Followers

Nuffnang

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 10:23 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Lelaki Ini Ada 9 Saman Memandu Melebihi Had Laju, Tetapi Dia Masih Lagi Boleh Memandu

Posted: 12 Jul 2016 06:02 AM PDT

1. Kita semua tau baru-baru ini ada sebijik bas telah melanggar 10 bijik kereta di lebuhraya PLUS.

2. Ramai yang dah mula tuding jari pada kerajaan, sedangkan masalah ini bukan sekadar masalah kelemahan akta.

3. Tak ada masalah jika kita mempersoalkan kenapa pemandu yang ada 9 saman masih boleh memandu dan kenapa sebuah bas dengan no.pendaftaran tersebut yang mempunyai 63 saman masih boleh berjalan.

4. Hakikatnya yang gagal adalah pengusaha syarikat bas tersebut.
100% tanggungjawab tragedi tersebut bergantung kepada syarikat bas tersebut.

5. Kerajaan boleh memperkenalkan undang-undang dan akta, tetapi jika peraturan tersebut tidak dipenuhi dan dipatuhi, itu salah masyarakat.

6. Kereta berjalan di lorong kecemasan, salah kerajaan yang tidak memantau atau salah pemandu yang bangang?

7. Orang kita mudah benar shift the blame. Semua hal yang tragedi kita salahkan pihak lain.

8. Tetapi masyarakat kita seolah-olah takut nak menggalas tanggungjawab dan mengakui, "ya, saya salah, kami salah." Kita tak punya integriti tersebut.

9. Untuk orang yang benci benar kerajaan, mereka akan spin pula dengan mengatakan "menteri ada integriti ke? PM ada integriti ke?" Tipikal pembangkang@ macai.

10. Sampai bila kita nak teruskan budaya dalih mendalih ni dan mencari kambing hitam?

11. Punyalah kita kagum dengan pemimpin orang luar yang letak jawatan kalau berlaku kesalahan yang dilakukan kerana kita kata mereka penuh integriti. Dibandingkanlah dengan pemimpin kita yang khabarnya tak ada integriti.

12. Tetapi dalam bab bas ekspress atau apa saja tragedi yang melibatkan perkhidmatan awam ni, kerajaan punya campur tangan tak menyeluruh kerana selebihnya, lebih bergantung kepada integriti pihak pengendali.

13. Macam mana kerajaan nak pantau rekod pemandu yang diambil bekerja sedangkan pihak pengendali perkhidmatanlah yang perlu mempunyai integriti melakukan yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan terjamin.

14. Apa yang kerajaan boleh buat amatlah terhad. Superman pun kena fokus kalau dia nak guna x-ray vision dia.

15. Selebihnya bergantung kepada masyarakat kita jugaklah. Kalau kita ada integriti, kita tak biarkan pemandu yang mempunyai rekod buruk memandu ramai orang.

16. Walau bagaimanapun, cadangan aku dari dulu kepada kerajaan satu aje pasal bas ekspress ni.

17. Bawak kereta wajib pakai tali pinggang, kenapa tak wajibkan pengusaha bas ekspress wajibkan penumpang pakai tali pinggang?

18. Rutin kita, kita dah tau, tiap-tiap kali terjadi, kita akan carik siapa yang fucked up.

19. Kalau kerajaan dah wujudkan akta, pengusaha bas dah buat yang terbaik, penumpang dah diwajibkan pakai tali pinggang.....dijadikan cerita ada seorang penumpang yang tak pakai tercampak keluar masa tragedi.

20. At least kita boleh kata yang penumpang tu la yang salah, kan?

21. Dalam sistem masyarakat, itulah dia integriti. Kerajaan dah buat, pengusaha bas dah buat, sekarang tinggal individu itu aje nak ikut ke tidak.

22. Orang kita ramai tak nak ikut, tapi dia selalu nak jugak salahkan orang lain. Kena saman kesalahan bawak motor tak ada lesen pun dia salahkan JPJ, sebab saman dia.

23. Kena saman sebab potong barisan dia salahkan sekolah memandu sebab tak ajar dia.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PH: Kami sedia jika Muhyiddin mahu tubuh parti baharu

Posted: 12 Jul 2016 10:09 PM PDT

PETALING JAYA – Pakatan Harapan akan sentiasa menghulurkan tangan persahabatan sekiranya bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menubuhkan parti baharu.

Menjelaskan sifat keterbukaan Pakatan Harapan, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, pihaknya sentiasa akan memberikan ruang dan peluang kepada Muhyiddin dan parti baharunya dalam pakatan pembangkang.
Tambahnya lagi, Muhyiddin adalah ahli politik yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam arena politik tanah air.
"Sama ada mahu menubuhkan parti baharu atau menyertai parti-parti sedia ada, itu adalah pilihan beliau.
"Jika Muhyiddin mahu menyertai kami, kami sudah cukup berterima kasih kepada beliau.
"Namun seandainya beliau buat keputusan untuk menubuhkan parti baharu, itu tidak menghalang untuk kita untuk bekerjasama asalkan kita mempunyai satu matlamat yang sama," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Dua Tokoh Politik Parti Agama Bakal Sertai AMANAH ?

Posted: 12 Jul 2016 10:07 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Dua orang ahli politik yang boleh dianggap tokoh dan dikaitkan dengan parti agama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) dalam masa terdekat.
Ahli politik berkenaan katanya sudah pun membuat keputusan untuk menyertai Amanah dan meninggal Pas.
Penyertaan mereka ke dalam Amanah bakal memberi kekuatan tambahan kepada Amanah dan menyuntik semangat di kalangan anak-anak muda untuk menyertai parti berkenaan.

Senator AS dakwa penyeludupan manusia di Malaysia serius

Posted: 12 Jul 2016 09:59 PM PDT

Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia AS berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.
Trafficking_report_600
WASHINGTON: Wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) bimbang Malaysia dan India diberikan penarafan istimewa tahun ini dalam laporan penyeludupan manusia Jabatan Negeri meskipun laporan itu kurang dipengaruhi oleh politik berbanding tahun lalu.
Jabatan Negeri AS memerhati secara dekat laporan Penyeludupan Manusia (TIP) yang dikeluarkan pada 30 Jun.
Selepas laporan tahun lalu yang mencetuskan kontroversi, Hubungan Luar Senat dan Jawatankuasa Dewan Hal Ehwal Luar mengadakan pendengaran untuk menyemak dapatan tahun ini, semalam.
Ranking bawah memberikan tanda hitam kepada reputasi negara berkenaan dan tertakluk kepada hukuman terhadap kerajaan dengan akses terhad bantuan daripada AS, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.
Sebagai contoh, berikutan bantahan terhadap pakar Jabatan Negeri, Malaysia dinaik taraf pada 2015, meskipun pihak berkuasa menemui kubur besar mangsa penyeludupan manusia dan kumpulan hak asasi melaporkan kegiatan buruh paksa berterusan di ladang kelapa sawit, pembinaan dan industri elektronik.
Semalam, wakil rakyat sekali lagi mempersoalkan mengapa Malaysia masih tidak diturunkan taraf.
"Sukar untuk difahami mereka ada membuat sebarang perkembangan pada 2016," kata Senator Ben Cardin, ketua Demokrat Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.
Susan Coppedge, yang mengetuai bahagian penyeludupan Jabatan Negeri memberitahu wakili rakyat, Malaysia dan India membuat beberapa penambahbaikan.
Beberapa wakil rakyat dan kumpulan hak asasi berkata ranking Malaysia bagi 2016 nampaknya mencerminkan peranan pentadbiran Presiden Barack Obama dalam pakatan 12 negara Perjanjian Trans Pasifik (TPP), yang turut disertai Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pas cadang gencatan senjata antara pembangkang

Posted: 12 Jul 2016 09:58 PM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man cadang gencatan senjata di kalangan pembangkang dan senjata dihalakan kepada musuh sebenar iaitu Umno dan BN.Tuan Ibrahim Tuan Man cadang gencatan senjata di kalangan pembangkang dan senjata dihalakan kepada musuh sebenar iaitu Umno dan BN.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.
Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.
"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).
"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.
Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.
Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.
Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.
Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.
Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.
"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.
Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.
Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?
"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.
Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.
"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Semua Isu Dalam 1MDB Punya Persamaan Iaitu Tidak Ikut SOP: Bukti Wujudnya Satu Kuasa Yang Buat 1MDB Macam Bapak Dia Punya

Posted: 12 Jul 2016 09:57 PM PDT

Secara kasarnya, skandal 1MDB ini boleh berlaku kerana wujudnya SATU KUASA dibelakang tabir pengurusan syarikat yang begitu besar pengaruhnya sehingga segala check and balance yang diwujudkan, langsung tidak diperdulikan oleh pihak yang menjalankan tugas mengikut telunjuk KUASA itu.

Semua masalah yang berkaitan dengan 1MDB berlaku bila keputusan dibuat tanpa diberitahu atau tanpa mendapat persetujuan dari pihak ahli lembaga pengarah sebagaimana yang sepatutnya. Kalaupun diberitahu kepada lembaga pengarah, ianya adalah selepas berlakunya transaksi itu.

Dan berlaku juga kes di mana pihak pengurusan langsung tidak mengendahkan arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah.

Pendek kata - Ada SATU KUASA yang berikan arahan seolah2 dana 1MDB itu bapak dia yang punya !

Terbitan bon yang pertama semasa 1MDB masih dikenali sebagai TIA berlaku tanpa kelulusan lembaga pengarah. KUASA itu perlukan satu dana yang besar untuk dibelanjakan, maka si balaci yang menurut perintahnya itu, berusaha ligat supaya pinjaman bon RM5 bilion yang pertama itu diluluskan juga.

Projek kontroversi usahasama 1MDB-Petrosaudi yang menelan modal awal USD1 bilion di pihak 1MDB di'paksa jadi' walaupun keseluruhan proses sehingga perjanjian usahama ditandatangani hanya mengambil masa 8 hari !

Samada pihak lembaga pengarah setuju atau tidak, ada bantahan atau tidak, semuanya tidak relevan. Yang penting, duit modal dipam keluar dari 1MDB seberapa segera dan mengikut perancangan yang sudah diatur.

Seolah ada satu KUASA yang mendorong si balacinya supaya bertindak merempuh apa jua yang menghalang. Buat dulu, cerita kemudian.

Begitu juga dengan pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs ..... Semuanya dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari lembaga pengarah.

Langsung tidak ada sebarang prosedur sebagaimana lazimnya perlu dipatuhi dalam mana2 syarikat milik kerajaan maupun swasta. 1MDB dibuat macam milik bapak orang yang memegang KUASA itu.

Serius beb .... kajilah balik apajua skandal yang kita tahu berlaku dalam 1MDB..... SEMUANYA ada satu persamaan iaitu TIDAK MENGIKUT PROSEDUR.

Prosedur2 itu pula bukannya prosedur2 khas yang dicipta untuk 1MDB tapi merupakan SOP yang umum untuk mana2 syarikat apalagi milik kerajaan bilamana mahu berurusan dalam perniagaan. Kenapa perlu dipatuhi prosedur2 itu ? Untuk menjaga kepentingan pemilik/pemegang saham ( iaitu rakyat ), supaya sebarang risiko diambilkira, supaya perniagaan untung, supaya tidak ditipu baik oleh pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Pengerusi PAC nafi salah laku jual tanah, teruskan saman fitnah

Posted: 12 Jul 2016 09:55 PM PDT

Dakwaan seorang pemimpin Pemuda PKR berhubung penjualan tanah itu berniat jahat dan merupakan satu percubaan memburukkan namanya, kata Hasan.
hassan-arifin
PETALING JAYA: Datuk Hasan Arifin bertegas meneruskan saman fitnah RM5 juta terhadap Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung sekiranya permohonan maaf tidak dibuat dalam tempoh 14 hari yang diberikan.
Hasan, kini pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), berkata tuduhan Lee berhubung penjualan sebidang tanah 14 tahun lalu berniat jahat dan merupakan percubaan untuk memburukkan namanya.
"Ternyata, Chean Chung berniat jahat dan cuba memburukkan nama saya kerana fakta dinyatakan tidak benar," katanya kepada FMT ketika diminta mengulas keengganan Lee untuk memohon maaf.
Hasan turut mempersoalkan dakwaan Lee yang beliau merupakan timbalan menteri besar Pahang ketika tanah itu dibeli.
"Pada tahun 2002, saya tidak lagi menjadi timbalan menteri besar Pahang. Semasa membeli tanah tersebut dengan Pasdec Holdings Bhd (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang), tanah tersebut bukan 'Malay reserve' dan keluasannya tidak seperti dinyatakan.
"Saya tidak ada kepentingan dalam Pasdec. Semasa membeli tanah tersebut, saya bukan ahli lembaga pengarah Pasdec," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Alkisah si politikus dan pembikin filem

Posted: 12 Jul 2016 09:54 PM PDT

Syawal kali ini walau semeriah tahun lalu, di sudut hati rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Islam semacam merajuk dengan polemik murahan seorang politikus dan si pembikin filem.
p-ramlee
Oleh Edwin Michael
Tanyalah seorang kanak-kanak apakah yang menggembirakan hatinya pada pagi hari raya. Lalu, jawab anak kecil itu pastinya bukan tentang baju raya baharu mahupun keenakan pelbagai juadah pagi raya.
Tetapi nilai setiap sampul hari raya yang diterimanya daripada ibu bapanya, adik beradiknya, saudara mara hinggalah kepada jiran sekampungnya. Setiap sampul mengandungi setiap cerita yang menjadi kenangan. Kenangan inilah yang akan membuatkan anak kecil ini menanti sabar Syawal tahun depan.
Tanyalah seorang dewasa apakah yang menggembirakan hatinya pada pagi hari raya. Lalu, jawapannya mungkin ringkas tetapi pasti mencuit sanubari kita. Kegembiraan orang dewasa seperti kita ialah apabila insan yang kita sayangi menghulurkan tangan memohon maaf lalu kita berikan sekeping sampul yang berisi duit raya dan kegembiraan yang terpancar pada wajah insan yang menerima sampul itulah hakikatnya kegembiraan sejati yang kita peroleh.
Ini suasana Hari Raya. Belum pun diceritakan suasana perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain perayaan yang menyatukan kita sebagai masyarakat majmuk.
Namun apabila ada ahli politik rakus dan berotak sempit yang menghina sambutan perayaan sesuatu kaum dengan cukup kotor maka siapa yang harus dipersalahkan? Ahli politik itu sendiri atau partinya yang semacam diam seribu bahasa seolah-olah menyokong kenyataan murahannya itu?
Malah di mana ahli parti berbangsa Melayu yang sebelum ini mendabik dada mencanang seluruh negara parti inilah yang memperjuangkan nasib semua kaum termasuk Melayu dan hakikatnya parti ini jugalah yang merendahkan martabat Syawal dan mengaibkan Aidilfitri.
Di mana hilangnya mereka ini? Atau apakah mereka disuapkan dengan dedak agar berdiam diri daripada mengkritik kesalahan yang tiada maaf ini?
Apa dosa P Ramlee
Setiap seorang daripada kita membesar dengan menonton filem arahan dan lakonan allahyarham Tan Sri P Ramlee. Filem itu seni. Filem itu ekspresi. Filem itu kehidupan. Elemen inilah yang mewarnai setiap filem hitam putih arahan dan lakonan allahyarham.
Apakah hari ini kita memiliki filem yang mampu menguasai setiap ruang emosi kita seperti Ibu Mertuaku? Atau apakah hari ini kita memiliki filem yang mampu membuatkan kita ketawa hingga melupakan segala masalah dalam jiwa kita tanpa unsur komedi slapstick seperti Do Re Mi mahupun Seniman Bujang Lapok? Jauh beza antara filem komedi absurd arahan dan lakonan beliau dengan filem komedi yang hanya reti memperbodohkan penonton.
Apakah hari ini kita memiliki seorang penerbit filem yang hanya mahukan sesuatu yang terbaik buat industri perfileman negara dan bukannya mahukan keuntungan semata-mata dengan mengeksploitasi penonton melalui filem murahan semata-mata?
Siapa kita mahu berbicara tentang hidup mati seorang seniman? Apa jasa kita sehingga kita merasakan status kita melebihi dengan legenda yang subur meredah zaman ini?
Apa pula selepas ini?
Read More / Baca Lagi >>

PARTI BARU MEMBUKA RUANG LEBIH LUAS UNTUK PERUBAHAN....

Posted: 12 Jul 2016 09:52 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan dalam peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sebagai wadah pilihan bagi meneruskan usahanya untuk menjatuhkan Najib Razak yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar serta untuk memulihkan kembali imej negara yang sudah tercalar teruk di peringkat antarabangsa.

Difahamkan bahawa beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada yang tidak aktif dan kemudian akan menukar nama serta perlembagaannya mengikut kesesuaian perjuangan yang ingin dibawanya.

Parti baru ini akan memberi fokus untuk menarik ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dan menyampah dengan Najib untuk menyertainya, selain rakyat biasa yang sealiran dengan perjuangan bekas Perdana Menteri itu.

Bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang akan turut bersama parti baru itu, ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya hanya berperanan untuk memastikan kelancaran perjalanan parti dan  kerjasama mantap dapat dijalinkan dengan Pakatan Harapan.

Shafie Apdal diberitakan kemungkinan besar tidak bersama parti baru ini, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti lain yang memberi fokus untuk Sabah, tetapi tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan leburnya "simpanan tetap"  BN di negeri itu .
Dengan adanya parti baru inisiatif Tun Mahathir ini, ia adalah peluang terbaik untuk rakyat dan pengundi membuat pilihan yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dalam pilihanraya nanti. Ini kerana, walaupun UMNO dan BN ada jasa-jasanya yang tersendiri, selagi ia dipimpin oleh Najib, segala-galanya tidak bermakna lagi dan lebih memudaratkan negara.

UMNO, BN dan kerajaan di bawah Najib tidak lebih sebagai alat mengumpul kekayaan dan mencuri harta negara atas nama ketuanan Melayu yang hanya dibalas dengan "jemput-jemput manis" bernama BR1M tanpa mereka sedari ia kemudian ditarik balik  melalui GST, pembatalan beberapa subsidi serta penambahan beberapa kenaikan kos kehidupan lainnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tak faham kartun? Zunar tawar kursus ‘ketawa’

Posted: 12 Jul 2016 09:51 PM PDT

Kartun 'dedak' dan 'derma' itu timbul kerana isu hangat melibatkan wang derma RM2.6 bilion
Zulkiflee Anwar Ulhaque
PETALING JAYA: Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.
"Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti 'Senyum Kambing' juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia," kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.
Zunar berkata rujukan "dedak" dan "derma" dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.
"Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.
"Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya," katanya.
Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, "Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma," dan dibalas, "Tak dapat derma, dedak pun OK."
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.
Read More / Baca Lagi >>

Lawak je, jangan ambil serius ‘PM=Pencuri’, kata Afdlin

Posted: 12 Jul 2016 09:49 PM PDT

Tak perlu sekat kemasukan dia ke Malaysia, dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif.
Fakkah Fuzz
PETALING JAYA: Gesaan sekumpulan penggiat seni melarang masuk pelawak Singapura, Fakkah Fuzz susulan jenakanya menyamakan istilah perdana menteri dengan "pencuri" adalah tidak wajar, kata Afdlin Shauki.
"Secara peribadi, saya kenal Fakkah Fuzz dan saya tahu niat beliau hanya sekadar berlawak," kata pelawak dan pelakon itu kepada FMT.
Fakkah baru-baru ini mengundang kontroversi selepas video persembahan lawaknya menjadi viral.
Dalam sedutan video itu, Fakkah berkata di Singapura, perkataan "thief" dalam Bahasa Melayu adalah "pencuri", tetapi di Malaysia ia juga disebut "perdana menteri".
Fakkah kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak berniat menghina sesiapa.
Susulan itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 4 Julai mahu Fakkah dilarang memasuki negara.
Ini kerana, katanya, artis Malaysia tidak mengkritik pimpinan negara lain.
Bagaimanapun, Afdlin berkata tidak perlu melatah dengan isu sebegini.
"Fakkah berlawak di Singapura, bukan di Malaysia. Saya rasa sekiranya beliau menggunakan lawak itu di sini, bolehlah jadi isu besar.
"Tak perlu nak sekat kemasukan dia ke Malaysia. Dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif dengan isu kecil ini," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelawak terkenal, Harith Iskandar, enggan memberi komen.
"Fokus beliau untuk masa depan, bukan masa silam," kata seorang jurucakap Harith ketika dihubungi.

Masa untuk berdamai, PAS pelawa pembangkang

Posted: 12 Jul 2016 09:48 PM PDT

Negara menghadapi 'kerosakan yang sangat menakutkan' tetapi pembangkang menghalakan senjata sesama sendiri, kata Tuan Ibrahim.
tuan-ibrahim-pkr-dap
PETALING JAYA: Kesal dengan kekeliruan dan tuduh-menuduh di kalangan parti pembangkang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru "gencatan serangan" supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar mereka, Barisan Nasional.
"Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.
"Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai," kata pemimpin kanan PAS itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya sejak kebelakangan ini, parti pembangkang "masing-masing ingin menjadi hero" dalam serangan mereka terhadap parti pemerintah.
"Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh," katanya.
PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan, gabungan antara PKR, DAP dan Amanah yang menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur selepas pertelingkahan PAS-DAP mengenai hudud tahun lalu.
Sambil memberi amaran negara menghadapi "kerosakan yang sangat menakutkan", Tuan Ibrahim yakin pembangkang boleh mencari titik pertemuan untuk berkompromi.
Kegagalan berbuat demikian, akan hanya menghancurkan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, tambahnya.
"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN."

Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya - Dr Jeniri Amir

Posted: 12 Jul 2016 09:47 PM PDT

Mana-mana pakatan parti politik perlu mendapat kerjasama PAS untuk mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang sudah tentu menguntungkan BN.
jeniri-amir-mahathir-pas
PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?
Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.
Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.
Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.
"Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu," katanya.
Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
"Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.
"Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno," katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.
Lewat
Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.
Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.
Read More / Baca Lagi >>

PAKATAN mula gubal belanjawan, kempen bawa Najib ke pengadilan diteruskan

Posted: 12 Jul 2016 07:16 PM PDT

PKR02Rakyat terus dibebankan dengan pelbagai pemotongan peruntukan dan perbelanjaan ekoran kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lemah akibat skandal besar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata antara skandal yang memberi kesan paling teruk terhadap kewangan Kerajaan Persekutuan adalah 1MDB.
"Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) telah mengarahkan supaya pasukan ekonomi PAKATAN mula menggubal Belanjawan Pakatan Harapan.
"Sementara usaha sedia ada membawa kebertanggungjawaban kepada skandal besar 1MDB diperhebatkan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PAKATAN di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana di sini, hari ini.
Katanya, PAKATAN juga tidak akan mensia-siakan harapan dan kepercayaan rakyat sekali gus mengembalikan negara ini di landasan betul.
"Majlis Presiden Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas pandangan, teguran dan harapan ke atas kami.
"Harapan itu tidak akan disia-siakan," katanya lagi.

Karikatur Hari Raya: Saya tawarkan kursus "Mari Ketawa" kepada NGO Baju Merah dan KPN

Posted: 12 Jul 2016 05:35 PM PDT


ISU karikatur dalam media sosial Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Setelah saya membaca, didapati karikatur tersebut tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi etika, budaya atau undang-undang. Kartun harus dibaca dari dua aspek - subjek dan objek. Subjek dalam kartun ini ialah isu semasa manakala sambutan Hari Raya hanyalah objek latar belakang untuk memperkukuhkan isu. Kartun tersebut menggambarkan dua orang kanak-kanak datang ke rumah seseorang untuk berhari raya. Dialognya - "Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma," dan dialog satu lagi berbunyi "Tak dapat derma, dedak pun OK."
Kartun ini tidak bercerita tentang Hari Raya. Isu yang hendak disampaikan adalah "derma" dan "dedak." Kedua-dua isu ini bukanlah ciptaan kartunis atau Nga. Ia adalah isu yang hangat diperkata di Malaysia sekarang ini. Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut. Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya. Dan ia sangat menepati kriteria kartun-kartun satira.
Jika karikatur itu tidak menyalahi etika melukis kartun, kenapa pula menjadi kesalahan apabila Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menyiarkan dalam media sosialnya? Ahli Umno membuat laporan polis dan semalam, kira-kira 200 orang NGO berbaju merah mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat DAP kerana katanya kartun itu mengguris perasan Melayu dan Islam.
Bagaimana mereka boleh terguris sedangkan memberi wang kepada tetamu yang datang ke rumah bukanlah ajaran Islam. Dan budaya wang dalam sampul "Ang Pow" jelas berasal dari budaya mesyarakat Cina, bukan budaya Melayu. Saya difahamkan, karikatur ini pun dilukis oleh seorang kartunis Melayu dan Islam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakarpula mahu Nga di siasat di bawah Akta Hasutan. Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti "Senyum Kambing" juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia.
Bagi saya, kartun tersebut jelas tidak menyalahi dari sudut etika dalam lukisan kartun. Kartun ini juga tidak bertentangan mana-mana budaya atau agama. Kartun ini juga bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah.
Orang yang waras akalnya, apabila membaca kartun tersebut, pasti akan terhibur. Saya tidak faham kenapa ahli-ahli Umno, KPN dan NGO baju merah tidak melihat kartun ini sebagai bahan ketawa ringan. Apakah ahli-ahli Umno, KPN dan NGO baju merah ini manusia berhati batu yang tidak mempunyai deria ketawa?
Jika begitu keadaannya, saya dengan ini ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma. Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga. Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit. Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa.

Zunar
Kartunis Politik
12 Julai 2016

Dalam Ini Negara..!!!

Posted: 12 Jul 2016 05:30 PM PDT




Pemuda Umno lempar 'wang neraka' depan pejabat DAP

Posted: 12 Jul 2016 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 200 ahli Umno Wilayah Persekutuan dan Gerakan Merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming yang memuat naik gambar pemberian duit raya sebagai 'Dedak' di media sosial minggu lalu.

Gerakan yang diketuai Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii mula berarak sejauh satu kilometer dari Ibu Pejabat Umno Cheras menuju ke Pejabat DAP di Jalan Pudu sambil melaungkan lagu 'Inilah Barisan Kita' dan membawa plakad 'Tindakan Tegas ke atas Nga Kor Ming', 'Jangan menghina Islam' dan 'DAP rasis'.

Dalam perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang, seramai 60 anggota polis ditugaskan untuk membuat sekatan bagi menghalang peserta memasuki bangunan DAP, bagaimanapun berlaku rempuhan diantara pihak polis dan ratusan peserta yang hadir.

Sejurus kemudian, selepas tidak dibenarkan memasuki perkarangan pejabat DAP, kedengaran letupan mercun yang dilempar oleh peserta untuk mencetuskan provokasi.

Pihak polis kemudiannya membenarkan sekumpulan kecil pimpinan itu untuk memasuki perkarangan bagi bertemu wakil DAP untuk menyerahkan memorandum bantahan dan desakan permohonan maaf daripada DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Puad Zarkashi lebih cerdik daripada Kerajaan UK? soal MIC

Posted: 12 Jul 2016 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC hari ini menyeru Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Mohd Puad Zarkashi supaya menghentikan segala kenyataan yang hanya memfokuskan populariti individu.

Sayap tersebut turut menegas bahawa tidak pasti apakah Puad Zarkashi ingin membuktikan bahawa beliau cerdik daripada Kerajaan United Kingdom dalam menangani isu pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik yang kini dilarang masuk ke beberapa negara Eropah termasuk UK.

"Saya berpesan Puad Zarkashi, MT untuk berfikir sebagai seorang rakyat malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya memfokuskan populariti individu," kata Setiausaha Kebangsaan Pemuda MIC, K Arvind dalam satu kenyataan.

"Apakah Puad perlu diingatkan bahawa Zakir telahpun dilarang masuk ke beberapa negara di Europa termasuk di UK. Tidak pasti bahawa adakah Puad ingin membuktikan di sini, dia lebih cerdik daripada Kerajaan UK dan negara-negara lain dalam memahami implikasi yang akan diterima di kalangan rakyat dengan membenarkan Zakir masuk ke negara," tambah beliau.

"Sedangkan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kedamaian di negara kita telah pun memahami keseriusan isu berkenaan Zakir dan berjanji akan siasat kandungan ceramah-ceramah beliau, kenapa Puad begitu degil ataupun jahil untuk memahami kebimbangan perkara ini," tegasnya.

Terdahulu, Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menepis pandangan MIC yang minta Kerajaan Malaysia supaya melarang Zakir ke negara.

Malah, Puad turut menjemput Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh supaya menghadiri ceramah Zakir sebelum membuat sebarang andaian terhadap pendakwah yang berasal dari India itu.

"Tidak perlulah ketua pemuda MIC untuk menghadiri ceramah Zakir untuk memahami kandungan ceramah beliau seperti kata Puad. Seluruh dunia tahu akan implikasi ceramah Zakir yang mengalakan rakyat untuk mengamalkan sikap ekstremisme dalam mengikuti ajaran islam," kata Arvind.
Read More / Baca Lagi >>

Zuraida cabar lapor SPRM bukti terima rasuah beli 9 kereta mewah

Posted: 12 Jul 2016 05:07 PM PDT

Zuraida mengaku mempunyai tujuh kenderaan dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah namanya, namun hanya sebuah daripada kenderaan itu digunakannya sendiri.
zuraida-sprm
PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar pihak yang mendakwa beliau menerima suapan untuk membeli sembilan kenderaan mewah supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang dipetik Nanyang Siang Pau bersedia membuktikan dirinya tidak bersalah melalui saluran sah.
Menurutnya, sebelum menyertai politik, beliau memegang jawatan penting dalam bidang korporat dan ketika itu sudah memiliki kereta Toyota serta Honda yang bukannya kenderaan mewah.
"Berdasarkan kemampuan kewangan saya sebelum ini dan suami saya yang merupakan seorang peniaga, anak-anak juga sudah bekerja, saya tidak perlu merasuah dan terima suapan untuk membeli barangan mewah," katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu hari ini.
Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun mengaku mempunyai tujuh kenderaan dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah namanya, namun hanya sebuah daripada kenderaan itu digunakannya sendiri.
Jelasnya, tiga kenderaan lain digunakan ahli keluarganya dan baki tiga lagi untuk kegunaan parti yang masing-masing dibiayai individu atau pihak yang menggunakannya.
"Kenderaan yang kononnya mewah itu sebahagian besarnya adalah kereta jenama Jepun, termasuk sebuah van dan trak pikap," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Tony Pua gesa tiga entiti didakwa terlibat pengubahan wang haram disiasat

Posted: 12 Jul 2016 05:04 PM PDT

tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Sarawak Report semalam mendedahkan bahawa syarikat asing milik penuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB), 1MDB Global Investment Limited (GIL) telah membuat pembayaran hampir US$1.28 bilion kepada sebuah syarikat yang disyaki palsu, iaitu Kepulauan British Virgin (BVI).
Pembayaran yang dibuat antara 12 September dan 4 November oleh 1MDB itu dipersoalkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ekoran pendedahan sebelum ini yang menunjukkan bahawa syarikat BVI yang diperbadankan Aabar Investment PJS Limited sebagai entiti palsu yang kononnya beroperasi sebagai anak syarikat Petroleum Investment Corporation Abu Dhabi (IPIC).
Beliau dalam satu kenyataan medianya hari ini turut mempersoalkan bagaimana dana itu diperoleh 1MDB dan dibayar kepada BVI kerana terdapat beberapa percanggahan daripada kenyataan yang diberi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung dana yang digunakan.
Pada March 2013, menurut Tony Pua, 1MDB GIL telah membuat pinjaman sebanyak US$3 bilion untuk projek usahasama dengan syarikat Aabar Investment PJS yang berpangkalan di Abu Dhabi bagi tujuan membangunkan projek Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, katanya, usahasama berkenaan gagal.
"Jika usahasama itu benar-benar berjaya, seperti dalam keterangan Arul Kanda kepada PAC pada Januari 2016, mengapa 1MDB GIL membuat pembayaran US$1,279 bilion kepada Aabar (BVI) pada 2014 yang beliau tidak dedahkan kepada PAC?
"Tambahan pula, mengikut penyata kewangan 1MDB, 1MDB GIL mempunyai baki US$1.56 bilion yang dilaburkan 'dalam pelbagai portfolio pelaburan di bawah jagaan sebuah institusi kewangan berlesen'.
"Selebihnya dana telah habis digunakan 'untuk tujuan modal dan pembayaran balik hutang bekerja' pada 31 Mac 2014.
"Arul Kanda juga telah memberi keterangan bahawa US$1.56 bilion pelaburan 1MDB GIL masih utuh dan akan mungkin digunakan sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi 1MDB.
"Walau bagaimanapun, jika US$1.56 bilion adalah sesungguhnya utuh, maka bagaimana 1MDB GIL mendapatkan US$1,279 bilion daripada bayaran tunai kepada Aabar (BVI)?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO perkenal pelbagai undang-undang, tapi gagal bendung keganasan Daesh

Posted: 12 Jul 2016 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan kejadian keganasan yang didalangi Daulah Islamiyah (Daesh) baru-baru ini sebagai kegagalan kerajaan UMNO-BN menangani ancaman seumpama itu meski undang-undang bagi mengekangnya telah diwujudkan.
"Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ancaman keganasan sebagai alasan untuk memperkenalkan pelbagai undang-undang yang menyekat hak kebebasan rakyat seperti POTA, Akta Hasutan dan SOSMA, pentadbiran beliau gagal mengekang ancaman ini," kata Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa satu jawatankuasa merentas parti mengenai ancaman keganasan perlu ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pemimpin pembangkang memainkan peranan menangani ancaman keganasan.
Kenyataan berkenaan ditandatangani oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datin Seri Wan Azizah.
Minggu lalu negara dikejutkan dengan kejadian letupan bom di sebuah kelab malam di Puchong yang disahkan polis didalangi oleh Daesh.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Presiden Pakatan Harapan juga berhasrat untuk meneruskan program-program bertujuan bagi meningkatkan persefahaman antara rakyat yang berasaskan rasa hormat kepada pegangan dan aman setiap kaum di negara ini.
Inisiatif itu dilaksanakan berikutan cubaan sesetengah pihak yang cuba untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini dengan melabel golongan bukan Islam sebagai kafir harbi.

Idea politik Blok Ketiga PAS semakin meriah

Posted: 12 Jul 2016 04:59 PM PDT



Oleh Abdul Rahman Malik

Idea dan pemikiran baru perlu dicerap bagi menghasilkan strategi dan pendekatan politik lebih berkesan untuk 'memintas saingan' dalam pergolakan siasah di Malaysia.

PAS, umpamanya, mulai memperkenal dan menggerakkan budaya politik matang dan sejahtera. Dalam kata mudah, seberapa mungkin ia tidak mahu politik jadi gelanggang sengketa tanpa sempadan. 
 
PAS juga cuba menghindar konfrontasi. Berpolitik tidak bermakna harus bersengketa. Keinsafan ini mungkin berputik daripada pengalamannya ketika menganggotai Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015.
 
Bermula dengan harapan yang tinggi mahu mencapai sasaran bersama menamatkan monopoli kuasa Umno-BN, PAS sanggup menangguhkan sasaran perjuangannya melaksanakan syariat Islam. 
 
PAS bersetuju mendepani isu tuntutan pelaksanaan  syariat apabila ada keperluan apabila tiba masanya. Ini semua dilakukan demi mengisi tuntutan tahaluf siyasi. 
 
Maka tidak hairanlah PAS bersedia bekerjasama dengan parti dominasi Cina seperti DAP meskipun akur bahawa parti itu tidak mempunyai toleransi tinggi terhadap inti perjuangan PAS.
 
Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan kekuatan memperluaskan pelaksanaan syariat Islam di wilayah politiknya seperti Kelantan, barulah PAS menyusun langkah berhadapan dengan DAP. 
 
Apa yang berlaku kini sudah menjadi sejarah. Tiada titik persefahaman ditemui dan DAP pun mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana DAP tidak berkenan dengan cita-cita teokrasi PAS mahu melaksanakan hukum Islam. 

Kerjasama PAS, PKR tak perlu dikaji semula
 
Bagaimanapun itu tidak bermakna PAS mahu meleraikan slogan 'PAS for All' (PAS untuk semua) yang dijunjungnya dalam pilihanraya umum ke-13. Setiap ahli PAS yakin Islam itu adil dan tidak akan menganiaya mana-mana pihak. 
 
Momokan DAP dan sekularis Melayu-Islam tidak menjejaskan keyakinan PAS. Projek meraikan Budaya Matang dan Sejahtera (BMS) kini semboyan baru PAS.
 
"Kita akui bersendirian tidak mampu untuk kita meraih lebih banyak kerusi. Jadi perlu ada gabungan dan kita mengajak PKR bersama dengan Blok Ketiga.
 
"Biarkan DAP hendak bersama Amanah. Tetapi kita nak ajak PKR bersama PAS dalam Blok Ketiga," kata ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Fuad Salleh.
 
Beliau berkata, kerjasama di antara PAS dan PKR, lebih-lebih lagi menerusi rekod pentadbiran kerajaan Selangor, tidak perlu dikaji semula.
 
Ini kerana PKR sedia maklum kekurangannya dan kelebihan yang ada pada PAS bagi melengkapi keperluan agenda politik masing-masing.
 
"PKR juga tahu kedudukan mereka. Kerusi-kerusi yang dimenangi PKR sekarang di kawasan campuran sebahagiannya datang daripada undi penyokong PAS. Jadi sanggupkah PKR memperjudikan nasib kawasan-kawasan mereka? 
 
"Kerusi Bukit Antarabangsa dan Gombak yang merupakan kawasan Menteri Besar adalah kerusi yang asalnya milik PAS dan diserah kepada PKR," kata Fuad.
 
Sebab itu PAS mula berfikir di luar kerangka politik lama. Ia melamar Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertainya menubuhkan blok pembangkang baru. 
Read More / Baca Lagi >>

LAPORAN AUDIT 1MDB, MANA SUARA ZAHID HAMIDI?

Posted: 12 Jul 2016 04:53 PM PDT

Setelah berhari-hari sejak Sarawak Report membuat siri pendedahannya berkaitan Laporan Audit 1MDB yang masih dirantai Akta Rahsia Rasmi atau OSA, barangkali antara yang ditunggu-tunggu juga ialah apakah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.

Jika bersetuju bahawa laporan audit itu masih perlu diOSAkan, kenapa sehingga ini beliau kekal mendiamkan diri?

Bercakaplah dengan media atau tulislah sepatah dua ayat sokongan mengenainya di laman Facebook atau Twitter miliknya.

Kalau boleh bercakap mengenai IS, Daish, pengaruhnya di universiti dan visa berkaitan pengganas, mustahil Zahid tak boleh menyelit untuk bercakap mempertahankan keperluan Laporan Audit 1MDB itu terus diOSAkan sebagaimana yang sudah tiga kali dilakukan oleh Salleh Said Keruak.

Mungkinkah diamnya Zahid kerana dalam hatinya lebih banyak berakar perasaan tidak setuju laporan itu terus diOSAkan, tetapi tidak upaya berbuat apa-apa dan kerana lebih sayangkan jawatan serta kedudukannya dalam kerajaan?

Disebabkan berada dalam dilema, maka berdiam diri adalah sebaik-baik pilihan yang mampu dilakukannya.

Sekali fikir, memang merbahaya kepada kedudukannya jika Zahid cuba-cuba untuk berbeza pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai tidak mempertahankan Najib berkaitan Laporan Audit 1MDB yang kini sudah menjadi bualan ramai berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report.

Dengan cengkaman Najib dalam UMNO dan institusi awam yang semakin kukuh dan bagaimana beliau telah menyingkirkan musuh-musuh yang cuba menggugat kedudukannya, memang terlihat sukar untuk Zahid mengambil langkah menongkah arus.

Tetapi jika Zahid berfikir lebih daripada sekali, peluang bagaikan sedang terbuka luas untuk beliau melonjakkan dirinya dari segi sokongan rakyat jika segera memberanikan diri bersuara meminta agar Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada OSA.

Ia tidak bermakna, dengan berbuat begitu, beliau seperti mahu berbalah dengan Najib atau senada dengan Muhyiddin Yassin atau Ezam Mohd Nor yang lebih dulu membuat desakan demikian, tetapi kerana itulah yang terbaik dan dikehendaki rakyat buat waktu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tolong jangan temberanglah Najib..!!

Posted: 12 Jul 2016 04:48 PM PDT


Khairuddin mahu cabar Salleh berdebat isu 1MDB dan Laporan Ketua Audit Negara

Posted: 12 Jul 2016 04:44 PM PDT


(kiri) Datuk Seri Salleh said Kruak  dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.(kiri) Datuk Seri Salleh said Kruak dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  mahu mencabar Datuk Seri Salleh Said Kruak untuk mengadakan debat mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Laporan Ketua Audit Negara melalui stesyen televisyen rasmi kerajaan.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu membuat gesaan berdebat berikut katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selama ini senantiasa mempertahankan kenyataan bahawa tiada unsur salahlaku serta penyelewengan dalam kes membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justeru katanya, menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, perlu menerangkan kepada rakyat melalui siaran secara lansung di stesyen televisyen rasmi kerajaan.
"Dulu ketua audit negara kata status laporan ketua audit negara akan hilang status OSA apabila laporan PAC dibentangkan di parlimen.
"Tetapi kenapa sehingga kini masih lagi mengklasifikasikan laporan ketua audit negara sebagai OSA?
"Mintalah Salleh Said Kruak menyediakan penerangan melalui siaran RTM agar seluruh rakyat dapat mengetahui segala fakta-fakta dari laporan ketua audit negara itu.
"Kalau beliau asyik 'menegak benang yang basah' dan hanya buat kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal mengenai kes 1MDB, adalah lebih baik untuk beliau berdebat secara terbuka dengan saya dan biarkan 30 juta rakyat Malaysia menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selama ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat Deklarasi Rakyat ini berkata, jika Salleh mendakwa laporan oleh Clare Brown dari Sarawak Report tidak mempunyai asas kebenarannya, sudah tiba masa ketika yang sesuai untuk beliau dan  kerajaan ujarnya, mengumumkan secara terbuka dan telus mengenai isi kandungan sebenar laporan tersebut.
"Orang tua-tua selalu kata berani kerana benar dan takut kerana salah.
"Kalau Salleh dan kerajaan tidak berani menzahirkan fakta laporan ketua audit negara secara terbuka lagi telus ini membawa erti mereka bersalah.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir belum belajar daripada kesilapan – Nazri

Posted: 12 Jul 2016 04:41 PM PDT

Nazri berkata, tidak murah untuk membiayai sebuah parti politik dan ia bakal menjadi pengajaran mahal buat Dr Mahathir.
nazri-bung-mahathir-1
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengalu-alukan berita Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menubuhkan parti baharu, menyifatkan ia adalah cara demokratik yang sah untuk menentang kerajaan.
"Saya ucapkan yang terbaik dan semoga berjaya kepada beliau. Berambuslah sampah," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu kepada FMT hari ini.
Mengulas lanjut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berpendapat, selepas berdekad berkecimpung dalam bidang politik, bekas perdana menteri itu masih belum belajar daripada kesilapan dan ia bakal menyaksikan dirinya gagal sekali lagi.
"Langkah terbaru itu akan menjadi satu pengajaran mahal untuknya kerana tidak murah untuk membiayai sebuah parti politik dan apabila tiba pilihan raya nanti, saya pasti beliau akan kalah teruk.
"Lihat sahaja pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Semua tempat Mahathir pergi, pembangkang mengalami kekalahan memalukan," katanya.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas pendedahan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa sebuah parti baru yang diterajui Dr Mahathir mungkin ditubuhkan dengan kerjasama Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN.
Menurut Khairuddin, antara mereka yang bakal menyertai parti itu adalah ahli Umno yang tidak berpuas hati serta bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Nazri yakin parti baharu itu tidak akan memberi kesan atau ancaman kepada Umno, sebaliknya ia bakal memanfaatkan parti pemerintah.
"Apabila Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie meninggalkan Umno, tidak ada kesan sama sekali. Orang-orang yang tidak berpuas hati dengan parti boleh keluar kerana mereka kini mempunyai rumah baru," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:49 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


'Tol LPT2: Kenapa pantai timur selalu dianaktirikan?'

Posted: 12 Jul 2016 07:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pelaksanaan kutipan tol di Lebuh Raya Pantai Timur2 (LPT2) berkuat kuasa 15 Julai ini bakal menambahkan beban kewangan kepada rakyat Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata kutipan tersebut tidak wajar memandangkan kerajaan Terengganu turut menampung sebahagian kos pembinaan lebuh raya berkenaan.

"Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.

"Rantaian peningkatan kos pengangkutan akan meninggalkan kesan beban berganda kepada harga barangan dan perkhidmatan," katanya pada kenyataan media hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan Terengganu perlu menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan LPT2 yang menggunakan wang kerajaan negeri sebanyak RM1.8 bilion.

"Pengembalian semula wang RM1.8 bilion itu cukup besar jumlahnya untuk memberi kemudahan kepada rakyat terutama sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

"Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat," katanya.

Selain itu, katanya, keadaan jalan yang menjadi sungutan ramai dan kekurangan kemudahan di LPT2 perlu diselesaikan sebelum kerajaan memikirkan 'keuntungan dan laba' daripada saku rakyat.

"Kenapa lebuh raya Sarawak dikecualikan tol? Tetapi LPT2 nak dikenakan tol?

"Kenapa Pantai timur selalu dianaktirikan?" soalnya.

Semalam, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

Katanya, kutipan itu bagi membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.

SAKSAMA tak mampu lawan BN dalam PRU14

Posted: 12 Jul 2016 07:40 AM PDT

Siti Baaqiah Mamat


Gabungan baharu pakatan pembangkang yang bakal dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) dilihat tidak mampu menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Penganalisis dan pemerhati politik berpendapat, bagi tempoh PRU akan datang yang tidaklah terlalu lama lagi, ia pastinya menjadi kekangan kepada Saksama untuk membuktikan kemampuan mereka dalam politik negara.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata cadangan penubuhan pakatan pembangkang itu sahaja sudah cukup mengelirukan rakyat, apatah lagi untuk rakyat menzahirkan sokongan kepada gabungan baharu itu.

"Rakyat akan tertanya-tanya, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, kini Saksama pula?," katanya kepada Bernama, hari ini.

Dilaporkan, satu pakatan pembangkang baharu yang terdiri daripada tujuh parti politik akan dilancarkan tidak lama lagi yang dikenali sebagai Saksama, berikutan Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan dilihat gagal memberi saingan kepada BN.

Kegagalan pakatan sebelum ini merujuk kepada kejayaan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, baru-baru ini.

Saksama adalah gabungan parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia antaranya Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat dari Semenanjung.

"Bagaimana pembangkang ingin dapatkan keyakinan dan sokongan rakyat kalau sesama mereka sendiri bertelagah hingga perlu wujudkan gabungan baharu?," kata Dr Mohd Fuad yang juga Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ismail Sualman pula berkata Saksama memerlukan formula yang terbaik untuk menyaingi BN.

Namun, katanya, mereka kesuntukan masa untuk bersaing pada PRU nanti.

"Di peringkat awal ini, saya berpendapat mereka hanya sekadar menyertai pentas politik," katanya.- Bernama

Ingatan Muhyiddin buat PM yang 'lupa' janjinya

Posted: 12 Jul 2016 07:27 AM PDT

Muhyiddin Yassin


Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.

Ini termasuk kehilangan wang berjumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urus niaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik.

Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan perdana menteri.

Perdana menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

Bagi yang mungkin terlupa akan janji perdana menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, "adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan... sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB."

Kata Najib lagi, "Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi".

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.

Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015.

Laporan interim terhadap pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat.

Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya?

Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat.

Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu.

Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.
Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat.

Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai perdana menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat.

Usah berdolak-dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB.

Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih.

Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


TAN SERI MUHYIDDIN MOHD YASSIN bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.


Mahathir bidas orang ‘bodoh, bisu’ di sebalik 1MDB

Posted: 12 Jul 2016 07:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad terus membidas pihak-pihak yang membisu terhadap skandal 1MDB dan berpura-pura membodohkan diri dengan apa yang berlaku.

Katanya, melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa mereka yang terpilih sebenarnya adalah bodoh.

"Dan mesti ada banyak orang-orang bodoh di sekeliling. Sesetengah mereka cepat meletak jawatan, yang lain mengambil masa yang lebih lama.

"Sesetengah mereka terpaksa diganti atau dipindahkan atau bersara. Tetapi masalah sama yang semua mereka hidapi adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap.

"Mereka juga mungkin menjadi pekak tetapi sesungguhnya mereka dalam keadaan sihat," katanya dalam tulisan terbaru di blog.

Mengulas laporan portal pendedah maklumat Sarawak Report yang mendakwa mempunyai akses terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Dr Mahathir berkata terdapat begitu banyak perkara jenayah dilaporkan.

"Tetapi seperti yang kita semua tahu peguam negara telah mengisytiharkan bahawa laporan ketua audit negara tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah.

"Peguam negara menolak laporan ketua audit negara, tetapi beliau kemudian menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai daripada membaca kandungannya," katanya.

Menurut Mahathir, adalah jelas kedua-dua peguam negara dan ketua audit negara bersama kakitangan kedua-dua jabatan berkenaan serta anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tahu isi kandungan tersebut tetapi mereka tidak boleh mendedahkannya.

"Menteri Kewangan II sebelum ini meletakkan semua jawatan. Beliau tidak menjelaskan mengapa dirinya mengambil tindakan drastik berkenaan. Beliau akan ke Jordan belajar agama.

"Nampaknya mulutnya juga dikunci. Beliau juga menjadi bisu sekarang ini," katanya.

Mahathir berkata keadaan negara semakin merosot tetapi tidak ada yang mengambil peduli.

Beliau seterus memberi amaran walaupun menjadi alim dan mendekati agama, namun membisukan diri daripada mendedahkan salah laku yang diketahui tidak akan menyelamat diri mereka.

"Hari pembalasan pasti akan tiba di mana umat Islam akan bertemu dengan Pencipta mereka.

"Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurah. Agama tidak akan membebaskan kamu.

"Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri tidak akan menebus dan membebaskan kamu daripada dosa-dosa," katanya.



PAP hanya hadiri majlis taklimat, bukan meterai perjanjian dengan Saksama - David Dass

Posted: 12 Jul 2016 07:12 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Alternatif Rakyat (PAP), David Dass mengakui beliau hadir dalam satu pertemuan dengan Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) baru-baru ini, namun menegaskan ia hanyalah majlis pendengaran taklimat sahaja dan bukan majlis 'memeterai perjanjian' untuk menyertai gabungan berkenaan.
 
Sambil menafikan kenyataan Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo, ujar David, buat masa ini PAP masih belum memberi sebarang kata putus mengenai penyertaan mereka dalam Saksama.
 
Lina ketika dihubungi Antarapos sebelum itu menegaskan PAP ada menyertai perbincangan dengan enam lagi parti lain untuk menubuhkan Saksama. 
 
"Saya mendapat jemputan untuk datang mendengar taklimat mereka, apakah matlamat mereka dan sebagainya. Seperti mana Presiden kami katakan, kami belum ada apa-apa (kata putus sama ada) untuk menyertai, kami hanya menghadiri untuk dengar taklimat mereka dan apa yang mereka cadangkan.
 
"Kami belum menerima apa-apa memorandum atau Perjanjian Persefahamam (MoU). Saya hanya memohon kepada mereka sekiranya mahu menjadikan PAP sebagai parti gabungan, kami perlukan MoU dahulu untuk diteliti. 
 
"Selepas diteliti, kami perlu berbincang dengan keseluruhan anggota majlis tertinggi PAP untuk membuat keputusan," katanya kepada Antarapos, mengulas mengenai kenyataan Lina itu.
 
Ujarnya, adalah penting untuk PAP meneliti MoU atau draf mengenai Saksama terlebih dahulu agar ia tidak melanggari dasar parti itu sendiri dan juga manfaat yang boleh diberikan kepada rakyat. 
 
"(Perlu) diteliti dahulu apakah matlamat mereka di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak, apakah sehaluan dengan pemikiran dan cadangan kita, bagaimana Saksama ini boleh menentukan masa depan rakyat," kata beliau sambil menambah, kehadiran beliau dan beberapa pimpinan PAP dalam majlis tersebut diketahui Presiden, Zulkifli Mohd Noor.
 
Selain David, pimpinan PAP lain yang turut hadir dalam pertemuan pembentukan Saksama itu adalah Naib Presiden, Santokh Singh dan Setiausaha Antarabangsa, Balachanthar. 
 
Terdahulu Lina menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Zulkifli yang menafikan PAP akan bergabung dalam Saksama sedangkan wakil daripada parti itu hadir pada siri perbincangan yang diadakan sebelum ini.
 
Menurut Lina, tiga siri perbincangan diadakan diantara PAP dan enam lagi parti lain pada Jun lalu bagi memuktamadkan MOU untuk merialisasikan gabungan berkenaan selepas membuat pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.
 
Enam parti lain yang dilaporkan bakal menyertai Saksama adalah STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
 
 

PAP terlibat tubuhkan Saksama - Presiden STAR

Posted: 12 Jul 2016 07:11 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo menegaskan Parti Altenatif Rakyat (PAP) ada menyertai perbincangan bersama enam lagi parti lain untuk menubuhkan Gabungan Rakyat Saksama (Saksama).
 
Malah, beliau nyata terkejut dengan kenyataan Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang menafikan penggabungan itu, sedangkan parti itu ada menghantar wakil untuk menyertai siri perbincangan yang diadakan sebelum ini.
 
Menurut Lina, tiga siri perbincangan tersebut diadakan pada Jun lalu bagi memuktamadkan Perjanjian Persefahamam (MOU) untuk merealisasikan gabungan berkenaan sebelum membuat pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
"Itu sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana kita telah adakan siri perbincangan.
 
"Kita adakan tiga siri perjumpaan, dan langkah seterusnya adalah untuk menandatangani perjanjian persefahaman. Tujuh parti yang disenaraikan adalah parti yang pernah mengadakan perbincangan dengan kami," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Semalam Zulkifli mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan parti Semenanjung itu dalam mewujudkan blok pembangkang lain selain Pakatan Harapan (PH), dan Blok Ketiga gabungan antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Ikatan.
 
Lina dalam satu laporan berkata, gabungan parti baru itu ditubuhkan kerana gabungan PH dilihat gagal memberi saingan sengit kepada BN malah perpecahan antara pembangkang dan sudah tidak sehaluan menyebabkan tindakan itu terpaksa diambil.
 
Saksama adalah gabungan parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 
 
Ia terdiri daripada STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU),  Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP) dari semenanjung.
 
Dalam siri perbincangan itu, PAP diwakili Naib Presidennya, Santokh Singh, Setiausaha Agung PAP David Dass, dan Setiausaha Antarabangsa PAP, Balachanthar.
 
Manakala Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) diwakili Timbalan Presidennya, Patrick Anek Uren, Jack iau (Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Abdul Banning Mohamad (Presiden Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) dan Lina Soo selaku Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR).
 
Mengulas mengenai parti yang menyertai Saksama tidak boleh menubuhkan cawangan di negeri lain, Lina berkata ia adalah perjanjian asas untuk menyaingi BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. 
 
"Itu adalah persefahaman asas, parti di Semenanjung Malaysia boleh beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja, parti di Sabah beroperasi di Sabah, dan parti di Sarawak harus beroperasi di Sarawak. 
 
"Tidak perlu parti lain ditubuhkan di negeri lain, di Semenanjung terdapat banyak orang Sarawak dan Sabah. Tidak perlu untuk kita buka cawangan di sana sebenarnya," jelasnya

Isu Shafie: ‎Lagi keluar Umno di Sabah‎

Posted: 12 Jul 2016 07:05 AM PDT

 Isu Shafie: ‎Lagi keluar Umno di Sabah‎
Sebilangan 600 anggota Umno yang mengumumkan keluar parti semalam.


SHAH ALAM - Hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno dan tidak bersetuju dengan pengantungan terhadap bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi punca seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi, Sabah, mengumumkan keluar parti serta-merta.

Bekas Ketua Pemuda Umno Semporna, Datuk Azis Jamman berkata, pengumuman itu dibuat oleh  naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun, dalam sidang medianya di Sandakan semalam.

"Mereka ini tidak bersetuju dengan pengantungan Mohd Shafie kerana mereka sudah hilang tempat bergantung dan mengadu permasalahan mereka.

"Pengantungan terhadap Mohd Shafie mereka anggap sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negeri Sabah seolah-olah semenanjung tidak senang bila Mohd Shafie dilihat sebagai ancaman terhadap kedudukan orang-orang tertentu di semenanjung dan di negeri Sabah," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]

Jelas Mohd Shafie, walaupun  telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.

Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.


Maik nafi penuntut tajaan terlibat IS

Posted: 12 Jul 2016 07:02 AM PDT

Militan
Gambar hiasan
 
 
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menafikan penuntut tajaannya terbabit dengan gerakan militan (IS).

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, jumlah keseluruhan penuntut seramai 14,000 yang berada di dalam dan luar negara termasuk 1,000 daripada mereka mengikuti pengajian terutama di Timur Tengah, sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

"Bagi memastikan pelajar tajaan Maik tidak terbabit dengan anasir yang kurang sihat itu, pihaknya sentiasa berhubung dengan pegawai Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang ditugaskan di sana.

"Setakat ini Maik bekerjasama dengan pegawai Yik yang bertugas di sana kerana kami sudah menyediakan asrama yang lengkap untuk kemudahan penuntut di sana," katanya kepada pemberita di bangunan Maik, di sini, hari ini.

Nik Mohd Azlan berkata, menerusi kerjasama erat itu, pihaknya memantau kegiatan penuntut untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan IS secara langsung atau tidak langsung.

"Maik sentiasa memberi komitmen terhadap perkembangan penuntut tajaan majlis itu bukan setakat pemberian biasiswa, malah pemantauan dari semasa ke semasa selepas mereka menamatkan pengajian," katanya.

Penculik minta wang tebusan RM17 juta

Posted: 12 Jul 2016 04:21 AM PDT

 
Mangsa culik menghubungi majikannya di Lahad Datu, kurang 24 jam selepas mereka diculik.


Abdul-Fatah-Zainal-kidnap-indonesia


TAWAU: Seorang daripada tiga rakyat Indonesia yang diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat Sabtu lalu, menghubungi majikannya untuk memaklumkan permintaan wang tebusan daripada kumpulan penculik.

Ketua Perwakilan Republik Indonesia di Tawau, Abdul Fatah Zainal berkata, mangsa culik menghubungi majikannya yang berada di Lahad Datu, kurang 24 jam selepas mereka diculik.

"Panggilan telefon itu kita belum dapat sahkan sejauh mana kebenarannya, sama ada ia milik penculik atau orang lain. Namun yang pasti nombor telefon yang digunakan dari Filipina," katanya yang dilaporkan Bernama hari ini.

Sementara itu, China Press melaporkan kumpulan penculik itu meminta wang tebusan sebanyak RM200 juta peso (RM17 juta), namun polis Sabah enggan mengulas tuntutan itu.

Abdul Fatah berkata, kerajaan Indonesia dan pihak berkuasa Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan ketiga-tiga mangsa culik itu yang dikenali sebagai Lorence Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42, dan Emanuel, 46.

"Ketiga-tiga mereka (mangsa culik) belum sampai setahun berada di negeri ini dan mereka bekerja sebagai nelayan di Lahad Datu," katanya.

Tiga mangsa itu diculik ketika menangkap ikan di perairan Felda Sahabat, pada jam 11.40 malam Sabtu lalu manakala empat lagi rakan sekerja mereka yang turut berada di bot pukat tunda itu dibebaskan.

Sementara itu, Abdul Fatah mengingatkan rakyat Indonesia di Sabah supaya mematuhi peraturan khususnya di Kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

"Selain itu, mereka (rakyat Indonesia) juga perlu berwaspada di mana sahaja mereka berada. Jangan melakukan perjalanan ke selatan Filipina khususnya ke wilayah Tawi-Tawi, Sulu dan Jolo bagi mengelak perkara tidak diingini," katanya.

'Pota, Sosma, Akta Hasutan ternyata gagal kekang IS'

Posted: 12 Jul 2016 04:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kejadian keganasan melibatkan kumpulan bersenjata IS dikatakan membuktikan pelbagai undang-undang kontroversi bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak berkesan.

Ini, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan, termasuk Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) dan Akta Hasutan.

"Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menekankan perlunya satu jawatankuasa merentas parti mengenai ancaman keganasan ditubuhkan agar pimpinan pembangkang juga mempunyai peranan menangani ancaman bersama ini," kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani ketiga-tiga pemimpin kanan gabungan itu, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Polis sebelum ini mengesahkan serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor didalangi IS atas arahan anggota kumpulan pengganas rakyat Malaysia di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Kumpulan dilabel pengganas global itu melalui Youtube sebelum ini telah memberi amaran terhadap ibu pejabat polis Bukit Aman dan mengarahkan serangan terhadap musuh-musuhnya.

Dalam perkembangan terbaru, mereka semakin giat meraih simpati rantau ini dengan menerbitkan majalah pertama dalam bahasa Melayu, Al Fatihin (Pembebas) yang diedar secara digital.

Sementara itu, kenyataan itu juga menyebut mesyuarat Pakatan Harapan memutuskan supaya pelbagai kelemahan mereka perlu diselesaikan dengan segera agar kepentingan rakyat didahulukan.

Justeru, satu temu rapat kepimpinannya akan dibuat segera dan pembentangan serta rundingan awam mengenai dasar-dasar bersama mereka secara menyeluruh akan dipercepat.

Majlis itu juga menyokong pendirian kerajaan Pulau Pinang bahawa ketua menterinya Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan ketika berdepan dua pendakwaan rasuah di mahkamah.

Menurut badan itu lagi, kes melibatkan Lim adalah 'pemangsaan politik' yang didakwa bertujuan mengukuhkan kedudukan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Sekarang semua orang boleh menangis

Posted: 12 Jul 2016 04:11 AM PDT

MALAYSIAKINI

ULASAN - Perdana menteri kita adalah menteri kewangan. Justeru, sepatutnya, apabila kerajaan yang diketuai oleh perdana menteri yang juga adalah ketua negara membuat sesuatu keputusan, ia tidak seharusnya menjadi punca kekeliruan, bukan?

Malangnya, ini tidak berlaku.

Dalam pertikaian KLIA2 sekarang, ada suara-suara aneh yang seolah-olah timbul akibat enjin jet rosak.
Kenyataan Pengarah Urusan MAHB bahawa KLIA2 bukannya sebuah terminal kos rendah mengejutkan kebanyakan orang kecuali kami... ahli-ahli parlimen pembangkang!

Kami telah meminta jawapan di parlimen mengapa terminal bajet yang pada asalnya sepatutnya berjumlah RM1.7 bilion telah melonjak kepada RM4 bilion.

Tiada siapa daripada kerajaan seolah-olah mengambil berat ataupun peduli untuk memberi penjelasan yang memuaskan hati.

Bangunan yang pada asal sepatutnya hanya dua tingkat menjadi lima tingkat tinggi. Keluasan lantai meningkat dengan ketara untuk bertukar menjadi sebuah kompleks membeli-belah yang luas.

Kami mempersoalkan di Parlimen mengapa lapangan terbang itu berpindah dari tapak asalnya di utara, yang mempunyai tapak tanah keras, ke tanah paya di barat yang bermasalah dan lembut.

Akibatnya, kos kerja tanah meningkat daripada kira-kira RM35 juta kepada RM860 juta dan masalah penyelesaian tanah itu berterusan sehingga hari ini.

Tidak hairanlah ia akhirnya menelan kos RM4 bilion dan tidak lagi boleh dianggap sebagai terminal kos rendah. Tetapi ... kerajaan masih menegaskan ia adalah terminal kos rendah.

Namun hari ini kenyataan pengarah urusan MAHB bercanggah dengan kerajaan dengan mengesahkan KLIA2 bukan lagi satu terminal kos rendah. Tidak hairanlah rakyat keliru dan bosan.

Rakyat Malaysia keliru

Kita boleh memahami kekecewaan Tan Sri Tony Fernandes dalam usaha untuk membawa lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan AirAsia dan dasar tidak keruan kerajaan serta pembaziran wang rakyat.

Gambaran KLIA2 oleh Tony sebagai "Frankenstein" adalah wajar kerana tiada siapa yang pasti bagaimana "raksasa" itu sepatutnya menjadi ... terminal bajet atau mewah.

Jika kenyataan terkini MAHB bahawa ia bukan terminal kos rendah adalah benar, maka apa yang dilakukan oleh semua syarikat penerbangan kos rendah di sana?

Rakyat Malaysia keliru dan terkejut dengan semua hujah-hujah ini dan perbelanjaan yang membazir.

Apa yang sangat jelas seolah-olah hampir tiada kawalan kos dan kualiti dalam pembinaan KLIA2 dalam bidang kritikal.

Kosnya melambung dari RM1.7 bilion pada awal kepada RM4 bilion membuktikan pengurusan bajet yang teramat lemah.

Kegagalan menjelaskan pembinaah di atas tanah yang bermasalah menyebabkan kerja-kerja tanah sahaja meningkat daripada RM35 juta kepada RM860 juta, adalah satu skandal.

Paling mengejutkan bahawa kita sentiasa terpaksa menampung kerja-kerja pembaikan di kawasan landasan yang juga berbahaya terhadap pesawat yang bergerak.

Mungkin kenyataan MAHB bahawa ia bukan satu terminal kos rendah tidak tepat.

Kos asal melambung tinggi dan hari ini, bertahun-tahun selepas selesai pembinaannya, kita pembayar cukai masih menampung kos pembaikan yang berterusan.

Mungkin Tony perlu menukar slogan AirAsia iaitu "kini semua orang boleh terbang" kepada... "kini semua orang boleh menangis".

Setakat kos berkenaan, ia terus naik, naik dan langit adalah had!

Tidakkah ada sesiapa yang tahu apa makna kebertanggungjawaban?


Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Nga pula lapor polis, ulangi tak lukis karikatur 'dedak'

Posted: 12 Jul 2016 03:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Taiping dari DAP, Nga Kor Ming akan membuat laporan polis susulan kempen fitnah yang dilakukan ke atas beliau ekoran dakwaan posting di Facebook yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga pengerusi DAP Perak berkata, pihaknya amat kesal dengan reaksi yang terjadi ekoran kewujudan posting di Facebook tersebut yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya.

"Amat jelas sekali bahawa gambar tersebut adalah fitnah jahat yang sengaja dibuat pada bulan yg mulia ini.

"Saya bertegas saya tidak pernah sekalipun melukis atau memuat naik gambar itu dalam Facebook akaun saya dan saya tidak pernah berniat untuk mengguris hati mana-mana rakan-rakan Melayu dan yang beragama Islam yang saya hormati sepanjang masa ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nga turut melampirkan satu poster ucapan perayaan Aidilfitri bersama kenyataan itu.




Hari ini, ratusan peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Nga dengan kehadiran seramai 30 anggota polis yang membuat sekatan di hadapan bangunan parti itu.

Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak di antara peserta himpunan dengan anggota polis dengan kumpulan berkenaan membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam dan mula melemparkan duit neraka.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata baru-baru ini, polis akan membuka kertas siasatan ke atas Nga mengikut Akta Hasutan.

"Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

"Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak," kata Khalid lagi.

Mengulas lanjut, Nga menambah, ini adalah satu helah politik kotor dan fitnah dan beliau berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Memandangkan sekarang ialah bulan Syawal yang mulia, saya tidak bercadang ambil tindakan tegas tetapi keadaan bertambah keruh bila ada puak pelampau yang membuat himpunan haram menyemarakkan tohmahan & fitnah terhadap saya.

"Oleh itu, saya akan buat satu laporan polis terhadap kempen fitnah tersebut dalam masa terdekat untuk membela keharmonian masyarakat yang kita sayangi ini," tambahnya.

Di akhir kenyataan itu, Nga menyeru semua pihak agar menuju ke arah politik matang tanpa fitnah.

Sekolah pondok tak ajar fahaman ekstremis- Mufti Kelantan

Posted: 12 Jul 2016 03:50 AM PDT



Orang ramai diminta supaya tidak mencurigai madrasah, sekolah pondok atau sekolah aliran Arab dengan mengaitkannya dengan golongan berfahaman ekstrem seperti Daesh.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata institusi itu tidak pernah mengajar atau melatih golongan ekstrem, malah mereka diajar supaya menghormati semua fahaman agama.

"Kita bersyukur dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan setakat ini tiada madrasah di negara ini yang menjadi kilang atau tempat untuk melatih militan Daesh atau menerapkan fahaman ekstrem.

"Ia adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal kerana sekolah agama atau Arab yang bertaburan di seluruh negara tak pernah mendidik pelajar ke arah fahaman ekstremis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Pada 9 Julai lepas, Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terbabit dengan aktiviti ancaman kumpulan militan Daesh.

Beliau dilaporkan sebagai berkata setakat ini pemantauan Polis Diraja

Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daesh.-Bernama


'Kita nak kasi DAP mati' - peserta baju merah lontar duit neraka

Posted: 12 Jul 2016 03:49 AM PDT

Anne Muhammad 


Kira-kira 200 peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.

Seramai 30 anggota polis membuat sekatan di hadapan ibu pejabat berkenaan.

Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak di antara peserta himpunan dengan  anggota polis.

Kumpulan berkenaan turut membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam dan mula melemparkan duit neraka ke arah bangunan parti itu.

Duit neraka adalah menyerupai wang dan mengikut adat Cina ia dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.

Ia terus dilemparkan ketika penunjuk perasaan yang diketuai oleh Pemuda Umno berkumpul untuk melepaskan kekecewaan mereka terhadap seorang ahli parlimen DAP yang dituduh menghina Islam.

Disoal mengenai duit neraka itu, seorang penunjuk perasaan itu menjawab: "Kerana kita nak kasi orang DAP mati ma."

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang berada di sebelah lelaki yang tidak dikenali itu menambah: "Lebih kurang macam ini la, dia mahu Umno mati, kita pun mahu DAP mati."

Polis cuba berunding dengan penganjur himpunan dan enggan membenarkan wakil DAP bertemu mereka.

Pada 6 Julai lalu, Nga dalam ucapan Aidilfitri menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Posting itu kemudiannya dikeluarkan dari laman Facebooknya.

Nga juga mengundang masalah apabila Selasa lalu memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Ia dikatakan membawa makna simbol agama Kristian.

Selepas berunding, polis kemudiannya, hanya membenarkan sekumpulan kecil pemimpin perhimpunan itu untuk masuk bertemu dengan wakil DAP Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii Razlan mendesak pihak polis mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Nga kerana mempermainkan agama Islam.

"Saya nak minta pihak polis akta hasut perlu diaktifkan kepada Nga Kor Ming. Tangkap dia, jadikan beliau teladan.

"Jangan mempermain agama sewenang-wenangnya," katanya dan disusuli letupan mercun bola yang dibakar untuk kali kedua.

Razlan turut mendesak supaya Nga meminta maaf secara terbuka kerana tindakannya itu dilihat tidak mempunyai integriti serta anti Islam.

Ezam: Status sulit laporan 1MDB jelas salah

Posted: 12 Jul 2016 03:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengkritik pengelasan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, OSA tidak boleh diguna pakai melainkan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan sahaja.

"Guna pakai OSA dalam laporan 1MDB jelas salah dan perlu diperbetul," katanya di Twitter.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menuntut kerajaan mengubah status laporan itu.

Desakan itu dibuat atas alasan supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga 1MDB.


SIAPA PENGKHIANAT - YANG MERAHSIAKAN ATAU YANG MENDEDAHKAN?

Posted: 12 Jul 2016 01:37 AM PDT

shahbudindotcom


Untuk kali ketiganya Salleh Said Keruak bersuara lagi mengenai pendedahan bersiri Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, di sebalik semua menteri dan pemimpin UMNO yang lain nampaknya "sudah letih"  untuk terus membela dan mempertahankan syarikat pelaburan paling bermasalah yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak itu.

Kali pertama bersuara, Salleh meminta polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku dan barangkali kerana tidak berapa puas hari disebabkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar  mahu menentukan ketulenan laporan itu terlebih dahulu sebelum memulakan penyiasatan, beliau kemudian bersuara untuk kali kedua dengan mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai berhubung pendedahannya itu.

Tidak puas hati lagi,  mungkin kerana Sarawak Report terus menerbitkan tulisannya mengenai laporan audit itu yang boleh dibaca dengan meluas walaupun laman pendedah maklumat itu disekat oleh SKMM, untuk kali yang ketiganya, Salleh menyifatkan pula pendedahan itu berupa suatu pengkhianatan kepada negara.

Dalam hal ini, hampir betullah apabila Sarawak Report memanggil Salleh sebagai "Minister for Fun". 

Bukan saja Sarawak Report, tetapi rasanya rakyat juga turut "terhibur"  dengan telatah dan kelakuannya yang bagaikan "cacing kepanasan" asalkan dapat menunjukkan dirinya sebagai pembela Najib nombor satu.

Salleh seolah-olah gagal melihat kebenaran itu daripada aspek yang yang luas dan menyeluruh. Baginya, asalkan ia dilakukan oleh Najib, semuanya adalah benar dan betul belaka.

Jika diimbas dengan ringkas perjalanan 1MDB, bolehkah kita terbayang  bagaimana sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Najib, kemudian melantik dirinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, diletakkan di bawah Kementerian Kewangan di mana beliau juga sebagai Menteri Kewangan, menjadikan Jho Low sebagai "tangan utama" menguruskan pelaburan, memilih Ahli Lembaga Pengarah dan CEO atas kehendaknya, tiba-tiba terbelenggu dengan hutang bertimbun, mudah ditipu ribu-ribu juta, berbilion ringgit hilang dan tidak dapat disahkan serta berlaku pelbagai masalah lainnya lagi?

Soalnya, apakah dengan cengkaman tangan Najib yang begitu meluas terhadap 1MDB, beliau boleh lepas tangan dan tidak tahu langsung mengenai wang beribu juta yang begitu mudah lesap dan hilang entah ke mana?

Apabila audit dilakukan dan tersingkap beberapa kelemahan yang mungkin mudah difahami ada kaitannya dengan Najib dan Jho Low, maka ia akhirnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Bukankah oleh kerana Laporan Audit 1MDB  itu menjadi komponen penting dalam Laporan PAC yang sudah dibentangkan di Parlimen, seharusnya sebaik saja Laporan PAC itu disiapkan, laporan audit tidak perlu lagi menjadi rahsia?

Mengapa setelah Laporan PAC dibentangkan, tetapi Laporan Audit 1MDB masih rahsia?

Apakah banyak lagi fakta-fakta tersembunyi atau pengkhianatan dalam laporan audit itu yang ingin terus disembunyikan daripada pengetahuan rakyat?

Jika tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, mengapa ia masih diOSAkan?

Sebelum Salleh mengeluarkan kenyataan kali keempatnya untuk terus menunjukkan keunggulannya sebagai satu-satunya menteri yang rajin membela Najib walaupun kata-katanya bukan setakat menjadi sanggahan ramai, malah juga bahan ketawa masyarakat,  siapakah yang mengkhianat sebenarnya - yang cuba mendedahkan pengkhianatan atau mereka yang menyembunyikannya?

Selepas sebulan berpuasa dan ketika berada di atas sejadah, elok juga sesekali Salleh menyoal di kategori mana beliau meletakkan dirinya sekarang ini? 


Adakan kajian pendapat tentang pelantikan Pesuruhjaya baru SPRM - ASLI

Posted: 12 Jul 2016 01:25 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) menyarankan agar satu kajian pendapat di kalangan orang ramai dilakukan berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, ia bagi memastikan individu yang dilantik itu mendapat sokongan meluas dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
 
Ujarnya, sekiranya pandangan dan pertimbangan meluas orang ramai tidak dapat diperoleh ketika ini, pihak berkenaan perlu merujuk kepada jawatankuasa khas mengenai pencegahan rasuah Parlimen bagi mendapatkan kelulusannya.
 
"Jawatankuasa khas ini mempunyai tiga Anggota Parlimen daripada kerajaan, tiga lagi Anggota Parlimen pembangkang dan ia dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
 
"Oleh itu, kewibawaannya amat tinggi dan ia perlu dirujuk sepenuhnya selain memberi pandangannya secara terbuka tentang pemilihan yang dibuat supaya rakyat lebih yakin terhadap ketua pesuruhjaya baharu SPRM," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan mengundurkan diri pada 1 Ogos manakala timbalan beliau Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara pada 3 Okt ini.
 
Navaratnam juga mengesyorkan beberapa kriteria yang perlu dipertimbang kerajaan untuk memilih ketua pesuruhjaya baharu SPRM termasuk individu berkenaan perlulah dilantik daripada kalangan warga SPRM sendiri dan bukannya dari luar.
 
Menurutnya orang dalam SPRM itu mestilah memiliki pengalaman luas, kecekapan, pengetahuan tentang operasi di peringkat lapangan dan mempunyai dedikasi tinggi setelah sekian lama terlibat dengan tugas memerangi rasuah.
 
Beliau berkata individu itu perlu memiliki kejujuran dan integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang ketua pesuruhjaya baharu tetapi mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.
 
"Ketua pesuruhjaya baharu perlulah memiliki jati diri, keperibadian dan komitmen yang tinggi untuk menunaikan tugas memerangi rasuah secara habis-habisan sebelum ia merebak dalam sistem kita seperti barah.
 
"Beliau perlulah mampu untuk berdiri teguh dan tegas terhadap sebarang campur tangan politik dan komersial daripada mana-mana pihak, sama ada yang tinggi atau rendah kedudukannya," kata Navaratnam.
 
Menurutnya ketua pesuruhjaya baharu itu juga perlulah merupakan ketua yang mampu memberi inspirasi untuk membawa seluruh warga SPRM ke tahap baharu dalam perjuangan menentang rasuah.
 
 

Bas rempuh 10 kenderaan ada 49 saman langgar had laju

Posted: 12 Jul 2016 01:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SERI ISKANDAR: Sebanyak 49 saman daripada keseluruhan 63 saman tertunggak bas ekspres yang merempuh 10 kereta di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Ahad lalu membabitkan kesalahan melanggar had laju. 
 
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata saman tertunggak yang lain membabitkan sembilan pandu perlahan di lorong kanan, tidak mengawal kenderaan ketika memandu (2), gagal menunjukkan lesen memandu (2) dan satu saman memotong di kawasan larangan memotong. 
 
"Semua saman tertunggak berkenaan adalah dari tahun 2011 hingga 2016," katanya dipetik Berita Harian. 
 
Sementara itu, Wan Jamil berkata, Ops Perangkap Laju hari ini diadakan di laluan berkenaan yang dikenal pasti kawasan 'panas' sering berlaku kemalangan yang punca utamanya disebabkan memandu laju. 
 
Beliau berkata, dalam operasi tadi, sebanyak 37 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya. Katanya, sebanyak 33 daripada saman itu disebabkan kesalahan memandu laju, manakala empat lagi bagi lain-lain kesalahan.
 
 

PH terbuka dengan kehadiran Saksama

Posted: 12 Jul 2016 01:13 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) terbuka dengan hasrat mana-mana pihak untuk menubuhkan gabungan pembangkang yang baru demi mengalahkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan pihaknya bersedia mengadakan perbincangan, namun tidak ke arah penggabungan bersama antara gabungan.
 
"Kita terbuka dengan sesiapa sahaja, atau gerakan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Kita boleh mengadakan perbincangan tetapi perlu ada agenda asas yang dipersetujui bersama," katanya di sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH), tengah hari tadi.
 
Wan Azizah mengulas perkembangan terbaru politik tanah air yang menyaksikan kewujudan Saksama yang ditubuhkan kerana Pakatan Rakyat, atau kini dikenali sebagai Pakatan Harapan, gagal memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).
 
Tujuh parti yang dilaporkan menyertai Saksama adalah STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU),  Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) , Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), dan termasuklah Parti Alternatif Rakyat (PAP) dari Semenanjung.
 
 

PRN Pulau Pinang hanya satu pilihan - DAP

Posted: 12 Jul 2016 01:08 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic



PETALING JAYA: DAP belum mengadakan perbincangan bersama pimpinan pusat bersabit untuk mengadakan pilihan raya mengejut sebagai tanda protes kepada pertuduhan rasuah yang difailkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Malah menurut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke buat masa ini ia hanya merupakan satu pilihan yang belum pasti dilaksanakan.

Tetapi jika parti sudah memuktamadkan perkara itu, ia akan diusulkan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH).

"Itu hanya khabar angin sahaja dari media. Belum ada apa-apa keputusan daripada DAP. Seperti yang saya katakan semalam, pimpinan pusat DAP belum membincangkan kemungkinan itu. Itu hanya pilihan.

"Jika ada niat untuk buat (pilihan raya), barulah kita akan bawa agenda itu kepada perbincangan dengan rakan-rakan di dalam PH. Oleh sebab itu tidak ada sebab untuk dibincang lagi," katanya di sidang media selepas mesyuarat tersebut, tengah hari tadi.

Anthony mengulas cadangan DAP Pulau Pinang yang sedang menimbang sama ada akan mengadakan pilihan raya mengejut sebagai tanda protes kepada pertuduhan rasuah yang difailkan terhadap Guan Eng.

Tindakan itu dibuat ekoran mahu menilai maklum balas rakyat terhadap pertuduhan ke atas Guan Eng.

Untuk rekod pada 30 Jun lalu Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).

Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan berkenaan dan beliau dibenar ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.


PAN Perlu Ambil Serius Sentimen Ketakutan Pengundi Melayu Terhadap DAP -Tulang Besi

Posted: 12 Jul 2016 01:01 AM PDT







Parti Amanah Negara (PAN) perlu memandang serius dengan sentimen ketakutan pengundi Melayu terhadap DAP, kata blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi berkata jika PAN memandang sebelah mata berkaitan sentimen itu, ia akan mengulangi episod kegagalan Anwar Ibrahim memacu pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.

"Diminta Amanah jangan pandang rendah ketakutkan Melayu kepada DAP.

"Jangan anggap pengundi-pengundi Melayu rasional dan mampu melihat bahawa DAP bukan musuh.

"Hakikatnya, Anwar Ibrahim sendiri membuat kesilapan besar apabila beliau memandang rendah perkara ini pada tahun 2013.

"Akhirnya Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya,"katanya dalam Facebook semalam.



Tulang Besi yang dianggap salah seorang pemikir muda PAN berkata pengundi Melayu akan hilang pertimbangan memangkah di kertas undi apabila minda mereka disogokkan dengan kempen ketakutan DAP.

"BREXIT membuktikan kita bahwa kempen menakutkan pengundi lebih berkesan dari kempen yg rasional dan masuk akal.

"Hakikatnya, majoriti pengundi membuat pemilihan berdasarkan perasaan bukan akal mereka.

"Kalau Amanah masih terus memandang rendah faktor ini, keputusan Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi selepas ini,"katanya.

Tulang Besi turut memberi cadangan kepada DAP supaya tidak bertanding menggunakan logo sendiri pada PRU ke-14 untuk mengelakkan kehilangan undi Melayu.

"Lebih teruk PAS pulak dah jadi suara UMNO menakutkan pengundi kepada DAP.

"Pimpinan DAP juga wajib ambil perhatian. Wajib DAP supaya bertanding guna lambang PKR dalam PRU depan.

"DAP tidak patut guna lambang DAP lagi. DAP wajib membuat pengorbanan ini memandangkan imej DAP adalah halangan terbesar ke Putrajaya sekarang ini.

"DAP MUDAH JADI MANGSA FITNAH SEBAB DAP TIADA CAWANGAN2 DI KAMPUNG2 MELAYU,"katanya lagi.

tb1
tb2
tb3
tb
tb1

PAS Pencetus Penyuburan Idea Blok Ketiga Pembangkang

Posted: 12 Jul 2016 12:45 AM PDT


Abdul Rahman Malik 


 Idea dan pemikiran baru perlu dicerap bagi menghasilkan strategi dan pendekatan politik lebih berkesan untuk 'memintas saingan' dalam pergolakan siasah di Malaysia.


PAS, umpamanya, mulai memperkenal dan menggerakkan budaya politik matang dan sejahtera. Dalam kata mudah, seberapa mungkin ia tidak mahu politik jadi gelanggang sengketa tanpa sempadan.

PAS juga cuba menghindar konfrontasi. Berpolitik tidak bermakna harus bersengketa. Keinsafan ini mungkin berputik daripada pengalamannya ketika menganggotai Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015.

Bermula dengan harapan yang tinggi mahu mencapai sasaran bersama menamatkan monopoli kuasa Umno-BN, PAS sanggup menangguhkan sasaran perjuangannya melaksanakan syariat Islam.

PAS bersetuju mendepani isu tuntutan pelaksanaan syariat apabila ada keperluan apabila tiba masanya. Ini semua dilakukan demi mengisi tuntutan tahaluf siyasi.

Maka tidak hairanlah PAS bersedia bekerjasama dengan parti dominasi Cina seperti DAP meskipun akur bahawa parti itu tidak mempunyai toleransi tinggi terhadap inti perjuangan PAS.

Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan kekuatan memperluaskan pelaksanaan syariat Islam di wilayah politiknya seperti Kelantan, barulah PAS menyusun langkah berhadapan dengan DAP.

Apa yang berlaku kini sudah menjadi sejarah. Tiada titik persefahaman ditemui dan DAP pun mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana DAP tidak berkenan dengan cita-cita teokrasi PAS mahu melaksanakan hukum Islam.

Kerjasama PAS, PKR tak perlu dikaji semula

Bagaimanapun itu tidak bermakna PAS mahu meleraikan slogan 'PAS for All' (PAS untuk semua) yang dijunjungnya dalam pilihanraya umum ke-13. Setiap ahli PAS yakin Islam itu adil dan tidak akan menganiaya mana-mana pihak.

Momokan DAP dan sekularis Melayu-Islam tidak menjejaskan keyakinan PAS. Projek meraikan Budaya Matang dan Sejahtera (BMS) kini semboyan baru PAS.

"Kita akui bersendirian tidak mampu untuk kita meraih lebih banyak kerusi. Jadi perlu ada gabungan dan kita mengajak PKR bersama dengan Blok Ketiga.

"Biarkan DAP hendak bersama Amanah. Tetapi kita nak ajak PKR bersama PAS dalam Blok Ketiga," kata ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Fuad Salleh.

Beliau berkata, kerjasama di antara PAS dan PKR, lebih-lebih lagi menerusi rekod pentadbiran kerajaan Selangor, tidak perlu dikaji semula.

Ini kerana PKR sedia maklum kekurangannya dan kelebihan yang ada pada PAS bagi melengkapi keperluan agenda politik masing-masing.

"PKR juga tahu kedudukan mereka. Kerusi-kerusi yang dimenangi PKR sekarang di kawasan campuran sebahagiannya datang daripada undi penyokong PAS. Jadi sanggupkah PKR memperjudikan nasib kawasan-kawasan mereka?

"Kerusi Bukit Antarabangsa dan Gombak yang merupakan kawasan Menteri Besar adalah kerusi yang asalnya milik PAS dan diserah kepada PKR," kata Fuad.

Sebab itu PAS mula berfikir di luar kerangka politik lama. Ia melamar Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertainya menubuhkan blok pembangkang baru.

Dalam pada itu, PAS juga tidak mahu meninggalkan rakan taulannya. Ia masih meletakkan PKR dalam senarai rakan politiknya lantas mempelawanya bersama.

Meskipun timbul kerisauan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-62 bulan lalu di mana Dewan Muslimat mengusulkan kajian semula kerjasama dengan PKR yang dianggap tidak menghormati hubungan, itu bukan masalah besar bagi Dr Fuad.

Sungguhpun hingga kini kepimpinan PKR kelihatan masih belum bersedia mendepani isu tahaluf dengan PAS, kemungkinan inisiatif Blok Ketiga PAS ini mendapat lonjakan baru tidak boleh dipandang sepi.

Apakah ada kemungkinan PAS bertahaluf dengan Saksama? 

Kelmarin, tersebar berita kemungkinan sebuah lagi pakatan pembangkang baru yang terdiri daripada tujuh parti politik akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo berkata, blok politik baru – Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) – sedang ditubuhkan kerana Pakatan Rakyat gagal memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, oleh kerana pakatan pembangkang itu kini berpecah-belah dan sudah tidak lagi sehaluan Saksama adalah galang gantinya. Ia terdiri parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Termasuk dalam gabungan ini ialah, STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) , Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat dari semenanjung.

Beliau berkata permohonan mendaftarkan parti itu telah dibuat dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Kami menjangkakan untuk melancarkan parti baharu ini dalam tempoh satu atau dua bulan lagi," katanya.

Yang pasti didorong amalan budaya matang dan sejahtera ini PAS lebih terbuka pada idea blok politik sebegini. Justeru, PKR perlu mempercepatkan proses membuat keputusannya sama ada mahu menerima tawaran PAS atau tidak.

Kebarangkalian PAS melangkah jauh dan bertahaluf pula dengan Saksama akan bukan sahaja mewarnai arena politik Malaysia malah mampu membentuk seteru ampuh terhadap Umno-BN. Kemungkinan tidak bijak dinafikan.

Pengalaman dalam Pakatan Rakyat dahulu membuktikan PAS sebenarnya mempunyai fleksibiliti politik yang tinggi. Ia juga telah mempamerkan pada umum bahawa kuasa bukanlah matlamat mutlak perjuangannya.

PAS kini lebih mengutamakan kematangan berpolitik dan mahu menatijahkan kesejahteraan menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Sanggupkah PKR menepis begitu sahaja tawaran PAS itu?

Tidakkah reformasi yang diidamkan oleh PKR selama ini bertunjangkan pemikiran yang matang dan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat?

Bersama DAP dan Amanah, PKR masih disibukkan dengan melayan karenah perkauman dan kebencian. Mungkin jika bersama PAS dan Saksama, PKR lebih mudah mencapai impian politiknya.

Jangan 'Bunuh' Rayani Air - PPIM

Posted: 12 Jul 2016 12:35 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Datuk Nadzim Johan


PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) digesa memberi peluang kedua kepada Rayani Air atau suruhanjaya itu sendiri perlu membuka tawaran kepada pelabur baharu, bagi memastikan syarikat penerbangan tersebut kembali beroperasi.

Langkah tersebut bertujuan untuk mendapatkan suntikan dana dan mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Mavcom sepatutnya tidak terus 'membunuh' Rayani Air dengan membatalkan lesen syarikat penerbangan itu, yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada semua terutama penumpang, pekerja dan industri penerbangan negara.

Menyifatkan tindakan Mavcom membatalkan lesen Rayani Air sebagai 'tergesa-gesa', jelas Nadzim, jalan penyelesaian boleh difikirkan bersama memandangkan antara sebab syarikat itu dibatalkan lesen adalah isu kewangan dan pengurusan.

"Batal lesen Rayani Air bukan satu cara yang bijak. Penumpang atau pekerja boleh buat laporan polis atau dakwa syarikat atau pemiliknya, tetapi lesen syarikat dah batal, tak boleh beroperasi dan alami kerugian, jadi macam mana nak selesai.

"Nilai sesebuah syarikat adalah pada lesennya. Kalau ada lesen, bolehlah hendak diselamatkan," katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu Nadzim berkata, Mavcom perlu memberikan peluang kedua kepada Rayani Air dengan bersyarat atau suruhanjaya tersebut boleh menentukan pilihan penyelesaian lain.

"Pemilik Rayani Air boleh terus dapatkan pelabur untuk ambil alih syarikat itu, dengan diletakkan beberapa syarat bersesuaian atau Mavcom boleh membuka peluang tawaran kepada mana-mana pihak untuk melabur, sama ada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) atau syarikat swasta.

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Peluang ini membolehkan Rayani Air dihidupkan kembali dan seterusnya membayar segala hutang, termasuk bayaran balik tambang pelanggan dan tunggakan gaji pekerja," katanya sambil menambah usaha berkenaan turut membantu membersihkan imej penerbangan negara yang sedikit tercalar akibat pembatalan lesen itu.

Menurut Nadzim, pihaknya merancang untuk menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan, bagi meneruskan desakan supaya pembatalan lesen Rayani Air ditarik balik, termasuk membincangkan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Jumaat lalu, pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran tampil memohon maaf kepada semua pelanggan dan pekerjanya kerana gagal melunaskan tunggakan gaji serta membuat bayaran balik tiket sebelum Aidilfitri, seperti yang dijanjikan.

Ravi berkata, penarikan balik lesen-lesen milik Rayani Air dibuat ketika urusan memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan itu, sehingga mengakibatkan tiada pelabur yang mahu memberi kerjasama.

Pada 13 Jun lalu, Mavcom membuat keputusan membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Pada hari sama, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Sijil Pengendali Udara (AOC) selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.

Dilaporkan, tunggakan gaji 415 pekerja Rayani Air selama tiga bulan berjumlah kira-kira RM4.5 juta.

Menerusi aplikasi kumpulan Whatsapp yang menghimpunkan sejumlah pelanggan Rayani Air, hampir 200 pelanggan membuat tuntutan bayaran balik tambang sekurang-kurangnya bernilai ratusan ribu ringgit.

Selain itu, timbul dakwaan sekumpulan pelanggan menerima cek tendang untuk bayaran balik tambang dan Ravi dilaporkan menafikan perkara tersebut, dan menjelaskan bahawa ia disebabkan akaun bank telah dibekukan.

Kenaikan Harga Emas Gugat Jualan Tukang Emas

Posted: 12 Jul 2016 12:33 AM PDT

Oleh: JOSEPH KAOS JR
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Kenaikan harga emas selepas Brexit telah membawa kepada penurunan jualan sempena Hari Raya kepada tukang emas di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd, Ermin Siow berkata, harga emas Amerika Syarikat telah meningkat kepada sekitar AS$1,350 seauns dan telah menunjukkan trend menaik.

"Oleh kerana harga telah meningkat, berlaku penurunan jualan.

"Ini turut menjejaskan jualan kami untuk Hari Raya tahun ini apabila orang biasanya membeli barang kemas," kata Siow, yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia.

Siow bagaimanapun berkata, keputusan Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana pasaran runcit telah pun mengalami kelembapan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun lepas.

"Saya tidak fikir Brexit adalah punca utama kenaikan harga semasa.

"Sejak GST dilaksanakan pada tahun lepas, jumlah jualan emas sudah menurun," katanya.


Bagi mereka yang berhasrat untuk melabur dalam emas, Siow berkata, ia bukan satu keputusan yang buruk untuk berbuat demikian sekarang.

"Bagi saya, jika pasaran ekuiti tidak baik atau pasaran harta itu tidak begitu baik, ia bukan satu perkara yang tidak baik untuk melabur dalam emas.

"Emas adalah diversifier yang baik. Ramai penganalisis telah mengatakan bahawa ia akan menunjukkan trend peningkatan," katanya.

Pelajar maut ditimpa tiang gol

Posted: 12 Jul 2016 12:25 AM PDT

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang tiba di tempat kejadian untuk membawa jenazah ke Hospital Gua Musang
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang tiba di tempat kejadian untuk membawa jenazah ke Hospital Gua Musang


Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2, Gua Musang maut ditimpa tiang gol ketika bermain bola di padang sekolah itu.

Mangsa, Nik Mohd Lutfi Nik Kamaruddin, 14, mati di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi kerana mengalami kecederaan parah di kepala akibat tiang gol terhempap ke atasnya.

Ketika kejadian, pelajar tingkatan dua itu dikatakan cuba menjaringkan gol, tetapi dia tiba-tiba rebah sebelum tiang gol hoki itu tumbang menghempap mangsa.

"Saya nampak arwah jatuh selepas dia menendang bola ke arah (gawang) gol, tetapi dia tiba-tiba rebah tertiarap. Ketika itu juga tiang gol berkenaan tiba-tiba jatuh ke atasnya," kata rakannya, Wan Mustakim Wan

Musa, 14, yang sama-saama bermain bola bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di padang sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dilakukan bagi mengetahui punca kejadian. - MalaysiaGzette