Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

1

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SISTEM PAKATAN RAKYAT DIKUASAI DAP MEROSAKKAN DAN BATIL KATA PAS

Posted: 17 Jul 2016 06:19 PM PDT

Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu tidak mungkin akan berlaku, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat (PR), sistem dwi-parti yang kini sedang diusahakan semula PH banyak keburukan, sebab itu PAS cuba membina satu sistem politik baharu.
"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.
"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.
Tambahnya, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan supaya memperbetulkan hala tuju serangan mereka.
"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang UMNO, jadikan UMNO sebagai musuh politik, itu sahaja,"katanya.
Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia hanya dalam konteks berhadapan dengan UMNO.
"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.
"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama UMNO. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.
"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang UMNO, PAS konsisten menentang UMNO," katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut menegaskan bahawa cadangan gencatan senjata itu adalah idea peribadi Tuan Ibrahim dan bukannya keputusan rasmi PAS.
Katanya, PAS tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu keputusan parti perlu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.
"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.
"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tuan Ibrahim dinasihat tinggalkan PAS

Posted: 17 Jul 2016 07:33 PM PDT

SHAH ALAM: PAS disifatkan sebagai tidak muafakat dalam menjayakan cadangan 'gencatan senjata' yang diutarakan oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah)  Khalid Abdul Samad, cadangan itu gagal menerima sokongan daripada pemimpin PAS lain selain Naib Presiden Iskandar Samad.
 
Katanya lagi, ini membuktikan parti itu kini mempunyai perjuangan baru iaitu tidak menganggap Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai seteru politik utama yang perlu ditentang. 
 
"Suara menyeru kepada kesatuan pembangkang tidak lagi disambut baik oleh PAS. Dahulu PAS pencetus kesatuan dan persefahaman antara pembangkang demi menghadapi Umno/BN. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain.
 
"Mereka cuba suarakan pandangan bahawa Umno/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu kita perlu 'gencatan senjata' dan berkerjasama demi menjatuhkan Umno/BN kata mereka.
 
"Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini. 
 
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat Umno/BN sebagai musuh politik utama umat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu," katanya menerusi kenyataan media.
 
Jelasnya, PAS lebih cenderung untuk memilih Umno hanya kerana melihat peluang yang cerah untuk melaksanakan hudud berbanding bersama-sama dengan Pakatan Harapan. 
 
Perkara ini kata Khalid lagi yang mengakibatkan perjuangan PAS terpesong dan pada akhirnya menganggap pakatan pembangkang adalah sebahagian musuh yang perlu ditentang. 
 
"PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat 'dilaksanakan hudud'! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya 'bukan kemenangan Islam' bagi mereka.
 
"... Sambil dengan Umno/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana Umno itu Melayu Islam. 
 
"Begitu sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam," tambahnya. 
 
Justeru itu Tuan Ibrahim dan pimpinan yang senada dengan pendirian dalam keperluan melaksanakan 'gencatan senjata' dinasihatkan meninggalkan PAS yang tidak mempunyai sebahagian pendirian bahawa Umno-BN sebagai rakan, bukanlah musuh utama.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Ibrahim ragui penubuhan parti baru

Posted: 17 Jul 2016 07:31 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim meragui niat Dr Mahathir Mohamad yang mahu menubuhkan pakatan pembangkang baru.

Menurutnya gabungan yang bakal terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, tidak mempunyai prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu menggulingkan golongan tertentu dalam kerajaan.

"Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR dan DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih kepada tidak banyak persamaan," katanya lapor The Star ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya, pada Ahad.

Beliau terdahulu diminta mengulas berkenaan pengumuman oleh bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tentang rancangan untuk menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu di bawah pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu menambah, gabungan itu setakat ini gagal menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi rakyat dan penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin untuk kepentingan pihak tertentu.

"Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu."
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu pembela baharu Melayu

Posted: 17 Jul 2016 06:55 PM PDT

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti baharu yang bakal diwujudkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasasnya mampu menghapuskan dogma orang Melayu bahawa Umno sahaja pembela nasib bangsa itu.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, parti baharu itu ada pengalaman dan strategi tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat Melayu terutama yang di kampung.
Salahuddin Ayub "Umum tahu Umno ada sokongan majoriti di kampung kerana benih-benih dogma yang ditanam kononnya mereka sahaja mampu menyelamatkan Melayu daripada pembangkang yang didakwa akan mengorbankan keistimewaan kaum itu dan parti – parti pembangkang lain menjadi barua kepada DAP.
"Pemimpin seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Shafie Apdal (bekas Naib Presiden Umno) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah)  adalah individu yang cukup faham ideologi Umno di kawasan-kawasan desa. Saya yakin mereka ini mampu mengubah persepsi masyakat kampung terhadap pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Memandangkan kita telah bekerjasama dengan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat, saya rasa setakat ini kita tidak mempunyai masalah kerana tujuan dan hasrat kita adalah sama iaitu menyingkirkan Najib.
"Saya tidak rasa kewujudan parti baharu ini juga bakal menggugat kedudukan parti-parti pembangkang sebaliknya memberi ancaman kepada kedudukan BN. Ia juga menambah kekuatan pembangkang di samping meyakinkan rakyat bahawa pembangkang adalah alternatif kepada BN untuk memerintah negara ini," katanya.
Ditanya bagaimana pembangkang mampu mengumpul kekuatan dan menjadi pakatan pembangkang yang kuat jika Pas enggan sertai kerjasama baharu itu, Salahuddin berkata, perkara itu terpulang kepada Pas  jika benar-benar mahu menumbangkan Umno.
"Kita (Amanah) terbuka untuk berbaik dengan mana-mana pihak yang mahu sertai pakatan pembangkang ini.
"Kalau Pas tidak mahu menyertai pakatan ini, mereka akan terpinggir dari arus politik perdana," katanya.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tiada halangan bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk parti baharu dengan syarat tidak menghalang perjuangan Islam, tidak merugikan agama Islam dan umat Islam serta semua rakyat di negara ini.

Lagi dakwaan 9,000 pekerja asing perbaharui permit secara tidak sah

Posted: 17 Jul 2016 06:51 PM PDT


BUKIT MERTAJAM, 17 JULAI: Merujuk laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan April lalu, sebanyak 9,000 permit pekerja asing telah diperbaharui secara tidak sah antara tahun 2013 dan 2014 melalui kaedah automatik dan tidak mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP).
Slide1Pembaharuan permit pekerja asing melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) itu dilakukan melalui MyEG yang merupakan platform perkhidmatan elektronik kerajaan.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, berkata selain rekod buruk, MyEG juga telah dilantik untuk mendaftarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada September 2014 walaupun waktu sebenar untuk pendaftaran tersebut ialah setahun lebih lewat iaitu September 2015.
"Kedua-dua penasihat undang-undang bagi Jabatan Imigresen dan Jabatan Audit Neara berpandangan bahawa tindak-tanduk MyEG itu telah melanggar Akta Imigresen 1963.
"Kita tidak tahu jika terdapat perlanggaran lain yang dilakukan MyEG sepanjang 2015, setelah skop kuasanya diluaskan untuk memperbaharui permit kerja sementara dan telah melanjutkan sebanyak 1,318,872 permit dalam tahun tersebut," kata Steven.
Menurutnya, arahan supaya MyEG menghentikan pembaharuan automatik itu hanya dibuat pada 4 Mac 2016 lalu.
"Kita nak tahu adakah sebarang tindakan diambil terhadap MyEG kerana telah melanggar undang-undang imigresen yang telah membenarkan seramai 9,000 pekerja asing diperbaharui permit secara tidak sah?" soal Steven.
Kontrak RM29 juta dipersoalkan
Dalam perkara sama, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang telah membayar sebuah syarikat swasta kontrak sebanyak RM29.9 juta untuk membina sebuah sistem dalam talian yang telah menimbulkan beberapa persoalan.
Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi Turki memertabat kuasa rakyat mengangkat maruah Islam sejagat

Posted: 17 Jul 2016 06:47 PM PDT


Insiden yang meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasaInsiden yang meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasa
Satu percubaan rampasan kuasa tentera ke atas Kerajaan Turki telah berlaku, namun percubaan itu gagal kerana tidak mendapat sokongan majoriti tentera dan ditolak oleh kebangkitan rakyat Turki yang keluar ke jalan raya membantah rampasan kuasa tentera dan mempertahankan kuasa rakyat.
Sebagai Ahli Parlimen yang mendukong prinsip demokrasi rakyat saya mengutuk tindakan pihak tertentu yang mendalangi tentera bagi cubaan rampasan ini.
Sewajarnya apa jua permasalahan dalaman atau negara perlulah diselesaikan dalam prosedur dan aturan awam dan bukannya tentera. Sekiranya sudah tidak ada jalan penyelesaian dalam apa jua alternatif, maka rakyatlah sewajarnya menjadi hakim dan bukannya tentera.
Sistem Syura Rakyat melalui proses demokrasi perlulah dihormati. Setelah sekian lama era pasca Tentera sebagai pengawal demokrasi berakhir, rakyat lebih memahami cita rasa Negara yang mereka hajati. Jangan ulangi kesilapan lampau apabila tentera menjadi cemuhan dan sumpahan rakyat jelata. Oleh itu saya senantiasa berpandangan tentera tidak boleh diberikan Kuasa melebihi Kuasa Demokrasi Rakyat.
Saya juga tertanya tanya apakah motif rampasan kuasa ini, tatkala Kerajaan Turki berjaya dalam reformasi ekonomi dan sosialnya dalam negaranya sendiri. Adakah benar benar rakyatnya menolak Kerajaan AK Parti sedia ada.
Selama hampir 20 tahun, rakyat masih memilih kerajaan sedia ada melalui system demokrasi mereka yang lebih telus dan terbuka berbanding negara Islam yang lain. Tiada berlakunya korupsi seperti Skandal Negara 1MDB di Turki.Rakyat Turki rata-rata selesa dengan suasana politik yang ada. Mungkin terdepat unsur unsur anasir luar yang tidak lena dengan perkembangan demokrasi di Turki ini.
Seperti mana Turki lantang dalam isu pencabulan hak asasi dan penindasan etnik dunia seperti isu Palestin dan Rohingya sehingga menyebabkan ada kuasa negara terpaksa tunduk kepada tekanan Turki. Ini mungkin menyebabkan ada kuasa politik tertentu tercabar dengan kelantangan dan penerimaan rakyat antarabangsa terhadap Turki. Namun penyelesainya ialah 'divide and rule'.
Turki dan umat Islam Rohingya
Dengan perkembangan terkini terhadap etnik Rohingya di Arakan Myanmar, Turki diharap menjadi pelindung untuk umat Islam Rohingya.Turki diharap menggerakan pihak OIC mengambil tindakan segera kerana dilihat insiden di Arakan Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi isu dalaman Myanmar dan bukan berkisar dikalangan kerangka 'etnik dan bangsa' tapi sudah dilihat menjadi isu agama*.
Read More / Baca Lagi >>

Tweet media barat putar belit fakta cubaan rampasan kuasa di Turki

Posted: 17 Jul 2016 06:38 PM PDT

Antara tweet media barat yang dimuat naik mengelirukan dengan fakta sebenar kejadian rampasan kuasa berlaku.Antara tweet media barat yang dimuat naik mengelirukan dengan fakta sebenar kejadian rampasan kuasa berlaku.
Beberapa media Barat didakwa memutarbelitkan fakta ketika membuat laporan mengenai cubaan rampasan kuasa di Turki hingga mencetuskan persoalan banyak pihak terhadap kredibiliti mereka sebagai akhbar tersohor.
Ia menunjukkan kebanyakan daripadanya turut terlibat dalam propaganda bertujuan untuk memburukkan imej Turki dan pemimpinnya yang dihimpit satu demi satu kontroversi seperti dilapor portal muslimmatter.org yang dipetik oleh Sinar Harian online hari ini.
Akhbar The Independent menerusi laporannya seakan berat sebelah dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Mereka menggunakan tanda petikan pada perkataan treason (pengkhianatan) berikutan keraguan sama ada tindakan rampasan kuasa keatas kerajaan awam di Turki itu adalah satu bentuk jenayah atau tidak.
Selain itu, akhbar The Telegraph terlalu awal meminta respons pakar dan cuba untuk menyokong tindakan rampasan kuasa itu selain menggelar mereka sebagai 'penjaga Perlembagaan sekular Turki' dan tidak melihat kumpulan itu sebagai pengkhianat negara.
Sementara itu, akhbar The New York Times menyifatkan cubaan rampasan kuasa itu adalah masa yang sesuai untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang taksub dengan Erdogan sebagai pemimpin autoritarian.
Read More / Baca Lagi >>

‘Kafir Harbi’ : Kefahaman Songsang dan Terbantut

Posted: 17 Jul 2016 06:34 PM PDT

Kenyataan Mufti Pahang berhubung isu 'Kafir Harbi' telah banyak menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menolaknya. Perbahasan berhubung kenyataan tersebut telah mengambil berbagai bentuk dan tidak kurang juga yang mengupasnya secara ilmiah dari sudut perundangan dan sejarah.

Bagi saya, sikap seseorang terhadap kenyataan Mufti Pahang bergantung kepada kefahamannya terhadap Islam itu sendiri.

Secara umum boleh dikatakan bahawa yang bersetuju dengan kenyataan Mufti Pahang mempunyai kefahaman bahawa Islam dan ummat Islam berkewajipan 'menguasai' ummat bukan Islam. Yang bukan Islam dikategorikan sebagai samada 'Kafir Dhimmi' atau 'Kafir Harbi'. Ini bererti orang bukan Islam samada tunduk pada ummat Islam atau mereka dianggap sebagai musuh yang wajar diperangi.

FAHAMAN ORIENTALIS

Fahaman sebegini asalnya dibawa oleh golongan Orientalis. Golongan Orientalis ini mencemuh Islam dengan menuduhnya sebagai agama yang disebar melalui pedang. Mengikut mereka, ummat Islam bahagikan dunia kepada dua, ia itu 'Darul Islam' dan 'Darul Harb' atau 'Bumi Islam' dan 'Bumi Perang'. Darul Islam dikuasai ummat Islam dan selain dari itu, kesemuanya adalah Darul Harb, iaitu negara-negara yang wajib diperangi ummat Islam.

Mengikut golongan Orientalis ini, matlamat ummat Islam adalah untuk menguasai seluruh dunia demi menjadikan kesemuanya Darul Islam. Bukan Islam wajib diperangi sehingga ditundukkan dan kononnya itulah kehendak Islam!

Amat sedih apabila kita lihat fahaman Orientalis diperjuangkan oleh ummat Islam sendiri. Kefahaman sebegini merupakan asas mewajarkan pembentukan ISIS dan IS. Mengikut fahaman mereka Islam bukan agama keadilan dan kedamaian dan tidak boleh hidup dalam dunia berpelbagaian. Ianya agama peperangan dan permusuhan. Dan cara menyebarkan Islam adalah melalui peperangan dan pertumpahan darah.

Fahaman sebegini menghasilkan budaya chauvanisme dan facisme serta suatu wajah Islam yang buruk dan keji. Ianya tidak banyak berbeza dengan fahaman Zionist dan Nazi Jerman. Malangnya, bagi yang berjiwa chauvanist dan facist, wajah yang buruk dan keji dilihat 'kuat' dan 'berkarisma'. Manusia perlu ditundukkan, walaupun secara paksa, kepada kekuasaan Allah. Walaupun tidak memeluk agama Islam sekalipun, mereka perlu akui kekuasaan Islam. Budaya 'Muslim supremacist' adalah budaya pilihan golongan ini walaupun ianya tiada tempat dalam ajaran Islam.

Tanpa adanya sesuatu yang mampu ditawarkan kepada masyarakat dan manusia, selain semangat cahuvanist dan fascist mereka, maka yang ditonjolkan adalah perlaksanaan undang-undang Islam. Itu, bagi mereka, tanda ketundukan manusia kepada Allah dan itu sahajalah matlamat perjuangan Islam, perjuangan Nabi (SAW). Betapa songsang, terbantut dan terkongkongnya fahaman mereka terhadap Islam.

KEFAHAMAN ISLAM SEBENAR

Golongan yang menolak kenyataan Mufti Pahang adalah mereka yang memahami Islam sebagai rahmatal-lil-'aalamiin atau rahmat bagi seluruh alam. Islam bukan agama keganasan dan peperangan tetapi perdamaian dan persaudaraan. Golongan ini memahami sejarah dari sudut kontekstual di mana apa yang telah berlaku adalah mengikut keadaan dan suasana pada ketika itu. Dan tidak semua yang dilakukan pada zaman dahulu adalah semestinya tepat dari sudut tuntutan Islam, lebih-lebih lagi pada zaman pemerintahan kerajaan beraja seperti zaman Bani Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah. Banyak juga yang berlaku atas sebab cita-cita perluasan empire dan kawasan penalokan.

Bagi golongan ini, Islam diturunkan dengan tujuan menegakkan keadilan untuk seluruh manusia dan ummat Islam pula sebagai ummat yang berkhidmat untuk manusia, menunjuk jalan kepada kebaikan dan keadilan. Bukan untuk memaksakan dominasi mereka ke atas yang bukan Islam. Kefahaman terhadap mesej Islam hendaklah disampaikan secara berhikmah dan bijaksana, bukan secara paksa dan ugutan.

Yang ingin didominasikan adalah ajaran dan prinsip-prinsip keadilan Islam, bukan ummat Islam itu sendiri. Namun sememangnya sebagai pembawa ajaran dan prinsip Islam, ummat Islam akan berada di saff yang paling ke depan selagimana mereka sendiri mengamalkan ajaran dan prinsip tersebut. Keberadaan ummat Islam di saff terdepan adalah atas sebab ajaran dan prinsip yang diperjuangkan dan bukan atas semangat chauvanisme atau facisme yang dibawa.

Hasil ajaran dan prinsip ini maka akhlak ummat Islam menjadi akhlak yang termulia dan pemerintahan mereka pemerintahan yang terbaik. Apa yang diistilahkan sebagai 'good governance' dewasa ini, ia itu pemerintahan yang amanah, berkebajikan, tidak boros, adil dan sebagainya adalah hasil dari akhlak mulia yang ditanamkan oleh Islam. Selagimana ajaran dan prinsip Islam mencorakkan kepimpinan dan pemerintahan ummat Islam maka ianya akan maju dan membangun.

Read More / Baca Lagi >>

Edrogan mahu laksanakan semula hukuman mati

Posted: 17 Jul 2016 06:30 PM PDT


Recep Tayyip EdroganRecep Tayyip EdroganPresiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula hukuman mati selepas percubaan rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaannya lapor agensi berita antarabangsa AFP.
"Dalam demokrasi, keputusan dibuat berdasarkan apa yang orang kata. Kita akan bercakap dengan pembangkang dan kemudian membuat keputusan.
"Kita tidak boleh melengah-lengahkan lagi kerana di negara ini, mereka yang melancarkan rampasan kuasa perlu membayar harga apa yang dilakukan," katanya kepada para penyokongnya selepas menghadiri pengebumian mangsa yang terbunuh selepas pertempuran dalam cubaan rampasan kuasa oleh tentera kelmarin.
Erdogan membuat kenyataan itu selepas ribuan penyokongnya mahu hukuman mati kembali dilaksanakan di Turki.
Hukuman mati di Turki telah dihapuskan pada tahun 2004di bawah reformasi untuk mendapatkan keahlian Kesatuan Eropah.
Pengembalian semula akan mewujudkan isu-isu lanjut antara EU dan Ankara dalam rundingan keahlian yang sudah pun terhenti.
Di hadapan para penyokongnya, Erdogen sekali lagi meminta Amerika Syarikat mengekstradisi Fethullah Gulen, yang didakwa sebagai dalang cubaan rampasan kuasa, yang disifatkannya sebagai pengganas.
Pada majlis pengebumian itu, Erdogan tidak dapat membendung kesedihan melihat rakan lamanya, Erol Olcak dan anaknya yang berusia 16 tahun terbunuh selepas ditembak di Jambatan Bosphorus.

Implikasi Gabungan Mahathir- Anwar Pada PRU-14

Posted: 17 Jul 2016 06:15 PM PDT

MUNGKIN Tun Dr Mahathir Mohammad, mahu membuktikan, bahawa beliau masih mempunyai kekuatan politik jika berada di luar Umno, kerana umum mengetahui, bahawa kekuatan Tun Dr Mahathir dalam politik hanya terbukti semasa beliau mempunyai kedudukan dalam parti Umno, selepas hilang kuasa, tiada lagi yang dapat ditunjukkan oleh mantan Perdana Menteri itu. 
Sementara Dato Seri Anwar pula, telah membuktikan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu mempunyai sokongan, kerana beliau buktikan pada PRU-13 lalu, di mana undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat yang dikemudikannya mengatasi undi Barisan Nasional, walaupun daripada segi jumlah kerusi, Bn menang 133 banding PR 89 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Memang dalam Umno, Tun Dr Mahathir semacam sudah ditolak, atas sebab itu, beliau keluar parti. Membidas/mengertik DS Najib Razak, sebenarnya hanya "kedok" atau asas beliau keluar parti. 
Kini, sebenarnya tidak relevan lagi berhujah menghubungkan Umno dengan mantan Perdana Menteri itu, sebabnya pada Khamis lalu, sudah jelas dan terang, baki-baki sayangkan Umno sudah terkubur, kerana beliau sudah menyatakan akan menubuhkan parti baru dan bekerjasama dengan parti pembangkang untuk menumbangkan Parti Umno, dan sekaligus menggantikan kerajaan pada PRU-14 akan datang.
Cara pembangkang berdepan dengan Bn pada PRU-13, akan digunapakai, iaitu, pembangkang perlu berpakat untuk hanya mengemukakan seorang calon, samada di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan calon Bn. Tiga penjuru, hanya menyebabkan calon Bn menang mudah, seperti mana berlaku pada PRK berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut hemat pembangkang, dan disokong oleh pengamat politik tanah air, penggabungan Tun Dr Mahathir- Anwar, kemudiannya dibantu Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan mantan-mantan pemimpin Umno, serta parti-parti pembangkang, akan berimpak besar di Semenanjung.
Penggabungan pembangkang yang bakal diketuai Mahathir-Anwar, boleh mengubah komposisi kerusi di Semenanjung. Dikatakan, daripada 165 kerusi parlimen, gabungan pembangkang, boleh menang 95. Berasaskan keadaan demikian, bagi menentukan, pihak mana membentuk kerajaan Persekutuan, sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, terdapat 57 kerusi parlimen termasuk WP Labuan. Pada PRU-13, Bn mempertahankan 50, sementara 7 dimenangi pembangkang.
Jika keputusan PRU-14, di Semenanjung, pembangkang menang 95, ertinya hanya memerlukan 17 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, manakala Bn pula memerlukan 42 kerusi.
Melihat keputusan PRN Sarawak pada mei lalu, dan atas faktor Tan Sri Adenan Satem, kemungkinan besar, status quo akan dipertahankan, ertinya Bn mempunyai 97 kerusi dan pembangkang 99 tidak termasuk kerusi daripada Sabah dan WP Labuan. 
Bagi maksud menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, maka Bn memerlukan 15 kerusi daripada Sabah dan WP Labuan, manakala pembangkang hanya memerlukan 13.
Read More / Baca Lagi >>

Pujian dan sanjungan Annuar kepada Tengku Razaleigh lewat 30 tahun

Posted: 17 Jul 2016 06:11 PM PDT

Annuar Musa sekonyang-konyang memuji cara Tengku Razaleigh Hamzah berpolitik dengan menganggap ahli parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang memberi hasil kerja terbaik dan berhemah tinggi yang perlu diteladani.


Tengku Razaleigh berucap pada majlis perjumpaan raya.
Kenyataan indah itu semuanya dibuat bertitik tolak daripada kenyataan Tengku Razaleigh yang berhasrat untuk tidak mengegakalkan kerusi parlimen Gua Musang dalam Peraum (pilihan raya umum) akan datang.

Lanjutan itu Ketua Penerangan Umno itu memuji Tengku Razaleigh sebagai seorang negarawan yang perlu dihormati dan diteladani. 


Pemerhati politik, termasuk juga lembu dan kerbau di Kelantan yang faham dan arif politik, tahu ke mana hujung jatuh dan maksud pujian dan sanjungan Annuar kepada Anak Raja Kelantan itu.

Pujian itu mempunyai serampang dua mata, satu segi menyatakan sanjungan kepada Tengku Razaleigh dan dalam masa sama mahu melastik Dr Mahathir Mohamad dengan harapan bapak Mukhriz itu tidak terus menganggu gugat kekuasaan Naji Razak yang kini menjadi pokok berhantu buatnya.

Annuar membandingkan kerja politik Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir kerana ingin gambarkan Dr Mahathir buruk perangai politiknya. Katanya, Tengku Razaleigh walaupun tidak berada dalam barisan kepimpinan parti, pernah tubuh parti Semangat 46, tetapi beliau tetap bersama Umno dan sedia bubar S46.

Apa yang hendak digambarkan Annuar ialah sikap Dr Mahathir hari ini yang hendak tubuh parti bagi menentang Najib Razak. Di sebalik itu dia mengharap nilai pemujaannya kepada Najib juga bertambah.

Hurai Annuar lagi tentang kebaikan Tengku Razaliegh, Tengku tidak menggunakan populartinya untuk berbuat kacau, tepatnya menganggu dan menyusahkan pentadbiran Najib. Walaupun Annuar tidak menyebut secara langsung dan jelas, tetapi maksud dan marfum (konotasi) itu dihalakan kepada Dr Mahathir yang kini sedang menggerakkan aktivitinya menjatuhkan Najib.

Dalam konteks politik tanggapan Annuar itu dianggap bijak, namun di segi agama ianya munafik. Kenapa kini dia baharu membuat penilaian adil dan bijak demikian antara Tengku Razaleigh dengan Dr Mahathir. Kenapa penilaian dan keistimewaan Tengku Razaleigh itu baharu nampak hari ini tetapi tidak dahulu?Read More / Baca Lagi >>

Hadi lancar kempen sokong RUU di Pusat Islam

Posted: 17 Jul 2016 06:03 PM PDT

Presiden PAS juga melancarkan laman Facebook bagi menjelaskan pindaan yang dicadangkan.
hadi-akta-355
KUALA LUMPUR: Lebih 600 orang mewakili berpuluh-puluh NGO Islam semalam berkumpul di Pusat Islam bagi menyatakan sokongan terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Pada majlis itu juga, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan laman Facebook "Sokong Pinda Akta 355″ bagi dijadikan medan perbincangan dan menjelaskan rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan presiden PAS itu Mei lepas.
Turut hadir ialah Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Yusri Mohammad.
Hadi membentangkan usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan Umno yang membolehkan RUU tersebut didahulukan walaupun tersenarai sebagai agenda akhir Parlimen.
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta tersebut, meluaskan kuasa Mahkamah Syariah kepada kesalahan jenayah oleh umat Islam, di samping membenarkannya menjatuhkan hukuman lebih berat.
Ia dilihat sebagai usaha PAS membuka ruang melaksanakan hudud di Kelantan.

Tuan Ibrahim: 'Gencatan senjata' pendapat peribadi saya

Posted: 17 Jul 2016 05:57 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan "gencatan senjata" sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.
Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam pembangkang menyerang PAS dengan menyatakan parti itu bersekongkol dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
"Itu pendapat peribadi… kenyataan itu saya keluarkan, ia (atas) nama saya sendiri.
"(Pendapat saya) tidak bercanggah dengan prinsip dan konsep serta dasar parti kerana Tok Guru sebut mereka (pembangkang) selalu serang PAS, ia perlu dihentikan," katanya kepada Malaysiakini selepas majlis himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' di kemudian hari.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, AMANAH tidak seharusnya salah sangka bahawa PAS akan kembali dalam Pakatan Harapan, sebaliknya kenyataan itu bagi menyatakan PAS tidak bersama BN dan pembangkang harus bersatu menjatuhkan BN.
"Kita bukan masuk Pakatan Harapan, kita dalam blok pembangkang, jangan katakan kita bersama BN.
"Walaupun kita tak dalam Pakatan Harapan, PAS blok ketiga yang kita akan perkasakan sebagai blok politik pembangkang," katanya.
Beliau, ketika ditanya terdapat siri perbincangan bersama PKR dalam merangka rancangan menjatuhkan BN, berkata:
"Kita dengan PKR ada hubungan tapi belum berjumpa. Sehingga kini belum ada pertemuan."

Noh Omar patut minta minta maaf pada Sultan – Leiking

Posted: 17 Jul 2016 05:56 PM PDT

Saya tidak pernah mengaitkannya dengan Sultan kerana kuasa baginda di atas politik.
darell-noh
PETALING JAYA : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar sepatutnya meminta maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengheret baginda dalam agenda politik, kata Naib Presiden PKR Darrel Leiking.
"Saya kesal melihat kelicikan pemimpin politik Persekutuan mengulas perkara yang saya tidak pernah nyatakan, malah mencipta kata-kata mereka sendiri serta mentafsir secara unilateral apa yang dimuatnaik di Facebook milik saya.
"Saya tidak pernah mengaitkannya dengan Sultan kerana kuasa baginda di atas politik," katanya dalam satu kenyataan media.
Leiking menggesa Noh Omar dan pihak yang memutar belit kenyataan yang disiarkannya itu supaya segera meminta maaf kepada Sultan Selangor.
Katanya, Sultan bukan sahaja diheret ke dalam agenda politik tetapi namanya disalahguna bagi mewajarkan serangan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada sebab Nur Jazlan mahu desak Mahathir segera daftar parti baharu

Posted: 17 Jul 2016 05:55 PM PDT


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Nur Jazlan Mohamed tiada sebab untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang  menyegerakan pendaftaran penubuhan parti baharu yang diumumkan Khamis lalu.
Bekas  naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, timbalan menteri dalam negeri itu tidak sepatutnya mendesak bekas perdana menteri itu dan kumpulannya  seolah-olah mengambarkan mereka tidak tahu prosedur untuk menubuhkan sebuah parti baharu dalam negara ini.
"Nur Jazlan jangan terlalu kalut dan tak perlu ajar Tun Mahathir dan kumpulannya apa yang perlu untuk membuat permohonan segera bagi mendaftarkan parti baru yang dicadangkan itu.
"Kami faham prosedur pendaftaran sebuah pertubuhan parti politik.
"Lebih baik Nur Jazlan tumpu kepada tugas-tugas hariannya sebagai timbalan menteri dalam negeri.Jangan jaga tepi kain orang," katanya kepada Malaysia Dateline.
Setiausaha Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat ini juga berkata, Nur Jazlan tidak mempunyai 'stature' (kedudukan) untuk menasihati atau mendesak Mahathir.
"Beliau tidak ada 'stature' untuk mendesak.
"Beliau belum tentu tahu sama ada boleh menang atau tidak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pulai pada pilihan raya kelak.
"Saya ingin memberi amaran kepada beliau agar jangan buat kenyataan serta tuduhan tidak berasas bahawa cadangan penubuhan parti baharu ini hanyalah untuk kepentingan diri Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

DAP harap gencatan senjata suara rasmi PAS, bukan cadangan peribadi

Posted: 17 Jul 2016 05:52 PM PDT

ISTILAH KAFIR HARBI, MASIH RELEVAN ATAU TIDAK?

Posted: 17 Jul 2016 07:48 AM PDT

KENAPA hingga skrg 'susah sgt' nak tangkap Jho Low ??

Posted: 17 Jul 2016 07:44 AM PDT

Tetapi yg bongkar penyelewengan & kebobrokan #1MDB itulah YANG PANTAS nak ditangkap, ditahan & disumbat dlm lokap bermalam2..

Inilah sebuah negara #darulkelakar

PAS tunggu respon 'gencatan senjata' daripada DAP

Posted: 17 Jul 2016 07:15 AM PDT

Parti baharu tidak akan jejaskan matlamat - Saifuddin

Posted: 17 Jul 2016 07:15 AM PDT

Tun Mahathir tamak kuasa tubuh parti baru - SAMM

Posted: 17 Jul 2016 07:14 AM PDT

"Najib baik, tetapi...," kata Zam

Posted: 17 Jul 2016 07:13 AM PDT

Tun M ambil peranan Anwar tumbangkan UMNO, kata Zam

Posted: 17 Jul 2016 07:13 AM PDT

Kalaulah Najib, agak-agak apa yg bakal dia cakap..??!!!

Posted: 17 Jul 2016 05:07 AM PDT

SIAPAKAH tentera2 Umno ??
Adakah bala2 tentera Baju Merah ??

KENAPA TIBA-TIBA ularmak Ameno jadi 'juru cakap' backup bg Mufti Pahang ??

Posted: 17 Jul 2016 05:05 AM PDT

KENAPA selepas 24 hari baru nak 'corner' balik kata2 Mufti Pahang tersebut ??.. Adakah kerana skrip2 backup baru disiapkan ??!!

Ularmak2 Ameno yg lain kenapa masih membisu lagi !!!

Apa kata rakyat Sabah...

Posted: 17 Jul 2016 05:04 AM PDT

Bumi bertuah anda cukup kaya...
Tapi diratah rompak oleh penyangak2 atasan sampai Laporan Bank Dunia pernah mengesahkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.. KENAPA ??

Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Berubah ??

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:14 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


IS dan masa depan Malaysia

Posted: 16 Jul 2016 10:07 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama masyarakat untuk melindungi negara.





Oleh Datuk Akhbar Satar


Beberapa minggu lalu, serangan IS di Puchong mengubah landskap keselamatan di Malaysia. Sehingga minggu lalu, ramai rakyat Malaysia percaya serangan sedemikian tidak akan berlaku di negara ini kerana ancaman IS hanya berlaku di luar Malaysia.

Bagi pasukan keselamatan dan perisikan, serangan ini merupakan satu kejutan. Sasaran ternyata bukan di pusat bandar atau tempat sesak dikunjungi warga asing, sebaliknya lokasi yang tidak dapat dibayangkan. Ini menunjukkan penyokong atau pengganas IS membaca dan mengecilkan sasaran mereka dengan baik
.
Paling teruk serangan itu dilancarkan pada bulan Ramadan yang suci dan aman apabila orang ramai tidak mengharapkan serangan sedemikian boleh berlaku.

Sehubungan itu, IS secara rasminya mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Pasukan keselamatan dan perisikan boleh menjangkakan gelombangan seragangan di sini pada masa depan. Fatwa yang dikeluarkan IS di Syria menggesa penyokongnya dan pesimpati menyerang tempat-tempat seperti kelab malam kerana kelab sedemikian tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. Tambahan, ia dinyatakan dalam Hadis 10 hari terakhir bulan Ramadan adalah paling berkat.

Serangan di Movida adalah sasaran mudah dan cubaan pertama yang kurang berisiko dan usaha untuk pengganas berbanding tempat-tempat berkawalan keselamatan ketat seperti KLCC, Bukit Bintang atau Putrajaya.

Usaha baik Cawangan Khas (Bahagian Counter Terrorism, E8) perlu dipuji. Selepas serangan itu, mereka dapat mengenal pasti suspek dengan maklumat terperinci. Ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecekapan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu itu. Cara berkesan untuk membendung pengganas di Malaysia adalah memberi perhatian terhadap pengikut tempatan kerana mereka boleh menjangkakan lebih banyak serangan pengganas berbahaya pada masa depan.

Seperti yang dilaporkan dalam media, kebanyakan pengganas IS adalah bekas penjenayah dan mereka yang mahu membersihkan dosa-dosa dengan melakukan tindakan jahat atas nama agama. Seterusnya ia adalah laluan melarikan diri bagi mendapatkan penebusan melalui penafsiran salah terhadap Jihad yang memberi mereka jalan pintas ke syurga.

Ancaman keganasan tidak boleh dipandang ringan. Memang diakui, ia amat mencabar bagi PDRM untuk mengawal keselamatan di semua tempat, terutamanya di luar Kuala Lumpur. Tugas ini hampir mustahil dicapai.

Oleh itu, institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bersama masyarakat untuk bekerja ke arah melindungi negara ini. Lagipun, kita semua pihak berkepentingan terhadap keamanan negara. Oleh itu, penting untuk kita bekerja bersama bagi melindungi dan memelihara aset berharga ini.

Sementara itu, kerja-kerja perisikan perlu ditingkatkan. Pemantauan secara tetap di laman media sosial seperti Facebook adalah penting kerana Facebook adalah peralatan mereka untuk merekrut terutamanya menyasarkan generasi muda, pengguna utama media sosial. Dalam erti kata lain, kita perlu meningkatkan kemampuan dari segi "perisikan media sosial" dalam mengesan dan menghalang pengganas daripada mengancam sosial di negara ini.

Sasaran IS sentiasa menumpukan tempat berorientasikan Barat. Serangan berinspirasikan Isis di Dhaka, Istabul, Baghdad dan Puchong dilihat sebagai satu anjakan strategi untuk menyerang negara-negara Islam.

Pakar keganasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmad El-Muhammady menyatakan Malaysia dibangkitkan dua kali menerusi majalah bulanan dalam talian Isis ke-11, Dabiq: pertama kali berhubung pendirian negara ini terhadap Isis dan kali kedua apabila majalah disyorkan militan tempatan menyasarkan misi diplomatik di Malaysia.

R Paneir Selvam, pensyarah dalam bidang keganasan dari Universiti HELP percaya dasar-dasar semasa Malaysia boleh menjadi konduit untuk IS melancarkan serangan kerana Malaysia berdepan masalah sosial dan ekonomi. Jika ini berlaku ia boleh melumpuhkan negara keseluruhan.

Peranan proaktif jabatan agama atau agensi-agensi berkaitan lain dan usaha ini perlu dipertingkatkan supaya anak-anak muda, termasuk mereka yang belajar di madrasah tidak terpedaya dengan pengambilan ahli baru IS.

Agensi berkaitan perlu dibantu untuk terus membendung serangan IS. Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk melindungi kedaulatan negara ini daripada IS.

Datuk Akhbar Satar adalah Presiden Transparency International (TI) Malaysia.

Negara kekurangan 900 doktor pakar kecemasan

Posted: 16 Jul 2016 10:07 PM PDT

 
Diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih.
 
 
Dr Hilmi Yahaya


ALOR SETAR: Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat hanya 300 doktor pakar kecemasan di seluruh negara dan jumlah itu jauh lebih kecil berbanding jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital.

"Kita sasarkan untuk melahirkan 900 doktor pakar kecemasan tetapi jumlah itu sukar dicapai dalam masa terdekat kerana setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang berjaya dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Heart Wars First Malaysia Mass Costume CPR di Aman Central, hari ini.

Masalah itu kata Hilmi, disebabkan setakat ini hanya tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

"Jika diikutkan, setiap tahun lebih 200 pemohon akan menghantar pemohonan untuk belajar menjadi doktor pakar tetapi daripada jumlah itu, hanya 60 doktor yang akan dipilih," katanya.

"Saya berharap lebih banyak universiti-universiti negara dapat mewujudkan kursus yang bertepatan bagi membolehkan kita mencapai sasaran melahirkan 900 doktor pakar kecemasan dalam masa yang lebih cepat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menyokong sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mewajibkan pelajar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya.

"Sehingga kini tiada undang-undang yang mewajibkan ibu bapa untuk memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak, namun sekiranya pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mewajibkan suntikan vaksin tersebut, kita sentiasa menyokong usaha mereka," katanya.

Terdahulu, Hilmi ketika merasmikan program tersebut berharap lebih ramai masyarakat dapat mempelajari cara untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) bagi membantu pesakit yang dalam kesusahan.

"Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain sekiranya kita mempunyai ilmu berkaitan memberi bantuan CPR yang betul dan usaha menyampaikan ilmu CPR perlu diteruskan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar seawal sekolah rendah lagi," katanya.

Pada program hari ini, seramai 500 peserta telah menyertai cara memberi bantuan CPR dengan memakai kostum watak adiwira seperti Batman, Superman, dan Star Wars.

Program yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu berjaya dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records.

Tiga bulan telah berlalu, apa khabar siasatan laporan PAC, soal Kit Siang

Posted: 16 Jul 2016 09:54 PM PDT

lim kit siang
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mempersoal sikap terkial-kial Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mengesahkan kesahihan maklumat yang dipercayai sebagai laporan Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didedahkan Sarawak Report.

Khalid seperti yang dilaporkan media pada Sabtu lalu berjanji akan merujuk Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambirin Buang bagi mengesahkan kesahihan laporan berkenaan yang kini dikategorikan sebagai rahsia kerajaan.

Sedangkan, pada Mac lalu, Khalid telah mengumumkan bahawa siasatan secara terperinci akan dilaksanakan oleh kumpulan penyiasat yang diketuai oleh beliau sendiri bagi meneliti dan menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

Persoalan ini dilontarkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memandangkan laporan PAC bergantung penuh kepada laporan yang diserahkan Ketua Audit Negara.

"Justeru, bagaimana harus Ketua Polis Negara menjelaskan kegagalan pihaknya untuk mempunyai salinan laporan Ketua Audit berhubung 1MDB setelah lebih dari tiga bulan siasatan dilakukan terhadap laporan PAC?"

"Seminggu telah berlalu, sudahkah Khalid mengesahkan daripada Ambrin sama ada laporan AG berkaitan 1MDB berkenaan adalah laporan yang sahih, lebih-lebih lagi laporan AG berkenaan telah pun di disiarkan oleh Sarawak Report di dalam laman webnya.

"Mengapa polis tidak mempunyai salinan laporan AG berkaitan 1MDB untuk membolehkan polis sendiri mengesahkan kesahihan laporan yang didedahkan Sarawak Report berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sarawak Report mendedahkan laporan penuh apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit berhubung syarikat sarat hutang milik penuh Kementerian Kewangan tersebut.

Bagaimanapun, laporan itu tidak dapat didedahkan kerana diklasifikasikan rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam pada itu, Kit Siang turut berteka-teki dengan keengganan polis mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berikutan tuduhan "penyelewengan, pengubahan wang haram dan kesalahan rasuah" yang dipercayai akan mengheret sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ia dihapuskan, Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB menetapkan bahawa Perdana Menteri merupakan pihak terpenting dalam meluluskan segala dokumen berkaitan 1MDB.
Justeru, segala kegagalan 1MDB tertakluk kepada kuasa yang dimilik Najib, walaupun beliau menafikannya. – Roketkini.com

Nancy Shukri ‘turun pangkat’ tamparan hebat buat BN Sarawak

Posted: 16 Jul 2016 09:52 PM PDT

teresa_nancyturunpangkat

Roketkini.com
 

KUALA LUMPUR: Putrajaya berhutang penjelasan kepada orang ramai, terutama rakyat Sarawak berhubung pemindahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berasal dari Bumi Kenyalang kepada portfolio yang kurang penting.

Terkejut dengan keputusan kerajaan itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata ia jelas menunjukkan bahawa Nancy telah 'diturunkan pangkat' kerana sejak kebelakangan ini, beliau tampak enggan mengikut aliran politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Bukankah 'penurunan pangkat' Nancy ini satu tamparan hebat buat menteri-menteri Sarawak?

"Malah, ia juga satu penghinaan kepada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) selepas kemenangan besar BN Sarawak yang diketuai oleh Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem dalam pilihanraya negeri yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Naib Pengerusi DAP itu, apa yang berlaku kepada Nancy membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat tidak menghargai usaha keras PBB dalam pilihanraya baru-baru ini.

"Penyerahan lebih kuasa autonomi kepada BN Sarawak yang dijanjikan hanyalah satu sandiwara dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

"Hal yang terjadi kepada Nancy itu adalah bukti rakyat Sarawak tidak akan dapat melihat apa-apa perubahan ketara," katanya.

Semalam, Putrajaya mengumumkan jawatan menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang dipegang Nancy sebelum ini diserahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nancy pula ditugaskan menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Agensi Nuklear Malaysia.

Semasa rombakan kabinet pada 27 Jun lalu, Najib Razak memaklumkan bahawa akan berlaku perubahan portfolio untuk menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Azalina masih bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen. – Roketkini.com


Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai

Posted: 16 Jul 2016 09:46 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.Mahathir nafi anjur rumah terbuka 24 Julai ini. Gambar Tun Dr Mahathir di rumah terbukanya 2012 lalu.


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau akan mengadakan majlis rumah terbuka 24 Julai minggu depan sebagaimana yang disebarkan oleh media sosial.

Menurut firma guaman Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar, pihaknya diarahkan untuk membuat penafian mengenai majlis tersebut.

"Adalah dengan ini yang firma kami di arahkan pejabat YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang rumah terbuka oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad akan di anjurkan pada tarikh 24hb Julai 2016 dan semua pihak di minta mengambil maklum.

"Makluman ini ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta kesulitan yang mungkin berlaku jika berita ini diterima sebagai benar," kata kenyataan itu.

PKR belum buat keputusan sertai pakatan baharu

Posted: 16 Jul 2016 09:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: PKR belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan cadangan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR juga belum mengadakan perbincangan serius mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri membentuk pakatan pembangkang baharu. 
 
"Setakat ini, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu. Kita hendak tahu juga siapa pemimpin parti baharu itu, kerana apa yang difahamkan, Tun (Dr Mahathir) tidak mahu jadi presidennya. 
 
"Kita juga perlu menilai apa matlamat parti baharu itu. Kalau ada persamaan, mungkin kita boleh kerjasama," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat di sini, hari ini. 
 
Beliau mengulas pembentukan pakatan baharu dan cadangan penubuhan parti politik baharu, yang diumumkan Dr Mahathir, Khamis lalu.
 
 

Umno yakin penyokong parti bijak buat pilihan

Posted: 16 Jul 2016 09:15 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno tidak menafikan bekas pemimpinnya yang sudah meninggalkan parti mempunyai sokongan yang kuat di kawasan masing-masing.
 
Namun menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, sokongan kuat itu hanya ada ketika mereka mempunyai jawatan di dalam Umno.
 
Malah beliau yakin penyokong pemimpin tersebut pasti akan membuat pertimbangan untuk terus setia bersama Umno.
 
"Memang setiap pemimpin Umno itu ada pengikut cuma ada pengikut yang menyokong sewaktu jawatan dalam Umno tapi bila sudah hilang jawatan seperti Umno bila sesiapa jadi pemimpin kita sokong seperti yang terjadi juga pada Tun M.
 
"Bila tidak jadi presiden kita tidak semestinya ikut dia dan itu adalah setiakawan Umno dan dalam Umno kita setia pada parti dan bila setia pada parti kita akan setia pimpinan yang kita lantik sendiri.
 
"Tan Sri Muhyiddin dia Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Seri Syafie Apdal, Ketua Bahagia Umno di Semporna Sabah memang lumrah mereka mesti ada pengikut dan penyokong setia tapi dalam jangka masa ini ahli-ahli ini akan berfikir dan membuat pertimbangan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bakal menubuhkan parti baru yang terdiri ahlinya daripada bekas pemimpin Umno.
 
Antaranya bekas pemimpin Umno yang terlibat adalah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Datuk Seri Syafie Apdal.
 
Tun Mahathir sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah parti baru yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.
 
Mengulas mengenai cadangan penubuhan parti baru itu, Ehsanuddin berkata parti yang tertubuh itu hanya kerana rasa tidak puas hati sesetengah pihak kepada kerajaan sekarang.
 
Katanya, jika hanya ditubuhkan atas dasar tidak puas hati parti itu pasti tidak akan bertahan lama sepeti mana yang pernah berlaku sebelum ini.
 
"Jadi bila ramai yang tidak puas hati tubuh parti baru namun bila parti baru itu telah digerakkan agenda tidak puas hati tidak boleh bertahan lama.
 
"Seperti Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan tidak puas hati bagi membela nasib orang Melayu, nasib bangsa dan setelah berpuluh tahun Umno terbukti sebuah parti yang berkesan.
 
"Akhirnya mereka ini juga akan kembali bertaut kepada Umno jadi bagi saya penubuhan parti ini tidak akan memberi kesan tetapi mungkin sementara sahaja ada kesan sedikit," ujarnya.
 
 

Pemuda PAS kutuk rampasan kuasa, campur tangan asing di Turki

Posted: 16 Jul 2016 06:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemuda PAS menolak cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera di Turki yang bertujuan untuk merampas serta menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya.
 
"DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini yang jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi serta merampas kebebasan rakyat Turki yang memilih kerajaan dengan telus dalam pilihanraya umum, menimbulkan kekacauan serta ketidakstabilan politik di dalam negara," kata Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abd Hadi, dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Khalil turut memuji tindakan parti-parti pembangkang yang berdiri teguh dan bersatu hati menggagalkan cubaan rampasan kuasa ini dengan mengetepikan pertikaian sesama mereka demi kepentingan negara.
 
"DPPM berharap semua pihak termasuk pemerintah, tentera, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan lain serta rakyat Turki sendiri mengambil pengajaran daripada episod cubaan rampasan kuasa ini dan terus berusaha membina Turki yang lebih demokratik dan meletakkan rakyat terbanyak sebagai kepentingan utama.
 
"Semoga Turki lebih selamat dan umat Islam serta seluruh rakyat Turki bersatu hati mendepani sebarang cabaran," ujar beliau lagi.