Followers

Nuffnang

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 8:29 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


PRN Pulau Pinang: Kata dua PKR kepada DAP bukti kebenaran khabar angin pakatan sulit?

Posted: 30 Jul 2016 06:57 AM PDT

Dalam keadaan diikat dengan perjanjian bertulis dalam Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh presiden depa pun PAS boleh sabotaj bukan saja di DUN Sungai Acheh tapi juga DUN Kota Damansara selain dari 3 DUN di Terengganu yang tak kurang hebat jugak sabotajnya.

Kredit imej FMT
Malaysiakini   dalam berita bertajuk "AMANAH punca PKR tak setuju pilihan raya mengejut?" melaporkan:
Keengganan DAP untuk 'merehatkan' Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut.

Menurut sumber yang dekat dalam perkara tersebut, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan. - Mkini.
Artikel penuh »

DUNIACACAMARBA

0

Posted by Unknown | Posted on 4:08 PTG | Posted in

sumber :-

DUNIACACAMARBA


2016 Acura NSX EV Concept

Posted: 30 Jul 2016 04:11 AM PDT

2016 Acura NSX EV Concept

Acura NSX 2017 2

Posted: 30 Jul 2016 04:08 AM PDT

Acura NSX 2017 2

Acura NSX 2017

Posted: 30 Jul 2016 04:04 AM PDT

Acura NSX 2017

Acura NSX 2017 Interior

Posted: 30 Jul 2016 03:36 AM PDT

Acura NSX 2017 Interior

Acura CDX 2017

Posted: 29 Jul 2016 05:33 PM PDT

Acura CDX 2017

2017 Acura CDX 4K

Posted: 29 Jul 2016 04:32 PM PDT

2017 Acura CDX 4K

2017 Acura CDX

Posted: 29 Jul 2016 04:25 PM PDT

2017 Acura CDX

Acura NSX GT3

Posted: 29 Jul 2016 04:21 PM PDT

Acura NSX GT3

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:51 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Langkah kekalkan Pas di Selangor kelirukan rakyat, kata Pemuda Amanah

Posted: 30 Jul 2016 08:39 AM PDT

  Pemuda Amanah menganggap langkah mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri Selangor akan terus mengelirukan rakyat kerana parti itu kini sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

 Timbalan ketuanya, Faiz Fadzil berkata perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

 Namun katanya, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

 "Pertembungan tiga penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

 "Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

 "Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan,9 Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

 PAKATAN HARAPAN PERLU KUKUHKAN KOMITMEN

 Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) semalam menggambarkan komitmen tinggi Amanah untuk terus berjuang bersama koalisi Pakatan Harapan dalam membawa perubahan kepada sistem dan urustadbir negara yang semakin korup.

 Amanah terus bertekad membela nasib rakyat yang dizalimi serta kehidupan rakyat yang semakin ditekan kerajaan Barisan Nasional pimpinan 'Malaysian Official 1'.

 Skandal 1MDB adalah kemuncak korupsi pemimpin negara. Pendedahan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melalui tindakan 'Civil Forfeiture' menunjukkan wujudnya perbuatan-perbuatan jenayah dalam pengurusan 1MDB. 

 Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian berbilion ringgit wang negara dalam skandal terbesar ini.

 Kroni-kroni Perdana Menteri jelas telah mendapat faedah langsung dengan mengumpul kekayaan hasil pengubahan wang haram.

 Maka, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 adalah satu kewajipan dan bukan lagi pilihan.

 Rakyat mahukan satu gabungan pembangkang besar yang kuat sebagai sebuah kerajaan menanti yang serius menentang Umno dan Barisan Nasional.

 Justeru, Pakatan Harapan perlu menunjukkan kesediaan untuk menjayakan agenda ini.

 Pakatan Rakyat sudah terkubur dan kini digantikan dengan Pakatan Harapan.

 Pakatan Harapan telah membuat satu lonjakan bagi mengukuhkan agenda perjuangan ini dengan menandatangani satu perjanjian bertulis melibatkan PKR, DAP dan Amanah.

 Pas yang tidak pernah bercadang menyertai Pakatan Harapan adalah punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

 Justeru, Pakatan Harapan perlu memandang ke hadapan.

 Sebagai manifestasi kesungguhan perjuangan Pakatan Harapan, kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan di Pulau Pinang.

 Seharusnya langkah positif dan efisyen ini perlu diikuti kerajaan negeri Selangor.

 Mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri akan terus mengelirukan rakyat.

 PAS sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

 Perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

 Namun, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

 Memang benar PAS yang wujud dalam Pakatan Rakyat ketika PRU-13, namun Amanah yang menjunjung perjuangan Pakatan Rakyat yang kini disambung dan diteruskan oleh Pakatan Harapan.

 Pertembungan 3 penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

 Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

 Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya.

 Pakatan Harapan juga perlu segera merangka polisi dan rangka kerja bersama sebagai tawaran alternatif yang lebih baik kepada rakyat.

 Jika kesefahaman ini dapat dicapai oleh semua parti koalisi Pakatan Harapan, maka cadangan 'snap election' di Pulau Pinang pasti akan dihadapi secara bersama dan penuh semangat.

 Ia akan menjadi satu referendum rakyat menolak pentadbiran Najib Razak dan Barisan Nasional.

 Ia juga menggambarkan solidariti kepada YAB Lim Guan Eng yang dizalimi melalui pendakwaan terpilih sepertimana rakyat membela saudara Anwar Ibrahim. Jika dilema tiga penjuru dikatakan alasan UMNO akan terus menang dalam pilihanraya, maka kemenangan UMNO akan berterusan dalam mana-mana pilihanraya kerana ia adalah pilihan PAS yang kini tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

 Pembentukan Blok Ke-tiga adalah bukti jelas bahawa Pas tidak bersedia berjuang bersama rakyat, tetapi lebih bersedia menyambung nyawa Umno dan Barisan Nasional.

 Pakatan Harapan perlu bersama mencari strategi baru dan tuntas dalam menghadapi pilihanraya sekiranya pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak.

 FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional ~ SUMBER

Anak Sungai Derhaka

0

Posted by Unknown | Posted on 10:36 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Politikus, Hakim Ingatlah Akhirat...

Posted: 30 Jul 2016 05:30 AM PDT


Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.

"Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

"Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.

Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

"Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

"Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

"Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya.

Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu ~ Malaysiakini

Dakwaan Konspirasi: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bukan Pendirian Pemuda UMNO?

Posted: 30 Jul 2016 03:00 AM PDT


Kesiannya kat dia.. dahlah kena kutuk berbagai lapisan masyarakat kerana buat laporan Polis kononnya 3 Tan Sri tu terlibat dengan konspirasi untuk jatuhkan Najib.. semalam Najib, hari ni pulak Ketuanya sendiri yang tinggalkan dia keseorangan..

Semalam Najib dilaporkan oleh AstroAwani sebagai berkata tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun untuk membuat laporan polis adalah tindakan peribadi bukannya parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai individu, Khairul Azwan punyai hak untuk membuat laporan polis.

"Beliau ada hak sekiranya beliau merasakan ada perkara yang perlu disiasat.

Hari ni pulak Ketua dia dan tak menyokongpun dakwaan konspirasi dia tu.. ha..ha.. 

BATU PAHAT: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tindakan individu.

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menegaskan bahawa laporan berhubung dakwaan konspirasi itu bukan pendirian Pemuda UMNO.

Justeru, beliau menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

"Beliau (Khairul Azwan) membuat laporan polis sebagai seorang individu. Beliau berkata mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan lanjut sebab laporan polis dibuat atas kapasiti beliau sebagai seorang individu," katanya selepas melancarkan Fit Malaysia Fasa Dua di Stadium Batu Pahat, Johor ~ AstroAwani

Dah terlajak bodek lah ni.. kah.. kah.. kah..

Muhyiddin Bersama PKR Jelajah Malaysia Jelas Isu 1MDB

Posted: 30 Jul 2016 12:01 AM PDT


Di saat Malaysia dilanda krisis kegagalan urus tadbir yang berpunca daripada rasuah berskala besar, rakyat turut menyaksikan salahguna kuasa yang memusnahkan institusi-institusi utama demokrasi negara.

Ini semestinya menjadi detik dan waktu di mana semua pejuang dan patriot yang menjunjung demokrasi akan bangkit berjuang dalam satu halatuju, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia.

Rakyat Malaysia telah terlalu lama menyaksikan bagaimana pemusatan kuasa politik mengakibatkan terhakisnya institusi-institusi negara dan terbantutnya demokrasi; bagaimana dasar-dasar menekan rakyat hanya menambah beban termasuk melalui peningkatan harga barang; dan bagaimana gejala ekstremisme dan perkauman sempit yang semakin menular mampu memecahbelahkan kita.

Rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kebobrokan pentadbiran di Putrajaya yang telah banyak kali gagal memimpin negara untuk menangani krisis penyelewengan dan dalam kes terkini, RM28 bilion yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Ramai di Malaysia malah seluruh dunia sudah mengetahui siapakah 'Malaysian Official 1' yang disebutkan tetapi Putrajaya tetap cuba menafikan penglibatan YAB Perdana Menteri.

Malah keengganan Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen khas dengan segera untuk menjelaskan isu 1MDB hanya mengesahkan persepsi bahawa kepentingan rakyat diselewengkan menerusi 1MDB.

Wang berbillion RM dipinjam dan disalahgunakan untuk meraikan gaya hidup mewah, berjudi, bertemasya arak, membeli jet peribadi, membuat filem Hollywood, membeli lukisan mahal ketika rakyat disuruh berjimat, berkorban dan bekerja kuat telah tidak dipedulikan.

KEADILAN sudah mendepani kemelut salahguna kuasa yang membelenggu negara dari dahulu lagi dan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membayar dengan kebebasan beliau akibat kelantangan bersuara terhadap salahguna kuasa, penyelewengan rasuah, skandal 1MDB dan skandal-skandal sebelumnya.

Kami juga turut merasai keperitan dan kekeliruan semua lapisan masyarakat apabila pegawai kerajaan yang lantang serta profesional dan berkecuali dimangsakan secara sistematik!

Maka jelaslah negara kita perlu diselamatkan. Bagi KEADILAN, selagi agenda reformasi termasuk reformasi parlimen, reformasi kehakiman, reformasi sistem pilihanraya malah juga dasar pemisahan kuasa belum tercapai, selagi itulah kami akan bangkit dan lawan kezaliman yang menghalang kemajuan rakyat.

Justeru, KEADILAN mengalu-alukan kesediaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama, dan berganding bahu bersama KEADILAN dan rakan-rakan PAKATAN HARAPAN, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan serta individu-individu dalam menggerakkan momentum menangani krisis rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan institusi-institusi negara demi kepentingan sendiri yang semakin berleluasa sebelum terlewat.

Ini termasuklah siri jelajah yang dianjur pelbagai pihak untuk menerangkan isu-isu mutakhir termasuk kes dakwaan kecurian wang 1MDB.

Kami mengajak rakyat untuk bersama, menyebar maklumat dan menyertai satu gerakan massa demi masa depan negara yang lebih baik.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

WarkahDaily Online

0

Posted by Unknown | Posted on 2:24 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Lagi kepincangan luar biasa 1MDB

Posted: 29 Jul 2016 07:07 AM PDT

LAGI KEPINCANGAN LUARBIASA 1 MDB

Dalam satu perjumpaan tertutup UMNO di Kedah, seorang pemimpin UMNO mempersoalkan Goldman Sachs yg uruskan penerbitan sekuriti hutang/bon (underwriting) untuk 1 MDB mengenakan caj pada kadar yg luar biasa 10% dari nilai bon walhal biasanya pada kadar 1% sahaja.

Diceritakan oleh yg berucap yg pernah terlibat 25 tahun dunia perbankan, setiap bon dibayar upah RM300juta kpd Goldman. Jumlah dalam RM2.8 billion. Pasal apa bayar sampai 10 kali ganda?

Goldman Sachs firma yang sama dikaitkan runtuhnya ekonomi Greece.

Affin, Ambank dan Tabung Haji, disuruh beli tanah 1 MDB pada nilai pasaran yg amat tinggi. Walhal 1MDB diberi tanah seperti Tun Razak Exchage pada harga yang sangat rendah.

Sehingga jejaskan kedudukan kewangan bank bank dan tabung haji berkenaan pula. Kena cari modal untuk bangunkan tanah itu pula.

Janakuasa IPP dibeli harga mahal. Padahal lesen dah nak luput tempoh. Sabar sikit bila lesen dan tamat, 1MDB boleh beli harga jauh lebih murah sebab lesen dikawal dan dikeluar oleh kerajaan.

Tuan Haji Amzad
29HB JULAI 2016

Kelab Greenboc

0

Posted by Unknown | Posted on 2:16 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mahu Tunjuk Lagak Di Pulau Pinang, Kena Cabar Di Kelantan

Posted: 30 Jul 2016 12:16 AM PDT

Kelantan pula mahu adakan pilihan raya mengejut?

Selepas desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang masih dalam peringkat rundingan, kerajaan negeri Kelantan pula disaran membubarkan dewan yang sama lebih awal.

Saranan tersebut dibuat berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan PAS di negeri tersebut, menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kemelut dan ketidak sepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.


Justeru, ujarnya, kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

"Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

"Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

"Bagi saya, kalau kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan DUN dan memberi semula mandat kepada rakyat.

"Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin PAS, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain," katanya.

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang menambah, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

"Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti," katanya. -mk

ULASAN GB

Keangkuhan PAS akhirnya tercabar.

Ura-ura PRN akan diadakan di Pulau Pinang, Presiden PAS dengan angkuhnya menyatakan PAS akan meletakkan calonnya di setiap kerusi DUN Pulau Pinang sekiranya PRN di negeri itu diadakan.


Kini tiba-tiba Kelantan dicabar membubarkan DUN lebih awal.

Cabaran itu bukan dilakukan oleh DAP atau AMANAH yang sering menjadi sasaran serangan PAS, tetapi oleh rakan karib baharunya iaitu UMNO melalui Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Kata Ahmad Jazlan:
...kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

"Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

"Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apabila anda bersikap angkuh dan sombong maka ia akan segera mendapat sahutan dari langit untuk anda membuktikan keangkuhan dan kesombongan  anda itu. Ada berani PAS untuk bubarkan DUN Kelantan?

Psssst... karikatur Megat ni menarik...





FEATURED ADS


Suara Melayu Baru

0

Posted by Unknown | Posted on 1:49 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Kepala Siapa Akan Jadi Pilihan Untuk DIHEMPUK Segala Bebanan? Tak Berbaloi Jasa Sepanjang Hidup, Jika Hujung Hayat Dilabel 'ANJING PENGKHIANAT'... #SahabatSMB

Posted: 29 Jul 2016 10:29 AM PDT

KINI, MASING2 SALING MENUDING JARI, KERANA, BAGI KESALAHAN SEPERTI INI, MENGIKUT KAEDAH ISLAM, HUKUMANNYA ADALAH 'PENGGAL KEPALA'!!!


Tun Mahathir sudah pun mengakui satu perkara yg sangat penting, sekitar bulan Julai tahun lepas... mungkin ramai antara kita yg terlepas pandang, atau memandang remeh pengakuan Tun M... Tun M sebenarnya telah pun mengakui bahawa Najib tidak mungkin boleh dijatuhkan dengan menggunakan saluran demokrasi biasa, spt yg negara kita amalkan... kekuatan dan sokongan terhadap Najib sentiasa utuh, bermakna, Najib dijangka akan terus mempertahankan kedudukannya sekalipun diadakan Pilihanraya Umum atau Pemilihan Agong UMNO

Pengakuan Tun M ini sepatutnya dipandang serius... mungkin kita terlalai hingga terlupa akan sikap dan sifat sebenar Tun M setiap kali berdepan dgn apa jua krisis... Tun M adalah seorang PENDENDAM yang tidak akan mudah menyerah kalah dan sedia melakukan apa saja asalkan matlamat beliau tercapai... ini bermakna, apabila Tun M sudah akui bahawa Najib tak mungkin tumbang dgn kaedah biasa, beerti, Tun M sudah bersedia untuk melaksanakan misinya dengan kaedah yang luar biasa...

Ada 3 cara yg mungkin akan Tun M gunakan, dan sepatutnya kita dari awal sudah bersiap untuk menghadapinya...


  1. Cuba mensabitkan Najib dengan mana2 kesalahan salah laku dan penyelewengan, atau lebih berkesan lagi jika dapat dibuktikan pembabitan Najib dgn kesalahan jenayah... seperti yang Tun M pernah lakukan ke atas Anwar Ibrahim... cara ini lebih cepat dan terbukti keberkesanan... malangnya, Najib boleh dianggap seorang pemimpin yang bersih... sukar nak dibuktikan kesalahan yg mungkin Najib pernah lakukan, apatah lagi kesalahan jenayah...
  2. Menggunakan mainan persepsi dan serangan darj media secara bertali arus, menggunakan apa jua titik kelemahan yg mungkin Najib miliki, hingga akhirnya Najib terpaksa mengalah dan berundur dgn sendirinya... kaedah ini pernah Tun M gunakan ke atas Pak Lah dan ianya berjaya... tekanan dan serangan Tun M hingga mengakibatkan Pak Lah kehilangan momentum sekalipun sudah berjaya memperolehi 2/3 majoriti parlimen dalam PRU 2004... Akibatnya kepimpinan Pak Lah hilang 5 negeri dalam PRU 2008 dan ini digunakan sebaik mungkin oleh Tun M hingga akhirnya Pak Lah berundur...
  3. Mencetuskan huru hara, suasana chaos hingga memaksa kerajaan mengumumkan darurat... hanya cara ini sahaja Tun M belum pernah lakukan dan tidak mustahil, malah tampak seperti Tun M berhajat ke arah kaedah ini untuk jatuhkan Najib... perlu kita ingat, salah satu punca Tunku Abd Rahman meletak jawatan adalah disebabkan rusuhan yg berlaku pada 13 Mei 1969, hingga memaksa darurat dilaksanakan dan Mageran mengambil alih sementara pentadbiran negara... jika Tun M berjaya mengheret seramai mungkin rakyat ke jalanan dan kemudian mencetuskan spark ketegangan, dan Najib gagal menguruskannya dgn baik, maka Tun M berpeluanga menekan Najib untuk berundur, spt Tunku Abd Rahman...

Jika kita sedar, Tun M sudah pun melaksanakan kaedah pertama yg saya sebutkan tadi, malangnya Tun M GAGAL... harga yg perlu dibayar juga tidak kurang hebatnya bilamana kegagalan ini telah menyebabkan TS Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail telah hilang jawatan masing2... Tun M dan konco-konconya boleh dianggap berani mati ketika menggunakan pendekatan pertama ini dahulu... Tun M hanya bergantung kepada nasib dan percaturan melalui gerakan serangan pantas, namun ia berjaya dipatahkan oleh Najib ketika hampir ke kemuncaknya...

Bayangkan, Tun M dan konco-konconya langsung tidak ada kes, jauh sekali sebarang bukti kukuh untuk menyerang Najib, tidak seperti ketika menjatuhkan Anwar di mana sabitan kes liwat menjadi senjata yg cukup kuat untuk Tun M gunakan... Tun M hanya menggunakan peluru2 persepsi semata-mata, namun Tun M gunakannya secara tersusun dan pantas... bermakna setiap peluru yg dilepaskan akan disusuli dgn tindakan drastik yg melulu... banyak pihak ketika itu, termasuk sebahagian Ahli Parlimen sudah terpengaruh... asakan serangan drastik dan pantas ini menyebabkan kita seolah tidak sempat berfikir dan menilai secara rasional dan mula melihat seperti Tun M berada di pihak yg benar...

Hinggalah ketika Najib menggugurkan jawatan TSMY dan Gani dan ia satu turning point yg penting yg telah membunuh gerakan pantas Tun M itu... tentunya Najib ketika itu benar2 berada di persimpangan ketika membuat keputusan... satu keputusan besar yg hanya ada 2 implikasi, jika Najib gagal bermakna Gani Patail yg ketika itu masih Peguam Negara akan menfailkan pendakwaan ke atas Najib di mahkamah, sepertimana draf pertuduhan yg telah didedahkan... dan selang beberapa hari kemudian, giliran TSMY pula akan menggunakan alasan pendakwaan yg Najib hadapi untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen yg ketika itu merupakan penggal baru sidang parlimen... maka, zaasssss... Tun M dan konco-konconya berjaya manakala Najib tumbang...


Syukur, keputusan  Najib tepat dan kena pada masanya apabila menggugurkan mereka berdua, sekaligus mendedahkan pelan jahat mereka melalui draf pendakwaan yg telah Gani siapkan bermodalkan laporan yg Abu Kassim dan Zeti sediakan... walhal, seperkara yg mesti kita tahu, bagaimana boleh wujud draf pendakwaan sedangkan ketika itu, Najib sendiri pun masih belum direkodkan sebarang keterangan, bermakna siasatan masih belum selesai... jelas, serangan pantas ini mensasarkan sidang parlimen yg ketika itu akan berlangsung sebagai platform terbaik menjatuhkan Najib...

Bermula daripada kegagalan itu, sehingga kini, Tun M dan konco-konconya tidak pernah berhenti menggunakan kaedah kedua, iaitu menggunakan serangan persepsi untuk menekan Najib... tumpuan khusus mereka adalah menggunakan media2 asing supaya dunia setiap hari dihidangkan dengan imej negatif Najib... dengan ini reputasi Najib menjadi semakin buruk dan sekaligus andaian Tun M adalah ia akan menyebabkan prestasi akan jatuh menjunam... tidak hairanlah kenapa pada setiap masa mereka hanya berbicara tentang jumlah hutang negara, kejatuhan nilai matawang, kejatuhan harga minyak, menjadikan GST sebagai kambing hitam dan sebagainya... harapan Tun M adalah untuk melihat Najib berundur dgn sendirinya akibat tidak dapat bertahan dgn tekanan, sepertimana yg telah berlaku kpd Pak Lah...

Adakah Tun M berjaya? Jelas sekali, sekali lagi Tun M GAGAL... Najib memang seorang yg liat, dan pada masa sama, bijak menguruskan tekanan serta seorang yg sgt idealistik dalam menyelesaikan masalah... melihatkan pada cara dan gaya Najib menguruskan serangan dan tekanan menjadikan kita semakin hormat kpd Najib... dan sebenarnya, faktor ini juga menjadi punca kenapa serangan Tun M langsung tidak memudarkan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia... hasilnya, dalam suasana kelembapan ekonomi dunia, Malaysia terus memacu ke arah kemajuan malah dunia luar juga amat meyakini pendekatan dan pengurusan yg digunapakai oleh Najib... kejatuhan nilai ringgit, harga minyak dan sebagainya bukan alasan bagi Najib, malah walau berdepan penyusutan pendapatan negara, apabila hasil minyak menjunam, namun Najib masih mampu mengekalkan pelbagai insentif kpd rakyat malah ia disusun dengan lebih teratur agar objektif khususnya tercapai... tentunya ini semua menjadi ukuran kpd tahap kemampuan sebenar kjaan pimpinan Najib...


Dan, apabila kaedah pertama dan kedua semakin menuju jalan buntu, mahu tidak mahu, Tun M tidak ada pilihan lain... samada memilih untuk berhenti sehingga setakat ini sahaja dan redho melihat sudah ramai jeneral2 perangnya gugur di tengah jalan, atau, memilih untuk melaksanakan kaedah paling sukar dan berisiko iaitu kaedah ketiga seperti yg aku senaraikan tadi... dalam Tun M sibuk menyusun strategi, boommm, dunia dikejutkan dengan cubaan rampasan kuasa yg berlaku di Turki...

Betapa hebatnya perancangan Allah, apa yg berlaku di Turki seolah-olah petanda yg ianya juga akan berlaku di Malaysia... Tun M ibarat Golen di Turki, menggunakan sumber2 dalaman serta bantuan dan gerakan oleh talibarut2 yg berada di dalam organisasi kerajaan sendiri untuk menjatuhkan Erdogan...

Di Malaysia, gerakan yg sama juga sudah dirancang dengan begitu rapi... bermula dgn keputusan Zeti yg mahu berundur dari jawatan Gabenor Bank Negara, dan kemudian disusuli oleh Abu Kassim yg tidak mahu lagi kontraknya bersama SPRM disambung... rupa-rupanya semua sudah dirancang, malah pertemuan mereka bertiga dgn pihak DOJ dan Peguam Negara AS juga sudah dirangka awal oleh TunM...


Tidak ramai yg tahu akan pelan perancangan ini termasuk mereka2 yg selama ini berhempas pulas berjuang bersama Tun M... selain mereka bertiga bersama Tun M, seorang lagi yg terlibat dalam merangka strategi licik dan sangat berisiko ini termasuklah Tun Daim... bermula dengan pengumuman yg dibuat oleh DOJ, disusuli sidang media tergempar mereka bertiga bagi mendesak Najib sewaktu dalam majlis perpisahan TS Abu Kassim drpd SPRM, diikuti tekanan yg Tun M akan buat melalui media asing di Jakarta dan klimaks nya adalah ketika Perhimpunan Bersih 5.0 yg akan menyaksikan sejarah 13 Mei 1969 akan berulang...



Sekali lagi, malangnya, ia telah diGAGALkan... kali ini oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara AzwanBro yg telah bertindak membuat laporan polis mendedahkan lebih awal konspirasi dan komplot jahat melibatkan Gani, Zeti dan Abu Kassim...




Sebenarnya dimanakah kesilapan telah berlaku hingga mengakibatkan komplot mereka terdedah? Semuanya berpunca daripada satu posting yang telah dimuatnaik oleh Saudara A. Kader Jasin pada 22 Julai yg lalu... Tun Daim mungkin secara tidak sengaja telah mendedahkan perancangan yg telah mereka rangka kpd pengetahuan Kader Jasin...


Mungkin disebabkan terlalu ghairah, Kader telah memuatnaik posting seperti ini... seorang yg mmg dikenali begitu rapat dgn Tun M, antara orang kanan dan key maker bagi gerakan yg dikepalai oleh Tun M, secara tiba2 memuatnaik status seperti ini... walaupun ia tidak menceritakan secara jelas, namun bayangan yg diberikan sebenarnya sudah cukup menimbulkan 1001 persoalan dan tandatanya... adakah Tun M sedang merangka sesuatu untuk melaksanakan kaedah ketiga yg kita bincangkan di awal tadi?


Laporan Azwan telah menghentikan serta merta semua perancangan Tun M... mana tidaknya, laporan Azwan menjurus kpd siasatan di atas kesalahan PENGKHIANATAN DAN PEMBOCORAN MAKLUMAT SULIT KPD AMERIKA... kesalahan yg sangat besar bagi mana2 negara sekalipun dalam dunia... malah jika berdasarkan undang2 syariah/hudud, kesalahan ini termasuk dalam kategori 'BUQHAH', yakni tindakan yg boleh mencetuskan pemberontakan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah... dan hukuman untuk kesalahan ini adalah PANCUNG atau PENGGAL KEPALA...

Komplot ini tentunya tidak boleh ambil mudah dengan laporan yg dibuat oleh Azwan... sesuai dgn reputasinya sbg NKP UMNO Malaysia, tentunya setiap tindakan yg dilakukan mesti berdasarkan asas yg benar2 kukuh dan kuat... apatah lagi jika beliau turut melakukan laporan ini bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sendiri, tentunya implikasinya sangat besar...

Tidak hairanlah melihatkan reaksi mereka bertiga sebaik mengetahui laporan yg dibuat oleh Azwan... Gani Patail secara spontan menganggap konon Azwan sekadar mahu mencari glamour... satu alasan yg tidak boleh diterima akal memandangkan kedudukan dan jawatan yg disandang oleh Azwan sudah cukup dan tidak memerlukan apa2 publisiti murahan lagi...

Manakala Zeti yg enggan ditemubual dipercayai sedang berusaha mencari khidmat peguam terbaik bagi mewakili dirinya... juga satu tindakan yg kelakar, memandangkan ia masih baru di peringkat laporan dan belum ada lagi siasatan yg dimulakan...

Abu Kassim??? Sumber awal mengatakan yg Abu Kassim gagal dihubungi sedangkan sepatutnya pada sebelah malam hari yg sama, satu majlis perpisahan sudah dirangka untuk Abu Kassim... rupanya, pada sebelah petang, selepas mengetahui laporan yg dibuat oleh Azwan, Abu Kassim bergegas ke pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Najib... dan seperti dijangka, Najib enggan menemui Abu Kassim...


Tun M yg berada di Jakarta ketika itu, terus cuba menghubungi mereka bertiga... tetapi mereka bertiga mungkin lebih bijak apabila seorang pun tidak menjawab panggilan Tun M... mungkin masing2 cuba untuk mengelak daripada dikaitkan dgn sebarang hubungan dgn Tun M... untuk mendapat kepastian, akhirnya Tun M telah menghubungi Tun Daim... dan setelah didesak oleh Tun M, akhirnya Tun Daim telah mengakui yg dia telah terlepas cakap kepada A. Kader Jasin...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 12:09 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS PERSOAL DAP KENAPA NAK SELAMATKAN LIM GUAN ENG SAHAJA ?

Posted: 29 Jul 2016 05:57 AM PDT

Hasrat dan usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut kononnya bagi mengukur tahap keyakinan orang awam terhadap Kerajaan Pulau Pinang teraju parti itu berikutan pertuduhan dan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng (LGE) dilihat sebagai memperjudikan proses demokrasi.

Mengakui bahawa institusi kehakiman mesti telus dan bebas dalam perbicaraan kes ini dan diberikan ruang sewajarnya untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti. LGE juga tidak wajar dipersalahkan sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Namun, orang awam juga tidak boleh diperalatkan dan diheret sama untuk menghakimi kes ini berasaskan kepada persepsi semata-mata dan sehingga menimbulkan prejudis pula terhadap institusi kehakiman dan keputusan yang dibuat olehnya.

Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan oleh DAP ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu. Keyakinan ahli-ahli parti terhadap parti sendiri adalah lebih utama untuk diukur dahulu.

Pilihan lain ialah dengan mengadakan pilihan raya itu selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah. Barulah rakyat dapat membuat keputusan berdasarkan sesuatu yang telah pasti.

Sekiranya LGE didapati tidak bersalah, DAP pasti mendapat sokongan yang lebih padu daripada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya LGE disahkan bersalah pula, rakyat Pulau Pinang terselamat daripada terus memberikan mandat pemerintahan kepada pemimpin dan parti yang tidak cekap, tidak berakauntabiliti dan tidak telus.

Hakikatnya, ketiadaan kata putus lagi berhubung pilihanraya ini bukanlah kerana menunggu konsensus parti komponen Pakatan Harapan (PH); sebaliknya ialah kerana DAP sendiri tidak meyakini keupayaan dirinya sendiri untuk berhadapan dengan pilihanraya itu. Sekurang-kurangnya dengan persetujuan daripada PKR dan PAN, tidaklah DAP boleh dipersalahkan berseorangan sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka.

Namun sekiranya pilihan raya diadakan pada bila-bila masa juga di negeri itu, insya Allah PAS bersedia untuk bertanding.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Julai 2016 | 24 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 29/7/2016