Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


"PERANG" TERBESAR ABAD INI

Posted: 18 Aug 2016 10:43 PM PDT

   
   
Mari rakyat Malaysia Kita beri sokongan penuh kepada Malaysia !

BANTUAN MENGURANG BEBAN PEMANDU TEKSI

Posted: 18 Aug 2016 08:12 PM PDT


PEMIMPIN CINA PEMBANGKANG TIDAK PATRIOTIK, SUKA CAMPURTANGAN ASING

Posted: 18 Aug 2016 02:03 PM PDT

Hasil carian imej untuk LIM LIP ENG DAP

Di kala kebanyakan negara menentang sekeras-kerasnya campur tangan kuasa asing khususnya dari kalangan kuasa-kuasa besar, pemimpin pembangkang walau bagaimanapun menyuarakan sebaliknya.

Kisah campur tangan asing yang dapat dilihat dalam lipatan sejarah, termasuk di dalam sejarah Malaysia sendiri seakan dilupakan hanya demi kepentingan politik sendiri.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng antara pemimpin pembangkang yang menyeru rakyat supaya berterima kasih kepada campurtangan asing, merujuk kepada kes sivil yang dibangkitkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam isu 1MDB.
Beliau turut mempersoal kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk mendakwa dan menghukum mereka yang bersalah.
Persoalanya, apakah yang terhasil daripada siasatan itu? Najib Razak di dalam penjara kah? Atau negara kini berada di dalam keadaan kucar-kacir kah kerana terdapatnya penamaan MO1?
Sebagai seorang ahli politik tindakan beliau ini, dilihat bukan sahaja mengundang marah, khususnya kalangan mereka yang tidak menyukai dan merestui campur tangan asing di dalam urusan negara, malah kini Lim Lip Eng boleh dilihat sebagai pengkhianat kerana merestui, selain mengagung-agungkan hakikat bahawa campur tangan asing itu merupakan suatu keperluan untuk menyelesaikan isu yang sering diulang-ulang siarannya.
Lihatlah lipatan sejarah. Lihatlah keadaan dunia kini.
Kesan campurtangan asing tidak akan ada pengakhiran yang baik. Iraq, Iran, Palestine, Afghanistan, Semenanjung Korea, Vietnam hanyalah beberapa contoh bagaimana campur tangan asing tidak perlu dialu-alukan walau dalam apa jua situasi.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Parti adalah mekanisme politik, bukan agama - Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Posted: 18 Aug 2016 05:04 AM PDT



Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia. Ustaz Abdul Ghani bersama Sheikh Yusof Qaradhawi ketika menghadiri mesyuarat Kesatuan Ulama Sedunia.
USTAZ ABDUL GHANI BIN SAMSUDIN berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Masjid Tanah, Sekolah Menengah Agama Al-Junaid, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Sekolah Menengah al Azhar (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang. Berkhidmat sebagai guru, penasihat agama UiTM, pensyarah dan ketua jabatan di Universiti Malaya (1980-2001), beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Insaniah (2011-2013). Beliau kini Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Sedunia (sejak 2010), Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia (sejak 2014) dan Penasihat MAPIM. Menghasil dan menterjemahkan lebih 10 buku antaranya karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Tafsir Al Munir oleh Dr. Wahbah al Zuhaili. Pernah bergiat aktif di dalam Abim, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pas, beliau kini menjawat Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (sejak 2015). Wawancara ini diterbitkan atas ihsan akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">
Sebagai parti Islam baru di persada politik negara, apa yang membezakan AMANAH dengan parti-parti Islam lain di negara ini?
Sejarah kemunculan Parti Amanah Negara memang sangat unik dan mendesak. Ia lahir dari krisis kelainan dan kepelbagaian pendekatan menangani masalah dan isu politik yang pelbagai dan rencam.
Ia terbit dari kesilapan pimpinan utama, pengaruh dan kecenderungan kedaerahan, persanggitan golongan profesional dengan golongan yang dianggap ulama tradisional kerana perbedaan pendekatan menyelesaikan masalah politik negara dan juga kerana tuntutan memperkukuh pakatan tahaluf parti-parti pembangkang demi mewujudkan posisi strategik yang lebih memihak kepada parti-parti pembangkng demi kelangsungan perjuangan menumpaskan kebatilan, kezaliman, kejahatan dan rasuah.
Meskipun parti ini dinafikan hak untuk menamakan dirinya dengan Islam namun ia adalah parti Islam yang progresif, prihatin dan peduli terhadap nasib rakyat, menampilkan gaya penyelesaian masalah politik negara dengan pendekatan yang bijaksana, bertahap, berlemah-lembut dan dengan kesabaran yang tinggi demi merealisasi konsep Islam sebagai "rahmatan lil 'Aalamin" (rahmat bagi sekalian alam).

Ini kerana barisan pemimpinnya bukan kalangan orang baru tetapi adalah dari kalangan profesional dan ulama yang menggerakkan parti sejarah (Pas) dan bertungkus lumus mendepani isu-isu yang di garap oleh parti berkenaan. Sebab itu dalam tempoh yang singkat dia dapat membentuk jentera dan cawangannya di seluruh negara malah dapat mengatasi pencapaian parti sejarah dalam salah satu dari dua kawasan pilihan raya yang ditandinginya; seperti di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Gandingan antara kepimpinan ilmuan profesional dan ulama yang berkaliber membentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan Islam masa kini dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing menjanjikan kemantapan strategi dan tindakan dalam memposisikan parti dan mengatasi isu-isu politik dalaman dan luaran.
Keilmuan dan pengalaman yang lama sebagai ilmuan agama, 17 tahun pengalaman sebagai pemimpin PUM, beberapa tahun sebagai Naib Presiden Pas, selain sekian lama menjawat jawatan penting di Pusat Islam, Penasihat Umum AMANAH Ust Ahmad Awang yang dibantu oleh saya, mempunyai kematangan dalam memberi pandu arah yang tepat - Insya Allah - terhadap hala tuju parti tanpa terpusing dan tidak tentu hala.
Barisan kepimpinan utama yang berilmu yang terdiri dari kalangan pemegang doktor falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda di samping mereka yang sudah lama berpengalaman dalam gerak kerja kepartian menjanjikan masa depan yang positif untuk AMANAH.
Apa yang membezakan parti ini dengan parti sejarah adalah ia sebagai satu komponen penting dalam Pakatan Harapan yang boleh menyatukan suara rakyat untuk menggantikan kerajaan yang korup dan merompak wang rakyat. Ia manifestasi istiqamah untuk terus memperjuangkan cita-cita wadah politik sebelumnya untuk terus menentang kezaliman, menerajui pemerintahan melalui kerjasama dan permuafakatan politik yang rasional, bertenggang-rasa serta dengan pendekatan merahmati semua kalangan masyarakat yang berbagai bangsa dan agama.
Apa pandangan ustaz tentang pendapat bahawa kewujudan parti Islam baru tidak membawa kebaikan tapi hanya memecahbelahkan ummah?
Apabila perjuangan Islam kehilangan posisi perjuangan yang strategik sehingga hilang harapan untuk memerintah dan mengambil alih kepimpinan politik negara dari tangan rejim yang korup menyebabkan rakyat akan kehilangan harapan untuk mencapai cita-citanya melalui tindakan mengundi parti sejarah berkenaan.
Ini bermakna wajib ada wadah atau parti Islam lain yang baru untuk mengambalikan perjuangan Islam pada posisinya yang kukuh dan berkemungkinan untuk menang melalui suatu tahaluf atau pakatan yang dipercayai oleh rakyat; yang mampu bertarung dan menggantikan BN.
Oleh kerana tidak mungkin BN dikalahkan melainkan melalui pakatan pembangkang, maka mewujudkan dan mengukuhkan semula kehadiran pakatan pembangkang adalah suatu kewajiban dan kemestian.
Sebab itu kehadiran AMANAH yang mewakili jalur Islam adalah suatu kemestian atau suatu yang wajib demi kemenangan cita-cita rakyat;  memandangkan parti Pas sudah kehilangan kredibiliti di kalangan pengundi bukan Melayu dam bukan Islam.
Di sini kita lihat kemunculan AMANAH adalah kehadiran yang memberi kekuatan kepada kesinambungan perjuangan Islam seperti yang dipimpin oleh Ust Fadzil Mohd Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab itu kita melihat perjuangan Pakatan Harapan semakin mendapat sambutan dan semakin mantap dan padu akhir-akhir ini.
Dari satu sudut ia merupakan suatu wadah parti Islam baru yang progresif menjadi  ruang untuk segolongan besar pemimpin profesional dan ulama untuk meneruskan tugas mereka sebagai ahli parlimen atau Adun setelah mereka secara beramai-ramai ditolak dari parti sejarah. Ini selaras dengan kaedah usul Fiqh ialitu "Al Amrliza dhaqa ittasa",  "Al Masyaqqah tujlibu al taisir".
Segala kejadian di dunia ini umumnya adalah suatu yang ditakdirkan oleh Allah. Umat Islam diajar agar menerima takdir dengan rela dan optimistik. Oleh kerana kehadiran berbagai parti yang memperjuangkan Islam, itupun suatu yang dibenarkan dalam fiqh siasi masa kini, seperti yang dihuraikan oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dan lain-lain, maka kita melihat mungkin Allah mahu mewujudkan suatu fenomena baru dalam perjuangan Islam di mana kekuatan persepakatan di kalangan pembangkang akan lebih kemas dan utuh demi membawa kemenangan yang diharapkan oleh rakyat yang sekian lama tertindas oleh regim korup BN.
Kisah sejarah dan perjalanan hidup Nabi Allah Yusuf a.s. yang penuh ranjau penderitaan boleh menjadi rujukan dan pengamatan kita. Nabi Yusuf berhadapan dengan perjalanan takdir yang perit dan menyedihkan tetapi episod akhirnya adalah suatu kejayaan dan kemajuan untuk beliau sekeluarga bersama adik beradik yang dahulunya bertelagah dan bersengketa.
Takdir Allah sebenarnya penuh dengan kebijaksanaan. Tapi  menusia lumrahnya jahil buruk sangka serta sarat dengan prasangka.
Apa sebenarnya pandangan ulama kontemporari khususnya Dr Yusof al-Qaradhawi dalam soal kepelbagaian jamaah dan parti politik dalam negara umat Islam?
Dalam tulisan beliau bertajuk "Jadaliyatu Ta'addudil Ahzab" beliau menegaskan:
"Tiada terdapat apa-apa halangan syar'ie untuk wujudnya lebih dari satu parti politik dalam negara umat Islam. Kerana halangan syar'ie kalau ada mestilah dengan adanya nas yang mengarahkan demikian, namun tiada nas dalam hal ini.
"Sebaliknya kewujudan pelbagai dan berbilang parti ini mungkin menjadi suatu kemestian justeru ia menghalang sikap kuku besi individu atau kumpulan tertentu dalam masyarakat. Kerana tiada kumpulan lain yang berani menegur dan menentang sikap kuku besi berkenaan..."
Cuma menurut beliau untuk keabsahan kewujudan berbilang parti itu mestilah memenuhi dua syarat berikut:
1. Memperakukan Islam sebagai akidah dan syariah. Tidak memusuhi atau menafikan peranan Islam; meskipun parti berkenaan mempunyai kefahaman tertentu yang khusus dalam sesuatu isu dengan mendasarkan kepada kaedah dan dalil ilmiah yang diakui oleh syarak.
2. Parti berkenaan tidak berbuat untuk kepentingan pihak yang memusuhi Islam dan umatnya.
Perkembangan mutakhir dalam penulisan ulama muslimin muktabar menganggap bahawa sistem demokasi adalah mirip dengan konsep syura dalam Islam. Konsep dan sistem demokrasi sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah kepimpinan politik secara bertamadun dan damai melalui pilihan raya yang adil dan telus.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Bandar vs Politik Sorban

Posted: 18 Aug 2016 05:02 AM PDT

Politik Bandar vs Politik Sorban

Bila Tunku bawa merdeka
Riuh rendah alim ulama unjuk rasa
Kerna tali barut penjajah dan Lord Reid
Lalu Umno
Berpecah dua
Satu kot bush jacket
Satu sorban dan kurta
Lawan punya lawan
Dah lebih 55 tahun merdeka
Undi sorban
Undi pangkah kapal layar hingga dacing penimbang
Bulan bintang dan purnama
Penuh jugak roket
Selang seli pisau sabit masuk sekali
Akhirnya pulus mari
Sorban dan jubah berterbangan
Dunia semakin terbalik
Bila sang negarawan berpaling tadah
Sebermula Tunku dengan S46 bersama Kapten Husien
Kini mamak bendahara keturunan Poshtun Afghan
Mengamuk sakan
Dilibasnya anak Razak asal Pekan
Berdentam berdentum halilintar panah memanah
Sabung menyabung
Wayang pacak sedang tertayang
Antara lebai pondok
Lulusan penjajah sekuler
Pakar bedah pakar ekonomi
Kini sedang beradu kuasa
Negara ku
Tanahair ku
Bandaraya ku
Kampung ku
Semuanya sedang berubah
Dulu kais pagi makan petang
Kini memiliki kilang IPP
Atau saham luar negeri
Akibat mahu menguasai Putrajaya
Anak Cheruk Tok Kun
Terpenjara kerana buntut sang Saiful dan Azizan Bakar
Rakyat marhen sedang menunggu takdir Illahi
Apakah akan terjadi 2020 nanti
Nukilan rasa:
R. Ismail

Mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno?

Posted: 18 Aug 2016 05:00 AM PDT

Sejak kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa "hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu" kerana bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, semakin ramai rakyat tertanya-tanya setiap hari mengapa begitu ramai 'tolol' dalam kabinet dan Umno.
Apakah MP Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad sebegitu 'tolol' sehingga berhujah bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah "Malaysian Official 1".
Apa yang akan berlaku jika pemimpin pembangkang, sama ada dari PKR, DAP, AMANAH atau BERSATU yang sedang didaftarkan itu mengandaikan bahawa "MO1" adalah Yang di-Pertuan Agong?
Bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin telah membuat laporan polis terhadap Nawawi, menuntut siasatan polis untuk melindungi institusi diraja.
Adakah polis akan menyiasat Nawawi dan akan menerima alasan lesunya bahawa beliau tidak pernah bermaksud untuk membayangkan bahawa "MO1" adalah Yang di Pertuan Agong?
Jika alasan Nawawi adalah sah, mengapa timbul keperluan untuk dirinya menyunting posting di Facebooknya?
Individu seterusnya yang juga 'tolol' adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, yang berikrar akan bertindak ke atas individu yang dinamakan dalam saman DOJ tetapi hanya dengan syarat, terbukti wang milik dana pelaburan negara itu diselewengkan,
Ucaptama Low pada simposium mengenai tadbir urus anjura Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) menjadi bahan lawak kerana dalah terbukti bahawa kerajaan yang diwakilinya langsung tidak serius mengenai isu integriti dan tadbir urus yang baik apabila mengambil pendirian tidak bertanggungjawab berhubung saman DOJ itu.

Don’t practise gangster politics, Amanah tells PAS

Posted: 18 Aug 2016 04:51 AM PDT

Amanah Deputy President Salahuddin Ayub says the political scene has changed with new Opposition parties being formed and the formation of Pakatan Harapan.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_salahuddin_kel_6001
PETALING JAYA: Amanah Deputy President Salahuddin Ayub has slammed PAS Vice-President Mohd Amar Nik Abdullah for a statement he made regarding the contest for Kelantan come the 14th General Election (GE14).
According to a recent report by Bernama, Amar had said that if Opposition parties were serious about a one-on-one fight against Barisan Nasional (BN) in GE14, parties other than PAS and PKR should not be allowed to contest in Kelantan.
Salahuddin said Amar's statement showed the Islamist party was practising gangster politics.
"To me that is gangster politics. In politics it is only right that we study the strengths and weaknesses of each party before coming to a decision on who gets to contest where," he told FMT.
He added that PAS should not think that just because it had held a seat for a long time, it was sure to win.
"The political scene has changed. There wasn't a Pakatan Harapan and now there is. There are now new Opposition parties such as Bersatu."
He pointed out that although Bersatu was a new party, it did not mean that it was irrelevant to the political scene.
He reminded PAS that since 1990, it had never won in Kelantan on its own as previously it was backed by Pakatan Rakyat. In the 1990s, it had Semangat 46.
He noted that the party's previous wins could also be attributed to the leadership of the late Nik Aziz Nik Mat.
"PAS managed to win in Kelantan in 1990 because they had help from Semangat 46, Hamim and Berjasa. Cooperation is very important in politics."
Read More / Baca Lagi >>

Arena politik Malaysia makin 'sesak'

Posted: 18 Aug 2016 04:48 AM PDT

ARENA politik Malaysia menjadi semakin "sesak" berikutan kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) dan yang terkini, Parti ‎Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selain kemunculan perikatan baharu antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Persoalannya, mampukah parti-parti tersebut melakar kedudukan dalam senario politik Malaysia?
Bersatu, yang ditubuhkan pada awal bulan ini, diterajui oleh bekas pemimpin Umno manakala Amanah yang ditubuhkan pada September tahun lepas pula adalah parti serpihan Pas yang diketuai oleh bekas pemimpin parti itu.
Menariknya, Amanah bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk Pakatan Harapan manakala Pas membentuk pakatan dengan Ikatan yang dipanggil Gagasan Sejahtera.
Bolehkah mereka, suatu hari nanti, menjadi satu kuasa yang kuat dalam pakatan pembangkang, yang hakikatnya kini berpecah-belah?
Tidak ramai yang percaya bahawa parti-parti tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi satu kuasa politik yang disegani.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menyifatkan parti-parti baharu itu sebagai "acuan yang sama dalam gelas yang baharu".
"Mereka tidak boleh dianggap serius. Apa yang dapat dilihat adalah parti-parti ini hanya mencari peluang untuk memecah-belahkan lagi sokongan pengundi, tetapi tidak sampai ke tahap kuasa ketiga," katanya.
Beliau berkata dalam usaha untuk menjadi "Kuasa Ketiga", parti-parti baharu perlu menjadi "sesederhana mungkin" tetapi pemerhatian beliau mendapati, keadaan sebaliknya berlaku di mana objektif parti-parti tersebut lebih menjurus kepada keagamaan dan perkauman.
"Kami fikir Amanah boleh mengatasi para penyokong Pas dengan pendirian sederhana mereka.
"Namun, ternyata pakatan Amanah dengan DAP dan PKR tidak berjaya memujuk DAP untuk mengambil pendirian yang lebih sederhana. Sebaliknya, ia (DAP) menjadi lebih ekstrem sekarang," katanya.
Menyifatkan senario politik semasa sebagai "penuh kekeliruan", Ti berkata parti-parti dan pakatan baharu dilihat sebagai "boneka semata-mata", dengan Pas‎
menggunakan Ikatan untuk menarik pengundi; Pribumi menyasarkan kumpulan serpihan penyokong Umno; dan Amanah pula cuba mendapatkan penyokong Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Saman DOJ bawa tumpuan kepada Yayasan DiCaprio

Posted: 18 Aug 2016 04:44 AM PDT

Yayasan kebajikan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio kini di bawah penelitian selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucuthakan terhadap aset yang didakwa diseleweng dari 1MDB, lapor The Hollywood Reporter (THR).
"Menurut DOJ, sesetengah sumbangan derma tertentu oleh pemenang Oscar itu datang terus dari berbilion dolar yang diseleweng di Asia Tenggara," kata artikel versi dalam taliannya yang bertarikh 17 Ogos dengan tajuk 'Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation'.
THR berkata adalah tidak jelas jika DOJ akan juga merampas aset 1MDB yang berkaitan dengan derma oleh Yayasan DiCaprio Leonardo (LDF), kerana jabatan itu tidak mahu mengulas, selain menyatakan siasatan sedang dijalankan.
Namun menurut laporan itu, mereka difahamkan bahawa "badan amal bukannya tidak boleh disentuh dalam kes rampasan aset".

‘Parti liar DiCaprio dikaitkan dengan dana 1MDB’

Posted: 18 Aug 2016 04:41 AM PDT

Sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, yang terkenal dengan penganjuran parti liar.
"Parti serba bebas dan liar 'bacchanal' di mana para isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata di mana para pasangan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi," adalah bagaimana The Hollywood Reporter (THR) menghuraikan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu, berdasarkan mereka yang pernah menghadirinya.
Mungkin keterlaluan, tetapi 'bacchanal' boleh diterjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan ritual, keghairan agama dan teater .
Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.
Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin didermakan kepada yayasan kebajikan itu di dalam salah satu parti liar yang dianjurkan bagi mengutip derma dan menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang separuh bogel.
Ini, kata THR, adalah berdasarkan maklumat dalam pemfailan pelucutan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.
THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada 20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.

‘Pegawai baik’ tak semestinya tak rasuah - Transparency International

Posted: 18 Aug 2016 04:40 AM PDT

Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata ketua kementerian, jabatan dan agensi perlu mengesan tanda merah kakitangan.
akhbar satar
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai yang baik tidak bermakna dia tidak rasuah, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan kerana rasuah baru-baru, ialah seorang 'pegawai baik'.
Akhbar, yang berkhidmat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 18 tahun berkata rasuah ialah jenayah kompleks, dan hanya kerana seseorang itu pegawai yang baik, itu tidak bermakna mereka tidak terbabit dalam rasuah.
"Apa yang penting kepada ketua kementerian, jabatan dan agensi ialah untuk mengesan 'tanda merah' titik rasuah," katanya kepada wartawan selepas pelancaran bukunya, "Rasuah, Jenayah & Malaysia" di sini, hari ini.
Beliau berkata tanda merah itu termasuk kakitangan yang hidup mewah berbanding pendapatan, perubahan dalam gaya hidup, terlalu rapat dengan pelanggan atau pembekal, enggan mengambil cuti atau menolak kenaikan pangkat.
Akhbar berkata SPRM akan hanya menahan seseorang apabila mereka mempunyai bukti yang mencukupi.
"Apa yang terbaik ialah rakyat membiarkan SPRM melakukan kerja mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB TETAP YANG TERHEBAT, TAK PERLU BANDINGKAN DIRINYA DENGAN TUN M

Posted: 18 Aug 2016 04:36 AM PDT

Sudah beberapa kali Najib Razak mengkritik dasar atau pendekatan kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sambil membandingkan dengan apa yang dilakukannya sekarang. Tujuannya tidak lain ialah untuk menonjolkan dirinya lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

Ketika melancarkan sebuah model baru Proton tidak lama selepas Tun Mahathir berundur dari syarikat kereta nasional itu, Najib mengambil kesempatan menempelak kononnya sering berlaku campurtangan politik dalam syarikat tersebut, tetapi ia kini telah berakhir di era kepimpinannya.

Walaupun diketahui umum Tun Mahathir memandang jauh ke hadapan berkenaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan LRT, ERL, komuter, memperkenalkan sistem bas dan lain-lain, manakala Najib hanya melakukan sambungan saja, beliau tetap menyalahkan bekas Perdana Menteri itu atas dakwaan tidak menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun berkuasa selama 22 tahun.
Najib seolah-olah, dengan hanya pengenalan MRT yang dibawanya, mahu seluruh kebaikan dan pujian berkaitan pengangkutan awam sertus-peratus ditumpukan kepadanya seorang diri saja.

Apabila tambang ERL dari pusat bandar ke KLIA dinaikkan dari RM35 kepada RM55, Najib tidak melihat ia sebagai kegagalan pentadbirannya melakukan rundingan, tetapi lebih menyalahkan era kepimpinan Tun Mahathir yang memetrai perjanjian pada 1997 dahulu.

Najib juga  "masuk bakul angkat sendiri"  kepada masyarakat India dengan mengatakan sumbangan yang dilakukannya kepada komuniti itu lebih banyak berbanding Tun Mahathir.

Hari ini, sekali lagi Najib membandingkan kebaikan dirinya berbanding Tun Mahathir berhubung dasar luar.

Kata Najib, dasar luar Tun Mahathir sengaja berbentuk konfrontasi bertujuan untuk meraih populariti peribadi, pendek akal dan merugikan diri sendiri berbanding pendekatannya yang mementingkan kerjasama dan bukan persengketaan serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Dalam beberapa ucapan lain, Najib juga kerap meletakkan dirinya lebih baik berbanding Tun Mahathir seperti berkaitan sistem pemilihan UMNO yang kononnya lebih terbuka, menghapuskan beberapa akta dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Sibuk dengan DoJ terlupa laporan PAC

Posted: 18 Aug 2016 04:32 AM PDT

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Tumpuan diberikan pelbagai pihak yang prihatin dengan skandal mega 1MDB terhadap tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) tidak sewajarnya mengkesampingkan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berhubung skandal yang sama.
Malah pendedahan yang dilakukan PAC berhubung salah tadbir urus 1MDB boleh dijadikan asas oleh pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak, kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad.
Ini kata beliau termasuk tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB  Mohd Hazem Abdul Rahman tidak mengendahkan arahan dan keputusan lembaga pengarah (BOD), menipu BOD dan menipu juruaudit.
"Cerita pengsonglapan dana 1MDB ini sebahagian besar dibutirkan oleh Laporan PAC. Hampir keseluruhan ringkasan dari muka surat 94 hingga 101 adalah bersabit segala pelanggaran pihak pengurusan khasnya CEO terhadap Lembaga Pengarah (BOD).
"Sejumlah 19 kali CEO tidak mengendahkan BOD, enam kali menipu BOD dan tiga kali menipu pihak auditor! Masihkah tidak ada apa-apa dakwaan sehingga hari ini?" soal beliau.
Dr Dzulkefly turut mempersoalkan 'kekebalan' yang dimiliki bekas CEO 1MDB itu sedangkan berdasarkan laporan PAC beliau boleh dikenakan dakwaan pecah amanah, menipu (fraud) dan pertuduhan lain.
Beliau turut kesal dengan respons negatif sesetengah pihak khususnya pemimpin Umno terhadap tindakan yang diambil DoJ walaupun tindakan serupa sewajarnya diambil pihak berkuasa negara ini.
"Ketika saya membaca kesemua laporan (tentang penyelewengan dana 1MDB), bayangkan betapa remuknya dan terbakarnya jiwa ini ketika mengenangkan ribuan juta atau dalam angka Ketua Audit Negara RM27.7 bilion tidak dapat disahtentukan keberadaannya kerana telah disonglap oleh penyangak-penyangak celaka ini!
"Bayangkan betapa besar manfaat yang boleh dijana untuk rakyat dan negara andainya 1MDB diurus dengan baik atau bayangkan Malaysia yang tidak punya 1MDB!" tegas beliau kepada Malaysia Dateline.
Mohd Hazem meletak jawatan sebagai CEO 1MDB 15 Januari lalu, tidak sampai dua tahun menerajui syarikat itu.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ dedah hasil pertemuan dengan PM

Posted: 18 Aug 2016 04:24 AM PDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi politik negara secara keseluruhan khususnya melibatkan negeri Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurut Tunku Ismail, selain melontarkan suara mengenai peluang generasi muda berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini, beliau turut bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai dasar dan prinsip diamalkan oleh kerajaan.
"Ini adalah antara isu-isu yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri selain daripada isu-isu semasa lain di negara ini.
"Datuk Seri Najib turut berkongsi pandangan dan pendapat beliau kepada saya malah saya turut menyuarakan bukan sahaja kebimbangan tetapi juga suara rakyat,"katanya menerusi wawancara khas yang dimuat naik ke dalam laman Facebook Johor Southern Tiger semalam.
Tunku Ismail berkata, apabila berdepan masalah, beliau lebih gemar berterus terang dan menangani kesulitan yang hadapi dengan seberapa segera.
Ujarnya, beliau tidak suka untuk menyembunyikan masalah seperti sesetengah pemimpin tertentu yang hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek-projek tertentu.
"Apabila saya menghadapi masalah, kelebihan saya adalah mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut serta mengendalikannya secara 'gentlemen'.
"Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook kerana saya bukannya seorang pengecut, yang membaling batu sembunyikan tangan,"katanya.
Tambah Tunku Ismail, beliau melakukan semua ini atas satu tujuan untuk memastikan Malaysia mencapai sebuah negara maju di samping memperjelaskan lagi pendiriannya terhadap pendidikan dan gejala rasuah.
"Saya akan terus bersuara serta memberi pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ini demi kepentingan rakyat.
"Selain itu, perbualan peribadi antara Datuk Seri Najib dan saya adalah antara kami sahaja. Bukan urusan orang lain,"katanya.

Dana 1MDB biayai empayar kelab malam di Las Vegas?

Posted: 18 Aug 2016 04:20 AM PDT

Saya juga diugut dan akan disiasat bawah AMLA, kata Sanjeevan

Posted: 18 Aug 2016 04:19 AM PDT

Sanjeevan kepada SPRM, siasat firma senjata milik abang ketua polis negara

Posted: 18 Aug 2016 04:19 AM PDT

Polis tidak beri 'greenlight' untuk perhimpunan 27 Ogos

Posted: 18 Aug 2016 04:18 AM PDT

Logo lori najis sama dengan ASW 2020, NGO hantar memo ke PNB - Ali Tinju

Posted: 18 Aug 2016 04:18 AM PDT

Gerakan Merah turun tempur demo di Dataran Merdeka 27 ogos

Posted: 18 Aug 2016 04:17 AM PDT

Rafizi: Muhyiddin Tak Boleh Jadi Ketua Pembangkang

Posted: 18 Aug 2016 04:16 AM PDT

Rafizi: Tukar PM Bukan Jaminan Negara Pulih

Posted: 18 Aug 2016 04:15 AM PDT

SKANDAL 1MDB: DEBARAN BERMULA 22 OGOS INI

Posted: 17 Aug 2016 11:03 PM PDT

Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS  yang berdasarkan penyiasatan FBI  hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.

Saya tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko, tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat mahu ada satu 'coalition' saja lawan BN

Posted: 17 Aug 2016 10:57 PM PDT


Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.Rakyat mahu hanya satu gabungan saja di kalangan pembangkang bagi melawan BN, kata Faiz dalam forum di pejabat Malaysiakini. Gambar Wan Abdul Rahim.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rakyat mahu hanya ada satu 'coalition' saja untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam satu forum di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
"Oleh itu, Pakatan Harapan perlu menyusun strategi untuk berdepan dengan pertembungan itu," ujarnya.
Beliau menyifatkan Amanah menyambung kesinambungan Pakatan Rakyat yang terkubur.
"Kita tidak boleh nafikan Pas yang menamatkan riwayat Pakatan Rakyat dalam muktamar pada 2015 manakala tahun ini muktamar muslimat pula memutuskan hubungan dengan PKR," jelasnya.
Faiz yang juga peguam itu menyifatkan apa sahaja penubuhan parti baharu atas dasar reformasi amat dialu-alukan.
"Bekas-bekas kerajaan dalam Bersatu lebih tahu kepincangan yang berlaku dalam kerajaan," ujarnya lagi.

Saya tak cari populariti, Najib sindir dasar luar era Dr Mahathir

Posted: 17 Aug 2016 10:55 PM PDT

Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan selama 23 tahun kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana lantang mengkritik Barat, tetapi Najib berkata dasar itu merugikan dan demi kepentingan peribadi.
najib mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas dasar luar era Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya hanya bagi meraih populariti peribadi.
"Kita pernah ada seorang pemimpin yang membawa dasar luar negara yang sengaja bersikap konfrontasi," katanya dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik kuasa besar.
"Tetapi pendapat yang mengatakan ia menunjukkan Malaysia berani bersuara adalah kepura-puraan. Ia dilakukan bukan untuk kepentingan negara. Sebaliknya, ia hanya untuk kepentingan diri sendiri, pendek akal dan merugikan diri sendiri," kata beliau, ketika berucap melancarkan Persidangan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam), di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan selama 23 tahun kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana mengetengahkan isu negara membangun dan mengkritik polisi negara maju termasuk Amerika Syarikat.
Bekas perdana menteri itu juga mempunyai hubungan dingin dengan Washington, yang menjadi sasaran kritikannya di forum antarabangsa termasuk pada ucapan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib dilihat semakin rapat dengan Washington, dan ini diserlahkan lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia sebanyak dua kali.
Pada Disember 2014, Najib diundang bermain golf dengan Obama, yang menurut Najib adalah bukti hubungan rapat beliau dengan presiden AS itu.
Read More / Baca Lagi >>

Gesaan pesara k'jaan lawan skandal 1MDB disambut dingin

Posted: 17 Aug 2016 10:54 PM PDT

Gesaan supaya tokoh penjawat awam yang bersara untuk bersuara dalam isu 1MDB gagal mendapat sambutan hangat kumpulan itu setakat ini.
Beberapa tokoh penjawat awam ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.
Kumpulan Melayu ternama G25 misalnya ketika diminta memberi reaksi terhadap gesaan pembangkang, menjelaskan bahawa pendirian mereka tidak memihak.
"Kumpulan kami kekal polos politik tetapi kami akan terus berkempen untuk reformasi sistem kerajaan bagi memastikan pihak di tampuk kuasa dipertanggungjawabkan untuk tindakan dan tingkah laku peribadi mereka," jawab G25 melalui pesanan teks.

Parti Amanah Negara (AMANAH) kelmarin menyeru bekas-bekas pegawai kanan kerajaan bersuara dalam isu 1MDB yang disifatkan "penyelewengan negara paling besar sejak merdeka".
Timbalan presidennya Salahuddin Ayub berkata, alangkah baiknya jika kedudukan mereka dipandang tinggi dimanfaatkan untuk membela rakyat dan menegur kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk langsung kepada pemegang beberapa jawatan termasuk bekas ketua polis, bekas peguam negara dan bekas, setiausaha negara dan bekas ketua turus tentera.

Mengulas isu itu, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata perkara itu semata-mata cadangan Salahuddin.

"Semua ini hanya dakwaan, tiada bukti lagi. Jadi, apa yang dia mahu kita buat? Bercakap?
"Bercakap pasal apa?" katanya yang berkhidmat di Pejabat AF antara 1983 hingga 1993.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin jika mahu memimpin perlu dapat restu tokoh pembangkang

Posted: 17 Aug 2016 10:52 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib dipetik berkata, persetujuan tiga tokoh tersebut penting dalam menentukan pola sokongan daripada parti-parti komponen pembangkang itu sendiri.
"Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.
"Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.
"Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut," katanya.

Ahmad Razif-BN harus malu dengan teguran 'Pocket Rocket Man'

Posted: 17 Aug 2016 10:50 PM PDT

 Sikap mengunci mulut pemimpin-pemimpin negeri terhadap atlet sukan negara seharusnya tidak berlaku di negara ini, sebagaimana yang dihadapi oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terhadap sikap menteri besar Terengganu yang diluahkan di 'facebook' semalam, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata, kekecewaan  itu jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif yang boleh dipersoalkan apabila membisu dengan permohonan pihak Azizulhasni dan Fatehah untuk membeli sebuah basikal 'roadbike'.
"Seharusnya Ahmad Razif dan Barisan Nasional harus  malu dengan teguran tersebut.
"Kalau pun tiada peruntukan daripada dana negeri untuk atlet kebanggaan negara ini, Ahmad Razif boleh sahaja meminta pegawainya menulis surat kepada Azizulhasni dan Fatehah memaklumkan bahawa tiada peruntukan bagi tujuan tersebut.
"Jangan mengunci mulut langsung." katanya.
Tambahnya lagi,sikap pemimpin negeri yang tidak memberikan jawapan balas terhadap satu-satu permohonan sama sekali tidak boleh diterima.
"Itu baru kes permohonan Azizulhasni dan Fatehah, atlet negara yang dikenali ramai.
"Bagaimana pula nasib atlet-atlet lain yang masih bertatih dan memerlukan sokongan kerajaan negeri? Tetap membisu atau bagaimana?
"Negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional, beginikah juga cara dan kaedah yang sedang berjalan?
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Exco saran selesai masalah 'anak dara emas' belum berkahwin

Posted: 18 Aug 2016 09:13 AM PDT

BERNAMA
 
 
Ramai kalangan wanita berpendidikan tinggi gagal mencari jodoh yang sesuai.Ramai kalangan wanita berpendidikan tinggi gagal mencari jodoh yang sesuai.


Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) disaran agar turut memberi perhatian kepada isu golongan 'anak dara emas' yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata golongan ini yang terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah, janda atau wanita muda yang hidup sekian lama tanpa pasangan.

"Berdasarkan pengalaman saya melalui sebuah syarikat yang saya tubuhkan bersama sebuah NGO sebelum ini yang bertujuan untuk mencari jodoh dan menggalakkkan perkahwinan sah, pada bulan pertama sahaja kami berjaya mendaftar 25 kes (wanita tidak berkahwin).

"Dan daripada jumlah ini, 10 daripada mereka adalah wanita profesional yang bekerja di pusat pengajian tinggi sama ada sebagai pensyarah atau ahli akademik," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat dan keperluan untuk mengadakan kursus pascaperkahwinan bagi mengatasi masalah itu.
Mohd Rawi berkata kebanyakan wanita tersebut yang mempunyai status kewangan yang kukuh mengakui malu dalam hal berkaitan mencari jodoh dan enggan dikatakan seperti pepatah 'perigi mencari timba'.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di luar Dewan, beliau mempersoalkan tindakan NGO bagi menangani masalah tersebut sedangkan mereka begitu agresif dan menentang poligami.

"Apa tindakan NGO ini sehingga golongan wanita profesional turut menjadi

kumpulan sasaran warga asing yang menjalankan kegiatan 'love scam' dengan menipu duit mereka, sedangkan mereka juga dahagakan cinta dan memerlukan suami," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) mengenai kadar perceraian di Kedah, Mohd Rawi berkata kadarnya adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan iaitu 5,184 kes pada tahun 2015 berbanding 4,803 kes pada 2014.

Beliau kes khalwat turut meningkat iaitu 387 kes pada 2014 dan 440 kes pada tahun 2015.

Mohd Rawi turut meminta Jabatan Peguam Negara agar berbincang dengan Majlis Kehakiman Negeri Kedah bagi mengurangkan masalah ribuan anak tidak sah taraf yang biasanya berlaku di negeri yang bersempadanan dengan Thailand.

"Negeri yang tiada sempadan mungkin tiada isu macam ini. Saya boleh buktikan ribuan kes di luar sana yang memerlukan undang-undang sedia ada dikendurkan sedikit," katanya dan menambah memang sudah terdapat undang-undang berkaitan yang jelas namun, boleh ia diubah sesuai dengan memenuhi kehendak masyarakat.

DEBARAN BERMULA 22 OGOS INI

Posted: 18 Aug 2016 09:08 AM PDT


shahbudindotcom
 
 
 
 
Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS  yang berdasarkan penyiasatan FBI  hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.

Saya tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko, tambahnya lagi.

Jika tidak hadir, bukan saja aset-aset akan dibekukan, malah juga bermakna mereka tiada kekuatan untuk mencabar dan secara tidak langsung suatu bentuk pengakuan bahawa pembelian aset-aset itu memang berkaitan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Menurut peguam Faiz Fadzil sebelum ini, selepas saman sivil pembekuan aset itu, ia pasti akan disusuli dengan saman jenayah pula.

Apakah 22 Ogos ini merupakan permulaan kemelut 1MDB akan terungkai satu persatu kepada rakyat Malaysia dan juga dunia? 
 
 
 

Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur

Posted: 18 Aug 2016 08:48 AM PDT

 
Katanya, pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan, dan publisiti mengenai tempat berhimpun di Dataran Merdeka sudah dilakukan.


Anis_Syafiqah_Md_Yusof


PETALING JAYA: Penganjur Himpunan #TangkapMO1 bertegas tidak akan berpindah ke lokasi lain termasuk ke Padang Merbok seperti disarankan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Mohd Yusuf berkata pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan selain publisiti juga sudah dilakukan memaklumkan perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka.

"Sudah banyak program lain yang dianjurkan di Dataran Merdeka. Jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh berhimpun di sana.

"Dataran Merdeka tempat paling sesuai untuk himpunan. Mudah untuk rakyat datang menaiki pengangkutan awam," katanya kepada FMT.

Beliau berkata himpunan tersebut berlangsung selama dua hingga tiga jam sahaja pada 27 Ogos ini dan bukannya selama tiga hari dua malam.

"Perarakan Merdeka hanya pada 31 Ogos. Jadi, himpunan kita tidak mengganggu acara sambutan merdeka. Kita hanya berhimpun dua hingga tiga jam, pada 27 Ogos. Bukan himpunan 3 hari 2 malam," katanya.

Malaysiakini melaporkan Amin berkata DBKL tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya mencadangkan ia diadakan di Padang Merbok.

Amin dipetik sebagai berkata dasar standard DBKL ialah untuk membenarkan peserta perhimpunan menggunakan Padang Merbok.

Semalam, polis membenarkan perhimpunan berkenaan diadakan selepas perbincangan antara penganjur dan polis mencapai kata sepakat.

Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai respons kepada inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset "yang diperoleh daripada komplot antarabangsa menerusi penyelewengan dana daripada 1MDB".

Tuntutan DoJ itu menamakan beberapa individu termasuk seorang pegawai yang digelar Malaysian Official 1 (MO1).

CAP minta TNB mansuh bil Julai pengguna domestik

Posted: 18 Aug 2016 08:42 AM PDT

 
TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.


Mohamed-Idris_tnb_600


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memansuhkan bil bulan Julai pengguna domestik ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan mereka.

Menurut kenyataan CAP, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.
"Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos, menurut artikel tersebut.

"Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

"Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak "dipotong"?" soal beliau.

Beliau juga menyoal sebab pengguna yang perlu menanggung beban sedangkan TNB gagal mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani kesulitan ketika menaik taraf sistem bil tersebut.

Justeru itu, Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

"CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal "tenaga" seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil.

Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka," katanya.

Biar SPRM siasat tuduhan MyWatch, kata KPN

Posted: 18 Aug 2016 08:37 AM PDT

 
Pengerusi MyWatch hari ini mendakwa abang Tan Sri Khalid Abu Bakar, Abdullah ialah salah seorang pengarah Akademi Menembak Unggul.


khalid-abu-bakar_sanjeevan_sprm_600


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menutup mulut berhubung tuduhan dilemparkan kepadanya oleh Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan yang menyatakan abangnya ialah pengarah dalam satu syarikat akademi menembak.

Sebaliknya, Khalid memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak akan komen. Biar SPRM siasat," katanya kepada FMT.

Terdahulu hari ini, Sanjeevan membuat laporan kepada SPRM, mendakwa kemungkinan wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Khalid, di mana abangnya dikatakan pengarah Akademi Menembak Unggul.

Bagi menyokong tuduhannya, Sanjeevan memetik dokumen pendaftaran syarikat yang ditinggalkan di pejabatnya oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Di dalamnya, ia menyatakan abang Khalid, Abdullah Abu Bakar ialah salah seorang daripada lima pengarah syarikat itu.

"Saya sudah menyerahkan satu set dokumen SSM kepada SPRM. Di dalamnya menyatakan akademi itu mempunyai modal berbayar RM400,000.

"Ia didaftarkan pada 1 November 2013, enam bulan selepas Khalid menjadi pegawai polis tertinggi negara.

"Kami menggesa SPRM menyiasat jika lesen operasi akademi itu dikeluarkan Khalid sendiri dan jika ia mendapat sebarang kontrak kerajaan," katanya selepas membuat laporan itu.

Sanjeevan merujuk dakwaan Sarawak Report pada 22 April lalu yang anak perempuan Khalid, Juwiza dan iparnya, Mohd Isa Hussin adalah pemilik bersama syarikat senjata api, Nilai Arms and Ammunitions Sdn Bhd.

"Anak perempuannya didakwa menjual senjata api, manakala abangnya melatih orang cara menggunakan senjata api.

"Jadi, kami harap SPRM akan menyiasat dua syarikat yang dikaitkan dengan Khalid dan jika ia ada kaitan antara satu sama lain," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Ali Tinju berang lori najis kelirukan orang Melayu

Posted: 18 Aug 2016 08:32 AM PDT

 
Presiden Gerakan Merah mendesak syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd supaya mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tak menyangka ia lori Amanah Saham Wawasan.
 
 
 
alitinju11


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.

Keberangan aktivis Gerakan Merah itu bagaimanapun berjaya diredakan seorang pegawai PNB, yang menjelaskan lori najis itu sebenarnya milik syarikat swasta ASW Tech-I, dan tidak ada kaitan dengan PNB mahupun anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad.

"Kita sudah berjumpa dengan pegawai PNB, mereka menyangkal logo yang berada di lori najis adalah kepunyaan anak syarikatnya PNB (ASW 2020). Mereka cakap logo yang kita bantah ini tidak ada kena-mengena dengan PNB," jelasnya kepada pemberita sambil memegang kain rentang, selepas pertemuan dengan pihak PNB.

Selepas menyedari tersilap sasaran, Ali Tinju berikrar akan mencari pemilik sebenar lori najis itu dan akan mendesak mereka menukar logo berkenaan bagi mengelakkan orang Melayu terkeliru.

"Kita akan bongkar dan cari siapa pemilik syarikat lori najis tersebut. Kita Gerakan Merah mewakili NGO Malayu mendesak pihak bertanggungjawab menukar logo (ASW) di lori najis itu (bagi mengelakkan ia memberi) pandangan tidak baik kepada orang Melayu, memandangkan benda ini (najis) kotor.

"Kita minta syarikat berkenaan janganlah guna logo ASW di lori najis, kita takut pandangan rakyat kepada Amanah Saham Wawasan 2020 berada di lori najis itu tidak elok," katanya.

Lebih 10 wartawan bergegas ke Menara PNB, selepas menerima jemputan Ali Tinju.

LIHAT VIDEO DI SINI

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS

Posted: 18 Aug 2016 08:21 AM PDT

 
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata medan politik hari ini berubah dengan pembentukan parti pembangkang baharu dan pembentukan PH 


Mohd-Amar-Nik-Abdullah_salahuddin_kel_6001


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.

"Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana," katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

"Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu."

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik.

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46.

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik."

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku.

"Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo," katanya kepada FMT.

"Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang.

"Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang."

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu "petanda yang dialu-alukan".

Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?

Posted: 18 Aug 2016 08:17 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah 'khadam' pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.
 
Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi "pegawai penerangannya".
 
Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.
 
Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.   
 
"Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi. 
 
"Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.
 
Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.
 
Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.
 
Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.
 
"Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.
 
Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.
 
"Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.
 
DAP dapat sokongan parti Melayu
 
Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim. 
 
Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.
 
Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.
 
Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya  mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.
 
Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.
 
Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai 'khadam' DAP.
 
Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR. 
 
Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.
 
Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.
 
Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai.  Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.
 
Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular.
 
 

Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis

Posted: 18 Aug 2016 08:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Singapura mengisytiharkan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai muflis minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities.
 
Menurut laporan The Straits Times, Md Wira Dani Abdul Daim, 37, meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.
 
Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan.
 
Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
 
Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.
Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.
 
 
 
April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.
 
Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.

Kerajaan tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pesalah 1MDB

Posted: 18 Aug 2016 08:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dan individu bersuhabat dengan pihak yang menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
 
Memetik teks ucapannya daripada portal Free Malaysia Today, Paul berkata, wang yang diambil daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.
 
"Pendakwaan jenayah perlu dimulakan dan undang-undang mesti dipertahankan.
 
"Agensi penguatkuasaan dan Peguam Negara perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi antarabangsa untuk menangani perkara itu dengan cara sewajarnya bagi mengurangkan persepsi negatif serta mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya sempena Simposium Tadbir Urus 2016 di ibu negara, hari ini.
 
Bulan lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
 
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.
 
 

Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR

Posted: 18 Aug 2016 07:42 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR hari ini mengiyakan bahawa parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status ahlinya yang digantung, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam masa terdekat.
 
Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, mesyuarat Jawatankuasa Displin yang akan diadakan beberapa hari lagi bakal membincangkan beberapa isu termasuklah kemungkinan pemecatan Chegubard.
 
"Ya (memang ada Mesyuarat Biro Politik) sebab akhirnya keputusan bukan Biro Politik yang buat tapi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang buat keputusan untuk pecat atau tidak dan mengesahkan.
 
"Saya difahamkan Jawatankuasa Displin sedang kendalikan kes dia (Chegubard) jadi mungkin dalam sedikit masa (beberapa hari lagi) mereka akan buat keputusan dan akan dimaklumkan kepada dia.
 
"Mungkin dalam sehari dua lagi (mesyuarat diadakan)," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Jelasnya, apa-apa keputusan sama ada untuk memecat mahupun menggantung seseorang ahli parti akan diputuskan oleh MPP setelah Jawatankuasa Displin mengadakan mesyuarat dan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Biro Politik PKR.
 
Bagi kes Chegubard, katanya proses berkenaan kini diperingkat Jawatankuasa Disiplin bagi memaklumkan kepada Biro Politik sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh MPP.
 
"Dia (Mesyuarat Jawatankuasa Displin) ada banyak isu bukan kes Chegubard sahaja, ada beberapa isu yang lain. Dalam perlembangaan kita Lembaga Displin akan maklumkan kepada Biro Politik kemudian biro politik akan buat cadangan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Saya rasa itu yang sedang berlaku.
 
"Maknanya belum ada keputusan lagi. MPP kena buat keputusan," jelas Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
 
Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chegubard hari ini yang memaklumkan bahawa Biro Politik PKR sedang mengambil keputusan untuk meluluskan usul memecat dirinya.
 
"Mendapat khabar....Biro Politik PKR ambil keputusan lulus usul pecat che'GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sblm che'GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh.
 
"Saya baru dihantar oleh kawan MPP yg 'mereka' dah edar surat kutip sign (tanda tangan) persetujuan sokongan semua MPP," dakwa Chegubard menerusi satu status di Facebook beliau.
 
Tindakan pecat itu berkemungkinan diambil PKR berikutan Chegubard yang agresif mendedahkan kononnya terdapat salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. 
 
Chegubard sebelum ini dilaporkan akan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku Azmin, Jumaat depan.
 
Ia berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.
 
Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
 
Ujarnya, keadaan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembab di bawah Konvensyen Ramsar.
 
Malah pihaknya juga bertindak menghantar surat kepada kepimpinan tertinggi PKR bagi melakukan siasatan salah laku mengaitkan Azmin dan exco kerajaan negerinya, Elizabeth Wong.
 
Elizabeth pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini bagaimanapun menafikan dakwaan Chegubard, sambil menjelaskan lot 68054 yang dibangkitkan Chegubard itu bukan milik Paya Indah Wetlands, sebaliknya dimiliki oleh syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
 
 

Timbalan Setiausaha Agung Gerakan letak jawatan pada 18-08-2016 06:08 Post Pic GEORGE TOWN: Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr Thor Teong Gee meletak semua jawatan dalam parti namun kekal sebagai ahli biasa susulan dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan calon kerusi Parlimen Jelutong pada pilihan raya umum lepas. "Saya akan faks peletakan jawatan saya hari ini (18 Ogos) kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong. "Saya telah menghabiskan kehidupan saya dalam politik. "Walau bagaimanapun, saya tidak fikir saya boleh terus menawarkan perkhidmatan saya dalam situasi seperti ini. "Saya mengambil tindakan ini sebagai tindak balas kepada beberapa laporan yang diterbitkan dalam pelbagai akhbar Cina sejak minggu lalu," katanya pada sidang media di sini. Laporan berkenaan yang memetik pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong sebagai berkata Dr Thor telah campur tangan dalam menyenaraikan calon Jelutong. Dr Thor menjadi ahli Gerakan sejak tahun 2000 dan merupakan Timbalan Setiausaha Agung sejak 2013.

Posted: 18 Aug 2016 07:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr Thor Teong Gee meletak semua jawatan dalam parti namun kekal sebagai ahli biasa susulan dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan calon kerusi Parlimen Jelutong pada pilihan raya umum lepas.
 
"Saya akan faks peletakan jawatan saya hari ini (18 Ogos) kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
 
"Saya telah menghabiskan kehidupan saya dalam politik.
 
"Walau bagaimanapun, saya tidak fikir saya boleh terus menawarkan perkhidmatan saya dalam situasi seperti ini.
 
"Saya mengambil tindakan ini sebagai tindak balas kepada beberapa laporan yang diterbitkan dalam pelbagai akhbar Cina sejak minggu lalu," katanya pada sidang media di sini.
 
Laporan berkenaan yang memetik pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong sebagai berkata Dr Thor telah campur tangan dalam menyenaraikan calon Jelutong.
 
Dr Thor menjadi ahli Gerakan sejak tahun 2000 dan merupakan Timbalan Setiausaha Agung sejak 2013.
 
 

Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus

Posted: 18 Aug 2016 07:31 AM PDT

SINAR HARIAN


Noor Amila Edrus Norsham
(Gambar kecil) Noor Amila Edrus Norsham


KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.   

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan mayat: Media penuhi kawasan bilik mayat]

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. - Bernama