Followers

Nuffnang

Alfaizhamid

0

Posted by Unknown | Posted on 10:30 PTG | Posted in

sumber :-

Alfaizhamid


PESAN YANG MASYHUR

Posted: 09 Aug 2016 11:50 PM PDT


Kata-kata masyhur guruku ini ... akan kukenang selagi ada hayat .. akan kuwariskan kepada warisku.. tentang maksud dan pengisiannya ... Fadiah Al-Fatihah buat guruku Allahyarham Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Mauju 

PERGIMU TAKKAN KEMBALI

Posted: 06 Aug 2014 06:51 PM PDT


Kuhadiahkan segala doa kebaikan buatmu ayah 
Dalam saat ketenanganmu menemui Ilahi
Di alam Barzakh Di ufukul Adna kau menanti waktu abadi

Kukenang kasihmu ayah selama hayat dikandung badan
Dari sulbimu terbentuk benihmu 
aku wujud dan zahir di dunia dalam kasih sayangmu
Akulah wiramu  kaudidik mengenal dunia dan akhirat

Engkaulah sumber inspirasi, engkaulah Ayah
engkaulah guru, engkaulah sahabat
Kita lalui waktu getir dan gembira bersama

Terkenang kata-katamu
Bersedialah menghadapi hidup
Letak Allah dan Rasul-Nya di hadapan

Terima kasih untuk segalanya Ayah
Terima kasih untuk bekalan ilmu dunia
Terima kasih untuk bekalan ilmu akhirat

Ya Allah kupanjatkan doa kepada-Mu
Dengan berkat segala kemuliaan dan kelebihan Saiyidina Muhammad s.a.w
Tempatkan ayahku dalam kalangan mereka yang beriman
Dalam selimut Rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Temukan kami kelak dalam Syafaat kekasih-Mu
Solawatullahi alaihi...

Tidurlah ayah rehatlah ayah .. kau sudah penat menghadapi getir hidup..
Damailah ayah di sana...




RAKYAT MARHAEN

1

Posted by Unknown | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Laungan Reformasi gamatkan Sungai Buloh

Posted: 10 Aug 2016 08:22 PM PDT

Bukan seperti kelazimannya apabila laungan reformasi kembali bergema sebagai sokongan solidariti rakyat kepada kezaliman dilakukan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena hari kelahirannya yang ke-69.
dsai 5Laungan keramat itu menjadi bukti bahawa rakyat memerlukan perubahan maksima menuntut pejuang itu dibebaskan daripada jurang jeriji besi.

Begitulah situasi dapat digambarkan dengan penyertaan masyarakat daripada seluruh negara yang turun meraikan sambutan ulang tahun Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
Walaupun mendapat amaran awal daripada pihak berkuasa untuk tidak melakukan sebarang provokasi di hadapan pintu penjara, namun jelas sekali keadaan cukup terkawal sepanjang program berlangsung.
Ia bukan sekadar program biasa apabila hadirin dipertontonkan dengan paparan video dan gambar kekejaman yang berlaku terhadap Anwar dan keluarganya, pada 1998.
Malah, sesi deklamasi puisi turut disampaikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mengenang perjuangan bekas Ketua Pembangkang itu.
dsai 3Tidak cukup dengan itu, slot nyanyian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung dan ceramah daripada pimpinan tertinggi Pakatan.
Kemuncak program, sesi potongan kek oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga sebagai simbolik sambutan ulang tahun Anwar.
Lebih manis, Wan Azizah turut menerima kaligrafi daripada penyokong Anwar sebagai solidariti dan penghargaan kepada perjuangan bekas pemimpin tertinggi negara itu.
Pada masa sama, antara pimpinan tertinggi yang hadir termasuk Exco Selangor iaitu Dr Daroyah Alwi, Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang; wakil PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ahli AMANAH, Hanipa Maidin turut hadir memberikan sokongan.

Bara Reformasi bakar semangat Anwar bela nasib rakyat

Posted: 10 Aug 2016 08:21 PM PDT

Pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematahkan semangat juangnya membela nasib rakyat yang ditindas rejim Umno Barisan Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata rakyat perlu mengambil pendirian terbuka menyahut pengorbanan dilakukan Anwar untuk memastikan negara ditadbir kerajaan telus.

dsai 2"Anwar pesan pada saya, jangan putus asa dan terus beristiqamah kerana hanya mereka yang tidak kuat nilai keimanannya akan berputus asa. Atas sebab itulah, saya terus berdiri dengan semangat yang penuh membara untuk terus bangkit walaupun hakikatnya di dalam saya menangis.
"Masyarakat melihat saya senyum, namun tangisan di sebalik senyuman ini tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT," katanya sebak.
Beliau bercakap pada Program Sambutan Hari Ulangtahun ke-69 bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di perkarangan pintu masuk Penjara Sungai Buloh, malam tadi.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan kes Fitnah II terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Tanpa kesahihan dan kenyataan meragukan sepanjang proses perbicaraan oleh Peguam Umno, Anwar kini dikurung di sebalik tirai besi bertujuan membunuh karier politiknya.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, Anwar tetap optimis untuk tidak berundur dengan tekad menumbangkan musuh politiknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Katanya, ia termasuk keprihatinan Anwar membabitkan isu dan skandal kewangan syarikat milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu 1Malaysia Development Berhad, 1MDB.
"Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita tolak sentimen perbezaan kaum dan agama untuk bersatu juga bersungguh demi Malaysia yang lebih baik," katanya.

Erdogan says to US: It’s Gulen or me?

Posted: 10 Aug 2016 08:18 PM PDT

Malaysia akan jadi negara yang gagal seperti kata Musa Hitam - Kit Siang

Posted: 10 Aug 2016 08:17 PM PDT

Rakyat bosan dengan kemelut politik T'ganu

Posted: 10 Aug 2016 08:17 PM PDT

Dividen Terendah: LTAT ancam ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi

Posted: 10 Aug 2016 08:08 PM PDT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang mendakwa LTAT mengeluarkan dividen terendah - 6 peratus - pada 2015.
Rafizi dikatakan membuat kenyataan itu di laman Facebook beliau pada 24 Julai, dengan tajuk "Dividen 6% Yang Diumumkan oleh LTAT bagi 2015 Adalah Paling Rendah Sejak 1973".
LTAT menuntut permohonan maaf dari ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR itu atas kenyataannya yang 'mengeliru dan tidak tepat' itu serta janji bertulis bahawa beliau akan berhenti daripada menerbitkan artikel yang serupa.
Menurut surat guaman bertarikh 1 Ogos, Rafizi telah membuat dakwaan bahawa bonus enam peratus dibayar kepada ahli-ahli tertentu.
Menurut surat lagi, pihaknya telah dimaklumkan oleh pelanggannya bahawa bonus enam peratus dibayar kepada 'semua ahli dan adalah tidak betul untuk menyatakan bahawa ia dibayar untuk ahli-ahli tertentu sahaja,
Jika Rafizi gagal berbuat demikian, menurut surat itu, pelanggannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
LTAT juga menuntut Rafizi berhenti daripada membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu kerana terdapat satu kes terhadapnya di mahkamah.
Rafizi juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sebagai sebahagian daripada pendedahan berkaitan LTAT itu.
Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih kekal sebagai dokumen sulit.

Sayap bukan Islam PAS sokong denda iklan tak bertudung

Posted: 10 Aug 2016 07:59 PM PDT

Wanita tidak harus dijadikan objek dalam menjual produk, kata Balachandran mempertahankan dasar kerajaan PAS di Kelantan.

Sayap bukan Islam dalam PAS berkata undang-undang syariah tidak akan menjejaskan kehidupan orang bukan Islam, sambil mempertahankan tindakan pihak berkuasa Kelantan mengenakan denda terhadap perniagaan kerana memaparkan "iklan seksi".
Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), G. Balachandran menyifatkan tindakan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) baru-baru ini lebih berpaksi kepada moral yang menurutnya "menjadi keutamaan setiap agama".
"Kita perlu membina sebuah negara yang mempunyai nilai moral. Untuk memupuk sifat itu, perlu ada penguatkuasaan yang ketat. Tiada permainan (politik) di sini," katanya kepada FMT.
Bulan lalu, MPKB mengenakan denda RM150 terhadap seorang pemilik perniagaan kerana mempamerkan poster produk kecantikan yang memaparkan model wanita Islam tanpa tudung.
Sebelum itu, penjual jam tangan Lee Kum Chuan dikenakan denda RM400 selepas memapar dua poster yang dikatakan "seksi".
Susulan itu, MCA membidas PAS dengan berkata ia membuktikan dakwaan PAS yang undang-undang Islam tidak akan menjejaskan orang bukan Islam adalah tidak betul.
Bagaimanapun, Balachandran berkata wanita tidak harus dijadikan "objek seks" dalam menjual produk.
"Ini bukan eksklusif untuk Islam. Saya sebagai ibu bapa juga tidak mahu anak-anak saya melihat iklan yang menggunakan model seksi," katanya kepada FMT.
Kerajaan Kelantan yang mahu memperkasakan undang-undang syariah supaya diluaskan kepada kelakuan jenayah, sering kali berkata ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat bukan Islam.

Ambiga: pembangkang yang bersatu 'hadiah terbaik' untuk Anwar

Posted: 10 Aug 2016 07:49 PM PDT

Hadiah terbaik untuk hari jadi mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah barisan pembangkang yang bersatu menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Mengimbau kembali kemenangan pembangkang di bawah pimpinan Anwar, pengerusi HAKAM, Datuk Ambiga Sreenivasan berkata kemajuan itu dicapai sejak gerakan Reformasi 1998 yang dicetuskan oleh pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Hanya Anwar Ibrahim boleh mewujudkan satu barisan pembangkang yang begitu kuat di mana pada 2013, mereka menang undi popular.
"Kita tidak boleh melupakannya," kata Ambiga dalam ucapannya di perhimpunan di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena hari jadi Anwar ke-69.
Malah hingga ke hari ini dan dari dalam penjara, Ambiga mengingatkan kira-kira 500 hadirin malam tadi bahawa perjuangan Anwar untuk rakyat tidak pernah terhenti.
"Ia mesti sentiasa mengenai rakyat dan itulah yang kita mesti terus perjuangkan," katanya.
Walaupun di dalam penjara, kata Ambiga, semangat Anwar tidak pernah luntur.
"Beliau masih kelihatan kuat dan mesejnya tidak pernah berubah," kata Ambiga yang menyifatkan era Reformasi sebagai titik perubahan untuk Malaysia.
"Jadi hari ini, apabila kita menyambut hari jadinya, kita juga meraikan seorang yang menunjukkan ketabahan dan keberanian.
"Marilah kita berikrar: Pembangkang mesti sekuat sepertimana ketika Anwar menyatukannya pada 2008. Inilah pembangkang yang kita mahu lihat," katanya.
Sementara itu MP Sepang Amanah Hanipa Maidin membuat penampilan khas di majlis itu dan berkata beliau bersetuju dengan seruan Ambiga untuk barisan pembangkang yang bersatu.
"Jangan biarkan ia sampai ke tahap di mana kita tidak tahu siapa musuh bersama kita.
"BN adalah musuh kita dan dengan itu kita mesti bersatu menentangnya untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Hanipa (gambar), yang menjalani pembedahan pada bulan April untuk merawat pendarahan otak yang disebabkan oleh strok.
Berucap dari kerusi roda, Hanipa berkata beliau berharap untuk pulih sepenuhnya dan kembali ke Parlimen untuk sesi yang akan datang pada bulan Oktober.
Secara berseloroh, katanya, beliau bosan duduk di rumah "kerana tidak ada Umno, tidak ada Najib".
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga teringat pembangkang yang bersatu menentang pemenjaraan Anwar yang pertama pada tahun 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Will new BNM rules affect Nazir Razak’s future at CIMB?

Posted: 10 Aug 2016 07:46 PM PDT

A Straits Times report says the move to demarcate the separation of powers between board and management of banks has 'implications' on his future as chairman of CIMB.
Nazir-Razak_cimb_bnm_600
KUALA LUMPUR: New Bank Negara Malaysia (BNM) guidelines may impact on Nazir Razak's position as CIMB Group chairman next year, according to a report in The Straits Times.
Under the Bank Negara rules issued early this month, chief executive officers of financial institutions are prohibited from taking over as chairmen of the board of directors.
The guidelines also stipulate that financial institutions must have a majority of independent directors on their respective boards, the report said.
The ST report said that while the rules were not expected to be applied retroactively, they could have "implications" for Nazir "when his position as director on the board comes up next year for renewal by the bank's nomination committee."
The report however does not explain what these implications are.
Nazir, who is the younger brother of Prime Minister Najib Razak, served as CIMB's CEO between 1999 and 2014, before becoming chairman of the group.
The report said CIMB executives did not respond to requests for comment on how the bank intended to deal with the new guidelines.
The guidelines, said the report, were aimed at demarcating the separation of powers between the board and the management.
Read More / Baca Lagi >>

Johari: M’sia trying to resolve 1MDB-IPIC case amicably

Posted: 10 Aug 2016 07:45 PM PDT

Second Finance Minister tells Singapore newspaper talks between the two will enable the government to decide if action should be taken against former management of 1MDB.
johari
KUALA LUMPUR: The Finance Ministry is trying to amicably resolve the payment issues of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and Abu Dhabi's sovereign wealth fund.
Although the dispute over a USD6.5 billion payment between Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC) and 1MDB is headed for arbitration next month, Malaysia feels it is better to settle it through talks.
The talks, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani told The Straits Times in an interview last week, would enable the government to decide on legal action against 1MDB's previous management or directors over the soured dealings.
"It doesn't look good for two countries to fight over a business transaction. This is all about getting two parties to sit down and discuss and thrash out whatever differences that we have," Johari is reported to have said.
1MDB signed a debt asset swap deal with IPIC in May last year, but the Emirati firm claimed in April that 1MDB had not repaid a USD1 billion advance and applied for arbitration in London, where it is publicly listed.
Johari said his ministry, which owns 1MDB and provided indemnity on the deal, is "trying to see if we can settle this amicably."
Reaching a settlement would prevent the matter – which goes into case management next month – from dragging on. Seventy per cent of cases at the London Court of Arbitration take more than 18 months to resolve, said the ST report.
Abu Dhabi's The National had earlier reported that the fact that IPIC had filed with the London Court of International Arbitration implied the two parties had failed to reach a negotiated settlement.
The National said the dispute between IPIC and Malaysia was further complicated by investigations into 1MDB in at least seven jurisdictions.
According to Bloomberg, IPIC entered into an agreement with 1MDB in May 2015 to provide the Malaysian fund USD1 billion to settle some liabilities in exchange for a transfer of assets, and assume interest obligations on USD3.5 billion of debt.
IPIC, which had guaranteed two sets of 1MDB debt, made payments after the Malaysian company missed them in April and May, according to the earlier Bloomberg report.
It said a report by a Malaysian parliamentary committee (PAC) in April identified at least USD4.2 billion of questionable transactions by 1MDB, including those involving the Abu Dhabi companies. The PAC had said it couldn't verify a USD2.1 billion payment to Aabar Investments PJS Ltd.
Read More / Baca Lagi >>

Supporters celebrate Anwar's 69th birthday

Posted: 10 Aug 2016 07:38 PM PDT

'Mari kita beramai-ramai turun berdemo Tangkap MO1 27 Ogos' - Nurul Izzah

Posted: 10 Aug 2016 07:36 PM PDT

Pindah 1.2 juta pengundi, perbuatan haram SPR - Nurul Izzah

Posted: 10 Aug 2016 07:36 PM PDT

Hanipa Maidin beransur pulih

Posted: 10 Aug 2016 07:35 PM PDT

Politik Penyu: Berhenti buat fitnah video seks...!! kata Ahmad Said

Posted: 10 Aug 2016 07:26 PM PDT


Ahmad Said

KEMAMAN - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu melayan serangan yang mengaitkannya dengan video seks dan hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat ketika ini.
"Itu (mengenai video seks) saya tak nak komen, malaslah…(orang) serang saya macam-macam, macam kes Tan Sri Muhyiddin (Yassin) lah. Kalau (isu ini) dipanjangkan (maka) jadi berpanjanganlah. Saya (cuma) tunggu dan lihat.
"(Kalau) orang serang saya (keterlaluan), saya serang balik, itu saja. Apa untung buat (macam ini)? Kalau sampai satu tahap saya marah sangat, saya tak puas hati, saya rasa dimalukan, saya keluar Umno," katanya ketika ditemu bual portal berita KiniTV di kediamannya di Teluk Kalong, Kijal, semalam.
Menerusi video temu bual yang turut dimuat naik dalam laman Youtube itu, Ahmad yang juga Adun Kijal turut mempersoalkan motif fitnah itu dilemparkan terhadap beliau.
"Apa tujuan dia? Nak suruh saya berhenti? Nak malukan saya? Umno tak untung apa-apa pun. OK kalau sanggup pilihan raya (negeri) kalau nak malukan saya, buatlah.
"Yang masalah (sekarang) siapa. Umno 16-16 (jumlah kerusi Dun Umno dengan pembangkang), pilihlah nak pilihan raya ke nak tukar menteri besar. Jangan mereka cerita macam-macam," katanya.
Berikutan itu, Ketua Umno Bahagian Kemaman itu turut menasihatkan masyarakat supaya berhenti membuat fitnah, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan maruah seseorang.
"Kalau dulu fitnah orang mulut ke mulut…hari ini (boleh) fitnah orang dengan pelbagai cara, bayangkan macam mana maruah orang.
"Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh, Tuhan dah beritahu kalau kita jaga maruah orang, Tuhan akan jaga maruah kita…ni tidak macam-macam buat cerita, apa faedah dapat," katanya kecewa.
Read More / Baca Lagi >>

4 bulan selepas rebah, Hanipa Maidin ‘rindu’ kepada Umno

Posted: 10 Aug 2016 07:18 PM PDT

Ahli Parlimen Sepang itu kini giat menjalankan fisioterapi selepas menjalani pembedahan, dan bersemangat mahu kembali ke pentas politik.
Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR: Empat bulan selepas dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika perbahasan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin kini masih menjalani proses pemulihan.
FMT yang mengunjungi beliau di rumahnya di Gombak semalam mendapati peguam PAS yang lantang bersuara itu masih berjenaka seperti biasa.
Beliau menceritakan bagaimana merasa bosan di hospital, sehinggakan merayu supaya dibenarkan pulang.
"Saya beritahu doktor, dekat sini saya tak gembira, saya macam gila. Doktor pun kata ok lah, awak boleh balik tapi jangan pengaruhi orang lain.
"Saya tak boleh duduk di hospital sebab tak ada Umno. Saya lemah tak ada Umno ini. Bila ada Umno baru sedap, boleh bantai," seloroh pemimpin Amanah itu.
Hanipa yang bertubuh besar dan tegap kini kelihatan lebih kurus.
"Berat badan saya kini 80kg berbanding sebelumnya, dalam 100kg," katanya semalam ketika menerima kunjungan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.
Hanipa menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami pendarahan otak. Pada 4 April, sidang Dewan Rakyat ditangguh 15 minit selepas beliau rebah, beberapa minit selepas terlibat dalam perbahasan hangat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung isu pindaan Akta Syarikat.
Pulih 75%
Sejak insiden itu, Hanipa tidak dilihat di ceramah atau program pembangkang.
Bagaimanapun, semalam beliau hadir pada sambutan ulang tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan penyokongnya di luar Penjara Sungai Buloh.
Hanipa kini menjalani fisioterapi setiap minggu, dan proses pemulihannya juga adalah cepat.
"Saya rasa pemulihan sekarang ini 75%," kata bapa kepada lima anak itu.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: MB Terengganu sedia runding dengan Ahmad Said

Posted: 10 Aug 2016 06:52 PM PDT


Ahmad Razif, Ahmad Said

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersedia untuk berbincang dan berunding dengan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said demi kepentingan rakyat dan negeri.
Menurutnya, sejak dari dahulu lagi, beliau dan Ahmad tiada sebarang isu dan berlapang dada serta sentiasa menghulurkan tangan kepada mantan menteri besar itu sekiranya beliau bersedia untuk berdamai.
"Kalau betullah kenyataan yang diberikannya semalam (kelmarin), Insya-ALLAH saya sedia berbincang, sedia berunding dan kita akan ambil ketetapan demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, semalam.
Semalam, media melaporkan Ahmad bersedia untuk berdamai dengan Ahmad Razif, namun meletakkan beberapa syarat.
Antara syarat yang dikemukakan ialah supaya Ahmad Razif menghormatinya dan sedia berbincang dengannya perkara melibatkan pelantikan dan pemecatan beberapa individu di beberapa syarikat berkaitan kerajaan di Kijal dan Kemaman.
Mengulas isu itu, Ahmad Razif berkata, jika syarat yang dikenakan oleh Ahmad itu boleh dipenuhi, beliau sedia meluluskannya.
"Bagi saya tiada masalah, ia tidak memberi satu kerugian kepada kerajaan negeri sebenarnya. Tetapi dengan syarat, syaratnya itu tidak membebankan kita, di luar kemampuan saya.
Read More / Baca Lagi >>

Terima kasih, Nurul Izzah balas serangan Raja Nong Chik

Posted: 10 Aug 2016 06:48 PM PDT

Lebih baik ketua Umno Lembah Pantai itu menumpukan usaha mencari jalan menyelamatkan Malaysia.
izzah-raja-nong-chik
SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengucapkan terima kasih kepada bekas seterunya pada pilihan raya lepas, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, kerana membayangkan beliau bercita-cita tinggi dalam politik.
Nong Chik, ketua Umno Lembah Pantai yang tewas kepada Nurul Izzah pada pilihan raya 2013, sebelum ini menasihati anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menimba pengalaman menjadi wakil rakyat peringkat DUN "jika hendak menjadi perdana menteri".
Nurul Izzah, ditemui pada sambutan hari jadi bapanya di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi, bagaimanapun menasihati Nong Chik menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB.
"Saya ingat itu keutamaan dalam Umno, bukannya sibuk hal lain.
"Bagaimanapun terima kasih kepada beliau yang memberikan gambaran cita-cita saya yang tinggi," kata naib presiden PKR itu.
Bagi Nurul Izzah, bertanding dalam pilihan raya adalah ketetapan parti.
"Pada saya semua ini kita mengikut arahan parti. Semua ada tugasan masing-masing dan saya tidak fikir bagi parti lain mencampuri urusan PKR itu satu yang boleh diterima pakai," katanya .

Beribu turun sambut harijadi Anwar di Sungai Buluh malam tadi

Posted: 10 Aug 2016 05:41 PM PDT

Datuk Seri Dr Wan Azizah memotong kek harijadi untuk Anwar kali yang ke 69 malam tadi di Sungai Buluh.Datuk Seri Dr Wan Azizah memotong kek harijadi untuk Anwar kali yang ke 69 malam tadi di Sungai Buluh.
Beribu-ribu penyokong dan keluarga turun ke perkarangan penjara Sungai Buluh malam tadi bagi menyambut harijadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke 69.
Hampir kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan hadir termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, naib presiden Amanah, Hasanudin Mohd Yunus di samping pemimpin PKR dan keluarga Anwar.
Wan Azizah menerima kad ucapan gergasi untuk Anwar dari masyarakat Cina malam tadi.Wan Azizah menerima kad ucapan gergasi untuk Anwar dari masyarakat Cina malam tadi.Mereka memberikan ucapan selamat harijadi untuk Anwar yang berada di dalam penjara itu di samping ucapan-ucapan politik.
Pelbagai jenis kek dan kad ucapan telah disediakan oleh pelbagai pihak untuk Anwar di majlis ini.
69 klip video tentang hidup Anwar dan perjuangannya juga dimainkan sempena sambutan ini sejak siang lagi.
Selain kompilasi ucapan selamat hari jadi, aktiviti lain turut diadakan seperti pameran gambar-gambar lama, bacaan puisi, ucapan dan juga nyanyian.
ADUN Semambu, Lee Chean Chung mendedangkan lagu Kantonis. Pameran gambar-gambar mereka yang bergambar dengan Anwar juga akan diadakan, kata sekretariat kempen bebaskan Anwar.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana meliwat, tuduhan liwat kedua yang dihadapinya dalam tempoh sedekad.
Turut membuat penampilan sulong di khalayak ramai adalah ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang berehat di rumahnya sejak 4 April lalu selepas pengsan di parlimen.
Hanipa menjalani pembedahan kepala selepas itu dan mula sihat walaupun badannya masih lemah dan terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana tidak boleh berdiri lama.
"Saya sudah boring duduk kat rumah kerana tidak ada BN dan Umno yang hendak dilawan," kata Hanipa dalam majlis malam tadi.
Hanipa berucap di perkarangan Penjara Sungai Buluh malam tadi.Hanipa berucap di perkarangan Penjara Sungai Buluh malam tadi.

Politik Penyu: Ahmad Said 'berahsia' tindakan selanjutnya

Posted: 10 Aug 2016 05:34 PM PDT

Selepas spekulasi mendakwa akan ada usul undi tak percaya dibuat di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Isnin lalu, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kini mengambil pendekatan untuk 'berahsia' berhubung tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
Malah, ketika ditanya apakah perancangannya selepas ini, Ahmad Said menyerahkan perkara itu kepada Allah kerana beliau tidak tahu apakah perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
"Saya tak tahu (apa akan terjadi selepas ini). Saya tak tahu, saya bukan pakar strategi. Saya seorang je. Tapi kena ingat,
walaupun seorang ia boleh berikan kesan, apa-apa pun boleh terjadi walaupun saya seorang.
"Bila rahsia, beritahu lebih dari sorang, bukan rahsia lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman,
Terengganu.
Selain itu, ditanya tentang masa depan politiknya sama ada akan terus bertanding dalam pilihan raya, Ahmad Said hanya tersenyum dan berkata beliau tidak diberikan kelebihan oleh Allah untuk meramal masa depan.
"Saya tak tahu. Mana boleh kita baca masa depan kita. Mana tau mati esok. Saya tak tahu. Tak boleh tengok. Saya tak diberi kasyaf oleh Allah untuk lihat masa depan," katanya.
Dalam temubual selama kira-kira hampir dua jam, Ahmad Said agak beremosi apabila menceritakan kembali kisah bagaimana beliau 'diminta' untuk melepaskan jawatan sebagai menteri besar serta usul undi tak percaya yang dibawa pada sidang DUN Mac lalu.
Malah, ADUN Kijal itu turut memberitahu, selepas meletakkan jawatan menteri besar, hubungannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum baik ekoran beberapa 'isu' yang terjadi sebelum ini.
Lima sebab 'disingkir'
Beliau turut mendedahkan terdapat lima perkara yang didakwa menjadi isu utama antara beliau dan Najib sehingga 'disingkirkan'.
Lima perkara yang didakwa Ahmad Said ialah isu berkaitan penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA), pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang menggunakan duit kerajaan negeri, gesaan supaya kerajaan Pusat membayar semula wang dana khas royalti minyak sebanyak RM8 bilion, isu berkaitan penubuhan jawatankuasa khas Petroleum, serta isu penemuan telaga minyak Bertam 307 yang didakwa dimiliki Pahang.
"Isu ini ketika saya menjadi menteri besar. Saya tak sehaluan dengan Najib.
"Kalau saya pentingkan diri, saya selama dua tahun selepas lepaskan jawatan macam-macam perkara yang saya boleh lakukan," kata Ahmad Said sambil menegaskan bahawa beliau sayangkan Umno kerana telah menjadi ahli parti itu sejak berumur 18 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Saya pernah tertawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, kata Musa

Posted: 10 Aug 2016 05:30 PM PDT


Tun Musa HitamTun Musa HitamTun Musa Hitam melahirkan kebimbangan dengan keadaan semasa di Malaysia yang disamakan seperti negara Filipina suatu ketika dahulu.
Beliau menyifatkan keadaan sekarang seperti kebiasaan baharu berikutan kes keganasan dan pembunuhan yang berlaku di negara ini.
"Saya pernah menjadi saksi kepada Filipina yang lalu sebagai sebuah negara yang gagal. Saya ingin memberitahu anda, di Filipina dahulu kejadian tembakan, pembunuhan, rompakan adalah biasa.
"Beg diragut ketika berjalan adalah normal. Kediaman di sana mereka terpaksa menggunakan penjaga, orang kaya perlu menggaji pengawal keselamatan, kenderaan dipasang kalis peluru.
"Tanda-tanda yang berlaku di Filipina ketika itu dapat disimpulkan sebagai sebuah negara yang gagal.
"Saya pernah mentertawakan keadaan negara itu kerana ia tidak berlaku di negara kita," katanya pada sidang media selepas pelancaran memoirnya, Frankly Speaking di Kuala Lumpur Golf & Country Club semalam, dipetik sumber Malaysiagazette.
Tambahnya, bekas Presiden Aquino terpaksa mengambil masa enam tahun untuk membina Filipina semula sebelum pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai tahap membanggakan di Asia Tenggara.
"Ini adalah soal kepimpinan dan beliau berjaya menangani isu-isu," kata Musa yang mahu keadaan di Filipina itu dibandingkan dengan keadaan di Malaysia sekarang.
Malah, katanya, rakyat juga kini semakin rasa tidak selamat untuk keluar rumah, lantas membawa kayu dalam kereta, wanita pula membawa penyembur sebagai langkah-langkah keselamatan.
Ini adalah tanda-tanda rakyat semakin bimbang dan tidak yakin dalam agensi-agensi pentadbiran di negara ini.
Musa juga tidak puas hati dengan keadaan jalan-jalan raya yang berlubang.
"Saya luahkan ini kerana saya memandu dan saya berjalan," katanya

Tokoh pemimpin perlu bersih, jangan kurang ajar terhadap Tun Mahathir, kata Khairuddin

Posted: 10 Aug 2016 05:27 PM PDT


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan untuk menjadi tokoh pemimpin perlu bersih dan kelihatan bersih dan tidak kurang ajar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjayakan misi Selamatkan Malaysia.
Beliau juga mengingatkan, dikalangan pendokong parti baharu mereka hanya menumpang populariti Tun Mahathir.
"Kita semua hanya menumpang populariti Tun Mahathir. Jadi penting untuk kita jadikan Tun Mahathir sebagai paksi rujukan utama. Pengalamannya terlalu luas.
"Ilmu politik Tan Sri Muhyiddin, 'tahi kuku Tun M pun tak ada'! Kita mesti ikhlas dengan Tun Mahathir. Macam mana kita bercakap di hadapannya macam itu lah juga pendirian kita di belakangnya.

"Jangan depan manis belakang mencaci. Kalau nak selamat ikut arah tuju dan dasar Tun Mahathir. Insyaallah dengan izin Allah swt parti baharu akan jadi kuat.
"Pokok persoalan yang penting untuk menjadi tokoh pemimpin kita mesti bersih dan kelihatan bersih yang keduanya, kalau kita sedar pada hari ini kita hanya menumpang populariti Tun Mahathir untuk jayakan agenda serta misi Selamatkan Malaysia, kita jangan sama sekali kurang ajar dengan Tun Mahathir," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Khairuddin pada 5 Ogos lalu menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan Khairuddin itu menimbulkan banyak tanda tanya kerana beliau adalah antara penggerak dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Dr. Mahathir sebelum ini dan ramai yang menjangka beliau antara individu yang akan terbabit secara lansung dalam  penubuhan parti baharu.
Beliau juga bercadang akan mengadakan sidang medianya semalam, untuk menjelaskan perkara tersebut, tetapi dibatalkan ekoran Dr Mahathir masih lagi berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana menjalani rawatan.
"Tunggu Tun Mahathir keluar hospital dulu...nak bincang dari hati ke hati dengan Tun Mahathir. Nanti saya cerita secara mendalam (sidang media)," ujarnya.
Elak meniru pemimpin dan parti Umno
Tan Sri Muhyiddin dan jawatankuasa penaja penubuhan parti baharu Bersatu ketika membuat permohonan pendaftaran parti di ROS pada 9 Ogos lalu.Tan Sri Muhyiddin dan jawatankuasa penaja penubuhan parti baharu Bersatu ketika membuat permohonan pendaftaran parti di ROS pada 9 Ogos lalu.
Beliau juga berharap parti baharu, parti Pesaka Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal dipimpin Muhyiddin itu kelak tidak bersifat 'meniru' amalan buruk Umno.
Read More / Baca Lagi >>

92% rakyat Malaysia bimbang tak cukup wang bersara

Posted: 10 Aug 2016 05:26 PM PDT

Ramai berkata mereka akan bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja atau bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.
bersara
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan sehingga 92% rakyat Malaysia bimbang dengan keadaan dan keperluan kewangan mereka pada usia tua serta tidak bersedia menghadapi persaraan.
Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata 33% "sangat bimbang" dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59% "agak bimbang".
Bercakap pada satu sesi panel bertemakan "Your Retirement Aspiration: Making It A Reality" (Aspirasi Persaraan Anda: Jadikan ia satu Realiti) pada Persidangan Jaminan Sosial Antarabangsa 2016 semalam, beliau berkata 40% daripada rakyat Malaysia mengatakan mereka bersedia untuk bersara manakala 80% menyatakan mereka mempunyai strategi untuk menampung perbelanjaan pada usia tua.
Strategi paling popular termasuk bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.
Chew menegaskan kebanyakan rakyat Malaysia mengguna pakai strategi pasif bagi persaraan seperti yang dicerminkan dalam komposisi aset isi rumah, dengan 42% memilih membeli hartanah, 25% memilih menyimpan wang dalam bank dan 18% bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata hanya 24,180 polisi insurans dengan premium tahunan RM280.2 juta telah terjual sejak insentif cukai diperkenalkan pada 2012.
Bagi membentuk semula realiti dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata kesedaran dipertingkatkan menerusi penyepaduan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah bagi murid tahun empat hingga tahun enam.
"Kami juga membentuk rangkaian pendidikan kewangan untuk menyelaraskan dan memacu inisiatif pendidikan kewangan di peringkat antarabangsa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bebas Anwar jika ingin henti kezaliman

Posted: 10 Aug 2016 05:13 PM PDT


anwar Ibrahim

SUNGAI BULOH - Rakyat negara ini seharusnya membantu membebaskan ‎bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mahukan negara ini tidak lagi diikat dengan kezaliman.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini, parti pembangkang dilihat terlalu taksub dengan misi Putrajaya sehingga tidak melawan bersungguh-sungguh ketika Anwar dijatuhkan hukuman penjara.
"Ramai orang cakap kenapa pembangkang tidak mengambil kesempatan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan lemah.
"Jawapannya mudah kerana rakyat masih mencari orang yang ingin memimpin mereka.
"Kalau kita nak bebaskan Malaysia, kita kena tebus salah kita dahulu di mana pada waktu Anwar dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini,sepatutnya 200,000 orang turun ke jalanan," katanya ketika Perhimpunan Ulang Tahun Anwar Ibrahim yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.‎

Inilah hasil keberkatan UMNO berpaksikan arak. UMNO DAN ARAK Berpisah TIADA |!!!

Posted: 10 Aug 2016 05:09 PM PDT

Pencapaian TERBAIK MAS selama UMNO/BN memerintah negara. Last2 MAS jatuh muflis rugi berbilion2 ringgit..

MASIH INGAT kata2 menteri UMNO..

1) "MAS tetap akan jual arak, kerana Tuhan sendiri tidak berkuasa untuk buang arak dari dunia" - Idris Jala

2) Arak sudah termasuk dgn hidangan yg disediakan dalam kapal terbang bila kita membeli tiket kapal terbang." - Ab. Aziz Kaprawi

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 8:01 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Najib mungkin adakan PRU dalam masa terdekat - Musa Hitam

Posted: 10 Aug 2016 07:40 AM PDT

Kalau PRU dibuat dalam masa terdekat peluang semakin baik untuk Umno BN bukan saja rampas balik Selangor tapi Umno juga berpeluang besar untuk rampas balik Kelantan yang terlepas ke PAS sejak pilihanraya tahun 1999.

AstroAwani dalam berita bertajuk ""Pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat" - Musa Hitam" melaporkan:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Katanya, jangkaan itu berasaskan kepada kedudukan BN yang dilihat mahu terus memperkukuhkan kedudukan dalam mengharungi perubahan landskap politik semasa.

"Saya rasa, Barisan Nasional akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat. Jangan tanya saya bila, itu kamu kena tafsir sendiri," ujarnya ketika ditanya selepas pelancaran buku berjudul 'Frankly Speaking' hasil tulisan beliau di sini hari ini. - AstroAwani.
Artikel penuh »

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) : Kalau bukan ahli Umno Muhyiddin nak harap siapa sokong?

Posted: 10 Aug 2016 12:35 AM PDT

Kalau betul bercita-cita untuk kalahkan Umno BN, macam mana cara sekali pun Muhyiddin kena dapatkan seramai mungkin aktivis Umno terutama sekali diperingkat cawangan dan akarumbi untuk bersama sebagai penggerak parti.

Kredit image: Facebook
Sinarharian dalam berita  bertajuk "'Saya tak harap sokongan ahli  Umno'" melaporkan:
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengharapkan sokongan ahli Umno terhadap parti baharu yang bakal diterajuinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno bagaimanapun berkata, Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu. - Sinarharian.
Artikel penuh »

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:40 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Thanggeswary, wanita pertama dilantik Speaker DUN Perak

Posted: 10 Aug 2016 04:43 AM PDT

 
Pencalonan Thangeswary dibuat Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) dan disokong Datuk Dr Mah Hang Soon (BN-Chenderiang).


S. Thangeswary


IPOH: Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baharu bagi menggantikan Datuk Seri S.K Devamany yang meletak jawatan.

Pemilihannya sebagai wanita pertama menjadi Speaker DUN Perak dibuat setelah memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang yang juga Anggota Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendapat 24 undi, manakala empat lagi berkecuali dalam pengundian yang dijalankan hari ini.

Terdahulu, pencalonan Thangeswary dibuat Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) dan disokong Datuk Dr Mah Hang Soon (BN-Chenderiang) sebelum bermulanya Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, persidangan DUN Perak Ke-13 di sini.

Sementara itu, pencalonan Sivakumar dibuat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Amanah-Changkat Jering) dan disokong Chang Lih Kang (PKR Teja).

Proses pemilihan sebelum itu tertangguh hampir 30 minit selepas DAP dan PKR mempertikaikan penyerahan nama calon kerajaan negeri bagi jawatan tersebut yang didakwa lewat.

Setiausaha DUN Perak Shahrul Azam Shaari menjelaskan pihaknya menerima borang pencalonan daripada pembangkang pada 26 Julai pukul 2.30 petang, manakala BN menyerahkannya pada pukul 3 petang 1 Ogos lalu iaitu tarikh akhir penyerahan borang.

"Untuk maklumkan, tiada peruntukan dalam perintah tetap kerajaan atau pembangkang atau bahagian dewan untuk mengumumkan sebarang pencalonan," katanya.

Kerusi Speaker DUN Perak kosong selepas Devamany meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet 27 Jun lepas.

Penyokong Perak kesal ‘cemuhan’ TMJ

Posted: 10 Aug 2016 04:34 AM PDT

 
Ia selepas TMJ berkata Perak negeri bermasalah untuk pasukan lain.


tmj_perak_bola_600


PETALING JAYA: Kelab Penyokong Bola Sepak Perak kesal dengan kritikan lantang Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pasukan bola sepak negeri lain.

"Biar TMJ nak kata apa, katalah. Dia ada kuasa, banyak duit, tak apalah. Kita tunggu laporan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Siapa yang benar dan siapa yang salah," kata pengerusinya Mohd Jamil Osman.

"Namun kita sedihlah, beliau (TMJ) kata macam itu. Saya anak jati Perak dan kita ada maruah kita,"
katanya kepada FMT.

TMJ sebelum ini berkata pasukan Johor Darul Ta'zim dan pasukan lain akan menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak.

Ia berikutan kekecohan membabitkan penyokong Perak dan JDT selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak baru-baru ini.

Jamil berkata dia sedih penyokong Perak dipersalahkan berhubung insiden itu.

Mengulas lanjut, penyokong pasukan bola sepak Perak juga mengambil keputusan untuk tidak ke Stadium Larkin dalam perlawanan Piala Malaysia diantara Perak dan JDT.

"Ini bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk dan mengelakkan kekecohan di Stadium Perak berulang," katanya.

Jamil berharap perbincangan dapat dilakukan segera antara kelab penyokong bola sepak Perak dengan JDT dalam masa terdekat.

"Kita nak main bola bukan nak gaduh-gaduh. Kita lihat kejadian ini bukan penyokong yang selalu pergi (buat kecoh) tetapi penyokong yang tak selalu pergi ke stadium yang lakukan.

"Ini memberi masalah kepada pasukan Perak apabila datang ke gelanggang lawan seperti ke Stadium Larkin nanti," katanya.

1MDB: Kerajaan perlu jawab mereka bersalah atau tidak, kata ahli PAC BN

Posted: 10 Aug 2016 04:32 AM PDT

 
Kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak sebenarnya terletak dalam bidang kuasa eksekutif, iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara.





PETALING JAYA: Kerajaan perlu memutuskan samada orang yang dinyatakan dalam laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lima bulan lalu bersalah atau tidak.

Ahli PAC Barisan Nasional Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana rakyat mahukan jawapan.

"Rakyat masih ternanti-nanti keputusan kerajaan daripada polis yang menyiasat 1MDB dan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang boleh menentukan sama ada mereka yang dinyatakan dalam laporan PAC itu melakukan kesalahan atau tidak.

"Kerajaan perlu membuat keputusan segera kerana perkara ini sudah terlalu lama berlarutan sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz mengulas desakan Ahli PAC Pakatan Harapan supaya jawatankuasa membuka semula siasatan terhadap 1MDB, susulan aduan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang mahu menyita aset-aset "yang terbabit atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan" daripada syarikat milik kerajaan itu.

Ahli Parlimen Tony Pua semalam berkata PAC perlu mengenalpasti identiti 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam aduan itu.

Menurut Tony, aduan DoJ menyatakan sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi MO1.
Menurut Aziz, pendesak sebenarnya sudah tersalah terka.

"Keputusan untuk membuka semula siasatan PAC terhadap 1MDB tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian konkrit kerana kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak adalah dalam bidang kuasa eksekutif iaitu polis dan AGC," jelasnya.

Di awal kenyataannya, Aziz berkata kerajaan selaku badan eksekutif perlu segera mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab seperti disyorkan dalam laporan PAC April lalu.

"Di pihak PAC, kita sudah menyatakan beberapa isu utama yang gagal dihuraikan sepanjang prosiding 1MDB sejak Mei 2015.

"la termasuk beberapa transaksi yang mencurigakan seperti pembayaran US$700 juta daripada 1MDB terus ke akaun pemegang saham syarikat yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi," ujarnya.

Pemuda DAP pula sokong himpunan #TangkapMO1

Posted: 10 Aug 2016 04:31 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Pemuda DAP juga sokong himpunan #Tangkap MO1.Pemuda DAP juga sokong himpunan #Tangkap MO1.


Pemuda DAP (DAPSY) pula tampil ke depan menyokong tuntutan Gabungan #TangkapMO1 dan menyeru masyarakat umum khususnya anak muda untuk turun dalam perhimpunan awam yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga himpunan bertempat di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan, Leong Yu Sheng, kedua-duanya berkata, Anak muda wajib menampil ke barisan hadapan sekali dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata.

Gabungan #TangkapMO1 adalah usaha sekumpulan mahasiswa/wi yang bertujuan untuk mendesak penangkapan individu MO1.

Gabungan tersebut turut menuntut untuk membebaskan semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada cengkaman rejim pemerintahan Umno dan BN.

"Seperti mana yang diungkap oleh Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah, "bangkit kita teguh, diam kita roboh".

"Tanah air kita tidak pernah terlepas daripada skandal rasuah besar-besaran sejak pemerintahan UMNO BN.
"Mendiamkan diri dalam situasi kezaliman hanya akan mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan rakyat akan ditindas," kata mereka berdua dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, katanya, DAPSY akan menggerakkan jentera yang sedia ada dan menyokong penuh usaha #TangkapMO1 dan sekali lagi menyeru anak muda bangkit melawan kezaliman rejim #NajibMO1.

DAP Sarawak desak batal permit kerja pengurusan tertinggi Petronas

Posted: 10 Aug 2016 04:29 AM PDT

 
Mendakwa Petronas menangguh janji dua tahun lalu, Chien Jen berkata sudah sampai masanya Ketua Menteri menunjukkan kepentingan rakyat Sarawak didahulukan.


Chong-Chieng-Jen1


PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak perlu susuli tindakan pembekuan permohonan permit baharu kakitangan Petronas, kata Pengerusi DAP negeri Chong Chien Jen.

Mendakwa syarikat minyak dan gas negara menangguh janji dua tahun lalu untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak watan dalam operasinya di Sarawak, Chieng Jen mencadangkan sudah sampai masanya untuk menarik balik permit kerja kepada pengurusan tertinggi dan pertengahan Petronas.

"Kerajaan Sarawak perlu memulakan pembatalan permit-permit kerja sedia ada untuk pengurusan tertinggi dan pertengahan Petronas, bagi mencapai sasaran 70% anak watan di peringkat itu.

"Keadaan ini akan menguji keutamaan kerajaan Sarawak, samada ia mendahulukan kepentingan anak watan, atau kemahuan Putrajaya dan Petronas," kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Beliau menambah isu memberi peluang pekerjaan kepada anak watan sudah dipersetujui antara Petronas dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada November 2014.

"Adenan melaporkan persetujuan itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di bulan yang sama," kata Chien Jen.

"Bagaimanapun, lebih 20 bulan sudah berlalu, sekadar 39% jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi Petronas di Sarawak diisi anak watan."

Merujuk kenyataan daripada Petronas semalam yang menyatakan "kumpulan yang terdiri daripada kakitangan berkelayakan, terlatih dan berdedikasi – tanpa mengira asal mereka" penting untuk operasinya di Sarawak, Chieng Jen menganggap ia alasan untuk mempertahankan dasar pekerjaan, yang tidak menguntungkan rakyat Sarawak.

"Henti beri alasan dan ambil langkah segera membetulkan komposisi kakitangan yang berat sebelah dalam operasi Petronas di Sarawak.

"Rakyat Sarawak yang berkelayakan, terlatih dan berdedikasi untuk mengisi pengurusan peringkat tertinggi dan pertengahan dalam operasi Petronas Sarawak adalah lebih dari mencukupi. Tetapi, kami tidak diberi peluang di Petronas," kata Chien Jen.

Adun Kota Sentosa menambah kenyataan Petronas seolah menandakan syarikat itu bertegas mempertahankan komposisi kakitangan di peringkat jawatan pengurusan dan pengurusan pertengahan di Sarawak sekarang ini.

"Kita akan tengok apakah kerajaan negeri akan akur kepada Petronas dan kuasa di Putrajaya," katanya.

Mat Sabu ajak bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1

Posted: 10 Aug 2016 04:27 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohamad Sabu02Mohamad Sabu02


Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyambut salam anak muda dan akan bersolidariti bersama mereka dalam perhimpunan '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.

Dalam satu kenyataannya hari ini, pemimpin Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, rakyat mesti bersuara sebelum Malaysia menuju kehancuran ekonomi serta keruntuhan sistem pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Razak.

"Anak muda perlu bangun memulakan kebangkitan pada himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang bertanggungjawab membawa negara Malaysia menjadi pincang, kemunduran ekonomi dan pemerintahan diktator.

"Ayuh, salam solidariti buat anak-anak muda daripada kami semua!" kata Mat Sabu, tokoh politik yang banyak menggerakkan himpunan jalanan dan demonstrasi sebelum ini dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti sedang memanggil rakyat ke jalan raya apabila institusi awam utama hampir semua musnah di zaman pemerintahan beliau ketika ini.

Katanya, Peguam Negara yang cuba menyiasat skandal 1MDB diarah berhenti. Anggota-anggota Jabatan Peguam Negara yang dikatakan akan menyediakan kertas pendakwaan, dijumpai mati di dalam tong drum.

Kakitangan SPRM, bermula daripada ketua pengarah sehingga pemimpin lainnya dipendekkan tempoh khidmat dan ada yang ditukar ke tempat tidak perlu.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang cuba menyiasat isu 1MDB juga ditukar, katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang menyuarakan tentang 1MDB, diberhenti dan dipecat daripada ahli Umno. Begitu juga menteri dan menteri besar, katanya.

Bagi beliau, semua aparatus kerajaan yang dibentuk di bawah kerajaan yang berpelembagaan, telah dihancurkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

"Rakyat perlu menukar pemimpin ini, namun sistem pilihan raya negara juga banyak kepincangannya," katanya.

Kalau dahulu, katanya, undi awal hanya kepada tentera dan polis, kemudian dilebarkan kepada keluarga mereka. Sekarang pegawai-pegawai yang bertugas untuk SPR juga perlu mengundi awal

Terima RM90 juta: Pemuda PAS P.Pinang buat laporan polis

Posted: 10 Aug 2016 04:25 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Mohd-Azam-Abd-Samat-480x384


BUKIT MERTAJAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita Sarawak Report yang didakwa memfitnah pemimpin parti itu menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu dibuat Naib Ketua Pemuda DPPNPP Ahmad Rafaei Abdul Rashid di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini. Beliau berkata berita yang dilaporkan Sarawak Report itu jelas sekali adalah fitnah dan berniat jahat terhadap PAS serta pimpinan parti berkenaan.

"Ini juga telah memberi persepsi buruk kepada PAS yang selama ini memperjuangkan tentang rakyat, kebajikan dan kebaikan tiba-tiba dapat duit pula.

Jadi, ini satu benda yang memburukkan imej kami.

"Kami nafikan laporan Sarawak Report itu. Kayalah kalau betul kami terima dana RM90 juta," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Ahmad Rafaei berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut dan meminta Sarawak Report menarik balik laporan berita itu.— Bernama


349 saman dikeluarkan akibat main Pokemon Go

Posted: 10 Aug 2016 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


A man uses a mobile phone in front of an advertisement board bearing the image of Pokemon Go at an electronic shop in Tokyo


TAIWAN, : Walaupun hanya dilancarkan tiga hari lalu di Taiwan, sebanyak 349 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang bermain Pokemon Go semasa memandu.

Menurut Agensi Polis Kebangsaan, kebanyakan 349 saman yang dikeluarkan sejak Sabtu lalu dikenakan kepada pengguna motosikal.

Memetik Shanghaiist.com, bagi kesalahan memandu dan menunggang sambil bermain Pokemon Go serta menghalang lalulintas, Kerajaan Taiwan telah mengenakan denda sebanyak 3,000 NTD (RM384) bagi pemandu kenderaan, 1,000 NTD (RM128) bagi penunggang motosikal dan 300 NTD (RM38).

Sementara itu, Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan turut mengeluarkan amaran di laman Facebook rasmi miliknya berhubung fenomena global ini.

"Tangkap makhluk ini, tetapi jangan biarkan kemalangan berlaku kepada anda," katanya dipetik theguardian.com.

Sementara itu, Taiwan Railways berkata, ramai orang dikesan menangkap Pokemon di sepanjang landasan kereta api hanya beberapa jam selepas permainan ini dilancarkan di negara itu.

Ekoran itu, pihaknya mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk bermain permainan tersebut di landasan di stesen kereta api dan di kawasan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.

Kementerian Pertahanan Negara turut mengeluarkan amaran menjauhkan diri dari pangkalan tentera, kem dan kawasan larangan lain.

Beberapa negara seperti Iran bagaimanapun mengharamkan permainan Pokemon Go atas sebab kebimbangan keselamatan.

Dalam pada itu, pemaju Pokemon Go, Niantic menghapuskan 'Pokestop dan Gyms' di taman peringatan Bom Hiroshima selepas mendapat pemintaan daripada pihak berkuasa bandar.

Puteri Umno menari ‘gelek’ tidak dikenakan tindakan – Mas Ermieyati

Posted: 10 Aug 2016 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


MAS ERMIEYATI SAMSUDIN


KUALA LUMPUR: Tiada tindakan dikenakan terhadap Puteri Umno Kota Bharu selepas rakaman tarian gelek pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan itu Khamis lalu menjadi viral dalam media sosial, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. 

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan Puteri Umno Kota Bharu juga memohon maaf berkenaan insiden itu.

"Saya telah menegur perkara itu (tarian) dan mereka juga memohon maaf serta kesal berkenaan perkara itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya, di Muzium Negara dekat sini hari ini.

Mas Ermieyati berharap agar insiden itu tidak akan berulang, sebaliknya memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan keanggotaan Puteri Umno yang kini hampir mencecah 400,000 orang sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kejayaan Puteri UMNO dalam pementasan teater muzikal 'Mencari Sumaiyah' di Istana Budaya di sini sejak 8 Ogos lepas.

Beliau berkata teater itu menggambarkan perjuangan Puteri UMNO yang telah 15 tahun berada dalam persada politik tanah air.

"Ia mengisahkan tentang empat orang wanita muda bersahabat yang ingin mencari kejayaan tetapi dengan kecekalan dan persahabatan itulah mereka dapat mengatasi pelbagai masalah dan cabaran akhirnya mereka berjaya," katanya.

Teater muzikal dengan kerjasama Hyper Pictures dan Tall Order Sdn Bhd itu turut dibintangi artis-artis terkenal seperti Erra Fazira dan Afdlin Shauki dan akan dipentaskan sehingga 14 Ogos ini.— Bernama


Kerajaan Perak akan beri insentif kepada Jun Hoong – Zambry

Posted: 10 Aug 2016 03:58 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


zambrykadir


IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan memberi insentif kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat perak bersama-sama gandingannya Pandelela Rinong pada Sukan Olimpik Rio.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri sedang memikirkan jumlah insentif yang akan diberi memandangkan atlet itu telah mencipta sejarah menjadi anak Perak kedua meraih pingat di sukan Olimpik.

"Sebelum ini, Cheah Soon Kit (pemain beregu badminton) memenangi pingat perak dalam Olimpik Atlanta 1996, sekarang Jun Hoong meraih Perak, jadi sudah tentu kita berbangga.

"Jadi kerajaan negeri akan beri sesuatu kepada beliau selain insentif yang akan diberikan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN). Saya akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Jun Hoong dan Pandelela memenangi pingat perak yang merupakan pingat pertama untuk Malaysia menerusi acara 10m platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio De Janeiro awal pagi tadi dengan mengumpul 344.34 mata.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata MSN akan mengkaji jumlah insentif yang akan diberi kepada Jun Hoong.

"Kebiasaannya MSN akan memberi insentif sebanyak RM15,000 kepada pemenang individu, manakala berpasukan seperti bola sepak atau hoki seorang akan diberi RM5,000," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Shahrul Zaman berkata beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi berhubung kekecohan yang berlaku selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak Sabtu lalu.

"Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan polis dan tidak termakan dengan sebarang elemen provokasi oleh pihak ketiga yang jika dibiarkan hanya akan menimbulkan dendam," katanya.

Mengenai perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor, malam ini, beliau yakin tuan rumah akan mengambil langkah sewajarnya dan berharap penyokong kedua-dua pasukan tidak melakukan sebarang provokasi.


JPJ: Jangan main Pokemon Go ketika memandu

Posted: 10 Aug 2016 03:52 AM PDT

Pokemon GO


ARAU - Pengarah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Perlis, Muhammad Afifudin Mohd Zohdi menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan permainan Pokemon Go dengan bermain sambil memandu.

"Perbuatan memandu sambil bermain Pokemon Go adalah satu tindakan bahaya dan pihak JPJ akan mengeluarkan saman atas kesalahan terbabit.

"Di Perlis belum ada kes kemalangan berpunca daripada ketagihan permainan Pokemon Go dan kita berharap perkara sebegini tidak akan wujud," katanya dalam satu sidang media di sini.

Menurutnya, pihak JPJ akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan semua pengguna jalan raya di Perlis mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Tambah Muhammad Afifudin, mereka yang taksub dengan Pokemon Go ini perlu berhati-hati dan tidak membahayakan diri sendiri dalam bermain.

"Jangan kerana satu permainan yang tidak mendatangkan manfaat kita sanggup mengancam nyawa sendiri," ujarnya.


Ibu hamil curi sarung kaki bayi dibebaskan

Posted: 10 Aug 2016 03:43 AM PDT

Ibu hamil curi sarung kaki bayi dibebaskan
Tertuduh (tengah) berpakaian penjara selepas dibuka gari dan dipimpin anggota penjara keluar dari mahkamah selepas dibebaskan.
 
 
KOTA BHARU – Seorang ibu sarat mengandung yang kisahnya menjadi viral di laman sosial kerana dijel akibat mencuri sarung tangan bayi, dibebaskan mahkamah tinggi, di sini, tadi.

Wanita hamil lapan bulan itu dibebaskan selepas Hakim, Ahmad Bache mengurangkan hukuman penjara daripada 14 hari kepada tiga hari.

Ahmad Bache membuat keputusan itu terhadap Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 38, pada semakan semula penghakiman terhadap tertuduh. Keputusan sekali gus mengetepikan hukuman Majistret, Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri, pada 8 Ogos lalu.

Isnin lalu, tertuduh dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku salah dengan niat mencuri dua selipar kanak-kanak, enam pasang baju kanak-kanak dan satu t-shirt kanak-kanak serta tiga pasang sarung tangan bayi yang keseluruhannya bernilai RM165 di pasar raya Tesco pada jam 3.55 petang, 21 Mac 2009.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sarat mengandung dijel 14 hari]

Katanya, tempoh penjara tiga hari yang dijalani bermula dari tarikh sabitan Isnin lalu itu sudah memadai dengan keadaan diri tertuduh yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak kelimanya dalam tempoh empat minggu lagi.

"Mereka yang bersalah atau mengaku salah di atas kesalahan yang dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang. Sebagai House of Justice, mahkamah bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awam.

"Mahkamah meneliti hak kamu, walau bagaimanapun kepentingan awam tetap mendahului kepentingan diri kamu sendiri. Mahkamah juga perlu menyampaikan mesej yang sewajarnya kepada masyarakat," katanya.

Beliau turut mengingatkan tertuduh, keputusan itu tidak bermakna tertuduh atau orang awan boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya dengan alasan keadaan diri yang hamil.

"Kes ini khusus kepada kamu yang perlu berehat di rumah dalam keadaan sekarang (bakal bersalin), tetapi ingat, saya memberi amaran kepada sesiapa pun, tidak boleh melakukan jenayah dengan menggunakan apa-apa alasan sekalipun," katanya.

Beliau turut mengekalkan hukuman denda RM3,000 dan denda itu sudah pun dijelaskan tertuduh pada hari hukuman diputuskan di mahkamah majistret, di sini, pada Isnin lalu.

Tertuduh pada prosiding itu juga mengaku `tidak sedar` ketika melakukan perbuatan curi itu dan meminta maaf serta menyatakan kekesalannya.

Tertuduh diwakili barisan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diketuai Muhammad Hasif Hasan, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan.

Tertuduh ditahan pada hari kejadian, tujuh tahun lalu, dan dibebaskan dengan jaminan polis serta hanya dapat dikesan pada 2 Ogos 2016 selepas waran tangkap dikeluarkan.

Dia yang bekerja sebagai wakili jualan di sebuah pasar raya di sini, tinggal bersama suami yang bekerja sebagai buruh di Kampung Aur, Jalan Tawang, Bachok. Mereka mempunyai empat anak berusia 12, 9, 5 dan 4 tahun.