Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TIADA MAKNA LAGI LAPORAN AUDIT 1MDB TERUS DIOSAKAN

Posted: 07 Jul 2016 06:24 PM PDT

Meskipun Laporan Audit 1MDB masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, laman pendedah maklumat Sarawak Report terus mendedahkan beberapa butiran yang dianggap sulit mengenainya kepada umum.
Laman itu menyebut bahawa mereka mendapat akses meluas kepada laporan audit itu bersama dokumen-dokumen utama serta pelbagai kebimbangan yang diluahkan oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkaitan beberapa pemindahan dana 1MDB yang sebelum ini dipersoalkan.
Sarawak Report juga mengatakan, mereka akan  menerbitkan butiran lanjut berkaitan laporan audit itu dalam penulisannya di beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, oleh kerana sekatan undang-undang OSA, tidak ada sesiapa berani menyiarkan atau memetik maklumat yang disiarkan Sarawak Report itu.

Tetapi, dengan capaian internet yang semakin meluas serta Sarawak Report yang disekat SKMM juga begitu mudah diakses, maklumat audit itu bukan lagi merupakan sesuatu "rahsia besar"  bagi rakyat negara kita.

MengOSAkan laporan audit itu dengan tujuan ia kekal sebagai rahsia atau sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum hampir tidak bermakna lagi sekarang ini. Sesiapa saja boleh membaca dan meneliti pendedahan Sarawak Report itu asalkan mereka ada kemudahan internet.

Malah dengan kerajaan terus meletakkannya di bawah OSA dan Sarawak Report pula mendedahkannya, maklumat itu lebih menjadi buruan untuk diketahui.

Dalam waktu yang sama, apabila orangramai mengetahui kepincangan 1MDB melalui laporan audit yang didedahkan oleh Sarawak Report, ia akan menyebabkan imej kerajaan menjadi bertambah buruk lagi kerana ia secara langsung mengesahkan memang ada keburukan yang cuba diselindungkan.

Lagi pun, ketika isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah itu tengah panas dan dipersoalkan dahulu, jawapan yang sering diberi oleh Najib, pemimpin kerajaan dan 1MDB sendiri ialah agar orangramai menunggu laporan audit untuk mengetahui kebenarannya.

Read More / Baca Lagi >>

PAS nafi hala tuju semakin samar selepas PRK

Posted: 07 Jul 2016 05:50 PM PDT

SHAH ALAM: PAS menafikan hala tuju parti itu semakin samar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki hala tuju Pakatan Harapan turut samar selepas pengundi semakin tertarik kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Namun, lebih menggembirakan PAS adalah berdasarkan undi Melayu hanya tertumpu kepada BN dan parti itu walaupun tidak berjaya dalam kesemua pilihan raya baru-baru ini.

"Bukan PAS sahaja hala tujunya samar tetapi juga parti pembangkang yang lain.
 
"Bagi segmen pengundi Melayu di semenanjung, sememangnya pecahan segmen itu secara undi popular terbahagi kepada dua parti utama iaitu PAS dan Umno."

"Parti-parti lain tidak mempunyai keupayaan menarik sokongan pengundi Melayu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, hasil kajian yang dibuat oleh PAS pada PRK di Sungai Besar, pengundi Melayu yang menyokong Pakatan Harapan hanya 6.3 peratus manakala di Sungai Besar pula kurang 9 peratus.

Ini bermakna katanya lagi, PKR dan DAP gagal menarik undi Melayu dalam masa terdekat ini walaupun menggunakan isu-isu nasional.

"Contohnya dalam PRK Sungai Besar kami punya analisis menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada Amanah hanya sekitar 6.3 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

APA YANG TERSANGAT ISTIMEWANYA LAPORAN SULIT 'AUDIT NEGARA'?

Posted: 07 Jul 2016 05:44 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad  (1MDB)  adalah dokumen yang  diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dikatakan dalam laporan itu, ia menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatkan oleh Tan Sri Ambrin Buang terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan, selain butiran pemindahan dana berkenaan.
Kerana disebut sulit, banyak pihak mahu mengetahuinya. Namun jangan cari penyakit kerana 'yang sulit tetap sulit'.
Bagaimanapun, Sarawak Report mendakwa ia telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu.

Bagaimana ia mendapat akses sedemikian? Siapa yang mendedahkannya?
Atau apakah Sarawak Report sengaja mahu 'memanaskan kembali' isu ini apabila semakin hampir kepada kes pertikaian antara International Petroleum Company (IPIC)  dan 1MDB di London 11 Julai ini yang dilihat 'tidak akan mendatang kesan besar kepada 1MDB'?
Sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB  dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi AS$6.5 bilion 11 Julai ini.
IPIC dilaporkan akan  memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) 11 Julai ini namun 1MDB sudah memberikan jaminan, tiada apa yang besar akan berlaku. Ini kes biasa sahaja.
Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai akses kepada laporan itu.
Berikutan itu, ahli parlimen pembangkang mempersoal ketiadaan dokumen laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB itu,  walaupun laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan 7 April lalu.

Ahli Parlimen pembangkang pada sidang media di Parlimen.
Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, seharusnya dokumen berkaitan 1MDB disertakan memandangkan siasatan ke atasnya sudah berakhir dan tidak perlu dikelaskan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi.

Beliau kecewa  kerana satu lagi dokumen yang dinanti-nantikan iaitu laporan daripada Ketua Audit Negara berhubung 1MDB tidak disekalikan dalam laporan PAC.


Beliau menggesa Ketua Audit Negara memberikan satu tempoh masa bagi dokumen 1MDB tidak lagi dikelaskan di bawah OSA supaya semua ahli parlimen mendapat maklumat mengenainya.

"Saban tahun kita mendapat semua laporan daripada Ketua Audit bukan sahaja syarikat GLC atau jabatan-jabatan tanpa ada klasifikasi tapi dalam isu ini agak memeranjatkan kerana ia dilabelkan di bawah OSA.
"Kita mendesak Ketua Audit Negara memberikan tempoh masa sama ada seminggu, dua minggu atau tiga minggu untuk dokumen ini didedahkan kerana ia hak ahli parlimen untuk mengetahui sebelum sesi parlimen berakhir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen pada hari berkenaan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan ketiadaan laporan 1MDB adalah bagi menyelamatkan individu tertentu.

"Mungkin ketua audit negara ingin mengelakkan beberapa isu yang bersabit dengan individu tertentu tapi tindakan sebegini menambahkan lagi andaian negatif dan rasa tidak yakin rakyat dan mereka menganggap semeangnya berlaku penyelewengan. 

"Niat ketua audit untuk membantu menutup perkara teetrntu tak membantu. Rakyat terus akan rasa ada penyelewengan dan rasuah dan sebagainya," katanya.
Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR menerbitkan bahagian tertentu  mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini yang menyebabkan beliau didakwa kerana  memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNO

Posted: 07 Jul 2016 05:38 PM PDT


Shafie Apdal enggan kembali kepada UMNOSEMPORNA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Sebaliknya, bekas naib presiden UMNO ini akan meneruskan perjuangan sekadar yang termampu.

Shafie juga menegaskan bahawa beliau seharusnya disiasat dahulu dan bukan terus dihukum dengan digantung parti.

"Kami masih bersahabat dalam UMNO, u-turn tu tak bangkit langsung ya … saya akan teruskan perjuangan saya apa yang saya mampu, mereka telah menghukum saya digantung dahulu baharu siasat.

Menurut Shafie, ia satu perbuatan yang tidak seharusnya berlaku dalam UMNO.

"Siasatlah dahulu baharulah hukum, kalau saya dapat membela diri saya, saya akan terangkan.

Beliau turut berkata, dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tentang video yang menunjukkan beliau dengan pembangkang adalah tidak sahih.

"Sila tunjuk video itu, adakah saya cakap jangan undi UMNO. Saya boleh bangkit bahawa saya persoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saya digugurkan dalam kabinet kerana 1MDB itu saya boleh terima, tetapi dalam UMNO, membesarkan parti itu bukan semestinya kita perlu taat pada Presiden," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis: Motif pembunuhan Bill Kayong tidak akan didedah

Posted: 07 Jul 2016 05:34 PM PDT


Bill SayongBill Sayong
KUCHING: Polis tidak akan mendedahkan motif di sebalik pembunuhan aktivis PKR Bill Kayong kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata beberapa tindakan masih lagi perlu diambil untuk melengkapkan siasatan sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya, lapor Borneo Post.
"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan hasil siasatan kami, seperti motif pembunuhan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan proses perbicaraan di mahkamah nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, kelmarin.
Selain itu beliau turut ditanya sama ada enam suspek yang ditahan sebelum ini hanya sebagai pembunuh upahan dan siapakah dalang di sebalik insiden tersebut.
"Seperti apa yang saya telah katakan, saya tidak dapat mendedahkan apa-apa buat masa sekarang kerana siasatan masih dijalankan dan kami tidak akan menghentikan siasatan sehingga kami berpuas hati bahawa kami sudah mengambil setiap langkah yang ada." katanya.
Sementara itu, Mazlan turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan secara menyeluruh mengenai pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkaitan pengganas.
"Orang ramai mesti juga berwaspada dan segera memaklumkan kepada polis jika mereka mengesan sebarang kegiatan yang mencurigakan," katanya.

Leaked: Sarawak Report tells why audit report is classified

Posted: 07 Jul 2016 05:33 PM PDT


Sarawak ReportSarawak Report
Chaos, confusion, ever-changing excuses and a total loss of a whopping US$7 billion (RM28 billion) - these are what whistleblower site Sarawak Report said it found out after reading through the classified auditor-general's report on 1MDB.
"A grand total of US$7 billion is calculated as having gone missing and conflicting and unbelievable explanations were given about why the payments were made," Sarawak Report said.
It said the AG, Tan Sri Ambrin Buang, also lamented that during the investigation, 1MDB management would keep changing their explanations over payments amounting to multi-billion dollars, giving a story on one occasion "and then completely re-write their own version of events the next time they met".
Sarawak Report said a scrutiny of the audit report would only lead to the conclusion that 1MDB was plainly a front for the prime minister to siphone out money.
"No one could conclude otherwise from the narrative and criticism laid out in the AG's 300 page plus report and analysis," it added.
The report, it said, also had a chart listing payments which the AG's department found to be unsatisfactory, totalling US$7 billion.
They include the US$1.4 billion security deposit to Aabar, which the Abu Dhabi firm said it had never received.
"Our review has made it abundantly clear why Najib decided that the findings could not be released, since he wishes to remain Prime Minister – after all he is also the Finance Minister and sole shareholder responsible for decision-making at 1MDB and the conclusions are damning," said Sarawak Report.

Selamatkah lapangan terbang di Malaysia?

Posted: 07 Jul 2016 04:56 PM PDT

Sundramoorthy berpendapat, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai piawaian antarabangsa.
Dr-P-Sundramoorthy
PETALING JAYA: Setiap kali menjelang musim perayaan, lapangan terbang antarabangsa lokasi dipenuhi orang ramai khasnya pelancong asing.
Bagaimanapun, dengan amaran yang dikeluarkan kumpulan pengganas seperti IS, sejauh manakah lapangan terbang antarabangsa di negara ini selamat?
Pakar kaji jenayah, Prof Madya Dr P Sundramoorthy berkata, walaupun tahap keselamatan di lapangan terbang Malaysia adalah "baik", masih banyak yang perlu dilakukan jika dibandingkan dengan piawaian antarabangsa.
"Ini kerana kumpulan pengganas selalunya menyasarkan angka korban dan cedera yang maksimum serta kesan dan kerosakan terbesar.
"Lokasi terbaik untuk mencapai sasaran itu tak lain tak bukan ialah lapangan terbang antarabangsa.
"Ia adalah satu daripada sasaran utama kumpulan pengganas disebabkan pengunjung yang ramai dan berbeza-beza.
"Bukan sahaja ada orang tempatan di sana, tetapi pengunjung antarabangsa juga," kata pensyarah kriminologi di Universiti Sains Malaysia (USM) itu kepada FMT.
Beliau memberi contoh Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di mana pihak berkuasa melakukan pemeriksaan rawak ke atas pengunjung di pintu masuk, selain langkah keselamatan ketat lain yang sedang dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Konsep negara Al-Amin mampu pulihkan krisis negara

Posted: 07 Jul 2016 04:47 PM PDT


Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.Rakyat mengimpikan negara yang makmur harmoni dan bebas rasuah.
Dalam usaha memulihkan krisis yang melanda negara sehingga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, Pemuda Amanah Nasional menggagaskan konsep 'Negara Al-Amin' yang mengutamakan nilai dan prinsip amanah termasuk urustadbir yang baik (good governance), integriti dan akauntabiliti.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, Konsep 'Negara Al-Amin' adalah satu reformasi sistem negara ke arah pembinaan sebuah negara yang maju dan makmur dengan pembentukan masyarakat madani.
"Negara hari ini dilanda krisis pemerintahan yang parah dengan pelbagai skandal rasuah, pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa pemerintah Umno dan BN sedang mengancam keamanan dan kebajikan rakyat.
"Rakyat hari ini tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, kos pengangkutan awam, tol dan pelbagai perkhidmatan sosial.
"Kesan keperitan hidup akibat pelaksanaan GST benar-benar dirasai oleh setiap segmen masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegur cara kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan bajet negara apabila bajet pendidikan dipotong tetapi tidak bajet Jabatan Perdana Menteri.
Kejatuhan harga mentah komoditi termasuk getah pula, tambah beliau gagal ditangani kerajaan bagi membantu rakyat miskin.
Keadaan yang berlaku hari ini, ujarnya cukup membebankan rakyat apabila pengangguran masih tinggi manakala pendapatan rakyat yang bekerja pula terutama kelompok B40 tidak mampu menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.
Beliau menegaskan kesusahan yang dialami rakyat disumbangkan oleh pemimpin kerajaan yang boros dan korup dengan hutang negara meningkat kepada RM800 bilion yang akhirnya dibebankan ke atas rakyat.
Sehubungan itu, jelas Faiz kerajaan terpaksa bergantung kepada GST dan mengurangkan bajet terhadap sektor kebajikan rakyat bagi menampung perbelanjaan negara.
"Skandal 1MDB menyaksikan syarikat milik negara ini berhutang lebih RM50 bilion yang dijamin oleh bon-bon kerajaan.
"Tiada pendakwaan terhadap salahlaku  Perdana Menteri merompak wang negara melalui kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya yang merupakan salahguna kuasa yang serius.
"Maka, tidak hairanlah negara direkodkan sebagai negera kedua paling korup di dunia.
Bukan sahaja korupsi menguasai pihak eksekutif, malahan pegawai-pegawai kerajaan juga terlibat dengan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah," kesal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

NEGARA KEHILANGAN USD 6.87 B - RAJA-RAJA PERLU TAKLIMAT KHAS KETUA AUDIT NEGARA

Posted: 07 Jul 2016 04:42 PM PDT

Foto Husam Musa. Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report(SR).
Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.
Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan Ketua Audit Negara itu.
Laporan Ketua Audit menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!
Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion!
Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini.
Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah?
Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?
Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?
Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.
Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup.
Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016

INILAH MALAYSIA KU...

Posted: 07 Jul 2016 04:39 PM PDT

Jika melibatkan media/ wartawan, mereka akan diambil tindakan tegas..

TETAPI.. Jika melibatkan PM Najib (kenyataan menyokong keberanian pengganas ISIL) hingga kini Ketua Polis Negara terus membisu..KENAPA !!!

ADAKAH FAKTA INI berani didedahkan oleh pemimpin2 Umno terhadap ahli2nya ??!!

Posted: 07 Jul 2016 04:37 PM PDT

TAHUKAH ANDA selama 28 tahun rakyat M'sia amnya & pemakan dedak Umno khususnya telah ditipu dgn jayanya oleh pemimpin2 Umno bhw umur Umno skrg BUKANNYA 70 TAHUN TETAPI HANYA 28 TAHUN SAHAJA kerana parti Umno 'asal' TELAH DIHARAMKAN pada 28 tahun yang lalu !!!

KENAPA NAK SEMBUNYI & SELEWENGKAN FAKTA UMUR UMNO SEKARANG !!!

APA KELEBIHAN MEREKA INI ??

Posted: 07 Jul 2016 04:30 PM PDT


Begitukah cara umat Islam diajar berdakwah ??

Posted: 07 Jul 2016 04:28 PM PDT

Setelah kau hentam & kafirharbikan mereka. Setelah kau cemari Islam dengan melabel secara nafsu dan melulu terhadap DAP, sekarang kamu ajak mereka memeluk Islam..??

BILA DAH KANTOI... mulalah nak putar alam beri pelbagai alasan lain pula...

Tak pernah terjadi sedemikian dlm sejarah negara !!!

Posted: 07 Jul 2016 04:27 PM PDT

KENAPA kawalan ketat di Majlis Rumah Terbuka Najib (SEHINGGA DUA KALI PEMERIKSAAN KESELAMATAN) sedangkan di Majlis Rumah Terbuka Agong tiada pula dibuat sedemikian ??

Keselamatan nyawa siapa LEBIH UTAMA, Perdana Menteri atau YDP Agong ??!!

NAJIB TAKUT APA ??!!..
Rasuah, skandal kewangan dan penggubahan wang haram.. TAK TAKUT PULA DENGAN ALLAH !!

ANTARA NAJIB DAN GUAN ENG DALAM SEMBANG2 HARI RAYA

Posted: 07 Jul 2016 05:54 AM PDT

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, di samping ketupat, lemang dan pelbagai jenis juadah yang terhidang di depan mata, isu berkaitan Najib Razak dan Lim Guan Eng hampir tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbualan apabila berjumpa saudara-mara dan kawan-kawan.

Disebabkan isu Najib dan Guan Eng itu, pertanyaan mengenai keluarga dan anak-anak sudah menjadi topik terkebelakang atau langsung terlupa untuk ditanyakan.

Seorang dibersihkan namanya dan seorang lagi didakwa, tetapi masih ramai yang membuat perbandingan antara kedua-duanya. Antara intipati perbandingan yang kedengaran sambil menyambut Hari Raya ialah:-

Najib

- Dipersoalkan mengenai kesnya yang disiasat SPRM tetapi laporannya bukan saja telah dianggap tiada kes oleh Peguam Negara, malah diarahkan untuk dihentikan siasatan secara serta-merta.

- SPRM dilaporkan kecewa dengan penolakan itu kerana ia dianggap kes yang "straightforward" dan ingin mengemukakan rayuan. Ramai yang tidak tahu apa kesudahannya, sama ada rayuan sudah dibuat atau "tutup cerita", tup-tup yang menjadi tajuk berita ialah dua pegawai tertingginya bakal "dibersarakan".

- Najib diasak berundur daripada jawatannya kerana kepimpinan dan namanya yang sudah tercemar ke seluruh dunia, dianggap telah merosakkan negara.

- Mereka yang sayangkan UMNO mahu Najib berundur kerana bimbang akan kalah pilihanraya dan mereka yang menentang UMNO juga sepakat dengannya kerana percaya lebih banyak kemudaratan kepada rakyat jika beliau lebih lama dipersada kuasa.

- Meski tidak didakwa di mahkamah, sudah dibersihkan dan mungkin akan terus selamat selagi BN berkuasa,  Najib tetap dilihat rakyat sebagai "kotor"' dengan palitan terhadap rasuah, skandal kewangan dan  penggubahan wang haram.
Read More / Baca Lagi >>

Penurunan kuasa pusat kepada Sarawak dijangka pada Mac 2017

Posted: 07 Jul 2016 05:04 AM PDT


Adenan SatemAdenan SatemKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjangka rundingan berhubung penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri selesai menjelang akhir tahun.
"Ini melibatkan rundingan yang sangat rumit, Saya tidak menjangka keputusan dicapai lebih awal tetapi saya fikir sesuatu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.
"Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini," kata beliau pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di Kuching hari ini.
Ketika ditanya apakah kedua-dua keputusan itu, Adenan berkata ia berkaitan penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.
Pada Isnin (4 Julai), beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Adenan berkata beliau sangat gembira kerajaan persekutuan memberi sambutan positif semasa mesyuarat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya beritahu Najib: Kalau pindahkan saya, saya bersara’ - Ahmad Husni

Posted: 07 Jul 2016 05:00 AM PDT

Ahmad Husni menegaskan beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti dan peletakan jawatannya dalam Kabinet serta Umno tiada kaitan dengan isu 1MDB.
ahmad-husni_putrajaya_6001
IPOH: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara tetapi saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
"Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam hari ini.
Ahmad Husni berkata, beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun lalu sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet yang disusuli dengan peletakan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri serta bahagian dan beliau hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Tambun.
Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.
"Tetapi, Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain.
"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.
"Saya percaya di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.
Ahmad Husni turut menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan Umno tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak… 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu ada masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kedutaan AS nasihat rakyatnya berhati-hati di Malaysia

Posted: 07 Jul 2016 04:07 AM PDT

Kedutaan AS bagaimanapun mengaku tidak mengetahui sebarang ancaman khusus pengganas ke atas rakyat Amerika di Malaysia.
movida_us_isis_600
PETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan rakyatnya yang berada di Malaysia supaya berwaspada terhadap keselamatan diri susulan serangan berkaitan IS ke atas sebuah pusat hiburan di Puchong minggu lalu.
Kedutaan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan pengganas pada masa lalu merancang melancarkan serangan seiring tarikh penting dalam kalendar.
Bagaimanapun, ia mengaku tidak mengetahui sebarang ancaman khusus pengganas ke atas rakyat Amerika Syarikat di Malaysia.
"Rakyat Amerika perlu sentiasa berhati-hati setiap masa ketika melancong.
"Rakyat Amerika di luar negara mungkin disasarkan kumpulan-kumpulan pelampau tidak kira di negara mana mereka berada," menurut kenyataan itu.
Kedutaan itu turut menggesa rakyatnya mengkaji semula pelan keselamatan peribadi, sentiasa berwaspada terhadap persekitaran mereka dan mendapatkan maklumat terkini melalui media tempatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan letupan bom di pusat hiburan Movida di Puchong bulan lalu adalah serangan pertama IS di negara ini.
Serangan pada awal pagi 28 Jun lalu itu mencederakan lapan pengunjung yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016 di bahagian luar premis berkenaan.
IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas tempat-tempat yang menggalakkan aktiviti maksiat pada bulan Ramadan.
Susulan itu, dua lelaki ditahan pada 1 Julai lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang yang disyaki bertanggungjawab melontar bom tangan ke premis itu, manakala seorang lagi suspek berusia 33 tahun, Jasanizam Rosni dilaporkan ditahan di sekitar Batu Pahat, Johor pada petang kelmarin.
Seorang lagi suspek diburu polis, Md Saifuddin Muji, 28, yang dipercayai bersubahat melancarkan serangan ke atas pusat hiburan Movida minggu lalu, dipercayai masih berada di selatan Semenanjung dan dia dikatakan membawa bersamanya bom tangan.

Ahmad Husni jelaskan mengapa beliau bersara

Posted: 07 Jul 2016 03:52 AM PDT

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain.
"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.
Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di Ipoh.
Ahmad Husni berkata beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet. Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.
Jawatan Menteri Kewangan Kedua kini disandang Datuk Johari Abdul Ghani.
Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.
"Tetapi Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain," katanya.
"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.
Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.
Tiada kaitan 1MDB
Ahmad Husni turut menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan Umno tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak... 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.
"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah 1MDB adalah satu perniagaan besar dan "kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".
"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.
"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.
Amalkan integriti
Ahmad Husni berkata setakat ini, beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.
"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan merupakan perkara terakhir iaitu sebagai Anggota Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

6 ditahan dalam kes 2 mati ditetak parang di Publika

Posted: 07 Jul 2016 03:48 AM PDT

Enam lelaki berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi.
Destiny_polis_600
KUALA LUMPUR: Enam suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tiga mangsa diserang dengan parang di luar Pub Destiny di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas semalam.
Menurut sumber, enam lelaki berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi.
Jelasnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam Rabu apabila seorang daripada mangsa yang duduk di luar pub itu diserang beberapa lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang yang keluar dari dua kereta.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang daripada suspek menyerang mangsa manakala yang lain berlari ke dalam pub itu yang tidak mempunyai CCTV," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa korban dikenal pasti sebagai M Mogan, 21, dan R Mythurai, 23, manakala seorang lagi lelaki yang parah dan dalam keadaan kritikal sedang dirawat di Hospital kuala Lumpur.
Semua suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa kami biaya anda, amaran LGE kepada Institut Pulau Pinang

Posted: 07 Jul 2016 03:47 AM PDT

Guan Eng mahu badan pemikir itu meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan baik sambil menaikkan imejnya.
lim-guan-eng_penang_institute_600
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Institut Pulau Pinang supaya tidak mencemarkan imej kerajaan negeri yang membiayai badan pemikir negeri itu.
Beliau berkata, ahli institut itu "perlu ingat anda bekerja untuk institut yang dibiayai kerajaan negeri".
"Jangan lupa anda adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan anda tidak wajar dilihat sebagai mencemar imej kerajaan negeri.
"Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam perkara prinsip asas sedemikian kerana kami membiayai anda."
Video ucapan ketua menteri yang dibuat pada pelancaran awal bangunan pejabat baru Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lalu itu dimuat naik ke YouTube.
Guan Eng yang menghadapi dua tuduhan rasuah berkata, beliau mahu badan pemikir itu meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan baik sambil menaikkan imejnya.
Setiausaha Agung DAP itu berkata: "Saya faham bila anda kata seseorang itu tidak sepatutnya menggigit tangan orang yang memberinya makan. Tetapi saya kira anda harus berinya peluang untuk menyalak (bersuara) sedikit," katanya.
Kenyataan beliau menggunakan istilah 'menggigit' dan 'menyalak' dilihat sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.
Tetapi, Guan Eng sebagaimana dilaporkan portal berita menafikannya dan berkata penggunaan istilah 'anjing' tidak bermaksud menghina mereka.
Beliau berkata, dunia Barat menganggap anjing sebagai makhluk yang disayangi tetapi keadaan sebaliknya di negara Timur.
Institut Pulau Pinang adalah badan pemikir dasar awam berhubung soal sosio-ekonomi dan alam sekitar kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1997.

Tangkap, bebas, tangkap semula: Kali keenam buat Sanjeevan

Posted: 07 Jul 2016 01:29 AM PDT

Zakir Naik: Saya tidak galakkan keganasan

Posted: 07 Jul 2016 01:29 AM PDT

Suspek kelapan kes bunuh Bill Kayong diberkas

Posted: 07 Jul 2016 01:27 AM PDT

Suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, Miri.
dev_kumar_polis
MIRI: Pasukan petugas khas polis memberkas suspek kelapan berkaitan siasatan kes Setiausaha Cabang PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, di sini.
"Pasukan petugas percaya suspek ini dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan itu, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman, kata Dev Kumar dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sejak pasukan petugas itu dibentuk selepas kes pembunuhan itu, lapan suspek ditahan setakat ini dengan tujuh suspek masih dalam tahanan termasuk yang ditahan malam tadi.
Seorang daripada lapan suspek itu telah dibebaskan selepas permohonan untuk tahanan remannya ditolak oleh Mahkamah Majistret Miri.
Beliau berkata pasukan penyiasat itu akan memohon lanjutan tahanan reman bagi enam suspek yang diberkas pada awalnya kerana siasatan masih belum lagi selesai.

Serangan Dhaka: Bangladesh, India siasat Zakir Naik

Posted: 07 Jul 2016 01:26 AM PDT

Rohan Imtiaz dan Nibras Islam mengaku tindakan mereka diinspirasikan ajaran radikal Zakir dan merupakan pengikut "setia" Zakir di Facebook dan Peace Television Channel.
Hasanul-Haque-Inu-zakir
DHAKA: Bangladesh dan India sedang menyiasat pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik berhubung serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka, Jumaat lalu.
Menteri Penerangan Bangladesh, Hassanul Haq Inu berkata, pakar perundangan sedang mengkaji ceramah serta khutbah Zakir sebelum mengambil tindakan jika ia didapati "menggalakkan" keganasan.
Menurutnya, ia susulan pengakuan dua pengganas IS disyaki, Rohan Imtiaz dan Nibras Islam yang tindakan mereka diinspirasikan ajaran radikal Zakir dan merupakan pengikut "setia" Zakir di Facebook dan Peace Television Channel.
Dua pemuda itu terbabit dalam serangan di Holey Artisan Bakery di Dhaka yang meragut 22 nyawa, Jumaat lalu.
Akhbar Bangladesh, Daily Star melaporkan Rohan yang merupakan anak kepada seorang ahli politik dalam parti pemerintah Liga Awami memuat naik satu propaganda memetik Zakir ke Facebook tahun lalu.
"Selama beberapa bulan, ramai alim, ulama dan maulana membuat laporan kepada kementerian saya yang interpretasi Islam Dr Zakir Naik tidak sama dengan al-Quran dan Hadith. Jadi, kami sedang mengkaji kandungannya sekarang.
"Interpretasi Islam dalam cara yang salah boleh mempengaruhi anak muda dan…menggalakkan keganasan. Itu sebabnya sudut (interpretasi) Zakir akan dikaji," kata Hassanul kepada Times Now.
The Hindustan Times pula memetik Hassanul sebagai berkata: "Saya turut meminta kerajaan dan Menteri Penerangan India mengkaji konteks ajaran Zakir.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju berkata, ceramah Zakir adalah "perkara yang membimbangkan kami."
Jelasnya, agensi keselamatan India sedang menyiasat dan meneliti ceramah Zakir.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:05 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Netizen kecam mesej raya tema Amerika wakil rakyat DAP

Posted: 07 Jul 2016 08:43 AM PDT

 
Ucapan raya Kor Ming disertakan gambar sebuah rumah api yang berlatarbelakangkan bendera Amerika di Facebooknya.


Nga-Kor-Ming


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Taiping DAP, Nga Kor Ming menjadi sasaran netizen di negara ini susulan ucapan Hari Raya Aidilfitri bertemakan Amerika yang dimuat naik ke Facebooknya.

Imej yang tertera pengepala rasmi ahli Parlimen Taiping itu disertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan "In God We Trust" serta "Lord, Guide Our Nation Back To You" dan emotikon tangan berdoa.

Ia turut disertakan keterangan gambar: "We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya."

Gambar rumah api itu seperti diambil melalui laman web DrJamesDobson.org yang merupakan pengasas organisasi konservatif Kristia Amerika, Focus On The Family.

Disebabkan itu, netizen mengecam tindakan Kor Ming menggunakan gambar bendera Amerika dalam mesej rayanya dan melabelkannya sebagai 'tidak sensitif' dan 'bodoh'.

"Pergi belajar macam mana rupa bendera Malaysia. Anda mahu ucap selamat Hari Raya kepada umat Islam, tetapi anda terlalu bodoh. Tidak tahu sama ada anda buta atau memang bodoh," kata pengguna Facebook, Rocky Tan.

"Nga Kor Ming dan Donald Trumph berpisah tiada," kata pengguna Facebook, Wen Huey Kelly Fong.

"Aiyo YB, pereka grafik punya la ramai, sekurang-kurangnya sunting dan ubah bendera Amerika itu kepada bendera kita sendiri," tulis pengguna Facebook, Faidhi Fahmi.

"Saya berdoa supaya dia boleh hidup di neraka selama-lamanya," tulis pengguna Facebook, Mohd Nazri Ismail.

"Memang malas. Ini cuti umum terbesa di Malaysia…Dan ini apa yang kami dapat? Ini memang kerja malas potong dan tampal. Tidak hormat langsung," tulis Man Syah.

Bagaimanapun, pengguna Facebook, Yaqazah Umirta Al-Kisasi memaafkan dan mendoakan Tuhan "membimbing Nga Kor Ming kepada Islam dan membersihkan fikiran yang rosak".

6 ditahan dalam kes 2 mati ditetak parang di Publika

Posted: 07 Jul 2016 08:36 AM PDT

 
Siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan dendam dan dipercayai ada kaitan dengan sambutan hari jadi yang diadakan di pub itu tidak lama dahulu.


Destiny_polis_600


KUALA LUMPUR: Enam suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tiga mangsa diserang dengan parang di luar Pub Destiny di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy yang dipetik Oriental Daily sebagai berkata, tiga jam selepas kejadian itu, enam lelaki berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan di sekitar Sentul dan mereka akan direman seminggu untuk membantu siasatan.

Jelasnya, polis menerima panggilan kira-kira jam 11 malam Rabu daripada orang awam memaklumkan ternampak seorang lelaki ditetak seorang penyerang berparang.

"Setiba di tempat kejadian, polis menemui dua lelaki dan seorang wanita cedera ditetak dengan tangan kanan mangsa wanita terputus," katanya.

Munusamy yang dipetik Bernama pula berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan enam lelaki bertopeng tiba dengan dua kereta dan menyerang deejay S Mogan, 21; juruwang wanita R Mythurai, 23, serta seorang lagi deejay dikenali sebagai Allen yang duduk di kaki lima pub itu.

Jelasnya, Mogan dan Mythurai yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak, mati ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Allen yang dirawat di hospital kerana kecederaan sama, dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Munusamy berkata, seorang daripada lelaki itu mula menyerang Mogan yang duduk di kaki lima pub dengan menetaknya berkali-kali sementara rakan sejenayahnya menyerang Mythurai dan Allen.

Bagaimanapun, tiada CCTV dipasang dalam pub dan setakat ini tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan dendam dan dipercayai ada kaitan dengan sambutan hari jadi yang diadakan di pub itu tidak lama dahulu.

Dalam majlis itu, tiga daripada suspek dikatakan bertengkar dengan beberapa jemputan sebelum pergaduhan tercetus.

Pihak pengurusan pub membuat laporan polis susulan kejadian itu dan seorang daripada suspek terbabit didakwa sementara dua lagi dibebaskan selepas disoal siasat.

Malam tadi, ketiga-tiga mereka adalah antara enam penyerang yang kembali ke pub tersebut kerana dipercayai untuk membalas dendam.

Penurunan kuasa pusat kepada Sarawak dijangka pada Mac

Posted: 07 Jul 2016 08:27 AM PDT

BERNAMA
 
 
Adenan SatemAdenan SatemKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjangka rundingan berhubung penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri selesai menjelang akhir tahun.

"Ini melibatkan rundingan yang sangat rumit, Saya tidak menjangka keputusan dicapai lebih awal tetapi saya fikir sesuatu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

"Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini," kata beliau pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di Kuching hari ini.

Ketika ditanya apakah kedua-dua keputusan itu, Adenan berkata ia berkaitan penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.

Pada Isnin (4 Julai), beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Adenan berkata beliau sangat gembira kerajaan persekutuan memberi sambutan positif semasa mesyuarat tersebut.

"Semasa mesyuarat, saya memperincikan keputusan kerajaan Sarawak berhubung isu-isu ini, beliau (Najib) mencadangkan supaya kami menubuhkan jawatankuasa pegawai persekutuan terutama peguam, Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri Sarawak.

Berhubung dengan kepentingan Sarawak dalam jawatankuasa ini, kami akan diwakili oleh Peguam Besar Negeri dan penasihat undang-undang negeri Datuk JC Fong," kata beliau.

Adenan berkata jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan selepas Hari Raya, dan kemudian melaporkan balik kepada Najib dan beliau mengenai hasil mesyuarat.

Saspek kelapan kes bunuh Bill Kayong ditahan

Posted: 07 Jul 2016 08:21 AM PDT

 
 
Bill Anak Kayong
Bill Anak Kayong
 
 
Polis Sarawak menahan saspek kelapan berhubung siasatan kes tembak Setiausaha Cabang PKR Miri, Bill Anak Kayong di persimpangan Jalan di Lutong, Tudan, Miri pada 21 Jun lalu.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam dalam satu kenyataan berkata, saspek itu seorang lelaki berusia 28 tahun itu telah dicekup kira-kira pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau Utara 1, Miri.
 
Dia ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
 
"Dengan penahanan itu, polis percaya saspek dapat memberikan lebih banyak maklumat bagi penemuan baru berhubung kes pembunuhan itu.
 
"Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman," katanya dalam kenyataan tersebut .
 
Katanya, daripada tujuh saspek yang ditangkap sebelum ini, seorang telah dibebaskan selepas permohonan reman polis ke atas saspek itu ditolak di Mahkamah Majistret Miri.
 
"Pasukan penyiasat kes akan memohon melanjutkan perintah reman bagi enam suspek yang ditangkap sebelum ini kerana siasatan belum selesai.
 
"Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan identiti kesemua saspek buat masa ini kerana ia bimbang boleh mengganggu proses siasatan.
 
"Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, yang sedang memantau siasatan ini secara lebih dekat telah memberikan jaminan bahawa tiada saki-baki yang akan tertinggal dalam kes ini.
 
"Polis menyiasat kes ini secara teliti bagi melengkapkan siasatan itu," tegasnya lagi. - MalaysiaGazette
 
 

KTMB tambah laluan terus Butterworth-Padang Besar

Posted: 07 Jul 2016 08:19 AM PDT

Oleh Bernama 
 
 


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah perkhidmatan komuter Butterworth-Padang Besar kepada 28 perjalanan setiap hari sejak 1 Julai lepas berikutan pengguna di koridor utara memberi sambutan amat memberangsangkan.

Presiden KTMB, Lt Kol (B) Datuk Sarbini Tijan berkata, penambahan itu bermakna setiap hari ada 14 perjalanan terus pergi dan 14 perjalanan balik dari kedua-dua destinasi.

"Mulai 1 Julai lepas juga pengguna dibenarkan membawa basikal dalam komuter tanpa caj tambahan. Ini antara usaha KTMB merakyatkan perkhidmatannya seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.

Sarbini berkata, kemudahan itu juga untuk memenuhi kehendak perdana menteri agar pengguna di koridor utara menikmati kemudahan sama seperti pengguna di Lembah Kelang.

Sebelum 1 Julai KTMB cuma mengadakan enam perkhidmatan dari Butterworth ke Padang Besar iaitu tiga perjalanan pergi dan tiga perjalanan balik setiap hari, katanya.

Beliau berkata perkhidmatan itu menggunakan tiga koc set keretapi eletrik yang telah ditambah baik dengan kapasiti 400 orang dan hampir penuh setiap perjalanan.

Menurut Sarbini, pengguna lebih memilih mengguna komuter berbanding bas kerana tambang murah iaitu RM11.40 sahaja dari Butterworth ke Padang Besar selain selamat, cepat (satu jam 30 minit) dan selesa.

"KTMB akan terus memperkasa dengan menambah baik perkhidmatan komuter demi kemudahan pengguna di koridor utara dari semasa ke semasa," katanya dan menambah antaranya menyediakan bas pengantara di semua stesyen komuter bermula 15 Jun lepas.

Katanya, bas-bas pengantara di stesyen besar seperti Arau, Alor Setar, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth, Simpang Empat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping dan Ipoh menyediakan perkhidmatan ke pekan dan bandar-bandar utama setiap negeri.

"Orang ramai boleh meninggalkan kereta mereka di rumah dan mereka yang membawanya tidak perlu bimbang keselamatan kenderaan mereka yang diletakkan di tempat letak kenderaan di stesyen-stesyen ini," kata Sarbini. - MalaysiaGazette


Bas pengantara percuma di semua stesen LRT Ampang & Sri Petaling

Posted: 07 Jul 2016 08:18 AM PDT

 
 
Ravidran pemandu bas Rapid KL mengedarkan risalah pemberitahuan operasi bas ke dalam ibu kota.
Ravidran pemandu bas Rapid KL mengedarkan risalah pemberitahuan operasi bas ke dalam ibu kota.
 
 
Rapid KL menyediakan sebanyak 70 buah bas pengantara percuma berikut penutupan sementara semua stesen LRT di Laluan Ampang dan Sri Petaling pada 7, 8 dan 16 Julai 2016 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT.
 
Prasanara Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan di sini berkata, laluan bas pengantara terbahagi kepada 16 zon untuk melancarkan sistem pengangkutan awam itu.
 
Katanya, kesemua 16 laluan itu akan bemula dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights menuju ke Masjid Jamek dan berakhir di hab Bas Pasar Seni. 
 
Tambang bagi perkhidmatan tiga hari ini adalah percuma.
 
"Mulai 6 pagi tadi pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan bas ini dengan kekerapan frekuensi antara 15 – 30 minit. 
 
"Pengguna yang ingin meneruskan perjalanan ke pusat bandar boleh transit di hentian Masjid Jamek atau Hab Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan dengan LRT Laluan Kelana Jaya," kata Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun dalam kenyataan di sini.
 
Jin Aun menyarankan pengguna supaya merujuk notis laluan bas pengantara di stesen-stesen LRT terlibat atau rujuk pegawai operasi yang bertugas. 
 
"Penutupan sementara LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT yang baru.
 
"Penutupan ini bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 7, 8 dan 16 Julai 2016. 
 
"Bermula 17 Julai kelak, pengguna akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan tren baharu AMY serta tidak perlu lagi menukar tren di stesen Sri Petaling bagi pengguna dari stesen Putra Heights ke Sentul Timur," ujarnya.
 
Perjalanan dari hujung ke hujung bermula di Stesen LRT Putra Heights ke Sentul Timur akan mengambil masa selama 65 minit dengan jarak perjalanan sejauh 37km dengan kadar tambang RM3.50 sehala bagi pengguna kad MyRapid SMART 30.
 
"Kami menggalakan pengguna melayari laman sesawang myrapid.com.my atau ikuti kami di media sosial untuk mendapatkan informasi terkini mengenai penutupan sementara ini," jelasnya lagi. - MalaysiaGazette
 
 

Dua mati, seorang parah ditetak di pusat hiburan

Posted: 07 Jul 2016 08:13 AM PDT

 
 
Mangsa parah akibat tetakan dalam keadaan tidak sedar diri dalam kejadian di pub Solaris Dutamas semalam.
Mangsa parah akibat tetakan dalam keadaan tidak sedar diri dalam kejadian di pub Solaris Dutamas semalam.
 
 
Dua orang pengunjung termasuk seorang wanita terbunuh manakala seorang lagi parah akibat ditetak menggunakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Solaris Dutamas malam tadi.
 
Kejadian dikatakan kira-kira pukul 11 malam apabila mangsa ketiga duduk di luar pusat hiburan Pub Destiny, Publika Solaris Dutamas.
 
Kedua-dua mangsa yang terbunuh dikenali pasti identitinya sebagai M.Mogan, 21, yang tinggal di Flat Sri Kelantan, Jalan Sentul dan wanita berusia 23 tahun bernama R. Mythurai manakala mangsa ketiga yang parah identitinya belum diketahui.
 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Munusamy dalam kenyataan  berkata: "Lebih kurang enam lelaki tiba dan menunjuk ke arah pub tersebut sebelum seorang daripada suspek menujuk ke arah mangsa yang sedang duduk di hadapan kaki lima dan terus menyerang mangsa bertubi-tubi, manakala saspek lain telah masuk ke dalam pub tersebut. 
 
"Kesemua saspek memakai topeng dan bersenjatakan parang. Kejadian berlaku begitu pantas, semua  saspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang sama." 
 
Katanya, keenam-enam saspek berjaya ditangkap dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. 
 
"Mereka yang ditangkap berumur di antara 20 hingga 33 tahun. Kesemua saspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.    
                                                                    
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, diminta berhubung dengan pihak polis di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," ujarnya lagi. 


Halau wartawan dari rumah terbuka PM mendukacitakan, kata Amanah

Posted: 07 Jul 2016 02:27 AM PDT

BORHAN AHMAD


Jurukamera Malaysiakini dihalau dari rumah terbuka Najib.Jurukamera Malaysiakini dihalau dari rumah terbuka Najib.


Tindakan menghalau wartawan Malaysiakini yang datang untuk meraikan rumah terbuka dan membuat liputan majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam amat mendukacitakan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata, tindakan ini amat mendukacitakan di hari yang mulia ini.

"Ketika kita semua mahu meraikan hari raya, tindakan menghalau pengamal media yang mahu meraikan dan membuat liputan amat mendukacitakan," kata Khalid kepada Malaysia Dateline.

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di hari mulia ini," tambah ahli parlimen Shah Alam itu.

Jurukamera Malaysiakini yang membuat liputan majlis rumah terbuka Perdana Menteri dihalau oleh pihak keselamatan ketika membuat rakaman video Perdana Menteri sedang bersalam dengan orang ramai yang berkunjung ke majlis beliau.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa, Perdana Menteri dan pimpinan negara yang lain antara sasaran serangan militan IS di negara ini.


PAS, Ikatan bakal wujudkan sekretariat bersama - Kadir

Posted: 07 Jul 2016 02:24 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan blok politik ketiga, PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), bercadang menubuhkan sebuah sekretariat bersama tidak lama lagi.
 
Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil berkata, penubuhan itu tertangguh berikutan PAS sibuk dengan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei lalu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.
 
Katanya, sekretariat bersama itu akan menggerakkan beberapa isu berkaitan kerajaan demi kebaikan rakyat negara ini.
 
Kita tidak ada kegiatan sebab pimpinan PAS dan Ikatan sibuk dengan PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jadi kita terpaksa tunggu sehingga selesai PRK ini barulah kita boleh tubuh sekretariat bersama PAS-Ikatan.
 
"Sekretariat akan mula bergerak dengan pelbagai rancangan untuk bekerjasama dengan kerajaan mengenai masalah yang begitu mendesak yang dihadapi oleh rakyat. Waktu muktamarpun ialah ikut program biasa PAS iaitu soal dalaman parti sahaja, memang kita tidak bincang dengan kerjasama, sekretariat pun belum tubuh lagi. 
 
"Sebabnya inilah kita kena tunggu selepas PRK baru kita tubuhkan sekretariat lepas itu baru kita akan giat dengan cergas," katanya kepada Antarapos.
 
Ditanya mengenai langkah 'mesra' Umno-BN yang kini ditunjukkan PAS, Abdul Kadir berkata Ikatan sememangnya menerima pendekatan politik matang dan sejahtera yang kini dicanang oleh PAS.
 
PAS telah pun bertukar strategi sikit sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS yang dipersetujui oleh Dewan Tertinggi PAS, iaitu strategi politik matang dan sejahtera bermakna dia (PAS) tidak mahu hentam kerajaan gila-gila segalanya salah, betul pun salah. 
 
"(PAS) tidak mahu begitu lagi dah. Dia tukar cara dan strategi dia untuk berkhidmat untuk memajukan perjuangan dia, kalau benda yang baik kerajaan buat, dia tetap sokong dan menentang yang tidak baik," jawab bekas Menteri itu.
 
PAS membentuk blok politik ketiga bersama Ikatan pada 16 Mac lalu selepas ia tidak menyertai gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri DAP, PKR serta serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, blok politik ketiga pembangkang itu tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang diamalkan pakatan pembangkang sedia ada.
 
Kerjasama PAS-Ikatan memang sudah dijalin. Ada perjanjian yang ditandatangani oleh Presiden PAS dengan saya. Tapi belum dapat laksanakan sebab sibuk dengan PRN Sarawak dan kini dengan PRK, semua orang faham bahawa kita belum tubuh sekretariat. Saya ada di muktamar bersama dengan PAS," katanya.
 
PAS dalam pada itu mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Ikatan selepas timbul saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar PAS kembali bersama DAP dan parti itu.
 
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti Ikatan mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang tanpa pembabitan bekas sekutunya, DAP.
 
 

Mula dengan kuah pecal, kini 'Masri' jadi pilihan utama pelanggan

Posted: 07 Jul 2016 02:21 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Bermula dengan hanya menjual kuah pecal, kini pasangan Punari Salleh dan Mastura Senon mampu berbangga dengan berdiri megahnya MHP Enterprise yang menjadi pusat sehenti bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
 
Perniagaan yang pada awalnya untuk mencari sumber menyara kehidupan seharian keluarga akhirnya terus berkembang sehingga generasi kedua.
 
Kini, MHP Enteprise diterajui anak sulung pasangan berkenaan, Musleha Punari dengan membawa pelbagai idea baru bagi mengekalkan nama jenama yang dibawa bapanya itu.
 
"Pada permulaannya kita mula dengan penjualan kuah pecal yang diberi nama Masri. Kemudian apabila ayah mula menjualnya di pasar tani, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) nampak bahawa produk itu boleh diketengahkan. Pada permulaannya pembungkusannya ringkas sahaja. Kemudian FAMA sekali lagi merasakan produk itu semua orang boleh makan.
 
"FAMA membantu kami dari segi penjenamaan dan pembungkusan yang menarik. Kami mempunyai jenama Masri untuk pihak kami sendiri dan jenama Agromas yang dipunyai FAMA. Dari situ kami berpeluang produk ini untuk dipasarkan dan FAMA kemudiannya mengedarkan ke kawasan-kawasan yang lebih menyeluruh," katanya membuka bicara dalam temubual bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Sejak mula ditubuhkan pada 1992, MHP Enterprise kini mempunyai lebih 20 produk jenama Masri yang meliputi bahulu cermai, bahulu gulung, bahulu ikan, pelbagai jenis biskut raya dan kerepek-kerepek tradisional.
 
Menurut Musleha, permulaan bagi perniagaan makanan itu hanya dengan menyewa sebuah lot kedai di Sungai Leman, Sekinchan dan ia menjadi pusat pemprosesan makanan dan pusat jualan kepada para pelanggan.
 
Menyedari jenama Masri mula mendapat tempat di kalangan pelanggan dan permintaan yang semakin bertambah, pasangan Punari dan Mastura kemudiannya membuat keputusan untuk membina premis perniagaan sendiri lot kedai yang disewa dengan jumlah pelaburan RM500,000.
 
Wisma Masri, bangunan yang menjadi pusat sehenti pengusahaan industri kecil dan sederhana bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk setempat, malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mendapatkan produk yang dijual di sana.
 
"Kami juga beri ruang kepada pembekal-pembekal yang lain, selain daripada produk yang kami sendiri hasilkan, MHP Enterprise juga mempunyai produk usahawan lain bagi membantu mereka. Umpama sepotong kek, kita bahagikan setiap potongan itu untuk berkongsi rezeki.
 
"Pelanggan yang datang ke sini bukan sahaja dari kawasan berdekatan, 70 peratus pelanggan Masri adalah mereka yang tinggal di kawasan luar dan melalui Sabak Bernam," kata Musleha lagi.
 
Bukan itu sahaja, Wisma Masri menjadi antara lokasi utama di kalangan pelancong tempatan atau luar negara.
 
Menceritakan rutin menjelang hari raya, Musleha memaklumkan sudah menjadi kebiasaan untuk setiap kakitangan syarikat seperti tidak cukup tangan untuk menghasilkan produk-produk makanan mereka.
 
Yang pasti, selain aneka jenis kerepek, kuih bahulu sememangnya menjadi tumpuan utama pelanggan ketika membeli-belah sempena hari raya.
 
"Bahulu yang kami hasilnya rangup di luar, lembut di dalam dan itulah sebenarnya keistimewaan bahulu kampung. Malah kami tidak menggunakan bahan penaik, hanya bahan-bahan asas dengan kaedah pembuatan yang moden.
 
"Kami rasa sudah hasilkan banyak kuih bahulu, siang malam bekerja. Malah menjadi kebiasaan setiap tahun dengan kami tingkatkan jumlah pengeluarannya tetapi tetap tak cukup dan orang masih mencari-cari bahulu kami.
 
"Allah dah beri masa 24 jam, kami bekerja mula 7.30 pagi hingga 5 petang, kemudian sambung pula 5 petang kepada 11 malam, itu pun bahulu yang dihasilkan belum mencukupi.
 
"Pelanggan semakin bertambah, begitu juga permintaan yang sekali datang ke kedai beli dengan jumlah yang banyak. Strategi kami pada minggu pertama dan kedua puasa akan tumpu kepada peniaga. Minggu ketiga dan keempat akan tumpu kepada pelanggan runcit sebab kami tak mahu mereka pula tak dapat bahulu," tambahnya panjang lebar.
 
Malah melalui tinjauan kami juga ke ruang pembuatan bahulu mendapati ketuhar dan mesin tidak henti-henti menghasilkan bahulu dengan para pekerjanya juga sibuk melakukan tugas masing-masing.
 
Kedatangan kami pada awal bulan Ramadhan juga mendapati pelanggan sanggup beratur menunggu bahulu panas yang baru dihasilkan.
 
Melihat kepada keadaan ini, Musleha menyatakan keyakinannya untuk meneruskan perniagaan warisan ini supaya jenama Masri tetap menjadi pilihan pelanggan.
 
"Kami sentiasa berusaha meningkatkan produk kami, selain beri peluang kepada pengusaha IKS yang lain. Tetapi kami akan sentiasa memastikan kelebihan kami melebihi pengusaha IKS yang lain, dengan memberi harga yang berpatutan, layanan yang baik dan mesra. Itulah menjadi sebab mengapa pelanggan merasa senang dan suka untuk datang ke sini," kata Musleha.
 
Selain mampu menarik nafas lega jenama Masri sudah berjaya menembusi pasaran luar negara, syarikat itu juga kini merancang untuk menambah lagi produk IKS lain di pusat jualannya.
 
 

Empat rumah di Kampung Tok Raja, Besut musnah dipukul ribut

Posted: 07 Jul 2016 02:14 AM PDT


ANTARAPOS.COM


Post Pic
JERTIH: Empat kediaman termasuk rumah yang didiami seorang peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) musnah dipukul ribut di Kampung Tok Raja, dekat sini, petang semalam. 
Ketika kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang, semua keluarga terbabit sedang berehat di rumah masing-masing selepas menyambut tetamu yang datang berhari raya. 
Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan hujan lebat berserta angin kencang selama hampir 10 minit yang memusnahkan rumah mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tok Raja, Johari Salleh, berkata angin kencang yang melanda itu tidak lama namun menyebabkan kebanyakan rumah rosak teruk termasuk bumbung tercabut. 
Katanya, kejadian itu juga menyebabkan sebuah rumah PPRT yang didiami ibu tunggal bersama empat anak rosak teruk apabila keseluruhan bumbungnya tercabut diterbangkan angin. 
"Bagaimanapun, tiada laporan berhubung kemalangan jiwa setakat ini.

 
   
Kami sedang berusaha mengenal pasti jumlah kerugian mangsa untuk menyediakan bantuan bagi membaiki kerosakan," katanya ketika ditemui di sini. 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhamad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih, turut melawat mangsa sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu petang semalam. 
Muhamad Pehimi berkata, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada semua mangsa terbabit bagi membolehkan mereka tinggal di rumah berkenaan seperti biasa.

'Saya tidak galakkan keganasan, sila siasat saya,' kata Zakir Naik

Posted: 07 Jul 2016 02:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pendakwah Islam yang diaggap kontroversi Dr Zakir Naik menafikan bahawa ucapannya menggalakkan keganasan dan mengalu-alukan siasatan terhadapnya.
 
Ini susulan laporan bahawa dua daripada pengganas yang terbabit dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka, Bangladesh, adalah pengikut media sosial Zakir, yang berpangkalan di Mumbai, India.
 
"Ini sama sekali tidak logik untuk mengatakan bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya, seperti yang dilaporkan oleh CNN-News18 semalam.
 
"Tidak satu pun agensi penyiasatan mendakwa bahawa Dr Zakir Naik menggalakkan keganasan. Kementerian Dalam Negara amat dialu-alukan untuk meneliti semua ucapan saya.
 
"Saya mempunyai pengikut yang ramai. Saya mungkin menjadi inspirasi kepada mereka tetapi saya tidak mengenali mereka secara peribadi.
 
"Saya bimbang media dan ahli politik kerana mereka mungkin memburukkan imej saya. Ada orang yang menggunakan gambar saya dan salah memetik kata-kata untuk memfitnah saya. Saya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap saya," katanya.
 
Zakir juga menafikan bahawa beliau pernah menggesa semua umat Islam supaya menjadi pengganas, sambil menambah bahawa video di mana beliau didakwa berbuat demikian sebenarnya telah dipalsukan.
 
Begitu juga, beliau berkata video yang disebarkan di media sosial berhubung ucapan kontroversinya mengenai Osama bin Laden, juga telah dipalsukan.
 
Katanya, beliau tidak pernah mengenali Osama dan beliau tidak pernah melabelkan bekas pemimpin al-Qaeda itu sebagai seorang wali mahupun seorang pengganas.
 
"Saya sentiasa berdakwah bahawa umat Islam tidak seharusnya mengancam sesiapa sahaja ... Sesiapa yang membunuh orang, sama ada dia Islam atau bukan Islam, akan masuk neraka.
 
"Saya kata setiap Muslim perlu menjadi pengganas kepada semua unsur anti-sosial. Adalah malang bahawa ada orang mendakwa bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya.
 
Walau bagaimanapun, Menteri Penerangan Bangladesh Hasanul Haq Inu berkata terdapat laporan bahawa dua daripada penyerang mendapat inspirasi daripada Zakir.
 
"Kami sedang berhubungan dengan ulama untuk meneliti ucapan Naik ini. Terdapat aduan terhadapnya di negara ini kerana ucapan kontroversi.
 
"Agensi-agensi menyiasat kami sedang mengkaji semua sudut tetapi saya tidak berada dalam kedudukan untuk mendedahkan segala-galanya pada masa ini," kata menteri itu.
 
Sebelum ini, seorang menteri India, Kiren Rijiju berkata agensi penyiasatan negara itu sedang juga meneliti ucapan Zakir.
 
Sabtu lalu, sekumpulan lelaki bersenjata sambil melaungkan "Allahu Akbar" menyerang sebuah kafe mewah di ibu negara Bangladesh dan membunuh 20 orang.
 
Polis kemudiannya menyerbu bangunan itu dan menyelamatkan 13 tebusan. Dilaporkan bahawa enam lelaki bersenjata terbunuh dalam operasi itu manakala seorang daripada mereka ditawan oleh polis.
 
Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua daripada penyerang itu pernah belajar di Universiti Monash di Sunway, tetapi tidak dapat mengesahkan jika mereka adalah penyerang ataupun mangsa.
 
Universiti Monash juga memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan jika bekas pelajarnya adalah mangsa atau pengganas.
 
 

Sudah lapan tahun PKR gagal tangani banjir di Kajang - MCA Hulu Langat

Posted: 07 Jul 2016 02:05 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KAJANG: Sudah lapan tahun PKR diberi peluang menjaga DUN Kajang, namun hingga kini masalah banjir di kawasan itu masih belum berjaya diselesaikan dengan berkesan.
 
Justeru, Pengerusi MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng meminta pengundi DUN Kajang membuka mata dan menilai adakah tindakan memilih PKR untuk mewakili mereka selama ini satu keputusan yang betul?
 
Masalah banjir ini sejak 2008 dimana PKR ambil kerajaan negeri sejak dari itu sampai sekarang sudah 10 kali lebih banjir serius melanda kawasan Kajang. Tetapi masalah ini masih tidak dapat ditangani, kami mahu (rakyat) kaji balik kerana sudah lapan tahun, bukan dua tahun (dalam pimpinan Wan Azizah).
 
"Masalah yang sama masih tidak dapat ditangani. Saya tidak tahu adakah rancangan yang lebih menyeluruh daripada pihak kerajaan negeri utk menangani banjir ini," dakwa Ban Seng.
 
Menurut, masalah yang dihadapi penduduk di sekitar Kajang kian meruncing setiap kali hujan lebat melanda.
 
Antara kawasan yang teruk dinaiki banjir adalah Sungai Kantan, dan kawasan sepanjang Sungai Langat.
 
Banjir ini melibatkan beberapa sungai antaranya Sungai Langat, dimana sungai kecil akan kumpulkan air hujan daripada parit-parit dan semua akan ke Sungai Langat. 
 
"Kalau Sungai Langat aras airnya tidak dikawal maka sungai kecil pun akan melimpah waktu hujan lebat. Saya rasa sejak beberapa tahun ini, tidak pernah dengan Sungai Langat ini dibersihkan, mendapatnya semakin tinggi jadu waktu hujan sekejap sahaja aras air akan naik. 
 
Sebelum ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat berkata akan membuat kajian pembinaan kolam takungan Sungai Jeluh berhampiran Penjara Kajang bagi mengatasi banjir kilat di Kajang. 
 
Namun sehingga hari ini, tiada perkembangan terkini mengenai status pembinaan kolam berkenaan diberikan kepada pengundi Kajang, kata Ban Seng.
 
"Pihak kerajaan negeri Selangor perlu ambil langkah untuk mengkaji sama ada perlu dibuat satu kolam tadahan air yang lebih besar supaya (apabila) waktu hujan lebat air akan takung sementara dan tidak turun di bandar Kajang dalam masa yang singkat. 
 
"Ini dapat menyelesaikan masalah, tapi saya rasa belum dengar ada apa-apa (perancangan)," kata Ban Seng.
 
Saya rasa rakyat jelata boleh nampak mereka (pembangkang) belum stabil lagi dan belum ada kekuatan untuk memerintah negara," katanya.
 
 

Sarawak Report dedah butiran Audit Negara mengenai 1MDB

Posted: 07 Jul 2016 01:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report telah menerbitkan beberapa kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.

Sarawak Report juga menyediakan butiran pemindahan dana berkenaan. Malaysiakini tidak dapat melaporkan kandungan tersebut kerana sekatan undang-undang.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Pada April lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak untuk membenarkan laporan Audit Negara mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen dengan alasan ia masih belum dinyah-rahsiakan.

"Saya tidak boleh membenarkan dokumen yang diklasifikasikan dibentangkan di Dewan Rakyat. Saya akan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 jika membenarkannya," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Mac lalu.

Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai akses kepada laporan itu.

Dua maut babit tiga kenderaan

Posted: 07 Jul 2016 01:55 AM PDT

Dua maut babit tiga kenderaan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


KOTA TINGGI - Dua maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kilang Sawit Adela, pagi tadi.

Kemalangan membabitkan kereta Toyota Vios, Nissan Grand Livina dan juga Toyota Avanza itu turut menyebabkan lapan yang lain termasuklah seorang kanak-kanak mengalami cedera.

Seramai empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Panawar yang diketuai pegawai operasi, Salaini Oda bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera selepas menerima panggilan pada jam 8.37 pagi.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.18 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan selanjutnya.


Pengawal peribadi: Nik Aziz memang 'simple'

Posted: 07 Jul 2016 01:53 AM PDT

Zakaria Deraman
Zakaria Deraman


TOK Guru Nik Aziz sangat 'simple'. Itu kata-kata yang digambarkan bekas pengawal peribadi, Zakaria Deraman, 62, ketika ditanya pengalamannya bekerja dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 23 tahun.

Zakaria atau lebih mesra dipanggil Abe Ya mengakui Allahyarham tidak banyak kerenah hingga mudah untuknya bekerja dengan bekas Mursyidul Am Pas itu.

"Tok Guru ini orang paling mudah diuruskan, memang tak ada banyak kerenah, tidak menyusahkan. Senang sangat. Tak ada banyak protokol. Tak tahu saya nak guna perkataan apa untuk gambarkan betapa mudahnya kerja dengan dia. Cuma jaga makan minum dia... itu cukup.

"Dia paling lemah lembut tapi tegas. Serupa macam mana kamu lihat di luar. Dia tidak ada herdik orang atau marah naik suara. Jadi, kita tenang dan senang bekerja dengan dia.

"Bila dia dah tak ada ini, saya memang terasa sebab sudah tiada lagi kata-kata dia, ucapan dia. Selama berpuluh tahun ini bekerja untuk Tok Guru, jika bulan Ramadan, hanya lima malam sahaja kami berbuka di rumah. Selebihnya saya bersamanya sehingga hari raya untuk pelbagai program dan jemputan," katanya kepada Sinar Online.

Mengimbau kembali saat pertama kali melangkah masuk ke Galeri Tok Guru, Abe Ya yang juga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya.

Melihat kembali gambar dan barangan peribadi Nik Aziz, Abe Ya akui kesal tidak merakam gambar bersama Allahyarham semasa hayatnya.

"Memang bila fikir balik, sayangnya saya tak rakam gambar bersama beliau dulu. Ada pun gambar saya dengan beliau yang diambil jurugambar-jurugambar," katanya.

Bercerita lagi, Abe Ya berkata, apabila Allahyarham terasa lapar kerana tidak sempat makan tengah hari, Nik Aziz hanya memintanya membelikan roti ataupun pau sahaja.

"Dia makan dalam kereta saja. Tidak pernah dia suruh berhenti di restoran untuk makan.

"Sebelum ini, ingat lagi kalau beliau pergi pilihan raya kecil mana-mana, dia jarang tidur hotel. Dia pilih tidur di madrasah, surau-surau, masjid-masjid tapi akhir-akhir itu (sudah sakit), disediakan hotel lah sebab tahu dia sakit.

"Dia kata, kita iktikaf dapat pahala. Di hotel tidur sedap saja. Kalau ada masa lagi untuk urusan seterusnya pun, dia akan ajak duduk di masjid," katanya.

Sepanjang menjaga keselamatan Nik Aziz, Abe Ya akui ada yang terlalu taksub hingga mahu memeluk dan mencium bekas pemimpin itu.

"Sebab terlalu sayang, ada yang datang nak pegang dia, peluk...jadi, kita leraikanlah. Mereka pun bukan nak buat pelik-pelik, cuma nak lepas gian sahaja untuk peluk tapi tak bolehlah Tok Guru tak sihat. Kalau nak peluk kuat-kuat tak boleh. Tapi mereka fahamlah. Selama saya menjaga dia, tak ada yang nak buat khianat atau sebagainya. Kita pun percaya pada orang yang bertemunya.

"Tok Guru tiada ada sebarang protokol untuk orang mendekati dia. Cuma, kita sendiri akan tengoklah keadaan dan orangnya. Kalau ramai kerumun tak bolehlah. Kalau pengawal peribadi lain tak bagi dekat mungkin bimbang bos mereka dipukul dan sebagainya tapi Tok Guru ini tidak ada lah. Orang nak sayang dia.

"Sampai ada yang kata, 'saya dapat sentuh kereta Tok Guru pun tak apa, puas dah hati saya'. Ada yang harap dapat mencuit baju atau kain dia sahaja pun cukup. Memang ada jumpa orang macam ini," katanya.

Selesa menetap di Pulau Melaka, Abe Ya memilih untuk kekal di sana walaupun tidak lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.

"Walaupun saya sudah tidak lagi bekerja untuk Tok Guru selepas Tok Guru tak ada, saya masih kekal di sini (Pulau Melaka) dan gaint pesan dia hidupkanlah dan jangan tinggalkan ceramah di sini. Saya pun sayang nak tinggalkan sini," katanya.
Katanya, antara pesanan paling diingatinya sejak awal bekerja dengan Nik Aziz ialah solat awal waktu dan berjemaah.

"Apabila masuk waktu solat, dia sedang bertemu dengan orang, dia akan tinggal terus. Orang pun faham. Dia memang begitu. 10 minit sebelum masuk waktu saja, orang dah faham. Dia akan ambil wuduk dan bersedia untuk solat.

"Tok Guru memang utamakan waktu solat. Dia solat awal waktu tidak pernah melewat-lewatkan solat walaupun sibuk macam mana sekali pun. Staf di pejabat pun solat sekali bersama di biliknya," katanya.


Lima sayur lebih baik jika dimasak

Posted: 07 Jul 2016 01:45 AM PDT

SINAR HARIAN
Lima sayur lebih baik jika dimasak
Gambar hiasan
 
 
SAYUR-SAYURAN adalah sangat penting dan baik untuk mengekalkan kesihatan badan, minda dan emosi serta turut menyediakan khasiat buat tubuh manusia.

Selain daripada itu, sayur juga baik untuk kanak-kanak berikutan mengandungi pre-biotik yang merupakan antigen iaitu pemangkin kepada ketahanan badan serta mampu membuatkan mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan lain.

Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran dapat membantu melancarkan proses penghadaman malah turut membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Kebanyakan daripada kita pastinya pernah mendengar bahawa sayur mentah adalah lebih baik berbanding sayur yang dimasak namun begitu ada di antara sayuran yang sihat apabila dimasak kerana ia dapat mencernakan struktur sel dan menjadikan badan lebih mudah untuk menyerap nutrien.

Berikut adalah beberapa jenis sayur-sayuran yang sihat apabila dimasak:
 
1) Lobak merah

Lobak merah adalah sangat baik untuk penglihatan manusia disebabkan oleh kandungan beta karotena yang tinggi. Badan manusia akan mengalami kesukaran untuk mencerna karotena mentah sekiranya lobak merah tidak dimasak.

Namun sebaliknya, jika ia dimasak, lobak merah dapat meningkatkan tahap beta karotena dan menjadikannya lebih mudah untuk di hadam oleh badan.

2) Bayam

Bayam merupakan sayuran yang kaya dengan kalsium, magnesium, lutein dan antioksidan. Pengambilan bayam secara teratur juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah manusia.

Bayam akan memberikan khasiat yang lebih sekiranya ia dimasak kerana dapat membantu badan manusia untuk menyerap serat dengan lebih baik dan cepat.

3) Kale

Kale adalah merupakan sejenis sayuran yang mungkin kurang terkenal di negara ini. Namun, ia adalah sayuran yang sangat dikenali di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun kerana mempunyai kandungi nutrisi sangat tinggi serta lengkap.

Selain itu, Kale juga merupakan sejenis sayuran yang tinggi kandungan kalsium, yang biasanya banyak terdapat dalam susu.

Kale adalah makanan kaya serat dan membantu untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, tetapi apabila dimasak atau dikukus fungsinya sangat berkesan.

4) Cendawan

Cendawan bukan sahaja mempunyai rasa lebih baik apabila dimasak tetapi juga lebih selamat untuk dimakan.

Cendawan mempunyai struktur sel yang sangat kuat dan dengan memasak sayuran ini ia dapat membantu dalam merangka nutrien dan membunuh mana-mana toksin dalam badan manusia.

5) Tomato

Tomato adalah sejenis sayuran yang kaya dengan 'lycopene' iaitu bagi membantu badan manusia untuk melawan penyakit jantung dan kanser.

Walaupun sukar untuk tubuh manusia menyerapnya apabila dimakan mentah, namun 'lycopene' akan lebih mudah diserap jika tomato dimasak. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. – indiatimes


Ancaman IS adalah fenomena baharu

Posted: 07 Jul 2016 01:25 AM PDT

IS
Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Ancaman kumpulan militan IS yang kini dihadapi dunia merupakan satu fenomena baharu dan berbeza dengan ancaman yang pernah dihadapi oleh negara ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ancaman IS atau Daesh merupakan pengalaman dan cabaran baharu kepada negara susulan penggunaan landasan media sosial sebagai kaedah utama untuk merekut anggota serta menyebarkan fahaman ekstremis kumpulan itu.

Katanya Malaysia telah melalui ancaman era kumpulan militan seperti Al Qaeda, Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sedekad lepas tetapi pendekatan IS ada berbeza.

"Fahaman Daesh menular melalui saluran media sosial berbanding kumpulan militan lain sebelum ini," katanya kepada pemberita majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Justeru, katanya, pendekatan kumpulan militan itu mewajarkan Malaysia bertukar pandangan dan maklumat risikan dengan pihak berkuasa Belgium, Perancis, Arab Saudi dan Sri Lanka bagi mengetahui perkembangan terbaru kumpulan itu.

Mengenai serangan bom tangan oleh anggota kumpulan Daesh di Movida Bar & Lounge di Puchong,
Selangor, pada 28 Jun lepas, Hishammuddin berkata kejadian itu tidak boleh dipandang remeh dan pengawasan terhadap kawasan tumpuan ramai perlu dipertingkatkan.

Beliau berkata pihak berkuasa sedang menyiasat serangan yang mencederakan lapan orang awam itu dari segala sudut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan serangan bom tangan di pusat hiburan itu didalangi kumpulan IS atas arahan anggota kumpulan pengganas rakyat Malaysia di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Siasatan awal polis mendapati dua lelaki tempatan yang ditahan pada 1 Julai lepas berhubung insiden itu memperoleh bom tangan itu dari negara jiran.

Hishammuddin berkata tanggungjawab pihak berkuasa adalah untuk memastikan rakyat negara ini tidak dipengaruhi atau mengikut jejak kumpulan IS serta mempunyai pelan tindakan komprehensif bagi mengagalkan rancangan kumpulan itu. - Bernama

Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin

Posted: 07 Jul 2016 01:19 AM PDT


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


PETALING JAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

"Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

"Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎'Tak patut buang Muhyiddin']

Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut  dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

"Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.

"Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Telegram.

Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.


'Saya tak tahu. Ini kali pertama dengar'

Posted: 07 Jul 2016 01:11 AM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


KUALA LUMPUR - Veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengakui tidak mengetahui sebarang gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang didakwa.

"Saya tak tahu. Ini pertama kali saya dengar," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengakui berlaku perbincangan tertutup lebih 100 ketua Umno bahagian seluruh negara sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

Ketika diminta mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li berkata, beliau tiada halangan jika Jamal mampu untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti,

"Jika dia (Jamal) mampu buat, dia boleh buatlah," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin]

Ditanya kesan jika gerakan itu berjaya, ini jawapan Ku Li.

"Penilaian itu kita tengoklah macam mana. Susah nak ulas."

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Telegram.

Laman sosial Johor Bangkit misalnya mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas timbalan perdana menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan adalah untuk membolehkan mereka mempunyai masa untuk mengumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.