Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Bukti! Gambar Macai DAP Dapat T-Shirt Free Sokong Guan Eng

Posted: 03 Jul 2016 06:22 PM PDT

Portal PAS, Tranungkite mendedahkan 'rahsia' perhimpunan sokong DAP semalam:



Tak pasti berapa banyak duit dibelanjakan untuk print baju segera untuk program Walk With Guan Eng. Semua yang hadir dapat baju free selain pelekat dan poster.
















Ini dipenggil perang persepsi yang mana PAS masih lemah lagi sehingga dalam banyak keadaan PAS sentiasa dilihat sebagai orang salah dan DAP berjaya begubah orang salah politik kotornya nampak bersih dimata rakyat.


Padanlah ramai orang pakai baju warna warni. Ingatkan butul-butul pelint itu t-shirt mau sokong TOKONG. 

Yang kita nampak bagi t-shirt, habuan-habuan lain takkan takde kot?


*Untonglah tokey banner dan t-shirt. Dapat kontrak cetak guna 'duit rakyat'.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bukan sekat kebebasan, pindaan akta pastikan Majlis Peguam telus, kata Peguam Negara

Posted: 03 Jul 2016 10:20 PM PDT


Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi AliPeguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali
Keputusan kerajaan meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166) bukan sama sekali bertujuan untuk menyekat kebebasan Majlis Peguam daripada terus mengkritik kerajaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata demikian ketika mengulas dakwaan berkenaan dengan menggunakan pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 tahun lalu sebagai contoh kesungguhan kerajaan.
"Sebagai Peguam Negara, saya amat bersetuju dengan keputusan ini (pindaan Akta 166). Setelah tujuh tahun memegang jawatan pegawai dalam Majlis Peguam, saya cukup faham selok-belok ia beroperasi," ujarnya dalam artikel beliau yang di Berita Harian Ahad semalam.
Menurut Apandi, kerajaan tidak berniat untuk mengawal perjalanan Majlis Peguam sebaliknya mahu badan peguam itu lebih telus dan demokratik berbanding pada masa ini.
"Mempertahankan keadilan tugas mulia, tetapi keadilan untuk siapa?"
"Apakah pendapat Majlis Peguam mewakili sebilangan atau seluruh ahli Bar Malaysia?" soalnya merujuk pada Seksyen 42 (1) (a) dan (d) Akta 166 berkaitan tujuan Bar Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya tidak hairan apabila dimaklumkan terdapat urusan Majlis Peguam dilakukan secara tersembunyi selain wujud ahli Bar Malaysia yang tidak didedahkan dengan perkara tertentu.
Menurutnya, paling menjadi isu dalam Majlis Peguam ialah peruntukan Seksyen 50 (1) Akta 1666 yang menyebut bahawa pemilihan tahunan bagi 12 ahli Majlis Peguam hendaklah dengan undi pos.
"Malang sekali bagi sebuah badan yang menentang penggunaan undi pos dalam sistem pilihan raya negara sebagaimana diperjuangkan oleh Bersih masih menggunakan undi pos dalam pemilihannya sendiri," ujarnya lagi.

Penurunan Kuasa: Adenan jumpa PM hari ini

Posted: 03 Jul 2016 10:09 PM PDT

Antara yang dibincangkan ialah penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
adenan-najib
PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Kenderaan rasmi yang membawa Adenan dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada 9.05 pagi untuk pertemuan itu yang dijadualkan pada 9.30 pagi.
Kenderaan yang dinaiki Adenan kelihatan keluar dari perkarangan Bangunan Perdana Putra pada 10.45 pagi.
Beliau hanya melambai ke arah media yang menunggu sejak 8.30 pagi untuk mendapatkan maklum balas beliau mengenai pertemuan itu.
Pejabat Ketua Menteri ketika dihubungi berkata kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu mungkin akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri semalam, perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu adalah mengenai penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan cadangan-cadangan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Menurut kenyataan itu lagi, Adenan juga menyerahkan dua memorandum kepada Najib mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.
Pada 21 Januari lalu, Adenan yang mengambil alih tampuk kepimpinan Sarawak daripada Tun Abdul Taib Mahmud sejak Februari 2014, menyenaraikan 13 perkara yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dalam penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Apa lah Mufti Harussani ni. Ada ke patut kata PAS macam tu. Tak baik !!!

Posted: 03 Jul 2016 10:01 PM PDT


Dulu Lain… Sekarang Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Nak 'Kahwin…'

Inilah rupa pemimpin BN yg berjiwa rakyat mendahulukan rakyat TANGGUNG BEBAN

Posted: 03 Jul 2016 09:57 PM PDT

FAKTA :
"Pemimpin Yang Bodoh Lahir Dari TANGAN PENGUNDI YANG BODOH"

ANDA kenal golongan yang lima ini ??!!

Posted: 03 Jul 2016 09:56 PM PDT

Sempena hadiah Hari Raya MINYAK NAIK...

Kami nak dengar sendiri komen2 dari rakyat Selangor !!!

Posted: 03 Jul 2016 09:54 PM PDT

TU DIA !!!.. Lps saja dpt 'Tan Sri' terus mendabik dada UMNO yakin tawan semula Selangor dalam PRU-14 nanti...

PRU 14 BAKAL DILAMBATKAN LAGI!!

Posted: 03 Jul 2016 09:39 PM PDT

Dengan tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepadanya.

Di lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN. 

Mendakwa Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah, bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai menambahburukkan lagi keadaan.

Kemudian, tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.

Dengan kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap akan dianggap sebagai wira.

Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah  lagi.

Dan nampaknya, tarikh pilihanraya juga tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini.

Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni

Posted: 03 Jul 2016 09:38 PM PDT

Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menganggap dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan generasi lebih muda, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui mengurus hutang negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kerja Menteri Kewangan II yang begitu rumit.
Selain itu, ujarnya, bidang tugas jawatan dalam "Namun, saya meneruskan perkhidmatan untuk membantu YAB Perdana Menteri, kerajaan dan negara berdepan dengan gelombang ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang pernah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Harvard.
Mengimbas keputusannya berundur daripada Jemaah Menteri, 27 Jun lalu, Ahmad Husni memberitahu pada pagi tersebut beliau meminta pengesahan Najib tentang pertukaran portfolionya dalam rombakan Kabinet yang akan diumum petang itu.
"YAB PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio. Saya memaklumkan kepada YAB PM, bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan.
"Saya ada satu setengah tahun sahaja lagi untuk berkhidmat. Jika saya diberi portfolio lain, tempoh satu setengah tahun tidak mencukupi untuk membolehkan saya berkhidmat dengan efektif," jelasnya dalam catatan yang disiar Berita Harian Ahad semalam.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau pada masa ini berada di fasa ketiga yang dipanggilnya sebagai fasa kematangan selepas fasa belajar dan bekerja.
"Kita tumpu masa melaksanakan amal jariah dan berkongsi ilmu dengan golongan yang berada di Fasa 1 (zaman belajar) dan Fasa 2 (zaman bekerja) ke arah memantapkan kapasiti generasi ini. Fasa ini (kematangan) juga yang akan membawa kita ke akhir hayat," ujarnya.
Berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum menceburi politik pada usia 31 tahun, beliau berkata, penglibatannya itu berlaku secara kebetulan dan didorong atas kesedaran integriti.
"Bolehkah kita bergantung kepada pemimpin yang tiada integriti? Apakah nasib masa depan masyarakat?" soalnya lagi yang pernah bekerja di Coopers & Lybrand, The Chase Manhattan Bank, Asiavest Merchant Bankers dan Bumiputra Merchant Bankers.

Zunar tak setuju Fakkah minta maaf lawak ‘PM = Pencuri’

Posted: 03 Jul 2016 09:35 PM PDT

Sebaliknya, Zunar berkata masalah persepsi yang dihadapi Najib perlu diperbetulkan.
zunar-fakah
PETALING JAYA: Pelawak Singapura Fakkah Fuzz tidak perlu memohon maaf berikutan jenakanya yang menyamakan perkataan "pencuri" dengan perdana menteri, kata kartunis politik Zulkifli Anwar Ulhaque.
Sebaliknya, Zulkifli atau lebih dikenali Zunar berkata masalah utama adalah persepsi terhadap perdana menteri sendiri.
"Jika persepsi terhadap perdana menteri tidak diselesaikan akan ada lebih banyak bentuk sindiran dan kutukan akan dibuat terhadap perdana menteri," katanya kepada FMT.
Menurutnya, apa yang dilakukan Fakkah adalah satira dan bukannya kritikan biasa.
"Dia (Fakkah) perlu terus menghasilkan karya seperti itu. Apa yang dia lakukan itu bukan satu kesalahan. Jadi dia sepatutnya perlu hasilkan lebih banyak karya yang berbentuk sindiran dan satira seperti itu," kata Zunar, yang terkenal dengan karya kartun berupa sindiran terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, kepada FMT.
Fakkah sebelum ini dikecam hebat Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal selepas klip pertunjukannya yang dilihat menyindir Najib menjadi viral.
Dalam klip tersebut, Fakkah membuat perbandingan beberapa istilah Melayu di Singapura dan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Lawak ‘PM = pencuri’ tak kelakar bagi Pemuda Umno Selangor

Posted: 03 Jul 2016 09:34 PM PDT

Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu seperti ditutur di Singapura dan Malaysia.
fakka-fuzz
Shah Alam: Klip video pelawak Singapura Fakkah Fuzz di mana beliau berkata perkataan "pencuri" di Malaysia boleh juga diterjemahkan sebagai "perdana menteri", tidak disenangi Pemuda Umno Selangor.
Berang dengan jenaka tersebut, ketuanya Zainuri Zainal mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan terus Fakkah daripada memasuki negara.
"Sebagai seorang pelawak, terdapat pelbagai cara dan idea untuk menghiburkan audien," katanya dalam satu kenyataan.
Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu ditutur rakyat Singapura dan Malaysia.
Selepas memberikan beberapa perbezaan istilah Melayu kedua-dua negara itu, Fakkah kemudian menyebut perkataan "thief" bagi Melayu Singapura ialah "pencuri", tetapi di Malaysia, ia sama erti dengan "perdana menteri".
Fakkah, yang merupakan antara pelawak paling popular di Singapura dan mengadakan persembahan di Hong Kong, Australia dan New York, semalam meminta maaf sekiranya jenaka beliau mengguris hati.
"Saya hanya mahu menghibur. Saya ucapkan Selamat Hari Raya," kata beliau sambil memuat naik klip video memaparkan baju-T "Relax lah, it's just Singapore".
Zainuri bagaimanapun berkata permintaan maaf Fakkah tidak memadai kerana "kesannya sangat mendalam terhadap hati dan perasaan rakyat Malaysia".
"Nasihat kami kepada Fakkah, jangan masuk campur urusan Malaysia, cermin dahulu wajah sendiri. Bak kata pepatah jangan jadi seperti ayam yang lantang berkokok tetapi ekor terpalit najis."

Kalah menang Allah tentukan, bukan manusia – kata Mohd Amar pada Husam

Posted: 03 Jul 2016 09:31 PM PDT

Kenyataan Husam itu disifatkan sebagai orang yang 'kecewa' selepas dia dipecat PAS pada April lalu.
Datuk-Nik-Mohd-Amar-Nik-Abdullah,husam-musa
PETALING JAYA: Ramalan Datuk Husam Musa mengenai PAS akan jatuh di Kelantan dan Selangor tidak meruntuhkan semangat parti Islam itu untuk terus berjuang.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yakin urusan kalah dan menang itu bukan ditentukan oleh manusia, tetapi Allah.
"Kalau Husam ingin PAS kalah sekalipun, kalau Allah tidak takdirkan PAS kalah, tidak kalah PAS. Walaupun Husam beria-ria mahu PAS kalah, jika takdir Allah kata PAS menang, PAS menang juga," katanya kepada FMT.
Nik Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Husam yang berkata PAS "tentu akan jatuh" di Kelantan sementara di Selangor dan semua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.
Husam yang juga bekas naib presiden PAS berkata keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan "marginal" kawasan majoriti Melayu.
Mengulas lanjut, Nik Amar berkata kenyataan Husam itu disifatkan sebagai seorang yang 'kecewa' susulan pemecatannya pada April lalu.
Katanya, itu sebabnya Husam mengeluarkan kenyataan berkenaan untuk melepaskan kekecewaan terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya.
"Semangat kita tidak runtuh walau siapa-siapa kata pun kita tak runtuh. PAS berjuang bukan atas manusia, PAS berjuang atas tuntutan agama. Orang nak kata apa pun katalah, kita tak peduli.
"Tanggungjawab kita berjuang dan berusaha. Hanya Tuhan yang tentukan kalah menang," katanya.
Pada April, PAS bersetuju memecat Husam setelah beliau didapati ingkar kepada arahan parti dan tidak "mengamalkan akhlak Islam."
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan itu diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.
Husam sebelum itu lantang mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerjasama parti Islam itu dengan Umno serta kepimpinan parti berhubung isu hudud.

SD dakwa skandal Muhyiddin diedar di 'acara bekas TPM'

Posted: 03 Jul 2016 08:03 AM PDT

Salinan akuan bersumpah (SD) membabitkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa terlibat dalam skandal seks dan salahgunakuasa diedarkan dalam sebuah acara yang menjemputnya untuk berucap.

Penganjur, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa beliau menyimpan dokumen dan perkara-perkara lain berkaitan kerana telah berjanji kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, beliau kini terpaksa memungkiri beberapa janji dengan Muhyiddin kerana kononnya melanggar janji untuk menghadiri acara yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor hari ini.
Katanya, kehadiran Muhyiddin pada acara 'Nothing To Hide 2.0' itu dibatalkan di saat-saat akhir dan kenyataan mengenai perkara itu dikeluarkan oleh pegawai khasnya.
Muhyiddin sebelum ini menolak dakwaan SD itu dan menyifatkannya sebagai fitnah. Pembantunya, Mohd Nardin Awang berkata semalam bahawa Muhyiddin tidak pernah bersetuju untuk menghadiri majlis itu dan juga tidak menerima sebarang jemputan.

Walaupun begitu, pada permulaan acara pada 3.00 petang, pengacara majlis mendakwa Muhyiddin masih dalam perjalanan dan akan tiba dalam masa 30 minit. Acara itu menyaksikan kehadiran kira-kira 200 orang.
Bagaimanapun, kira-kira dua pertiga daripada mereka termasuk petugas media berjalan keluar ketika Azwanddin berucap di mana beliau mendakwa telah dipermainkan Muhyiddin dan oleh itu mahu mengedarkan SD itu.
Dalam ucapannya dan semasa sidang media kemudian, Azwanddin mendakwa beliau menerima satu salinan SD melalui kurier, dan meneruskan untuk bertemu Muhyiddin mengenai dakwaan terkandung dalam SD itu.
Beliau mendakwa satu pertemuan dilakukan secara rahsia , di mana Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan bersetuju untuk menjelaskan mengenainya di satu majlis anjuran JMM pada tarikh yang ditetapkan.

Impian Husni sejak dulu lagi mendalami ilmu agama

Posted: 03 Jul 2016 06:58 AM PDT

IPOH - Mendalami ilmu agama antara perkara utama yang menjadi impian Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, sejak dulu lagi.
Perkara itu diakui Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang memaklumkan, Ahmad Husni pernah beberapa kali memberitahunya untuk bersara dan dalam masa sama mahu fokus kepada ilmu agama.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah. "Beliau beritahu masanya sudah sampai (bersara). Beliau juga maklumkan bahawa mendalami ilmu agama adalah cita-cita peribadi yang amat diimpikan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ahmad Husni merancang ke Jordan untuk mendalami pengajian agama selepas kekal dengan keputusannya untuk berundur daripada semua jawatan dalam Kabinet dan Umno.
Aminuddin berkata, meskipun terkejut dengan peletakan jawatan bekas Ketua Umno Bahagian Tambun itu namun beliau reda dan menghormati keputusan berkenaan.
"Memang kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Tambun malahan Malaysia, tapi macam mana pun kita kena teruskan perjuangan dan legasi yang ditinggalkan," katanya.
Katanya, pihaknya mahu orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi liar berhubung tindakan peletakan jawatan Ahmad Husni tersebut.
"Beliau pun dah berikan penjelasan berkenaan perkara itu, jadi terimalah dengan lapang dada. Tak perlu percaya dengan cakap-cakap belakang," katanya.
Mengulas mengenai tugas baru selaku pemangku Ketua Umno Bahagian Tambun, katanya, tiada sebarang perubahan drastik yang dibuat selain beliau mahu semua pihak menumpukan kerja untuk memperkasakan parti.
"Saya juga akan teruskan legasi yang ditinggalkan Ahmad Husni bagi memastikan Umno tetap menjadi pilihan rakyat di Tambun," katanya.

TIADA APA2 YANG BOLEH DIHARAPKAN DARIPADA HUSNI

Posted: 03 Jul 2016 06:56 AM PDT

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah akhirnya mengesahkan sebab utama pengundurannya daripada kabinet ialah kerana enggan dipindahkan ke kementerian lain.

Katanya, beliau sebelum ini sudah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang dan berhasrat ingin mengakhiri kariernya di Kementerian Kewangan.

Tambah beliau, pertukaran ke kementerian lain yang hanya memberinya masa kira-kira setahun setengah untuk berkhidmat sebelum pilihanraya akan datang menjadikan tugasnya nanti tidak lagi efektif.
Pengesahan Husni itu bertepatan dengan laporan blog ini pada 27 Jun lalu yang mengatakan pengunduran Husni daripada kabinet sebagaimana yang diumumkan oleh Najib Razak bukanlah dibuat kerana persaraan sukarela, tetapi sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati berikutan portfolionya ingin ditukarkan.

Kesimpulannya,  Husni berundur daripada kabinet dan kemudian melepaskan semua jawatannya dalam UMNO bukanlah kerana prinsip atau ada sesuatu yang tidak dipersetujuinya mengenai kepimpinan Najib dan kerajaan atau mengenai 1MDB, tetapi semata-mata kerana hasratnya ingin kekal di Kementerian Kewangan tidak dipenuhi.

Makna mudahnya, segala-galanya kerana jawatan.

Kalau Najib bersedia mengekalkannya di Kementerian Kewangan, pasti  hari ini Husni masih lagi kekal sebagai menteri dan tetap sayang kepada semua jawatannya dalam UMNO.

Apa yang istimewanya Kementerian Kewangan kepada Husni sehingga  beliau tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain?

Apa pula yang beliau rasa dirinya begitu istimewa sehingga mahu memegang jawatan Menteri Kewangan sehingga pencen atau sehingga beliau sendiri tidak mahu jawatan tersebut?

Hanya Husni yang tahu jawapannya.
Dengan pengesahan Husni tentang sebab-sebab pengundurannya itu, ia barangkali mengecewakan sebilangan mereka yang memuji perletakan jawatannya dahulu dengan pelbagai tafisran, yang antaranya dikatakan kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kemungkaran dalam kerajaan, enggan berterusan bersubahat berkaitan 1MDB dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

JMM ugut Muhyiddin dedah orang tengah

Posted: 03 Jul 2016 06:52 AM PDT

Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanndin Hamzah hari ini mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan orang tengah yang sering bertemu dengannya untuk satu komplot politik.

Azwanndin mendakwa, setiap minggu beliau ditemui orang tengah itu untuk memujuknya bersama-sama dengan Muhyiddin.

"Sewaktu kemelut politik yang sedang berlaku, seorang ahli Majlis Tertinggi (MT Umno) yang juga ahli Parlimen dihantar beliau untuk menjadi 'messenger' (penyampai) bagi mewakilinya bertemu dengan saya setiap minggu.

"Saya minta pihak Tan Sri mendedahkan nama orang tengah ini. Jika tidak pusingan kedua iaitu 'Nothing to Hide 3.0', saya akan dedahkan siapa ahli Parlimen dan ahli MT tersebut. Saya cabar," katanya ketika berucap pada program 'Nothing to Hide 2.0 di sini, hari ini.

Beliau mendakwa didekati Muhyiddin melalui orang tengah itu bagi menariknya untuk menggerakkan agenda menjatuhkan kumpulan politik yang berada di atas pada masa ini.

"Dedahkan siapa ahli MT yang dihantar berjumpa dengan saya setiap minggu untuk merancang perkara-perkara tidak sepatutnya.

"Bukan semata-mata kerana kepentingan bangsa dan negara," katanya.

Program yang dijadualkan bermula jam 3 petang tadi bermula lewat setengah jam selepas tetamu yang dinanti tidak kunjung tiba.

Sekitar jam 3.25 petang, Azwanndin diiringi masuk ke lokasi program tanpa kehadiran Muhyiddin mahupun Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Selangor senaraikan calon PRU lebih awal

Posted: 03 Jul 2016 06:51 AM PDT

Strategi yang diguna pakai semasa PRK akan ditambah baik untuk diguna kembali bagi menawan Selangor pada PRU14 akan datang.
noh-omar-selangor-umno
SHAH ALAM: Umno Selangor akan mengemukakan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih awal bagi memastikan calon berkenaan benar-benar diterima dan diyakini rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu merupakan perincian yang dihasilkan menerusi post-mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang berlangsung pada Jun lepas.
Beliau berkata strategi yang diguna pakai semasa PRK berkenaan juga akan ditambah baik untuk diguna kembali bagi menawan Selangor pada PRU14 akan datang.
"Dalam post-mortem PRK itu juga kami dah kenal pasti kelebihan dan kelemahan kami, senarai calon awal ini dibuat supaya sebarang kelemahan daripada mana mana pihak boleh diperbetulkan dan ditambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Selangor di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada Umno Selangor akan mempertaruhkan lebih ramai calon muda pada PRU14 itu nanti, Noh menyatakan pihaknya menumpukan kepada penerimaan rakyat terhadap calon.
"Pada saya, umur calon bukan ukurannya kerana apa yang penting adalah sejauh mana calon itu diterima rakyat malah saya yakin dengan formula kepimpinan Umno dalam menentukan senarai calon," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-Exit: Noh bidas Rafidah Aziz

Posted: 03 Jul 2016 05:42 AM PDT

Noh Omar TANJONG KARANG – "Kena ingat sejarah penubuhan Umno kerana parti itu hidup bukan kerana kepimpinan seseorang tetapi asas perjuangan membela bangsa dan negara," demikian kata Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Menurutnya, setiap ahli perlu melihat semula sejarah penubuhan Umno yang dahulunya 'survive' dalam gelombang politik ketika zaman Tun Mahathir Mohamad yang pernah mengisytiharkan Umno haram dan membubarkannya.

"Saya masih ingat masa zaman pemuda dulu, beliau membubarkan Umno dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru bahkan mana-mana yang tidak memihak kepadanya akan disingkirkan.

"Sebagai contoh di Tanjong Karang apabila Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang ketika itu, Allahyarham Datuk Kamaruzzaman Ahmad tidak menyokongnya disingkirkan dan digantikan orang baru walaupun kubu kuat.

"Ini lebih teruk dari Umno-Exit, jadi Rafidah kena ingat sejarah ini sebab Umno satu-satunya parti yang terus hidup kerana kesetiaan terhadap asas perjuangannya dan bukan disebabkan kepimpinan seseorang," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai isu Umno-Exit dengan penyingkiran beberapa pemimpin parti itu.

Rafidah dalam kenyataan dalam laman sosial facebook berkata, perpaduan ahli Umno tersebut pastinya akan terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan tertentu.

"Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya, untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk. Masing-masing menconteng arang kepada muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dan hodoh kepada awam.

"Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin 'yang betul' dan menganggap 'semuanya tak boleh pakai' kerana para pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri," katanya

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, penyingkiran bukan sahaja berlaku dalam Umno sahaja tetapi turut berlaku dalam parti lain termasuk Pas.

Read More / Baca Lagi >>

Penonton berang, turunkan kain rentang kerana ditipu JMM

Posted: 03 Jul 2016 05:40 AM PDT

Nothing to Hide 2.0
KUALA LUMPUR - Program 'Nothing to Hide 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bertukar sedikit kecoh apabila ada penonton bangun meninggalkan majlis selepas kira-kira setengah jam presidennya, Azwanndin Hamzah berucap.
Ketika Azwanddin sedang menyebut untuk mendedahkan kesalahan moral didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada penonton yang bangun menjerit 'nonsense' dan 'kami mahu dengar ucapan Tan Sri' sebelum meninggalkan majlis.
Malah ada yang kesal dengan tindakan JMM yang disifatkan menipu mereka untuk hadir ke program tersebut.
"Sebab nak dapatkan 'crowd' untuk majlis dia, dia tipu kita dengan guna nama Tan Sri Muhyiddin," kata salah seorang penonton yang enggan dikenali.
Di luar Kelab Darul Ehsan pula, ada penonton yang keluar tadi menurunkan kain rentang dipasang penganjur.
Seperti dijangka, Muhyiddin tidak muncul sehingga majlis tersebut selesai kira-kira jam 4 petang.
Azwanddin mendakwa, pihaknya telah menjemput Muhyiddin melalui surat rasmi dan mendapat persetujuan bekas pemimpin Umno itu dalam satu pertemuan sulit.
"Kita sudah buat jemputan secara terbuka. Hari ini telefon pun tak jawab.
"Kalau bukan sebab Tan Sri setuju, ingat senang nak sewa dewan, cetak hebahan ini semua?
"Ada yang kata program ini untuk burukkan nama Tan Sri. Tidak. Kita hanya mahukan kebenaran," katanya.
Sebelum ini, Muhyiddin melalui Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan ada menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Colourful crowd joins Guan Eng in solidarity march

Posted: 03 Jul 2016 05:35 AM PDT

Calon bukan sahaja 'winnable', tetapi 'acceptable' - Noh

Posted: 03 Jul 2016 05:34 AM PDT

KANTOI !!!.. Dlm bulan posa pon masih lagi nak menipu rakyat ??!!

Posted: 03 Jul 2016 05:33 AM PDT

Najib kata.. Husni Hanadzlah berundur dari kabinet Najib kerana beliau mahu bersara...

TETAPI lain pula jawapan dari Husni Hanadzlah sendiri.. Beliau letak jawatan kerana enggan pindah kementerian. BUKANNYA SEBAB BERSARA !!

"Umno lebih hormati undang-undang" ??!!

Posted: 03 Jul 2016 05:32 AM PDT


Peserta Nothing 2 Hide: JMM penipu

Posted: 03 Jul 2016 05:28 AM PDT

Peserta akui menyertai program itu untuk mendengar isu negara dan bukan skandal yang diketahui fitnah semata-mata.
jmm
AMPANG : Kebanyakan peserta Nothing To Hide 2.0 kecewa selepas mendapati penganjurnya, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menipu berhubung kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Marah dan kesal, salah seorang peserta yang ditemui FMT, Hukum Mohd Noor, 60 berkata tujuannya ke program tersebut adalah untuk mengetahui cerita sebenar membabitkan isu nasional.
"Kami datang untuk mendengar apa yang sebenarnya terjadi melibatkan isu negara dan bukan skandal hubungan Muhyiddin dengan isteri orang yang kami sedia tahu fitnah semata-mata. Di sini, mereka pula menjaja perkara buruk tentang Muhyiddin.
"Mereka menipu kami. Kita orang Islam dan berpuasa, tak baik berbuat demikian," katanya di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini.
Terdahulu, penganjur berjanji Muhyiddin akan menghadiri program itu tetapi selepas sejam, kelibat Muhyiddin langsung tidak kelihatan sekali gus mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan kira-kira 200 orang peserta program.
Seorang peserta yang enggan dikenali berkata, ketidakhadiran Muhyiddin jelas menunjukkan penganjur menipu mereka.
"Mendengar kandungan ucapannya pun sudah cukup mengesahkan Muhyiddin tidak akan hadiri program ini.
"Kami bukan kanak-kanak, apabila anda buat ucapan seperti itu (menyerang Muhyiddin), anda cuba untuk menipu orang yang ada di sini," katanya kepada FMT.
Seorang peserta program, Purnama Kasim, 55, pula mendakwa penganjur program adalah 'orang' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka cuba untuk burukkan Muhyiddin. Mereka orang Najib," katanya.

PAS BUKAN LAGI PARTI ISLAM TAPI SUDAH JADI PARTI ASOBIYAH MELAYU

Posted: 03 Jul 2016 05:27 AM PDT

Ini berdasarkan Dalil Al Quran surah Hud Ayat 113 dimana Allah SWT berfirman (bermaksud); "Dan jangan sekali2 kamu cenderung hati kepada orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka".

PAS dibawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) melawan Umno BN habis habisan sebab itulah Umno BN mengenakan berbagai tekanan kepada ATGNA dan Kelantan. Tapi hasil kebijaksanaan memerintah dan polisi jimat cermat Kelantan dapat bertahan.

ATGNA juga "istiqomah" dengan gabungan pembangkang malah TIDAK PERNAH mengatakan Dap sebagai musuh Islam malah mengekalkan hubungan baik dengan Karpal Singh, antara yg paling kuat menentang hudud. Sebab itulah PAS digeruni di zaman beliau dan berjaya dengan pencapaian terbaik pada PRU12 dan PRU13. Namun lihatlah kerosakan yg berlaku kepada PAS apabila harun din mengambil alih sebagai Mursyidul Am (AM).

Miskin sangatkah beliau sehingga beliau sanggup terima jawatan dibawah agensi UMNO? Lihat kenyataan beliau dibawah yg MEMBELA najib dan menyerang musuh2 najib (sudah tentu kena bela sebab sudah kenyang makan DEDAK UMNO).


Bukan beliau seorang saja malah hj hadi, nik abduh dan beberapa pemimpin utama pas sudah bernada membela umno dan menyerang parti2 pembangkang lain.

Malah "Budaya politik matang dan sejahtera" kononnya yang cuba diwar2kan oleh hj hadi TIDAK BERTEPATAN DENGAN SYARAK iaitu ayat yg disebut diatas tadi.

Sebab itu saya katakan sekali lagi PAS bukan saja sudah hilang kelayakan sebagai sebuah parti Islam tetapi kini Pas adalah sebuah parti asobiyah yg wajib dijauhi dan ditentang kerana BERSEKONGKOL dengan umno bn yang zalim. Jom sama2 perkuatkan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Umno BN dan konco2nya yang zalim.

ALLAH MAHA BESAR

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
Ahli DAP

PRU14: UMNO yakin tawan semula Selangor - Noh

Posted: 03 Jul 2016 05:24 AM PDT

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Herman Tino Kembali Sertai Umno

Posted: 03 Jul 2016 05:59 AM PDT


Oleh: ALLISON LAI
 
 



SHAH ALAM: Penyanyi dangdut Herman Tino yang dipecat daripada Umno tiga tahun lalu mengemukakan permohonannya untuk menyertai semula parti itu.

Katanya, beliau mengaku mengenai kesalahannya bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Saya tidak mahu menyentuh mengenai masa lalu tetapi kini positif bergerak ke hadapan untuk membantu Umno dalam membela orang Melayu dan Islam," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pemimpin Umno Selangor di sini pada Ahad.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Herman kemudian menyerahkan borang permohonannya kepada Noh sambil berkata beliau menyokong sepenuhnya permohonan Herman untuk kembali menjadi ahli Umno.

Dalam kenyataannya kemudian, Herman juga meminta maaf kepada Noh.

"Kepada Tan Sri Noh Omar, maafkanlah rakan kamu ini. Ia tidak bermaksud saya tidak suka anda pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya bimbang dan kecewa apabila parti kita pada ketika itu seperti sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda," katanya.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau bertanding menentan Noh dan wakil PAS, Mohamad Rashdi Deraman.

Noh memenangi kerusi itu dengan 20,548 undi menewaskan Mohamad Rashdi dengan majoriti 4,394 undi.

Bagaimanapun Herman yang hanya mendapat 340 undi hilang wang pertaruhan.

Orang awam berhak menderma, UMNO tak perlu persoal keikhlasan mereka

Posted: 03 Jul 2016 05:53 AM PDT

guan eng

Roketkini.com


SHAH ALAM: Hakikat bahawa kutipan derma solidariti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencapai RM1 juta dalam tempoh 21 jam menunjukkan bahawa rakyat memberi sepenuh sokongan, simpati dan bantuan kepada beliau yang ditindas oleh Barisan Nasional.

Sehubungan itu, Setiausaha Eksekutif Publisiti Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer berkata pelbagai pihak termasuk UMNO tidak ada hak untuk mempersoalkan bantuan diberikan oleh orang awam terhadap Guan Eng itu kerana ia merupakan hak mutlak mereka.

"Orang awam yang menderma kepada DAP itu bukannya penderma asing yang penuh misteri seperti yang diterima oleh UMNO. Jadi, perkara itu tidak perlu dipersoalkan.

"UMNO dan Barisan Nasional seharusnya mendapat mesej apabila mereka menyerang Setiausaha Agung DAP, mereka menyerang keseluruhan parti. Dan untuk DAP, walau apapun cabaran politik yang dihadapi, kami akan terus bersama Guan Eng," katanya.

Shakir berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican bahawa DAP membebankan orang ramai dengan membuat kutipan derma solidariti untuk Guan Eng.

Menurut Shakir, tidak ada sebab untuk Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau Setiausaha Agung DAP kerana parti itu dan Pakatan Harapan percaya bahawa tidak ada unsur rasuah yang diamalkan oleh beliau.

Selain itu, jelasnya, Guan Eng tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk campur tangan dalam penyiasatan yang sedang dijalankan, tidak seperti siasatan yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"UMNO dan BN perlu cermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum ingin masuk campur.

"Banyak lagi isu (berat UMNO) yang masih belum selesai seperti skandal 1MDB yang tidak pernah berakhir, Tabung Haji dan tawaran biasiswa MARA, serta kes-kes melibatkan penyalahgunaan dana awam," tambahnya. – Roketkini.com


Puluhan Tahun Berjuang, Akhirnya Reputasi Kit Siang Jatuh Kerana Anak

Posted: 03 Jul 2016 05:50 AM PDT




lge2

Puluhan tahun Lim Kit Siang berjuang dalam DAP melawan korupsi, akhirnya reputasi penasihat DAP itu jatuh kerana anaknya.


"Secara peribadi saya simpati dengan YB Lim Kit Siang. Puluhan tahun berjuang tanpa skandal apatah lagi salahguna kuasa. Akhirnya?, "kata bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Hussin dalam Twitternya hari ini.

"Mungkin peribahasa "Bapak Borek Anak Rintek" tidak terpakai dalam situasi ini- bila dikira sejarah Perjuangan si bapa,"katanya lagi.

Faekah berkata demikian sebagai merujuk tindakan Kit Siang berada di barisan hadapan bersama anaknya, Lim Guan Eng menyertai program 'Solidariti Bersama Guan Eng' di Pulau Pinang pagi ini.

Program itu melibatkan perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit dari Lebuh Pantai dan berakhir di Padang Kota Lama, disertai oleh penyokong DAP yang berpakaian t-shirt berwarna warni melaungkan slogan solidariti untuk Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Memang ini yg diharapkan musuh politik. Selepas ini DAP akan terhalang dari memekik memperjuangkan Integriti dan Telus,"kata Faekah lagi.

lge3


Guan Eng kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di bawah Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan .

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

lge1

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penonton berang, turunkan kain rentang

Posted: 03 Jul 2016 04:18 AM PDT



Nothing to Hide 2.0


KUALA LUMPUR - Program 'Nothing to Hide 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bertukar sedikit kecoh apabila ada penonton bangun meninggalkan majlis selepas kira-kira setengah jam presidennya, Azwanndin Hamzah berucap.

Ketika Azwanddin sedang menyebut untuk mendedahkan kesalahan moral didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada penonton yang bangun menjerit 'nonsense' dan 'kami mahu dengar ucapan Tan Sri' sebelum meninggalkan majlis.

Malah ada yang kesal dengan tindakan JMM yang disifatkan menipu mereka untuk hadir ke program tersebut.

"Sebab nak dapatkan 'crowd' untuk majlis dia, dia tipu kita dengan guna nama Tan Sri Muhyiddin," kata salah seorang penonton yang enggan dikenali.

Di luar Kelab Darul Ehsan pula, ada penonton yang keluar tadi menurunkan kain rentang dipasang penganjur.

Seperti dijangka, Muhyiddin tidak muncul sehingga majlis tersebut selesai kira-kira jam 4 petang.

Azwanddin mendakwa, pihaknya telah menjemput Muhyiddin melalui surat rasmi dan mendapat persetujuan bekas pemimpin Umno itu dalam satu pertemuan sulit.

"Kita sudah buat jemputan secara terbuka. Hari ini telefon pun tak jawab.

"Kalau bukan sebab Tan Sri setuju, ingat senang nak sewa dewan, cetak hebahan ini semua?

"Ada yang kata program ini untuk burukkan nama Tan Sri. Tidak. Kita hanya mahukan kebenaran," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin nafi sertai Nothing to Hide 2.0]

Sebelum ini, Muhyiddin melalui Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan ada menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.

Mengulas soal tujuan program tersebut diadakan, Azwanddin berkata pentas tersebut sebagai ruang untuk Muhyiddin menjawab segala pertuduhan dan isu yang menimpa beliau.

"Saya jumpa beliau dan beliau setuju untuk hadir malah beri saya tarikh ini. Tapi akhirnya beliau tidak hadir.

"Beliau hanya cakap soal rosakkan imej beliau tapi beliau pernah fikir tak, ini rosakkan imej saya? Buat program tapi beliau tak berani tampil," katanya.

Selain Muhyiddin, satu lagi nama yang dicatatkan pada jemputan sebagai tetamu iaitu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga tidak hadir.


PAS Sedia Kerjasama Dengan DAP Dengan Syarat Hidupkan Kembali Pakatan Rakyat

Posted: 03 Jul 2016 12:47 AM PDT

 


 LIHAT VIDEO DI SINI

PAS sedia bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan syarat menghidupkan semula Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS tanpa PAN, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata demikian khususnya merujuk kepada Negeri Selangor.

"Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.

"DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Menyentuh berkenaan kedudukan PAN, Sallehen berkata perkara itu bergantung kepada DAP dan PKR.

"Saya tak sebut tentang PAN sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.

"PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN," ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) mesti menghormati PAS sebagai pembangkang.

"Formulanya cukup mudah, cukup jelas.. mana-mana kerusi PAS, PAS bertanding. Mana-mana kerusi PKR, PKR bertanding atau mungkin mereka nak bagi pada PAN, mana-mana kerusi DAP, DAP bertanding," kata beliau


Zuhdi berkata selagi PH tidak menghormati 'perkiraan' tersebut, maka senario sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi.

 LIHAT VIDEO DI SINI

Noh Omar, sudah jadi menteri cukup-cukuplah kipas

Posted: 03 Jul 2016 12:47 AM PDT

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
 
 
Muhammad Syafiq AzmiMuhammad Syafiq Azmi


Pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata jika Lim Guan Eng(LGE) berada dalam Umno secara automatis semua jawatan yang dipegang olehnya sekarang akan gugur.

Ahli Parlimen Tanjung Karang yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan kes bekas Adun Sungai Panjang, Dr Khir Toyo sebagai perbandingan dengan kasus yang berlaku pada Ketua Menteri LGE.

Apakah Tan Sri Noh Omar telah lupa pada sosok tubuh yang bernama Tan Sri Isa Samad? Beliau pernah digantung keahlian Umno selama 3 tahun(Jun 2005 sehingga Jun 2008) yang sepatutnya dilalui selama 6 tahun.

Nama Isa Samad telah terpalit dengan isu amalan politik wang (dikomersialkan dari perkataan rasuah) pada Perhimpunan Agung Umno(PAU) tahun 2004. Sekembalinya beliau dari penggantungan dia dipilih sebagai calon Umno BN dalam pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Namun ia amat menghairankan orang yang punya rekod seperti itu tetap dilantik sebagai orang yang menjawat peranan penting dalam menguruskan badan penting dalam negara. Beliau bukan sahaja diberi ruang untuk terus bertanding dalam pilihanraya oleh partinya, malah beliau juga turut dilantik sebagai Pengerusi FELDA.

Maka untuk mengatakan Umno itu seperti suci dan berani ianya jauh panggang dari api. Saya juga yakin suatu masa Dr Khir Toyo juga akan kembali ke kancah politik negara dan mungkin akan lebih berhati-hati "simpan urusan".

Begitulah hebatnya parti yang konon keramat bagi orang melayu. Rasuah juta ringgit hukumannya hanya 12 bulan, itu pun separuh ditirai besi dan separuh lagi ditirai sutera. Sebenarnya itulah lebihnya duduk dan hinggap dalam Umno BN. Rasuah dan ambillah banyak mana pun tidak kira namanya rasuah, politik wang, derma dan lain-lqin, akhirnya mereka akan keluar dan diangkat semula.

Oleh yang demikian mungkin Tan Sri Noh Omar perlu berfikir cara lain untuk terus mengotak udangkan minda rakyat. Sepatutnya Tan Sri sibukkan diri dalam merangka untuk merampas kembali Selangor dengan dakyah dan rekayasa yang tidak dapat dihidu oleh kami rakyat dibawah.

Saya ucap selamat maju jaya dan tahniah untuk Tan Sri Noh Omar. Selepas beliau berteriakan berjuang di parlimen akhirnya beliau dilantik menjadi menteri semula oleh perdana menteri. Tentu aidilfitri kali ini penuh makna baginya kerana beliau bukan sahaja bergelar menteri, tetapi perlu disapa Tan Sri.

* Muhammad Syafiq Azmi adalah Setiausaha Politik Pengerusi AMANAH Melaka,

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Posted: 03 Jul 2016 12:47 AM PDT

shahbudindotcom



Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya"  itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan"  itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan"  membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan  Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan"  juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.






Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita.


Pemandu Cedera Ringan Bas Terbalik Di Lebuh Raya MEX

Posted: 03 Jul 2016 12:33 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

PUTRAJAYA: Pemandu bas persiaran mengalami kecederaan ringan selepas bas dipandunya terbalik di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) berhampiran Plaza Tol Putrajaya arah ke Kuala Lumpur, petang Sabtu. 

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Redzuan Najib berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang, selepas bas tersebut melanggar pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan. 

"Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian bas terbabit didapati tiada penumpang. Pemandu bas itu yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini Sabtu.

Sementara itu, pihak pengurusan Lebuh Raya MEX dalam laman Twitter mereka memaklumkan sehingga 9.30 malam tadi, laluan tanjakan dari Putrajaya ke Lebuh Raya Elite masih ditutup bagi kerja-kerja mengalihkan bas tersebut. -Bernama

Anggota Bomba Pulangkan RM30,000 Kepada Pemilik Kedai

Posted: 03 Jul 2016 12:28 AM PDT


Hairul menunjukkan sejumlah wang yang ditemuinya dalam kedai dua tingkat yang terbakar.
 
 
 
JOHOR BARU: Bukan sahaja menjalankan tanggungjawab memadam kebakaran di sebuah kedai, seorang anggota bomba Hairul Mat Nin bertindak memulangkan wang tunai sebanyak RM30,000 yang ditemuinya ke pemilik premis tersebut.

Hairul, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baru menemui sejumlah wang tunai itu di dalam sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.

Beliau antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kebakaran kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh.

"Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu," kata bapa kepada dua anak ketika ditemubual di sini Sabtu.

Hairul berkata adalah menjadi kebiasaan anggota bomba terjumpa wang tunai atau barang berharga semasa memadam kebakaran tetapi insiden pada Jumaat merupakan antara nilai terbesar pernah dijumpai.

"Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu.

"Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.

"Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai," katanya.

Hairul yang berkhidmat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat selama 14 tahun memberikan wang tersebut kepada komander operasi jabatan itu, Khairul Azhar Abdul Aziz dan mereka bersama-sama memulangkannya kepada pemilik premis, Teo Kian Yong.

"Kami memuji sikap dan kejujuran Hairul dalam memulangkan wang dan menjaga nama baik jabatan ini.

"Kami berharap semua anggota bomba boleh melakukan perkara yang sama," kata Khairul Azhar.

Kedai tersebut yang menjual peralatan sembahyang musnah dalam kebakaran.

Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Cawangan TH Ditutup 8 Julai Jika Aidilfitri Disambut Rabu

Posted: 03 Jul 2016 12:22 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menutup semua cawangannya pada Jumaat, 8 Julai, sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata penutupan cawangan tidak terpakai jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Selasa.

TH menasihatkan pelanggan supaya membuat perancangan awal jika ingin melakukan transaksi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Hubungan TH di talian 03-6207 1919 atau e-mel kepada th-info@lth.gov.my. -- Bernama

MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz

Posted: 03 Jul 2016 12:18 AM PDT

Bernama 
 
MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz
Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza. - Gambar hiasan
 
 
MUAR: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memperkenalkan Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA) bagi mengawal mutu institusi tahfiz di negeri ini.

Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ), Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata pihaknya akan bersama MAIJ bagi memantau sistem itu.

"Sistem JQTA  berada di bawah bidang kuasa MAIJ dan kita akan membantu dari segi pemantauan serta pelaksanaan sistem tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Kerjasama Wakaf antara MAIJ dan IASWJ dengan Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin di Bukit Pasir, di sini malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut.

Abdul Razak berkata Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) pula diberi tanggungjawab untuk membangunkan sistem itu dari segi kurikulum, pengurusan fasiliti dan kewangan bagi melahirkan institusi tahfiz berkualiti tinggi.

Beliau berkata Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza.

Katanya, Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan sistem tersebut sama seperti yang dipraktikkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau universiti-universiti di negara ini.

"Sistem ini seakan-akan pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada universiti di Malaysia, namun, JQTA yang digunakan untuk menilai madrasah tahfiz adalah yang pertama di negara ini.
"Ini bermakna, selepas ini mana-mana madrasah tahfiz yang tidak mendapat kelayakan daripada MAIJ menerusi JQTA tidak akan diberi lesen untuk beroperasi dan mungkin tidak layak menerima bantuan daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin yang diwakafkan kepada MAIJ dan IASWJ menjadi madrasah pertama yang akan melaksanakan sistem JQTA. 
 
 

Jangan beri jawapan 'malas', layan saja 'kegilaan' isteri, suami kongsi tip

Posted: 03 Jul 2016 12:15 AM PDT

Madiha Abdullah, Astro Awani
 
Jangan beri jawapan 'malas', layan saja 'kegilaan' isteri, suami kongsi tip
Kaum wanita memerlukan jawapan yang tegas dan pasti untuk setiap soalan yang diutarakan.
 
 
HUJUNG minggu ini, pusat beli-belah di seluruh negara akan menjadi tumpuan, khususnya umat Islam yang akan sibuk membuat persiapan Aidilfitri yang dijangka disambut Rabu depan.

Bagi kaum lelaki terutamanya suami, melayani kerenah isteri membeli-belah mungkin satu cabaran dalam bulan puasa ini. Masakan tidak, golongan wanita diketahui sering mengambil masa yang lama ketika membeli-belah, dan salah satu sebab adalah kesukaran membuat keputusan gara-gara pilihan yang banyak.

Namun mungkin apa yang dikongsi oleh pengguna Facebook dengan nama Lutfi Lokman ini boleh membantu suami-suami di luar yang berhadapan situasi itu.

Dalam perkongsiannya, Lutfi memberi tips bagaimana untuk memberi jawapan jika isteri bertanyakan pendapat tentang barangan yang ingin dibeli.

Dia yang ditanya isteri tentang pilihan dua pasang kasut, memberi jawapan yang komprehensif.

"Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak," itu jawapan yang diberikan.

Kata Lutfi, jawapan yang samar-samar yang sering kali diberi suami apabila ditanya pendapat, akan membuat kaum wanita lebih sukar membuat keputusan.

Sebaliknya, jawapan yang tepat dan padat, beserta sebab dan alasan kepada jawapan yang diberi, akan memudahkan mereka membuat pilihan, sekaligus menjimatkan masa membeli-belah.

Status Lutfi itu sudah dikongsi lebih 18,000 kali selepas dua hari dimuat naik.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fdaus Ahmad, pula berkongsi cara untuk mengelakkan pertelingkahan antara suami isteri, yang kebiasaannya tercetus gara-gara 'kegilaan' golongan wanita membeli-belah pada musim perayaan.

Menurut Fdaus, waktu perayaan adalah masa di mana kaum suami hanya perlu 'mengangguk' tanpa banyak soal untuk setiap permintaan isteri.

Ini kerana, kata Fdaus, apa yang dilakukan isteri sebenarnya hanya sekadar cara mereka menzahirkan kemeriahan Hari Raya.
Hakikatnya, apabila tiba Hari Raya, golongan wanita dan isteri kebiasaannya banyak berada di dapur, sibuk menguruskan makan minum untuk keluarga dan tetamu yang hadir.

Justeru, Fdaus berpendapat, tidak ada salahnya memberikan kegembiraan itu buat isteri kerana kemeriahannya akan dirasai bersama.

Status Fdaus itu telah menerima hampir 30 ribu perkongsian. 
 
 

Amaran Dari Shell :Pengunaan Telefon Mudah Alih

Posted: 03 Jul 2016 12:09 AM PDT

DETIK DAILY






Shell Oil Company baru-baru ini mengeluarkan amaran selepas tiga kejadian di mana telefon mudah alih (sel telefon) menyalakan wap semasa operasi mengisi petrol.

Dlm *Kes pertama*, telefon itu diletakkan pada pintu kereta semasa mengisi; ia berbunyi dan api yang berikutnya memusnahkan kereta dan pump petrol

Dalam *kes kedua*, seseorang individu mengalami kebakaran yang teruk di muka apabila wap menyalakan kerana mereka menjawab panggilan semasa mengisi minyak kereta mereka!

Dalam *kes ketiga*, seseorang individu melecur di paha dan pangkal paha apabila wap dinyalakan semasa telefon, yang berada dalam poket mereka, berbunyi ketika mereka sedang mengisi petrol kereta mereka.

Anda perlu tahu bahawa: *Telefon Mobile* boleh *menyalakan* bahan api atau fumes wap.

Telefon mudah alih yang menyala apabila dihidupkan atau apabila ia berdering melepaskan tenaga yang cukup untuk menyediakan percikan untuk *pencucuhan*.

*Telefon bimbit tidak boleh digunakan di stesen pengisian*, atau apabila bahan api potong rumput, bot, dan lain-lain.

Telefon bimbit tidak boleh digunakan, atau *perlu dimatikan*, sekitar bahan-bahan lain yang menghasilkan wasap mudah terbakar atau bahan letupan atau debu, (iaitu, pelarut, bahan kimia, gas, habuk bijirin, dan lain-lain ...)

Dengan itu, di sini ada *Empat Peraturan* untuk mengisi petrol dgn selamat:

*1) Turn off engine*
*2) Jangan merokok* semasa mengisi petrol.
*3) jgn menggunakan telefon bimbit anda* tinggalkan dalam kenderaan atau *off*.
*4) Jangan masukkan semula kenderaan anda semasa mengisi petrol*

*Bob Renkes Petroleum Equipment Institute* bekerja pada kempen untuk mencuba dan membuat orang menyedari kebakaran akibat *'elektrik statik'* di pam gas. Syarikat beliau mempunyai
*Kajian 150* kes kebakaran ini.

Keputusan beliau sangat mengejutkan:

*1) Daripada 150_kes*, hampir semua daripada mereka *wanita.*

*2) Hampir semua kes melibatkan orang yang masuk semula ke dalam kenderaan mereka manakala muncung masih mengepam petrol* Apabila selesai, mereka pergi semula menarik muncung keluar dan kebakaran bermula, akibat statik.

*3) Kebanyakan mempunyai kasut getah soled.*

*4) Kebanyakan lelaki jarang masuk semula ke dalam kenderaan mereka sehingga selesai sepenuhnya.*
Ini adalah mengapa mereka jarang terlibat dalam jenis kebakaran ini.

*5) Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit apabila mengepam gas* /petrol.

*6) Ia adalah wap yang keluar dari gas yang menyebabkan api,* apabila disambar dengan caj statik.

*7) Terdapat 29 kebakaran* di mana kenderaan itu di masuki semula oleh pengisi dan muncung telah disentuh semasa mengisi minyak dari pelbagai jenama dan model. Sesetengah menyebabkan kerosakan besar kepada kenderaan itu, stesen, dan pelanggan.

*8) 17 kebakaran* berlaku sebelum, semasa atau selepas topi gas telah dikeluarkan dan sebelum mengisi bermula.

Encik Renkes menekankan *JANGAN* kembali ke dalam kenderaan anda semasa mengisi petrol/ gas.

Jika anda benar-benar ada pilihan dalam kenderaan anda semasa gas/petrol mengepam, pastikan anda keluar, tutup pintu sentuh besi METAL, sebelum anda mula tarik muncung keluar.

Dengan cara ini statik dari badan anda akan dilepaskan sebelum anda mula keluarkan muncung.

Seperti yang disebutkan tadi, The Equipment Petroleum, bersama-sama dengan beberapa syarikat lain sekarang, benar-benar cuba untuk membuat kn org awam menyedari bahaya ini.

TERIMA KASIH KERANA KALIAN SEMUA SAYANGKAN KELUARGA,SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI BILA TAG MEREKA DISINI.TKSH

*Terima kasih untuk share ini bersama-sama.*

Majlis Peguam heret AG ke mahkamah sebab tak dakwa Najib

Posted: 02 Jul 2016 11:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasaran dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.

"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

Pemuda Umno mahu kerajaan haramkan pelawak Singapura

Posted: 02 Jul 2016 11:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan kemasukan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz ke Malaysia kerana menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pencuri'.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pelawak berkenaan merupakan perbuatan biadap dan tidak sepatutnya berlaku memandangkan kedua-dua negara berjiran memiliki hubungan akrab sejak puluhan tahun.

"Sebagai pelawak, tentunya ada pelbagai cara dan idea lain untuk membuatkan orang tertawa. Tapi menjadikan pemimpin negara jiran sebagai bahan sindiran, itu adalah tindakan tidak bijak dan matang.

"Sebagai anak Malaysia, kami amat terkesan dengan sindiran tak berakal ini dan menggesa supaya pihak KDN mengambil ketetapan mengharamkan Fakkah Fuzz memasuki Malaysia.

"Negara kita tak sedikit pun rugi sekiranya orang sebegini tidak berada di Malaysia," katanya pada satu kenyataan media.

Baru-baru ini satu klip video memaparkan aksi Fuzz tersebar luas di media sosial dan melalui jenaka itu beliau bercerita mengenai 'perbezaan' penggunaan bahasa orang Melayu Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata: "Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri. Jadi ia memang sangat berbeza."

Razlan berkata, Fakkah Fuzz sepatutnya melihat masalah dihadapi penduduk Singapura terlebih dahulu sebelum menghina pemimpin di Malaysia.

"Nasihat PPUWP kepada Fakkah Fuzz, lihat dahulu masalah serta kekusutan bangsa sendiri di negara sendiri sebelum menghina pemimpin negara kami yang banyak jasanya kepada pelbagai kaum dan bangsa di sini malahan di negara-negara Asia yang lain," katanya.

'DAP kutip sumbangan awam kerana tiada derma dari Arab Saudi'

Posted: 02 Jul 2016 11:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


DAP terpaksa mengutip derma dari orang awam untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana parti itu masih bergantung kepada dana daripada orang ramai.

"Sebagai parti yang masih bergantung kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai, dana dicairkan sebanyak RM1 juta bukan melibatkan tanggungan yuran yang kecil," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim dalam catatan Facebook, hari ini.

Beliau berkata, walaupun DAP menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008, parti itu masih bergantung kepada sumbangan orang ramai kerana tidak menyalah gunakan dana awam untuk kepentingan parti.

"Wang negeri adalah wang rakyat, bukan wang parti dan DAP sangat tegas dalam hal ini," jelasnya sambil menambah parti itu tidak pernah menggunakan satu sen pun dari dana keajaan negeri untuk kegunaan politik.

Merujuk kepada derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kononnya diberikan oleh raja Arab Saudi, Sim berkata, DAP tidak mempunyai hubungan dengan penderma Arab yang boleh membantu.

"Oleh itu, biarlah BN ketawakan pemimpin dan ahli-ahli DAP kerana perlu menggunakan tin Milo untuk mengutip derma daripada orang ramai tetapi masih berpegang kepada prinsip-prinsip parti," tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan aktivis Fahmi Reza yang menyatakan wang yang dibayar untuk ikat jamin akan dikembalikan.

"Adakah wang RM1 juta yang disumbangkan oleh orang ramai akan dibayar balik kepada setiap penderma selepas perbicaraan Lim berakhir?

"Jika tidak, apakah wang itu akan dimasukkan ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu membayar ikat jamin aktivis lain pada masa akan datang?," tanya Fahmi

PAN Yakin Boleh Menang PRU 14 Walaupun 3 Penjuru

Posted: 02 Jul 2016 11:23 PM PDT






Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan keyakinan boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) meskipun bertanding tiga penjuru.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.


Khalid berkata masyarakat umum hari ini perlu diyakini bahawa hanya Pakatan Harapan (PH) sahaja yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAN adalah satu-satunya alternatif melawan Barisan Nasional(BN).

"Kita mesti kerja keras untuk memastikan masyarakat umum menyedari sepenuhnya bahawa hanya satu pakatan pembangkang yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional, iaitu Pakatan Harapan.

"Jika mesej ini sampai sepenuhnya (kepada masyarakat), saya amat yakin dengan perkembangan politik terkini, PAS berpecah, UMNO juga berpecah..

"Jika UMNO selepas ini hanya mendapat 50 peratus daripada pengundi Melayu, dan bakinya akan berpecah di antara PAS dan Amanah, dengan sokongan kuat daripada pengundi bukan Melayu (kepada calon PAN) , kita mempunyai peluang terbaik untuk menang jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan (pusat),"kata Khalid dalam Forum: Malaysia Is There Hope Yet?, 29 Jun di KLSCAH.

Turut hadir berforum bersama Khalid ialah Pengerusi DAP Selangor, Tonny Pua; Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong .

Kesihatan boleh terjejas jika kerap memandu jauh

Posted: 02 Jul 2016 11:17 PM PDT

DETIK DAILY



 

ANDA sering melakukan perjalanan jarak jauh? Pernahkah anda merasa sakit belakang, hilang tumpuan dan mengalami kenaikan berat badan? Menurut Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, masalah-masalah itu merupakan antara risiko yang mungkin berlaku akibat pemanduan jarak jauh.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan individu yang memandu jarak jauh supaya mendapatkan rehat dan tidur secukupnya selain kerap bersenam untuk mengekalkan kecergasan.

"Jangan ambil pil stimulan untuk menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk. Sebaliknya, ambil vitamin atau minum kopi dalam kadar berpatutan untuk menyegarkan diri," katanya kepada Bernama.

Dr Ahmad Shukri berkata individu yang sering melakukan pemanduan jarak jauh, iaitu melebihi 15 kilometer (km) sehala akan mudah hilang fokus dan khayal dalam pemanduan sehingga boleh mengakibatkan kemalangan.

"Sekitar tahun 1986 hingga 1997, saya sendiri pernah terlibat dalam lima kemalangan. Semasa itu saya bertugas di Temerloh, Pahang dan isteri di Kuala Lumpur yang menyebabkan saya perlu memandu jauh setiap hujung minggu untuk bertemu keluarga," katanya.
 
Beliau berkata tiada siapa menyangka bahawa beliau masih hidup akibat kemalangan itu. 

"Kalau dilihat keadaan kereta saya, mungkin orang tidak percaya saya masih ada. Saya bernasib baik kerana kereta hanya tergelincir dan tidak pernah berlanggar dengan kenderaan lain. Syukur kerana Allah SWT masih melindungi saya," katanya berkongsi pengalaman.

Akibat pemanduan jarak jauh, individu berkenaan juga berisiko mendapat sakit belakang akibat duduk terlalu lama dan tidak duduk dalam posisi yang betul, kata beliau.

"Mereka juga boleh mendapat tekanan darah tinggi akibat stress kerana terpaksa meredah kesesakan jalan raya. Apabila tertekan, akan mudah marah dan risau. Apatah lagi apabila teringat masih belum bersolat atau memikirkan urusan-urusan di rumah atau tempat kerja," katanya, memberikan beberapa contoh.

Selain itu, Dr Ahmad Shukri berkata kenaikan berat badan juga mungkin boleh berlaku jika individu berkenaan makan makanan ringan untuk menghilangkan rasa mengantuk sepanjang pemanduan. - Bernama


Husni sahkan letak jawatan kerana enggan pindah kementerian

Posted: 02 Jul 2016 11:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan beliau memilih untuk menamatkan karier politiknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memindahkannya ke kementerian lain.

Katanya, beliau pada asalnya hanya membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun mengubah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua.

"Pada 27 Jun (2016), selepas mesyuarat Majlis Ekonomi, saya bertanya perdana menteri, adakah benar PM akan menukar portfolio saya dalam rombakan Kabinet yang akan diumumkan pada petang itu?

"PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio.

"Saya memaklumkan PM bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan," katanya seperti  dilapor Berita Harian.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga seperti mengesahkan spekulasi yang dibuat blogger Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Husni meletakkan jawatannya kerana kecewa apabila Najib ingin memindahkannya ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Akhbar itu melaporkan, Husni menjelaskan beliau membuat keputusan sedemikian memandangkan hanya mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu setengah tahun.

Katanya lagi, sekiranya beliau ditukar ke portfolio lain dalam tempoh berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkannya berkhidmat dengan efektif.

Selain itu, anggota parlimen Tambun itu berkata, beliau juga perlu menghadiri pelbagai acara sekiranya perlu berkhidmat di usianya yang lewat 60-an sedangkan Husni berkata, beliau ingin melalui fasa lain dalam kehidupannya.

"Saya berasakan dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan oleh generasi yang lebih muda daripada diri saya. Dengan umur mencapai 60-an, adakah saya patut meneruskan perkhidmatan?

"Kerja-kerja sebagai menteri kewangan II begitu rumit membabitkan antara lain menguruskan Dasar Fiskal, bajet, memantau kedudukan kewangan, hutang negara, tender, 1MDB, syarikat-syarikat kewangan diperbadankan, menentukan harga minyak di pasaran, memantau pasaran kewangan serta pasaran modal, serta menghadapi pelbagai isu persepsi," katanya.

Najib pada 27 Jun lalu mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara. Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua bagi menggantikan Husni yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

PERKASA Sedia Bertanding PRU 14

Posted: 02 Jul 2016 11:17 PM PDT

 


LIHAT VIDEO DI SINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mempertimbangkan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sedang mempertimbangkan NGO pimpinannya itu bergabung dengan mana-mana parti atau membentuk blok ketiga pada PRU itu.


"Saya sendiri juga tidak menolak kemungkinan menyusun strategi, paling tidak kalau bukan di peringkat nasional, mungkin (saya akan) bertanding di Kelantan.

"Kalau di Kelantan, kita tengok (hanya) ada dua parti (iaitu) UMNO dan PAS yang kedua-dua (parti itu) nampaknya rakyat sokong kerana rakyat tiada pilihan.

"Antara UMNO dan PAS (di Kelantan) tidak ada kumpulan ketiga yang boleh menjadi alternatif (kepada rakyat) yang kredibel,"katanya.

Walau bagaimanapun, kata Ibrahim keputusan rasmi akan diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi PERKASA.

Pada PRU 13, Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun beliau tewas kepada calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Mat di parlimen tersebut.

Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti, kata Husam

Posted: 02 Jul 2016 08:45 PM PDT

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Bukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata HusamBukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata Husam


"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.

Orang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk HusamOrang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk Husam"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.
Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.

Info semasa sambil makan colekInfo semasa sambil makan colek
"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya.

18 cedera dalam insiden rempuhan di Masjidil Haram

Posted: 02 Jul 2016 08:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
RIYADH: Lapan belas orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, lapor akhbar Al-Riyadh pada Sabtu.
 
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Jumaat di Mekah ketika umat Islam berkumpul beramai-ramai bagi mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
 
Semua mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian, menurut akhbar itu yang memetik kata seorang pegawai kesihatan.
 
 

Perlu terima hakikat organisasi perlu pengganti jika ketua dipecat - Ismail

Posted: 02 Jul 2016 08:31 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LARKIN: Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata ahli parti di bahagian itu perlu menerima kenyataan selain memahami sistem organisasi parti yang memerlukan pengganti jika seseorang pemimpin dipecat.
 
Beliau berkata adalah menjadi lumrah berlakunya pemindahan tampuk kepimpinan dalam organisasi jika seseorang ketua dalam organisasi terbabit sudah tiada.
 
"Apabila (Ketua Umno Bahagian Pagoh) Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat (daripada parti pada 24 Jun lepas), kena faham ... jika ketua tiada, akhirnya (diturunkan) kepada timbalan dan jika timbalan dipecat pun, akhirnya (diturunkan) kepada naib ketua.
 
"Kita perlu terima hakikat ini dalam organisasi ... pemimpin tidak selamanya di situ (memegang jawatan) kerana satu hari nanti orang lain sudah tentu akan mengambil alih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri di Pasar Tani Datin Halimah, di sini, hari ini.
 
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Kumpulan Bertindak Umno Pagoh (KBUP) Datuk Zaaba Aman yang menggesa Umno bahagian terbabit digantung segera atau diambil alih oleh Umno Pusat bagi memastikan kawasan tersebut 'bersih' dan tidak dijadikan platform untuk menyokong perjuangan individu.
 
Ismail meminta semua pihak untuk memahami bahawa perjuangan anggota bahagian tersebut adalah kerana parti dan bukannya kerana individu.
 
 

SAMM: Apa perlunya Muhyiddin dilantik ketua pembangkang?

Posted: 02 Jul 2016 08:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak pandangan Amanah yang menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru bagi Pakatan Harapan (PH).
 
Penyelaras Muda SAMM Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa pernah berkhidmat di dalam kerajaan, telah bertindak menyokong beberapa dasar yang menindas rakyat.
 
"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 
 
"Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
 
Faisal menambah, tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru dan beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH.
 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 
 
"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 
 
"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 
 
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu PH.
 
Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
 
Bagaimanapun tidak lama kemudian, Mazlan tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat. 
 
 

Persiapan raya sembilan keluarga musnah terbakar

Posted: 02 Jul 2016 08:27 PM PDT

SINAR HARIAN
Kebakaran


KUALA LUMPUR - Persiapan sembilan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri musnah selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Pandan Dalam, Ampang musnah dalam kebakaran di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, enam buah rumah kampung yang mempunyai sembilan pintu itu musnah dijilat api.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa Siti Safura Mokhtar, 55, berkata ketika kejadian beliau baharu selesai menunaikan solat Zohor sebelum mendengar bunyi letupan kuat bersebelahan dengan rumahnya.

"Apabila saya keluar dari bilik, saya dapati ruang tamu sudah dipenuhi asap. Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sijil nikah...seluruh persiapan raya seperti baju musnah sepenuhnya," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi mangsa, Sharifah Aminah Syed Hani, 50, berkata beliau bersama anaknya sedang dalam perjalanan ke pasar raya berdekatan bagi membeli barangan dapur untuk persiapan hari raya sebelum menerima panggilan daripada jiran tentang kebakaran itu. 

"Apabila sampai di rumah saya tengok pasukan bomba tengah padamkan kebakaran...semua dah hangus, tak sempat nak selamatkan apa-apa," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Skein Citbanchong Wee San berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira 3.30 petang dengan kekuatan 33 anggota.

Beliau berkata sebanyak enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan, Keramat, Pudu dan Hang Tuah dihantar bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Api marak dengan cepat kerana keadaan rumah yang dibina daripada kayu," katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya. - Bernama