Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


video terbaru hj hadi: PAKATAN HARAPAN TU WADAH USANG YANG DAH GAGAL

Posted: 14 Aug 2016 07:28 AM PDT


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan platform Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN adalah wadah lama yang gagal, justeru itu Parti Islam beralih kepada platform baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.
"Kita (Gagasan Sejahtera) merupakan wadah baharu. Itu (Pakatan Harapan adalah) wadah lama.
"Wadah lama sudah gagal,"katanya dalam sidang media bersama Ikatan di Ibu Pejabat PAS,Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sekiranya PH menerima idea Gagasan Sejahtera, adakah blok ketiga itu akan bersedia bekerjasama dengan gabungan DAP, PKR dan PAN itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan lagi maksud wadah baharu yang diketengahkan oleh Gagasan Sejahtera iaitu pendekatan politik baharu yang menerima sesuatu perkara berasaskan fakta dan bukannya sentimen emosi.
"Gagasan ini melibatkan tiga segmen, parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh.
"Sebagaimana yang disebut oleh Presiden (PAS) dan Tan Sri (Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir) tadi bahawa Gagasan kita ini akan terus melebar dan membentuk suatu pemikiran politik baharu.
"Bukan lagi dua jalur. Politik kita bila dari pemerintah semua dianggap baik. Pembangkang semua tak baik. Jadi kita perlu membetulkan konsep itu.
"Kita pergi dengan fakta yang betul, bukan lagi persepsi dan mencari jalan penyelesaian, bukan lagi sekadar mengambil sentimen kepada isu-isu yang berlaku,"katanya

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gagasan Sejahtera: Pas terpedaya lagi?

Posted: 14 Aug 2016 09:09 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

Saman “Class Action” Untuk Dapatkan Balik Harta Negara

Posted: 14 Aug 2016 09:02 PM PDT

Saman LEBIH setahun susah berlalu tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1Malaysia Development Berhad.
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York. (Baca di sini)

Patriot: Husam Adun Salor, Kelantan
Kedua-dua saman sivil ini bertujuan menghukum dan mendapatkan balik duit 1MDB yang disyaki dicuri dan digunakan untuk kesenangan peribadi oleh yang dinamakan.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Husam, Ahli Dewan Undangan Salor, Kelantan.

Chang: Wira rakyat
Mereka mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina.

Chang and Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.
(Dari kiri) Jho Low, Putera Turki bersama Najib anak beranak
Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor kekal penyumbang KDNKK tertinggi negara

Posted: 14 Aug 2016 08:54 PM PDT

Selangor kekal menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi negara dengan perolehan 25 peratus.
Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perolehan tersebut terus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

Azmin-Rakyat"Daripada segi pendapatan per kapita, kita mencapai taraf negeri maju, justeru Selangor perlu terus menapak kepada arena keadilan sosial melalui pelaksanaan dasar progresif.
"Kerajaan Negeri perlu melakukan kajian serius terhadap dasar sosial merangkumi perkhidmatan perbandaran dan luar bandar, kesihatan, pendidikan dan inovasi," katanya pada sesi pembukaan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Invest Selangor optimis kadar pertumbuhan KDNK negeri berkembang positif menerusi pembabitan pelaburan dari dalam dan luar negara.
Untuk tempoh 2010 hingga 2014, Selangor kukuh mendahului perolehan KDNK negara iaitu 22.4 peratus di atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (15.1%), Sarawak (10.1%), Johor (9.3%) dan Sabah (6.5%).
Keseluruhannya, pertumbuhan KDNK negara berada pada kadar lima peratus dengan mengambil kira faktor kegawatan dan situasi ekonomi mencabar.

Belanjawan 2017: Fokus pacu pertumbuhan ekonomi Selangor

Posted: 14 Aug 2016 08:53 PM PDT

Inisiatif menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen terpenting penghasilan Belanjawan 2017, kata Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tumpuannya turut menekankan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bagi Selangor.
IMG_20160815_091749-1280x786"Ia perlu disemak semula berdasarkan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan," katanya.
Mohamed Azmin berkata, perkembangan tersebut mendorong Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK baru pada kadar lebih positif demi manfaat jangka panjang rakyat.
"Satu kajian dijalankan Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60 peratus daripada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300," katanya pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di sini, hari ini.
Katanya, ketetapan itu dilihat boleh menyumbang kepada perolehan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing di peringkat global.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, komitmen Kerajaan Negeri juga untuk terus memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya susulan peningkatan taraf hidup dan pelaksanaan cukai rakus GST.
"Sementara Selangor perlu meningkatkan pertumbuhan, menyediakan persekitaran yang meransang pelaburan dan kita tidak boleh berkrompomi dengan tangungjawab keadilan sosial.
"Kebajikan rakyat yang terus tertekan dengan peningkatan kos kehidupan dan beban GST perlu diberi perhatian sepenuhnya," katanya.
Perbincangan hala tuju Belanjawan 2017 diadakan selama dua hari itu mengambil maklum pandangan tokoh profesional, wakil industri dan pembuat dasar untuk memberikan sebarang pandangan mengenai pembentukan belanjawan negeri.
Antara yang hadir adalah wakil dari Invest Selangor, Tourism Selangor, PKNS, syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), barisan Exco, Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Pendirian Mukhriz kini berbeza - Hishammuddin

Posted: 14 Aug 2016 08:51 PM PDT

Mukhriz MahathirSekiranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memegang prinsip keadilan untuk membela nasib rakyat, beliau tidak akan menyerang Umno.
Perkara itu disuarakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan apa yang dilakukan Mukhriz kini bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini termasuk pendirian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apabila Semangat 46 dan PKR diwujudkan hasil serpihan Umno, kita dalam parti pertahankan kepimpinan Mahathir ketika itu. Sebab kita lebih mementingkan parti melebihi individu.
"Sekarang ini wujud satu lagi parti serpihan Umno diasaskan Mahathir dan Muhkriz sendiri untuk menumbangkan parti keramat Umno.
"Saya cukup kecewa dengan tindakan ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Segambut, .
Beliau turut mengulas puisi karya Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan bertajuk Korban Hang Tuah yang dibacakannya sewaktu ucapan perasmian, bahawa ia menggambarkan situasi yang melanda Umno ketika ini.

Kuasa pendakwaan sepatutnya diberi kepada SPRM, kata Raja Bahrin

Posted: 14 Aug 2016 08:49 PM PDT


Datuk Dzulkifli AhmadDatuk Dzulkifli AhmadAhli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah berkata, sepatutnya kuasa mendakwa diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak pendakwaan secara terpilih oleh Peguam Negara.
Beliau berkata demikian kerana mengimbas satu pertemuannya dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang turut bersetuju cadangan itu dan menjadi harapan SPRM.
"Sebelum ini SPRM bertungkus lumus menyediakan laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih oleh Peguam Negara dimana banyak kes melibatkan vip tidak di bawa kepada pendakwaan sepatutnya.
"Datuk Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang asalnya merupakan pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM yang baharu, sekarang sudah tentu tahu masalah yang wujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yang berkesan.
"Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa apa apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat melemahkan lagi SPRM dengan bekas pegawai Peguam Negara "menyusup" menerajui SPRM dan bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.
"Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi ramai rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.
Satu lagi laporan kenyataan oleh Datuk Dzukifli Ahmad menyebut SPRM berhasrat membersihkan Kakitangan perkhidmatan Kerajaan dari rasuah.
"Kami bersetuju dengan saranan tersebut tetapi persoalan nya kenapa hanya ditujukan hanya kepada pegawai khidmat kerajaan sahaja dan bukan kepada kerajaan keseluruhannya?
"Ahli ahli politik kerajaan yang meluluskan undang undang memikul tanggung jawap yang lebih besar. Tidak kah kerajaan hari ini mengamalkan lagi konsep kepimpinan melalui tauladan?
"Ahli politik Kerajaan di Parlimen meluluskan undang undang pengubalan wang haram tetapi kerajaan sendiri melalui 1MDB melanggar undang undang tersebut di Singapura, Switzerkand dan Amerika. 1MDB juga membawa wang rakyat Malaysia ke pusat penggubalan wang haram dan judi Utama dunia di
Caymen Islands.
"Adakah orang paling berkuasa 1MDB, iaitu Malaysian Officer number one, pegawai kerajaan atau ahli politik ?," soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ibn Taimiyyah: Agamawan Umno dakwa Ayob Khan tidak buat kajian

Posted: 14 Aug 2016 08:49 PM PDT

Fathul Bari menuduh Ayob Khan bertindak 'peribadi', sebaliknya mahu pihak berkuasa fokus terhadap pengikut aliran Syiah.
fahtul-bari-ayob
KUALA LUMPUR: Exco Pemuda Umno Datuk Fathul Bari Mat Jahya mempertikaikan kenyataan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengaitkan keganasan IS dengan ajaran ekstrem sarjana Islam abad ke-14, Ibn Taimiyyah.
"Ini soal tuduhan ke atas seorang tokoh agamawan yang mana ilmunya oleh dunia sampai ke hari ini.
Jadi saya rasa sangat tidak relevan tindakan yang beliau buat nampak terlalu personal (peribadi)," kata Fathul kepada FMT.
Beliau yang merupakan rujukan Pemuda Umno dalam hal ehwal Islam mendakwa Ayob tidak melakukan kajian mendalam mengenai hal itu, sebaliknya menggesa beliau menyasarkan penulisan tokoh Islam beraliran Syiah yang menurutnya mengkafirkan aliran Sunnah.
Ibn Taimiyyah, yang kerap menjadi rujukan pengikut Wahabi dan mereka yang mengaku "Salafi", dalam penulisannya banyak menentang ajaran Syiah.
Kumpulan IS merupakan antara kumpulan pelampau yang mula bercambah di kala pemberontakan Syria mula menjurus ke arah konflik mazhab. Antara sasaran utama mereka ialah penganut Islam bermazhab Syiah di samping mereka yang beraliran Sunnah yang menurut mereka terkeluar daripada Islam.
Ayob, pegawai polis yang mendepani usaha membanteras kegiatan militan di bawah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, baru-baru ini mendedahkan polis kerap menjumpai penulisan Ibn Taimiyyah dalam simpanan anggota militan termasuk IS.
Katanya, beberapa ajaran Ibn Taimiyyah yang memurtadkan sesetengah aliran Islam termasuk Sunnah dijadikan rujukan IS dalam menjustifikasi perbuatan zalim mereka.
Bagaimanapun, beberapa pihak tidak setuju tokoh ilmuan Islam itu dikaitkan dengan ideologi IS.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata pihak berkuasa perlu berhati-hati, manakala Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata Ibn Taimiyyah menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.
Ayob semalam bagaimanapun mempelawa mereka yang tidak setuju dengan kenyataannya berjumpa beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Read More / Baca Lagi >>

Cukai tinggi belum tentu tingkat hasil pendapatan, kata penganalisis kepada kerajaan

Posted: 14 Aug 2016 08:46 PM PDT


Wan Saiful Wan JanWan Saiful Wan JanKajian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan Bajet 2017 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober nanti adalah berhemah, tegas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Menurutnya, kadar cukai tinggi tidak semestinya meningkatkan hasil pendapatan negara bahkan rakyat akan mencari jalan untuk lari daripada membayar cukai jika kadar cukai melebihi tahap optimum.
Mengambil contoh tindakan kerajaan mengenakan kenaikan cukai yang tinggi dan berterusan ke atas barangan berasaskan tembakau, beliau berkata, industri rokok haram pula semakin bermaharajalela.
"Harga terlalu tinggi menyebabkan perokok mencari cara lain mendapatkan rokok murah. Maka, mereka beli dari pasaran gelap yang semakin subur apabila cukai berterusan dinaikkan," jelasnya dipetik daripada artikel beliau di akhbar Berita Harian hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pendapatan kerajaan sebenarnya akan berkurangan dan kesan luar jangka akan berlaku apabila kadar cukai terlalu tinggi.
"Begitu juga jika cukai korporat dijadikan tinggi. Akibatnya nanti syarikat baharu tidak akan didaftarkan di Malaysia dan pelabur tidak akan datang.
"Kesan yang sama akan berlaku jika cukai pendapatan terlalu tinggi. Mereka yang kaya akan hanya berpindah ke negara lain yang cukainya rendah," ujarnya sambil menyifatkan golongan majoriti pertengahan sebaliknya akan terperangkap kerana tidak mampu berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan pada masa sama tidak boleh sewenang-wenangnya menjanjikan penurunan itu dan ini seperti dilakukan sesetengah pihak.
"Jika kadarnya rendah, pastilah pendapatan negara juga rendah tetapi penting untuk kita sedar bahawa jika kadarnya terlalu tinggi, maka pendapatan negara menjadi rendah juga.
"Dasar percukaian tidak boleh dipandang remeh. Kesannya besar kepada negara dan rakyat, dan ini menuntut analisis terperinci sebelum perubahan dasar dilakukan," tambahnya lagi.

PAS Selangor yakin Gagasan Sejahtera dikongsi rakyat

Posted: 14 Aug 2016 08:39 PM PDT

PAS Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan Sejahtera atau Gagasan yang dipimpin oleh PAS dan buat masa ini dianggotai oleh PAS dan Ikatan.

Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia.

Ia juga bermakna lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.

Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di Malaysia

Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju.

Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan.

PAS Selangor yakin Gagasan akan berkembang dengan lebih banyak parti politik sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Malah kami yakin Gagasan akan didukung oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh yang berpengaruh.

Aspirasi Gagasan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional dikongsi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Buruk ketua, buruklah pengikutnya!

Posted: 14 Aug 2016 08:37 PM PDT

Rakyat Malaysia membaca dengan penuh harapan kenyataan ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluarkan amaran "hentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa atau hadapi tindakan SPRM". Datuk Dzulkifli Ahmad (bawah, kanan) juga menyaran pesalah untuk menyerah diri secara sukarela untuk pertimbangan hukum yang lebih ringan.
Saya rasa hampir semua akan bersetuju saranan tersebut. Sebenarnya semua kes mesti disiasat secara terperinci.
Bagaimanapun saya ingin membuat beberapa cadangan untuk memastikan kejayaan dan untuk membuat cadangan tersebut lebih praktikal.
Sebelum ini pun kita percaya pihak SPRM di bawah bekas ketua pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim memang cuba menjalankan tugas mereka dengan telus dan bersungguh-sungguh.
Masalahnya kebanyakan siasatan mereka, terutamanya yg melibatkan orang kenamaan, tidak diambil tindakan sewajarnya oleh Pejabat Peguam Negara.
Contoh yang paling terkemuka dan ketara adalah yang melibatkan penukaran mengejut pegawai siasatan kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB.
Malahan lebih mengejut lagi apabila peguam negara baru mengambil alih tugas, beliau telah secepat kilat menutup siasatan kes 1MDB sementara kerajaan Singapura, Switzerland dan Amerika sedang rancak menjalankan siasatan ke atas kes 1MDB.
Tutup kes
SPRM terpaksa tangguh kes, peguam negara tutup kes, Malaysia jadi "meletup" kes!
Dua tahun lalu, saya hadir dalam satu perjumpaan bersama Abu Kassim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dengan ahli ahli parlimen.
Kami telah mencadang kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM. Abu Kassim bersetuju cadangan tersebut malahan itulah harapan SPRM selama ini, katanya.
Sebelum ini SPRM yang bertungkus lumus menyediakan laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih oleh peguam negara di mana banyak kes melibatkan VIP tidak dibawa kepada pendakwaan sepatutnya.
Dzulkifli Ahmad yang asalnya merupakan pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM sekarang sudah tentu tahu masalah yangw ujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yg berkesan.
Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa apa-apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat akan melemahkan lagi SPRM dengan bekas pegawai peguam negara "menyusup" menerajui SPRM dan bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.
Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi ramai rakyat Malaysia.
Kepimpinan melalui teladan?
Satu lagi laporan kenyataan oleh Dzukifli menyebut SPRM berhasrat membersihkan kakitangan perkhidmatan kerajaan dari rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Seleweng dana 1MDB: Swiss siasat bekas ketua Abu Dhabi

Posted: 14 Aug 2016 08:36 PM PDT

Seorang bekas pegawai kanan kewangan Abu Dhabi sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland kerana dakwaan terlibat dalam konspirasi antarabangsa menyelewengkan dana daripada 1MDB.
Menurut Financial Times, bekas ketua International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dituduh melakukan penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah.
Ini, kata akhbar itu adalah berdasarkan surat yang diperolehi mereka.
Financial Times juga melaporkan bahawa penyiasat Switzerland juga sedang mencari orang bawahan Khadem dan dua bekas pegawai 1MDB.
Siasatan Swiss itu diperhebatkan hanya beberapa minggu selepas Jabatan Kadilan (DOJ) Amerika memfailkan tindakan undang-undang bagi merampas aset yang diseleweng dari 1MDB berjumlah hampir AS$1 bilion.
Khadem adalah salah individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu, yang memaparkan laporan terperinci bagaimana dana 1MDB dipesongkan.
Financial Times berkata mereka tidak dapat menghubungi Khadem untuk ulasannya manakala peguamnya pula enggan mengulas.

Parti Serpihan UMNO Bersifat Coca-Cola Sindrom - Pemuda Umno

Posted: 14 Aug 2016 08:29 PM PDT

Skandal 1MDB: PAS enggan campur kes Azmin saman Najib

Posted: 14 Aug 2016 08:27 PM PDT

Dzulkifli dituntut buktikan dengan tindakan

Posted: 14 Aug 2016 06:58 PM PDT

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad diingatkan agar membuktikan kenyataannya melalui tindakan bagi membanteras rasuah di negara ini.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Dzulkifli akan dilihat menunaikan janji sekiranya bukan sekadar ikan bilis yang diburu.

"Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa.

"Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Dzulkifli dilaporkan berkata fokus utamanya ketika ini ialah untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada segala gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli sempat merakamkan ucapan tahniah atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh Dzulkifli itu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah fakta ini didedahkan & dikhabarkan kepada sekalian ahli parti Umno 'Haram' ??!!

Posted: 14 Aug 2016 06:54 PM PDT

Diharap Najib hentikan putarbelit fakta.. UMNO telah diharamkan.. UMNO yang ditubuhkan di Johor telah tidak wujud lagi.. tetapi yang ada sekarang UMNO Baru (atas arahan Mahkamah Tinggi) dan didaftarkan di ROS pada 13 Februari 1988 setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengharamkan UMNO pada 4 Februari 1988.

JIKA PARTI UMNO SUDAH DIHARAMKAN, adakah negara kita ditadbir oleh 'PARTI HARAM' ??!!

Skandal 1MDB: Mereka patriot dan wira rakyat, tulis Kadir Jasin terhadap Husam dan Matthias

Posted: 14 Aug 2016 05:48 PM PDT

Kadir A Jasin menyifatkan Husam dan Matthias adalah patriot dan wira negara,Kadir A Jasin menyifatkan Husam dan Matthias adalah patriot dan wira negara,

Tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Chang menyaman lapan pihak di Mahkamah New York, Amerika Syarikat mendapat pujian dari tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin.
"Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.
"Mereka adalah patriot dan wira rakyat," kata Kadir dalam tulisan di blog beliau malam tadi.
Husam dan Matthias ChangHusam dan Matthias ChangHusam dan Matthias membuat saman sivil melalui tuntutan 'class action' terhadap lapan pihak bagi mendapatkan gantirugi terhadap kehilangan wang negara melalui 1MDB.
Tindakan itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan pada Khamis 11 Ogos oleh peguam di Amerika.

Bagi Kadir, tindakan ini boleh memenuhi janji yang tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang membuat ancaman untuk saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York.
Husam dan Matthias mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.
"Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina," tulis Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar The New Straits Times itu.
Chang dan Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.
Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kami mahu bawa balik wang negara, kata Husam dalam samannya di Amerika

Posted: 14 Aug 2016 04:48 PM PDT


Husam dan Matthias ChangHusam dan Matthias Chang
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa mengaku beliau bersama bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mathias Chang menyaman lapan pihak di Amerika Syarikat kerana 'mencuri' wang negara melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kami telah menamakan lapan defendan dalam tuntutan untuk membawa balik harta negara yang dicuri ini tanpa menyentuh aset yang telah dibekukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika kerana itulah adalah tugas kerajaan," kata Husam kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, tindakan ini mula dibincangkan sejak pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi dimana beliau dan Matthias telah bertemu dengan peguam dari Amerika dan membuat keputusan untuk membuat saman itu.
Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York.Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York."Kami telah memulakan tindakan ini ketika pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi iaitu lebih awal dari pengumuman tindakan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat," kata Husam tanpa memberikan maklumat lanjut.
Ketika itu, katanya, pihaknya telah membuat keputusan untuk menyaman dan bertemu dengan peguam dari Amerika bagi menjalan proses itu.
"Maklumat lanjut kami akan berikan dalam sidang media sehari dua lagi," katanya.
Pilihan raya Sarawak telah berlangsung pada 7 Mei 2016 manakala Peguam Negara Amerika, Loretta E. Lynch mengumumkan tindakan DoJ membekukan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika pada 20 Julai (21 Julai waktu Malaysia).
Khamis lepas (Jumaat waktu Malaysia), Husam dan Matthias telah memfailkan 'putative class action' terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala dokumen yang dikemukan oleh DoJ ketika mengumumkan pembekuan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika.
Ekoran itu, Hollywood Reporter, sebuah portal berita dari Amerika telah melaporkan tindakan Husam dan Matthias itu pada Jumaatnya (Sabtu waktu Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan demontrasi Bersih 5 - Baju Merah hanya sentimen politik kepartian, kata penganalisis politik

Posted: 14 Aug 2016 04:13 PM PDT


Dr Chandra MuzaffarDr Chandra MuzaffarHak rakyat untuk berhimpun secara aman di bawah Akta Perhimpunan Aman tidak bermakna apa-apa sekiranya, isu yang mahu dibawa oleh kumpulan Bersih 5 dan Baju Merah lebih kepada sentimen politik kepartian, kata penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.
Beliau berkata, walaupun hak berhimpun itu hak rakyat di bawah Akta Perhimpunan Aman, namun pertembungan dua kumpulan itu kelak akan mewujudkan suasana ketegangan antara kaum berbanding isu yang mahu diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sendiri untuk menganjurkan Bersih 5.
"Dua kumpulan ini (Bersih 5 dan Baju Merah) berhak untuk berhimpun.
"Tetapi dalam situasi masa kini sentimen politik berbeza yang mempengaruhi dua kumpulan ini lebih menonjol. Saya berpendapat lebih elok Bersih 5 tidak adakan perhimpunan yang akan membabitkan pula kemunculan kumpulan Baju Merah, walaupun kita tahu itu hak mereka (hak berhimpun).
"Saya bimbang situasi ini akan menimbulkan ketegangan yang akan mengundang perkara yang tidak diingini, seperti perbalahan kaum antara dua kumpulan ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai siapsiagaan kumpulan Baju Merah dikalangan gabungan beberapa NGO Malaysia pro kerajaan yang  mewakili semua kaum diketuai Datuk Jamal Md Yunos untuk berhadapan dengan kumpulan Bersih 2.0 yang diketuai Pengerusinya Maria Chin Abdullah, jika Bersih 5 melakukan demontrasi.
Ini ekoran pada 3 Ogos lalu, penganjur Bersih 2.0 mengumumkan untuk mengadakan demontrasi Bersih 5 dalam masa terdekat ini tanpa menyatakan lokasi dan tarikh sesuai kerana masih dalam peringkat perbincangan.
Bagaimanapun kumpulan Baju Merah semalam, telah mengumpulkan penyokongnya dan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menghalang Bersih 5 yang didakwa mengheret campurtangan luar dengan mengadakan demontrasi untuk meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini  sekaligus menghasut rakyat turun ke jalan raya menentang pemimpin dan kerajaan.
Dalam hal ini Chandra menjelaskan, isu utama adalah masalah integriti yang masih tidak dapat diselesaikan melalui Bersih 2.0 atau dikalangan pemimpin politik dari parti kerajaan dan pembangkang di negara ini.
"Masalah integriti dan ketelusan membabitkan isu 1MDB dan syarikat-syarikat yang terkait, terkini pendedahan Jabatan Keadilan AS,sebenarnya masih lagi gagal kita selesaikan.
"Dalam demontrasi itu kelak, apa sebenarnya yang kita nak campai melalui perhimpunan ini terutama kedua-dua kumpulan itu? Bahkan himpunan sebelum ini juga tidak berkesan untuk mengubah pendirian pihak kerajaan.
"Pihak yang mahu menganjurkan demontrasi sudah tentu mahu menyampaikan mesej mereka tetapi pihak yang didesak tidak akan melakukan apa-apa untuk mengubah atau memperbetulkan keadaan berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Media Umno dakwa Mahathir pura-pura masuk IJN

Posted: 14 Aug 2016 04:12 PM PDT


Blog MyKmuBlog MyKmu
Satu blog pro Umno yang terkejut Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus menulis mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap beliau berpura-pura masuk Institut Jantung Negara (IJN).
"Mahathir mungkin berpura-pura sakit serius dan masuk Ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat simpati rakyat ketika perbalahan politik kian besar dengan penubuhan parti beliau sendiri," tulis Amin Yatim dalan entri terbaru Mykmu.
Mana mungkin katanya, orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.
"Sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016. Hebat Mahathir!," katanya.

Mahathir Yang Pelik, Gelabah dan Berpura-pura di IJN?
Beliau pelik kerana sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016.
"Mana mungkin orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.
"Hebat Mahathir!," katanya.
Dalam entri terbaru berjudul, "Campur Tangan Asing" katanya, Mahathir menulis, " Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah.
Read More / Baca Lagi >>

"TUNJUK PERASAAN MANA DAN BERKAITAN ISU APA ZAHID HAMIDI PERNAH TURUT SERTA?"

Posted: 14 Aug 2016 04:11 PM PDT

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an  ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang  menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.
Read More / Baca Lagi >>

FAKTA !!!

Posted: 14 Aug 2016 08:11 AM PDT

UMNO/BN dan Komunis-China Berpisah TIADA.

Penipuan Diutamakan Rakyat Diperdayakan.

PATUTLER.. Najib tak berani nak SAMAN HARI SELASA-WSJ hingga ke hari ini...

Posted: 14 Aug 2016 08:08 AM PDT

Makin bertangguh nak saman, makin banyak kebobrokan & penyelewengan dalam 1MDB terbongkar satu demi satu...

ARAK, JUDI, 1MDB dan kaum kerabat keluarga Najib BERPISAH TIADA !!!

Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:

1) Poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);

2) Sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.

3) Trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);

4) Sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;

5) Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.

Skandal 1MDB: Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan

Posted: 14 Aug 2016 05:24 AM PDT


Kuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakanKuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakan
Kita memandang serius tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat merampas harta bernilai USD1 Bilion bersamaan dengan RM4 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) milik negara.
USD1 Bilion tersebut adalah hanya sebahagian daripada USD3 bilion yang didakwa telah dirompak daripada dana 1MDB yang telah dibawa ke dalam sistem kewangan Amerika Syarikat secara haram dan seterusnya melanggar undang-undang negara tersebut.
Lebih menyedihkan, dalam laporan setebal 136 muka surat berkenaan hasil siasatan terhadap skandal tersebut, pihak Jabatan Keadilan ('DOJ') Amerika Syarikat tersebut juga telah mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah pihak yang dipercayai sebagai pemegang akaun AmPrivate Banking-MR yang telah menerima sebahagian pembayaran yang dianggarkan berjumlah USD681 juta bersamaan dengan RM2.6 bilion.
Laporan DOJ tersebut seterusnya mendefinasikan 'Malaysian Official 1' tersebut sebagai seorang penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang mana juga memegang kedudukan berotoriti dalam 1MDB. 'Malaysian Official 1' tersebut juga dilaporkan sebagai mempunyai kaitan dengan Riza Aziz yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal tersebut. Maka ramai telah menyimpulkan bahawa individu yang paling memenuhi ciri-ciri dan definisi 'Malaysia Official 1' tersebut adalah YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Razak.
Memandangkan Skandal 1MDB tersebut juga disiasat di negara-negara lain seperti Singapura, Switzerland, Hong Kong dan yang terbaru Luxemburg, maka ianya telah dicatatkan sebagai skandal kewangan terburuk negara dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.
Tindakan DOJ tersebut yang mengambil tindakan mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset ('civil forfeiture') yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 US Code (USC) 18 dan 1956. Oleh itu, skandal 1MDB tersebut telah diklasifikasikan sebagai satu kes jenayah di Amerika Syarikat.
Lebih malang lagi, apabila telah jelas laporan DOJ tersebut beserta bukti-bukti yang kukuh mengaitkan skandal 1MDB dengan Perdana Menteri, Peguam Negara masih lagi membisu daripada mengambil tindakan yang sewajarnya malah masih mengatakan bahawa bukti diperlukan untuk diambil tindakan lanjut.
Kita amat kecewa dengan keengganan Peguam Negara untuk bertindak dalam isu atau kes yang secara jelas telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat. Pendirian Peguam Negara tersebut adalah bercanggah sama sekali dengan peranan dan tanggungjawab jawatannya selaras dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Musuh rakyat adalah kezaliman Umno, bukan kebangsaan BERSATU

Posted: 14 Aug 2016 05:23 AM PDT


PutrajayaPutrajaya
Saya ingat bangsa bukanlah 'ilat untuk rakyat Malaysia menolak BERSATU.
Jika dasar kebangsaan parti baharu itu mirip pada dasar kebangsaan yang ada pada Umno.
Umno parti yang zalim, menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta amalkan kronisme.
Ini, sebab UMNO wajib ditentang habis-habisan.
Dan, inilah 'ilat sebenar, kalau mahu dibanding qiyas dengan BERSATU yang baru ditubuhkan baru-baru ini.
Selama ini Umno berlindung atas nama bangsa, agama dan raja untuk mempertahankan kezalimannya.
Untuk memecahkan perisai politik ini, ada di kalangan kita menentang dasar kebangsaan atau dasar agama habis-habisan.
Dasar raja, mungkin kurang ditentang secara terbuka kerana risikonya lebih buruk.
Walhal, penentangan rakyat ke atas Umno yang sebenar-benarnya adalah pada perbuatan zalim para pemimpin mereka.
Sesiapapun yang zalim, yang menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta mengamalkan kronisme wajib ditentang habis-habisan, sungguhpun ia datang daripada parti berdasarkan norma agama hatta berbilang kaum.
Kegagalan kita memahami maksud penentangan yang sebenar mengakibatkan kita selalu apologetik sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.
Bangsa bukan musuh sebenar rakyat. Musuh sebenar rakyat adalah kezaliman.
Mempertikai dasar kebangsaan pada BERSATU ertinya mempertikai sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.

Musa Hitam Sifatkan Pentadbiran 22 Tahun Tun M 'Kegagalan Yang Teruk'

Posted: 14 Aug 2016 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan pentadbiran 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah satu 'kegagalan yang teruk'.
Dalam bukunya bertajuk Frankly Speaking yang dilancarkan baru-baru ini, Musa mendedikasikan satu bab khas untuk membincangkan berkenaan kekuatan dan kelemahan pentadbiran Dr. Mahathir.
Menurut Musa, bekas Perdana Menteri itu adalah seorang pemimpin berwawasan yang telah banyak membangunkan negara, namun gagal mencari dan melatih penggantinya.
Mengimbas kembali ketika bersama Dr. Mahathir memimpin negara, Musa menggambarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang amat teliti dan suka membuat catatan semasa mesyuarat.
Dalam buku tersebut, beliau turut memuji kebangkitan Malaysia di peringkat antarabangsa semasa era Dr. Mahathir yang dilakukan secara teratur dengan menggunakan pendekatan pengurusan mikro.
Walau bagaimanapun, ketika perkataan taat, inovatif dan teliti digunakan untuk menggambarkan sikap bekas ketuanya itu, masyarakat antarabangsa juga menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai autoritarian, penuh kebencian dan suka bergaduh.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


PKR nafi PH amalkan politik emosi melampau

Posted: 14 Aug 2016 07:00 AM PDT

Oleh Zeannaima Md Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR menepis dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Harapan (PH) mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
 
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata penilaian Hadi itu jauh tersasar sebaliknya beliau menegaskan PH mengamalkan budaya politik matang.
 
"Saya tak pasti tentang kenyataan (Hadi) itu. Sekiranya itu kenyataan dia saya ingat penilaian dia tu silaplah.
  
"Kita adalah parti masa depan yang akan buat perubahan. Dalam tempoh yang singkat kita amat tunjuk kematangan kita. Jadi kalau kita dianggap politik emosi dan sebagainya, itu (dakwaan Hadi) bukan politik matang. Jadi jauh sekalilah (dakwaan itu)," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Hadi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat semalam mengumumkan permuafakatan partinya dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN).
 
Ahli Parlimen Marang itu kemudiannya menegaskan GAGASAN tidak akan bergabung dengan PH, kerana menolak politik yang diamalkannya.
 
PH menurut Hadi mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
 
Pengumuman itu membayangkan kesukaran pembangkang memastikan saingan dua penjuru untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN).
 
Ditanya respon Zuraida, Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun bertegas, PKR tetap mahu meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS walaupun parti itu menolak politik yang dibawa PH.
 
Zuraidah juga mengulangi pendirian PKR sebelum ini untuk berusaha mengajak semua parti pembangkang berunding dan mencapai kata sepakat bahawa hanya pertandingan dua penjuru akan diadakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
"Pada pendiran PKR gabungan PAS dengan IKATAN, terpulang pada dia (PAS) untuk nak menamakan (pakatan baru) dan sebagainya. Tapi yang penting PKR telah buat komitmen dan ketetapan yang kita akan berusaha untuk pastikan PRU14 ini kita akan 'satu lawan satu'. 
 
"Kita akan usahakan habis-habisan sebab inilah peluang kita yang terbaik untuk tumbangkan BN," ujar Zuiraidah.
 
Justeru Zuraida menyeru pemimpin tertinggi parti politik pembangkang agar menetapkan matlamat untuk menumbangkan Umno BN sebagai agenda dan berusaha ke arah itu.
 
 

Skandal 1MDB: Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan

Posted: 14 Aug 2016 06:49 AM PDT

 WAN ANWAR WAN IBRAHIM
 
 
Kuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakanKuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakan


Kita memandang serius tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat merampas harta bernilai USD1 Bilion bersamaan dengan RM4 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) milik negara.

USD1 Bilion tersebut adalah hanya sebahagian daripada USD3 bilion yang didakwa telah dirompak daripada dana 1MDB yang telah dibawa ke dalam sistem kewangan Amerika Syarikat secara haram dan seterusnya melanggar undang-undang negara tersebut.

Lebih menyedihkan, dalam laporan setebal 136 muka surat berkenaan hasil siasatan terhadap skandal tersebut, pihak Jabatan Keadilan ('DOJ') Amerika Syarikat tersebut juga telah mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah pihak yang dipercayai sebagai pemegang akaun AmPrivate Banking-MR yang telah menerima sebahagian pembayaran yang dianggarkan berjumlah USD681 juta bersamaan dengan RM2.6 bilion.

Laporan DOJ tersebut seterusnya mendefinasikan 'Malaysian Official 1' tersebut sebagai seorang penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang mana juga memegang kedudukan berotoriti dalam 1MDB. 'Malaysian Official 1' tersebut juga dilaporkan sebagai mempunyai kaitan dengan Riza Aziz yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal tersebut. Maka ramai telah menyimpulkan bahawa individu yang paling memenuhi ciri-ciri dan definisi 'Malaysia Official 1' tersebut adalah YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Memandangkan Skandal 1MDB tersebut juga disiasat di negara-negara lain seperti Singapura, Switzerland, Hong Kong dan yang terbaru Luxemburg, maka ianya telah dicatatkan sebagai skandal kewangan terburuk negara dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Tindakan DOJ tersebut yang mengambil tindakan mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset ('civil forfeiture') yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 US Code (USC) 18 dan 1956. Oleh itu, skandal 1MDB tersebut telah diklasifikasikan sebagai satu kes jenayah di Amerika Syarikat.

Lebih malang lagi, apabila telah jelas laporan DOJ tersebut beserta bukti-bukti yang kukuh mengaitkan skandal 1MDB dengan Perdana Menteri, Peguam Negara masih lagi membisu daripada mengambil tindakan yang sewajarnya malah masih mengatakan bahawa bukti diperlukan untuk diambil tindakan lanjut.

Kita amat kecewa dengan keengganan Peguam Negara untuk bertindak dalam isu atau kes yang secara jelas telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat. Pendirian Peguam Negara tersebut adalah bercanggah sama sekali dengan peranan dan tanggungjawab jawatannya selaras dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan skandal 1MDB tersebut jelas telah menjejaskan reputasi dan kedaulatan negara dan untuk mengelakkan daripada ianya menjadi lebih parah, kita melihat Yang diPertuan Agong adalah antara pihak yang boleh memainkan peranannya untuk menangani situasi Persekutuan Malaysia yang semakin kritikal kini. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh Yang diPertuan Agong adalah peranan perundangan seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan ("Perlembagaan") yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Perkara 145 (2) Perlembagaan memperuntukkan bahawa; "Adalah menjadi kewajipan Peguam Negara menasihatkan Yang diPertuan Agong…mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan menjalankan apa-apa kewajipan lain yang bercorak undang-undang, sebagaimana dari semasa ke semasa dirujukkan atau diberi kepadanya oleh Yang diPertuan Agong…, dan menjalankan tugas-tugas yang diberi kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini…".

Maka, selaras dengan peruntukan Perlembagaan di atas, Yang diPertuan Agong boleh menitahkan untuk memanggil Peguam Negara dan mengarahkan supaya siasatan berkenaan skandal 1MDB kembali dijalankan berdasarkan laporan penuh DOJ tersebut dengan kerjasama sepenuhnya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ('SPRM').

Sekiranya Peguam Negara gagal untuk menurut seperti yang telah dititahkan, maka Yang diPertuan Agong boleh memecat Peguam Negara selaras dengan peruntukan Perkara 145 (6) dibaca bersama Perkara 125 (3) Perlembagaan dan melantik seorang Peguam Negara yang baru di bawah peruntukan Perkara 145 (1).

Dalam negara persekutuan Malaysia, Yang diPertuan Agong adalah pemerintah yang tertinggi selaras dengan peruntukan Perkara 39 Perlembagaan yang menyebut bahawa; "Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang diPertuan Agong…"

Memandangkan Perdana Menteri yang telah diwakilkan kuasa pemerintahan negara oleh Yang diPertuan Agong turut terkait secara langsung dalam skandal tersebut, maka Yang diPertuan Agong sebagai Pemerintah sebenar harus menitahkan beliau supaya meletakkan jawatan selaras dengan peruntukan Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan dan melantik seorang Perdana Menteri sementara dibawah peruntukan Perkara 43 (2) (a) untuk melakukan reformasi institusi secara keseluruhan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Akhir sekali kita melihat dan percaya bahawa peranan Yang diPertuan Agong dalam menangani krisis terburuk dalam sejarah negara ini adalah amat penting dan mendesak bagi memulihkan kembali imej negara dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan pelabur demi masa depan negara Malaysia yang gemilang.

*  Wan Anwar Bin Wan Ibrahim merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang jugaTimbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara 


Najib perlu sertai Pas biayai kos saman Sarawak Report

Posted: 14 Aug 2016 06:46 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Najib dinamakan sebagai pemberi RM90 juta kepada PasNajib dinamakan sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya hanya mengharapkan Pas untuk membersihkan nama beliau tanpa menanggung kos bagi menyaman Sarawak Report (SR) yang menuduh beliau sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Pas yang mengambil ketetapan rasmi untuk mengambil tindakan saman terhadap Sarawak Report (SR) di England dan akan menggunakan khidmat peguam Queen Council atau dikenali Peguam Di Raja London.

"Ini adalah keputusan yang tepat berbanding dengan PM Najib yang dari awal menyatakan akan saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) dan SR atas dakwaan RM2.6 bilion wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Begitu juga dakwaan pendedahan laporan ketua audit negara dalam isu 1MDB," katanya dalam satu sebaran media hari ini.

Beliau terkejut mengapa bukan Najib yang saman SR sedangkan tuduhan SR juga kepada Najib sebagai pemberi RM90 juta kepada Pas.

"Apakah yang membuat PM Najib menjadi bacul dan hilang jantan dengan SR.

"Dia ada duit, takkan Najib hanya mengharapkan Pas yang membersihkan namanya tanpa menanggung kos saman.

"Sepatutnya Najib juga turut saman SR bukan hanya Pas sahaja.

"Apakah SR terlebih jantan dari Najib?.

"Sebelum ini pun SR membuat pelbagai dakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Patinggi Taib Mahmud.

"Hingga kini tiada tindakan yang diambil oleh bekas Ketua Menteri Sarawak terhadap SR.

"Apakah Najib takut ke Mahkamah London untuk berdepan dengan SR yang boleh mengemukakan berbagai soalan pada Najib termasuk kes RM2.6 bilion dan 1MDB?" soalnya.

Pas katanya, hanya memberi tempoh dalam sebulan untuk menguruskan kes ini dengan menghubungi Peguam di England sehingga memfailkan notis saman terhadap SR di mahkamah England.

"Sedangkan Najib sudah lebih setahun dan entah berapa banyak hari Selasa berlalu tanpa peristiwa menyaman SR dan WSJ.

"Hang pi mana....hang pi mana....hang pi mana....nampaknya rakyat menanti PM Najib tunjukkan jantan seperti tunggu kucing tumbuh tanduk," katanya.

Rakyat katanya, menanti dengan penuh debar keputusan perbicaraan saman Pas terhadap SR yang sering dikatakan melaporkan berita palsu.

"Rakyat mengharap kali ini mahkamah di England boleh memastikan maklumat yang dilaporkan oleh SR benar atau fitnah.

"Walaupun sebelum ini WSJ dan SR yang mendedahkan isu RM2.6 bilion dalam akaun peribadi PM Najib dianggap fitnah tetapi tiada tindakan saman oleh Najib.

"Yang dibuat Najib hanya menyatakan itu adalah derma Tok Arab untuk parti Umno melalui pimpinan atasan Umno iaitu Najib," katanya.

“Malaysian Official 1” cabul undang-undang Amerika, bukan campurtangan asing

Posted: 14 Aug 2016 06:44 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Mahathir MohamadTun Mahathir Mohamad


Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawan "Malaysian Official 1" yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri adalah pencabulan undang-undang Negara Amerika.

Datuk Seri Najib dan konco-konconya kata beliau memikir akan cara memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu dengan alasan ini adalah campurtangan asing di negara kita.

"Kali ini kenyataan oleh DOJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.

"Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib.

"Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuh banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah," katanya dalam entri terbaru blognya hari ini.

Yang sebenar berlaku katanya, ialah pencabulan undang-undang Negara Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan "Malaysian Official 1.

"Money laundering (pembersihan wang haram) sudah ditakrif sebagi jenayah dikebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanja.

"Kemasukan wang kemana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu.

"Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar," katanya.

Menurut Tun, jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas oleh pegawai negara berkenaan.

"Duit berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza Aziz, Jho Low mengguna wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street.

"Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika mengguna bank Amerika dan dibelanja di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.

"Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia.
"Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara.

"Untuk elak dari barangan yang dibeli dengan duit haram dihilangkan, DOJ mengambil tindakan sivil bagi merampas barangan yang dibeli oleh Riza dan Jho Low. Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah," katanya.

Di Amerika katanya, kebebasan media tidak boleh disekat seperti di Malaysia.

"Tuntutan media supaya didedah segala urusan pemerintah tidak boleh diketepikan.

"Dalam kes yang diketahui seluruh dunia seperti penyelewengan 1MDB oleh Najib, tidak ada kemungkinan DOJ rahsiakan maklumat yang ada padanya.

"Namun nama Najib tidak disebut," katanya.

Menurutnya, jenayah Najib di Malaysia boleh dirahsiakan secara haram. Tetapi janganlah harap negara asing akan rahsiakan jenayah yang dilakukan di negara mereka oleh kita.

"Jika pendedahan ini boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap Kerajaan Najib, yang salah ialah Najib. Kenapa cuba guna duit haram di Amerika.

"Duit haram yang banyak tidak boleh disembunyi. Duit sebegitu banyak tidak boleh diurus tanpa diketahui oleh orang, tanpa catitan dalam buku dan dokumen. Jika disimpan di Malaysia pun, akhirnya akan diketahui orang juga. Yang haram tetap haram," katanya.

Tun Mahathir mengingatkan wang tunai (cash) mungkin Raja.

"Tetapi ia juga satu belenggu yang boleh meruntun turun pemiliknya sehingga jatuh tersungkur," katanya.

Riza, Jho Low dan arak RM100k sebotol untuk DiCaprio

Posted: 14 Aug 2016 06:34 AM PDT

 
Dakwaan yang disebut dalam saman terbaharu termasuk sambutan jutaan ringgit di Cannes, arak champagne bernilai RM100,000 sebotol, trofi Anugerah Akademi milik Marlon Brando dan kapal pesiar mewah sempena Piala Dunia 2014.


red-granite


PETALING JAYA: Lebih AS$1 juta (RM4 juta) dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne AS$25,000 (RM100,000) sebotol, disebut dalam satu tuntutan tindakan kelas terhadap Red Granite Pictures, Riza Shahril Abdul Aziz dan Low Taek Jho (Jho Low).

Tuntutan dibuat bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa di mahkamah daerah Amerika Syarikat di New York pada Khamis.

Dibuat bagi pihak rakyat Malaysia, mereka menuntut ganti rugi dan pengembalian hartanah dan aset lain yang menurut mereka dibeli menggunakan wang yang dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan, 1MDB.

Tuntutan itu mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street. Penghargaan diberikan kepada Jho Low dalam penutup cerita itu.

Red Granite diasaskan Riza, yang juga anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 2010 bersama kawan, Joey McFarland.

Tuntutan itu mendakwa Red Granite dilancarkan dengan suatu sambutan tepian pantai mencecah juta dolar di Festival Filem Cannes di Perancis pada 2011, siap dengan bunga api dan persembahan oleh artis hip-hop Kanye West dan Pharrell Williams.

Lebih AS$150 juta (RM602 juta) wang 1MDB dipercayai disalurkan ke usaha niaga Red Granite, dakwa tuntutan itu.

Ia mendakwa Riza, Jho Low dan McFarland tahu Red Granite tidak dibiayai pelabur yang sah, sebaliknya dengan wang yang diperoleh secara gelap.

Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:
  • poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);
  • sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.
  • trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);
  • sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;
  •  Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 20 Julai berkata lebih AS$3.5 bilion (RM14 bilion) dilencongkan daripada dana 1MDB yang diasaskan Najib pada 2009 selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.

Tuntutan sivil AS itu mahu merampas AS$1 bilion (RM4 bilion) aset yang didakwa digelapkan itu dan dipindahkan ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong (shell companies). Aset termasuk rumah-rumah agam di Beverly Hills, hotel, emper-emper di New York, pesawat jet peribadi, beberapa hasil seni, dan aset-aset lain.

DoJ juga mahu merampas perolehan masa depan filem Wolf of Wall Street, yang dilaporkan meraih AS$390 juta (RM1.5 bilion) di filem terlaris (box office), dan masih menerima royalti daripada televisyen dan sumber lain.

DoJ turut mendakwa kesalahan dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang bersekongkol untuk melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB secara tipuan.

Ia menamakan Riza, Jho Low dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Zahid: Ada apa dengan Bersih, saya ‘bapak demonstrasi’

Posted: 14 Aug 2016 06:29 AM PDT

 
Menyentuh mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Zahid menyifatkan tunjuk perasaan Bersih sebagai himpunan kecil-kecilan.
 
 
zahid-bersih


KUALA LUMPUR : Nasib rakyat tidak akan dapat dibela melalui tunjuk perasaan, malah ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Berucap di perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini, pemangku Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengimbau kembali pengalamannya dan pimpinan Umno lain turun "mengganas" di jalan raya.

"Kaki demontrasi kata (tunjuk perasaan) baik, (sebenarnya) tak baik pun," kata Zahid memulakan ceritanya.

"(Datuk Seri) Shahidan Kasim (semasa belajar) 'kepala' demontrasi tiap-tiap minggu. Nasib baik dah taubat," katanya kepada perwakilan yang khusyuk mendengar.

Bagi dirinya pula, Kampung Kerinchi (kini Bangsar South) menjadi lokasi persembunyian sewaktu "tengah mengganas" antara tahun 1973 hingga 1976, semasa beliau menuntut di Universiti Malaya, ketika semangat gerakan siswa ketika itu bertiup kencang.

"Menyorok dari siapa? Menyorok dari FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Takut FRU kejar saya sebab tiap-tiap minggu buat demontrasi. Mana saya tahu satu hari saya jadi bos kepada FRU," katanya.

Menyentuh mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Zahid menyifatkan tunjuk perasaan Bersih sebagai himpunan kecil-kecilan.

"Sebab itu bila saya ambil alih KDN (Kementerian Dalam Negeri), mereka buat Bersih 2.0, 3.0, saya kata itu (himpunan) kecil sangat.

"Bukan saya nak menghina mereka. Ini (Zahid) 'bapak' demonstrasi.

"Itu sebabnya bila mereka mengadakan demontrasi, mana ada gas pemedih mata, meriam air. Saya cuma kata kepada Ketua Polis Negara jangan kacau mereka. Saya bagi tahu Ketua Polis Trafik, jangan ganggu lalulintas mereka," kata Zahid.

LIHAT VIDEO DI SINI

Selepas Ali Tinju tawar kerja amal, Jamal umum cetak 50,000 baju

Posted: 14 Aug 2016 06:12 AM PDT

 
"Ini bukan main-main. Ini perkara serius," tegas Jamal, yang kemudian menunjukkan baju merah yang akan dijual RM10 sehelai itu seusai sidang media.


jamal


KUALA LUMPUR : Selepas Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia melakukan "kerja amal" yang menawarkan RM10 sejam, kini Ketua Gerakan Merah Datuk Jamal Md Yunos mengumumkan 50,000 ribu baju sudah tercetak untuk peserta tunjuk perasaan.

"Ini bukan main-main. Ini perkara serius," tegas Jamal, yang kemudian menunjukkan baju merah yang akan dijual RM10 sehelai itu seusai sidang media.

Menurut Jamal, produknya itu boleh didapati di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia akan dipakai peserta Himpunan Merah 2.0, yang diadakan sebagai jawapan kepada tunjuk perasaan Bersih 5.0 nanti.

Rancangan untuk mengadakan Bersih 5.0 timbul susulan inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mahu merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan kepada 1MDB.

Menjawab rancangan itu, Gerakan Merah berkata pihaknya akan mengadakan himpunan balas bagi membantah cubaan Bersih 5.0 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

"Kami tidak teragak-agak turun beramai-ramai pada hari, waktu, tempat dan masa yang sama," kata Jamal kepada pemberita di perkarangan PWTC hari ini.

Himpunan Merah tahun lalu dilaporkan disertai lebih 50,000 orang peserta. Kali ini, Jamal mendakwa inisiatif Gerakan Merah mendapat sokongan daripada gabungan badan-badan bukan kerajaan seluruh negara.

Sebelum ini pada 9 Ogos lalu, Ali Baharom menyasarkan 5,000 belia untuk diturunkan ke program balas Bersih 5.0. Ditawarkan RM10 sejam, belia itu nanti akan memakai baju "Mempertahankan kerajaan, pemerintah dan negara" sepanjang melakukan 'kerja amal' di program tersebut.

Sementara di pihak Jamal pula, satu jelajah bakal diadakan bagi mengembleng kehadiran yang lebih ramai berbanding Himpunan Merah tahun lepas.

"Sehingga hari ini saya telah mengumpul 58,000 orang yang telah pun mengatakan bersetuju," katanya.

Ditanya mengenai potensi pertembungan antara peserta kedua himpunan aman itu, Jamal berkata reaksi Gerakan Merah bergantung kepada tingkah laku peserta himpunan Bersih 5.0.

"Kalau mereka ikut peraturan kami ikut peraturan, tapi kalau mereka tidak ikut peraturan kami juga apa salahnya," jawab Jamal.

Ditanya samada Gerakan Merah akan berunding dengan penganjur Bersih 5.0 supaya penganjuran acara masing-masing berjalan lancar, Jamal berkata pihaknya tidak mahu bertolak-ansur dengan "orang-orang hutan".

"Kita dah bagi tahu untuk menumbangkan kerajaan mengantikan kerajaan mestilah menggunakan sistem demokrasi melalui Pilihan Raya Umum bukan menghasut rakyat turun ke jalanan," tegasnya.

Penganjur Bersih 5.0 belum menetapkan tarikh himpunan aman mereka, begitu juga kumpulan Ali Baharom dan Jamal Yunos.

Persatuan pengguna mahu pengguna Uber, Grab dilindungi

Posted: 14 Aug 2016 06:12 AM PDT

4PAM berpendapat kawalan keatas perkhidmatan perkongsian kenderaan perlu dijalankan secara telus dan bertanggungjawab bagi membendung sebarang kemungkinan yang tidak diingini.


Ajit-Johl


PETALING JAYA: Persatuan pengguna mahu kerajaan memastikan kerahsiaan maklumat dan perlindungan yang lebih baik dalam kes kemalangan melibatkan pengguna perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab.

"Kemalangan membabitkan kenderaan perkongsian dan bagaimana ia menjejaskan pengguna amat membimbangkan kami dan perlu diberi perhatian sewajarnya. 4PAM tidak akan bertolak ansur dan mahu Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) mengutamakan isu ini," kata Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl.

Oleh kerana aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan merupakan fenomena terbaru, 4PAM berpendapat kawalan keatas perkhidmatan itu perlu dijalankan secara telus dan bertanggungjawab bagi membendung sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

"Antara perkara yang kita harap Spad tangani adalah berkenaan proses pemilihan pemandu, jaminan kualiti kenderaan, penyelesaian konflik, struktur tarif, pengurusan kemalangan, liabiliti pengarah dan pemandu, kualiti perkhidmatan, carter penumpang dan isu-isu lain," katanya.

4PAM percaya peranan Spad sebagai pengawal atur boleh ditingkatkan sekiranya ia diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan kerana ia memerlukan seorang menteri untuk melihat isu-isu yang melanda industri pengangkutan awam.

"Kami merayu Spad untuk mengadakan perbincangan terbuka dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang keputusan drastik yang boleh memberi impak kepada keseimbangan industri. Keseimbangan yang baik akan memastikan pengguna mendapat manfaat terbanyak daripada sistem itu, kerana mereka membiayai industri."

Riza Aziz dan dua lagi dinamakan dalam saman berkumpulan di AS

Posted: 13 Aug 2016 09:59 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Matthias ChangMatthias Chang


Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan AdunN Salor, Datuk Husam Musa menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.

Matthias dan Husam memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.

Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.

Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.

Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.

Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

Larangan bermain Pokemon Go dalam Mindef

Posted: 13 Aug 2016 09:57 PM PDT

Larangan bermain Pokemon Go dalam Mindef
Hishammuddin (tengah) menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Batu Gajah


BATU GAJAH - Permainan Pokemon Go dilarang khususnya di kawasan sensitif terutama yang mempunyai aset-aset pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, arahan terbabit telah dikeluarkan untuk dikuatkuasakan di kawasan Kementerian Pertahanan.

"Kita nampak ia melibatkan keselamatan negara dan kita tak tahu bagaimana aplikasi itu berfungsi kerana ia membabitkan rakaman gambar serta video dan kita harap semua pihak faham akan larangan terbabit.

"Malah kita nak memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin dari diceroboh pihak tertentu termasuk menggunakan alam maya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Gajah, di sini hari ini.

Pokemon GO berupa permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan pada 6 Julai lepas dan memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara lain bermula 6 Ogos.

Ia dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA yang memerlukan pemainnya mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi persekitaran sebenar melalui telefon pintar.

Hishammuddin menambah, beliau turut menasihatkan Panglima ketiga-tiga cabang angkatan tentera untuk melarang permainan itu di kawasan kem yang turut menjadi kawasan sensitif.

"Bagi kawasan-kawasan sensitif pertahanan lain pula seperti kem-kem tentera juga sudah dimaklumkan, namun ia bergantung kepada pegawai pemerintah di kawasan berkenaan untuk menguatkuasakannya.

"Kita akan tunggu keputusan panglima kita kerana kawasan seperti kem ia terserah kepada pegawai yang bertanggungjawab kerana mereka lebih tahu kawasan yang sensitif, tetapi di Mindef saya boleh buat keputusan dengan tak benarkan," katanya.

Semalam, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyarankan anggotanya tidak bermain permainan maya Pokemon Go kerana dibimbangi mempunyai unsur pencerobohan dan ancaman keselamatan.

Beliau berkata  permainan tersebut yang menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) dikhuatiri mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kem, peralatan atau anggota sendiri.


Pokemon Go tidak akan kekal lama, mudah jemu dalam ekonomi kurang baik

Posted: 13 Aug 2016 09:51 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Jangan bimbang, fenomena Pokemon Go tidak akan kekal lama.Jangan bimbang, fenomena Pokemon Go tidak akan kekal lama.

Permainan video Pokemon Go tidak akan bertahan lama bahkan akan dilupai selepas ini kerana permainan ini mudah jemu dan akan digemari pada permulaan sahaja.

Inilah pendapat para pemain Pokemon Go sekarang ini walaupun ia sedang menjadi kegilaan sekarang.
Para mufti dan ulama serta ahli politik juga memberikan pandangan tentang kegilaan baru ini.

"Jangan bimbang, ia tak kan lama. Saya bagi sebulan sahaja. Lepas ini orang akan boring dan jemu," kata seorang pemuda yang turut bermain game ini apabila ia mula diperkenalkan di Malaysia.

Menurut beliau, puncanya adalah kerana setiap permainan macam ini akan melibatkan bayaran nanti dan ekonomi dunia sekarang tidak condong ke arah itu.

"Orang akan susah untuk berbelanja untuk meneruskan permainan macam ini," kata beliau yang tidak mahu disebutkan namanya.

Pandangan beliau disahkan oleh pungutan suara (poll) yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian dalam versi onlinenya.

Menurut pungutan suara itu, 76% dari pesertanya berkata, permainan ini akan diminati beberapa bulan sahaja.

Sinar bertanya, "Permainan Pokemon Go sedang menjadi kegilaan. Berapa lama ia diminati sebelum orang jemu dengannya?"

Ketika berita ini ditulis, 76% menjawab ia akan popular beberapa bulan sahaja, 12% menjawab 'lebih setahun' manakala 12% lagi berkata, bertahun-tahun.

SERAH DIRI? SIAPA PELAKU RASUAH YANG SEDIA MENGAKUI PERBUATAN RASUAH MEREKA?

Posted: 13 Aug 2016 08:34 PM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Adakah ini tindakan yang betul? Kenapa perlu kompromi?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi amaran kepada pelaku rasuah agar menyerah diri atau bersedia berdepan dengan tindakan tegas pasukan penguakuasa suruhanjaya itu.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka. Datang bila-bila masa sebelum tindakan diambil.

"Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa panas, datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk ringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka", kata beliau.

Rasanya ini bukanlah cara yang betul bagi SPRM dalam menjalankan tugasnya untuk mencegah dan membanteras rasuah.

Soalnya, siapa pesalah rasuah yang sanggup datang ke pejabat SPRM dan mengakui perbuatan mereka?

Dalam soal rasuah ini, Dzulkifli tidak seharusnya memberi apa-apa kompromi dan cuba berlembut, bukan saja kepada pelaku ikan bilis, tetapi juga perasuah jerung dan paus.

Beliau seharusnya memberi isyarat untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Terus saja serbu dan tangkap mereka yang ada bukti terlibat dengan rasuah.

Tidak perlu meminta mereka menyerah diri kerana ia mustahil akan berlaku. Pelaku rasuah bukan saja tidak mungkin mengaku, bahkan akan cuba menafikan perbuatan mereka dengan pelbagai alasan.

Soal mahu diringankan hukuman atau tidak kepada pesalah rasuah, biar perkara itu diputuskan dalam mahkamah, bukan di pejabat SPRM.

Tugas utama SPRM ialah mencegah dan menangkap pelaku rasuah.


Tindakan kepada ahli jika sertai Bersatu

Posted: 13 Aug 2016 08:17 PM PDT

Tindakan kepada ahli jika sertai Bersatu
Hishammuddin (tengah) bersama Ketua Umno Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim (kiri) pada sidang media hari ini.


BATU GAJAH - Mana-mana ahli Umno yang terlibat atau dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dikenakan tindakan tegas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memberi amaran tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana ahli yang menyokong atau terlibat secara langsung.

Menurutnya, bagaimanapun ia perlu dipantau terlebih dahulu untuk mengenalpasti berapa ramai ahli bersikap sedemikian.

"Sudah tentu kita akan ambil tindakan jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, bukannya sebelum ini kita tidak pernah berhadapan dengan perpecahan seperti tertubuhnya Semangat 46 dan PKR.

"Bagaimanapun perkara ini perlu disiasat menyeluruh untuk kenal pasti dan mengesahkan setiap nama ahli yang didakwa terlibat terlebih dahulu agar tidak menganiaya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Gajah di sini, hari ini.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas ahli Umno ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka.

Tambah Hishammuddin lagi, dalam sesuatu parti politik sudah pasti tidak dapat sokongan 100 peratus dan sudah pasti akan ada individu yang akan mengambil kesempatan oleh itu apa pun tindakan yang ingin diambil perlu berhati-hati.

Katanya lagi, ahli Umno perlu terus fokus terhadap perpaduan sesama ahli dan usaha memartabatkan parti dalam apa jua keadaan.

"Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini, perpaduan dan muafakat dalam parti keramat ini perlu diutamakan.

"Itu sebabnya para perwakilan perlu menumpukan usaha dalam menepis tohmahan dan serangan pihak pembangkang agar rakyat dapat maklumat yang tepat," katanya.

Beku, lucut dan sita harta pelaku rasuah

Posted: 13 Aug 2016 08:09 PM PDT

SINAR HARIAN



Dzulkifli Ahmad

Dzulkifli Ahmad - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Tindakan tegas termasuk membeku, menyita atau melucutkan hak harta yang diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa akan digunakan secara lebih agresif dalam membendung perlakuan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata tindakan itu akan dijalankan dengan menggunakan kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang sedia ada.

"Antaranya tindakan demikian boleh diambil melalui peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001

(AMLA)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama pada Sabtu.

"Pada hemat saya, faktor utama yang mendorong gejala rasuah semakin berleluasa adalah kerana sikap tamak pada golongan yang mempunyai kuasa dan kedudukan sama ada dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi mahupun rendah.

"Bila motivasi mereka melakukan rasuah iaitu harta dan wang, maka SPRM perlu memastikan bahawa apa saja perolehan yang diperoleh dengan hasil rasuah dan juga salah guna kuasa ini perlu dirampas, disita dan dilucuthakkan kepada kerajaan, bukan sekadar mereka ini dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dzulkifli berkata bagi memastikan tindakan itu lebih berkesan, pembekuan harta boleh dibuat walaupun seseorang itu baru menjadi suspek dan kesnya masih dalam siasatan.

"Ketika kes itu dalam siasatan, harta milik seseorang yang disiasat itu boleh dibekukan berdasarkan akta-akta berkenaan. Ini kerana kita tidak mahu bila kita siasat dia akan jual (harta), jadi menyusahkan kita untuk mengesannya (harta) dan lagi lambat kita beku harta itu lagi jauh ia akan pergi dan lagi ramai akan terlibat," katanya.

Jelasnya, berdasarkan peruntukan di bawah Akta SPRM, harta seseorang suspek boleh dibekukan sehingga 90 hari dan jika ada alasan munasabah boleh dilanjutkan sehingga sembilan bulan lagi.

Di bawah AMLA pula harta yang dipercayai diperoleh secara rasuah dan salah guna kuasa boleh dibekukan sehingga 18 bulan.

"Jika kita berpendapat bahawa terdapat kes jenayah yang kuat, maka kita buat pertuduhan di mahkamah dan pada masa yang sama harta itu akan jadi 'subject matter' kepada pertuduhan dan sehingga akhir perbicaraan, sekiranya mahkamah memutuskan untuk melucutkan hak, maka ia akan dilucutkan hak," katanya.

Dzulkifli berkata tindakan pembekuan harta tidak terhad kepada harta yang dimiliki pelaku rasuah, tetapi boleh diambil terhadap harta yang telah dipindah milik kepada anggota keluarga pelaku, sekiranya ia dipercayai diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada masa yang sama katanya, mereka yang membenarkan nama digunakan untuk pesalah menyembunyikan aset yang diperoleh secara rasuah dan salah guna kuasa juga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

Ini kerana, katanya, hukuman penjara sahaja tidak mencukupi sekiranya pesalah yang telah memperoleh ribuan malah jutaan ringgit, masih lagi memiliki harta tersebut selepas mereka menjalani hukuman penjara.

"Bila keluar penjara, walaupun bekas banduan, mereka ini juga bergelar jutawan, duit banyak, pakaian mahal pandu kereta mewah, kalau ke hotel berlari orang bukakan pintu. Begitu juga bila dia pergi bank, dia akan dapat layanan istimewa kerana duit dia banyak berbanding penjawat awam lain, mungkin juga Ketua Pesuruhjaya (SPRM) sebab duit Ketua Pesuruhjaya tak ada, kena beratur ambil nombor giliran lagi," katanya dalam nada bergurau.

Dzulkifli berkata langkah melucutkan hak harta itu diharap dapat menjadi faktor menghalang seseorang, khususnya penjawat awam daripada melakukan rasuah dan salah guna kuasa berdasarkan kadar risiko yang perlu ditanggung.

Dzulkifli berkata selain tindakan terhadap penerima rasuah, tindakan serius juga akan diambil terhadap pemberi rasuah, khususnya pemberi bersindiket.   

"Pemberi bersindiket memang bertujuan untuk merasuah agar penguat kuasa tidak ambil tindakan. Jadi dalam keadaan ini kita akan ambil tindakan bukan hanya kepada penerima, malah kepada pemberi melalui akta-akta lain termasuk Akta Kastam atau Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.

Tegas Dzulkifli, dalam melaksanakan usaha itu, SPRM akan bersikap lebih proaktif dan tidak akan menunggu laporan dibuat mengenai salah laku rasuah untuk memulakan langkah pencegahan.

"Sebenarnya kita sudah ada maklumat mengenai mana-mana penjawat awam atau yang terlibat dengan agensi kerajaan yang hidup melebihi kemampuan, cuma menunggu masa untuk bertindak," tegasnya.

Malah katanya, SPRM juga menyimpan profil individu pesalah rasuah yang telah menjalani hukuman penjara dan mereka ini akan sentiasa dipantau SPRM.

Mengenai tahap pelakuan rasuah di negara ini, Dzulkifli menyifatkan Malaysia tidak seteruk di beberapa negara lain namun apa yang merisaukan beliau ialah sekiranya rasuah diterima sebagai kebiasaan atau keperluan dalam kalangan rakyat.


"Apabila rasuah diterima sebagai kebiasaan atau keperluan ia akhirnya akan membebankan rakyat," katanya. - Bernama


Umno Shah Alam tuntut mansuh dua tol

Posted: 13 Aug 2016 08:06 PM PDT

Umno Shah Alam tuntut mansuh dua tol
Azhari ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.


SHAH ALAM - Umno Shah Alam menuntut pimpinan kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau yang dilihat membebankan pengguna sejak dulu lagi.

Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, pihaknya perlu mengakui plaza tol tersebut menjadi punca kekalahan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kami minta Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi), mansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau yang sudah terlalu lama membebankan rakyat.

"Di mana tol-tol ini menjadi punca kekalahan kita dalam PRU lalu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam ucapan sama, Azhari turut meminta Umno pusat mempertimbangkan untuk meletakkan calon tempatan bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam PRU14 nanti.

"65% pengundi di Shah Alam adalah Melayu. Kita tewas 10,000 undi di Parlimen Shah Alam ini.

"Faktor kalah kerana calon luar. Berilah peluang kepada kepimpinan Umno Shah Alam bertanding. Biarlah calon dipilih antara kami dalam PRU untuk rampas kembali kerusi di Shah Alam ini," katanya yang disambut sorakan perwakilan.

“Kenapa Najib takut nak berdebat dengan Dr M?” – Zaid

Posted: 13 Aug 2016 08:03 PM PDT

INTAN NUR IDAYU


Zaid-Najib-Tunma


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah 'kepala perompak' juga.

Menurut Zaid, Najib bebas untuk berkata apa sahaja tentang Dr Mahathir tetapi semua orang akan mengingati Najib sebagai perdana menteri yang mempunyai berbilion ringgit di dalam akaun banknya.

"Kenapa Najib takut nak berdebat dengan Dr Mahathir? Saya ingatkan beliau seorang yang tenang dan penuh berkeyakinan dengan kes-kes yang melibatkannya.

"Tanpa debat, Najib boleh kata apa tentang Tun Mahathir tetapi dia (Najib) akan sentiasa diingati sebagai PM yang mempunyai berbilion ringgit di dalam akaun," kata Zaid menerusi posting terbaru di akaun Twitternya hari ini.

Sebelum itu pula, Zaid turut memuat naik status melalui akaun Twitternya mengecam kenyataan 'kepala perompak' Najib ini dengan mengatakan Najib memberitahu perkara yang sama ini kepada Tun Musa Hitam dan juga pengikut-pengikutnya.

"Marilah kita (rakyat malaysia) lihat Najib patah-patahkan Tun Mahathir sehingga jadi cebisan," ujarnya lagi.

Tengah hari tadi, Najib menerusi catitan terbaru di blognya menyatakan  semasa zaman Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dulu pun, pelbagai tomahan yang beliau terima tetapi negara tetap berkembang maju juga.

"Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.

"Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain," kata perdana menteri.


Ku Nan jangan nak masuk campur urusan ROS – Anina

Posted: 13 Aug 2016 08:01 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


TENGKU_ADNAN_020715_TMINAZIRSUFARI_04


KUALA LUMPUR: Umno tidak perlu campur tangan urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin.

Menurut Anina, tindakan Umno yang mahu nama Bersatu dipertimbang semula adalah tidak berasas.

"Bersatu adalah kata nama dan banyak lagi NGO (badan bukan kerajaan)lain yang guna kata nama itu, contohnya Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Jadi, dari sudut mana yang mereka kata ia mengelirukan?

"Umno tidak perlu campur tangan, biarlah ROS buat keputusan urus tadbir mereka dengan bebas," katanya dipetik dari portal Sinar Harian hari ini.

Difahamkan, beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang mana beliau menggesa ROS mempertimbangkan semula nama parti Bersatu dalam permohonan parti politik kerana dianggap bakal mengelirukan rakyat.

Kata Tengku Adnan, beliau hairan bagaimana ROS boleh meluluskan nama Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini.

Bagi Anina pula, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan nama Ku Nan itu seharusnya beri tumpuan kepada Umno dan hapuskan politik wang yang berleluasa di dalam parti itu, bukannya mencampuri urusan yang tiada kaitan dengannya.

Tegasnya lagi, Umno tidak perlu tergugat dengan Bersatu jika ia hanya parti nyamuk seperti yang dilabelkan pemimpin Umno sebelum ini.

"Mereka kata Bersatu parti nyamuk dan bakal terkubur tidak lama lagi. Mereka (Umno) perlu sedar, kami hanya serpihan mereka, jadi tak perlu rasa tergugat," ujarnya.

SERAH DIRI? SIAPA PELAKU RASUAH YANG SEDIA MENGAKUI PERBUATAN RASUAH MEREKA?

Posted: 13 Aug 2016 07:44 PM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Adakah ini tindakan yang betul? Kenapa perlu kompromi?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi amaran kepada pelaku rasuah agar menyerah diri atau bersedia berdepan dengan tindakan tegas pasukan penguakuasa suruhanjaya itu.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka. Datang bila-bila masa sebelum tindakan diambil.

"Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa panas, datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk ringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka", kata beliau.

Rasanya ini bukanlah cara yang betul bagi SPRM dalam menjalankan tugasnya untuk mencegah dan membanteras rasuah.

Soalnya, siapa pesalah rasuah yang sanggup datang ke pejabat SPRM dan mengakui perbuatan mereka?

Dalam soal rasuah ini, Dzulkifli tidak seharusnya memberi apa-apa kompromi dan cuba berlembut, bukan saja kepada pelaku ikan bilis, tetapi juga perasuah jerung dan paus.

Beliau seharusnya memberi isyarat untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Terus saja serbu dan tangkap mereka yang ada bukti terlibat dengan rasuah.

Tidak perlu meminta mereka menyerah diri kerana ia mustahil akan berlaku. Pelaku rasuah bukan saja tidak mungkin mengaku, bahkan akan cuba menafikan perbuatan mereka dengan pelbagai alasan.

Soal mahu diringankan hukuman atau tidak kepada pesalah rasuah, biar perkara itu diputuskan dalam mahkamah, bukan di pejabat SPRM.

Tugas utama SPRM ialah mencegah dan menangkap pelaku rasuah.
 
 
 

Santan kelapa bukan penyebab jadi gemuk

Posted: 13 Aug 2016 07:44 PM PDT

 
 
Santan merupakan suplemen multi vitamin dan multi mineral semulajadi.
 
 
Santan merupakan suplemen multi vitamin dan multi mineral semulajadi.
 
Doktor: Encik kena banyakkan masakan yang mengandungi santan untuk menjaga kesihatan.
Pesakit: Santan bukan bahaya ke doktor? Bukankah ia lemak yang tak baik?

Itulah persoalan yang sering kita dengar bila kita membicarakan tentang santan. Umum masih sangsi tentang kelebihan santan dalam kesihatan.

Santan sebenarnya adalah minyak kelapa, Cuma ada tambahan sedikit gula di dalamnya. Jadi segala kebaikan minyak dan lemak kelapa ada pada santan (rantaian sederhana asid lemak yang stabil, anti microbial dan tenaga yang tiada radikal bebas).

Jika minyak kelapa sangat berkhasiat tentulah santan juga berkhasiat.

Santan kelapa merupakan salah satu bahan pelengkap masakan yang kerap digunakan untuk memasak. Santan diperolehi dari hasil perahan parutan isi kelapa yang ditambahkan dengan sedikit air.

Rasanya yang enak dan berlemak, membuat cita rasa masakan makin lazat dan disukai. Santan seperti juga minyak kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana, bukannya rantai panjang asid lemak yang ditemui dalam lemak tepu yang terdapat dalam minyak masak yang lain.

Rantaian sederhana asid lemak adalah cukup kecil untuk meresap ke dalam kedua-dua sel dan membran mitokondria. Oleh itu, ia tidak memerlukan pembebasan insulin, yang biasanya perlu untuk penyerapan sel.

Begitu juga ia memerlukan carnitine transferase, yang biasanya penting untuk masuk ke dalam mitokondria. Dalam erti kata lain, santan juga adalah sumber bahan api yang cepat menyerap yang sangat rendah pada indeks glisemik bila di campur dengan karborhidrat contohnya nasi lemak, yang optimum bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Santan mempunyai tahap asid laurik yang tinggi, asid lemak rantaian sederhana bahawa badan menukarkan kepada monolaurin, Bahan ini boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada orang-orang dengan diabetes. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan pameran antiviral, serta aktiviti antibakteria.

Antara beberapa khasiat lain santan kelapa untuk kesihatan adalah ia baik untuk tulang kita supaya menjadi sihat dan kuat.

Seringkali kita mempercayai bahawa kalsium saja sudah cukup untuk membuat tulang kita sihat dan kuat. Tapi ianya tidak tepat. badan kita memerlukan Fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang sihat, kuat dan kukuh.

Santan merupakan sumber dari fosforus yang tinggi didalamnya. Santan juga kaya dengan zat besi.
Penyebab anemia adalah kerana kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi dalam darah (anemia) menyebabkan bilangan hemoglobin menurun dan sangat merpengaruhi dalam produktiviti badan. Ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bermaya.

Santan adalah sumber dari zat besi yang diperlukan. Antara faktor yang menarik adalah santan boleh menurunkan berat badan anda. Walaupun memiliki bentuk fizikal yang mirip dengan susu, santan sangatlah berbeza.

Santan tidak membuat anda gemuk, namun sebaliknya santan kelapa dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Santan mengandung serat makanan yang mana akan membuat perut anda mudah kenyang dan bertahan dalam perut dalam masa yang lama.

Ini sangat baik dalam mengawal berat badan. Santan juga kaya dengan antioksidan. Manfaat yang terdapat dalam santan ini dapat melindungi tubuh dari gangguan radikal bebas dengan sifat antioksidan yang dimilikinya.

Ia juga dapat memperlambatkan proses penuaan dengan antioksidan dalam santan kelapa membantu pencegahan tanda-tanda penuaan diri dari terjadi. Selain daripada itu santan mengandungi vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan badan.

Santan kelapa juga boleh memerangi jangkitan infeksi selsema dan batuk. Vitamin C ini juga baik untuk kulit dan pembuluh darah. Vitamin C dan zat besi juga ada dalam santan kelapa.

Kedua nutrien ini penting untuk menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah. Apabila santan diambil bersama air kelapa , kita dapat menjaga tekanan darah kita.

Air kelapa mengandung potasium yang sangat baik dalam menjaga atau menstabilkan tekanan darah kita supaya menjadi sihat. Oleh itu dengan gabungan santan dan air kelapa juga baik untuk penngidap penyakit hipertensi.

Santan kelapa mengandungi zat zink(zinc) yang sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat.Ianya juga membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.

Santan kelapa mengandung magnesium dalam jumlah yang baik. Ini merupakan nutrien penting dalam membantu anda merasa lebih baik jika anda menghadapi masalah kekejangan otot atau lenguh badan.

Akhir sekali santan juga merupakan suplemen multivitamin dan multimineral semulajadi. Jadi manfaat santan kelapa yang terahir adalah sumber dari berbagai vitamin seperti vitamin B1, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin C dan vitamin E.

Santan juga mengandung berbagai mineral penting seperti folate, zat besi dan mikronutrisi penting lain seperti Selenium, Sodium, Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Kalium. Jadi sangkaan seperti kebanyakan masyarakat kita yang menyatakan santan adalah lemak yang tidak sihat adalah meleset sama sekali.

Di negara barat santan dijadikan minuman berkhasiat yang dipanggil 'coconut milk' yang diamalkan oleh mereka yang mengetahui khasiat santan itu sendiri.

Terdapat lagi satu fakta yang menarik yang mana beberapa pulau yang terdiri dari orang Tokelau, Pukapuka dan Kitavan yang hidup lebih sihat daripada masyarakat dunia yang lain dengan mengambil santan dan lemak kelapa yang banyak kerana merupakan makanan rugi mereka.

Masakan masyarakat orang melayu pada masa dulu sehingga sekarang juga banyak menggunakan santan seperti gulai, masak lemak cilia pi dan juga nasi lemak serta nasi dagang.

Ada juga santan digunakan didalam minuman seperti cendol dan sebagainya. Makanan ini merupakan makanan yang sihat kerana ada santan didalamnya tambahan lagi jika manisan didalamnya dikurangkan atau diganti dengan manisan kurang kalori seperti stevia.

Jadi mulai sekarang kita hendaklah menghapuskan dalam pemikiran kita yang menyatakan santan itu tidak bagus ditukarkan kepada santan makanan lemak yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. - MalaysiaGazette

*  Penulis adalah Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia

Lokum kerja sambilan bayar pinjaman pengajian

Posted: 13 Aug 2016 07:44 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Dr. Ting Teck Chin
Dr. Ting Teck Chin


Doktor yang didakwa berhubung kes kematian menantu Timbalan Perdana Menteri semasa menerima rawatan pergigian adalah seorang lokum dari hospital awam.

China Press melaporkan, doktor tersebut merupakan pakar sakit puan di sebuah hospital kerajaan tetapi bekerja secara sambilan atau sebagai lokum di pusat perubatan swasta kerana mahu menambah pendapatan bagi melangsaikan pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Seorang doktor hospital awam memberitahu akhbar itu, gaji yang tidak banyak mendorong ramai doktor termasuk doktor pakar menjadi lokum di pusat perubatan swasta bagi menambah pendapatan.

Katanya, berlainan dengan persepsi ramai, gaji doktor hospital awam sebenarnya tidak sebanyak yang disangkakan.

"Siapa yang tidak mahu jika ada peluang untuk menambah pendapatan?

"Apatah lagi kerja sebagai lokum menjanjikan pendapatan yang lumayan.

"Sebagai contoh, jika satu pembedahan menerima bayaran RM8,000, lokum yang bertanggungjawab dalam pembiusan akan memperoleh RM2,000 atau kira-kira 10 peratus daripada bayaran pembedahan," katanya.

Menurutnya, sesetengah mahasiswa perubatan yang bertuah akan mendapat biasiswa penuh, tetapi selebihnya menerima pinjaman.

"Kawan saya meminjam RM150,000 bagi melanjutkan pengajian dalam perubatan dan dia perlu membayar lebih RM300 setiap bulan.

"Dengan kadar bayaran balik itu, kawan saya nampaknya perlu membayar untuk jangka waktu yang panjang," katanya sambil menambah kos RM150,000 untuk pengajian perubatan adalah dianggap murah.

Menurut doktor itu lagi, gaji lokum adalah berbeza mengikut tempat dengan purata RM40 sejam tetapi ada pihak yang menawarkan RM80 sejam.

"Jika kamu bekerja sebagai lokum selama lima jam, maka sebanyak RM400 sudah berjaya diperoleh," katanya.

Dr. Ting Teck Chin pada Jumaat didakwa menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi di Pusat Pakar Pergigian Imperial di Bangsar, ibu negara.

Pusat perubatan itu didakwa gagal memastikan individu yang berkhidmat dalam prosedur radiologi dan bius secara IV Sedation ke atas Syed Alman Zain mempunyai kelayakan berkaitan.

Syed Alman Zain yang merupakan menantu kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sedarkan diri ketika menjalani pembedahan gigi dan kemudian disahkan meninggal dunia Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


PDRM terima serpihan telefon bimbit daripada pihak berkuasa Thailand

Posted: 13 Aug 2016 07:35 PM PDT

MALAYSIA GAZETE
 



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), petang ini.

"Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara itu (Thailand) dalam membantu siasatan insiden berkenaan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatApps di sini, malam Sabtu.

Bernama hari ini melaporkan sumber keselamatan Thailand berkata terdapat nombor siri SKMM pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan.

Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.

Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.

Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket semalam, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan.-- BERNAMA


Pas perlu RM3 juta untuk saman Sarawak Report - Ramesh

Posted: 13 Aug 2016 07:35 PM PDT

 
 
Ramesh Rao
Ramesh Rao
 
 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta sebagai menampung kos keseluruhan kos Beliausaman Sarawak Report di England.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
 
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi Malaysia Gazette petang tadi.
 
Dalam perkembangan sama, Ramesh juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya Pas 'bangun daripada tidur' dan kini sedar akan apa yang dilaporkan Sarawak Report selama ini fitnah dan berniat jahat.
 
"Mungkin ramai di antara kita fikir Pas bertindak ke atas Sarawak Report hanya setelah parti itu sendiri difitnah dengan politik wang tetapi menutup mulut dan percaya segala laporan portal itu ketika kerajaan dan Najib dikritik dengan pelbagai tohmahan selama ini.
 
"Sebenarnya saya bersyukur kerana Pas yang selama ini tidak tahu segala berita Sarawak Report selama ini adalah fitnah baru sedar akan perkara sebenar setelah dia turut diperangkap dalam fitnah yang sama.
 
"Jadi, saya sokong dengan tindakan berani Pas untuk meneruskan saman ke atas Sarawak Report tanpa tidak berganjak dalam apa jua keadaan sekali pun selepas ini," ujarnya. - MalaysiaGazette
 
 
 

Serah Diri Atau Tunggu Kami - KP SPRM

Posted: 13 Aug 2016 07:23 PM PDT

Dzulkifli Ahmad.
 
MSTAR ONLINE
 
 
PUTRAJAYA: Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.

Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu.

Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi rasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.

Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.

"Nantikan saja dalam masa terdekat ini, akan ada 'salam perkenalan' daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu," katanya.

Katanya tempoh dua minggu (sejak mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM) sudah cukup untuk beliau memahami mengenai suruhanjaya itu dan sudah sampai masanya untuk melihat hasil perlaksanaannya.

"Saya seorang lelaki yang kurang berkata-kata. Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan. Saya ingin beri nasihat dan amaran kepada yang terlibat rasuah agar berhenti serta-merta.

"Ini bukan amaran kosong. Kepada sesiapa yang selama ini mempunyai pendapatan yang lain daripada gaji yang sepatutnya diterima, iaitu rasuah, sila hentikan," katanya. - BERNAMA