Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 4:08 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Flash Mob 'Tangkap MO1" bersama DS Nizar

Posted: 19 Aug 2016 06:18 PM PDT

 DS Nizar bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat ketika 
Flash Mob di Pasar Malam Pekan Razaki Ipoh.
  Petang kelmarin, Pemuda Amanah Gopeng, yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Saudara Kamarul Afendi telah menganjurkan flash mob di sekitar Pasar Malam Pekan Razaki, Ipoh.

  DS Nizar dan kumpulan pemuda Amanah itu telah menjelaskan kepada pengunjung pasar malam di situ mengenai isu berkaitan 1MDB dan kaitannya dengan Malaysian Official One sebagaimana yang telah didedahkan oleh DoJ Amerika Syarikat.
   
 Selepas mengadakan flash mob sebentar, kumpulan pemuda tersebut telah mengedarkan risalah memaklumkan dan mengajak orang ramai  untuk bersama pada perhimpunan aman 'Tangkap MO1" yang akan diadakan pada 27 Ogos 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

 Pemuda Amanah akan menggerakkan seluruh jentera sebagai tanda solidariti terhadap perhimpunan aman '#TangkapMalaysianOfficial1' yang dianjurkan oleh sekumpulan belia yang memperkenalkan diri mereka sebagai "Gabungan #TangkapMO1"

Cucu Tok Selampit

0

Posted by Unknown | Posted on 2:01 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Usaha Tangkap MO1 Hanya Tak Sampai 10 Orang

Posted: 20 Aug 2016 07:37 AM PDT

Kesian sebenarnya melihat pelajar-pelajar UiTM Seri Iskandar petang tadi apabila hendak menjadi jaguhan membuat demontrasi untuk menangkap MO1. Dengan sambutan hambar dengan kehadiran hanya beberapa orang pelajar, demonstrasi berkenaan hanyalah pentas budak-budak hingusan yang kekurangan kasih sayang. 

Siapa MO1? Sedangkan ahli politikpun tidak berani menuduh secara terbuka, inikan pula budak himgusan. Emak bapa di kampung menaruh harapan tinggi menyuruh datang belajar tetapi mereka ini gila hendak berdemonstrasi. Sekarang tanggunglah akibatnya digari oleh polis bantuan kerana melawan.

Kerajaan berbelanja berbillion ringgit untuk memastikan pelajar-pelajar bumiputera dapat meneruskan pelajaran di UiTM berbanding dengan universiti awam yang lain. Sekiranya mereka ini tidak berminat untuk belajar, seharusnya pihak universiti tidak teragak-agak untuk menghantar mereka pulang. Berilah peluang kepada anak-anak muda yang lain yang ingin merubah hidup mereka.


"BERANI KERANA BENAR!"

0

Posted by Unknown | Posted on 12:27 PTG | Posted in

sumber :-

"BERANI KERANA BENAR!"


Bahaya lambakan produk ubat ajaib di pasaran

Posted: 19 Aug 2016 07:37 PM PDT

Oleh PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN
PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN

 BAGAIMANA agaknya sesuatu produk ubat itu menjadi pilihan untuk merawat sesuatu penyakit?

Mengapa pula kadang-kadang kita dapati seseorang doktor yang merawat akan cenderung memberi atau mengesyorkan sesuatu ubat berbanding ubat lain? Mengapa pula tidak ada doktor yang merawat pesakit kencing manis menggunakan sekadar produk-produk herba atau air berjenama yang didakwa berpotensi menyembuhkan?

Dalam kesihatan dan perubatan, terdapat tiga jenis produk yang berbeza namun sering dianggap sama oleh kebanyakan individu dalam masyarakat.

 Yang pertama, adalah produk yang diambil untuk mengekalkan seseorang sihat dan yang kedua, produk yang berupaya menyembuhkan dan yang ketiga, produk yang digunakan untuk merawat penyakit kronik.

Ketiga-tiga produk berkenaan tidak sama dari segi tindakan di dalam tubuh, dos yang diperlukan serta cara ia dikumuhkan dari badan. Ia juga tidak sama apabila disetarakan dari aspek kesan terhadap pe­nyembuhan sesuatu penyakit.

Salah faham yang sering timbul adalah apabila sesuatu produk yang hanya mengandungi zat dan mineral tambahan serta kandungan aktif bahan tertentu (yang tidak sampai ke paras terapeutik) dianggap sebagai ganti ubat-ubatan yang telah dikenalpasti sebagai ubat yang me­nyembuhkan sesuatu penyakit atau yang digunakan untuk me­rawat penyakit kronik.

Produk dari herba contohnya, biasanya disaring serta diperhatikan kesan tertentu yang berlaku melalui kajian makmal dan haiwan. Sebagai contoh, ia mungkin mengandungi bahan yang berperanan mengawal tekanan darah. Namun kajian peringkat itu sahaja tidak cukup menjadi bukti ia mampu menggantikan ubat kencing manis seperti glibencalamide, metformin, insulin dan beberapa ubat mengawal paras gula darah yang lain! Ia mungkin boleh membantu semasa seseorang yang sihat yang berusaha mengelakkan penyakit kencing manis, namun tidak cukup untuk mengawal mereka yang sudah disahkan berpenyakit seperti darah tinggi atau kencing manis.

Sesuatu produk yang berupaya menyembuhkan penyakit dalam kalangan manusia melalui pe­ringkat penyelidikan yang sangat ketat. Kajian tersebut dinamakan kajian rawak klinikal yang juga memperuntukkan kumpulan kawalan sebagai perbandingan.

Kajian tersebut yang bermula dari mengenal pasti bahan aktif yang berpotensi menyembuhkan sesuatu penyakit, ditapis dan di­saring serta melalui proses kimia agar ia sesuai digunakan dalam sistem tubuh. Kemudiannya diuji dalam sel-sel kultur dalam makmal sebelum diuji pula dalam populasi haiwan makmal dalam tempoh tertentu.

Fasa berikutnya adalah me­ngenal pasti kesemua kesan sampi­ngan bahan tersebut pada haiwan serta dokumentasi paras dos yang dikenalpasti paling tepat untuk digunakan secara selamat serta paras dos yang dikenalpasti boleh menyebabkan kesan toksik.

Selepas melepasi fasa di pe­ringkat haiwan makmal, bahan berkenaan kemudiannya diuji dalam populasi manusia iaitu para sukarelawan. Kesemua kesan sampingan atau tidak diingini terus didokumentasikan serta ditentukan dos-dos yang diperlukan. Peringkat seterusnya pula, bahan tersebut akan diuji pada skala yang lebih besar dalam pe­ringkat yang disebut ujian klinikal yang melibatkan beberapa hospital. Ini tidak terhenti setakat itu sahaja, namun terus diuji pada skala massa melibatkan negara-negara di pelbagai benua.

Selepas fasa-fasa itu disempurnakan, ujian statistik yang komprehensif akan menentukan sama ada bahan tersebut benar-benar terbukti berkesan. Kadang-kadang, ujian statistik membuktikan keberkesanan sesuatu produk namun terdapat kesan sampingan yang menunjukkan ia tidak selamat digunakan. Dalam kes seperti ini, bahan tersebut biasanya akan ditarik balik serta-merta dan diisytihar tidak selamat untuk kegunaan manusia.

Sama seperti penghasilan ubat-ubatan, penghasilan sesuatu vaksin juga melalui fasa sedemikian.

Keberkesanan vaksin bukanlah ditentukan melalui ucapan testimoni beberapa orang tetapi penglibatan penyelidikan klinikal komprehensif yang biasanya me­libatkan beberapa puluh hingga ratusan ribu responden atau pesakit. Ini juga meliputi luas kawasan yang menyeluruh merangkumi pelbagai peringkat umur, bangsa dan juga jantina.

Adalah tidak benar untuk mendakwa sesuatu produk berkesan hanya dengan merakamkan testimoni atau hujah dari mereka yang mendapat kesan positif dari penggunaan bahan berkenaan. Hujah testimoni hanya bersandarkan deskriptif tanpa analisis statistik adalah terdedah kepada bias, salah deduksi dan berpotensi menghasilkan kesimpulan yang tidak tepat.

Tanpa sesuatu ujian rawak klinikal yang ketat, mana mungkin ada produk sangat 'ajaib' yang boleh didakwa mampu menyembuhkan berpuluh penyakit kronik. Tidak mungkin juga ada produk yang diambil pada dos sangat rendah untuk tujuan supplemen berupaya menggantikan ubat yang digunakan untuk me­rawat penyakit tersebut. Tidak mungkin air suling yang ditambah ion positif serta dialkalikan namun tidak mengandungi sebarang bahan aktif mampu me­nyembuhkan penyakit angin ahmar, kanser dan sebagainya.

Kuasa menyembuhkan milik ­Allah SWT. Tidak ada yang mustahil untuk berlakunya keajaiban apabila ia diizinkan berlaku oleh-Nya. Namun membohongi masyarakat dengan menjual produk-produk tanpa asas penyelidikan saintifik yang benar adalah pengkhianatan terhadap akal, ilmu dan kehormatan diri sesama insan.

PENULIS ialah Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/ Biostatistik), Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Masjid purba ditemukan

Posted: 19 Aug 2016 07:28 PM PDT

RIYADH  - Pakar arkeologi yang menjalankan kerja-kerja penggalian di tapak sejarah di sekitar wilayah al-Kharj, tengah Arab Saudi menemukan sebuah masjid purba yang dipercayai dibina sejak zaman awal Islam.

Arab News melaporkan, masjid yang terletak di al-Yamamah, dipercayai yang terbesar pada zaman itu dan ketiga terbesar yang pernah dibina di Semenanjung Arab selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Masjid tersebut dipercayai dibina pada abad pertama hingga kelima selepas tahun Hijrah.

Projek penggalian di tapak purba itu dijalankan oleh 18 orang sarjana dan pakar arkeologi dari Arab Saudi serta Perancis sejak September 2011.

Selain al-Yamamah, misi pe­nerokaan dan penyelidikan itu turut merangkumi kawasan al-Bina serta lima lagi tapak pe­nemuan di sepanjang Wadi Nisah.

Lebih menarik, pasukan penyelidik itu juga berjaya me­nemukan sebuah tapak lama yang dipercayai wujud sejak Zaman Batu yang sememangnya dikenali kerana kaya dengan ele­men budaya dan warisan penduduk Saudi.

Antara yang ditemukan termasuk barangan yang diperbuat daripada tanah liat, objek kaca dan gelang yang dihasilkan daripada tanah liat pelbagai warna.

Sementara itu, di Ain al-Dale'a, bahagian barat al-Kharj, beberapa unit kediaman yang dikatakan berusia sekitar 5,000 tahun telah ditemukan bersama besi serta pedang gangsa berukuran kira-kira 56 sentimeter panjang.

Penggalian yang dijalankan oleh kedua-dua buah negara itu dibuat menerusi satu perjanjian antara Suruhanjaya Saudi untuk Pelancongan dan Warisan Negara dan rakan sejawatnya di Perancis pada 21 September 2011.

Menerusi perjanjian itu, pa­sukan penyelidik dari Perancis diketuai oleh Dr. Jeremy Chitikat manakala Arab Saudi pula di­pimpin Dr. AbdulAziz Al-Hammad yang juga seorang profesor arkeologi dan warisan di Universiti Raja Saudi.

Menurut Dr. AbdulAziz, misi itu dipercayai pertama kali dibuat di Asia Barat dengan penyertaan ramai pakar serta penyelidik yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik.
Pengerusi Majlis Saudi untuk Pelancongan dan Warisan Kebangsaan, Putera Sultan bin Salman juga dikatakan menghargai usaha itu demi melindungi kha­zanah serta peninggalan sejarah negara yang tidak ternilai.

Sehati Sejiwa memanifestasi erti merdeka

Posted: 19 Aug 2016 07:12 PM PDT

PENA DR. SIVA 

Tarikh 31 Ogos 1957 akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Tatkala itu, penyerahan watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj oleh wakil Queen Elizabeth II iaitu Duke of Gloucester menandakan ber­akhir kedudukan Persekutuan Tanah Melayu di bawah naungan British, berundurnya Britain dari ta­nah air; hatta pemasyhuran Persekutuan Tanah Melayu bermula.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi lagu kebangsaan, Negaraku yang pertama kali bergema di sebuah negara merdeka diikuti laungan azan serta tembakan meriam. Ini juga membawa kepada berakhirnya kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British yang pada waktu itu ialah Sir Donald MacGillivray.

Kemerdekaan tanah air barang kali berbeza dengan beberapa buah negara yang bukan melalui pertumpahan darah. Ini tidak bermakna ia datang de­ngan mudah. Peristiwa yang berlaku sebelum membawa kepada kemerdekaan wajar diamati untuk memahami maksud mengapa ia sesuatu yang amat berharga. Memberi makna kepada pengertian ini akan membolehkan kita menyoal erti 'bebas', 'kedaulatan', 'adil', 'negara' dan 'merdeka'.

Ini semua merujuk kepada pemasyhuran kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman. Antaranya berbunyi; "Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan per­kenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai 31 Ogos 1957, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah SWT akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."

Sepanjang 59 tahun Malaysia sudah berubah wajah. Warisan kepimpinan yang bertanggungjawab kepada hala tuju masa depan negara memastikan dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kebebasan dan keadilan terpimpin tidak dikompromi agar rakyatnya hidup muhibah, aman dan sentosa. Pemasyhuran merdeka menjadi asas perjalanan pembentukan negara-bangsa ini yang ada zaman ke­gemilangan, kemerosotan dan pasang-surutnya tetapi tidak sama sekali menjadi penyebab kemunduran malahan perjalanan penuh liku dilalui bersama atas 'prinsip ke­negaraan dan warganegara' merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-59 tahun ini. Adakah ini satu rutin tahunan yang disambut secara berkala atau sebenarnya diraikan setiap hari tanpa kita sedari?

Jati diri yang dibina oleh setiap individu baik seorang guru, kerani pejabat, pembersih bangunan, peguam, kontraktor, pegawai agensi kerajaan dan swasta, pensyarah, pemandu, doktor, pelayan kedai, wartawan, pemilik warung dan restoran, atlet dan ahli sukan, imam masjid, paderi, sami tokong, jurujual, petugas teknikal, jururawat, pentadbir atasan agensi dan bermacam lagi; kesemuanya warga Malaysia yang menyumbang kepada kebaikan pembangunan negara.

Sumbangan itu juga bersifat patriotik kerana tidak mengira kelas perjawatan mahupun kedudukan dalam strata masyarakat. Masing-masing sumbangannya besar kepada negara ini baik seorang yang berada di Gred 11, 19, 29, 41, 52, 54 mahupun Jusa A, B dan C dalam agensi kerajaan. Grednya berbeza kerana pangkat tetapi patriotisme merentasi latar tersebut kerana jika berjiwa Malaysia; grednya adalah luar biasa dan istimewa. Aspira­sinya menyemarakkan semangat menghormati jata negara, bendera Malaysia, lagu Negaraku dan bunga raya dengan diikat panji Perlembagaan dan Rukun Negara.

Kesemua kita mempunyai peranan yang sama ke atas pembangunan negara ini kerana yang menjaga, membangun dan memeliharanya juga adalah tanggungjawab bersama.

Pemasyhuran merdeka dibuat atas prinsip untuk kesemua warga Malaysia hidup aman, sentosa dan muhibah walaupun rencam dari segi agama, etnik, ritual dan berbeza pegangan politik sekalipun tetapi kita mesti 'bersama' dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Sumbangan masing-masing dalam apa bentuk sekali pun de­ngan penuh kejujuran dan keikhlasan adalah patriotik kerana mahu melihat anak bangsa ini maju, hebat dan membesar tanpa diperlekehkan oleh yang lain. Keluarga besar inilah 'sehati, sejiwa' di belakangnya; manifestasi ke atas pemasyhuran kemerdekaan 1957.

Pengisian kemerdekaan diwarnai dengan kewibawaan pemim­pin, kepemimpinan dan masyarakat yang dipimpin. Kese­tiaan kepada negara mendasari pencapaian hari ini. Ramai pembesar dan pejuang bangsa dan negara terkorban sebelum run­dingan kemerdekaan bermula termasuk juga pengalaman di zaman penjajahan. Wira ini menzahirkan pembentukan negara yang pelbagai; ada nilai pengorbanan dan kompromi diliputi sulaman nilai hormat, faham, menerima serta budi yang tinggi. Generasi hari ini wajar menghargai sumbangan ini kerana kita tidak akan bebas tanpa pengorbanan dan kesetiaan mereka.

Sebenarnya, yang mahu dilahirkan dalam proses pengisian kemerdekaan berdasarkan pemasyhuran 1957 adalah 'masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama' iaitu negara yang maju dengan pelbagai prasarana moden seiring peredaran zaman dengan dihuni oleh masyarakat berilmu, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Masing-masing mesti bersedia 'Bela Negara' dalam apa jua keadaan demi kedaulatan negara-bangsa ini.

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-59!

PROF. DR. P. SIVAMURUGAN ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

WarkahDaily Online

0

Posted by Unknown | Posted on 2:04 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Lebih 60 NGO's lakar sejarah berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu

Posted: 19 Aug 2016 09:19 PM PDT

Buat julung kalinya, lebih 60 NGO's yang bergerak dalam pelbagai kluster dan mewakili pelbagai kelompok masyarakat berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu bagi membincangkan dan mencari solusi terhadap isu-isu rakyat di negeri cantik budaya menarik ini.

Turut hadir pada pagi ini, Pengerusi Kongres Rakyat Nasional, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid, Speaker Kongres Rakyat Nasional, Mustafa Kamil Ayub, Penasihat Kongres Rakyat YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu Dato' Haji Mustafa Ali, Pengerusi Mapit, Dato Haji Hussain Awang yang juga merupakan bekas speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kongres akan dikendalikan oleh Tuan Wan Zainudin Wan Musa selaku Speaker. Seorang peguam kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu yang pernah menjadi panel Penggubal Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

Kehadiran luar jangka dengan hadirin yang melimpah sehingga keluar dewan menggambarkan bagaimana keprihatinan rakyat Terengganu terhadap isu-isu rakyat walaupun pada hari ini juga PM bertamu di negeri Terengganu.

Buletin Online

Terlalu hampir gapai emas

Posted: 19 Aug 2016 09:03 PM PDT

Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sudah terlalu hampir menggapai emas, hanya untuk kesudahannya terhalang oleh dua kali dius, dua servis terkandas dan dua mata pemisah dalam final acara beregu badminton lelaki temasya Rio 2016.

Mereka tewas 21-16, 11-21, 21-23 kepada pasangan China, Fu Haifeng-Zhang Nan, untuk mengulangi pencapaian pingat perak pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock dalam temasya Atlanta 1996.

Namun, mereka tetap menyumbang pingat perak ketiga negara -- pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya Olimpik -- pada ketika penyertaan mereka kali ini tidak pun disasarkan pingat.

Pada awal saingan, V Shem-Tan Wee Kiong bijak mencari segenap ruang gelanggang untuk menamatkan set pertama 21-16 dengan menyerlahkan keyakinan tinggi.

Ketika keyakinan Fu Haifeng-Zhang Nan seakan-akan goyah, sebaliknya V Shem-Wee Kiong bergelut untuk menjelmakan ketenangan seperti mana dalam set pertama, apabila kerap memberi mata mudah kepada lawan.

Selepas mendahului selesa 6-1, barulah beregu nombor empat dunia itu membenarkan mata berganjak buat V Shem-Wee Kiong.

Selesa dengan kedudukan itu, ia terus menyuntik semangat Haifeng-Zhang Nan untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 11-21.

Dalam set penentuan, pasangan Malaysia mengamalkan pendekatan berbeza dengan memungut beberapa mata menerusi aksi agresif dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 12-12 sungguhpun Haifeng-Zhang Nan dari awal memimpin permainan.

Buat pertama kalinya, V Shem-Wee Kiong kembali di depan di kedudukan mata 18.
Bagaimanapun, kegopohan dan dua servis pendek membenarkan lawan menamatkan pertarungan selama sejam 10 minit itu dengan keputusan 21-23.

"Saya rasa bangga dapat pingat perak untuk diri sendiri dan Malaysia," kata Wee Kiong.

"Bagai mimpi menjadi kenyataan. Macam tak percaya," sambung V Shem pula.

Mengulas permainan mereka, Wee Kiong berkata, "Memang semasa set kedua, kawalan perasaan kami agak kurang. Kami cuba memberi tentangan tapi tak boleh buat apa. Sudah kalah.

"Ini persembahan terbaik daripada saya. Olimpik ini banyak beri saya keyakinan."

Seperti pasangannya, V Shem turut berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi dan harus memberikan mereka semangat baru dalam kerjaya.

"Keputusan ini akan terpahat dalam sejarah, Kami berasa puas dan bangga. Ia juga satu motivasi untuk kami untuk terus berjuang lagi.

"Terima kasih di atas sokongan anda semua, kami telah melakukan yang terbaik, ini untuk Malaysia."

Astro Arena

Regu lelaki negara rangkul perak Olimpik Rio

Posted: 19 Aug 2016 08:37 PM PDT

Pasangan regu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila mereka dikalahkan pasangan regu nombor empat dunia dari China, Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 21-23.

Goh V Shem & Tan Wee Kiong mempamerkan permainan baik di set pertama apabila menang 21-16. Pasangan China bangkit dan menang 11-21 di set kedua. Namun di set ketiga, Goh dan Tan tidak berjaya mengekang kebangkitan pasangan dari China apabila mereka kalah 21-23.

Acara badminton mula dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992. Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 1996 melalui pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock di mana mereka memenangi pingat perak. Kini Goh dan Tan mengulangi pencapaian yang sama 20 tahun kemudian.

Acara badminton kini menyumbang dua pingat perak; beregu lelaki dan regu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Dato' Lee Chong Wei bakal beraksi esok untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu lagi pingat perak untuk negara.

Ini merupakan pencapaian terbaik skuad Olimpik negara sepanjang kejohanan Olimpik berlangsung.

Tahniah Goh V Shem & Tan Wee Kiong. Anda sudah cuba yang terbaik.Kami tetap berbangga dengan pencapaian ini!

The Vocket

Chong Wei benam Lin Dan, mara ke final Olimpik Rio

Posted: 19 Aug 2016 06:47 PM PDT

Perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik Rio selepas mengalahkan seteru ketatnya, Lin Dan, dalam aksi amat mendebarkan, malam tadi.

Hampir sahaja air mata jaguh badminton negara itu bercucuran selepas berjaya mengalahkan musuh tradisinya itu 15-21, 21-11, 22-20 dalam pertarungan hampir 80 minit.

Lebih manis, kemenangan Chong Wei itu menebus kekalahannya kepada lawan yang sama dalam final temasya Beijing 2008 dan London 2012.

Berakhirlah sudah tempoh kekuasaan Lin Dan bagi tempoh dua temasya Olimpik berturut-turut, dengan final malam esok di antara Chong Wei dan Chen Long -- yang menundukkan Viktor Axelsen dalam satu lagi separuh akhir -- akan menabalkan seorang juara baru.

Namun, sebelum itu, dalam perlawanan separuh akhir ini, Lin Dan sentiasa memastikan dia mendahului jurang mata kepada angka enam di dalam set pertama itu.

Namun, Chong Wei yang tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan, kembali bangkit dalam set kedua dengan mendahului selesa 5-0 sebelum mengheret permainan ke set penentuan.

"Set pertama Lin Dan bermain pantas, saya cuba ikut rentaknya. Banyak bulu tangkis terlepas daripada saya, saya memang tak sukakannya.

"Saya memang banyak buat kesilapan mudah.

"Untuk set kedua, saya rasa dia akan berputus asa kerana saya jauh mendahuluinya. Saya tahu dia akan buang permainan kedua itu dan mencuba untuk permainan ketiga," katanya sejurus perlawanan berakhir.

Dalam set penentuan itu, Chong Wei dan Lin Dan sentiasa membuatkan peminat berdebar menanti kesudahan pertarungan mereka buat kali ketiga dalam Olimpik apabila dipisahkan dengan satu mata sahaja.

Pada pnghujungnya, Chong Wei membenarkan Lin Dan menyamakan kedudukan 20-20 biarpun satu ketika pemain negara itu sudah mendahului 20-17.

"Masa set ketiga, peluang 50-50.

"Ketika keputusan 12-13, saya tidak mahu mengulangi (kesilapan) Olimpik London. Saya fikir tiada apa yang rugi. kalau kalah...kalahlah. Saya kena cuba yang terbaik," jelasnya.

Chong Wei juga mengakui tidak menyangka bahawa dia akan kembali bangkit untuk merealisasikan impiannya untuk memburu pingat emas Olimpik.

"Saya tak pernah sangka akan masuk ke final dan mendapat gelaran pemain nombor satu dunia semula," katanya menyorot penggantungannya gara-gara kesalahan doping.

"Saya akan cuba esok lagi."

Menyusuli kemenangan separuh akhir Chong Wei, giliran Chen Long pula menyelamatkan maruah China dengan kemenangan straight set 21-14, 21-15 ke atas Axelsen.

Stadium Astro

Kelab Greenboc

0

Posted by Unknown | Posted on 1:50 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


AMANAH Selar Kenyataan Nik Amar

Posted: 19 Aug 2016 07:23 PM PDT

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.


"Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana," katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

"Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu."

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik.

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46.

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik."

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku. "Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo," katanya kepada FMT.

"Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang.

"Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang."

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu "petanda yang dialu-alukan". -FMT


"Kamu Ingat Kamu Siapa?" – Amanah Kepada PAS

PAS tidak ada hak untuk mengarahkan mana-mana parti untuk tidak bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ia adalah hak parti masing-masing, kata Pengarah komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

"Dia boleh cakap apa yang dia nak tapi itu bukan hak dia, orang lain nak bertanding dia kena hadapi. nak bertanding 1 lawan 1 masing-masing boleh buat kenyataan.

"Kamu ingat kamu siapa?" soalnya kepada BNBBC.my portal.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Mohd Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang BN pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

Namun Khalid berkata yang PAN bagaimanapun akan tetap bertanding di negeri tersebut serta negeri-negeri yang lain berdasarkan perundingan yang akan dibuat bersama PKR dan DAP.

"AMANAH akan bertanding di seluruh negeri, tentang kerusi akan dibincang dengan rakan-rakan yang sanggup bincang dengan runding dengan kita, tapi PAS kan taknak berunding.

"Kenapa nak dengar cakap PAS? kita bukan satu 'team'," tambahnya.

Khalid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang PAS tidak sepatutnya berada dalam dunia politik jika tidak mempunyai 'kebijaksanaan' dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"PAS ni pelik punya pemikiran, sepatutnya kita perlu ada kerjasama, ada perundingan dengan mana- mana pihak, takkan PAS tak faham lagi benda macam tu, benda ni asas, kalau tak pandai berunding jangan masuk politik sebab politik perlu bijaksana, perlukan perundingan dan perbincangan," ujarnya. – BNBBC




ULASAN GB

Self-explanatory. GB tak payah ulas apa-apa lagi tentang kenyataan Nik Amar baru-baru ini. Cukuplah dengan jawapan dua pemimpin AMANAH di atas.


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 12:29 PG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Abu Dhabi akui Khadem Al Qudaisi cilok duit 1MDB?

Posted: 19 Aug 2016 02:07 AM PDT


1MDB dan syarikat Abu Dhabi, IPC sedang melalui proses arbitrasi akibat tindakan pengurusan IPIC/Aabar mengarahkan 1MDB mengalirkan dana ke syarikat yang sama nama dengan Aabar Investment PJS tapi berdaftar di BVI dan bukan milik IPIC/Aabar.

Dalam berita terbaru, Khadem Al Qudaisi dilaporkan WSJ dipercayai telah ditahan pihak berkuasa Abu Dhabi.

Baca di Mkini di http://m.malaysiakini.com/news/352877

Adakah mereka percaya Khadem bersalah melarikan dana ATAU ia kena mengena dengan Jho Loh dan Riza Aziz akan ke mahkamah Amerika atas permohinan membekukan aset?

Baca juga:

http://limsiansee.blogspot.my/2016/08/domestic-arrests-ipics-ex-md-khadem-al.html

Terkini: Baca

Kenapa boss Khadem tidak disaman Matthias, ditahan pihak berkuasa?