan takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar boleh disembelih dengan mudah bagi melanjutkan kuasa elit dalam parti itu," kata kenyataan itu.
Razlan didakwa mengatakan demikian dalam wacana 'Politik Malaysia: Di mana Melayu?" anjuran Sinar semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan antaranya oleh Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan Dyana Sofya, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Young Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof, dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Abdul Rashid.
Mereka menggesa Razlan supaya mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan meninggalkan Umno.
"Umno-lah masalahnya sekarang, dan Razlan serta juak-juaknya wajar mengikut jejak langkah Mahathir meninggalkan parti berkarat itu, berbanding menjunjungnya sebagai parti keramat," kata mereka.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:38 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Polis kenal pasti identiti 3 gadis buat aksi bahaya

Posted: 30 Aug 2016 05:50 AM PDT

SINAR HARIAN
PDRM


KUANTAN - Polis telah mengenal pasti identiti tiga gadis yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong Asisten Superintendan S. Somo berkata identiti pemilik kereta juga telah diperoleh dan pihaknya dijangka menghantar kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.

"Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang menaiki kereta itu pada hari kejadian telah dikenal pasti," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Somo berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar. –Bernama


Along Cham cerai Zila talak satu

Posted: 30 Aug 2016 05:46 AM PDT

Along Cham cerai Zila talak satu


SUBANG - Pelakon dan pelawak, Along Cham sah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Zila Seeron, sebentar tadi.

Talak itu dilafazkan tepat jam 10.40 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Abd Halim Abu Samah membenarkan permohonan yang difailkan oleh Along.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bernikah dengan penyanyi itu pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Danial, 5.

Along selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu terhadap zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 27, pada pagi ini mengikut Seksyen 47 Enekman Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain cerai, Along turut memfailkan nusyuz terhadap zila pada 12 Mei lalu.

Along itu diwakili peguam, Roshdan Sujak Rafie manakala Zila diwakili  Nurul Aini Yusuff.


‘Tak perlu rahsia tarikh PRU14’

Posted: 30 Aug 2016 05:42 AM PDT

Pilihanraya
Pilihanraya - Gambar hiasan


IPOH - DAP Perak menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan segera tarikh PRU14 bagi memudahkan semua parti membuat persediaan yang sewajarnya.

Timbalan Pengerusinya, V Sivakumar berkata, kuasa penuh terletak pada Najib meskipun Perlembagaan memperuntukkan kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh sebenar PRU14.

"Walaupun SPR diberikan tanggungjawab untuk menentukan tarikh sebenar PRU14 namun ia hanya akan dilaksanakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan perdana menteri.

"Kuasa SPR hanya terhad untuk menentukan tarikh sebenar pilihanraya iaitu dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan," katanya, dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada keperluan merahsiakan tarikh PRU14 kerana ia jelas merosakkan amalan demokrasi yang berasaskan prinsip saksama.

"Ia juga disifatkan satu amalan yang melanggar hak demokrasi berparlimen dan bersikap tidak adil kepada blok pembangkang," katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak tindakan merahsiakan tarikh PRU14 itu merupakan satu muslihat untuk terus mengekalkan BN selaku kerajaan yang memerintah.

"Taktik ini merupakan muslihat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya pada ketika yang paling sesuai bagi pihaknya. Perbuatan tidak adil ini turut menjadi penyumbang kepada kemenangan BN pada PRU terdahulu," katanya.

Katanya, transformasi yang dilaung-laungkan Najib juga tidak bermakna sekiranya perkara itu tetap dilakukan.

"Transformasi yang dilaung-laungkan itu adalah tidak bermakna jika  sistem demokrasi negara tidak dipulihkan dengan segera," katanya

Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan

Posted: 30 Aug 2016 05:35 AM PDT

Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan
Gambar banjir kilat yang dikongsikan di media sosial.
 
 
KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan termasuk Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Subang dilanda banjir kilat pagi ini berikutan hujan lebat sejak jam 7 pagi tadi.

Laporan BHOnline yang memetik jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebagai berkata, air mulai naik jam 7.30 pagi  setinggi 0.3 hingga 0.6 meter.

Banjir kilat di sepanjang jalan menuju Lapangan Terbang Subang dan dari Ara Damansara turut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk dari susur keluar Lebuhraya Persekutuan dan Citta Mall.

Banjir kilat dilaporkan turut berlaku berhampiran Tol Sungai Rasau di Shah Alam dari Taman Berkeley, Klang ke persimpangan Batu 3, Shah Alam.

Keadaan sama berlaku laluan menuju bandar raya dari Sungai Besi ke Jalan Loke Yew dan seterusnya ke Jalan Tun Razak, di sini.


'Tidak jantan' kalau asyik berpeluk tubuh sahaja'

Posted: 30 Aug 2016 05:32 AM PDT

Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor Hamzah


SHAH ALAM - Pas melihat kesungguhan kerajaan Sarawak melebihi kerajaan Terengganu dalam melindungi hasil negeri mereka agar disalurkan kembali demi kepentingan rakyat mereka.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan Umno Terengganu perlu menjadikannya sebagai contoh dan memberi ruang yang luas kepada anak negeri Terengganu mengecap semaksima mungkin hasil sumber asli.

"Pas Terengganu menggesa kerajaan Terengganu memandang serius hasil pertemuan antara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta  Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin.

"Perbincangan mereka dikatakan telah membuahkan tujuh hasil yang sangat baik bagi rakyat Sarawak. Sebaliknya, pemimpin Umno bukan sahaja tidak mempertahankan hak royalti bahkan menggadai maruah dan menyerahkan medan minyak Bertam PM 307 kepada kerajaan persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Kuota jawatan Petronas tidak bagus untuk pekerja]

Oleh itu, Pas Terengganu menuntut janji Umno Terengganu yang kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai lebih 41 ribu rakyat Terengganu.

"Adalah 'tidak jantan' sekiranya kerajaan Terengganu hanya berpeluk tubuh lalu terus membiarkan rakyat 'melopong dan menghitung' kehadiran warga asing di tapak petroleum Terengganu tanpa menentukan pendirian atau membuat apa-apa tindakan, untuk menjamin pekerjaan rakyat Terengganu.

"Seluruh rakyat sedang memerhatikan pentadbiran Umno memerintah sekarang yang  telah meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

Justeru itu, Pas menyeru rakyat Terengganu agar bangkit mempertahankan harga diri dan maruah negeri yang digadai Umno, sebagaimana yang telah dilakukan Sarawak dalam mempertahankan hak negeri mereka.

"Langkah ini boleh dilaksanakan dengan menyingkirkan Umno Terengganu dari tampuk pemerintahan dan Pas sebagai kerajaan menunggu sudah bersedia dan berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu yang dirampas itu," katanya lagi.


Datuk tertembak cucu kerana disangka kera

Posted: 30 Aug 2016 05:20 AM PDT

Datuk tertembak cucu kerana disangka kera
Senjata api digunakan datuk mangsa untuk menjaga kebun dari musuh tanaman turut dirampas. - Foto Sinar Harian


KOTA TINGGI - Seorang cucu cedera parah selepas datuknya tertembak kanak-kanak tersebut yang disangka kera dalam kejadian di sebuah kebun dekat Kampung Mawai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.10 pagi, semasa pengadu yang juga warga emas berusia 79 tahun itu berada di kebunnya untuk membuat pemantauan kebun dengan membawa senjata api miliknya.

Menurutnya, ketika kejadian lelaki berkenaan telah ternampak satu objek bergerak yang mana pengadu menyangka objek itu seekor kera.

"Ekoran itu datuk mangsa telah melepaskan satu das tembakan menggunakan peluru penabur No.4 dan sebaik tembakan dilepaskan pengadu terdengar suara menjerit kesakitan.

"Warga emas berkenaan kemudian pergi melihat dan mendapati yang tertembak adalah cucunya. Dengan bantuan keluarga, mangsa telah di hantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan rawatan lanjut,"katanya, hari ini.

Tambah Rahmat, ekoran kejadian itu kanak-kanak berusia 10 tahun itu mengalami cedera di bahagian kepala dan badan dimana terdapat tiga kesan luka terkena peluru.

Katanya, senjata api yang digunakan datuk mangsa adalah jenis Short Gun 32" Simson Double Barrel untuk kegunaan menjaga kebun dari musuh tanaman.

"Datuk mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjatapi 1960 dan senjata api digunakan juga turut dirampas," katanya lagi.

PAS Kelantan doakan 'tuah' Husam bersama Amanah

Posted: 30 Aug 2016 05:11 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata parti terbuka dengan keputusan Datuk Husam Musa untuk bersama Amanah, sebagaimana langkah yang sama diambil beberapa pemimpin terdahulu.
 
Malah parti itu mendoakan penyertaan beliau ke dalam Amanah adalah satu tindakan yang tepat. 
 
"Selamat maju jaya. Beliau (Husam) kena ada bahtera (dan) pilih untuk bersama dengan Amanah. Kita (PAS) lawan sesiapa sahaja," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Husam, yang juga bekas naib presiden PAS dilaporkan bakal membuat satu pengumuman penting berkenaan karier politiknya dalam satu acara yang dianjurkan Amanah Putrajaya, malam ini.
 
Malah dalam satu kenyataannya semalam, ADUN Salor itu mengakui akan menyarung 'jersi baru' bersama parti politik pilihannya.
 
Bekas exco Kelantan itu juga mendakwa sejak hampir empat bulan beliau dipecat daripada PAS, tidak ada sebarang petunjuk bahawa beliau akan diterima lagi oleh parti berkenaan.
 
Diajukan hal itu, Che Abdullah bagaimanapun memberitahu PAS tidak menerima sebarang surat rayuan daripada Husam untuk menyatakan mahu kembali semula kepada PAS.
 
Sebaliknya menurut ADUN Wakaf Bahru itu, Husam hanya membuat kenyataan terbuka yang bersifat menyerang dan ditujukan kepada pemimpin parti.
 
"Beliau (Husam) tak menggunakan haknya untuk merayu. Suratnya itu berupa serangan kepada PAS. Tidak ada surat rayuan sehingga tamat tempoh yang membolehkan beliau membuat rayuan. Itu maklumat yang kita dapat dari PAS Pusat.
 
"Surat itu beliau viralkan dan semua orang boleh baca. Ia tidak menunjukkan beliau hendak merayu, mungkin (hendak) kritik, serang Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan semua orang," kata Che Abdullah.
 
Mei lalu Husam dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik dan mencabar parti dan pemimpinnya secara terbuka berkaitan beberapa isu termasuk hudud.
 
Malah Husam turut mendakwa Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor. 
 
 

“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia

Posted: 30 Aug 2016 02:53 AM PDT

LKS Malaysia

Roketkini.com


KOTA KINABALU-  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab membersihkan nama Malaysia yang dicemari julukan negara kleptokrasi berikutan pendedahan kecurian berbilion dolar Amerika melibatkan 1MDB dan individu bergelar Malaysian Official 1 (MO1).

Tambah menyedihkan, selain dinobat sebagai negara kleptokrasi terbesar peringkat global, kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional (BN) gagal melakukan sebarang usaha untuk membersihkan nama negara.

Persoalannya, di mana dan mengapa agensi penguatkuasaan dan penyiasatan tidak berusaha untuk membersihkan semula nama negara yang terpalit dengan skandal terbesar peringkat global itu?

Namun, apa yang menakutkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ialah sikap lepas tangan Najib dan kerajaan Malaysia seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan tanda tanya kepada kita rakyat Malaysia, adakah kita sedia untuk dibeban dan dipalit dengan semua kotoran akibat kleptokrasi global ini?" soalnya ketika berucap dalam Forum Polisi anjuran DAP Sabah.

Kata beliau, hanya dalam sekelip mata sahaja Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan terpaksa menanggung aib apabila berada di salah satu tangga teratas negara paling korup di dunia khususnya dengan pendedahan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset melibatkan 1MDB sebanyak AS$1 bilion.

"Adalah menjadi tugas Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri untuk membersihkan nama Malaysia dari julukan negara kleptokrasi global.

"Saya faham Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan hadapan yang mana beliau sudah menghadirinya empat kali sejak April 2009 bercakap mengenai cadangannya tentang 'Gerakan Global Moderat', yang bukan sahaja telah gagal di peringkat antarabangsa, malah juga gagal dalam negara," ujar Kit Siang. – Roketkini.com


Warga Felda perlu desak MP sokong pindaan RUU 355

Posted: 30 Aug 2016 02:39 AM PDT


 
Oleh NARAZA MUDA


Ini soal memartabatkan agama Islam. Justeru itu warga Felda yang berada di 54 kawasan parlimen seluruh negara, sebahagian besarnya adalah orang Melayu dan beragama Islam perlu nyatakan sokongan agar ahli parlimen (MP) yang mereka undi semasa PRU13 lalu menyokong pindaan akta ini.

Kebersamaan dalam hal ini sangat perlu agar warga Felda terus utuh, kekal keharmonian dan mendapat redha Allah. Undi kita kepada mereka sewajarnya kita gunakan dengan menyatakan harapan kita. Tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada mana-mana parti. Ini soal hukuman menurut syariat Allah.

Pindaan ini bukan pertama kali berlaku. Parlimen Malaysia pernah meminda akta ini pada tahun 1984 dan juga tahun 1989. Jadi kenapa untuk pindaan 2016 ini perlu ada berbelah bahagi, tidak bersetuju, bahkan menentangnya?

Kita kena sedar kedudukan ahli parlimen yang beragama Islam hanya tinggal 135 orang sahaja daripada 222 kerusi yang mewakili berbagai komponen parti politik. Kita mesti mengambil ruang dan peluang ini agar kita bersama-sama mendukung untuk memartabatkan perundangan  Islam.

Pindaan ini bukan pindaan Rang Undang-Undang Hudud sepertimana disalahtaksirkan oleh segelintir orang, juga bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau Enakmen Qisas, Hudud dan Takzir Terengganu.

Pindaan itu bakal meletakkan Mahkamah Syariah lebih tinggi dan tidak seperti sekarang seperti terhina kerana mempunyai bidang kuasa yang sangat rendah berbanding mahkamah lain.

Cuba kita bandingkan kuasa hukuman jenayah dimiliki Mahkamah Majistret iaitu 5 tahun penjara, RM10,000 denda dan 12 rotan, sedangkan Ketua Hakim Syarie di Mahkmah Tinggi Syariah hanya mempunyai kuasa 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan.

Kita warga Felda yang beragama Islam perlu memastikan Ahli Yang Berhormat kita semua melaksanakan satu lagi usaha yang boleh memperkukuhkan Mahkamah Syariah kita.

Beruntunglah pengundi Parlimen Temerloh, Dungun dan Kuala Nerus kerana ahli-ahli parlimen ini sudah pasti akan menyokong dan mengundi bila bacaan Pindaan Rang Undang-Undang dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Justeru itu, kepada seluruh warga pengundi Felda di 51 kawasan Parlimen yang lain dapat memastikan wakil mereka dapat melaksanakan sokongan dari harapan kita umat Islam warga Felda. Sampaikanlah dengan apa jua cara kepada Ahli Yang Berhormat kita, berjumpa mereka, nyatakan hasrat dan kewajipan tugasan mereka agar usaha kita semua menjadi saksi di hari perkiraan amalan kita nanti.

*  Penulis ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.


Jurutera Syarikat GLC Disambung Reman Lima Hari

Posted: 30 Aug 2016 02:34 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Seorang jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambung reman selama lima hari sehingga Rabu ini oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu bagi membantu siasatan susulan kes rasuah dan salah guna kuasa. -fotoBERNAMA
 
 
KOTA BAHARU: Seorang jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambung reman selama lima hari sehingga Rabu ini oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu di sini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Baharu Mohd Rusli Ahmad.

Dua lagi juruteknik syarikat itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari sejak 21 Ogos susulan seorang pegawai kanan syarikat itu  ditahan sejak 16 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Arahan Menteri Haramkan Kemeja-T Bersih 4 Tidak Munasabah

Posted: 30 Aug 2016 02:32 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Isnin memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih 4 dan risalah berkaitan perhimpunan Bersih adalah tidak munasabah.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga anggota, mengeluarkan perintah certiorari untuk membatalkan perintah menteri berkenaan.

Panel, yang turut dianggotai Hakim-hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Asmabi Mohamad membenarkan rayuan dikemukakan oleh pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah dan dua yang lain untuk mengubah perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 19 Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan Maria, Masjaliza Hamzah dan Fadiah Nadwa Fikri bagi membatalkan perintah itu.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata perintah itu (mengharamkan kemeja-T dan risalah) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak munasabah.

Hakim itu berkata, sebab-sebab untuk pengharaman diberikan menteri dalam affidavitnya menyentuh acara yang belum berlaku.

Hakim berkata mereka bercadang menulis satu penghakiman oleh kerana isu-isu dalam kes berkenaan adalah penting.

Pada 27 Ogos, tahun lepas, kementerian berkenaan mengeluarkan perintah mengharamkan kemeja-T Bersih 4 dan penerbitan berkaitan perhimpunan Bersih 4.

Perayu memfail semakan kehakiman bagi mencabar perintah itu, dengan menyebut kementerian dalam negeri dan kerajaan sebagai responden.

Di luar mahkamah, New Sin Yew, seorang daripada peguam yang mewakili perayu berkata perintah kementerian itu tidak sah berikutan keputusan mahkamah itu.

Beliau berkata keputusan itu mempunyai implikasi yang luas ke atas rakyat Malaysia yang memiliki kemeja-T dan risalah berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili menteri dan kerajaan. - BERNAMA 

 

Pengerusi Bank Rakyat Direman 7 Hari

Posted: 30 Aug 2016 02:29 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
DIKEMASKINI- PUTRAJAYA: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dikenakan perintah reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman lelaki berusia 65 itu, sehingga 5 September.

Abdul Aziz, 65, tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya dan ditahan pada 3 petang semalam.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata semalam akaun bank Abdul Aziz yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

Dia adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

Sementara itu, empat lelaki termasuk pengarah urusan bank yang sama bergelar Datuk, bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan yang tamat tempoh reman hari ini dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai, hari ini.

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Anak Kontraktor Turut Direman Bantu Siasat Kes Rasuah RM76 Juta

Posted: 30 Aug 2016 02:25 AM PDT

MSTAR ONLINE


SPRM
 
 
PUTRAJAYA: Seorang kontraktor direman lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah bagi projek "pipeline" di selatan tanah air berjumlah RM76 juta.

Lelaki 27 tahun itu merupakan anak kepada seorang kontraktor yang  masih direman sejak Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes yang sama.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa untuk mereman lelaki itu sehingga 3 September.

Kontraktor itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika tampil memberi keterangan pada 5 petang Isnin.

SPRM juga merampas barangan kemas bernilai jutaan ringgit dan tiga buah kereta mewah di rumahnya di Kuala Lumpur.

SPRM dalam pada itu turut memperoleh perintah mahkamah untuk mereman enam individu selama empat hari sehingga 2 September berkaitan kes yang sama.

Mereka yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu terdiri seorang pengurus besar sebuah syarikat cari gali minyak dan lima kontraktor.

Sementara itu, seorang pengurus projek syarikat minyak dan gas berusia 60 dan seorang kontraktor berumur 51 tahun pula dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai.

Khamis lalu, lapan lelaki itu ditahan berasingan oleh SPRM di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan "pipeline" di selatan tanah air itu. - BERNAMA



Bapa ADUN DAP didakwa terima rasuah kini disiasat SPRM

Posted: 30 Aug 2016 02:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Bapa kepada ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.
 
Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Siew Khim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".
 
Memetik laporan mStar Online, suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
 
Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.
 
Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.
 
Semalam, Siew Khim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.
 
 

Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim

Posted: 30 Aug 2016 02:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TANJUNG MALIM: Empat termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi. 
 
Dalam kemalangan jam 1.20 pagi itu, kenderaan Honda Stream, Proton Suprima, Nissan Frontier dan Perodua Axia, dipercayai berlanggar sesama sendiri sehingga ada yang terbalik. 
 
Jurucakap bomba berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 1.27 pagi. 
 
"Empat mangsa iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak yang menaiki Honda Stream meninggal dunia di tempat kejadian. 
 
"Enam mangsa dilaporkan selamat manakala dua lagi cedera dan dihantar ke Hospital Slim River untuk dirawat," katanya. 
 
Identiti semua mangsa belum dapat dipastikan.
 
 

Presiden Isma didapati bersalah menghasut

Posted: 30 Aug 2016 02:08 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Abdullah Zaik Abdullah Zaik


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini disabitkan bersalah kerana penerbitan artikel berbaur hasutan dalam laman web NGO itu dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abdullah Zaik pada akhir kes pendakwaan.

"Pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah OKT (orang kena tuduh) didapati bersalah dan disabitkan bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan," kata Noridah.

Malaysiakini melaporkan mahkamah turut memerintahkan Abdullah Zaik membayar denda RM2,000 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda.

Abdullah Zaik didakwa susulan artikel bertajuk "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di www.ismaweb.net.

Isu pecat Chegubard kena tanya Rafizi - Naib Presiden

Posted: 30 Aug 2016 01:59 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin enggan mengulas lanjut berhubung status pemecatan bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin daripada parti itu.
 
Beliau sebaliknya berkata sebarang pengesahan status pemecatan itu wajar dirujuk kepada Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli.
 
"Hal Chegubard kena tanya Rafizi. 
 
"Semua hal surat-menyurat secara rasminya tugas Setiausaha Agung," katanya ringkas semasa dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Shaharuddin juga enggan memberi respon apabila diajukan soal pemalsuan tandatangan Rafizi dalam surat pemecatan Badrul, baru-baru ini.
 
Terdahulu, Badrul atau Chegubard membidas Rafizi dan melabelnya sebagai bacul ekoran mengambil pendekatan membisu meskipun mengetahui tandatangannya dipalsukan.
 
Kekeliruan berhubung status keanggotaan Chegubard di dalam parti bermula apabila Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu menerima surat pemecatan menerusi emel pada pagi 26 Ogos lalu. 
 
Menurut surat bertarikh 26 Ogos itu, mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.
 
Tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti.
 
Pemecatan itu dikaitkan dengan tindakan Chegubard sebelum ini yang giat mendedahkan dakwaan salah laku Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands. 
 
Kekeliruan kemudiannya timbul apabila Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menafikan parti itu sudahpun memecat Chegubard dan menjelaskan parti itu kini masih menunggu keputusan penuh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berhubung tindakan lanjut ke atas beliau. 
 
Kelmarin Chegubard memberitahu dihubungi seorang pemimpin kanan parti memberitahu surat itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Rafizi dan tanda tangan setiausaha agung yang terpapar di surat berkenaan adalah palsu.
 
Ujar Chegubard, surat berkenaan dikeluarkan di bawah arahan seorang pemimpin PKR, R Sivarasa.
 
 

Serangan Husam 'jawapan' untuk sertai Amanah - Idris Ahmad

Posted: 30 Aug 2016 01:58 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam Amanah, yang dijangka diumumkan malam ini, adalah jawapan kepada 'kekacauan' yang ditimbulkan pemimpin itu di dalam PAS selama ini. 
 
Demikian reaksi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad apabila diajukan tindakan Husam menyertai parti serpihan itu.
 
"Itulah jawapannya. 
 
"Jawapan kepada masalah selama ini (beliau) nak (sertai) Amanah," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Husam dilaporkan bakal membuat satu pengumuman penting berkenaan karier politiknya dalam satu acara yang dianjurkan Amanah Putrajaya, malam ini.
 
Malah dalam satu kenyataannya semalam, ADUN Salor itu mengakui akan menyarung 'jersi baru' bersama parti politik pilihannya.
 
Bekas exco Kelantan itu juga mendakwa sejak hampir empat bulan beliau dipecat daripada PAS, tidak ada sebarang petunjuk bahawa beliau akan diterima lagi oleh parti.
 
Lebih lanjut, PAS, menurut Idris tidak terkesan dengan tindakan Husam memandangkan parti itu menerima ribuan penyertaan baru.
 
"Terpulang pada beliau untuk sertai, kita tak boleh halang sesiapa," kata Idris.
 
Penyertaan Husam dalam Amanah bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana umum mengetahui tindakan beliau sebelum ini lebih banyak menyokong parti itu.
 
Malah beliau pernah berkempen secara terbuka untuk parti itu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Jun lalu dan bukannya untuk PAS.
 
Husam, pada Mei lalu dipecat dari PAS kerana lantang mengkritik dan mencabar parti dan pemimpinnya secara terbuka berkaitan beberapa isu termasuk hudud.
 
Malah Husam turut mendakwa Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
 
 

Umno disaran kukuhkan dalaman, tepis dakyah rosakkan parti - MUBARAK

Posted: 30 Aug 2016 01:56 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
BUKIT DAMANSARA: Umno perlu melakukan dua pendekatan bagi mengukuhkan saf dikalangan ahli partinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang dijangka menjelang dalam tempoh kurang dua tahun daripada sekarang.
 
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, dua pendekatan tersebut adalah dari segi memperkukuhkan dalaman Umno itu sendiri dan dalam masa yang sama menggiatkan usaha memberi penjelasan terhadap dakyah yang disebarkan pihak lawan.  
 
"Kuatkan parti, kukuhkan.. dan dalam masa yang sama serang parti-parti lawan untuk menangkis segala dakyah, persepsi supaya ia tidak merosakkan persepsi orang diluar parti kepada Umno. Orang luar itu perlu punyai keyakinan kepada Umno, jadi Umno mesti tanamkan keyakinan ini.
 
"Menerusi apa yang berlaku sekarang ini, untuk menerangkan keadaan semasa yang sebenarnya kepada setiap lapisan masyarakat supaya dakyah di luar tidak diterima. Maknanya beri jawapan dan penerangan kepada dakyah oleh pihak luar untuk menentukan dakyah itu salah," katanya kepada Antarapos.
 
Ujarnya, Umno berdepan dengan krisis keyakinan bukan saja dikalangan masyarakat bahkan tidak terkecuali dalam kalangan ahli parti sendiri.
 
"Isu-isu yang melingkari presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak, misalnya kontroversi 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) dengan perkembangan terbaru yang melibatkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat secara tidak langsung memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap parti, kata beliau.
 
Malah tambah beliau, dengan kewujudan media sosial lagi memudahkan pelbagai jenis maklumat disebarkan, ia secara tidak langsung 'menyukarkan' usaha parti Melayu itu mengekang persepsi buruk daripada kalangan generasi muda.   
 
"Jadi sekiranya kita biarkan perkara ini berterusan, ianya akan menghakis keyakinan anak-anak muda Melayu kepada Umno.  
 
"Dan Umno ini sebenarnya masih lagi tonggak perjuangan politik Melayu dengan Umno itu sinonim. Jangan kita biarkan ia terhakis dari segi kepercayaan anak-anak muda.
 
"Kalau itu berlaku, bermakna akan merosot dari segi pengaruh dan PRU14 ini adalah satu cabaran besar kepada Umno untuk menentukan mereka masih kuat dan masih boleh menang," katanya lagi.
 
 

Laluan motosikal banyak masalah

Posted: 29 Aug 2016 05:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


Untuk memahami dan melihat sendiri masalah pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof hari ini menjadi sebahagian daripada mereka - membonceng motosikal bersebelahan Lebuhraya Persekutuan.

Bermula dari bawah Stesen LRT Universiti di pinggir Kuala Lumpur beliau menyurusi laluan motosikal ke Batu Tiga Shah Alam bersama sejumlah pengiring terdiri daripada pegawai Jabatan Kerja Raya.

Turut menyertai lawatan turun padang itu, pegawai Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Berdasarkan penelitian dibuat Fadillah berkata ada beberapa isu yang perlukan perhatian.

Antaranya, kata beliau, keadaan laluan yang terlalu sempit, selekoh tajam, laluan keluar atau masuk yang tidak sesuai serta ancaman bahaya dari tapak projek berhampiran.

Turut mendapat perhatian menteri, keadaan terowong yang agak gelap serta belukar yang boleh dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengancam pengguna laluan berkenaan.

Bagaimanapun Fadillah mengingatkan ada kekangan untuk kerajaan mengatasi masalah itu segera.

Misalnya, kata beliau, tiada ruang mencukupi untuk pembesaran laluan, manakala isu jalan berlubang mungkin berulang selepas ia diturap.

"Diharap pengguna lebuh raya dapat bersabar untuk sementara dan patuhi peraturan serta had kelajuan di tempat yang berkenaan," katanya kepada media.

Sebelum ini Malaysiakini pernah menyiarkan keluhan pengguna laluan motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang berdepan pelbagai masalah.

Biasanya akan menyebabkan kemalangan, antara isu yang sering dihadapi mereka ialah jalan tidak diturap dengan rata, papan tanda ditutup pelbagai iklan, terowong gelap dan yang paling parah, tiada pemantauan penguat kuasa pada waktu malam sehingga mereka terdedah kepada risiko kena samun.

Turut diadukan, pembahagi jalan tidak dicat dengan betul sehingga mengelirukan pengguna.

Fadillah berkata usaha menambah baik laluan motosikal adalah proses berterusan dan kerajaan sentiasa memandang berat maklum balas pengguna.

Beliau juga menyatakan sebarang aduan mengenai kerosakan jalan raya boleh disalurkan melalui aplikasi "Aduan Jalan KKR" yang dilancarkan pada Mac tahun lalu.

"Setakat ini sudah ada kira-kira 5,000 pengguna berdaftar aplikasi ini," katanya.

Aplikasi itu membolehkan pengguna menghantar pelbagai butiran masalah yang dikesan, termasuk lokasi dan gambar.

Dakwa jadi alat pembangkang tak berasas, kata mahasiwa

Posted: 29 Aug 2016 04:58 PM PDT

Alyaa Alhadjri


LIHAT VIDEO DI SINI


Pihak penganjur Himpunan TangkapMO1 hari ini menafikan dakwaan bahawa mereka menjadi alat pembangkang atau dipergunakan pihak lain yang berkepentingan.

Jurucakap TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof berkata dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga cubaan untuk merendah-rendahkan kemampuan mahasiswa.

"Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 dan kemuncaknya himpunan aman TangkapMO1 adalah seratus peratus inisiatif mahasiswa tanpa paksaan daripada mana-mana parti politik dan pihak-pihak berkepentingan.

"Kami mahasiswa mencetuskan gerakan ini dan telah disambut baik dengan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik dan NGO.

"Sudah tentulah kami terima sokongan padu daripada sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat sepunya dengan apa yang ingin kami bawa," katanya.

Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos sebelum ini berkata pihaknya tidak sampai hati untuk mengadakan demontrasi balas terhadap himpunan itu kerana menyifatkan mereka diperbodohkan oleh kumpulan seperti BERSIH.

Beliau mendakwa 'penganjur sebenar' sekadar menggunakan pelajar untuk mengelakkan bertembung dengan penyokongnya.

Satu lagi gerakan Baju Merah diketuai Datuk Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju turut menyifatkan himpunan itu disertai kanak-kanak dan pelajar sekolah 'yang baru belajar untuk berdemonstrasi'.

SAMANLAH MUHYIDDIN DAN GANI PATAIL, BARU BUKTI BOLEH DITUNJUKKAN!!

Posted: 29 Aug 2016 04:53 PM PDT

shahbudindotcom

 


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya, Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada anak Raja Arab.

Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin.

"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh Perdana Menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti," kata Zahid lagi.

Dalam hal ini, Zahid seharusnya sedar bahawa Muhyiddin tidak membuat dakwaan tersebut berdasarkan khabar angin di kaki-kaki lima, tetapi jelas menyebutnya bahawa setelah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail yang merupakan Peguam Negara ketika itu.

Bukti itu sekarang sama ada dalam simpanan Gani Patail atau salinannya turut ada pada Muhyiddin.

Tetapi, sebelum Zahid mahu meminta Muhyiddin menunjukkan bukti, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional juga sepatutnya sedar mengenai wujudnya Akta Bank dan Institusi Kewangan atau BAFIA yang menghalang maklumat perbankan seseorang didedahkan kepada umum.

Jika Muhyiddin mendedahkannya, belum pun kebenarannya dakwaanya itu disiasat, sudah pasti kesalahannya dibawah BAFIA akan diambil tindakan terlebih dahulu.

Maknanya, jika pun Muhyiddin mendedahkan bukti tersebut sebagai memenuhi permintaan Zahid, ia tidak memberi makna apa-apa kepada kebenaran yang ingin diketahui.

Sesuai sebagaimana kata Muhyiddin semalam bahawa maklumat mengenai wang RM1,000 juta itu ditunjukkan sendiri oleh Gani Patail kepadanya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan ialah Najib sendiri seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka itu.

Hanya dengan keberanian Najib menyaman Muhyiddin dan Gani Patail saja, barulah kebenaran atau maklumat bank mengenai wang RM1,000 juta itu dapat didedahkan serta diketahui kebenarannya.

Soalnya, beranikah Najib?

Jika Najib tidak berani, apa kata Zahid sendiri atau mana-mana penyokongnya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Gani Patail berkaitan kebenaran dakwaan wang RM1,000 juta itu.

Mana tahu, ia juga boleh menjadi laluan lebih cepat untuk Zahid menjadi Perdana Menteri mengggantikan tempat Najib?


Mengapa perlu berhabisan di luar negara?

Posted: 29 Aug 2016 04:47 PM PDT

Josiah Ng 


Mengapakah seseorang atlet perlu berlatih di luar negara? Adakah kita benar-benar perlu membelanjakan jutaan ringgit wang kerajaan untuk melahirkan atlet kelas dunia? Adakah Malaysia kekurangan kemudahan latihan asas?

Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu dihantar berlatih atau meyertai pertandingan di luar negara perlu untuk atlet bagi kebanyakan sukan. Kecuali badminton.

Malahan pasukan terjun kita berpangkalan di China untuk beberapa tempoh dalam setahun.

Untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia anda perlu meletakkan mereka dalam persekitaran pasukan sokongan berdaya saing serta persaingan yang akan mendorong mereka ke tahap baru.

Apabila saya memilih untuk menempatkan semula pangkalan latihan skuad elit kebangsaan 10 tahun lalu, saya memilih Australia berdasarkan 4 sebab:

1. Bakat - Di sana ada jurulatih, pelatih, ahli psikologi dan saintis sukan bertaraf dunia.

2. Pertandingan dan pesaing - Di Australia ada banyak pesaing dan pertandingan bertaraf dunia diadakan sepanjang tahun. Ia adalah satu daripada empat negara utama untuk sukan berbasikal trek. Tiga negara lain ialah Britain, Perancis dan Jerman.

3. Jarak yang berhampiran dengan Malaysia - Penerbangan terus memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.

4. Kesesuaian lokasi - Menurut Wikipedia, Australia mempunyai 59 velodrom dengan Victoria saja mempunyai 21 velodrom. Melbourne adalah satu-satunya bandar raya di dunia memiliki dua velodrom bertaraf dunia! Untuk perbandingan, Malaysia mempunyai dua velodrom dan salah satu daripadanya tidak digunakan sejak beberapa tahun lalu, manakala satu lagi adalah velodrom terbuka dan aktiviti latihan tertakluk kepada keadaan cuaca.

Lakukan kajian ke atas setiap atlet dari dua sukan berprestasi tinggi - olahraga dan renang - anda akan dapati ramai daripada kalangan mereka berpangkalan di AS. Mengapa?

Sebab di sanalah wujudnya ekosistem untuk kedua-dua sukan berkenaan. NCAA (National Collegiate Athletic Association yang memayungi 1,281 institusi, pertubuhan dan individu berkaitan sukan di AS) menjadi tempat atlet memperoleh biasiswa tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Pelumba basikal kita Azizulhasni Awang kini sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Victoria di Melbourne.

Pentadbiran di situ memberi sokongan penuh dan bekerjasama dengan jadual latihan dan pertandinganya. Justeru dia dapat mengimbangi antara pengajian dan sukan.

Perbelanjaan tinggi

Menempatkan atlet di luar negara memerlukan perbelanjaan besar. Kerajaan kita boleh dianggarkan membelanjakan AS$100,000 setahun untuk seorang atlet bagi kemudahan penginapan, makanan, latihan dan pakar perunding.

Hanya atlet kelas dunia yang konsisten diberi peluang untuk menikmati bantuan kewangan itu. Bakat baru diberi peluang antara satu hingga tiga bulan pada sesuatu masa.

Sebagai perbandingan kos untuk menampung atlet di peringkat dalam negara adalah 20 hingga 30 peratus (lebih rendah).

Bolehkah kita menempatkan pasukan elit kebangsaan (dalam negara) tetapi masih mendapat keputusan yang sama?

Dalam sukan berbasikal trek untuk tempoh 10 tahun lalu, saya terpaksa menjawab "tidak".

Pertama, ketika ini tiada sebarang litar kayu 250 meter tertutup di Malaysia, malah di Asia Tenggara.
Kemudahan diakui dunia paling dekat berada di Perth, Australia yang memerlukan penerbangan selama empat jam dari Kuala Lumpur.

Amat penting untuk seseorang atlet berlatih di atas kemudahan (trek) yang sama seperti semasa mereka bertanding.

Bagaimana jika dibina trek tertutup 250 meter di Malaysia? Adalah selepas itu kita boleh melatih atlet di dalam negara dan mencapai keputusan sama atau lebih baik berbanding pelatih ditempatkan di luar negara?

Ia mungkin lebih berdaya maju. Tetapi anda masih perlukan kakitangan bertaraf dunia serta kekerapan pertandingan.

Kini kita memberi pendedahan antarabangsa kepada kakitangan tempatan serta peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran.

Saya sudah nampak hasilnya. Di Rio de Janeiro sejumlah kakitangan teras kita adalah rakyat Malaysia. Mereka melakukan tugas dengan cemerlang dan wajar diberi banyak pujian dengan kejayaan memperoleh pingat gangsa.

Malah sejumlah jurulatih - sebahagian daripada mereka adalah rakan sepasukan saya - begitu cemerlang. Mereka bertanggungjawab untuk projek pembangunan bakat-bakat baru.

Saya percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan mempunyai bakat sukan 100 peratus dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

#MalaysiaBoleh

JOSIAH NG bekas atlet berbasikal negara dan salah seorang pelumba profesional dikenali di peringkat dunia. Dia bersara pada 2015 ketika berusia 35 tahun.

Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan

Posted: 29 Aug 2016 04:38 PM PDT

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas berharap agar formula satu lawan satu dapat dilaksanakan menjelang PRU akan datang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan dalam bentuk persefahaman secara tak rasmi perlu dibentuk bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat dicapai.

"Sebab itu kami (Pas) di Kelantan masih berurusan dgn PKR dan kita juga merupakan sebahagian dari kerajaan di Selangor,"katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Politik Malaysia: "Di Manakah Melayu?" yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Fadhli berkata, dalam PRU akan datang, Pas harus dilihat sebagai sebuah parti yang sesuai untuk menggantikan Umno memandangkan ia bukannya berjuang hanya untuk orang Melayu sahaja.

Sebagi contoh, beliau memaklumkan bahawa Pas turut meletakkan calon daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) untuk bertanding dalam PRN Sarawak yang lalu.

"Walaupun pada hakikatnya Pas mengalami kemerosotan dari aspek undi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu, namun dalam PRK Romping peratusan undi yang diperoleh Umno jauh lebih merosot dari Pas,"katanya

Dalam pada itu, Fadhli memaklumkan bahawa parti itu turut memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam usaha bagi mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak.

"Bila Pengerusi Penaja Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan baru-baru ini, kita menghulurkan salam secara tak rasmi dengan membenarkan mereka menggunakan Stadium Ketereh.

"Maknanya, inilah persefahaman yang akan dibentuk menjelang PRU akan datang dan satu lawan satu itu perlu,"katanya.


Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'

Posted: 29 Aug 2016 04:33 PM PDT


Umno
Umno


SHAH ALAM - Perubahan terhadap orang Melayu akan berlaku sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya.

Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sebagai contoh seperti berlaku di Jepun , Parti Demokratik Liberal (LDP) yang sekian lama memerintah negara itu tumbang dalam pilihan raya, dan kesan daripada itu berlakunya satu perubahan besar terhadap rakyat di Jepun.

"Apa yang terbaik yang akan berlaku pada Pemuda Umno dan orang Melayu di Malaysia adalah jika Umno kalah...pemerintahan LDP penuh dengan rasuah, teruk sangat jatuh sekali orang muda dalam parti itu boleh dinaikkan, mereka yang korup tinggalkan parti itu.

"Dalam masa tersebut pilihan raya seterusnya menang melalui demokrasi yang betul, tetapi kita perlu jatuh dahulu sebelum kita boleh pergi ke hadapan," katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul 'Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?', di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

LDP merupakan parti tunggal memerintah Jepun selama lima dekad, LDP akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos 2009.

LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.

Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Wacana dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata,jika pembangkang hendak memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu adakan permuafakatan politik yang baharu.

"Saya percaya jika kita dapat wujudkan pakatan tersebut, kerana kita hanya perlu ada 4 hingga 8 peratus pengundi Melayu untuk pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, tetapi untuk itu berlaku perlu wujudnya satu lawan satu, jadi saya percaya wujudkan akan politik yang baharu," katanya.