Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saman Sarawak Report, PAS yakin sistem kehakiman England

Posted: 15 Aug 2016 09:48 PM PDT

PAS yakin badan kehakiman England akan menjalankan tanggungjawabnya dengan telus berkaitan samannya terhadap Sarawak Report, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata pihaknya akan tetap mengemukakan saman terhadap portal berkenaan dan ia bukanlah satu perkara baru bagi parti Islam itu bekerjasama dengan peguam dari luar negara.
Malah katanya, Sarawak Report turut berpusat di negara tersebut.
"Kita yakin dan hormat ketelusan kehakiman di sana dan kami pernah menggunakan khidmat peguam luar bagi menyelesaikan kes sebelum ini.
"Buat masa ini kita sedang meneliti beberapa perkara untuk urusan saman yang dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Minggu lalu, PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang.
Parti itu mendakwa artikel tersebut berniat jahat dan mencemar nama baik serta dasar Islam yang diperjuangkannya.
Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Laman web ini memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Aib jika kami tidak bertindak, kata Husam selepas saman kes 1MDB

Posted: 15 Aug 2016 09:27 PM PDT

Datuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan samanDatuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan saman
Datuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak buat sebarang tindakan untuk ambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.
Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.
"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Datuk, Datuk Seri direman 7 hari kes rasuah

Posted: 15 Aug 2016 09:10 PM PDT

Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah.
MACC-Azam-Baki
KUALA LUMPUR: Mahkamah di Putrajaya dan Melaka hari ini mereman seorang bergelar "Datuk Seri" dan seorang lagi "Datuk", kedua-dua mereka pegawai tinggi kerajaan, bagi membantu siasatan rasuah.
Bernama melaporkan "Datuk Seri" berkenaan merupakan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), direman 7 hari di Putrajaya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Manakala di Melaka, seorang "Datuk" berusia 56 tahun direman 7 hari oleh Mahkamah Majistret bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata mereka ditahan dalam operasi serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang semalam.
Akaun bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan Audi.
SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang asing dan beberapa jam tangan mewah.

Amanah ajak bekas tokoh negara tegur Najib

Posted: 15 Aug 2016 09:08 PM PDT

Salahuddin Ayub berharap bekas ketua angkatan tentera, bekas ketua polis, bekas peguam negara dan bekas ketua setiausaha negara tampil memberikan pendapat mereka.
Salahuddin Ayub
PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru beberapa bekas pemegang jawatan tertinggi negara tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap kemelut 1MDB, yang disifatkannya "isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka".
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membuat saranan itu kepada bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi kerajaan, supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur perdana menteri.
"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," kata Salahuddin dalam kenyataannya.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.
Siasatan beberapa agensi Malaysia ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun ditamatkan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

NGO JMM buat kecoh di mahkamah tuntut penjelasan Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2016 08:57 PM PDT

'Jika Najib ingin bersih nama, sahut cabaran Tun M' - Muhyiddin Yassin

Posted: 15 Aug 2016 08:42 PM PDT

Mukhriz mahu penyokong kekal Umno, intip untuk BERSATU

Posted: 15 Aug 2016 08:12 PM PDT

Penyokong bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa terus kekal bersama Umno dan pada masa yang sama 'mengintip' untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ahli Umno yang terus menyokong saya tetapi tidak sanggup untuk keluar Umno kerana sebab-sebab peribadi boleh terus kekal bersama parti.
"(Mereka boleh) membantu parti baru kami dengan mengumpul maklumat," kata Mukhriz yang dipetik akhbar Cina, Oriental Daily semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.
Mengenai arahan yang melarang ahli Umno daripada menyokong BERSATU, Mukhriz berkata, ini adalah kenyataan lazim yang menggambarkan keangkuhan pemimpin Umno yang tidak menghiraukan sentimen ahli.
Beliau juga menggesa mereka yang ingin menyertai parti baru itu supaya bersabar, kerana mereka tidak boleh mengedarkan borang keahlian sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftarannya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjanji bahawa ROS akan bertindak secara profesional dan mematuhi peraturan sedia ada dalam mengkaji permohonan BERSATU.
Zahid berkata, permohonan akan dikaji secara terperinci dan ini memakan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk diluluskan.

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah

Posted: 15 Aug 2016 07:42 PM PDT

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah
Sidang akhbar bersejarah ini diadakan pada 25hb Januari 2016, lebih kurang tujuh bulan yang lalu, di  pejabat Peguam Negara Malaysia Putrajaya.

Kandungan sidang akhbar ini diketahui seluruh dunia tetapi sehingga kini ramai yang masih mempertikaikan keputusan Apandi Ali yang dikatakan bertindak lebih sebagai peguambela orang yang disyaki (Najib Razak) daripada tugas hakikinya sebagai peguam negara.

Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan Kerajaan Amerika Syarikat mungkin Apandi akan membaca kembali kenyataan beliau tempohari kerana isunya bukan sekadar kredibiliti Apandi sebagai peguam negara tetapi juga berkisar dengan kelakuan jenayah melindungi penjenayah.


Kelihatan disebelah kiri Apandi Ali (dalam rakaman video diatas) adalah Datuk Dzulkifli Ahmad (yang memeriksa teks kenyataan yang dibacakan peguam negara dengan teliti). Ketika sidang akhbar ini diadakan pada bulan Januari yang lalu Dzulkifli bertugas dibawah Apandi di Jabatan Peguam Negara.

Kini Dzulkifli adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia. Perlantikan Dzulkifli memang telah dijangka sejurus selepas sidang akhbar di-atas.

Jangan terkejut dengan amaran terbaru Dzulkifli, khususnya yang ditujukan kepada penjawat awam, kerana itu adalah tugas terbaru beliau. Saya pasti Dzulkifli sedar bahawa ramai yang sedang memerhatikan beliau secara dekat, dari dalam dan luar SPRM.

Untuk makluman, Najib Razak adalah penjawat awam.


Tiga perkara kita tidak tahu tentang Dr Mahathir

Posted: 15 Aug 2016 07:36 PM PDT

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam bukunnya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan minggu lalu mendedahkan beberapa perkara yang kebanyakan orang mungkin tidak tahu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Musa berkhidmat dari tahun 1981 hingga 1986, ketika negara diterajui oleh Dr Mahathir.
Kabinet gelar Dr Mahathir 'Tok Bomoh'
Musa menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang agresif dan nakal serta sering mempersendakan rakan-rakannya dengan nama yang tidak sewajarnya.
"Sebagai contoh, beliau menggelar seorang menteri kabinet Mat Bulat. Ini adalah panggilan yang tidak sesuai yang menunjukkan bahawa menteri itu tidak disenangi oleh perdana menteri.
"Malah, saya hampir pasti bahawa beliau mempunyai gelaran untuk setiap daripada kami dalam kabinet. Sesetengah kami bercadang bertindakbalas. Oleh itu, kami memberinya nama 'tok bomoh'," kata Musa, tanpa menjelaskan sebab di sebalik nama itu.
Mahathir belajar menyanyi
Musa berkata, ketika zaman dahulu, syarikat korporat dan individu akan menawarkan sejumlah derma yang besar kepada badan amal jika Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, dan dirinya menyanyi secara individu di majlis-majlis awam.
"Saya diberitahu bahawa saya bagus dalam nyanyian. Begitu juga dengan Razaleigh. Dr Mahathir, pula bukan seorang penyanyi yang baik.
"Alasan kerana nyanyiannya tidak baik adalah, beliau secara berseloroh berkata saya yang merosakkan segalanya... 'Masalahnya,' beliau akan berkata, 'suara Musa' selalu dalam kepala saya," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.
Musa bagaimanapun berkata Mahathir akhirnya menjadi "penyanyi yang agak bagus" selepas mengambil pelajaran menyanyi dengan tekad yang sama beliau menceburi politik.
Mahathir mahu mencipta tandas berkonsep Islam
Mahathir juga mempunyai sfat yang inovatif dan kreatif, menurut Musa, dan mahu untuk mencipta "tandas berkonsep Iskam" meningkatkan kebersihan awam. Beliau juga mencipta prototaip sendiri dan meminta kabinet untuk mengujinya.
Beliau bagaimanapun agak defensif mengenai projek itu, dan tersinggung apabila Musa berkongsi dengannya rekaan tandas berteknologi tinggi yang digunakannya ketika berada di Switzerland. Beliau dilaporkan berkata: "Musa beritahu bahawa tandas saya tidak cukup baik, dan beliau membawa alternatif dari Switzerland."
Musa tidak menghuraikan maksud tandas berkonsepkan Islam itu, tetapi berdasarkan huraiannya mengenai tandas Swiss, adalah dipercayai ia adalah tandas jenis automatik termasuk bidet untuk melakukan semua kerja pembersihan tanpa menggunakan tangan.

RASUAH DI PEJABAT MENTERI, MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI JUGA JANGAN DILUPA.....

Posted: 15 Aug 2016 07:31 PM PDT

SPRM semalam telah menahan tiga penjawat awam, termasuk dua daripadanya bergelar Datuk Seri dan Datuk, dalam operasi serentak di Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan berhubung kesalahan berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Dilaporkan sejumlah RM13 juta wang dalam bentuk simpanan dan akaun amanah, beberapa kereta mewah dan barang kemas turut dibeku dan dirampas. 

Selain itu, sejumlah wang tunai kira-kira RM400 ribu turut ditemui yang disorok di bahagian siling rumah mereka yang ditahan itu.

Jika tangkapan dan serbuan oleh SPRM ini merupakan langkah awal  untuk memerangi rasuah dalam negara secara besar-besaran dan habis-habisan, khususnya di sektor awam, kita seharusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada agensi tersebut yang kini diketuai oleh peneraju baru, Dzulkifli Ahmad.

Kita mengharapkan lehih banyak lagi tangkapan dan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Kita mahu bukan saja perasuah ikan bilis, ikan kembung dan ikan cencaru yang dibanteras, malah juga dari kalangan ikan jerung dan paus.
Jika sektor awam menjadi keutamaan SPRM dalam membanteras rasuah ini, diharapkan mereka tidak lupa untuk mengintai-ngintai salah laku rasuah yang turut berleluasa di pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri, menteri besar dan ketua menteri.
Read More / Baca Lagi >>

'Pelik, kenapa Pas ajak rakyat tolak Pakatan Harapan?'

Posted: 15 Aug 2016 07:25 PM PDT

Tindakan Pas menubuhkan Gagasan Sejahtera (Gagasan) dan mengajak rakyat agar menolak Pakatan Harapan tidak akan memberi kelebihan kepada pembangkang.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, Pas sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat, bukannya organisasi mereka.
"Jika Pas sarankan rakyat tolak BN, tak mengapa. Tapi kita hairan mengapa perlu Pas ajak rakyat tolak Pakatan Harapan.
"Sikap Pas yang sebegini akan memberi kesan tidak baik kepada pembangkang secara keseluruhannya. Kalau betul-betul Pas sayangkan rakyat dan inginkan perubahan, lupakan kepentingan diri dan organisasi," katanya, semalam.
Sabtu lalu, Pas mengumumkan pembentukan blok pakatan pembangkang baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dikenali sebagai Gagasan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dengan kewujudan Gagasan, rakyat tidak terikat dengan dua jalur pilihan politik sahaja.
"Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN.
Read More / Baca Lagi >>

Zam sahkan Musa diserang ‘AIDS’, Dr M arah media

Posted: 15 Aug 2016 06:22 PM PDT

Bekas pengarang Utusan Melayu milik Umno itu mendedahkan arahan kepada pengarang akhbar supaya berhenti menggambarkan Dr Mahathir dan Musa sebagai gandingan rapat.
zam_musa-hitam
PETALING JAYA: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengesahkan dakwaan bekas timbalan perdana menteri era 1980-an, Tun Musa Hitam yang menganggap dirinya korban politik disebabkan tuduhan palsu yang dirancang 4 pemimpin Umno ketika itu.
Musa dalam bukunya "Frankly Speaking" menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid, atau singkatannya "AIDS", sebagai kumpulan yang menuduhnya cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas diberitahu Dr Mahathir sendiri mengenai tuduhan itu, Musa berkata beliau bertindak meletak jawatan.
Zainuddin, ketika itu ketua pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Musa, mengesahkan perkara itu, dan berkata Dr Mahathir mengarahkan pegawainya supaya media tidak menggunakan rujukan "2M" menggambarkan gandingan rapat Musa-Mahahtir.
"Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi perdana menteri dan Daim Zanuddin sebagai kingmaker yang tersembunyi," kata Zainuddin, yang juga dikenali Zam Maidin, menulis dalam blognya hari ini.
"Selain daripada Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin yang melihat saya di Utusan sebagai penghalang kepada kelicinan gerakan senyap mereka ialah Sanusi Junid yang mengadu kepada Mahathir bahawa saya mengenepikan berita-beritanya malah memotong gambarnya jika beliau di samping Mahathir."
Zainuddin berkata selepas perpecahan Umno di antara kem Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, Sanusi mula diketepikan manakala Anwar dan Daim semakin rapat dengan Dr Mahathir.
Katanya beliau enggan menyokong Anwar ketika itu, dan menganggap Daim seorang "kapitalis yang rakus".
Musa merupakan timbalan pertama Dr Mahathir, dan meletak jawatan pada 1986.
Sejurus selepas mengambil alih jawatan perdana menteri pada 1981, Dr Mahathir membawa masuk Anwar, ketika itu kuat membangkang kerajaan melalui gerakan pelajar dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), ke dalam Kabinet.
Read More / Baca Lagi >>

Hipster: Kegilaan baharu meresap poket Melayu?

Posted: 15 Aug 2016 06:18 PM PDT

Secara amnya, hipster mahu menonjolkan diri mereka lain daripada masyarakat kebanyakan, dan cuba memaparkan imej intelektual.
dr-agust
PETALING JAYA: Dari "kedai kopi" yang menjadi pilihan orang ramai, kini masyarakat mula beralih kepada kafe moden yang semakin berkembang di sekitar Lembah Klang.
Jika dahulunya, anak muda tertumpu ke Starbucks dan Coffee Beans untuk melepak dan bersembang, kini pelbagai kafe moden jenama tempatan, atau lebih dikenali sebagai "kafe hipster", mula menarik perhatian golongan generasi 'Y'.
Di Amerika Syarikat, perkataan "hipster" mewakili budaya yang cuba ditonjolkan golongan kelas atasan di kejiranan tertentu, kebanyakannya oleh masyarakat kulit putih, daripada pilihan muzik, makanan dan pakaian sehinggalah pendirian politik.
Di Malaysia, ia lebih ditonjolkan oleh golongan berada Melayu, dan mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
Hipster boleh jadi apa sahaja asalkan ia ada elemen "cool", tidak berada di dalam kehidupan majoriti masyarakat.
Jika anda seorang hipster, anda cuba menentang fesyen dan cara arus perdana masa yang diikuti masyarakat.
Anda cuba ada kegemaran sendiri yang unik. Janji ia bukan pilihan "orang biasa".
Kafe hipster
Baru-baru ini, FMT meninjau salah satu daripada budaya yang diserlahkan hispter – kafe, yang walaupun mahal, sering dikunjungi anak muda.
Mungkin juga pepatah Melayu "Biar papa, asalkan bergaya" sesuai disebut dalam perbincangan mengenai budaya yang kian menjadi kegilaan segolongan kecil orang muda ini.
Mereka memilih ke kafe hipster disebabkan dekorasi kedai hipster yang berkonsepkan Inggeris, bukan suasana kedai kopi lama.
"Dekorasi 'simple' tak perlu sarat dengan banyak meja membuatkan kita selesa. Kalau kita melancong ke Eropah contohnya, ada banyak kafe sebegini.
"Jadi apabila banyak dibuka di negara sendiri, ia beri kita peluang untuk cuba sendiri," kata Alina Efendi salah seorang pengunjung kedai hipster yang ditemui FMT baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

‘Umno hendak rampas Shah Alam bukan dengan menawan golongan hipster’

Posted: 15 Aug 2016 06:17 PM PDT

Sebelum Umno merampas kerusi itu, banyak faktor perlu diambil kira, termasuk mendekati rakyat dan menangani kos sara hidup.
jeniri-amir-umno-1
PETALING JAYA: Umno tidak akan berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam dengan hanya cuba menawan hati golongan hipster.
Penganalisis politik, Jeniri Amir berkata ia adalah tugas "amat mencabar" untuk Umno merampas kerusi itu kerana banyak faktor perlu diambil kira.
Antaranya, Jeniri berkata pemimpin Umno perlu dilihat sebagai orang yang prihatin terhadap keperluan rakyat, bukannya "menjauhkan diri".
"Pun begitu, tiada jaminan mereka boleh menang (di Shah Alam) kerana rakyat mungkin mahu sebuah kerajaan semak dan imbang.
"Bagaimanapun, mereka mungkin hanya anti-golongan berkuasa atau sekadar dalam kalangan orang yang mahu menukar kerajaan sedia ada," katanya kepada FMT.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan pemimpin Umno bahagian menawarkan perkhidmatan yang sesuai dengan budaya hipster untuk merampas Shah Alam daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan dan PAS.
Budaya hipster merujuk gaya hidup masyarakat kelas pertengahan yang majoritinya ialah penduduk bandar.
Zahid menggesa pemimpin Umno bahagian menggunakan strategi budaya hipster untuk menawan kembali kerusi Parlimen Shah Alam.
Kerusi itu dimenangi bekas pemimpin PAS, Khalid Abdul Samad yang kini bersama Amanah, sejak pilihan raya umum 2008.
Jeniri bagaimanapun berkata, ia masih penting untuk mana-mana parti politik memahami keperluan dan kehendak belia bandar, dan pendekatan perlu diambil sejajar perubahan psikologi golongan pemuda terbabit.
Pensyarah Universiti Malaysia, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi yang sependapat dengan Jeniri berkata, terdapat banyak faktor lain yang perlu diambil kira untuk Umno menang di Shah Alam.
"Kenaikan kos sara hidup, isu 1MDB yang ramai anggap satu kontroversi serta persepsi awam mengenai integriti dan ketelusan tadbir urus juga adalah isu.
"Isu berkenaan masih wujud dalam fikiran rakyat, apatah lagi golongan belia. Usaha menyelesaikan isu ini tidak kurang pentingnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat Shah Alam," katanya kepada FMT.
Awang Azman mengakui "menawan hati" belia merupakan langkah baik, tetapi terdapat banyak perkara lain yang masih perlu dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA KES KBS RM107 JUTA SENYAP HINGGA KE HARI INI ??!!

Posted: 15 Aug 2016 05:03 PM PDT

Kini kecoh kes tiga penjawat awam ditahan SPRM, aset RM13j disita dan dibeku.. hingga terlupa KES KBS RM107 JUTA !!!

Perasan tak... Naper kes seleweng RM107 JUTA di kementerian KBS selama di bawah menteri2 lelaki UMNO Khairy Jamaluddin, Shabery Cheek, Ismail Sabri & Azalina TERUS BISU HINGGA KINI !!!

PERNAH TAK SPRM mahupun polis tangkap, tahan & siasat menteri berkenaan ??

KENAPA asyik 'kambing hitam' saja yg jadi mangsa ??

Jual saham Proton: Bisnes atau politik?

Posted: 15 Aug 2016 04:34 PM PDT

Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom?

Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan desas-desus ini juga berkaitan dengan sentimen politik kem Najib (kerajaan) dan kem Mahathir-Muhyiddin (DRB-Hicom).

DRB-Hicom telah cuba memohon pembiayaan mudah daripada kerajaan berjumlah RM1.5 bilion sejak suku pertama tahun 2016. Namun, status pembiayaan tersebut masih belum jelas kerana kerajaan telah menetapkan pelbagai syarat untuk menstruktur semula perniagaan syarikat automotif negara termasuk membayar hutang kepada vendor-vendor Proton. Penjualan saham Proton juga boleh berlaku bagi mendapatkan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan keupayaan Proton ke aras yang lebih baik.

Persoalannya, ke manakah hala tuju Proton? Adakah desas-desus ini disebabkan oleh sentimen politik-bisnes yang sedang berlaku dalam Umno hari ini? DRB-Hicom sedang bergelut dengan komitmen kewangan yang tinggi akibat daripada prestasi jualan Proton yang semakin lemah disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Disebabkan itu, tidak mustahil penjualan keseluruhan atau sebahagian besar saham Proton boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya DRB-Hicom gagal untuk meneruskan komitmen perniagaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan #TangkapMO1 di KK diteruskan, polis perlu hormati semangat akta

Posted: 15 Aug 2016 04:14 PM PDT


Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.
Penganjur himpunan aman #TangkapMO1 tetap akan meneruskan aturcara yang dijadualkan pada 27 Ogos 2016 bertempat di RedSquare, Kota Kinabalu. Meskipun pihak polis enggan menerima notis yang dihantar petang semalam.
Koordinator himpunan, Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.
"Justeru itu, kami mengambil tindakan untuk tetap menghantar notis kerana merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman (1) yang menyatakan hanya notis 10 hari perlu dihantar dan bukannya sebuah permohonan untuk mengadakan himpunan," katanya.
Semalam. pada jam 2.00 petang, Nantang telah menghantar notis perhimpunan aman ke Ibu Pejabat Polis Karamunsing.
"Pihak polis sudah pun membaca dan mengetahui perhimpunan aman ini. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mahu menerima notis pemberitahuan perhimpunan aman ini dan meminta kami melengkapkan borang permohonan perhimpunan terlebih dahulu," katanya.
Menurutnya, di dalam notis tersebut, telah dimaklumkan perhimpunan aman #TangkapMO1 akan diadakan pada 27 Ogos 2016 bertempat di RedSquare, Kota Kinabalu.
"Meskipun pihak polis enggan menerima notis ini, perhimpunan aman akan tetap berjalan dengan aman seperti dirancang," katanya.
Beliau berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama dengan membantu memastikan perhimpunan berjalan dengan baik pada 27 Ogos 2016 ini dan menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bersama menyertai himpunan aman ini.

Jamal Yunus jual t-shirt tak ada kelas, Ali Tinju beri 1 juta t-shirt "Aku Melayu" percuma

Posted: 15 Aug 2016 03:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom pula akan mencetak sebanyak 1 juta t-shirt Baju Merah bertemakan 'Aku Melayu' untuk diedarkan kepada orang ramai yang turun menyokong kepimpinan negara sekiranya Bersih 5 diadakan.

Beliau berkata, baju tersebut akan diberikan secara percuma berbanding seterunya Jamal Yunus yang telah mencetak sebanyak 50,000 t-shirt dan menjualnya pada harga RM10 setiap satu.

"Kami akan menghalang habis-habisan Bersih 5.0. Kami juga akan mencetak t-shirt Gerakan Merah yang baru bertemakan 'Aku Melayu' sebanyak 1 juta helai dan akan memberikannya secara percuma kepada mana-mana penyokong Himpunan Merah yang hadir.

"T-shirt tersebut akan dikeluarkan di facebook Mohd Ali Haji Baharom. Bila kita dah siap kita akan edar. Kita juga telah turun di Negeri Sembilan, Johor dan Perak. Momentum sambutan amat menggalakkan kerana kita yang gerakan dulu Himpunan Merah ini.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya, jual baju RM10 tak ada kelas. Kenapa perlu nak jual beli untuk mempertahankan kerajaan," katanya kepada Jamal kepada dihubungi Berita Daily hari ini.

Semalam, pemimpin Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunus berikrar untuk bertembung dengan peserta daripada Bersih 5.0 pada masa dan tempat yang sama.

Sehingga hari ini beliau mendakwa terdapat 58,000 individu menyatakan sokongan kepada perhimpunan tersebut yang melibatkan seramai 600 NGO di seluruh negara dan sebanyak 50,000 helai t-shrt telah pun dicetak untuk dijual kepada para penyokong.

Perhimpunan Merah versi kedua dirancang sejurus Pengerusi gabungan Bersih 2 Maria Chin Abdullah menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa ekoran saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS-DOJ)  ke atas syarikat sarat hutang 1MDB.

Bagaimanapun tarikh dan tempat perhimpunan itu bagaimanapun masih belum diputuskan.
Read More / Baca Lagi >>

Saman Sivil DOJ Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan kata Quintin Rozario

Posted: 15 Aug 2016 03:38 PM PDT



PETALING JAYA: Saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi pembohongan untuk menyerang kerajaan Malaysia, kata seorang peguam litigasi.
Peguam kelahiran Malaysia, Quintin G Rozario, yang berpusat di Brisbane, Australia, juga menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch membuli kerajaan.
"Ini membuli, apa yang dia (Lynch) lakukan adalah membuli. Saya menyatakan bahawa ini adalah konspirasi pembohongan untuk menyerang negara," kata beliau dalam perbincangan meja bulat mengenai saman itu di sebuah hotel di sini, Isnin.
Beliau berkata, jika DoJ mahu menyita aset, ada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian di Amerika Syarikat, dan beliau tidak sepatutnya membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.
Rozario berkata, tiada bukti mengenai salah guna dana 1MDB seperti didakwa dalam saman yang difailkan baru-baru ini. "Mereka hanya membuat kenyataan secara berani. Tiada bukti. Mereka telah menyerang orang tertentu dan membuat dakwaan tanpa menyemak fakta."
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ikon perjuangan mahasiswa

Posted: 15 Aug 2016 03:34 PM PDT

Oleh Saifuddin Abdullah
10  Ogos lalu ialah hari lahir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69. Kerana beliau tahanan politik, maka, ia disambut di penjara. Pada malamnya, saya menyertai isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keluarganya dan kira-kira 500 penyokongnya meraikannya di depan penjara Sg Buloh. Kami berucap, berpuisi, menyanyi dan memotong kek hari jadi.

Sebelum giliran saya, aktivis mahasiswa Anis Syafikah (penganjur demonstrasi #TangkapMO1 di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini) berucap. Beliau menghujah tentang betapa zalimnya keadaan, di mana pejuang rakyat, Anwar, merengkok di penjara sedangkan perompak rakyat, Najib, berseronok di Putrajaya. Memandangkan ramainya mahasiswa/belia pada malam itu, dan teruja dengan ucapan Anis, dan kerana dua hari kemudiannya (12 Ogos) adalah Hari Belia Antarabangsa, maka, saya memilih untuk berucap tentang Anwar sebagai bekas pejuang mahasiswa/belia.
Anwar diperkenalkan kepada saya oleh senior di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semasa Sudut Pidato pada 1975. Ketika itu Anwar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dipenjarakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana demonstrasi bersolidariti bersama petani-petani Baling yang menderita miskin, pada hujung 1974.
Beliau bekas pelajar MCKK. Pada 1968-1971, beliau menuntut di Universiti Malaya dan menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Pada 1971, beliau mengasas-bersama Abim.
Anwar berperanan pivotal memberi nafas baru dan kepemimpinan unik terhadap gerakan mahasiswa/belia di kampus, dalam masyarakat, di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau terkenal dengan kekentalan keyakinan dan tindakannya yang dipandu kekuatan idealisme, aktivisme dan intelektualisme.
Suaranya tentang "memperkasa bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu", "gelombang kebangkitan Islam", "jurubicara umat", "ejen perubahan", "yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin" dan "menegakkan kebenaran dan keadilan" disambut hangat para mahasiswa/belia dan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

RM 90 Juta: Pas kini dalam proses saman Sarawak Report - Hadi

Posted: 15 Aug 2016 03:27 PM PDT

Sarawak Report mendakwa parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada PM
hadi
KOTA BAHARU: PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata proses tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Lujnah Guaman parti.
"Proses untuk menyaman Sarawak Report sedang berjalan sekarang termasuk untuk melantik peguam (di London)," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

'Kenyataan Najib tentang Bersatu aneh'

Posted: 15 Aug 2016 03:26 PM PDT

Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.
Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.
"Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.
"Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?
"Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab serta pra-matang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu di negara ini.
"DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.
"Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu," katanya.
Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

FIFA 2017: FAM tarik diri atas faktor keselamatan

Posted: 15 Aug 2016 03:24 PM PDT

Kerajaan yang menyarankan agar menarik diri atas faktor-faktor keselamatan, jelas Timbalan Presiden Afandi Hamzah
fifa
PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik diri daripada menjadi tuan rumah Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2017 dibuat selepas menerima nasihat dan saranan daripada kerajaan.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata bukan FIFA yang membatalkan hak penganjuran kongres itu, yang turut menjadi medan pemilihan bagi penganjur Piala Dunia 2026.
"Kita telah menghantar surat secara rasmi (mengenainya) pada 25 Julai dan perkara ini telah disahkan oleh FIFA pada 9 Ogos lepas. Keputusan ini berdasarkan nasihat kerajaan yang menyarankan agar menarik diri atas faktor-faktor keselamatan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Aggota Jawatankuasa (Exco) persatuan itu di Wisma FAM di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa FIFA melucutkan hak penganjuran kongres itu kerana tiada jaminan untuk mendapatkan visa perjalanan bagi delegasi dari negara seperti Israel, selain masalah dalaman FAM yang turut menyaksikan persaraan empat pemain kebangsaan dan dakwaan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa berlakunya penyelewengan dalam FAM.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri pada Sabtu lepas berkata keputusan itu diambil kerana tidak mahu meletakkan negara dalam risiko tinggi dari segi keselamatan.
Sementara itu, seorang lagi timbalan presiden FAM Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata pihaknya sedang memperhalusi formula yang dicadangkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai program pembangunan bola sepak Malaysia.
"Kita digalakkan bekerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) tetapi kita telah ada program kita sendiri…ada pelan tindakan dan dalam proses melaksanakannya. Kami juga dalam proses memilih calon yang layak untuk mengetuai dan menjalankan tugas ini," katanya.
Selain itu, FAM juga bermesyuarat dengan PPBN dua hari lepas mengenai perkara itu kerana mereka mempunyai program pembangunan mereka sendiri iaitu untuk remaja berumur 9 hingga 17 tahun manakala FAM menjaga skuad elit," katanya.
Turut dibincangkan pada mesyuarat itu ialah mengenai persiapan skuad Sukan SEA 2017 kendalian Frank Bernhardt.
Beliau berkata keputusan sama ada melaksanakan latihan pusat penuh sehingga temasya Sukan SEA berlangsung atau dipanggil berlatih berdasarkan keperluan, masih belum dibuat ekoran mengambil kira status pemain yang terikat dengan kontrak bersama negeri dan kelab masing-masing yang beraksi dalam Liga Malaysia.
FAM tolak peletakan jawatan presiden
Read More / Baca Lagi >>

UMNO bau hancing saban hari menipu rakyat...

Posted: 15 Aug 2016 06:49 AM PDT


WOWW!!.. Rupa2nya Malaysia antara negara TERBERSIH RASUAH !!!

Posted: 15 Aug 2016 06:33 AM PDT

Patutler yg terima 'derma' RM2.6 bilion tak kena tangkap & tahan hingga skrg..

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:32 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


"TUNJUK PERASAAN MANA DAN BERKAITAN ISU APA ZAHID HAMIDI PERNAH TURUT SERTA?"

Posted: 15 Aug 2016 06:42 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an  ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang  menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam negara kerana pernah berpengalaman sebagai "bapa demo" pada tahun 70an dahulu.

Malah Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lembah Pantai juga dipetik sebagai berkata, demonstrasi anjuran Bersih selama ini masih dikira kecil-kecilan saja.

Bukan nak menghina mereka, ini (merujuk dirinya) bapa demonstrasi dulu, ujar Zahid lagi.

Namun demikian, menurut Ibrahim, orang yang mungkin lebih mengetahui mengenai penglibatan Zahid dalam tunjuk perasaan ialah Hishammuddin Rais atau Ahli Parlimen Batu Pahat, Idris Jauzi yang mengetuai PKPIM ketika itu.


Jadi, bila siasatan 1MDB selesai, soal peguam Mahathir

Posted: 15 Aug 2016 06:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setahun sudah berlalu sejak Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis memulan siasatan mereka ke atas firma dana berdaulat, 1MDB. Jadi, bila siasatan berkenaan akan selesai, soal peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Haniff, yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes-kes yang berkaitan dengan perkara 1MDB, berkata demikian dalam posting di Facebook.

Katanya,akhbar New York Times, Sabtu lalu melaporkan siasatan sedang giat dilakukan terhadap Falcon Private Bank oleh pihak berkuasa Switzerland.

Ini adalah berdasarkan kepada laporan bahawa "pihak penguatkuasaan undang-undang di Switzerland dan Malaysia sedang menyiasat pemindahan misteri bank cawangan Singapura bernilai AS$681 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya."

Azmin fail semakan kehakiman terhadap status sulit audit 1MDB

Posted: 15 Aug 2016 06:22 AM PDT

THE MALAYSIA TIMES


Azmin-1MDB


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan ketua audit negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR memfailkan saman itu menerusi Tetuan Tommy Thomas di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau selaku pemohon menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, beliau menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama iaitu perdana menteri untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden  kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, OSA dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, Azmin juga menuntut suatu perintah mandamus  bagi memaksa semua responden , pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana dibuat dalam pelanggaran Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah.

Sementara itu Azmin dalam sidang media yang diadakan di lobi mahkamah, berharap mahkamah akan meneliti permohonan yang difailkan, dan membenarkan dokumen-dokumen itu diklasifikasikan semula untuk kepentingan rakyat.

DBKL akan menentukan kadar sewa bagi sistem sewa beli tanpa deposit

Posted: 15 Aug 2016 06:20 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


pprlembahpantai


KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menentukan kadar sewa untuk sistem sewa beli tanpa deposit bagi kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL akan mengadakan perbincangan terperinci dengan semua jabatan yang berkenaan bagi mengkaji kaedah sesuai dalam menentukan kadar sewa berpatutan mengikut jumlah bilik.

Melalui sistem ini, katanya, penyewa sedia ada akan perlu membayar kadar sewa yang lebih disertai dengan caj-caj lain.

"Bagaimanapun, kelebihan sistem ini adalah penghuni tidak perlu lagi berurusan dengan pihak bank untuk menguruskan dokumen perjanjian kerana semua proses akan melibatkan pembeli dan DBKL sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Jalur Gemilang peringat DBKL di sini hari ini.

Mhd Amin Nordin mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamaidi Ahad lepas PPR di ibu kota akan dilaksanakan secara sewa dan beli tanpa deposit bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Mhd Amin Nordin berkata, DBKL juga merancang untuk menyeragamkan setiap blok PPR mengikut kategori tertentu seperti blok penyewa dan blok sewa dan beli bagi menjadikannya lebih teratur serta sistematik.

Bagaimanapun, katanya, sikap penghuni yang tidak berdisiplin dalam membayar sewa hingga mengakibatkan jumlah tunggakan sehingga RM38 juta menjadi antara kekangan utama dalam melaksanakan sistem ini.

"Kami (DBKL) boleh uruskan sistem sewa beli ini sepenuhnya tapi kita cuma mahukan penyewa lebih berdisiplin dalam membayar sewa setiap bulan.

"Mengikut keputusan Kabinet, kalau gagal bayar sewa selama tiga bulan, kami boleh ambil semula rumah itu," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar warga kota termasuk pemilik premis dan bangunan kerajaan, kompleks membeli-belah, hotel dan kediaman mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat patriotisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-59 pada 31 Ogos ini. – Bernama


Dapat masuk UPSI, tapi tak mampu bayar yuran

Posted: 15 Aug 2016 06:18 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


image (21)


SIK: Seorang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), namun dia tidak mampu menyediakan yuran pendaftaran kemasukannya pada 28 Ogos ini.

Nor Azila Osman, 20, bekerja sementara sebagai operator kilang sementara menunggu keputusan STPM, namun pendapatan yang dikumpul daripada pekerjaannya itu tidak mampu menampung perbelanjaannya.

"Saya menerima surat tawaran pada 8 Ogos lalu untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pendidikan di UPSI. Namun saya hadapi dilema apabila wang yang saya kumpul selama ini belum mencukupi untuk saya membayar yuran pendaftarannya," kata anak yatim piatu ini yang dijaga abangnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik ini yang mendapat keputusan 3.42 berkata yuran pendaftaran serta yuran kolej untuk satu semester di UPSI ialah sebanyak RM2,182.35.

"Saya terfikir tidak mahu lagi menyambung pelajaran, tapi sampai bila saya akan berbuat demikian," katanya. – Bernama

FAM kesal dengan tuduhan rasuah TMJ

Posted: 15 Aug 2016 06:13 AM PDT

INTAN NUR IDAYU


TMJ-FAM2


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kesal dengan tuduhan yang dibuat oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau mempunyai bukti salah laku dalam FAM. 

Menurut Timbalan presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad, selama ini persatuan tersebut memberi maklum balas setiap tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tetapi beliau kesal apabila tuduhan daripada Tunku Ismail yang lebih dikenali dengan nama TMJ itu diwar-warkan oleh media seolah-olah FAM tidak memberi kerjasama. 

"Kami adalah pemegang jawatan yang baru dilantik pada 2014. Kami berusaha untuk membersih dan meningkatkan nama FAM tapi kami tak diberi peluang. 

"Saya kalau boleh tak mahu besarkan lagi isu ini jadi lebih baik kita tutup cerita," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan hari ini selepas tamat mesyuarat bersama Exco FAM. 

Naib Presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang turut berada dalam sidang media tersebut juga menyatakan mesyuarat Exco yang diadakan hari ini tidak membincangkan mengenai tuduhan TMJ itu. 

Difahamkan, Abdul Mokhtar berkata demikian merujuk kepada tuduhan Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) mendakwa beliau mempunyai pemacu simpanan mudah alih (pendrive) mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah dalam FAM.

Pada masa yang sama juga, arena bola sepak negara pula dikejutkan dengan berita persaraan empat pemain JDT daripada menyarung jersi Harimau Malaya dan Tunku Ismail mendakwa ia berpunca daripada program dalam skuad kebangsaan dan sikap tidak bertanggungjawab FAM.

Empat pemain tersebut adalah Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula, beliau meminta bukti yang didakwa dipunyai oleh TMJ itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membolehkan siasatan dijalankan. 

Kata Khairy, pihak terbabit tidak boleh melindungi atau menyimpan bukti jenayah seperti itu. 

Difahamkan, ekoran daripada dakwaan TMJ dan persaraan empat pemain utama Harimau Malaya itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM walaupun kontrak beliau akan tamat pada tahun 2018 nanti. 

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, sebagai tanda sokongan kepada Presiden, persatuan tersebut telah bersetuju untuk mengawalkan tarikh pemilihan semula. 

"Sebagaimana yang semua tahu, presiden akan letak jawatan. Jadi, pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 2018 diawalkan pada 2017. 

"Tarikh akan ditentukan kemudian," kata Afandi 


“Belum apa-apa lagi Najib telah melompat” – Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2016 06:10 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Najib-UMNO-Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak sampai seminggu beliau mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan parti BERSATU, serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin UMNO.

"Terbaharu ialah daripada Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP.

Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.

"Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada ahli dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

"Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata "jump the gun". Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang.

"Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan "hantu" yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib. Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!

"Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini.

"Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum," katanya.

Muhyiddin berkata BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.

"Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

"Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

"Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana.

"Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan "Malaysian Official Number One" yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi.

"Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

"Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!," katanya.

"Ini hanyalah secebis daripada wang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion. Sebahagian besar wang ini tidak dapat dikesan dan kemungkinan juga telah lesap.

Adakah orang Melayu akan melupakan semua ini dan memaafkan Najib dan konco-konconya? Tentu sekali tidak. Amat malang jika Najib berfikiran begitu. Beliau sebenarnya memandang rendah nilai, budaya dan maruah orang Melayu.

KALAU BERANI, SAHUT CABARAN DR M

Muhyiddin turut mencabar Najib supaya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat, jika perdana menteri itu ingin membersihkan namanya.

"Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

"Saya yakin orang Melayu yang tinggi adab dan tatasusilanya akan bangkit bersatu secara terhormat untuk menentang kemungkaran Najib dan pentadbirannya yang telah merosakkan maruah bangsa dan negara.

Saya percaya masa untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara yang kian tercalar telah tiba. Masanya ialah sekarang!

"Bersatulah demi menyelamatkan Malaysia," katanya.

Tengku Sulaiman tuntut takhta

Posted: 15 Aug 2016 06:01 AM PDT

Tengku Sulaiman tuntut takhta
Tengku Sulaiman (tengah) berbincang sesuatu dengan peguamnya T Mura Raju (kanan) di luar kamar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, dengan ditemani bapa saudaranya, Syed Abdul Aziz Syed Hamzah.
 

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini, semalam, memanggil Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, untuk pengurusan kes tuntutan takhta Sultan Terengganu daripada keturunan Tengku Ali Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman mengikut Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 yang difailkan olehnya sejak 3 Mei lalu.

 Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menetapkan 25 September ini sebagai tarikh untuk pengurusan kes selanjutnya.

 Keputusan dibuat atas permintaan pihak defendan-defendan kerana pihaknya bercadang membalas afidavit pihak Tengku Sulaiman sebagai plaintif yang difailkan bagi menentang permohonan-permohonan defendan untuk membatalkan tuntutan berkenaan.

 Tengku Sulaiman, 59, hadir di mahkamah semalam, ditemani peguamnya, T Mura Raju, buat kali ketiga selepas kali pertama pada 6 Jun lalu dan disusuli pada 17 Julai di mahkamah sama.

 Beliau, yang merupakan cucu lelaki sulung kepada Tengku Ali, menamakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin; Isa @ Ghazali Endut; Tengku Ibrahim Tengku Hussain; Syed Omar Abdul Kadir Al-Idrus; Shaikh Harun Shaikh Ismail, semua didakwa sebagai ahli-ahli semasa Dewan Pangkuan Diraja Terengganu dan kerajaan negeri, sebagai defendan.

 Berdasarkan pernyataan tuntutannya, pada 26 September 1942, Tengku Ali menduduki takhta Kerajaan Terengganu berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III.

 Bagaimanapun, Tengku Ali diturunkan daripada takhta itu pada 5 November 1945 oleh Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu,  kini dikenali sebagai Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, dan melantik bapa saudara Tengku Ali iaitu Tengku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III sebagai Sultan Terengganu.

 Di dalam pernyataan tuntutan itu juga mendakwa, sedangkan pada waktu itu, Tengku Ali mempunyai anak sulung lelaki berusia 11 tahun iaitu Tengku Abdul Halim Tengku Ali yang sepatutnya menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Terengganu.

 Justeru, Tengku Sulaiman yang merupakan anak lelaki sulung kepada Tengku Abdul Halim menuntut haknya menduduki takhta Sultan Terengganu berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911, Perlembagaan Terengganu dalam bentuk asal.

 Pernyataan tuntutan itu turut menyebut bahawa plaintif berhak mewarisi dan menaiki serta menuntut takhta Negeri Terengganu semasa hayatnya.

Selain itu, berdasarkan pernyataan tuntutan itu turut memaklumkan plaintif sebelum ini pernah mengemukakan tuntutannya kepada Dewan Pangkuan Diraja Terengganu yang mana buat masa ini ia dikendalikan oleh defendan-defendan.

 Menurut tuntutan itu, Dewan tersebut mengeluarkan surat pada 1 September 2014 yang memutuskan sebulat suara secara bertulis bahawa tuntutan plaintif ditolak sambil memberi amaran supaya plaintif jangan melakukan khianat atau derhaka seperti termaktub dalam Fasal 52 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 dan Fasal 27 (Bab atau Bahagian Kedua) Perlembagaan tersebut.


Polis belum putuskan benar demo #TangkapMO1

Posted: 15 Aug 2016 05:56 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihak polis akan mengkaji terlebih dahulu permohonan penganjur perhimpunan #TangkapMO1 sebelum memberikan sebarang kebenaran.

Menurut Khalid, penganjur juga perlu mengikut peruntukan bawah Akta PerhimpunanAman untuk menganjurkan perhimpunan pada 27 Ogos depan.

"Dia (penganjur) kena ikut peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kalau dia ikut peruntukan-peruntukan akta itu, kita akan kaji," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada terdapat lokasi tertentu yang akan dibenarkan oleh pihak polis, Khalid berkata permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu perlu dihantar terlebih dahulu.

"Tengok mana dia nak mohon (lokasi). Dia kena hantar dulu permohonan (notis) dia. Baru kita buat ulasan-ulasan," katanya lagi.

Sementara itu, penganjur perhimpunan #TangkapMO1 akan menghantar notis makluman kepada polis di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur esok.

Jurucakapnya, Anis Syafiqah berkata notis itu akan dihantar 10 hari sebelum perhimpunan itu berlangsung seperti dikehendaki undang-undang.

Kumpulan belia yang memperkenalkan diri sebagai "Gabungan #TangkapMO1" merancang perhimpunan serentak di dua lokasi berasingan pada 27 Ogos ini, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Di ibu kota kumpulan itu merancang berkumpul di beberapa lokasi sebelum berarak menuju tempat terakhir di Dataran Merdeka.

Malaysian Official 1 (MO1) dinamakan 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bagi merampas aset lebih AS$ bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB di negara itu.

Pengkritik mendakwa ia merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata DOJ hanya menyebut MO1 dan tidak menamakan Najib kerana beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada siasatan.


Jangan takut 'hantu', bersatu angkat maruah Melayu

Posted: 15 Aug 2016 05:50 AM PDT

Muhyiddin Yassin


ULASAN Tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin Umno.

Terbaharu daripada Presiden Umno sendiri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP.

Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.

Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada anggota dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata "jump the gun".

Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?

Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pramatang.

Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

DAP bakal dijadikan "hantu" yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.

Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!

Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini.

Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

Melayu diam, tapi bijaksana 

BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat.
Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan beliau, Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain Umno dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya.

Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana.

Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 bilion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat.

Malah seorang yang dinamakan "Malaysian Official Number One" yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbilion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi.

Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (AS$3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan,Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak!

Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood.

Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Ini hanyalah secebis daripada wang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara.
Najib dan konco-konconya
Jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion. Sebahagian besar wang ini tidak dapat dikesan dan kemungkinan juga telah lesap.

Adakah orang Melayu akan melupakan semua ini dan memaafkan Najib dan konco-konconya? Tentu sekali tidak. Amat malang jika Najib berfikiran begitu.

Beliau sebenarnya memandang rendah nilai, budaya dan maruah orang Melayu.

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat.

Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Saya yakin orang Melayu yang tinggi adab dan tatasusilanya akan bangkit bersatu secara terhormat untuk menentang kemungkaran Najib dan pentadbirannya yang telah merosakkan maruah bangsa dan negara.

Saya percaya masa untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara yang kian tercalar telah tiba. Masanya ialah sekarang!

Bersatulah demi menyelamatkan Malaysia!

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN presiden penaja BERSATU.


Kit Siang: Najib perkudakan Jho Low atau sebaliknya

Posted: 15 Aug 2016 05:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan hubungannya dengan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata demikian ketika merujuk peranan Low dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika yang mendakwa dana AS$3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.

"Biar Najib nyatakan dengan jelas siapa yang perkudakan siapa dalam skandal 1MDB - Jho Low mempergunakan Najib atau Najib mempergunakan Jho Low?

"Siapa yang menipu siapa?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, saman DOJ setebal 136-halaman yang difailkan itu memperincikan bagaimana Low membelanjakan wang yang diseleweng itu bagi membeli hartanah mewah dan karya seni, sementara rujukan juga dibuat terhadap pemimpin kerajaan yang tidak dinamakan.

"Adakah Jho Low dalang di sebalik skandal kewangan global 1MDB ... atau adakah Najib dalang yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' sebanyak 36 kali dalam saman setebal 136 muka surat DOJ itu?" soalnya.

DOJ memfailkan saman itu untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Lim berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam siasatan ke atas 1MDB juga gagal memanggil dua lelaki berkenaan yang adalah kunci kepada isu ini.

"Salah satu sebab mengapa laporan PAC ke atas 1MDB tidak lengkap dan tidak memuaskan adalah kerana dua ekor gajah tidak diendahkan - Najib dan Jho Low, sedangkan mereka penting dalam siasatan untuk setiap fasa skandal 1MDB.

"Saya percaya bahawa pelbagai pemimpin bahagian dan ahli-ahli Umno lebih berminat untuk mengetahui hubungan sebenar antara Najib-Jho Low dan skandal global 1MDB, dan bukannya Najib mengulangi dakwaannya menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam," katanya.

Beliau berkata bahawa tidak ada orang yang lebih arif untuk menjelaskan hubungan sebenar kedua-dua mereka, selain diri Najib sendiri.

"Mengapa Najib mesti begitu berahsia tentang hubungannya dengan Jho Low?" soalnya

Elak pendakwaan selektif SPRM, pesan Pemuda PAS WP

Posted: 15 Aug 2016 05:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan ketegasan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Dzulkifli Ahmad untuk menentang rasuah.

Dewan itu bagaimanapun berharap ia dilakukan secara konsisten, berani, tegas serta mengetepikan pendakwaan terpilih.

"Tawaran yang dikemukakan oleh ketua pengarah SPRM juga boleh diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara supaya lebih banyak skandal rasuah dapat diselesaikan setiap tahun," kata ketuanya Khairil Nizam Khirudin.

Dzulkifli, 48, semalam memberi amaran supaya amalan rasuah dan salah guna kuasa dihentikan atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.

SPRM juga membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan.

Dzulkifli, yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas, juga menyifatkan suruhanjaya itu tidak akan 'pilih bulu' dalam tugas.

Harus selesai 95% kes 

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Dzulkifli berkata SPRM harus komited menyasarkan penyelesaian kes rasuah melebihi 95 peratus setiap tahun.

"Ia harus menjadi indikator baru kepada ketua pesuruhjaya SPRM," katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa badan itu berhadapan tugas berat untuk memulihkan semula kredibiliti SPRM susulan perkembangan beberapa kes terkenal.

"Siasatan SPRM terhadap SRC International, derma RM 2.6 bilion dan secara tidak langsung terhadap kes 1MDB telah menjejaskan reputasinya sebagai badan bebas kerana ia seolah-olah dibayangi campur tangan politik yang keterlaluan," katanya.

Khairil Nizam juga berkata rombakan besar-besaran SPRM menimbulkan persepsi-persepsi baru.


Awasi penularan Syiah di universiti

Posted: 15 Aug 2016 05:41 AM PDT

Awasi penularan Syiah di universiti
Abdullah ketika menceritakan mengenai perkembangan Syiah di negara ini, kelmarin.
 

PENULARAN fahaman Syiah nampak seolah tiada apa-apa yang berlaku, tetapi sebenarnya mereka bergerak secara bersembunyi.

Barangkali program dan penerangan yang dibuat oleh pihak jabatan agama dan jabatan mufti di seluruh negara menyukarkan untuk mereka berkembang kerana masyarakat mula menyedari kesesatan Syiah.

Walaupun begitu, tidak boleh dipandang ringan kewujudannya di negara ini kerana doktrin yang disampaikan mudah mempengaruhi dengan hadis-hadis yang digunakan, seolah-olah menunjukkan benarnya ajaran yang dibawa Syiah atas nama 'mencintai ahlul bait'.

Ikuti kupasan lanjut mengenai hal-hal berkaitan Syiah di Malaysia menerusi wawancara khas Wartawan Sinar Harian, MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI bersama Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (PUK), ABDULLAH DIN.

Apakah pandangan ustaz mengenai perkembangan Syiah di Malaysia?

Secara umumnya, apabila ia melibatkan akidah memang serius... memang bahaya... sebab kalau dadah habis kuat mati saja, tapi yang terlibat dengan akidah Syiah ini rosak akidah dia walaupun dia orang Islam, anak kita, cucu kita dan pelajar kita di sekolah. Kalau dia terpengaruh dengan ajaran Syiah, bermakna akidah dia rosak kerana mempercayai asas-asas akidah yang salah dan bertentangan.

Cuba bayangkan seseorang itu mengatakan dia Islam, tengok badan sihat tapi kepercayaan dia kepada Saidina Abu Bakar adalah kafir.. Saidina Umar juga kafir... dia maki hamun para sahabat nabi dengan menggunakan pelbagai istilah. Sebenarnya orang-orang ini dah rosak dan akan menyebabkan orang lain juga akan turut rosak kerana dia.

Jadi bahaya pemikiran Syiah dan akidah tak boleh dipandang kecil. Dia sangat serius dan kita tak boleh biar masyarakat kita terus terpengaruh. Tambahan pula di Malaysia yang menyebarkan Syiah ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang dinamakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kita boleh tunjuk siapa Syiah di universiti-universiti tempatan dan siapa Syiah di sekolah-sekolah. Sampai sekarang yang saya sedihnya tak ada tindakan secara bersungguh-sungguh daripada pihak berkuasa untuk menyekat pemikiran Syiah daripada berleluasa di negara kita.

Bila Syiah mula masuk ke Malaysia?

Punca kelahiran Syiah di Malaysia ini sejak 1979, apabila kerajaan Iran (Republik Islam Iran) berjaya diasaskan oleh Ayatullah Khomeini. Dunia Islam ini dia kagum dengan mana-mana orang yang berwatak agama dan ulama. Masa itu bukan saja ulama di Malaysia yang kagum terhadap ajaran Syiah, pertamanya dia kagum dekat Khomeini itu. Bahkan ulama di seluruh dunia kagum dengan dia, inilah contoh untuk lawan Amerika Syarikat dan Rusia pada ketika itu.

Tiba-tiba muncul Iran pada waktu itu bawa nama Islam, kata kami nak memperjuangkan Islam. Jadi pada waktu itu para ulama di seluruh dunia memberikan ucapan tahniah terhadap penubuhan negara Islam Iran. Sehingga di Malaysia pada 1980, mereka tubuh kedutaan Iran yang pertama.

Apabila tubuh kedutaan Iran yang pertama, dia mula merekrut orang-orang kita di kalangan pensyarah-pensyarah universiti, ahli-ahli politik dan aktivis untuk jadi Syiah. Antara orang yang terlibat di Malaysia yang bercerita pengalaman peribadi, dulu mereka dibawa ke Iran untuk lihat Syiah di sana dan cuba direkrut jadi Syiah tapi gagal ialah (Mursyidul Am Pas) Datuk Dr Haron Din.

 Mereka terus usaha daripada saat itulah seorang demi seorang, orang-orang politik kita, orang-orang agama kita khususnya masuk Syiah. Dari sini ia berkembang... dari universiti.

Lama kelamaan mereka yang berada di universiti jadi Syiah. Sekarang jadi pula pengarah jabatan di Kedah dan ada guru di sekolah, jadi hasil daripada universiti inilah. Sekarang bercambah puak-puak Syiah yang berada di sana-sini, sebahagiannya kita kenal.

Sejauh mana mudarat Syiah pada negara kita?

Sangat bahaya! Sebab ajaran Syiah dibina asasnya untuk meruntuhkan ajaran Islam. Di Malaysia, orang-orang Syiah akan baca buku 'akhirnya ku temui kebenaran' dan 'dialog sunnah Syiah'. Semua buku ini doktrin dia untuk orang masuk Syiah, mula benci kepada para sahabat nabi kita.

Kesannya kepada Islam apabila orang mula tidak percaya kepada para sahabat nabi, dia ragu kepada sahabat nabi, kesannya nanti akan tertolak al-Quran dan Sunnah.

Sebenarnya matlamat dia nak runtuhkan ajaran Islam dengan memulakan gerakkan supaya masyarakat benci kepada para sahabat nabi dan itu sudah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kita bina Ahli Sunnah Wal Jamaah ini atas kecintaan terhadap para sahabat. Dalam kitab-kitab Ahli Sunnah menekankan pentingnya kita menyayangi dan mencintai para sahabat nabi, tiba-tiba dia bawa akidah suruh benci pada sahabat.

 Apabila orang mula benci dan tidak percaya para sahabat nabi, akhirnya runtuhlah agama Islam dan keyakinan umat Islam terhadap Sunnah-sunnah dan juga ayat al-Quran.

Bagaimana kita boleh kenalpasti seseorang itu Syiah atau Ahli Sunnah?

Kebanyakan mereka masih berselindung. Syiah ini ada ajaran taqiyah (berselindung). Selalunya orang Syiah tidak berani mengaku dia Syiah, kalau kita tanya dia akan jawab sebagai Ahli Sunnah.

Pada pengetahuan ustaz juga, di kawasan mana terdapat ramai pengikut Syiah?

Pada pengetahuan saya, orang selalu kata Kedah ramai Syiah. Tapi saya rasa yang bahaya ialah Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebab di sana banyak pusat pendidikan dan di sana juga ada ramai pelajar daripada Iran. Jadi sebahagiannya menyebarkan ajaran Syiah melalui kawan-kawan.

Mula-mula mereka akan neutral dulu, mereka akan kata Syiah ini ok dan tak apa... dari situ dia akan masuk. Bagi saya, Kedah ini tak lah banyak sangat Syiah, yang kita bimbang di negeri-negeri yang banyak universiti sebab di situlah orang kita akan didoktrin.

Syiah ini juga berkembang melalui sastera sebab di Malaysia kita ada penulis-penulis yang walaupun tak mengaku Syiah, tapi orang tahu dia Syiah. Melalui penulisan novel, kuasa mempengaruhi orang itu hebat. Siapa baca novel ini dia sanggup tak makan nasi dan habiskan bacaan dahulu.

Dia akan terpengaruh dengan pemikiran penulisan itu. Kalau penulis itu berjaya mengutarakan bukti-bukti yang bukan pun kuat dari sudut saintifik, tapi boleh mempengaruhi jiwa dan emosi dia, dia akan percaya. Novel-novel ini banyak berunsur percintaan... cukup bahaya.

Apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk menangani penularannya?

Saya dah sebut berkali-kali, yang pertama sekali soal peruntukan undang-undang. Ya... saya tak setuju juga nak tangkap semua pengikut Syiah sebab ia akan mengakibatkan kesan buruk kepada ekonomi dan hubungan diplomatik Malaysia dengan Iran dan Iraq.

Kita kena buat usaha-usaha lain, misalnya undang-undang keluarga berkaitan Syiah. Haramkan perkahwinan Syiah dengan Ahli Sunnah. Kalau berlaku perkahwinan boleh disabit dengan Syiah, fasakh (pembubaran perkahwinan).

Macam mana nak bagi ada undang-undang yang salah satu sebab fasakh ialah berbeza dengan akidah Syiah. Apabila dia maki para sahabat, kita kena keluarkan dari Islam. Apabila keluar dari Islam, kita boleh fasakh.

 Hak tuntutan anak juga, berkali-kali saya ulang. Tapi setakat ini tak ada negeri yang respons. Buat tak tahu saja, banyak kes yang kita dengar. Sampai bila nak berlarutan isu ini, dah berkali-kali kita bangkit di dada akhbar, televisyen dan  forum kebangsaan. jabatan agama dan pihak berkenaan bertindaklah.
ALLAH akan bagi pahala sangat besar kalau kita boleh bantu umat Islam yang berada dalam kemelut dan masalah anak yang berada dengan mak ataupun bapa Syiah, sebab tak ada undang-undang yang nak membela mereka.

Isu sembelihan juga, jangan makan sembelihan Syiah. Kena keluarkan fatwa ini. Tanah kubur juga. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Pelajaran khususnya di sektor pendidikan Islam yang banyak buat usaha untuk mengekang pengaruh Syiah di Malaysia melalui pembaharuan kokurikulum subjek pendidikan Islam. Kita dah buat, tunggu buku teks keluar nanti memang akan nampak perubahan yang kita buat.

Masyarakat juga perlu sedar, kena berhati-hati dengan gerakan Syiah. Kalau dia jadi satu kuasa ekonomi, lagi susah untuk kita tangani puak ini. Sekarang sudah ada syarikat umrah dan haji, syarikat air, syarikat jual mee dengan menggunakan nama-nama mirip ahlul bait dan nama-nama Syiah.
 
Apakah pandangan ustaz mengenai kenyataan yang dikeluarkan sesetengah ulama mengenai Syiah?

Saya kecewa sebab para ulama tidak sekata dalam isu Syiah. Ada yang kata sSyiah tak apa... Syiah Islam lagi... tak sesat... sebab para ulama tak sekata dalam isu ini, masyarakat di bawah akan terus keliru.
Tambahan pula kenyataan yang kata Syiah tak apa daripada tokoh-tokoh masyarakat yang dihormati sebagai ulama. Para ulama fikirlah sebelum keluarkan kenyataan. Biar tahu dahulu, jangan tak tahu tapi nak keluarkan juga. Nanti mengakibatkan kerana sepatah perkataan, sesat.


Pas Selangor yakin Gagasan mampu raih sokongan

Posted: 15 Aug 2016 05:28 AM PDT

SINAR HARIAN


Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad


SHAH ALAM – Pas Selangor yakin penubuhan Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang disertai Pas dan Ikatan mampu meraih sokongan dalam kalangan rakyat sebelum menjelang PRU akan datang.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perikatan tersebut akan berkembang dengan lebih banyak penyertaan daripada parti politik lain, selain turut disokong oleh NGO dan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ini.

"Pas Selangor yakin aspirasi gagasan sejahtera dikongsi oleh rakyat. Pas Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan yang dipimpin oleh Pas dan buat masa ini dianggotai oleh Pas dan Ikatan.

"Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, dengan adanya Gagasan, maka lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.

"Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di negara ini.

"Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju. Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan," katanya lagi.


SPRM tahan VVIP, aset lebih RM13j dibekukan

Posted: 15 Aug 2016 05:28 AM PDT



SPRM

SPRM


SHAH ALAM - Tiga penjawat awam dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) lebih kurang jam 12 dan 2 petang tadi.

"Selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM telah menjalankan operasi serentak di tiga negeri tersebut," kata Azam dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

" Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk penthouse, rumah banglo serta  kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan penggubahan wang haram," katanya.

Azam berkata, dalam serbuan secara serentak pada hari ini, SPRM juga turut menjumpai wang tunai lebih kurang RM400,000 termasuk mata wang asing bernilai serta beberapa utas jam tengah mewah.

"Siasatan dibuat di bawah seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram2001.

"Di bawah kesalahan seksyen Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi," katanya.

Akta Penggubahan Wang haram pula, boleh penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM 5 juta mana  yang lebih tinggi.

Siasatan SPRM masih diteruskan dan semua yang ditahan dijangka akan direman di mahkamah majisteret esok.


‘Pakatan Harapan Wadah Lama Yang Gagal’ – Presiden PAS

Posted: 14 Aug 2016 05:43 PM PDT






Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan platform Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN adalah wadah lama yang gagal, justeru itu Parti Islam beralih kepada platform baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.


"Kita (Gagasan Sejahtera) merupakan wadah baharu. Itu (Pakatan Harapan adalah) wadah lama.

"Wadah lama sudah gagal,"katanya dalam sidang media bersama Ikatan di Ibu Pejabat PAS,Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sekiranya PH menerima idea Gagasan Sejahtera, adakah blok ketiga itu akan bersedia bekerjasama dengan gabungan DAP, PKR dan PAN itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan lagi maksud wadah baharu yang diketengahkan oleh Gagasan Sejahtera iaitu pendekatan politik baharu yang menerima sesuatu perkara berasaskan fakta dan bukannya sentimen emosi.

"Gagasan ini melibatkan tiga segmen, parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh.

"Sebagaimana yang disebut oleh Presiden (PAS) dan Tan Sri (Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir) tadi bahawa Gagasan kita ini akan terus melebar dan membentuk suatu pemikiran politik baharu.

"Bukan lagi dua jalur. Politik kita bila dari pemerintah semua dianggap baik. Pembangkang semua tak baik. Jadi kita perlu membetulkan konsep itu.

"Kita pergi dengan fakta yang betul, bukan lagi persepsi dan mencari jalan penyelesaian, bukan lagi sekadar mengambil sentimen kepada isu-isu yang berlaku,"katanya.

Bayangan DAP Jika Berjaya Tawan Putrajaya Melalui Surat Jeff Ooi

Posted: 14 Aug 2016 05:38 PM PDT

 

 



Surat Ahli parlimen DAP Jelutong, YB Jeff Ooi kepada Dato' Patahiyah Ismail, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjadi viral di media sosial.


Kebanyakan ulasan di kalangan netizen mengaitkan surat itu dengan bayangan apa yang dilakukan DAP jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.



Blogger The Flying Kick membuat ulasan khusus berkenaan surat Jeff Ooi itu seperti berikut :
Dengan menggunakan kuasanya selaku Ahli Parlimen, Jeff Oii, Ahli Parlimen DAP Jelutong mengarahkan Datuk Bandar Pulau Pinang agar membatalkan perniagaan milik Bumiputera atas alasan, perniagaan tersebut berstatus haram dan dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Walhal yang dikatakan berstatus haram itu sebenarnya mempunyai permit yang sah. Sedangkan terdapat lebih banyak perniagaan lain yang tidak berlesen dan berpermit serta dijalankan secara haram terutama sekali yang membabitkan perjudian dan maksiat di seluruh Pulau Pinang, tetapi tidak pula Jeff Oii mengeluarkan arahan agar perniagaan mereka ditutup atau permohonan mereka untuk beroperasi dihalang.

Hanya kerana pemilik perniagaan tersebut adalah orang Melayu, Jeff Ooi menghalalkan perbuatan kejamnya dengan menyatakan bahawa ia dimiliki oleh pemimpin UMNO.

Dan kalaupun pemimpin UMNO, apa masalahnya?

Apakah orang UMNO tidak boleh berniaga di Pulau Pinang? Apakah orang UMNO atau orang Melayu tidak boleh langsung berdagang dan berurusniaga di bumi yang mereka buka, mereka majukan, sebelum Francis Light tiba dan kemudian membawa masuk seramai mungkin kaum Cina sebelum sejarah diherotkan kononnya Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?

Baru berkuasa di Pulau Pinang sahaja, tetapi nampaknya DAP sudah tidak sabar-sabar untuk melakukan pembersihan etnik.

Bagaimana dengan Chen Man Hin, pengasas DAP yang berasal dari China dan datang ke Tanah Melayu pada usia 13 tahun yang berurusan dengan FGV, anak syarikat FELDA menerusi syarikatnya, Pontian United Plantations Berhad (RUJUK SINI)?

dr chen

Kenapa agaknya Jeff Ooi tidak melalak dan meminta agar Kerajaan Malaysia terutama sekali FELDA atau pun Chen Man Hin sendiri agar tidak meneruskan urusniaga tersebut?

Kerana ia menguntungkan pihak DAP? Sakit hati kerana ada syarikat Melayu yang beroperasi di Pulau Pinang sekaligus menafikan cakap besar DAP kononnya orang Melayu tidak berkelayakan sebagai peniaga?

Bagaimana pula dengan Tony Pua yang pernah mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Malaysia menerusi syarikat ITnya yang dijual berpuluh-puluh juta?

Mengapa Jeff Ooi yang mengetahui perkara itu, tidak mengamalkan sikap yang sama, menegah Tony Pua daripada berurusan dengan Kerajaan Melayu-Bumiputera yang disokong oleh beberapa orang anggota kabinet bukan Bumiputera?

Sepatutnya Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO mengamalkan sikap yang serupa. Mana-mana penyokong, pemimpin atau pensimpati DAP tidak dibenarkan berniaga sama sekali di negara ini. Kalau mereka hendak berniaga juga, halau mereka ke Pulau Pinang. Buat sepertimana yang dibuat oleh Jeff Ooi, dan kita akan tengok, siapa yang paling kuat menyalak dan melalak!!!

Reformasi politik bermula dengan niat dan amal yang bersih

Posted: 14 Aug 2016 05:30 PM PDT

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
[ULASAN] Hanya satu sahaja Pilihanraya Negeri (PRN) berlaku tahun ini iaitu di Sarawak. Dua lagi PRN (Pulau Pinang dan Terengganu) yang diwar-warkan akan berlangsung sengit dan getir, tidak menjadi kenyataan. 
 
Secara langsung atau tidak ia mendinginkan sedikit suhu politik Malaysia yang turut terkesan dengan masalah kelembapan ekonomi dan ancaman keganasan merentas sempadan seluruh dunia.
 
PRN Sarawak Mei lalu melonjakkan sedikit darjah keyakinan diri Barisan Nasional (BN). Dua Pilihanraya Kecil (PRK) parlimen (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang mengekorinya mengendurkan lagi semangat  pembangkang, khususnya Pakatan Harapan. 
 
Idea mengadakan PRN Pulau Pinang adalah inisiatif DAP untuk menyekat membuaknya momentum sokongan rakyat sekali lagi pada Umno-BN.
 
Pada masa sama, DAP  mahu mengalih semula pandangan dan sokongan rakyat kepada pembangkang yang amat bangga mengutip 51 peratus undi majoriti dalam Pilihanraya Umum ke-13 tiga tahun lalu. 
 
PRN Pulau Pinang adalah senjata serampang pelbagai mata DAP untuk melindungi integriti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng daripada diremukkan oleh pertuduhan jenayah rasuah.
 
DAP mahu menterbalikkan keyakinan BN menggunakan PRN dan sekaligus melonjakkan harapan bersama PKR dan Amanah bahawa ia sudah bersedia menghadapi pilihanraya umum ke-14, selewat-lewatnya 2018.
 
Sementara di Terengganu, kemungkinan PRN berlaku didorong oleh hakikat rapuhnya kedudukan Umno yang memerintah negeri itu dek serakah politik peribadi bekas menteri besar negeri itu. 
 
Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatan berkenaan dua tahun lalu kerana prestasi kepimpinannya agak longlai hingga Umno hanya mampu mempertahankan 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 2013.
 
Malangnya beliau sukar menerima hakikat itu dan terus berusaha untuk membuktikan penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman bukanlah calon yang lebih baik daripadanya.
 
Gelagatnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar dalam sidang Mac lalu terhalang oleh keputusan Speaker yang mendapati inisiatif itu tidak menurut peraturan Dewan. 
 
Bagaimanapun menjelang sidang Dewan Isnin lalu, beliau membadai kerajaan Umno-BN dengan satu lagi ugutan undi tidak percaya. Meskipun usaha itu tidak berjaya diketengahkan kerana tiada sokongan, kestabilan politik Terengganu tergugat. 
 
Pun begitu Ahmad Said tidak menolak kemungkinan untuk terus menggugat kerajaan Umno kerana "beliau masih sayangkan Umno". Beliau cuma tidak mahu Umno Terengganu dipimpin Ahmad Razif. 
 
Logik politik Ahmad Said memang pelik. Mungkin beliau terpengaruh dengan pemikiran politik Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa oleh kerana beliau pernah memimpin Umno maka beliau berhak menentukan siapakah yang patut dan tidak patut menjadi presiden Umno.
 
Ahmad said tidak mahu Ahmad Razif menjadi menteri besar. Beliau berasa berhak mengambil pendirian itu kerana beliau pernah menjadi menteri besar. 
 
Politik ala Ahmad Said ini sebenarnya bukan baru di Malaysia. Pemikiran bahawa "jika aku tidak mendapat jawatan yang dihajati, maka orang lain pun tidak patut dapat" sudah lama menular dalam budaya politik Malaysia. 
 
Lantas membujur lalu melintang patah. Sesiapa sahaja yang cuba mengisi sesuatu jawatan idamannya adalah musuhnya. Ia berlaku dalam semua parti politik. 
 
Lebih ketara lagi, ada ahli politik yang mengidamkan sesuatu jawatan tetapi gagal mencapainya, maka jalan singkat ialah menubuhkan parti baru di mana beliau boleh memilih jawatan apa yang disukainya. 
 
Hal ini sudah dapat disaksikan dalam kes parti-parti politik serpihan seperti Semangat 46, Ikatan, Amanah dan yang akan datang Parti Pribumi Bersatu. 
 
Ada tokoh politik yang bersaing untuk jawatan ketua pemudapun tidak mampu, dengan bangga menduduki kerusi naib presiden dalam parti baru bikinannya. 
 
Nafsu politik begini hanya membuang masa rakyat. Ia hanya mengeruhkan lagi iklim politik negara. Hampir kesemuanya pemimpin bikinan sendiri ini mendakwa bertindak demikian kerana langkah itu diizinkan oleh demokrasi. 
 
Walhal niat sebenarnya ialah untuk menempatkan diri pada kerusi empuk politik yang lazimnya datang dengan segala kuasa, kemewahan dan pelbagai keistimewaan lainnya. 
 
Namun tragedi dua PRN yang tidak menjadi tahun ini amat terasa oleh sebuah parti yang baru akil baligh – Parti Amanah Negara. 
 
Setelah kecewa dalam percubaan sulung bertanding dalam PRN Sarawak, ia menemui dua lagi kekalahan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
 
Bak anak muda yang baru mumaiyiz, Amanah mengimpikan ada lagi PRN berlaku dan berpeluang menguji kekuatannya. Walhal apa yang dilakukannya itu ialah menambah luka perpaduan di kalangan rakyat.
 
Mujur PAS kini merintis jalan lain. Ia boleh memburukkan lagi keadaan dalam Umno dan menyokong Ahmad Said. Sudah tentu mudah bagi PAS menjemput wakil tunggal PKR untuk bersamanya menubuhkan kerajaan Terengganu. 
 
Namun PAS ada prinsip – budaya politik matang dan sejahtera. Dalam PRU 13 rakyat Terengganu memilih Umno untuk memimpin negeri itu. Mandat itu harus dihormati. Maka PAS menentukan pendirian tidak mahu menangguk di air keruh.
 
PAS biarkan Ahmad Said dan Ahmad Razif menentukan siapa di antara keduanya yang "lebih kasih pada Umno" dan mahu memperjuangkan kebajikan dan nasib rakyat.
 
PAS sedia menanti PRU datang lagi dan bertarung untuk menawan hati rakyat. Mungkin PAS insaf terbubarnya kerajaan PAS Perak selepas PRU 2008 ialah apabila PKR cuba memingit seorang ADUN Umno menyertai PKR.
 
Tindakan balas Umno-BN ialah memancing dan menawan seorang ADUN DAP dan dua Adun PKR sendiri. Iktibar yang harus diambil daripada politik songsang begini ialah jauhi politik curang dan padamkan politik  dendam. 


Malaysia destinasi utama kereta curi Australia

Posted: 14 Aug 2016 05:25 PM PDT

 
Permintaan untuk kereta mewah yang murah sangat tinggi sehinggakan ada yang sanggup berkunjung ke Australia dengan wang tunai bagi membeli kereta tersebut secara sah.


car-theft


PETALING JAYA: Malaysia menjadi destinasi utama kereta mewah dan alat ganti kenderaan yang dicuri, melalui satu saluran jenayah yang berpusat di Victoria, menurut polis Australia.

Herald Sun melaporkan antara kereta mewah yang dicuri ialah Audi, BMW dan Mercedes-Benz, yang kemudian dijual pada harga serendah A$1,000-A$3,000 (RM3,000-RM9,000).

Laporan itu berkata penjenayah akan merobek kereta yang dicuri sebelum menanggalkan alat ganti seperti kotak gear dan enjin, yang kemudian dipasang bersama kereta lain untuk dieksport.

Antara pasarannya ialah Asia dan Timur Tengah, dengan Malaysia menjadi destinasi utama.

Ia berkata Malaysia menjadi tarikan kerana permintaan yang tinggi untuk kenderaan mewah.

Pengarah Majlis Kebangsaan Membanteras Kecurian Kenderaan, Ray Carroll memberitahu Harold Sun, 
Malaysia mempunyai permintaan sangat tinggi terhadap kenderaan yang dicuri dengan kaedah sedemikian, sehinggakan ada pembeli yang datang ke Melbourne dengan wang tunai bagi membeli kereta sedemikian secara sah.

Sumber itu turut berkata aktiviti tersebut turut membiayai jenayah seperti dadah dan senjata haram.

Penjenayah yang mengaut untung besar juga kerap melepaskan diri daripada pihak berkuasa atau tindakan undang-undang melalui rasuah.

Sebelum ini, pihak berkuasa Malaysia turut membongkar sindiket menjual kereta mewah yang dicuri.

Mac tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pihaknya merampas 22 kereta klon bernilai lebih RM1 juta manakala 254 kenderaan klon disita sejak 2014.

JPJ berkata negara kerugian kira-kira RM30 juta memandangkan aktiviti ini mengelak bayaran cukai dan turut memalsukan dokumen kenderaan.

Kebanyakan kereta klon diambil dari Singapura yang melaksanakan dasar pelupusan kenderaan setiap lima tahun sekali.

PKR mahu terus jalinkan hubungan dengan PAS meskipun kini wujud

Posted: 14 Aug 2016 05:18 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR mahu terus menjalinkan hubungan dengan PAS meskipun parti itu secara rasminya menubuhkan blok pembangkang baru dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada Sabtu.
 
Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin juga berharap PAS serta IKATAN akan bersama Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk memastikan pertandingan 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ujarnya, ketetapan itu penting bagi memastikan agenda menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.
 
"Parti politik (pembangkang) boleh kerjasama dengan mana-mana parti yang dia suka tetapi akhirnya perbincangan mestilah terjurus dan terarah kepada persaingan berlawan antara kita dengan BN, itu yang saya rasa politik sihat yang sepatutnya berlaku.
 
"Sebagai pemimpin PKR, kita menghormati pandangan ataupun cara yang hendak dibuat oleh PAS dengan Gagasan Sejahtera," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Shahruddin berkata demikian mengulas tindakan PAS dan IKATAN membentuk GAGASAN, pada Sabtu.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perasmian itu berkata, GAGASAN tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
 
Pengumuman Hadi itu menjarakkan peluang untuk parti pembangkang mencapai kata sepakat bagi memastikan 'satu lawan satu' pada PRU14 nanti.
 
"Dia (PAS) boleh buat apa sahaja gagasan untuk memastikan gabungan dan sebagainya. Bagi PKR tidak ada masalah kerana itu hak yang PAS boleh buat walaupun (ada) hubungan dengan PKR yang telah buat sejak 1999 lagi. 
 
"Walapun tidak ada suatu penyertaan bersama tapi bagi saya itu merupakan satu hak yang dimiliki oleh sebuah parti politik untuk mengadakan secara bersama samada ianya bertulis atau tidak," ujar Shaharuddin lagi.
 
Pembangkang tidak dapat tidak perlu mencapai kata sepakat untuk memastikan perlawanan satu lawan satu (calon Umno BN lawan pembangkang) pada PRU14 untuk menumbangkan Umno BN, ujar Shaharuddin.
 
PAS mahupun Pakatan Harapan perlu bermuhasabah dan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebagai panduan.
 
Pembangkang kalah teruk pada tiga pilihan raya itu kerana gagal mecapai kata sepakat dalam isu agihan kerusi hingga menyaksikan  pertandingan tiga penjuru menentang Umno BN.
 
 

Pemandu teksi ugut adakan tunjuk perasaan

Posted: 14 Aug 2016 05:14 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Persatuan pemandu teksi merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan 6 hari bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan.
 
Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m) Kamaruddin Mohd Hussai berkata tarikh tunjuk perasaan itu belum ditetapkan.
 
Katanya pemandu teksi berdukacita dengan keputusan Jemaah Menteri kerana perkhidmatan perkongsian kenderaan itu menjejaskan perniagaan mereka. 
 
"Ketegangan antara pemandu teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan terus memuncak," katanya, menurut laporan New Sunday Times.
 
Pemandu teksi berkata peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan Uber dan Grab.
 
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkhidmatan perkongsian kenderaan akan dikawal, manakala kawalan keatas teksi akan dilonggarkan.
 
Pengerusi Spad Tan Sri syed Hamid Albar berkata perincian kawalan keatas Uber dan Grab akan diumum minggu ini.
 
 

'Sewa dan beli' tanpa deposit, khidmat bas sekolah percuma untuk PPR

Posted: 14 Aug 2016 05:13 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem 'sewa dan beli' tanpa bayaran deposit bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya melaksanakan perkara itu mengikut hemah beliau.

Katanya anak-anak penghuni PPR juga akan ditawarkan perkhidmatan bas sekolah secara percuma bagi membantu keluarga daripada golongan miskin bandar.

"Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan melalui DBKL supaya PPR di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) melaksanakan sistem sewa beli tanpa bayar deposit.

"Untuk anak-anak sekolah di semua rumah PPR, saya arahkan supaya berikan (perkhidmatan) bas sekolah dengan percuma," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Lembah Pantai di sini hari ini, yang turut dihadiri Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Gagasan Sejahtera 'orang tengah' di antara PH, BN - Penganalisis

Posted: 14 Aug 2016 05:10 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik menyifatkan Gagasan Sejahtera – kerjasama politik di antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) – sebagai gabungan 'orang tengah'.
 
Prof Datuk Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, pendekatan demikian memberi PAS ruang untuk mengambil peluang membentuk pakatan di antara dua gabungan besar politik di negara ini, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
 
"Kali ini dia (PAS) menawarkan blok ketiga. Jadi dia menjadi satu yang seolah-olah 'orang tengah'. Dia (PAS) mengambil pendekatan seperti itu atau mungkin mengambil peluang membentuk pakatan untuk kedua-dua gabungan yang sedia ada.
 
"Jika Barisan Nasional (BN) memerlukan mungkin tahaluf siyasi nanti, dia (PAS) akan mempertimbangkan situasi ini. sekiranya BN kalah tipis dia (PAS) mungkin bersama pakatan untuk membentuk gabungan mereka," katanya kepada Antarapos.
 
Menurutnya, PAS mengambil peluang kekalutan politik yang sedang melanda negara ini dengan menggunakan pendekatan 'Tahaluf Siyasi' untuk menjadi orang penting seperti mana yang berlaku di negeri Selangor.
 
"Sebagaimana mereka buat di negeri Selangor, mereka menggunakan Tahaluf Siyasi itu untuk menjadi orang penting kepada kekalutan politik. Gajah lawan gajah dia (PAS) ada di tengah itu untuk cari gajah mana yang kuat," tambahnya.
 
Semalam, PAS mengumumkan permuafakatannya dengan Ikatan dikenali sebagai 'Gagasan Sejahtera' (GAGASAN). 
 
Namun ia enggan mengulas sama ada ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). 
 
Begitupun, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan pihaknya menolak politik yang diamalkan PH. 
 
Namun PAS masih lagi mengekalkan Tahaluf Siyasi bersama PKR di Selangor walaupun tidak berada di dalam PH.
 
Selain PKR, PH merangkumi musuh ketat PAS iaitu DAP dan Amanah.  
 
Parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad iatu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga dijangka menyertai PH jika pendaftarannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). 
 
Pengumuman oleh Hadi semalam, membayangkan kesukaran pembangkang memastikan saingan dua penjuru untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
PKR sebelum ini membayangkan harapan untuk bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRU14.
 
Namun hasrat itu ditolak oleh DAP dan Amanah yang menuduh PAS sebagai mesra Umno.
 
Hadi menegaskan PAS tetap menolak kerjasama politik dengan Umno-BN kecuali bagi perkara-perkara bersabit kepentingan Islam.